SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
Download to read offline
53
BAB 4
KONSEP-KONSEP KOMUNIKASI
OBJEKTIF BAB
Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Mentakrifkan konsep komunikasi.
2. Menjelaskan setiap ciri yang terdapat dalam konsep komunikasi.
3. Membincangkan ilmu komunikasi sebagai ilmu sains sosial.
4.1 PENGENALAN
Dalam bab ini, anda akan mempelajari tentang konsep-konsep yang
terdapat dalam bidang komunikasi. Konsep-konsep berkenaan meliputi
ciri-ciri proses komunikasi iaitu komunikasi bukan proses sehala,
komunikasi boleh bertujuan dan tidak bertujuan, komunikasi ialah
sesuatu yang tidak boleh diulang, komunikasi merupakan fenomena yang
berorientasikan penerima, komunikasi boleh berlaku secara lisan dan
bukan lisan, komunikasi dipengaruhi oleh budaya, komunikasi
dipengaruhi oleh perspektif etika, komunikasi berbeza daripada
kefahaman dan komunikasi ialah kontekstual. Saya percaya anda telah
mendapat gambaran awal berkaitan dengan konsep-konsep asas dalam
bidang komunikasi dalam kursus Pengantar Komunikasi yang telah anda
ikuiti sebelum ini.
4.2 KONSEP-KONSEP KOMUNIKASI
Sarjana-sarjana dalam bidang komunikasi mempunyai pandangan
tersendiri berkaitan dengan elemen-elemen yang terdapat dalam
komunikasi. Antaranya, Zaremba (2003) berpandangan bahawa
komunikasi merupakan proses bukan linear (nonlinear process), komunikasi
boleh bertujuan dan boleh juga tidak bertujuan, komunikasi irreversible,
komunikasi merupakan fenomena yang berorientasikan penerima, dan
komunikasi boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Saya huraikan
setiap satu konsep yang dikemukakan oleh Zaremba (2003) iaitu
54
4.2.1 Komunikasi ialah Proses Bukan Linear (Communication is
a Nonlinear Process)
Harold Lasswell merupakan seorang teoris yang mengemukakan model
yang digunakan untuk mengkaji komunikasi. Laswell menghujahkan
bahawa komunikasi boleh dianalisis melalui kajian dari sudut “Who says
what to whom in which channel with what effect”. Masalah berkaitan dengan
model ini ialah andaian bahawa komunikasi merupakan satu proses linear
atau sehala. Andaian komunikasi sebagai satu proses sehala ialah maklum
balas daripada penerima terhadap sumber tidak diambil kira dalam model
berkenaan. Proses komunikasi terhenti sehingga penerima menerima
maklumat yang disampaikan oleh sumber. Contohnya, pensyarah
menyampaikan kuliah secara berterusan hingga tamat waktu kuliah tanpa
mengemukakan sebarang soalan kepada pelajar untuk memastikan tahap
kefahaman pelajar terhadap apa yang telah dikuliahkan.
Meskipun Laswell tidak bertujuan agar model yang dikemukakan oleh
beliau ditakrifkan berdasarkan kepada konsep sehala atau tidak sehala,
tetapi model yang dikemukakan oleh beliau menggambarkan bahawa
komunikasi mengalir sehala sehingga sampai kepada penerima. Terdapat
sarjana yang menggunakan istilah ‘proses’ untuk menerangkan tentang
komunikasi dan menganggap komunikasi bukannya tingkah laku (act).
Tingkah laku (act) komunikasi digambarkan sebagai sesuatu yang terasing.
Setiap satu tindakan komunikasi bukanlah terjadi dengan sendirinya.
Tindakan hasil daripada proses komunikasi harus dilihat sebagai sesuatu
yang terhasil atau reaksi masa kini yang terhasil akibat kejadian yang telah
berlaku di masa lampau. Komunikasi harus difahami sebagai suatu proses
iaitu proses yang berlaku apabila kita berkomunikasi.
Andaikan bahawa anda sedang mendengar suatu ceramah. Persembahan
penceramah berkenaan misalnya adalah lemah. Penggunaan perkataan
beliau adalah kompleks, penyampaian mesej kabur dan tajuk tidak
menarik. Anda merasa bosan dan mencuri melihat masa ceramah
berkenaan akan berakhir. Penceramah perasan tindakan anda dan
mengubah rentak ceramah beliau untuk menjadikannya lebih menarik.
Tindakan penceramah untuk menukarkan rentak ceramah beliau
merupakan hasil daripada perbuatan anda melihat masa.
Komunikasi dalam proses ini bukanlah merupakan suatu yang berlaku
secara serta-merta. Mana-mana tingkah laku komunikasi merupakan
sebahagian daripada proses. Misalnya, perasaan bosan anda terhadap
penyampaian penceramah berkenaan menyebabkan anda melihat waktu,
penceramah perasan dan kemudian melakukan perubahan pada pola
55
penyampaian mesej. Semuanya ini berlaku sebagai satu proses yang saling
bertindak balas antara satu dengan lain bagi membolehkan proses
komunikasi berjalan dengan lancar.
Bolehkan anda fikirkan suatu situasi yang berubah akibat
daripada tindakan komunikasi anda.
4.2.2 Komunikasi Boleh Bertujuan atau Tidak Betujuan
(Communication Can be Intentional or Unintentional)
Mesej boleh disampaikan walaupun kita tidak bertujuan untuk
menyampaikannya. Misalnya, rakan sekerja kita yang mungkin seringkali
datang lewat untuk mesyuarat. Mereka mungkin tidak berniat untuk
berkomunikasi bahawa mereka sebenarnya malas atau tidak sistematik.
Walau bagaimanapun, terdapat ahli mesyuarat yang mengaitkan antara
lewat dengan kurangnya profesionalisme dan kurangnya rasa
menghormati rakan lain yang datang lebih awal atau datang tepat pada
waktunya. Ahli mesyuarat yang datang lewat mungkin tidak bertujuan
untuk menunjukkan kepada ahli-ahli yang lain tentang masalah disiplin
yang dihadapi tetapi secara tidak langsung atau tanpa tujuan tertentu,
mesej berkenaan telah dikomunikasikan.
Apa yang digambarkan di sini ialah kakitangan organisasi mestilah
berkomunikasi bagi membolehkan mereka berjaya. Kadangkala wujud
masalah-masalah tertentu yang menyebabkan komunikasi berlaku secara
tidak jelas. Misalnya, masalah yang dihadapi dari segi cara penyampaian
mesej, tafsiran, lapangan pengalaman yang tidak dikongsi bersama dan
sebagainya.
4.2.3 Komunikasi ialah Sesuatu yang Tidak Boleh Diulang
(Communication is Irreversible)
Mesej yang telah dihantar tidak dapat dipadamkan kembali. Ini bererti
apa yang telah terkeluar daripada mulut anda tidak dapat dipadam. Ada
orang yang berkata “Saya tarik kembali apa yang telah saya katakan”
tetapi sebenarnya perkara ini gagal memadamkan apa yang telah
dikatakan atau hati yang telah dilukakan akibat daripada apa yang
dikatakan. Mungkin kita juga turut mendengar perkataan seperti “Saya
tidak bermaksud untuk melukakan hati anda” atau “Saya tidak berniat
demikian”. Berbeza dengan komputer kerana mempunyai kunci yang
membolehkan kita memadamkan huruf atau perkataan yang salah ditaip
tetapi manusia tidak dapat melakukan demikian. Ciri ini kadangkala
menyebabkan kita masih boleh mengingati semula mesej yang telah kita
dengar semasa kita masih kanak-kanak.
56
Mesej yang sama yang telah dituturkan juga tidak dapat diulang dengan
cara yang benar-benar sama atau tepat. Akan terdapat penambahan dan
pengulangan tertentu atau perbezaan apabila anda diminta untuk
mengulangi sesuatu yang telah dikatakan dengan cara yang benar-benar
sama.
4.2.4 Komunikasi Merupakan Fenomena yang Berorientasikan
Penerima
Ciri ini merujuk kepada andaian bahawa komunikasi berlaku apabila
mesej diterima dan bukannya apabila mesej dihantar. Tingkah laku
menghantar mesej tidak bererti bahawa komunikasi telah beraku dalam
erti kata yang sebenarnya. Dalam erti kata yang lain mesej yang diterima
merupakan mesej yang dikomunikasikan. Misalnya, jika seorang pekerja
menghantar mesej kepada penyelia beliau tetapi penyelia beliau tidak
membaca mesej berkenaan, ini bererti proses komunikasi tidak berlaku.
Sehubungan itu, tindakan penerima terhadap mesej yang telah
disampaikan kepada beliau penting dalam mengukur keberkesanan
sesuatu mesej setelah mesej berkenaan dikomunikasikan oleh sumber.
4.2.5 Komunikasi Berlaku Secara Lisan dan Bukan Lisan
Komunikasi melibatkan kedua-dua mesej lisan dan bukan lisan. Mesej
lisan bererti perkataan digunakan untuk membawa makna. Mana-mana
mesej sama ada diucap atau dibaca dengan menggunakan perkataan
mengandungi mesej lisan. Contohnya, apabila anda berbual dengan rakan
anda, bermesyuarat, urusan jual beli dan sebagainya. Kebanyakan aktiviti
komunikasi ini bergantung kepada penggunaan komunikasi lisan.
Sebaliknya, komunikasi bukan lisan tidak menggunakan perkataan untuk
membawa mesej kepada penerima. Penggunaan warna dalam buletin dan
bahasa isyarat yang digunakan oleh penceramah merupakan contoh
komunikasi tanpa lisan yang membawa makna kepada penerima.
Penggunaan warna, saiz huruf, reka letak dan sebagainya merupakan
elemen-elemen komunikasi tanpa lisan yang menggambarkan sesuatu
kepada penerima. Begitu juga penggunaan isyarat-isyarat seperti isyarat
jalan raya yang perlu difahami maknanya oleh pengguna jalan raya.
Terdapat beberapa kategori komunikasi tanpa lisan yang mempengaruhi
komunikasi dalam sesebuah organisasi iaitu
(a) Proxemics
Merujuk kepada ruang dan jarak serta pengaruh ruang terhadap
komunikasi. Pekerja yang mempunyai pejabat yang lebih luas dianggap
57
sebagai lebih penting berbanding dengan mereka yang ditempatkan
dalam pejabat yang lebih kecil. Jika sesebuah organisasi mempunyai
beberapa cawangan, jarak antara cawangan berkemungkinan akan
mempengaruhi komunikasi yang berlaku antara ibu pejabat dan
cawangan. Besar kemungkinan proses komunikasi kurang lancar kerana
jarak yang jauh tidak memungkinkan komunikasi bersemuka digunakan
secara intensif. Sehubungan ini, jarak merupakan faktor komunikasi
tanpa lisan yang menjadi penghalang kepada kelancaran proses
komunikai.
(b) Kinesics
Merujuk kepada pergerakan anggota badan. Mengangkat ibu jari ke atas,
menuding jari telunjuk, lambaian tangan merupakan contoh-contoh
kepada tingkah laku kinesics. Terdapat pergerakan badan yang menjadi
pengganti kepada bahasa lisan dan dikenali sebagai emblems. Seperti juga
komunikasi tanpa lisan yang lain, emblems tergantung kepada konteks dan
budaya untuk ditakrifkan.
(c ) Chronemics
Faktor komunikasi tanpa lisan yang berkaitan dengan masa. Kita merasa
kagum dengan kebolehan seseorang menepati masa. Ini menggambarkan
kepada kita bahawa beliau merupakan seseorang yang profesional dan
peka kepada kehendak kita.
(d) Artifak
Artifak merujuk kepada benda yang dihasilkan oleh manusia. Dengan itu,
pakaian dan perhiasan merupakan artifak. Artifak turut menggambarkan
ciri peribadi anda. Misalnya, semasa menghadiri sesuatu proses temu
duga, seseorang calon akan memastikan bahawa beliau berpakaian kemas
dan menarik bagi menggambarkan penampilan yang positif.
(e) Oculesics
Merujuk kepada kontak mata atau hubungan mata dan apa yang
dikomunikasikan. Bayangkan sekiranya anda mendengar ceramah,
penceramah berkenaan tidak memandang sasaran sebaliknya
menumpukan perhatian kepada benda-benda lain yang terdapat di
sekeliling bilik. Apakah perasaan anda? Bagaimanakah anda mentafsirkan
tingkah laku penerima berkenaan. Apakah implikasi terhadap mesej yang
disampaikan?.
(f) Haptics
58
Merupakan komunikasi tanpa lisan yang berkaitan dengan sentuhan.
Contoh sentuhan ialah seperti berjabat tangan, pegangan dan sebagainya
yang dilakukan oleh sumber dan penerima.
(g) Olfactics
Jika anda membuat tanggapan tentang seseorang berdasarkan haruman
pewangi yang dipakai oleh beliau, ini merujuk kepada olfactics. Contoh
bau ialah seperti asap rokok, pewangi, sabun dan sebagainya yang
menunjukkan kepada anda tahap kebersihan yang diamalkan atau jenama
yang digunakan oleh seseorang.
(h) Paralanguage
Dikenali juga sebagai vocalics iaitu merujuk kepada nada suara, penekanan
yang diberikan kepada perkataan dan sebagainya ketika seseorang itu
berkomunikasi. Paralingual berperanan sebagai pengukuh kepada
komunikasi lisan. Contohnya, seseorang yang sedang marah akan
meninggikan suara dan dalam masa yang sama muka beliau bertukar
menjadi merah padam.
(i) Ciri-ciri fizikal
Sebagai tambahan kepada artifak seperti pakaian dan perhiasan, ciri-ciri
fizikal boleh membawa maklumat tertentu yang akan ditafsirkan oleh
penerima. Tinggi, rendah, tarikan fizikal merupakan antara contoh ciri-
ciri fizikal yang dikaitkan dengan ketampanan, kecantikan dan
sebagainya.
Perbincangan berkaitan dengan ciri-ciri komunikasi tanpa lisan
menggambarkan kepada kita bahawa komunikasi tanpa lisan pada
hakikatnya bukan hanya merupakan pergerakan badan. Komunikasi
tanpa lisan merangkumi nada suara, bau, pakaian, saiz dan sentuhan yang
menyumbang kepada makna dalam berkomunikasi.
Nyatakan contoh-contoh komunikasi tanpa lisan bagi
setiap ciri yang telah dikemukakan.
4.2.6 Komunikasi Dipengaruhi oleh Budaya
59
Budaya dan proses sosialisasi memainkan peranan penting dalam hidup
kita. Tingkah laku dan tindakan kita dipengaruhi oleh budaya. Budaya
boleh mempengaruhi komunikasi dari segi cara kita berkomunikasi serta
cara mentafsirkan sesuatu mesej. Lantaran komunikasi turut dipengaruhi
oleh persepsi, adalah penting untuk kita mengingati betapa budaya boleh
berperanan dalam proses kita mentafsirkan sesuatu mesej yang telah
dikomunikasikan kepada kita. Contohnya, cara kita berkomunikasi
dengan orang tua haruslah menggunakan nada suara yang lembut dan
merendah diri. Nilai kesopanan dan budi bahasa yang telah diterapkan
dalam diri kita berperanan dalam membentuk cara kita berkomunikasi.
Di samping itu, tafsiran yang diberikan terhadap sesuatu mesej turut
dipengaruhi oleh budaya kita. Misalnya, masyarakat Barat lebih dikenali
sebagai masyarakat yang berterus-terang apabila berkomunikasi manakala
masyarat Timur berkomunikasi secara tidak langsung dalam
menyampaikan sesuatu mesej. Perbezaan budaya dan implikasinya
terhadap komunikasi mewujudkan bidang komunikasi yang dikenali
sebagai komunikasi antara budaya. Lantaran itu, memahami budaya
masyarakat lain penting untuk membolehkan kita menjadi komunikator
yang berkesan apabila terlibat dalam proses komunikasi yang melibatkan
individu yang datang dari budaya yang berbeza.
4.2.7 Komunikasi Dipengaruhi oleh Perspektif Etika
Etika merupakan garis panduan tentang tatacara kita bertingkah laku.
Etika turut menjadi pegangan kita dalam membezakan tingkah laku yang
benar dan salah. Etika boleh ditinjau daripada beberapa perspektif seperti
perspektif ekonomi, agama, rasionaliti dan sebagainya. Etika turut
merupakan perkara utama dalam mempengaruhi kita berkomunikasi.
Etika penting kerana etika turut mempengaruhi kredibiliti ketika kita
berkomunikasi dan iklim komunikasi yang wujud dalam sesebuah
organisasi. Pegangan anda terhadap etika dalam berkomunikasi akan
mempengaruhi komunikasi anda terhadap penerima. Misalnya, anda
takut untuk mengatakan sesuatu yang benar tentang seseorang kerana
takut akan melukakan hati penerima atau bimbang implikasi daripada
mengatakan sesuatu yang benar. Dalam masa yang sama anda menyedari
bahawa berbohong adalah salah dari segi etika dan menyalahi ajaran
agama. Apakah tindakan anda?
4.2.8 Komunikasi Berbeza daripada Kefahaman
Kegagalan untuk menemui titik kesefahaman bersama tidak bererti
proses komunikasi tidak berlaku secara efisien. Dua orang komunikasi
yang terlibat dalam bidang perniagaan mungkin cuba mencari
kesefahaman bersama tentang satu kontrak yang baru tetapi gagal
60
berbuat demikian. Meskipun mereka gagal berbuat demikian, proses
komunikasi yang berlaku menyebabkan mereka mungkin telah saling
memahami kedudukan antara satu sama lain dengan lebih baik.
Kefahaman ini akan mempengaruhi proses komunikasi yang mungkin
akan berlaku antara mereka pada masa akan datang. Sehubungan itu,
mengandaikan bahawa proses komunikasi berkesan yang berlaku hanya
dapat diukur dari segi kefahaman semata-mata adalah tidak tepat.
4.2.9 Komunikasi adalah Kontekstual
Komunikasi berlaku dan ditakrifkan dalam konteks tertentu. Perkataan
yang sama digunakan dalam konteks yang berbeza mungkin akan
membawa kepada pengertian yang berbeza. Mengatakan perkataan
‘tolong’ dengan nada suara yang kasar dan marah berbeza dengan
menggunakan perkataan yang sama iaitu ‘tolong’ secara lemah lembut
dan bersopan membawa implikasi yang berbeza.
Proses komunikasi yang berlaku boleh ditinjau dari konteks yang berbeza
merangkumi:
(a) Komunikasi intrapersonal
Dalam erti kata mudah, berkomunikasi dengan diri anda sendiri. Apabila
anda sedang memikirkan tentang sesuatu yang dikuliahkan atau apa yang
akan anda kata atau tulis kepada orang lain, anda sedang melakukan
proses komunikasi intrapersonal.
(b) Komunikasi diadik
Merujuk kepada interaksi interpersonal antara dua orang. Interaksi ini
mungkin berlaku dalam bentuk formal seperti temu duga kenaikan
pangkat atau informal seperti dua orang rakan sekerja sedang berbual
semasa rehat. Komunikasi diadik merupakan proses pertukaran
maklumat yang sering digunakan dalam komunikasi organisasi.
(c) Komunikasi kumpulan
Mesyuarat kumpulan merupakan komunikasi yang sering berlaku dalam
organisasi. Secara umumnya, komunikasi kumpulan terdiri daripada tiga
hingga 15 orang. Dalam konteks organisasi dewasa ini, komunikasi
teknologi amat dipraktikkan. Mesyuarat boleh berlaku tanpa berada di
waktu dan tempat yang sama. Telekonferens merupakan salah satu media
komunikasi.
(d) Komunikasi publik
61
Merupakan proses komunikasi yang melibatkan sasaran yang ramai tetapi
masih boleh dikenal pasti seperti Naib Canselor memberikan taklimat
kepada pelajar-pelajar baru universiti semasa minggu suai kenal.
(e) Komunikasi massa
Melibatkan penyaluran mesej kepada sasaran yang besar jumlahnya dan
tidak dikenali. Maklum balas bagi komunikasi massa lambat berlaku.
Contoh komunikasi massa ialah penyaluran maklumat melalui televisyen,
radio dan akhbar.
SOALAN DALAM TEKS
1. Bincangkan konsep-konsep komunikasi.
2. Huraikan ciri-ciri komunikasi tanpa lisan.
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
Bolehkan anda kemukakan contoh bagi setiap ciri
komunikasi yang dikemukakan?
4.3 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, bab ini telah membincangkan tentang konsep-
konsep yang terlibat dalam mendefinisikan komunikasi. Komunikasi
merupakan proses dua hala, dipengaruhi oleh budaya, melibatkan kesan
yang melebihi kefahaman semata-mata dan melibatkan konteks tertentu.
SOALAN PENILAIAN KENDIRI
1. Bincangkan apa yang dimaksudkan sebagai komunikasi berlaku
secara kontekstual?
2. Apakah yang dimaksudkan sebagai komunikasi bukanlah
merupakan proses sehala?
62
Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.
Littlejohn, S.W. (2002). Theories of human communication (7th
ed.). Belmont: Wadsworth/Thomson Learning.
Zaremba, A. J. (2003). Organizational communication:
Foundations for business management. Thomson:
Australia.
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS
1. Sarjana-sarjana dalam bidang komunikasi mempunyai pandangan
tersendiri berkaitan dengan elemen-elemen yang terdapat dalam
komunikasi. Antaranya, Zaremba (2003) berpandangan bahawa
komunikasi merupakan proses bukan linear (nonlinear process),
komunikasi boleh bertujuan dan boleh juga tidak bertujuan,
komunikasi irrevisible, komunikasi merupakan fenomena yang
berorientasikan penerima, dan komunikasi boleh berlaku secara
lisan dan bukan lisan.
(a) Komunikasi ialah proses bukan linear
(Communication is a nonlinear process)
Harold Lasswell merupakan seorang teoris yang mengemukakan
model yang digunakan untuk mengkaji komunikasi. Laswell
menghujahkan bahawa komunikasi boleh dianalisis melalui kajian
dari sudut “Who says what to whom (in which channel) with what effect.”
Masalah berkaitan dengan model ini ialah andaian bahawa
komunikasi merupakan satu proses linear atau sehala. Andaian
komunikasi sebagai satu proses sehala ialah maklum balas
daripada penerima terhadap sumber tidak diambil kira dalam
model berkenaan. Proses komunikasi terhenti sehingga penerima
menerima maklumat yang disampaikan oleh sumber. Contohnya,
pensyarah menyampaikan kuliah secara berterusan hingga tamat
waktu kuliah tanpa mengemukakan sebarang soalan kepada
pelajar untuk memastikan tahap kefahaman pelajar terhadap apa
yang telah dikuliahkan.
Meskipun Laswell tidak bertujuan agar model yang dikemukakan
oleh beliau ditakrifkan berdasarkan kepada konsep sehala atau
63
tidak sehala, tetapi model yang dikemukakan oleh beliau
menggambarkan bahawa komunikasi mengalir sehala sehingga
sampai kepada penerima. Terdapat sarjana yang menggunakan
istilah ‘proses’ untuk menerangkan tentang komunikasi dan
menganggap komunikasi bukannya tingkah laku (act). Tingkah
laku (act) komunikasi digambarkan sebagai sesuatu yang terasing.
Setiap satu tindakan komunikasi bukanlah terjadi dengan
sendirinya. Tindakan hasil daripada proses komunikasi harus
dilihat sebagai sesuatu yang terhasil atau reaksi masa kini yang
terhasil akibat kejadian yang telah berlaku di masa lampau.
Komunikasi harus difahami sebagai suatu proses iaitu proses
yang berlaku apabila kita berkomunikasi.
Andaikan bahawa anda sedang mendengar suatu ceramah.
Persembahan penceramah berkenaan misalnya adalah lemah.
Penggunaan perkataan beliau adalah kompleks, penyampaian
mesej kabur dan tajuk tidak menarik. Anda merasa bosan dan
mencuri melihat masa ceramah berkenaan akan berakhir.
Penceramah perasan tindakan anda dan mengubah rentak
ceramah beliau untuk menjadikannya lebih menarik. Tindakan
penceramah untuk menukarkan rentak ceramah beliau
merupakan hasil daripada perbuatan anda melihat masa.
Komunikasi dalam proses ini bukanlah merupakan suatu yang
berlaku secara serta-merta. Mana-mana tingkah laku komunikasi
merupakan sebahagian daripada proses. Misalnya, perasaan bosan
anda terhadap penyampaian penceramah berkenaan
menyebabkan anda melihat waktu, penceramah perasan dan
kemudian melakukan perubahan pada pola penyampaian mesej.
Semuanya ini berlaku sebagai satu proses yang saling bertindak
balas antara satu dengan lain bagi membolehkan proses
komunikasi berjalan dengan lancar.
(b) Komunikasi boleh bertujuan atau tidak betujuan
(Communication can be intentional or unintentional)
Mesej boleh disampaikan walaupun kita tidak bertujuan untuk
menyampaikannya. Misalnya, rakan sekerja kita yang mungkin
seringkali datang lewat untuk mesyuarat. Mereka mungkin tidak
berniat untuk berkomunikasi bahawa mereka sebenarnya malas
atau tidak sistematik. Walau bagaimanapun, terdapat ahli
mesyuarat yang mengaitkan antara lewat dengan kurangnya
profesionalisme dan kurangnya rasa menghormati rakan lain yang
datang lebih awal atau datang tepat pada waktunya. Ahli
mesyuarat yang datang lewat mungkin tidak bertujuan untuk
64
menunjukkan kepada ahli-ahli yang lain tentang masalah disiplin
yang dihadapi tetapi secara tidak langsung atau tanpa tujuan
tertentu, mesej berkenaan telah dikomunikasikan.
Apa yang digambarkan di sini ialah kakitangan organisasi
mestilah berkomunikasi bagi membolehkan mereka berjaya.
Kadangkala wujud masalah-masalah tertentu yang menyebabkan
komunikasi berlaku secara tidak jelas. Misalnya, masalah yang
dihadapi dari segi cara penyampaian mesej, tafsiran, lapangan
pengalaman yang tidak dikongsi bersama dan sebagainya.
(c ) Komunikasi ialah sesuatu yang tidak boleh diulang
(Communication is irreversible)
Mesej yang telah dihantar tidak dapat dipadamkan kembali. Ini
bererti apa yang telah terkeluar daripada mulut anda tidak dapat
dipadam. Ada orang yang berkata “Saya tarik kembali apa yang
telah saya katakan” tetapi sebenarnya perkara ini gagal
memadamkan apa yang telah dikatakan atau hati yang telah
dilukakan akibat daripada apa yang dikatakan. Mungkin kita juga
turut mendengar perkataan seperti “Saya tidak bermaksud untuk
melukakan hati anda” atau “Saya tidak berniat demikian’. Berbeza
dengan komputer kerana mempunyai kunci yang membolehkan
kita memadamkan huruf atau perkataan yang salah ditaip tetapi
manusia tidak dapat melakukan demikian. Ciri ini kadangkala
menyebabkan kita masih boleh mengingati semula mesej yang
telah kita dengar semasa kita masih kanak-kanak.
Mesej yang sama yang telah dituturkan juga tidak dapat diulang
dengan cara yang benar-benar sama atau tepat. Akan terdapat
penambahan dan pengulangan tertentu atau perbezaan apabila
anda diminta untuk mengulangi sesuatu yang telah dikatakan
dengan cara yang benar-benar sama.
(d) Komunikasi merupakan fenomena yang berorientasikan
penerima
Ciri ini merujuk kepada andaian bahawa komunikasi berlaku
apabila mesej diterima dan bukannya apabila mesej dihantar.
Tingkah laku menghantar mesej tidak bererti bahawa komunikasi
telah beraku dalam erti kata yang sebenarnya. Dalam erti kata
yang lain mesej yang diterima merupakan mesej yang
dikomunikasikan. Misalnya, jika seorang pekerja menghantar
mesej kepada penyelia beliau tetapi penyelia beliau tidak
membaca mesej berkenaan, ini bererti proses komunikasi tidak
65
berlaku. Sehubungan itu, tindakan penerima terhadap mesej yang
telah disampaikan kepada beliau penting dalam mengukur
keberkesanan sesuatu mesej setelah mesej berkenaan
dikomunikasikan oleh sumber.
(e) Komunikasi berlaku secara lisan dan bukan lisan
Komunikasi melibatkan kedua-dua mesej lisan dan bukan lisan.
Mesej lisan bererti perkataan digunakan untuk membawa makna.
Mana-mana mesej sama ada diucap atau dibaca dengan
menggunakan perkataan mengadungi mesej lisan. Contohnya,
apabila anda berbual dengan rakan anda, bermesyuarat, urusan
jual beli dan sebagainya. Kebanyakan aktiviti komunikasi ini
bergantung kepada penggunaan komunikasi lisan.
Sebaliknya, komunikasi bukan lisan tidak menggunakan
perkataan untuk membawa mesej kepada penerima. Penggunaan
warna dalam buletin dan bahasa isyarat yang digunakan oleh
penceramah merupakan contoh komunikasi tanpa lisan yang
membawa makna kepada penerima. Penggunaan warna, saiz
huruf, reka letak dan sebagainya merupakan elemen-elemen
komunikasi tanpa lisan yang menggambarkan sesuatu kepada
penerima. Begitu juga penggunaan isyarat-isyarat seperti isyarat
jalan raya yang perlu difahami maknanya oleh pengguna jalan
raya.
(f) Komunikasi dipengaruhi oleh budaya
Budaya dan proses sosialisasi memainkan peranan penting dalam
hidup kita. Tingkah laku dan tindakan kita dipengaruhi oleh
budaya. Budaya boleh mempengaruhi komunikasi dari segi cara
kita berkomunikasi serta cara mentafsirkan sesuatu mesej.
Lantaran komunikasi turut dipengaruhi oleh persepsi, adalah
penting untuk kita mengingati betapa budaya boleh berperanan
dalam proses kita mentafsirkan sesuatu mesej yang telah
dikomunikasikan kepada kita. Contohnya, cara kita
berkomunikasi dengan orang tua haruslah menggunakan nada
suara yang lembut dan merendah diri. Nilai kesopanan dan budi
bahasa yang telah diterapkan dalam diri kita berperanan dalam
membentuk cara kita berkomunikasi.
Di samping itu, tafsiran yang diberikan terhadap sesuatu mesej
turut dipengaruhi oleh budaya kita. Misalnya, masyarakat Barat
lebih dikenali sebagai masyarakat yang berterus-terang apabila
66
berkomunikasi manakala masyarat Timur berkomunikasi secara
tidak langsung dalam menyampaikan sesuatu mesej. Perbezaan
budaya dan implikasinya terhadap komunikasi mewujudkan
bidang komunikasi yang dikenali sebagai komunikasi antara
budaya. Lantara itu, memahami budaya masyarakat lain penting
untuk membolehkan kita menjadi komunikator yang berkesan
apabila terlibat dalam proses komunikasi yang melibatkan
individu yang datang dari budaya yang berbeza.
(g) Komunikasi dipengaruhi oleh perspektif etika
Etika merupakan garis panduan tentang tatacara kita bertingkah
laku. Etika turut menjadi pegangan kita dalam membezakan
tingkah laku yang benar dan salah. Etika boleh ditinjau daripada
beberapa perspektif seperti perspektif ekonomi, agama, rasionaliti
dan sebagainya. Etika turut merupakan perkara utama dalam
mempengaruhi kita berkomunikasi. Etika penting kerana etika
turut mempengaruhi kredibiliti ketika kita berkomunikasi dan
iklim komunikasi yang wujud dalam sesebuah organisasi.
Pegangan anda terhadap etika dalam berkomunikasi akan
mempengaruhi komunikasi anda terhadap penerima. Misalnya,
anda takut untuk mengatakan sesuatu yang benar tentang
seseorang kerana takut akan melukakan hati penerima atau
bimbang implikasi daripada mengatakan sesuatu yang benar.
Dalam masa yang sama anda menyedari bahawa berbohong
adalah salah dari segi etika dan menyalahi ajaran agama. Apakah
tindakan anda?
2. Terdapat beberapa kategori komunikasi tanpa lisan yang
mempengaruhi komunikasi dalam sesebuah organisasi iaitu
(a) Proxemics
Merujuk kepada ruang dan jarak serta pengaruh ruang terhadap
komunikasi. Pekerja yang mempunyai pejabat yang lebih luas
dianggap sebagai lebih penting berbanding dengan mereka yang
ditempatkan dalam pejabat yang lebih kecil. Jika sesebuah
organisasi mempunyai beberapa cawangan, jarak antara cawangan
berkemungkinan akan mempengaruhi komunikasi yang berlaku
antara ibu pejabat dan cawangan. Besar kemungkinan proses
komunikasi kurang lancar kerana jarak yang jauh tidak
memungkinkan komunikasi bersemuka digunakan secara intensif.
Sehubungan ini, jarak merupakan faktor komunikasi tanpa lisan
yang menjadi penghalang kepada kelancaran proses komunikai.
67
(b) Kinesics
Merujuk kepada pergerakan anggota badan. Mengangkat ibu jari
ke atas, menuding jari telunjuk, lambaian tangan merupakan
contoh-contoh kepada tingkah laku kinesics. Terdapat pergerakan
badan yang menjadi pengganti kepada bahasa lisan dan dikenali
sebagai emblems. Seperti juga komunikasi tanpa lisan yang lain,
emblems tergantung kepada konteks dan budaya untuk ditakrifkan.
(c) Chronemics
Faktor komunikasi tanpa lisan yang berkaitan dengan masa. Kita
merasa kagum dengan kebolehan seseorang menepati masa. Ini
menggambarkan kepada kita bahawa beliau merupakan seseorang
yang profesional dan peka kepada kehendak kita.
(d) Artifak
Artifak merujuk kepada benda yang dihasilkan oleh manusia.
Dengan itu, pakaian dan perhiasan merupakan artifak. Artifak
turut menggambarkan ciri peribadi anda. Misalnya, semasa
menghadiri sesuatu proses temu duga, seseorang calon akan
memastikan bahawa beliau berpakaian kemas dan menarik bagi
menggambarkan penampilan yang positif.
(e) Oculesics
Merujuk kepada kontak mata atau hubungan mata dan apa yang
dikomunikasikan. Bayangkan sekiranya anda mendengar
ceramah, pencermah berkenaan tidak memandang sasaran
sebaliknya menumpukan perhatian kepada benda-benda lain yang
terdapat di sekeliling bilik. Apakah perasaan anda? Bagaimanakah
anda mentafsirkan tingkah laku penerima berkenaan? Apakah
implikasi terhadap mesej yang disampaikan?.
(f) Haptics
Merupakan komunikasi tanpa lisan yang berkaitan dengan
sentuhan. Contoh sentuhan ialah seperti berjabat tangan,
pegangan dan sebagainya yang dilakukan oleh sumber dan
penerima.
(g) Olfactics
68
Jika anda membuat tanggapan tentang seseorang berdasarkan
haruman pewangi yang dipakai oleh beliau, ini merujuk kepada
olfactics. Contoh bau ialah seperti asap rokok, pewangi, sabun dan
sebagainya yang menunjukkan kepada anda tahap kebersihan
yang diamalkan atau jenama yang digunakan oleh seseorang.
(h) Paralanguage
Dikenali juga sebagai vocalics iaitu merujuk kepada nada suara,
penekanan yang diberikan kepada perkataan dan sebagainya
ketika seseorang itu berkomunikasi. Paralingual berperanan
sebagai pengukuh kepada komunikasi lisan. Contohnya,
seseorang yang sedang marah akan meninggikan suara dan dalam
masa yang sama muka beliau bertukar menjadi merah padam.
(i) Ciri-ciri fizikal
Sebagai tambahan kepada artifak seperti pakaian dan perhiasan,
ciri-ciri fizikal boleh membawa maklumat tertentu yang akan
ditafsirkan oleh penerima. Tinggi, rendah, tarikan fizikal
merupakan antara contoh ciri-ciri fizikal yang dikaitkan dengan
ketampanan, kecantikan dan sebagainya.

More Related Content

Similar to BAB 4 KONSEP-KONSEP KOMUNIKASI YANG WUJU

Rp h bm asgmnt mac2012
Rp h bm asgmnt mac2012Rp h bm asgmnt mac2012
Rp h bm asgmnt mac2012Elle Irys
 
48597223 pragmatik
48597223 pragmatik48597223 pragmatik
48597223 pragmatikIera Nafiesa
 
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURAN
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURANKOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURAN
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURANShahrizzat Md Sukor
 
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj AnamProjek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj AnamNorafsah Awang Kati
 
Bm pendekatan
Bm pendekatanBm pendekatan
Bm pendekatanatthea
 
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)NurSyaqina
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Rosnani Hassan
 
Proses Mendengar
Proses MendengarProses Mendengar
Proses Mendengarmybuloh
 
Proses Mendengar
Proses MendengarProses Mendengar
Proses Mendengarmybuloh
 
Proses Mendengar
Proses MendengarProses Mendengar
Proses Mendengarguest76a16
 
Komunikasi kemanusiaan
Komunikasi kemanusiaanKomunikasi kemanusiaan
Komunikasi kemanusiaanCongkak Group
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahfiro HAR
 
Proses Mendengar
Proses MendengarProses Mendengar
Proses MendengarDzul Sapein
 
Contoh proposal pt
Contoh proposal ptContoh proposal pt
Contoh proposal ptShila Daly
 

Similar to BAB 4 KONSEP-KONSEP KOMUNIKASI YANG WUJU (20)

Rp h bm asgmnt mac2012
Rp h bm asgmnt mac2012Rp h bm asgmnt mac2012
Rp h bm asgmnt mac2012
 
48597223 pragmatik
48597223 pragmatik48597223 pragmatik
48597223 pragmatik
 
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURAN
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURANKOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURAN
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURAN
 
Komunikasi berkesan
Komunikasi berkesanKomunikasi berkesan
Komunikasi berkesan
 
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj AnamProjek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
 
Bm pendekatan
Bm pendekatanBm pendekatan
Bm pendekatan
 
Pendekatan 1
Pendekatan 1Pendekatan 1
Pendekatan 1
 
Teori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasaTeori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasa
 
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
 
Bab komunikasi (SHARE FROM SOMEONE)
Bab komunikasi (SHARE FROM SOMEONE)Bab komunikasi (SHARE FROM SOMEONE)
Bab komunikasi (SHARE FROM SOMEONE)
 
Proses Mendengar
Proses MendengarProses Mendengar
Proses Mendengar
 
Proses Mendengar
Proses MendengarProses Mendengar
Proses Mendengar
 
Proses Mendengar
Proses MendengarProses Mendengar
Proses Mendengar
 
Proses Mendengar
Proses MendengarProses Mendengar
Proses Mendengar
 
Komunikasi kemanusiaan
Komunikasi kemanusiaanKomunikasi kemanusiaan
Komunikasi kemanusiaan
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Proses Mendengar
Proses MendengarProses Mendengar
Proses Mendengar
 
Contoh proposal pt
Contoh proposal ptContoh proposal pt
Contoh proposal pt
 
Tugasan emb415
Tugasan emb415Tugasan emb415
Tugasan emb415
 

Recently uploaded

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 

Recently uploaded (8)

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 

BAB 4 KONSEP-KONSEP KOMUNIKASI YANG WUJU

  • 1. 53 BAB 4 KONSEP-KONSEP KOMUNIKASI OBJEKTIF BAB Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Mentakrifkan konsep komunikasi. 2. Menjelaskan setiap ciri yang terdapat dalam konsep komunikasi. 3. Membincangkan ilmu komunikasi sebagai ilmu sains sosial. 4.1 PENGENALAN Dalam bab ini, anda akan mempelajari tentang konsep-konsep yang terdapat dalam bidang komunikasi. Konsep-konsep berkenaan meliputi ciri-ciri proses komunikasi iaitu komunikasi bukan proses sehala, komunikasi boleh bertujuan dan tidak bertujuan, komunikasi ialah sesuatu yang tidak boleh diulang, komunikasi merupakan fenomena yang berorientasikan penerima, komunikasi boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan, komunikasi dipengaruhi oleh budaya, komunikasi dipengaruhi oleh perspektif etika, komunikasi berbeza daripada kefahaman dan komunikasi ialah kontekstual. Saya percaya anda telah mendapat gambaran awal berkaitan dengan konsep-konsep asas dalam bidang komunikasi dalam kursus Pengantar Komunikasi yang telah anda ikuiti sebelum ini. 4.2 KONSEP-KONSEP KOMUNIKASI Sarjana-sarjana dalam bidang komunikasi mempunyai pandangan tersendiri berkaitan dengan elemen-elemen yang terdapat dalam komunikasi. Antaranya, Zaremba (2003) berpandangan bahawa komunikasi merupakan proses bukan linear (nonlinear process), komunikasi boleh bertujuan dan boleh juga tidak bertujuan, komunikasi irreversible, komunikasi merupakan fenomena yang berorientasikan penerima, dan komunikasi boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Saya huraikan setiap satu konsep yang dikemukakan oleh Zaremba (2003) iaitu
  • 2. 54 4.2.1 Komunikasi ialah Proses Bukan Linear (Communication is a Nonlinear Process) Harold Lasswell merupakan seorang teoris yang mengemukakan model yang digunakan untuk mengkaji komunikasi. Laswell menghujahkan bahawa komunikasi boleh dianalisis melalui kajian dari sudut “Who says what to whom in which channel with what effect”. Masalah berkaitan dengan model ini ialah andaian bahawa komunikasi merupakan satu proses linear atau sehala. Andaian komunikasi sebagai satu proses sehala ialah maklum balas daripada penerima terhadap sumber tidak diambil kira dalam model berkenaan. Proses komunikasi terhenti sehingga penerima menerima maklumat yang disampaikan oleh sumber. Contohnya, pensyarah menyampaikan kuliah secara berterusan hingga tamat waktu kuliah tanpa mengemukakan sebarang soalan kepada pelajar untuk memastikan tahap kefahaman pelajar terhadap apa yang telah dikuliahkan. Meskipun Laswell tidak bertujuan agar model yang dikemukakan oleh beliau ditakrifkan berdasarkan kepada konsep sehala atau tidak sehala, tetapi model yang dikemukakan oleh beliau menggambarkan bahawa komunikasi mengalir sehala sehingga sampai kepada penerima. Terdapat sarjana yang menggunakan istilah ‘proses’ untuk menerangkan tentang komunikasi dan menganggap komunikasi bukannya tingkah laku (act). Tingkah laku (act) komunikasi digambarkan sebagai sesuatu yang terasing. Setiap satu tindakan komunikasi bukanlah terjadi dengan sendirinya. Tindakan hasil daripada proses komunikasi harus dilihat sebagai sesuatu yang terhasil atau reaksi masa kini yang terhasil akibat kejadian yang telah berlaku di masa lampau. Komunikasi harus difahami sebagai suatu proses iaitu proses yang berlaku apabila kita berkomunikasi. Andaikan bahawa anda sedang mendengar suatu ceramah. Persembahan penceramah berkenaan misalnya adalah lemah. Penggunaan perkataan beliau adalah kompleks, penyampaian mesej kabur dan tajuk tidak menarik. Anda merasa bosan dan mencuri melihat masa ceramah berkenaan akan berakhir. Penceramah perasan tindakan anda dan mengubah rentak ceramah beliau untuk menjadikannya lebih menarik. Tindakan penceramah untuk menukarkan rentak ceramah beliau merupakan hasil daripada perbuatan anda melihat masa. Komunikasi dalam proses ini bukanlah merupakan suatu yang berlaku secara serta-merta. Mana-mana tingkah laku komunikasi merupakan sebahagian daripada proses. Misalnya, perasaan bosan anda terhadap penyampaian penceramah berkenaan menyebabkan anda melihat waktu, penceramah perasan dan kemudian melakukan perubahan pada pola
  • 3. 55 penyampaian mesej. Semuanya ini berlaku sebagai satu proses yang saling bertindak balas antara satu dengan lain bagi membolehkan proses komunikasi berjalan dengan lancar. Bolehkan anda fikirkan suatu situasi yang berubah akibat daripada tindakan komunikasi anda. 4.2.2 Komunikasi Boleh Bertujuan atau Tidak Betujuan (Communication Can be Intentional or Unintentional) Mesej boleh disampaikan walaupun kita tidak bertujuan untuk menyampaikannya. Misalnya, rakan sekerja kita yang mungkin seringkali datang lewat untuk mesyuarat. Mereka mungkin tidak berniat untuk berkomunikasi bahawa mereka sebenarnya malas atau tidak sistematik. Walau bagaimanapun, terdapat ahli mesyuarat yang mengaitkan antara lewat dengan kurangnya profesionalisme dan kurangnya rasa menghormati rakan lain yang datang lebih awal atau datang tepat pada waktunya. Ahli mesyuarat yang datang lewat mungkin tidak bertujuan untuk menunjukkan kepada ahli-ahli yang lain tentang masalah disiplin yang dihadapi tetapi secara tidak langsung atau tanpa tujuan tertentu, mesej berkenaan telah dikomunikasikan. Apa yang digambarkan di sini ialah kakitangan organisasi mestilah berkomunikasi bagi membolehkan mereka berjaya. Kadangkala wujud masalah-masalah tertentu yang menyebabkan komunikasi berlaku secara tidak jelas. Misalnya, masalah yang dihadapi dari segi cara penyampaian mesej, tafsiran, lapangan pengalaman yang tidak dikongsi bersama dan sebagainya. 4.2.3 Komunikasi ialah Sesuatu yang Tidak Boleh Diulang (Communication is Irreversible) Mesej yang telah dihantar tidak dapat dipadamkan kembali. Ini bererti apa yang telah terkeluar daripada mulut anda tidak dapat dipadam. Ada orang yang berkata “Saya tarik kembali apa yang telah saya katakan” tetapi sebenarnya perkara ini gagal memadamkan apa yang telah dikatakan atau hati yang telah dilukakan akibat daripada apa yang dikatakan. Mungkin kita juga turut mendengar perkataan seperti “Saya tidak bermaksud untuk melukakan hati anda” atau “Saya tidak berniat demikian”. Berbeza dengan komputer kerana mempunyai kunci yang membolehkan kita memadamkan huruf atau perkataan yang salah ditaip tetapi manusia tidak dapat melakukan demikian. Ciri ini kadangkala menyebabkan kita masih boleh mengingati semula mesej yang telah kita dengar semasa kita masih kanak-kanak.
  • 4. 56 Mesej yang sama yang telah dituturkan juga tidak dapat diulang dengan cara yang benar-benar sama atau tepat. Akan terdapat penambahan dan pengulangan tertentu atau perbezaan apabila anda diminta untuk mengulangi sesuatu yang telah dikatakan dengan cara yang benar-benar sama. 4.2.4 Komunikasi Merupakan Fenomena yang Berorientasikan Penerima Ciri ini merujuk kepada andaian bahawa komunikasi berlaku apabila mesej diterima dan bukannya apabila mesej dihantar. Tingkah laku menghantar mesej tidak bererti bahawa komunikasi telah beraku dalam erti kata yang sebenarnya. Dalam erti kata yang lain mesej yang diterima merupakan mesej yang dikomunikasikan. Misalnya, jika seorang pekerja menghantar mesej kepada penyelia beliau tetapi penyelia beliau tidak membaca mesej berkenaan, ini bererti proses komunikasi tidak berlaku. Sehubungan itu, tindakan penerima terhadap mesej yang telah disampaikan kepada beliau penting dalam mengukur keberkesanan sesuatu mesej setelah mesej berkenaan dikomunikasikan oleh sumber. 4.2.5 Komunikasi Berlaku Secara Lisan dan Bukan Lisan Komunikasi melibatkan kedua-dua mesej lisan dan bukan lisan. Mesej lisan bererti perkataan digunakan untuk membawa makna. Mana-mana mesej sama ada diucap atau dibaca dengan menggunakan perkataan mengandungi mesej lisan. Contohnya, apabila anda berbual dengan rakan anda, bermesyuarat, urusan jual beli dan sebagainya. Kebanyakan aktiviti komunikasi ini bergantung kepada penggunaan komunikasi lisan. Sebaliknya, komunikasi bukan lisan tidak menggunakan perkataan untuk membawa mesej kepada penerima. Penggunaan warna dalam buletin dan bahasa isyarat yang digunakan oleh penceramah merupakan contoh komunikasi tanpa lisan yang membawa makna kepada penerima. Penggunaan warna, saiz huruf, reka letak dan sebagainya merupakan elemen-elemen komunikasi tanpa lisan yang menggambarkan sesuatu kepada penerima. Begitu juga penggunaan isyarat-isyarat seperti isyarat jalan raya yang perlu difahami maknanya oleh pengguna jalan raya. Terdapat beberapa kategori komunikasi tanpa lisan yang mempengaruhi komunikasi dalam sesebuah organisasi iaitu (a) Proxemics Merujuk kepada ruang dan jarak serta pengaruh ruang terhadap komunikasi. Pekerja yang mempunyai pejabat yang lebih luas dianggap
  • 5. 57 sebagai lebih penting berbanding dengan mereka yang ditempatkan dalam pejabat yang lebih kecil. Jika sesebuah organisasi mempunyai beberapa cawangan, jarak antara cawangan berkemungkinan akan mempengaruhi komunikasi yang berlaku antara ibu pejabat dan cawangan. Besar kemungkinan proses komunikasi kurang lancar kerana jarak yang jauh tidak memungkinkan komunikasi bersemuka digunakan secara intensif. Sehubungan ini, jarak merupakan faktor komunikasi tanpa lisan yang menjadi penghalang kepada kelancaran proses komunikai. (b) Kinesics Merujuk kepada pergerakan anggota badan. Mengangkat ibu jari ke atas, menuding jari telunjuk, lambaian tangan merupakan contoh-contoh kepada tingkah laku kinesics. Terdapat pergerakan badan yang menjadi pengganti kepada bahasa lisan dan dikenali sebagai emblems. Seperti juga komunikasi tanpa lisan yang lain, emblems tergantung kepada konteks dan budaya untuk ditakrifkan. (c ) Chronemics Faktor komunikasi tanpa lisan yang berkaitan dengan masa. Kita merasa kagum dengan kebolehan seseorang menepati masa. Ini menggambarkan kepada kita bahawa beliau merupakan seseorang yang profesional dan peka kepada kehendak kita. (d) Artifak Artifak merujuk kepada benda yang dihasilkan oleh manusia. Dengan itu, pakaian dan perhiasan merupakan artifak. Artifak turut menggambarkan ciri peribadi anda. Misalnya, semasa menghadiri sesuatu proses temu duga, seseorang calon akan memastikan bahawa beliau berpakaian kemas dan menarik bagi menggambarkan penampilan yang positif. (e) Oculesics Merujuk kepada kontak mata atau hubungan mata dan apa yang dikomunikasikan. Bayangkan sekiranya anda mendengar ceramah, penceramah berkenaan tidak memandang sasaran sebaliknya menumpukan perhatian kepada benda-benda lain yang terdapat di sekeliling bilik. Apakah perasaan anda? Bagaimanakah anda mentafsirkan tingkah laku penerima berkenaan. Apakah implikasi terhadap mesej yang disampaikan?. (f) Haptics
  • 6. 58 Merupakan komunikasi tanpa lisan yang berkaitan dengan sentuhan. Contoh sentuhan ialah seperti berjabat tangan, pegangan dan sebagainya yang dilakukan oleh sumber dan penerima. (g) Olfactics Jika anda membuat tanggapan tentang seseorang berdasarkan haruman pewangi yang dipakai oleh beliau, ini merujuk kepada olfactics. Contoh bau ialah seperti asap rokok, pewangi, sabun dan sebagainya yang menunjukkan kepada anda tahap kebersihan yang diamalkan atau jenama yang digunakan oleh seseorang. (h) Paralanguage Dikenali juga sebagai vocalics iaitu merujuk kepada nada suara, penekanan yang diberikan kepada perkataan dan sebagainya ketika seseorang itu berkomunikasi. Paralingual berperanan sebagai pengukuh kepada komunikasi lisan. Contohnya, seseorang yang sedang marah akan meninggikan suara dan dalam masa yang sama muka beliau bertukar menjadi merah padam. (i) Ciri-ciri fizikal Sebagai tambahan kepada artifak seperti pakaian dan perhiasan, ciri-ciri fizikal boleh membawa maklumat tertentu yang akan ditafsirkan oleh penerima. Tinggi, rendah, tarikan fizikal merupakan antara contoh ciri- ciri fizikal yang dikaitkan dengan ketampanan, kecantikan dan sebagainya. Perbincangan berkaitan dengan ciri-ciri komunikasi tanpa lisan menggambarkan kepada kita bahawa komunikasi tanpa lisan pada hakikatnya bukan hanya merupakan pergerakan badan. Komunikasi tanpa lisan merangkumi nada suara, bau, pakaian, saiz dan sentuhan yang menyumbang kepada makna dalam berkomunikasi. Nyatakan contoh-contoh komunikasi tanpa lisan bagi setiap ciri yang telah dikemukakan. 4.2.6 Komunikasi Dipengaruhi oleh Budaya
  • 7. 59 Budaya dan proses sosialisasi memainkan peranan penting dalam hidup kita. Tingkah laku dan tindakan kita dipengaruhi oleh budaya. Budaya boleh mempengaruhi komunikasi dari segi cara kita berkomunikasi serta cara mentafsirkan sesuatu mesej. Lantaran komunikasi turut dipengaruhi oleh persepsi, adalah penting untuk kita mengingati betapa budaya boleh berperanan dalam proses kita mentafsirkan sesuatu mesej yang telah dikomunikasikan kepada kita. Contohnya, cara kita berkomunikasi dengan orang tua haruslah menggunakan nada suara yang lembut dan merendah diri. Nilai kesopanan dan budi bahasa yang telah diterapkan dalam diri kita berperanan dalam membentuk cara kita berkomunikasi. Di samping itu, tafsiran yang diberikan terhadap sesuatu mesej turut dipengaruhi oleh budaya kita. Misalnya, masyarakat Barat lebih dikenali sebagai masyarakat yang berterus-terang apabila berkomunikasi manakala masyarat Timur berkomunikasi secara tidak langsung dalam menyampaikan sesuatu mesej. Perbezaan budaya dan implikasinya terhadap komunikasi mewujudkan bidang komunikasi yang dikenali sebagai komunikasi antara budaya. Lantaran itu, memahami budaya masyarakat lain penting untuk membolehkan kita menjadi komunikator yang berkesan apabila terlibat dalam proses komunikasi yang melibatkan individu yang datang dari budaya yang berbeza. 4.2.7 Komunikasi Dipengaruhi oleh Perspektif Etika Etika merupakan garis panduan tentang tatacara kita bertingkah laku. Etika turut menjadi pegangan kita dalam membezakan tingkah laku yang benar dan salah. Etika boleh ditinjau daripada beberapa perspektif seperti perspektif ekonomi, agama, rasionaliti dan sebagainya. Etika turut merupakan perkara utama dalam mempengaruhi kita berkomunikasi. Etika penting kerana etika turut mempengaruhi kredibiliti ketika kita berkomunikasi dan iklim komunikasi yang wujud dalam sesebuah organisasi. Pegangan anda terhadap etika dalam berkomunikasi akan mempengaruhi komunikasi anda terhadap penerima. Misalnya, anda takut untuk mengatakan sesuatu yang benar tentang seseorang kerana takut akan melukakan hati penerima atau bimbang implikasi daripada mengatakan sesuatu yang benar. Dalam masa yang sama anda menyedari bahawa berbohong adalah salah dari segi etika dan menyalahi ajaran agama. Apakah tindakan anda? 4.2.8 Komunikasi Berbeza daripada Kefahaman Kegagalan untuk menemui titik kesefahaman bersama tidak bererti proses komunikasi tidak berlaku secara efisien. Dua orang komunikasi yang terlibat dalam bidang perniagaan mungkin cuba mencari kesefahaman bersama tentang satu kontrak yang baru tetapi gagal
  • 8. 60 berbuat demikian. Meskipun mereka gagal berbuat demikian, proses komunikasi yang berlaku menyebabkan mereka mungkin telah saling memahami kedudukan antara satu sama lain dengan lebih baik. Kefahaman ini akan mempengaruhi proses komunikasi yang mungkin akan berlaku antara mereka pada masa akan datang. Sehubungan itu, mengandaikan bahawa proses komunikasi berkesan yang berlaku hanya dapat diukur dari segi kefahaman semata-mata adalah tidak tepat. 4.2.9 Komunikasi adalah Kontekstual Komunikasi berlaku dan ditakrifkan dalam konteks tertentu. Perkataan yang sama digunakan dalam konteks yang berbeza mungkin akan membawa kepada pengertian yang berbeza. Mengatakan perkataan ‘tolong’ dengan nada suara yang kasar dan marah berbeza dengan menggunakan perkataan yang sama iaitu ‘tolong’ secara lemah lembut dan bersopan membawa implikasi yang berbeza. Proses komunikasi yang berlaku boleh ditinjau dari konteks yang berbeza merangkumi: (a) Komunikasi intrapersonal Dalam erti kata mudah, berkomunikasi dengan diri anda sendiri. Apabila anda sedang memikirkan tentang sesuatu yang dikuliahkan atau apa yang akan anda kata atau tulis kepada orang lain, anda sedang melakukan proses komunikasi intrapersonal. (b) Komunikasi diadik Merujuk kepada interaksi interpersonal antara dua orang. Interaksi ini mungkin berlaku dalam bentuk formal seperti temu duga kenaikan pangkat atau informal seperti dua orang rakan sekerja sedang berbual semasa rehat. Komunikasi diadik merupakan proses pertukaran maklumat yang sering digunakan dalam komunikasi organisasi. (c) Komunikasi kumpulan Mesyuarat kumpulan merupakan komunikasi yang sering berlaku dalam organisasi. Secara umumnya, komunikasi kumpulan terdiri daripada tiga hingga 15 orang. Dalam konteks organisasi dewasa ini, komunikasi teknologi amat dipraktikkan. Mesyuarat boleh berlaku tanpa berada di waktu dan tempat yang sama. Telekonferens merupakan salah satu media komunikasi. (d) Komunikasi publik
  • 9. 61 Merupakan proses komunikasi yang melibatkan sasaran yang ramai tetapi masih boleh dikenal pasti seperti Naib Canselor memberikan taklimat kepada pelajar-pelajar baru universiti semasa minggu suai kenal. (e) Komunikasi massa Melibatkan penyaluran mesej kepada sasaran yang besar jumlahnya dan tidak dikenali. Maklum balas bagi komunikasi massa lambat berlaku. Contoh komunikasi massa ialah penyaluran maklumat melalui televisyen, radio dan akhbar. SOALAN DALAM TEKS 1. Bincangkan konsep-konsep komunikasi. 2. Huraikan ciri-ciri komunikasi tanpa lisan. Semak jawapan anda di akhir bab ini. Bolehkan anda kemukakan contoh bagi setiap ciri komunikasi yang dikemukakan? 4.3 RUMUSAN Secara keseluruhannya, bab ini telah membincangkan tentang konsep- konsep yang terlibat dalam mendefinisikan komunikasi. Komunikasi merupakan proses dua hala, dipengaruhi oleh budaya, melibatkan kesan yang melebihi kefahaman semata-mata dan melibatkan konteks tertentu. SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1. Bincangkan apa yang dimaksudkan sebagai komunikasi berlaku secara kontekstual? 2. Apakah yang dimaksudkan sebagai komunikasi bukanlah merupakan proses sehala?
  • 10. 62 Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini. Littlejohn, S.W. (2002). Theories of human communication (7th ed.). Belmont: Wadsworth/Thomson Learning. Zaremba, A. J. (2003). Organizational communication: Foundations for business management. Thomson: Australia. JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. Sarjana-sarjana dalam bidang komunikasi mempunyai pandangan tersendiri berkaitan dengan elemen-elemen yang terdapat dalam komunikasi. Antaranya, Zaremba (2003) berpandangan bahawa komunikasi merupakan proses bukan linear (nonlinear process), komunikasi boleh bertujuan dan boleh juga tidak bertujuan, komunikasi irrevisible, komunikasi merupakan fenomena yang berorientasikan penerima, dan komunikasi boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. (a) Komunikasi ialah proses bukan linear (Communication is a nonlinear process) Harold Lasswell merupakan seorang teoris yang mengemukakan model yang digunakan untuk mengkaji komunikasi. Laswell menghujahkan bahawa komunikasi boleh dianalisis melalui kajian dari sudut “Who says what to whom (in which channel) with what effect.” Masalah berkaitan dengan model ini ialah andaian bahawa komunikasi merupakan satu proses linear atau sehala. Andaian komunikasi sebagai satu proses sehala ialah maklum balas daripada penerima terhadap sumber tidak diambil kira dalam model berkenaan. Proses komunikasi terhenti sehingga penerima menerima maklumat yang disampaikan oleh sumber. Contohnya, pensyarah menyampaikan kuliah secara berterusan hingga tamat waktu kuliah tanpa mengemukakan sebarang soalan kepada pelajar untuk memastikan tahap kefahaman pelajar terhadap apa yang telah dikuliahkan. Meskipun Laswell tidak bertujuan agar model yang dikemukakan oleh beliau ditakrifkan berdasarkan kepada konsep sehala atau
  • 11. 63 tidak sehala, tetapi model yang dikemukakan oleh beliau menggambarkan bahawa komunikasi mengalir sehala sehingga sampai kepada penerima. Terdapat sarjana yang menggunakan istilah ‘proses’ untuk menerangkan tentang komunikasi dan menganggap komunikasi bukannya tingkah laku (act). Tingkah laku (act) komunikasi digambarkan sebagai sesuatu yang terasing. Setiap satu tindakan komunikasi bukanlah terjadi dengan sendirinya. Tindakan hasil daripada proses komunikasi harus dilihat sebagai sesuatu yang terhasil atau reaksi masa kini yang terhasil akibat kejadian yang telah berlaku di masa lampau. Komunikasi harus difahami sebagai suatu proses iaitu proses yang berlaku apabila kita berkomunikasi. Andaikan bahawa anda sedang mendengar suatu ceramah. Persembahan penceramah berkenaan misalnya adalah lemah. Penggunaan perkataan beliau adalah kompleks, penyampaian mesej kabur dan tajuk tidak menarik. Anda merasa bosan dan mencuri melihat masa ceramah berkenaan akan berakhir. Penceramah perasan tindakan anda dan mengubah rentak ceramah beliau untuk menjadikannya lebih menarik. Tindakan penceramah untuk menukarkan rentak ceramah beliau merupakan hasil daripada perbuatan anda melihat masa. Komunikasi dalam proses ini bukanlah merupakan suatu yang berlaku secara serta-merta. Mana-mana tingkah laku komunikasi merupakan sebahagian daripada proses. Misalnya, perasaan bosan anda terhadap penyampaian penceramah berkenaan menyebabkan anda melihat waktu, penceramah perasan dan kemudian melakukan perubahan pada pola penyampaian mesej. Semuanya ini berlaku sebagai satu proses yang saling bertindak balas antara satu dengan lain bagi membolehkan proses komunikasi berjalan dengan lancar. (b) Komunikasi boleh bertujuan atau tidak betujuan (Communication can be intentional or unintentional) Mesej boleh disampaikan walaupun kita tidak bertujuan untuk menyampaikannya. Misalnya, rakan sekerja kita yang mungkin seringkali datang lewat untuk mesyuarat. Mereka mungkin tidak berniat untuk berkomunikasi bahawa mereka sebenarnya malas atau tidak sistematik. Walau bagaimanapun, terdapat ahli mesyuarat yang mengaitkan antara lewat dengan kurangnya profesionalisme dan kurangnya rasa menghormati rakan lain yang datang lebih awal atau datang tepat pada waktunya. Ahli mesyuarat yang datang lewat mungkin tidak bertujuan untuk
  • 12. 64 menunjukkan kepada ahli-ahli yang lain tentang masalah disiplin yang dihadapi tetapi secara tidak langsung atau tanpa tujuan tertentu, mesej berkenaan telah dikomunikasikan. Apa yang digambarkan di sini ialah kakitangan organisasi mestilah berkomunikasi bagi membolehkan mereka berjaya. Kadangkala wujud masalah-masalah tertentu yang menyebabkan komunikasi berlaku secara tidak jelas. Misalnya, masalah yang dihadapi dari segi cara penyampaian mesej, tafsiran, lapangan pengalaman yang tidak dikongsi bersama dan sebagainya. (c ) Komunikasi ialah sesuatu yang tidak boleh diulang (Communication is irreversible) Mesej yang telah dihantar tidak dapat dipadamkan kembali. Ini bererti apa yang telah terkeluar daripada mulut anda tidak dapat dipadam. Ada orang yang berkata “Saya tarik kembali apa yang telah saya katakan” tetapi sebenarnya perkara ini gagal memadamkan apa yang telah dikatakan atau hati yang telah dilukakan akibat daripada apa yang dikatakan. Mungkin kita juga turut mendengar perkataan seperti “Saya tidak bermaksud untuk melukakan hati anda” atau “Saya tidak berniat demikian’. Berbeza dengan komputer kerana mempunyai kunci yang membolehkan kita memadamkan huruf atau perkataan yang salah ditaip tetapi manusia tidak dapat melakukan demikian. Ciri ini kadangkala menyebabkan kita masih boleh mengingati semula mesej yang telah kita dengar semasa kita masih kanak-kanak. Mesej yang sama yang telah dituturkan juga tidak dapat diulang dengan cara yang benar-benar sama atau tepat. Akan terdapat penambahan dan pengulangan tertentu atau perbezaan apabila anda diminta untuk mengulangi sesuatu yang telah dikatakan dengan cara yang benar-benar sama. (d) Komunikasi merupakan fenomena yang berorientasikan penerima Ciri ini merujuk kepada andaian bahawa komunikasi berlaku apabila mesej diterima dan bukannya apabila mesej dihantar. Tingkah laku menghantar mesej tidak bererti bahawa komunikasi telah beraku dalam erti kata yang sebenarnya. Dalam erti kata yang lain mesej yang diterima merupakan mesej yang dikomunikasikan. Misalnya, jika seorang pekerja menghantar mesej kepada penyelia beliau tetapi penyelia beliau tidak membaca mesej berkenaan, ini bererti proses komunikasi tidak
  • 13. 65 berlaku. Sehubungan itu, tindakan penerima terhadap mesej yang telah disampaikan kepada beliau penting dalam mengukur keberkesanan sesuatu mesej setelah mesej berkenaan dikomunikasikan oleh sumber. (e) Komunikasi berlaku secara lisan dan bukan lisan Komunikasi melibatkan kedua-dua mesej lisan dan bukan lisan. Mesej lisan bererti perkataan digunakan untuk membawa makna. Mana-mana mesej sama ada diucap atau dibaca dengan menggunakan perkataan mengadungi mesej lisan. Contohnya, apabila anda berbual dengan rakan anda, bermesyuarat, urusan jual beli dan sebagainya. Kebanyakan aktiviti komunikasi ini bergantung kepada penggunaan komunikasi lisan. Sebaliknya, komunikasi bukan lisan tidak menggunakan perkataan untuk membawa mesej kepada penerima. Penggunaan warna dalam buletin dan bahasa isyarat yang digunakan oleh penceramah merupakan contoh komunikasi tanpa lisan yang membawa makna kepada penerima. Penggunaan warna, saiz huruf, reka letak dan sebagainya merupakan elemen-elemen komunikasi tanpa lisan yang menggambarkan sesuatu kepada penerima. Begitu juga penggunaan isyarat-isyarat seperti isyarat jalan raya yang perlu difahami maknanya oleh pengguna jalan raya. (f) Komunikasi dipengaruhi oleh budaya Budaya dan proses sosialisasi memainkan peranan penting dalam hidup kita. Tingkah laku dan tindakan kita dipengaruhi oleh budaya. Budaya boleh mempengaruhi komunikasi dari segi cara kita berkomunikasi serta cara mentafsirkan sesuatu mesej. Lantaran komunikasi turut dipengaruhi oleh persepsi, adalah penting untuk kita mengingati betapa budaya boleh berperanan dalam proses kita mentafsirkan sesuatu mesej yang telah dikomunikasikan kepada kita. Contohnya, cara kita berkomunikasi dengan orang tua haruslah menggunakan nada suara yang lembut dan merendah diri. Nilai kesopanan dan budi bahasa yang telah diterapkan dalam diri kita berperanan dalam membentuk cara kita berkomunikasi. Di samping itu, tafsiran yang diberikan terhadap sesuatu mesej turut dipengaruhi oleh budaya kita. Misalnya, masyarakat Barat lebih dikenali sebagai masyarakat yang berterus-terang apabila
  • 14. 66 berkomunikasi manakala masyarat Timur berkomunikasi secara tidak langsung dalam menyampaikan sesuatu mesej. Perbezaan budaya dan implikasinya terhadap komunikasi mewujudkan bidang komunikasi yang dikenali sebagai komunikasi antara budaya. Lantara itu, memahami budaya masyarakat lain penting untuk membolehkan kita menjadi komunikator yang berkesan apabila terlibat dalam proses komunikasi yang melibatkan individu yang datang dari budaya yang berbeza. (g) Komunikasi dipengaruhi oleh perspektif etika Etika merupakan garis panduan tentang tatacara kita bertingkah laku. Etika turut menjadi pegangan kita dalam membezakan tingkah laku yang benar dan salah. Etika boleh ditinjau daripada beberapa perspektif seperti perspektif ekonomi, agama, rasionaliti dan sebagainya. Etika turut merupakan perkara utama dalam mempengaruhi kita berkomunikasi. Etika penting kerana etika turut mempengaruhi kredibiliti ketika kita berkomunikasi dan iklim komunikasi yang wujud dalam sesebuah organisasi. Pegangan anda terhadap etika dalam berkomunikasi akan mempengaruhi komunikasi anda terhadap penerima. Misalnya, anda takut untuk mengatakan sesuatu yang benar tentang seseorang kerana takut akan melukakan hati penerima atau bimbang implikasi daripada mengatakan sesuatu yang benar. Dalam masa yang sama anda menyedari bahawa berbohong adalah salah dari segi etika dan menyalahi ajaran agama. Apakah tindakan anda? 2. Terdapat beberapa kategori komunikasi tanpa lisan yang mempengaruhi komunikasi dalam sesebuah organisasi iaitu (a) Proxemics Merujuk kepada ruang dan jarak serta pengaruh ruang terhadap komunikasi. Pekerja yang mempunyai pejabat yang lebih luas dianggap sebagai lebih penting berbanding dengan mereka yang ditempatkan dalam pejabat yang lebih kecil. Jika sesebuah organisasi mempunyai beberapa cawangan, jarak antara cawangan berkemungkinan akan mempengaruhi komunikasi yang berlaku antara ibu pejabat dan cawangan. Besar kemungkinan proses komunikasi kurang lancar kerana jarak yang jauh tidak memungkinkan komunikasi bersemuka digunakan secara intensif. Sehubungan ini, jarak merupakan faktor komunikasi tanpa lisan yang menjadi penghalang kepada kelancaran proses komunikai.
  • 15. 67 (b) Kinesics Merujuk kepada pergerakan anggota badan. Mengangkat ibu jari ke atas, menuding jari telunjuk, lambaian tangan merupakan contoh-contoh kepada tingkah laku kinesics. Terdapat pergerakan badan yang menjadi pengganti kepada bahasa lisan dan dikenali sebagai emblems. Seperti juga komunikasi tanpa lisan yang lain, emblems tergantung kepada konteks dan budaya untuk ditakrifkan. (c) Chronemics Faktor komunikasi tanpa lisan yang berkaitan dengan masa. Kita merasa kagum dengan kebolehan seseorang menepati masa. Ini menggambarkan kepada kita bahawa beliau merupakan seseorang yang profesional dan peka kepada kehendak kita. (d) Artifak Artifak merujuk kepada benda yang dihasilkan oleh manusia. Dengan itu, pakaian dan perhiasan merupakan artifak. Artifak turut menggambarkan ciri peribadi anda. Misalnya, semasa menghadiri sesuatu proses temu duga, seseorang calon akan memastikan bahawa beliau berpakaian kemas dan menarik bagi menggambarkan penampilan yang positif. (e) Oculesics Merujuk kepada kontak mata atau hubungan mata dan apa yang dikomunikasikan. Bayangkan sekiranya anda mendengar ceramah, pencermah berkenaan tidak memandang sasaran sebaliknya menumpukan perhatian kepada benda-benda lain yang terdapat di sekeliling bilik. Apakah perasaan anda? Bagaimanakah anda mentafsirkan tingkah laku penerima berkenaan? Apakah implikasi terhadap mesej yang disampaikan?. (f) Haptics Merupakan komunikasi tanpa lisan yang berkaitan dengan sentuhan. Contoh sentuhan ialah seperti berjabat tangan, pegangan dan sebagainya yang dilakukan oleh sumber dan penerima. (g) Olfactics
  • 16. 68 Jika anda membuat tanggapan tentang seseorang berdasarkan haruman pewangi yang dipakai oleh beliau, ini merujuk kepada olfactics. Contoh bau ialah seperti asap rokok, pewangi, sabun dan sebagainya yang menunjukkan kepada anda tahap kebersihan yang diamalkan atau jenama yang digunakan oleh seseorang. (h) Paralanguage Dikenali juga sebagai vocalics iaitu merujuk kepada nada suara, penekanan yang diberikan kepada perkataan dan sebagainya ketika seseorang itu berkomunikasi. Paralingual berperanan sebagai pengukuh kepada komunikasi lisan. Contohnya, seseorang yang sedang marah akan meninggikan suara dan dalam masa yang sama muka beliau bertukar menjadi merah padam. (i) Ciri-ciri fizikal Sebagai tambahan kepada artifak seperti pakaian dan perhiasan, ciri-ciri fizikal boleh membawa maklumat tertentu yang akan ditafsirkan oleh penerima. Tinggi, rendah, tarikan fizikal merupakan antara contoh ciri-ciri fizikal yang dikaitkan dengan ketampanan, kecantikan dan sebagainya.