SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU


1. IKHLAS NIAT – Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika
menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang
sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan
menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk
kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya.
Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha
ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material
menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan
tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada
kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam mela wan arus
kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Jadikanlah diri
kita sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi
kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak
ke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam
menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri.
Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :.........Dan ketahuilah
bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah
kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap
orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang
yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.

2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL - Sentiasa bersungguh-sungguh dalam
pembelajaran tanpa menurut keadaan dan masa dengan menghindari perasaan
malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca
nota atau buku-buku yang kecil dan ringan atau mendengar kaset ceramah agama
yang berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara ini mampu melembut
hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun tazkirah diri ditakuti Allah
akan mengeraskan hatinya sebagaimana firman Allah dalam ayat 5 surah as-Sof
yang bermaksud : Dan ingatlah ketika mana nabi Musa berkata kepada kaumnya
:"Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawa
aku ini adalah utusan Allah kepadamu?". Maka tatkala mereka buat endah tak endah
sahaja lalu Allah memalingkan hati mereka dan Allah tidak memberi petunjuk
kerpada kaum yang fasik. Ayat ini walaupun menceritakan umat nabi Musa tetapi
peringatannya terus kekal hingga sekarang untuk kita sama-sama ambil iktibar dan
pengajaran daripadanya. Kita juga hendaklah mewujudkan suasana sekeliling
terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang dipenuhi dengan
cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan perasaan
semangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan.Kita hendaklah mencontohi
ulama'-ulama' silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun
yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan
penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk
belajar.Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan
diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi
syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah
natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.
3. MENJAUHI MAKSIAT – Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi
munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada.
Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi
jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin
di dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke
arahnya.Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di
hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja terhadap
perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang
lebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil
seperti maksiat mata, mulut, telinga, tangan(internet ataupun tulisan) serta
pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara
yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap
hanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja
sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar.

4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke
arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama
lain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau
melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah
berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta
menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama
memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan
menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapa n
dan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi
semangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka
yang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat
kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup
mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud
:Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada
sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W pernah
berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu
Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah
seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.

5. BANYAKKAN ZIKRULLAH – Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara
berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana
ulama’ sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan
hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri
dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh
menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan
perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul
‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia
akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al -Quran
sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat.
Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana hidup
yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan
makhluk-Nya.

6. MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga
orang lain. Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada
keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana
kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang mampu
merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jau h
daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan
derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimi
adalah lebih bahaya daripada panah malam.Firman Allah dalam ayat 12 surah Al -
Hujurat yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan
perasaan prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa
dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian
kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah salah seorang daripada kamu suka
memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka sudah tentu kamu merasa jijik
kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima
taubat lagi Maha Penyayang.

7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan
kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi
syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang
keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita
juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan
kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan
ibubapa terhadap kita. Firman Allah dalam ayat 23 hingga 24 surah al -Isra' yang
bermaksud : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah
selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan
sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah
lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik
kepada keduanya dengan perkataan "uf" dan janganlah kamu menghertak mereka
dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu
terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : " Wahai
Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku
semasa kecil".

8. MENGHORMATI GURU- Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala
arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh
kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar
bagaimana imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh
sunat ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak
melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik
kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama' silam
begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi
mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama
keruntuhan akhlak di kalangan remaja.Guru janganlah dianggap sebagai guru di
sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap
bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati
walaupun di mana berada.Cubalah kita fikir dan renungi bersama tentang dua
keadaan berbeza antara pelajar dulu dan sekarang mengenai pandangan dan
penghormatan mereka terhadap guru. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang
wujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam
kehidupan seharian.Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali keutuhan
dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali
suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan.
9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI - Kita mengamalkan segala
ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama' silam sentiasa
mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya
akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala.
Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah
maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan
musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam
menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia
sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa
ramaikah yang telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan ilmu semata -mata
untuk mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang
menyebabkan umat Islam terus mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar
tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak
merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu kita mestilah beringat dan
berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara
dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan
tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam
kehidupan. Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu
melaksanakannya.Samalah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam ayat 2
hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud :Wahai orang-orang yang beriman! mengapa
kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi
Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan.

More Related Content

What's hot

1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual beli1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual belishahirah44
 
Sekularisme dan Kesannya terhadap masyarakat dan negara
Sekularisme dan Kesannya terhadap masyarakat dan negaraSekularisme dan Kesannya terhadap masyarakat dan negara
Sekularisme dan Kesannya terhadap masyarakat dan negaraSiti Nur Ain
 
Slide 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Slide 2  persaudaraan antara muhajirin dan ansarSlide 2  persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Slide 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansarSam Pasir Panjang
 
Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3
Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3
Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3Nazmi Lestari
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabHaniah Ali
 
Khalifah uthman bin affan
Khalifah uthman bin affanKhalifah uthman bin affan
Khalifah uthman bin affanjefson1985
 
pemikiran asing, islam liberal dan sekularisme
pemikiran asing, islam liberal dan sekularismepemikiran asing, islam liberal dan sekularisme
pemikiran asing, islam liberal dan sekularismeSalam Salleh
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahIr Deena
 
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansarPel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansarZuraihi Razali
 
Beriman Kepada Qada' dan Qadar
Beriman Kepada Qada' dan QadarBeriman Kepada Qada' dan Qadar
Beriman Kepada Qada' dan Qadarfarahmohammat
 
Isu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIM
Isu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIMIsu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIM
Isu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIMTazkirah PTAR
 
Nota lengkap tasawwur islam ting 4
Nota lengkap tasawwur islam ting 4Nota lengkap tasawwur islam ting 4
Nota lengkap tasawwur islam ting 4Roslim Mustapha
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1Salam Salleh
 

What's hot (20)

1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual beli1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual beli
 
Sekularisme dan Kesannya terhadap masyarakat dan negara
Sekularisme dan Kesannya terhadap masyarakat dan negaraSekularisme dan Kesannya terhadap masyarakat dan negara
Sekularisme dan Kesannya terhadap masyarakat dan negara
 
Slide 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Slide 2  persaudaraan antara muhajirin dan ansarSlide 2  persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Slide 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
 
Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3
Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3
Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
 
19245815 perkara-yang-merosakkan-aqidah (1)
19245815 perkara-yang-merosakkan-aqidah (1)19245815 perkara-yang-merosakkan-aqidah (1)
19245815 perkara-yang-merosakkan-aqidah (1)
 
ASAS AQIDAH ISLAM
ASAS AQIDAH ISLAMASAS AQIDAH ISLAM
ASAS AQIDAH ISLAM
 
Surah ali imran ayat 18
Surah ali imran ayat 18Surah ali imran ayat 18
Surah ali imran ayat 18
 
Khalifah uthman bin affan
Khalifah uthman bin affanKhalifah uthman bin affan
Khalifah uthman bin affan
 
pemikiran asing, islam liberal dan sekularisme
pemikiran asing, islam liberal dan sekularismepemikiran asing, islam liberal dan sekularisme
pemikiran asing, islam liberal dan sekularisme
 
Thabat wal murunah
Thabat wal murunahThabat wal murunah
Thabat wal murunah
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyah
 
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansarPel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
 
Iman
ImanIman
Iman
 
Beriman Kepada Qada' dan Qadar
Beriman Kepada Qada' dan QadarBeriman Kepada Qada' dan Qadar
Beriman Kepada Qada' dan Qadar
 
Isu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIM
Isu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIMIsu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIM
Isu Semasa Aqidah - Pengalaman JAKIM
 
Nota lengkap tasawwur islam ting 4
Nota lengkap tasawwur islam ting 4Nota lengkap tasawwur islam ting 4
Nota lengkap tasawwur islam ting 4
 
Umar al khatab
Umar al khatabUmar al khatab
Umar al khatab
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
 
Khiyar (Pilihan)
Khiyar (Pilihan)Khiyar (Pilihan)
Khiyar (Pilihan)
 

Similar to Adab menuntut ilmu

Adab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuAdab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuncs7797
 
Ppt kelompok 5 ustadz hamid
Ppt kelompok 5 ustadz hamidPpt kelompok 5 ustadz hamid
Ppt kelompok 5 ustadz hamidSuciaviatus
 
Modul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas IX
Modul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas IXModul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas IX
Modul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas IXruangkuliahpai6f
 
AKHLAK ANAK TERHADAP ORANG TUA DAN MURID TERHADAP GURU
AKHLAK ANAK TERHADAP ORANG TUA DAN MURID TERHADAP GURUAKHLAK ANAK TERHADAP ORANG TUA DAN MURID TERHADAP GURU
AKHLAK ANAK TERHADAP ORANG TUA DAN MURID TERHADAP GURUMoh Holili
 
Etika dan adab dalam menuntut ilmu.pptx
Etika dan adab dalam menuntut ilmu.pptxEtika dan adab dalam menuntut ilmu.pptx
Etika dan adab dalam menuntut ilmu.pptxMuhammadSyauqiMubaro
 
Teks khutbah khas hari guru 2013 terkini
Teks khutbah khas hari guru 2013 terkiniTeks khutbah khas hari guru 2013 terkini
Teks khutbah khas hari guru 2013 terkiniKPM
 
Syarifudin, kepribadian diri
Syarifudin, kepribadian diriSyarifudin, kepribadian diri
Syarifudin, kepribadian diriSyarifudin Amq
 
Weekly Newsletter LAZNas Chevron Duri Edisi Nopember 2015 week 3
Weekly Newsletter LAZNas Chevron Duri Edisi Nopember 2015 week 3Weekly Newsletter LAZNas Chevron Duri Edisi Nopember 2015 week 3
Weekly Newsletter LAZNas Chevron Duri Edisi Nopember 2015 week 3LAZNas Chevron
 
Jawaban s oal metodologi studi keislaman
Jawaban  s oal metodologi studi keislamanJawaban  s oal metodologi studi keislaman
Jawaban s oal metodologi studi keislamanHamba La'eh
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial : Hormat menghormati
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial : Hormat menghormatiAmalan terbaik dalam pembangunan sosial : Hormat menghormati
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial : Hormat menghormatiJannah Salman
 
PELAJARAN 1- ALLAH SWT PENGURNIA HIDAYAH 1.pptx
PELAJARAN 1- ALLAH SWT PENGURNIA HIDAYAH 1.pptxPELAJARAN 1- ALLAH SWT PENGURNIA HIDAYAH 1.pptx
PELAJARAN 1- ALLAH SWT PENGURNIA HIDAYAH 1.pptxinovasisubes
 
Sampaikan dariku walaupun satu ayat
Sampaikan dariku walaupun satu ayatSampaikan dariku walaupun satu ayat
Sampaikan dariku walaupun satu ayat-
 
Pembahasan kisi kisi mapel aqidah
Pembahasan kisi kisi mapel aqidahPembahasan kisi kisi mapel aqidah
Pembahasan kisi kisi mapel aqidahelyannara
 

Similar to Adab menuntut ilmu (20)

Adab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuAdab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmu
 
Ppt kelompok 5 ustadz hamid
Ppt kelompok 5 ustadz hamidPpt kelompok 5 ustadz hamid
Ppt kelompok 5 ustadz hamid
 
Modul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas IX
Modul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas IXModul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas IX
Modul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas IX
 
Akhlak
Akhlak Akhlak
Akhlak
 
AKHLAK ANAK TERHADAP ORANG TUA DAN MURID TERHADAP GURU
AKHLAK ANAK TERHADAP ORANG TUA DAN MURID TERHADAP GURUAKHLAK ANAK TERHADAP ORANG TUA DAN MURID TERHADAP GURU
AKHLAK ANAK TERHADAP ORANG TUA DAN MURID TERHADAP GURU
 
Etika dan adab dalam menuntut ilmu.pptx
Etika dan adab dalam menuntut ilmu.pptxEtika dan adab dalam menuntut ilmu.pptx
Etika dan adab dalam menuntut ilmu.pptx
 
Pengembangan diri
Pengembangan diriPengembangan diri
Pengembangan diri
 
Teks khutbah khas hari guru 2013 terkini
Teks khutbah khas hari guru 2013 terkiniTeks khutbah khas hari guru 2013 terkini
Teks khutbah khas hari guru 2013 terkini
 
Peringatan Akhir Zaman
Peringatan  Akhir Zaman Peringatan  Akhir Zaman
Peringatan Akhir Zaman
 
Dhan
DhanDhan
Dhan
 
If I Am A Teacher
If I Am A TeacherIf I Am A Teacher
If I Am A Teacher
 
Word materi PAI
Word materi PAIWord materi PAI
Word materi PAI
 
Syarifudin, kepribadian diri
Syarifudin, kepribadian diriSyarifudin, kepribadian diri
Syarifudin, kepribadian diri
 
Weekly Newsletter LAZNas Chevron Duri Edisi Nopember 2015 week 3
Weekly Newsletter LAZNas Chevron Duri Edisi Nopember 2015 week 3Weekly Newsletter LAZNas Chevron Duri Edisi Nopember 2015 week 3
Weekly Newsletter LAZNas Chevron Duri Edisi Nopember 2015 week 3
 
Jawaban s oal metodologi studi keislaman
Jawaban  s oal metodologi studi keislamanJawaban  s oal metodologi studi keislaman
Jawaban s oal metodologi studi keislaman
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial : Hormat menghormati
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial : Hormat menghormatiAmalan terbaik dalam pembangunan sosial : Hormat menghormati
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial : Hormat menghormati
 
PELAJARAN 1- ALLAH SWT PENGURNIA HIDAYAH 1.pptx
PELAJARAN 1- ALLAH SWT PENGURNIA HIDAYAH 1.pptxPELAJARAN 1- ALLAH SWT PENGURNIA HIDAYAH 1.pptx
PELAJARAN 1- ALLAH SWT PENGURNIA HIDAYAH 1.pptx
 
Al rayyan d1
Al rayyan d1Al rayyan d1
Al rayyan d1
 
Sampaikan dariku walaupun satu ayat
Sampaikan dariku walaupun satu ayatSampaikan dariku walaupun satu ayat
Sampaikan dariku walaupun satu ayat
 
Pembahasan kisi kisi mapel aqidah
Pembahasan kisi kisi mapel aqidahPembahasan kisi kisi mapel aqidah
Pembahasan kisi kisi mapel aqidah
 

Recently uploaded

HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfIndri117648
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 

Recently uploaded (20)

HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 

Adab menuntut ilmu

  • 1. ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU 1. IKHLAS NIAT – Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam mela wan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Jadikanlah diri kita sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri. Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :.........Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas. 2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL - Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan atau mendengar kaset ceramah agama yang berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara ini mampu melembut hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun tazkirah diri ditakuti Allah akan mengeraskan hatinya sebagaimana firman Allah dalam ayat 5 surah as-Sof yang bermaksud : Dan ingatlah ketika mana nabi Musa berkata kepada kaumnya :"Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawa aku ini adalah utusan Allah kepadamu?". Maka tatkala mereka buat endah tak endah sahaja lalu Allah memalingkan hati mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kerpada kaum yang fasik. Ayat ini walaupun menceritakan umat nabi Musa tetapi peringatannya terus kekal hingga sekarang untuk kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Kita juga hendaklah mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan perasaan semangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan.Kita hendaklah mencontohi ulama'-ulama' silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk belajar.Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.
  • 2. 3. MENJAUHI MAKSIAT – Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti maksiat mata, mulut, telinga, tangan(internet ataupun tulisan) serta pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar. 4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapa n dan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman. 5. BANYAKKAN ZIKRULLAH – Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al -Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluk-Nya. 6. MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada
  • 3. keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jau h daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam.Firman Allah dalam ayat 12 surah Al - Hujurat yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan perasaan prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah salah seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. 7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa terhadap kita. Firman Allah dalam ayat 23 hingga 24 surah al -Isra' yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan "uf" dan janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : " Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil". 8. MENGHORMATI GURU- Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama' silam begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di kalangan remaja.Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada.Cubalah kita fikir dan renungi bersama tentang dua keadaan berbeza antara pelajar dulu dan sekarang mengenai pandangan dan penghormatan mereka terhadap guru. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan seharian.Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan.
  • 4. 9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI - Kita mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa ramaikah yang telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan ilmu semata -mata untuk mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu kita mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan. Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu melaksanakannya.Samalah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam ayat 2 hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud :Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan.