PENGENALAN
Lumrah seorang pendidik anak bangsa atau lebih sinonimnya disebut sebagai
seorang insan bernama guru adalah untuk memudahkan pembelajaran murid. Berbekalkan
amanah ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana
pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran
yang berkesan. Hal ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat
merangsang minda serta minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan
keperluan pelajar.
Pada setiap interaksi pengajaran dan pembelajaran, guru sering kali berhadapan
dengan murid yang berbeza dari segi kekuatan dan kebolehan mereka. Dalam situasi inilah
kepakaran guru penting dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-
teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang
dipilih itu bukan sahaja berpotensi memerangsangkan minat pelajar belajar secara aktif
malah harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati
pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
Guru seharusnya kreatif dalam merencana pengajaran dan pembelajaran yang
bervariasi bagi menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran. Aktiviti-aktiviti yang
direncana hendaklah menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi
pelajaran dan konsep-konsep dapat diterjemahkan secara jelas dan mudah untk diterima
oleh semua pelajar. Aktiviti-aktiviti yang terancang juga harus mempengaruhi intelek, emosi
dan minat pelajar secara berkesan.
Semasa merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu
mempunyai urutan yang tersusun dan sempurna. Urutan pengajaran perlu diselaraskan
dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah
berbentuk gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian pelajar,
berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan
serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.
Pengaplikasian kaedah dan teknik yang bervariasi akan menjadikan sesuatu
pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang kepada pelajar untuk melibatkan diri
secara aktif dan sentiasa mengambil bahagian sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa
jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan
teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan kaedah dan
teknik pelulah dilakukan secara teliti dan berhati-hati supaya pendekatan ini tidak mehalang
guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan.
Kaedah projek yang diasaskan oleh John Dewey misalnya, menggalakkan pelajar
mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa
seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan
bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan
alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari
segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan
sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik
bercerita dan teknik perbincangan.
Dalam tugasan ini, beberapa aspek tentang pengajaran kepentingan penekanan
terhadap aspek startegi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran. Dalam merancang
aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah
memikirkan terlebih dahulu tentang pendekatan, kaedah dan teknik yang akan digunakan.
Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan
penyampaian sesuatu subjek atau modul.
RUJUKAN
Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Jerrold E. Kemp. (1987). Corak Rancangan Pengajaran Sesuatu Rancangan Untuk
Menggubal Unit dan Kursus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ahmad Afendi (2010). “Kepentingan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu sekolah rendah”, (Web Document). Diperoleh
pada Ogos 20, 2012, Dari: http://thenotejots.blogspot.com/2010/12/kepentingan-
pendekatan-strategi-kaedah.html
Aiman (2010). “Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik?”, (Web Document). Diperoleh
pada Ogos 20, 2012. Dari: http://www.teachersrock.net/pdkt.htm
Nor Ziana Iberahin (2011). " Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik”, (Web Document).
Diperoleh pada Ogos 20, 2012. Dari:
http://norzianaiberahim.blogspot.com/2011/04/strategi-pendekatan-kaedah-dan-
teknik.html
Nur Syuhada Zulkafle (2011). “[NOTA] Strategi, Pendekatan, Kaedah, Teknik - bhg 2”, (Web
Document). Diperoleh pada Ogos 21, 2012. Dari: http://nursyuhada-
zukafle.blogspot.com/2011/02/nota-strategi-pendekatan-kaedah-teknik_11.html
Salleh (2011). "Pengaplikasian Pelbagai Teknik Pengajaran Bahasa”, (Web Document).
Diperoleh pada Ogos 20, 2012. Dari:
http://catatannota.blogspot.com/2011/08/pengaplikasian-pelbagai-teknik.html
Saiful Adham (2010). " BMM 3117 kaedah pengajaran bahasa melayu sekolah rendah”,
(Web Document). Diperoleh pada Ogos 20, 2012. Dari:
http://www.scribd.com/doc/52325067/BMM-3117-KAEDAH-PENGAJARAN-BAHASA-
MELAYU-SEKOLAH-RENDAH
TUGASAN 1
1. Bincangkan teori-teori pemerolehan bahasa dan perjelaskan hubungannya dengan
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Teori-teori pemerolehan bahasa terdapat 4 teori dalam Bahasa Melayu.Pertama,
Teori Behaviorisme diasaskan oleh Ivan Pavlov( gunakan anjing sebagai subjek
penyelidikan), dan Leonard Bloomfield. Dikembangkan oleh Watson,
Skinner dan Thorndike. Pembelajaran telah berlaku melalui perubahan tingkah laku
manusia. Permerolehan sesuatu perlakuan terjadi melalui ulangan dan latih tubi.
Semua bentuk pembelajaran tidak ada kaitan dengan keupayaan mental. Tingkah laku
manusia adalah ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman lampau mereka.
Dalam proses pembelajaran, aliran ini menekankan kepentingan rangsangan dan
tindak balas. Penekanan kepada latihan yang berulang perlu diberikan perhatian.
Dalam P&P bahasa, aliran ini satu latihan. Bahasa merupakan sesuatu yang hidup dan
berubah, perlu dipelajari dalam suasan lisan. Latihan adalah perlu untuk membentuk
kebiasaan dalam berbahasa. Penggunaan bahan sokongan adalah penting untuk
mendapatkan gerak balas yang sempurna
Teori behaviurisme bersandarkan kepada perubahan tingkah laku (learning leads to
a change in behaviour), iaitu pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku. Dengan
melakukan sesuatu secara berulang-ulang maka tingkah laku itu akan dikuasai secara
automatik. Pavlov (1849–1936) yang menjalankan eksperimen menggunakan anjing,
makanan dan loceng membuktikan bahawa apabila loceng dibunyikan, secara automatik
anjing akan mengeluarkan air liur kerana makanan akan disajikan. Thorndike (1874–1949)
pula mengemukakan Teori S-R atau Stimulus-Response Theory (teori pelaziman operan),
yang mana rangsangan terlazim menghasilkan respons terlazim. Misalnya, kucing yang
lapar "belajar" membuka sangkarnya (respons terlazim) untuk mendapatkan makanan yang
dihidang di luar sangkar (stimulus terlazim). Thorndike percaya bahawa hubungan neural
terbentuk antara stimulus dengan respons apabila respons adalah positif, dan pembelajaran
berlaku apabila hubungan itu membentuk corak tingkah laku yang dikehendaki.
Lanjutan daripada itu, Skinner (1904–1990) mengemukakan teori Contiguity of
Feedback/Reinforcement, iaitu tingkah laku boleh dibentuk dengan memberi peneguhan
secara positif atau negatif. Misalnya, pelajar diberi ganjaran/pujian (peneguhan positif)
apabila berjaya melakukan sesuatu seperti menghabiskan kerja rumah atau sebaliknya
dihukum (peneguhan negatif) kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Teori ini tidak dapat
menerangkan tentang proses pembelajaran dan proses pemikiran, ia hanya dapat
menerangkan pembentukan tingkah laku melalui prosesrote-learning.
Kedua, Teori Mentalis dipelopori oleh Noam Choamsky. Ahli-ahli psikologi yang
sealiran dengan fahaman ini ialah Jean Piaget, Robert Glazer, John Anderson, David
Ausaubel, Bruner, Gagne, dan lain-lain. Fahaman ini menekankan kepentingan keupayaan
berfikir secara memproses dan menilai data tindakan dapat dilakukan. Menurut mereka lagi,
manusia adalah haiwan, tapi bersifat lebih rasional dan aktif dalam menyelesaikan masalah.
Sistem pengolahan informasi dapat dikawal dengan baik oleh fikiran dan pengetahuan yang
sentiasa dalam berada dalam keadaan sedar.
Teori kognitif memfokus kepada proses di sebalik tingkah laku yang ditunjukkan.
Perubahan tingkah laku yang diperhati dijadikan sebagai petunjuk kepada apa yang
mungkin berlaku dalam minda pelajar. Teori ini menerangkan pembelajaran sebagai proses
yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang
bermakna dan mudah diingat oleh pelajar. Bermula dengan teori perkembangan kognitif
Piaget (1926 dalam Good & Brophy, 1990) teori ini menerangkan bahawa skema (the
internal knowledge structure) berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi dengan
persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap dan
menyimpan maklumat baru. Gagne (1985) pula menerangkan terdapat tiga peringkat
pemprosesan maklumat, iaitu daftar deria (sensory register) dalam ingatan aktif (working
memory, WM), ingatan jangka pendek (short-term memory, STM) dan ingatan jangka
panjang (long-term memory, LTM). Maklumat baru yang dipelajari akan didaftarkan dalam
WM dan jika diperlukan buat sementara waktu, ia akan disimpan dalam STM. Selepas
digunakan beberapa kali, maklumat ini menjadi kekal dan disimpan dalam LTM untuk
tempoh masa yang lama. Apabila maklumat ini perlu diingat kembali, ia akan diaktifkan
semula dan dibawa ke WM untuk digunakan. Menurut Gagne, maklumat dalam minda
sentiasa diproses dan diadaptasikan apabila maklumat baru diterima dan proses ini
dinamakan proses pembelajaran. Ausubel (1978) menyokong teori pembelajaran ini melalui
kajiannya yang mendapati bahawa jika pembelajaran itu memberi kesan kepada pelajar,
maka ia akan lebih mudah dipelajari, diingat dan dihubungkaitkan dengan skema sedia ada,
serta lebih kekal dalam ingatan. Bidang kajian ini dinamakan Sains Kognitif.
Ketiga, Teori Konstuktivisme diasaskan oleh Lev Semenovich Vygotsky.
memberi penekanan khsus kepada perbezaan individu. Mengaitkan pengaruh budaya
dengaqn proses p & p. Pengalaman pelajar menjadi perkara pokok dalam pembelajaran
Cara berfikir kanak-kanak dipengaruhi oleh unsur alam seperti sikap, kemahiran,idea dan
sebagainya. Pelajar harus mengeksploitasi unsur alam tersebut demi pembelajaran mereka.
Kanak-kanak mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang dewasa mengenai unsur
diperoleh murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah – rakan atau guru. Contoh dalam
pembinaan ayat. Pembinaan semula ayat dianggap sebagai pembangunan semua minda
untuk mencipta sesuatu yang baru. Guru boleh membantu pelajar mengurangkan jurang
perbezaan antara pandangan pelajar dengan orang dewasa. Guru akan bertindak sebagai
pemudah cara. Antara konsep yang penting dalam teorinya ialah zon perkembangan
proksimal, perancah perantaraan semiotik dan peraturan batin.
Akhir yang keempat iaitu Teori Intraksionalisme dipelopori oleh Halliday.
Mementingkan aktiviti komunikasi. Seseorang menghasilkan bahasa apabila
memerlukannya. Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif & proses interaksi
bahasa. Melalui interaksi terhasillah ayat penyata & ayat perintah. Melibatkan apa sahaja
yang bersangkut paut dengan cara hidup satu kumpulan manusia atau masyarakat.
Manusia dapat bertindak balas secara peka terhadap pengalaman. Dengan ini mereka
dapat memperkembangkan kepercayaan mereka terhadap dunia disekeliling mereka.
Kanak-kanak yang dilahirkan adalah bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Mereka
tidak dapat memperkembangkan. Dalam konteks pengajaran,aliran ini berpendapat sekolah
ialah satu kumpulan sosial dan pelajar harus mengembangkan kapasiti sosial mereka
semaksima mungkin. Dalam proses pembelajaran, pelajar harus dapat belajar dalam situasi
dan konteks sosial yang sebenar, yang memberi peluang mereka berinteraksi, kemahiran
berkomunikasi, bekerjasama, bertanggungjawab dan penuh keyakinan diri. Perilaku
manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan mereka bebas untuk membuat pilihan.
Pengaruh persekitaran tidak berupaya untuk mempengaruhi mereka. Manusia saling
memerlukan pengaruh antara satu dengan lain.
TUGASAN2
2. Dengan memilihsatupendekatandalam pengajaran dan pembelajaranBahasa Melayu,
perjelaskanbagaimanakah pendekatan ini dapat mengembangkanpotensi muriddalam
berbahasa?
Pendekatan bermasud arah atau hala yang diambil untuk menuju ke sesuatu
sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas, pendekatan diertikan sebagai "to come near to
in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Sesuatu pendekatan yang
dipilih lazimnya berasaskan teori atau generalisasi tertentu. Pendekatan berfungsi sebagai
aspek belakang tabir, iaitu sama kedudukannya dengan strategi.
Penyataan di atas mengungkap bahawa pendekatan pengajaran bahasa menjurus
kepada pembuka haluan. Kaitannya juga bersendikan usaha untuk mendekati atau
memulakan proses pengajaran bahasa, selain penerapan sesuatu kemahiran. Pendekatan
wujud berdasarkan pengajaran yang hendak diutamakan atau diberikan perhatian secara
lebih mendalam. Oleh itu, ada kalanya pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran iaitu
jenis-jenis yang wujud dengan berdasarkan penggunaan kriteria-kriteria untuk penelitian
proses pengajaran
Pendekatan juga dimaksudkan sebagai cara mendekati sesuatu. Dalam konteks bilik
darjah, pendekatan merupakan cara bagaimana objektif-objektif jangka masa panjang dapat
dicapai dalam satu-satu pembelajaran. Lazimnya, pendekatan dibuat berasaskan satu-satu
teori pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamus Dewan (1998) pula, pendekatan ialah
cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugasan.
Pendekatan juga merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa Melayu. Hal ini
demikian kerana pendekatan merupakan cara penyampaian atau jalan untuk melaksanakan
sesuatu pengajaran. Pendekatan ini penting sebagai panduan kepada guru untuk
memastikan cara penyampaiannya berkesan seterusnnya menyebabkan isi pelajaran yang
ingin disampaikan dapat difahami oleh pelajar dengan berkesan.
Apabila melihat konsep pendekatan iaitu cara mendekati sesuatu, ia merujuk kepada
cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Maka
dengan itu dapatlah dikenalpasti akan kepentingan pendekatan dalam pengajaran dan
pembelajaran di mana sebagai guru yang mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya
mestilah mengetahui terlebih dahulu latar belakang mereka. Hal ini kerana, dengan
mengetahui latar belakang mereka, guru tersebut dapat memilih dan merancang
pengajarannya dengan menggunakan pendekatan yang sesuai.
Guru tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama terhadap murid yang
berlainan. Ini dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak
berkesan iaitu tidak mencapai objektif. Sekiranya guru dapat mengenal pasti sifat atau
keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan
pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku secara efektif.
Pemilihan pendekatan pengajaran yang sesuai penting agar guru dapat fokus
kepada pendekatan yang dipilih dan guru pula harus memastikan bahawa pendektan yang
dipilih sesuai dengan topik pengajaran yang ingin disampaikan kerana tidak semua
pendekatan sesuai bagi setiap sesi atau topik pengajaran.
Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi, bahasa pengantar utama yang digunakan
di seluruh Malaysia. Penggunaan Bahasa Melayu diwajibkan dalam urusan kerajaan dalam
memartabatkan lagi bahasa ibunda dalam kalangan masyarakat Malaysia. Selaras dengan
Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa
Melayu ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar pada semua
peringkat persekolahan (KPM, 2001). Mata pelajaran Bahasa Melayu bertujuan untuk
melengkapkan pelajar dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras sebagai
bahasa ilmu (KPM, 2001). Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat untuk membina rasa
bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, serta
berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air. Pendidikan Bahasa
Melayu di peringkat rendah bertujuan untuk mewujudkan asas semangat kewarganegaraan
yang tinggi dalam jiwa pelajar. Pembelajaran Bahasa Melayu secara formal kebanyakkan
berlaku di sekolah. Kepentingan terhadap penguasaan bahasa sangat jelas dalam bidang
pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Bahasa ialah kunci pintu khazanah ilmu manakala bacaan ialah jaminan untuk
mendapatkan ilmu. Melalui bahasa, manusia dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan
untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, buah fikiran mendapatkan informasi,
menambah ilmu pengetahuan dan sebagainya. Bahasa merupakan pembentung yang di
dalamnya terdapat konsep, nilai dan idea yang diwarisi oleh bangsanya. Bahasa juga
menentukan pemikiran sesuatu bangsa. Oleh itu, bahasa merupakan alat yang
memindahkan suatu kebudayaan daripada satu generasi kepada satu generasi akan datang
(Abdullah Hassan, 2002). Sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk
kepada Bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi,
kosa kata serta peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis
manakala aspek kosda kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat
dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa iaitu kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan pelajar
menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan seharian. Sukatan
pelajaran ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan
kecerdasan yang berbeza di kalangan pelajar.
Pembelajaran merupakan satu proses yang mementingkan interaksi empat
komponen utama iaitu pelajar, guru, bahan pembelajaran dan pendekatan. Bahan
pembelajaran pada masa kini tidak terhad kepada buku teks semata-mata. Mengikut
kreativiti guru tersebut dalam menggunakan alat teknologi terkini untuk dijadikan bahan
pengajaran dan mampu mengembangkan pemikiran pelajar ke arah pembangunan insan
cemerlang. Bahan pengajaran harus dititikberatkan oleh guru untuk menghasilkan suasana
pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan membuka minda pelajar untuk meminati
subjek Bahasa Melayu. Pengajaran ialah satu usaha ke arah mempertingkatkan dan
memperkembangkan potensi diri dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani seseorang
individu. Pengajaran berupaya menambah kemahiran, kebolehan,pengetahuan dan
pengalaman pelajar supaya dapat memberi faedah dan kemajuan dalam kehidupan. Melalui
pengajaran akan dapat membantu dan mendorong untuk bertindak dengan cara yang betul
untuk kepentingan diri sendiri, masyarakat, agama dan negara.
Kemahiran membaca merupakan keupayaan pelajar membaca ayat dengan lancar
serta sebutan, intonasi dan jeda dengan betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek
pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai
teknik membaca. Melalui kemahiran membaca, pelajar dapat menggunakan bahan
pembacaan untuk dijadikan bahan berbual sesama mereka. Ini akan meningkatkan lagi
kemahiran bertutur dalam menyampaikan maklumat, pendapat dan idea yang kritis serta
kreatif di dalam bilik darjah.
Kajian akan dijalankan bertujuan untuk menyelesaikan masalah guru-guru dalam
mendidik pelajar untuk memahami pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Melentur
buluh biar dari rebungnya, pihak Kementerian Pelajaran telah membuat pelan strategik bagi
setiap pelajar yang tercicir dalam berbahasa Melayu dengan betul. Kementerian melalui
Pusat Perkembangan Kurikulum telah menggubal Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu bagi
menentukan standard aras seperti yang dikehendaki oleh pihak kementerian. Selain
menekankan aspek kemahiran asas mendengar, membaca dan menulis, kandungan
sukatan pelajaran lebih menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis,
berkomunikasi dan berinteraksi dalam mengembangkan pemikiran pelajar dalam Bahasa
Melayu. Sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada Bahasa
Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata serta
peribahasa yang diajar dalam bilik darjah. Masalah yang paling membimbangkan ialah
pelajar kurang memberi perhatian terhadap guru mengajar kerana guru menggunakan
kaedah pengajaran secara tradisional iaitu bersyarah untuk memberi maklumat. Guru-guru
kurang mahir dalam teknik penyoalan bagi merangsang pemikiran pelajar menyebabkan
pelajar kurang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga kurang
mengaplikasikan kemahiran berfikir melalui kaedah penyoalan yang digunakan. Pola soalan
yang diajukan kepada pelajar adalah soalan-soalan berasas rendah pada peringkat
pengetahuan. Guru-guru yang berpengalaman lama kurang didedahkan dengan
penggunaan teknologi terkini dan ini merumitkan lagi pembelajaran yang menggunakan
teknologi terkini sebagai tarikan kepada pelajar untuk memberikan sepenuh perhatian.
Modul pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu telah disediakan oleh
Bahagian Pembangunan Kurikulum dan telah disahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran.
Modul ini perlu digunakan mengikut tatacaranya oleh tenaga pengajar bagi memastikan
perjalanan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Modul ini diperkenalkan berikutan
daripada kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran mendapati 165,000 pelajar di
negara ini masih tidak mampu membaca dan 125,000 daripadanya adalah murid sekolah
rendah yang dilaporkan dalam Laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.
Kegagalan dan kelambatan pelajar menguasai kemahiran membaca di peringkat rendah
perlu dilihat dengan serius dan memerlukan kaedah-kaedah yang sesuai bagi
mengatasinya. Masalah ini boleh memberikan kesan yang buruk kepada pelajar daripada
segi akademik dan sosial dimana sekiranya mereka ketinggalan dalam menguasai Bahasa
Melayu menyebabkan mereka kurang berminat dengan matapelajaran yang lain. Seterusnya
mengundang kepada masalah yang lebih serius iaitu tidak suka menghadiri kelas dan selalu
tidak hadir ke sekolah. Ketinggalan menguasai kemahiran membaca mempengaruhi
penguasaan dan pencapaian dalam mata pelajaran yang lain.
Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran sesetengah guru kurang menggunakan
teknik penyoalan di dalam kelas. Kegagalan guru untuk merangsang pemikiran pelajar telah
menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru
hanya memberikan masa yang singkat untuk pelajar mencari dan memikirkan jawapan.
Sesetengah guru akan menghukum pelajar tersebut dengan berdiri sehingga sesi soalan
selesai. Perkara ini akan menyebabkan pelajar kurang untuk mengikuti mata pelajaran
tersebut. Selain itu, guru kurang menekan aspek penglibatan pelajar dalam mengemukakan
soalan iaitu hanya bertanyakan kepada beberapa pelajar sahaja. Masalah seterusnya ialah
kehadiran teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran membantutkan guru-guru
yang telah lama berkhidmat yang kurang arif tentang penggunaan alat elektronik tersebut.
Sedar atau tidak kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi satu
gelombang yang telah mempengaruhi pendidikan di negara ini dari segi penyediaan
infrastruktur juga kepada pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlulah memahirkan
diri mereka dengan kemahiran teknologi maklumat serta dilengkapi dengan ilmu
pengetahuan yang terkini yang meliputi bidang teknologi maklumat dan komunikasi agar
objektif dan matlamat pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat dicapai. Sewaktu guru
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, adalah diharapkan agar guru dapat
memberikan penekanan kepada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan,
kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara konstektual dan pembelajaran secara
konstruktivitisme. Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid
yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham,
yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat. Manakala pembelajaran
kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman
harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan
dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir.
Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru
secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.
Bagi menghuraikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah
rendah, kerangka konseptual yang sesuai adalah berasaskan kepada model Pendekatan
Bersistem CIPP(Context, Input, Process and Product) dalam rujukan Olivia (2005). Model ini
membincangkan tiga elemen penting berkaitan pengajaran dan pembelajaran iaitu
penggarisan, pemerolehan dan penyediaan (Olivia, 2005). Elemen penggarisan
memfokuskan kepada informasi yang dapat ditakrifkan dan lebih spesifik. Elemen
pemerolehan melibatkan proses pengumpulan data, mengorganisasi dan menganalisis
penilaian pengajaran dan pembelajaran. Dalam elemen penyediaan pula merupakan
kesinambungan daripada tujuan sistem penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh
itu, ketiga-tiga elemen ini merangkumi asas metodologi dalam kajian terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran. Kerangka konseptual untuk pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu terdiri daripada empat model iaitu konteks, input, proses dan output. Dalam
kajian ini, konteks melibatkan antara guru-guru dan pelajar manakala input merupakan
pelajar sekolah. Proses pula melibatkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan
output ialah hasil pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Kaedah
pengajaran, sukatan pengajaran dan bahan pengajaran adalah elemen yang saling
berhubung kait untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di sekolah. Manakala penilaian pula merujuk kepada satu sistem maklum balas yang
dapat digunakan untuk menilai perubahan serta memberikan maklumat kepada guru
berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam kajian ini,
pendekatan komunikatif, deduktif, induktif dan elektif diukur bagi mengetahui sejauh mana
guru-guru mengaplikasikan dalam pembelajaran di dalam kelas. Perkaedahan merujuk
kepada pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti mengajar, latihan, persoalan
dan perbincangan yang selalu digunakan oleh guru-guru. Bahan bantu mengajar ialah
bahan yang digunakan oleh guru bagi membantu pelajar mempelajari dan menguasai
Bahasa Melayu dengan baik. Aspek penilaian pengajaran bermaksud proses pengumpulan
maklumat berkenaan kemajuan dan prestasi pelajar. Hasil daripada penilaian ini dapat
digunakan oleh guru-guru untuk menyediakan alternatif yang lebih baik bagi memperbaiki
mutu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.
Matlamat matapelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan
murid yang berketrampilan berbahasa, menghargai serta menghayati Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu. Usaha ini yang
berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
serta bertujuan untuk melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan
berakhlak mulia. Antara objektif kajian bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu adalah seperti berikut iaitu pelajar mampu bertutur dengan petah dan
mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan
bertatasusila. Mengenal pasti sikap guru terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Mengenal pasti masalah pelajar yang kelambatan dalam menguasai kemahiran
membaca. Mengenal pasti aplikasi dan kaedah yang sesuai bagi memudahkan guru-guru
untuk menyampaikan modul pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Mengenal pasti
kaedah bagi membantu guru-guru dalam menggunakan sepenuhnya bahan bantu elektronik
yang disediakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Kajian ini penting untuk memberikan maklumat kepada pihak-pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam mengatasi masalah pelajar. Kajian ini juga
penting dalam melihat keberkesanan modul-modul yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian
Pelajaran bagi mengatasi masalah kelambatan pelajar untuk menguasai kemahiran
membaca. Selain itu, kajian ini dilakukan kerana dapat menjelaskan kepada guru Bahasa
Melayu terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan prestasi
pelajar dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Diharapkan kajian ini dapat memberi
kesedaran kepada semua pihak akan kepentingan pendidikan yang sewajarnya kepada
pelajar demi masa depan mereka dan memberi sumbangan kepada negara pada masa
akan datang. Dengan kajian ini dapat memberikan jalan keluar kepada masalah yang
membuntukan dan menyelesaikan masalah pelajar dan guru-guru dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Guru-guru perlu mengetahui jenis bahan, ciri-ciri dan kemahiran
menggunakan bahan bantu mengajar bukan elektronik seperti majalah dan bahan bantu
mengajar elektronik seperti televisyen dan komputer. Guru perlu mengikuti perkembangan
menggunakan bahan bantu mengajar yang sentiasa berkembang dengan pesatnya.
Sebagai pendidik, guru perlu menilai kualiti bahan pengajaran yang ingin digunakannya.
Melalui kajian ini, semua pihak dapat meneliti corak pengajaran yang diajar di dalam kelas
dan menentukan kaedah yang sesuai sekiranya untuk membuat perubahan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Setiap kajian yang dijalankan pastilah mempunyai masalah dan batasan yang
terpaksa dihadapi oleh setiap penyelidik. Kajian ini memerlukan borang soal selidik bagi
mendapat jawapan kepada persoalan yang dikemukan. Borang akan diedarkan kepada
respoden iaitu guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu. Masa yang akan diambil oleh
responden mungkin lebih lama kerana soalan yang perlu dijawab adalah banyak bagi
mengungkai permasalahan iaitu mempunyai empat bahagian borang soal selidik. Jadual
kelas yang padat menyukarkan lagi pengkaji untuk memberikan borang soal selidik dan
perlu mencari masa yang sesuai seperti waktu rehat atau selepas sesi persekolahan. Selain
itu, kerjasama daripada semua pihak dalam melakukan kajian ini adalah sangat penting
kerana responden yang akan membantu dalam menjayakan kajian ini. Selain itu, pihak
pentadbiran juga memainkan peranan penting dalam membantu mengeluarkan senarai
nama pelajar dan guru bagi memudahkan kajian dijalankan. Kaedah pemerhatian yang akan
dijalankan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas amatlah memerlukan
kerjasama sepenuhnya oleh guru dan pelajar untuk mendapatkan data yang lengkap. Selain
itu, sesi temu bual bersama guru yang dilakukan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran
tamat. Sekiranya semua pihak tidak memberikan kerjasama yang padu memungkin kajian
ini tidak dapat dijalankan dan mungkin terkandas dipertengahan kajian.
Dalam kajian ini perlulah diterangkan beberapa definisi atau ungkapan yang
mempunyai makna khusus. Terdapat tiga definisi yang perlu diterangkan dalam konteks ini
iaitu pelaksanaan merupakan kegiatan yang dilaksanakan oleh sesuatu badan atau wadah
secara berencana, teratur dan terarah guna mencapai tujuan yang diharapkan. Pengajaran
merupakan satu bentuk komunikasi kerana melaluinya berlaku proses penyampaian dan
penerimaan maklumat. Proses ini akan menentukan bentuk ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang disampaikan kepada pelajar. Pembelajaran merupakan satu proses
pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta
pembentukan sikap dan kepercayaan. Pembelajaran juga berkaitan dengan proses belajar.
Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa yang tidak
ditetapkan tempoh tamatnya.
Rumusan yang dapat disimpulkan dalam perkara ini adalah pengetahuan tentang
kepentingan matapelajaran Bahasa Melayu terhadap pelajar melalui latar belakang kajian,
penyataan masalah, soalan kajian dan objektif kajian. Objektif kajian yang menekankan
kepada aspek permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru dan pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Melalui persoalan, pengkaji cuba untuk mengenalpasti punca
sebenar masalah yang dihadapi oleh guru-guru dan pelajar. Kepentingan kajian adalah
untuk dijadikan rujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam menyelesaikan masalah
dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Peranan guru sangat
penting di sekolah sebagai pendidik kepada pelajar dalam pembelajaran kemahiran
membaca. Sekiranya seseorang guru tidak dapat menguasai teknik yang ada pada sesuatu
kaedah, maka kemungkinan besar matlamat itu tidak akan berhasil. Diharapkan kajian ini
dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Bahasa Melayu di
sekolah rendah.

Esei 2

  • 1.
    PENGENALAN Lumrah seorang pendidikanak bangsa atau lebih sinonimnya disebut sebagai seorang insan bernama guru adalah untuk memudahkan pembelajaran murid. Berbekalkan amanah ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Hal ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsang minda serta minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Pada setiap interaksi pengajaran dan pembelajaran, guru sering kali berhadapan dengan murid yang berbeza dari segi kekuatan dan kebolehan mereka. Dalam situasi inilah kepakaran guru penting dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik- teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu bukan sahaja berpotensi memerangsangkan minat pelajar belajar secara aktif malah harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Guru seharusnya kreatif dalam merencana pengajaran dan pembelajaran yang bervariasi bagi menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran. Aktiviti-aktiviti yang direncana hendaklah menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep dapat diterjemahkan secara jelas dan mudah untk diterima oleh semua pelajar. Aktiviti-aktiviti yang terancang juga harus mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Semasa merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang tersusun dan sempurna. Urutan pengajaran perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah berbentuk gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian pelajar, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Pengaplikasian kaedah dan teknik yang bervariasi akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dan sentiasa mengambil bahagian sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan kaedah dan
  • 2.
    teknik pelulah dilakukansecara teliti dan berhati-hati supaya pendekatan ini tidak mehalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oleh John Dewey misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Dalam tugasan ini, beberapa aspek tentang pengajaran kepentingan penekanan terhadap aspek startegi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran. Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang pendekatan, kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.
  • 3.
    RUJUKAN Adenan Ayob danKhairuddin Mohamad (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Jerrold E. Kemp. (1987). Corak Rancangan Pengajaran Sesuatu Rancangan Untuk Menggubal Unit dan Kursus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ahmad Afendi (2010). “Kepentingan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu sekolah rendah”, (Web Document). Diperoleh pada Ogos 20, 2012, Dari: http://thenotejots.blogspot.com/2010/12/kepentingan- pendekatan-strategi-kaedah.html Aiman (2010). “Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik?”, (Web Document). Diperoleh pada Ogos 20, 2012. Dari: http://www.teachersrock.net/pdkt.htm Nor Ziana Iberahin (2011). " Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik”, (Web Document). Diperoleh pada Ogos 20, 2012. Dari: http://norzianaiberahim.blogspot.com/2011/04/strategi-pendekatan-kaedah-dan- teknik.html Nur Syuhada Zulkafle (2011). “[NOTA] Strategi, Pendekatan, Kaedah, Teknik - bhg 2”, (Web Document). Diperoleh pada Ogos 21, 2012. Dari: http://nursyuhada- zukafle.blogspot.com/2011/02/nota-strategi-pendekatan-kaedah-teknik_11.html Salleh (2011). "Pengaplikasian Pelbagai Teknik Pengajaran Bahasa”, (Web Document). Diperoleh pada Ogos 20, 2012. Dari: http://catatannota.blogspot.com/2011/08/pengaplikasian-pelbagai-teknik.html Saiful Adham (2010). " BMM 3117 kaedah pengajaran bahasa melayu sekolah rendah”, (Web Document). Diperoleh pada Ogos 20, 2012. Dari: http://www.scribd.com/doc/52325067/BMM-3117-KAEDAH-PENGAJARAN-BAHASA- MELAYU-SEKOLAH-RENDAH
  • 4.
    TUGASAN 1 1. Bincangkanteori-teori pemerolehan bahasa dan perjelaskan hubungannya dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Teori-teori pemerolehan bahasa terdapat 4 teori dalam Bahasa Melayu.Pertama, Teori Behaviorisme diasaskan oleh Ivan Pavlov( gunakan anjing sebagai subjek penyelidikan), dan Leonard Bloomfield. Dikembangkan oleh Watson, Skinner dan Thorndike. Pembelajaran telah berlaku melalui perubahan tingkah laku manusia. Permerolehan sesuatu perlakuan terjadi melalui ulangan dan latih tubi. Semua bentuk pembelajaran tidak ada kaitan dengan keupayaan mental. Tingkah laku manusia adalah ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman lampau mereka. Dalam proses pembelajaran, aliran ini menekankan kepentingan rangsangan dan tindak balas. Penekanan kepada latihan yang berulang perlu diberikan perhatian. Dalam P&P bahasa, aliran ini satu latihan. Bahasa merupakan sesuatu yang hidup dan berubah, perlu dipelajari dalam suasan lisan. Latihan adalah perlu untuk membentuk kebiasaan dalam berbahasa. Penggunaan bahan sokongan adalah penting untuk mendapatkan gerak balas yang sempurna Teori behaviurisme bersandarkan kepada perubahan tingkah laku (learning leads to a change in behaviour), iaitu pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku. Dengan melakukan sesuatu secara berulang-ulang maka tingkah laku itu akan dikuasai secara automatik. Pavlov (1849–1936) yang menjalankan eksperimen menggunakan anjing, makanan dan loceng membuktikan bahawa apabila loceng dibunyikan, secara automatik anjing akan mengeluarkan air liur kerana makanan akan disajikan. Thorndike (1874–1949) pula mengemukakan Teori S-R atau Stimulus-Response Theory (teori pelaziman operan), yang mana rangsangan terlazim menghasilkan respons terlazim. Misalnya, kucing yang lapar "belajar" membuka sangkarnya (respons terlazim) untuk mendapatkan makanan yang dihidang di luar sangkar (stimulus terlazim). Thorndike percaya bahawa hubungan neural terbentuk antara stimulus dengan respons apabila respons adalah positif, dan pembelajaran berlaku apabila hubungan itu membentuk corak tingkah laku yang dikehendaki. Lanjutan daripada itu, Skinner (1904–1990) mengemukakan teori Contiguity of Feedback/Reinforcement, iaitu tingkah laku boleh dibentuk dengan memberi peneguhan secara positif atau negatif. Misalnya, pelajar diberi ganjaran/pujian (peneguhan positif) apabila berjaya melakukan sesuatu seperti menghabiskan kerja rumah atau sebaliknya dihukum (peneguhan negatif) kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Teori ini tidak dapat menerangkan tentang proses pembelajaran dan proses pemikiran, ia hanya dapat menerangkan pembentukan tingkah laku melalui prosesrote-learning.
  • 5.
    Kedua, Teori Mentalisdipelopori oleh Noam Choamsky. Ahli-ahli psikologi yang sealiran dengan fahaman ini ialah Jean Piaget, Robert Glazer, John Anderson, David Ausaubel, Bruner, Gagne, dan lain-lain. Fahaman ini menekankan kepentingan keupayaan berfikir secara memproses dan menilai data tindakan dapat dilakukan. Menurut mereka lagi, manusia adalah haiwan, tapi bersifat lebih rasional dan aktif dalam menyelesaikan masalah. Sistem pengolahan informasi dapat dikawal dengan baik oleh fikiran dan pengetahuan yang sentiasa dalam berada dalam keadaan sedar. Teori kognitif memfokus kepada proses di sebalik tingkah laku yang ditunjukkan. Perubahan tingkah laku yang diperhati dijadikan sebagai petunjuk kepada apa yang mungkin berlaku dalam minda pelajar. Teori ini menerangkan pembelajaran sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah diingat oleh pelajar. Bermula dengan teori perkembangan kognitif Piaget (1926 dalam Good & Brophy, 1990) teori ini menerangkan bahawa skema (the internal knowledge structure) berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap dan menyimpan maklumat baru. Gagne (1985) pula menerangkan terdapat tiga peringkat pemprosesan maklumat, iaitu daftar deria (sensory register) dalam ingatan aktif (working memory, WM), ingatan jangka pendek (short-term memory, STM) dan ingatan jangka panjang (long-term memory, LTM). Maklumat baru yang dipelajari akan didaftarkan dalam WM dan jika diperlukan buat sementara waktu, ia akan disimpan dalam STM. Selepas digunakan beberapa kali, maklumat ini menjadi kekal dan disimpan dalam LTM untuk tempoh masa yang lama. Apabila maklumat ini perlu diingat kembali, ia akan diaktifkan semula dan dibawa ke WM untuk digunakan. Menurut Gagne, maklumat dalam minda sentiasa diproses dan diadaptasikan apabila maklumat baru diterima dan proses ini dinamakan proses pembelajaran. Ausubel (1978) menyokong teori pembelajaran ini melalui kajiannya yang mendapati bahawa jika pembelajaran itu memberi kesan kepada pelajar, maka ia akan lebih mudah dipelajari, diingat dan dihubungkaitkan dengan skema sedia ada, serta lebih kekal dalam ingatan. Bidang kajian ini dinamakan Sains Kognitif. Ketiga, Teori Konstuktivisme diasaskan oleh Lev Semenovich Vygotsky. memberi penekanan khsus kepada perbezaan individu. Mengaitkan pengaruh budaya dengaqn proses p & p. Pengalaman pelajar menjadi perkara pokok dalam pembelajaran Cara berfikir kanak-kanak dipengaruhi oleh unsur alam seperti sikap, kemahiran,idea dan sebagainya. Pelajar harus mengeksploitasi unsur alam tersebut demi pembelajaran mereka. Kanak-kanak mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang dewasa mengenai unsur diperoleh murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah – rakan atau guru. Contoh dalam pembinaan ayat. Pembinaan semula ayat dianggap sebagai pembangunan semua minda
  • 6.
    untuk mencipta sesuatuyang baru. Guru boleh membantu pelajar mengurangkan jurang perbezaan antara pandangan pelajar dengan orang dewasa. Guru akan bertindak sebagai pemudah cara. Antara konsep yang penting dalam teorinya ialah zon perkembangan proksimal, perancah perantaraan semiotik dan peraturan batin. Akhir yang keempat iaitu Teori Intraksionalisme dipelopori oleh Halliday. Mementingkan aktiviti komunikasi. Seseorang menghasilkan bahasa apabila memerlukannya. Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif & proses interaksi bahasa. Melalui interaksi terhasillah ayat penyata & ayat perintah. Melibatkan apa sahaja yang bersangkut paut dengan cara hidup satu kumpulan manusia atau masyarakat. Manusia dapat bertindak balas secara peka terhadap pengalaman. Dengan ini mereka dapat memperkembangkan kepercayaan mereka terhadap dunia disekeliling mereka. Kanak-kanak yang dilahirkan adalah bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Mereka tidak dapat memperkembangkan. Dalam konteks pengajaran,aliran ini berpendapat sekolah ialah satu kumpulan sosial dan pelajar harus mengembangkan kapasiti sosial mereka semaksima mungkin. Dalam proses pembelajaran, pelajar harus dapat belajar dalam situasi dan konteks sosial yang sebenar, yang memberi peluang mereka berinteraksi, kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, bertanggungjawab dan penuh keyakinan diri. Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan mereka bebas untuk membuat pilihan. Pengaruh persekitaran tidak berupaya untuk mempengaruhi mereka. Manusia saling memerlukan pengaruh antara satu dengan lain.
  • 7.
    TUGASAN2 2. Dengan memilihsatupendekatandalampengajaran dan pembelajaranBahasa Melayu, perjelaskanbagaimanakah pendekatan ini dapat mengembangkanpotensi muriddalam berbahasa? Pendekatan bermasud arah atau hala yang diambil untuk menuju ke sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas, pendekatan diertikan sebagai "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Sesuatu pendekatan yang dipilih lazimnya berasaskan teori atau generalisasi tertentu. Pendekatan berfungsi sebagai aspek belakang tabir, iaitu sama kedudukannya dengan strategi. Penyataan di atas mengungkap bahawa pendekatan pengajaran bahasa menjurus kepada pembuka haluan. Kaitannya juga bersendikan usaha untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran bahasa, selain penerapan sesuatu kemahiran. Pendekatan wujud berdasarkan pengajaran yang hendak diutamakan atau diberikan perhatian secara lebih mendalam. Oleh itu, ada kalanya pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran iaitu jenis-jenis yang wujud dengan berdasarkan penggunaan kriteria-kriteria untuk penelitian proses pengajaran Pendekatan juga dimaksudkan sebagai cara mendekati sesuatu. Dalam konteks bilik darjah, pendekatan merupakan cara bagaimana objektif-objektif jangka masa panjang dapat dicapai dalam satu-satu pembelajaran. Lazimnya, pendekatan dibuat berasaskan satu-satu teori pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamus Dewan (1998) pula, pendekatan ialah cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugasan. Pendekatan juga merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana pendekatan merupakan cara penyampaian atau jalan untuk melaksanakan sesuatu pengajaran. Pendekatan ini penting sebagai panduan kepada guru untuk memastikan cara penyampaiannya berkesan seterusnnya menyebabkan isi pelajaran yang ingin disampaikan dapat difahami oleh pelajar dengan berkesan. Apabila melihat konsep pendekatan iaitu cara mendekati sesuatu, ia merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Maka dengan itu dapatlah dikenalpasti akan kepentingan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran di mana sebagai guru yang mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya mestilah mengetahui terlebih dahulu latar belakang mereka. Hal ini kerana, dengan
  • 8.
    mengetahui latar belakangmereka, guru tersebut dapat memilih dan merancang pengajarannya dengan menggunakan pendekatan yang sesuai. Guru tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama terhadap murid yang berlainan. Ini dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak berkesan iaitu tidak mencapai objektif. Sekiranya guru dapat mengenal pasti sifat atau keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif. Pemilihan pendekatan pengajaran yang sesuai penting agar guru dapat fokus kepada pendekatan yang dipilih dan guru pula harus memastikan bahawa pendektan yang dipilih sesuai dengan topik pengajaran yang ingin disampaikan kerana tidak semua pendekatan sesuai bagi setiap sesi atau topik pengajaran. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi, bahasa pengantar utama yang digunakan di seluruh Malaysia. Penggunaan Bahasa Melayu diwajibkan dalam urusan kerajaan dalam memartabatkan lagi bahasa ibunda dalam kalangan masyarakat Malaysia. Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar pada semua peringkat persekolahan (KPM, 2001). Mata pelajaran Bahasa Melayu bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras sebagai bahasa ilmu (KPM, 2001). Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat untuk membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, serta berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah bertujuan untuk mewujudkan asas semangat kewarganegaraan yang tinggi dalam jiwa pelajar. Pembelajaran Bahasa Melayu secara formal kebanyakkan berlaku di sekolah. Kepentingan terhadap penguasaan bahasa sangat jelas dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa ialah kunci pintu khazanah ilmu manakala bacaan ialah jaminan untuk mendapatkan ilmu. Melalui bahasa, manusia dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, buah fikiran mendapatkan informasi, menambah ilmu pengetahuan dan sebagainya. Bahasa merupakan pembentung yang di dalamnya terdapat konsep, nilai dan idea yang diwarisi oleh bangsanya. Bahasa juga menentukan pemikiran sesuatu bangsa. Oleh itu, bahasa merupakan alat yang memindahkan suatu kebudayaan daripada satu generasi kepada satu generasi akan datang (Abdullah Hassan, 2002). Sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk
  • 9.
    kepada Bahasa Melayubaku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata serta peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosda kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan pelajar menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan seharian. Sukatan pelajaran ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza di kalangan pelajar. Pembelajaran merupakan satu proses yang mementingkan interaksi empat komponen utama iaitu pelajar, guru, bahan pembelajaran dan pendekatan. Bahan pembelajaran pada masa kini tidak terhad kepada buku teks semata-mata. Mengikut kreativiti guru tersebut dalam menggunakan alat teknologi terkini untuk dijadikan bahan pengajaran dan mampu mengembangkan pemikiran pelajar ke arah pembangunan insan cemerlang. Bahan pengajaran harus dititikberatkan oleh guru untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan membuka minda pelajar untuk meminati subjek Bahasa Melayu. Pengajaran ialah satu usaha ke arah mempertingkatkan dan memperkembangkan potensi diri dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani seseorang individu. Pengajaran berupaya menambah kemahiran, kebolehan,pengetahuan dan pengalaman pelajar supaya dapat memberi faedah dan kemajuan dalam kehidupan. Melalui pengajaran akan dapat membantu dan mendorong untuk bertindak dengan cara yang betul untuk kepentingan diri sendiri, masyarakat, agama dan negara. Kemahiran membaca merupakan keupayaan pelajar membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi dan jeda dengan betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Melalui kemahiran membaca, pelajar dapat menggunakan bahan pembacaan untuk dijadikan bahan berbual sesama mereka. Ini akan meningkatkan lagi kemahiran bertutur dalam menyampaikan maklumat, pendapat dan idea yang kritis serta kreatif di dalam bilik darjah. Kajian akan dijalankan bertujuan untuk menyelesaikan masalah guru-guru dalam mendidik pelajar untuk memahami pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Melentur buluh biar dari rebungnya, pihak Kementerian Pelajaran telah membuat pelan strategik bagi setiap pelajar yang tercicir dalam berbahasa Melayu dengan betul. Kementerian melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah menggubal Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu bagi menentukan standard aras seperti yang dikehendaki oleh pihak kementerian. Selain menekankan aspek kemahiran asas mendengar, membaca dan menulis, kandungan
  • 10.
    sukatan pelajaran lebihmenggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis, berkomunikasi dan berinteraksi dalam mengembangkan pemikiran pelajar dalam Bahasa Melayu. Sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada Bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata serta peribahasa yang diajar dalam bilik darjah. Masalah yang paling membimbangkan ialah pelajar kurang memberi perhatian terhadap guru mengajar kerana guru menggunakan kaedah pengajaran secara tradisional iaitu bersyarah untuk memberi maklumat. Guru-guru kurang mahir dalam teknik penyoalan bagi merangsang pemikiran pelajar menyebabkan pelajar kurang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga kurang mengaplikasikan kemahiran berfikir melalui kaedah penyoalan yang digunakan. Pola soalan yang diajukan kepada pelajar adalah soalan-soalan berasas rendah pada peringkat pengetahuan. Guru-guru yang berpengalaman lama kurang didedahkan dengan penggunaan teknologi terkini dan ini merumitkan lagi pembelajaran yang menggunakan teknologi terkini sebagai tarikan kepada pelajar untuk memberikan sepenuh perhatian. Modul pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum dan telah disahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Modul ini perlu digunakan mengikut tatacaranya oleh tenaga pengajar bagi memastikan perjalanan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Modul ini diperkenalkan berikutan daripada kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran mendapati 165,000 pelajar di negara ini masih tidak mampu membaca dan 125,000 daripadanya adalah murid sekolah rendah yang dilaporkan dalam Laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kegagalan dan kelambatan pelajar menguasai kemahiran membaca di peringkat rendah perlu dilihat dengan serius dan memerlukan kaedah-kaedah yang sesuai bagi mengatasinya. Masalah ini boleh memberikan kesan yang buruk kepada pelajar daripada segi akademik dan sosial dimana sekiranya mereka ketinggalan dalam menguasai Bahasa Melayu menyebabkan mereka kurang berminat dengan matapelajaran yang lain. Seterusnya mengundang kepada masalah yang lebih serius iaitu tidak suka menghadiri kelas dan selalu tidak hadir ke sekolah. Ketinggalan menguasai kemahiran membaca mempengaruhi penguasaan dan pencapaian dalam mata pelajaran yang lain. Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran sesetengah guru kurang menggunakan teknik penyoalan di dalam kelas. Kegagalan guru untuk merangsang pemikiran pelajar telah menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru hanya memberikan masa yang singkat untuk pelajar mencari dan memikirkan jawapan. Sesetengah guru akan menghukum pelajar tersebut dengan berdiri sehingga sesi soalan selesai. Perkara ini akan menyebabkan pelajar kurang untuk mengikuti mata pelajaran tersebut. Selain itu, guru kurang menekan aspek penglibatan pelajar dalam mengemukakan
  • 11.
    soalan iaitu hanyabertanyakan kepada beberapa pelajar sahaja. Masalah seterusnya ialah kehadiran teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran membantutkan guru-guru yang telah lama berkhidmat yang kurang arif tentang penggunaan alat elektronik tersebut. Sedar atau tidak kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi satu gelombang yang telah mempengaruhi pendidikan di negara ini dari segi penyediaan infrastruktur juga kepada pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlulah memahirkan diri mereka dengan kemahiran teknologi maklumat serta dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang terkini yang meliputi bidang teknologi maklumat dan komunikasi agar objektif dan matlamat pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat dicapai. Sewaktu guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, adalah diharapkan agar guru dapat memberikan penekanan kepada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara konstektual dan pembelajaran secara konstruktivitisme. Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat. Manakala pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka. Bagi menghuraikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, kerangka konseptual yang sesuai adalah berasaskan kepada model Pendekatan Bersistem CIPP(Context, Input, Process and Product) dalam rujukan Olivia (2005). Model ini membincangkan tiga elemen penting berkaitan pengajaran dan pembelajaran iaitu penggarisan, pemerolehan dan penyediaan (Olivia, 2005). Elemen penggarisan memfokuskan kepada informasi yang dapat ditakrifkan dan lebih spesifik. Elemen pemerolehan melibatkan proses pengumpulan data, mengorganisasi dan menganalisis penilaian pengajaran dan pembelajaran. Dalam elemen penyediaan pula merupakan kesinambungan daripada tujuan sistem penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, ketiga-tiga elemen ini merangkumi asas metodologi dalam kajian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Kerangka konseptual untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu terdiri daripada empat model iaitu konteks, input, proses dan output. Dalam kajian ini, konteks melibatkan antara guru-guru dan pelajar manakala input merupakan pelajar sekolah. Proses pula melibatkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan
  • 12.
    output ialah hasilpengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Kaedah pengajaran, sukatan pengajaran dan bahan pengajaran adalah elemen yang saling berhubung kait untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Manakala penilaian pula merujuk kepada satu sistem maklum balas yang dapat digunakan untuk menilai perubahan serta memberikan maklumat kepada guru berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam kajian ini, pendekatan komunikatif, deduktif, induktif dan elektif diukur bagi mengetahui sejauh mana guru-guru mengaplikasikan dalam pembelajaran di dalam kelas. Perkaedahan merujuk kepada pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti mengajar, latihan, persoalan dan perbincangan yang selalu digunakan oleh guru-guru. Bahan bantu mengajar ialah bahan yang digunakan oleh guru bagi membantu pelajar mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Aspek penilaian pengajaran bermaksud proses pengumpulan maklumat berkenaan kemajuan dan prestasi pelajar. Hasil daripada penilaian ini dapat digunakan oleh guru-guru untuk menyediakan alternatif yang lebih baik bagi memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Matlamat matapelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa, menghargai serta menghayati Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu. Usaha ini yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu serta bertujuan untuk melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia. Antara objektif kajian bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah seperti berikut iaitu pelajar mampu bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila. Mengenal pasti sikap guru terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Mengenal pasti masalah pelajar yang kelambatan dalam menguasai kemahiran membaca. Mengenal pasti aplikasi dan kaedah yang sesuai bagi memudahkan guru-guru untuk menyampaikan modul pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Mengenal pasti kaedah bagi membantu guru-guru dalam menggunakan sepenuhnya bahan bantu elektronik yang disediakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini penting untuk memberikan maklumat kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mengatasi masalah pelajar. Kajian ini juga penting dalam melihat keberkesanan modul-modul yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran bagi mengatasi masalah kelambatan pelajar untuk menguasai kemahiran membaca. Selain itu, kajian ini dilakukan kerana dapat menjelaskan kepada guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan prestasi pelajar dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Diharapkan kajian ini dapat memberi
  • 13.
    kesedaran kepada semuapihak akan kepentingan pendidikan yang sewajarnya kepada pelajar demi masa depan mereka dan memberi sumbangan kepada negara pada masa akan datang. Dengan kajian ini dapat memberikan jalan keluar kepada masalah yang membuntukan dan menyelesaikan masalah pelajar dan guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru-guru perlu mengetahui jenis bahan, ciri-ciri dan kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar bukan elektronik seperti majalah dan bahan bantu mengajar elektronik seperti televisyen dan komputer. Guru perlu mengikuti perkembangan menggunakan bahan bantu mengajar yang sentiasa berkembang dengan pesatnya. Sebagai pendidik, guru perlu menilai kualiti bahan pengajaran yang ingin digunakannya. Melalui kajian ini, semua pihak dapat meneliti corak pengajaran yang diajar di dalam kelas dan menentukan kaedah yang sesuai sekiranya untuk membuat perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap kajian yang dijalankan pastilah mempunyai masalah dan batasan yang terpaksa dihadapi oleh setiap penyelidik. Kajian ini memerlukan borang soal selidik bagi mendapat jawapan kepada persoalan yang dikemukan. Borang akan diedarkan kepada respoden iaitu guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu. Masa yang akan diambil oleh responden mungkin lebih lama kerana soalan yang perlu dijawab adalah banyak bagi mengungkai permasalahan iaitu mempunyai empat bahagian borang soal selidik. Jadual kelas yang padat menyukarkan lagi pengkaji untuk memberikan borang soal selidik dan perlu mencari masa yang sesuai seperti waktu rehat atau selepas sesi persekolahan. Selain itu, kerjasama daripada semua pihak dalam melakukan kajian ini adalah sangat penting kerana responden yang akan membantu dalam menjayakan kajian ini. Selain itu, pihak pentadbiran juga memainkan peranan penting dalam membantu mengeluarkan senarai nama pelajar dan guru bagi memudahkan kajian dijalankan. Kaedah pemerhatian yang akan dijalankan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas amatlah memerlukan kerjasama sepenuhnya oleh guru dan pelajar untuk mendapatkan data yang lengkap. Selain itu, sesi temu bual bersama guru yang dilakukan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran tamat. Sekiranya semua pihak tidak memberikan kerjasama yang padu memungkin kajian ini tidak dapat dijalankan dan mungkin terkandas dipertengahan kajian. Dalam kajian ini perlulah diterangkan beberapa definisi atau ungkapan yang mempunyai makna khusus. Terdapat tiga definisi yang perlu diterangkan dalam konteks ini iaitu pelaksanaan merupakan kegiatan yang dilaksanakan oleh sesuatu badan atau wadah secara berencana, teratur dan terarah guna mencapai tujuan yang diharapkan. Pengajaran merupakan satu bentuk komunikasi kerana melaluinya berlaku proses penyampaian dan penerimaan maklumat. Proses ini akan menentukan bentuk ilmu pengetahuan dan
  • 14.
    kemahiran yang disampaikankepada pelajar. Pembelajaran merupakan satu proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Pembelajaran juga berkaitan dengan proses belajar. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa yang tidak ditetapkan tempoh tamatnya. Rumusan yang dapat disimpulkan dalam perkara ini adalah pengetahuan tentang kepentingan matapelajaran Bahasa Melayu terhadap pelajar melalui latar belakang kajian, penyataan masalah, soalan kajian dan objektif kajian. Objektif kajian yang menekankan kepada aspek permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui persoalan, pengkaji cuba untuk mengenalpasti punca sebenar masalah yang dihadapi oleh guru-guru dan pelajar. Kepentingan kajian adalah untuk dijadikan rujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam menyelesaikan masalah dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Peranan guru sangat penting di sekolah sebagai pendidik kepada pelajar dalam pembelajaran kemahiran membaca. Sekiranya seseorang guru tidak dapat menguasai teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat itu tidak akan berhasil. Diharapkan kajian ini dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.