Refleksi mte311o

1,884 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,884
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
81
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Refleksi mte311o

  1. 1. REFLEKSI Pertama sekali, saya ingin berterima kasih saya panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana setelah berusaha bertungkus lumus, akhirnya siapkan tugasan bagi subjek ini tepat pada tarikh serahan yang telah ditetapkan oleh pensyarah yang berkenaan. Terima kasih juga kepada pensyarah penasihat tugasan iaitu Dr. Koay Chen Yong memberi penerangan dan menyerahkan dan tugasan ini. Beliau banyak memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan tentang Penyelesaian Persamaan Linear. Beliau juga seorang yang prihatin terhadap pelajar-pelajarnya. Kami diberi nota supaya kami boleh membuat latihan dan memudahkan untuk dirujuk selain dari modul. Pada mulanya bila mendapat tugasan ini, perasaan bimbang melanda diri saya kerana agak serabut kerana memikirkan keputusan untuk semester lepas terutama kertas kalkulus belum diketahui . Berbagai soalan melanda diri saya, adakah saya mampu melakukan semua tugasan yang diberikan . Bila melihat proforma dan tugasan, pening juga kepala kerana masih tidak dapat melihat jalan untuk membuat laporan yang dikehendaki. Selepas mendapat keputusan barulah lega dan saya pun merancang dan mulakan tugasan secara individu.. Saya selalu berhubung dengan beberapa orang rakan dan guru di sekolah membincangkan tugasan diberi.Saya pula memulakan dengan mencari maklumat dari internet, membaca modul dan bahan cetak yang berkaitan. Saya sentiasa berpandukan proforma untuk memastikan tugasan tidak terkeluar tajuk. Tajuk yang diberi nampak senang tapi bila hendak menulis tentang mengaitkannya dengan kehidupan sehingga 1000 patah perkataan , ianya agak sukar daripada yang disangkakan . Selalunya saya hanya menyelesaikan persamaan linear bila ada soalan diberi dan mendapatkan jawapan. Itupun soalan peringkat menengah rendah.Saya tidak pernah terfikir atau mengaitkan dengan kehidupan kita.
  2. 2. Setelah Dr. Koay mengajar pelbagai jalan penyelesaian barulah saya faham tapi masih sukar bagi saya bila melibatkan 3 anu .Saya banyak merujuk kepada buku rujukan sekolah menengah dan membuat latihan . Yang paling penting, bila situasi diberi kita perlu tahu untuk membentuk persamaan sebelum menyelesaikan menggunakan pelbagai kaedah. Ia akan menentukan samada jawaban penyelesaian itu betul tau tidak. Yang paling sedih sekali bila saya selesai mencari bahan dan selesai saya muat turun dan draf laporan dalam komputer, komputer saya terkena virus. Banyak fail yang tidak dapat diselamat . Rasa geram dan kecewa teramat semangat. Ini adalah kerana bahan dari internet banyak dalam bahasa Indonesia. Maka kesukaran terjadi untuk memahami maksud. Ini memakan masa jadi banyak maklumat yang telah saya taip terhapus. Tapi dengan semangat yang diberikan oleh suami dan rakan-rakan, saya mula mencari bahan dan mula menulis laporan yang dikehendaki. Sepanjang menyiapkan tugasan ini ada saja dugaan melanda tentang , bebanan kerja di sekolah kerana saya terlibat dengan kssr yang mengkehendaki kita ”online” semua keputusan. dan kertas Matematik darjah 4 kena dibuat dua kali kerana Guru Besar tidak puas hati dengan keputusannya yang mana kami guru Matematik tahun 4 menyediakan kertas 1 dan kertas 2 untuk peperiksaaan ulangan.Kekangan masa juga faktor yang membuat saya sangat stress iaitu terpaksa melakukan semua kerja memandankan kesibukan bulan puasa dan Hari raya. Namun dengan cabaran tersebutlah saya jadikan pegangan untuk lebih berusaha dengan lebih gigih lagi dan tidak berputus asa agar tugasan ini dapat disempurnakan dan dapat memuaskan hati semua pihak sekaligus dapat saya menambah ilmu pengetahuan disamping mengulang kaji pelajaran. Beberapa hari selepas raya, saya mula menyiapkan apa yang perlu . Saya masih bernasib baik mempunyai masa terluang kerana cuti sekolah pertengahan penggal. Ini memberi saya peluang menyelesaikan semua tugasan yang dikehendaki untuk mengelakkan tekanan.
  3. 3. Tugasan ini memberi banyak ilmu pengetahuan terutama tentang cara penyelesaian dan secara tidak langsung melatih saya tentang cara menyelesaikan menggunakan pelbagai kaedah terutama melibatkan 3 variable yang mana saya agak lemah dari dulu lagi. Pada mulanya beberapa soalan yang saya cuba tidak mendapat jawapan yang betul. Saya banyak melakukan kesilapan dan terhenti bila semua variable saya tidak dapat cari nilai. Cuba jaya dan berfikir secara lojik banyak membantu. Lagipun nasib baik ada beberapa orang rakan yang menolong menerangkan cara . Akhirnya soalan yang tidak dapat diselesaikan berjaya juga mendapat jawapan. Ini meningkatkan lagi keyakinan dan semangat untuk terus mencuba. Dari sinilah barulah saya sedar kepentingan persamaan linear dan ia memudahkan kita meyelesaikan masalah harian. Kerja kursus ini membuka minda bahawa sesuatu situasi boleh dibuat dalam bentuk simbol dan menyelesaikan suatu situasi. Saya juga berpeluang belajar balik menyelesaikan masalah walaupun sukar, saya terus mencuba. Di sini baru saya membuka mata bahawa pembelajaran dan pengajaran Matematik itu menarik dan. Selalu kehidupan kita tidak terpisah dari membuat pengiraan. Contohnya dari aspek nombor, wang , ukuran, bilangan , membuat keputusan dari segi pengiraan untung rugi dan lain-lain. Ini dapat memudahkan membuat pengiraan .. Secara tidak langsung kita boleh merancang dan meramal dalam situasi yang tertentu . Contohnya masa, kita boleh tahu tempoh masa, pertukaran unit atau pun masa awal atau akhirnya. Dari segi ekonomi, kita boleh mengira untung , rugi, titik persilangan bagi sesuatu pengeluaran ataupun harga sesuatu produk. Dulu, saya rasakan sukat untuk menyatakan umur sesorang. Sekarang dengan mempelajari teknik mengira umur melibatkan persamaan ini, ia memang mudah dan praktikal.
  4. 4. Satu perkara yang dapat dilihat nyata iaah Penyelesaian boleh dibuat dengan beberapa kaedah iaitu kaedah penghapusan, penggantian ,kaedah matriks songsang, petua Cramer, peghapusan Gauss, penghapusan Gauss-Jordan. Terdapat kebaikan dan keburukan di antara kaedah-kaedah itu iaitu kaedah penggantian dan penghapusan mengambil masa yang panjang dan sukar untuk diselesaikan berbanding dengan teori matriks yang lebih mudah dan menjimatkan masa dari segi penulisan dan pengiraan . Teori matriks melibatkan matriks songsang petua cramer. Manakala teori sistem persamaan linear merangkumi kaedah penghapusan Gauss dan kaedah penghapusan Gauss-Jordan. Yang mana selama ini, saya hanya tahu menyelesaikan satu anu dan dua anu mengunakan persamaan serentak. Rupanya ada berbagai kaedah dengan nama yang berlainan. Ia merupakan ilmu yang baru dan saya sangat bersyukur didedahkan dengan tugasan ini . Akhir sekali, saya juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara rakan-rakan sekelas apabila berkongsi maklumat dan bersama-sama duduk berbincang bagi menghasilkan kerja yang terbaik. Saya amat berpuas hati bengan kerjasama rakan sekelas dalam menyiapkan kerja kursus ini. Manfaat yang terbesar yang saya perolehi ialah untuk mendapatkan sesuatu, kita mesti melakukan pengorbanan dari segi masa, keluarga... Tapi ilmu yang diperolehi sangat berharga Ini juga menyediakan saya menjadi guru yang proaktif. Matematik memperlukan kerajinan kerana ia akan meningkatkan lagi kemahiran menyelesaikan masalah. ”Practice makes prefect”.

×