SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
1.0 RUMUSAN ARTIKEL
Artikel ini bertajuk Pengenalan Asas kepada Aspek-Aspek yang Terdapat di
Dalam Budaya Pekak. Artikel yang ditulis oleh Ron Southwick secara keseluruhannya
membincangkan mengenai budaya orang pekak dan orang mendengar di dalam
komuniti masing-masing. Walau bagaimanapun, perkara utama yang dibincangkan
adalah lebih tertumpu kepada budaya pekak yang terdapat di dalam komuniti pekak.
Berdasarkan artikel, terdapat beberapa aspek yang dibincangkan oleh penulis yang
mana setiap aspek yang dibincangkan tersebut menzahirkan budaya pekak dengan
lebih terperinci. Aspek tersebut terdiri daripada bahasa, ikatan persahabatan,
ketajaman penglihatan, pengasingan, kemahiran sosial dan perkongsian maklumat.
Menurut penulis iaitu Ron Southwick, terdapat beberapa persamaan antara
komuniti pekak dan komuniti mendengar. Ini kerana, orang pekak juga menggunakan
bahasa, menjalankan persahabatan dan berkongsi maklumat seperti orang yang
mendengar. Walau bagaimanapun, orang pekak merujuk kepada komuniti pekak di
Amerika menggunakan komunikasi secara visual dan bahasa isyarat sebagai bahasa
utama tidak seperti orang mendengar yang bergantung kepada perkataan dalam
berkomunikasi. Komuniti pekak ini juga dikatakan sukar untuk menerima orang yang
mendengar merujuk kepada golongan yang menolak budaya pekak yang mereka
banggakan sebagai komuniti pekak walaupun komuniti yang mendengar tersebut fasih
dalam menggunakan bahasa isyarat. Selain itu, komuniti pekak ini juga menolak
sekiranya seseorang menggunakan bahasa isyarat sambil bertutur kerana mereka
merasakan bahawa pertuturan itu hanya memberi kepentingan kepada komuniti yang
mendengar dan akan menyebabkan mereka dipinggirkan.
Aspek budaya yang lain dapat dinilai iaitu dari segi persahabatan. Komuniti
pekak sangat mementingkan persahabatan antara komuniti pekak itu sendiri. Mereka
sangat ikhlas dalam bersahabat. Namun, mereka lemah dalam membentuk hubungan
dengan orang mendengar. Ini disebabkn oleh masalah pendengaran yang mereka
hadapi. Mereka sukar untuk meluahkan perasaan mereka kerana mereka sendiri tidak
memahaminya. Selain itu, mereka sering mengikut apa yang dilakukan oleh orang yang

1
mendengar tanpa mengetahui maksud perbuatan yang mereka lakukan supaya mereka
dilihat seperti orang nomal juga.
Orang pekak juga selalu berfikiran negatif terhadap orang mendengar. Mereka
beranggapan bahawa

orang mendengar sering ketawakan mereka jika orang

mendengar tidak menyatakan sebab mereka ketawa.

Orang mendengar perlu

mewujudkan persekitaran yang boleh diterima oleh orang pekak dalam menjalinkan
hubungan iaitu dengan menepuk bahu orang pekak dengan lembut dan menggunakan
lampu bagi mendapatkan perhatian orang pekak. Seterusnya menurut penulis, tindakan
membalingkan barang dan membuat orang pekak terkejut tidak boleh diaplikasikan
oleh orang mendengar jika ingin mendapatkan perhatian daripada orang pekak. Hal ini
demikian kerana, budaya orang pekak juga mempunyai sedikit perbezaan dengan
orang mendengar. Kekurangan yang dihadapi oleh individu pekak menyebabkan
mereka sangat sensitif.
Selain itu, budaya pekak yang lain yang dilihat unik adalah komuniti pekak ini
sangat peka terhadap sesuatu perubahan. Mereka boleh membaca gerak tubuh, mimik
muka, kontrak mata yang menunjukkan seseorang tidak ikhlas untuk berkmunikasi
dengannya. Lanjutan daripada itu, penulis juga menyatakan bahawa komuniti pekak ini
mempunyai ketajaman penglihatan yang baik iaitu jauh lebih baik dari komuniti
mendengar. Mereka dapat menjadi saksi di makhmah yang mana mereka dapat
menceritakan urutan peristiwa secara terperinci berpandukan ketajaman penglihatan
yang mereka miliki. Apabila berhadapan dengan komuniti pekak, segala maklumat perlu
disampaikan terutamanya jika mereka berada semasa kita sebagai komuniti mendengar
sedang menjawab panggilan telefon daripada rakan. Hal ini demikian kerana, mereka
akan cenderung berprasangka negatif bahawa kita sedang menyembunyikan sesuatu
daripada mereka. Oleh itu, segala maklumat perlu diberitahu tidak seperti komuniti
mendengar yang boleh mendengar apa yang diperbualkan sendiri.
Kesimpulannya, berdasarkan artikel ini terdapat perbezaan di antara budaya
pekak dan budaya orang mendengar walaupun terdapat beberapa persamaan dari segi
aspek tertentu. Oleh hal yang demikian, perbezaan budaya ini perlu dikaji supaya dapat
mewujudkan persefahaman antara komuniti pekak dan mendengar.
2
2.0 PERBANDINGAN ANTARA BUDAYA ORANG PEKAK MALAYSIA DAN ORANG
MENDENGAR
Berdasarkan pembacaan saya, terdapat perbezaan yang nyata antara budaya
orang pekak Malaysia dan orang yang mendengar. Perbezaan pertama dari aspek
masalah pendengaran yang dialami. Orang pekak menganggap kepekakan yang
mereka alami sebagai budaya dan mereka tidak mahu sekiranya mereka boleh
mendengar. Mereka beranggapan bahawa budaya pekak sangat bagus kerana mereka
merupakan komuniti yang erat antara satu sama lain dengan berkongsi pengalaman
dan bahasa yang sama. Orang pekak tidak suka sekiranya mempunyai anak yang
mendengar kerana bagi mereka anak yang tidak pekak sebagai tidak normal. Berbeza
dengan budaya orang mendengar yang beranggapan bahawa pekak merupakan
kecacatan dan penyakit yang kekal dan dilihat tidak normal.
Perbezaan

seterusnya

merujuk

kepada

aspek

bahasa.

Orang

pekak

menggunakan bahasa isyarat tempatan (Bahasa Isyarat Malaysia) untuk berkomunikasi
berbeza dengan orang mendengar yang menggunakan pertuturan sepenuhnya. Selain
itu, sudah menjadi budaya orang pekak untuk menyampaikan sesuatu dalam bentuk
ayat yang tidak tersusun dari segi tatabahasa berbeza dengan orang mendengar yang
menyampaikan sesuatu secara tersusun. Contohnya, orang pekak akan mengubah
struktur ayat orang mendengar iaitu “Saya makan nasi” kepasa “Nasi makan saya”.
Perbezaan budaya dari aspek komunikasi pula merujuk kepada budaya orang pekak
semasa berkomunikasi adalah berbeza dengan orang mendengar. Orang pekak
mementingkan ekspresi muka dan bentuk tangan semasa berkomunikasi berbeza
dengan orang mendengar yang mana berkomunikasi menggunakan verbal sematamata dan kurang mengambil berat berkenaan ekspresi muka. Selain itu, budaya orang
pekak apabila berkomunikasi mereka suka mengangguk dan membuat isyarat badan
yang spesifik berbanding dengan orang mendengar yang biasanya akan banyak
menggunakan perkataan seperti “hmmmm atau uh-huh” dalam memberi respon
semasa berkomunikasi. Selain itu, orang pekak apabila berkomunikasi menurut budaya
mereka mestilah berlaku di tempat yang terang supaya dapat membaca pergerakan

3
isyarat yang dibuat berbeza dengan orang mendengar mereka bebas berkomunikasi
dalam persekitaran gelap sekalipun.
Perbezaan budaya yang lain adalah dari segi nama (Sharon Woo et al., 2006).
Budaya orang pekak sangat unik dari segi panggilan nama kerana menggunakan
bahasa isyarat dengan merujuk kepada ciri fizikal seseorang berbeza dengan orang
mendengar yang merujuk kepada nama asal semata-mata. Nama seseorang dalam
budaya pekak tidak diingat secara keseluruhan seperti yang diamalkan orang
mendengar. Mereka hanya isyarat nama menunjukkan ciri fizikal sahaja. Orang pekak
sangat mengagungkan isyarat nama yang diberi dan isyarat tersebut tidak boleh ditukar
sebab merupakan nama rasmi dalam komuniti pekak. Isyarat nama orang mendengar
hanya layak diberi oleh orang pekak menurut budaya pekak itu sendiri kerana mereka
lebih mengenali orang mendengar.
Perbezaan seterusnya dari aspek sosial yang mana orang pekak lebih
cenderung untuk mempunyai kekasih dari komuniti yang mendengar berbanding
dengan orang pekak. Ini menunjukkan budaya mereka, yang mana bagi pendapat
mereka orang mendengar lebih bersikap terbuka berbanding dengan orang pekak.
Berbeza dengan orang mendengar yang hanya berminat untuk mempunyai kekasih dari
komuniti mendengar sahaja kerana tidak mahu sekiranya berkahwin dengan orang
pekak mereka akan memperoleh anak yang pekak. Dari aspek perkahwinan pula, orang
pekak selalu gagal dalam perkahwinan mereka kerana tidak memahami antara satu
sama lain. Oleh itu, isu bercerai sudah menjadi perkara biasa dan sudah menjadi
budaya orang pekak sekiranya perkahwinan mereka gagal untuk dipertahankan.
Budaya orang pekak seterusnya iaitu mereka suka berjumpa di kedai kopi dan
meluangkan masa berjam-jam untuk bersembang. Mereka juga sukar untuk mengakhiri
perbualan mereka apabila sudah berjumpa sesama komuniti pekak kerana terlalu
banyak topik yang ingin mereka bincangkan. Berbanding dengan orang mendengar
yang duduk bersembang di kedai kopi hanya pada masa senggang sahaja untuk
membincangkan hal semasa dan biasanya mudah untuk mengakhiri perbualan yang
dibincangkan. Budaya orang pekak yang lain iaitu mereka sering kelam-kabut ketika
bersembang dengan rakan dan menyebabkan banyak maklumat yang tertinggal
4
berbeza dengan orang yang mendengar mereka sentiasa tenang dalam memulakan
perbualan sesama mereka.
Perbezaan budaya yang seterusnya iaitu berkenaan dengan sikap dan nilai. Bagi
orang pekak, perkara seperti mengetuk meja, menepuk bahu, menggunakan lampu,
menepuk tangan bagi mendapatkan perhatian mereka adalah perkara biasa. Namun,
bagi orang mendengar perkara seperti itu dianggap biadap. Orang pekak juga
dikatakan sangat peka dengan sesuatu perubahan terutamanya melibatkan perubahan
mimik muka dan bahasa tubuh seseorang. Budaya ini dilihat sangat unik yang mana
membolehkan orang pekak mentafsir penerimaan seseorang terhadapnya. Berbanding
dengan orang yang mendengar kerana mereka kurang peka dengan sesuatu kerana
mereka banyak menumpukan perhatian mereka kepada hal-hal lain. Budaya orang
pekak yang seterusnya iaitu mereka sangat sensitif berbanding dengan orang
mendengar. Mereka sering berfikiran negatif terhadap orang mendengar apabila orang
mendengar ketawa dihadapan mereka tanpa memberitahu sebab. Ini kerana, mereka
berfikiran bahawa orang mendengar mentertawakan mereka. Selain itu, budaya orang
pekak juga jika inginkan sesuatu atau menunjuk seseorang mereka akan menujuk
secara terus kepada apa yang mereka inginkan tetapi bagi orang mendengar ia
dianggap biadap. Bercakap dengan mulut yang penuh juga dibolehkan di dalam budaya
pekak kerana mereka menggunakan bahasa isyarat tetapi bagi orang mendengar
bercakap dengan mulut yang penuh dilihat tidak sopan. Budaya orang pekak apabila
melakukan kesalahan merujuk kepada kanak-kanak mereka kebiasaanya akan
menutup mata manakala orang mendengar akan menutup telinga. Orang pekak apabila
berkenalan dengan seseorang akan mengambil masa yang lama berbanding dengan
orang mendengar yang hanya menuturkan “selamat berkenalan” apabila jumpa kawan
baru. Budaya orang pekak berbeza kerana mereka akan mengutarakan pelbagai
persoalan seperti tempat asal, sekolah, adik beradik dan sebagainya semasa
perkenalan pertama. Bagi orang pekak, berpelukan selepas berkenalan adalan budaya
biasa berbeza dengan orang mendengar yang terhad kepada bersalam sahaja
(http://www. Deafeducation 4parents. com/culture.html).

5
Budaya orang pekak yang lain iaitu mereka sangat bergantung kepada
kecanggihan teknologi sama seperti orang normal. Namun cara mereka menggunakan
teknologi adalah berbeza dengan orang normal. Orang pekak menggunakan telefon
dalam mod getaran tidak menggunakan mod suara seperti orang mendengar. Selain
itu, orang pekak menggunakan telefon yang mempunyai 3g supaya dapat berinteraksi
dengan kawan-kawan sama ada pekak atau mendengar juga jurubahasa dengan
menggunakan aplikasi 3g. Telefon juga dijadikan alat untuk mengejutkan mereka dari
tidur dengan mengunci jam dalam mod getaran. Orang pekak juga berhibur seperti
orang mendengar. Namun, budaya mereka berbeza dengan orang mendengar kerana
mereka memerlukan sari kata sekiranya menonton wayang bagi memahami cerita yang
ditayangkan. Mereka juga aktif dalam aktiviti fizikal seperti boling, badminton dan bola
sepak tetapi lebih tertumpu kepada aktiviti fizikal dalam komuniti mereka yang
dianjurkan oleh MSFD (Malaysia Sports Federation of The Deaf) berbanding dengan
orang yang mendengar yang menjadikan aktiviti fizikal sebagai riadah pada masa
petang.
Budaya orang pekak dalam aspek agama adalah dilihat kurang berbanding
dengan orang yang mendengar. Ini kerana, orang pekak sukar memahami perkara
abstrak yang terdapat di dalam agama seperti syurga dan neraka. Namun, komuniti
pekak turut mengamalkan kepercayaan dan agama yang tersendiri seperti yang
diamalkan oleh ibu bapa. Namun, orang pekak juga mengambil berat terhadap agama.
Sebagai contohnya, orang pekak yang menganut agama Islam sering berkumpul di
masjid Sri Petaling bagi mendalami ilmu Islam. Ini merupakan salah satu budaya yang
mereka amalkan iaitu bersama-sama dengan komuniti mereka mencari ilmu ketuhanan.
Budaya orang pekak dari segi kerjaya adalah berbeza dengan orang mendengar.
Orang pekak lebih memilih pekerjaan yang tidak memerlukan komunikasi berbeza
dengan orang mendengar yang mana bebas untuk memilih kerjaya yang diminati.
Pekerjaan bagi orang pekak adalah sangat terhad. Ini kerana, orang pekak tidak boleh
diberikan pekerjaan seperti operator yang memerlukan penggunaan deria pendengaran
dan suara. Namun, dari segi kerajinan dan semangat kerja orang pekak dilihat sangat
rajin bekerja berbeza dengan orang mendengar yang kadang-kala malas untuk bekerja.
6
3.0 PERBANDINGAN ANTARA BUDAYA ORANG PEKAK DI MALAYSIA DAN
BUDAYA ORANG PEKAK DI AMERIKA SYARIKAT
Budaya orang pekak di Malaysia dan di Amerika dilihat berbeza. Orang pekak
Malaysia menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) manakala orang pekak Amerika
menggunakan American Sign Language (ASL) untuk berkomunikasi. ASL menjadikan
budaya orang pekak Amerika kaya dengan unsur sastera. Ini kerana, terdapat puisi,
cerita dan permainan bahasa di dalam ASL berbeza dengan BIM yang hanya
berfokuskan kepada perbualan semata-mata. Puisi di dalam ASL diungkapkan dalam
bentuk ritma dengan membuat bentuk tangan yang sama. Contohnya, membuat bentuk
tangan yang terbuka bagi merujuk isyarat-isyarat yang serupa. Budaya bahasa isyarat
ini juga berbeza kerana, menurut laman web Wikipedia, ASL hanya menggunakan
sebelah tangan manakala BIM menggunakan kedua-dua belah tangan untuk membuat
isyarat. Selain itu, budaya dari segi bahasa ini dilihat berbeza kerana menurut Amir
Hamidi (2010), ASL dilihat mempunyai banyak perbendaharaan kata dan diiktiraf
sebagai bahasa rasmi di Amerika berbeza dengan BIM yang mana ketinggalan banyak
dari segi perbendaharaan kata dan tidak diiktiraf sebagai bahasa rasmi kerana tidak
setanding dengan bahasa Melayu.
Perbezaan budaya dari aspek sosial pula dapat dilihat dengan membandingkan
persahabatan antara orang pekak dan mendengar. Orang pekak di Malaysia
mempunyai hubungan yang kurang erat dengan orang yang mendengar berbanding
dengan orang pekak di Amerika yang mempunyai hubungan yang sangat erat dengan
orang mendengar. Namun perbezaan budaya pekak dari aspek perkahwinan pula
dilihat berbeza iaitu sebanyak 9 daripada 10 orang pekak di Amerika berkahwin dengan
orang pekak bagi memastikan budaya pekak terpelihara. Berbanding dengan orang
pekak di Malaysia yang dilihat sudah ramai yang berkahwin dengan orang yang
mendengar. Contohnya, presiden Persatuan Orang Pekak Malaysia iaitu Sazali juga
berkahwin dengan orang yang mendengar.
Perbezaan seterusnya dapat dinilai dari aspek pendidikan. Pendidikan orang
pekak Malaysia adalah dilihat pada tahap biasa tidak seperti orang pekak Amerika yang
dilihat sangat luar biasa. Di Amerika, terdapat universiti khusus untuk orang pekak iaitu
7
Gallaudet. Di Malaysia, pendidikan khusus untuk orang pekak terhad pada tahap
sekolah rendah dan menengah. Namun, pendidikan bagi orang pekak di Malaysia juga
terdapat di sesetengah universiti dan politeknik. Selain itu, budaya pekak dari aspek
pendidikan berbeza dari aspek tahap pendidikan pengasas persatuan pekak. Tahap
pendidikan pengasas persatuan pekak Malaysia (MFD) sangat rendah iaitu terhad
kepada tahap PMR, SPM dan STPM sahaja berbanding dengan pengasas persatuan
pekak Amerika iaitu National Association of the Deaf (NAD) yang mana pengasasnya
berlatar belakang pendidikan peringkat universiti (http://harapanpekak malaysia.
blogspot.com/2008_ 12_ 01_archive.html).
Perbezaan budaya dari aspek komunikasi juga dapat dilihat. Budaya
berkomunikasi orang pekak Amerika dilihat lebih meluas berbanding dengan orang
pekak Malaysia. Ini kerana, orang pekak di Amerika lebih berkemahiran dalam bahasa
isyarat. Mereka mempunyai kesedaran yang tinggi berkenaan dengan kepentingan
bahasa isyarat. Hal ini demikian kerana, budaya menggunakan bahasa isyarat dengan
orang mendengar di Amerika adalah biasa kerana mereka mahir dalam ASL. Kesemua
lapisan masyarakat sama ada ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan boleh
menggunakan isyarat dengan lancar dalam berkomunikasi.
Budaya orang pekak Amerika dan Malaysia dalam aspek kebergantungan
terhadap teknologi dan hiburan adalah sama. Kedua-dua orang pekak di Malaysia dan
Amerika menggunakan teknologi seperti telefon, i-pad, internet dan sebagainya untuk
berkomunikasi dengan orang-orang di sekeliling mereka. Mereka juga berhibur dengan
pergi ke panggung wayang dan bermain boling.
Budaya orang pekak Malaysia dan Amerika dari segi agama adalah baik.
Perbezaan budaya pekak hanyalah merujuk kepada agama yang diamalkan. Kegiatan
agama orang pekak Malaysia banyak tertumpu kepada agama Islam berbeza dengan
orang pekak Amerika yang tertumpu kepada agama Kristian. Agama masyarakat
Malaysia dilihat kuat kerana orang pekak sering pergi ke masjid-masjid serta melibatkan
diri dengan pelbagai seminar kesedaran mengenai agama berbeza dengan orang
pekak Amerika

yang

mempelajari

agama

di

Universiti

Gallaudet

(http://dsq-

sds.org/article/view/1368/1498)
8
4.0 REFLEKSI
Berdasarkan tugasan kerja kursus ini, banyak pengetahuan baru saya perolehi
terutamanya berkaitan dengan komuniti dan budaya pekak. Pengetahuan yang
diperolehi ini benar-benar dapat membantu saya dalam mengenali orang pekak dengan
lebih mendalam. Selain itu, saya juga dapat menggunakan pengetahuan yang ada ini
untuk menangani kerenah murid-murid pekak di sekolah kelak. Tambahan pula, melalui
tugasan ini saya juga dapat merungkai beberapa persoalan mengenai orang pekak iaitu
salah satunya mengenai penolakkan salah seorang rakan saya yang bermasalah
pendengaran untuk berkongsi masalahnya dengan saya sebagai orang yang
mendengar. Perkara ini terjawab apabila saya terjumpa kenyataan mengenai budaya
orang pekak yang mana mereka susah untuk mempercayai orang yang mendengar.
Selain itu, berdasarkan tugasan ini saya juga dapat mengetahui serba sedikit mengenai
peranan saya sebagai salah seorang ahli dalam komuniti pekak. Berdasarkan tugasan
ini juga, saya dapat melihat perbandingan budaya di antara orang pekak dan
mendengar dan seterusnya saya dapat melihat perbandingan orang pekak di dalam
negara dan luar negara. Ini dapat menambah maklumat baru dan pada masa yang
sama saya dapat mengubah persepsi saya sebelum membuat tugasan ini. Ini kerana,
pada mulanya saya berfikir bahawa budaya orang pekak adalah sama di serata dunia.
Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan yang dikenalpasti
semasa tempoh melaksanakan tugasan ini. Kelemahan pertama, saya sukar untuk
memperolehi maklumat mengenai tugasan. Saya juga tidak pasti dengan maklumat
yang diperolehi sama ada betul atau tidak. Namun, maklumat yang dikumpul
sememangnya

terdiri daripada berbagai sumber

iaitu buku, majalah, jurnal dan

internet. Proses pencarian maklumat ini juga sukar kerana kebanyakan bahan adaah
dalam bahasa Inggeris. Kelemahan ini kelihatan ketara kerana saya sangat lemah
dalam penguasaan bahasa Inggeris. Namun, berbekalkan iltizam yang kuat saya
berusaha untuk menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Lantaran itu, saya sedikit
gusar sekiranya saya tersalah mentafsir kenyataan bahasa Inggeris yang terdapat di
dalam bahan yang saya rujuk. Kelemahan seterusnya, saya berasa sangat sukar untuk
melaksanakan tugasan yang diberikan kerana jumlah muka surat telah ditetapkan di
9
dalam soalan tugasan. Tambahan pula, skop tugasan luas mencakupi rumusan jurnal,
perbandingan budaya pekak dan orang mendengar, perbandingan budaya pekak di
Malaysia dan luar negara (Amerika Syarikat) dan refleksi. Ini menyebabkan saya sangat
sukar untuk membuat organisasi tugasan dengan baik. Kelemahan lain iaitu saya tidak
berkesempatan untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing berikutan kekangan
masa daripada pihak pensyarah dan diri saya sendiri. Oleh hal yang demikian, saya
kurang berkeyakinan untuk melaksanakan tugasan ini. Di samping itu, kekurangan
kolaborasi menyebabkan saya bimbang hasil tugasan saya kurang bermutu dan selari
dengan kehendak tugasan.
Cadangan penambahbaikkan yang boleh saya buat adalah saya perlu
merancang maklumat dengan teliti daripada awal supaya dapat mempersembahkannya
dalam bentuk yang lebih ringkas dan padat. Selain itu, perkara-perkara seperti
pengurusan grafik dan jadual perbezaan perlu saya masukkan di bahagian lampiran
tugasan sebagai langkah meminimumkan penggunaan muka surat. Bagi memastikan
tugasan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna, saya perlu mendapatkan bimbingan
yang berkesan daripada pensyarah dengan merancang jadual waktu pembelajaran
dengan baik supaya bimbingan masih dapat diperolehi walaupun sibuk dengan urusan
dan tanggungjawab lain. Selain itu, penambahbaikkan yang boleh dibuat iaitu saya
sepatutnya bergaul dengan lebih giat dengan komuniti pekak supaya kesahan
maklumat dapat diperolehi mengenai budaya orang pekak. Selain itu, saya seharusnya
menjalankan kajian dengan mengedarkan borang kaji selidik kepada rakan-rakan
bermasalah pendengaran yang dikenali bagi menilai aspek budaya pekak dengan lebih
terperinci menurut perspektif mereka sebagai individu yang bermasalah pendengaran.
Sesi temu bual dan pemerhatian juga seharusnya dijalankan.Selain itu, penguasaan
bahasa Inggeris juga perlu ditingkatkan supaya proses pencarian ilmu akan menjadi
lebih mudah.
Kesimpulannya, tugasan ini benar-benar dapat meningkatkan amalan nilai
professional saya sebagai bakal guru kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran.
Pada masa yang sama, tugasan ini juga mampu menjadikan saya seorang komuniti
pekak yang lebih pekak terhadap ahli-ahlinya.
10

More Related Content

What's hot

Kemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsanganKemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsangan
Sohib AlQuran
 
Akta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasAkta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khas
Zalina lina
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Rekha Mariappan
 
Masalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahMasalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolah
Aziroh Johari
 

What's hot (20)

Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Kemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsanganKemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsangan
 
persekitaran pembelajaran.pdf
persekitaran pembelajaran.pdfpersekitaran pembelajaran.pdf
persekitaran pembelajaran.pdf
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
Teknik Bercerita
Teknik BerceritaTeknik Bercerita
Teknik Bercerita
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Senarai semak
Senarai semakSenarai semak
Senarai semak
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran Makro
 
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
 
Akta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasAkta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khas
 
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURAN
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURANKOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURAN
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURAN
 
Masalah Penglihatan
Masalah PenglihatanMasalah Penglihatan
Masalah Penglihatan
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
Asas vokal dan pengucapan (DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083
Asas vokal dan pengucapan (DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083Asas vokal dan pengucapan (DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083
Asas vokal dan pengucapan (DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 
Masalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahMasalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolah
 

Similar to Budaya Pekak

Komunikasi lintas Budaya BAB II.pdf
Komunikasi lintas Budaya BAB II.pdfKomunikasi lintas Budaya BAB II.pdf
Komunikasi lintas Budaya BAB II.pdf
RifayAbas1
 
270110130006 erika silviani b tugas ke 3 keanekaragaman budaya dan bahasa daerah
270110130006 erika silviani b tugas ke 3 keanekaragaman budaya dan bahasa daerah270110130006 erika silviani b tugas ke 3 keanekaragaman budaya dan bahasa daerah
270110130006 erika silviani b tugas ke 3 keanekaragaman budaya dan bahasa daerah
Erika Silviani
 
Komunikasi antar budaya 1
Komunikasi antar budaya 1Komunikasi antar budaya 1
Komunikasi antar budaya 1
maneicon22
 
tugas sosped fix
tugas sosped fixtugas sosped fix
tugas sosped fix
sulai men
 
Cultural Antropology (Global Village)
Cultural Antropology (Global Village)Cultural Antropology (Global Village)
Cultural Antropology (Global Village)
nixfairy
 

Similar to Budaya Pekak (20)

Miskomunikasi di Kalangan Mahasiswa Akibat Perbedaan Latar Belakang Budaya
Miskomunikasi di Kalangan Mahasiswa Akibat Perbedaan Latar Belakang BudayaMiskomunikasi di Kalangan Mahasiswa Akibat Perbedaan Latar Belakang Budaya
Miskomunikasi di Kalangan Mahasiswa Akibat Perbedaan Latar Belakang Budaya
 
MISKOMUNIKASI DI KALANGAN MAHASISWA AKIBAT PERBEDAAN LATAR BELAKANG BUDAYA_IS...
MISKOMUNIKASI DI KALANGAN MAHASISWA AKIBAT PERBEDAAN LATAR BELAKANG BUDAYA_IS...MISKOMUNIKASI DI KALANGAN MAHASISWA AKIBAT PERBEDAAN LATAR BELAKANG BUDAYA_IS...
MISKOMUNIKASI DI KALANGAN MAHASISWA AKIBAT PERBEDAAN LATAR BELAKANG BUDAYA_IS...
 
Komunikasi lintas Budaya BAB II.pdf
Komunikasi lintas Budaya BAB II.pdfKomunikasi lintas Budaya BAB II.pdf
Komunikasi lintas Budaya BAB II.pdf
 
10. komunikasi lintas budaya 2
10. komunikasi lintas budaya 210. komunikasi lintas budaya 2
10. komunikasi lintas budaya 2
 
270110130006 erika silviani b tugas ke 3 keanekaragaman budaya dan bahasa daerah
270110130006 erika silviani b tugas ke 3 keanekaragaman budaya dan bahasa daerah270110130006 erika silviani b tugas ke 3 keanekaragaman budaya dan bahasa daerah
270110130006 erika silviani b tugas ke 3 keanekaragaman budaya dan bahasa daerah
 
Ppt filsafat ilmu 19043
Ppt filsafat ilmu 19043Ppt filsafat ilmu 19043
Ppt filsafat ilmu 19043
 
Miskomunikasi di Kalangan Mahasiswa Akibat Perbedaan Latar Belakang Budaya
Miskomunikasi di Kalangan Mahasiswa Akibat Perbedaan Latar Belakang BudayaMiskomunikasi di Kalangan Mahasiswa Akibat Perbedaan Latar Belakang Budaya
Miskomunikasi di Kalangan Mahasiswa Akibat Perbedaan Latar Belakang Budaya
 
Komunikasi antar budaya 1
Komunikasi antar budaya 1Komunikasi antar budaya 1
Komunikasi antar budaya 1
 
Intercultural communication
Intercultural communication Intercultural communication
Intercultural communication
 
SASTERA DAN BUDAYA
SASTERA DAN BUDAYASASTERA DAN BUDAYA
SASTERA DAN BUDAYA
 
Jurnal Antropologi Komunikasi.docx
Jurnal Antropologi Komunikasi.docxJurnal Antropologi Komunikasi.docx
Jurnal Antropologi Komunikasi.docx
 
Rendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasional
Rendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasionalRendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasional
Rendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasional
 
Ilmu sosial budaya dasar makalah
Ilmu sosial budaya dasar makalahIlmu sosial budaya dasar makalah
Ilmu sosial budaya dasar makalah
 
Antropologi
Antropologi Antropologi
Antropologi
 
tugas sosped fix
tugas sosped fixtugas sosped fix
tugas sosped fix
 
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2
 
BUDAYA BANGA-BANGSA V.pptx
BUDAYA BANGA-BANGSA V.pptxBUDAYA BANGA-BANGSA V.pptx
BUDAYA BANGA-BANGSA V.pptx
 
Wawasan tentang penggunaan kata-dan-diksi-.ppt
Wawasan tentang penggunaan kata-dan-diksi-.pptWawasan tentang penggunaan kata-dan-diksi-.ppt
Wawasan tentang penggunaan kata-dan-diksi-.ppt
 
Cultural Antropology (Global Village)
Cultural Antropology (Global Village)Cultural Antropology (Global Village)
Cultural Antropology (Global Village)
 
Makalah kesenian
Makalah kesenianMakalah kesenian
Makalah kesenian
 

More from Syafiqah Mohamed Noor

CONTOH LEMBARAN KERJA TAHUN 2 MASALAH PENDENGARAN
CONTOH LEMBARAN KERJA TAHUN 2 MASALAH PENDENGARANCONTOH LEMBARAN KERJA TAHUN 2 MASALAH PENDENGARAN
CONTOH LEMBARAN KERJA TAHUN 2 MASALAH PENDENGARAN
Syafiqah Mohamed Noor
 
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguPengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Syafiqah Mohamed Noor
 
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah PerkuburanContoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Syafiqah Mohamed Noor
 
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan AsasEsemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Syafiqah Mohamed Noor
 
Pelan kedudukan ujian amali pergerakan asas
Pelan kedudukan ujian amali pergerakan asasPelan kedudukan ujian amali pergerakan asas
Pelan kedudukan ujian amali pergerakan asas
Syafiqah Mohamed Noor
 

More from Syafiqah Mohamed Noor (20)

NOTA RINGKAS EDU3107
NOTA RINGKAS EDU3107NOTA RINGKAS EDU3107
NOTA RINGKAS EDU3107
 
CONTOH LEMBARAN KERJA TAHUN 2 MASALAH PENDENGARAN
CONTOH LEMBARAN KERJA TAHUN 2 MASALAH PENDENGARANCONTOH LEMBARAN KERJA TAHUN 2 MASALAH PENDENGARAN
CONTOH LEMBARAN KERJA TAHUN 2 MASALAH PENDENGARAN
 
Dapatan kajian proses fonologi
Dapatan kajian proses fonologi Dapatan kajian proses fonologi
Dapatan kajian proses fonologi
 
Modul pgsr budaya dlm pembelajaran
Modul pgsr budaya dlm pembelajaranModul pgsr budaya dlm pembelajaran
Modul pgsr budaya dlm pembelajaran
 
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJCONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
 
Senarai peralatan tangan
Senarai peralatan tanganSenarai peralatan tangan
Senarai peralatan tangan
 
Senarai peralatan berat
Senarai peralatan beratSenarai peralatan berat
Senarai peralatan berat
 
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguPengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
 
Nota ringkas budaya
Nota ringkas budayaNota ringkas budaya
Nota ringkas budaya
 
Penulisan akademik proses pencernaan
Penulisan akademik proses pencernaanPenulisan akademik proses pencernaan
Penulisan akademik proses pencernaan
 
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah PerkuburanContoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
 
Pengenalan Berasaskan Sekolah
Pengenalan Berasaskan SekolahPengenalan Berasaskan Sekolah
Pengenalan Berasaskan Sekolah
 
Pengajian Sukatan Bahasa Melayu
Pengajian Sukatan Bahasa MelayuPengajian Sukatan Bahasa Melayu
Pengajian Sukatan Bahasa Melayu
 
Pengajian sukatan Bahasa Melayu
Pengajian sukatan Bahasa Melayu Pengajian sukatan Bahasa Melayu
Pengajian sukatan Bahasa Melayu
 
Masalah kecacatan fizikal
Masalah kecacatan fizikalMasalah kecacatan fizikal
Masalah kecacatan fizikal
 
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan AsasEsemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
 
Pelan kedudukan ujian amali pergerakan asas
Pelan kedudukan ujian amali pergerakan asasPelan kedudukan ujian amali pergerakan asas
Pelan kedudukan ujian amali pergerakan asas
 
Literasi nombor pengajaran menggunakan ict
Literasi nombor pengajaran menggunakan ictLiterasi nombor pengajaran menggunakan ict
Literasi nombor pengajaran menggunakan ict
 
Esemen Matematik Penyelesaian Masalah
Esemen Matematik Penyelesaian MasalahEsemen Matematik Penyelesaian Masalah
Esemen Matematik Penyelesaian Masalah
 
Laporan kesalahan ejaan
Laporan kesalahan ejaanLaporan kesalahan ejaan
Laporan kesalahan ejaan
 

Recently uploaded

1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
DessyArliani
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
furqanridha
 
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
ErikaPutriJayantini
 

Recently uploaded (20)

PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASARPPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
 
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SDMateri Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptxAksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
 
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerakMateri Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
 
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
 

Budaya Pekak

  • 1. 1.0 RUMUSAN ARTIKEL Artikel ini bertajuk Pengenalan Asas kepada Aspek-Aspek yang Terdapat di Dalam Budaya Pekak. Artikel yang ditulis oleh Ron Southwick secara keseluruhannya membincangkan mengenai budaya orang pekak dan orang mendengar di dalam komuniti masing-masing. Walau bagaimanapun, perkara utama yang dibincangkan adalah lebih tertumpu kepada budaya pekak yang terdapat di dalam komuniti pekak. Berdasarkan artikel, terdapat beberapa aspek yang dibincangkan oleh penulis yang mana setiap aspek yang dibincangkan tersebut menzahirkan budaya pekak dengan lebih terperinci. Aspek tersebut terdiri daripada bahasa, ikatan persahabatan, ketajaman penglihatan, pengasingan, kemahiran sosial dan perkongsian maklumat. Menurut penulis iaitu Ron Southwick, terdapat beberapa persamaan antara komuniti pekak dan komuniti mendengar. Ini kerana, orang pekak juga menggunakan bahasa, menjalankan persahabatan dan berkongsi maklumat seperti orang yang mendengar. Walau bagaimanapun, orang pekak merujuk kepada komuniti pekak di Amerika menggunakan komunikasi secara visual dan bahasa isyarat sebagai bahasa utama tidak seperti orang mendengar yang bergantung kepada perkataan dalam berkomunikasi. Komuniti pekak ini juga dikatakan sukar untuk menerima orang yang mendengar merujuk kepada golongan yang menolak budaya pekak yang mereka banggakan sebagai komuniti pekak walaupun komuniti yang mendengar tersebut fasih dalam menggunakan bahasa isyarat. Selain itu, komuniti pekak ini juga menolak sekiranya seseorang menggunakan bahasa isyarat sambil bertutur kerana mereka merasakan bahawa pertuturan itu hanya memberi kepentingan kepada komuniti yang mendengar dan akan menyebabkan mereka dipinggirkan. Aspek budaya yang lain dapat dinilai iaitu dari segi persahabatan. Komuniti pekak sangat mementingkan persahabatan antara komuniti pekak itu sendiri. Mereka sangat ikhlas dalam bersahabat. Namun, mereka lemah dalam membentuk hubungan dengan orang mendengar. Ini disebabkn oleh masalah pendengaran yang mereka hadapi. Mereka sukar untuk meluahkan perasaan mereka kerana mereka sendiri tidak memahaminya. Selain itu, mereka sering mengikut apa yang dilakukan oleh orang yang 1
  • 2. mendengar tanpa mengetahui maksud perbuatan yang mereka lakukan supaya mereka dilihat seperti orang nomal juga. Orang pekak juga selalu berfikiran negatif terhadap orang mendengar. Mereka beranggapan bahawa orang mendengar sering ketawakan mereka jika orang mendengar tidak menyatakan sebab mereka ketawa. Orang mendengar perlu mewujudkan persekitaran yang boleh diterima oleh orang pekak dalam menjalinkan hubungan iaitu dengan menepuk bahu orang pekak dengan lembut dan menggunakan lampu bagi mendapatkan perhatian orang pekak. Seterusnya menurut penulis, tindakan membalingkan barang dan membuat orang pekak terkejut tidak boleh diaplikasikan oleh orang mendengar jika ingin mendapatkan perhatian daripada orang pekak. Hal ini demikian kerana, budaya orang pekak juga mempunyai sedikit perbezaan dengan orang mendengar. Kekurangan yang dihadapi oleh individu pekak menyebabkan mereka sangat sensitif. Selain itu, budaya pekak yang lain yang dilihat unik adalah komuniti pekak ini sangat peka terhadap sesuatu perubahan. Mereka boleh membaca gerak tubuh, mimik muka, kontrak mata yang menunjukkan seseorang tidak ikhlas untuk berkmunikasi dengannya. Lanjutan daripada itu, penulis juga menyatakan bahawa komuniti pekak ini mempunyai ketajaman penglihatan yang baik iaitu jauh lebih baik dari komuniti mendengar. Mereka dapat menjadi saksi di makhmah yang mana mereka dapat menceritakan urutan peristiwa secara terperinci berpandukan ketajaman penglihatan yang mereka miliki. Apabila berhadapan dengan komuniti pekak, segala maklumat perlu disampaikan terutamanya jika mereka berada semasa kita sebagai komuniti mendengar sedang menjawab panggilan telefon daripada rakan. Hal ini demikian kerana, mereka akan cenderung berprasangka negatif bahawa kita sedang menyembunyikan sesuatu daripada mereka. Oleh itu, segala maklumat perlu diberitahu tidak seperti komuniti mendengar yang boleh mendengar apa yang diperbualkan sendiri. Kesimpulannya, berdasarkan artikel ini terdapat perbezaan di antara budaya pekak dan budaya orang mendengar walaupun terdapat beberapa persamaan dari segi aspek tertentu. Oleh hal yang demikian, perbezaan budaya ini perlu dikaji supaya dapat mewujudkan persefahaman antara komuniti pekak dan mendengar. 2
  • 3. 2.0 PERBANDINGAN ANTARA BUDAYA ORANG PEKAK MALAYSIA DAN ORANG MENDENGAR Berdasarkan pembacaan saya, terdapat perbezaan yang nyata antara budaya orang pekak Malaysia dan orang yang mendengar. Perbezaan pertama dari aspek masalah pendengaran yang dialami. Orang pekak menganggap kepekakan yang mereka alami sebagai budaya dan mereka tidak mahu sekiranya mereka boleh mendengar. Mereka beranggapan bahawa budaya pekak sangat bagus kerana mereka merupakan komuniti yang erat antara satu sama lain dengan berkongsi pengalaman dan bahasa yang sama. Orang pekak tidak suka sekiranya mempunyai anak yang mendengar kerana bagi mereka anak yang tidak pekak sebagai tidak normal. Berbeza dengan budaya orang mendengar yang beranggapan bahawa pekak merupakan kecacatan dan penyakit yang kekal dan dilihat tidak normal. Perbezaan seterusnya merujuk kepada aspek bahasa. Orang pekak menggunakan bahasa isyarat tempatan (Bahasa Isyarat Malaysia) untuk berkomunikasi berbeza dengan orang mendengar yang menggunakan pertuturan sepenuhnya. Selain itu, sudah menjadi budaya orang pekak untuk menyampaikan sesuatu dalam bentuk ayat yang tidak tersusun dari segi tatabahasa berbeza dengan orang mendengar yang menyampaikan sesuatu secara tersusun. Contohnya, orang pekak akan mengubah struktur ayat orang mendengar iaitu “Saya makan nasi” kepasa “Nasi makan saya”. Perbezaan budaya dari aspek komunikasi pula merujuk kepada budaya orang pekak semasa berkomunikasi adalah berbeza dengan orang mendengar. Orang pekak mementingkan ekspresi muka dan bentuk tangan semasa berkomunikasi berbeza dengan orang mendengar yang mana berkomunikasi menggunakan verbal sematamata dan kurang mengambil berat berkenaan ekspresi muka. Selain itu, budaya orang pekak apabila berkomunikasi mereka suka mengangguk dan membuat isyarat badan yang spesifik berbanding dengan orang mendengar yang biasanya akan banyak menggunakan perkataan seperti “hmmmm atau uh-huh” dalam memberi respon semasa berkomunikasi. Selain itu, orang pekak apabila berkomunikasi menurut budaya mereka mestilah berlaku di tempat yang terang supaya dapat membaca pergerakan 3
  • 4. isyarat yang dibuat berbeza dengan orang mendengar mereka bebas berkomunikasi dalam persekitaran gelap sekalipun. Perbezaan budaya yang lain adalah dari segi nama (Sharon Woo et al., 2006). Budaya orang pekak sangat unik dari segi panggilan nama kerana menggunakan bahasa isyarat dengan merujuk kepada ciri fizikal seseorang berbeza dengan orang mendengar yang merujuk kepada nama asal semata-mata. Nama seseorang dalam budaya pekak tidak diingat secara keseluruhan seperti yang diamalkan orang mendengar. Mereka hanya isyarat nama menunjukkan ciri fizikal sahaja. Orang pekak sangat mengagungkan isyarat nama yang diberi dan isyarat tersebut tidak boleh ditukar sebab merupakan nama rasmi dalam komuniti pekak. Isyarat nama orang mendengar hanya layak diberi oleh orang pekak menurut budaya pekak itu sendiri kerana mereka lebih mengenali orang mendengar. Perbezaan seterusnya dari aspek sosial yang mana orang pekak lebih cenderung untuk mempunyai kekasih dari komuniti yang mendengar berbanding dengan orang pekak. Ini menunjukkan budaya mereka, yang mana bagi pendapat mereka orang mendengar lebih bersikap terbuka berbanding dengan orang pekak. Berbeza dengan orang mendengar yang hanya berminat untuk mempunyai kekasih dari komuniti mendengar sahaja kerana tidak mahu sekiranya berkahwin dengan orang pekak mereka akan memperoleh anak yang pekak. Dari aspek perkahwinan pula, orang pekak selalu gagal dalam perkahwinan mereka kerana tidak memahami antara satu sama lain. Oleh itu, isu bercerai sudah menjadi perkara biasa dan sudah menjadi budaya orang pekak sekiranya perkahwinan mereka gagal untuk dipertahankan. Budaya orang pekak seterusnya iaitu mereka suka berjumpa di kedai kopi dan meluangkan masa berjam-jam untuk bersembang. Mereka juga sukar untuk mengakhiri perbualan mereka apabila sudah berjumpa sesama komuniti pekak kerana terlalu banyak topik yang ingin mereka bincangkan. Berbanding dengan orang mendengar yang duduk bersembang di kedai kopi hanya pada masa senggang sahaja untuk membincangkan hal semasa dan biasanya mudah untuk mengakhiri perbualan yang dibincangkan. Budaya orang pekak yang lain iaitu mereka sering kelam-kabut ketika bersembang dengan rakan dan menyebabkan banyak maklumat yang tertinggal 4
  • 5. berbeza dengan orang yang mendengar mereka sentiasa tenang dalam memulakan perbualan sesama mereka. Perbezaan budaya yang seterusnya iaitu berkenaan dengan sikap dan nilai. Bagi orang pekak, perkara seperti mengetuk meja, menepuk bahu, menggunakan lampu, menepuk tangan bagi mendapatkan perhatian mereka adalah perkara biasa. Namun, bagi orang mendengar perkara seperti itu dianggap biadap. Orang pekak juga dikatakan sangat peka dengan sesuatu perubahan terutamanya melibatkan perubahan mimik muka dan bahasa tubuh seseorang. Budaya ini dilihat sangat unik yang mana membolehkan orang pekak mentafsir penerimaan seseorang terhadapnya. Berbanding dengan orang yang mendengar kerana mereka kurang peka dengan sesuatu kerana mereka banyak menumpukan perhatian mereka kepada hal-hal lain. Budaya orang pekak yang seterusnya iaitu mereka sangat sensitif berbanding dengan orang mendengar. Mereka sering berfikiran negatif terhadap orang mendengar apabila orang mendengar ketawa dihadapan mereka tanpa memberitahu sebab. Ini kerana, mereka berfikiran bahawa orang mendengar mentertawakan mereka. Selain itu, budaya orang pekak juga jika inginkan sesuatu atau menunjuk seseorang mereka akan menujuk secara terus kepada apa yang mereka inginkan tetapi bagi orang mendengar ia dianggap biadap. Bercakap dengan mulut yang penuh juga dibolehkan di dalam budaya pekak kerana mereka menggunakan bahasa isyarat tetapi bagi orang mendengar bercakap dengan mulut yang penuh dilihat tidak sopan. Budaya orang pekak apabila melakukan kesalahan merujuk kepada kanak-kanak mereka kebiasaanya akan menutup mata manakala orang mendengar akan menutup telinga. Orang pekak apabila berkenalan dengan seseorang akan mengambil masa yang lama berbanding dengan orang mendengar yang hanya menuturkan “selamat berkenalan” apabila jumpa kawan baru. Budaya orang pekak berbeza kerana mereka akan mengutarakan pelbagai persoalan seperti tempat asal, sekolah, adik beradik dan sebagainya semasa perkenalan pertama. Bagi orang pekak, berpelukan selepas berkenalan adalan budaya biasa berbeza dengan orang mendengar yang terhad kepada bersalam sahaja (http://www. Deafeducation 4parents. com/culture.html). 5
  • 6. Budaya orang pekak yang lain iaitu mereka sangat bergantung kepada kecanggihan teknologi sama seperti orang normal. Namun cara mereka menggunakan teknologi adalah berbeza dengan orang normal. Orang pekak menggunakan telefon dalam mod getaran tidak menggunakan mod suara seperti orang mendengar. Selain itu, orang pekak menggunakan telefon yang mempunyai 3g supaya dapat berinteraksi dengan kawan-kawan sama ada pekak atau mendengar juga jurubahasa dengan menggunakan aplikasi 3g. Telefon juga dijadikan alat untuk mengejutkan mereka dari tidur dengan mengunci jam dalam mod getaran. Orang pekak juga berhibur seperti orang mendengar. Namun, budaya mereka berbeza dengan orang mendengar kerana mereka memerlukan sari kata sekiranya menonton wayang bagi memahami cerita yang ditayangkan. Mereka juga aktif dalam aktiviti fizikal seperti boling, badminton dan bola sepak tetapi lebih tertumpu kepada aktiviti fizikal dalam komuniti mereka yang dianjurkan oleh MSFD (Malaysia Sports Federation of The Deaf) berbanding dengan orang yang mendengar yang menjadikan aktiviti fizikal sebagai riadah pada masa petang. Budaya orang pekak dalam aspek agama adalah dilihat kurang berbanding dengan orang yang mendengar. Ini kerana, orang pekak sukar memahami perkara abstrak yang terdapat di dalam agama seperti syurga dan neraka. Namun, komuniti pekak turut mengamalkan kepercayaan dan agama yang tersendiri seperti yang diamalkan oleh ibu bapa. Namun, orang pekak juga mengambil berat terhadap agama. Sebagai contohnya, orang pekak yang menganut agama Islam sering berkumpul di masjid Sri Petaling bagi mendalami ilmu Islam. Ini merupakan salah satu budaya yang mereka amalkan iaitu bersama-sama dengan komuniti mereka mencari ilmu ketuhanan. Budaya orang pekak dari segi kerjaya adalah berbeza dengan orang mendengar. Orang pekak lebih memilih pekerjaan yang tidak memerlukan komunikasi berbeza dengan orang mendengar yang mana bebas untuk memilih kerjaya yang diminati. Pekerjaan bagi orang pekak adalah sangat terhad. Ini kerana, orang pekak tidak boleh diberikan pekerjaan seperti operator yang memerlukan penggunaan deria pendengaran dan suara. Namun, dari segi kerajinan dan semangat kerja orang pekak dilihat sangat rajin bekerja berbeza dengan orang mendengar yang kadang-kala malas untuk bekerja. 6
  • 7. 3.0 PERBANDINGAN ANTARA BUDAYA ORANG PEKAK DI MALAYSIA DAN BUDAYA ORANG PEKAK DI AMERIKA SYARIKAT Budaya orang pekak di Malaysia dan di Amerika dilihat berbeza. Orang pekak Malaysia menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) manakala orang pekak Amerika menggunakan American Sign Language (ASL) untuk berkomunikasi. ASL menjadikan budaya orang pekak Amerika kaya dengan unsur sastera. Ini kerana, terdapat puisi, cerita dan permainan bahasa di dalam ASL berbeza dengan BIM yang hanya berfokuskan kepada perbualan semata-mata. Puisi di dalam ASL diungkapkan dalam bentuk ritma dengan membuat bentuk tangan yang sama. Contohnya, membuat bentuk tangan yang terbuka bagi merujuk isyarat-isyarat yang serupa. Budaya bahasa isyarat ini juga berbeza kerana, menurut laman web Wikipedia, ASL hanya menggunakan sebelah tangan manakala BIM menggunakan kedua-dua belah tangan untuk membuat isyarat. Selain itu, budaya dari segi bahasa ini dilihat berbeza kerana menurut Amir Hamidi (2010), ASL dilihat mempunyai banyak perbendaharaan kata dan diiktiraf sebagai bahasa rasmi di Amerika berbeza dengan BIM yang mana ketinggalan banyak dari segi perbendaharaan kata dan tidak diiktiraf sebagai bahasa rasmi kerana tidak setanding dengan bahasa Melayu. Perbezaan budaya dari aspek sosial pula dapat dilihat dengan membandingkan persahabatan antara orang pekak dan mendengar. Orang pekak di Malaysia mempunyai hubungan yang kurang erat dengan orang yang mendengar berbanding dengan orang pekak di Amerika yang mempunyai hubungan yang sangat erat dengan orang mendengar. Namun perbezaan budaya pekak dari aspek perkahwinan pula dilihat berbeza iaitu sebanyak 9 daripada 10 orang pekak di Amerika berkahwin dengan orang pekak bagi memastikan budaya pekak terpelihara. Berbanding dengan orang pekak di Malaysia yang dilihat sudah ramai yang berkahwin dengan orang yang mendengar. Contohnya, presiden Persatuan Orang Pekak Malaysia iaitu Sazali juga berkahwin dengan orang yang mendengar. Perbezaan seterusnya dapat dinilai dari aspek pendidikan. Pendidikan orang pekak Malaysia adalah dilihat pada tahap biasa tidak seperti orang pekak Amerika yang dilihat sangat luar biasa. Di Amerika, terdapat universiti khusus untuk orang pekak iaitu 7
  • 8. Gallaudet. Di Malaysia, pendidikan khusus untuk orang pekak terhad pada tahap sekolah rendah dan menengah. Namun, pendidikan bagi orang pekak di Malaysia juga terdapat di sesetengah universiti dan politeknik. Selain itu, budaya pekak dari aspek pendidikan berbeza dari aspek tahap pendidikan pengasas persatuan pekak. Tahap pendidikan pengasas persatuan pekak Malaysia (MFD) sangat rendah iaitu terhad kepada tahap PMR, SPM dan STPM sahaja berbanding dengan pengasas persatuan pekak Amerika iaitu National Association of the Deaf (NAD) yang mana pengasasnya berlatar belakang pendidikan peringkat universiti (http://harapanpekak malaysia. blogspot.com/2008_ 12_ 01_archive.html). Perbezaan budaya dari aspek komunikasi juga dapat dilihat. Budaya berkomunikasi orang pekak Amerika dilihat lebih meluas berbanding dengan orang pekak Malaysia. Ini kerana, orang pekak di Amerika lebih berkemahiran dalam bahasa isyarat. Mereka mempunyai kesedaran yang tinggi berkenaan dengan kepentingan bahasa isyarat. Hal ini demikian kerana, budaya menggunakan bahasa isyarat dengan orang mendengar di Amerika adalah biasa kerana mereka mahir dalam ASL. Kesemua lapisan masyarakat sama ada ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan boleh menggunakan isyarat dengan lancar dalam berkomunikasi. Budaya orang pekak Amerika dan Malaysia dalam aspek kebergantungan terhadap teknologi dan hiburan adalah sama. Kedua-dua orang pekak di Malaysia dan Amerika menggunakan teknologi seperti telefon, i-pad, internet dan sebagainya untuk berkomunikasi dengan orang-orang di sekeliling mereka. Mereka juga berhibur dengan pergi ke panggung wayang dan bermain boling. Budaya orang pekak Malaysia dan Amerika dari segi agama adalah baik. Perbezaan budaya pekak hanyalah merujuk kepada agama yang diamalkan. Kegiatan agama orang pekak Malaysia banyak tertumpu kepada agama Islam berbeza dengan orang pekak Amerika yang tertumpu kepada agama Kristian. Agama masyarakat Malaysia dilihat kuat kerana orang pekak sering pergi ke masjid-masjid serta melibatkan diri dengan pelbagai seminar kesedaran mengenai agama berbeza dengan orang pekak Amerika yang mempelajari agama di Universiti Gallaudet (http://dsq- sds.org/article/view/1368/1498) 8
  • 9. 4.0 REFLEKSI Berdasarkan tugasan kerja kursus ini, banyak pengetahuan baru saya perolehi terutamanya berkaitan dengan komuniti dan budaya pekak. Pengetahuan yang diperolehi ini benar-benar dapat membantu saya dalam mengenali orang pekak dengan lebih mendalam. Selain itu, saya juga dapat menggunakan pengetahuan yang ada ini untuk menangani kerenah murid-murid pekak di sekolah kelak. Tambahan pula, melalui tugasan ini saya juga dapat merungkai beberapa persoalan mengenai orang pekak iaitu salah satunya mengenai penolakkan salah seorang rakan saya yang bermasalah pendengaran untuk berkongsi masalahnya dengan saya sebagai orang yang mendengar. Perkara ini terjawab apabila saya terjumpa kenyataan mengenai budaya orang pekak yang mana mereka susah untuk mempercayai orang yang mendengar. Selain itu, berdasarkan tugasan ini saya juga dapat mengetahui serba sedikit mengenai peranan saya sebagai salah seorang ahli dalam komuniti pekak. Berdasarkan tugasan ini juga, saya dapat melihat perbandingan budaya di antara orang pekak dan mendengar dan seterusnya saya dapat melihat perbandingan orang pekak di dalam negara dan luar negara. Ini dapat menambah maklumat baru dan pada masa yang sama saya dapat mengubah persepsi saya sebelum membuat tugasan ini. Ini kerana, pada mulanya saya berfikir bahawa budaya orang pekak adalah sama di serata dunia. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan yang dikenalpasti semasa tempoh melaksanakan tugasan ini. Kelemahan pertama, saya sukar untuk memperolehi maklumat mengenai tugasan. Saya juga tidak pasti dengan maklumat yang diperolehi sama ada betul atau tidak. Namun, maklumat yang dikumpul sememangnya terdiri daripada berbagai sumber iaitu buku, majalah, jurnal dan internet. Proses pencarian maklumat ini juga sukar kerana kebanyakan bahan adaah dalam bahasa Inggeris. Kelemahan ini kelihatan ketara kerana saya sangat lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris. Namun, berbekalkan iltizam yang kuat saya berusaha untuk menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Lantaran itu, saya sedikit gusar sekiranya saya tersalah mentafsir kenyataan bahasa Inggeris yang terdapat di dalam bahan yang saya rujuk. Kelemahan seterusnya, saya berasa sangat sukar untuk melaksanakan tugasan yang diberikan kerana jumlah muka surat telah ditetapkan di 9
  • 10. dalam soalan tugasan. Tambahan pula, skop tugasan luas mencakupi rumusan jurnal, perbandingan budaya pekak dan orang mendengar, perbandingan budaya pekak di Malaysia dan luar negara (Amerika Syarikat) dan refleksi. Ini menyebabkan saya sangat sukar untuk membuat organisasi tugasan dengan baik. Kelemahan lain iaitu saya tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing berikutan kekangan masa daripada pihak pensyarah dan diri saya sendiri. Oleh hal yang demikian, saya kurang berkeyakinan untuk melaksanakan tugasan ini. Di samping itu, kekurangan kolaborasi menyebabkan saya bimbang hasil tugasan saya kurang bermutu dan selari dengan kehendak tugasan. Cadangan penambahbaikkan yang boleh saya buat adalah saya perlu merancang maklumat dengan teliti daripada awal supaya dapat mempersembahkannya dalam bentuk yang lebih ringkas dan padat. Selain itu, perkara-perkara seperti pengurusan grafik dan jadual perbezaan perlu saya masukkan di bahagian lampiran tugasan sebagai langkah meminimumkan penggunaan muka surat. Bagi memastikan tugasan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna, saya perlu mendapatkan bimbingan yang berkesan daripada pensyarah dengan merancang jadual waktu pembelajaran dengan baik supaya bimbingan masih dapat diperolehi walaupun sibuk dengan urusan dan tanggungjawab lain. Selain itu, penambahbaikkan yang boleh dibuat iaitu saya sepatutnya bergaul dengan lebih giat dengan komuniti pekak supaya kesahan maklumat dapat diperolehi mengenai budaya orang pekak. Selain itu, saya seharusnya menjalankan kajian dengan mengedarkan borang kaji selidik kepada rakan-rakan bermasalah pendengaran yang dikenali bagi menilai aspek budaya pekak dengan lebih terperinci menurut perspektif mereka sebagai individu yang bermasalah pendengaran. Sesi temu bual dan pemerhatian juga seharusnya dijalankan.Selain itu, penguasaan bahasa Inggeris juga perlu ditingkatkan supaya proses pencarian ilmu akan menjadi lebih mudah. Kesimpulannya, tugasan ini benar-benar dapat meningkatkan amalan nilai professional saya sebagai bakal guru kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran. Pada masa yang sama, tugasan ini juga mampu menjadikan saya seorang komuniti pekak yang lebih pekak terhadap ahli-ahlinya. 10