Pengenalan Berasaskan Sekolah

1,041 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,041
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
58
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pengenalan Berasaskan Sekolah

  1. 1. 1.0 Pengenalan PBS Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semester ini telah saya laksanakan dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Mela, Jerantut Pahang. Tugasan yang dibekalkan adalah dari Jabatan Pengajian Melayu bagi subjek BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Sepanjang di sekolah saya dikehendaki menjalani pemerhatian berkaitan dengan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang kerap dan kurang dilaksanakan oleh guru dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu, saya juga dikehendaki untuk berinteraksi dengan komuniti sekolah khususunya guru bahasa Melayu bagi mendapatkan dapatan kajian berkenaan dengan soalan tugasan. 2.0 Tujuan Penyataan Profesional Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), guru pelatih dapat (i) Memperoleh pendedahan awal tentang pembelajaran murid; (ii) Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah; (iii) Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kreatif dan analitikal; (iv) Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan. 3.0 Penyataan Profesional 3.1 Sebelum PBS Sebelum menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Mela, saya telah meneliti dan merancang perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa menjalankan PBS supaya saya dapat mencapai objektif PBS dengan jayanya. Saya turut merangka strategi-strategi pengumpulan maklumat yang berkesan dengan membuat perancangan yang rapi dan teliti mengikut hari bagi memastikan masa yang ada tidak disia-siakan.
  2. 2. Berikut adalah perancangan saya : 1) FOKUS UTAMA Berdasarkan tugasan yang diberi, saya dikehendaki untuk menjalankan PBS selama seminggu di sekolah. Saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Mela untuk PBS yang terakhir ini. Tugasan PBS yang saya terima bagi semester ini adalah dari Jabatan Pengajian Bahasa Melayu untuk subjek BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Oleh itu, saya perlu membuat pemerhatian sesi pengajaran bahasa Melayu bagi mendapatkan data berkenaan dengan tajuk tugasan yang diberi iaitu merekodkan dapatan tentang kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang kerap dan kurang dilaksanakana di sekolah.Di samping itu juga, saya perlu menemu bual guru-guru bahasa Melayu untuk mendapatkan dapatan yang lebih terperinci. Justeru itu, saya perlu memohon kebenaran daripada guru besar untuk masuk ke kelas semasa sesi pembelajaran dan pengajaran (P&P) bagi melihat situasi P&P semasa guru bahasa mengajar bagi melihat kaedah dan teknik yang digunakan semasa mengajar. Selain itu, saya turut menyiapkan transkripsi soalan temu bual bagi menemu bual guru-guru mengenai kaedah dan teknik pengajaran bahasa yang kerap dan jarang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Saya juga menyediakan senarai semak tugasan bagi memastikan segala item dan maklumat yang ingin dikumpulkan tidak tercicir. 2) STRATEGI PERLAKSANAAN Saya juga telah membuat satu takwim aktiviti untuk setiap hari selama seminggu menjalankan PBS. Tujuan takwin ini dibuat adalah semata-mata untuk memastikan segala maklumat dapat dikumpulkan dengan berkesan mengikut takwim aktiviti. Tambahan pula, takwim aktiviti ini juga dapat mengelakkan daripada masa terbuang dengan sia-sia tanpa diisi dengan aktiviti yang berfaedah.
  3. 3. Hari pertama (Isnin: 13 Ogos 2012)  Berjumpa dengan guru besar;  Berjumpa dengan guru-guru penolong kanan;  Berkenalan dan beramah mesra dengan guru;  Membuat janji temu dengan guru bahasa Melayu;  Menyertai perhimpunan rasmi yang diadakan pada setiap hari Isnin;  Meninjau persekitaran sekolah dengan mengambil gambar;  Mengumpul maklumat mengenai sekolah (sejarah sekolah, pengurusan sekolah, pencapaian akademik dan sebagainya);  Melengkapkan lampiran 1 – 7A. Hari kedua (Selasa: 14 Ogos 2012)  Menemu bual guru bahasa Melayu berkenaan dengan tugasan;  Membuat pemerhatian sesi P&P bahasa Melayu;  Menemu bual murid berkenaan dengan P&P guru bahasa Melayu. Hari ketiga (Rabu: 7 Mac 2012)  Menjalankan P&P untuk tugasan PKD 3108 Pengajaran Bahasa untuk Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran;  Mencari maklumat tambahan berkenaan dengan tugasan BMM 3117;  Menemu bual murid Sekolah Kebangsaan Mela. Hari keempat (Khamis: 8 Mac 2012)  Mengemaskini maklumat berkenaan dengan tugasan BMM3117;  Mengemaskini maklumat berkenaan dengan tugasan PKD 3108. Hari kelima (Jumaat: 9 Mac 2012)  Berjumpa dengan Guru Besar dan guru – guru.  Berterima kasih dengan seluruh kakitangan sekolah.
  4. 4. 3.2 Semasa PBS Semasa menjalankan PBS, saya telah melihat semula perancangan awal seperti yang saya rancang di dalam takwim aktiviti sebelum PBS. Walau bagaimanapun, terdapat banyak perubahan kerja yang perlu saya lakukan memandangkan persekolahan hanya tiga hari sahaja. Hal ini demikian kerana seluruh sekolah di Malaysia cuti selama dua hari sempena Hari Raya Aidilfitri. Pada hari pertama PBS, seperti biasa saya berjumpa dengan Guru Besar bagi tujuan melaporkan diri untuk menjalani PBS selama seminggu di sekolah. Saya juga memberitahu kepada Guru Besar berkenaan dengan skop tugasan yang perlu dilaksanakan di sekolah. Selepas selesai berjumpa dengan Guru Besar, saya pergi berjumpa dengan guru-guru untuk berkenal-kenalan supaya guru-guru mengetahui tujuan kehadiran saya ke sekolah. Sesudah itu, saya berjumpa dengan guru bahasa Melayu tahun dua iaitu Puan Siti Salbani bt Jusoh untuk membuat janji temu bagi menyiapkan tugasan BMM3117. Namun, saya juga sempat berbual dengan Puan Salbani bt Jusoh berkenaan dengan prestasi akademik murid tahun dua dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Ini kerana, saya memerlukan maklumat tersebut untuk kegunaan tugasan PKD 3108. Selepas mendapatkan maklumat daripada beliau saya bergerak ke bilik darjah tahun dua untuk menjalankan ujian diagnostik terhadap seorang murid yang sederhana pencapaiannya dalam bahasa Melayu dengan meminta kebenaran daripada guru yang ada di dalam bilik darjah. Pada hari kedua PBS, saya menemu bual Puan Siti Salbani Jusoh berkenaan dengan kaedah dan teknik pengajaran bahasa yang biasa digunakan olehnya semasa mengajar. Selepas itu, saya mengikutinya ke bilik darjah bagi menjalankan pemerhatian terhadap sesi P&P beliau. Sesi pemerhatian berlangsung selama satu jam. Saya membuat pemerhatian terhadap tiga aspek penting iaitu berkenaan dengan kaedah, teknik dan implikasinya kepada murid-murid sekiranya guru kerap atau kurang menggunakan kaedah dan teknik pengajaran bahasa.
  5. 5. Selain itu, saya juga menemu bual empat orang guru lain iaitu Encik Zuki bin Abdullah, Puan Hazimah bt Mohd Salleh, Puan Azila bt Mustafa dan Encik Zakaria bin Ahmad bagi mendapatkan dapatan berkenaan tuhasan dengan lebih tepat dan terperinci. Walau bagaimanapun, hanya sesi P&P Encik Zuki b. Abdullah, Puan Hazimah bt Mohd Salleh dan Encik Zakaria b. Ahmad yang sempat saya sertai bagi mengumpulkan dapatan dengan menggunakan kaedah pemerhatian. Seterusnya, saya juga meneruskan pencarian maklumat dengan menemu bual murid. Antara murid yang sempat saya temu bual iaitu murid tahun dua dan tahun empat. Murid tahun dua yang sempat saya temu bual iaitu Ahmad Nazreen bin Fauzi dan Annisa bt Mohammad. Manakala, murid tahun empat yang sempat saya temu bual iaitu Muhammad Haziq Ifwat bin Mohamed Noor. Temu bual yang dijalankan adalah berkisar tentang soalan tugasan berkenaan dengan kaedah dan teknik pengajaran bahasa yang sering guru mereka aplikasikan di dalam bilik darjah. Saya juga mengumpul maklumat-maklumat lain untuk dijadikan bukti pencarian maklumat bagi tugasan BMM3117. Antara maklumat yang dikumpul iaitu transkrip temu bual bersama-sama dengan guru, gambar guru dan murid yang ditemu bual dan gambar semasa sesi P&P berlangsung. Pada hari terakhir PBS, saya menjalankan sesi P&P selama sejam dengan murid tahun dua yang telah saya jalankan ujian diagnostik ke atasnya. Hal ini demikian kerana, saya telah diamanahkan untuk berbuat demikian mengikut tugasan PKD 3108. Seterusnya, saya mencari maklumat tambahan berkaitan dengan tugasan BMM 3117. Setelah selesai, saya menyusun segala maklumat yang ada dengan baik supaya tiada maklumat yang tertinggal Seterusnya saya berjumpa dengan warga Sekolah Kebangsaaan Mela bagi mengucapkan terima kasih terutamanya kepada Guru Besar kerana menerima saya dan membenarkan saya untuk menjalankan PBS di sekolah ini. Saya juga berterima kasih kepada guru-guru dan staf-staf sekolah atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang tempoh pencarian dapatan untuk kegunaan tugasan.
  6. 6. 3.3 Selepas PBS (Laporan aktiviti PBS: Kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang kerap dan kurang dilaksanakan oleh guru dan implikasinya) Setelah selesai menjalani PBS selama tiga hari di sekolah saya menyusun segala maklumat dan menganalisis satu per satu dapatan yang ada untuk mengetahui hasil dapatan akhir maklumat berkenaan dengan kaedah dan teknik yang biasa digunakan oleh guru dalam pengajaran bahasa dan implikasinya kepada murid-murid.Berdasarkan analisis yang dibuat, saya mendapati bahawa majoriti guru-guru di Sekolah Kebangsaan Mela menggunakan kaedah dan teknik yang sama di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka. Kaedah yang biasa digunakan oleh guru dalam P&P iaitu kaedah perbincangan, tunjuk cara (demonstrasi) dan penyelesaian masalah dengan dapatan soal selidik menunjukkan kelima-lima orang guru yang ditemu bual mengaplikasikan kaedah tersebut di dalam P&P mereka. Manakala, hanya seorang guru yang ditemu bual mengatakan bahawa beliau turut mengaplikasikan kaedah pengajaran berpasukan di dalam P&P beliau. Hal ini demikian kerana, guru tersebut merupakan guru tahun enam. Dapatan pemerhatian sesi P&P juga menunjukkan dapatan yang sama. Semasa saya memerhatikan sesi P&P bahasa Melayu tahun dua, guru mata pelajaran iaitu Pn. Siti Salbani bt Jusoh berbincang dengan murid-murid berkenaan dengan kepentingan memberikan cenderahati dan contoh-contoh cenderahati yang boleh diberikan. Menurut Siri risalah panduan guru bahasa Malaysia I (1994), kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti mengeluarkan dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Maka, berdasarkan definisi tersebut jelas menunjukkan bahawa Pn. Siti Salbani telah menjalankan P&P dengan mengaplikasikan kaedah perbincangan. Implikasi daripada penggunaan kaedah perbincangan oleh Pn. Siti Salbani saya dapati bahawa murid sangat aktif di dalam perbincangan.Setiap
  7. 7. murid ingin memberi pandangan mereka berkenaan dengan tajuk yang dibincangkan.Selain itu, interaksi dua hala di antara guru dan murid juga dapat dilihat dengan jelas. Ini bertepatan dengan apa yang dikatakan oleh Rahil Mahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar (2009), bahawa kaedah perbincangan merupakan kaedah yang mampu menggalakkan interaksi dua hala untuk berlaku.Walau bagaimanapun, masih terdapat kelemahan dalam kaedah ini. Ini keranamasih terdapat murid yang pasif terutamanya murid yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Hasil daripada pemerhatian lain iaitusesi P&P tahun tiga saya mendapati bahawa guru Bahasa Melayu iaitu Encik Zakaria bin Ahmad menunjukkan cara penggunaan kamus dewan bagi mencari makna perkataan yang sukar dan diikuti oleh murid. Ini bertepatan dengan apa yang diperkatakan oleh Mok Soon Sang (2003), bahawa kaedah tunjuk cara memerlukan guru membuat demonstrasi di hadapan murid. Selain itu, Encik Zakaria juga ada mengaplikasikan kaedah penyelesaian masalah dengan memberikan murid situasi untuk diselesaikan iaitu membina ayat baru dengan menggunakan perkataan seerti yang mereka jumpai di dalam kamus bersama-sama rakanrakan kumpulan. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, saya dapati bahawa murid lebih memahami sesuatu yang dibincangkan. Ini bertepatan dengan pepatah bahasa Inggeris yang mengatakan bahawa“Saya dengar saya lupa, saya lihat saya ingat dan apabila saya buat (http://www.quotedb.com/quotes/1492).Abdul saya Rahim lebih Abdul memahami” Rashid et.al. (2000), turut menyokong pepatah ini dengan merujuk kaedah tunjuk cara dalam P&P berdasarkan pepatah ini. Kaedah tunjuk cara yang digunakan oleh guru benar-benar memudahkan murid dalam memahami cara penggunaan kamus dewan dan seterusnya memudahkan mereka memahami makna setiap perkataan yang sukar. Selain itu, berdasarkan temu bual dengan Pn. Azila bt Mustafa iaitu guru tahun enam berkenaan dengan kaedah pengajaran berpasukan yang diaplikasikan olehnya saya dapati bahawa kaedah ini hanya sesuai
  8. 8. diaplikasikan untuk murid-murid tahap dua. Ini kerana, menurutMok Soon Sang (2003), kaedah pengajaran berpasukan ini melibatkan guru-guru lain dan guru-guru yang pakar untuk mengajar bersama-sama. Pengaplikasian kaedah ini bagi murid tahap satu mungkin akan mendatangkan kekeliruan. Implikasi kaedah pengajaran berpasukan ini saya lihat dari dua perspektif. Pertama kaedah ini dilihat mendatangkan kebaikan kepada murid tahap dua terutamanya murid tahun enam. Mankala, kaedah ini dilihat kurang berkesan untuk diaplikasikan kepada murid tahap satu. Kaedah ini bersesuaian dengan murid tahun enam adalah kerana murid-murid tahun enam memerlukan bimbingan yang intensif terutamanya dari pada guru-guru pakar supaya mereka dapat menjawab peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan lebih berkesan. Maka kolaborasi daripada semua guru bahasa sangat dituntut bagi mamberikan bimbingan kepada murid-murid tahun enam. Teknik yang biasa guru gunakan di dalam P&P pula iaitu teknik permainan bahasa, latih tubi, bercerita, sumbangsaran, simulasi dan main peranan. Hasil daripada soal selidik yang dibuat, kelima-lima orang guru yang ditemu bual mengaplikasikan teknik sumbangsaran di permainan bahasa, dalam P&P. Manakala, latih tubi, bercerita, hanya dua orang dan guru mengaplikasikan teknik simulasi dan tiga orang guru mengaplikasikan teknik main peranan dalam P&P bahasa Melayu mereka. Semasa sesi pemerhatian saya sempat melihat guru iaitu Pn. Hazimah bt Mohd Salleh mengaplikasikan teknik permainan bahasa melalui permaianan “Radio Rosak”. Hal ini demikian kerana, hasil pembelajaran yang diajar oleh guru pada hari tersebut iaitu menyampaikan pesanan berkenaan sesuatu perkara. Hasil daripada pemerhatian, murid sangat seronok mempelajari pembelajaran pada hari tersebut dengan pengaplikasian teknik permainan bahasa. Murid juga lebih memberikan tumpuan dan melibatkan diri secara aktif di dalam P&P. Ini juga disokong oleh Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012), bahawa permainan bahasa mampu merangsang interaksi verbal murid, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks
  9. 9. pembelajaran yang terbuka dan luas, bertindak sebagai alat yang mampu menghilangkan kebosanan dan dapat bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Saya juga sempat memerhatikan sesi P&P bahasa Melayu tahun empat. Encik Zuki bin Abdullah mengaplikasikan teknik bercerita dan simulasi semasa sesi P&Pberkenaan pencemaran sungai. Murid diminta oleh guru untuk bercerita pengalaman mereka berkelah di sungai. Murid juga diarahkan untuk main peranan watak seorang warga yang prihatin iaitu membersihkan sungai dengan mengutip sampah-sarap yang ada di sekitar sungai. Implikasi daripada sesi P&P ini saya lihat murid lebih menghayati tajuk perbincangan mengenai pencemaran sungai. Murid juga dapat membuat generalisasi perkara yang boleh dilakukan dan tidak semasa berkelah di sungai. Kesan lain iaitu murid dapat mempertingkatkan kecekapan berbahasa mereka melalui aktiviti bercerita. Malah, menurut Adenan Ayob dan Khairudin Mohamad (2012), melalui bercerita aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid dapat diperkembangkan. Selain itu, guru juga mengaplikasikan teknik latih tubi dalam P&P mereka. berdasarkan hasil temu bual dengan guru-guru. Setiap daripada mereka memberitahu bahawa mereka kerap memberikan latih tubi kepada muridmurid pada akhir sesi P&P. Tambahan pula, ada di antara mereka yang membekalkan murid dengan kerja tambahan untuk disiapkan di rumah. Guru-guru menyatakan bahawa teknik latih tubi merupakan salah satu teknik yang berkesan dalam pengajaran bahasa.Perkara ini disokong oleh Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012) bahawa teknik latih tubi sememangnya sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu. Teknik ini membolehkan mereka untuk mengesan tahap kefahaman murid terhadap sesi pengajaran mereka. Tambahan pula, rata-rata guru yang ditemu bual mengatakan bahawa melalui teknik ini murid lebih memahami sesi P&P pada hari tersebut melalui latih tubi yang diberi.
  10. 10. Guru-guru juga kebanyakkannya mengaplikasikan teknik sumbangsaran dalam P&P bahasa. Teknik sumbangsaran ini merupakan teknik perbincangan kreatif untuk mendapatkan beberapa idea dari sesuatu kumpulan dalam masa yang singkat dan terkawal (Institut bahasa, 1994). Semasa pemerhatian sesi P&P Pn. Salbani beliau ada mengaplikasikan teknik sumbangsaran iaitu dengan bertanyakan kepada murid berkenaan dengan makanan yang sihat yang boleh diamalkan dalam pemakanan seharian. Implikasi daripada teknik ini, sesi P&P lebih menarik dan produktif. Hal ini demikian kerana murid berpeluang menyatakan idea mereka dengan bebas tanpa dikritik oleh mana-mana pihak. Selain itu, murid yang lemah lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan daripada guru kerana mereka tidak akan dikritik oleh rakan-rakan yang pandai. Kesimpulannya, guru-guru Bahasa Melayu perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran bahasa agar sesi P&P lebih menarik dan memberangsangkan memandangkan jiwa murid-murid sekolah rendah masih keanak-anakkan dan memerlukan sesi P&P yang lebih santai berbanding murid sekolah menengah dan pelajar peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
  11. 11. 4.0 Penilaian kendiri terhadap penyataan professional Berdasarkan tugasan ini, saya merasakan bahawa objektif tugasan secara keseluruhan adalah tercapai. Hal ini demikian kerana, saya berjaya mendapatkan dapatan yang diperlukan oleh tugasan secara terperinci melalui tiga kaedah pengumpulan maklumat yang utama. Kaedah pengumpulan maklumat yang saya gunakan iaitu kaedah pemerhatian, kaedah soal selidik dan kaedah temu bual. Proses pencarian dapatan tugasan adalah sangat sukar dan merumitkan. Bagi mendapatkan dapatan kajian yang benar-benar sahih dan terperinci saya perlu membuat pemerhatian sesi P&P Bahasa Melayu untuk tiap-tiap tahun persekolahan bagi melihat kepelbagaian kaedah yang digunakan oleh guru. Selain itu, pemerhatian sesi P&P ini sangat penting untuk dilakukan kerana kebanyakkan guru mengakui bahawa mereka kurang mengingati istilah-istilah yang terkandung di dalam kaedah dan teknik pengajaran bahasa. Oleh hal yang demikian, mereka meminta saya untuk turut serta dalam sesi P&P mereka dan menilai sendiri teknik dan kaedah yang digunakan oleh mereka mengikut perspektif dan pemahaman saya berkenaan dengan kedua-dua item tersebut. Berdasarkan pemerhatian tersebut, saya memperoleh pendedahan awal tentang pembelajaran murid. Namun, saya turut menhadapi masalah dalam pencapaian objektif tugasan kerana saya kesuntukkan masa. Ini kerana, persekolahan hanya berlangsung selama tiga hari. Maka saya memerlukan usaha yang lebih dengan merapatkan diri dengan guru bahasa bagi mendapatkan dapatan mengenai tugasan. Lantaran daripada masalah ini saya dapat melatih diri saya untuk menjadi seorang guru yang lebih menghargai masa. Masalah ini turut dapat mengajar saya untuk menjadi guru yang kreatif dalam memikirkan jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang timbul. Selain itu, tugasan ini banyak memberikan impak yang positif kepada diri saya sebagai bakal guru. Ini kerana, melalui pemerhatian sesi P&P guru saya lebih yakin untuk melaksanakan prktikum bagi semester hadapan. Selain itu, saya juga mula sedar kepentingan teknik dan kaedah pengajaran bahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Tugasan ini juga mampu meningkatkan pemahaman saya
  12. 12. berkenaan teknik dan dan kaedah pengajaran bahasa. Ini kerana, saya sangat lemah berkenaan dengan kedua-dua item ini. Berdasarkan kerja lapangan amali ini saya lebih memahami apa yang dikatakan sebagai teknik dan kaedah dalam pengajaran bahasa. Saya juga dapat mempertingkatkan kemahiran berinteraksi saya melalui proses pencarian maklumat yang menuntut saya berinteraksi dengan pelbagai pihak. Penambahbaikkan boleh dibuat iaitu saya perlulah merancang jadual kerja dengan lebih tersusun dan rapi dengan membuat pelbagai perancangan untuk satusatu masa. Oleh itu, tidak akan berlaku gangguan pencarian maklumat. Selain itu, saya juga boleh membuat janji temu dengan semua guru bahasa yang ada di sekolah tersebut supaya saya tidak terlepas untuk mendapatkan maklumat daripada mereka. Melalui temu janji tersebut, saya tidak akan berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan kerjasama dari guru bagi menjalankan soal selidik dan temu bual dengan mereka. Penambahbaikkan lain iaitu saya perlu membuat pembacaan yang meluas berkenaan dengan kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru semasa pengajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, saya lebih mudah untuk mengkategorikan kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru semasa sesi P&P berlangsung. Saya juga perlu berlatih untuk berkomunikasi dengan lebih baik supaya maklumat dapat dicari dengan mudah. Ini kerana, seseorang akan lebih selesa untuk berkerja dengan orang yang mesra dan peramah. Maka saya perlu menjadi lebih peramah untuk diterima dan disayangi oleh orang disekeliling saya. Kesimpulannya, tugasan ini banyak memberikan faedah kepada diri saya untuk menjadikan saya seorang pendidik yang berketrampilan dan berwibawa. Tugasan ini juga dapat meningkatkan profesionalisme keguruan saya dengan lebih baik.

×