2. Strategi Pembelajaran Bahasa
Oxford (1990)
•SPB merupakan langkah atau tindakan khusus
yang diambil oleh pelajar bagi menjadikan
proses pembelajaran mereka lebih mudah,
lebih cepat, lebih menyeronokkan, lebih
berbentuk kendiri, lebih efektif dan lebih
mudah disesuaikan dengan situasi baru.
3. Faktor Motivasi
Ellis (1994)
• Motivasi didefinisikan sebagai usaha yang dilakukan oleh
pelajar dalam pembelajaran bahasa kedua hasil daripda
keperluan dan keinginan untuk mempelajarinya.
Gardner (1985)
• Dalam konteks pembelajaran bahasa kedua, beliau
menjelaskan motivasi sebagai tahap seseorang itu bekerja
dan berusaha untuk mempelajari bahasa kerana
keinginannya untuk melakukan demikian dan pengalaman
merasakan kepuasan ketika menjalankan aktiviti tersebut.
4. Faktor Motivasi
• Motivasi merupakan elemen penting yang harus dimiliki
oleh setiap pelajar bahasa.
• Motivasi dapat merangsang, mendorong, dan membantu
pelajar berjaya menguasai bahasa dengan lebih baik.
• Pelajar yang bermotivasi tinggi akan lebih mudah
mempelajari dan meningkatkan pengetahuan bahasa
mereka agar menjadi lebih berkesan.
• Pelajar yang mempunyai motivasi tinggi juga mampu
memilih dan menggunakan pelbagai strategi
pembelajaran mengikut kesesuaian diri mereka.
5. Faktor Jantina
• Hasil kajian Politzer (1983) mendapati bahawa pelajar
perempuan menggunakan strategi pembelajaran sosial
lebih kerap berbanding pelajar lelaki.
• Hasil kajian Green dan Oxford (1995) pula
menunjukkan bahawa penggunaan strategi memori,
metakognitif, afektif dan sosial adalah lebih kerap
dalam kalangan pelajar perempuan jika dibandingkan
dengan pelajar lelaki.
6. Faktor Jantina
• Kajian oleh Zamri (2004) mendapati pelajar lelaki lebih
banyak menggunakan SPB dalam kemahiran menulis
dan mendengar di dalam dan di luar kelas serta untuk
peperiksaan.
• Manakala, pelajar perempuan pula lebih banyak
menggunakan SPB dalam kemahiran membaca di
dalam kelas dan untuk peperiksaan.
7. Faktor Etnik dan Budaya
• Perbezaan cara belajar seseorang juga dipengaruhi oleh latar
belakang budayanya.
• Faktor etnik dan budaya mencorakkan pelajar itu sama ada
menjadi seorang yang aktif melontarkan idea, lebih pendiam
atau malu untuk bercakap, berbicara sopan, ataupun amat
berhati-hati apabila berbicara.
• Kebanyakan pelajar Asia menggemari strategi pembelajaran
cara mengingat dengan penghafalan dan cara lain mengingat
(Oxford, 1994).
8. Faktor Status Sosioekonomi
• Latar belakang keluarga boleh mempengaruhi
pembelajaran seseorang.
Contohnya, latar belakang akademik ibu bapa dan
pendapatan keluarga.
Ibu bapa yang mempunyai latar belakang akademik
yang tinggi secara tidak langsung akan mendorong
anaknya berjaya sepertinya atau menjadi lebih baik
daripadanya.
9. Faktor Sosioekonomi
• Pelajar yang mempunyai ibu bapa yang berlatar belakang
akademik pertengahan lebih banyak menggunakan SPB
berbanding pelajar yang ibu bapanya berpendidikan rendah
(Faizahani, 2002).
• Ibu bapa yang mempunyai latar pendidikan yang baik juga
sentiasa memantau dan amat mengambil berat terhadap
pembelajaran anak mereka.
• Selain itu, pendapatan ibu bapa yang kukuh juga membolehkan
mereka memberikan pembelajaran yang jauh lebih baik
berbanding keluarga yang kurang berkemampuan.
10. Faktor Umur
•Lightbown & Spada (2003) menyatakan bahawa hubungan
antara umur pelajar dengan potensi mencapai kejayaan
dalam pembelajaran bahasa kedua merupakan perkara
yang sering diperkatakan.
•Daripada pemerhatian, kanak-kanak imigran dapat
bertutur dalam bahasa kedua jauh lebih baik berbanding
ibu bapanya.
•Keadaan ini kerana mereka sudah didedahkan sejak
peringkat awal lagi dalam pembelajaran bahasa kedua oleh
komuniti bahasa barunya itu.
11. Faktor Umur
Scarcella dan Oxford (1992)
•Pelajar yang agak berusia dikatakan memiliki kelebihan
dari segi pemerolehan aspek sintaksis dan morfologi.
•Pelajar yang mempelajari bahasa sasaran dari kecil pula
memperlihatkan kebolehan menyebut perkataan yang
sama tahap dengan penutur asli.
•Bahkan, mereka juga lebih fasih jika dibandingkan dengan
pelajar yang sudah berusia atau lebih tua.
12. Kesimpulan
• Selain faktor motivasi, jantina, status sosioekonomi, etnik dan budaya
serta umur, faktor-faktor lain seperti tempoh pembelajaran, bahasa
sasaran serta agama dan ibadah turut mempengaruhi penggunaan
SPB oleh seseorang individu.
• Walau bagaimanapun, faktor motivasi dilihat sebagai faktor yang
dominan yang mempengaruhi SPB.
• Walaupun seseorang itu tidak mempunyai latar belakang akademik
yang baik atau datang daripada keluarga yang kurang
berkemampuan. Namun, jika seseorang itu mempunyai motivasi yang
tinggi, tidak mustahil baginya untuk dapat menguasai pembelajaran
bahasa dengan baik dan berkesan.
13. Bibliografi
Bibliografi
Ellis, R. The study of second language acquisition. Oxford: Oxford University Press. 1994a.
Faizahani Ab. Rahman. 2002. Strategies employed by good and weak English learners and
factors affecting the choice of strategies. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Gardner, R.C. Sosiol psychological aspects of language learning: the role of attitudes and
motivation. London: Edward Arnold. 1985.
Green, J.M. & Oxford, R.L. 1995. A closer look at learning strategies, L2 proficiency, and
gender. TESOL Quarterly 29(2): 261-297.
Lightbown, P.M. & Spada, N. How language are learned. Oxford: Oxford University Press.
2003.
Oxford, R.L. Language Learning Strategies: what every teacher should know. New York:
Newbury House. 1990.
Oxford, R.L. 1994. Language learning strategies : an update . ERIC Digest. Washington DC:
ERIC Clearinghouse on language and linguistics ED376707.
Politzer, R. L. 1983. An exploratory study of self reported language learning behaviours and
their relation to achievement. Studies in Second Language Acquisition 6:54-68.
Scarcella, R. & Oxford, R. The tapestry of language leraning: the individual in the
communicative classroom. Boston, MA:Heinle and Heinle. 1992.
Zamri Mahamod. 2004. Strategi pembelajaran bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah
menengah. Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia.