SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
FACULTY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY 
SEMESTER JAN 2014 
MPW 1143/2143 
PENGAJIAN ISLAM 
MATRICULATION NO : 
IDENTITY CARD NO. : 
TELEPHONE NO. : 
E-MAIL : 
LEARNING CENTRE :
ISI KANDUNGAN M/S 
1.0 Pengenalan. ………………………………………………… 
2.0 Konsep Jihad Ilmu Dalam Islam. …………………………….. 
3.0 Kelebihan Golongan Yang Berilmu. ……………………….. 
4.0 Impak kecemerlangan ilmu pengetahuan 
terhadap survival dakwah Islamiah dan umatnya. ………… 
5.0 Implikasi jika mengabaikan kepentingan 
ilmu pengetahuan. ……………………………………………. 
6.0 Kesimpulan ………………………………………………….. 
7.0 Rujukan ……………………………………………………..
1.0 Pengenalan 
Perkataan jihad berasal dari kalimah “ al-juhd” yang bermaksud keberatan dan kesusahan . 
Dengan kata lainnya ianya bermaksud mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha 
mencapai sesuatu matlamat atau cita-cita mulia dan ideal. Dalam islam matlamat dan cita-cita 
tersebut adalah untuk mendapatkan keampunan, keredhaan dan rahmat dari Allah SWT. Jihad 
juga boleh ditakrifkan sebagai suatu usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai satu-satu 
tujuan yang diingini atau mempertahankan sesuatu yang tidak diingini dengan berbagai cara 
sama ada dengan mengunakan alat, ilmu pengetahuan ataupun sebagainya. Walaupun begitu 
masyarakat khususnya mempunyai tanggapan atau persepsi tersendiri terhadap jihad. 
Kebanyakkan orang memahami jihad sebagai satu perbuatan atau aksi yang dikaitkan dengan 
perjuangan yang mengunakan kekerasan fizikal dan juga senjata. Kalimah jihad hanya dikenali 
dengan aksi-aksi kekerasan dan keganasan yang mana ianya melibatkan senjata api dan 
pertumpahan darah atas dorongan untuk mendapatkan syahid. Dalam al-Quran penegasan 
mengenai jihad terdapat dalam berbagai ayat. Antara ayat-ayat tersebut ada menyentuh tentang 
jihad berbentuk suruhan dalam bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah iaitu keupayaan 
manusia melawan hawa nafsu, memperkayakan ilmu, mengunakan al-quran sebagai mekanisma 
untuk menegakkan kebenaran, pengorbanan harta dan juga berbentuk pengorbanan jiwa. 
Sebagaimana yang disebut oleh Iman Ibnu al Asqalani Rahimahullah ; 
أَدَفاَجَم اَرَأَف ، مَللدعل هَْف ىَعَف تَََّ ادهَف سلْلَ اَْ ىَعَف تَََّ سدْج لا رَأَ أُ مَلَعَت اَلَعَف س فَْلنا أَدَفاَجَم اَمأََف 
اَقَتَد سلْفَنَفأ أَدَفاَجَم اَرَأَف ، س هَََْ سَُا دألا لَهَلد فه اَأَف س هََََُْفا دألا ادده لَملدمي أَف عَلاد اَلَعَف سلََْل فََّا 
سلْتَلعو تَََّ سدْع لَفا تَََّ اَدفُلْلَدج سلْنَلَفا أَدَفاَجَم اَرَأَف ، اَسلْتَلعو اَسدْع لَفا اَسلْفَْو ادفلْلَدج 
Maksudnya : Ada pun jihad melawan nafsu adalah dengan mempelajari perkara-perkara agama 
lalu mengamalkannya dan mengajarkannya. Sedangkan berjihad melawan syaitan adalah 
dengan cara melawan subahat-subahat yang dilancarkannya dan melawan nafsu yang 
dihiasinya. Sedangkan jihad melawan orang kafir adalah dengan tangan , harta, lisan, dan hati 
sekaligus. Sedangkan jihad melawan kefasikan adalah dengan tangan, kemudian lisan, 
kemudian hati.“ Imam Ibnu Hajar al Asqalani, Fathul Bari, Juz 8, Hal.365. Al Maktabah Asy 
Syamilah”.
Pastinya tidak ramai yang menyedari bahawa pegangan sesetengah mereka yang fanatik dan 
buta ilmu terhadap isitilah jihad membawa kepada tercemarnya istilah suci jihad itu di mata 
orang islam dan bukan islam. Jihad umat Islam hari ini perlu difokuskan kepada jihad ilmu supaya 
kebangkitan umat islam pada hari ini mempunyai kekuatan ilmu dan ketrampilan yang tinggi . Melalui 
proses nilai dan ilmu membolehkan kecemerlangan ilmu pengetahuan itu dijadikan tongak utama umat 
Islam. 
2.0 Konsep Jihad Ilmu Dalam Islam 
Islam mengajar penganutnya menghormati orang lain, tidak boleh melakukan pembunuhan 
atau rampasan sesuka hati, menghina pihak lain yang tidak di sukai sebaliknya memperlihatkan 
peribadi hebat dan bijaksana supaya Islam tidak hanya dilihat dari sudut ajaran tetapi umat Islam 
dapat dilihat indah dari segi amalannya. Oleh itu manusia diminta untuk mencari ilmu 
pengetahuan yang diredhai oleh Allah S.W.T dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. 
Jihad ilmu dalam islam diibaratkan sebagai sebagai penyuluh ataupun cahaya yang menyuluh 
ketika seseorang itu berada didalam kegelapan kerana tanpa bantuan cahaya manusia tidak akan 
mampu untuk berjalan didalam kegelapan. Melalui tinggalan sejarah perjuangan Rasullullah 
s.a.w juga dapat kita lihat bagaimana jihad ilmu yang aplikasikan oleh baginda, apabila baginda 
menganjurkan pencarian ilmu sehingga jauh ke negeri lain. Dalam islam seseorang itu tidak 
hanya diwajibkan untuk menuntu ilmu sahaja, tetapi juga mengkehendaki seseorang itu untuk 
teris menerus melakukan usaha pencarian ilmu dan belajar malah lebih tepat lagi untuk dikatakan 
ianya adalah sebagai proses jihad ilmu. Jihad ilmu mempunyai 3 maksud yang utama iaitu ; 
i) Berjihad untuk mempelajari petunjuk ( ilmu yang bermanfaat), agama yang sebenar ( 
amal soleh) dan tanpa mencari dan mempelajari ilmu sudah pasti orang islam tidak 
akan mampu untuk mencapai kejayaan dan kebahagian dunia akhirat. 
ii) Berjihad untuk mengamalkan ilmu setelah mengetahuinya. 
iii) Berjihad untuk menyampaikan ilmu (dakwah) dan mengajarkan imu tersebut kepada 
orang yang belum mengetahuinya. 
Jihad ilmu meminta manusia untuk mencari ilmu pengetahuan yang diredhai oleh Allah 
S.W.T dan mengamalkan ilmu yang dipelajri dalam kehidupan seharian. Islam amat menuntut
umatnya supaya memiliki ilmu pengetahuan samada ilmu agama ataupun ilmu-ilmu pengetahuan 
yang lain ini kerana pada pandangan islam jihad ilmu dianggap sebagai satu aspek yang suci dan 
mempunyai martabatnya yang tersendiri. Contohnya dalam kes pelajar Malaysia iaitu Ahmad 
Ammar Bin Ahmad Azam . Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam meninggal dunia pada November 
2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki dimana 
beliau dimuliakan di Turki di atas sebab kegigihan menimba ilmu, mencurah bakti untuk 
kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama serta banyak berjasa kepada masyarakat 
kerana keaktifan beliau dalam menyebarkan ilmu dan dakwah. Selain itu, beliau juga sanggup 
menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria.. Allahyarham 
Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah 
perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah 
dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada 
Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu 
ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika 
allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar 
ke kubur. 
Berdasarkan kepada kisah Ahmad Ammar kita dapat melihat bahawa kegigihan dan 
kecemerlangan ilmu memainkan peranan yang penting dalam menentukan nilai-nilai 
keperibadian seseorang individu yang mana akhirnya telah mengangkat diri beliau dan 
menjulang nama negara malayisa dan umat islam secara khususnya. 
3.0 Kelebihan Golongan Yang Berilmu
Islam menjadikan ilmu sebagai pengerak utama untuk mencapai matlamat dalam merubah 
kehidupan manusia kearah yang lebih baik. Ini dijelaskan lagi dalam firman Allah SWT yang 
bermaksud “Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan orang tidak mengetahui? 
’Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran”. Surah Az- Zumar, ayat 
9. Allah memberikan banyak kelebihan kepada orang yang berilmu pengetahuan. 
Firman Allah S.W.T yang bermaksud “ Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang 
beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah 
Maha Mengetahui apa jua yang kamu kerjakan”. Al-Mujadalah ayat 11. Ibn Abbas ra telah 
mengulas ayat tersebut dengan menyatakan bahawa “ Tingkatan para ulama dibanding orang 
mukmin biasa adalah lebih tinggi sebanyak 700 darjat, jarak diantara satu darjat dengan darjat 
yang seterusnya adalah 500 tahun perjalanan. 
Allah S.W.T berfirman “ maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika 
kamu tidak mengetahui “ An-Nahl, ayat 43. Dengan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi 
membuatkan orang yang ingin mendalami ilmu pengetahuan tersebut menjadikan mereka 
sebagai rujukan terutama dalam mendalami ilmu-ilmu agama dan syariat yang ditetapkan. Jika di 
Malaysia Ustaz Azhar Idrus amat dikenali di atas kelebihan beliau dalam menyampaikan ilmu 
dan menjawab segala kemusykilan yang dihadapi dengan cara yang lebih mudah difahami oleh 
orang yang baru mahu memahami dan mendalami ilmu tersebut. Para ilmuan ini selalu dicari dan 
dalam sesi ceramah-ceramah yang disampaikan oleh mereka selalunya mempunyai jumlah 
pendengar yang ramai. Ini menunjukkan dengan ilmu yang tinggi mereka dijadikan sebagai 
rujukan oleh orang lain yang ingin mendalami dan memahami ilmu tersebut. 
Tidak ada keraguan bahawa manusia termulia adalah para nabi. Kemuliaan mereka 
diwariskan melalui ilmu agama maka apbila para ulama mencari dan menyampaikan ilmu 
tersebut maka mereka berhak mendapat kemuliaan itu. Malah darjat mereka naik membumbung 
tinggi di akhirat nanti sejajar dengan para nabi dan syuhada. Menurut Hadis riwayat Darimi, 
Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban “Sesungguhnya ulama adalah pewaris nabi. Para 
nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka siapa saja 
yang mengambil warisan tersebut, beerti ia telah mengambil bahagian yang banyak.”
Kebaikan akan datang kepada orang yang berilmu. Ini kerana ketika beribadah maka dia 
beribadah dengan betul mengikut syariat malah mereka akan beribadah dengan ikhlas dan 
khusyuk kerana mereka orang yang paling takut kepada Allah swt. Bahkan ketika ia mendapat 
ujian atau musibah maka dia akan menghadapinya dengan bersyukur dan sabar. Syukur dan 
sabar merupakan sumber kebaikan yang menakjubkan kerana hanya dimiliki oleh orang-orang 
yang beriman dan berilmu. Contohnya dalam kes Almarhummah Siti Hajar Bt Ahmad Sabir 
yang mengalami kemalangan dan semasa hidupnya dia dimaklumkan yang beliau akan lumpuh 
namun dengan sabarnya beliau redha dengan ujian yang diberikan Allah swt kepadanya tanpa 
rasa kecewa dan menyesal atas dugaan yang diberikan . Malah beliau masih lagi bersemangat 
untuk meneruskan jihad beliau dalam mencari ilmu dan menyampaikan dakwah di kala beliau 
masih berada di hospital. Di sini dapat kita lihat bagaimana orang berilmu mendapat kebaikan 
dan meninggal dalam keadaan redha dan bersyukur di atas ketentuan Allah swt kepadanya. 
Almarhummah Siti Hajar Bt Ahmad Sabir 
4.0 Impak kecemerlangan ilmu pengetahuan terhadap survival dakwah Islamiah dan 
umatnya. 
Menurut Wan Mohd Nor (1994), dalam perspektif islam ilmu dikenali sebagai sifat, proses 
dan hasil.Menurut Hasnan (2010) pula, ilmu pengetahuan dan kehidupan manusia adalah dua 
perkara yang tidak boleh dipisahkan. Ilmu merupakan landasan untuk mencapai kecemerlangan 
dan kejayaan, malah tanpa ilmu pengetahuan, individu, masyarakat,bangsa dan negara akan 
menjadi mundur serta akan ketinggalan dalam semua bidang dan lapangan.. Antara impak-impak 
kecemerlangan ilmu pengetahuan terhadap survival islam dan umat dapat kita lihat termasuklah 
wujudnya masyarakat islam yang berilmu.
Dari ilmu pengetahuan yang diperolehi maka lahirlah masyarkat yang berilmu, cintakan ilmu 
dan sentiasa berlumba-lumba untuk memiliki ilmu. Masyarakat yang berilmu akan sentiasa 
meletakkan ilmu ditempat yang tertinggi dalam sistem hidup mereka. Contoh yang dapat kita 
lihat berdasarkan kepada kemajuan dan kecemerlangan empayar islam di Andalusia yang 
diterokai oleh Khalifah Abdul Rahman ad Dhakhili pda 755M. Ianya merupakan contoh yang 
paling baik apabila wujudnya masyarakat dan rakyat yang menjadikan ilmu sebagai perkara yang 
paling utama. Malah pada zaman itu pelbagai pusat kajian islam ditubuhkan dalam pelbagai 
bidang dan mereka telah berjaya melahirkan ramai saintis dan pakar-pakar dalam penyelidikan. 
Malah banyak penemuan-penemuan baru dibuat dalam bidang bertaraf kelas pertama seperti 
perubatan, botani, geografi, fizik, kimia, pembedahan, ahli matematik dan banyak lagi. 
Dengan ilmu pengetahuan yang dicari dan dipelajari akan meningkatkan sifat kehambaan dan 
ketakwaan, dan ianya akan melahirkan ummah yang dipenuhi oleh sifat-sifat mulia dan terpuji. 
Takwa tidak akan berhasil tanpa iman yang mentauhidkan Allah swt. Malah Nabi Muhammad 
saw telah berkorban jiwa untuk memandu umat islam menjadi umat yang terbaik,hebat dan 
dibina atas dasar ketakwaan dan bersumberkan kepada ilmu pengetahuan yang merupakan 
tuntutan agama. Firman Allah yang bermaksud “ Dan demikian pula di antara manusia dan 
binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlain-lain jenis dan 
warnanya. Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari 
kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha 
Kuasa lagi Maha Pengampun” Faatir, ayat 28. Ayat ini menjelaskan sifat orang yang berilmu 
ialah rasa takut dan taqwa kepada Allah. 
Asas dorongan dan semangat daripada Nabi Muhammad saw, umat islam khususnya para 
sahabat baginda terus mengorak langkah dalam menuntut ilmu. Nabi Muhammad menyampaikan 
ilmu dengan kaedah yang terbaik serta menampilkan contoh teladan dan akhlak yang terbaik. 
Melalui bimbingan Baginda, lahirlah para sahabat yang berwibawa seperti Saidina Abu Bakar, 
Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Ali yang digelar “ kota ilmu”. Melalui peristiwa ini 
kita dapat melihat bahawa dengan ilmu pengetahuan yang tinggi para ilmuan dan ulama mampu 
mendidik generasi akan datang menjadi generasi yang lebih berwibawa dan mampu memimpin
masyarakat dan negara kearah kecemerlangan. Malah jika di Malaysia ilmuan dan ulama yang 
dianggap sebagai contoh dan teladan yang baik ialah TG Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Beliau 
telah melahirkan ramai pemimpin yang berwibawa dan berilmu bukan sahaja dari segi ilmu 
agama malah dari segi ilmu duniawi. Beliau berada di tempat yang ke 42 sebagai ulama yang 
terkenal dan berpengaruh daripada 500 ulama yang berpengaruh. Buku yang diterbitkan oleh The 
Royal Islamic Strategic Studies Center bertajuk The 500 Most Influential Muslims In The World, 
(2009). 
Kecemerlangan ilmu pengetahuan yang diperolehi mampu melahirkan masyarakat yang 
sejahtera dan harmonis. Malah dengan penyelidikan dan kajian yang dilakukan oleh para ilmuan 
dan ulama membolehkan umat islam mencintai keamanan dan kemakmuran serta masyarakat 
yang mampu hidup dalam keadaan sejahtera dan harmoni seperti yang dinyatakan didalam al-quran. 
Dasar kecemerlangan ilmu dan ukhuwah islamiah mampu merealisasikan matlamat untuk 
melahirkan generasi umat islam yang cintakan keamanan dan kemakmuran sesebuah bangsa atau 
negara. Contohnya kerajaan Malaysia melalui Task Force 2010 (Malaysia) membantu penduduk 
islam di selatan Thailand dalam melahirkan generasi pemimpin yang mampu mencapai kejayaan 
di dunia dan akhirat bagi menyumbang keamanan di wilayah berkenaan. Melalui pendekatan ini 
diharapkan pelajar yang dihasilkan dapat membantu negara tersebut untuk menjadi pemimpin 
yang mampu membawa negara mereka kearah, keamanan, kesejahteraan dan keharmonian. 
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia&sec=Re 
ncana&pg=re_01.htm#ixzz2vwwrKpYc ) ,Utusan Melayu (M) Bhd.
Sebagai orang yang beriman dan berilmu, kita hendaklah berusaha mempelajari pelbagai 
bidang ilmu dan bukan hanya belajar ilmu asas agama atau bidang-bidang tertentu sahaja. 
Dengan menambah imu pengetahuan sebanyak mungkin umat islam tidak akan mudah 
diperkotak katikkan atau diperlekehkan oleh orang lain. Dalam dunia yang serba moden dengan 
kecangihan teknologi maka kemudahan untuk menuntut ilmu menjadi lebih mudah dan pantas. 
Firman Allah yang bermaksud” Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan 
Allah kepadamu akan pahala dan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu 
(keperluan dan bekalanmu) dari dunia”. Al Qasas, ayat 77. Dalam meniti arus globalisasi umat 
islam akan menghadapi pelbagai cabaran dalam menuntut ilmu. Namun dengan ilmu 
pengetahuan dan iman yang kuat umat islam dan para ilmuan mampu menepis segala cabaran 
dan membentuk kekuatan dan kemajuan ummah. 
Asming et.al (2006) mendapati langkah penting dalam membentuk modal insan adalah 
melalui penerapan budaya membaca dalam diri individu dan masyarakat. Mempunyai ilmu yang 
tinggi mampu mengangkat darjat modal insan dan mengeluarkan mereka dari kepompong 
kejahilan. Penghayatan terhadap budaya ilmu merupakan asas kepada pembangunan masyarakat 
yang ‘celik akal’. Masyarakat yang celik akal ini mampu membentuk negara dan umat yang kuat 
dari segi mental dan fizikal. . Kecemerlangan ilmu juga memainkan peranan yang penting dalam 
menentukan nilai-nilai keperibadian seseorang individu yang mana akhirnya mengangkat taraf 
kehidupan masyarakat dan menjulang nama sesuatu bangsa, negara dan umat islam secara 
khususnya. 
5.0 Implikasi Jika Mengabaikan Kepentingan Ilmu Pengetahuan 
Ilmu merupakan sesuatu perkara yang amat penting pada masa kini. Orang yang mampu 
menguasai ilmu adalah orang yang paling beruntung serta mampu mengubah dan mencorakkan 
kehidupan diri sendiri dan orang lain. Tanpa ilmu manusia akan hidup dalam kesusahan, 
kepayahan, keperitan, penderitaan , ditindas dan dihina. Oleh itu, setiap manusia wajib menuntut 
ilmu, bukan sahaja mendalami tetapi mampu menguasai ilmu tersebut dan dapat menyampaikan 
kepada orang lain. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud “ menuntut ilmu wajid ke atas orang
islam lelaki dan perempuan” Hadis riwayat Ibnu Majah. Malah tanpa ilmu duniawi mahupun 
ukhrawi, umat islam akan terus ketinggalan dalam harus kehidupan pada hari ini. Sabda 
Rasulullah bermaksud “ Sesiapa yang mengkehendaki dunia hendaklah berilmu. Sesiapa yang 
mengkehendaki akhirat, hendaklah berilmu; dan sesiapa yang mengkehendaki kedua-duanya 
maka hendaklah berilmu.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. 
Umat islam perlu memperkasakan diri mereka dengan kepelbagaian ilmu dan kebolehan 
terutama yang berkait rapat dengan jalur lebar teknologi, penyiaran, kejuruteraan, sains dan 
banyak lagi. Ianya dilakukan tanpa alpa kepada ilmu-ilmu lain yang terlebih utama seperti ilmu-ilmu 
fardhu ain dan segala macam jenis ilmu agama. Jika ilmu pengetahuan ini tidak dicari ianya 
akan menyebabkan kemunduran sesebuah negara kerana tidak mempunyai ilmu yang mampan 
untuk bersaing dengan negara-negara lain yang lebih maju. Peranan ilmulah yang menjadi pelita 
dan panduan dalam kehidupan kita. Kekurangan ilmu pengetahuan akan menyebabkan 
berlakunya kemunduran dalam sesebuah negara. Negara Somalia contohnya merupakan negara 
ke 5 termiskin didunia (Bank Dunia, 2013). Walaupun mempunyai sumber mineral seperti 
minyak, bijih besi, uranium, garam, batuan kapur, pasir dan banyak lagi, namun oleh kerana 
kekurangan ilmu dalam bidang teknologi dan sains maka hasil ekonomi mereka hanya terhad 
kepada pemprosesan hasil pertanian, penternakan dan perikanan. Malah anak-anka mereka juga 
tidak mendapat pendidikan yang secukupnya kerana selalu berpindah randah. 
Kekurangan ilmu menyebabkan masyarakat islam di Somalia ditindas dan dianiaya oleh 
bangsa lain. Pada tahun 1977 Somalia terlibat konflik dengan Ethiopia kerana Somalia 
menginginkan wilayah Ogaden yang secara tradisional merupakan wilayah Somalia kerana 
banyak sekali suku-suku Somalia yang menetap disana. Dengan bantuan Kesatuan Soviet, 
Ethiopia berjaya mempertahankan wilayah itu dan menyebabkan lebih daripada 1,000,000 
keluarga berpindah ke Somalia. Hal ini menimbulkan masalah pelarian yang sangat besar di 
Somalia. Negara Somalia juga mempunyai jumlah tentera yang sangat kecil, dan ini 
menyebabkan negeri ini selalu dilanda konflik dan perang saudara yang berpanjangan. 
Masyarakat Somalia menjalankan pertanian dan penternakan secara tradisonal tanpa bantuan 
teknologi terkini. Apabila kemarau melanda mereka tidak dapat menghasilkan sumber makanan
yang mencukupi dan ini menyebabkan berlakunya kebuluran. Di sini dapat kita lihat bagaimana 
ilmu itu penting untuk kemakmuran negara dan rakyatnya. 
Kemerosotan ekonomi juga menjadi salah satu punca pengabaian terhadap kepentingan ilmu. 
Oleh kerana kemunduran Negara Somalia menyebabkan berlakunya kemerosotan ekonomi 
negara dan rakyat. Ramai rakyat Somalia yang mati kerana kebuluran dan ini berlaku kerana kos 
barangan asas yang meningkat serta kemarau yang panjang. Rakyat Somalia yang bergantung 
kepada pertanian, penternakan dan perikanan traditional tidak mampu untuk meneruskan 
pekerjaan mereka kerana kekurangan modal dan ilmu bagaimana untuk menjalankan pertanian 
mengunakan sistem perairan yang sistematik dan penternakan secara komersial. Malah kapal-kapal 
yang digunakan untuk menangkap ikan juga jauh ketinggalan dari negara-negara maju. Ini 
menyebabkan banyak rakyat Somalia yang terpaksa berpindah ke kem-kem yang disediakan 
PBB untuk mendapatkan bantuan makanan. 
Dengan pendapatan per kapita kira-kira 333 Dollar AS menurut Bank Sentral Somalia dan 
keadaan Negara yang huru hara akibat konflik dan kemerosotan ekonomi yang melanda keadaan 
sosial Somalia mengalami perubahan. Keadaan sosial di Somalia ini banyak membuat penduduk 
Somalia menjadi ahli militia pemberontak atau ahli Al - Qaeda . Selain menadi militia banyak 
juga anak muda Somalia yang memilih menjadi perompak di Teluk Aden , hal ini kerana mereka 
boleh mendapatkan keuntungan dengan menjadi perompak di Teluk Aden dengan tebusan kapal 
dagang asing yang sedang belayar atau melintas di teluk tersebut . Oleh kerana kemiskinan dan 
kebuluran menyebakan kebanyakkan dari penduduk Somalia memilih menjadi perompak. Ini 
kerana keuntungan yang mereka perolehi dari rampasan kapal dagang yang melalui kawasan 
perairan Somalia lebih besar berbanding dengan pekerjaan traditional mereka. 
6.0 Kesimpulan 
Umat islam masa kini perlu mencari ilmu demi mendirikan sebuah masyarakat dan negara 
islam yang utuh. Meningkatkan ilmu pengetahuan merupakan satu keperluan umat islam dalam 
mengharungi kehidupan yang kian mencabar. Kita mestilah berusaha untuk mengembalikan 
kegemilangan dan penguasaan ilmu dan teknologi yang menjadi milik kita suatu masa dahulu. 
Pengabaian kepada ilmu pengetahuan hanya akan merugikan umat islam itu sendiri dan
memberikan implikasi yang buruk samada dari segi ekonomi, sosial dan kemajuan sesebuah 
negara. Jihad ilmu pengetahuan adalah satu alat terpenting yang amat berkesan dalam kehidupan 
manusia bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Yang mana matlamat akhirnya 
adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah swt dalam bentuk penghambaan insan yang sejati 
(Abdullah, 1995). 
Jumlah perkataan 3047 
7.0 Rujukan 
1. (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia& 
sec=Rencana&pg=re_01.htm#ixzz2vwwrKpYc ) ,Utusan Melayu (M) Bhd. 
2. Hasnan Kasan. 2010. Akhlak Pelajar Cemerlang. Selangor: Penerbit Sinar Tengara 
Sdn.Bhd. 
3. Asming Yalawae. 2006. Penghayatan Sikap Membaca Antara Pencetus Modal Insan 
Yang Dapat Membangun Tamadun Umat. Prosiding Seminar Tamadun Islam Tentang 
Pembangunan Modal Insan Peringkat Kebangsaan:hml 42-49. 
4. Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan Pengaruhnya Di Malaysia. Kuala Lumpur: 
Penerbit Universiti Malaya. 
5. Wan Mohd Nor Wan Daud. 1994. Konsep ilmu Dalam Islam. Terj. Rosnani Hashim. 
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

More Related Content

What's hot

Nikmatnya menuntut ilmu dan berbagi ilmu pengetahuan
Nikmatnya menuntut ilmu dan berbagi ilmu pengetahuanNikmatnya menuntut ilmu dan berbagi ilmu pengetahuan
Nikmatnya menuntut ilmu dan berbagi ilmu pengetahuanFitriHastuti2
 
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidahNurul Fatin
 
Ayat - ayat Al-Qur'an tentang pendidikan
Ayat - ayat Al-Qur'an tentang pendidikanAyat - ayat Al-Qur'an tentang pendidikan
Ayat - ayat Al-Qur'an tentang pendidikanDwi Endriani
 
Keutamaan menuntut ilmu syar'i
Keutamaan menuntut ilmu syar'iKeutamaan menuntut ilmu syar'i
Keutamaan menuntut ilmu syar'iLalu Ihwandi
 
Menuntut Ilmu Dalam Pandangan Islam
Menuntut Ilmu Dalam Pandangan IslamMenuntut Ilmu Dalam Pandangan Islam
Menuntut Ilmu Dalam Pandangan IslamTri Widodo W. UTOMO
 
Makalah iftiraq al ummah (kel.3) m 01
Makalah iftiraq al ummah (kel.3) m 01Makalah iftiraq al ummah (kel.3) m 01
Makalah iftiraq al ummah (kel.3) m 01FarahWirdatul
 
Keutamaan menuntut ilmu
Keutamaan menuntut ilmuKeutamaan menuntut ilmu
Keutamaan menuntut ilmuel-hafiy
 
SEJARAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN RELEVANSINYA DALAM PEMBANGUNAN INSAN DI UTHM
SEJARAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN RELEVANSINYA DALAM PEMBANGUNAN INSAN DI UTHMSEJARAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN RELEVANSINYA DALAM PEMBANGUNAN INSAN DI UTHM
SEJARAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN RELEVANSINYA DALAM PEMBANGUNAN INSAN DI UTHMaswajanu
 
Keawajian menuntut ilmu
Keawajian menuntut ilmuKeawajian menuntut ilmu
Keawajian menuntut ilmuDodyk Fallen
 
Semangat Menuntut Ilmu dan Menyampaikannya Kepada Sesama (PAI SMK KELAS X)
Semangat Menuntut Ilmu dan Menyampaikannya Kepada Sesama (PAI SMK KELAS X)Semangat Menuntut Ilmu dan Menyampaikannya Kepada Sesama (PAI SMK KELAS X)
Semangat Menuntut Ilmu dan Menyampaikannya Kepada Sesama (PAI SMK KELAS X)Amelia Febiani
 
Menuntut ilmu (Agama Islam IX)
Menuntut ilmu (Agama Islam IX)Menuntut ilmu (Agama Islam IX)
Menuntut ilmu (Agama Islam IX)Azizahluthfi
 
ppt hadits tentang menuntut ilmu
ppt hadits tentang menuntut ilmuppt hadits tentang menuntut ilmu
ppt hadits tentang menuntut ilmuUsmawatidewi
 
Kemuliaan ilmu dan para pencarinya
Kemuliaan ilmu dan para pencarinyaKemuliaan ilmu dan para pencarinya
Kemuliaan ilmu dan para pencarinyaIra Rahmawati Madjid
 
Ayat tentang pendidikan
Ayat tentang pendidikanAyat tentang pendidikan
Ayat tentang pendidikanJejen Jaelani
 
Power point hadist tarbawi bhsa indonesia
Power point hadist tarbawi bhsa indonesiaPower point hadist tarbawi bhsa indonesia
Power point hadist tarbawi bhsa indonesiaBowo Aquhh
 

What's hot (19)

Nikmatnya menuntut ilmu dan berbagi ilmu pengetahuan
Nikmatnya menuntut ilmu dan berbagi ilmu pengetahuanNikmatnya menuntut ilmu dan berbagi ilmu pengetahuan
Nikmatnya menuntut ilmu dan berbagi ilmu pengetahuan
 
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah
 
Ayat - ayat Al-Qur'an tentang pendidikan
Ayat - ayat Al-Qur'an tentang pendidikanAyat - ayat Al-Qur'an tentang pendidikan
Ayat - ayat Al-Qur'an tentang pendidikan
 
soal jawab isu syiah di malaysia
soal jawab isu syiah di malaysiasoal jawab isu syiah di malaysia
soal jawab isu syiah di malaysia
 
Keutamaan menuntut ilmu syar'i
Keutamaan menuntut ilmu syar'iKeutamaan menuntut ilmu syar'i
Keutamaan menuntut ilmu syar'i
 
Menuntut Ilmu Dalam Pandangan Islam
Menuntut Ilmu Dalam Pandangan IslamMenuntut Ilmu Dalam Pandangan Islam
Menuntut Ilmu Dalam Pandangan Islam
 
Makalah iftiraq al ummah (kel.3) m 01
Makalah iftiraq al ummah (kel.3) m 01Makalah iftiraq al ummah (kel.3) m 01
Makalah iftiraq al ummah (kel.3) m 01
 
Keutamaan menuntut ilmu
Keutamaan menuntut ilmuKeutamaan menuntut ilmu
Keutamaan menuntut ilmu
 
SEJARAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN RELEVANSINYA DALAM PEMBANGUNAN INSAN DI UTHM
SEJARAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN RELEVANSINYA DALAM PEMBANGUNAN INSAN DI UTHMSEJARAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN RELEVANSINYA DALAM PEMBANGUNAN INSAN DI UTHM
SEJARAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN RELEVANSINYA DALAM PEMBANGUNAN INSAN DI UTHM
 
Keawajian menuntut ilmu
Keawajian menuntut ilmuKeawajian menuntut ilmu
Keawajian menuntut ilmu
 
Semangat Menuntut Ilmu dan Menyampaikannya Kepada Sesama (PAI SMK KELAS X)
Semangat Menuntut Ilmu dan Menyampaikannya Kepada Sesama (PAI SMK KELAS X)Semangat Menuntut Ilmu dan Menyampaikannya Kepada Sesama (PAI SMK KELAS X)
Semangat Menuntut Ilmu dan Menyampaikannya Kepada Sesama (PAI SMK KELAS X)
 
Menuntut ilmu (Agama Islam IX)
Menuntut ilmu (Agama Islam IX)Menuntut ilmu (Agama Islam IX)
Menuntut ilmu (Agama Islam IX)
 
ppt hadits tentang menuntut ilmu
ppt hadits tentang menuntut ilmuppt hadits tentang menuntut ilmu
ppt hadits tentang menuntut ilmu
 
Semangat Menuntut Ilmu
Semangat Menuntut IlmuSemangat Menuntut Ilmu
Semangat Menuntut Ilmu
 
Kemuliaan ilmu dan para pencarinya
Kemuliaan ilmu dan para pencarinyaKemuliaan ilmu dan para pencarinya
Kemuliaan ilmu dan para pencarinya
 
Ayat tentang pendidikan
Ayat tentang pendidikanAyat tentang pendidikan
Ayat tentang pendidikan
 
Power point hadist tarbawi bhsa indonesia
Power point hadist tarbawi bhsa indonesiaPower point hadist tarbawi bhsa indonesia
Power point hadist tarbawi bhsa indonesia
 
Bab 6 senangnya mencari ilmu
Bab 6 senangnya mencari ilmuBab 6 senangnya mencari ilmu
Bab 6 senangnya mencari ilmu
 
Bab ii 2
Bab ii 2Bab ii 2
Bab ii 2
 

Similar to JIHAD ILMU

Bab. 7 Mencari Ilmu.pptx
Bab. 7 Mencari Ilmu.pptxBab. 7 Mencari Ilmu.pptx
Bab. 7 Mencari Ilmu.pptxAgusJubaedi
 
X_Gasal_3.-Nikmatnya-Mencari-Ilmu-dan-Indahnya-Berbagi-Pengetahuan_PPT-1.pptx
X_Gasal_3.-Nikmatnya-Mencari-Ilmu-dan-Indahnya-Berbagi-Pengetahuan_PPT-1.pptxX_Gasal_3.-Nikmatnya-Mencari-Ilmu-dan-Indahnya-Berbagi-Pengetahuan_PPT-1.pptx
X_Gasal_3.-Nikmatnya-Mencari-Ilmu-dan-Indahnya-Berbagi-Pengetahuan_PPT-1.pptxerwin123451
 
X_Gasal_3.-Nikmatnya-Mencari-Ilmu-dan-Indahnya-Berbagi-Pengetahuan_PPT-1.pptx
X_Gasal_3.-Nikmatnya-Mencari-Ilmu-dan-Indahnya-Berbagi-Pengetahuan_PPT-1.pptxX_Gasal_3.-Nikmatnya-Mencari-Ilmu-dan-Indahnya-Berbagi-Pengetahuan_PPT-1.pptx
X_Gasal_3.-Nikmatnya-Mencari-Ilmu-dan-Indahnya-Berbagi-Pengetahuan_PPT-1.pptxssuser5b4910
 
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docxkewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docxAbuAtheea
 
Islam akal, fikir, rasional, cerdas, intelek
Islam akal, fikir, rasional, cerdas, intelekIslam akal, fikir, rasional, cerdas, intelek
Islam akal, fikir, rasional, cerdas, intelekYuliana Seputra
 
MAKALAH AIK V_KELOMPOK 3.docx
MAKALAH AIK V_KELOMPOK 3.docxMAKALAH AIK V_KELOMPOK 3.docx
MAKALAH AIK V_KELOMPOK 3.docxAsriLadjagang
 
menuntu ilmu
menuntu ilmumenuntu ilmu
menuntu ilmusulaeni
 
Aqidah islamiyah
Aqidah islamiyahAqidah islamiyah
Aqidah islamiyahnyongkoh
 
Nota pendidikan islam
Nota pendidikan islamNota pendidikan islam
Nota pendidikan islamAfshan Mbo
 
Presentation berilmu tugas akidah akhlak
Presentation berilmu tugas akidah akhlakPresentation berilmu tugas akidah akhlak
Presentation berilmu tugas akidah akhlakAdysa
 
Keutamaan Ikhlas Mencari Ilmu.pptx
Keutamaan Ikhlas Mencari Ilmu.pptxKeutamaan Ikhlas Mencari Ilmu.pptx
Keutamaan Ikhlas Mencari Ilmu.pptxDwichemonk1
 
Keutamaan ilmu salaf atas ilmu khalaf
Keutamaan ilmu salaf atas ilmu khalafKeutamaan ilmu salaf atas ilmu khalaf
Keutamaan ilmu salaf atas ilmu khalafRachardy Andriyanto
 
Bagaimana Menuntut Ilmu?
Bagaimana Menuntut Ilmu?Bagaimana Menuntut Ilmu?
Bagaimana Menuntut Ilmu?Yulian Purnama
 
Jawaban s oal metodologi studi keislaman
Jawaban  s oal metodologi studi keislamanJawaban  s oal metodologi studi keislaman
Jawaban s oal metodologi studi keislamanHamba La'eh
 

Similar to JIHAD ILMU (20)

Bab. 7 Mencari Ilmu.pptx
Bab. 7 Mencari Ilmu.pptxBab. 7 Mencari Ilmu.pptx
Bab. 7 Mencari Ilmu.pptx
 
X_Gasal_3.-Nikmatnya-Mencari-Ilmu-dan-Indahnya-Berbagi-Pengetahuan_PPT-1.pptx
X_Gasal_3.-Nikmatnya-Mencari-Ilmu-dan-Indahnya-Berbagi-Pengetahuan_PPT-1.pptxX_Gasal_3.-Nikmatnya-Mencari-Ilmu-dan-Indahnya-Berbagi-Pengetahuan_PPT-1.pptx
X_Gasal_3.-Nikmatnya-Mencari-Ilmu-dan-Indahnya-Berbagi-Pengetahuan_PPT-1.pptx
 
X_Gasal_3.-Nikmatnya-Mencari-Ilmu-dan-Indahnya-Berbagi-Pengetahuan_PPT-1.pptx
X_Gasal_3.-Nikmatnya-Mencari-Ilmu-dan-Indahnya-Berbagi-Pengetahuan_PPT-1.pptxX_Gasal_3.-Nikmatnya-Mencari-Ilmu-dan-Indahnya-Berbagi-Pengetahuan_PPT-1.pptx
X_Gasal_3.-Nikmatnya-Mencari-Ilmu-dan-Indahnya-Berbagi-Pengetahuan_PPT-1.pptx
 
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docxkewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
 
Tugas agama islam hadist
Tugas agama islam hadistTugas agama islam hadist
Tugas agama islam hadist
 
Islam akal, fikir, rasional, cerdas, intelek
Islam akal, fikir, rasional, cerdas, intelekIslam akal, fikir, rasional, cerdas, intelek
Islam akal, fikir, rasional, cerdas, intelek
 
Ilmu & Amal
Ilmu & AmalIlmu & Amal
Ilmu & Amal
 
MAKALAH AIK V_KELOMPOK 3.docx
MAKALAH AIK V_KELOMPOK 3.docxMAKALAH AIK V_KELOMPOK 3.docx
MAKALAH AIK V_KELOMPOK 3.docx
 
Ilmu dalam agama islam
Ilmu dalam agama islamIlmu dalam agama islam
Ilmu dalam agama islam
 
Ilmu dan belajar
Ilmu dan belajarIlmu dan belajar
Ilmu dan belajar
 
menuntu ilmu
menuntu ilmumenuntu ilmu
menuntu ilmu
 
Akidah
AkidahAkidah
Akidah
 
Keutamaan menuntut ilmu
Keutamaan menuntut ilmuKeutamaan menuntut ilmu
Keutamaan menuntut ilmu
 
Aqidah islamiyah
Aqidah islamiyahAqidah islamiyah
Aqidah islamiyah
 
Nota pendidikan islam
Nota pendidikan islamNota pendidikan islam
Nota pendidikan islam
 
Presentation berilmu tugas akidah akhlak
Presentation berilmu tugas akidah akhlakPresentation berilmu tugas akidah akhlak
Presentation berilmu tugas akidah akhlak
 
Keutamaan Ikhlas Mencari Ilmu.pptx
Keutamaan Ikhlas Mencari Ilmu.pptxKeutamaan Ikhlas Mencari Ilmu.pptx
Keutamaan Ikhlas Mencari Ilmu.pptx
 
Keutamaan ilmu salaf atas ilmu khalaf
Keutamaan ilmu salaf atas ilmu khalafKeutamaan ilmu salaf atas ilmu khalaf
Keutamaan ilmu salaf atas ilmu khalaf
 
Bagaimana Menuntut Ilmu?
Bagaimana Menuntut Ilmu?Bagaimana Menuntut Ilmu?
Bagaimana Menuntut Ilmu?
 
Jawaban s oal metodologi studi keislaman
Jawaban  s oal metodologi studi keislamanJawaban  s oal metodologi studi keislaman
Jawaban s oal metodologi studi keislaman
 

JIHAD ILMU

  • 1. FACULTY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY SEMESTER JAN 2014 MPW 1143/2143 PENGAJIAN ISLAM MATRICULATION NO : IDENTITY CARD NO. : TELEPHONE NO. : E-MAIL : LEARNING CENTRE :
  • 2. ISI KANDUNGAN M/S 1.0 Pengenalan. ………………………………………………… 2.0 Konsep Jihad Ilmu Dalam Islam. …………………………….. 3.0 Kelebihan Golongan Yang Berilmu. ……………………….. 4.0 Impak kecemerlangan ilmu pengetahuan terhadap survival dakwah Islamiah dan umatnya. ………… 5.0 Implikasi jika mengabaikan kepentingan ilmu pengetahuan. ……………………………………………. 6.0 Kesimpulan ………………………………………………….. 7.0 Rujukan ……………………………………………………..
  • 3. 1.0 Pengenalan Perkataan jihad berasal dari kalimah “ al-juhd” yang bermaksud keberatan dan kesusahan . Dengan kata lainnya ianya bermaksud mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai sesuatu matlamat atau cita-cita mulia dan ideal. Dalam islam matlamat dan cita-cita tersebut adalah untuk mendapatkan keampunan, keredhaan dan rahmat dari Allah SWT. Jihad juga boleh ditakrifkan sebagai suatu usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai satu-satu tujuan yang diingini atau mempertahankan sesuatu yang tidak diingini dengan berbagai cara sama ada dengan mengunakan alat, ilmu pengetahuan ataupun sebagainya. Walaupun begitu masyarakat khususnya mempunyai tanggapan atau persepsi tersendiri terhadap jihad. Kebanyakkan orang memahami jihad sebagai satu perbuatan atau aksi yang dikaitkan dengan perjuangan yang mengunakan kekerasan fizikal dan juga senjata. Kalimah jihad hanya dikenali dengan aksi-aksi kekerasan dan keganasan yang mana ianya melibatkan senjata api dan pertumpahan darah atas dorongan untuk mendapatkan syahid. Dalam al-Quran penegasan mengenai jihad terdapat dalam berbagai ayat. Antara ayat-ayat tersebut ada menyentuh tentang jihad berbentuk suruhan dalam bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah iaitu keupayaan manusia melawan hawa nafsu, memperkayakan ilmu, mengunakan al-quran sebagai mekanisma untuk menegakkan kebenaran, pengorbanan harta dan juga berbentuk pengorbanan jiwa. Sebagaimana yang disebut oleh Iman Ibnu al Asqalani Rahimahullah ; أَدَفاَجَم اَرَأَف ، مَللدعل هَْف ىَعَف تَََّ ادهَف سلْلَ اَْ ىَعَف تَََّ سدْج لا رَأَ أُ مَلَعَت اَلَعَف س فَْلنا أَدَفاَجَم اَمأََف اَقَتَد سلْفَنَفأ أَدَفاَجَم اَرَأَف ، س هَََْ سَُا دألا لَهَلد فه اَأَف س هََََُْفا دألا ادده لَملدمي أَف عَلاد اَلَعَف سلََْل فََّا سلْتَلعو تَََّ سدْع لَفا تَََّ اَدفُلْلَدج سلْنَلَفا أَدَفاَجَم اَرَأَف ، اَسلْتَلعو اَسدْع لَفا اَسلْفَْو ادفلْلَدج Maksudnya : Ada pun jihad melawan nafsu adalah dengan mempelajari perkara-perkara agama lalu mengamalkannya dan mengajarkannya. Sedangkan berjihad melawan syaitan adalah dengan cara melawan subahat-subahat yang dilancarkannya dan melawan nafsu yang dihiasinya. Sedangkan jihad melawan orang kafir adalah dengan tangan , harta, lisan, dan hati sekaligus. Sedangkan jihad melawan kefasikan adalah dengan tangan, kemudian lisan, kemudian hati.“ Imam Ibnu Hajar al Asqalani, Fathul Bari, Juz 8, Hal.365. Al Maktabah Asy Syamilah”.
  • 4. Pastinya tidak ramai yang menyedari bahawa pegangan sesetengah mereka yang fanatik dan buta ilmu terhadap isitilah jihad membawa kepada tercemarnya istilah suci jihad itu di mata orang islam dan bukan islam. Jihad umat Islam hari ini perlu difokuskan kepada jihad ilmu supaya kebangkitan umat islam pada hari ini mempunyai kekuatan ilmu dan ketrampilan yang tinggi . Melalui proses nilai dan ilmu membolehkan kecemerlangan ilmu pengetahuan itu dijadikan tongak utama umat Islam. 2.0 Konsep Jihad Ilmu Dalam Islam Islam mengajar penganutnya menghormati orang lain, tidak boleh melakukan pembunuhan atau rampasan sesuka hati, menghina pihak lain yang tidak di sukai sebaliknya memperlihatkan peribadi hebat dan bijaksana supaya Islam tidak hanya dilihat dari sudut ajaran tetapi umat Islam dapat dilihat indah dari segi amalannya. Oleh itu manusia diminta untuk mencari ilmu pengetahuan yang diredhai oleh Allah S.W.T dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Jihad ilmu dalam islam diibaratkan sebagai sebagai penyuluh ataupun cahaya yang menyuluh ketika seseorang itu berada didalam kegelapan kerana tanpa bantuan cahaya manusia tidak akan mampu untuk berjalan didalam kegelapan. Melalui tinggalan sejarah perjuangan Rasullullah s.a.w juga dapat kita lihat bagaimana jihad ilmu yang aplikasikan oleh baginda, apabila baginda menganjurkan pencarian ilmu sehingga jauh ke negeri lain. Dalam islam seseorang itu tidak hanya diwajibkan untuk menuntu ilmu sahaja, tetapi juga mengkehendaki seseorang itu untuk teris menerus melakukan usaha pencarian ilmu dan belajar malah lebih tepat lagi untuk dikatakan ianya adalah sebagai proses jihad ilmu. Jihad ilmu mempunyai 3 maksud yang utama iaitu ; i) Berjihad untuk mempelajari petunjuk ( ilmu yang bermanfaat), agama yang sebenar ( amal soleh) dan tanpa mencari dan mempelajari ilmu sudah pasti orang islam tidak akan mampu untuk mencapai kejayaan dan kebahagian dunia akhirat. ii) Berjihad untuk mengamalkan ilmu setelah mengetahuinya. iii) Berjihad untuk menyampaikan ilmu (dakwah) dan mengajarkan imu tersebut kepada orang yang belum mengetahuinya. Jihad ilmu meminta manusia untuk mencari ilmu pengetahuan yang diredhai oleh Allah S.W.T dan mengamalkan ilmu yang dipelajri dalam kehidupan seharian. Islam amat menuntut
  • 5. umatnya supaya memiliki ilmu pengetahuan samada ilmu agama ataupun ilmu-ilmu pengetahuan yang lain ini kerana pada pandangan islam jihad ilmu dianggap sebagai satu aspek yang suci dan mempunyai martabatnya yang tersendiri. Contohnya dalam kes pelajar Malaysia iaitu Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam . Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam meninggal dunia pada November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki dimana beliau dimuliakan di Turki di atas sebab kegigihan menimba ilmu, mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama serta banyak berjasa kepada masyarakat kerana keaktifan beliau dalam menyebarkan ilmu dan dakwah. Selain itu, beliau juga sanggup menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria.. Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur. Berdasarkan kepada kisah Ahmad Ammar kita dapat melihat bahawa kegigihan dan kecemerlangan ilmu memainkan peranan yang penting dalam menentukan nilai-nilai keperibadian seseorang individu yang mana akhirnya telah mengangkat diri beliau dan menjulang nama negara malayisa dan umat islam secara khususnya. 3.0 Kelebihan Golongan Yang Berilmu
  • 6. Islam menjadikan ilmu sebagai pengerak utama untuk mencapai matlamat dalam merubah kehidupan manusia kearah yang lebih baik. Ini dijelaskan lagi dalam firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan orang tidak mengetahui? ’Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran”. Surah Az- Zumar, ayat 9. Allah memberikan banyak kelebihan kepada orang yang berilmu pengetahuan. Firman Allah S.W.T yang bermaksud “ Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa jua yang kamu kerjakan”. Al-Mujadalah ayat 11. Ibn Abbas ra telah mengulas ayat tersebut dengan menyatakan bahawa “ Tingkatan para ulama dibanding orang mukmin biasa adalah lebih tinggi sebanyak 700 darjat, jarak diantara satu darjat dengan darjat yang seterusnya adalah 500 tahun perjalanan. Allah S.W.T berfirman “ maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui “ An-Nahl, ayat 43. Dengan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi membuatkan orang yang ingin mendalami ilmu pengetahuan tersebut menjadikan mereka sebagai rujukan terutama dalam mendalami ilmu-ilmu agama dan syariat yang ditetapkan. Jika di Malaysia Ustaz Azhar Idrus amat dikenali di atas kelebihan beliau dalam menyampaikan ilmu dan menjawab segala kemusykilan yang dihadapi dengan cara yang lebih mudah difahami oleh orang yang baru mahu memahami dan mendalami ilmu tersebut. Para ilmuan ini selalu dicari dan dalam sesi ceramah-ceramah yang disampaikan oleh mereka selalunya mempunyai jumlah pendengar yang ramai. Ini menunjukkan dengan ilmu yang tinggi mereka dijadikan sebagai rujukan oleh orang lain yang ingin mendalami dan memahami ilmu tersebut. Tidak ada keraguan bahawa manusia termulia adalah para nabi. Kemuliaan mereka diwariskan melalui ilmu agama maka apbila para ulama mencari dan menyampaikan ilmu tersebut maka mereka berhak mendapat kemuliaan itu. Malah darjat mereka naik membumbung tinggi di akhirat nanti sejajar dengan para nabi dan syuhada. Menurut Hadis riwayat Darimi, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban “Sesungguhnya ulama adalah pewaris nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka siapa saja yang mengambil warisan tersebut, beerti ia telah mengambil bahagian yang banyak.”
  • 7. Kebaikan akan datang kepada orang yang berilmu. Ini kerana ketika beribadah maka dia beribadah dengan betul mengikut syariat malah mereka akan beribadah dengan ikhlas dan khusyuk kerana mereka orang yang paling takut kepada Allah swt. Bahkan ketika ia mendapat ujian atau musibah maka dia akan menghadapinya dengan bersyukur dan sabar. Syukur dan sabar merupakan sumber kebaikan yang menakjubkan kerana hanya dimiliki oleh orang-orang yang beriman dan berilmu. Contohnya dalam kes Almarhummah Siti Hajar Bt Ahmad Sabir yang mengalami kemalangan dan semasa hidupnya dia dimaklumkan yang beliau akan lumpuh namun dengan sabarnya beliau redha dengan ujian yang diberikan Allah swt kepadanya tanpa rasa kecewa dan menyesal atas dugaan yang diberikan . Malah beliau masih lagi bersemangat untuk meneruskan jihad beliau dalam mencari ilmu dan menyampaikan dakwah di kala beliau masih berada di hospital. Di sini dapat kita lihat bagaimana orang berilmu mendapat kebaikan dan meninggal dalam keadaan redha dan bersyukur di atas ketentuan Allah swt kepadanya. Almarhummah Siti Hajar Bt Ahmad Sabir 4.0 Impak kecemerlangan ilmu pengetahuan terhadap survival dakwah Islamiah dan umatnya. Menurut Wan Mohd Nor (1994), dalam perspektif islam ilmu dikenali sebagai sifat, proses dan hasil.Menurut Hasnan (2010) pula, ilmu pengetahuan dan kehidupan manusia adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Ilmu merupakan landasan untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan, malah tanpa ilmu pengetahuan, individu, masyarakat,bangsa dan negara akan menjadi mundur serta akan ketinggalan dalam semua bidang dan lapangan.. Antara impak-impak kecemerlangan ilmu pengetahuan terhadap survival islam dan umat dapat kita lihat termasuklah wujudnya masyarakat islam yang berilmu.
  • 8. Dari ilmu pengetahuan yang diperolehi maka lahirlah masyarkat yang berilmu, cintakan ilmu dan sentiasa berlumba-lumba untuk memiliki ilmu. Masyarakat yang berilmu akan sentiasa meletakkan ilmu ditempat yang tertinggi dalam sistem hidup mereka. Contoh yang dapat kita lihat berdasarkan kepada kemajuan dan kecemerlangan empayar islam di Andalusia yang diterokai oleh Khalifah Abdul Rahman ad Dhakhili pda 755M. Ianya merupakan contoh yang paling baik apabila wujudnya masyarakat dan rakyat yang menjadikan ilmu sebagai perkara yang paling utama. Malah pada zaman itu pelbagai pusat kajian islam ditubuhkan dalam pelbagai bidang dan mereka telah berjaya melahirkan ramai saintis dan pakar-pakar dalam penyelidikan. Malah banyak penemuan-penemuan baru dibuat dalam bidang bertaraf kelas pertama seperti perubatan, botani, geografi, fizik, kimia, pembedahan, ahli matematik dan banyak lagi. Dengan ilmu pengetahuan yang dicari dan dipelajari akan meningkatkan sifat kehambaan dan ketakwaan, dan ianya akan melahirkan ummah yang dipenuhi oleh sifat-sifat mulia dan terpuji. Takwa tidak akan berhasil tanpa iman yang mentauhidkan Allah swt. Malah Nabi Muhammad saw telah berkorban jiwa untuk memandu umat islam menjadi umat yang terbaik,hebat dan dibina atas dasar ketakwaan dan bersumberkan kepada ilmu pengetahuan yang merupakan tuntutan agama. Firman Allah yang bermaksud “ Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlain-lain jenis dan warnanya. Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Pengampun” Faatir, ayat 28. Ayat ini menjelaskan sifat orang yang berilmu ialah rasa takut dan taqwa kepada Allah. Asas dorongan dan semangat daripada Nabi Muhammad saw, umat islam khususnya para sahabat baginda terus mengorak langkah dalam menuntut ilmu. Nabi Muhammad menyampaikan ilmu dengan kaedah yang terbaik serta menampilkan contoh teladan dan akhlak yang terbaik. Melalui bimbingan Baginda, lahirlah para sahabat yang berwibawa seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Ali yang digelar “ kota ilmu”. Melalui peristiwa ini kita dapat melihat bahawa dengan ilmu pengetahuan yang tinggi para ilmuan dan ulama mampu mendidik generasi akan datang menjadi generasi yang lebih berwibawa dan mampu memimpin
  • 9. masyarakat dan negara kearah kecemerlangan. Malah jika di Malaysia ilmuan dan ulama yang dianggap sebagai contoh dan teladan yang baik ialah TG Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Beliau telah melahirkan ramai pemimpin yang berwibawa dan berilmu bukan sahaja dari segi ilmu agama malah dari segi ilmu duniawi. Beliau berada di tempat yang ke 42 sebagai ulama yang terkenal dan berpengaruh daripada 500 ulama yang berpengaruh. Buku yang diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Center bertajuk The 500 Most Influential Muslims In The World, (2009). Kecemerlangan ilmu pengetahuan yang diperolehi mampu melahirkan masyarakat yang sejahtera dan harmonis. Malah dengan penyelidikan dan kajian yang dilakukan oleh para ilmuan dan ulama membolehkan umat islam mencintai keamanan dan kemakmuran serta masyarakat yang mampu hidup dalam keadaan sejahtera dan harmoni seperti yang dinyatakan didalam al-quran. Dasar kecemerlangan ilmu dan ukhuwah islamiah mampu merealisasikan matlamat untuk melahirkan generasi umat islam yang cintakan keamanan dan kemakmuran sesebuah bangsa atau negara. Contohnya kerajaan Malaysia melalui Task Force 2010 (Malaysia) membantu penduduk islam di selatan Thailand dalam melahirkan generasi pemimpin yang mampu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat bagi menyumbang keamanan di wilayah berkenaan. Melalui pendekatan ini diharapkan pelajar yang dihasilkan dapat membantu negara tersebut untuk menjadi pemimpin yang mampu membawa negara mereka kearah, keamanan, kesejahteraan dan keharmonian. (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia&sec=Re ncana&pg=re_01.htm#ixzz2vwwrKpYc ) ,Utusan Melayu (M) Bhd.
  • 10. Sebagai orang yang beriman dan berilmu, kita hendaklah berusaha mempelajari pelbagai bidang ilmu dan bukan hanya belajar ilmu asas agama atau bidang-bidang tertentu sahaja. Dengan menambah imu pengetahuan sebanyak mungkin umat islam tidak akan mudah diperkotak katikkan atau diperlekehkan oleh orang lain. Dalam dunia yang serba moden dengan kecangihan teknologi maka kemudahan untuk menuntut ilmu menjadi lebih mudah dan pantas. Firman Allah yang bermaksud” Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia”. Al Qasas, ayat 77. Dalam meniti arus globalisasi umat islam akan menghadapi pelbagai cabaran dalam menuntut ilmu. Namun dengan ilmu pengetahuan dan iman yang kuat umat islam dan para ilmuan mampu menepis segala cabaran dan membentuk kekuatan dan kemajuan ummah. Asming et.al (2006) mendapati langkah penting dalam membentuk modal insan adalah melalui penerapan budaya membaca dalam diri individu dan masyarakat. Mempunyai ilmu yang tinggi mampu mengangkat darjat modal insan dan mengeluarkan mereka dari kepompong kejahilan. Penghayatan terhadap budaya ilmu merupakan asas kepada pembangunan masyarakat yang ‘celik akal’. Masyarakat yang celik akal ini mampu membentuk negara dan umat yang kuat dari segi mental dan fizikal. . Kecemerlangan ilmu juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan nilai-nilai keperibadian seseorang individu yang mana akhirnya mengangkat taraf kehidupan masyarakat dan menjulang nama sesuatu bangsa, negara dan umat islam secara khususnya. 5.0 Implikasi Jika Mengabaikan Kepentingan Ilmu Pengetahuan Ilmu merupakan sesuatu perkara yang amat penting pada masa kini. Orang yang mampu menguasai ilmu adalah orang yang paling beruntung serta mampu mengubah dan mencorakkan kehidupan diri sendiri dan orang lain. Tanpa ilmu manusia akan hidup dalam kesusahan, kepayahan, keperitan, penderitaan , ditindas dan dihina. Oleh itu, setiap manusia wajib menuntut ilmu, bukan sahaja mendalami tetapi mampu menguasai ilmu tersebut dan dapat menyampaikan kepada orang lain. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud “ menuntut ilmu wajid ke atas orang
  • 11. islam lelaki dan perempuan” Hadis riwayat Ibnu Majah. Malah tanpa ilmu duniawi mahupun ukhrawi, umat islam akan terus ketinggalan dalam harus kehidupan pada hari ini. Sabda Rasulullah bermaksud “ Sesiapa yang mengkehendaki dunia hendaklah berilmu. Sesiapa yang mengkehendaki akhirat, hendaklah berilmu; dan sesiapa yang mengkehendaki kedua-duanya maka hendaklah berilmu.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Umat islam perlu memperkasakan diri mereka dengan kepelbagaian ilmu dan kebolehan terutama yang berkait rapat dengan jalur lebar teknologi, penyiaran, kejuruteraan, sains dan banyak lagi. Ianya dilakukan tanpa alpa kepada ilmu-ilmu lain yang terlebih utama seperti ilmu-ilmu fardhu ain dan segala macam jenis ilmu agama. Jika ilmu pengetahuan ini tidak dicari ianya akan menyebabkan kemunduran sesebuah negara kerana tidak mempunyai ilmu yang mampan untuk bersaing dengan negara-negara lain yang lebih maju. Peranan ilmulah yang menjadi pelita dan panduan dalam kehidupan kita. Kekurangan ilmu pengetahuan akan menyebabkan berlakunya kemunduran dalam sesebuah negara. Negara Somalia contohnya merupakan negara ke 5 termiskin didunia (Bank Dunia, 2013). Walaupun mempunyai sumber mineral seperti minyak, bijih besi, uranium, garam, batuan kapur, pasir dan banyak lagi, namun oleh kerana kekurangan ilmu dalam bidang teknologi dan sains maka hasil ekonomi mereka hanya terhad kepada pemprosesan hasil pertanian, penternakan dan perikanan. Malah anak-anka mereka juga tidak mendapat pendidikan yang secukupnya kerana selalu berpindah randah. Kekurangan ilmu menyebabkan masyarakat islam di Somalia ditindas dan dianiaya oleh bangsa lain. Pada tahun 1977 Somalia terlibat konflik dengan Ethiopia kerana Somalia menginginkan wilayah Ogaden yang secara tradisional merupakan wilayah Somalia kerana banyak sekali suku-suku Somalia yang menetap disana. Dengan bantuan Kesatuan Soviet, Ethiopia berjaya mempertahankan wilayah itu dan menyebabkan lebih daripada 1,000,000 keluarga berpindah ke Somalia. Hal ini menimbulkan masalah pelarian yang sangat besar di Somalia. Negara Somalia juga mempunyai jumlah tentera yang sangat kecil, dan ini menyebabkan negeri ini selalu dilanda konflik dan perang saudara yang berpanjangan. Masyarakat Somalia menjalankan pertanian dan penternakan secara tradisonal tanpa bantuan teknologi terkini. Apabila kemarau melanda mereka tidak dapat menghasilkan sumber makanan
  • 12. yang mencukupi dan ini menyebabkan berlakunya kebuluran. Di sini dapat kita lihat bagaimana ilmu itu penting untuk kemakmuran negara dan rakyatnya. Kemerosotan ekonomi juga menjadi salah satu punca pengabaian terhadap kepentingan ilmu. Oleh kerana kemunduran Negara Somalia menyebabkan berlakunya kemerosotan ekonomi negara dan rakyat. Ramai rakyat Somalia yang mati kerana kebuluran dan ini berlaku kerana kos barangan asas yang meningkat serta kemarau yang panjang. Rakyat Somalia yang bergantung kepada pertanian, penternakan dan perikanan traditional tidak mampu untuk meneruskan pekerjaan mereka kerana kekurangan modal dan ilmu bagaimana untuk menjalankan pertanian mengunakan sistem perairan yang sistematik dan penternakan secara komersial. Malah kapal-kapal yang digunakan untuk menangkap ikan juga jauh ketinggalan dari negara-negara maju. Ini menyebabkan banyak rakyat Somalia yang terpaksa berpindah ke kem-kem yang disediakan PBB untuk mendapatkan bantuan makanan. Dengan pendapatan per kapita kira-kira 333 Dollar AS menurut Bank Sentral Somalia dan keadaan Negara yang huru hara akibat konflik dan kemerosotan ekonomi yang melanda keadaan sosial Somalia mengalami perubahan. Keadaan sosial di Somalia ini banyak membuat penduduk Somalia menjadi ahli militia pemberontak atau ahli Al - Qaeda . Selain menadi militia banyak juga anak muda Somalia yang memilih menjadi perompak di Teluk Aden , hal ini kerana mereka boleh mendapatkan keuntungan dengan menjadi perompak di Teluk Aden dengan tebusan kapal dagang asing yang sedang belayar atau melintas di teluk tersebut . Oleh kerana kemiskinan dan kebuluran menyebakan kebanyakkan dari penduduk Somalia memilih menjadi perompak. Ini kerana keuntungan yang mereka perolehi dari rampasan kapal dagang yang melalui kawasan perairan Somalia lebih besar berbanding dengan pekerjaan traditional mereka. 6.0 Kesimpulan Umat islam masa kini perlu mencari ilmu demi mendirikan sebuah masyarakat dan negara islam yang utuh. Meningkatkan ilmu pengetahuan merupakan satu keperluan umat islam dalam mengharungi kehidupan yang kian mencabar. Kita mestilah berusaha untuk mengembalikan kegemilangan dan penguasaan ilmu dan teknologi yang menjadi milik kita suatu masa dahulu. Pengabaian kepada ilmu pengetahuan hanya akan merugikan umat islam itu sendiri dan
  • 13. memberikan implikasi yang buruk samada dari segi ekonomi, sosial dan kemajuan sesebuah negara. Jihad ilmu pengetahuan adalah satu alat terpenting yang amat berkesan dalam kehidupan manusia bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Yang mana matlamat akhirnya adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah swt dalam bentuk penghambaan insan yang sejati (Abdullah, 1995). Jumlah perkataan 3047 7.0 Rujukan 1. (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia& sec=Rencana&pg=re_01.htm#ixzz2vwwrKpYc ) ,Utusan Melayu (M) Bhd. 2. Hasnan Kasan. 2010. Akhlak Pelajar Cemerlang. Selangor: Penerbit Sinar Tengara Sdn.Bhd. 3. Asming Yalawae. 2006. Penghayatan Sikap Membaca Antara Pencetus Modal Insan Yang Dapat Membangun Tamadun Umat. Prosiding Seminar Tamadun Islam Tentang Pembangunan Modal Insan Peringkat Kebangsaan:hml 42-49. 4. Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan Pengaruhnya Di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 5. Wan Mohd Nor Wan Daud. 1994. Konsep ilmu Dalam Islam. Terj. Rosnani Hashim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.