SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
JENIS-JENIS WACANA LISAN
TERDAPAT BEBERAPA JENIS WACANA
LISAN DALAM BM, ANTARANYA
•Perbahasan
•Perbincangan
•Perundingan
•Ceramah
•Ucapan
•Taklimat
Perbahasan - Mengikut Asmah Haji Omar (1996:1), perbahasan
adalah semua kegiatan interaksi bahasa yang melibatkan adanya
perbincangan yang ditimbulkan oleh wujudnya konflik antara orang
yang mengambil bahagian.
Perbahasan meliputi perbincangan biasa, perdebatan antara
mesyuarat formal, perundingan, seminar, persidangan, muzakarah,
perbahasan parlimen, dan wacana ilmiah.
Perbincangan - merupakan kegiatan bahasa yang menunjukkan
adanya usaha untuk mempertahankan, menyokong atau
sesuatu hujah yang dikemukakan.
CIRI-CIRI DALAM PERBAHASAN
• Penggunaan ayat: menggunakan ayat yang susunannya jelas.
• Pemilihan perkataan: kata-kata yang digunakan dalam perbahasan
mestilah tepat dengan maksud yang ingin disampaikan.
• Penyebutan: disarankan menggunakan sebutan baku dan lagu
bahasa atau rentak yang lazim digunakan semasa orang bercakap
atau berbincang.
• Kehalusan bahasa: ciri yang memperlihatkan kesopanan dan
kesantunan berbahasa semasa menyampaikan hujah. Kehalusan
bahasa tidak sahaja terletak pada penggunaan ayat yang teratur
tetapi terletak pada pemilihan kata atau ungkapan yang tidak
menyinggung perasaan.
• Penyampaian hujah: merupakan proses pembentukan dan
pengeluaran buah fikiran, dan proses ini sebahagian besarnya
bergantung kepada penguasaan bahasa.
• Gerak laku: dimaksudkan dengan peraturan paralinguistik yang
sesuai dalam konteks budaya sesuatu masyarakat bahasa.
• Maklumat bersama, maklumat inti dan maklumat tambahan:
merupakan jenis maklumat yang disampaikan atau diperoleh
melalui perbahasan.
JENIS-JENIS PERBAHASAN
• Seminar berbeza dengan perbahasan dari segi saiznya tetapi mempunyai
persamaan dari segi struktur dan giliran bercakap.
• Seminar dan perbahasan berbeza dengan forum dari segi struktur dan dari
segi keputusan.
• Kata simposium pula digunakan sebagai sinonim dengan seminar.
• Kata muzakarah mempunyai pengertian yang sama dengan seminar atau
persidangan, tetapi hanya untuk membincangkan bidang keagamaan.
• Kata wacana pula digunakan untuk pengertian yang sama dengan seminar.
• Kolokium tidak berbeza dengan forum dari segi struktur dan saiznya.
• Kata sidang pula ada kalanya merujuk kepada sesi perbincangan atau sama
dengan makna persidangan.
PERUNDINGAN
• Bermaksud sebagai mesyuarat atau perbincangan.
Antara teknik yang digunakan dalam perundingan ialah:
- Penggunaan ciri-ciri pragmatik.
- Penggunaan cerita
- Penggunaan bunga Bahasa
- Pemilihan kod
- Penggunaan unsur humor atau jenaka
CERAMAH, UCAPAN DAN TAKLIMAT
Merupakan sebahagian kategori perucapan umumnya dalam aspek
perutusan (Maimunah Haji Omar, 1993: 1). Perutusan boleh didefinisikan
sebagai satu proses penghantaran dan penerimaan maklumat oleh manusia.
Penggunaan Bahasa dalam PerucapanBahasa yang digunakan dalam
perucapan mestilah:
1. Jelas:
a. Tepat dan konkrit
b. Penggunaan bahasa yang bersifat teknikal secara berhati-hati.
c. Berhati-hati menggunakan kata yang mempunyai makna konotatif.
d. Membuat huraian untuk mengelakkan kekeliruan.
2. Menarik:
• a. mempelbagaikan corak percakapan atau mewujudkan variasi
dalam penggunaan bahasa.
• b. menggunakan bahasa yang aktif, retorik, berbunga, dan
imaginatif.
3. Sesuai dengan audiens (pendengar atau khalayak);
perlu mentafsir tahap kebijaksanaan audiens, dan
pelbagai
laras bahasa semasa penyampaian.
4. Berkaitan dengan sesuatu keadaan:
• mengenal pasti keadaan yang sesuai serta bersifat
GAYA BAHASA DALAM PERUCAPAN
Dimaksudkan dengan tertib atau tatacara perucap
menonjolkan diri. Antara komponen gaya bahasa yang
berkesan dalam perucapan ialah:
• Tersendiri
• Hubungan gaya dengan apa-apa yang diperkatakan
• Menggunakan ayat aktif
• Menggunakan bahasa secara ekonomis
CERAMAH
• Cara pengemukaan fikiran atau idea melalui perucapan
dan disampaikan secara syarahan dua hala. Dalam sesi
ceramah, terdapat penerangan daripada penceramah,
dan diselang-selikan dengan soalan daripada audiens.
• Format Penyediaan Ceramah:
1. Protokol
2. Kandungan ceramah
3. Penutup
ANTARA PERKARA PENTING YANG PERLU
DIBERIKAN PERTIMBANGAN DALAM
PENYAMPAIAN CERAMAH IALAH:
• Memberikan hujah yang ada kaitan dengan audiens untuk menyokong idea
penceramah.
• Memastikan hujah-hujah penceramah mengandungi komponen lojik dan
emosi.
• Memilih strategi yang baik untuk mendapatkan sokongan.
• Memastikan semua hujah mempunyai bahan sokongan.
• Objektif penceramah ialah untuk mempengaruhi audiens, bukannya memaksa
mereka.
• Selain menggunakan bukti dan hujah, emosi audiens juga perlu dirayu atau
dipujuk.
• Mengelakkan penggunaan kaedah propaganda, misalnya menakut-nakutkan
audiens.
UCAPAN
• Dimaksudkan dengan apa-apa yang diucapkan atau perkataan yang diucapkan
atau cara menyebut atau melafazkan sesuatu kata yang mengandungi harapan,
dalam bentuk syarahan atau pidato. Ringkasnya, ucapan didefinisikan sebagai
penyampaian idea melalui pelafazan, dan disampaikan secara pidato sehala.
• Format Ucapan
1. Kata alu-aluan atau sapaan
2. Kandungan
3. Penutup
4. Aspek kebahasaan
ANTARA PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERIKAN
PERHATIAN SEMASA MENYEDIAKAN ATAU
MENYAMPAIKAN UCAPAN IALAH:
• Apabila menyediakan ucapan alu-aluan, perucap mesti meneliti dahulu latar belakang individu
atau kumpulan yang diraikan.
• Apabila menyampaikan ucapan pengenalan, berucaplah dengan ringkas dan elakkan
menyentuh isu pokok.
• Apabila menyampaikan ucapan dalam majlis penyampaian anugerah, elakkan ucapan yang
beremosi tetapi mengutamakan ucapan yang bersifat faktual.
• Apabila menyampaikan ucapan setelah menerima sesuatu anugerah, terapkan perasaan
keharuan dan nilai yang diberikan kepada anugerah yang diperoleh.
• Apabila menyampaikan ucapan selepas makan malam, sampaikan secara bersahaja, ringkas
dan menyelitkan suasana humor.
• Pastikan perucap memakai pakaian yang bersopan serta menggunakan bahasa yang sesuai.
TAKLIMAT
• Boleh didefinisikan sebagai keterangan ringkas tentang sesuatu yang berlaku atau
sesuatu yang dihasilkan. Taklimat merupakan sebuah ucapan pemakluman dan
disampaikan secara hubungan dua hala dalam situasi formal atau tidak formal.
Dalam taklimat, ada sesi soal jawab antara perucap dengan khalayak.
• Format Taklimat
Taklimat boleh dibahagikan kepada dua bentuk berdasarkan jenis atau
taraf khalayaknya, iaitu taklimat satu taraf dan taklimat dua taraf.
• Taklimat Satu Taraf (Sama Taraf) mengandungi:
• Tajuk
• Salam, kata sapaan biasa atau salutasi protocol
• Kata alu-aluan
• Pengenalan diri, organisasi, jawatan
• Kandungan taklimat
• Penutup
• Sesi soal jawab
• Taklimat Dua Taraf Khalayak mengandungi:
• Salam, salutasi protokol dan sapaan biasa
• Puji-pujian
• Ringkasan penyampaian taklimat
• Kandungan
• Sesi soal jawab

More Related Content

Similar to Jenis-jenis Wacana Lisan.ppt

MPU 1212: Bab 6 KEFAHAMAN PENULISAN
MPU 1212: Bab 6 KEFAHAMAN PENULISANMPU 1212: Bab 6 KEFAHAMAN PENULISAN
MPU 1212: Bab 6 KEFAHAMAN PENULISANZulhana Zulkifle
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmFadhilah Atikah
 
Rp h bm asgmnt mac2012
Rp h bm asgmnt mac2012Rp h bm asgmnt mac2012
Rp h bm asgmnt mac2012Elle Irys
 
PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3Dg Suhaili
 
WEEK_9_-_RETORIK.pptx
WEEK_9_-_RETORIK.pptxWEEK_9_-_RETORIK.pptx
WEEK_9_-_RETORIK.pptxEwei Voon
 
Adab bercakap dalam majlis
Adab bercakap dalam majlisAdab bercakap dalam majlis
Adab bercakap dalam majlisKhairul Anwar
 
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHANSEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHANFarah Elriani
 
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASINGBAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASINGZakira Hafizah
 
WEEK_12_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK_3.pptx
WEEK_12_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK_3.pptxWEEK_12_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK_3.pptx
WEEK_12_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK_3.pptxEwei Voon
 

Similar to Jenis-jenis Wacana Lisan.ppt (15)

Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
Forum
ForumForum
Forum
 
MPU 1212: Bab 6 KEFAHAMAN PENULISAN
MPU 1212: Bab 6 KEFAHAMAN PENULISANMPU 1212: Bab 6 KEFAHAMAN PENULISAN
MPU 1212: Bab 6 KEFAHAMAN PENULISAN
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
 
Rp h bm asgmnt mac2012
Rp h bm asgmnt mac2012Rp h bm asgmnt mac2012
Rp h bm asgmnt mac2012
 
Ucapan
UcapanUcapan
Ucapan
 
PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3
 
Kesantunan bahasa
Kesantunan bahasaKesantunan bahasa
Kesantunan bahasa
 
Debat
DebatDebat
Debat
 
WEEK_9_-_RETORIK.pptx
WEEK_9_-_RETORIK.pptxWEEK_9_-_RETORIK.pptx
WEEK_9_-_RETORIK.pptx
 
Adab bercakap dalam majlis
Adab bercakap dalam majlisAdab bercakap dalam majlis
Adab bercakap dalam majlis
 
Ke Arah Bahasa Melayu
Ke Arah Bahasa MelayuKe Arah Bahasa Melayu
Ke Arah Bahasa Melayu
 
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHANSEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
 
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASINGBAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
 
WEEK_12_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK_3.pptx
WEEK_12_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK_3.pptxWEEK_12_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK_3.pptx
WEEK_12_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK_3.pptx
 

More from AnibintiMisran

MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfAnibintiMisran
 
TUGASAN 2 LAILY AZIMAN LIYA.pdf
TUGASAN 2 LAILY AZIMAN LIYA.pdfTUGASAN 2 LAILY AZIMAN LIYA.pdf
TUGASAN 2 LAILY AZIMAN LIYA.pdfAnibintiMisran
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfAnibintiMisran
 
SLOT 5 Input Dokumen Standard Kurikulum sek ren (2).pptx
SLOT 5 Input Dokumen Standard Kurikulum sek ren (2).pptxSLOT 5 Input Dokumen Standard Kurikulum sek ren (2).pptx
SLOT 5 Input Dokumen Standard Kurikulum sek ren (2).pptxAnibintiMisran
 
pengertian literasi.pptx
pengertian literasi.pptxpengertian literasi.pptx
pengertian literasi.pptxAnibintiMisran
 
Pengenalan Unit Beruniform.pptx
Pengenalan Unit Beruniform.pptxPengenalan Unit Beruniform.pptx
Pengenalan Unit Beruniform.pptxAnibintiMisran
 
Proses-Coaching-Dan-Model-GROW.pptx
Proses-Coaching-Dan-Model-GROW.pptxProses-Coaching-Dan-Model-GROW.pptx
Proses-Coaching-Dan-Model-GROW.pptxAnibintiMisran
 
138452144-KEMAHIRAN-MENULIS.ppt
138452144-KEMAHIRAN-MENULIS.ppt138452144-KEMAHIRAN-MENULIS.ppt
138452144-KEMAHIRAN-MENULIS.pptAnibintiMisran
 
ASAS KEMAHIRAN KOMUNIKASI.ppt
ASAS KEMAHIRAN KOMUNIKASI.pptASAS KEMAHIRAN KOMUNIKASI.ppt
ASAS KEMAHIRAN KOMUNIKASI.pptAnibintiMisran
 
KEMAHIRAN_BERKOMUNIKASI.ppt
KEMAHIRAN_BERKOMUNIKASI.pptKEMAHIRAN_BERKOMUNIKASI.ppt
KEMAHIRAN_BERKOMUNIKASI.pptAnibintiMisran
 

More from AnibintiMisran (17)

rph PAI2.pdf
rph PAI2.pdfrph PAI2.pdf
rph PAI2.pdf
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
 
TUGASAN 2 LAILY AZIMAN LIYA.pdf
TUGASAN 2 LAILY AZIMAN LIYA.pdfTUGASAN 2 LAILY AZIMAN LIYA.pdf
TUGASAN 2 LAILY AZIMAN LIYA.pdf
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
 
SLOT 5 Input Dokumen Standard Kurikulum sek ren (2).pptx
SLOT 5 Input Dokumen Standard Kurikulum sek ren (2).pptxSLOT 5 Input Dokumen Standard Kurikulum sek ren (2).pptx
SLOT 5 Input Dokumen Standard Kurikulum sek ren (2).pptx
 
pengertian literasi.pptx
pengertian literasi.pptxpengertian literasi.pptx
pengertian literasi.pptx
 
Pengenalan Unit Beruniform.pptx
Pengenalan Unit Beruniform.pptxPengenalan Unit Beruniform.pptx
Pengenalan Unit Beruniform.pptx
 
LB.pptx
LB.pptxLB.pptx
LB.pptx
 
Jadual RPP 2022.docx
Jadual RPP 2022.docxJadual RPP 2022.docx
Jadual RPP 2022.docx
 
Jadual RPP.docx
Jadual RPP.docxJadual RPP.docx
Jadual RPP.docx
 
Proses-Coaching-Dan-Model-GROW.pptx
Proses-Coaching-Dan-Model-GROW.pptxProses-Coaching-Dan-Model-GROW.pptx
Proses-Coaching-Dan-Model-GROW.pptx
 
138452144-KEMAHIRAN-MENULIS.ppt
138452144-KEMAHIRAN-MENULIS.ppt138452144-KEMAHIRAN-MENULIS.ppt
138452144-KEMAHIRAN-MENULIS.ppt
 
ASAS KEMAHIRAN KOMUNIKASI.ppt
ASAS KEMAHIRAN KOMUNIKASI.pptASAS KEMAHIRAN KOMUNIKASI.ppt
ASAS KEMAHIRAN KOMUNIKASI.ppt
 
KEMAHIRAN MEMBACA.ppt
KEMAHIRAN  MEMBACA.pptKEMAHIRAN  MEMBACA.ppt
KEMAHIRAN MEMBACA.ppt
 
KEMAHIRAN MENULIS.ppt
KEMAHIRAN  MENULIS.pptKEMAHIRAN  MENULIS.ppt
KEMAHIRAN MENULIS.ppt
 
KEMAHIRAN_BERKOMUNIKASI.ppt
KEMAHIRAN_BERKOMUNIKASI.pptKEMAHIRAN_BERKOMUNIKASI.ppt
KEMAHIRAN_BERKOMUNIKASI.ppt
 
Teks pertunangan
Teks pertunanganTeks pertunangan
Teks pertunangan
 

Recently uploaded

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 

Recently uploaded (8)

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 

Jenis-jenis Wacana Lisan.ppt

  • 2. TERDAPAT BEBERAPA JENIS WACANA LISAN DALAM BM, ANTARANYA •Perbahasan •Perbincangan •Perundingan •Ceramah •Ucapan •Taklimat
  • 3. Perbahasan - Mengikut Asmah Haji Omar (1996:1), perbahasan adalah semua kegiatan interaksi bahasa yang melibatkan adanya perbincangan yang ditimbulkan oleh wujudnya konflik antara orang yang mengambil bahagian. Perbahasan meliputi perbincangan biasa, perdebatan antara mesyuarat formal, perundingan, seminar, persidangan, muzakarah, perbahasan parlimen, dan wacana ilmiah. Perbincangan - merupakan kegiatan bahasa yang menunjukkan adanya usaha untuk mempertahankan, menyokong atau sesuatu hujah yang dikemukakan.
  • 4. CIRI-CIRI DALAM PERBAHASAN • Penggunaan ayat: menggunakan ayat yang susunannya jelas. • Pemilihan perkataan: kata-kata yang digunakan dalam perbahasan mestilah tepat dengan maksud yang ingin disampaikan. • Penyebutan: disarankan menggunakan sebutan baku dan lagu bahasa atau rentak yang lazim digunakan semasa orang bercakap atau berbincang. • Kehalusan bahasa: ciri yang memperlihatkan kesopanan dan kesantunan berbahasa semasa menyampaikan hujah. Kehalusan bahasa tidak sahaja terletak pada penggunaan ayat yang teratur tetapi terletak pada pemilihan kata atau ungkapan yang tidak menyinggung perasaan.
  • 5. • Penyampaian hujah: merupakan proses pembentukan dan pengeluaran buah fikiran, dan proses ini sebahagian besarnya bergantung kepada penguasaan bahasa. • Gerak laku: dimaksudkan dengan peraturan paralinguistik yang sesuai dalam konteks budaya sesuatu masyarakat bahasa. • Maklumat bersama, maklumat inti dan maklumat tambahan: merupakan jenis maklumat yang disampaikan atau diperoleh melalui perbahasan.
  • 6. JENIS-JENIS PERBAHASAN • Seminar berbeza dengan perbahasan dari segi saiznya tetapi mempunyai persamaan dari segi struktur dan giliran bercakap. • Seminar dan perbahasan berbeza dengan forum dari segi struktur dan dari segi keputusan. • Kata simposium pula digunakan sebagai sinonim dengan seminar. • Kata muzakarah mempunyai pengertian yang sama dengan seminar atau persidangan, tetapi hanya untuk membincangkan bidang keagamaan. • Kata wacana pula digunakan untuk pengertian yang sama dengan seminar. • Kolokium tidak berbeza dengan forum dari segi struktur dan saiznya. • Kata sidang pula ada kalanya merujuk kepada sesi perbincangan atau sama dengan makna persidangan.
  • 7. PERUNDINGAN • Bermaksud sebagai mesyuarat atau perbincangan. Antara teknik yang digunakan dalam perundingan ialah: - Penggunaan ciri-ciri pragmatik. - Penggunaan cerita - Penggunaan bunga Bahasa - Pemilihan kod - Penggunaan unsur humor atau jenaka
  • 8. CERAMAH, UCAPAN DAN TAKLIMAT Merupakan sebahagian kategori perucapan umumnya dalam aspek perutusan (Maimunah Haji Omar, 1993: 1). Perutusan boleh didefinisikan sebagai satu proses penghantaran dan penerimaan maklumat oleh manusia. Penggunaan Bahasa dalam PerucapanBahasa yang digunakan dalam perucapan mestilah: 1. Jelas: a. Tepat dan konkrit b. Penggunaan bahasa yang bersifat teknikal secara berhati-hati. c. Berhati-hati menggunakan kata yang mempunyai makna konotatif. d. Membuat huraian untuk mengelakkan kekeliruan.
  • 9. 2. Menarik: • a. mempelbagaikan corak percakapan atau mewujudkan variasi dalam penggunaan bahasa. • b. menggunakan bahasa yang aktif, retorik, berbunga, dan imaginatif. 3. Sesuai dengan audiens (pendengar atau khalayak); perlu mentafsir tahap kebijaksanaan audiens, dan pelbagai laras bahasa semasa penyampaian. 4. Berkaitan dengan sesuatu keadaan: • mengenal pasti keadaan yang sesuai serta bersifat
  • 10. GAYA BAHASA DALAM PERUCAPAN Dimaksudkan dengan tertib atau tatacara perucap menonjolkan diri. Antara komponen gaya bahasa yang berkesan dalam perucapan ialah: • Tersendiri • Hubungan gaya dengan apa-apa yang diperkatakan • Menggunakan ayat aktif • Menggunakan bahasa secara ekonomis
  • 11. CERAMAH • Cara pengemukaan fikiran atau idea melalui perucapan dan disampaikan secara syarahan dua hala. Dalam sesi ceramah, terdapat penerangan daripada penceramah, dan diselang-selikan dengan soalan daripada audiens. • Format Penyediaan Ceramah: 1. Protokol 2. Kandungan ceramah 3. Penutup
  • 12. ANTARA PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERIKAN PERTIMBANGAN DALAM PENYAMPAIAN CERAMAH IALAH: • Memberikan hujah yang ada kaitan dengan audiens untuk menyokong idea penceramah. • Memastikan hujah-hujah penceramah mengandungi komponen lojik dan emosi. • Memilih strategi yang baik untuk mendapatkan sokongan. • Memastikan semua hujah mempunyai bahan sokongan. • Objektif penceramah ialah untuk mempengaruhi audiens, bukannya memaksa mereka. • Selain menggunakan bukti dan hujah, emosi audiens juga perlu dirayu atau dipujuk. • Mengelakkan penggunaan kaedah propaganda, misalnya menakut-nakutkan audiens.
  • 13. UCAPAN • Dimaksudkan dengan apa-apa yang diucapkan atau perkataan yang diucapkan atau cara menyebut atau melafazkan sesuatu kata yang mengandungi harapan, dalam bentuk syarahan atau pidato. Ringkasnya, ucapan didefinisikan sebagai penyampaian idea melalui pelafazan, dan disampaikan secara pidato sehala. • Format Ucapan 1. Kata alu-aluan atau sapaan 2. Kandungan 3. Penutup 4. Aspek kebahasaan
  • 14. ANTARA PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERIKAN PERHATIAN SEMASA MENYEDIAKAN ATAU MENYAMPAIKAN UCAPAN IALAH: • Apabila menyediakan ucapan alu-aluan, perucap mesti meneliti dahulu latar belakang individu atau kumpulan yang diraikan. • Apabila menyampaikan ucapan pengenalan, berucaplah dengan ringkas dan elakkan menyentuh isu pokok. • Apabila menyampaikan ucapan dalam majlis penyampaian anugerah, elakkan ucapan yang beremosi tetapi mengutamakan ucapan yang bersifat faktual. • Apabila menyampaikan ucapan setelah menerima sesuatu anugerah, terapkan perasaan keharuan dan nilai yang diberikan kepada anugerah yang diperoleh. • Apabila menyampaikan ucapan selepas makan malam, sampaikan secara bersahaja, ringkas dan menyelitkan suasana humor. • Pastikan perucap memakai pakaian yang bersopan serta menggunakan bahasa yang sesuai.
  • 15. TAKLIMAT • Boleh didefinisikan sebagai keterangan ringkas tentang sesuatu yang berlaku atau sesuatu yang dihasilkan. Taklimat merupakan sebuah ucapan pemakluman dan disampaikan secara hubungan dua hala dalam situasi formal atau tidak formal. Dalam taklimat, ada sesi soal jawab antara perucap dengan khalayak. • Format Taklimat Taklimat boleh dibahagikan kepada dua bentuk berdasarkan jenis atau taraf khalayaknya, iaitu taklimat satu taraf dan taklimat dua taraf.
  • 16. • Taklimat Satu Taraf (Sama Taraf) mengandungi: • Tajuk • Salam, kata sapaan biasa atau salutasi protocol • Kata alu-aluan • Pengenalan diri, organisasi, jawatan • Kandungan taklimat • Penutup • Sesi soal jawab • Taklimat Dua Taraf Khalayak mengandungi: • Salam, salutasi protokol dan sapaan biasa • Puji-pujian • Ringkasan penyampaian taklimat • Kandungan • Sesi soal jawab