SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW MENURUT
PANDANGAN ISLAM
Ku Ahmad Fatakhsya bin Ku Talib
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Batu Pahat, Malaysia
e-mail: kufatakhsya@gmail.com
ABSTRAK
Artikel ini menghuraikan tentang konsep yang dibawa oleh Teori Keperluan Malow
iaitu manusia perlu memenuhi keperluan pada peringkat asas sebelum dapat
memenuhi keperluan yang lebih tinggi.Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan
yang ketara wujud dalam teori tersebut iaitu Maslow tidak memasukkan nilai
ketuhanan kedalam teori keperluannya.Teori keperluan Maslow ini dikritik
berdasarkan pandangan Islam yang menekankan setiap tingkahlaku manusia
mestilah bersandarkan kepada tuhan iaitu Allah SWT.Sesorang individu itu
sebenarnya mampu memenuhi keperluan yang lebih atas jika dia memasukkan
elemen ketuhanan dalam dirinya.Artikel ini juga telah memperbaiki hierarki keperluan
Maslow dengan memperkenalkan satu hierarki keperluan yang lebih unggul iaitu
Hierarki Keperluan Transenden yang mana unsur ketuhanan telah dimasukkan.
Kata kunci: teori keperluan Maslow; Hierarki Keperluan Transenden; nilai ketuhanan
Pendahuluan

menarik kerana ia memberikan gambaran
yang praktikal dan boleh difahami oleh
semua orang.

..Allah akan meninggikan orang –
orang yang beriman di antara kamu
dan orang - orang yang diberi ilmu
pengetahuan beberapa darjat, dan
Allah Maha mengetahui apa yang
kamu kerjakan.
[Al-Mujadalah 58:11]

Allah S.W.T telah menjadikan
manusia ini hidup bersama dengan fitrah
semulajadi.Fitrah inilah yang menjadi
motivasi dan pendorong kepada setiap
insan di muka bumi untuk terus hidup dan
berfungsi.Aa Gym (2005) mendefinasikan
fitrah sebagai tabiat suci dan asli yang
dibawa manusia sejak lahir dan belum
pernah
disentuh
atau
diubah.Fitrah
manusia
ini
merangkumi
keperluan
manusia terhadap jasmani, kebendaan,
keduniaan
dan
kerohanian.
Secara
fitrahnya,
seseorang
individu
akan
bermotivasi untuk memenuhi keperluan
dirinya sendiri sehingga dia mendapat
kepuasan yang secukupnya.
Salah satu teori yang sering
digunakan dalam membincangkan tentang
motivasi dan keperluan manusia ialah teori
keperluan Abraham Maslow. Teori ini telah
banyak diaplikasikan dalam kehidupan
terutamanya oleh masyarakat barat sama
ada dalam pelajaran, pekerjaan dan
perniagaan dan teori ini telah dibangunkan
oleh Maslow pada lewat 1950-an sehingga
dia meninggal dunia pada tahun 1970.
Masyarakat
dunia
telah
menganggap Maslow sebagai bapa kepada
teori keperluan dan motivasi dan teorinya
ini sangat dipersetujui dan digunakan
secara meluas di seluruh dunia. Ini adalah
kerana teori keperluan Maslow ini sangat

Abraham Maslow : Keperibadian dan
teorinya

“A musician must make music, an artist
must paint,a poet must write if he is to be
ultimately at peace with himself. What one
can be, one must be.”
[Abraham Maslow (1908-1970)]

Abraham H. Maslow (1908 – 1970)
yang berketurunan Yahudi dari Rusia telah
dilahirkan di Brooklyn, New York. Beliau
merupakan anak sulung dari tujuh orang
adik-beradik. Pada zaman mudanya, beliau
tidak begitu rapat dengan ibu bapanya dan
sering menderita akibat perlakuan kedua
ibu bapanya terutama ibunya yang sering
membeza-bezakan dirinya dengan adikberadik yang lain. Beliau sangat miskin dan
mempunyai kehidupan yang sangat susah.
Pengalaman hidupnya penuh dengan
kekecewaan dan rasa kesunyian.Apabila
meningkat dewasa, beliau menuntut di City
College of New York dan di Universiti
Wisconsin. Maslow telah menceburi bidang
psikologi selama lebih 14 tahun di Brooklyn
College dan akhirnya berpindah ke
Universiti
Brandeis
di
mana
dia
menamatkan kerjaya perguruannya di situ.
Di Brandeis, Maslow telah membangunkan
teori motivasi yang memperihalkan proses
di mana seseorang individu berprogresif
dari keperluan asas seperti air dan
makanan ke keperluan lebih tinggi, yang
dipanggil “ kesempurnaan kendiri (selfactualization)”.
Definasi
Maslow
tentang
kesempurnaan
kendiri
datang
dari
kajiannya tentang beberapa tokoh terkenal
seperti Albert Einstein, Jane Addams,
Eleanor
Roosevelt
dan
Frederick
Douglass.Teorinya ini telah mengejutkan
dunia bidang psikologi pada zaman
itu.Dalam menghasilkan teorinya ini,
Maslow telah membuat pemerhatian
terhadap penyelidikan Sigmund Freud dan
B. F. Skinner dalam mengkaji pemikiran
manusia dan binatang pada masa itu.
Sebagai contoh, Skinner telah mengkaji
bagaimana burung merpati dan tikus
belajar. Maslow perhatikan bahawa Model
Motivasi Skinner adalah berdasarkan
kepada ganjaran mudah seperti makanan,
minuman,
seks
dan
mengelakkan
kesakitan. Seekor anjing disuruh duduk dan
diberikan ganjaran apabila duduk dan ia
diberikan hukuman apabila ia tidak duduk.
Daripada ini, Maslow beranganggapan
bahawa ahli psikologi sepatutnya mengkaji
perkara yang lain iaitu tentang gurauan dan
kasih sayang bagi binatang dan manusia.
Jadi, hieraki keperluan Maslow telah
menyediakan cara alternatif tentang
penentuan dalam kajian Freud dan Skinner
tersebut.
Maslow telah memperkenalkan lima
hierarki keperluan semula jadi manusia
yang ditujukan kepada tingkah laku
manusia. Berdasarkan Rajah 1, keperluan
tersebut
ialah
keperluan
fisiologi
(physiology), keselamatan (safety), kasih
sayang
(belonging/love),
penghargaan
kendiri
(esteem),
dan
keperluan
kesempurnaan kendiri (self-actualization).
Menurut Maslow juga, manusia didorong
oleh keperluan yang rendah atau bawah,
yang mana ianya perlu dipenuhi terlebih
dahulu sebelum dapat meningkat ke tahap
yang lebih tinggi

Rajah 1 : Hieraki Keperluan Maslow

Bagi lebih memahami konsep teori
keperluan Maslow ini kita boleh lihat
kepada contoh sebuah keluarga miskin
yang tinggal di kawasan kampung atau
pedalaman yang mana mereka banyak
menumpukan usaha untuk memenuhi
keperluan asas seperti mendapatkan
makanan dan tempat tinggal yang selesa
berbanding dari mendapatkan keperluan
lain.
Apabila keperluan-keperluan asas
ini tidak dapat dipenuhi dengan sempurna,
isu- isu lain sering diabaikan seperti
pendidikan anak – anak dan tahap
kesihatan keluarga. Jika dikaitkan dengan
Teori Hierarki Maslow ini, ternyata
pendidikan anak – anak tidak banyak
diberikan perhatian oleh ibu bapa
sehinggalah keluarga tersebut menikmati
status ekonomi yang memuaskan. Oleh itu,
adalah sukar bagi anak-anak untuk
memberi perhatian yang lebih terhadap
pelajaran sedangkan pada masa yang
sama memikirkan apa yang perlu dimakan
untuk mengelakkan kelaparan, tempat
belajar yang tidak kondusif dan tidak
mempunyai duit untuk membeli makanan
dan minuman semasa ke sekolah.
Keghairahan anak-anak yang masih muda
ini untuk belajar hanya tinggal impian dan
seterusnya kejayaan yang diingini tidak
akan kesampaian.
Berdasarkan teori Maslow, tahap
keperluan manusia yang pertama iaitu
keperluan fisiologi merupakan keperluan
manusia
yang
paling
asas
untuk
hidup.Manusia memerlukan air, udara,
makanan dan tempat tinggal bagi
memenuhi kehendak pertama dan utama
ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak
sekali menjadi tumpuan selagi kehendak
asas ini tidak dipenuhi. Ini boleh dilihat di
negara Afrika di mana masyarakat di sana
terpaksa betungkus lumus mendapatkan
keperluan yang paling asas ini sehingga
ada yang sanggup berbunuhan demi
merebut seguni gandum sahaja.
Tahap kedua pula melibatkan
keperluan keselamatan. Keselamatan di
sini juga bermaksud individu akan cuba
berusaha bagi menjamin penerusan
hidupnya dengan mendapatkan kerja yang
sesuai supaya mampu mendapatkan rumah
atau tempat tinggal yang sesuai. Sebagai
contoh, seorang nenek yang miskin yang
memiliki rumah
yang agak usang
memerlukan rumah yang baru bagi
menjamin keselamatannya. Hal ini demikian
kerana rumah yang selesa dan sempurna
diperlukan untuk menjamin keselamatan
dan kestabilan hidupnya.
Tahap ketiga ialah keperluan sosial
atau kasih sayang.Setelah mencapai
keperluan pada tahap yang pertama dan
kedua, individu kini beralih kepada
keperluan yang tidak kurang penting dalam
hidupnya iaitu keinginan kepada interaksi
sosial.Keadaan ini dapat digambarkan jika
kita melihat kebanyakan pelajar miskin di
sekolah-sekolah
atau
institusi-institusi
pengajian tinggi mempunyai perasaan malu
kepada persekitaran mereka sehinggakan
berasa malu untuk menyertai sesuatu
aktiviti sosial yang dianjurkan oleh komuniti
dan malu kepada rakan-rakan serta jiran

tetangga. Keadaan ini berlaku disebabkan
mereka berasa sangat rendah diri di atas
kemiskinan yang dialami dan juga risau
kepada tanggapan masyarakat terhadap
mereka. Oleh itu keperluan ini harus
dipenuhi oleh setiap manusia kerana fitrah
manusia sememangnya tidak boleh wujud
bersendirian.
Tahap keempat pula ialah keperluan
penghargaan kendiri.Dalam tahap ini,
individu mungkin sudah mempunyai
pekerjaan dan status yang kukuh.Oleh itu,
mereka inginkan pula rasa tanggungjawab
yang sesuai, pengiktirafan dan sentiasa
ingin kepada pencapaian yang lebih baik.
Mereka akan berusaha dengan lebih gigih
untuk mencapai tahap ini supaya timbul
perasaan dihargai sama ada di tempat kerja
atau di rumah. Namun begitu, apabila
individu tidak dapat mencapai apa yang
diingini menyebabkan mereka akan rasa
kekurangan harga diri, dan seterusnya akan
timbul perasaan rendah diri, tidak bermaya
dan tidak bersemangat dalam kehidupan
harian.
Tahap yang terakhir ialah tahap
kesempurnaan kendiri. Dalam tahap ini,
individu sepatutnya telah dapat merasakan
apa yang sepatutunya dicapai. Ini
merupakan tahap pemenuhan diri di mana
individu
telah
berupaya
mempunyai
perasaan puas terhadap apa yang telah
dicapai selama ini. Perasaan ini hanya
dapat dirasai oleh individu yang telah dapat
memenuhi kesemua tahap-tahap keperluan
sebelum ini dengan baik.
Berdasarkan kelima – lima tahap
keperluan manusia yang digariskan oleh
Maslow ini, dapat dinyatakan bahawa
manusia sentiasa bermotivasi untuk
memperjuangkan
keperluan
peringkat
rendah (asas) sebelum ke peringkat tinggi
dalam hieraki keperluan Maslow ini.
Seandainya suatu tahap keperluan sudah
dipenuhi, barulah seseorang itu „berhijrah‟
untuk mengisi keperluan yang lebih tinggi
lagi.
Hieraki keperluan Maslow pada
asalnya terdiri daripada lima peringkat atau
tahap keperluan yang mesti dipenuhi dalam
menghasilkan manusia yang sihat dan
berfungsi sepenuhnya. Sebelum Maslow
menghembuskan nafas yang terakhir,
beliau sempat menambah dua lagi
peringkat iaitu peringkat kognitif dan
astetika.
Peringkat
Keperluan Maslow
(asal)

Peringkat Keperluan
Maslow
(diperbahurui)
1. Fisiologi

1. Fisiologi

2. Keselamatan

2. Keselamatan

3. Kasih sayang

3. Kasih sayang

4. Penghargaan

4. Penghargaan

5. Kognitif

5. Kesempurnaan
kendiri

6. Astetika
7. Kesempurnaan
kendiri

Jadual 1: Peringkat keperluan Maslow Baru dan
Asal

Pandangan Islam Terhadap TeoriHierarki
Keperluan Maslow
Abraham
Maslow
merupakan
seorang tokoh teori humanistik yang
mengaitkan motivasi intrinsik dengan
keperluan
individu.Keperluan
adalah
kehendak manusia bagi menyempurnakan
keadaan kekurangan, gangguan dan
ketidakseimbangan dalam diri. Kegagalan
individu
memenuhi
keperluan
kesempurnaan kendiri akan menyebabkan
individu itu merasa kehilangan atau kecewa
dan tidak mempunyai kepuasan dalam
kehidupannya. Oleh yang demikian, tingkah

laku manusia berubah apabila terdapat
kekurangan keperluan terhadap dirinya
sehingga kadangkala perubahan yang
berlaku itu menyalahi norma – norma
kehidupan. Sebagai contoh, seorang
manusia yang sangat kelaparan akan
sanggup mencuri makanan dari orang lain
semata-mata memenuhi keperluan asasnya
iaitu makanan. Manakala bagi individu yang
gilakan kuasa akan sanggup memberi
rasuah hanya kerana ingin mendapatkan
pangkat dan kesenangan.
Jika dilihat dari sudut pandangan
teori keperluan Maslow, memang benarlah
manusia itu sentiasa bermotivasi untuk
memperjuangkan
keperluan
peringkat
rendah sebelum ke peringkat lebih
tinggi.Teori ini menggambarkan kepada kita
bahawa manusia harus berikhtiar sehabis
mungkin untuk memenuhi keperluan yang
asas dahulu sebelum „berhijrah‟ untuk
mengisi keperluan yang lebih tinggi. Dalam
proses memenuhi keperluan hidup, teori ini
secara jelas menidakkan pertimbangan
halal, haram dan syubhat. Tidak perlu
memikirkan halal atau haram dalam
makanan dan minuman, apa yang paling
penting adalah perut terisi. Begitu juga
dengan
keperluan
pakaian,
tempat
perlindungan, dan keperluan seks.Apa yang
paling penting ialah ia mampu memuaskan
nafsu. Kita tidak perlu membantu orang lain
jika diri kita sendiri pun masih tidak
sempurna. Jika dilihat secara mendalam
lagi, teori ini mengandungi terlalu banyak
kelemahan dan kekurangan.Apa yang
ditakuti ialah akan terdapat pihak yang akan
menggunakan teori ini bagi memutar
belitkan
fahaman
masyarakat
dan
memesongkan
akidah
umat
Islam
khususnya.
Pihak
yang
tidak
bertanggungjawab ini akan mengaitkan
teori keperluan ini dengan konsep fitrah
manusia untuk menghalalkan perkara yang
menyalahi norma-norma masyarakat serta
hukum syarak Allah Taala. Jadi masyarakat
seharusnya tidak mengambil terus teoriteori seperti ini.Mereka sepatutnya menapis
dahulu setiap idea yang ingin diceduk
sebelum mengamalkannya.
Teori keperluan ini telah mendapat
banyak
kritikan
dari
pelbagai
pihak.Kelemahan besar teori ini adalah
Maslow tidak meletakkan nilai keagamaan
sebagai salah satu motivasi kepada tingkah
laku manusia.
Seseorang mungkin
mengatakan bahawa nilai keagamaan ini
terletak dalam tahap keperluan yang ketiga
iaitu peringkat keperluan kasih sayang atau
sosial yang mana agama memberi kita rasa
dekat dan hampir kepada gereja atau
masjid atau tempat beribadat yang lain.
Akan tetapi, sebenarnya agama adalah
lebih daripada itu.Ianya mungkin berkaitan
dengan peringkat yang kelima iaitu
peringkat kesempurnaan kendiri tetapi
Maslow menyatakan bahawa hanya sedikit
sahaja individu yang benar-benar mencapai
peringkat
kesempurnaan
kendiri
tersebut.Jadi tidak mungkin agama yang
dianuti sebilangan besar manusia di dunia
ini termasuk dalam peringkat tersebut,
kerana agama memainkan peranan yang
sangat penting dalam kehidupan manusia
itu sendiri.
Setiap agama di dunia ini percaya
bahawa manusia adalah terdiri daripada
aspek fizikal dan aspek spiritual. Ini
bermaksud, pada masa yang sama
manusia memiliki jasad (tubuh badan) dan
juga roh. Jasad adalah sebagai tapak atau
asas yang bersifat ke‟binatangan‟ yang
sentiasa mahukan makanan, seks, harga
diri, dan lain-lain yang mana ianya lebih
dikenali sebagai nafsu. Manakala aspek
spiritual pula memotivasikan diri manusia
untuk bertindak mengikut jalan dan cara
yang tertentu. Aspek spiritual inilah yang
menentukan sama ada manusia itu
mengikut nafsunya atau melawan nafsunya
itu. Segala perkara yang disebut dalam

teori hierarki keperluan Maslow ini
sebenarnya adalah berkaitan dengan nafsu.
Kedua-dua aspek spiritual dan fizikal akan
sentiasa saling „bergelutan‟ untuk menjadi
dominan. Bagi memastikan jiwa rohani
manusia (aspek spiritual) dapat melawan
nafsu yang telah sedia ada pada diri
seorang manusia itu, individu itu perlu
berjihad.Inilah yang dinyatakan dalam Islam
sebagai “jihad melawan nafsu” (berusaha
melawan nilai kebinatangan).

“Kita telah pulang dari jihad yang kecil
(peperangan) dan kita menuju kepada jihad
yang lebih besar/paling besar. Para
sahabat berkata: Apakah jihad yang paling
besar?
Rasulullah
berkata:
Jihad
menentang hawa nafsu”
[Hadis riwayat Imam al-Baihaqi]

Biarpun ada ulama‟ yang mengatakan hadis
ini adalah hadis daif (lemah), tetapi menurut
ajaran Islam, berjihad melawan nafsu
adalah sangat dituntut dalam Islam. Salah
satu cara melawan nafsu adalah dengan
berpuasa.
Seorang Muslim yang berpuasa,
secara
sedar
dan
sukarela
telah
meninggalkan makanan dan minuman serta
keinginan seksualnya sejak dari terbit
matahari hingga terbenam matahari.
Tingkahlaku ini secara terang-terangan
berlawanan dengan apa yang teori Maslow
katakan yang mana jika individu itu lapar,
dia akan bertindak untuk memenuhi
kelaparannya itu dengan makan. Kerana
lapar dan haus adalah sebahagian daripada
keperluan asas, menyekatnya adalah cara
yang paling baik menjadikan aspek
kerohanian manusia itu menjadi dominan.
Samalah juga seperti individu yang bangun
bersolat di tengah malam kerana tidur itu
juga sebahagian daripada keperluan asas
manusia. Biasanya, manusia akan sentiasa
bertindak
untuk
memastikan
keselamatannya terjamin. Dalam hal ini,
jiwa dan roh manusia adalah sama dengan
nafsu dalam dirinya yang mahukan
keselamatan. Tetapi sampai suatu masa,
perkara ini akan diketepikan. Sebagai
contoh, apabila keadaan mengkehendaki
kepada berlakunya peperangan, manusia
itu akan sanggup meletakkan dirinya dalam
bahaya biarpun keselamatannya tidak
terjamin.
Jika di lihat semula kepada hierarki
keperluan Maslow ini, penulis berpendapat
bahawa keperluan yang disebutkan adalah
tidak semestinya keperluan tetapi lebih
kepada “keinginan”.Apabila seseorang itu
lapar, dia mahukan makanan.Ianya hanya
menjadi keperluan apabila seseorang itu
mencapai tahap kebuluran.Jadi manusia
memerlukan
panduan
agama
untuk
membebaskan dirinya dari menjadi hamba
keinginan atau nafsu.Keinginan atau nafsu
itu tidak boleh disingkirkan daripada hidup
seseorang tetapi janganlah membiarkan diri
sendiri bertindak mengikut nafsu kerana
mengawal nafsu itu adalah lebih baik dan
utama.Agama terutamanya Islam adalah
sangat seimbang dan bersederhana.Islam
menyuruh manusia berpuasa dan berbuka,
bersolat di malam hari dan tidur dengan
secukupnya dan juga berkahwin. Oleh itu
keinginan manusia akan dipenuhi dengan
penuh keseimbangan dan kesederhanaan.
Islam Sebagai Motivasi Hidup Setiap
Insan
Islam adalah agama yang syumul
(menyeluruh).Di
dalamnya
terkandung
pelbagai ajaran yang telah digariskan
dengan sempurna oleh Allah S.W.T. Islam
juga mempunyai pandangan hidupnya
sendiri yang lebih dikenali sebagai
Tasawwur Islam. Tasawwur Islam adalah
tidak seperti tasawwur (pandangan hidup)
lain yang didorong oleh asakan falsafah

barat dan pemikiran kendiri yang tidak
bergerak di atas landasan hakikat. Dasar
utama tasawwur Islam adalah konsep AlRabbaniyah
yang
mana ia hanya
bertunjangkan kepada satu kiblat iaitu
berteraskan kepada keesaan Allah S.W.T.
Nama lain yang diberi ialah tasawwur
i’tiqadi kerana ia diwahyukan oleh Allah
S.W.T. (Ramli Awang, 1997). Dengan
mendalami ajaran Islam, seseorang individu
itu akan mampu mengawal naluri
„kebinatangan‟
dalam
dirinya
dan
seterusnya mencapai tahap kesempurnaan
diri seperti mana Maslow meletakkan tahap
kesempurnaan kendiri di aras yang teratas
dalam teori keperluannya itu.
Menurut Maslow, seseorang individu
hanya memiliki satu keperluan hidup dalam
satu masa tertentu. (S.Feidmen, 2003) Jika
individu itu mahu berganjak ke keperluan
yang lain, dia perlu memenuhi dahulu
keperluan yang dia ada pada masa
tersebut. Sebagai contoh, seseorang itu
perlu memenuhi keperluan fisiologinya
dahulu dan kemudian keperluan-keperluan
yang seterusnya sebelum dia dapat
mencapai kesempurnaan diri dalam
hidupnya. Jika dirujuk kepada kisah
sahabat Rasulullah (SAW) seperti Bilal bin
Rabah yang diseksa oleh orang kafir
musyrikin pada masa itu, teori keperluan
Maslow
ini
sama
sekali
tidak
menggambarkan situasi tersebut dengan
tepat. Biarpun beliau haus, lapar dan rasa
tidak selamat, beliau masih lagi berpegang
teguh
dengan
ajaran
Allah
Taala.Keyakinannya terhadap janji Allah
SWT telah menjadi motivasi dalam dirinya
untuk mencapai jati diri yang terunggul.
“Sesungguhnya Allah akan menolong
sesiapa yang menolong agamanya (agama
Islam), sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi
Maha Berkuasa”
[Surah Al-Hajj : Ayat 40]
Ayat Al-Quran ini membawa erti
bahawa, walaupun seseorang muslim itu
mewarisi sebuah kemiskinan, dia tetap
memperolehi
penghargaan
diri
dan
disanjung ramai oleh kerana keperibadian
akhlaknya yang tinggi dan sentiasa
menghulurkan bantuan di sana sini. Inilah
janji Allah kepada setiap orang yang
beriman kepada Allah Taala. Seorang
muslim
yang
sejati
tidak
akan
memperjuangkan
keperluan
peringkat
rendah sebelum ke peringkat tinggi dalam
hierarki keperluan. Semua keperluan baik di
peringkat rendah mahupun di peringkat
tinggi dipenuhi sebaik mungkin sesuai
menurut kerangka dan acuan Islam yang
lebih mementingkan kualiti daripada
kuantiti.

Hierarki Transenden
Setiap individu terutamanya Muslim
seharusnya bertanggungjawab memahami
dan menyedari implikasi teori seperti teori
keperluan
Maslow
ini
dan
juga
pengaruhnya pada minda dan akidah umat
Islam. Berdasarkan teori yang tiada unsur
ketuhanan seperti teori Maslow ini, manusia
akan mendapati dirinya dalam keadaan
huru hara yang sangat teruk. Teori
keperluan ini perlulah dibaiki supaya ia
menjadi lebih sempurna dan berada pada
landasan yang betul. Dengan menjadikan
Allah sebagai asas kepada teori hieararki
yang
baru,
setiap
insan
akan
menyeimbangkan
kesemua
keperluan
mereka kepada Allah dan bukan pada diri
sendiri semata-mata.

Rajah 2: Hierarki transenden
Berdasarkan Rajah 2, Hierarki
Transenden merupakan teori keperluan
yang telah dicipta oleh seorang paderi
Kristian yang bernama Andrew A. Pfeifer.
Penulis melihat bahawa Hierarki Keperluan
Transenden ini boleh diaplikasi dalam Islam
kerana ianya memiliki nilai ketuhanan di
situ.Bezanya dengan teori asal ialah
Andrew meletakkan Jesus Christ sebagai
tuhan yang harus disembah dan segala
keperluan haruslah disandarkan kepada
Jesus tetapi jika diaplikasikan dengan
mengikut pandangan Islam, Tuhan di dalam
hiearaki ini boleh diubah kepada Allah
SWT.Menurut Andrew dalam artikelnya
berjudul “Abraham Maslow’s Hierarchy Of
Needs: A Christian Perspective”, dalam
hierarki transenden, terdapat dua perkara
yang perlu diketengahkan. Perkara pertama
adalah
garis
putus-putus
yang
membahagikan setiap keperluan dengan
keperluan yang lain. Ini memang sengaja
dilakukan untuk menunjukkan bagaimana
kesemua keperluan ini saling berkaitan dan
berhubung di antara satu sama lain dan
bagaimana kesemuanya bersandar kepada
tuhan. Dalam Islam, setiap muslim percaya
bahawa Allah SWT sangat banyak
memainkan peranan yang penting dalam
keperluan hidup seharian. Allah SWT
menyediakan kepuasan yang sebenar
tentang
kesemua
keperluan
melalui
pelbagai cara. Dialah yang menjadikan
tanah, matahari, air, dan udara dan Dialah
yang mencipta kehidupan baru yang
membesar dalam perut seorang ibu.
Perkara yang kedua ialah tanda
anak panah menghala keatas dan kebawah
pada setiap keperluan.Ini menandakan
turun naik atau perubahan kepentingan
yang ada pada setiap keperluan yang
berlaku
sepanjang
kewujudan
seseorang.Sebagai contoh kisah Nabi
Ibrahim
yang
disuruh
oleh
Allah
menyembelih anaknya Nabi Ismail.Nabi
Ismail
sanggup
membiarkan
dirinya
disembelih oleh bapanya sendiri Nabi
Ibrahim
semata-mata
hanya
kerana
menurut perintah Allah SWT.Nabi Ismail
mengetepikan keperluan keselamatannya
dan hanya mengharapkan kasih sayang
Allah yang kekal abadi.

Kesimpulan
Terdapat
ramai
individu
dan
termasuklah segelintir golongan muslim
telah mengguna pakai teori Maslow kerana
ianya nampak seperti masuk akal dan logik
tetapi semua itu masih belum cukup. Setiap
perkara dan fahaman haruslah ditapis
terlebih
dahulu
bagi
menentukan
kesesuaiannya dengan masyarakat dan
hukum syarak. Hierarki keperluan Maslow
adalah tidak sempurna kerana ia menafikan
asas keperluan yang paling penting iaitu
hubungan dengan zat yang paling mulia
iaitu Allah SWT.
Ianya sangat penting bagaimana
seseorang itu memilih untuk mempercayai
sesuatu perkara kerana manusia itu
bermotivasi
untuk
membesar
dan
belajar.Adakah manusia memerlukan tuhan
atau adakah manusia ini sudah cukup
bagus tanpa bantuan tuhan?Manusia yang
bersetuju dengan Maslow secara tidak

sedar telah menafikan ketinggian tempat
Allah dalam diri dan kehidupan di dunia ini.
Sememangnya tidak ada cacatnya
teori Maslow menurut kaca mata bukan
Muslim kerana sudah tersurat di dalam al –
Quran bahawasanya Allah menjadikan
Bumi ini seperti syurga bagi orang-orang
kafir. Bagi Muslim pula, teori ini sudah tentu
tersasar dari landasan Islam kerana ia
bermula dengan premis yang salah dan
sangat jelas bertentangan dengan syarak.
Dalam Islam, segalanya adalah berakhir
dengan mencari keredaan Allah dan segala
yang dilakukan tidak lain dan tidak bukan
untuk
manfaat
di
akhirat
kelak.Waallahuallam.

More Related Content

What's hot

Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...FaFai S.
 
Teori Personaliti Humanistik dan Sosiokognitif
Teori Personaliti Humanistik dan SosiokognitifTeori Personaliti Humanistik dan Sosiokognitif
Teori Personaliti Humanistik dan SosiokognitifNURUL NADIAH AHMAD KAMAL
 
2.3 ingatan dan lupaan
2.3 ingatan dan lupaan2.3 ingatan dan lupaan
2.3 ingatan dan lupaanFarah Husna
 
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna KatherineSaw3
 
Teori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
Teori behavioris dalam Bimbingan dan KaunselingTeori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
Teori behavioris dalam Bimbingan dan KaunselingHidayah Saufi
 
Konsep proses perhubungan menolong
Konsep proses perhubungan menolongKonsep proses perhubungan menolong
Konsep proses perhubungan menolongSolehah Saffinee
 
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)Hafezah Yusof
 
Teori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran HumanismeTeori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran HumanismeAsyrafRidzuan
 
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Teori pemusatan klien
Teori pemusatan klienTeori pemusatan klien
Teori pemusatan kliensiewling1988
 
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasa
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasaImplikasi perkembangan kognitif dan bahasa
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasaNurSyahirahSyaza
 
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10   Halangan Dalam KaunselingBab 10   Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10 Halangan Dalam KaunselingFathmalyn Abdullah
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahAgnes Wong
 
terapi rasional emotif tingkah laku
 terapi rasional emotif tingkah laku terapi rasional emotif tingkah laku
terapi rasional emotif tingkah lakuzakwan azhar
 
Ciri ciri kaunselor yang profesional-1
Ciri ciri kaunselor yang profesional-1Ciri ciri kaunselor yang profesional-1
Ciri ciri kaunselor yang profesional-1mananaga
 
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaVygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaSyed Ahmad Azhar
 
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbGaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbanwar Hazim
 

What's hot (20)

Pemikiran dalam Psikologi Pendidikan
Pemikiran dalam Psikologi PendidikanPemikiran dalam Psikologi Pendidikan
Pemikiran dalam Psikologi Pendidikan
 
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
 
Teori Personaliti Humanistik dan Sosiokognitif
Teori Personaliti Humanistik dan SosiokognitifTeori Personaliti Humanistik dan Sosiokognitif
Teori Personaliti Humanistik dan Sosiokognitif
 
2.3 ingatan dan lupaan
2.3 ingatan dan lupaan2.3 ingatan dan lupaan
2.3 ingatan dan lupaan
 
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
 
Teori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
Teori behavioris dalam Bimbingan dan KaunselingTeori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
Teori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
 
Stereotaip dalam kaunseling silang budaya
Stereotaip dalam kaunseling silang budayaStereotaip dalam kaunseling silang budaya
Stereotaip dalam kaunseling silang budaya
 
Konsep proses perhubungan menolong
Konsep proses perhubungan menolongKonsep proses perhubungan menolong
Konsep proses perhubungan menolong
 
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
 
Teori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran HumanismeTeori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran Humanisme
 
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Teori pemusatan klien
Teori pemusatan klienTeori pemusatan klien
Teori pemusatan klien
 
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasa
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasaImplikasi perkembangan kognitif dan bahasa
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasa
 
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10   Halangan Dalam KaunselingBab 10   Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
terapi rasional emotif tingkah laku
 terapi rasional emotif tingkah laku terapi rasional emotif tingkah laku
terapi rasional emotif tingkah laku
 
Ciri ciri kaunselor yang profesional-1
Ciri ciri kaunselor yang profesional-1Ciri ciri kaunselor yang profesional-1
Ciri ciri kaunselor yang profesional-1
 
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaVygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
 
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbGaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
 

Similar to HIERARKI MASLOW ISLAM

Teori hierarki keperluan maslow menurut pandangan islam
Teori hierarki keperluan maslow menurut pandangan islamTeori hierarki keperluan maslow menurut pandangan islam
Teori hierarki keperluan maslow menurut pandangan islamKu Ahmad Fatakhsya
 
Makalah Terapan Teori Motivasi Humanistik Abraham Maslow
Makalah Terapan Teori Motivasi Humanistik Abraham MaslowMakalah Terapan Teori Motivasi Humanistik Abraham Maslow
Makalah Terapan Teori Motivasi Humanistik Abraham MaslowSetyo Putranto
 
Humanisme Theory from Rizki Faishal
Humanisme Theory from Rizki FaishalHumanisme Theory from Rizki Faishal
Humanisme Theory from Rizki FaishalFaiz Sujudi
 
Kebutuhan subjek didik dan proses pembelajaran sebagai upaya pemenuhannya
Kebutuhan subjek didik dan proses pembelajaran sebagai upaya pemenuhannyaKebutuhan subjek didik dan proses pembelajaran sebagai upaya pemenuhannya
Kebutuhan subjek didik dan proses pembelajaran sebagai upaya pemenuhannyaDedi Yulianto
 
teori humanistik abraham maslow
teori humanistik abraham maslowteori humanistik abraham maslow
teori humanistik abraham maslowimmochacha
 
KEBUTUHAN BIOLOGIS MANUSIA
KEBUTUHAN BIOLOGIS MANUSIAKEBUTUHAN BIOLOGIS MANUSIA
KEBUTUHAN BIOLOGIS MANUSIASyifaARN
 
Faktor - faktor yang mempengaruhi Kebutuhan Dasar Manusia
Faktor - faktor yang mempengaruhi Kebutuhan Dasar ManusiaFaktor - faktor yang mempengaruhi Kebutuhan Dasar Manusia
Faktor - faktor yang mempengaruhi Kebutuhan Dasar ManusiaAmalia Senja
 
Teori holistik – dinami sppt fix
Teori holistik – dinami sppt fixTeori holistik – dinami sppt fix
Teori holistik – dinami sppt fixShintasari
 
Teori holistik – dinami sppt fix
Teori holistik – dinami sppt fixTeori holistik – dinami sppt fix
Teori holistik – dinami sppt fixyulianaika61
 
Teori holistik – dinami sppt fix
Teori holistik – dinami sppt fixTeori holistik – dinami sppt fix
Teori holistik – dinami sppt fixelisustiar
 
Teori holistik – dinami sppt fix
Teori holistik – dinami sppt fixTeori holistik – dinami sppt fix
Teori holistik – dinami sppt fixelisustiar
 
Pertemuan ke-11 Humanistik Abraham Maslow
Pertemuan ke-11 Humanistik Abraham MaslowPertemuan ke-11 Humanistik Abraham Maslow
Pertemuan ke-11 Humanistik Abraham MaslowVivia Maya Rafica
 
Teori Humanistik
Teori HumanistikTeori Humanistik
Teori HumanistikFath Anissa
 
Modul 2 psikologi perkembangan sosial-emosional
Modul 2 psikologi perkembangan sosial-emosionalModul 2 psikologi perkembangan sosial-emosional
Modul 2 psikologi perkembangan sosial-emosionalRizka Supriyanti
 
Teori Belajar Humanistik
Teori Belajar HumanistikTeori Belajar Humanistik
Teori Belajar HumanistikRozaq Fadlli
 
Dasar dasar perilaku individu
Dasar dasar perilaku individuDasar dasar perilaku individu
Dasar dasar perilaku individuSiti Sahati
 
2. Teori kreativitas maslow freud.pptx
2. Teori kreativitas maslow freud.pptx2. Teori kreativitas maslow freud.pptx
2. Teori kreativitas maslow freud.pptxDanniFrengkiDodiMunt
 

Similar to HIERARKI MASLOW ISLAM (20)

Teori hierarki keperluan maslow menurut pandangan islam
Teori hierarki keperluan maslow menurut pandangan islamTeori hierarki keperluan maslow menurut pandangan islam
Teori hierarki keperluan maslow menurut pandangan islam
 
Makalah Terapan Teori Motivasi Humanistik Abraham Maslow
Makalah Terapan Teori Motivasi Humanistik Abraham MaslowMakalah Terapan Teori Motivasi Humanistik Abraham Maslow
Makalah Terapan Teori Motivasi Humanistik Abraham Maslow
 
Teori Abraham Maslow
Teori Abraham Maslow Teori Abraham Maslow
Teori Abraham Maslow
 
Humanisme Theory from Rizki Faishal
Humanisme Theory from Rizki FaishalHumanisme Theory from Rizki Faishal
Humanisme Theory from Rizki Faishal
 
Kebutuhan subjek didik dan proses pembelajaran sebagai upaya pemenuhannya
Kebutuhan subjek didik dan proses pembelajaran sebagai upaya pemenuhannyaKebutuhan subjek didik dan proses pembelajaran sebagai upaya pemenuhannya
Kebutuhan subjek didik dan proses pembelajaran sebagai upaya pemenuhannya
 
teori humanistik abraham maslow
teori humanistik abraham maslowteori humanistik abraham maslow
teori humanistik abraham maslow
 
080 180209 bookclub_maslows hierarchy of needs - part 1
080 180209 bookclub_maslows hierarchy of needs - part 1080 180209 bookclub_maslows hierarchy of needs - part 1
080 180209 bookclub_maslows hierarchy of needs - part 1
 
KEBUTUHAN BIOLOGIS MANUSIA
KEBUTUHAN BIOLOGIS MANUSIAKEBUTUHAN BIOLOGIS MANUSIA
KEBUTUHAN BIOLOGIS MANUSIA
 
Faktor - faktor yang mempengaruhi Kebutuhan Dasar Manusia
Faktor - faktor yang mempengaruhi Kebutuhan Dasar ManusiaFaktor - faktor yang mempengaruhi Kebutuhan Dasar Manusia
Faktor - faktor yang mempengaruhi Kebutuhan Dasar Manusia
 
Teori holistik – dinami sppt fix
Teori holistik – dinami sppt fixTeori holistik – dinami sppt fix
Teori holistik – dinami sppt fix
 
Teori holistik – dinami sppt fix
Teori holistik – dinami sppt fixTeori holistik – dinami sppt fix
Teori holistik – dinami sppt fix
 
Teori holistik – dinami sppt fix
Teori holistik – dinami sppt fixTeori holistik – dinami sppt fix
Teori holistik – dinami sppt fix
 
Teori holistik – dinami sppt fix
Teori holistik – dinami sppt fixTeori holistik – dinami sppt fix
Teori holistik – dinami sppt fix
 
Teori Abraham Maslow
Teori Abraham MaslowTeori Abraham Maslow
Teori Abraham Maslow
 
Pertemuan ke-11 Humanistik Abraham Maslow
Pertemuan ke-11 Humanistik Abraham MaslowPertemuan ke-11 Humanistik Abraham Maslow
Pertemuan ke-11 Humanistik Abraham Maslow
 
Teori Humanistik
Teori HumanistikTeori Humanistik
Teori Humanistik
 
Modul 2 psikologi perkembangan sosial-emosional
Modul 2 psikologi perkembangan sosial-emosionalModul 2 psikologi perkembangan sosial-emosional
Modul 2 psikologi perkembangan sosial-emosional
 
Teori Belajar Humanistik
Teori Belajar HumanistikTeori Belajar Humanistik
Teori Belajar Humanistik
 
Dasar dasar perilaku individu
Dasar dasar perilaku individuDasar dasar perilaku individu
Dasar dasar perilaku individu
 
2. Teori kreativitas maslow freud.pptx
2. Teori kreativitas maslow freud.pptx2. Teori kreativitas maslow freud.pptx
2. Teori kreativitas maslow freud.pptx
 

Recently uploaded

KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 

Recently uploaded (20)

KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 

HIERARKI MASLOW ISLAM

  • 1. TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW MENURUT PANDANGAN ISLAM Ku Ahmad Fatakhsya bin Ku Talib Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Batu Pahat, Malaysia e-mail: kufatakhsya@gmail.com ABSTRAK Artikel ini menghuraikan tentang konsep yang dibawa oleh Teori Keperluan Malow iaitu manusia perlu memenuhi keperluan pada peringkat asas sebelum dapat memenuhi keperluan yang lebih tinggi.Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan yang ketara wujud dalam teori tersebut iaitu Maslow tidak memasukkan nilai ketuhanan kedalam teori keperluannya.Teori keperluan Maslow ini dikritik berdasarkan pandangan Islam yang menekankan setiap tingkahlaku manusia mestilah bersandarkan kepada tuhan iaitu Allah SWT.Sesorang individu itu sebenarnya mampu memenuhi keperluan yang lebih atas jika dia memasukkan elemen ketuhanan dalam dirinya.Artikel ini juga telah memperbaiki hierarki keperluan Maslow dengan memperkenalkan satu hierarki keperluan yang lebih unggul iaitu Hierarki Keperluan Transenden yang mana unsur ketuhanan telah dimasukkan. Kata kunci: teori keperluan Maslow; Hierarki Keperluan Transenden; nilai ketuhanan
  • 2. Pendahuluan menarik kerana ia memberikan gambaran yang praktikal dan boleh difahami oleh semua orang. ..Allah akan meninggikan orang – orang yang beriman di antara kamu dan orang - orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat, dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. [Al-Mujadalah 58:11] Allah S.W.T telah menjadikan manusia ini hidup bersama dengan fitrah semulajadi.Fitrah inilah yang menjadi motivasi dan pendorong kepada setiap insan di muka bumi untuk terus hidup dan berfungsi.Aa Gym (2005) mendefinasikan fitrah sebagai tabiat suci dan asli yang dibawa manusia sejak lahir dan belum pernah disentuh atau diubah.Fitrah manusia ini merangkumi keperluan manusia terhadap jasmani, kebendaan, keduniaan dan kerohanian. Secara fitrahnya, seseorang individu akan bermotivasi untuk memenuhi keperluan dirinya sendiri sehingga dia mendapat kepuasan yang secukupnya. Salah satu teori yang sering digunakan dalam membincangkan tentang motivasi dan keperluan manusia ialah teori keperluan Abraham Maslow. Teori ini telah banyak diaplikasikan dalam kehidupan terutamanya oleh masyarakat barat sama ada dalam pelajaran, pekerjaan dan perniagaan dan teori ini telah dibangunkan oleh Maslow pada lewat 1950-an sehingga dia meninggal dunia pada tahun 1970. Masyarakat dunia telah menganggap Maslow sebagai bapa kepada teori keperluan dan motivasi dan teorinya ini sangat dipersetujui dan digunakan secara meluas di seluruh dunia. Ini adalah kerana teori keperluan Maslow ini sangat Abraham Maslow : Keperibadian dan teorinya “A musician must make music, an artist must paint,a poet must write if he is to be ultimately at peace with himself. What one can be, one must be.” [Abraham Maslow (1908-1970)] Abraham H. Maslow (1908 – 1970) yang berketurunan Yahudi dari Rusia telah dilahirkan di Brooklyn, New York. Beliau merupakan anak sulung dari tujuh orang adik-beradik. Pada zaman mudanya, beliau tidak begitu rapat dengan ibu bapanya dan sering menderita akibat perlakuan kedua ibu bapanya terutama ibunya yang sering membeza-bezakan dirinya dengan adikberadik yang lain. Beliau sangat miskin dan mempunyai kehidupan yang sangat susah. Pengalaman hidupnya penuh dengan kekecewaan dan rasa kesunyian.Apabila meningkat dewasa, beliau menuntut di City College of New York dan di Universiti Wisconsin. Maslow telah menceburi bidang psikologi selama lebih 14 tahun di Brooklyn College dan akhirnya berpindah ke Universiti Brandeis di mana dia menamatkan kerjaya perguruannya di situ. Di Brandeis, Maslow telah membangunkan teori motivasi yang memperihalkan proses di mana seseorang individu berprogresif dari keperluan asas seperti air dan makanan ke keperluan lebih tinggi, yang dipanggil “ kesempurnaan kendiri (selfactualization)”.
  • 3. Definasi Maslow tentang kesempurnaan kendiri datang dari kajiannya tentang beberapa tokoh terkenal seperti Albert Einstein, Jane Addams, Eleanor Roosevelt dan Frederick Douglass.Teorinya ini telah mengejutkan dunia bidang psikologi pada zaman itu.Dalam menghasilkan teorinya ini, Maslow telah membuat pemerhatian terhadap penyelidikan Sigmund Freud dan B. F. Skinner dalam mengkaji pemikiran manusia dan binatang pada masa itu. Sebagai contoh, Skinner telah mengkaji bagaimana burung merpati dan tikus belajar. Maslow perhatikan bahawa Model Motivasi Skinner adalah berdasarkan kepada ganjaran mudah seperti makanan, minuman, seks dan mengelakkan kesakitan. Seekor anjing disuruh duduk dan diberikan ganjaran apabila duduk dan ia diberikan hukuman apabila ia tidak duduk. Daripada ini, Maslow beranganggapan bahawa ahli psikologi sepatutnya mengkaji perkara yang lain iaitu tentang gurauan dan kasih sayang bagi binatang dan manusia. Jadi, hieraki keperluan Maslow telah menyediakan cara alternatif tentang penentuan dalam kajian Freud dan Skinner tersebut. Maslow telah memperkenalkan lima hierarki keperluan semula jadi manusia yang ditujukan kepada tingkah laku manusia. Berdasarkan Rajah 1, keperluan tersebut ialah keperluan fisiologi (physiology), keselamatan (safety), kasih sayang (belonging/love), penghargaan kendiri (esteem), dan keperluan kesempurnaan kendiri (self-actualization). Menurut Maslow juga, manusia didorong oleh keperluan yang rendah atau bawah, yang mana ianya perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum dapat meningkat ke tahap yang lebih tinggi Rajah 1 : Hieraki Keperluan Maslow Bagi lebih memahami konsep teori keperluan Maslow ini kita boleh lihat kepada contoh sebuah keluarga miskin yang tinggal di kawasan kampung atau pedalaman yang mana mereka banyak menumpukan usaha untuk memenuhi keperluan asas seperti mendapatkan makanan dan tempat tinggal yang selesa berbanding dari mendapatkan keperluan lain. Apabila keperluan-keperluan asas ini tidak dapat dipenuhi dengan sempurna, isu- isu lain sering diabaikan seperti pendidikan anak – anak dan tahap kesihatan keluarga. Jika dikaitkan dengan Teori Hierarki Maslow ini, ternyata pendidikan anak – anak tidak banyak diberikan perhatian oleh ibu bapa sehinggalah keluarga tersebut menikmati status ekonomi yang memuaskan. Oleh itu, adalah sukar bagi anak-anak untuk memberi perhatian yang lebih terhadap pelajaran sedangkan pada masa yang sama memikirkan apa yang perlu dimakan untuk mengelakkan kelaparan, tempat belajar yang tidak kondusif dan tidak mempunyai duit untuk membeli makanan dan minuman semasa ke sekolah. Keghairahan anak-anak yang masih muda ini untuk belajar hanya tinggal impian dan
  • 4. seterusnya kejayaan yang diingini tidak akan kesampaian. Berdasarkan teori Maslow, tahap keperluan manusia yang pertama iaitu keperluan fisiologi merupakan keperluan manusia yang paling asas untuk hidup.Manusia memerlukan air, udara, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhi kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini tidak dipenuhi. Ini boleh dilihat di negara Afrika di mana masyarakat di sana terpaksa betungkus lumus mendapatkan keperluan yang paling asas ini sehingga ada yang sanggup berbunuhan demi merebut seguni gandum sahaja. Tahap kedua pula melibatkan keperluan keselamatan. Keselamatan di sini juga bermaksud individu akan cuba berusaha bagi menjamin penerusan hidupnya dengan mendapatkan kerja yang sesuai supaya mampu mendapatkan rumah atau tempat tinggal yang sesuai. Sebagai contoh, seorang nenek yang miskin yang memiliki rumah yang agak usang memerlukan rumah yang baru bagi menjamin keselamatannya. Hal ini demikian kerana rumah yang selesa dan sempurna diperlukan untuk menjamin keselamatan dan kestabilan hidupnya. Tahap ketiga ialah keperluan sosial atau kasih sayang.Setelah mencapai keperluan pada tahap yang pertama dan kedua, individu kini beralih kepada keperluan yang tidak kurang penting dalam hidupnya iaitu keinginan kepada interaksi sosial.Keadaan ini dapat digambarkan jika kita melihat kebanyakan pelajar miskin di sekolah-sekolah atau institusi-institusi pengajian tinggi mempunyai perasaan malu kepada persekitaran mereka sehinggakan berasa malu untuk menyertai sesuatu aktiviti sosial yang dianjurkan oleh komuniti dan malu kepada rakan-rakan serta jiran tetangga. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka berasa sangat rendah diri di atas kemiskinan yang dialami dan juga risau kepada tanggapan masyarakat terhadap mereka. Oleh itu keperluan ini harus dipenuhi oleh setiap manusia kerana fitrah manusia sememangnya tidak boleh wujud bersendirian. Tahap keempat pula ialah keperluan penghargaan kendiri.Dalam tahap ini, individu mungkin sudah mempunyai pekerjaan dan status yang kukuh.Oleh itu, mereka inginkan pula rasa tanggungjawab yang sesuai, pengiktirafan dan sentiasa ingin kepada pencapaian yang lebih baik. Mereka akan berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai tahap ini supaya timbul perasaan dihargai sama ada di tempat kerja atau di rumah. Namun begitu, apabila individu tidak dapat mencapai apa yang diingini menyebabkan mereka akan rasa kekurangan harga diri, dan seterusnya akan timbul perasaan rendah diri, tidak bermaya dan tidak bersemangat dalam kehidupan harian. Tahap yang terakhir ialah tahap kesempurnaan kendiri. Dalam tahap ini, individu sepatutnya telah dapat merasakan apa yang sepatutunya dicapai. Ini merupakan tahap pemenuhan diri di mana individu telah berupaya mempunyai perasaan puas terhadap apa yang telah dicapai selama ini. Perasaan ini hanya dapat dirasai oleh individu yang telah dapat memenuhi kesemua tahap-tahap keperluan sebelum ini dengan baik. Berdasarkan kelima – lima tahap keperluan manusia yang digariskan oleh Maslow ini, dapat dinyatakan bahawa manusia sentiasa bermotivasi untuk memperjuangkan keperluan peringkat rendah (asas) sebelum ke peringkat tinggi dalam hieraki keperluan Maslow ini. Seandainya suatu tahap keperluan sudah dipenuhi, barulah seseorang itu „berhijrah‟
  • 5. untuk mengisi keperluan yang lebih tinggi lagi. Hieraki keperluan Maslow pada asalnya terdiri daripada lima peringkat atau tahap keperluan yang mesti dipenuhi dalam menghasilkan manusia yang sihat dan berfungsi sepenuhnya. Sebelum Maslow menghembuskan nafas yang terakhir, beliau sempat menambah dua lagi peringkat iaitu peringkat kognitif dan astetika. Peringkat Keperluan Maslow (asal) Peringkat Keperluan Maslow (diperbahurui) 1. Fisiologi 1. Fisiologi 2. Keselamatan 2. Keselamatan 3. Kasih sayang 3. Kasih sayang 4. Penghargaan 4. Penghargaan 5. Kognitif 5. Kesempurnaan kendiri 6. Astetika 7. Kesempurnaan kendiri Jadual 1: Peringkat keperluan Maslow Baru dan Asal Pandangan Islam Terhadap TeoriHierarki Keperluan Maslow Abraham Maslow merupakan seorang tokoh teori humanistik yang mengaitkan motivasi intrinsik dengan keperluan individu.Keperluan adalah kehendak manusia bagi menyempurnakan keadaan kekurangan, gangguan dan ketidakseimbangan dalam diri. Kegagalan individu memenuhi keperluan kesempurnaan kendiri akan menyebabkan individu itu merasa kehilangan atau kecewa dan tidak mempunyai kepuasan dalam kehidupannya. Oleh yang demikian, tingkah laku manusia berubah apabila terdapat kekurangan keperluan terhadap dirinya sehingga kadangkala perubahan yang berlaku itu menyalahi norma – norma kehidupan. Sebagai contoh, seorang manusia yang sangat kelaparan akan sanggup mencuri makanan dari orang lain semata-mata memenuhi keperluan asasnya iaitu makanan. Manakala bagi individu yang gilakan kuasa akan sanggup memberi rasuah hanya kerana ingin mendapatkan pangkat dan kesenangan. Jika dilihat dari sudut pandangan teori keperluan Maslow, memang benarlah manusia itu sentiasa bermotivasi untuk memperjuangkan keperluan peringkat rendah sebelum ke peringkat lebih tinggi.Teori ini menggambarkan kepada kita bahawa manusia harus berikhtiar sehabis mungkin untuk memenuhi keperluan yang asas dahulu sebelum „berhijrah‟ untuk mengisi keperluan yang lebih tinggi. Dalam proses memenuhi keperluan hidup, teori ini secara jelas menidakkan pertimbangan halal, haram dan syubhat. Tidak perlu memikirkan halal atau haram dalam makanan dan minuman, apa yang paling penting adalah perut terisi. Begitu juga dengan keperluan pakaian, tempat perlindungan, dan keperluan seks.Apa yang paling penting ialah ia mampu memuaskan nafsu. Kita tidak perlu membantu orang lain jika diri kita sendiri pun masih tidak sempurna. Jika dilihat secara mendalam lagi, teori ini mengandungi terlalu banyak kelemahan dan kekurangan.Apa yang ditakuti ialah akan terdapat pihak yang akan menggunakan teori ini bagi memutar belitkan fahaman masyarakat dan memesongkan akidah umat Islam khususnya. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini akan mengaitkan teori keperluan ini dengan konsep fitrah manusia untuk menghalalkan perkara yang menyalahi norma-norma masyarakat serta hukum syarak Allah Taala. Jadi masyarakat
  • 6. seharusnya tidak mengambil terus teoriteori seperti ini.Mereka sepatutnya menapis dahulu setiap idea yang ingin diceduk sebelum mengamalkannya. Teori keperluan ini telah mendapat banyak kritikan dari pelbagai pihak.Kelemahan besar teori ini adalah Maslow tidak meletakkan nilai keagamaan sebagai salah satu motivasi kepada tingkah laku manusia. Seseorang mungkin mengatakan bahawa nilai keagamaan ini terletak dalam tahap keperluan yang ketiga iaitu peringkat keperluan kasih sayang atau sosial yang mana agama memberi kita rasa dekat dan hampir kepada gereja atau masjid atau tempat beribadat yang lain. Akan tetapi, sebenarnya agama adalah lebih daripada itu.Ianya mungkin berkaitan dengan peringkat yang kelima iaitu peringkat kesempurnaan kendiri tetapi Maslow menyatakan bahawa hanya sedikit sahaja individu yang benar-benar mencapai peringkat kesempurnaan kendiri tersebut.Jadi tidak mungkin agama yang dianuti sebilangan besar manusia di dunia ini termasuk dalam peringkat tersebut, kerana agama memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia itu sendiri. Setiap agama di dunia ini percaya bahawa manusia adalah terdiri daripada aspek fizikal dan aspek spiritual. Ini bermaksud, pada masa yang sama manusia memiliki jasad (tubuh badan) dan juga roh. Jasad adalah sebagai tapak atau asas yang bersifat ke‟binatangan‟ yang sentiasa mahukan makanan, seks, harga diri, dan lain-lain yang mana ianya lebih dikenali sebagai nafsu. Manakala aspek spiritual pula memotivasikan diri manusia untuk bertindak mengikut jalan dan cara yang tertentu. Aspek spiritual inilah yang menentukan sama ada manusia itu mengikut nafsunya atau melawan nafsunya itu. Segala perkara yang disebut dalam teori hierarki keperluan Maslow ini sebenarnya adalah berkaitan dengan nafsu. Kedua-dua aspek spiritual dan fizikal akan sentiasa saling „bergelutan‟ untuk menjadi dominan. Bagi memastikan jiwa rohani manusia (aspek spiritual) dapat melawan nafsu yang telah sedia ada pada diri seorang manusia itu, individu itu perlu berjihad.Inilah yang dinyatakan dalam Islam sebagai “jihad melawan nafsu” (berusaha melawan nilai kebinatangan). “Kita telah pulang dari jihad yang kecil (peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar/paling besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang paling besar? Rasulullah berkata: Jihad menentang hawa nafsu” [Hadis riwayat Imam al-Baihaqi] Biarpun ada ulama‟ yang mengatakan hadis ini adalah hadis daif (lemah), tetapi menurut ajaran Islam, berjihad melawan nafsu adalah sangat dituntut dalam Islam. Salah satu cara melawan nafsu adalah dengan berpuasa. Seorang Muslim yang berpuasa, secara sedar dan sukarela telah meninggalkan makanan dan minuman serta keinginan seksualnya sejak dari terbit matahari hingga terbenam matahari. Tingkahlaku ini secara terang-terangan berlawanan dengan apa yang teori Maslow katakan yang mana jika individu itu lapar, dia akan bertindak untuk memenuhi kelaparannya itu dengan makan. Kerana lapar dan haus adalah sebahagian daripada keperluan asas, menyekatnya adalah cara yang paling baik menjadikan aspek kerohanian manusia itu menjadi dominan. Samalah juga seperti individu yang bangun bersolat di tengah malam kerana tidur itu juga sebahagian daripada keperluan asas
  • 7. manusia. Biasanya, manusia akan sentiasa bertindak untuk memastikan keselamatannya terjamin. Dalam hal ini, jiwa dan roh manusia adalah sama dengan nafsu dalam dirinya yang mahukan keselamatan. Tetapi sampai suatu masa, perkara ini akan diketepikan. Sebagai contoh, apabila keadaan mengkehendaki kepada berlakunya peperangan, manusia itu akan sanggup meletakkan dirinya dalam bahaya biarpun keselamatannya tidak terjamin. Jika di lihat semula kepada hierarki keperluan Maslow ini, penulis berpendapat bahawa keperluan yang disebutkan adalah tidak semestinya keperluan tetapi lebih kepada “keinginan”.Apabila seseorang itu lapar, dia mahukan makanan.Ianya hanya menjadi keperluan apabila seseorang itu mencapai tahap kebuluran.Jadi manusia memerlukan panduan agama untuk membebaskan dirinya dari menjadi hamba keinginan atau nafsu.Keinginan atau nafsu itu tidak boleh disingkirkan daripada hidup seseorang tetapi janganlah membiarkan diri sendiri bertindak mengikut nafsu kerana mengawal nafsu itu adalah lebih baik dan utama.Agama terutamanya Islam adalah sangat seimbang dan bersederhana.Islam menyuruh manusia berpuasa dan berbuka, bersolat di malam hari dan tidur dengan secukupnya dan juga berkahwin. Oleh itu keinginan manusia akan dipenuhi dengan penuh keseimbangan dan kesederhanaan. Islam Sebagai Motivasi Hidup Setiap Insan Islam adalah agama yang syumul (menyeluruh).Di dalamnya terkandung pelbagai ajaran yang telah digariskan dengan sempurna oleh Allah S.W.T. Islam juga mempunyai pandangan hidupnya sendiri yang lebih dikenali sebagai Tasawwur Islam. Tasawwur Islam adalah tidak seperti tasawwur (pandangan hidup) lain yang didorong oleh asakan falsafah barat dan pemikiran kendiri yang tidak bergerak di atas landasan hakikat. Dasar utama tasawwur Islam adalah konsep AlRabbaniyah yang mana ia hanya bertunjangkan kepada satu kiblat iaitu berteraskan kepada keesaan Allah S.W.T. Nama lain yang diberi ialah tasawwur i’tiqadi kerana ia diwahyukan oleh Allah S.W.T. (Ramli Awang, 1997). Dengan mendalami ajaran Islam, seseorang individu itu akan mampu mengawal naluri „kebinatangan‟ dalam dirinya dan seterusnya mencapai tahap kesempurnaan diri seperti mana Maslow meletakkan tahap kesempurnaan kendiri di aras yang teratas dalam teori keperluannya itu. Menurut Maslow, seseorang individu hanya memiliki satu keperluan hidup dalam satu masa tertentu. (S.Feidmen, 2003) Jika individu itu mahu berganjak ke keperluan yang lain, dia perlu memenuhi dahulu keperluan yang dia ada pada masa tersebut. Sebagai contoh, seseorang itu perlu memenuhi keperluan fisiologinya dahulu dan kemudian keperluan-keperluan yang seterusnya sebelum dia dapat mencapai kesempurnaan diri dalam hidupnya. Jika dirujuk kepada kisah sahabat Rasulullah (SAW) seperti Bilal bin Rabah yang diseksa oleh orang kafir musyrikin pada masa itu, teori keperluan Maslow ini sama sekali tidak menggambarkan situasi tersebut dengan tepat. Biarpun beliau haus, lapar dan rasa tidak selamat, beliau masih lagi berpegang teguh dengan ajaran Allah Taala.Keyakinannya terhadap janji Allah SWT telah menjadi motivasi dalam dirinya untuk mencapai jati diri yang terunggul. “Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya (agama Islam), sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Berkuasa” [Surah Al-Hajj : Ayat 40]
  • 8. Ayat Al-Quran ini membawa erti bahawa, walaupun seseorang muslim itu mewarisi sebuah kemiskinan, dia tetap memperolehi penghargaan diri dan disanjung ramai oleh kerana keperibadian akhlaknya yang tinggi dan sentiasa menghulurkan bantuan di sana sini. Inilah janji Allah kepada setiap orang yang beriman kepada Allah Taala. Seorang muslim yang sejati tidak akan memperjuangkan keperluan peringkat rendah sebelum ke peringkat tinggi dalam hierarki keperluan. Semua keperluan baik di peringkat rendah mahupun di peringkat tinggi dipenuhi sebaik mungkin sesuai menurut kerangka dan acuan Islam yang lebih mementingkan kualiti daripada kuantiti. Hierarki Transenden Setiap individu terutamanya Muslim seharusnya bertanggungjawab memahami dan menyedari implikasi teori seperti teori keperluan Maslow ini dan juga pengaruhnya pada minda dan akidah umat Islam. Berdasarkan teori yang tiada unsur ketuhanan seperti teori Maslow ini, manusia akan mendapati dirinya dalam keadaan huru hara yang sangat teruk. Teori keperluan ini perlulah dibaiki supaya ia menjadi lebih sempurna dan berada pada landasan yang betul. Dengan menjadikan Allah sebagai asas kepada teori hieararki yang baru, setiap insan akan menyeimbangkan kesemua keperluan mereka kepada Allah dan bukan pada diri sendiri semata-mata. Rajah 2: Hierarki transenden Berdasarkan Rajah 2, Hierarki Transenden merupakan teori keperluan yang telah dicipta oleh seorang paderi Kristian yang bernama Andrew A. Pfeifer. Penulis melihat bahawa Hierarki Keperluan Transenden ini boleh diaplikasi dalam Islam kerana ianya memiliki nilai ketuhanan di situ.Bezanya dengan teori asal ialah Andrew meletakkan Jesus Christ sebagai tuhan yang harus disembah dan segala keperluan haruslah disandarkan kepada Jesus tetapi jika diaplikasikan dengan mengikut pandangan Islam, Tuhan di dalam hiearaki ini boleh diubah kepada Allah SWT.Menurut Andrew dalam artikelnya berjudul “Abraham Maslow’s Hierarchy Of Needs: A Christian Perspective”, dalam hierarki transenden, terdapat dua perkara yang perlu diketengahkan. Perkara pertama adalah garis putus-putus yang membahagikan setiap keperluan dengan keperluan yang lain. Ini memang sengaja dilakukan untuk menunjukkan bagaimana kesemua keperluan ini saling berkaitan dan berhubung di antara satu sama lain dan bagaimana kesemuanya bersandar kepada tuhan. Dalam Islam, setiap muslim percaya bahawa Allah SWT sangat banyak memainkan peranan yang penting dalam keperluan hidup seharian. Allah SWT menyediakan kepuasan yang sebenar tentang kesemua keperluan melalui pelbagai cara. Dialah yang menjadikan
  • 9. tanah, matahari, air, dan udara dan Dialah yang mencipta kehidupan baru yang membesar dalam perut seorang ibu. Perkara yang kedua ialah tanda anak panah menghala keatas dan kebawah pada setiap keperluan.Ini menandakan turun naik atau perubahan kepentingan yang ada pada setiap keperluan yang berlaku sepanjang kewujudan seseorang.Sebagai contoh kisah Nabi Ibrahim yang disuruh oleh Allah menyembelih anaknya Nabi Ismail.Nabi Ismail sanggup membiarkan dirinya disembelih oleh bapanya sendiri Nabi Ibrahim semata-mata hanya kerana menurut perintah Allah SWT.Nabi Ismail mengetepikan keperluan keselamatannya dan hanya mengharapkan kasih sayang Allah yang kekal abadi. Kesimpulan Terdapat ramai individu dan termasuklah segelintir golongan muslim telah mengguna pakai teori Maslow kerana ianya nampak seperti masuk akal dan logik tetapi semua itu masih belum cukup. Setiap perkara dan fahaman haruslah ditapis terlebih dahulu bagi menentukan kesesuaiannya dengan masyarakat dan hukum syarak. Hierarki keperluan Maslow adalah tidak sempurna kerana ia menafikan asas keperluan yang paling penting iaitu hubungan dengan zat yang paling mulia iaitu Allah SWT. Ianya sangat penting bagaimana seseorang itu memilih untuk mempercayai sesuatu perkara kerana manusia itu bermotivasi untuk membesar dan belajar.Adakah manusia memerlukan tuhan atau adakah manusia ini sudah cukup bagus tanpa bantuan tuhan?Manusia yang bersetuju dengan Maslow secara tidak sedar telah menafikan ketinggian tempat Allah dalam diri dan kehidupan di dunia ini. Sememangnya tidak ada cacatnya teori Maslow menurut kaca mata bukan Muslim kerana sudah tersurat di dalam al – Quran bahawasanya Allah menjadikan Bumi ini seperti syurga bagi orang-orang kafir. Bagi Muslim pula, teori ini sudah tentu tersasar dari landasan Islam kerana ia bermula dengan premis yang salah dan sangat jelas bertentangan dengan syarak. Dalam Islam, segalanya adalah berakhir dengan mencari keredaan Allah dan segala yang dilakukan tidak lain dan tidak bukan untuk manfaat di akhirat kelak.Waallahuallam.