1. ILMU CAHAYA KEHIDUPAN
m/s 173
PENDIDIKAN ISLAM TINKATAN 1
NOTA SEMASA PKP
AHAD 19 APRIL 2020
JAM 08.00 PAGI HINGGA 09.30 PAGI
USTAZAH ATIKAH
SMK TAMN RIA JAYA
2. KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU
Matlamat utama kehidupan manusia ialah keimanan kepada Allah SWT di samping
melakukan amalan-amalan soleh. Amalan yang didasari dengan ilmu merupakan
syarat diterima Allah SWT. Umat Islam dilarang melakukan atau mengatakan
sesuatu tanpa ilmu. Oleh itu, kita diwajibkan mendalami ilmu pengetahuan sebagai
ubat kepada kejahilan. Kewajipan menuntut ilmu sebagai agenda penting umat Islam
telah dijelaskan dalam hadis:
َلاَق عنه هللا رضي ٍكِلاَم ِْنب َِسنَأ ْنَع:َلاَقِ هاَّلل ُلوُسَر
وسلم عليه هللا صلى:َع ٌةَضي ِرَف ِمْلِعال ُبَلَطٍمِلْسُم ِلُُ ىَل
1
3. Maksudnya : Anas bin Malik r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: menuntut
ilmu adalah wajib kepada setiap orang Islam. (Ibnu Majah)
2
Umat Islam diwajibkan mempelajari ilmu fardu ain seperti tauhid, feqah dan akhlak
sebagai asas untuk menjalani kehidupan berlandaskan syariat.
Selain itu juga, ilmu fardu kifayah seperti sains, ekonomi dan kedoktoran wajib
dipejalajari untuk membina kekuatan dan memelihara maslahat (kebaikan) umat
islam.
Kedua-dua jenis ilmu ini perlu dikuasai secara seimbang demi kesejahteraan umat dan
kegemilangan islam.
4. 3
ADAB MENUNTUT ILMU
Ilmu ibarat cahaya yang menyuluh kehidupan, untuk mendapatkan ilmu yang berkat
maka kita perlulah mengamalkan adab-adabnya. Antaranya ialah:
Memuliakan dan
menghormati guru
Menjauhi maksiat
dan kemungkaran
Mengisi masa
lapang dengan
perkara berfaedah
Rajin berusaha,
berdoa, dan
bertawakal kepada
Allah
Tidak malu
bertanya
Beramal dengan
ilmu yang
dipelajari
Memohon doa
dan keredhan
drpd ibubapa
Niat menuntut
ilmu ikhlas kerana
Allah Taala
5. 4
KEPENTINGAN BERADAB KETIKA MENUNTUT
ILMU
Mendapat
ganjaran pahala
Mendapat Ilmu
yang berkat
Mencapai
kejayaan dalam
hidup
Mudah melakukan
kebaikan dan
ketaatan
Hidup menjadi
lebih tenang
Masyarakat akan
memandang
tinggi kerana
akhlak baik
6. 5
AKIBAT TIDAK BERADAB KETIKA MENUNTUT
ILMU
Susah mengingati
dan mengikuti ajaran
guru
Ilmu yang
dipelajari tidak
membawa
kebaikan kepada
diri
Mudah
terpengaruh
dengan unsur-
unsur negatif
Ilmu yang dipelajari
tidak mendapat
keberkatan Allah SWT
Dipandang hina
oleh guru dan
rakan
Berdosa dan
mendapat
kemurkaan Allah
SWT
7. KELEBIHAN ORANG YANG BERILMU
Allah akan meninggikan darjat orang yang berilmu, lebih tinggi daripada orang
yang berharta.
Orang yang berilmu menjadi pewaris Nabi dan pemimpin kejalan kebaikan.
Orang yang beramal dengan ilmunya akan menjadi contoh yang baik dalam
masyarakat.
Orang menyampaikan ilmu kepada orang lain akan didoakan oleh makhluk
yang ada dibumi dan dilangit.
Mudah masuk Syurga dan mendapat pahala jihad kerana berniat untuk mencari
ilmu.
6
8. LATIHAN
1- Mengapakah Islam mewajibkan untuk menuntut ilmu? Bincangkan.
2- Apakah akibat jika seoarang murid itu tidak menghormati guru di dalam
kelas serta tidak menyiapkan tugasan guru tanpa sebab yang munasabah?
Bincangkan.
3- Sebagai seorang pelajar, apakah sebab seseorang itu tidak menjaga adab
sewaktu belajar? Nyatakan 3
Dan apakah nasihat kamu kepada orang yang tidak beradab semasa di
dalam kelas? Nyatakan 3
9. ILMU CAHAYA KEHIDUPAN
m/s 173
PENDIDIKAN ISLAM TINKATAN 1
NOTA SEMASA PKP
AHAD 19 APRIL 2020
JAM 08.00 PAGI HINGGA 09.30 PAGI
USTAZAH ATIKAH
SMK TAMN RIA JAYA
TAMAT