SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
Download to read offline
1
TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR
MATHEMATICAL SCIENCES
( SME 3023 )
TUGASAN 2: PENULISAN ILMIAH
( ISU BERKAITAN KUALITI GURU )
Nama : Chan Chew Yen
No. Matrik : D20111048273
Kumpulan : B
Semester : 8
Pensyarah : Prof. Dr. Marzita Binti Puteh
2
Isi Kandungan
Bil Kandungan Muka Surat
1.0 Standard Pengajaran Profesional 1
1.1 Standard Guru Malaysia (SGM) 1
1.2 Isu Berkaitan dengan Standard Pengajaran Profesional 3
1.2.1 Isu Guru Bukan Opsyen 3
1.2.1.1 Kesan Isu Guru Bukan Opsyen 3
1.2.1.2 Langkah Mengatasi Isu Guru Bukan Opsyen 4
2.0 Kualiti Guru 4
2.1 Ciri-ciri Guru Berkualiti 4
2.1.1 Bertindak sebagai Penyebar Ilmu 4
2.1.2 Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model 5
2.1.3 Bertindak sebagai Pengamal Budaya Ilmu 5
2.1.4 Mengamalkan Kemahiran Profesional 5
2.1.5 Mengamalkan Pengajaran Efektif 5
2.2 Akauntabiliti Guru 6
2.2.1 Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah 6
2.2.2 Akauntabiliti Guru terhadap Tingkah Laku 6
2.2.3 Akauntabiliti Guru terhadap Pelajar 7
2.2.4 Akauntabiliti Guru terhadap Profesion 7
2.2.5 Akauntabiliti Guru terhadap Komuniti 7
2.3 Isu Berkaitan dengan Kualiti Guru 7
2.3.1 Isu Bebanan Tugas Guru 7
2.3.1.1 Kesan Isu Bebanan Tugas Guru 8
2.3.1.2 Langkah Mengatasi Isu Bebanan Tugas Guru 8
3.0 Pensijilan Guru 9
3.1 Matlamat Kursus Perguruan 9
3.2 Isu Berkaitan dengan Pensijilan Guru 10
3.2.1 Isu Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)
Dipinggirkan 10
3.2.1.1 Langkah Mengatasi Isu Pelajar Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (ISMP) Dipinggirkan 10
3.2.2 Isu Guru Luar Bidang 10
3.2.2.1 Kesan Isu Guru Luar Bidang terhadap Guru 11
3.2.2.2 Kesan Isu Guru Luar Bidang terhadap Pelajar 11
3.2.2.3 Langkah Mengatasi Isu Guru Luar Bidang 11
4.0 Kesimpulan 12
Bibliografi 13
3
1.0 Standard Pengajaran Profesional
Standard Pengajaran Profesional merupakan satu rujukan utama bagi bidang tugas seseorang
guru di mana ia menerangkan tentang perkara yang boleh dilakukan oleh guru serta
menyediakan hala tuju dan struktur untuk menyokong penyediaan dan pembangunan guru
(NSW Institute of Teachers, 2005). Di Malaysia, Standard Guru Malaysia (SGM) disediakan
sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru di institusi latihan perguruan,
pengurus dan pentadbir institusi latihan perguruan, guru besar dan pengetua sekolah serta
agensi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti.
SGM menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru dan keperluan yang
patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai
tahap kompetensi yang ditetapkan.
1.1 Standard Guru Malaysia (SGM)
SGM mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu standard dan
keperluan. Standard merangkumi tiga aspek seperti berikut:
a) Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
Amalan nilai profesionalisme keguruan digubal berlandaskan budaya Institut
Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam
kurikulum sekolah, nilai utama dalam perkhidmatan awam, prinsip utama etika
kerja Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Tonggak Dua Belas.
Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu domain diri, domain profesion
dan domain sosial yang perlu dimiliki oleh seseorang guru.
i. Domain Diri
Domain diri merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada
dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang
lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat
sistem
pendidikan negara. Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini
adalah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih
sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya
saing dan tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal
dan intrapersonal, semangat sukarela dan efisien.
4
ii. Domain Profesion
Domain profesion merujuk kepada pegangan nilai yang patut
diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya. Nilai-
nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap
profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja
sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.
iii. Domain Sosial
Domain sosial menerangkan guru berperanan sebagai agen sosialisasi
dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang
patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial,
semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam
sekitar.
b) Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman
Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman
tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum
yang patut ada pada seseorang guru. Guru yang memiliki dan menguasai ilmu
yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan
tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut:
i. Falsafah, matlamat dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
ii. Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil
pembelajaran dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran yang diajarkan.
iii. Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.
iv. Kandungan ilmu pendidikan
v. Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), media dan sumber
pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.
vi. Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
vii. Kaedah pentaksiran dan penilaian serta penyelidikan tindakan untuk
menambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran.
viii. Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan
bersepadu.
5
c) Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran
Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan
pembelajaran yang sepatutnya dikuasai oleh seorang guru. Standard ini turut
memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan
penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum. Semua
guru haruslah mempunyai kemahiran berikut:
i. Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan sukatan pelajaran dan takwim dengan mengambil kira
perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada serta jangkaan pencapaian
murid.
ii. Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta
mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara serta
kemahiran mentaksir dan menilai.
iii. Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran yang bertujuan untuk memperbaiki pengajaran guru
dan seterusnya meningkatkan pencapaian murid.
iv. Kemahiran mengurus bilik darjah yang melibatkan pengurusan
hubungan kemanusiaan, masa, ruang dan sumber untuk mencapai
pembelajaran yang bermakna dan berkesan.
1.2 Isu Berkaitan dengan Standard Pengajaran Profesional
1.2.1 Isu Guru Bukan Opsyen
Isu guru bukan opsyen biasanya berlaku di sekolah pedalaman.
Ketidaksepadanan dalam pengagihan guru mengikut opsyen menyebabkan guru
diarahkan untuk mengajar mata pelajaran yang bukan opsyen mereka. Hal ini
menjadikan guru kurang berkeyakinan untuk mengajar akibat pengetahuan yang
kurang tentang mata pelajaran yang diajar dan seterusnya menyebabkan
profesionalisme tidak dapat dicapai.
1.2.1.1 Kesan Isu Guru Bukan Opsyen
Guru menjadi tidak bersemangat apabila ditugaskan untuk mengajar
mata pelajaran yang bukan opsyen mereka. Justeru, pelajar akan
6
menjadi kurang bermotivasi untuk belajar dan secara tidak langsung
keputusan mereka menurun. Hal ini bukan sahaja menyebabkan guru
tidak mencapai tahap profesionalisme, malah kerjaya guru akan
dianggap mudah dalam kalangan masyarakat.
1.2.1.2 Langkah Mengatasi Isu Guru Bukan Opsyen
Salah satu langkah untuk mengatasi masalah isu guru bukan opsyen
adalah guru perlu menghadiri kursus seperti kursus profesionalisme
untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan pedagogi dan kandungan
mata pelajaran yang diajar. Di samping itu, guru perlu mempunyai
tahap keyakinan yang tinggi walaupun mengajar mata pelajaran bukan
opsyen mereka. Guru juga perlu sentiasa berfikiran positif dengan
menganggap mata pelajaran bukan opsyen mereka sebagai satu cabaran
yang perlu ditempuhi dengan tabah.
2.0 Kualiti Guru
Bagi menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri guru yang berkualiti ialah guru yang
memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi pengajaran dan
pembelajaran, sahsiah, kemahiran, kepakaran ataupun pengurusan.
2.1 Ciri-ciri Guru Berkualiti
2.1.1 Bertindak sebagai Penyebar Ilmu
Menurut Ragbir Kaur (2007), guru berfungsi untuk mendidik pelajar dalam
pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran pelbagai disiplin dalam kurikulum
sekolah. Guru haruslah memiliki sifat amanah, komited pada tugas, dedikasi,
ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga bagi menyampaikan ilmu kepada
pelajarnya. Oleh hal yang demikian, guru haruslah mendalami ilmu sebanyak
mungkin agar dapat menyebarkannya kepada para pelajar bagi melahirkan
pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan
potensi pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial bagi
mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa.
7
2.1.2 Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model
Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Guru
harus membentuk pelajar-pelajar untuk memiliki akhlak yang mulia dan nilai-
nilai murni yang tinggi (Ragbir Kaur, 2007). Nilai-nilai yang perlu diterapkan
ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Segala nilai dan tingkah laku
guru akan menjadi contoh teladan kepada para pelajar yang seterusnya dapat
diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003), guru yang
beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak
langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang
positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.
2.1.3 Bertindak sebagai Pengamal Budaya Ilmu
Ragbir Kaur (2007) menyatakan guru sebagai pengamal ilmu perlu
mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya,
bersumbangsaran dan mencari pengalaman baru. Sebagai seorang guru, budaya
ilmu harus dijadikan sebagai kriteria utama dan dipupuk dalam diri supaya
menjadi teladan untuk dicontohi oleh para pelajar. Justeru, budaya ilmu dalam
kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu matlamat yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan
generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan
tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.
2.1.4 Mengamalkan Kemahiran Profesional
Guru merupakan tenaga ikhtisas yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik
pelajar-pelajar di sekolah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran
profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan penting
dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya
ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara agar dapat
membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia
(Ragbir Kaur, 2007).
2.1.5 Mengamalkan Pengajaran Efektif
Mok Soon Sang (2007) menyatakan ciri-ciri pengajaran efektif adalah dari segi
perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran seseorang guru. Oleh itu,
8
guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi pengajaran yang
sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Selain itu, guru juga perlu
mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai untuk
menyampaikan isi pelajaran bagi menjamin keberkesanan pengajaran serta
pencapaian objektifnya secara optimum.
2.2 Akauntabiliti Guru
Akauntabiliti bermaksud sifat tanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu
tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang
diperlukan. Maka, akauntabiliti keguruan merujuk kepada tanggungjawab guru
terhadap profesion keguruannya. Secara umumnya, akauntabiliti seorang guru
merangkumi akauntabilitinya terhadap sekolah, tingkah laku, pelajar, profesion dan
komuniti.
2.2.1 Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu, guru perlu
bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah.
Guru haruslah menggunakan kaedah mengajar yang sesuai dengan
perkembangan kognitif pelajar. Guru juga perlu bersifat optimistik dan
menunjukkan minat yang tinggi dalam melaksanakan tugasnya. Justeru, guru
harus mempunyai perhubungan sosial yang baik dengan semua pihak.
2.2.2 Akauntabiliti Guru terhadap Tingkah Laku
Sebagai seorang pendidik, guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan dan menjadi ‘role model’ yang baik kepada para pelajar. Oleh hal
yang demikian, guru haruslah sentiasa menjaga penampilan dirinya dan
melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah sahaja. Selain itu, nilai-nilai
murni seperti kejujuran, keikhlasan, keadilan, ketatasusilaan dan belas kasihan
perlu diamalkan oleh seseorang guru di samping mengawal emosinya ketika
mengajar.
9
2.2.3 Akauntabiliti Guru terhadap Pelajar
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik
darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru
juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan pelajar
dengan bersedia menyelesaikan masalah mereka secara adil tanpa mengira
bangsa dan agama. Guru hendaklah membimbing dan mengajar pelajar-pelajar
dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang ganjaran dan balasan daripada
mereka.
2.2.4 Akauntabiliti Guru terhadap Profesion
Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan
berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami
selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai
seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan
pendidikan dan pihak pentadbiran sekolah. Selain itu, guru perlu mengelakkan
diri daripada membuat sebarang kenyataan negatif tentang profesionnya dalam
media tempatan. Guru juga harus sentiasa bersedia untuk membantu rakan
sejawatnya.
2.2.5 Akauntabiliti Guru terhadap Komuniti
Guru hendaklah tidak menyebarkan ajaran negatif yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat dan negara. Guru juga perlu bersopan santun
dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial serta mengambil bahagian
secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Justeru, guru mestilah
sentiasa menghormati ahli-ahli masyarakat setempat dan tidak mencemarkan
nama baik rakan sejawat.
2.3 Isu Berkaitan dengan Kualiti Guru
2.3.1 Isu Bebanan Tugas Guru
Isu bebanan tugas guru bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan di
Malaysia, namun ia kembali diperkatakan sejak belakangan ini berikutan
bebanan tugas yang berlebihan sehingga bukan sahaja mengganggu tugas hakiki
guru, malah menyebabkan sesetengah guru hidup dalam tekanan kerja. Selain
10
terlibat dengan kegiatan kokurikulum serta mengikuti pelbagai jenis kursus,
guru juga terpaksa melakukan tugas pentadbiran dan perkeranian yang banyak
memerlukan penggunaan aplikasi capaian internet. Implikasinya, golongan
pendidik ini tidak dapat memberikan sepenuh komitmen terhadap kualiti proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
2.3.1.1 Kesan Isu Bebanan Tugas Guru
Guru menjadi tidak bersemangat untuk mengajar apabila diberi tugas
yang banyak untuk diselesaikan selain mendidik dan mengajar. Guru
perlu memperuntukkan masa yang banyak untuk merekod pencapaian
pelajar secara atas talian bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Oleh sebab capaian internet yang lemah, guru terpaksa berjaga sehingga
jam 3 atau 4 pagi untuk menyelesaikan kerja-kerja PBS. Akibatnya,
guru terpaksa tidur lewat dan bangun awal pagi untuk menjalankan
tugasnya di sekolah. Hal ini secara tidak langsung telah menjejaskan
kesihatan guru.
2.3.1.2 Langkah Mengatasi Isu Bebanan Tugas Guru
Satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban
Tugas Guru (JKMIBTG) ditubuhkan untuk mengkaji bebanan tugas
guru. Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia harus mengkaji
semula nisbah guru dan pelajar di samping memperhalusi dan mengkaji
semula setiap tugas yang diberikan kepada guru untuk mengurangkan
bebanan tugas guru. Justeru, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan Malaysia (NUTP) ditubuhkan untuk mengambil pembantu
guru atau dikenali sebagai guru kedua yang akan ditempatkan di dalam
kelas yang melebihi 35 orang murid di sekolah rendah dan 40 orang
pelajar di sekolah menengah. Antara rasionalnya adalah NUTP mampu
mengurangkan bebanan tugas guru dan seterusnya menjamin
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
11
3.0 Pensijilan Guru
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), pensijilan didefinisikan sebagai pemberian sijil
kepada seseorang atau pihak kerana telah mencapai piawai dan syarat yang ditetapkan bagi
membuktikan barangan yang dikeluarkan adalah berkualiti. Guru pula bermaksud pengajar,
pendidik atau pengasuh dan merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Secara
ringkasnya, pensijilan guru membawa maksud pemberian sijil kepada seorang guru yang telah
mencapai syarat yang ditetapkan oleh kerajaan dan merupakan guru yang berkualiti.
Kriteria bagi mendapatkan pensijilan guru ialah guru harus mempelajari teknik-teknik
mengajar dan menjalani latihan khas, kemahiran diiktiraf, lulus peperiksaan profesional,
mengutamakan dan bertanggungjawab terhadap pelanggan, mematuhi kod etika dan
mempunyai satu badan bebas yang mengawal kualiti. Seorang guru bukan sahaja perlu
mempunyai ilmu pengetahuan tentang opsyen yang diajar, tetapi juga perlu mengetahui teori
dan teknik-teknik pengajaran yang betul.
Jadual di bawah menunjukkan bilangan guru sekolah rendah dan sekolah menengah di
Malaysia. Jumlah guru lelaki adalah kurang daripada jumlah guru perempuan. Oleh itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia harus merangka strategi bagi menarik minat pelajar lelaki
untuk mengikuti kursus perguruan dan seterusnya dapat mengurangkan jurang bilangan guru
lelaki dan perempuan.
Peringkat Lelaki Perempuan Jumlah
Rendah 71523 166550 238073
Menengah 55076 126671 181747
Jumlah 126599 293221 419820
Sumber: Portal Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS) sehingga 31 Disember
2014
3.1 Matlamat Kursus Perguruan
Kursus perguruan bermatlamat untuk menghasilkan insan guru yang berwibawa dalam
aspek sahsiah, ilmu pengetahuan, kemahiran ikhtisas, amalan nilai-nilai murni, nilai
keguruan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan
Guru serta perkembangan teknologi.
12
3.2 Isu Berkaitan dengan Pensijilan Guru
3.2.1 Isu Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Dipinggirkan
Kehadiran pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) telah menyebabkan pelajar ISMP
dipinggirkan. Hal ini jelas dilihat apabila seramai 5000 orang mahasiswa ISMP
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berdemo untuk mendapatkan jaminan
penempatan sekolah yang sama dengan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)
(Utusan Malaysia, 3 November 2011).
Menurut Berita Harian (20 Disember 2011) pula, Kementerian
Pendidikan telah menyerap 7079 orang GSTT ke jawatan tetap di seluruh negara
selepas menawarkan peluang mengikuti DPLI dalam bidang perguruan di
Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
terpilih. Berikutan ini, seramai 7000 orang lepasan ISMP belum ditawarkan
tempat dan ini menyebabkan ada dalam kalangan mereka menganggur kerana
sukar mendapatkan pekerjaan yang sesuai.
3.2.1.1 Langkah Mengatasi Isu Pelajar Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (ISMP) Dipinggirkan
Bagi mengatasi isu pelajar ISMP dipinggirkan, Kementerian Pendidikan
hendaklah mengeluarkan unjuran penempatan yang lebih tepat dan telus
agar pihak universiti dapat menyediakan jumlah graduan yang
mencukupi. Di samping itu, sistem pengambilan pelajar KPLI dan DPLI
perlu diperkemaskan bagi memastikan pelajar betul-betul berminat
untuk menjadi seorang guru yang bukan sekadar memerlukan kerjaya.
3.2.2 Isu Guru Luar Bidang
Guru luar bidang merujuk kepada guru yang tidak mempunyai kelayakan sijil
atau major dalam mata pelajaran yang diajar. Guru ini dikehendaki mengajar
mata pelajaran lain yang bukan bidang mereka setelah mendapat penempatan
mengikut kekosongan guru mata pelajaran yang terlibat. Oleh hal yang
demikian, guru mengalami masalah untuk mengajar mata pelajaran yang bukan
bidang mereka.
13
3.2.2.1 Kesan Isu Guru Luar Bidang terhadap Guru
Guru menjadi kurang berkeyakinan, tidak bersemangat dan malas untuk
mengajar mata pelajaran yang di luar bidang mereka. Hal ini berlaku
kerana guru tidak mempunyai kandungan isi pelajaran yang lengkap
mengenai mata pelajaran yang di luar bidang mereka. Berikutan ini,
guru menjadi tertekan dan secara tidak langsung guru tidak dapat
mengajar dengan berkualiti dan berkesan.
3.2.2.2 Kesan Isu Guru Luar Bidang terhadap Pelajar
Pelajar bukan sahaja berasa bosan dengan isi pengajaran guru, tetapi
juga tidak yakin dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru.
Akibatnya, pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan
mereka. Justeru, pelajar menganggap Matematik adalah satu mata
pelajaran yang susah dan hilang minat terhadapnya.
3.2.2.3 Langkah Mengatasi Isu Guru Luar Bidang
Antara langkah untuk mengatasi masalah isu guru luar bidang adalah
unjuran kekosongan penempatan guru perlu mendapat kerjasama antara
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Institusi Pengajian
tinggi (IPT). Selain itu, umur persaraan bagi pegawai kerajaan harus
dikaji semula untuk memberikan peluang kepada guru yang baru. KPM
juga perlu mengkaji semula penempatan guru mengikut opsyen untuk
mengelakkan lebihan guru.
14
4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melakukan pelbagai perkara untuk
memartabatkan profesion perguruan. Antaranya memberi pengiktirafan kepada Institut
Perguruan Sultan Idris (IPSI) dan menaikkan tarafnya kepada Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI) pada 1 Mei 1997. Profesion perguruan adalah merupakan profesion yang sangat
mulia kerana merekalah yang membawa kunci kepada keberhasilan sistem pendidikan negara
kita. Jasa dan sumbangan yang diberikan pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berilmu
tidak harus dipandang mudah oleh masyarakat. Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk memartabatkan profesion ini perlu dipandang tinggi. Hal ini demikian kerana tanpa guru,
siapalah kita hari ini.
15
Bibliografi
Berita Harian (Disember 20, 2011). 7079 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ke Jawatan
Tetap.
Bilangan guru di Malaysia (2014). Diperoleh pada Mei 2, 2015 daripada
http://emisportal1.moe.gov.my/emis2/emisportal2/
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007).
Standard Guru Malaysia. Diperoleh pada Mei 2, 2015 daripada
https://lamanbahasa.files.wordpress.com/2010/02/standard-guru-malaysia.pdf

More Related Content

What's hot

Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikan
firo HAR
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Kalai Shan
 
61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big
deera zahrin
 
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
Akashah Meera Hussain
 
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan KhasKategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Karen So Yongfen
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Megala Silva Raju
 
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Mohammad Yaqin
 
Globalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikanGlobalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikan
Helman Talib
 
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Aina Azrina
 

What's hot (20)

Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
 
Kraf perkhemahan
Kraf perkhemahanKraf perkhemahan
Kraf perkhemahan
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikan
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
INTEGRASI AWAL SAINS
INTEGRASI AWAL SAINSINTEGRASI AWAL SAINS
INTEGRASI AWAL SAINS
 
Analisis swot big
Analisis swot bigAnalisis swot big
Analisis swot big
 
61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big
 
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
 
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi Dalam Pengajaran dan PembelajaranTeknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukan
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukanPengurusan pendidikan jasmani dan sukan
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukan
 
Teori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumTeori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulum
 
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan KhasKategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
 
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanakKepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
 
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-20253 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
 
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
 
Globalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikanGlobalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikan
 
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
 

Similar to Penulisan Ilmiah

Kump 6 b
Kump 6 bKump 6 b
Kump 6 b
haieri
 
Pembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanPembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi Pendidikan
Riris Purbosari
 
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfKISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
AryJuan1
 
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfKISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
AryJuan1
 
Guru yang berkesan
Guru yang berkesanGuru yang berkesan
Guru yang berkesan
Amir Nazif
 
7. materi mpls pengenalan kurikulum 2013
7. materi mpls pengenalan kurikulum 20137. materi mpls pengenalan kurikulum 2013
7. materi mpls pengenalan kurikulum 2013
PId PId AJ AJ
 

Similar to Penulisan Ilmiah (20)

Penulisan Ilmiah
Penulisan IlmiahPenulisan Ilmiah
Penulisan Ilmiah
 
Kump 6 b
Kump 6 bKump 6 b
Kump 6 b
 
Kualiti guru
Kualiti guruKualiti guru
Kualiti guru
 
KUALITI GURU
KUALITI GURUKUALITI GURU
KUALITI GURU
 
K7 kualiti-guru-final
K7 kualiti-guru-finalK7 kualiti-guru-final
K7 kualiti-guru-final
 
Slide profesi
Slide profesiSlide profesi
Slide profesi
 
Pembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanPembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi Pendidikan
 
Makalah profesi keguruan 2
Makalah profesi keguruan 2Makalah profesi keguruan 2
Makalah profesi keguruan 2
 
kurikulum
kurikulumkurikulum
kurikulum
 
Makalah profesi keguruan 2
Makalah profesi keguruan 2Makalah profesi keguruan 2
Makalah profesi keguruan 2
 
Kompetensi Guru
Kompetensi GuruKompetensi Guru
Kompetensi Guru
 
Guru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdf
Guru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdfGuru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdf
Guru_Menginovasi_Bahan_Ajar_Sebagai_Lang.pdf
 
Presentation1 Kurikulum
Presentation1 KurikulumPresentation1 Kurikulum
Presentation1 Kurikulum
 
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
 
pkg umum3
pkg umum3pkg umum3
pkg umum3
 
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfKISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
 
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfKISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
 
Guru yang berkesan
Guru yang berkesanGuru yang berkesan
Guru yang berkesan
 
Konsep profesi kependidikan
Konsep profesi kependidikanKonsep profesi kependidikan
Konsep profesi kependidikan
 
7. materi mpls pengenalan kurikulum 2013
7. materi mpls pengenalan kurikulum 20137. materi mpls pengenalan kurikulum 2013
7. materi mpls pengenalan kurikulum 2013
 

More from Chan Chew Yen (6)

Kepercayaan Guru Terhadap Matematik
Kepercayaan Guru Terhadap MatematikKepercayaan Guru Terhadap Matematik
Kepercayaan Guru Terhadap Matematik
 
Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran MatematikTeknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
 
TIMSS & PISA
TIMSS & PISATIMSS & PISA
TIMSS & PISA
 
Kepercayaan Pelajar terhadap Pembelajaran Matematik
Kepercayaan Pelajar terhadap Pembelajaran MatematikKepercayaan Pelajar terhadap Pembelajaran Matematik
Kepercayaan Pelajar terhadap Pembelajaran Matematik
 
Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi (PCK) dalam Kalangan Guru
Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi (PCK) dalam Kalangan GuruPengetahuan Isi Kandungan Pedagogi (PCK) dalam Kalangan Guru
Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi (PCK) dalam Kalangan Guru
 
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik DarjahPendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik Darjah
 

Recently uploaded

1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
DessyArliani
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
FitriaSarmida1
 
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
ErikaPutriJayantini
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
subki124
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 

Recently uploaded (20)

Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASARPPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SDMateri Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
 
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerakMateri Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

Penulisan Ilmiah

  • 1. 1 TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES ( SME 3023 ) TUGASAN 2: PENULISAN ILMIAH ( ISU BERKAITAN KUALITI GURU ) Nama : Chan Chew Yen No. Matrik : D20111048273 Kumpulan : B Semester : 8 Pensyarah : Prof. Dr. Marzita Binti Puteh
  • 2. 2 Isi Kandungan Bil Kandungan Muka Surat 1.0 Standard Pengajaran Profesional 1 1.1 Standard Guru Malaysia (SGM) 1 1.2 Isu Berkaitan dengan Standard Pengajaran Profesional 3 1.2.1 Isu Guru Bukan Opsyen 3 1.2.1.1 Kesan Isu Guru Bukan Opsyen 3 1.2.1.2 Langkah Mengatasi Isu Guru Bukan Opsyen 4 2.0 Kualiti Guru 4 2.1 Ciri-ciri Guru Berkualiti 4 2.1.1 Bertindak sebagai Penyebar Ilmu 4 2.1.2 Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model 5 2.1.3 Bertindak sebagai Pengamal Budaya Ilmu 5 2.1.4 Mengamalkan Kemahiran Profesional 5 2.1.5 Mengamalkan Pengajaran Efektif 5 2.2 Akauntabiliti Guru 6 2.2.1 Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah 6 2.2.2 Akauntabiliti Guru terhadap Tingkah Laku 6 2.2.3 Akauntabiliti Guru terhadap Pelajar 7 2.2.4 Akauntabiliti Guru terhadap Profesion 7 2.2.5 Akauntabiliti Guru terhadap Komuniti 7 2.3 Isu Berkaitan dengan Kualiti Guru 7 2.3.1 Isu Bebanan Tugas Guru 7 2.3.1.1 Kesan Isu Bebanan Tugas Guru 8 2.3.1.2 Langkah Mengatasi Isu Bebanan Tugas Guru 8 3.0 Pensijilan Guru 9 3.1 Matlamat Kursus Perguruan 9 3.2 Isu Berkaitan dengan Pensijilan Guru 10 3.2.1 Isu Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Dipinggirkan 10 3.2.1.1 Langkah Mengatasi Isu Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Dipinggirkan 10 3.2.2 Isu Guru Luar Bidang 10 3.2.2.1 Kesan Isu Guru Luar Bidang terhadap Guru 11 3.2.2.2 Kesan Isu Guru Luar Bidang terhadap Pelajar 11 3.2.2.3 Langkah Mengatasi Isu Guru Luar Bidang 11 4.0 Kesimpulan 12 Bibliografi 13
  • 3. 3 1.0 Standard Pengajaran Profesional Standard Pengajaran Profesional merupakan satu rujukan utama bagi bidang tugas seseorang guru di mana ia menerangkan tentang perkara yang boleh dilakukan oleh guru serta menyediakan hala tuju dan struktur untuk menyokong penyediaan dan pembangunan guru (NSW Institute of Teachers, 2005). Di Malaysia, Standard Guru Malaysia (SGM) disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru di institusi latihan perguruan, pengurus dan pentadbir institusi latihan perguruan, guru besar dan pengetua sekolah serta agensi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. SGM menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. 1.1 Standard Guru Malaysia (SGM) SGM mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu standard dan keperluan. Standard merangkumi tiga aspek seperti berikut: a) Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan Amalan nilai profesionalisme keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam perkhidmatan awam, prinsip utama etika kerja Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Tonggak Dua Belas. Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu domain diri, domain profesion dan domain sosial yang perlu dimiliki oleh seseorang guru. i. Domain Diri Domain diri merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara. Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini adalah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela dan efisien.
  • 4. 4 ii. Domain Profesion Domain profesion merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya. Nilai- nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif. iii. Domain Sosial Domain sosial menerangkan guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar. b) Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru. Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut: i. Falsafah, matlamat dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. ii. Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan. iii. Kandungan mata pelajaran yang diajarkan. iv. Kandungan ilmu pendidikan v. Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum. vi. Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. vii. Kaedah pentaksiran dan penilaian serta penyelidikan tindakan untuk menambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran. viii. Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.
  • 5. 5 c) Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang sepatutnya dikuasai oleh seorang guru. Standard ini turut memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum. Semua guru haruslah mempunyai kemahiran berikut: i. Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada serta jangkaan pencapaian murid. ii. Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara serta kemahiran mentaksir dan menilai. iii. Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk memperbaiki pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan pencapaian murid. iv. Kemahiran mengurus bilik darjah yang melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan. 1.2 Isu Berkaitan dengan Standard Pengajaran Profesional 1.2.1 Isu Guru Bukan Opsyen Isu guru bukan opsyen biasanya berlaku di sekolah pedalaman. Ketidaksepadanan dalam pengagihan guru mengikut opsyen menyebabkan guru diarahkan untuk mengajar mata pelajaran yang bukan opsyen mereka. Hal ini menjadikan guru kurang berkeyakinan untuk mengajar akibat pengetahuan yang kurang tentang mata pelajaran yang diajar dan seterusnya menyebabkan profesionalisme tidak dapat dicapai. 1.2.1.1 Kesan Isu Guru Bukan Opsyen Guru menjadi tidak bersemangat apabila ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran yang bukan opsyen mereka. Justeru, pelajar akan
  • 6. 6 menjadi kurang bermotivasi untuk belajar dan secara tidak langsung keputusan mereka menurun. Hal ini bukan sahaja menyebabkan guru tidak mencapai tahap profesionalisme, malah kerjaya guru akan dianggap mudah dalam kalangan masyarakat. 1.2.1.2 Langkah Mengatasi Isu Guru Bukan Opsyen Salah satu langkah untuk mengatasi masalah isu guru bukan opsyen adalah guru perlu menghadiri kursus seperti kursus profesionalisme untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan pedagogi dan kandungan mata pelajaran yang diajar. Di samping itu, guru perlu mempunyai tahap keyakinan yang tinggi walaupun mengajar mata pelajaran bukan opsyen mereka. Guru juga perlu sentiasa berfikiran positif dengan menganggap mata pelajaran bukan opsyen mereka sebagai satu cabaran yang perlu ditempuhi dengan tabah. 2.0 Kualiti Guru Bagi menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri guru yang berkualiti ialah guru yang memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi pengajaran dan pembelajaran, sahsiah, kemahiran, kepakaran ataupun pengurusan. 2.1 Ciri-ciri Guru Berkualiti 2.1.1 Bertindak sebagai Penyebar Ilmu Menurut Ragbir Kaur (2007), guru berfungsi untuk mendidik pelajar dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Guru haruslah memiliki sifat amanah, komited pada tugas, dedikasi, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga bagi menyampaikan ilmu kepada pelajarnya. Oleh hal yang demikian, guru haruslah mendalami ilmu sebanyak mungkin agar dapat menyebarkannya kepada para pelajar bagi melahirkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa.
  • 7. 7 2.1.2 Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Guru harus membentuk pelajar-pelajar untuk memiliki akhlak yang mulia dan nilai- nilai murni yang tinggi (Ragbir Kaur, 2007). Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Segala nilai dan tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada para pelajar yang seterusnya dapat diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003), guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah. 2.1.3 Bertindak sebagai Pengamal Budaya Ilmu Ragbir Kaur (2007) menyatakan guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran dan mencari pengalaman baru. Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus dijadikan sebagai kriteria utama dan dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan untuk dicontohi oleh para pelajar. Justeru, budaya ilmu dalam kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup. 2.1.4 Mengamalkan Kemahiran Profesional Guru merupakan tenaga ikhtisas yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik pelajar-pelajar di sekolah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan penting dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara agar dapat membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia (Ragbir Kaur, 2007). 2.1.5 Mengamalkan Pengajaran Efektif Mok Soon Sang (2007) menyatakan ciri-ciri pengajaran efektif adalah dari segi perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran seseorang guru. Oleh itu,
  • 8. 8 guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi pengajaran yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Selain itu, guru juga perlu mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai untuk menyampaikan isi pelajaran bagi menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum. 2.2 Akauntabiliti Guru Akauntabiliti bermaksud sifat tanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan. Maka, akauntabiliti keguruan merujuk kepada tanggungjawab guru terhadap profesion keguruannya. Secara umumnya, akauntabiliti seorang guru merangkumi akauntabilitinya terhadap sekolah, tingkah laku, pelajar, profesion dan komuniti. 2.2.1 Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu, guru perlu bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah. Guru haruslah menggunakan kaedah mengajar yang sesuai dengan perkembangan kognitif pelajar. Guru juga perlu bersifat optimistik dan menunjukkan minat yang tinggi dalam melaksanakan tugasnya. Justeru, guru harus mempunyai perhubungan sosial yang baik dengan semua pihak. 2.2.2 Akauntabiliti Guru terhadap Tingkah Laku Sebagai seorang pendidik, guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan menjadi ‘role model’ yang baik kepada para pelajar. Oleh hal yang demikian, guru haruslah sentiasa menjaga penampilan dirinya dan melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah sahaja. Selain itu, nilai-nilai murni seperti kejujuran, keikhlasan, keadilan, ketatasusilaan dan belas kasihan perlu diamalkan oleh seseorang guru di samping mengawal emosinya ketika mengajar.
  • 9. 9 2.2.3 Akauntabiliti Guru terhadap Pelajar Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan pelajar dengan bersedia menyelesaikan masalah mereka secara adil tanpa mengira bangsa dan agama. Guru hendaklah membimbing dan mengajar pelajar-pelajar dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang ganjaran dan balasan daripada mereka. 2.2.4 Akauntabiliti Guru terhadap Profesion Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan dan pihak pentadbiran sekolah. Selain itu, guru perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan negatif tentang profesionnya dalam media tempatan. Guru juga harus sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawatnya. 2.2.5 Akauntabiliti Guru terhadap Komuniti Guru hendaklah tidak menyebarkan ajaran negatif yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat dan negara. Guru juga perlu bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial serta mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Justeru, guru mestilah sentiasa menghormati ahli-ahli masyarakat setempat dan tidak mencemarkan nama baik rakan sejawat. 2.3 Isu Berkaitan dengan Kualiti Guru 2.3.1 Isu Bebanan Tugas Guru Isu bebanan tugas guru bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan di Malaysia, namun ia kembali diperkatakan sejak belakangan ini berikutan bebanan tugas yang berlebihan sehingga bukan sahaja mengganggu tugas hakiki guru, malah menyebabkan sesetengah guru hidup dalam tekanan kerja. Selain
  • 10. 10 terlibat dengan kegiatan kokurikulum serta mengikuti pelbagai jenis kursus, guru juga terpaksa melakukan tugas pentadbiran dan perkeranian yang banyak memerlukan penggunaan aplikasi capaian internet. Implikasinya, golongan pendidik ini tidak dapat memberikan sepenuh komitmen terhadap kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. 2.3.1.1 Kesan Isu Bebanan Tugas Guru Guru menjadi tidak bersemangat untuk mengajar apabila diberi tugas yang banyak untuk diselesaikan selain mendidik dan mengajar. Guru perlu memperuntukkan masa yang banyak untuk merekod pencapaian pelajar secara atas talian bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Oleh sebab capaian internet yang lemah, guru terpaksa berjaga sehingga jam 3 atau 4 pagi untuk menyelesaikan kerja-kerja PBS. Akibatnya, guru terpaksa tidur lewat dan bangun awal pagi untuk menjalankan tugasnya di sekolah. Hal ini secara tidak langsung telah menjejaskan kesihatan guru. 2.3.1.2 Langkah Mengatasi Isu Bebanan Tugas Guru Satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKMIBTG) ditubuhkan untuk mengkaji bebanan tugas guru. Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia harus mengkaji semula nisbah guru dan pelajar di samping memperhalusi dan mengkaji semula setiap tugas yang diberikan kepada guru untuk mengurangkan bebanan tugas guru. Justeru, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) ditubuhkan untuk mengambil pembantu guru atau dikenali sebagai guru kedua yang akan ditempatkan di dalam kelas yang melebihi 35 orang murid di sekolah rendah dan 40 orang pelajar di sekolah menengah. Antara rasionalnya adalah NUTP mampu mengurangkan bebanan tugas guru dan seterusnya menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
  • 11. 11 3.0 Pensijilan Guru Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), pensijilan didefinisikan sebagai pemberian sijil kepada seseorang atau pihak kerana telah mencapai piawai dan syarat yang ditetapkan bagi membuktikan barangan yang dikeluarkan adalah berkualiti. Guru pula bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh dan merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Secara ringkasnya, pensijilan guru membawa maksud pemberian sijil kepada seorang guru yang telah mencapai syarat yang ditetapkan oleh kerajaan dan merupakan guru yang berkualiti. Kriteria bagi mendapatkan pensijilan guru ialah guru harus mempelajari teknik-teknik mengajar dan menjalani latihan khas, kemahiran diiktiraf, lulus peperiksaan profesional, mengutamakan dan bertanggungjawab terhadap pelanggan, mematuhi kod etika dan mempunyai satu badan bebas yang mengawal kualiti. Seorang guru bukan sahaja perlu mempunyai ilmu pengetahuan tentang opsyen yang diajar, tetapi juga perlu mengetahui teori dan teknik-teknik pengajaran yang betul. Jadual di bawah menunjukkan bilangan guru sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia. Jumlah guru lelaki adalah kurang daripada jumlah guru perempuan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia harus merangka strategi bagi menarik minat pelajar lelaki untuk mengikuti kursus perguruan dan seterusnya dapat mengurangkan jurang bilangan guru lelaki dan perempuan. Peringkat Lelaki Perempuan Jumlah Rendah 71523 166550 238073 Menengah 55076 126671 181747 Jumlah 126599 293221 419820 Sumber: Portal Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS) sehingga 31 Disember 2014 3.1 Matlamat Kursus Perguruan Kursus perguruan bermatlamat untuk menghasilkan insan guru yang berwibawa dalam aspek sahsiah, ilmu pengetahuan, kemahiran ikhtisas, amalan nilai-nilai murni, nilai keguruan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru serta perkembangan teknologi.
  • 12. 12 3.2 Isu Berkaitan dengan Pensijilan Guru 3.2.1 Isu Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Dipinggirkan Kehadiran pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) telah menyebabkan pelajar ISMP dipinggirkan. Hal ini jelas dilihat apabila seramai 5000 orang mahasiswa ISMP Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berdemo untuk mendapatkan jaminan penempatan sekolah yang sama dengan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) (Utusan Malaysia, 3 November 2011). Menurut Berita Harian (20 Disember 2011) pula, Kementerian Pendidikan telah menyerap 7079 orang GSTT ke jawatan tetap di seluruh negara selepas menawarkan peluang mengikuti DPLI dalam bidang perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terpilih. Berikutan ini, seramai 7000 orang lepasan ISMP belum ditawarkan tempat dan ini menyebabkan ada dalam kalangan mereka menganggur kerana sukar mendapatkan pekerjaan yang sesuai. 3.2.1.1 Langkah Mengatasi Isu Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Dipinggirkan Bagi mengatasi isu pelajar ISMP dipinggirkan, Kementerian Pendidikan hendaklah mengeluarkan unjuran penempatan yang lebih tepat dan telus agar pihak universiti dapat menyediakan jumlah graduan yang mencukupi. Di samping itu, sistem pengambilan pelajar KPLI dan DPLI perlu diperkemaskan bagi memastikan pelajar betul-betul berminat untuk menjadi seorang guru yang bukan sekadar memerlukan kerjaya. 3.2.2 Isu Guru Luar Bidang Guru luar bidang merujuk kepada guru yang tidak mempunyai kelayakan sijil atau major dalam mata pelajaran yang diajar. Guru ini dikehendaki mengajar mata pelajaran lain yang bukan bidang mereka setelah mendapat penempatan mengikut kekosongan guru mata pelajaran yang terlibat. Oleh hal yang demikian, guru mengalami masalah untuk mengajar mata pelajaran yang bukan bidang mereka.
  • 13. 13 3.2.2.1 Kesan Isu Guru Luar Bidang terhadap Guru Guru menjadi kurang berkeyakinan, tidak bersemangat dan malas untuk mengajar mata pelajaran yang di luar bidang mereka. Hal ini berlaku kerana guru tidak mempunyai kandungan isi pelajaran yang lengkap mengenai mata pelajaran yang di luar bidang mereka. Berikutan ini, guru menjadi tertekan dan secara tidak langsung guru tidak dapat mengajar dengan berkualiti dan berkesan. 3.2.2.2 Kesan Isu Guru Luar Bidang terhadap Pelajar Pelajar bukan sahaja berasa bosan dengan isi pengajaran guru, tetapi juga tidak yakin dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Akibatnya, pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan mereka. Justeru, pelajar menganggap Matematik adalah satu mata pelajaran yang susah dan hilang minat terhadapnya. 3.2.2.3 Langkah Mengatasi Isu Guru Luar Bidang Antara langkah untuk mengatasi masalah isu guru luar bidang adalah unjuran kekosongan penempatan guru perlu mendapat kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Institusi Pengajian tinggi (IPT). Selain itu, umur persaraan bagi pegawai kerajaan harus dikaji semula untuk memberikan peluang kepada guru yang baru. KPM juga perlu mengkaji semula penempatan guru mengikut opsyen untuk mengelakkan lebihan guru.
  • 14. 14 4.0 Kesimpulan Kesimpulannya, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melakukan pelbagai perkara untuk memartabatkan profesion perguruan. Antaranya memberi pengiktirafan kepada Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) dan menaikkan tarafnya kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1 Mei 1997. Profesion perguruan adalah merupakan profesion yang sangat mulia kerana merekalah yang membawa kunci kepada keberhasilan sistem pendidikan negara kita. Jasa dan sumbangan yang diberikan pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berilmu tidak harus dipandang mudah oleh masyarakat. Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memartabatkan profesion ini perlu dipandang tinggi. Hal ini demikian kerana tanpa guru, siapalah kita hari ini.
  • 15. 15 Bibliografi Berita Harian (Disember 20, 2011). 7079 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ke Jawatan Tetap. Bilangan guru di Malaysia (2014). Diperoleh pada Mei 2, 2015 daripada http://emisportal1.moe.gov.my/emis2/emisportal2/ Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Standard Guru Malaysia. Diperoleh pada Mei 2, 2015 daripada https://lamanbahasa.files.wordpress.com/2010/02/standard-guru-malaysia.pdf