Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Kata hati
1. KATA HATI
(Hashim Yaacob)
Oleh:
KHAIRUL FIRDAUS BIN MOHD
TALIB
2.
3. >Maruah dan jati diri yang bertunjang
kepada kebijaksanaan kata-kata
*(rujuk bahagian pengenalan sajak, antologi
Harga Sebuah Lukisan :muka surat 17).
4.
5.
6. Kalau kita dicerca dengan kata,
jangan kita diam tak terkata,
Pertahankanlah maruah kita,
lawan kata dengan kata.
>Penyajak menggesa supaya kita tidak
membisu apabila menghadapi cercaan
lisan. Sebaliknya, orang yang dicerca harus
melawan balik dengan kata. Maruah perlu
dijaga dan dipelihara.
7.
8. Kalau mereka mengherdik dengan kata
carilah daya kata.
Kalah kita
jangan kerana putus kata.
>Jika orang mengherdik (bercakap dengan
bahasa yang buruk atau tidak layak), orang yang
dicerca harus menyusun kekuatan kata untuk
hujah balas yang bijak. Kita akan dianggap
kalah kerana kelu untuk bersuara.
9.
10. Ini martabat bangsa kita
ini kedaulatan negara kita
kita pelihara
dengan kepantasan kata daripada kepala.
>Kita tidak boleh membiarkan sahaja martabat
bangsa dan kedaulatan negara diinjak begitu
sahaja. Kita mesti melindungi bangsa dan negara
dengan hujah-hujah bernas daripada minda yang
hebat.
11.
12. Kita merdeka bukan kerana senjata.
Kita merdeka kerana bijak kata.
>Negara bebas daripada belenggu penjajahan
tanpa pertempuran tentera. Negara merdeka
justeru pemimpin bijak di meja rundingan, dan
rakyat yang bangkit bersuara membela tanah air
tercinta.
13.
14. Aduhai anakanda
Kalau hidup mahu terbela
pandailah mengucap kata.
>Sebagai penutup sajak, sekali lagi penyajak
menegaskan betapa kalau hidup mahu terbela, iaitu
tidak diinjak dan ditindas (seperti lembu dicucuk
hidung - peribahasa berkaitan), maka kita harus
pandai menggunakan kekuatan kata atau hujah yang
bernas.
18. >Rima akhir setiap baris sajak sama, iaitu
bunyi "a". Penggunaan kata-kata dalam sajak
begitu jelas dan mudah. Walaupun
demikian, mesej yang hendak disampaikan begitu
dalam. Menerusi kata-kata yang
bersahaja, penyajak mengajak pembaca berfikir
tentang jati diri dan maruah yang tiada galang
‘ganti.
19.
20. a) Asonansi (pengulangan vokal A).
Contohnya:- lawan kata dengan kata
b) Aliterasi (pengulangan konsonan K)
Contohnya:- kita merdeka kerana bijak kata
21.
22. a) Anafora
Contohnya:- kata ini pada rangkap ketiga baris 1 dan 2;
rasa kita merdeka pada rangkap keempat
pada baris1 dan 2.
b) Epifora
Contohnya:-kata kata pada rangkap pertama baris
1,2 dan 4; kata kita pada rangkap ketiga
baris 1 dan 2.
c) Sinkope
Contohnya:- tak
23.
24. a)Keberanian.
Contohnya,berani dalam mempertahankan hujah.
b) Kebijaksanaan.
Contohnya,bijak berfikir dan berhujah
c) Kegigihan.
Contohnya,tidak mudah berputus asa
d) Patriotisme.
Contohnya,mempertahankan martabat dan kedaulatan bangsa
25.
26. a) Kita hendaklah bijak berani mempertahankan hujah.
b) Kita hendaklah gigih mempertahankan maruah diri
maruah diri dan maruah negara.
c) Kita perlulah berhujah dengan cara bijaksana