SlideShare a Scribd company logo
1 of 29
1
1.0 Tajuk Kajian : Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tingkatan Dua di sebuah
sekolah dalam daerah Kota Tinggi Terhadap Hadith dengan Menggunakan Kaedah Faham
dan Ingat
Nama Penyelidik : Khairunnisa’ Binti Mohd Shah
Kumpulan Penyelidik : Kelas SABK Ambilan 2014
Organisasi : Salah Sebuah Sekolah di daerah Kota Tinggi
1.1 PENGENALAN
Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tingkatan Dua di salah sebuah sekolah daerah
Kota Tinggi Terhadap Hadith dengan Menggunakan Kaedah Faham dan Ingat.
(Kata kunci : meningkatkan, penguasaan, hadith, faham, ingat)
Kajian ini berkaitan dengan kesan pembelajaran ilmu hadith di sekolah menengah
agama kerajaan Johor. Salah satu daripada bahagian di dalam subjek Pendidikan Islam
tersebut ialah Hadith. Hadith merupakan sumber kedua setelah Al-Quran. Firman Allah
Taala di dalam surah al-hasyr:7, “Dan apa jua suruhan yang dibawa ole Rasulullah s.a.w.
kepada kamu, maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu
melakukannya maka patuhilah larangannya”. Nabi s.a.w. telah bersabda, dari Abu Hurairah
r.a., dari Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda, “ Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua
perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada
keduanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.“ (Imam Malik ). Usaha untuk
mencapai keselamatan yang sejati ialah berpegang teguh kepada ajaran-ajaran kitab Allah
dan jalan pimpinan rasulullah s.a.w.
Kajian yang dibuat ini bertujuan untuk mengetahui persepsi dan pengetahuan
pelajar terhadap pengajian ilmu hadith, mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh
pelajar dalam pembelajaran ilmu hadith dan untuk mengenalpasti keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran ilmu hadith dalam kalangan pelajar dan pengaplikasian ilmu ini dalam
gaya bahasa mereka. Sebanyak 66 orang pelajar dari tingkatan dua di salah sebuah
sekolah di daerah Kota Tinggi telah dipilih sebagai sampel. Kajian ini menggunakan soal-
selidik bagi mendapatkan data kajian.
2
Refleksi kajian sebelum ini menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai persepsi dan
minat yang kurang terhadap ilmu hadith dan kajian juga telah menunjukkan bahawa
pengajaran ilmu hadith di sekolah yang dipilih kurang berkesan dalam meningkatkan
penguasaan pelajar terhadap ilmu hadith.
Kesan daripada itu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh para pelajar
akan dikenalpasti yang boleh mengganggu mereka untuk menguasai ilmu ini. Bagi
memastikan para pelajar dapat menguasai ilmu hadith dengan sebaik mungkin, penyelidik
telah mencadangkan beberapa langkah yang boleh diperhatikan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), pengurusan sekolah dan para guru.
Sunnah Nabi saw adalah bahagian terpenting dalam ajaran Islam, kerana ia
merupakan acuan terhadap seluruh perilaku umat Islam. Sunnah membentuk tradisi kaum
muslimin. Namun demikian dalam perkembangannya sunnah terkodifikasi dalam hadis.
Penghimpunan sunnah dalam bentuk hadith menjadikannya terikat, sehingga
menghilangkan sebahagian tradisi yang semestinya menjadi amalan umat Islam.
Pendekatan terhadap penelitian dan pemahaman hadith dengan menggunakan sirah
kaedah memahami dan mengingat, tasmi’ dan pertandingan hafazan Hadith akan dapat
diketahui keautentikan dan kandungan sebuah hadis secara utuh berdasarkan praktikal
yang telah dijalankan umat Islam sepanjang hidup ini.
Di era moden ini, telah muncul pelbagai firqah yang menyesatkan tanpa disedari
kerana kononnya mereka hanya berpegang kepada Al-Quran semata-mata dan menolak
seratus peratus hadith Nabi s.a.w. ataupun menerima sebahagian sahaja dan menolak
sebahagian hadith yang lain. Mereka ini tergolong di dalam golongan yang mengingkari
hadith bahkan telah menolak pemimpin rahmatan lil a’lamin, nabi s.a.w.. Hal ini sangat
berbahaya kepada masyarakat kerana ia boleh merebak kepada sekeliling sebagai contoh
salah seorang pensyarah university tempatan, Kassim Ahmad, telah membawa ideology
songsang ini ke seluruh negara, malah kitab penulisan pemikirannya juga tersebar selain
daripada pemikiran yang yang dibawa oleh Pengingkar-pengingkar hadith di luar negara
yang telah muncul sejak zaman sahabat lagi. Golongan sebegini perlu dibaiki semula
pemikiran kerana kebanyakan mereka hanya menerima logik akal dan al-Quran sahaja. Di
sini, kita perlu menimbulkan perasaaan bimbang sekiranya ia berlaku dalam kalangan
pelajar kita sama ada di sekolah atau selepas pendidikan mereka di luar kelak. Oleh itu,
langkah pencegahan dengan menanamkan rasa minat kepada pelajaran hadith nabi s.a.w.
adalah perlu dititikberatkan.
3
1.2 PENYATAAN MASALAH
Pelajar Pendidikan Islam di Tingkatan Dua di salah sebuah sekolah di daerah Kota
Tinggi yang pernah saya berkhidmat selama dua tahun di sana dilihat kurang menguasai
pelajaran di bahagian hadith. Kekurangan ini mungkin disebabkan kurang menariknya
aplikasi PdP saya di dalam bilik darjah sehingga menyebabkan para pelajar kurang
kesedaran akan kepentingan hadith di dalam kehidupan. Ia merupakan satu tamparan yang
sangat besar buat saya kerana hadith merupakan sumber terpenting dalam kehidupan
seorang muslim bahkan ia merupakan peninggalan kekasih kita semua, Nabi Muhammad
s.a.w..
Selain daripada itu, dari sudut pelajar pula, mereka kurang berminat untuk
mendalami dan mendekati hadith Rasulullah s.a.w. serta terdapat juga merasakan bahagian
hadith ini merupakan sesuatu yang membosankan dan tidak penting.
Perkara ini sangat membimbangkan kerana ia bukan sahaja akan menjejaskan
prestasi pelajar di dalam ujian atau peperiksaan bahkan yang lebih membimbangkan adalah
masa depan pelajar dengan pengaiabaian terhadap hadith. Sepanjang pengalaman yang
saya lihat dan alami, manusia yang tidak berpedomankan hadith dalam kehidupan mereka
tidak dapat mencapai objektif hidup yang jelas serta kehidupan mereka berada jalan yang
bengkang-bengkok.
Jadi, kajian yang akan dilaksanakan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman
pelajar dalam bahagian hadith Pendidikan Islam dari segi makna ringkas hadith, huraian dan
aplikasi hadith dalam hidup.
Langkah yang pertama, semakan buku latihan pelajar akan dibuat seperti biasa. Ini
bertujuan untuk untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar
sehingga menjejaskan keputusan peperiksaan mereka. Ia akan melalui dua cara: 1)
Kaedah Pemerhatian dan Penandaan, 2) Temubual dengan para pelajar secara atas talian
dan sewaktu PdP. Diharapkan melalui langkah ini saya dapat menganalisa keupayaan para
pelajar dalam tajuk Hadith.
Oleh hal yang demikian, kekreatifan guru di dalam menyampaikan bahagian hadith
Pendidikan Islam sangat dituntut dan diperlukan bagi mencapai objektif PdP agar para
pelajar dapat memahami hadith dengan cemerlang. Sebagaimana seseorang guru itu
maklum bahawa para pelajar mempunyai latar belakang yang berbeza dan peringkat remaja
merupakan fasa sedang mencari identiti. Jadi, seharusnya seorang guru Pendidikan Islam
sangat berpeluang untuk menerapkan nilai murni kepada para pelajar yang juga remaja
sekolah menengah agar dapat mendorong minat mereka kepada jalan yang benar. Kaedah
4
pengajaran yang baik bukan sahaja dapat mencapai objektif PdP malah pelajar akan
bertambah perasaan inkuiri terhadap hadith ini serta mempunyai paradigm yang baik untuk
kehidupan kelak.
1.3 LATAR BELAKANG KAJIAN
Penulis membuat kajian berkaitan “Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tingkatan
Dua Di Sebuah Sekolah Dalam Daerah Kota Tinggi Terhadap Hadith dengan Menggunakan
Kaedah Faham dan Ingat” kerana ia merupakan satu kewajipan guru bagi mengembangkan
kompetensi yang dimilikinya sehingga dapat memberikan peluang kepada para pelajar di
dalam menungkatkan kualiti pendidikan yang seiring dengan kecemerlangan akademik dan
akhlak.
Maklumat daripada temubual secara atas talian dan secara tak langsung dengan
pelajar sekolah tersebut telah mendapati para pelajar sekadar menghafaz untuk mudah
menjawab peperiksaan, mereka melupakannya begitu sahaja setelah tamat tingkatan. Ia
juga dapat dibuktikan apabila saya bertanya kepada pelajar berkaitan teknik pengajaran
yang mereka minat dan idamkan; mereka menjawab lebih menjurus kepada pencapaian
kecemerlangan akademik semata-mata
Kurangnya pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan penghayatan dan
penguasaan hadith di dalam kehidupan seorang muslim merupakan punca utama perkara
ini berlaku kesan daripada teknik pengajaran yang tak menarik. Perkara ini berlaku kerana
didikan yang kurang serta bimbingan berkaitan pendedahan hadith Rasulullah sama ada di
rumah, di dalam masyarakat dan pendedahan di luar.
Melalui kajian ini, saya ingin meningkatkan cara pendekatan PdP agar pelajar bukan
sahaja minat dengan hadith Rasulullah s.a.w. bahkan sentiasa ternanti-nanti pelajaran baru
hadith untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Secara khususnya, dengan amalan PdP ini murid akan dapat;
i. Menguasai topik hadith dari segi bahasa arab dan terjemahannya dalam kalangan
pelajar Tingkatan Dua di salah sebuah sekolah di daerah Kota Tinggi dengan
menggunakan kaedah Tasmik berdua-duaan
ii. Menambahkan kualiti hafazan dengan melaksanakan pertandingan Hafazan Hadith
bagi setiap kelas 2 Siddiq dan 2 Fathonah.
5
1.5 PERSOALAN KAJIAN
i. Sejauh manakah pelajar boleh menguasai topik hadith sanad dan matan di
dalam bahasa arab dan terjemahannya dalam kalangan pelajar Tingkatan Dua
SMAKT?
ii. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan kualiti hafazan hadith bagi kelas 2
Siddiq dan 2 Fathonah?
1.6 KUMPULAN SASARAN
 66 orang dari kelas tingkatan Dua di daerah Kota Tinggi:
- 2 Fathonah yang terdiri daripada 33 orang pelajar perempuan
- 2 Siddiq yang terdiri daripada 33 orang pelajar lelaki.
- Sebahagian pelajar mempunyai latar belakang akademik yang sederhana dan
sebahagian lagi lemah dalam mengingati dan menghurai hadith Rasulullah s.a.w.
1.7 METODOLOGI
Rajah 1.7
Proses Kajian Tindakan ini dicadangkan menggunakan Model Teori Medan Kurt Lewin.
Pertama, dengan guru menjalankan refleksi ke atas sesuatu isu PdP yang dijalankan dan
penyelesaian bagi masalah tersebut. Guru akan bertindak menjelaskan satu pelan tindakan
yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Seterusnya, setelah tindakan dibuat
kajian perlu dilihat dan diperhati dari sudut perkembangan yang berlaku.
6
Seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu
memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan objektif PdP yang hendak capai
di dalam bilik darjah. Langkah-langkah yang dibuat adalah berdasarkan teori Medan Kurt
Lewin.
a. Peratusan pelajar dalam topik Hadith (sedekah pemangkin kesejahteraan) dalam Ujian
Pertengahan Tahun
i. Dalam kajian ini, saya akan meninjau pencapaian pelajar dalam topik Hadith
(Sedekah) dalam Ujian Pertengahan Tahun.
ii. Terdapat 4 soalan subjektif dalam topik Hadith (Sedekah) .
iii. Jumlah bilangan jawapan yang betul dicatat dalam bentuk peratus. 4 soalan
objektif yang melibatkan topik Hadith dalam ujian pertengahan tahun seperti
di lampiran
b. Ujian Tasmi’ Hadith
iv. Ujian dilakukan bagi mengetahui perbezaan keputusan. Hasilnya seramai 45 orang
pelajar berjaya mengingati dan memahami matan hadith dan huraian hadith sedekah .
c. Pertandingan Hafazan Hadith
Setelah saya mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar, saya bercadang untuk
memperkenalkan Kaedah Hafazan Menarik kepada pelajar untuk membantu mereka
mengingati maksud hadith. Hadiah dan ganjaran diberikan kepada pemenang.
Diharap melalui pertandingan ini menghasilkan peningkatan kemahiran serta pelajar
berlumba-lumba untuk menghafaz tanpa paksaan.
Memperkenalkan Kaedah Hafazan Menarik
Langkah 1:
• Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan
• Bersama mereka disertakan kad kilas yang tertera matan dan sanad Hadith beserta
makna dan huraiannya
• Masa diberikan selama 10 minit untuk mengingati hadith dan memahaminya
dengan mengaitkan dengan sebuah cerita
Langkah 2:
• Sesi ‘tasmi’ ’ (memperdengarkan) di dalam kumpulan masing-masing secara
berdua-dua agar pelajar cepat mengingati matan hadith tersebut
Langkah 3:
7
 Setiap kumpulan menghantar 2 wakil masing-masing untuk memperdengarkan
hadith dan maknanya kepada rakan-rakan yang lain di dalam kelas.
 Mereka juga akan mewakili pertandingan hafazan hadith berdasarkan kelayakan
yang dibuat.
 Pelajar yang lain boleh bertanya soalan kepada peserta hafazan berkaitan hadith
dari segi makna ringkas, adab sedekah, dan pengajarannya dalam kehidupan
 Penggunaan hafazan yang dikaitkan dengan sebuah cerita memudahkan para
pelajar untuk mengingati fakta-fakta yang banyak di dalam semua mata pelajaran.
1.8 PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA
Di antara perancangan mengumpulkan data yang akan dibuat ialah dengan membuat
analisis kelemahan pelajar. Seterusnya, cara semakan buku latihan, Ujian Pertengahan
Tahun berkaitan Hadtih tajuk Sedekah dan akan memberikan data berbentuk dokumen.
(i) Semakan Buku Latihan : kaedah ini dapat mengesan kelemahan pelajar melalui latihan
pengukuhan hadith yang diberikan. Latihan ini akan dibuat setelah PdP dilaksanakan
(ii) Ujian Pertengahan Tahun Topik Hadith (Sedekah): Terdapat 4 soalan subjektif dalam
topik Hadith (sedekah). Jumlah bilangan jawapan yang betul dicatat dalam bentuk
peratus. 4 soalan objektif yang melibatkan topik hadith dalam ujian pertengahan tahun
seperti di lampiran
(iii)Data Berbentuk Dokumen melalui pertandingan Hafazan Hadith: Saya akan
menjalankan pertandingan hafazan hadith di Dewan Darul Hikmah di dalam minggu
Pendidikan Islam. Sebanyak 10 soalan lisan yang akan diberikan kepada pelajar dan 10
lagi soalan secara bertulis. Markah pelajar akan direkodkan dan ditukar ke dalam bentuk
peratusan.
1.9 PERANCANGAN PERLAKSANAAN TINDAKAN
Kajian ini bermula pada 23 September 2014 hingga 2 November 2014. Iaitu
memakan masa selama 5 minggu.
Untuk melaksanakan kajian ini, saya memerlukan satu sesi pengajaran, satu sesi
ujian pertengahan tahun dan satu sesi pertandingan hafazan.
Kedua-dua sesi pengajaran ini berada di bawah tajuk yang sama iaitu Hadith
subtopiknya juga sama iaitu Sedekah Pemangkin Kesejahteraan, manakala, Pertandingan
hafazan hadith dibuat di dalam minggu Pendidikan Islam.
8
Strategi pengajaran yang telah saya gunakan dalam sesi pertama ini adalah
berpusatkan guru dan saya telah mengajar tentang “Mengingati sanad, matan dan makna
hadith secara ringkas”. Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap ahli kumpulan
perlu mencari pasangan masing-masing bagi tujuan menghafaz serta mentasmi’ hadith
bergilir-gilir. Slaid sanad dan matan hadith ditayangkan dengan menarik. Tempoh masa
yang bersesuaian akan diberikan untuk aktiviti ini.
Aktiviti selanjutnya diteruskan dalam kumpulan yang sama: guru meminta pelajar
mentasmi’ hafazan hadith mereka di dalam kumpulan masing-masing.
Pada Ujian Pertengahan Tahun, pelajar diminta menjawab kesemua soalan dalam
kertas ujian yang diedarkan. Oleh itu, saya akan dapat mengesan bilangan pelajar yang
dapat mengingati sanad, matan, serta makna ringkas hadith dengan baik. Ini kerana semasa
aktivti berkumpulan murid sangat seronok dan membuatkan mereka tidak sabar untuk
tasmi’ hafazan hadith.
Untuk sesi temubual, saya telah mengambil masa selama sepuluh minit untuk
bertanya soalan kepada beberapa orang pelajar berkenaan sistem hafaz berpasangan yang
digunakan sebentar tadi.
1.10 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA
Dengan membuat pemerhatian dan Ujian Pertengahan Tahun. Terdapat 4 soalan
Pendidikan Islam, sub topik hadith dalam Ujian Pertengahan Tahun. Bilangan pelajar yang
dapat menajwab dengan betul akan dicatat dalam bentuk peratus seperti contoh dalam
jadual di lampiran.
Jadual 4 menunjukkan 66 orang pelajar daripada Tingkatan 2 Siddiq dan 2
Fathonah yang akan menjawab Ujian Pertengahan Tahun juga akan disemak latihan
pengukuhan dan beberapa orang daripada mereka yang layak bakal menyertai
pertandingan hafazan hadith. Jadual tersebut akan menunjukkan, sekiranya:
a) Terdapat 3 orang pelajar sahaja yang dapat menjawab keempat-empat soalan
dengan betul;
b) terdapat 6 orang pelajar dapat menjawab 3 daripada 4 soalan dengan betul;
9
c) hanya seramai 12 orang yang dapat menjawab dua soalan daripada 4 soalan
yang diberikan
d) terdapat pelajar yang dapat menjawab satu soalan sahaja daripa 4 yang telah
dikemukakan mencapai 30 orang pelajar;
e) Baki daripadanya tidak mendapat menjawabb kesemua soalan. Sekiranya
mereka menjawab juga tetapi tidak menepati kehendak soalan. Di antara pelajar
yang mungkin membuat kesilapan ini kebiasaannya di dalam kalangan pelajar
yang lemah.
Sekiranya hal ini berlaku, kesimpulan yang mungkin boleh dibuat adalah pelajar
memang belum menguasai dengan sebaiknya topik Hadith di dalam Pendidikan
Islam. Jadi, langkah yang sewajarnya perlu diteruskan.
Untuk mendapat respon dan pendapat pelajar sendiri, saya bercadang untuk
melaksanakan temubual kepada beberapa orang pelajar. Temubual yang dibuat adalah
secara semi struktur. Temubual ini akan dibuat melalui whatssapp dan ditulis semula
sebagaimana berikut, sebagai contoh :
2.0 CADANGAN TEMUBUAL
Apakah pendapat anda tentang
pembelajaran hadith? Ia penting ataupun
tidak?
P1: saya kurang berminat dengan topik atau
subjek hadith.
P2: Bagi saya, belajar hadith ini
membosankan.
P3: Bagi saya pula, belajar hadith ini penting
untuk kita mengetahui hukum-hakam.
Adakah PdP nya menarik atau
membosankan?
P1: Ya, pembelajaran yang saya alami
selami ini membosankan.
P2: Guru yang mengajarnya tidak dapat
menarik perhatian kami.
P3: Walaupun terdapat ramai yang
mengatakan bahasa arab itu sukar dan
kitab-kitab hadith yang asa-usul nya susah
didapati, maka, bagi saya, kerana itula kita
10
perlu faham dan hafaz untuk memudahkan
kita kelak.
Sekiranya anda bosan dengan PdP tersebut,
bagaimana kaedah menarik bagi anda yang
boleh meningkatkan kefahaman dan prestasi
anda di dalam subjek ini?
P1: Di antara kaedah yang menarik adalah
seperti :
1) penggunaan LCD untuk slaid
pembelajaran hadith melalui
slideshow,
2) memberi hadiah kepada setiap
pelajar yang berjaya menghafaz
hadith paling banyak,
3) dan akhir sekali untuk peperiksaan,
guru bolehlah mengumpulkan soalan-
soalan tahun lalu dan
membukukannya bagi memudahkan
pelajar membuat latihan sebelum
peperiksaan menjelma.
P2: 1) buat satu modul hadith dengan
menggunakan kertas berwarna-warni.
Dengan cara ini akan memupuk semangat
belajar hadith.
2) beri makna setiap perkataan hadith
yang dipelajari supaya pelajar-pelajar dapat
memahaminya dengan mudah.
P3: pendapat saya:
1) semasa belajar, boleh dibuat secara
berkumpulan lalu pelajar membuat
pembentangan. Cara ini
memudahkan pelajar untuk
mengingati apa yang dibentangkan
dan juga apa yang rakan mereka
sampaikan.
2) Kemudian, selepas belajar, mungkin
guru boleh membuat pop kuiz untuk
menguji kefahaman kami semua.
3) Kaedah untuk menguatkan lagi
ingatan kami adalah dengan cara
11
memberi peluang kepada kami
menyampaikan tazkiran kepada
rakan-rakan sama ada semasa
belajar atau di luar waktu belajar
4) Untuk menghafaznya pula, saya
menarik dengan cara sekiranya kita
membuat minggu hadith di mana
pelajar wajib menghafaz hadith dan
terjemahannya, lalu ditasmik dan diuji
oleh guru yang berkaitan. Itu sahaja
cadangan daripada saya.
Sekiranya anda dapat mengamalkan apa
yang telah anda pelajari, bukankah itu
sesuatu yang menarik dan mencapai
kepuasan?
(Soalan ini ditanya secara tak langsung dan
bukan melalui whatsapp)
P1ya, saya bersetuju. Ia sangat menarik.
Tetapi ia amat sukar kerana saya belum
menguasainya.
P2: Saya dapat mengamalkannya sedikit
demi sedikit sekarang kerana baru
memahami sebahagian daripada apa yang
dipelajari.
P3: Sudah tentu ia mencapai kepuasan
sekiranya saya dapat memahami dan
mengamalkannya dalam hidup.
2.1 REFLEKSI KAJIAN
Semasa saya mengajar di salah sebuah sekolah dalam daerah Kota Tinggi, saya
telah diamanahkan untuk mengajar dua kelas iaitu 2 Siddiq dan 2 Fathonah. Dari
pemerhatian setelah mengajar subjek Pendidikan Islam kedua-dua kelas tersebut, didapati
terdapat kelebihan dan kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Semasa saya
mengajar. Sebelum ini saya mengajar tanpa membuat perancangan yang awal walaupun
saya mempunyai Rancangan Pengajaran Tahunan. Apabila saya belajar Institut Pendidikan
Guru, banyak yang menyedarkan saya tentang penambahbaikan dan kaedah PdP yang
menarik, di antaranya:
1) sebelum proses PdP berlaku, saya merancang rancangan pengajaran harian
secara berstuktur dan berkesan. Sebagai contoh Objektif dalam PdP yang
12
dirancang lebih khusus, boleh diukur, mampu dicapai, sesuai dan mempunyai
penetapan jangka masa.
2) Semasa merancang saya juga merujuk sembilan elemen pembelajaran Gagne
untuk diterapkan dalam PdP. Saya juga memahami bahawa saya perlu
mewujudkan persekitaran pengajaran yang soalan yang saya berikan, saya
akan memberi peneguhan yang positif seperti ucapakan tahniah kepada murid
saya atau memberikan ganjaran seperti gula-gula sebagai tanda saya
menghargai jwapan dan keberaniannya untuk menjawab.
Tetapi, jika terdapat pelajar yang menjawab soalan dengan salah, saya perlu
meberikan motivasi dan kata-kata semangat kepada mereka.
3) Hasil kerja murid secara individu atau berkumpulan juga saya perlu pamerkan di
sudut Pendidikan Islam yang terdapat di dalam kelas sebagai tanda
penghargaan saya kepada mereka sebagai contoh penulisan khat hadith
Rasulullah s.a.w. secara tidak langsung, pelajar yang sering melihat tulisan khat
ini akan menambahkan kekuatan ingatan terhadap hadith.
4) Peraturan PdP perlu diajalankan dengan tegas. Bahakan sesi pertama PdP
bersama mereka perlu disebutkan tentang ini. Sekiranya mereka lupa, perlu
diingatkan semula. “Trade mark” juga diperkenalkan untuk murid memberi
tumpuan dan fokus semasa sesi pembelajaran sebagai contoh guru akan
menyebut secara tiba-tiba sewaktu pelajar leka, “tahmid” dan pelajar menjawab
“Alhamdulillah”.
5) Soaljawab pelajar samada secara individu atau kumpulan melalui lisan atau
bertulis pop kuiz mungkin boleh membantu pentaksiran kepada pelajar. Ini juga
salah satu pembelajaran yang berpusatkan murid. Pelajar yang berjaya
menjawab soalan paling banyak mungkin boleh diberikan ganjaran. Ini
memungkinkan pelajar akan berlumba-lumba untuk mengingat dan menjawab
soalan yang diajukan guru. Dalam penyoalan, saya merujuk ‘Taksonomi Bloom’
yang dikaji semula untuk mencipta soalan pemikiran aras tinggi, sebagai contoh
“ Bagaimanakah kamu menghubungkaitkan hadith dengan kehidupan seharian
kamu?”
6) Pendekatan koperatif sangat sesuai untuk topik hadith terutamanya bagi sesi
menghafaz dan tasmi’. Di samping itu, guru dapat menjimatkan masa dan
menambah keyakinan pelajar kerana sebelum mereka tasmi’ kepada guru,
mereka perlu tasmi’ kepada rakan mereka terlebih dahulu.
Walaupun demikian, terdapat kelemahan yang mungkin dihadapi. Tidak semua
pelajar mampu mencapai peningkatan dalam hal ini.
Di antaranya:
13
1) jangka masa. Contohnya dalam perancangan PdP saya merangka masa
perjalanan aktiviti yang berkaitan topik yang diajar selama 25 minit tetapi
akibat pengurusan yang kurang terancang, atau kerjasama pelajar yang
kurang memungkinkan perjalanan aktiviti lebih dari masa yang dirancang.
2) Oleh itu, ia akan menjejaskan aktiviti penutup dan rumusan yang akan
guru sampaikan. Jika ini berlaku, saya perlulah menambahkan
pengetahuan dari sudut kawalan kelas serta kemahiran membina dengan
baik aktriviti yang dirancang.
3) Sekiranya tugasan ataupun aktiviti tidak bersesuain dengan masa yang
diperuntukkan, saya perlulah membina perancangan yang lain untuk
mencapai objektif ini. Sebagai contoh, dalam satu kumpulan dua orang
sahaja menjawab soalan satu, dua orang lagi menjawab soalan dua, dua
orang menjawab soalann pop kuiz, dan bakinya menjawab soalan
bertulis. Jadi, pelajar tidak akan rasa tersisih di dalam kumpulan mereka
sendiri.
2.1 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN
SEPTEMBER-NOVEMBER
14
2.2 JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI KAJIAN
ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD
MINGGU 1
MINGGU 2
MINGGU 3
MINGGU 4
MINGGU 5
MESYUARAT/ MENGENAL PASTIMASALAH /PEMBENTUKAN JK
MENULIS KERTASCADANGAN /MERANCANGTINDAKAN
MELAKSANAKAN TINDAKAN/MEMBINCANGKAN MASALAH
YANG TIMBUL
UJIAN UNTUK MENGESAN PENCAPAIAN/DAPATAN
REFLEKSI/ MENULIS LAPORAN/ PEMBENTANGAN
KAJIAN
15
2.3 Jadual pelajar yang akan menjawab soalan Ujian Pertengahan Tahun
BIL AKTIVITI TARIKH/MINGGU
PELAKSANAAN
CATATAN
1. Mengenal Pasti Masalah Dan
Pengumpulan Data Awal
23 SEPTEMBER
2014
MESYUARAT JK
INDUK/PELAKSANA
2. Menulis Kertas Cadangan 29 SEPTEMBER
2014
SETIAUSAHA
3. Merancang Tindakan 29 SEPTEMBER
2014
MESYUARAT PELAKSANA
4. Melaksanakan Tindakan
–Aktiviti 1 (Menyemak Buku latihan
dan Ujian Pertengahan Tahun)
3 OKTOBER 2014 PELAJAR TERLIBAT
:TINGKATAN 2
5. Membincangkan Masalah Yang
Timbul Dalam Aktiviti 1
12 OKTOBER 2014 MESYUARAT JK
INDUK/PELAKSANA
6. Melaksanakan Tindakan
–Aktiviti 2 ( Melatih Pelajar
Menghafaz Hadith Di Dalam Kelas
dan Melaksana Latihan Bertulis
Menarik Hafazan Hadith)
14 OKTOBER 2014 PELAJAR TERLIBAT
:TINGKATAN 2
7. Membincangkan Masalah Yang
Timbul
Dalam Aktiviti 2
15 OKTOBER 2014 MESYUARAT JK
INDUK/PELAKSANA
8. Ujian untuk mengesan
pencapaian/dapatan
16 OKTOBER 2014 PELAJAR TERLIBAT
:TINGKATAN 2
9. Refleksi kajian 17 OKTOBER 2014 MESYUARAT PELAKSANA
10.Menulis laporan Kajian 30 OKTOBER 2014 MESYUARAT JK
INDUK/PELAKSANA
11.Pembentangan dapatan kajian 2 NOVEMBER 2014 MESYUARAT JK
INDUK/PELAKSANA
16
Bil.
ID
Pelajar
Bilangan Jawapan Betul
Bilangan Jawapan Betul
(4 soalan Topik Hadith)
Ujian
(10 soalan Lisan Hadith)
Pertandingan
1
P1 1 3
2 P2 2 5
3 P3 2 5
4 P4 2 5
5 P5 1 3
6 P6 1 3
7 P7 1 3
8 P8 2 5
9 P9 0 2
10 P10 4 6
11 P11 4 6
12 P12 1 3
13 P13 0 2
14 P14 1 3
15 P15 2 2
16 P16 2 2
17 P17 3 2
18 P18 2 5
19 P19 1 3
17
20 P20 0 2
21 P21 1 3
22 P22 0 2
23 P23 4 6
24 P24 1 3
25 P25 0 2
26 P26 5 8
27 P27 0 2
28 P28 1 3
29 P29 1 3
30 P30 3 7
31 P31 0 2
32 P32 3 7
33 P33 1 3
34 L1 0 2
35 L2 3 6
36 L3 1 3
37 L4 3 7
38 L5 2 6
39 L6 2 6
40 L7 1 3
41 L8 1 3
18
42 L9 1 3
43 L10 2 6
44 L11 1 3
45 L12 1 3
46 L13 1 3
47 L14 1 3
48 L15 4 8
49 L16 1 3
50 L17 2 6
51 L18 2 6
52 L19 3 6
53 L20 1 3
54 L21 1 3
55 L22 1 3
56 L23 1 3
57 L24 1 3
58 L25 1 3
59 L26 1 3
60 L27 0 2
61 L28 0 2
62 L29 0 2
63 L30 1 3
19
64 L31 1 3
65 L32 0 2
66 L33 0 2
2.4 CARTA GANT PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN
BIL AKTIVITI SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER
1. Mengenal Pasti Masalah Dan
Pengumpulan Data Awal
2. Menulis Kertas Cadangan
3 Merancang Tindakan
4 Melaksanakan Tindakan
–Aktiviti 1 (Melatih Pelajar
Menghafaz Hadith Di Dalam Kelas)
5 Membincangkan Masalah Yang
Timbul
Dalam Tindakan
6 Melaksanakan Tindakan
–Aktiviti 2 (Melaksana Latihan
Bertulis Menarik Hafazan Hadith)
7 Membincangkan Masalah Yang
Timbul
Dalam Tindakan 2
8 Ujian untuk mengesan
pencapaian/dapatan
9 Refleksi kajian
10 Menulis laporan Kajian
11 Pembentangan dapatan kajian
20
2.5 BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :
 Kertas A4 –2 rim
 Pen drive
 Kertas Warna
 Projektor
2.6 BAHAN DAN ANGGARAN KOS
BIL JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA
SEUNIT
JUMLAH KOS
KERTAS A4 2 RIM X RM8.00 RM 16.00
FAIL DAN BUKU
CATATAN
66 X RM 2.00 RM 132.00
ALAT TULIS RM150.00
CETAK BAHAN DAN
KAJIAN
RM 250.00
JUMLAH BESAR
RM 548.00
21
3.0 Literatur Review
8.0.1 Penguasaan Pelajar Sekolah Menengah Aliran Agama Terhadap Pengajian
Ilmu retorik Arab. Azhar Bin Muhammad, Abdul Hafiz Bin Abdullah, Dan Lain-Lain. (2006).
Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia
Dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai persepsi dan minat yang
mendalam terhadap ilmu Balaghah dan kajian juga telah menunjukkan bahawa pengajaran
ilmu Balaghah di sekolah yang dipilih berkesan dalam meningkatkan penguasaan pelajar
terhadap ilmu Balaghah. Namun terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti yang
dihadapi oleh para pelajar yang boleh mengganggu mereka untuk menguasai ilmu ini.
Bagi memastikan para pelajar dapat menguasai ilmu Balaghah dengan sebaik mungkin,
penyelidik telah mencadangkan beberapa langkah yang boleh diperhatikan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pengurusan sekolah dan para guru.
Kaitan kajian ini dengan kajian yang bakal dibuat adalah dari sudut mengenalpasti
kefahaman pelajar dan persepsi pelajar terhadap sesebuah subjek. Walaubagaimanapun
masalah yang timbul dalam kalangan pelajar perlu diambil tindakan segera sekiranya metod
pengajaran sudah berkesan tinggal lagi penguasaan mereka sahaja yang perlu ditingkatkan.
8.0.2 Pengajian Hadith Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM):
Kajian Terhadap Metodologu Pengajaran Di Sekolah Menengah Kebangsaan Pauh Jaya,
Pulau Pinang. Mohammad Akhir Bin Wahab. (2008). Jabatan Al-Quran dan Al-hadith
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti metodologi pengajaran Hadith dengan penumpuan
diberikan terhadap aspek langkah pengajaran serta kaedah pengajaran yang dilaksanakan
di dalam kelas. Atas tujuan itu, penulis memilih SMKPauh Jaya, Pulau Pinang sebagai
sampel kajian. Data diperolehi menerusi temu bual, pemerhatian dan juga soal selidik.
Analisis soal selidik mendapati majoriti murid dapat menerima dengan baik langkah
pengajaran ini. Kajian turut mendapati semua guru menggunakan kaedah-kaedah syarahan,
penyoalan lisan,perbincangan, pengulangan, pemberian latihan serta pengajaran yang
berbantukan alat bantu mengajar dalam pengajaran hadith. Sebahagian guru turut
mengaplikasikan kaedah-kaedah penceritaan dan pemberian nota catatan.
22
Hasil analisis soal selidik menunjukkan bahawa pelaksanaan langkah dan kaedah di
atas mendapat maklum balas yang positif daripada majoriti murid serta menepati aspirasi
mereka.
Kajian ini mencadangkan agar pihak yang berkenaan dapat memastikan kelangsungan
pengajian Hadith dalam arus pendidikan kebangsaan, di samping mengambil langkah-
langkah wajar bagi memperkasa dan memantapkannya dalam menghadapi era globalisasi.
Cabaran utama guru Pendidikan Islam adalah sejauh mana kemampuan mereka untuk
mengaplikasikan multimedia secara optimum di dalam pengajaran Hadith. Kajian turut
mencadangkan agar bidang khusus bagi Hadith dapat diwujudkan di dalam subjek
Pendidikan Islam agar pengajarannya lebih terbuka dan menyeluruh.
Kajian ini sangat berkait rapat dengan kajian yang bakal dibuat untuk mengenalpasti
Penguasaan Pelajar di sekolah tersebut. Terhadap Hadith setelah melaksanakan aktiviti
yang bersesuaian bagi menggantikan metod pengajaran yang terdahulu.
23
LAMPIRAN 1
4 Soalan Subjektif mengikut format PT3 Ujian pertengahan untuk topik hadith
1. Nyatakan empat amalan sedekah yang terdapat dalam hadith.
2. Berikan dua adab bersedekah.
3. Jelaskan dua kelebihan sedekah kepada pemberi sedekah.
4. Sedekah dapat membantu orang yang memerlukan. Berikan pengajaran hadith di
atas.
24
LAMPIRAN 2
Latihan menghafaz hadith dibuat di dalam
kelas
Pengacara mengendalikan majlis
pertandingan hafazan hadith
Para pelajar menjalani latihan hadith secara
berkumpulan
25
Tasmik hadith sesama rakan sebaya Pertandingan diadakan di Dewan Darul
Hikmah SMAKT
Salah seorang pemenang adalah daripada
kelas 2 Siddiq
Pemenang hafazan hadith bahagian lelaki
2014 Johan-Saguhati
26
Lampiran 3
Kaedah-kaedah tindakan yang dirancang untuk dilaksanakan seperti di bawah:
Rancang Tindakan Kajian Refleksi Langkah 1
Ulang
Semula
Rancang
Tindakan Kajian Refleksi Langkah 2
27
28
29
Contoh di bawah ini menunjukkan graf halangan komunikasi yang berlaku di dalam kelas. Sebagai
cadangan penambahan soalan temubual.
Gambar pelajar mendengar sesi taklimat pertandingan hadith

More Related Content

What's hot

Tugasan refleksi kendiri
Tugasan refleksi kendiriTugasan refleksi kendiri
Tugasan refleksi kendiri
Harliza Nordin
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
Fawwaz Fathanah
 
KAJIAN TINDAKAN: PENGGUNAAN AKRONIM UNTUK MENINGKATKAN PENGINGATAN FAKTA SEJ...
 KAJIAN TINDAKAN: PENGGUNAAN AKRONIM UNTUK MENINGKATKAN PENGINGATAN FAKTA SEJ... KAJIAN TINDAKAN: PENGGUNAAN AKRONIM UNTUK MENINGKATKAN PENGINGATAN FAKTA SEJ...
KAJIAN TINDAKAN: PENGGUNAAN AKRONIM UNTUK MENINGKATKAN PENGINGATAN FAKTA SEJ...
Zuzan Michael Japang
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis data
mohdkhamdani
 
perundangan dalam pendidikan
perundangan dalam pendidikanperundangan dalam pendidikan
perundangan dalam pendidikan
Yuyue Melissa
 
Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Definisi Kaedah Penyelidikan TindakanDefinisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
mandalina landy
 
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Noorezayu Mohd Said
 

What's hot (20)

Contoh proposal kajian
Contoh proposal kajianContoh proposal kajian
Contoh proposal kajian
 
Tugasan refleksi kendiri
Tugasan refleksi kendiriTugasan refleksi kendiri
Tugasan refleksi kendiri
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kes
 
KAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUANKAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUAN
 
Maksud intrapersonal
Maksud intrapersonalMaksud intrapersonal
Maksud intrapersonal
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Panduan menulis laporan
Panduan menulis laporanPanduan menulis laporan
Panduan menulis laporan
 
Program-Program yang ditawarkan di Kolej Vokasional seluruh Malaysia
Program-Program yang ditawarkan di Kolej Vokasional seluruh MalaysiaProgram-Program yang ditawarkan di Kolej Vokasional seluruh Malaysia
Program-Program yang ditawarkan di Kolej Vokasional seluruh Malaysia
 
KAJIAN TINDAKAN: PENGGUNAAN AKRONIM UNTUK MENINGKATKAN PENGINGATAN FAKTA SEJ...
 KAJIAN TINDAKAN: PENGGUNAAN AKRONIM UNTUK MENINGKATKAN PENGINGATAN FAKTA SEJ... KAJIAN TINDAKAN: PENGGUNAAN AKRONIM UNTUK MENINGKATKAN PENGINGATAN FAKTA SEJ...
KAJIAN TINDAKAN: PENGGUNAAN AKRONIM UNTUK MENINGKATKAN PENGINGATAN FAKTA SEJ...
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis data
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnal
 
perundangan dalam pendidikan
perundangan dalam pendidikanperundangan dalam pendidikan
perundangan dalam pendidikan
 
4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah
 
Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Definisi Kaedah Penyelidikan TindakanDefinisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
 
Penulisan laporan
Penulisan laporanPenulisan laporan
Penulisan laporan
 
Buku Log Pembelajaran
Buku Log Pembelajaran Buku Log Pembelajaran
Buku Log Pembelajaran
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
 

Similar to CONTOH KERTAS CADANGAN

TESIS PENDIDIKAN AGAMA
TESIS PENDIDIKAN AGAMATESIS PENDIDIKAN AGAMA
TESIS PENDIDIKAN AGAMA
guestf6b63af
 
Proposal skripsi ii
Proposal skripsi iiProposal skripsi ii
Proposal skripsi ii
Warsito Sito
 
Isi 2 jadi copy
Isi 2 jadi   copyIsi 2 jadi   copy
Isi 2 jadi copy
Maz Aziezt
 
proposal ptk qur'an hadist
proposal ptk qur'an hadistproposal ptk qur'an hadist
proposal ptk qur'an hadist
WIDIYAH02ASTUTIK
 

Similar to CONTOH KERTAS CADANGAN (20)

PPT Bimtek IKM PAI Juli 2022.pptx
PPT Bimtek IKM PAI Juli 2022.pptxPPT Bimtek IKM PAI Juli 2022.pptx
PPT Bimtek IKM PAI Juli 2022.pptx
 
isi
isi isi
isi
 
TESIS PENDIDIKAN AGAMA
TESIS PENDIDIKAN AGAMATESIS PENDIDIKAN AGAMA
TESIS PENDIDIKAN AGAMA
 
Proposal sekripsi
Proposal sekripsi Proposal sekripsi
Proposal sekripsi
 
Isi 2 jadi
Isi 2 jadiIsi 2 jadi
Isi 2 jadi
 
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM | Imron Fauzi | Mahasiswa INA...
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM | Imron Fauzi | Mahasiswa INA...KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM | Imron Fauzi | Mahasiswa INA...
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM | Imron Fauzi | Mahasiswa INA...
 
Upaya Peningkatan Hasil Belajar Akidah Akhlak pada Materi Membiasakan Akhlak...
	Upaya Peningkatan Hasil Belajar Akidah Akhlak pada Materi Membiasakan Akhlak...	Upaya Peningkatan Hasil Belajar Akidah Akhlak pada Materi Membiasakan Akhlak...
Upaya Peningkatan Hasil Belajar Akidah Akhlak pada Materi Membiasakan Akhlak...
 
Isi 2
Isi 2Isi 2
Isi 2
 
Isi
IsiIsi
Isi
 
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juitaManajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
 
Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015
Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015
Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015
 
Proposal skripsi ii
Proposal skripsi iiProposal skripsi ii
Proposal skripsi ii
 
Isi 2 jadi copy
Isi 2 jadi   copyIsi 2 jadi   copy
Isi 2 jadi copy
 
proposal ptk qur'an hadist
proposal ptk qur'an hadistproposal ptk qur'an hadist
proposal ptk qur'an hadist
 
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-misini
Manajemen pendidikan-islam  deden-makbuloh-misiniManajemen pendidikan-islam  deden-makbuloh-misini
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-misini
 
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-misini
Manajemen pendidikan-islam  deden-makbuloh-misiniManajemen pendidikan-islam  deden-makbuloh-misini
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-misini
 
File
FileFile
File
 
BAB I Penelitian R and D
BAB I Penelitian R and DBAB I Penelitian R and D
BAB I Penelitian R and D
 
Contoh Proposal Skripsii
Contoh Proposal SkripsiiContoh Proposal Skripsii
Contoh Proposal Skripsii
 
Bab 1
Bab  1Bab  1
Bab 1
 

Recently uploaded

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
furqanridha
 
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdfSurat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
EirinELS
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
DewiUmbar
 
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptxAKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
cupulin
 
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docxLaporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Jajang Sulaeman
 

Recently uploaded (20)

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdfSurat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptxAKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
PPT kerajaan islam Maluku Utara PPT sejarah kelas XI
PPT kerajaan islam Maluku Utara PPT sejarah kelas XIPPT kerajaan islam Maluku Utara PPT sejarah kelas XI
PPT kerajaan islam Maluku Utara PPT sejarah kelas XI
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOMSISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
 
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptxLokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
 
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docxLaporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
 
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SDMateri Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfWebinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Materi Bab 6 Algoritma dan bahasa Pemrograman
Materi Bab 6 Algoritma dan bahasa  PemrogramanMateri Bab 6 Algoritma dan bahasa  Pemrograman
Materi Bab 6 Algoritma dan bahasa Pemrograman
 

CONTOH KERTAS CADANGAN

  • 1. 1 1.0 Tajuk Kajian : Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah dalam daerah Kota Tinggi Terhadap Hadith dengan Menggunakan Kaedah Faham dan Ingat Nama Penyelidik : Khairunnisa’ Binti Mohd Shah Kumpulan Penyelidik : Kelas SABK Ambilan 2014 Organisasi : Salah Sebuah Sekolah di daerah Kota Tinggi 1.1 PENGENALAN Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tingkatan Dua di salah sebuah sekolah daerah Kota Tinggi Terhadap Hadith dengan Menggunakan Kaedah Faham dan Ingat. (Kata kunci : meningkatkan, penguasaan, hadith, faham, ingat) Kajian ini berkaitan dengan kesan pembelajaran ilmu hadith di sekolah menengah agama kerajaan Johor. Salah satu daripada bahagian di dalam subjek Pendidikan Islam tersebut ialah Hadith. Hadith merupakan sumber kedua setelah Al-Quran. Firman Allah Taala di dalam surah al-hasyr:7, “Dan apa jua suruhan yang dibawa ole Rasulullah s.a.w. kepada kamu, maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya”. Nabi s.a.w. telah bersabda, dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda, “ Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.“ (Imam Malik ). Usaha untuk mencapai keselamatan yang sejati ialah berpegang teguh kepada ajaran-ajaran kitab Allah dan jalan pimpinan rasulullah s.a.w. Kajian yang dibuat ini bertujuan untuk mengetahui persepsi dan pengetahuan pelajar terhadap pengajian ilmu hadith, mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran ilmu hadith dan untuk mengenalpasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ilmu hadith dalam kalangan pelajar dan pengaplikasian ilmu ini dalam gaya bahasa mereka. Sebanyak 66 orang pelajar dari tingkatan dua di salah sebuah sekolah di daerah Kota Tinggi telah dipilih sebagai sampel. Kajian ini menggunakan soal- selidik bagi mendapatkan data kajian.
  • 2. 2 Refleksi kajian sebelum ini menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai persepsi dan minat yang kurang terhadap ilmu hadith dan kajian juga telah menunjukkan bahawa pengajaran ilmu hadith di sekolah yang dipilih kurang berkesan dalam meningkatkan penguasaan pelajar terhadap ilmu hadith. Kesan daripada itu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh para pelajar akan dikenalpasti yang boleh mengganggu mereka untuk menguasai ilmu ini. Bagi memastikan para pelajar dapat menguasai ilmu hadith dengan sebaik mungkin, penyelidik telah mencadangkan beberapa langkah yang boleh diperhatikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pengurusan sekolah dan para guru. Sunnah Nabi saw adalah bahagian terpenting dalam ajaran Islam, kerana ia merupakan acuan terhadap seluruh perilaku umat Islam. Sunnah membentuk tradisi kaum muslimin. Namun demikian dalam perkembangannya sunnah terkodifikasi dalam hadis. Penghimpunan sunnah dalam bentuk hadith menjadikannya terikat, sehingga menghilangkan sebahagian tradisi yang semestinya menjadi amalan umat Islam. Pendekatan terhadap penelitian dan pemahaman hadith dengan menggunakan sirah kaedah memahami dan mengingat, tasmi’ dan pertandingan hafazan Hadith akan dapat diketahui keautentikan dan kandungan sebuah hadis secara utuh berdasarkan praktikal yang telah dijalankan umat Islam sepanjang hidup ini. Di era moden ini, telah muncul pelbagai firqah yang menyesatkan tanpa disedari kerana kononnya mereka hanya berpegang kepada Al-Quran semata-mata dan menolak seratus peratus hadith Nabi s.a.w. ataupun menerima sebahagian sahaja dan menolak sebahagian hadith yang lain. Mereka ini tergolong di dalam golongan yang mengingkari hadith bahkan telah menolak pemimpin rahmatan lil a’lamin, nabi s.a.w.. Hal ini sangat berbahaya kepada masyarakat kerana ia boleh merebak kepada sekeliling sebagai contoh salah seorang pensyarah university tempatan, Kassim Ahmad, telah membawa ideology songsang ini ke seluruh negara, malah kitab penulisan pemikirannya juga tersebar selain daripada pemikiran yang yang dibawa oleh Pengingkar-pengingkar hadith di luar negara yang telah muncul sejak zaman sahabat lagi. Golongan sebegini perlu dibaiki semula pemikiran kerana kebanyakan mereka hanya menerima logik akal dan al-Quran sahaja. Di sini, kita perlu menimbulkan perasaaan bimbang sekiranya ia berlaku dalam kalangan pelajar kita sama ada di sekolah atau selepas pendidikan mereka di luar kelak. Oleh itu, langkah pencegahan dengan menanamkan rasa minat kepada pelajaran hadith nabi s.a.w. adalah perlu dititikberatkan.
  • 3. 3 1.2 PENYATAAN MASALAH Pelajar Pendidikan Islam di Tingkatan Dua di salah sebuah sekolah di daerah Kota Tinggi yang pernah saya berkhidmat selama dua tahun di sana dilihat kurang menguasai pelajaran di bahagian hadith. Kekurangan ini mungkin disebabkan kurang menariknya aplikasi PdP saya di dalam bilik darjah sehingga menyebabkan para pelajar kurang kesedaran akan kepentingan hadith di dalam kehidupan. Ia merupakan satu tamparan yang sangat besar buat saya kerana hadith merupakan sumber terpenting dalam kehidupan seorang muslim bahkan ia merupakan peninggalan kekasih kita semua, Nabi Muhammad s.a.w.. Selain daripada itu, dari sudut pelajar pula, mereka kurang berminat untuk mendalami dan mendekati hadith Rasulullah s.a.w. serta terdapat juga merasakan bahagian hadith ini merupakan sesuatu yang membosankan dan tidak penting. Perkara ini sangat membimbangkan kerana ia bukan sahaja akan menjejaskan prestasi pelajar di dalam ujian atau peperiksaan bahkan yang lebih membimbangkan adalah masa depan pelajar dengan pengaiabaian terhadap hadith. Sepanjang pengalaman yang saya lihat dan alami, manusia yang tidak berpedomankan hadith dalam kehidupan mereka tidak dapat mencapai objektif hidup yang jelas serta kehidupan mereka berada jalan yang bengkang-bengkok. Jadi, kajian yang akan dilaksanakan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam bahagian hadith Pendidikan Islam dari segi makna ringkas hadith, huraian dan aplikasi hadith dalam hidup. Langkah yang pertama, semakan buku latihan pelajar akan dibuat seperti biasa. Ini bertujuan untuk untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar sehingga menjejaskan keputusan peperiksaan mereka. Ia akan melalui dua cara: 1) Kaedah Pemerhatian dan Penandaan, 2) Temubual dengan para pelajar secara atas talian dan sewaktu PdP. Diharapkan melalui langkah ini saya dapat menganalisa keupayaan para pelajar dalam tajuk Hadith. Oleh hal yang demikian, kekreatifan guru di dalam menyampaikan bahagian hadith Pendidikan Islam sangat dituntut dan diperlukan bagi mencapai objektif PdP agar para pelajar dapat memahami hadith dengan cemerlang. Sebagaimana seseorang guru itu maklum bahawa para pelajar mempunyai latar belakang yang berbeza dan peringkat remaja merupakan fasa sedang mencari identiti. Jadi, seharusnya seorang guru Pendidikan Islam sangat berpeluang untuk menerapkan nilai murni kepada para pelajar yang juga remaja sekolah menengah agar dapat mendorong minat mereka kepada jalan yang benar. Kaedah
  • 4. 4 pengajaran yang baik bukan sahaja dapat mencapai objektif PdP malah pelajar akan bertambah perasaan inkuiri terhadap hadith ini serta mempunyai paradigm yang baik untuk kehidupan kelak. 1.3 LATAR BELAKANG KAJIAN Penulis membuat kajian berkaitan “Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tingkatan Dua Di Sebuah Sekolah Dalam Daerah Kota Tinggi Terhadap Hadith dengan Menggunakan Kaedah Faham dan Ingat” kerana ia merupakan satu kewajipan guru bagi mengembangkan kompetensi yang dimilikinya sehingga dapat memberikan peluang kepada para pelajar di dalam menungkatkan kualiti pendidikan yang seiring dengan kecemerlangan akademik dan akhlak. Maklumat daripada temubual secara atas talian dan secara tak langsung dengan pelajar sekolah tersebut telah mendapati para pelajar sekadar menghafaz untuk mudah menjawab peperiksaan, mereka melupakannya begitu sahaja setelah tamat tingkatan. Ia juga dapat dibuktikan apabila saya bertanya kepada pelajar berkaitan teknik pengajaran yang mereka minat dan idamkan; mereka menjawab lebih menjurus kepada pencapaian kecemerlangan akademik semata-mata Kurangnya pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan penghayatan dan penguasaan hadith di dalam kehidupan seorang muslim merupakan punca utama perkara ini berlaku kesan daripada teknik pengajaran yang tak menarik. Perkara ini berlaku kerana didikan yang kurang serta bimbingan berkaitan pendedahan hadith Rasulullah sama ada di rumah, di dalam masyarakat dan pendedahan di luar. Melalui kajian ini, saya ingin meningkatkan cara pendekatan PdP agar pelajar bukan sahaja minat dengan hadith Rasulullah s.a.w. bahkan sentiasa ternanti-nanti pelajaran baru hadith untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian. 1.4 OBJEKTIF KAJIAN Secara khususnya, dengan amalan PdP ini murid akan dapat; i. Menguasai topik hadith dari segi bahasa arab dan terjemahannya dalam kalangan pelajar Tingkatan Dua di salah sebuah sekolah di daerah Kota Tinggi dengan menggunakan kaedah Tasmik berdua-duaan ii. Menambahkan kualiti hafazan dengan melaksanakan pertandingan Hafazan Hadith bagi setiap kelas 2 Siddiq dan 2 Fathonah.
  • 5. 5 1.5 PERSOALAN KAJIAN i. Sejauh manakah pelajar boleh menguasai topik hadith sanad dan matan di dalam bahasa arab dan terjemahannya dalam kalangan pelajar Tingkatan Dua SMAKT? ii. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan kualiti hafazan hadith bagi kelas 2 Siddiq dan 2 Fathonah? 1.6 KUMPULAN SASARAN  66 orang dari kelas tingkatan Dua di daerah Kota Tinggi: - 2 Fathonah yang terdiri daripada 33 orang pelajar perempuan - 2 Siddiq yang terdiri daripada 33 orang pelajar lelaki. - Sebahagian pelajar mempunyai latar belakang akademik yang sederhana dan sebahagian lagi lemah dalam mengingati dan menghurai hadith Rasulullah s.a.w. 1.7 METODOLOGI Rajah 1.7 Proses Kajian Tindakan ini dicadangkan menggunakan Model Teori Medan Kurt Lewin. Pertama, dengan guru menjalankan refleksi ke atas sesuatu isu PdP yang dijalankan dan penyelesaian bagi masalah tersebut. Guru akan bertindak menjelaskan satu pelan tindakan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Seterusnya, setelah tindakan dibuat kajian perlu dilihat dan diperhati dari sudut perkembangan yang berlaku.
  • 6. 6 Seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan objektif PdP yang hendak capai di dalam bilik darjah. Langkah-langkah yang dibuat adalah berdasarkan teori Medan Kurt Lewin. a. Peratusan pelajar dalam topik Hadith (sedekah pemangkin kesejahteraan) dalam Ujian Pertengahan Tahun i. Dalam kajian ini, saya akan meninjau pencapaian pelajar dalam topik Hadith (Sedekah) dalam Ujian Pertengahan Tahun. ii. Terdapat 4 soalan subjektif dalam topik Hadith (Sedekah) . iii. Jumlah bilangan jawapan yang betul dicatat dalam bentuk peratus. 4 soalan objektif yang melibatkan topik Hadith dalam ujian pertengahan tahun seperti di lampiran b. Ujian Tasmi’ Hadith iv. Ujian dilakukan bagi mengetahui perbezaan keputusan. Hasilnya seramai 45 orang pelajar berjaya mengingati dan memahami matan hadith dan huraian hadith sedekah . c. Pertandingan Hafazan Hadith Setelah saya mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar, saya bercadang untuk memperkenalkan Kaedah Hafazan Menarik kepada pelajar untuk membantu mereka mengingati maksud hadith. Hadiah dan ganjaran diberikan kepada pemenang. Diharap melalui pertandingan ini menghasilkan peningkatan kemahiran serta pelajar berlumba-lumba untuk menghafaz tanpa paksaan. Memperkenalkan Kaedah Hafazan Menarik Langkah 1: • Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan • Bersama mereka disertakan kad kilas yang tertera matan dan sanad Hadith beserta makna dan huraiannya • Masa diberikan selama 10 minit untuk mengingati hadith dan memahaminya dengan mengaitkan dengan sebuah cerita Langkah 2: • Sesi ‘tasmi’ ’ (memperdengarkan) di dalam kumpulan masing-masing secara berdua-dua agar pelajar cepat mengingati matan hadith tersebut Langkah 3:
  • 7. 7  Setiap kumpulan menghantar 2 wakil masing-masing untuk memperdengarkan hadith dan maknanya kepada rakan-rakan yang lain di dalam kelas.  Mereka juga akan mewakili pertandingan hafazan hadith berdasarkan kelayakan yang dibuat.  Pelajar yang lain boleh bertanya soalan kepada peserta hafazan berkaitan hadith dari segi makna ringkas, adab sedekah, dan pengajarannya dalam kehidupan  Penggunaan hafazan yang dikaitkan dengan sebuah cerita memudahkan para pelajar untuk mengingati fakta-fakta yang banyak di dalam semua mata pelajaran. 1.8 PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA Di antara perancangan mengumpulkan data yang akan dibuat ialah dengan membuat analisis kelemahan pelajar. Seterusnya, cara semakan buku latihan, Ujian Pertengahan Tahun berkaitan Hadtih tajuk Sedekah dan akan memberikan data berbentuk dokumen. (i) Semakan Buku Latihan : kaedah ini dapat mengesan kelemahan pelajar melalui latihan pengukuhan hadith yang diberikan. Latihan ini akan dibuat setelah PdP dilaksanakan (ii) Ujian Pertengahan Tahun Topik Hadith (Sedekah): Terdapat 4 soalan subjektif dalam topik Hadith (sedekah). Jumlah bilangan jawapan yang betul dicatat dalam bentuk peratus. 4 soalan objektif yang melibatkan topik hadith dalam ujian pertengahan tahun seperti di lampiran (iii)Data Berbentuk Dokumen melalui pertandingan Hafazan Hadith: Saya akan menjalankan pertandingan hafazan hadith di Dewan Darul Hikmah di dalam minggu Pendidikan Islam. Sebanyak 10 soalan lisan yang akan diberikan kepada pelajar dan 10 lagi soalan secara bertulis. Markah pelajar akan direkodkan dan ditukar ke dalam bentuk peratusan. 1.9 PERANCANGAN PERLAKSANAAN TINDAKAN Kajian ini bermula pada 23 September 2014 hingga 2 November 2014. Iaitu memakan masa selama 5 minggu. Untuk melaksanakan kajian ini, saya memerlukan satu sesi pengajaran, satu sesi ujian pertengahan tahun dan satu sesi pertandingan hafazan. Kedua-dua sesi pengajaran ini berada di bawah tajuk yang sama iaitu Hadith subtopiknya juga sama iaitu Sedekah Pemangkin Kesejahteraan, manakala, Pertandingan hafazan hadith dibuat di dalam minggu Pendidikan Islam.
  • 8. 8 Strategi pengajaran yang telah saya gunakan dalam sesi pertama ini adalah berpusatkan guru dan saya telah mengajar tentang “Mengingati sanad, matan dan makna hadith secara ringkas”. Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap ahli kumpulan perlu mencari pasangan masing-masing bagi tujuan menghafaz serta mentasmi’ hadith bergilir-gilir. Slaid sanad dan matan hadith ditayangkan dengan menarik. Tempoh masa yang bersesuaian akan diberikan untuk aktiviti ini. Aktiviti selanjutnya diteruskan dalam kumpulan yang sama: guru meminta pelajar mentasmi’ hafazan hadith mereka di dalam kumpulan masing-masing. Pada Ujian Pertengahan Tahun, pelajar diminta menjawab kesemua soalan dalam kertas ujian yang diedarkan. Oleh itu, saya akan dapat mengesan bilangan pelajar yang dapat mengingati sanad, matan, serta makna ringkas hadith dengan baik. Ini kerana semasa aktivti berkumpulan murid sangat seronok dan membuatkan mereka tidak sabar untuk tasmi’ hafazan hadith. Untuk sesi temubual, saya telah mengambil masa selama sepuluh minit untuk bertanya soalan kepada beberapa orang pelajar berkenaan sistem hafaz berpasangan yang digunakan sebentar tadi. 1.10 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA Dengan membuat pemerhatian dan Ujian Pertengahan Tahun. Terdapat 4 soalan Pendidikan Islam, sub topik hadith dalam Ujian Pertengahan Tahun. Bilangan pelajar yang dapat menajwab dengan betul akan dicatat dalam bentuk peratus seperti contoh dalam jadual di lampiran. Jadual 4 menunjukkan 66 orang pelajar daripada Tingkatan 2 Siddiq dan 2 Fathonah yang akan menjawab Ujian Pertengahan Tahun juga akan disemak latihan pengukuhan dan beberapa orang daripada mereka yang layak bakal menyertai pertandingan hafazan hadith. Jadual tersebut akan menunjukkan, sekiranya: a) Terdapat 3 orang pelajar sahaja yang dapat menjawab keempat-empat soalan dengan betul; b) terdapat 6 orang pelajar dapat menjawab 3 daripada 4 soalan dengan betul;
  • 9. 9 c) hanya seramai 12 orang yang dapat menjawab dua soalan daripada 4 soalan yang diberikan d) terdapat pelajar yang dapat menjawab satu soalan sahaja daripa 4 yang telah dikemukakan mencapai 30 orang pelajar; e) Baki daripadanya tidak mendapat menjawabb kesemua soalan. Sekiranya mereka menjawab juga tetapi tidak menepati kehendak soalan. Di antara pelajar yang mungkin membuat kesilapan ini kebiasaannya di dalam kalangan pelajar yang lemah. Sekiranya hal ini berlaku, kesimpulan yang mungkin boleh dibuat adalah pelajar memang belum menguasai dengan sebaiknya topik Hadith di dalam Pendidikan Islam. Jadi, langkah yang sewajarnya perlu diteruskan. Untuk mendapat respon dan pendapat pelajar sendiri, saya bercadang untuk melaksanakan temubual kepada beberapa orang pelajar. Temubual yang dibuat adalah secara semi struktur. Temubual ini akan dibuat melalui whatssapp dan ditulis semula sebagaimana berikut, sebagai contoh : 2.0 CADANGAN TEMUBUAL Apakah pendapat anda tentang pembelajaran hadith? Ia penting ataupun tidak? P1: saya kurang berminat dengan topik atau subjek hadith. P2: Bagi saya, belajar hadith ini membosankan. P3: Bagi saya pula, belajar hadith ini penting untuk kita mengetahui hukum-hakam. Adakah PdP nya menarik atau membosankan? P1: Ya, pembelajaran yang saya alami selami ini membosankan. P2: Guru yang mengajarnya tidak dapat menarik perhatian kami. P3: Walaupun terdapat ramai yang mengatakan bahasa arab itu sukar dan kitab-kitab hadith yang asa-usul nya susah didapati, maka, bagi saya, kerana itula kita
  • 10. 10 perlu faham dan hafaz untuk memudahkan kita kelak. Sekiranya anda bosan dengan PdP tersebut, bagaimana kaedah menarik bagi anda yang boleh meningkatkan kefahaman dan prestasi anda di dalam subjek ini? P1: Di antara kaedah yang menarik adalah seperti : 1) penggunaan LCD untuk slaid pembelajaran hadith melalui slideshow, 2) memberi hadiah kepada setiap pelajar yang berjaya menghafaz hadith paling banyak, 3) dan akhir sekali untuk peperiksaan, guru bolehlah mengumpulkan soalan- soalan tahun lalu dan membukukannya bagi memudahkan pelajar membuat latihan sebelum peperiksaan menjelma. P2: 1) buat satu modul hadith dengan menggunakan kertas berwarna-warni. Dengan cara ini akan memupuk semangat belajar hadith. 2) beri makna setiap perkataan hadith yang dipelajari supaya pelajar-pelajar dapat memahaminya dengan mudah. P3: pendapat saya: 1) semasa belajar, boleh dibuat secara berkumpulan lalu pelajar membuat pembentangan. Cara ini memudahkan pelajar untuk mengingati apa yang dibentangkan dan juga apa yang rakan mereka sampaikan. 2) Kemudian, selepas belajar, mungkin guru boleh membuat pop kuiz untuk menguji kefahaman kami semua. 3) Kaedah untuk menguatkan lagi ingatan kami adalah dengan cara
  • 11. 11 memberi peluang kepada kami menyampaikan tazkiran kepada rakan-rakan sama ada semasa belajar atau di luar waktu belajar 4) Untuk menghafaznya pula, saya menarik dengan cara sekiranya kita membuat minggu hadith di mana pelajar wajib menghafaz hadith dan terjemahannya, lalu ditasmik dan diuji oleh guru yang berkaitan. Itu sahaja cadangan daripada saya. Sekiranya anda dapat mengamalkan apa yang telah anda pelajari, bukankah itu sesuatu yang menarik dan mencapai kepuasan? (Soalan ini ditanya secara tak langsung dan bukan melalui whatsapp) P1ya, saya bersetuju. Ia sangat menarik. Tetapi ia amat sukar kerana saya belum menguasainya. P2: Saya dapat mengamalkannya sedikit demi sedikit sekarang kerana baru memahami sebahagian daripada apa yang dipelajari. P3: Sudah tentu ia mencapai kepuasan sekiranya saya dapat memahami dan mengamalkannya dalam hidup. 2.1 REFLEKSI KAJIAN Semasa saya mengajar di salah sebuah sekolah dalam daerah Kota Tinggi, saya telah diamanahkan untuk mengajar dua kelas iaitu 2 Siddiq dan 2 Fathonah. Dari pemerhatian setelah mengajar subjek Pendidikan Islam kedua-dua kelas tersebut, didapati terdapat kelebihan dan kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Semasa saya mengajar. Sebelum ini saya mengajar tanpa membuat perancangan yang awal walaupun saya mempunyai Rancangan Pengajaran Tahunan. Apabila saya belajar Institut Pendidikan Guru, banyak yang menyedarkan saya tentang penambahbaikan dan kaedah PdP yang menarik, di antaranya: 1) sebelum proses PdP berlaku, saya merancang rancangan pengajaran harian secara berstuktur dan berkesan. Sebagai contoh Objektif dalam PdP yang
  • 12. 12 dirancang lebih khusus, boleh diukur, mampu dicapai, sesuai dan mempunyai penetapan jangka masa. 2) Semasa merancang saya juga merujuk sembilan elemen pembelajaran Gagne untuk diterapkan dalam PdP. Saya juga memahami bahawa saya perlu mewujudkan persekitaran pengajaran yang soalan yang saya berikan, saya akan memberi peneguhan yang positif seperti ucapakan tahniah kepada murid saya atau memberikan ganjaran seperti gula-gula sebagai tanda saya menghargai jwapan dan keberaniannya untuk menjawab. Tetapi, jika terdapat pelajar yang menjawab soalan dengan salah, saya perlu meberikan motivasi dan kata-kata semangat kepada mereka. 3) Hasil kerja murid secara individu atau berkumpulan juga saya perlu pamerkan di sudut Pendidikan Islam yang terdapat di dalam kelas sebagai tanda penghargaan saya kepada mereka sebagai contoh penulisan khat hadith Rasulullah s.a.w. secara tidak langsung, pelajar yang sering melihat tulisan khat ini akan menambahkan kekuatan ingatan terhadap hadith. 4) Peraturan PdP perlu diajalankan dengan tegas. Bahakan sesi pertama PdP bersama mereka perlu disebutkan tentang ini. Sekiranya mereka lupa, perlu diingatkan semula. “Trade mark” juga diperkenalkan untuk murid memberi tumpuan dan fokus semasa sesi pembelajaran sebagai contoh guru akan menyebut secara tiba-tiba sewaktu pelajar leka, “tahmid” dan pelajar menjawab “Alhamdulillah”. 5) Soaljawab pelajar samada secara individu atau kumpulan melalui lisan atau bertulis pop kuiz mungkin boleh membantu pentaksiran kepada pelajar. Ini juga salah satu pembelajaran yang berpusatkan murid. Pelajar yang berjaya menjawab soalan paling banyak mungkin boleh diberikan ganjaran. Ini memungkinkan pelajar akan berlumba-lumba untuk mengingat dan menjawab soalan yang diajukan guru. Dalam penyoalan, saya merujuk ‘Taksonomi Bloom’ yang dikaji semula untuk mencipta soalan pemikiran aras tinggi, sebagai contoh “ Bagaimanakah kamu menghubungkaitkan hadith dengan kehidupan seharian kamu?” 6) Pendekatan koperatif sangat sesuai untuk topik hadith terutamanya bagi sesi menghafaz dan tasmi’. Di samping itu, guru dapat menjimatkan masa dan menambah keyakinan pelajar kerana sebelum mereka tasmi’ kepada guru, mereka perlu tasmi’ kepada rakan mereka terlebih dahulu. Walaupun demikian, terdapat kelemahan yang mungkin dihadapi. Tidak semua pelajar mampu mencapai peningkatan dalam hal ini. Di antaranya:
  • 13. 13 1) jangka masa. Contohnya dalam perancangan PdP saya merangka masa perjalanan aktiviti yang berkaitan topik yang diajar selama 25 minit tetapi akibat pengurusan yang kurang terancang, atau kerjasama pelajar yang kurang memungkinkan perjalanan aktiviti lebih dari masa yang dirancang. 2) Oleh itu, ia akan menjejaskan aktiviti penutup dan rumusan yang akan guru sampaikan. Jika ini berlaku, saya perlulah menambahkan pengetahuan dari sudut kawalan kelas serta kemahiran membina dengan baik aktriviti yang dirancang. 3) Sekiranya tugasan ataupun aktiviti tidak bersesuain dengan masa yang diperuntukkan, saya perlulah membina perancangan yang lain untuk mencapai objektif ini. Sebagai contoh, dalam satu kumpulan dua orang sahaja menjawab soalan satu, dua orang lagi menjawab soalan dua, dua orang menjawab soalann pop kuiz, dan bakinya menjawab soalan bertulis. Jadi, pelajar tidak akan rasa tersisih di dalam kumpulan mereka sendiri. 2.1 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN SEPTEMBER-NOVEMBER
  • 14. 14 2.2 JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI KAJIAN ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4 MINGGU 5 MESYUARAT/ MENGENAL PASTIMASALAH /PEMBENTUKAN JK MENULIS KERTASCADANGAN /MERANCANGTINDAKAN MELAKSANAKAN TINDAKAN/MEMBINCANGKAN MASALAH YANG TIMBUL UJIAN UNTUK MENGESAN PENCAPAIAN/DAPATAN REFLEKSI/ MENULIS LAPORAN/ PEMBENTANGAN KAJIAN
  • 15. 15 2.3 Jadual pelajar yang akan menjawab soalan Ujian Pertengahan Tahun BIL AKTIVITI TARIKH/MINGGU PELAKSANAAN CATATAN 1. Mengenal Pasti Masalah Dan Pengumpulan Data Awal 23 SEPTEMBER 2014 MESYUARAT JK INDUK/PELAKSANA 2. Menulis Kertas Cadangan 29 SEPTEMBER 2014 SETIAUSAHA 3. Merancang Tindakan 29 SEPTEMBER 2014 MESYUARAT PELAKSANA 4. Melaksanakan Tindakan –Aktiviti 1 (Menyemak Buku latihan dan Ujian Pertengahan Tahun) 3 OKTOBER 2014 PELAJAR TERLIBAT :TINGKATAN 2 5. Membincangkan Masalah Yang Timbul Dalam Aktiviti 1 12 OKTOBER 2014 MESYUARAT JK INDUK/PELAKSANA 6. Melaksanakan Tindakan –Aktiviti 2 ( Melatih Pelajar Menghafaz Hadith Di Dalam Kelas dan Melaksana Latihan Bertulis Menarik Hafazan Hadith) 14 OKTOBER 2014 PELAJAR TERLIBAT :TINGKATAN 2 7. Membincangkan Masalah Yang Timbul Dalam Aktiviti 2 15 OKTOBER 2014 MESYUARAT JK INDUK/PELAKSANA 8. Ujian untuk mengesan pencapaian/dapatan 16 OKTOBER 2014 PELAJAR TERLIBAT :TINGKATAN 2 9. Refleksi kajian 17 OKTOBER 2014 MESYUARAT PELAKSANA 10.Menulis laporan Kajian 30 OKTOBER 2014 MESYUARAT JK INDUK/PELAKSANA 11.Pembentangan dapatan kajian 2 NOVEMBER 2014 MESYUARAT JK INDUK/PELAKSANA
  • 16. 16 Bil. ID Pelajar Bilangan Jawapan Betul Bilangan Jawapan Betul (4 soalan Topik Hadith) Ujian (10 soalan Lisan Hadith) Pertandingan 1 P1 1 3 2 P2 2 5 3 P3 2 5 4 P4 2 5 5 P5 1 3 6 P6 1 3 7 P7 1 3 8 P8 2 5 9 P9 0 2 10 P10 4 6 11 P11 4 6 12 P12 1 3 13 P13 0 2 14 P14 1 3 15 P15 2 2 16 P16 2 2 17 P17 3 2 18 P18 2 5 19 P19 1 3
  • 17. 17 20 P20 0 2 21 P21 1 3 22 P22 0 2 23 P23 4 6 24 P24 1 3 25 P25 0 2 26 P26 5 8 27 P27 0 2 28 P28 1 3 29 P29 1 3 30 P30 3 7 31 P31 0 2 32 P32 3 7 33 P33 1 3 34 L1 0 2 35 L2 3 6 36 L3 1 3 37 L4 3 7 38 L5 2 6 39 L6 2 6 40 L7 1 3 41 L8 1 3
  • 18. 18 42 L9 1 3 43 L10 2 6 44 L11 1 3 45 L12 1 3 46 L13 1 3 47 L14 1 3 48 L15 4 8 49 L16 1 3 50 L17 2 6 51 L18 2 6 52 L19 3 6 53 L20 1 3 54 L21 1 3 55 L22 1 3 56 L23 1 3 57 L24 1 3 58 L25 1 3 59 L26 1 3 60 L27 0 2 61 L28 0 2 62 L29 0 2 63 L30 1 3
  • 19. 19 64 L31 1 3 65 L32 0 2 66 L33 0 2 2.4 CARTA GANT PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN BIL AKTIVITI SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER 1. Mengenal Pasti Masalah Dan Pengumpulan Data Awal 2. Menulis Kertas Cadangan 3 Merancang Tindakan 4 Melaksanakan Tindakan –Aktiviti 1 (Melatih Pelajar Menghafaz Hadith Di Dalam Kelas) 5 Membincangkan Masalah Yang Timbul Dalam Tindakan 6 Melaksanakan Tindakan –Aktiviti 2 (Melaksana Latihan Bertulis Menarik Hafazan Hadith) 7 Membincangkan Masalah Yang Timbul Dalam Tindakan 2 8 Ujian untuk mengesan pencapaian/dapatan 9 Refleksi kajian 10 Menulis laporan Kajian 11 Pembentangan dapatan kajian
  • 20. 20 2.5 BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :  Kertas A4 –2 rim  Pen drive  Kertas Warna  Projektor 2.6 BAHAN DAN ANGGARAN KOS BIL JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA SEUNIT JUMLAH KOS KERTAS A4 2 RIM X RM8.00 RM 16.00 FAIL DAN BUKU CATATAN 66 X RM 2.00 RM 132.00 ALAT TULIS RM150.00 CETAK BAHAN DAN KAJIAN RM 250.00 JUMLAH BESAR RM 548.00
  • 21. 21 3.0 Literatur Review 8.0.1 Penguasaan Pelajar Sekolah Menengah Aliran Agama Terhadap Pengajian Ilmu retorik Arab. Azhar Bin Muhammad, Abdul Hafiz Bin Abdullah, Dan Lain-Lain. (2006). Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia Dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai persepsi dan minat yang mendalam terhadap ilmu Balaghah dan kajian juga telah menunjukkan bahawa pengajaran ilmu Balaghah di sekolah yang dipilih berkesan dalam meningkatkan penguasaan pelajar terhadap ilmu Balaghah. Namun terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti yang dihadapi oleh para pelajar yang boleh mengganggu mereka untuk menguasai ilmu ini. Bagi memastikan para pelajar dapat menguasai ilmu Balaghah dengan sebaik mungkin, penyelidik telah mencadangkan beberapa langkah yang boleh diperhatikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pengurusan sekolah dan para guru. Kaitan kajian ini dengan kajian yang bakal dibuat adalah dari sudut mengenalpasti kefahaman pelajar dan persepsi pelajar terhadap sesebuah subjek. Walaubagaimanapun masalah yang timbul dalam kalangan pelajar perlu diambil tindakan segera sekiranya metod pengajaran sudah berkesan tinggal lagi penguasaan mereka sahaja yang perlu ditingkatkan. 8.0.2 Pengajian Hadith Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM): Kajian Terhadap Metodologu Pengajaran Di Sekolah Menengah Kebangsaan Pauh Jaya, Pulau Pinang. Mohammad Akhir Bin Wahab. (2008). Jabatan Al-Quran dan Al-hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti metodologi pengajaran Hadith dengan penumpuan diberikan terhadap aspek langkah pengajaran serta kaedah pengajaran yang dilaksanakan di dalam kelas. Atas tujuan itu, penulis memilih SMKPauh Jaya, Pulau Pinang sebagai sampel kajian. Data diperolehi menerusi temu bual, pemerhatian dan juga soal selidik. Analisis soal selidik mendapati majoriti murid dapat menerima dengan baik langkah pengajaran ini. Kajian turut mendapati semua guru menggunakan kaedah-kaedah syarahan, penyoalan lisan,perbincangan, pengulangan, pemberian latihan serta pengajaran yang berbantukan alat bantu mengajar dalam pengajaran hadith. Sebahagian guru turut mengaplikasikan kaedah-kaedah penceritaan dan pemberian nota catatan.
  • 22. 22 Hasil analisis soal selidik menunjukkan bahawa pelaksanaan langkah dan kaedah di atas mendapat maklum balas yang positif daripada majoriti murid serta menepati aspirasi mereka. Kajian ini mencadangkan agar pihak yang berkenaan dapat memastikan kelangsungan pengajian Hadith dalam arus pendidikan kebangsaan, di samping mengambil langkah- langkah wajar bagi memperkasa dan memantapkannya dalam menghadapi era globalisasi. Cabaran utama guru Pendidikan Islam adalah sejauh mana kemampuan mereka untuk mengaplikasikan multimedia secara optimum di dalam pengajaran Hadith. Kajian turut mencadangkan agar bidang khusus bagi Hadith dapat diwujudkan di dalam subjek Pendidikan Islam agar pengajarannya lebih terbuka dan menyeluruh. Kajian ini sangat berkait rapat dengan kajian yang bakal dibuat untuk mengenalpasti Penguasaan Pelajar di sekolah tersebut. Terhadap Hadith setelah melaksanakan aktiviti yang bersesuaian bagi menggantikan metod pengajaran yang terdahulu.
  • 23. 23 LAMPIRAN 1 4 Soalan Subjektif mengikut format PT3 Ujian pertengahan untuk topik hadith 1. Nyatakan empat amalan sedekah yang terdapat dalam hadith. 2. Berikan dua adab bersedekah. 3. Jelaskan dua kelebihan sedekah kepada pemberi sedekah. 4. Sedekah dapat membantu orang yang memerlukan. Berikan pengajaran hadith di atas.
  • 24. 24 LAMPIRAN 2 Latihan menghafaz hadith dibuat di dalam kelas Pengacara mengendalikan majlis pertandingan hafazan hadith Para pelajar menjalani latihan hadith secara berkumpulan
  • 25. 25 Tasmik hadith sesama rakan sebaya Pertandingan diadakan di Dewan Darul Hikmah SMAKT Salah seorang pemenang adalah daripada kelas 2 Siddiq Pemenang hafazan hadith bahagian lelaki 2014 Johan-Saguhati
  • 26. 26 Lampiran 3 Kaedah-kaedah tindakan yang dirancang untuk dilaksanakan seperti di bawah: Rancang Tindakan Kajian Refleksi Langkah 1 Ulang Semula Rancang Tindakan Kajian Refleksi Langkah 2
  • 27. 27
  • 28. 28
  • 29. 29 Contoh di bawah ini menunjukkan graf halangan komunikasi yang berlaku di dalam kelas. Sebagai cadangan penambahan soalan temubual. Gambar pelajar mendengar sesi taklimat pertandingan hadith