SlideShare a Scribd company logo
1 of 26
Download to read offline
 PENGENALAN
Di dalam topik ini, kita akan mempelajari sistem ekonomi yang terdapat di dunia
pada masa sekarang dan mengaitkannya dengan sistem kewangan. Untuk itu,
kita akan cuba mengenal pasti komponen-komponen dan prinsip-prinsip utama
yang membentuk sistem kewangan Islam. Di samping itu, kita akan mempelajari
secara lebih mendalam mengenai hubung kait antara sistem ekonomi Islam dan
sistem kewangan Islam. Akhirnya kita akan melihat perbezaan struktur utama
yang membentuk sistem kewangan Islam dan sistem kewangan konvensional.
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membezakan sistem ekonomi yang diamalkan pada masa sekarang
termasuk sistem ekonomi Islam;
2. Mengenal pasti komponen-komponen dan prinsip-prinsip utama
yang membentuk sistem kewangan Islam;
3. Mengaitkan sistem ekonomi Islam dengan sistem kewangan Islam;
dan
4. Membezakan struktur asas yang membentuk sistem kewangan Islam
dan sistem kewangan konvensional.
HASIL PEMBELAJARAN
TTooppiikk
22
 Konsep
Sistem
Kewangan
Islam
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
 TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM26
SISTEM EKONOMI DAN SISTEM
KEWANGAN
Melihat dari perspektif Islam mahu pun konvensional, sistem ekonomi dan sistem
kewangan adalah saling berkait. Ini kerana sistem kewangan adalah sebahagian
daripada aktiviti yang terdapat dalam sistem ekonomi. Sistem kewangan
melibatkan pengurusan dana di antara si penghutang dan si pemiutang. Ia terdiri
daripada satu set pasaran, individu dan organisasi yang melakukan perniagaan
dalam sesuatu sistem pasaran dan pengguna akhir dalam sistem pasaran tersebut
adalah orang ramai dan firma-firma atau individu yang ingin membuat pinjaman
dan memberi hutang. Secara langsung, ini menunjukkan sistem kewangan
merupakan sebahagian daripada sistem ekonomi yang berperanan dalam
mengurus aktiviti-aktiviti ekonomi yang berkaitan dengan kewangan khususnya
untuk menemukan unit lebihan dan unit kurangan.
2.1.1 Sistem Ekonomi Konvensional
Ekonomi berasal dari perkataan Greek, iaitu Oikonomos yang bermaksud urusan
rumahtangga.
Para ahli ekonomi ini mentafsirkan bahawa sumber-sumber yang tersedia seperti
tanah, tenaga pekerja (buruh) dan peralatan misalnya tidak pernah mencukupi
biarpun sumber itu banyak dan sempurna serta telahpun digunakan untuk
menghasilkan berbagai keperluan.
Seterusnya, fungsi asas sebuah ekonomi dari perspektif Barat ialah untuk
menguruskan sumber atau faktor pengeluaran yang terhad iaitu tanah, modal
dan buruh bagi mengeluarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang
Definisi ekonomi mengikut pandangan ahli ekonomi Barat ialah satu kaedah
atau sistem bagaimana masyarakat menggunakan punca-punca pengeluaran
yang terhad bagi mengeluarkan barangan dan mengagihkan kepada pengguna.
2.1
1. Berdasarkan apa yang kamu tahu, terangkan sistem-sistem ekonomi
yang terdapat di dunia dan masih dipraktikkan sehingga sekarang.
2. Adakah sistem ekonomi dan sistem kewangan di Malaysia
berasaskan Islam? Bentukkan kumpulan dan bincangkan pandangan
anda.
AKTIVITI 2.1
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM  27
diperlukan pengguna secara menyeluruh dan untuk memenuhi kehendak
mereka yang tidak terhad.
Oleh kerana pengeluaran barangan dan perkhidmatan ini dibatasi oleh faktor atau
sumber pengeluaran yang terhad demi mencapai kehendak pengguna yang tidak
terhad serta tidak terbatas, ianya memerlukan usaha-usaha pengenalpastian segala
punca dan perancangan yang sistematik dan tersusun bagi mengatasi masalah-
masalah yang berkaitan dengan kelemahan asas-asas yang wujud secara semula
jadi dalam sistem ekonomi. Masalah-masalah asas ini difokuskan kepada tiga
peringkat iaitu:
(a) Apa?
Apa jenis barangan dan perkhidmatan yang perlu dikeluarkan dan jumlah
pengeluaran barangan dan perkhidmatan tersebut.
(b) Bagaimana?
Bagaimana kaedah dan teknik yang sesuai untuk digunakan bagi
mengeluarkan barangan dan perkhidmatan tersebut.
(c) Siapa?
Siapa kumpulan sasaran bagi setiap barangan dan perkhidmatan tersebut.
Bagi penyelesaian kepada segala masalah yang wujud ini, maka perlunya
kepada satu sistem yang lengkap, jelas dan berkesan bagi memastikan ianya
diatasi dengan kaedah yang sesuai dan sepatutnya dengan secekap mungkin.
Hanya satu sistem yang mampu memberi penyelesaian sebagaimana
dikehendaki iaitu sistem ekonomi yang komprehensif dalam sesebuah negara
lengkap dengan jalinan penglibatan sepenuhnya elemen masyarakat sebagai isi
rumah, organisasi dan institusi swasta dan akhirnya institusi kerajaan. Ini akan
memastikan peranan kerajaan dapat dipermudahkan apabila tiga unit tersebut
saling melengkapi dalam memastikan setiap matlamat dan objektif yang telah
ditetapkan akan dicapai.
Dengan itu, dalam konteks konvensional, sistem ekonomi dibina berasaskan
pemahaman terhadap falsafah serta teori-teori ekonomi yang meliputi prinsip-
prinsip dan kaedah-kaedah ekonomi yang digunakan bagi menyelesaikan
masalah ekonomi masyarakat. Ini bertepatan dengan sebahagian pandangan ahli
ekonomi Barat, seperti Ruenez, yang berpendapat sistem ekonomi perlulah
mengandungi elemen-elemen berikut:
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
 TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM28
(a) Tujuan dan keperluannya tidak terbatas kerana ia tidak dapat memberi
kepuasan kepada kita. Apabila tujuan dan keperluan itu terbatas, maka
tidak akan ada masalah ekonomi kerana kita semua mendapat kepuasan
daripadanya.
(b) Saranan-saranan untuk memuaskan kehendak dan keperluan ini terbatas.
Kalau tidak terbatas bererti tidak akan ada masalah ekonomi.
(c) Saranan-saranan untuk kepuasan kehendak manusia yang terbatas itu
digunakan untuk memenuhi pelbagai keperluan. Sekiranya untuk satu
kegunaan sahaja maka tidak akan ada alternatif dalam erti kata sebenarnya
dan seterusnya tidak akan ada masalah ekonomi.
Selain itu, pakar ekonomi barat turut menghurai dan merumuskan tentang
ekonomi dalam skop yang lebih luas dan mantap sebagaimana berikut:
(a) Ekonomi adalah berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan
pengeluaran dan pertukaran barangan.
(b) Ekonomi ialah membuat analisa tentang pergerakan ekonomi
keseluruhannya, iaitu arah aliran harga, pengeluaran dan pengangguran
serta lain-lain. Apabila fenomena ini difahami, ia dapat menolong
memajukan polisi-polisi dan dasar yang membantu kerajaan dalam
meningkatkan lagi prestasi ekonomi sesebuah negara.
(c) Ekonomi ialah satu sains pilihan. Ia mengkaji bagaimana manusia memilih
untuk menggunakan punca atau sumber pengeluaran yang terhad (tanah,
buruh, modal, peralatan dan pengetahuan teknologi misalnya) bagi
mengeluarkan pelbagai komoditi atau barangan dan mengagihkannya
kepada masyarakat untuk kegunaan mereka.
(d) Ekonomi juga ialah kajian tentang perdagangan di kalangan negara-negara
di dunia. Ia membantu menjelaskan kenapa negara-negara mengeksport
sesetengah barangan dan mengimport sesetengah lagi barangan. Ia juga
berkenaan dengan analisa terhadap kesan-kesan sekatan ekonomi dalam
perdagangan.
(e) Ekonomi ialah kajian mengenai wang, perbankan, modal dan kekayaan.
Dengan bertambahnya peranan yang dimainkan oleh ekonomi dalam
kehidupan manusia, ekonomi telah membentuk beberapa ÂmazhabÊ atau
sistem, hasil daripada buah fikiran manusia yang relatifnya berbeza antara
satu sama lain.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM  29
Sekiranya kita membincangkan sistem ekonomi konvensional dari aspek jenis,
ianya boleh diklasifikasikan kepada dua sistem seperti yang ditunjukkan di
dalam Rajah 2.1.
Rajah 2.1: Sistem ekonomi konvensional
(a) Sistem Ekonomi Kapitalisme
Ekonomi kapitalisme adalah berlandaskan kepada prinsip hak milik
khusus atau individu. Ia memberikan hak kepada setiap individu untuk
memiliki apa sahaja sesuka hatinya tanpa sebarang batasan. Falsafah serta
matlamatnya ialah kebahagiaan, kemerdekaan dan kebebasan individu. Ia
merupakan terjemahan daripada matlamat yang mempunyai niat atau cita-
cita politik dan ekonomi yang tertentu. Ia bertunjangkan kepada hak milik
individu dalam setiap fungsi dan aktiviti ekonomi.
Dari segi sejarahnya, kebangkitan sistem kapitalisme adalah akibat
daripada rasa tidak puas hati dengan sistem pemerintahan gereja
sebelumnya iaitu pada awal abad 600M di mana segala urusan keagamaan
atau pemerintahan negara serta perniagaan diuruskan serta dikawal
sepenuhnya oleh pihak gereja. Pembolotan kuasa pemerintah dikuasai oleh
kuasa gereja Monolithic dan pihak gereja Roman Katolik. Rasa tidak puas
hati terhadap gereja bermula apabila telah berlakunya penyalahgunaan
kuasa sepanjang tahun 1200-1500M diikuti dengan reformasi golongan
Protestant pada 1500-1550M. Menjelang 1550-1775M, idea sistem ekonomi
kapitalis mula berkembang pesat dan mempunyai ramai pengikutnya.
Sistem ini bukan sahaja telah melakukan perubahan dari segi bentuk
pelaksanaan, operasi serta hubungan ekonomi, malah juga dalam
pengagihan sumber-sumber ekonomi. Barangan seperti tanah dan buruh
boleh dijual beli secara bebas di pasaran dan sistem perniagaan yang
berasaskan kontrak mula dibenarkan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
 TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM30
Seterusnya, sistem kapitalisme berasaskan pasaran bebas mula menuju
kemuncak kegemilangannya pada 1775-1875M. Ia diasaskan dan
dikembangkan oleh seorang ideologis pasaran bebas Barat yang terkenal
iaitu Adam Smith di mana beliau mula mengembangkan ideanya dalam
bukunya yang terkenal iaitu ÂThe Wealth of NationsÊ(1776).
Pada tahun 1875, pasaran bebas kapitalis telah menuju ke kemuncaknya,
iaitu di sekitar penghujung tahun 1875, kapitalis persaingan telah mula
beralih kepada pasaran bebas yang berbentuk monopoli. Kesan buruk
daripada sistem ini mula dikesan menjelang tahun 1929. Ini berikutan
daripada sistem ekonomi yang telah dikawal dan berpusat hanya kepada
para peniaga atau pemodal yang mempunyai modal yang banyak dan
besar sahaja.
Pada masa yang sama, sistem ekonomi kapitalis dikembangkan lagi dengan
wujudnya konsep ÂEconomic ManÊ. Konsep ini dianggap sebagai pelaku
penting dalam mendokong paradigma dan perubahan yang perlu dalam
ekonomi pasaran bebas (perfect market economy). Asas perlakuan manusia
ekonomi mengikut konsep ini adalah individualisme utilitarian di bawah
naungan falsafah laissez-faire.
Pada asasnya, kapitalisme mengarah kepada pembentukan pemikiran
bertunjangkan kebebasan mutlak untuk menjalankan aktiviti mencari dan
memiliki kekayaan melalui persaingan dalam pasaran. Individu diberi
kebebasan penuh untuk memiliki faktor-faktor serta sumber pengeluaran
tanpa sebarang had serta batasan. Aktiviti ekonominya hanya menjurus
kepada motif keuntungan lumayan semata-mata, tanpa mengira hal
kebajikan serta nilai sosial dalam masyarakat.
Mekanisme riba atau kadar bunga merupakan unsur yang berleluasa dan
menjadi amalan oleh golongan pemodal untuk meraih keuntungan yang
sentiasa bercorak menindas. Akibat persaingan yang sengit, pasaran
selalunya dimonopoli oleh golongan yang mempunyai modal yang besar
dan rangkaian perniagaan yang luas. Ia memberi kesan kepada golongan
bawahan seperti pekerja dan buruh di mana golongan ini dipergunakan
serta ditindas oleh golongan pemodal bagi mendapatkan keuntungan yang
lumayan. Jelas, sistem ini membawa kepada ketidakharmonian serta
ketidaksejahteraan sosial dalam pola masyarakat yang telah
mengamalkannya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM  31
(b) Sistem Ekonomi Sosialis
Ia mula diperkenalkan oleh Karl Marx di antara 1818 dan 1883 dalam
bukunya ÊDas KapitalÊ. Sistem ini membawa bersama kritikan kepada
sistem ekonomi kapitalis yang dikatakan telah gagal mewujudkan sistem
ekonomi yang stabil. Karl Marx menyarankan sistem ekonomi yang sama
rata untuk semua lapisan masyarakat. Ia bertujuan untuk membentuk satu
sistem yang tidak membezakan martabat antara golongan kaya dan miskin.
Idea asalnya adalah kawalan secara berpusat di mana harta dianggap
sebagai milik bersama dan perlu dikawal dan diagihkan secara kawalan
pusat atau oleh pemerintah. Ia berlandaskan hak milik umum yang
digemblengkan sepenuhnya oleh pemerintah atau negara.
Melalui sistem ini keuntungan peribadi dimaksudkan untuk kepentingan
negara.
Semua perancangan pembangunan, strategi ekonomi dan pelaksanaannya
ditentukan dan dikawal oleh negara. Ia dikawal secara mutlak oleh pihak
pemerintah atau kerajaan dan dilaksanakan secara kawalan sistem
berpusat. Ia tidak mengakui hak milik individu dalam pemilikan harta
kecuali hal yang dikecualikan dan berlainan dengan dasar umumnya.
Kesimpulannya, di dalam lingkungan sistem ekonomi ini, seseorang tidak
diizinkan memiliki harta daripada hasil-hasil pembuatan, pertanian,
pengeluaran dan sebagainya. Pemilikan adalah milik sepenuhnya negara atau
pemerintah. Ia bertujuan untuk menghapuskan pemilikan berleluasa dan secara
berlebihan oleh individu dan menggantikannya dengan pemilikan awam. Ia juga
bermatlamat menghapuskan sistem kelas dalam masyarakat. Dalam sistem ini,
negara merupakan pemilik semua kekayaan dan semua rakyat diberi hak yang
sama untuk hidup berasaskan keperluan masing-masing.
2.1.2 Sistem Kewangan Konvensional
Sistem kewangan konvensional merujuk kepada sistem kewangan yang sedia
ada, yang dilaksanakan berasaskan kadar bunga atau faedah. Sistem kewangan
pada asasnya dilihat sebagai satu sistem di mana dana-dana diniagakan antara si
penghutang dan si pemiutang. Ia terdiri daripada satu set pasaran, individu dan
organisasi yang melakukan perniagaan dalam sistem pasaran tersebut dan
pengguna akhir dalam sistem pasaran adalah orang ramai dan firma-firma yang
ingin membuat pinjaman dan memberi hutang.
Secara langsung, sistem kewangan merupakan sebahagian daripada sistem
ekonomi yang berperanan dalam mengurus aktiviti-aktiviti ekonomi yang
berkaitan dengan kewangan khususnya dalam menemukan unit lebihan dan unit
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
 TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM32
kurangan. Sistem kewangan ini terdiri daripada pasaran-pasaran, instrumen-
instrumen, institusi-institusi dan peraturan-peraturan mengenai kelakuan urus
niaga yang membantu melancarkan urusan pemindahan dana daripada pembeli
kepada penjual dan daripada penyimpan kepada peminjam.
Menurut Ab. Mumin (1999), sistem kewangan merupakan instrumen pasaran,
institusi, pasaran dan peraturan menangani kelakuan perdagangan yang
mempercepatkan laluan dan daripada penjual kepada pembeli dan daripada
penyimpan kepada peminjam ia menyediakan perkhidmatan pembayaran
menggerakkan tabungan dan peruntukan kredit menghadkan dan meletakkan
harga mengumpul dan memperniagakan risiko hasil daripada aktiviti berkaitan.
2.1.3 Fungsi Sistem Kewangan
Fungsi sistem kewangan adalah berkait rapat dengan urusan pinjaman dan
pelaburan. Ianya menemukan unit lebihan dan unit kurangan dalam suatu
pasaran yang tertentu. Sebagai contoh, sistem kewangan merupakan penyedia
saluran dana di antara penabung dan peminjam, penyedia alat pertukaran,
penyedia bagi mekanisme yang bersifat perkongsian risiko dan penyedia saluran
dana bagi bank pusat untuk melaksanakan dasar dan polisi kerajaan.
Secara umumnya, menurut Ab. Mumin (1999), sistem kewangan itu memainkan
tiga fungsi asas seperti berikut:
(a) Sistem kewangan itu mestilah menyediakan pemindahan dana dengan licin
dan cekap dari unit lebihan kepada unit kurangan. Pemindahan dana ini
berlaku secara langsung melalui pengantara atau institusi kewangan.
(b) Ia mestilah mengekalkan kebolehpercayaan yang munasabah ketika
menghadapi kejadian-kejadian buruk atau situasi ekonomi yang berbeza.
(c) Ia hendaklah mampu disesuaikan dengan segala perubahan keperluan
ekonomi akibat daripada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
Secara lebih mendalam pula, fungsi sistem kewangan dalam sistem ekonomi
dilihat untuk memenuhi perkara-perkara berikut seperti yang ditunjukkan di
dalam Jadual 2.1.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM  33
Jadual 2.1: Fungsi Sistem Kewangan dalam Sistem Ekonomi
Fungsi Penerangan
Fungsi Tabungan Sebagai penyedia tempat atau saluran yang berpotensi bagi
mendapat keuntungan dan merupakan penyedia risiko yang
rendah bagi orang ramai yang menabung.
Fungsi Mudah
Tunai
Sebagai penyedia alat bagi memperolehi dana dengan menukarkan
sekuriti-sekuriti dan lain-lain aset kewangan kepada tunai.
Fungsi
Pembayaran
Sebagai penyedia dari segi cara atau mekanisme bagi pembayaran
barangan dan perkhidmatan.
Fungsi Kredit Sebagai penyedia kredit yang berterusan kepada pengusaha-
pengusaha, pengguna dan kerajaan untuk membantu perbelanjaan,
penggunaan dan pelaburan dalam sesebuah ekonomi.
Fungsi Risiko Sebagai penyedia alat bagi melindungi pengusaha, pengguna dan
kerajaan dalam menghadapi pelbagai risiko bencana terhadap
nyawa, kesihatan, harta benda, pendapatan dan sebagainya.
Fungsi Kekayaan Sebagai penyedia alat bagi menyimpan kuasa beli sehingga ke
suatu masa yang diperlukan untuk berbelanja terhadap barangan
dan perkhidmatan.
Fungsi Polisi Sebagai penyedia saluran bagi kerajaan dalam menjalankan polisi-
polisinya untuk mencapai objektif dan matlamat negara seperti
guna tenaga penuh, inflasi yang rendah, pertumbuhan ekonomi
negara yang berterusan dan menstabilkan kedudukan imbangan
pembayaran antarabangsa.
STRUKTUR SISTEM KEWANGAN
Struktur sistem kewangan adalah mencakupi tiga komponen utama
sebagaimana yang terdapat dalam sistem kewangan konvensional iaitu
instrumen kewangan (financial instruments), institusi kewangan (financial
institutions) dan pasaran kewangan (financial markets).
2.2
1. Nyatakan definisi sistem ekonomi dan sistem kewangan
konvensional.
2. Huraikan fungsi sistem kewangan secara terperinci.
SEMAK KENDIRI 2.1
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
 TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM34
Justeru, kita seharusnya memahami bahawa instrumen kewangan, pasaran
kewangan dan institusi kewangan adalah tiga entiti yang perlu wujud dan saling
berkait untuk menjalankan operasi mengikut peranannya tersendiri dalam
sebuah sistem kewangan. Sebagai contoh, instrumen seperti Bon Korporat
dikeluarkan oleh institusi swasta dan diniagakan dalam pasaran modal.
2.2.1 Instrumen Kewangan
Ianya merupakan obligasi kewangan bagi si peminjam dana kepada pemilik
dana atau pemegang instrumen tersebut.
Instrumen ini boleh dibahagikan kepada instrumen pembiayaan yang berbentuk
ekuiti dan juga instrumen pembiayaan berbentuk hutang. Instrumen
pembiayaan berbentuk ekuiti merujuk kepada saham keutamaan dan saham
biasa. Manakala instrumen hutang merujuk kepada bon dan bil perbendaharaan.
Antara ciri-ciri utama sesuatu instrumen termasuklah:
(a) Ia boleh diniagakan, iaitu kemampuan untuk dipindah milik dengan
mudah daripada satu pemilik kepada pemilik yang lain.
(b) Ia mestilah mudah tunai iaitu mudah dijual apabila berkehendakkan
kepada tunai.
(c) Ia mestilah membawa kepada risiko yang minimum.
(d) Ia mestilah mudah dinilai dan diletak harga.
2.2.2 Institusi Kewangan
Institusi kewangan bertindak sebagai pencipta dan peniaga bagi instrumen
kewangan. Ia merupakan peserta yang penting dalam melaksanakan pelbagai
fungsi utama dalam sistem dan pasaran kewangan.
Institusi kewangan merujuk kepada sesuatu institusi yang berperanan dalam
menerbitkan dan menyalurkan urus niaga instrumen-instrumen kewangan di
kalangan peserta-peserta pasaran.
Instrumen kewangan adalah sesuatu yang dicipta dan dikeluarkan oleh
pihak yang memerlukan modal kepada pihak yang memberi modal atau
pinjaman sebagai bukti terhadap modal atau pinjaman tersebut.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM  35
Fungsi utama institusi kewangan adalah sebagai pengantara kewangan yang
bertindak untuk memudahkan proses penyaluran dana tabungan untuk
pelaburan bagi unit lebihan dan proses dana pinjaman bagi unit kurangan dalam
sesebuah ekonomi. Ia juga bertindak sebagai institusi yang memberi pinjaman
kepada pengguna atau membeli sekuriti pelaburan dalam pasaran kewangan.
Dengan kata lain, institusi kewangan itu ialah firma kewangan yang aset
utamanya adalah produk-produk kewangan dan tuntutan-tuntutan kewangan,
seperti saham, bon dan nota pinjaman dan sebagainya.
2.2.3 Pasaran Kewangan
Dalam menghubungkan dua unit ini, pasaran memerlukan alat kewangan yang
dikenali sebagai instrumen kewangan, manakala untuk memperniagakan
instrumen-instrumen kewangan ini, pasaran kewangan memerlukan institusi
sebagai penyedia dan pencipta instrumen.
Secara ringkasnya, kita boleh mengklasifikasikan pasaran kewangan kepada tiga
kategori iaitu pasaran wang, pasaran modal dan pasaran derivatif. Namun
begitu, sekiranya kita melihat pasaran kewangan dari sudut ciri-cirinya yang
tertentu, seperti tempoh matang, bentuk pembiayaan, tempat urus niaga
instrumen dan jenis instrumen dalam pasaran derivatif, kita boleh
mengkategorikannya sebagaimana berikut:
(a) Pasaran Wang dan Pasaran Modal
Berasaskan tempoh matang
(b) Pasaran Hutang dan Pasaran Ekuiti
Berasaskan kepada bentuk pembiayaan
(c) Pasaran Utama (Primary) dan Kedua (Secondary)
Berasaskan kepada tempat urus niaga instrumen
(d) Pasaran Segera (Spot Market), Pasaran Hadapan dan Opsyen
Berasaskan jenis instrumen dalam pasaran derivatif
Pasaran kewangan merujuk kepada suatu lokasi atau tempat yang
menyediakan mekanisme untuk tujuan pertemuan dan penyaluran dana
antara dua unit iaitu unit kurangan dan unit lebihan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
 TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM36
Jadual 2.2 menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai kategori-kategori pasaran
kewangan.
Jadual 2.2: Kategori Pasaran Kewangan
Kategori Penerangan
Pasaran Wang Ianya merujuk kepada pasaran bagi instrumen atau sekuriti
berjangka masa pendek, bertujuan untuk memudahkan kecairan
dan mengurangkan risiko.
Pasaran Modal Ianya merujuk kepada pasaran bagi instrumen atau sekuriti yang
bertempoh jangka masa panjang sama ada instrumen berbentuk
hutang ataupun instrument ekuiti.
Pasaran Hutang Ia adalah berkait dengan pengeluaran instrumen ekuiti seperti bon
(sukuk) di mana pihak peminjam akan membuat perjanjian untuk
membayar sementara kaedah ekuiti pula ialah sesebuah syarikat
akan mengeluarkan syer biasa yang merupakan daripada
pendapatan bersih atau aset sesebuah syarikat.
Pasaran Ekuiti Ia merupakan pembelian saham-saham syarikat dan pemilikan
saham bermakna seseorang itu memiliki syarikat tersebut. Ia juga
dinamakan sebagai pasaran saham. Ekuiti tidak mempunyai
tempoh matang. Para pembeli saham akan menerima dividen
tahunan yang dibahagi-bahagikan berasaskan prestasi syarikat dan
keputusan lembaga pengarah syarikat tersebut.
Pasaran Utama Ia merupakan satu bentuk pasaran kewangan yang melibatkan
pengeluaran sekuriti baru. Ia melalui pengeluaran bon atau saham
yang dijual kepada pelabur selara dengan maksud bagi
meningkatkan modal kerja sesebuah syarikat.
Pasaran Kedua Ia adalah pasaran kewangan yang melaksanakan urus niaga
sekuriti yang telah pun berada dalam pasaran. Fungsi utama
pasaran ini ialah untuk memudahkan instrumen kewangan yang
dipegang pelabur dijual untuk mendapatkan tunai. Sebagai contoh,
pemilik bon boleh menjual sekuritinya dalam pasaran kedua untuk
mendapatkan tunai dengan lebih awal sebelum tempoh matang.
Instrumen ekuiti yang tidak mempunyai tempoh matang, boleh
dicairkan dengan menjualnya di pasaran kedua iaitu di Bursa
Malaysia.
Pasaran Segera Ia bermakna urus niaga dijalankan sehingga paling lewat hari
kedua perniagaan dalam sesuatu urus niaga kontrak dimeterai, Ia
merupakan satu bentuk urus niaga di mana penyerahan segera
(immediate delivery) dilakukan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM  37
Pasaran Hadapan Ia merujuk kepada satu bentuk urus niaga yang dibuat pada masa
hadapan di mana tarikh penyelesaian urus niaga dibuat pada satu
tarikh tertentu di masa hadapan. Ia melibatkan dua perkara iaitu
tarikh nilai iaitu tarikh penyerahan dan kadar hadapan adalah satu
kadar dipersetujui berasaskan kepada tarikh nilai penyelesaian
urus niaga. Ia bertujuan memperkembangkan dan saling lengkap
melengkapi aktiviti pemasaran dan fungsi lindung nilai komoditi
utama iaitu getah, minyak sawit mentah, koko dan timah. Contoh,
instrumen pasaran niaga hadapan adalah Kontrak Niaga Hadapan
Minyak Sawit Mentah (CPO).
Opsyen Ia adalah salah satu daripada alat derivatif yang memberikan hak,
bukan obligasi, kepada pemegangnya untuk membeli atau menjual
sejumlah sekuriti atau aset tertentu pada harga tertentu pada masa
depan. Hak itu boleh dilaksanakan atau dilepaskan begitu sahaja,
pada tarikh kontrak. Dengan opsyen, pembeli sekuriti itu dapat
memperoleh keuntungan daripada manfaat kenaikan harga dan
dapat mengelakkan daripada kerugian yang banyak jika harga
turun.
SISTEM KEWANGAN ISLAM
Sebagaimana yang kita telah maklum di dalam tajuk yang lepas, sistem
kewangan Islam pada asasnya ialah satu sistem kewangan dalam sebuah sistem
ekonomi yang dilaksanakan berdasarkan prinsip dan nilai Islam. Sistem
kewangan Islam adalah sebahagian daripada sistem ekonomi Islam yang
menguruskan aktiviti-aktiviti ekonomi yang berkaitan dengan kewangan
khususnya dalam menemukan unit lebihan dan unit kurangan.
Sistem kewangan Islam juga boleh dirujuk kepada semua aktiviti yang berkaitan
dengan pengurusan harta (tasarruf maliyyah) dalam sektor ekonomi. Harta
dalam konteks ini secara umumnya merujuk kepada benda atau barangan yang
bernilai atau berharga dan kehilangan barang tersebut akan menyebabkan
kerugian kepada pemiliknya. Menurut Mohd Daud Bakar (2003), sistem
kewangan Islam merujuk kepada sistem kewangan yang berjalan selaras dengan
2.3
1. Jelaskan komponen instrumen, pasaran dan institusi dalam
struktur sesebuah sistem kewangan.
2. Apakah peranan pasaran dan institusi dalam sesuatu sistem
kewangan.
SEMAK KENDIRI 2.2
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
 TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM38
undang-undang Islam yang bersumberkan al-QurÊan dan al-Sunnah serta ijtihad
para ulama. Ianya berasaskan ciri-ciri tertentu yang membezakannya dengan
sistem kewangan konvensional yang sedia ada. Antaranya ia hendaklah bebas
dari unsur riba, judi, gharar dan aktiviti yang diharamkan oleh Islam seperti
penjualan barangan yang dilarang seperti arak, dadah, khinzir serta bebas
daripada sebarang bentuk penindasan.
Sistem kewangan Islam (SKI) yang kukuh dan terancang amat penting bagi
menjana pembangunan ekonomi sesebuah Negara. Tujuan utama sistem ini ialah
untuk memenuhi keperluan umat Islam terhadap satu sistem yang benar-benar
menepati lunas-lunas Syariah, sebagai satu sistem kewangan yang komprehensif
serta mampu bersaing dengan sistem konvensional yang telah wujud berdekad
lamanya. Pihak kerajaan memainkan langkah-langkah yang sewajarnya untuk
memastikan sistem kewangan Islam berfungsi selaras dengan prinsip-prinsip
Syariah yang telah digariskan oleh al-QurÊan dan al-Sunnah dari segi matlamat
dan operasinya.
Oleh itu, objektif kewujudan sistem kewangan Islam boleh dirumuskan
sebagaimana yang berikut:
(a) Untuk mengumpul modal yang mencukupi bagi tujuan pengeluaran,
penggunaan dan penukaran berdasarkan kepada prinsip-prinsip Syariah.
(b) Untuk mengagihkan modal kepada sektor-sektor yang benar-benar
memerlukan dan boleh membawa faedah kepada masyarakat dan umat
Islam seluruhnya.
(c) Untuk menentukan kestabilan harga produk dalam pasaran dengan
membuang elemen-elemen yang negatif dan haram seperti riba (kadar
bunga) dan gharar.
(d) Untuk menentukan keadaan ekonomi yang makmur dan bersih daripada
segala jenis kesempitan dharuri di peringkat individu.
(e) Untuk mewujudkan prinsip keadilan dan ihsan sesama manusia.
SISTEM EKONOMI ISLAM
Sistem ekonomi Islam adalah berlandaskan kepada al-QurÊan dan al-Sunnah.
Menurut al-Jarhi (1981), ianya meliputi enam perkara iaitu pengharaman riba,
kewajipan berzakat, pelaksanaan segala bentuk cukai, pelaksanaan kaedah dan
peraturan muamalat, sistem hisbah dan hak milik umum kepada harta galian.
Ianya juga dikira sebagai himpunan kaedah-kaedah dan hukum-hukum syarak
2.4
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM  39
yang menerangkan cara-cara pembahagian kekayaan, memiliki dan mengurus
kekayaan serta menyusun hubungan ekonomi antara individu muslim sesama
mereka, dengan Kerajaan dan masyarakat. (`Inayah, 1991).
Rajah 2.2 menunjukkan jadual lengkap sistem ekonomi Islam.
Rajah 2.2: Jadual lengkap sistem ekonomi Islam
Sumber: Adaptasi daripada Ab. Mumin (1999)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
 TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM40
Seterusnya sistem ekonomi Islam ini disimpulkan oleh Ab. Mumin (1999),
sebagaimana berikut:
(a) Ianya bersifat aliran pemikiran atau mazhab mengenai perlakuan ekonomi
yang bersumberkan dan berteraskan al-QurÊan dan al-Sunnah serta ijtihad
pakar-pakar ilmu dalam mentafsir dan menyelesaikan masalah ekonomi
yang timbul dari masa ke semasa.
(b) Ianya merupakan ilmu yang mengkaji segala tingkah laku manusia, sesuai
dengan sifatnya sebagai khalifah Allah dalam menyelesaikan masalah-
masalah ekonomi berpandukan kepada al-QurÊan dan al-Sunnah bagi
mencapat matlamat iaitu keredhaan Allah.
Selain itu, faktor-faktor pengeluaran dalam sistem ekonomi Islam boleh
dirumuskan kepada dua kategori (Ab. Mumin, 1999):
(a) Al-Amal
Ianya merujuk kepada segala bentuk usaha dalam semua peringkat
pengeluaran dari peringkat bawah hinggalah kepada pengurusan atasan.
Sistem ekonomi Islam memberi kebebasan sepenuhnya kepada setiap
individu untuk memilih sebarang usaha atau kerja yang sesuai, dalam
mana-mana peringkat proses pengeluaran tersebut seterusnya menikmati
hasil berbentuk ganjaran dari usaha tersebut. Namun, kebebasan ini tidak
mutlak kerana ianya masih tertakluk kepada peraturan dan batasan yang
ditetapkan oleh syariah.
(b) Al-Mal
Ianya merujuk kepada semua bentuk harta sama ada tanah, modal dan
lain-lain aset atau peralatan yang digunakan di dalam proses pengeluaran
barangan atau perkhidmatan. Sistem ekonomi Islam juga memberi
kebebasan kepada setiap individu untuk memperolehi, memiliki dan
menggunakan faktor ini dalam proses pengeluaran mengikut kemampuan
masing-masing. Sebagaimana al-amal, kebebasan dalam al-mal juga
tertakluk kepada peraturan dan hukum berasaskan prinsip Syariah yang
telah ditetapkan.
Malah, ekonomi Islam sentiasa menekankan tentang sumber yang banyak dan
tidak terhad serta faktor pengeluaran kurniaan-Nya yang tersedia, boleh dimiliki
serta dijana bagi merancang pembangunan serta pertumbuhan ekonomi yang
lebih aktif, efektif dan mampu menangani penyelewengan dan eksploitasi dalam
sistem ekonomi sedia ada. Oleh itu, bolehlah kita rumuskan bahawa terdapat
beberapa kriteria penting dalam sesebuah sistem ekonomi Islam, iaitu:
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM  41
(a) Sistem Ekonomi Islam Membentuk Masyarakat yang Menghormati
Kebenaran
Kelalaian manusia daripada prinsip kebenaran mengakibatkan timbulnya
kekecewaan dan ketidakpuasan hati, bermaharajalela sifat ketidakjujuran,
pembohongan, penipuan, pemalsuan dan sentiasa menjauhkan manusia
daripada kebenaran yang hakiki. Sekiranya manusia berpegang kepada
kejujuran dan prinsip kebenaran, setiap masalah dapat diatasi. Kebenaran
membawa ketenangan dan kesejahteraan dan dusta pula menimbulkan
penyelewengan dan keraguan serta keruntuhan.
(b) Sistem Ekonomi Islam Mempunyai Siasahnya yang Tersendiri yang Tidak
Menumpukan kepada Individu Sahaja
Sistem ekonomi Islam berdiri dan memberi penekanan serta perhatian
kepada kedua-dua kepentingan bersama dan berupaya menyelenggarakan
keseimbangan di antara kedua-duanya. Dengan kata lain, Islam mengakui
kedua-dua kepentingan selama mana tidak wujud sebarang pertentangan
negatif di antara kedua-duanya. Jika terjadi pertentangan di antara
individu dengan masyarakat maka Islam akan sentiasa menjamin
keutamaan mendahulukan kepentingan masyarakat.
Islam dapat memainkan peranan utamanya bagi menjaga kepentingan
masyarakat amnya. Ini bermakna lingkungan ekonomi Islam akan
mewujudkan satu perancangan pembangunan serta pertumbuhan ekonomi
akan menjadi lebih aktif dan berkesan serta jauh daripada penyelewengan
dan eksploitasi yang menindas serta lari daripada prinsip keadilan
bermasyarakat. Sistem Islam yang mencakupi hubungan erat di antara
akidah dan syariatnya dan kosep hubungan duniawi dan ukhrawi inilah
yang menjadikan kegiatan ekonomi sebagai salah satu daripada ibadah
yang wajib ditunaikan oleh setiap penganutnya.
(c) Sistem Ekonomi Islam Mementingkan Prinsip Keadilan
Islam memainkan peranan amat penting dalam penyusunan sistem dan
pola masyarakat di dalam sesebuah negara. Prinsip ini menepati fitrah
manusia bermasyarakat dan ia merupakan asas yang sangat penting kerana
tanpa penghayatan prinsip tersebut ia akan membawa kepincangan kepada
kejayaan masyarakat tersebut. Kegawatan keadaan ekonomi
menggambarkan betapa wujudnya kelemahan dalam sistem ekonomi
antarabangsa.
Sistem ekonomi Islam menekankan betapa perlunya amalan prinsip dan
pendekatan ekonomi yang luhur dan murni dalam semua keadaan semoga
apa-apa bentuk cabaran dan tekanan dapat dielak atau seboleh mungkin
diminimakan kesannya. Cabaran yang dihadapi menuntut kita terus dan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
 TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM42
sentiasa berjiwa besar serta sanggup berjihad bagi mengatasi kelemahan
dan membina kekuatan ke arah kemajuan masyarakat yang berterusan.
Sistem ekonomi Islam mementingkan kekuatan diri dan masyarakat secara
proaktif melalui pembinaan, akhlak, keimanan, keilmuan dan kepakaran.
Sistem ini juga berasaskan kepada gagasan nilai luhur kemanusiaan yang
berupaya mengatasi kelemahan sistem ekonomi lain yang tidak mengambil
berat langsung tentang keluhuran kemanusiaan dan keharmonian
masyarakat.
Kesimpulannya, kelebihan sistem ekonomi Islam adalah kerana ia merupakan
sistem ekonomi ciptaan Allah, berpandukan ajaran Islam yang syumul. Ia
mempunyai banyak kelebihan mutlak dan komparatif yang memberi
kesejahteraan dan keharmonian kepada pengamalnya sama ada di peringkat isi
rumah, sektor swasta mahupun sektor kerajaan.
STRUKTUR SISTEM KEWANGAN ISLAM
Berasaskan kepada kaedah fiqh yang mengatakan bahawa asal kepada sesuatu itu
adalah harus sehingga ada dalil yang mengatakan ianya haram, maka kesimpulan
boleh dibuat bahawa struktur sistem kewangan konvensional itu adalah harus
selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip fiqh dan selagi ia tidak mengandungi
unsur-unsur haram dalamnya seperti elemen riba, gharar dan sebagainya.
2.5
1. Nyatakan definisi dan matlamat sistem ekonomi Islam.
2. Huraikan faktor pengeluaran yang utama dalam sistem ekonomi
Islam.
3. Jelaskan kriteria-kriteria penting dalam sesebuah ekonomi Islam.
SEMAK KENDIRI 2.3
Sebelum anda meneruskan pembacaan, apa pandangan anda, adakah
struktur sistem kewangan Islam adalah sama dengan struktur sistem
kewangan konvensional?
AKTIVITI 2.2
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM  43
Oleh itu struktur sistem kewangan Islam adalah mencakupi tiga komponen
utama sebagaimana yang terdapat di dalam sistem kewangan konvensional iaitu
instrumen kewangan Islam (Islamic financial instruments), institusi kewangan
secara Islam (Islamic financial institutions) dan pasaran kewangan Islam (Islamic
financial markets) (sila lihat Rajah 2.3).
Rajah 2.3: Struktur sistem kewangan Islam
2.5.1 Instrumen Kewangan Islam
Instrumen kewangan adalah sesuatu yang dicipta dan dikeluarkan oleh pihak
yang memerlukan modal kepada pihak yang memberi modal atau pinjaman
sebagai bukti terhadap modal atau pinjaman tersebut. Ianya merupakan obligasi
kewangan bagi si peminjam dana kepada pemilik dana atau pemegang
instrumen tersebut.
Dalam konteks sistem kewangan Islam di Malaysia, instrumen ini boleh
dibahagikan kepada instrumen pembiayaan yang berbentuk ekuiti dan juga
instrumen pembiayaan berbentuk hutang. Instrumen pembiayaan berbentuk ekuiti
merujuk kepada sekuriti saham patuh Syariah yang diniagakan di Bursa Malaysia.
Malaysia telah memajukan instrumen-instrumen pasaran kewangan Islam
seiring dengan instrumen-instrumen dalam pasaran kewangan konvensional
yang sedia ada, yang bebas daripada unsur riba (bunga) dan dalam masa yang
sama dapat menyesuaikan dengan ciri-ciri instrumen konvensional iaitu ianya
boleh diniagakan, ianya mestilah mudah tunai, ianya mestilah membawa kepada
risiko yang minimum dan ianya mestilah mudah dinilai dan diletak harga.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
 TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM44
Antara contoh instrumen kewangan dan perbankan Islam yang telahpun terbukti
daya saingnya ialah akaun simpanan dan akaun semasa secara Islam, akaun
pelaburan mudharabah, kemudahan overdraf tanpa faedah, pembiayaan
perumahan dan kenderaan secara bay` bithaman ajil, bil penerimaan secara
Islam, kemudahan pembiayaan kredit eksport secara Islam, bon mudharabah
Cagamas, pembiayaan berasaskan bayÊ al-dayn, pajakan secara Islam, kad kredit
Islam serta lain-lain lagi.
2.5.2 Institusi Kewangan Islam
Institusi kewangan merujuk kepada pengantara kewangan yang berperanan
sebagai sebuah institusi yang menerbitkan dan menyalurkan urus niaga
instrumen-instrumen kewangan di samping berfungsi untuk memudahkan
aliran sumber-sumber antara peserta-peserta pasaran. Ia bertindak sebagai
pencipta dan peniaga instrumen kewangan, institusi kewangan merupakan
peserta yang penting dalam melaksanakan pelbagai fungsi utama dalam sistem
dan pasaran kewangan.
Fungsinya yang terpenting sekali ialah bertindak sebagai pengantara kewangan.
Pengantara kewangan memudahkan proses penyaluran dana tabungan untuk
pelaburan, iaitu proses pertukaran tabungan dari unit lebihan dalam sesebuah
ekonomi dengan obligasi kewangan daripada unit kurangan.
Dengan kata lain, institusi kewangan ialah firma kewangan yang aset utamanya
adalah aset-aset kewangan atau tuntutan-tuntutan, seperti saham, bon dan
pinjaman, bukannya aset nyata seperti bangunan, peralatan dan bahan mentah.
Ia memberi pinjaman kepada pengguna atau membeli sekuriti pelaburan dalam
pasaran kewangan.
2.5.3 Pasaran Kewangan Islam
Pasaran kewangan Islam merujuk kepada suatu tempat yang menyediakan
mekanisme untuk tujuan pertemuan dan penyaluran dana antara dua unit iaitu
unit kurangan dan unit lebihan.
Dalam menghubungkan dua unit ini, pasaran memerlukan alat kewangan atau
dikenali sebagai instrumen kewangan manakala untuk memperniagakan
instrumen-instrumen kewangan ini, pasaran kewangan memerlukan institusi
sebagai penyedia dan pencipta instrumen demi melaksanakan fungsi sistem
kewangan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM  45
Oleh itu, bolehlah kita katakan pasaran kewangan Islam merangkumi tiga jenis
yang utama iaitu pasaran wang, pasaran modal dan pasaran derivatif.
(a) Pasaran Wang
Pasaran wang Islam merujuk kepada pasaran bagi pembelian dan
penjualan sekuriti hutang jangka pendek berasaskan prinsip-prinsip
Syariah seperti sijil pelaburan mudharabah dan lain-lain. Di Malaysia,
terdapat satu lagi pasaran yang sinonim dengan pasaran wang iaitu
pasaran wang antara bank secara Islam (Islamic Interbank Money Market
atau IIMM). Ianya ditubuhkan pada 3 Januari 1994, bertujuan untuk
melicinkan lagi fungsi sistem perbankan Islam seperti menyediakan
kemudahan penyelarasan portfolio jangka pendek dan menjadi saluran
bagi pelaksanaan dasar kewangan Negara.
(b) Pasaran Modal
Pasaran modal merupakan pasaran bagi penjualan dan pembelian sekuriti
jangka panjang sama ada berbentuk hutang mahupun berbentuk ekuiti.
Contoh instrumen pasaran modal berbentuk hutang adalah bon Islam atau
sukuk. Manakala bagi instrumen berbentuk ekuiti adalah sekuriti patuh
Syariah yang diniagakan di Bursa Malaysia.
Pasaran modal Islam terbahagi kepada dua iaitu:
(i) Pasaran Utama (Primer), seperti sekuriti kerajaan secara Islam dan
sekuriti korporat secara Islam; dan
(ii) Pasaran Kedua (Sekunder), seperti nota kerajaan secara Islam dan
sekuriti hutang secara Islam yang diniagakan.
Pasaran modal meliputi dua jenis iaitu pasaran sekuriti kerajaan yang
menawarkan instrumen pelaburan secara Islam seperti Sijil Pelaburan
Kerajaan dan Bon Simpanan Malaysia berlandaskan konsep al-qard hasan
dan lain-lain. Yang kedua adalah pasaran sekuriti korporat secara Islam
yang menawarkan sekuriti hutang seperti IPDS dan sukuk. Ia juga
menawarkan sekuriti ekuiti seperti saham amanah Islam dan senarai
sekuriti patut Syariah.
Pasaran utama merupakan satu bentuk pasaran kewangan yang melibatkan
pengeluaran sekuriti baru atau buat pertama kali. Ia melalui pengeluaran
bon adta saham yang dijual kepada pelabur selara dengan maksud bagi
meningkatkan modal kerja sesebuah syarikat. Pasaran kedua pula ialah
pasaran kewangan yang melaksanakan urus niaga sekuriti yang telah pun
berada dalam pasaran. Fungsi utama pasaran ini ialah untuk memudahkan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
 TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM46
instrumen kewangan yang dipegang pelabur dijual untuk mendapatkan
tunai. Pemegang bon yang tempoh matangnya setahun contohnya, boleh
menjual sekuritinya dalam pasaran kedua untuk mendapatkan tunai
dengan lebih awal. Instrumen ekuiti yang tidak mempunyai tempoh
matang, boleh dicairkan dengan menjualnya di pasaran yang keduanya
iaitu di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
Berasaskan tempoh matang, pasaran modal Islam juga boleh
diklasifikasikan kepada dua iaitu pasaran ekuiti dan pasaran hutang.
Pasaran ekuiti merupakan pembelian saham-saham syarikat dan pemilikan
saham bermakna seseorang itu memiliki syarikat tersebut. Ia juga
dinamakan sebagai pasaran saham. Ekuiti tidak mempunyai tempoh
matang. Para pembeli saham akan menerima dividen tahunan yang
dibahagi-bahagikan berasaskan prestasi syarikat dan keputusan lembaga
pengarah syarikat tersebut.
Di Malaysia, pasaran ekuiti diletakkan di bawah kawalan Suruhanjaya
Securities (Securities Comission atau SC). SC telah menubuhkan Majlis
Penasihat Syariahnya (MPS) untuk menjalankan analisis terhadap pasaran
modal Islam ini.
Manakala bagi pasaran hutang pula, ianya adalah berkait dengan
pengeluaran instrumen ekuiti seperti bon (sukuk) di mana pihak peminjam
akan membuat perjanjian untuk membayar sementara kaedah ekuiti pula
ialah sesebuah syarikat akan mengeluarkan syer biasa yang merupakan
daripada pendapatan bersih atau aset sesebuah syarikat. Ia meliputi
kontrak pertukaran seperti kontrak murabahah, ijarah, wakalah, bayÊ dayn,
bayÊ bithaman ajil dan sebagainya. Sebagai contohnya di bawah kontrak
bayÊ bithaman ajil, pelanggan bank boleh membeli barangan yang
dikehendaki melalui bank dengan bayaran tertangguh sehingga tempoh
yang tertentu mengikut perjanjian kontrak. Antara contoh produk di
bawah pembiayaan hutang termasuklah bon, sijil penerimaan bank dan sijil
deposit boleh niaga.
(c) Pasaran Derivatif
Pasaran derivatif berperanan dalam mengurus aktiviti jual beli instrumen
yang berbentuk sekuriti kewangan ataupun komoditi, bercirikan
penyerahan sekuriti tersebut dilakukan pada masa akan datang. Pasaran ini
merangkumi pasaran segera, pasaran hadapan dan pasaran opsyen. Di sini,
pasaran segera merujuk kepada pasaran yang melibatkan urus niaga
instrumen untuk penyerahan segera. Pasaran opsyen pula melibatkan urus
niaga instrumen pasaran wang dan pasaran modal dengan tujuan memberi
peluang kepada pelabur untuk mengurangkan risiko melalui lindungan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM  47
nilai (hedging). Opsyen juga memberi peluang kepada pelabur untuk
membuat pilihan sama ada untuk meneruskan urus niaga atau
membatalkannya dalam tempoh yang tertentu pada harga yang
dipersetujui (strike price).
(d) Pasaran Segera (Spot Market) Pasaran Hadapan dan Opsyen
Berikut adalah penerangan bagi setiap satu:
(i) Pasaran Segera
Pasaran Segera (Spot Market) bermakna urus niaga dijalankan
sehingga paling lewat hari kedua perniagaan dalam sesuatu urus
niaga kontrak dimeterai, Ia merupakan satu bentuk urus niaga di
mana penyerahan segera (immediate delivery) dilakukan.
(ii) Pasaran Hadapan
Pasaran hadapan adalah satu bentuk urus niaga yang dibuat pada
masa hadapan di mana tarikh penyelesaian urus niaga dibuat pada
satu tarikh tertentu di masa hadapan. Ia melibatkan dua perkara iaitu
tarikh nilai iaitu tarikh penyerahan dan kadar hadapan adalah satu
kadar dipersetujui berasaskan kepada tarikh nilai penyelesaian urus
niaga. Ia bertujuan memperkembangkan dan saling lengkap
melengkapi aktiviti pemasaran dan fungsi lindung nilai komoditi bagi
memenuhi keperluan negara sebagai pengeluar terpenting komoditi
utama iaitu getah, minyak sawit mentah, koko dan timah.
Misalnya, Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (CPO)
adalah instrumen niaga hadapan komoditi yang selari dengan
kehendak Syariah. Kontrak ini didefinisikan sebagai suatu perjanjian
urus niaga bursa (exchange traded agreement) untuk membeli dan
menjual komoditi minyak sawit mentah yang terdapat di pasaran
sebenar (pasaran tunai) dalam suatu kuantiti yang standard, pada
tarikh masa hadapan dan tempat penghantaran yang ditetapkan.
(iii) Opsyen
Opsyen merupakan instrumen kewangan konvensional yang mula
diperkenalkan pada tahun 1992. Opsyen adalah salah satu daripada
alat derivatif yang memberikan hak, bukan obligasi, kepada
pemegangnya untuk membeli atau menjual sejumlah sekuriti atau
aset tertentu pada harga tertentu pada masa depan. Hak itu boleh
dilaksanakan atau dilepaskan begitu sahaja, pada tarikh kontrak.
Dengan opsyen, pembeli sekuriti itu dapat memperoleh keuntungan
daripada manfaat kenaikan harga dan dapat mengelakkan daripada
kerugian yang banyak jika harga turun.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
 TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM48
Terdapat tiga jenis opsyen yang terpenting dalam pasaran saham iaitu
opsyen panggilan, opsyen put dan opsyen indeks. Opsyen panggilan
(option calls), ialah kontrak yang memberikan hak kepada pemilik
calls, untuk membeli stok pada suatu harga yang tetap dan dalam
satu tempoh masa yang spesifik. Opsyen ini melibatkan satu bayaran
awal di mana sebahagian daripada harga telah dibayar terdahulu
sebelum keputusan muktamad untuk membeli atau tidak membeli
saham dibuat. Jika pemegang opsyen itu membeli, bayaran yang telah
dibuat itu akan disimpan oleh penjual. Opsyen dalam konteks ini
hanya untuk pembeli, manakala penjual wajib menunaikan
obligasinya.
 Sistem kewangan adalah sebahagian daripada aktiviti yang terdapat dalam
sistem ekonomi. Sistem kewangan melibatkan pengurusan dana di antara si
penghutang dan si pemiutang.
 Fungsi sistem kewangan adalah berkait rapat dengan urusan pinjaman dan
pelaburan. Ianya menemukan unit lebihan dan unit kurangan dalam suatu
pasaran yang tertentu.
 Struktur sistem kewangan adalah mencakupi tiga komponen utama
sebagaimana yang terdapat dalam sistem kewangan konvensional iaitu
instrumen kewangan (financial instruments), institusi kewangan (financial
institutions) dan pasaran kewangan(financial markets).
 Sistem kewangan Islam adalah merujuk kepada semua aktiviti yang
berkaitan dengan pengurusan harta (tasarruf maliyyah) dalam sektor
ekonomi.
 Sistem ekonomi Islam adalah berlandaskan kepada al-QurÊan dan al-Sunnah.
Ianya merupakan himpunan kaedah-kaedah dan hukum-hukum syarak yang
menerangkan cara-cara pembahagian kekayaan, memiliki dan mengurus
kekayaan serta menyusun hubungan ekonomi di antara individu Muslim
sesama mereka, dengan Kerajaan dan masyarakat.
 Struktur sistem kewangan Islam adalah mencakupi tiga komponen utama
sebagaimana yang terdapat di dalam sistem kewangan konvensional iaitu
instrumen kewangan Islam (Islamic financial instruments), institusi
kewangan secara Islam (Islamic financial institutions) dan pasaran kewangan
Islam (Islamic financial markets).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM  49
Fungsi sistem kewangan
Institusi kewangan
Instrumen kewangan
Opsyen
Pasaran derivatif
Pasaran ekuiti
Pasaran hadapan
Pasaran hutang
Pasaran kewangan
Pasaran modal
Pasaran segera
Pasaran wang
Sistem ekonomi Islam
Sistem ekonomi konvensional
Sistem kewangan Islam
Sistem kewangan konvensional
Ab. Mumin Ab. Ghani & Fadillah Mansor (eds). (2006). Dinamisme kewangan
Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Ab. Mumin Ab. Ghani. (1999). Sistem kewangan Islam dan pelaksanaannya di
Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Afzal-Ur-Rahman terjemahan Zaharah Salleh. (1994). Doktrin ekonomi Islam.
Jil.3, Cet. 2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al-Jarhi, Muid `Ali. (1981). Nahw Nizam Naqdi wa Mali Islami al-Haykal wa
al-Tatbiq. Kaherah: al-Ittihad al-Dawli lil Bunuk al-Islamiyyah.
`Inayah, Ghazi. (1991). al-Usul al-`Ammah lil-Iqtisad al-Islami. Beirut: Dar al-Jil.
Mohd Daud Bakar. (2002). „Developing modern Islamic financial system via
ijtihad, an overview. http://www.cert.com.my, I Jun 2002.
M.`Umar Chapra. (1992). „Objectives of Islamic economic order‰. Sheikh Ghazali
Sheikh Abod et. al (eds), An Introduction to Islamic Finance. Kuala
Lumpur: Quill Publishers.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
 TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM50
Nor Mohamed Yakcop. (1996). Teori, amalan dan prospek sistem kewangan
Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors
Sdn. Bhd.
Othman Yong. (1993). Pasaran dan institusi kewangan di Malaysia, teori dan
amalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

More Related Content

What's hot (20)

Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.
 
Al ijarah
Al ijarahAl ijarah
Al ijarah
 
Jual beli
Jual beliJual beli
Jual beli
 
Musaqah
MusaqahMusaqah
Musaqah
 
al-ijarah thumma al-bay (AITAB)
al-ijarah thumma al-bay (AITAB)al-ijarah thumma al-bay (AITAB)
al-ijarah thumma al-bay (AITAB)
 
Penggunaan Menurut Ekonomi Islam
Penggunaan Menurut Ekonomi IslamPenggunaan Menurut Ekonomi Islam
Penggunaan Menurut Ekonomi Islam
 
Jual Beli - Khiyar
Jual Beli - KhiyarJual Beli - Khiyar
Jual Beli - Khiyar
 
Al-Kafalah
Al-KafalahAl-Kafalah
Al-Kafalah
 
Bai Al- Tawarruq
Bai Al- TawarruqBai Al- Tawarruq
Bai Al- Tawarruq
 
Ijmak
IjmakIjmak
Ijmak
 
TITAS : Kemudaratan Riba'
TITAS : Kemudaratan Riba'TITAS : Kemudaratan Riba'
TITAS : Kemudaratan Riba'
 
Hudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirHudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzir
 
Kaedah fiqh
Kaedah fiqhKaedah fiqh
Kaedah fiqh
 
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
 
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumالعادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
 
Gadaian (Al-Rahn)
Gadaian (Al-Rahn)Gadaian (Al-Rahn)
Gadaian (Al-Rahn)
 
Fiqh Muamalat
Fiqh MuamalatFiqh Muamalat
Fiqh Muamalat
 
Riba
RibaRiba
Riba
 
MUDHARABAH DALAM SISTEM PERBANKAN ISLAM
MUDHARABAH DALAM SISTEM PERBANKAN ISLAMMUDHARABAH DALAM SISTEM PERBANKAN ISLAM
MUDHARABAH DALAM SISTEM PERBANKAN ISLAM
 
Slide sadd al dzar'i
Slide sadd al dzar'iSlide sadd al dzar'i
Slide sadd al dzar'i
 

Similar to Absw3103 topik 2

Sistem Ekonomi Islam 2009
Sistem Ekonomi Islam 2009Sistem Ekonomi Islam 2009
Sistem Ekonomi Islam 2009Mr. H
 
PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
PENTADBIRAN AWAM KORPORATPENTADBIRAN AWAM KORPORAT
PENTADBIRAN AWAM KORPORATCt Hussen
 
1a myz presentasi metodologi penelitian (filsafat, hakikat, dan metode ilmiah)
1a myz presentasi metodologi penelitian (filsafat, hakikat, dan metode ilmiah)1a myz presentasi metodologi penelitian (filsafat, hakikat, dan metode ilmiah)
1a myz presentasi metodologi penelitian (filsafat, hakikat, dan metode ilmiah)rega11ians
 
Konteks Ekonomi dan Hubungan Etnik
Konteks Ekonomi dan Hubungan EtnikKonteks Ekonomi dan Hubungan Etnik
Konteks Ekonomi dan Hubungan EtnikErica Leenya
 
Nota ringkas prinsip ekonomi (KV)
Nota ringkas prinsip ekonomi (KV)Nota ringkas prinsip ekonomi (KV)
Nota ringkas prinsip ekonomi (KV)Kamizatul Liyana
 
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysiaHalif Md Saleh
 
13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia
13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia
13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysiaAng Xiao Yean
 
Pngurusan islam
Pngurusan islamPngurusan islam
Pngurusan islamNur Fahana
 
Topik 1 - Pengenalan kepada Asas Kewangan dan Institusi Kewangan.pptx
Topik 1 - Pengenalan kepada Asas Kewangan dan Institusi Kewangan.pptxTopik 1 - Pengenalan kepada Asas Kewangan dan Institusi Kewangan.pptx
Topik 1 - Pengenalan kepada Asas Kewangan dan Institusi Kewangan.pptxNoorSiti3
 
Dasar Awam 1
Dasar Awam 1Dasar Awam 1
Dasar Awam 1aimm reka
 
Ucapan Penuh Budget 2015 Najib Razak
Ucapan Penuh Budget 2015 Najib RazakUcapan Penuh Budget 2015 Najib Razak
Ucapan Penuh Budget 2015 Najib RazakHootoh Tudia
 
Integrasi ekonomi dan perpaduan kebangsaan
Integrasi  ekonomi dan perpaduan kebangsaanIntegrasi  ekonomi dan perpaduan kebangsaan
Integrasi ekonomi dan perpaduan kebangsaanfiro HAR
 
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikJANGAN TENGOK
 

Similar to Absw3103 topik 2 (20)

Sistem Ekonomi Islam 2009
Sistem Ekonomi Islam 2009Sistem Ekonomi Islam 2009
Sistem Ekonomi Islam 2009
 
PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
PENTADBIRAN AWAM KORPORATPENTADBIRAN AWAM KORPORAT
PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
 
Sistem ekonomi islam
Sistem ekonomi islamSistem ekonomi islam
Sistem ekonomi islam
 
1a myz presentasi metodologi penelitian (filsafat, hakikat, dan metode ilmiah)
1a myz presentasi metodologi penelitian (filsafat, hakikat, dan metode ilmiah)1a myz presentasi metodologi penelitian (filsafat, hakikat, dan metode ilmiah)
1a myz presentasi metodologi penelitian (filsafat, hakikat, dan metode ilmiah)
 
11 Ekon Mja
11 Ekon Mja11 Ekon Mja
11 Ekon Mja
 
Sistem muamalah islam
Sistem muamalah islamSistem muamalah islam
Sistem muamalah islam
 
Konteks Ekonomi dan Hubungan Etnik
Konteks Ekonomi dan Hubungan EtnikKonteks Ekonomi dan Hubungan Etnik
Konteks Ekonomi dan Hubungan Etnik
 
Assigment bab 3 teori kajian sosial
Assigment bab 3 teori kajian sosialAssigment bab 3 teori kajian sosial
Assigment bab 3 teori kajian sosial
 
Nota ringkas prinsip ekonomi (KV)
Nota ringkas prinsip ekonomi (KV)Nota ringkas prinsip ekonomi (KV)
Nota ringkas prinsip ekonomi (KV)
 
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
 
13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia
13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia
13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia
 
Pngurusan islam
Pngurusan islamPngurusan islam
Pngurusan islam
 
Topik 1 - Pengenalan kepada Asas Kewangan dan Institusi Kewangan.pptx
Topik 1 - Pengenalan kepada Asas Kewangan dan Institusi Kewangan.pptxTopik 1 - Pengenalan kepada Asas Kewangan dan Institusi Kewangan.pptx
Topik 1 - Pengenalan kepada Asas Kewangan dan Institusi Kewangan.pptx
 
Dasar Awam 1
Dasar Awam 1Dasar Awam 1
Dasar Awam 1
 
Dasar awam 1
Dasar awam 1Dasar awam 1
Dasar awam 1
 
Dasar awam 1
Dasar awam 1Dasar awam 1
Dasar awam 1
 
Ucapan Penuh Budget 2015 Najib Razak
Ucapan Penuh Budget 2015 Najib RazakUcapan Penuh Budget 2015 Najib Razak
Ucapan Penuh Budget 2015 Najib Razak
 
ASAS EKONOMI UAE1112
ASAS EKONOMI UAE1112ASAS EKONOMI UAE1112
ASAS EKONOMI UAE1112
 
Integrasi ekonomi dan perpaduan kebangsaan
Integrasi  ekonomi dan perpaduan kebangsaanIntegrasi  ekonomi dan perpaduan kebangsaan
Integrasi ekonomi dan perpaduan kebangsaan
 
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
 

Recently uploaded

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 

Recently uploaded (8)

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 

Absw3103 topik 2

  • 1.  PENGENALAN Di dalam topik ini, kita akan mempelajari sistem ekonomi yang terdapat di dunia pada masa sekarang dan mengaitkannya dengan sistem kewangan. Untuk itu, kita akan cuba mengenal pasti komponen-komponen dan prinsip-prinsip utama yang membentuk sistem kewangan Islam. Di samping itu, kita akan mempelajari secara lebih mendalam mengenai hubung kait antara sistem ekonomi Islam dan sistem kewangan Islam. Akhirnya kita akan melihat perbezaan struktur utama yang membentuk sistem kewangan Islam dan sistem kewangan konvensional. Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan sistem ekonomi yang diamalkan pada masa sekarang termasuk sistem ekonomi Islam; 2. Mengenal pasti komponen-komponen dan prinsip-prinsip utama yang membentuk sistem kewangan Islam; 3. Mengaitkan sistem ekonomi Islam dengan sistem kewangan Islam; dan 4. Membezakan struktur asas yang membentuk sistem kewangan Islam dan sistem kewangan konvensional. HASIL PEMBELAJARAN TTooppiikk 22  Konsep Sistem Kewangan Islam Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
  • 2.  TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM26 SISTEM EKONOMI DAN SISTEM KEWANGAN Melihat dari perspektif Islam mahu pun konvensional, sistem ekonomi dan sistem kewangan adalah saling berkait. Ini kerana sistem kewangan adalah sebahagian daripada aktiviti yang terdapat dalam sistem ekonomi. Sistem kewangan melibatkan pengurusan dana di antara si penghutang dan si pemiutang. Ia terdiri daripada satu set pasaran, individu dan organisasi yang melakukan perniagaan dalam sesuatu sistem pasaran dan pengguna akhir dalam sistem pasaran tersebut adalah orang ramai dan firma-firma atau individu yang ingin membuat pinjaman dan memberi hutang. Secara langsung, ini menunjukkan sistem kewangan merupakan sebahagian daripada sistem ekonomi yang berperanan dalam mengurus aktiviti-aktiviti ekonomi yang berkaitan dengan kewangan khususnya untuk menemukan unit lebihan dan unit kurangan. 2.1.1 Sistem Ekonomi Konvensional Ekonomi berasal dari perkataan Greek, iaitu Oikonomos yang bermaksud urusan rumahtangga. Para ahli ekonomi ini mentafsirkan bahawa sumber-sumber yang tersedia seperti tanah, tenaga pekerja (buruh) dan peralatan misalnya tidak pernah mencukupi biarpun sumber itu banyak dan sempurna serta telahpun digunakan untuk menghasilkan berbagai keperluan. Seterusnya, fungsi asas sebuah ekonomi dari perspektif Barat ialah untuk menguruskan sumber atau faktor pengeluaran yang terhad iaitu tanah, modal dan buruh bagi mengeluarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang Definisi ekonomi mengikut pandangan ahli ekonomi Barat ialah satu kaedah atau sistem bagaimana masyarakat menggunakan punca-punca pengeluaran yang terhad bagi mengeluarkan barangan dan mengagihkan kepada pengguna. 2.1 1. Berdasarkan apa yang kamu tahu, terangkan sistem-sistem ekonomi yang terdapat di dunia dan masih dipraktikkan sehingga sekarang. 2. Adakah sistem ekonomi dan sistem kewangan di Malaysia berasaskan Islam? Bentukkan kumpulan dan bincangkan pandangan anda. AKTIVITI 2.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
  • 3. TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM  27 diperlukan pengguna secara menyeluruh dan untuk memenuhi kehendak mereka yang tidak terhad. Oleh kerana pengeluaran barangan dan perkhidmatan ini dibatasi oleh faktor atau sumber pengeluaran yang terhad demi mencapai kehendak pengguna yang tidak terhad serta tidak terbatas, ianya memerlukan usaha-usaha pengenalpastian segala punca dan perancangan yang sistematik dan tersusun bagi mengatasi masalah- masalah yang berkaitan dengan kelemahan asas-asas yang wujud secara semula jadi dalam sistem ekonomi. Masalah-masalah asas ini difokuskan kepada tiga peringkat iaitu: (a) Apa? Apa jenis barangan dan perkhidmatan yang perlu dikeluarkan dan jumlah pengeluaran barangan dan perkhidmatan tersebut. (b) Bagaimana? Bagaimana kaedah dan teknik yang sesuai untuk digunakan bagi mengeluarkan barangan dan perkhidmatan tersebut. (c) Siapa? Siapa kumpulan sasaran bagi setiap barangan dan perkhidmatan tersebut. Bagi penyelesaian kepada segala masalah yang wujud ini, maka perlunya kepada satu sistem yang lengkap, jelas dan berkesan bagi memastikan ianya diatasi dengan kaedah yang sesuai dan sepatutnya dengan secekap mungkin. Hanya satu sistem yang mampu memberi penyelesaian sebagaimana dikehendaki iaitu sistem ekonomi yang komprehensif dalam sesebuah negara lengkap dengan jalinan penglibatan sepenuhnya elemen masyarakat sebagai isi rumah, organisasi dan institusi swasta dan akhirnya institusi kerajaan. Ini akan memastikan peranan kerajaan dapat dipermudahkan apabila tiga unit tersebut saling melengkapi dalam memastikan setiap matlamat dan objektif yang telah ditetapkan akan dicapai. Dengan itu, dalam konteks konvensional, sistem ekonomi dibina berasaskan pemahaman terhadap falsafah serta teori-teori ekonomi yang meliputi prinsip- prinsip dan kaedah-kaedah ekonomi yang digunakan bagi menyelesaikan masalah ekonomi masyarakat. Ini bertepatan dengan sebahagian pandangan ahli ekonomi Barat, seperti Ruenez, yang berpendapat sistem ekonomi perlulah mengandungi elemen-elemen berikut: Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
  • 4.  TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM28 (a) Tujuan dan keperluannya tidak terbatas kerana ia tidak dapat memberi kepuasan kepada kita. Apabila tujuan dan keperluan itu terbatas, maka tidak akan ada masalah ekonomi kerana kita semua mendapat kepuasan daripadanya. (b) Saranan-saranan untuk memuaskan kehendak dan keperluan ini terbatas. Kalau tidak terbatas bererti tidak akan ada masalah ekonomi. (c) Saranan-saranan untuk kepuasan kehendak manusia yang terbatas itu digunakan untuk memenuhi pelbagai keperluan. Sekiranya untuk satu kegunaan sahaja maka tidak akan ada alternatif dalam erti kata sebenarnya dan seterusnya tidak akan ada masalah ekonomi. Selain itu, pakar ekonomi barat turut menghurai dan merumuskan tentang ekonomi dalam skop yang lebih luas dan mantap sebagaimana berikut: (a) Ekonomi adalah berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengeluaran dan pertukaran barangan. (b) Ekonomi ialah membuat analisa tentang pergerakan ekonomi keseluruhannya, iaitu arah aliran harga, pengeluaran dan pengangguran serta lain-lain. Apabila fenomena ini difahami, ia dapat menolong memajukan polisi-polisi dan dasar yang membantu kerajaan dalam meningkatkan lagi prestasi ekonomi sesebuah negara. (c) Ekonomi ialah satu sains pilihan. Ia mengkaji bagaimana manusia memilih untuk menggunakan punca atau sumber pengeluaran yang terhad (tanah, buruh, modal, peralatan dan pengetahuan teknologi misalnya) bagi mengeluarkan pelbagai komoditi atau barangan dan mengagihkannya kepada masyarakat untuk kegunaan mereka. (d) Ekonomi juga ialah kajian tentang perdagangan di kalangan negara-negara di dunia. Ia membantu menjelaskan kenapa negara-negara mengeksport sesetengah barangan dan mengimport sesetengah lagi barangan. Ia juga berkenaan dengan analisa terhadap kesan-kesan sekatan ekonomi dalam perdagangan. (e) Ekonomi ialah kajian mengenai wang, perbankan, modal dan kekayaan. Dengan bertambahnya peranan yang dimainkan oleh ekonomi dalam kehidupan manusia, ekonomi telah membentuk beberapa ÂmazhabÊ atau sistem, hasil daripada buah fikiran manusia yang relatifnya berbeza antara satu sama lain. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
  • 5. TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM  29 Sekiranya kita membincangkan sistem ekonomi konvensional dari aspek jenis, ianya boleh diklasifikasikan kepada dua sistem seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.1. Rajah 2.1: Sistem ekonomi konvensional (a) Sistem Ekonomi Kapitalisme Ekonomi kapitalisme adalah berlandaskan kepada prinsip hak milik khusus atau individu. Ia memberikan hak kepada setiap individu untuk memiliki apa sahaja sesuka hatinya tanpa sebarang batasan. Falsafah serta matlamatnya ialah kebahagiaan, kemerdekaan dan kebebasan individu. Ia merupakan terjemahan daripada matlamat yang mempunyai niat atau cita- cita politik dan ekonomi yang tertentu. Ia bertunjangkan kepada hak milik individu dalam setiap fungsi dan aktiviti ekonomi. Dari segi sejarahnya, kebangkitan sistem kapitalisme adalah akibat daripada rasa tidak puas hati dengan sistem pemerintahan gereja sebelumnya iaitu pada awal abad 600M di mana segala urusan keagamaan atau pemerintahan negara serta perniagaan diuruskan serta dikawal sepenuhnya oleh pihak gereja. Pembolotan kuasa pemerintah dikuasai oleh kuasa gereja Monolithic dan pihak gereja Roman Katolik. Rasa tidak puas hati terhadap gereja bermula apabila telah berlakunya penyalahgunaan kuasa sepanjang tahun 1200-1500M diikuti dengan reformasi golongan Protestant pada 1500-1550M. Menjelang 1550-1775M, idea sistem ekonomi kapitalis mula berkembang pesat dan mempunyai ramai pengikutnya. Sistem ini bukan sahaja telah melakukan perubahan dari segi bentuk pelaksanaan, operasi serta hubungan ekonomi, malah juga dalam pengagihan sumber-sumber ekonomi. Barangan seperti tanah dan buruh boleh dijual beli secara bebas di pasaran dan sistem perniagaan yang berasaskan kontrak mula dibenarkan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
  • 6.  TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM30 Seterusnya, sistem kapitalisme berasaskan pasaran bebas mula menuju kemuncak kegemilangannya pada 1775-1875M. Ia diasaskan dan dikembangkan oleh seorang ideologis pasaran bebas Barat yang terkenal iaitu Adam Smith di mana beliau mula mengembangkan ideanya dalam bukunya yang terkenal iaitu ÂThe Wealth of NationsÊ(1776). Pada tahun 1875, pasaran bebas kapitalis telah menuju ke kemuncaknya, iaitu di sekitar penghujung tahun 1875, kapitalis persaingan telah mula beralih kepada pasaran bebas yang berbentuk monopoli. Kesan buruk daripada sistem ini mula dikesan menjelang tahun 1929. Ini berikutan daripada sistem ekonomi yang telah dikawal dan berpusat hanya kepada para peniaga atau pemodal yang mempunyai modal yang banyak dan besar sahaja. Pada masa yang sama, sistem ekonomi kapitalis dikembangkan lagi dengan wujudnya konsep ÂEconomic ManÊ. Konsep ini dianggap sebagai pelaku penting dalam mendokong paradigma dan perubahan yang perlu dalam ekonomi pasaran bebas (perfect market economy). Asas perlakuan manusia ekonomi mengikut konsep ini adalah individualisme utilitarian di bawah naungan falsafah laissez-faire. Pada asasnya, kapitalisme mengarah kepada pembentukan pemikiran bertunjangkan kebebasan mutlak untuk menjalankan aktiviti mencari dan memiliki kekayaan melalui persaingan dalam pasaran. Individu diberi kebebasan penuh untuk memiliki faktor-faktor serta sumber pengeluaran tanpa sebarang had serta batasan. Aktiviti ekonominya hanya menjurus kepada motif keuntungan lumayan semata-mata, tanpa mengira hal kebajikan serta nilai sosial dalam masyarakat. Mekanisme riba atau kadar bunga merupakan unsur yang berleluasa dan menjadi amalan oleh golongan pemodal untuk meraih keuntungan yang sentiasa bercorak menindas. Akibat persaingan yang sengit, pasaran selalunya dimonopoli oleh golongan yang mempunyai modal yang besar dan rangkaian perniagaan yang luas. Ia memberi kesan kepada golongan bawahan seperti pekerja dan buruh di mana golongan ini dipergunakan serta ditindas oleh golongan pemodal bagi mendapatkan keuntungan yang lumayan. Jelas, sistem ini membawa kepada ketidakharmonian serta ketidaksejahteraan sosial dalam pola masyarakat yang telah mengamalkannya. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
  • 7. TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM  31 (b) Sistem Ekonomi Sosialis Ia mula diperkenalkan oleh Karl Marx di antara 1818 dan 1883 dalam bukunya ÊDas KapitalÊ. Sistem ini membawa bersama kritikan kepada sistem ekonomi kapitalis yang dikatakan telah gagal mewujudkan sistem ekonomi yang stabil. Karl Marx menyarankan sistem ekonomi yang sama rata untuk semua lapisan masyarakat. Ia bertujuan untuk membentuk satu sistem yang tidak membezakan martabat antara golongan kaya dan miskin. Idea asalnya adalah kawalan secara berpusat di mana harta dianggap sebagai milik bersama dan perlu dikawal dan diagihkan secara kawalan pusat atau oleh pemerintah. Ia berlandaskan hak milik umum yang digemblengkan sepenuhnya oleh pemerintah atau negara. Melalui sistem ini keuntungan peribadi dimaksudkan untuk kepentingan negara. Semua perancangan pembangunan, strategi ekonomi dan pelaksanaannya ditentukan dan dikawal oleh negara. Ia dikawal secara mutlak oleh pihak pemerintah atau kerajaan dan dilaksanakan secara kawalan sistem berpusat. Ia tidak mengakui hak milik individu dalam pemilikan harta kecuali hal yang dikecualikan dan berlainan dengan dasar umumnya. Kesimpulannya, di dalam lingkungan sistem ekonomi ini, seseorang tidak diizinkan memiliki harta daripada hasil-hasil pembuatan, pertanian, pengeluaran dan sebagainya. Pemilikan adalah milik sepenuhnya negara atau pemerintah. Ia bertujuan untuk menghapuskan pemilikan berleluasa dan secara berlebihan oleh individu dan menggantikannya dengan pemilikan awam. Ia juga bermatlamat menghapuskan sistem kelas dalam masyarakat. Dalam sistem ini, negara merupakan pemilik semua kekayaan dan semua rakyat diberi hak yang sama untuk hidup berasaskan keperluan masing-masing. 2.1.2 Sistem Kewangan Konvensional Sistem kewangan konvensional merujuk kepada sistem kewangan yang sedia ada, yang dilaksanakan berasaskan kadar bunga atau faedah. Sistem kewangan pada asasnya dilihat sebagai satu sistem di mana dana-dana diniagakan antara si penghutang dan si pemiutang. Ia terdiri daripada satu set pasaran, individu dan organisasi yang melakukan perniagaan dalam sistem pasaran tersebut dan pengguna akhir dalam sistem pasaran adalah orang ramai dan firma-firma yang ingin membuat pinjaman dan memberi hutang. Secara langsung, sistem kewangan merupakan sebahagian daripada sistem ekonomi yang berperanan dalam mengurus aktiviti-aktiviti ekonomi yang berkaitan dengan kewangan khususnya dalam menemukan unit lebihan dan unit Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
  • 8.  TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM32 kurangan. Sistem kewangan ini terdiri daripada pasaran-pasaran, instrumen- instrumen, institusi-institusi dan peraturan-peraturan mengenai kelakuan urus niaga yang membantu melancarkan urusan pemindahan dana daripada pembeli kepada penjual dan daripada penyimpan kepada peminjam. Menurut Ab. Mumin (1999), sistem kewangan merupakan instrumen pasaran, institusi, pasaran dan peraturan menangani kelakuan perdagangan yang mempercepatkan laluan dan daripada penjual kepada pembeli dan daripada penyimpan kepada peminjam ia menyediakan perkhidmatan pembayaran menggerakkan tabungan dan peruntukan kredit menghadkan dan meletakkan harga mengumpul dan memperniagakan risiko hasil daripada aktiviti berkaitan. 2.1.3 Fungsi Sistem Kewangan Fungsi sistem kewangan adalah berkait rapat dengan urusan pinjaman dan pelaburan. Ianya menemukan unit lebihan dan unit kurangan dalam suatu pasaran yang tertentu. Sebagai contoh, sistem kewangan merupakan penyedia saluran dana di antara penabung dan peminjam, penyedia alat pertukaran, penyedia bagi mekanisme yang bersifat perkongsian risiko dan penyedia saluran dana bagi bank pusat untuk melaksanakan dasar dan polisi kerajaan. Secara umumnya, menurut Ab. Mumin (1999), sistem kewangan itu memainkan tiga fungsi asas seperti berikut: (a) Sistem kewangan itu mestilah menyediakan pemindahan dana dengan licin dan cekap dari unit lebihan kepada unit kurangan. Pemindahan dana ini berlaku secara langsung melalui pengantara atau institusi kewangan. (b) Ia mestilah mengekalkan kebolehpercayaan yang munasabah ketika menghadapi kejadian-kejadian buruk atau situasi ekonomi yang berbeza. (c) Ia hendaklah mampu disesuaikan dengan segala perubahan keperluan ekonomi akibat daripada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Secara lebih mendalam pula, fungsi sistem kewangan dalam sistem ekonomi dilihat untuk memenuhi perkara-perkara berikut seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.1. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
  • 9. TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM  33 Jadual 2.1: Fungsi Sistem Kewangan dalam Sistem Ekonomi Fungsi Penerangan Fungsi Tabungan Sebagai penyedia tempat atau saluran yang berpotensi bagi mendapat keuntungan dan merupakan penyedia risiko yang rendah bagi orang ramai yang menabung. Fungsi Mudah Tunai Sebagai penyedia alat bagi memperolehi dana dengan menukarkan sekuriti-sekuriti dan lain-lain aset kewangan kepada tunai. Fungsi Pembayaran Sebagai penyedia dari segi cara atau mekanisme bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan. Fungsi Kredit Sebagai penyedia kredit yang berterusan kepada pengusaha- pengusaha, pengguna dan kerajaan untuk membantu perbelanjaan, penggunaan dan pelaburan dalam sesebuah ekonomi. Fungsi Risiko Sebagai penyedia alat bagi melindungi pengusaha, pengguna dan kerajaan dalam menghadapi pelbagai risiko bencana terhadap nyawa, kesihatan, harta benda, pendapatan dan sebagainya. Fungsi Kekayaan Sebagai penyedia alat bagi menyimpan kuasa beli sehingga ke suatu masa yang diperlukan untuk berbelanja terhadap barangan dan perkhidmatan. Fungsi Polisi Sebagai penyedia saluran bagi kerajaan dalam menjalankan polisi- polisinya untuk mencapai objektif dan matlamat negara seperti guna tenaga penuh, inflasi yang rendah, pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan dan menstabilkan kedudukan imbangan pembayaran antarabangsa. STRUKTUR SISTEM KEWANGAN Struktur sistem kewangan adalah mencakupi tiga komponen utama sebagaimana yang terdapat dalam sistem kewangan konvensional iaitu instrumen kewangan (financial instruments), institusi kewangan (financial institutions) dan pasaran kewangan (financial markets). 2.2 1. Nyatakan definisi sistem ekonomi dan sistem kewangan konvensional. 2. Huraikan fungsi sistem kewangan secara terperinci. SEMAK KENDIRI 2.1 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
  • 10.  TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM34 Justeru, kita seharusnya memahami bahawa instrumen kewangan, pasaran kewangan dan institusi kewangan adalah tiga entiti yang perlu wujud dan saling berkait untuk menjalankan operasi mengikut peranannya tersendiri dalam sebuah sistem kewangan. Sebagai contoh, instrumen seperti Bon Korporat dikeluarkan oleh institusi swasta dan diniagakan dalam pasaran modal. 2.2.1 Instrumen Kewangan Ianya merupakan obligasi kewangan bagi si peminjam dana kepada pemilik dana atau pemegang instrumen tersebut. Instrumen ini boleh dibahagikan kepada instrumen pembiayaan yang berbentuk ekuiti dan juga instrumen pembiayaan berbentuk hutang. Instrumen pembiayaan berbentuk ekuiti merujuk kepada saham keutamaan dan saham biasa. Manakala instrumen hutang merujuk kepada bon dan bil perbendaharaan. Antara ciri-ciri utama sesuatu instrumen termasuklah: (a) Ia boleh diniagakan, iaitu kemampuan untuk dipindah milik dengan mudah daripada satu pemilik kepada pemilik yang lain. (b) Ia mestilah mudah tunai iaitu mudah dijual apabila berkehendakkan kepada tunai. (c) Ia mestilah membawa kepada risiko yang minimum. (d) Ia mestilah mudah dinilai dan diletak harga. 2.2.2 Institusi Kewangan Institusi kewangan bertindak sebagai pencipta dan peniaga bagi instrumen kewangan. Ia merupakan peserta yang penting dalam melaksanakan pelbagai fungsi utama dalam sistem dan pasaran kewangan. Institusi kewangan merujuk kepada sesuatu institusi yang berperanan dalam menerbitkan dan menyalurkan urus niaga instrumen-instrumen kewangan di kalangan peserta-peserta pasaran. Instrumen kewangan adalah sesuatu yang dicipta dan dikeluarkan oleh pihak yang memerlukan modal kepada pihak yang memberi modal atau pinjaman sebagai bukti terhadap modal atau pinjaman tersebut. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
  • 11. TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM  35 Fungsi utama institusi kewangan adalah sebagai pengantara kewangan yang bertindak untuk memudahkan proses penyaluran dana tabungan untuk pelaburan bagi unit lebihan dan proses dana pinjaman bagi unit kurangan dalam sesebuah ekonomi. Ia juga bertindak sebagai institusi yang memberi pinjaman kepada pengguna atau membeli sekuriti pelaburan dalam pasaran kewangan. Dengan kata lain, institusi kewangan itu ialah firma kewangan yang aset utamanya adalah produk-produk kewangan dan tuntutan-tuntutan kewangan, seperti saham, bon dan nota pinjaman dan sebagainya. 2.2.3 Pasaran Kewangan Dalam menghubungkan dua unit ini, pasaran memerlukan alat kewangan yang dikenali sebagai instrumen kewangan, manakala untuk memperniagakan instrumen-instrumen kewangan ini, pasaran kewangan memerlukan institusi sebagai penyedia dan pencipta instrumen. Secara ringkasnya, kita boleh mengklasifikasikan pasaran kewangan kepada tiga kategori iaitu pasaran wang, pasaran modal dan pasaran derivatif. Namun begitu, sekiranya kita melihat pasaran kewangan dari sudut ciri-cirinya yang tertentu, seperti tempoh matang, bentuk pembiayaan, tempat urus niaga instrumen dan jenis instrumen dalam pasaran derivatif, kita boleh mengkategorikannya sebagaimana berikut: (a) Pasaran Wang dan Pasaran Modal Berasaskan tempoh matang (b) Pasaran Hutang dan Pasaran Ekuiti Berasaskan kepada bentuk pembiayaan (c) Pasaran Utama (Primary) dan Kedua (Secondary) Berasaskan kepada tempat urus niaga instrumen (d) Pasaran Segera (Spot Market), Pasaran Hadapan dan Opsyen Berasaskan jenis instrumen dalam pasaran derivatif Pasaran kewangan merujuk kepada suatu lokasi atau tempat yang menyediakan mekanisme untuk tujuan pertemuan dan penyaluran dana antara dua unit iaitu unit kurangan dan unit lebihan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
  • 12.  TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM36 Jadual 2.2 menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai kategori-kategori pasaran kewangan. Jadual 2.2: Kategori Pasaran Kewangan Kategori Penerangan Pasaran Wang Ianya merujuk kepada pasaran bagi instrumen atau sekuriti berjangka masa pendek, bertujuan untuk memudahkan kecairan dan mengurangkan risiko. Pasaran Modal Ianya merujuk kepada pasaran bagi instrumen atau sekuriti yang bertempoh jangka masa panjang sama ada instrumen berbentuk hutang ataupun instrument ekuiti. Pasaran Hutang Ia adalah berkait dengan pengeluaran instrumen ekuiti seperti bon (sukuk) di mana pihak peminjam akan membuat perjanjian untuk membayar sementara kaedah ekuiti pula ialah sesebuah syarikat akan mengeluarkan syer biasa yang merupakan daripada pendapatan bersih atau aset sesebuah syarikat. Pasaran Ekuiti Ia merupakan pembelian saham-saham syarikat dan pemilikan saham bermakna seseorang itu memiliki syarikat tersebut. Ia juga dinamakan sebagai pasaran saham. Ekuiti tidak mempunyai tempoh matang. Para pembeli saham akan menerima dividen tahunan yang dibahagi-bahagikan berasaskan prestasi syarikat dan keputusan lembaga pengarah syarikat tersebut. Pasaran Utama Ia merupakan satu bentuk pasaran kewangan yang melibatkan pengeluaran sekuriti baru. Ia melalui pengeluaran bon atau saham yang dijual kepada pelabur selara dengan maksud bagi meningkatkan modal kerja sesebuah syarikat. Pasaran Kedua Ia adalah pasaran kewangan yang melaksanakan urus niaga sekuriti yang telah pun berada dalam pasaran. Fungsi utama pasaran ini ialah untuk memudahkan instrumen kewangan yang dipegang pelabur dijual untuk mendapatkan tunai. Sebagai contoh, pemilik bon boleh menjual sekuritinya dalam pasaran kedua untuk mendapatkan tunai dengan lebih awal sebelum tempoh matang. Instrumen ekuiti yang tidak mempunyai tempoh matang, boleh dicairkan dengan menjualnya di pasaran kedua iaitu di Bursa Malaysia. Pasaran Segera Ia bermakna urus niaga dijalankan sehingga paling lewat hari kedua perniagaan dalam sesuatu urus niaga kontrak dimeterai, Ia merupakan satu bentuk urus niaga di mana penyerahan segera (immediate delivery) dilakukan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
  • 13. TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM  37 Pasaran Hadapan Ia merujuk kepada satu bentuk urus niaga yang dibuat pada masa hadapan di mana tarikh penyelesaian urus niaga dibuat pada satu tarikh tertentu di masa hadapan. Ia melibatkan dua perkara iaitu tarikh nilai iaitu tarikh penyerahan dan kadar hadapan adalah satu kadar dipersetujui berasaskan kepada tarikh nilai penyelesaian urus niaga. Ia bertujuan memperkembangkan dan saling lengkap melengkapi aktiviti pemasaran dan fungsi lindung nilai komoditi utama iaitu getah, minyak sawit mentah, koko dan timah. Contoh, instrumen pasaran niaga hadapan adalah Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (CPO). Opsyen Ia adalah salah satu daripada alat derivatif yang memberikan hak, bukan obligasi, kepada pemegangnya untuk membeli atau menjual sejumlah sekuriti atau aset tertentu pada harga tertentu pada masa depan. Hak itu boleh dilaksanakan atau dilepaskan begitu sahaja, pada tarikh kontrak. Dengan opsyen, pembeli sekuriti itu dapat memperoleh keuntungan daripada manfaat kenaikan harga dan dapat mengelakkan daripada kerugian yang banyak jika harga turun. SISTEM KEWANGAN ISLAM Sebagaimana yang kita telah maklum di dalam tajuk yang lepas, sistem kewangan Islam pada asasnya ialah satu sistem kewangan dalam sebuah sistem ekonomi yang dilaksanakan berdasarkan prinsip dan nilai Islam. Sistem kewangan Islam adalah sebahagian daripada sistem ekonomi Islam yang menguruskan aktiviti-aktiviti ekonomi yang berkaitan dengan kewangan khususnya dalam menemukan unit lebihan dan unit kurangan. Sistem kewangan Islam juga boleh dirujuk kepada semua aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan harta (tasarruf maliyyah) dalam sektor ekonomi. Harta dalam konteks ini secara umumnya merujuk kepada benda atau barangan yang bernilai atau berharga dan kehilangan barang tersebut akan menyebabkan kerugian kepada pemiliknya. Menurut Mohd Daud Bakar (2003), sistem kewangan Islam merujuk kepada sistem kewangan yang berjalan selaras dengan 2.3 1. Jelaskan komponen instrumen, pasaran dan institusi dalam struktur sesebuah sistem kewangan. 2. Apakah peranan pasaran dan institusi dalam sesuatu sistem kewangan. SEMAK KENDIRI 2.2 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
  • 14.  TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM38 undang-undang Islam yang bersumberkan al-QurÊan dan al-Sunnah serta ijtihad para ulama. Ianya berasaskan ciri-ciri tertentu yang membezakannya dengan sistem kewangan konvensional yang sedia ada. Antaranya ia hendaklah bebas dari unsur riba, judi, gharar dan aktiviti yang diharamkan oleh Islam seperti penjualan barangan yang dilarang seperti arak, dadah, khinzir serta bebas daripada sebarang bentuk penindasan. Sistem kewangan Islam (SKI) yang kukuh dan terancang amat penting bagi menjana pembangunan ekonomi sesebuah Negara. Tujuan utama sistem ini ialah untuk memenuhi keperluan umat Islam terhadap satu sistem yang benar-benar menepati lunas-lunas Syariah, sebagai satu sistem kewangan yang komprehensif serta mampu bersaing dengan sistem konvensional yang telah wujud berdekad lamanya. Pihak kerajaan memainkan langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan sistem kewangan Islam berfungsi selaras dengan prinsip-prinsip Syariah yang telah digariskan oleh al-QurÊan dan al-Sunnah dari segi matlamat dan operasinya. Oleh itu, objektif kewujudan sistem kewangan Islam boleh dirumuskan sebagaimana yang berikut: (a) Untuk mengumpul modal yang mencukupi bagi tujuan pengeluaran, penggunaan dan penukaran berdasarkan kepada prinsip-prinsip Syariah. (b) Untuk mengagihkan modal kepada sektor-sektor yang benar-benar memerlukan dan boleh membawa faedah kepada masyarakat dan umat Islam seluruhnya. (c) Untuk menentukan kestabilan harga produk dalam pasaran dengan membuang elemen-elemen yang negatif dan haram seperti riba (kadar bunga) dan gharar. (d) Untuk menentukan keadaan ekonomi yang makmur dan bersih daripada segala jenis kesempitan dharuri di peringkat individu. (e) Untuk mewujudkan prinsip keadilan dan ihsan sesama manusia. SISTEM EKONOMI ISLAM Sistem ekonomi Islam adalah berlandaskan kepada al-QurÊan dan al-Sunnah. Menurut al-Jarhi (1981), ianya meliputi enam perkara iaitu pengharaman riba, kewajipan berzakat, pelaksanaan segala bentuk cukai, pelaksanaan kaedah dan peraturan muamalat, sistem hisbah dan hak milik umum kepada harta galian. Ianya juga dikira sebagai himpunan kaedah-kaedah dan hukum-hukum syarak 2.4 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
  • 15. TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM  39 yang menerangkan cara-cara pembahagian kekayaan, memiliki dan mengurus kekayaan serta menyusun hubungan ekonomi antara individu muslim sesama mereka, dengan Kerajaan dan masyarakat. (`Inayah, 1991). Rajah 2.2 menunjukkan jadual lengkap sistem ekonomi Islam. Rajah 2.2: Jadual lengkap sistem ekonomi Islam Sumber: Adaptasi daripada Ab. Mumin (1999) Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
  • 16.  TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM40 Seterusnya sistem ekonomi Islam ini disimpulkan oleh Ab. Mumin (1999), sebagaimana berikut: (a) Ianya bersifat aliran pemikiran atau mazhab mengenai perlakuan ekonomi yang bersumberkan dan berteraskan al-QurÊan dan al-Sunnah serta ijtihad pakar-pakar ilmu dalam mentafsir dan menyelesaikan masalah ekonomi yang timbul dari masa ke semasa. (b) Ianya merupakan ilmu yang mengkaji segala tingkah laku manusia, sesuai dengan sifatnya sebagai khalifah Allah dalam menyelesaikan masalah- masalah ekonomi berpandukan kepada al-QurÊan dan al-Sunnah bagi mencapat matlamat iaitu keredhaan Allah. Selain itu, faktor-faktor pengeluaran dalam sistem ekonomi Islam boleh dirumuskan kepada dua kategori (Ab. Mumin, 1999): (a) Al-Amal Ianya merujuk kepada segala bentuk usaha dalam semua peringkat pengeluaran dari peringkat bawah hinggalah kepada pengurusan atasan. Sistem ekonomi Islam memberi kebebasan sepenuhnya kepada setiap individu untuk memilih sebarang usaha atau kerja yang sesuai, dalam mana-mana peringkat proses pengeluaran tersebut seterusnya menikmati hasil berbentuk ganjaran dari usaha tersebut. Namun, kebebasan ini tidak mutlak kerana ianya masih tertakluk kepada peraturan dan batasan yang ditetapkan oleh syariah. (b) Al-Mal Ianya merujuk kepada semua bentuk harta sama ada tanah, modal dan lain-lain aset atau peralatan yang digunakan di dalam proses pengeluaran barangan atau perkhidmatan. Sistem ekonomi Islam juga memberi kebebasan kepada setiap individu untuk memperolehi, memiliki dan menggunakan faktor ini dalam proses pengeluaran mengikut kemampuan masing-masing. Sebagaimana al-amal, kebebasan dalam al-mal juga tertakluk kepada peraturan dan hukum berasaskan prinsip Syariah yang telah ditetapkan. Malah, ekonomi Islam sentiasa menekankan tentang sumber yang banyak dan tidak terhad serta faktor pengeluaran kurniaan-Nya yang tersedia, boleh dimiliki serta dijana bagi merancang pembangunan serta pertumbuhan ekonomi yang lebih aktif, efektif dan mampu menangani penyelewengan dan eksploitasi dalam sistem ekonomi sedia ada. Oleh itu, bolehlah kita rumuskan bahawa terdapat beberapa kriteria penting dalam sesebuah sistem ekonomi Islam, iaitu: Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
  • 17. TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM  41 (a) Sistem Ekonomi Islam Membentuk Masyarakat yang Menghormati Kebenaran Kelalaian manusia daripada prinsip kebenaran mengakibatkan timbulnya kekecewaan dan ketidakpuasan hati, bermaharajalela sifat ketidakjujuran, pembohongan, penipuan, pemalsuan dan sentiasa menjauhkan manusia daripada kebenaran yang hakiki. Sekiranya manusia berpegang kepada kejujuran dan prinsip kebenaran, setiap masalah dapat diatasi. Kebenaran membawa ketenangan dan kesejahteraan dan dusta pula menimbulkan penyelewengan dan keraguan serta keruntuhan. (b) Sistem Ekonomi Islam Mempunyai Siasahnya yang Tersendiri yang Tidak Menumpukan kepada Individu Sahaja Sistem ekonomi Islam berdiri dan memberi penekanan serta perhatian kepada kedua-dua kepentingan bersama dan berupaya menyelenggarakan keseimbangan di antara kedua-duanya. Dengan kata lain, Islam mengakui kedua-dua kepentingan selama mana tidak wujud sebarang pertentangan negatif di antara kedua-duanya. Jika terjadi pertentangan di antara individu dengan masyarakat maka Islam akan sentiasa menjamin keutamaan mendahulukan kepentingan masyarakat. Islam dapat memainkan peranan utamanya bagi menjaga kepentingan masyarakat amnya. Ini bermakna lingkungan ekonomi Islam akan mewujudkan satu perancangan pembangunan serta pertumbuhan ekonomi akan menjadi lebih aktif dan berkesan serta jauh daripada penyelewengan dan eksploitasi yang menindas serta lari daripada prinsip keadilan bermasyarakat. Sistem Islam yang mencakupi hubungan erat di antara akidah dan syariatnya dan kosep hubungan duniawi dan ukhrawi inilah yang menjadikan kegiatan ekonomi sebagai salah satu daripada ibadah yang wajib ditunaikan oleh setiap penganutnya. (c) Sistem Ekonomi Islam Mementingkan Prinsip Keadilan Islam memainkan peranan amat penting dalam penyusunan sistem dan pola masyarakat di dalam sesebuah negara. Prinsip ini menepati fitrah manusia bermasyarakat dan ia merupakan asas yang sangat penting kerana tanpa penghayatan prinsip tersebut ia akan membawa kepincangan kepada kejayaan masyarakat tersebut. Kegawatan keadaan ekonomi menggambarkan betapa wujudnya kelemahan dalam sistem ekonomi antarabangsa. Sistem ekonomi Islam menekankan betapa perlunya amalan prinsip dan pendekatan ekonomi yang luhur dan murni dalam semua keadaan semoga apa-apa bentuk cabaran dan tekanan dapat dielak atau seboleh mungkin diminimakan kesannya. Cabaran yang dihadapi menuntut kita terus dan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
  • 18.  TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM42 sentiasa berjiwa besar serta sanggup berjihad bagi mengatasi kelemahan dan membina kekuatan ke arah kemajuan masyarakat yang berterusan. Sistem ekonomi Islam mementingkan kekuatan diri dan masyarakat secara proaktif melalui pembinaan, akhlak, keimanan, keilmuan dan kepakaran. Sistem ini juga berasaskan kepada gagasan nilai luhur kemanusiaan yang berupaya mengatasi kelemahan sistem ekonomi lain yang tidak mengambil berat langsung tentang keluhuran kemanusiaan dan keharmonian masyarakat. Kesimpulannya, kelebihan sistem ekonomi Islam adalah kerana ia merupakan sistem ekonomi ciptaan Allah, berpandukan ajaran Islam yang syumul. Ia mempunyai banyak kelebihan mutlak dan komparatif yang memberi kesejahteraan dan keharmonian kepada pengamalnya sama ada di peringkat isi rumah, sektor swasta mahupun sektor kerajaan. STRUKTUR SISTEM KEWANGAN ISLAM Berasaskan kepada kaedah fiqh yang mengatakan bahawa asal kepada sesuatu itu adalah harus sehingga ada dalil yang mengatakan ianya haram, maka kesimpulan boleh dibuat bahawa struktur sistem kewangan konvensional itu adalah harus selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip fiqh dan selagi ia tidak mengandungi unsur-unsur haram dalamnya seperti elemen riba, gharar dan sebagainya. 2.5 1. Nyatakan definisi dan matlamat sistem ekonomi Islam. 2. Huraikan faktor pengeluaran yang utama dalam sistem ekonomi Islam. 3. Jelaskan kriteria-kriteria penting dalam sesebuah ekonomi Islam. SEMAK KENDIRI 2.3 Sebelum anda meneruskan pembacaan, apa pandangan anda, adakah struktur sistem kewangan Islam adalah sama dengan struktur sistem kewangan konvensional? AKTIVITI 2.2 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
  • 19. TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM  43 Oleh itu struktur sistem kewangan Islam adalah mencakupi tiga komponen utama sebagaimana yang terdapat di dalam sistem kewangan konvensional iaitu instrumen kewangan Islam (Islamic financial instruments), institusi kewangan secara Islam (Islamic financial institutions) dan pasaran kewangan Islam (Islamic financial markets) (sila lihat Rajah 2.3). Rajah 2.3: Struktur sistem kewangan Islam 2.5.1 Instrumen Kewangan Islam Instrumen kewangan adalah sesuatu yang dicipta dan dikeluarkan oleh pihak yang memerlukan modal kepada pihak yang memberi modal atau pinjaman sebagai bukti terhadap modal atau pinjaman tersebut. Ianya merupakan obligasi kewangan bagi si peminjam dana kepada pemilik dana atau pemegang instrumen tersebut. Dalam konteks sistem kewangan Islam di Malaysia, instrumen ini boleh dibahagikan kepada instrumen pembiayaan yang berbentuk ekuiti dan juga instrumen pembiayaan berbentuk hutang. Instrumen pembiayaan berbentuk ekuiti merujuk kepada sekuriti saham patuh Syariah yang diniagakan di Bursa Malaysia. Malaysia telah memajukan instrumen-instrumen pasaran kewangan Islam seiring dengan instrumen-instrumen dalam pasaran kewangan konvensional yang sedia ada, yang bebas daripada unsur riba (bunga) dan dalam masa yang sama dapat menyesuaikan dengan ciri-ciri instrumen konvensional iaitu ianya boleh diniagakan, ianya mestilah mudah tunai, ianya mestilah membawa kepada risiko yang minimum dan ianya mestilah mudah dinilai dan diletak harga. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
  • 20.  TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM44 Antara contoh instrumen kewangan dan perbankan Islam yang telahpun terbukti daya saingnya ialah akaun simpanan dan akaun semasa secara Islam, akaun pelaburan mudharabah, kemudahan overdraf tanpa faedah, pembiayaan perumahan dan kenderaan secara bay` bithaman ajil, bil penerimaan secara Islam, kemudahan pembiayaan kredit eksport secara Islam, bon mudharabah Cagamas, pembiayaan berasaskan bayÊ al-dayn, pajakan secara Islam, kad kredit Islam serta lain-lain lagi. 2.5.2 Institusi Kewangan Islam Institusi kewangan merujuk kepada pengantara kewangan yang berperanan sebagai sebuah institusi yang menerbitkan dan menyalurkan urus niaga instrumen-instrumen kewangan di samping berfungsi untuk memudahkan aliran sumber-sumber antara peserta-peserta pasaran. Ia bertindak sebagai pencipta dan peniaga instrumen kewangan, institusi kewangan merupakan peserta yang penting dalam melaksanakan pelbagai fungsi utama dalam sistem dan pasaran kewangan. Fungsinya yang terpenting sekali ialah bertindak sebagai pengantara kewangan. Pengantara kewangan memudahkan proses penyaluran dana tabungan untuk pelaburan, iaitu proses pertukaran tabungan dari unit lebihan dalam sesebuah ekonomi dengan obligasi kewangan daripada unit kurangan. Dengan kata lain, institusi kewangan ialah firma kewangan yang aset utamanya adalah aset-aset kewangan atau tuntutan-tuntutan, seperti saham, bon dan pinjaman, bukannya aset nyata seperti bangunan, peralatan dan bahan mentah. Ia memberi pinjaman kepada pengguna atau membeli sekuriti pelaburan dalam pasaran kewangan. 2.5.3 Pasaran Kewangan Islam Pasaran kewangan Islam merujuk kepada suatu tempat yang menyediakan mekanisme untuk tujuan pertemuan dan penyaluran dana antara dua unit iaitu unit kurangan dan unit lebihan. Dalam menghubungkan dua unit ini, pasaran memerlukan alat kewangan atau dikenali sebagai instrumen kewangan manakala untuk memperniagakan instrumen-instrumen kewangan ini, pasaran kewangan memerlukan institusi sebagai penyedia dan pencipta instrumen demi melaksanakan fungsi sistem kewangan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
  • 21. TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM  45 Oleh itu, bolehlah kita katakan pasaran kewangan Islam merangkumi tiga jenis yang utama iaitu pasaran wang, pasaran modal dan pasaran derivatif. (a) Pasaran Wang Pasaran wang Islam merujuk kepada pasaran bagi pembelian dan penjualan sekuriti hutang jangka pendek berasaskan prinsip-prinsip Syariah seperti sijil pelaburan mudharabah dan lain-lain. Di Malaysia, terdapat satu lagi pasaran yang sinonim dengan pasaran wang iaitu pasaran wang antara bank secara Islam (Islamic Interbank Money Market atau IIMM). Ianya ditubuhkan pada 3 Januari 1994, bertujuan untuk melicinkan lagi fungsi sistem perbankan Islam seperti menyediakan kemudahan penyelarasan portfolio jangka pendek dan menjadi saluran bagi pelaksanaan dasar kewangan Negara. (b) Pasaran Modal Pasaran modal merupakan pasaran bagi penjualan dan pembelian sekuriti jangka panjang sama ada berbentuk hutang mahupun berbentuk ekuiti. Contoh instrumen pasaran modal berbentuk hutang adalah bon Islam atau sukuk. Manakala bagi instrumen berbentuk ekuiti adalah sekuriti patuh Syariah yang diniagakan di Bursa Malaysia. Pasaran modal Islam terbahagi kepada dua iaitu: (i) Pasaran Utama (Primer), seperti sekuriti kerajaan secara Islam dan sekuriti korporat secara Islam; dan (ii) Pasaran Kedua (Sekunder), seperti nota kerajaan secara Islam dan sekuriti hutang secara Islam yang diniagakan. Pasaran modal meliputi dua jenis iaitu pasaran sekuriti kerajaan yang menawarkan instrumen pelaburan secara Islam seperti Sijil Pelaburan Kerajaan dan Bon Simpanan Malaysia berlandaskan konsep al-qard hasan dan lain-lain. Yang kedua adalah pasaran sekuriti korporat secara Islam yang menawarkan sekuriti hutang seperti IPDS dan sukuk. Ia juga menawarkan sekuriti ekuiti seperti saham amanah Islam dan senarai sekuriti patut Syariah. Pasaran utama merupakan satu bentuk pasaran kewangan yang melibatkan pengeluaran sekuriti baru atau buat pertama kali. Ia melalui pengeluaran bon adta saham yang dijual kepada pelabur selara dengan maksud bagi meningkatkan modal kerja sesebuah syarikat. Pasaran kedua pula ialah pasaran kewangan yang melaksanakan urus niaga sekuriti yang telah pun berada dalam pasaran. Fungsi utama pasaran ini ialah untuk memudahkan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
  • 22.  TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM46 instrumen kewangan yang dipegang pelabur dijual untuk mendapatkan tunai. Pemegang bon yang tempoh matangnya setahun contohnya, boleh menjual sekuritinya dalam pasaran kedua untuk mendapatkan tunai dengan lebih awal. Instrumen ekuiti yang tidak mempunyai tempoh matang, boleh dicairkan dengan menjualnya di pasaran yang keduanya iaitu di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Berasaskan tempoh matang, pasaran modal Islam juga boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu pasaran ekuiti dan pasaran hutang. Pasaran ekuiti merupakan pembelian saham-saham syarikat dan pemilikan saham bermakna seseorang itu memiliki syarikat tersebut. Ia juga dinamakan sebagai pasaran saham. Ekuiti tidak mempunyai tempoh matang. Para pembeli saham akan menerima dividen tahunan yang dibahagi-bahagikan berasaskan prestasi syarikat dan keputusan lembaga pengarah syarikat tersebut. Di Malaysia, pasaran ekuiti diletakkan di bawah kawalan Suruhanjaya Securities (Securities Comission atau SC). SC telah menubuhkan Majlis Penasihat Syariahnya (MPS) untuk menjalankan analisis terhadap pasaran modal Islam ini. Manakala bagi pasaran hutang pula, ianya adalah berkait dengan pengeluaran instrumen ekuiti seperti bon (sukuk) di mana pihak peminjam akan membuat perjanjian untuk membayar sementara kaedah ekuiti pula ialah sesebuah syarikat akan mengeluarkan syer biasa yang merupakan daripada pendapatan bersih atau aset sesebuah syarikat. Ia meliputi kontrak pertukaran seperti kontrak murabahah, ijarah, wakalah, bayÊ dayn, bayÊ bithaman ajil dan sebagainya. Sebagai contohnya di bawah kontrak bayÊ bithaman ajil, pelanggan bank boleh membeli barangan yang dikehendaki melalui bank dengan bayaran tertangguh sehingga tempoh yang tertentu mengikut perjanjian kontrak. Antara contoh produk di bawah pembiayaan hutang termasuklah bon, sijil penerimaan bank dan sijil deposit boleh niaga. (c) Pasaran Derivatif Pasaran derivatif berperanan dalam mengurus aktiviti jual beli instrumen yang berbentuk sekuriti kewangan ataupun komoditi, bercirikan penyerahan sekuriti tersebut dilakukan pada masa akan datang. Pasaran ini merangkumi pasaran segera, pasaran hadapan dan pasaran opsyen. Di sini, pasaran segera merujuk kepada pasaran yang melibatkan urus niaga instrumen untuk penyerahan segera. Pasaran opsyen pula melibatkan urus niaga instrumen pasaran wang dan pasaran modal dengan tujuan memberi peluang kepada pelabur untuk mengurangkan risiko melalui lindungan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
  • 23. TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM  47 nilai (hedging). Opsyen juga memberi peluang kepada pelabur untuk membuat pilihan sama ada untuk meneruskan urus niaga atau membatalkannya dalam tempoh yang tertentu pada harga yang dipersetujui (strike price). (d) Pasaran Segera (Spot Market) Pasaran Hadapan dan Opsyen Berikut adalah penerangan bagi setiap satu: (i) Pasaran Segera Pasaran Segera (Spot Market) bermakna urus niaga dijalankan sehingga paling lewat hari kedua perniagaan dalam sesuatu urus niaga kontrak dimeterai, Ia merupakan satu bentuk urus niaga di mana penyerahan segera (immediate delivery) dilakukan. (ii) Pasaran Hadapan Pasaran hadapan adalah satu bentuk urus niaga yang dibuat pada masa hadapan di mana tarikh penyelesaian urus niaga dibuat pada satu tarikh tertentu di masa hadapan. Ia melibatkan dua perkara iaitu tarikh nilai iaitu tarikh penyerahan dan kadar hadapan adalah satu kadar dipersetujui berasaskan kepada tarikh nilai penyelesaian urus niaga. Ia bertujuan memperkembangkan dan saling lengkap melengkapi aktiviti pemasaran dan fungsi lindung nilai komoditi bagi memenuhi keperluan negara sebagai pengeluar terpenting komoditi utama iaitu getah, minyak sawit mentah, koko dan timah. Misalnya, Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (CPO) adalah instrumen niaga hadapan komoditi yang selari dengan kehendak Syariah. Kontrak ini didefinisikan sebagai suatu perjanjian urus niaga bursa (exchange traded agreement) untuk membeli dan menjual komoditi minyak sawit mentah yang terdapat di pasaran sebenar (pasaran tunai) dalam suatu kuantiti yang standard, pada tarikh masa hadapan dan tempat penghantaran yang ditetapkan. (iii) Opsyen Opsyen merupakan instrumen kewangan konvensional yang mula diperkenalkan pada tahun 1992. Opsyen adalah salah satu daripada alat derivatif yang memberikan hak, bukan obligasi, kepada pemegangnya untuk membeli atau menjual sejumlah sekuriti atau aset tertentu pada harga tertentu pada masa depan. Hak itu boleh dilaksanakan atau dilepaskan begitu sahaja, pada tarikh kontrak. Dengan opsyen, pembeli sekuriti itu dapat memperoleh keuntungan daripada manfaat kenaikan harga dan dapat mengelakkan daripada kerugian yang banyak jika harga turun. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
  • 24.  TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM48 Terdapat tiga jenis opsyen yang terpenting dalam pasaran saham iaitu opsyen panggilan, opsyen put dan opsyen indeks. Opsyen panggilan (option calls), ialah kontrak yang memberikan hak kepada pemilik calls, untuk membeli stok pada suatu harga yang tetap dan dalam satu tempoh masa yang spesifik. Opsyen ini melibatkan satu bayaran awal di mana sebahagian daripada harga telah dibayar terdahulu sebelum keputusan muktamad untuk membeli atau tidak membeli saham dibuat. Jika pemegang opsyen itu membeli, bayaran yang telah dibuat itu akan disimpan oleh penjual. Opsyen dalam konteks ini hanya untuk pembeli, manakala penjual wajib menunaikan obligasinya.  Sistem kewangan adalah sebahagian daripada aktiviti yang terdapat dalam sistem ekonomi. Sistem kewangan melibatkan pengurusan dana di antara si penghutang dan si pemiutang.  Fungsi sistem kewangan adalah berkait rapat dengan urusan pinjaman dan pelaburan. Ianya menemukan unit lebihan dan unit kurangan dalam suatu pasaran yang tertentu.  Struktur sistem kewangan adalah mencakupi tiga komponen utama sebagaimana yang terdapat dalam sistem kewangan konvensional iaitu instrumen kewangan (financial instruments), institusi kewangan (financial institutions) dan pasaran kewangan(financial markets).  Sistem kewangan Islam adalah merujuk kepada semua aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan harta (tasarruf maliyyah) dalam sektor ekonomi.  Sistem ekonomi Islam adalah berlandaskan kepada al-QurÊan dan al-Sunnah. Ianya merupakan himpunan kaedah-kaedah dan hukum-hukum syarak yang menerangkan cara-cara pembahagian kekayaan, memiliki dan mengurus kekayaan serta menyusun hubungan ekonomi di antara individu Muslim sesama mereka, dengan Kerajaan dan masyarakat.  Struktur sistem kewangan Islam adalah mencakupi tiga komponen utama sebagaimana yang terdapat di dalam sistem kewangan konvensional iaitu instrumen kewangan Islam (Islamic financial instruments), institusi kewangan secara Islam (Islamic financial institutions) dan pasaran kewangan Islam (Islamic financial markets). Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
  • 25. TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM  49 Fungsi sistem kewangan Institusi kewangan Instrumen kewangan Opsyen Pasaran derivatif Pasaran ekuiti Pasaran hadapan Pasaran hutang Pasaran kewangan Pasaran modal Pasaran segera Pasaran wang Sistem ekonomi Islam Sistem ekonomi konvensional Sistem kewangan Islam Sistem kewangan konvensional Ab. Mumin Ab. Ghani & Fadillah Mansor (eds). (2006). Dinamisme kewangan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Ab. Mumin Ab. Ghani. (1999). Sistem kewangan Islam dan pelaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Afzal-Ur-Rahman terjemahan Zaharah Salleh. (1994). Doktrin ekonomi Islam. Jil.3, Cet. 2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Al-Jarhi, Muid `Ali. (1981). Nahw Nizam Naqdi wa Mali Islami al-Haykal wa al-Tatbiq. Kaherah: al-Ittihad al-Dawli lil Bunuk al-Islamiyyah. `Inayah, Ghazi. (1991). al-Usul al-`Ammah lil-Iqtisad al-Islami. Beirut: Dar al-Jil. Mohd Daud Bakar. (2002). „Developing modern Islamic financial system via ijtihad, an overview. http://www.cert.com.my, I Jun 2002. M.`Umar Chapra. (1992). „Objectives of Islamic economic order‰. Sheikh Ghazali Sheikh Abod et. al (eds), An Introduction to Islamic Finance. Kuala Lumpur: Quill Publishers. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
  • 26.  TOPIK 2 KONSEP SISTEM KEWANGAN ISLAM50 Nor Mohamed Yakcop. (1996). Teori, amalan dan prospek sistem kewangan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Othman Yong. (1993). Pasaran dan institusi kewangan di Malaysia, teori dan amalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)