1.0    Standard Guru Malaysia (SGM)       Selaras dengan hasrat negara Malaysia untuk mencapai status negara maju pada tah...
1.2.1   Domain Diri        Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada. Nilai tersebut perludiperkem...
Nilai lain dalam domain sosial ialah keharmonian, semangat bermasyarakat patriotismdan kecintaan terhadap alam sekitar. Se...
1.3.4 Pengetahuan dan Kefahaman Kandungan Ilmu Pendidikan       Guru yang berpengetahuan dalam kandungan ilmu pendidikan s...
Guru yang memahami potensi dan cara mengembangkannya seharusnya boleh mengenalpasti perbezaan murid dari segi kecerdasan, ...
1.4.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan,         masa, ruang, dan sumber untuk m...
guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar disamping sentiasa memikirkan kebajikan d...
bidang pendidikan. Promosi terhadap profession perguruan akan memberi galakan danpertumbuhan yang sihat bagi semua warga p...
Seterusnya, guru menyediakan suasana yang kondusif bagi menggalakkan penglibatanpelajar dalam P&P. Pekara ini amat penting...
adalah lebih bermakna dan mereka boleh mengaitkan pelajaran yang baru dengan pelajaran yanglepas.         Bahagian ketiga ...
bertutur dan memahami sesuatu bahasa itu adalah sangat penting supaya pengajaran dapatdisampaikan dengan baik.       Selai...
seperti penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif menggutamakan kemajuansetiap pelajar dari satu pering...
BibliografiNorth Carolina Professional Teaching Standards. Diperoleh Oktober 20, 2011 daripada       www.ncpublicschools.o...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Kump 6 b

2,967 views

Published on

Published in: Technology, Economy & Finance
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,967
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
120
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kump 6 b

  1. 1. 1.0 Standard Guru Malaysia (SGM) Selaras dengan hasrat negara Malaysia untuk mencapai status negara maju pada tahun2020, pembangunan modal insan kelas pertama penting dalam melahirkan individu yangmempunyai jati diri yang tinggi, berketrampilan, berkeperibadian mulia serta berkemahirantinggi. Semuanya bermula dengan sistem pendidikan di negara kita. Oleh itu, BahagianPendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), bersama-sama InstitutPendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) telah bertanggungjawabdalam membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia denganmerancang latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikanseluruh negara. 1.1 Rasional Standard Guru Malaysia Standard Guru Malaysia telah diwujudkan atas beberapa sebab terutamanya untukkegunaan pelbagai pihak yang terlibat seperti guru, agensi dan institusi latihan perguruan,pensyarah serta guru besar dan pengetua sekolah. Rasional pertamanya ialah guru perlumempunyai tahap amalan nilai professionalism keguruan, pengetahuan dan kefahaman sertakemahiran pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang tinggi bagi mereka menjadi guruprofessional dengan berkesan. Selain itu, institut perguruan perlu menyediakan keperluan yang lengkap seperti dasar,kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminankualiti untuk membolehkan mereka melahirkan guru yang berkualiti tinggi. Rasional lain ialahKPM berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru agar ia dapatdijadikan sebagai showcase. SGM juga menggariskan criteria dan standard am guru selarasdengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan criteria dan standardam pendidikan tinggi. 1.2 Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan Standard ini memperincikan tentang kompetensi amalan nilai professionalism keguruanberdasarkan domain diri, profesion dan sosial yang perlu ada pada seorang guru. Terdapat tigadomain dalam amalan nilai profesionalisme keguruan iaitu domain diri, profesioan dan sosial. 1
  2. 2. 1.2.1 Domain Diri Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada. Nilai tersebut perludiperkembangkan lagi gagi menjadikan seseorang guru itu lebih berkualiti dan dapat mencapaimatlamat sistem pendidikan negara. Terdapat banyak domain yang difokuskan dalam domain ini.Antaranya ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah dan ikhlas. Ini amat penting kerana apabilaseseorang guru itu percaya pada Tuhannya, beliau akan amanah dan ikhlas dalam menjalankantanggungjawab sebagai seorang guru. Selain itu, nilai lain yang perlu ditingkatkan ialah berilmu,kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan tahan lasak,cergas, aktif, sukarela, efisien dan sihat. Di samping itu, guru juga perlu memantapkan lagi kemahiran interpersonal bagimewujudkan keyakinan orang lain terhadap dirinya. Kemahiran intrapersonal juga penting bagiguru untuk mengawal dirinya agar dapat memahami diri sendiri serta tidak emlibakan pelajarapabila mengalami masalah gangguan emosi. 1.2.2 Domain Profesion Domain profesion merujuki kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telusoleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang yang professional. Nilai yang palingpenting dalam domain ini ialah kecintaan terhadap profesion. Apabila mencintai bidangkeguruan, seseorang guru akan berusaha menjadi yang terbaik dalam bidangnya serta sanggupberkorban demi profesionnya. Nilai lain dalam domain ini ialah berketrampilan, integrity,teladan, kerja berpasukan, proaktif, kreatif dan inovatif. 1.2.3 Domain Sosial Selain mengajar di sekolah, guru juga berperanan sebagai agen sosialisasi atau penjanamodal insan dalam masyarakat. Nilai utama dalam domain ini ialah kemahiran sosial. Ia pentingkerana ia dapat membantu guru untuk berkomunikasi dengan masyarakat setempat yang jugamerupakan ibu bapa serta waris kepada pelajar sekolah. 2
  3. 3. Nilai lain dalam domain sosial ialah keharmonian, semangat bermasyarakat patriotismdan kecintaan terhadap alam sekitar. Semua nilai ini boleh dipupuk melalui program sekolahseperti gotong-royong, sambutan hari kemerdekaan, hari kantin sekolah, serta mesyuarat PIBG.1.3 Pengetahuan Dan KefahamanStandard yang kedua di dalam Standard Guru Malaysia ialah pengetahuan dan kefahaman.Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjekpengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorangguru. Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkanprofesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebihkreatif dan inovatif. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yangberikut: 1.3.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Pemahaman dan penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan membolehkan guru-gurumenterjemahkannya ke dalam perancangan dan pembelajaran. Ini juga membantu gurumengetahui dan memahami matlamat dan objektif pendidikan dalam merancang aktivitipengajaran dan pembelajaran. Guru juga berkemahiran dalam memahami nilai pendidikan dantahu bagaimana nilai tersebut diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. 1.3.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan. Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran dankeperluan pengajaran ini memudahkan guru dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran.Guru juga mahir dalam menggunakan strategi yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran. 1.3.3 Pengetahuan dan Kefahaman Kandungan mata pelajaran yang diajarkan. Pemahaman yang mendalam tentang sukatan pelajaran meliputi penggunaan sukatanpelajaran dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan dan kefahaman dalammata pelajaran yang diajarkan serta perkembangan terkini matapelajaran yang diajarkan. 3
  4. 4. 1.3.4 Pengetahuan dan Kefahaman Kandungan Ilmu Pendidikan Guru yang berpengetahuan dalam kandungan ilmu pendidikan seharusnya menyediakanperancangan pengajaran pembelajaran yang berasaskan tahap perkembangan murid sertabagaimana guru mengaplikasikan teori pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran. 1.3.5 Pengetahuan dan Kefahaman Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum. Guru yang berpengetahuan dalam Penggunaan TMK ini seharusnya bolehmengaplikasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran serta etika-etikapenggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. 1.3.6 Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Guru seharusnya merancang strategi untuk mewujudkan suasana pembelajaran yangselamat, strategi untuk mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria serta strategi penyusunankedudukan murid dan perabot yang merangsangkan pembelajaran. Guru juga seharusnyamengemplementasikan langkah untuk mewujudkan budaya kerjasama dan persaingan yang sihatserta mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan kreativiti, daya usaha danpemikiran terbuka. 1.3.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran. Guru yang berpengetahuan dan memahami kaedah pentaksiran dan penilaian seharusnyaboleh menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran dan penilaian serta membina instrumenpentaksiran dan penilaian yang berkualiti. Maklumat yang diperoleh ini digunakan untukmeningkatkan kefahaman guru terhadap murid, membina program intervensi, menilaikeberkesanan pengajaran guru dan memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran. 1.3.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu. 4
  5. 5. Guru yang memahami potensi dan cara mengembangkannya seharusnya boleh mengenalpasti perbezaan murid dari segi kecerdasan, kecergasan, persepsi, gaya pembelajaran dan tahappencapaian serta boleh mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu Penguasaan ilmu keguruan dan pendidikan yang mantap dapat meningkatkan keyakinanguru melaksanakan tugas profesional dan mengekalkan keberkesanannya. Pelaksanaan standardpengetahuan dan kefahaman ini akan menjamin kualiti profesional guru berada pada tahap tinggidan mengekalkannya relevan dengan perkembangan pendidikan. Dengan mengamalkan kesemua domain dalam Standard Amalan Nilai ProfesionalismeKeguruan, guru akan mempunyai hala tuju, matlamat, wawasan pendidikan yang jelas. Guruakan memupuk prinsip diri yang utuh berupaya membuat perubahan, menyesuaikan diri danbersikap proaktif . Guru juga akan lebih berusaha mempertingkatkan keupayaan diri, komitmen,inisiatif, dan bertanggungjawab dalam membina peribadi yang unggul dan dalam melaksanakantugas profesionalnya.1.4 Kemahiran Pembelajaran Dan PembelajaranStandard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patutdikuasai oleh seseorang guru. Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajarandan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru. 1.4.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid. 1.4.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan menilai. 1.4.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid. 5
  6. 6. 1.4.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan. Penguasaan kemahiran merancang, melaksana, memantau, mentaksir dan menilai sertapengurusan bilik darjah yang baik dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yangefisien, bermakna, dan menyeronokkan.2.0 Standard Pengajaran Professional (North Carolina Teaching Standard) Guru yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi akan mengambil inisiatif untukmemastikan kemajuan bagi semua pelajar di dalam memastikan kecemerlangan pelajar yangbermula dari pendidikan di alam persekolahan, di peringkat global yang amat kompetitif untuksektor pekerjaan serta bersedia untuk kelangsungan hidup dalam abad ke-21.VISI BARU PENGAJARAN Guru-guru yang berwawasan akan mencari alternatif untuk berinteraksi dan membuatproses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih dinamik dan menarik kepada pelajar-pelajarmereka. Pada masa kini, terdapat pelbagai medium komunikasi yang boleh dibentuk daripadagabungan berbagai-bagai sumber data yang boleh digunakan untuk mengatur, merancang, danmenetapkan matlamat bagi memenuhi keperluan pelajar dan proses pembelajaran. Sebagaimanayang kita ketahui, guru menggunakan pelbagai jenis penilaian data sepanjang tahun untukmenilai kemajuan pelajar. Maka, perubahan dan kelemahan terhadap cara pengajaran danpembelajaran akan dapat dipertingkatkan serta diperbaharui.2.1 STANDARD 1: Guru Menunjukkan kepimpinan i) Guru pemimpin di dalam kelas merekaSejajar dengan matlamat untuk meningkatkan keberkesanan teknik pengajaran dan pembelajaran,kewujudan persekitaran serta kondisisi pembelajaran yang harmoni, selamat dan teratur akanmemberi semangat kepada para pelajar untuk menjadi lebih proaktif dan progresif. Ini bermakna 6
  7. 7. guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar disamping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segikebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajarandan pembelajaran. Maka, ini bermakna guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah danmenetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.Guru-guru juga harus mempunyai daya toleransi yang tinggi untuk memberi semangat danwawasan kepada pelajar agar peningkatan dalam proses pembelajaran akan berterusan. ii) Guru menunjukkan kepimpinan di sekolahGuru juga perlu bekerjasama dengan kakitangan sekolah untuk mewujudkan sekumpulan ahliprofesional bagi komuniti pembelajaran. Tenaga kerja ini akan menganalisis dan menggunakandata daripada pelbagai sumber sama ada tempatan atau nasional untuk mencapai matlamat dalammemperkasakan strategi kemajuan sekolah. Di samping itu, pelan-pelan yang dirangka sertadipercayai boleh meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar harus dipelbagaikan. Guru perlumeluangkan masa untuk berbincang mengenai cara dan strategi bagi pengurusan rancanganpembaikan sekolah. Selain itu, kondisi bagi kemudahan alatan pembelajaran juga memainkan peranan yangpenting dan tidak seharusnya dipandang ringan. Hal ini perlu diambil berat kerana ianya akanmem-bentuk sebuah suasana pembelajaran yang selesa bagi para pelajar. iii) Guru menerajui profesion keguruanDi samping itu, guru-guru hendaklah berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan professionperguruan. Mereka boleh bekerjasama dengan rakan-rakan di kalangan guru untuk menjadimentor dan guru-guru sokongan untuk meningkatkan keberkesanan bagi profesion perguruan.Kerajaan juga boleh mengambil kesempatan daripada kepakaran guru-guru sekiranya merekamemberi sumbangan kerja yang positif seperti aktif menyertai dan menyokong struktur di dalam 7
  8. 8. bidang pendidikan. Promosi terhadap profession perguruan akan memberi galakan danpertumbuhan yang sihat bagi semua warga pendidik. iv) Guru pembela kepada sekolah dan pelajar. Guru akan menberikan pembelaan terhadap pelajar dan sekolah dengan mewujudkan perubahan positif dalam dasar dan amalan yang mempengaruhi pembelajaran pelajar.Mereka mengambil bahagian dalam pelaksanaan inisiatif untuk meningkatkan pendidikan pelajar v) Guru memaparkan tahap etika yang tinggiGuru menunjukkan prinsip-prinsip etika termasuk kejujuran, integriti, layanan yang adil, danmenghormati orang lain. Dalam hal ini, setiap guru perlu mematuhi ataupun menjaga Kod Etikadan Piawaian Etika Profesional. Tahap etika yang tinggi bukanlah semata-mata penampilan diri,namun ia merangkumi aspek sahsiah diri, disiplin serta perilaku di luar dari sekolah yangmembawa kepada ‘role model’ kepada pelajar.2.2 Standard 2: Guru mewujudkan suasana yang sesuai bagi populasi pelajar yangberbeza. Terdapat lima bahagian dalam standard 2 ini, seperti guru melibatkan kepelbagaiankomuniti dalam sekolah. Sebagai contohnya, guru bukan sahaja mendidik pelajar malah gurujuga membentuk akhlak pelajar seperti menghormati semua pekerja di dalam sekolah danmengenali setiap pekerja dalam sekolah tidak kira pekerja pejabat, pembantu makmal, tukangkebun,tukang cuci, peniaga kantin dan pengawal keselamatan. Budaya menghormati orang lainini boleh dipupuk apabila guru mewujudkan kepelbagaian komuniti dalam sekolah. Selain itu,guru hendaklah meletakkan pelajar sebagai individu yang bermaksud guru hendaklahmengekalkan keyakinan yang tinggi pada setiap pelajar dan tidak seharusnya guru merendahkantahap keyakinan pada setiap anak muridnya kerana ini akan menjatuhkan semangat pelajar untukbelajar mahupun datang ke sekolah. 8
  9. 9. Seterusnya, guru menyediakan suasana yang kondusif bagi menggalakkan penglibatanpelajar dalam P&P. Pekara ini amat penting kerana proses P&P yang sempurna adalahmenyediakan suasana yang kondusif, seperti guru hendaklah memastikan kelas sentiasa dalamkeadaan bersih. Tidak semestinya kelas bersih, malah guru juga menyediakan alatan matematikkepada pelajar supaya proses P&P tidak terganggu. Selain itu, guru hendaklah bekerjasamadengan ibu bapa atau penjaga pelajar supaya guru dan ibu bapa atau penjaga boleh berbincangbagaimana untuk menyelesaikan masalah pelajar dan membantu pelajar dalam pelajaran.Sehubungan dengan ini, guru dapat merapatkan ukhwah ibu bapa atau penjaga dengan pihaksekolah, sekaligus dapat membantu pihak sekolah menangani masalah pelajar di luar sekolah. Guru juga hendaklah mengunakan pengajaran atau pendekatan yang sesuai kepadapelajar supaya penajaran guru lebih bermakna bagi mereka. Guru seharusnya mengetahuipedekatan-pendekatan pengajaran yang sesuai terhadap setiap anak murid mereka supaya setiappelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka. Contoh pedekatan yang boleh digunakan olehguru ialah mengajar dengan menunjukkan video, menunjukkan barang maujud dan menjadikanproses P&P yang menarik. Sekiranya guru hendak memberi contoh,guru seharusnyamenggunakan contoh situasi harian supaya pelajar lebih mudah faham.2.3 Standard 3 : Guru menguasai isi kandungan pelajaran dan berpengetahuan. Standard 3 ini mengandungi empat bahagian, iaitu yang pertama guru hendakalahmenguasai isi kandungan pengajaran subjek mereka supaya guru tahu apa ilmu yang hendakdisampaikan kepada pelajar mereka. Selain itu, guru lebih berkeyakinan semasa mengajarsekiranya mereka menguasai isi kandungan subjek mereka. Kelebihan lain yang dapat dilihatdalam pekara ini juga ialah persediaan mengajar guru akan lebih teratur dan pelajar akan mudahfaham dengan setiap apa yang diajar oleh guru itu sendiri. Bahagian kedua ialah guru hendaklahmenyusun isi kandungan pengajaran yang saling berkaitan. Sehubungan dengan itu, sekiranyaguru menyusun isi kandungan pengajran mereka yang saling berkaitan, pelajar akan dapatmemehami lebih pengajaran yang diajar sebelum ini. Sekaligus pengajaran terhadap pelajar 9
  10. 10. adalah lebih bermakna dan mereka boleh mengaitkan pelajaran yang baru dengan pelajaran yanglepas. Bahagian ketiga dalam standard 3 ialah, guru menerangkan konsep yang jelas kepadapelajar. Pekara ini amat penting kerana tahap kefahaman pelajar bergantung sepenuhnyaterhadap penjelasan konsep oleh guru. Sekiranya guru tersalah menjelaskan konsep matematikyang betul, pelajar mereka akan mendapat impak yang besar dan ini akan berlarutan selagi tidakdiperbetulkan. Guru seharusnya merancang dahulu pengajran mereka dengan menyediakanpenjelasan konsep yang betul dan mudah difahami oleh pelajar. Persediaan ini amat membantuguru dalam mendidik pelajar dengan berkesan, oleh demikian sepatutnya guru menyediakanrancangan pengajaran harian (RPH) yang lengkap supaya pengajran guru teratur dan menarikminat pelajar untuk belajar. Bahagian terakhir dalam standard ini ialah guru seharusnya berkebolehan mengaitkanpengajaran mereka dengan aplikasi seharian atau sejarah berlaku. Kebolehan ini mesti ada padasetiap guru. Oleh demikian, guru haruslah berpengetahuan luas supaya mereka boleh mengaitkandengan pelajaran mereka. Kemahiran ini sedikit sebanyak boleh membantu pelajar memahamipelajar dengan baik, dalam subjek matematik banyak perkaitan pelajaran yang boleh dikaitkandengan sejarah ataupun aplikasi harian sebagai contoh bentuk bangunan, ketinggian bangunan,imej terbentuk pada cermin dan lain-lain lagi.2.4 Standard 4: Guru sebagai pemudah cara pembelajaran pelajar. Untuk melaksanakan standard keempat ini, guru perlu mengetahui cara dan tahappembelajaran yang sesuai mengikut perkembangan intelek, fizikal, sosial, dan emosi pelajar.Guru perlu tahu bagaimana cara seseorang pelajar itu berfikir dan belajar. Dengan kata lain, gurumengajar mengikut kemampuan pelajar mereka. Guru juga mengetahui dan memahami pengaruhke atas pembelajaran pelajar mereka. Antara pengaruh yang memberi kesan ke atas pembelajaranpelajar ialah taraf ekonomi keluarga, kefasihan bahasa, budaya dan pembangunan kemajuan disekeliling. Sebagai contoh, keprihatinan guru untuk mengetahui sama ada pelajar mereka boleh 10
  11. 11. bertutur dan memahami sesuatu bahasa itu adalah sangat penting supaya pengajaran dapatdisampaikan dengan baik. Selain itu, guru juga perlu merancang pengajaran yang sesuai untuk pelajar mereka.Antara pengajaran yang sesuai ialah guru dapat menarik minat pelajar semasa prosespembelajaran. Untuk menarik minat pelajar semasa pembelajaran, guru perlu menggunakan AlatBantu Mengajar (ABM) yang menarik. Penyediaan set induksi selama 5 hingga 10 minit juaperlu semasa memulakan pengajaran untuk mencuri tumpuan pelajar terhadap guru yangmengajar. Untuk memastikan pengajaran yang dilaksanakan bersesuaian dengan kehendakpelajar, guru mestilah memantau proses pengajaran yang berlaku dan merubah jika pengajarantersebut tidak bersesuaian dengan pelajar. Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran juga membantu dan memudahkan pembelajaranpelajar. Guru perlu memilih kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk meningkatkanpencapaian dan seterusnya menghapuskan jurang pencapaian antara pelajar. Penggunaanpelbagai teknik pengajaran seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dapatmenarik minat pelajar semasa proses pembelajaran. Selain itu, penggunaan teknik ini dapatmemudahkan pengajaran guru. Selain itu, kaedah lain seperti kaedah eksperimen atau kerjapraktik juga boleh dilakukan seperti guru meminta pelajar menyukat air menggunakan bekas dansilinder penyukat untuk mempelajari isipadu air. Seterusnya, guru juga perlu membantu pelajar membina pemikiran secara kritis dankemahiran menyelesaikan masalah. Guru perlu menggalakkan pelajar untuk bertanyakan soalandi dalam kelas. Melalui soal jawab ini, kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik dapatdipertingkatkan dan pelajar dapat digalakkan untuk berfikir. Sehubungan dengan itu, guru jugadapat mengetahui tahap kefahaman pelajar tentang sesuatu topik itu. Terdapat beberapa carayang boleh digunakan untuk menggalakan pelajar berfikir. Antaranya seperti guru akanmemberikan ganjaran dan hadiah kepada pelajar yang bertanyakan soalan di dalam kelas. Selain itu, guru perlu menggunakan pelbagai kaedah penilaian untuk menilai apa yangtelah dipelajari oleh pelajar. Kaedah penilaian ini penting untuk menilai perkembangan pelajarterhadap topik yang dipelajari. Antara penilaian yang boleh dilaksanakan oleh guru adalah 11
  12. 12. seperti penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif menggutamakan kemajuansetiap pelajar dari satu peringkat ke satu perikngkat yang lain. Ianya bertujuan mengesanperkembangan pelajar dari semasa ke semasa. Penilaian ini dapat memberi peluang kepada guruuntuk memperbetulkan kesilapan dan kelemahan mereka dengan segera supaya tidak terhimpun.Penilaian sumatif pula ialah penilaian yang dilaksanakan pada akhir semester, tahun, dan jugaapabila berakhirnya sesuatu topik itu diajar.2.5 Standard 5: Guru menilai pengajaran mereka Selepas proses pengajaran, guru perlu menganalisis pembelajaran pelajar mereka. Guruperlu mengumpul dan menganalisis data pencapaian pelajar untuk meningkatkan pencapaianpelajar. Guru boleh menyediakan sesi penilaian dalam proses pengajaran. Semasa sesi penilaian,guru menyediakan soalan latihan kepada pelajar untuk menguji tahap kefahaman pelajar.Daripada soalan tersebut, guru akan menganalisis tahap kefahaman pelajar tentang subtopik yangdiajar. Daripada keputusan analisis tersebut, guru perlulah membuat tindakan susulan yangsewajarnya. Sebagai contoh, jika masih terdapat pelajar yang tidak dapat menguasai subtopikyang diajar, guru bolehlah mengulangi pengajaran subtopiktersebut dengan menggunakankaedah pengajaran yang lain. 12
  13. 13. BibliografiNorth Carolina Professional Teaching Standards. Diperoleh Oktober 20, 2011 daripada www.ncpublicschools.org/docs/profdev/standards/teachingstandards.pdfProfessional Teaching Standards.Diperoleh pada September 23,2011,daripada http://www.nswteachers.nsw.edu.au/Main-Professional-Teaching-Standards/Professional Teaching Standards North Carolina.Diperoleh pada September 23,2011,daripada http://www.ncpublicsschools.org/docs/profdev/standards/teachingstandards.pdf-Standard Guru Malaysia (SGM). (2008, April 16). Diperoleh pada November 10, 2011, daripada Standard Guru Malaysia (SGM): http://www.ipik.edu.my/sgmdoc/index.htmlWest Virginia Professional Teaching Standards (WVPTS). Diperoleh Oktober 20, 2011 daripada wvde.state.wv.us/.../WV%20Professional%20Teaching%20Standards.doc 13

×