1. GGE 6533
Pengajaran Strategi Pembelajaran Bahasa
5 Faktor yang Menjejaskan
Strategi Pembelajaran Bahasa
Disediakan Oleh :
OSMAN BIN MUHAMMAD P63760
2. 1. MOTIVASI
• Kajian Oxford dan Nyikos (1998)- motivasi merupakan faktor paling
berkuasa dalam mempengaruhi penggunaan SPB berbanding faktor lain.
• Pelajar bermotivasi menggunakan lebih banyak strategi berbanding pelajar
kurang bermotivasi.
• Motivasi dianggap sebagai kunci kejayaan dalam pembelajaran bahasa
(Dornyei 1990; Gardner 1985; Nunan 1999)- pemberi tenaga kepada pelajar
bahasa. Pelajar bermotivasi tinggi kebarangkalian berjaya adalah tinggi dan
sebaliknya.
• Pelajar bermotivasi tinggi secara sedar dan terkawal akan berusaha untuk
menghabiskan masa mempraktikkan SPB dengan konsisten begitulah
sebaliknya dengan pelajar yang tidak bermotivasi. Ini kan menjejeaskan
SPB.
3. 2. Status Sosioekonomi
• Kajian yang dilakukan Jenks dan rakan-rakan (1972) yang
melaporkan bahawa latar belakang keluarga menyumbang lebih
daripada separuh perbezaan terhadap pencapaian pelajar.
• The National Child Development Study (1972)- status SSE ibu bapa
adalah salah satu pemboleh ubah yang mempengaruhi kebolehan
membaca kanak-kanak. Penemuan konsisten yang dikaitkan
dengan IQ dan pencapaian.
• Datang dari golongan berstatus SSE tinggi mempunyai kecerdasan
kognisi tinggi daripada status SSE yang rendah. Keadaan ini juga
menjejaskan SPP.
4. 3. Pendapatan Keluarga
• Ibu bapa yang mempunyai sumber kewangan stabil mempengaruhi
terhadap tingkah laku bahasa pelajar (Mackey 1977).
• Mampu memberi sokongan terhadap pemerolehan bahasa anak
mereka. Faktor mempengaruhi tahap penggunaan SPB semasa
pelajar mempelajari sesuatu bahasa.
• Pelajar dari keluarga berpendapatan tinggi lebih banyak
menggunakan strategi berbanding pelajar dari keluarga
berpendapatan sederhana dan rendah. (hasil kajian Mohd Nazali
1999).
• Zamri dan rakan-rakan (2003)- hasil kajian kualitif temu bual dua
org pelajar berlaianan SSE menyatakan pelajar SSE tinggi lebih
banyak menggunakan SPB berbanding pelajar SSE rendah.
5. 4. Tempoh Pembelajaran
• Kajian Ehrman(1990) ke atas guru dan pelajar di US Foreign
Service Institute mendapati pelajar yang sudah lama belajar
berkecenderungan menggunakan lebih banyak strategi berbanding
pelajar yang kurang tahun pembelajarannya.
• Politzer(1983)mendapati pelajar bahasa asing yang berada di tahap
lebih tinggi banyak menggunakan strategi positif.
• Oxford dan nyikos (1989)- mendapati tempoh tahun pembelajaran
mempengaruhi pelajar bahasa asing yang mempelajari bahasa baru
sekurang-kurangnya selama empat atau 5 tahun. Semakin lama
pembelajaran merekja dapat mengusai startegi SPP dan
sebaliknya.
6. 5. Bahasa sasaran
• Status bahasa yang dipelajari turut mempengaruhi. Bahasa pertama
berbeza dengan bahasa kedua
• Di Malaysia kini bahasa Inggeris sbg bahasa sasaran. Penggunaan
SPP agak ketara jika dibandingkan kan dengan bahasa-bahasa
lain.
• Dalam apa keadaan sekalipun, status bahasa mempunyai pengaruh
terhadap pembelajaran bahasa dan penggunaan SPB.
• Kajian Azlina (1998) mendapati antara faktor yang menyebabkan
kurang kemampuan pelajar menguasai bahasa Arab ialah
anggapan bahasa asing dan penggunaannya yang tidak meluas
dalam masyarakat.
7. 5. Bahasa sasaran
• Status bahasa yang dipelajari turut mempengaruhi. Bahasa pertama
berbeza dengan bahasa kedua
• Di Malaysia kini bahasa Inggeris sbg bahasa sasaran. Penggunaan
SPP agak ketara jika dibandingkan kan dengan bahasa-bahasa
lain.
• Dalam apa keadaan sekalipun, status bahasa mempunyai pengaruh
terhadap pembelajaran bahasa dan penggunaan SPB.
• Kajian Azlina (1998) mendapati antara faktor yang menyebabkan
kurang kemampuan pelajar menguasai bahasa Arab ialah
anggapan bahasa asing dan penggunaannya yang tidak meluas
dalam masyarakat.