SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Download to read offline
KBC3023

1.0

D20121058364

Pendahuluan

Pintar cerdas adalah merupakan golongan sama ada kanak-kanak, pelajar mahupun golongan
dewasa yang mempunyai kelebihan yang lebih berbanding dengan orang lain.
Kebanyakannya mereka dilihat pintar di dalam bahagian akademik sahaja. Namun begitu,
masih terdapat beberapa aspek yang di pandang enteng oleh sesetengah masyarakat. Howard
Gardner seorang ahli psikologi telah mengemukakan satu teori kecerdasan pelbagai di mana,
pintar cerdas terbahagi kepada 8 kecerdasan iaitu bahasa, logik-matematik, muzik, visual,
kinestatik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis (Delisle & Galbraith, 2002). Ciri-ciri
pintar cerdas boleh dilihat di dalam diri seseorang sedari mereka masih kecil lagi. Di antara
ciri-ciri pintar cerdas adalah mempelajari sesuatu yang baru di dalam masa yang singkat jika
dibandingkan dengan kanak-kanak yang seusia dengan mereka dan tidak memerlukan ulang
kaji ke atas apa yang telah mereka pelajari kerana mereka boleh mengingat sesuatu dalam
jangka masa yang sangat panjang ataupun kekal. Mereka juga boleh menyelesaikan suatu
permasalahan yang kompleks dan suka kepada aktiviti atau soalan yang sangat mencabar
kepintaran mereka. Selain daripada itu, mereka juga gemar untuk mempelajari sesuatu secara
sendiri pada subjek yang mereka minati sedaya mampu mereka. Kanak-kanak pintar cerdas
adalah sangat sensitif. Mereka cenderung untuk membina sifat empati awal daripada kanakkanak lain. Mereka risau mengenai dunia, persekitaran, peperangan dan persengketaan,
kebuluran dan pelarian. Pelajar pintar cerdas dianggap sebagai sempurna dari segi luaran
mereka, namun adakah mereka tidak mungkin mempunyai masalah lain?. Kebanyakan
mereka mempunyai masalah dalam pengendalian emosi dan sosial mereka. Pelajar pintar
cerdas cenderung untuk diketepikan ataupun dipulaukan oleh rakan-rakan mereka di sekolah
kerana mereka dianggap terlalu pandai atau menunjukkan kepandaian mereka. Dek kerana
itu, mereka jarang untuk mempunyai kawan rapat. Di sebabkan itu, kadangkala mereka
gemar untuk menyorokkan kelebihan mereka di dalam akademik dengan menjadi seorang
yang lucu atau seorang yang kelakar terutamanya pelajar lelaki. Ibu bapa kanak-kanak pintar
cerdas juga sedar bahawa anak-anak mereka tidak mempunyai rakan ataupun tidak
mempunyai rakan sama sekali. Selain daripada itu, terdapat juga satu isu yang dikaitkan
dengan pintar cerdas iaitu perfectionism atau sifat perfectionism. Apakah yang dimaksudkan
dengan perfectionism?. Menurut Kamus Dewan Bahas dan Pustaka, perfectionism bermaksud
inginkan kesempurnaan atau dalam erti kata lain, satu kecenderungan untuk merasa tidak
senang dengan perkara yang tidak sempurna atau tidak mencapai standard yang diinginkan.
Di dalam penulisan ini kita akan melihat kepada adakah sifat perfectionism membunuh masa
1
KBC3023

D20121058364

hadapan pelajar pintar cerdas. Kita juga akan dapat melihat apakah perfectionism ini hanya
tertakluk kepada perspektif negatif sahaja ataupun sebaliknya. Melalui penulisan ini juga kita
akan cuba membincangkan mengenai implikasi perfectionism serta cuba merungkai solusi
untuk menyelesaikan masalah berkaitan perfectionism di kalangan pelajar pintar cerdas.

2
KBC3023

2.0

D20121058364

Di sebalik tabir Perfectionism

Perfectionism sering dikaitkan dengan satu tanggapan negatif di mana ia mendatangkan
kesan lain seperti kekecewaan yang melampau. Sifat perfectionism yang di punyai oleh setiap
individu adalah berlainan daripada individu yang lain. Ia bergantung kepada bagaimana
pelajar tersebut mengawal atau mengendalikan sifat itu. Yang perlu dibimbangkan oleh kita
adalah bagaimana remaja menguruskan perfectionism ini. Seperti yang kita tahu, remaja
adalah merupakan satu peringkat umur yang perlu diberi perhatian yang lebih kerana mereka
baru mula untuk belajar mengenali diri mereka. Jika dilihat dari skop pelajar pula,
perfectionism ini tidak merbahaya dan tidak mampu untuk membunuh masa depan mereka.
Oleh itu, berbalik kepada persoalan adalah perfectionism ini membunuh masa depan pelajar
pintar cerdas, saya tidak bersetuju dengan persoalan ini.
Mendaglio (2007) menyatakan bahawa secara amnya, perfectionism ini adalah
merupakan salah satu daripada ciri-ciri pelajar pintar cerdas. Berkaitan dengan perfectionism
ini juga Schuler (2002) juga menyatakan bahawa jika dibandingkan dengan pelajar bukan
pintar cerdas, mereka lebih cenderung untuk mempunyai ciri perfectionism. Kedua penulis
tersebut bersependapat bahawa perfectionism adalah merupakan salah satu ciri perfectionism
tetapi beliau tidak menyatakan bahawa ia menyekat masa hadapan pelajar pintar cerdas.
Di sebalik itu, sama ada kita sedar ataupun tidak, perfectionism masih lagi
dikategorikan sebagai sihat. Menurut Roedell (1984), perfectionism memberikan satu tenaga
untuk mencapai satu pencapaian yang amat membanggakan kerana ia berkaitan dengan
perincian, komitmen dan ketabahan seseorang dalam mencapai sesuatu matlamat.
Meletakkan sesuatu harapan atau standard adalah salah satu bahagian daripada perfectionism
tetapi ia bukanlah satu kesalahan yang besar.
Seorang yang mengamalkan perfectionism yang sihat mempunyai satu keperluan yang
tinggi untuk mengarah dan mengorganisasi., menerima kesalahan, menerima hakikat bahawa
keluarga mereka meletakkan harapan yang tinggi terhadap mereka, memandang
perfectionism sebagai suatu yang positif, menjadikan seseorang dewasa sebagai model
mereka dan melihat usaha mereka penting dalam sebahagian daripada perfectionism. Namun
begitu, mereka yang mengamalkan perfectionism yang melampau sering risau jika mereka
melakukan kesalahan yang sama, meletakkan standard yang terlalu tinggi serta menganggap
orang lain turut mahukan sedemikian daripadanya, menanyakan mengenai pertimbangan
mereka sendiri serta kurang dalam menyusun strategi.
3
KBC3023

D20121058364

Bagi Hamachek (1978), perfectionism merujuk kepada kedua-dua sifat dan pemikiran
seseorang individu itu. Beliau turut membahagikan perfectionism kepada dua iaitu
perfectionism normal atau perfectionism melampau. Perfectionism melampau ini bermaksud
mereka tidak pernah berpuas hati dengan keputusan yang telah mereka capai dan
menyebabkan mereka tidak merasakan kepuasan daripada usaha yang telah mereka lakukan.
Perfectionism normal pula merujuk kepada mereka merasakan kepuasan yang lebih daripada
pencapaian mereka kerana mereka menghargai segala usaha yang telah mereka lakukan untuk
melunaskan apa yang telah mereka tetapkan. Hamachek juga menyatakan bahawa
perfectionism normal ini lebih fokus kepada kebolehan dan kekuatan mereka tetapi
perfectionism melampau pula tertumpu kepada kekurangan mereka.
Perfectionism menurut Silverman (2007) pula ialah seseorang yang menetapkan satu
standard yang tinggi kepada diri mereka sendiri dan mengalami satu kekecewaan yang sangat
teruk apabila mereka tidak mencapai standard yang telah ditetapkan. Mereka akan merasa
bersalah dan malu. Walaupun orang sekeliling mereka masih memberikan pujian kepada
mereka tetapi mereka masih merasakan malu dan mereka berasa mereka telah menipu diri
sendiri dan orang di sekeliling mereka kerana gagal untuk menggunakan kebolehan mereka
semaksimum mungkin. Sedangkan kita sendiri sebagai seorang yang bukan pintar cerdas
sering merasakan hal itu, apatah lagi mereka yang pintar cerdas dan bersaing dengan rakan
pintar cerdas yang lain. Menemui satu pencapaian luar target seumpama satu bencana kepada
mereka dan ini menyebabkan mereka mempunyai masalah emosi dan kadangkala berpotensi
untuk membuat suatu perkara luar jangkaan seperti membunuh diri.
Disebabkan tekanan pelajar pintar cerdas juga cenderung untuk membunuh diri,
terdapat satu kes di mana seorang pelajar pintar cerdas telah dilaporkan membunuh diri
dengan menembak kepalanya sendiri dengan pistol di dalam rumahnya sendiri di Ohio.
Remaja yang bernama Dallas Egbert berumur 16 tahun merupakan seorang yang pintar
komputer sebelum itu dilaporkan hilang sebelum ditemui mati bunuh diri (R.Delisle, 1986).
Menurut Silverman (2007) juga, perfectionism ini merupakan satu tenaga yang boleh
digunkan samakan secara positif mahupun negatif bergantung kepada kesedaran seseorang. Ia
boleh menyebabkan ‘underachievement’ jika mereka gagal untuk mencapai target itu. Sekali
lahi penulis ini menyokong beberapa pengkaji yang lain yang turut menyatakan bahawa
perfectionism sebenarnya tidak secara keseluruhan menyebabkan kesan negatif.

4
KBC3023

D20121058364

Kata pepatah ada menyebut ‘tidak semua manusia sempurna’ boleh dikaitkan dengan
perfectionism ini. tidak semua yang kita mahukan akan tercapai dengan mudah. Setiap proses
mencapai kejayaan perlu melalui beberapa kegagalan. Kegagalan yang akan mendorong
kejayaan seseorang. Namun tidak bagi yang mengamalkan perfectionism melampau. Mereka
menganggap bahawa kejayaan dapat diperolehi dengan sekali usaha yang paling maksimum.
Tambahan lagi jika mereka bersaing dengan rakan yang mempunyai IQ setara dengan
mereka, pastinya perfectionism amat penting bagi mereka. Tetapi ia perlu dibendung sebelum
ia menjadi satu masalah yang kritikal.
Roberts dan Lovett (1994), melaporkan bahawa lebih ramai pelajar remaja pintar
cerdas yang perfectionism jika dibandingkan dengan pelajar yang bukan pintar cerdas.
Kramer (1998) pula mengatakan bahawa pelajar perempuan lebih cenderung untuk bersifat
perfectionism jika dibandingkan dengan pelajar lelaki. Berdasarkan kajian yang telah
dilakukan di atas, jika kita berbalik kepada persekitaran asal, perempuan di dapati lebih teliti
dalam melakukan sesuatu perkara. Setiap perkara yang dilakukan diperincikan untuk
mendapat hasil yang memuaskan. Oleh itu, tidaklah mustahil jika hasil kajian itu mendapati
perempuan lebih cenderung menjadi perfectionism. Bellamy (1993), Baker (1996), dan Kline
& Short (1991) juga mendapati bahawa hasil kajian mereka mendapati bahawa remaja pintar
cerdas perempuan adalah perfectionism.
Terdapat enam sebab mengapa pelajar pintar cerdas mengamalkan perfectionism iaitu
perfectionism adalah merupakan (1) sesuatu yang abstrak yang membolehkan seseorang
memberikan maksud mereka yang terrsendiri, (2) perfectionism ini adalah merupakan satu
perkembangan yang tidak sekata, (3) kebanyakkan pelajar pintar cerdas mempunyai rakan
yang berumur lebih besar daripada mereka menyebabkan mereka meletakkan matlamat yang
tinggi juga, (4) pelajar pintar cerdas juga menganggap bahawa mereka mampu mencapai
kejayaan pada percubaan kali pertama, (5) pelajar pintar cerdas juga gemar untuk mencabar
diri mereka sendiri dan (6) pelajar pintar cerdas cenderung untuk meletakkan diri sebagai
seorang yang sempurna serba-serbi.
Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam aspek perfectionism ini kerana
kadangkala ibu bapa yang mendorong mereka untuk menjadi seorang perfectionism. Anakanak pintar cerdas ini terpaksa dan mengambil ia dengan cara yang serius. Jika pada
permulaan ibu bapa memberikan dorongan dan model kepada mereka ia boleh menjuruskan
kepada perfectionism yang normal dan membantu pelajar pintar cerdas ini untuk berjaya pada
5
KBC3023

D20121058364

masa hadapan mereka kelak. Hal ini sering berlaku kepada pelajar yang merupakan anak
sulung mahupun anak tunggal. Ibu bapa sering mahukan yang terbaik daripada mereka
sehingga kadangkala mereka lupa mengenai beratnya amanah yang perlu digalas oleh anakanak mereka.
Seterusnya kita juga boleh melihat kepada Jadual 1 yang menyatakan beberapa fakta
yang juga boleh kita jadikan sebagai panduan ataupun sebagai senarai semak dan juga
membezakan sama ada ia adalah perfectionism normal ataupun perfectionism melampau
(Delisle & Galbraith, 2002).
Perkara
Bagaimana

seorang

Ciri-ciri
perfectionism

berkelakuan

1. Melakukan semuanya sendiri.
2. Jarang untuk bekerjasama dengan orang
lain.
3. Selalu mahukan ia berada di bawah
kawalan.
4. Bersaing secara sengit
5. Selalu sampai lewat kerana menyiapkan
sesuatu kerja
6. Selalu menyibukkan diri sendiri
7. Selalu mengkritik orang lain
8. Melengahkan membuat suatu pekerjaan
9. Tidak mahu mendengar kritikan terhadap
diri sendiri
10. Tidak berpuas hati dengan hasil kerja
sendiri

Bagaimana
berfikir

seorang

perfectionism

1. Jika saya mampu membuatnya dengan
sempurna, apa gunanya?
2. Saya patut berjaya dengan apa sahaja
yang saya lakukan.
3. Saya perlu jauhkan diri saya dengan orang
lain.
4. Setiap perkara dalam suatu pekerjaan
harus sempurna!

6
KBC3023

D20121058364

5. Hanya ada satu jalan yang betul untuk
melakukan sesuatu.
6. Saya adalah orang yang paling menarik
jika saya berjaya tetapi saya adalah orang
yang paling teruk jika saya gagal.
7. Saya

tidak

akan

selamanya

cukup

sempurna
8. Saya bodoh.
9. Saya tidak disukai oleh orang
10. Orang tidak sepatutnya untuk mengkritik
saya.
Bagaimana
perfectionism

perasaan

seorang

1. Sangat-sangat

malu

jika

melakukan

kesalahan.
2. Marah jika ada orang yang mengkritik
mereka.
3. Resah apabila cuba menegakkan pendapat
mereka.
4. Marah jika rutin harian mereka diganggu.
5. Sering merasa takut dan resah.
6. Takut jika dianggap sebagai bodoh.
7. Takut

jika

dianggap

sebagai

bukan

seorang pesaing
8. Berasa

bersalah

jika

menghampakan

perasaan orang lain.
9. Malu kerana merasa takut.
10. Letih dan tidak ada masa untuk berehat.

Jadual 1.0 : Menunjukkan beberapa kelakuan, perasaan dan pemikiran pelajar pintar cerdas
yang mengamalkan perfectionism.

7
KBC3023

3.0

D20121058364

Implikasi Perfectionism

Kata pepatah ada menyebut ‘tidak semua manusia sempurna’ boleh dikaitkan dengan
perfectionism ini. tidak semua yang kita mahukan akan tercapai dengan mudah. Setiap proses
mencapai kejayaan perlu melalui beberapa kegagalan. Kegagalan yang akan mendorong
kejayaan seseorang. Namun tidak bagi yang mengamalkan perfectionism melampau. Mereka
menganggap bahawa kejayaan dapat diperolehi dengan sekali usaha yang paling maksimum.
Tambahan lagi jika mereka bersaing dengan rakan yang mempunyai IQ setara dengan
mereka, pastinya perfectionism amat penting bagi mereka. Tetapi ia perlu dibendung sebelum
ia menjadi satu masalah yang kritikal.
Menurut Rimm (2007), terdapat pelbagai kesan yang disebabkan oleh amalan
perfectionism. Di antaranya ialah pelajar pintar cerdas akan terarah menjadi seorang pelajar
yang merosot. Hal ini kerana mereka sering gagal untuk menunjukkan prestasi yang baik
kerana gagal menguruskan sifat perfectionism mereka yang melampau itu. Selain daripada
itu, mereka juga sering berlengah-lengah atau merasa gelisah dan takut jika mereka tidak
mencapai target yang telah mereka tetapkan.
Pelajar pintar cerdas ini juga boleh mengalami sakit perut, sakit kepala,dan tekanan
apabila mereka risaukan kesalahan yang telah mereka buat ataupun tidak menunjukkan
prestasi yang baik. Disebabkan gagal untuk memberikan prestasi yang baik sepanjang sesi
pembelajaran juga menyebabkan mereka boleh dibuang daripada program pintar cerdas,
walhal sebelum ini mereka telah dikesan sebagai pelajar pintar cerdas. Ini akan memberikan
tekanan yang sangat kuat kepada mereka. Melalui kajian yang dilakukan juga mendapati
mengalami masalah-masalah kesihatan yang lain seperti masalah tekanan, kurang selera
makan, migrain dan fobia.
Kadangkala, mereka juga sering mengelak untuk melakukan atau membuat kerjakerja mudah dan sering memberi alasan dan menyalahkan orang lain terhadap masalah yang
mereka alami. Selain daripada itu, mereka juga sering memberontak untuk menyembunyikan
perasaan kegagalan mereka. Kesemua kesan ini adalah disebabkan mereka menemui
kegagalan kerana meletakkan satu target atau standard yang terlalu tinggi untuk mereka
capai. Kebolehan mereka tidak seiring dengan apa yang mahu dicapai. Jika kita bandingkan
dengan pelajar yang mengamalkan perfectionism yang sihat, mereka dapat menerima
kegagalan kerana mereka lebih menghargai usaha keras mereka.

8
KBC3023

D20121058364

Selain daripada kesan terhadap diri sendiri, sifat perfectionism ini juga menyebabkan
implikasi kepada orang lain. Di dalam dunia mereka mengejar perfectionism diri mereka,
mereka tidak sedar bahawa orang di sekeliling mereka juga terkena tempias negatif daripada
mereka. Adik- beradik, keluarga ataupun rakan-rakan merasa tertekan kerana sifat pelajar
pintar cerdas ini yang terlalu inginkan perfectionism sehingga mengabaikan beberapa perkara
seperti kurang tidur, kurang makan dan kurang bersosial.
Pelajar pintar cerdas yang mengamalkan perfectionism ini tidak mempunyai rakan
yang ramai kerana mereka cenderung untuk menyendiri. Ini adalah disebabkan mereka tidak
pandai untuk bersosial. Rakan-rakan mereka yang juga mungkin mengamalkan perfectionism
tetapi tidaklah secara melampau berbanding dengan mereka. Namun ini juga memberikan
satu perbezaan yang ketara.

9
KBC3023

4.0

D20121058364

Solusi permasalahan Perfectionism

Setiap permasalahan yang berlaku kepada pelajar pintar cerdas berkenaan dengan
perfectionism ini dapat dibantu atau dielak dengan kerjasama daripada semua pihak sama ada
guru, rakan, keluarga mahupun pelajar itu sendiri. Bagi memastikan masa depan pelajar
pintar cerdas tidak dibunuh oleh sifat perfectionism itu, maka beberapa solusi boleh diambil.
Berdasarkan hasil kajian yang telah dilakukan yang membincangkan mengenai solusi
teori dan praktikal telah mendapat beberapa solusi yang boleh dilakukan oleh ibu bapa, guru
dan kaunselor. Nugent (2000) berpendapat bahawa suasana kelas perlulah dapat memberi
ruang kepada pelajar untuk belajar menghargai kesilapan dan kegagalan. Di dalam keadaan
ini, kesalahan akan menjadi sesuatu panduan kepada mereka kelak, empati pula akan menjadi
suatu proses dan perkembangan atau pertumbuhan positif akan menjadi produk terakhir.
Guru seharusnya menjadi model kepada pelajar pintar cerdas supaya mereka dapat
belajar daripada guru. Contohnya, guru menceritakan pengalaman sepanjang kehidupan
mereka kepada pelajar terutamanya kegagalan supaya pelajar boleh menjadikan ia sebagai
satu panduan dan membayangkan perkara tersebut jika terjadi kepada mereka.
Selain daripada itu, guru juga boleh membuat satu aktiviti kumpulan di mana pelajar
di suruh untuk membuat satu bibliografi mengenai perjalanan hidup mereka, apa yang telah
mereka alami sebelum ini, kegagalan yang pernah mereka alami sebelum ini supaya pelajar
dapat melihat sejauh mana perfectionism itu terlalu penting kepada mereka dan apa implikasi
yang telah berlaku terhadap diri mereka dan orang di sekeliling mereka.
Beralih pula kepada apa yang sekolah mampu lakukan untuk mengelak daripada
berlakunya perfectionism melampau ini. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, pelajar
pintar cerdas cenderung untuk bersifat perfectionism sekiranya mereka diberikan tugasan
yang mudah sahaja. Oleh itu, sekolah perlu menetapkan satu silibus yang berbeza kepada
mereka di mana tugasan mahupun latihan dan peperiksaan yang mereka hadapi adalah lebih
mencabar sesuai dengan tahap kebolehan mereka. Jika pihak sekolah dapat mengaplikasikan
cadangan ini, maka tidak akan ada lagi perfectionism melampau ini dan jika ada ianya
hanyalah perfectionism yang sihat.
Ibu bapa juga perlulah peka akan kebolehan dan keupayaan anak-anak mereka supaya
mereka tidak terbeban dengan harapan yang sangat tinggi yang mendorong mereka untuk
bersifat perfectionism. Ibu bapa juga perlu menetapkan tanggapan kepada pelajar pintar
10
KBC3023

D20121058364

cerdas supaya mereka mempunyai satu model yang dijadikan idol mereka dalam
perfectionism. Selain daripada itu, ibu bapa juga perlu memuji usaha dan kesungguhan anak
mereka berbanding daripada memuji kebolehan mereka sahaja.
Menurut Pyryt (2004), sebahagian daripada pelajar pintar cerdas beranggapan bahawa
setiap mereka lakukan perlulah sempurna daripada setiap aspek. Anggapan mereka yang
tidak realistik ini menyebabkan mereka kecewa dan ini perlu dibendung. Oleh itu, pelajar ini
perlu mencari sesuatu yang mereka suka untuk dilakukan untuk mengelakkan mereka tidak
terus tertekan dengan apa yang mereka alami. Contohnya, mereka boleh mencari hobi seperti
berjoging, bermain permainan yang mencabar minda seperti catur atau sudoku yang
memberikan satu rasa puas hati kepada mereka.
Terdapat juga satu solusi kreatif yang telah dikemukan oleh Rule & Montgomey
(2013) di mana beliau telah menyatakan bahawa menggunakan kartun mampu untuk
mengajar mengenai perfectionism. Rekaan kartun melibatkan pelajar pintar cerdas untuk
mengunakan pemikiran aras tinggi untuk mensintesiskan idea, membuat perkaitan kreatif dan
bermain dengan perkataan, analogi dan simbol seperti yang dapat di lihat di dalam Rajah 1.0.
Penghasilan kartun-kartun yang lucu membolehkan pelajar untuk belajar sendiri dan refleksi
diri terhadap sifat perfectionism.

Rajah 1.0 : Menunjukkan salah satu kartun untuk mengajar mengenai perfectionism kepada
pelajar pintar cerdas.

11
KBC3023

5.0

D20121058364

Penutup

Setelah membincangkan pelbagai aspek dari segi sebab, punca, akibat dan juga cara untuk
menyelesaikan masalah perfectionism ini, saya menyimpulkan bahawa perfectionism ini
tidak akan membunuh masa hadapan pelajar pintar cerdas sekiranya mereka bijak mengawal
perasaan dan tingkah laku mereka mengenai perfectionism. Tetapi jika ia hanya bergantung
kepada pelajar itu sendiri dan kita juga tidak memecahkan anggapan bahawa pelajar pintar
cerdas mampu melakukan apa sahaja mungkin mereka akan gagal dalam kehidupan mereka.
Menurut Neumeister (2007), dalam memahami perfectionism dalam kalangan pelajar pintar
cerdas adalah sangat luas. Berdasarkan kajian terkini yang dilakukan golongan pendidik lebih
memahami perfectionism dan bijak untuk memperkembangkan atau menghasilkan pelbagai
psikologikal yang terhasil akibat daripada perfectionism. Ini bermaksud guru lebih
berperanan untuk mengawal atau membendung masalah perfectionism. Perfectionism juga
boleh dikaitkan dengan kecemerlangan dan juga pencapaian terbaik dan juga kemerosotan. Ia
lebih teruk jika perfectionism sihat bertukar kepada perfectionism melampau. Oleh itu, semua
harus peka mengenai masalah perfectionism ini. Setelah selesai perbincangan ini, diharap ia
dapat menjadi satu rujukan kepada semua pihak dan ia dapat disampaikan kepada orang lain.

12
KBC3023

D20121058364

Rujukan
Baker, J. A. (1996). Everyday stressors of academically gifted adolescents. Journal of
Secondary Gifted Education, 356-368.
Bellamy, J. (1993). Perfectionism in adolescents: A comparison of private and public school
students.
Delisle., J. & Galbraith, J. (2002). When Gifted Kids Don't Have All The Answer : How to
meet their sosial and emotional needs. United State: Free Spirit Publishing.
Greenspon, T. S. (2000). "Healthy perfectionism"is an oxymoron! Reflections on the
psychology of perfectionism and the sociology of science. Journal of Secondary
Gifted Education, 197-208.
Hamachek, D. E. (1978). Psychodynamics of normal and neurotic perfectionism. Psychology,
27-33.
Kline, B. E., & Short, E. B. (1991 ). Changes in emotional resilience: Gifted adolescent
females. Roeper Review, 118-121.
Kramer, H. J. (1988). Anxiety, perfectionism and attributions for failure in gifted and nongifted junior high school students. Dissertation Abstracts International.
Mendaglio, S. (2007). Should Perfectionism Be A Characteristic of Giftedness. Gifted
Education International, vol 23, 89-100.
Neumeister, K. S. (2007). Perfectionism in gifted students: an overview of current research.
Gifted Education International, 122-131.
Nugent, S. A. (2000). Perfectionism : Its manifestation and classroom-based intervention.
Journal of of Secondary Gifted Education, 215-222.
Pyryt, M. C. (2004). Helping gifted students cope with perfectionism. Parenting for High
Potential, 10-14.
R.Delisle, J. (1986). Death with honours : Suicide among gifted adolesents. Journol of
Counsellinmg and Development, 558-560.
Rimm, S. (1995). Why bright kids get poor grades and what you can do about it. New York:
Crown.
Rimm, S. (2007). what’s wrong with perfect? clinical perspectives on perfectionism and
underachievement. Gifted Education International, 114-121.
Roberts, S. M., & Lovett, S. B. (1994). Examining the “F” in gifted: Academically gifted
adolescents’ physiological and affective responses to scholastic failure. Journal for
the Education of the Gifted, 241-259.

13
KBC3023

D20121058364

Roedell, W. C. (1984). Vulnerabilities of highly gifted children. Roeper Review, 127-130.
Rule, A. C. & Montgomery, S. E. (2013). Using cartoon to teach about perfectionism :
Supporting gifted students' social-emotional development. Gifted Child Today, 255262.
Schuler, P.A. (2000). perfectionism in the gifted. Journal of Secondary Gifted Education,
183-196.
Silverman, L. K. (2007). perfectionism: the crucible of giftedness. Gifted Education
International, 101-113.

14

More Related Content

Similar to Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?

Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiriTugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendirishazli shazli mahmud
 
Penerimaan diri ibu terhadap anak down syndrome (ppt)
Penerimaan diri ibu terhadap anak down syndrome (ppt)Penerimaan diri ibu terhadap anak down syndrome (ppt)
Penerimaan diri ibu terhadap anak down syndrome (ppt)syiah kuala university
 
Faktor faktor yang mempengaruhi konsep diri
Faktor faktor yang mempengaruhi konsep diriFaktor faktor yang mempengaruhi konsep diri
Faktor faktor yang mempengaruhi konsep diriTama Ariyanti
 
Kecerdasan majemuk scara umum dan penerapanya
Kecerdasan majemuk scara umum dan penerapanyaKecerdasan majemuk scara umum dan penerapanya
Kecerdasan majemuk scara umum dan penerapanyaRama Risky
 
Kit apa itu_pintar_cerdas
Kit apa itu_pintar_cerdasKit apa itu_pintar_cerdas
Kit apa itu_pintar_cerdasgreenfrog88
 
Kelompok 1 - Perkembangan Kognitif Remaja.pptx
Kelompok 1 - Perkembangan Kognitif Remaja.pptxKelompok 1 - Perkembangan Kognitif Remaja.pptx
Kelompok 1 - Perkembangan Kognitif Remaja.pptxAqilSh
 
50327869 erapi-seni
50327869 erapi-seni50327869 erapi-seni
50327869 erapi-seniadeq1012
 
Jurnal perkembangan psikososial anak
Jurnal perkembangan psikososial anakJurnal perkembangan psikososial anak
Jurnal perkembangan psikososial anakHamidah Ibrahim
 
Perkembangan Kepribadian dan Perilaku Manusia
Perkembangan Kepribadian dan Perilaku ManusiaPerkembangan Kepribadian dan Perilaku Manusia
Perkembangan Kepribadian dan Perilaku Manusiapjj_kemenkes
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 
Aziziyah personaliti
Aziziyah personalitiAziziyah personaliti
Aziziyah personalitiEsther Shin
 
8 anak-berbakat
8 anak-berbakat8 anak-berbakat
8 anak-berbakatPsychoFren
 
Kepelbagaian kecerdasan & kecerdasan emosi
Kepelbagaian kecerdasan  & kecerdasan emosiKepelbagaian kecerdasan  & kecerdasan emosi
Kepelbagaian kecerdasan & kecerdasan emosiNoraini Che Embong
 
Kepelbagaian kecerdasan & kecerdasan emosi
Kepelbagaian kecerdasan  & kecerdasan emosiKepelbagaian kecerdasan  & kecerdasan emosi
Kepelbagaian kecerdasan & kecerdasan emosiNoraini Che Embong
 

Similar to Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas? (20)

Bantu masalah disleksia
Bantu masalah disleksiaBantu masalah disleksia
Bantu masalah disleksia
 
Moral maruah diri
Moral maruah diriMoral maruah diri
Moral maruah diri
 
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiriTugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
 
CHEATING.ppt
CHEATING.pptCHEATING.ppt
CHEATING.ppt
 
menyontek.ppt
menyontek.pptmenyontek.ppt
menyontek.ppt
 
Penerimaan diri ibu terhadap anak down syndrome (ppt)
Penerimaan diri ibu terhadap anak down syndrome (ppt)Penerimaan diri ibu terhadap anak down syndrome (ppt)
Penerimaan diri ibu terhadap anak down syndrome (ppt)
 
Faktor faktor yang mempengaruhi konsep diri
Faktor faktor yang mempengaruhi konsep diriFaktor faktor yang mempengaruhi konsep diri
Faktor faktor yang mempengaruhi konsep diri
 
Ranjau mental
Ranjau mentalRanjau mental
Ranjau mental
 
Kecerdasan majemuk scara umum dan penerapanya
Kecerdasan majemuk scara umum dan penerapanyaKecerdasan majemuk scara umum dan penerapanya
Kecerdasan majemuk scara umum dan penerapanya
 
Kit apa itu_pintar_cerdas
Kit apa itu_pintar_cerdasKit apa itu_pintar_cerdas
Kit apa itu_pintar_cerdas
 
Kelompok 1 - Perkembangan Kognitif Remaja.pptx
Kelompok 1 - Perkembangan Kognitif Remaja.pptxKelompok 1 - Perkembangan Kognitif Remaja.pptx
Kelompok 1 - Perkembangan Kognitif Remaja.pptx
 
50327869 erapi-seni
50327869 erapi-seni50327869 erapi-seni
50327869 erapi-seni
 
Jurnal perkembangan psikososial anak
Jurnal perkembangan psikososial anakJurnal perkembangan psikososial anak
Jurnal perkembangan psikososial anak
 
Perkembangan Kepribadian dan Perilaku Manusia
Perkembangan Kepribadian dan Perilaku ManusiaPerkembangan Kepribadian dan Perilaku Manusia
Perkembangan Kepribadian dan Perilaku Manusia
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
Aziziyah personaliti
Aziziyah personalitiAziziyah personaliti
Aziziyah personaliti
 
8 anak-berbakat
8 anak-berbakat8 anak-berbakat
8 anak-berbakat
 
Kepelbagaian kecerdasan & kecerdasan emosi
Kepelbagaian kecerdasan  & kecerdasan emosiKepelbagaian kecerdasan  & kecerdasan emosi
Kepelbagaian kecerdasan & kecerdasan emosi
 
Kepelbagaian kecerdasan & kecerdasan emosi
Kepelbagaian kecerdasan  & kecerdasan emosiKepelbagaian kecerdasan  & kecerdasan emosi
Kepelbagaian kecerdasan & kecerdasan emosi
 
Perkembangan siswa smp
Perkembangan siswa smpPerkembangan siswa smp
Perkembangan siswa smp
 

More from Nur Kareena

Rph Forest School
Rph Forest School Rph Forest School
Rph Forest School Nur Kareena
 
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATAManual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATANur Kareena
 
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan KhasRancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan KhasNur Kareena
 
Jadual Spesifikasi Ujian
Jadual Spesifikasi UjianJadual Spesifikasi Ujian
Jadual Spesifikasi UjianNur Kareena
 
pamplet Maraton OKU
pamplet Maraton OKUpamplet Maraton OKU
pamplet Maraton OKUNur Kareena
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Nur Kareena
 
Refleksi forest school
Refleksi forest schoolRefleksi forest school
Refleksi forest schoolNur Kareena
 
Kurikulum Tersembunyi
Kurikulum TersembunyiKurikulum Tersembunyi
Kurikulum TersembunyiNur Kareena
 
Tugasan pengantar geografi fizikal
Tugasan pengantar geografi fizikalTugasan pengantar geografi fizikal
Tugasan pengantar geografi fizikalNur Kareena
 
Kolej aminuddin baki slide show visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show   visual bee newKolej aminuddin baki slide show   visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show visual bee newNur Kareena
 
Ekonomi token visual bee
Ekonomi token   visual beeEkonomi token   visual bee
Ekonomi token visual beeNur Kareena
 
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas   visual beePenggunaan ict dalam pendidikan khas   visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual beeNur Kareena
 
Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364Nur Kareena
 
Tugasan Aminuddin Baki
Tugasan Aminuddin Baki Tugasan Aminuddin Baki
Tugasan Aminuddin Baki Nur Kareena
 
Soalan mengenai teori carls rogers
Soalan mengenai teori carls rogersSoalan mengenai teori carls rogers
Soalan mengenai teori carls rogersNur Kareena
 
Laporan experiential
Laporan experientialLaporan experiential
Laporan experientialNur Kareena
 
Diari mingguan pengurusan kokurikulum
Diari mingguan  pengurusan kokurikulumDiari mingguan  pengurusan kokurikulum
Diari mingguan pengurusan kokurikulumNur Kareena
 
Laporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan ideaLaporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan ideaNur Kareena
 
Murid pemulihan khas dan masalah pembelajaran khusus disleksia
Murid pemulihan khas dan masalah   pembelajaran khusus disleksiaMurid pemulihan khas dan masalah   pembelajaran khusus disleksia
Murid pemulihan khas dan masalah pembelajaran khusus disleksiaNur Kareena
 

More from Nur Kareena (20)

Unit study
Unit studyUnit study
Unit study
 
Rph Forest School
Rph Forest School Rph Forest School
Rph Forest School
 
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATAManual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
 
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan KhasRancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
 
Jadual Spesifikasi Ujian
Jadual Spesifikasi UjianJadual Spesifikasi Ujian
Jadual Spesifikasi Ujian
 
pamplet Maraton OKU
pamplet Maraton OKUpamplet Maraton OKU
pamplet Maraton OKU
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
 
Refleksi forest school
Refleksi forest schoolRefleksi forest school
Refleksi forest school
 
Kurikulum Tersembunyi
Kurikulum TersembunyiKurikulum Tersembunyi
Kurikulum Tersembunyi
 
Tugasan pengantar geografi fizikal
Tugasan pengantar geografi fizikalTugasan pengantar geografi fizikal
Tugasan pengantar geografi fizikal
 
Kolej aminuddin baki slide show visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show   visual bee newKolej aminuddin baki slide show   visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show visual bee new
 
Ekonomi token visual bee
Ekonomi token   visual beeEkonomi token   visual bee
Ekonomi token visual bee
 
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas   visual beePenggunaan ict dalam pendidikan khas   visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
 
Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364
 
Tugasan Aminuddin Baki
Tugasan Aminuddin Baki Tugasan Aminuddin Baki
Tugasan Aminuddin Baki
 
Soalan mengenai teori carls rogers
Soalan mengenai teori carls rogersSoalan mengenai teori carls rogers
Soalan mengenai teori carls rogers
 
Laporan experiential
Laporan experientialLaporan experiential
Laporan experiential
 
Diari mingguan pengurusan kokurikulum
Diari mingguan  pengurusan kokurikulumDiari mingguan  pengurusan kokurikulum
Diari mingguan pengurusan kokurikulum
 
Laporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan ideaLaporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan idea
 
Murid pemulihan khas dan masalah pembelajaran khusus disleksia
Murid pemulihan khas dan masalah   pembelajaran khusus disleksiaMurid pemulihan khas dan masalah   pembelajaran khusus disleksia
Murid pemulihan khas dan masalah pembelajaran khusus disleksia
 

Recently uploaded

Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 

Recently uploaded (20)

Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 

Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?

  • 1. KBC3023 1.0 D20121058364 Pendahuluan Pintar cerdas adalah merupakan golongan sama ada kanak-kanak, pelajar mahupun golongan dewasa yang mempunyai kelebihan yang lebih berbanding dengan orang lain. Kebanyakannya mereka dilihat pintar di dalam bahagian akademik sahaja. Namun begitu, masih terdapat beberapa aspek yang di pandang enteng oleh sesetengah masyarakat. Howard Gardner seorang ahli psikologi telah mengemukakan satu teori kecerdasan pelbagai di mana, pintar cerdas terbahagi kepada 8 kecerdasan iaitu bahasa, logik-matematik, muzik, visual, kinestatik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis (Delisle & Galbraith, 2002). Ciri-ciri pintar cerdas boleh dilihat di dalam diri seseorang sedari mereka masih kecil lagi. Di antara ciri-ciri pintar cerdas adalah mempelajari sesuatu yang baru di dalam masa yang singkat jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang seusia dengan mereka dan tidak memerlukan ulang kaji ke atas apa yang telah mereka pelajari kerana mereka boleh mengingat sesuatu dalam jangka masa yang sangat panjang ataupun kekal. Mereka juga boleh menyelesaikan suatu permasalahan yang kompleks dan suka kepada aktiviti atau soalan yang sangat mencabar kepintaran mereka. Selain daripada itu, mereka juga gemar untuk mempelajari sesuatu secara sendiri pada subjek yang mereka minati sedaya mampu mereka. Kanak-kanak pintar cerdas adalah sangat sensitif. Mereka cenderung untuk membina sifat empati awal daripada kanakkanak lain. Mereka risau mengenai dunia, persekitaran, peperangan dan persengketaan, kebuluran dan pelarian. Pelajar pintar cerdas dianggap sebagai sempurna dari segi luaran mereka, namun adakah mereka tidak mungkin mempunyai masalah lain?. Kebanyakan mereka mempunyai masalah dalam pengendalian emosi dan sosial mereka. Pelajar pintar cerdas cenderung untuk diketepikan ataupun dipulaukan oleh rakan-rakan mereka di sekolah kerana mereka dianggap terlalu pandai atau menunjukkan kepandaian mereka. Dek kerana itu, mereka jarang untuk mempunyai kawan rapat. Di sebabkan itu, kadangkala mereka gemar untuk menyorokkan kelebihan mereka di dalam akademik dengan menjadi seorang yang lucu atau seorang yang kelakar terutamanya pelajar lelaki. Ibu bapa kanak-kanak pintar cerdas juga sedar bahawa anak-anak mereka tidak mempunyai rakan ataupun tidak mempunyai rakan sama sekali. Selain daripada itu, terdapat juga satu isu yang dikaitkan dengan pintar cerdas iaitu perfectionism atau sifat perfectionism. Apakah yang dimaksudkan dengan perfectionism?. Menurut Kamus Dewan Bahas dan Pustaka, perfectionism bermaksud inginkan kesempurnaan atau dalam erti kata lain, satu kecenderungan untuk merasa tidak senang dengan perkara yang tidak sempurna atau tidak mencapai standard yang diinginkan. Di dalam penulisan ini kita akan melihat kepada adakah sifat perfectionism membunuh masa 1
  • 2. KBC3023 D20121058364 hadapan pelajar pintar cerdas. Kita juga akan dapat melihat apakah perfectionism ini hanya tertakluk kepada perspektif negatif sahaja ataupun sebaliknya. Melalui penulisan ini juga kita akan cuba membincangkan mengenai implikasi perfectionism serta cuba merungkai solusi untuk menyelesaikan masalah berkaitan perfectionism di kalangan pelajar pintar cerdas. 2
  • 3. KBC3023 2.0 D20121058364 Di sebalik tabir Perfectionism Perfectionism sering dikaitkan dengan satu tanggapan negatif di mana ia mendatangkan kesan lain seperti kekecewaan yang melampau. Sifat perfectionism yang di punyai oleh setiap individu adalah berlainan daripada individu yang lain. Ia bergantung kepada bagaimana pelajar tersebut mengawal atau mengendalikan sifat itu. Yang perlu dibimbangkan oleh kita adalah bagaimana remaja menguruskan perfectionism ini. Seperti yang kita tahu, remaja adalah merupakan satu peringkat umur yang perlu diberi perhatian yang lebih kerana mereka baru mula untuk belajar mengenali diri mereka. Jika dilihat dari skop pelajar pula, perfectionism ini tidak merbahaya dan tidak mampu untuk membunuh masa depan mereka. Oleh itu, berbalik kepada persoalan adalah perfectionism ini membunuh masa depan pelajar pintar cerdas, saya tidak bersetuju dengan persoalan ini. Mendaglio (2007) menyatakan bahawa secara amnya, perfectionism ini adalah merupakan salah satu daripada ciri-ciri pelajar pintar cerdas. Berkaitan dengan perfectionism ini juga Schuler (2002) juga menyatakan bahawa jika dibandingkan dengan pelajar bukan pintar cerdas, mereka lebih cenderung untuk mempunyai ciri perfectionism. Kedua penulis tersebut bersependapat bahawa perfectionism adalah merupakan salah satu ciri perfectionism tetapi beliau tidak menyatakan bahawa ia menyekat masa hadapan pelajar pintar cerdas. Di sebalik itu, sama ada kita sedar ataupun tidak, perfectionism masih lagi dikategorikan sebagai sihat. Menurut Roedell (1984), perfectionism memberikan satu tenaga untuk mencapai satu pencapaian yang amat membanggakan kerana ia berkaitan dengan perincian, komitmen dan ketabahan seseorang dalam mencapai sesuatu matlamat. Meletakkan sesuatu harapan atau standard adalah salah satu bahagian daripada perfectionism tetapi ia bukanlah satu kesalahan yang besar. Seorang yang mengamalkan perfectionism yang sihat mempunyai satu keperluan yang tinggi untuk mengarah dan mengorganisasi., menerima kesalahan, menerima hakikat bahawa keluarga mereka meletakkan harapan yang tinggi terhadap mereka, memandang perfectionism sebagai suatu yang positif, menjadikan seseorang dewasa sebagai model mereka dan melihat usaha mereka penting dalam sebahagian daripada perfectionism. Namun begitu, mereka yang mengamalkan perfectionism yang melampau sering risau jika mereka melakukan kesalahan yang sama, meletakkan standard yang terlalu tinggi serta menganggap orang lain turut mahukan sedemikian daripadanya, menanyakan mengenai pertimbangan mereka sendiri serta kurang dalam menyusun strategi. 3
  • 4. KBC3023 D20121058364 Bagi Hamachek (1978), perfectionism merujuk kepada kedua-dua sifat dan pemikiran seseorang individu itu. Beliau turut membahagikan perfectionism kepada dua iaitu perfectionism normal atau perfectionism melampau. Perfectionism melampau ini bermaksud mereka tidak pernah berpuas hati dengan keputusan yang telah mereka capai dan menyebabkan mereka tidak merasakan kepuasan daripada usaha yang telah mereka lakukan. Perfectionism normal pula merujuk kepada mereka merasakan kepuasan yang lebih daripada pencapaian mereka kerana mereka menghargai segala usaha yang telah mereka lakukan untuk melunaskan apa yang telah mereka tetapkan. Hamachek juga menyatakan bahawa perfectionism normal ini lebih fokus kepada kebolehan dan kekuatan mereka tetapi perfectionism melampau pula tertumpu kepada kekurangan mereka. Perfectionism menurut Silverman (2007) pula ialah seseorang yang menetapkan satu standard yang tinggi kepada diri mereka sendiri dan mengalami satu kekecewaan yang sangat teruk apabila mereka tidak mencapai standard yang telah ditetapkan. Mereka akan merasa bersalah dan malu. Walaupun orang sekeliling mereka masih memberikan pujian kepada mereka tetapi mereka masih merasakan malu dan mereka berasa mereka telah menipu diri sendiri dan orang di sekeliling mereka kerana gagal untuk menggunakan kebolehan mereka semaksimum mungkin. Sedangkan kita sendiri sebagai seorang yang bukan pintar cerdas sering merasakan hal itu, apatah lagi mereka yang pintar cerdas dan bersaing dengan rakan pintar cerdas yang lain. Menemui satu pencapaian luar target seumpama satu bencana kepada mereka dan ini menyebabkan mereka mempunyai masalah emosi dan kadangkala berpotensi untuk membuat suatu perkara luar jangkaan seperti membunuh diri. Disebabkan tekanan pelajar pintar cerdas juga cenderung untuk membunuh diri, terdapat satu kes di mana seorang pelajar pintar cerdas telah dilaporkan membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri dengan pistol di dalam rumahnya sendiri di Ohio. Remaja yang bernama Dallas Egbert berumur 16 tahun merupakan seorang yang pintar komputer sebelum itu dilaporkan hilang sebelum ditemui mati bunuh diri (R.Delisle, 1986). Menurut Silverman (2007) juga, perfectionism ini merupakan satu tenaga yang boleh digunkan samakan secara positif mahupun negatif bergantung kepada kesedaran seseorang. Ia boleh menyebabkan ‘underachievement’ jika mereka gagal untuk mencapai target itu. Sekali lahi penulis ini menyokong beberapa pengkaji yang lain yang turut menyatakan bahawa perfectionism sebenarnya tidak secara keseluruhan menyebabkan kesan negatif. 4
  • 5. KBC3023 D20121058364 Kata pepatah ada menyebut ‘tidak semua manusia sempurna’ boleh dikaitkan dengan perfectionism ini. tidak semua yang kita mahukan akan tercapai dengan mudah. Setiap proses mencapai kejayaan perlu melalui beberapa kegagalan. Kegagalan yang akan mendorong kejayaan seseorang. Namun tidak bagi yang mengamalkan perfectionism melampau. Mereka menganggap bahawa kejayaan dapat diperolehi dengan sekali usaha yang paling maksimum. Tambahan lagi jika mereka bersaing dengan rakan yang mempunyai IQ setara dengan mereka, pastinya perfectionism amat penting bagi mereka. Tetapi ia perlu dibendung sebelum ia menjadi satu masalah yang kritikal. Roberts dan Lovett (1994), melaporkan bahawa lebih ramai pelajar remaja pintar cerdas yang perfectionism jika dibandingkan dengan pelajar yang bukan pintar cerdas. Kramer (1998) pula mengatakan bahawa pelajar perempuan lebih cenderung untuk bersifat perfectionism jika dibandingkan dengan pelajar lelaki. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di atas, jika kita berbalik kepada persekitaran asal, perempuan di dapati lebih teliti dalam melakukan sesuatu perkara. Setiap perkara yang dilakukan diperincikan untuk mendapat hasil yang memuaskan. Oleh itu, tidaklah mustahil jika hasil kajian itu mendapati perempuan lebih cenderung menjadi perfectionism. Bellamy (1993), Baker (1996), dan Kline & Short (1991) juga mendapati bahawa hasil kajian mereka mendapati bahawa remaja pintar cerdas perempuan adalah perfectionism. Terdapat enam sebab mengapa pelajar pintar cerdas mengamalkan perfectionism iaitu perfectionism adalah merupakan (1) sesuatu yang abstrak yang membolehkan seseorang memberikan maksud mereka yang terrsendiri, (2) perfectionism ini adalah merupakan satu perkembangan yang tidak sekata, (3) kebanyakkan pelajar pintar cerdas mempunyai rakan yang berumur lebih besar daripada mereka menyebabkan mereka meletakkan matlamat yang tinggi juga, (4) pelajar pintar cerdas juga menganggap bahawa mereka mampu mencapai kejayaan pada percubaan kali pertama, (5) pelajar pintar cerdas juga gemar untuk mencabar diri mereka sendiri dan (6) pelajar pintar cerdas cenderung untuk meletakkan diri sebagai seorang yang sempurna serba-serbi. Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam aspek perfectionism ini kerana kadangkala ibu bapa yang mendorong mereka untuk menjadi seorang perfectionism. Anakanak pintar cerdas ini terpaksa dan mengambil ia dengan cara yang serius. Jika pada permulaan ibu bapa memberikan dorongan dan model kepada mereka ia boleh menjuruskan kepada perfectionism yang normal dan membantu pelajar pintar cerdas ini untuk berjaya pada 5
  • 6. KBC3023 D20121058364 masa hadapan mereka kelak. Hal ini sering berlaku kepada pelajar yang merupakan anak sulung mahupun anak tunggal. Ibu bapa sering mahukan yang terbaik daripada mereka sehingga kadangkala mereka lupa mengenai beratnya amanah yang perlu digalas oleh anakanak mereka. Seterusnya kita juga boleh melihat kepada Jadual 1 yang menyatakan beberapa fakta yang juga boleh kita jadikan sebagai panduan ataupun sebagai senarai semak dan juga membezakan sama ada ia adalah perfectionism normal ataupun perfectionism melampau (Delisle & Galbraith, 2002). Perkara Bagaimana seorang Ciri-ciri perfectionism berkelakuan 1. Melakukan semuanya sendiri. 2. Jarang untuk bekerjasama dengan orang lain. 3. Selalu mahukan ia berada di bawah kawalan. 4. Bersaing secara sengit 5. Selalu sampai lewat kerana menyiapkan sesuatu kerja 6. Selalu menyibukkan diri sendiri 7. Selalu mengkritik orang lain 8. Melengahkan membuat suatu pekerjaan 9. Tidak mahu mendengar kritikan terhadap diri sendiri 10. Tidak berpuas hati dengan hasil kerja sendiri Bagaimana berfikir seorang perfectionism 1. Jika saya mampu membuatnya dengan sempurna, apa gunanya? 2. Saya patut berjaya dengan apa sahaja yang saya lakukan. 3. Saya perlu jauhkan diri saya dengan orang lain. 4. Setiap perkara dalam suatu pekerjaan harus sempurna! 6
  • 7. KBC3023 D20121058364 5. Hanya ada satu jalan yang betul untuk melakukan sesuatu. 6. Saya adalah orang yang paling menarik jika saya berjaya tetapi saya adalah orang yang paling teruk jika saya gagal. 7. Saya tidak akan selamanya cukup sempurna 8. Saya bodoh. 9. Saya tidak disukai oleh orang 10. Orang tidak sepatutnya untuk mengkritik saya. Bagaimana perfectionism perasaan seorang 1. Sangat-sangat malu jika melakukan kesalahan. 2. Marah jika ada orang yang mengkritik mereka. 3. Resah apabila cuba menegakkan pendapat mereka. 4. Marah jika rutin harian mereka diganggu. 5. Sering merasa takut dan resah. 6. Takut jika dianggap sebagai bodoh. 7. Takut jika dianggap sebagai bukan seorang pesaing 8. Berasa bersalah jika menghampakan perasaan orang lain. 9. Malu kerana merasa takut. 10. Letih dan tidak ada masa untuk berehat. Jadual 1.0 : Menunjukkan beberapa kelakuan, perasaan dan pemikiran pelajar pintar cerdas yang mengamalkan perfectionism. 7
  • 8. KBC3023 3.0 D20121058364 Implikasi Perfectionism Kata pepatah ada menyebut ‘tidak semua manusia sempurna’ boleh dikaitkan dengan perfectionism ini. tidak semua yang kita mahukan akan tercapai dengan mudah. Setiap proses mencapai kejayaan perlu melalui beberapa kegagalan. Kegagalan yang akan mendorong kejayaan seseorang. Namun tidak bagi yang mengamalkan perfectionism melampau. Mereka menganggap bahawa kejayaan dapat diperolehi dengan sekali usaha yang paling maksimum. Tambahan lagi jika mereka bersaing dengan rakan yang mempunyai IQ setara dengan mereka, pastinya perfectionism amat penting bagi mereka. Tetapi ia perlu dibendung sebelum ia menjadi satu masalah yang kritikal. Menurut Rimm (2007), terdapat pelbagai kesan yang disebabkan oleh amalan perfectionism. Di antaranya ialah pelajar pintar cerdas akan terarah menjadi seorang pelajar yang merosot. Hal ini kerana mereka sering gagal untuk menunjukkan prestasi yang baik kerana gagal menguruskan sifat perfectionism mereka yang melampau itu. Selain daripada itu, mereka juga sering berlengah-lengah atau merasa gelisah dan takut jika mereka tidak mencapai target yang telah mereka tetapkan. Pelajar pintar cerdas ini juga boleh mengalami sakit perut, sakit kepala,dan tekanan apabila mereka risaukan kesalahan yang telah mereka buat ataupun tidak menunjukkan prestasi yang baik. Disebabkan gagal untuk memberikan prestasi yang baik sepanjang sesi pembelajaran juga menyebabkan mereka boleh dibuang daripada program pintar cerdas, walhal sebelum ini mereka telah dikesan sebagai pelajar pintar cerdas. Ini akan memberikan tekanan yang sangat kuat kepada mereka. Melalui kajian yang dilakukan juga mendapati mengalami masalah-masalah kesihatan yang lain seperti masalah tekanan, kurang selera makan, migrain dan fobia. Kadangkala, mereka juga sering mengelak untuk melakukan atau membuat kerjakerja mudah dan sering memberi alasan dan menyalahkan orang lain terhadap masalah yang mereka alami. Selain daripada itu, mereka juga sering memberontak untuk menyembunyikan perasaan kegagalan mereka. Kesemua kesan ini adalah disebabkan mereka menemui kegagalan kerana meletakkan satu target atau standard yang terlalu tinggi untuk mereka capai. Kebolehan mereka tidak seiring dengan apa yang mahu dicapai. Jika kita bandingkan dengan pelajar yang mengamalkan perfectionism yang sihat, mereka dapat menerima kegagalan kerana mereka lebih menghargai usaha keras mereka. 8
  • 9. KBC3023 D20121058364 Selain daripada kesan terhadap diri sendiri, sifat perfectionism ini juga menyebabkan implikasi kepada orang lain. Di dalam dunia mereka mengejar perfectionism diri mereka, mereka tidak sedar bahawa orang di sekeliling mereka juga terkena tempias negatif daripada mereka. Adik- beradik, keluarga ataupun rakan-rakan merasa tertekan kerana sifat pelajar pintar cerdas ini yang terlalu inginkan perfectionism sehingga mengabaikan beberapa perkara seperti kurang tidur, kurang makan dan kurang bersosial. Pelajar pintar cerdas yang mengamalkan perfectionism ini tidak mempunyai rakan yang ramai kerana mereka cenderung untuk menyendiri. Ini adalah disebabkan mereka tidak pandai untuk bersosial. Rakan-rakan mereka yang juga mungkin mengamalkan perfectionism tetapi tidaklah secara melampau berbanding dengan mereka. Namun ini juga memberikan satu perbezaan yang ketara. 9
  • 10. KBC3023 4.0 D20121058364 Solusi permasalahan Perfectionism Setiap permasalahan yang berlaku kepada pelajar pintar cerdas berkenaan dengan perfectionism ini dapat dibantu atau dielak dengan kerjasama daripada semua pihak sama ada guru, rakan, keluarga mahupun pelajar itu sendiri. Bagi memastikan masa depan pelajar pintar cerdas tidak dibunuh oleh sifat perfectionism itu, maka beberapa solusi boleh diambil. Berdasarkan hasil kajian yang telah dilakukan yang membincangkan mengenai solusi teori dan praktikal telah mendapat beberapa solusi yang boleh dilakukan oleh ibu bapa, guru dan kaunselor. Nugent (2000) berpendapat bahawa suasana kelas perlulah dapat memberi ruang kepada pelajar untuk belajar menghargai kesilapan dan kegagalan. Di dalam keadaan ini, kesalahan akan menjadi sesuatu panduan kepada mereka kelak, empati pula akan menjadi suatu proses dan perkembangan atau pertumbuhan positif akan menjadi produk terakhir. Guru seharusnya menjadi model kepada pelajar pintar cerdas supaya mereka dapat belajar daripada guru. Contohnya, guru menceritakan pengalaman sepanjang kehidupan mereka kepada pelajar terutamanya kegagalan supaya pelajar boleh menjadikan ia sebagai satu panduan dan membayangkan perkara tersebut jika terjadi kepada mereka. Selain daripada itu, guru juga boleh membuat satu aktiviti kumpulan di mana pelajar di suruh untuk membuat satu bibliografi mengenai perjalanan hidup mereka, apa yang telah mereka alami sebelum ini, kegagalan yang pernah mereka alami sebelum ini supaya pelajar dapat melihat sejauh mana perfectionism itu terlalu penting kepada mereka dan apa implikasi yang telah berlaku terhadap diri mereka dan orang di sekeliling mereka. Beralih pula kepada apa yang sekolah mampu lakukan untuk mengelak daripada berlakunya perfectionism melampau ini. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, pelajar pintar cerdas cenderung untuk bersifat perfectionism sekiranya mereka diberikan tugasan yang mudah sahaja. Oleh itu, sekolah perlu menetapkan satu silibus yang berbeza kepada mereka di mana tugasan mahupun latihan dan peperiksaan yang mereka hadapi adalah lebih mencabar sesuai dengan tahap kebolehan mereka. Jika pihak sekolah dapat mengaplikasikan cadangan ini, maka tidak akan ada lagi perfectionism melampau ini dan jika ada ianya hanyalah perfectionism yang sihat. Ibu bapa juga perlulah peka akan kebolehan dan keupayaan anak-anak mereka supaya mereka tidak terbeban dengan harapan yang sangat tinggi yang mendorong mereka untuk bersifat perfectionism. Ibu bapa juga perlu menetapkan tanggapan kepada pelajar pintar 10
  • 11. KBC3023 D20121058364 cerdas supaya mereka mempunyai satu model yang dijadikan idol mereka dalam perfectionism. Selain daripada itu, ibu bapa juga perlu memuji usaha dan kesungguhan anak mereka berbanding daripada memuji kebolehan mereka sahaja. Menurut Pyryt (2004), sebahagian daripada pelajar pintar cerdas beranggapan bahawa setiap mereka lakukan perlulah sempurna daripada setiap aspek. Anggapan mereka yang tidak realistik ini menyebabkan mereka kecewa dan ini perlu dibendung. Oleh itu, pelajar ini perlu mencari sesuatu yang mereka suka untuk dilakukan untuk mengelakkan mereka tidak terus tertekan dengan apa yang mereka alami. Contohnya, mereka boleh mencari hobi seperti berjoging, bermain permainan yang mencabar minda seperti catur atau sudoku yang memberikan satu rasa puas hati kepada mereka. Terdapat juga satu solusi kreatif yang telah dikemukan oleh Rule & Montgomey (2013) di mana beliau telah menyatakan bahawa menggunakan kartun mampu untuk mengajar mengenai perfectionism. Rekaan kartun melibatkan pelajar pintar cerdas untuk mengunakan pemikiran aras tinggi untuk mensintesiskan idea, membuat perkaitan kreatif dan bermain dengan perkataan, analogi dan simbol seperti yang dapat di lihat di dalam Rajah 1.0. Penghasilan kartun-kartun yang lucu membolehkan pelajar untuk belajar sendiri dan refleksi diri terhadap sifat perfectionism. Rajah 1.0 : Menunjukkan salah satu kartun untuk mengajar mengenai perfectionism kepada pelajar pintar cerdas. 11
  • 12. KBC3023 5.0 D20121058364 Penutup Setelah membincangkan pelbagai aspek dari segi sebab, punca, akibat dan juga cara untuk menyelesaikan masalah perfectionism ini, saya menyimpulkan bahawa perfectionism ini tidak akan membunuh masa hadapan pelajar pintar cerdas sekiranya mereka bijak mengawal perasaan dan tingkah laku mereka mengenai perfectionism. Tetapi jika ia hanya bergantung kepada pelajar itu sendiri dan kita juga tidak memecahkan anggapan bahawa pelajar pintar cerdas mampu melakukan apa sahaja mungkin mereka akan gagal dalam kehidupan mereka. Menurut Neumeister (2007), dalam memahami perfectionism dalam kalangan pelajar pintar cerdas adalah sangat luas. Berdasarkan kajian terkini yang dilakukan golongan pendidik lebih memahami perfectionism dan bijak untuk memperkembangkan atau menghasilkan pelbagai psikologikal yang terhasil akibat daripada perfectionism. Ini bermaksud guru lebih berperanan untuk mengawal atau membendung masalah perfectionism. Perfectionism juga boleh dikaitkan dengan kecemerlangan dan juga pencapaian terbaik dan juga kemerosotan. Ia lebih teruk jika perfectionism sihat bertukar kepada perfectionism melampau. Oleh itu, semua harus peka mengenai masalah perfectionism ini. Setelah selesai perbincangan ini, diharap ia dapat menjadi satu rujukan kepada semua pihak dan ia dapat disampaikan kepada orang lain. 12
  • 13. KBC3023 D20121058364 Rujukan Baker, J. A. (1996). Everyday stressors of academically gifted adolescents. Journal of Secondary Gifted Education, 356-368. Bellamy, J. (1993). Perfectionism in adolescents: A comparison of private and public school students. Delisle., J. & Galbraith, J. (2002). When Gifted Kids Don't Have All The Answer : How to meet their sosial and emotional needs. United State: Free Spirit Publishing. Greenspon, T. S. (2000). "Healthy perfectionism"is an oxymoron! Reflections on the psychology of perfectionism and the sociology of science. Journal of Secondary Gifted Education, 197-208. Hamachek, D. E. (1978). Psychodynamics of normal and neurotic perfectionism. Psychology, 27-33. Kline, B. E., & Short, E. B. (1991 ). Changes in emotional resilience: Gifted adolescent females. Roeper Review, 118-121. Kramer, H. J. (1988). Anxiety, perfectionism and attributions for failure in gifted and nongifted junior high school students. Dissertation Abstracts International. Mendaglio, S. (2007). Should Perfectionism Be A Characteristic of Giftedness. Gifted Education International, vol 23, 89-100. Neumeister, K. S. (2007). Perfectionism in gifted students: an overview of current research. Gifted Education International, 122-131. Nugent, S. A. (2000). Perfectionism : Its manifestation and classroom-based intervention. Journal of of Secondary Gifted Education, 215-222. Pyryt, M. C. (2004). Helping gifted students cope with perfectionism. Parenting for High Potential, 10-14. R.Delisle, J. (1986). Death with honours : Suicide among gifted adolesents. Journol of Counsellinmg and Development, 558-560. Rimm, S. (1995). Why bright kids get poor grades and what you can do about it. New York: Crown. Rimm, S. (2007). what’s wrong with perfect? clinical perspectives on perfectionism and underachievement. Gifted Education International, 114-121. Roberts, S. M., & Lovett, S. B. (1994). Examining the “F” in gifted: Academically gifted adolescents’ physiological and affective responses to scholastic failure. Journal for the Education of the Gifted, 241-259. 13
  • 14. KBC3023 D20121058364 Roedell, W. C. (1984). Vulnerabilities of highly gifted children. Roeper Review, 127-130. Rule, A. C. & Montgomery, S. E. (2013). Using cartoon to teach about perfectionism : Supporting gifted students' social-emotional development. Gifted Child Today, 255262. Schuler, P.A. (2000). perfectionism in the gifted. Journal of Secondary Gifted Education, 183-196. Silverman, L. K. (2007). perfectionism: the crucible of giftedness. Gifted Education International, 101-113. 14