Faktor-faktor seperti situasi pembelajaran, perbezaan individu pelajar, tempoh pembelajaran, pencapaian akademik dan status sosio-ekonomi mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa dan penguasaan bahasa pelajar.
3. Menurut Ellis (1990), faktor situasi yang merangkumi latar
belakang pembelajaran semula jadi dan di dalam kelas akan
mempengaruhi input linguistik dan strategi yang bakal digunakan
oleh pelajar.
Kemudian faktor situasi bersama input linguistik akan membentuk
persekitaran linguistik dimana pembelajaran bahasa itu berlaku.
Model Sosio Pembelajaran Gardner (1982) yang mengenal pasti
empat faktor utama dalam mempengaruhi pemerolehan bahasa
kedua iaitu; persekitaran sosial dan budaya, perbezaan individu
pelajar, konteks atau latar 109 (setting) di mana pembelajaran
berlaku dan keluaran (outcomes) linguistik.
4. Nyikos dan Oxford (1993) pula mendakwa bahawa pemilihan strategi pelajar
dan penggunaannya dalam pembelajaran bahasa asing bergantung kepada
tindak balas faktor situasi dengan sejumlah besar faktor perbezaan individu
pelajar.
Perbezaan individu akan membantu mengenal pasti kuantiti dan kualiti input
dan mempengaruhi strategi pelajar serta cara pembelajaran bahasa. Proses
pelajar akan berlaku sama ada secara kognitif atau linguistik.
Oleh itu hubungan di antara proses pelajar dan input merupakan hubungan
interaktif. Seterusnya strategi pelajar akan menghasilkan output linguistik yang
sentiasa berkembang mengikut pengalaman bahasa pelajar.
Perbezaan individu merangkumi kepercayaan dan tanggapan pelajar terhadap
bahasa, motivasi dan jantina.
Ellis (1990)
5. Chamot & Kupper (1989) mengatakan pelajar pada tahap tinggi
menggunakan lebih banyak strategi berbanding pelajar
permulaan.
Oxford & Nyikos (1989) pula mengatakan pelajar bahasa asing
yang baru mempelajari bahasa baharu untuk sekurang-kurangnya
tiga atau empat tahun akan menggunakan strategi orientasi
berbanding pelajar baharu. Menurut Chang (2003) pula, pelajar
yang mempelajari bahasa Inggeris melebihi tujuh jam seminggu di
luar kelas persekolahan menggunakan lebih banyak SPB
berbanding rakan yang lain. Oleh itu, tempoh pembelajaran juga
menjadi faktor pelajar menggunakan strategi pembelajaran.
6. Kosa kata merupakan satu cabang utama dalam pembelajaran
bahasa.
Henning (1973) telah menjalankan satu kajian bagi mengkaji cara
pelajar mengingati kosa kata mengikut tahap kecekapan dan
pencapaian bahasa mereka.
Kajian ini mendapati terdapat perbezaan cara dalam mengingati
kosa kata berdasarkan tahap 112 pencapaian mereka di mana
pelajar cemerlang bahasa mengingat kosa kata berdasarkan
makna perkataan manakala pelajar lemah bahasa mengingati kosa
kata berdasarkan bunyinya.
Hasil kajian ini memperlihatkan bahawa tahap pencapaian dan
kecekapan bahasa mempengaruhi teknik mengingati kosa kata.
7. Sosio-ekonomi juga menjadi penyumbang dalam
pemerolehan bahasa seseorang.
The National Child Development Study (1972) melaporkan
status sosioekonomi ibu bapa adalah salah satu pemboleh
ubah yang mempengaruhi kebolehan membaca kanak-kanak.
Ia merupakan penemuan konsisten yang dikaitkan dengan IQ
dan pencapaian. Dapatan menunjukkan bahawa golongan
berstatus tinggi didapati mempunyai kecerdasan kognitif
yang lebih tinggi berbanding pelajar yang datang daripada
golongan berstatus sosio ekonomi rendah.