Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
1
UNIVERSITI KUALA LUMPUR
BRITISH MALAYSIAN INSTITUTE
ISLAM, SAINS DAN TEKNOLOGI
BGB32201
NOTE 1
KETEGORI ILMU & PENGETAHU...
2
PENGENALAN
Pepatah mengatakan: “Sesiapa yang teguh, ia akan berjaya. Sesiapa yang
bersungguh-sungguh, ia akan mendapat. ...
3
DEFINISI ILMU
Dari segi Bahasa
Berasal dari Bahasa Arab yang bererti mengetahui atau perbuatan yang
bertujuan untuk meng...
4
KEDUDUKAN ILMU DAN KEPENTINGANNYA
Islam meletakkan ilmu dan orang yang berilmu di tempat yang tinggi. Firman
Allah berma...
5
fardu ke atas setiap individu muslim” Ilmu menjadi alat dan syarat perlaksanaan
dan penerimaan ibadat.
PEMBAHAGIAN ILMU
...
6
Ilmu-ilmu fardhu ain terbahagi kepada beberapa bahagian yang utama iaitu
Tauhid, Fekah dan Tasauf.Daripada bahagian-baha...
7
Iman ertinya percaya dengan penuh keyakinantentang adanya Tuhan
yang menciptakan Alam dan membenarkan Nabi Muhammad SAW
...
8
SYIRIK
Syirik ialah menyamakan Allah dengan sekutu dengan yang lain seperti
menyembah batu, kayu, matahari dan seumpaman...
9
Haram
Dilarang keras untuk dikerjakan dan mendapat dosa jika meninggalkan.
Makruh
Dilarang tidak keras untuk dikerjakan ...
10
Mujtahid
Ulama-ulama Ahli Fiqh yang menurunkan pengetahuannya dengan
mengeluarkan hukum-hukum Agama bersumberkan Al Qur...
11
Sumber Ilmu Tasauf
Ilmu Tasauf adalah bersumberkan dari Al Quran dan Hadith Nabi SAW.
Hukum
Umat Islam (termasuk ilmu F...
12
kepentingan masyarakat semasa. Ia dapat difahami dengan mudah oleh setiap
akal yang sempurna. Oleh sebab itulah Rasulul...
13
III. Ilmu falsafah iaitu yang berasaskan kepada panduan ilmu dan
pengalaman yang berusaha menangkap kebenaran yang bera...
14
Dari segi cara memperolehi, terbahagi kepada :
a. Ilmu kasbi : Iaitu yang diperolehi melalui jalan pengkajian dan
pembe...
15
KLASIFIKASI ILMU PENGETAHUAN MENURUT IMAM AL-GHAZALI
Topik ini mula diberi perhatian oleh Imam al-Ghazali setelah belia...
16
II. Ilmu fardhu kifayah.
Ilmu fardhu kifayah menurut ajaran Islam merupakan suatu ilmu yang
perlu dikuasai oleh sebahag...
17
2. Ilmu Mukasyafah.
Ilmu mukasyafah merupakan suatu ilmu yang hanya diperolehi oleh
manusia menerusi ilham yang diberik...
18
KESIMPULAN
Ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Ilmufardhu ain adalah ilmu teras
agama yang mengandungi kebenaran m...
19
KEDUDUKAN SAINS DAN TEKNOLOGI
MERUJUK KEPADA KETEGORI ILMU DAN
ISLAM
PENDAHULUAN
Ilmu pengetahuan dan teknologi merupak...
20
Tetapi sangat disayangkan bahwa kemajuan-kemajuan itu tidak sempat
ditindaklanjuti dgn sebaik-baiknya sehingga tanpa sa...
21
Seterusnya beliau menterjemahkan pula “Jadual Pahlavi” yang diberi nama
“Zij”. Diikuti pula seterusnya dengan penterjem...
22
menyebabkan terhasilnya perubahan-perubahan pada muka bumi. Kawasan
Steppe boleh berubah menjadi laut atau sebaliknya. ...
23
wabak penyakit terutamanya penyakit mata di kalangan masyarakat. Ini
berpunca daripada iklim panas dan debu gurun yang ...
24
seorang ahli kimia. Beliau telah menolak proses kerohanian (ta‟wil) dari zahir
kepada batin dan ini sudah tentu merupak...
25
kejuruteraan pula dibahagikan kepada 12 bidang kecil iaitu bangunan, ukur,
pelayaran dan pengapungan, optik,cermin memb...
26
Islam Mementingkan Ilmu Sains Dan Teknologi
Islam menuntut umatnya mempersiapkan diri dengan segala ilmu dan teknologi
...
27
Kahfi ialah yang bermaksud, “(Zulqarnain) telah mengikuti satu jalan atau
pendekatan tertentu”.
Berhubung dengan ini Sa...
28
Semua ini sepatutnya merangsang umat Islam untuk fokus di dalam bidang
penyelidikan dan pembangunan serta bersikap inov...
29
Ia bermaksud: “Eropah bergelap di waktu malam, Cordova bercahaya dengan
lampu; Eropah kotor, Cordova membina 1000 tempa...
30
TOKOH-TOKOH ILMUAN SAINS ISLAM
Tokoh – Tokoh
Tamadun Islam
Al – Khindi Al – Biruni Ibn Sina
(789 – 873M) (973 – 1048 M)...
31
Sumbangan tamadun Islam terhadap farmasi, farmakologi fan farmakognosi
masih ketara hingga kini. Materia media penulisa...
32
dan juga cara rawatannya. Sementara itu pula, oftalmologi merupakan suatu
bidang yang sangat maju pada masa itu. Ubat-u...
33
Sebagai kesimpulannya, umat Islam perlu bersatu agar dapat menghadapi
segala ujian dan rintangan, dengan cara menghidup...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Note 1

763 views

Published on

Published in: Science
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Note 1

  1. 1. 1 UNIVERSITI KUALA LUMPUR BRITISH MALAYSIAN INSTITUTE ISLAM, SAINS DAN TEKNOLOGI BGB32201 NOTE 1 KETEGORI ILMU & PENGETAHUAN MENURUT ISLAM (FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH) USTAZ KAMALULHYSHAM BIN MOHD SUHUT
  2. 2. 2 PENGENALAN Pepatah mengatakan: “Sesiapa yang teguh, ia akan berjaya. Sesiapa yang bersungguh-sungguh, ia akan mendapat. Sesiapa yang menanam, kelak ia akan menuai. Sesiapa yang bersabar, ia akan beruntung, dan sesiapa yang kuat kemahuannya, ia akan mulia.” Menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan kepada setiap manusia. Fitrah manusia dijadikan Allah sebagai seorang yang mencinta ilmu pengetahuan. Kelahiran manusia ke dunia, berbekalkan naluri ingin mengetahui dan menambah maklumat. Fitrah ini telah mendorong manusia untuk melangkah dan menuju ke alam pengajian, bagi mendapat pengetahuan yang lebih lengkap dan meluas. Ilmu adalah asas kehidupan. Ilmu adalah antara perkara keperluan utama manusia. Ia menjadi sebagai petunjuk, pembantu, bekalan dan senjata untuk melayari kehidupan di dunia. Lebih dari itu, ilmu menjadi tonggak kehidupan yang harmoni. Juga sebagai satu aset penting bagi manusia. Ilmu juga merupakan suatu keperluan yang penting dalam hidup. Ilmu yang baik dan disertai dengan amalan yang istiqamah akan mencapai kepada matlamat sebenar dalam kehidupan iaitu keberkatan. Bahkan semata-mata dengan memiliki ilmu pengetahuan, darjat atau kedudukan berbeza-beza. Seseorang itu dimuliakan kerana ilmu yang dimilikinya. Tanpa ilmu, kekayaan tidak memberi erti kepada manusia. Oleh hal yang demikian Nabi Muhammad s.„a.w bersabda (bermaksud): “Bukankah dunia ini dilaknat. Perkara di dalamnya dilaknat melainkan zikrullah dan perkara yang seiring dengannya. Juga orang berilmu atau orang yang belajar.” (Riwayat Al-Tirmizi daripada Abu Hurairah).
  3. 3. 3 DEFINISI ILMU Dari segi Bahasa Berasal dari Bahasa Arab yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu perkara dengan sebenar. Dalam Bahasa Inggeris ilmu selalunya disebut sebagai „sciences‟. Ilmu dan pengetahuan (knowledge) sebenarnya mempunyai makna yang sama walaupun dari segi penggunaannya kadang-kadang berbeza. Dari segi istilah Ilmu ialah fahaman subjek mengenai objek yang dihadapi. Ilmu merupakan himpunan pengetahuan manusia yang dikumpulkan melalui proses pengajian dan dapat diterima oleh rasio. Ilmu adalah usaha pemahaman manusia yang disusun dalam satu sistem mengenai kenyataan, struktur, bahagian-bahagian dan hukuman tentang hal ehwal yang diselidik (alam dan manusia) sejauh yang dapat dijangkau oleh pemikiran yang dibantu oleh pancaindera manusia yang kebenarannya diuji secara empiris dan experimental.
  4. 4. 4 KEDUDUKAN ILMU DAN KEPENTINGANNYA Islam meletakkan ilmu dan orang yang berilmu di tempat yang tinggi. Firman Allah bermaksud : “Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang yang diberikan ilmu di kalangan kamu.” (Surah Al – Mujadalah :11) Ilmu merupakan perintah yang utama dan pertama yang diturunkan Allah kepada manusia muslim. Firman Allah bermaksud: “Bacalah dengan nama Tuhan mu yang menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah. Yang mengajarkan manusia dengan perantaraan qalam. Yang mengajarkan manusia apa yang mereka tidak ketahui.” (Surah Al-Alaq :1-5) Ayat tersebut mengandungi dua persoalan utama iaitu : i. Perintah supaya manusia membaca dan mencari ilmu pengetahuan. ii. Memerintah manusia supaya berfikir dan mengkaji tentang kejadian alam dan manusia. Islam melarang umatnya melakukan sesuatu perkara tanpa ilmu yang membolehkan mereka untuk membezakan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk. Firman Allah bermaksud : “Jangan kamu mengikut sesuatu perkara yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenai (baik-buruk)nya.” Agama dalam Islam adalah ilmu, kerana Islam tidak hanya bersandarkan kepada perasaan atau ikutan (taqlid buta) semata-mata, malah didasarkan kepada pengkajian, renungan dan ilmu pengetahuan. Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu. Sabda Rasulullah bermaksud ; “Menuntut ilmu adalah
  5. 5. 5 fardu ke atas setiap individu muslim” Ilmu menjadi alat dan syarat perlaksanaan dan penerimaan ibadat. PEMBAHAGIAN ILMU Dapat dilihat dari beberapa sudut : I. Dari segi hukum mempelajari. II. Dari segi sumber III. Dari segi cara memperolehi IV. Dari segi hubungannya dengan syariat I. Dari segi hukum mempelajari, Ia terbahagi kepada dua : a. Ilmu Fardhu Ain b. Ilmu fardhu kifayah a. Ilmu Fardhu Ain Ilmu fardhu ain ialah ilmu-ilmu tentang kebenaran objektif untuk pedoman manusia.Ia merupakan objektif untuk pedoman manusia.Ia merupakan ilmu abadi yang menjadi inti dasar kepada ajaran Islam. Contohnya adalah ilmu- ilmu mengenai akidah, syariat dan akhlak lain-lain yang berkaitan dengan selok belok agama Islam. Sumber utama ilmu fardhu ain adalah Al-Quran dan Al-Sunnah. Manakala sumber yang kedua adalah Ijmak Ulama dan Qias. Kewajipan mempelajari ilmu fardhu ain adalah wajib ke atas setiap individu muslim yang mukallaf memahami dan mengamalkannya. Ia juga mesti dipelajari dari peringkat kanak-kanak hinggalah dewasa mengikut tahap yang sesuai. Ilmu fardhu ain adalah sebagai panduan hidup setiap umat Islam supaya tidak melebihi garisan dan batas-batasan syariat.
  6. 6. 6 Ilmu-ilmu fardhu ain terbahagi kepada beberapa bahagian yang utama iaitu Tauhid, Fekah dan Tasauf.Daripada bahagian-bahagian ini ianya terbahagi pula kepada beberapa tajuk kecil yang merupakan ilmu yang wajib dituntut oleh setiap individu muslim meliputi soal-soal : Aqidah tauhid Ibadat-ibadat fardu Ilmu untuk membaca Al-Quran Akhlak Dan lain-lain perkara yang menjadi kewajipan kepada individu tersebut waktu itu. 1. TAUHID Ilmu tauhid ialah satu ilmu ketuhanan untuk mengenal Allah S.W.T dengan sifat-sifat-Nya yang wajib, mustahil dan harus.Selain itu ilmu tauhid juga merupakan satu ilmu yang membahaskan segala rukun- rukun iman yang menjadi keyakinan seluruh umat Islam. Kepentingan mendalami ilmu Tauhid Ilmu tauhid perlu dipelajari sedalam-dalamnya bertujuan antaranya: a. Membetulkan kepercayaan dan keyakinan terhadap zat Penciptanya. b. Menjauhkan sebarang keyakinan selain dari Allah SWT. c. Menjauhkan sebarang penyembahan selain dari Allah S.W.T d. Memberi panduan bagaimana untuk mengabdikan diri kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Perbezaan Iman, Islam, Murtad, kafir, munafik dan syirik : IMAN
  7. 7. 7 Iman ertinya percaya dengan penuh keyakinantentang adanya Tuhan yang menciptakan Alam dan membenarkan Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi yang diutuskan oleh Allah serta juga mempercayai kesemua Rukun-rukun Iman yang enam. Rukun Iman ada 6 perkara; 1. Percaya kepada Allah. 2. Percaya kepada malaikat-malaikat-Nya. 3. Percaya kepada kitab-kitab-Nya. 4. Percaya kepada Rasul-rasul-Nya. 5. Percaya kepada hari akhirat. 6. Percaya kepada qada‟ dan qadar. ISLAM Islam ertinya tunduk dan patuh menurut apa yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW dengan menunaikan kewajipan, iaitu melaksanakn dengan perbuatan lahir. MURTAD Murtad adalah keluar dari agamanya, tidak setia pada agama atau kembali menjadi kafir setelah Islam. KAFIR Kafir ialah orang yang mengingkari kebenaran Islam serta jahil tentang ketuhanan Allah dan keesaannya dan jahil mengenai kerasulan Nabi Muhammad SAW. Seseorang yang kafir boleh menghilangkan kekafirannya dengan mengucapkan dua khalimah Syahadat serta mengetahui syarat-syarat sahnya. MUNAFIK Munafik ialah seorang yang menzahirkan dirinya beragama Islam tetapi sebenarnya tidak beriman atau dengan kata lain mereka ini berpura- pura.
  8. 8. 8 SYIRIK Syirik ialah menyamakan Allah dengan sekutu dengan yang lain seperti menyembah batu, kayu, matahari dan seumpamanya. 2. FEKAH Ilmu Fekah dari segi bahasa Feqah bererti faham. Manakala disegi Istilah pula ialah mengenal hukum-hakam syarak berhubung dengan amalan dan perbuatan Mukallaf yang diambil dari sumber-sumber Al- Quran dan Al-Hadith secara terperinci (tafsiliah) serta sumber dari Ijmak Ulama dan Ijtihad. Penggunaan Istilah Fiqhiah: Wajib atau fardhu Perintah agama yang mesti dikerjakan.jika dilaksanakan mendapat pahala dan berdosa jika ditinggalkan. Wajib terbahagi kepada dua bahagian: a) Wajib ain atau Fardhu ain.Wajib dikerjakan oleh setiap mukallaf. b) Wajib Kifayah atau Fardhu Kifayah.Sesuatu yang apabila dikerjakan oleh sebahagian orang di dalam daerah, maka terlepaslah tuntutan keatas orang lain. Dan sekiranya tidak ada seorang pun yang mengerjakannya, maka berdosalah semuanya. Sunat, Mandub, Mustahab atau tathawwu’ Mendapat pahala bila dikerjakan dan tidak berdosa bila ditinggalkan.
  9. 9. 9 Haram Dilarang keras untuk dikerjakan dan mendapat dosa jika meninggalkan. Makruh Dilarang tidak keras untuk dikerjakan dan tidak berdosa.Jika tidak mengerjakan kerana Allah akan mendapat pahala. Mubah atau Jaaiz Sesuatu yang boleh dikerjakan atau ditinggalkan.mendapat ganjaran sekiranya dilaksanakan kerana Allahataupun dijadikansatu amalanyang baik (ibadah) serta berfaedah untuk org lain. Sah Sesuatu ibadah atau muamalah yang di lakukan dengan cukup rukun dan syaratnya sehingga di terima tuhan atau terlaksana dalam muamalah. Batal atau Baatil Sesuatu ibadah atau muamalah yang dilakukan dengan tidak cukup rukun dan syaratnya sehingga tidak diterima Tuhan atau tidak termasuk dalam muamalah. Ijmak Kata-kata sepakat di kalangan Imam-Imam Mujtahid yang hidup sezaman. Qiyas Perbandingan hukum tentang sesuatu yang terjadi di zaman Nabi dengan apa yang berlaku sekarang. Ijtihad Pengolahan dengan ber4sungguh-sungguh serta peralatan yang cukup untuk sesuatu hukum Agama yang dari sumber Al-Quran, Al-hadith, Qiyas dan Ijmak.
  10. 10. 10 Mujtahid Ulama-ulama Ahli Fiqh yang menurunkan pengetahuannya dengan mengeluarkan hukum-hukum Agama bersumberkan Al Quran, Al hadith, Qiyas dan Ijmak. Syarat Sesuatu hal yang terletak di luar Ibadah (Muamalah) tetapi wajib dipenuhi. Rukun Sesuatu hal yang wajib dipenuhi dan terletak dalam ibadah Muamalah. 3. TASAUF Tasauf dari segi bahasa ialah bersih atau suci. Tujuan mempelajari Ilmu Tasauf Ilmu tasauf ialah satu ilmu yang dipelajari bertujuan antaranya; 1. Untuk membersihkan dan menyucukan hati dari segala sifat-sifat yang keji (mazmumah) dan mengisikan dengan sifat-sifat yang baik (mahmudah) dengan tujuan beribadah semata-mata kerana Allah Taala. 2. Memiliki iman yang kuat dan kental di dalam hati. 3. Mengerjakan amalan kebajikan sebanyak-banyaknya. Firman Allah didalam Al Quran yang memperingatkan tentang kesejahteraan hati: (Asy Syuara: 88-89) Ertinya: Pada hari itu, tiada berguna lagi harta dan anak-anak. Kecuali mereka yang pergi mengadap Allah dengan hati yang sejahtera.
  11. 11. 11 Sumber Ilmu Tasauf Ilmu Tasauf adalah bersumberkan dari Al Quran dan Hadith Nabi SAW. Hukum Umat Islam (termasuk ilmu Fardhu Ain selain dari tauhid dan feqah) mengetahui sifat baik dan buruk yang ada pada diri manusia. Sifat-sifat yang baik disebut Mahmudah, dan sifat-sifat yang buruk disebut sifat Mazmumah. Didalam maka ini lah di senarai antara sifat-sifat tersebut yang penting diketahui oleh semua umat Islam. b.Ilmu fardu kifayah Ilmu menurut Kamus Dewan bermaksud pengetahuan, kepandaian ( dalam perkara dunia, akhirat, zahir batin dan kajian berkenaan sesuatu perkara. Fardu pula bermaksud kewajipan yang dituntut (ditentukan) oleh agama. Kifayah bermaksud fardu. Oleh itu ilmu fardu kifayah bermaksud ilmu pengetahuan yang wajib dituntut dalam Islam. Ilmu fardu kifayah ialah semua disiplin ilmu yang diperlukan untuk menyempurnakan keperluan hidup manusia sama ada yang berbentuk keagamaan atau keduniaan. Contohnya ialah semua ilmu yang berkembang dari semasa ke semasa sesuai dengan keperluan manusia kepadanya. Misalnya ialah dalam bidang perubatan, sains dan teknologi, astronomi, kejuruteraan ,botani, pentadbiran dan lain-lain. Di antara kewajipan mempelajar ilmu fardu kifayah ini ialah wajib ke atas anggota masyarakat secara kolektif. Selain itu,penglibatan sebahagian dari anggota masyarakat dalam sesuatu bidang ilmu fardu kifayah adalah mewakili keseluruhan anggota yang lain dalam aspek tersebut. Sekiranya semua anggota masyarakat melepaskan dan mengabaikan tanggungjawab ini kesemuanya dianggap menanggung dosa. Ilmu-ilmu fardu kifayah merupakan ilmu yang lebih bersandarkan akal. Oleh itu,ia di tempat kedua dari segi hirarkinya. Ilmu ini sebagai penyempurna dan pelengkap kepada umat Islam dalam menangani persoalan-persoalan
  12. 12. 12 kepentingan masyarakat semasa. Ia dapat difahami dengan mudah oleh setiap akal yang sempurna. Oleh sebab itulah Rasulullah SAW apabila ditanya oleh seorang sahabat tentang mencantumkan baka pokok tamar untuk menghasilkan buah yang bermutu, maka Rasulullah SAW menjawab, “Kamu lebih mengetahui tentang urusan keduniaan kamu”. Ilmu Kifayah juga ilmu yang mana sebahagian dari UmatIslam wajib menguasainya dan tidak menjadi kewajipan kepada setiap orang Ianya meliputi : i. Mempelajari ilmu yang berkaitan akidah ketuhanan secara mendalam. ii. Ilmu yang berhubung dengan akidah syariat secara detail. iii. Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan dunia umat Islam seperti astronomi, matematik, fizik, kedoktoran dan lain-lain. Ilmu fardu kifayah ini secara ringkas dapat dibahagikan kepada tiga bahagian besar : I. Ilmu indera (knowledge ) iaitu ilmu yang dapat diperolehi melalui pengamatan, penelitian dan pengalaman seperti ilmu sejarah, ilmu ekonomi , ilmu politik dan lain-lain lagi yang tersimpul di dalam kategori ilmu sains kemasyarakatan dan kemanusiaan. II. Ilmu sains (science) iaitu ilmu yang diperolehi melalui penelitian, penghimpunan fakta, penganalisaan fakta, pengujian di makmal, perumusan daripada keputusan yang dihasilkan da percubaan (eksperimen ). Ia mempunyai ruang lingkup yang luas seperti biologi, kimia, matematik, perubatan, kejuruteraan dan lain-lain lagi.
  13. 13. 13 III. Ilmu falsafah iaitu yang berasaskan kepada panduan ilmu dan pengalaman yang berusaha menangkap kebenaran yang berada di luar pengalaman. Keputusan itu pula belum muktamad tentang kebenaran atau kesalahannya dan tidak pula dapat diuji. IV. Dari segi sumber, terbahagi kepada dua: a. Ilmu aqli b. Ilmu naqli a. Ilmu aqli Iaitu yang bersumberkan kepada akal semata-mata. b. Ilmu naqli Ilmu yang diambil atau bersumber dari wahyu Allah (al-Quran) dan Sunnah Rasul- Nya. V. Dari segi hubungannya dengan syariat : a. Ilmu syariat b. Ilmu bukan syariat a. Ilmu syariat iaitu segala yang berkaitan dengan al-Quran dan al-Sunnah yang secara langsung menyentuh persoalan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan sesama manusia. b. Ilmu bukan syariat iaitu ilmu yang berkaitan dengan kehidupan dunia dan kemajuannya.
  14. 14. 14 Dari segi cara memperolehi, terbahagi kepada : a. Ilmu kasbi : Iaitu yang diperolehi melalui jalan pengkajian dan pembelajaran seperti ilmu matematik, kedoktoran, kejuruteraan dan lain- lain. b. Ilmu laduni (wahbi) : Iaitu ilmu pemberian langsung dari Allah melalui ilham dan wahyu Sumber ilmu dalam Islam Seperti yang kita maklum setiap ilmu dimuka bumi ini mempunyai bahan rujukannya yang tersendiri begitu juga dengan ilmu dalam islam ia mempunyai bahan rujukannya sendiri. Antara bahan atau sumber ilmu bagi islam ialah : I. Al-Quran II. Sunnah III. Akal dan pancaindera IV. Fenomena tabii V. Ilham mimpi Wahyu yang mana kebenarannya adalah bersifat mutlak. Akal iaitu yang meliputi apa yang dinamakan sebagai instict atau gharizah atau naluri intelligence iaitu kepintaran atau kemampuan untuk memahami. Pancaindera seperti penglihatan, pendengaran, rasaan dan lain-lain. Ilham iaitu melalui renungan hayalan dan seumpamanya.
  15. 15. 15 KLASIFIKASI ILMU PENGETAHUAN MENURUT IMAM AL-GHAZALI Topik ini mula diberi perhatian oleh Imam al-Ghazali setelah beliau mendapati sebahagian daripada ilmuan Islam dari pelbagai bidang disiplin ilmu seperti ilmu kalam [tawhid], fiqh, tasawuf, tafsir dan hadith bercanggah pendapat tentang bidang-bidang ilmu yang wajib dikuasai oleh setiap individu Islam. Berdasarkan sabda Nabi Muhammad (s.a.w) yang bermaksud “Menuntut ilmu adalah fardhu yang diwajibkan ke atas setiap individu Islam”. Imam al-Ghazali menimbulkan persoalan tentang ilmu; adakah menuntut ilmu itu fardhu „ain ataupun fardhu kifayah atas individu Islam. Berpandukan persoalan tersebut Imam al-Ghazali telah mengkalsifikasikan ilmu kepada dua bahagian utama iaitu : 1. Ilmu Mu‘amalah. Ilmu mu„amalah dimaksudkan sebagai suatu ilmu yang diperolehi manusia samada melalui utusan Allah, akal [pembelajaran], pengalaman dan pendengaran. Pada asasnya ilmu tersebut [mu„amalah] tiada sebarang perbezaan melainkan menerusi nama-nama khas yang dberikan kepadanya seperti ilmu fardhu „ain dan ilmu fardhu kifayah oleh para ilmuan Islam. Ilmu mu„amalah menurut beliau terbahagi kepada dua bahagian iaitu : I. Ilmu fardhu ‘ain. Ilmu fardhu „ain secara ringkas dimaksudkan sebagai ilmu tentang asas- asas agama Islam seperti mengucap syahadah, menunaikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa dan menunaikan fardhu haji bagi yang berkemampuan. Ia merupakan suatu ilmu yang wajib dituntut oleh setiap individu Islam kerana menerusi ilmu pengetahuan tersebut individu Islam dapat melaksanakan segala tuntutan yang ditaklifkan samada berbentuk iktikad [kepercayaan], melaksanakan perintah dan menjauhi laranganNya. Ilmu fardhu „ain hanya diperolehi menerusi utusan Allah iaitu para rasulNya.
  16. 16. 16 II. Ilmu fardhu kifayah. Ilmu fardhu kifayah menurut ajaran Islam merupakan suatu ilmu yang perlu dikuasai oleh sebahagian manusia yang mendiami sesebuah kawasan, daerah atau negeri. Hukum mempelajari ilmu fardhu kifayah berubah menjadi fardhu „ain apabila tiada seseorang pun di sesebuah kawasan, daerah atau negeri mengetahui tentang sesuatu ilmu seperti ilmu perubatan, pertanian, pembinaan, pengiraan dan sebagainya. Ilmu fardhu kifayah juga dimaksudkan sebagai ilmu yang berhubung kait dengan kehidupan sosial. Ilmu tersebut terbahagi kepada tiga bahagian iaitu : a. Terpuji Ilmu terpuji adalah ilmu yang bermanfaat kepada kehidupan manusia di dunia dan di akhirat. Menurut Imam al-Ghazali ilmu terpuji merangkumi dua kategori iaitu : i. Ilmu syariah. Ilmu syariah hanya dapat diperolehi menerusi utusan Allah atau dalam kata lain ilmu yang tak tercapai oleh akal, pengalaman dan pendengaran untuk mengetahuinya seperti ilmu tentang hari kiamat. ii. Ilmu umum. Ilmu umum pula mampu diperolehi manusia menerusi akal (pembelajaran), pengalaman dan pendengaran seperti ilmu bahasa dan ilmu perubatan. b. Harus. Ilmu yang harus dipelajari oleh manusia adalah seperti ilmu-ilmu kesusasteraan, sejarah dan sebagainya. c. Tercela. Ilmu tercela merupakan ilmu yang dilarang kepada manusia untuk mempelajarinya seperti ilmu sihir dan sebagainya.
  17. 17. 17 2. Ilmu Mukasyafah. Ilmu mukasyafah merupakan suatu ilmu yang hanya diperolehi oleh manusia menerusi ilham yang diberikan oleh Allah kepadanya setelah melalui peringkat-peringkat tertentu dalam amalannya. Ilmu ini lebih dikenali di kalangan ahli-ahli tasawuf sebagai ilmu ladunni. Pembahagian ilmu-ilmu tersebut adalah berdasarkan kepada pemerhatian Imam al-Ghazali tentang : I. Sejauhmanakah ilmu-ilmu tersebut bermanfaat kepada manusia dari segi penggunaanya seperti ilmu bahasa. II. Sejauhmanakah ilmu-ilmu tersebut bermanfaat kepada kehidupan beragama manusia. III. Sejauhmanakah ilmu-ilmu tersebut bermanfaat kepada kehidupan manusia di dunia seperti ilmu perubatan dan pengiraan. IV. Sejauhmanakah kesan ilmu-ilmu tersebut dalam memberi ilmu pengetahuan dan keseronokan kepada manusia seperti ilmu kesusasteraan dan ilmu sejarah. Menurut Imam al-Ghazali dasarnya sesuatu ilmu tidak tercela sehinggalah ilmu tersebut : I. Mendatangkan kemudaratan ke atas diri orang yang mempelajarinya serta orang lain. II. Mendatangkan lebih banyak kemudaratan kepada penuntutnya III. Tidak memberikan sebarang faedah kepada penuntutnya mahupun orang lain. Berdasarkan kepada klasifikasi ilmu yang diberikan oleh Imam al-Ghazali ilmu fardhu „ain merupakan ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap individu Islam. Manakala lain-lain ilmu adalah berdasarkan kepada sejauhmanakah ilmu-ilmu tersebut bermanfaat kepada kehidupan individu ataupun masyarakat di dunia dan di akhirat.
  18. 18. 18 KESIMPULAN Ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Ilmufardhu ain adalah ilmu teras agama yang mengandungi kebenaran mutlak, disampaikan melalui perantaraan wahyu, Mengisi keperluan rohani manusia, mengandungi panduan-panduan yang bersifat abadi dan diwajibkan ke atas setiap orang untuk mengetahui dan mempelajarinya. Manakala ilmu fardhu kifayah pula memenuhi keperluan intelek dan emosi serta berkaitan dengan kehidupan dan kemakmuran dunia. Setiap bahagian tersebut mempunyai fungsi- fungsinya yang tersendiri dan perlu diletakkan pada tempatnya yang betul. Dewasa ini, telah mengangkat kembali martabat ilmu fardhu ain dengan mengembalikan fungsinya sebagai teras dalam sistem pendidikan umat khususnya di peringkat pengajian tinggi. Justeru, kesepaduan ilmu menurut perspektif Islam bukan sekadar memasukkan semua jenis ilmu. Dalam konteks epistemologi ilmu dalam Islam, perkembangan ilmu fardhu kifayah perlu berpaksikan kepada ilmu fardhu ain . Walau bagaimanapun, ilmu fardhu kifayah yang berkembang pesat masa kini (merujuk khusus kepada ilmu sains moden Barat) terpisah dari paradigma tauhid. Ini menjadikan proses kesepaduan ilmu fardhu ain dengan ilmu fardhu kifayah tidak lagi dapat dilakukan dengan mudah Jika ia tidak dilakukan dengan sempurna, proses tersebut hanya akan mengulangi kesilapan yang sama iaitu mengekalkan kesinambungan keterpisahan ilmu naqli dan aqli.
  19. 19. 19 KEDUDUKAN SAINS DAN TEKNOLOGI MERUJUK KEPADA KETEGORI ILMU DAN ISLAM PENDAHULUAN Ilmu pengetahuan dan teknologi merupakan dua elemen yg tidak dapat dipisahkan satu sama lain. Ilmu adalah sumber teknologi yg mampu memberikan kemungkinan munculnya berbagai penemuan rekaan dan idea- idea. Adapun teknoogi adalah terapan atau aplikasi dari ilmu yg dapat ditunjukkan dalam hasil nyata yg lbh canggih dan dapat mendorong manusia utk berkembang lbh maju lagi. Sebagai umat Islam kita harus menyedari bahawa dasar-dasar falsafah utk mengembangkan ilmu dan teknologi itu dapat dikaji dan digali dalam Alquran sebab kitab suci ini banyak mengupas keterangan-keterangan mengenai ilmu pengetahuan dan teknologi. Sebagai contoh adl firman Allah SWT dalam surat Al-Anbiya ayat 80 yg artinya: “Telah kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi utk kamu guna memelihara diri dalam peperanganmu.” Dari keterangan itu jelas sekali bahwa manusia dituntut utk berbuat sesuatu dgn sarana teknologi. Sehingga tidak menghairankan jika abad ke-7 M telah banyak lahir pemikir Islam yg sungguh produktif dan inovatif dalam pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi. Kepeloporan dan keunggulan umat Islam dalam bidang ilmu pengetahuan sudah dimulai pada abad itu.
  20. 20. 20 Tetapi sangat disayangkan bahwa kemajuan-kemajuan itu tidak sempat ditindaklanjuti dgn sebaik-baiknya sehingga tanpa sadar umat Islam akhirnya melepaskan kepeloporannya. Menurut catatan sejarah, bangsa Barat berhasil mengambil khazanah ilmu pengetahuan yg telah dikembangkan lebih dahulu oleh kaum muslimin kemudian mereka mengembangkannya di atas paham materialisme tanpa mengindahkan lagi nilai-nilai Islam sehingga terjadilah perubahan total sampai akhirnya terlepas dari sendi-sendi kebenaran. Ilmu Sains dan Teknologi Manusia boleh mengetahui rahsia kebesaran Allah SWT melalui dua cara iaitu melalui al-Quran yang merupakan bukti-bukti yang tersurat melalui kosmos dan alam tabii yang merupakan bukti-bukti yang tersirat. Al-Quran memaparkan ilmu mengenai nilai-nilai semasa serta perkara-perkara ghaib seperti alam akhirat dan lain-lain yang perlu diketahui oleh manusia. Di samping itu, di dalam Al- Quran juga terdapat banyak ayat-ayat yang membicarakan tentang ilmu sains tabii dan sains sosial. Terdapat lebih 900 ayat yang menerangkan tentang sains sumber air dan kejuruteraan dan lebih 1400 ayat mengenai ekonomi. Di dalam Al-Quran terdapat banyak sekali ayat-ayat yang menggesa manusia supaya mengkaji dan meneliti tentang fenomena alam agar mereka mencapai ilmu pengetahuan dan berupaya membina tamadun di dunia ini malah ia juga menggalakkan manusia mengembara untuk mencari penemuan- penemuan baru. Astronomi. Sumbangan sarjana Islam dalam bidang ilmu astronomi bermula apabila Muhammad Ibn Ibrahim al-Fazari menterjemahkan sebuah buku astronomi dari India yang bertajuk “Siddharta” ke bahasa arab pada tahun 155H/771M.
  21. 21. 21 Seterusnya beliau menterjemahkan pula “Jadual Pahlavi” yang diberi nama “Zij”. Diikuti pula seterusnya dengan penterjemahan karya-karya astronomi berbahasa Yunani. Buku Yunani yang pertama diterjemahkan ke bahasa Arab ialah “Almagest” karangan Ptolemy. Dua buah buku Ptolemy yang lain turut diterjemahkan oleh al-Hajaj Ibn Mathar pada tahun 212H/887M dan oleh Hunain bin Ishaq yang kemudiannya disemak semula oleh Thabit Ibn Qurrah 329H/901M. Abu Abdullah Muhammad Ibn Jahir al-Battani ( Al-bategnius ) berasal dari Harran adalah salah seorang ahli kaji bintang. Beliau telah membuat penyelidikan seperti melakukan pencerapan astronomi di Raqqah. Hasil pencerapan itu beliau telah berjaya membuat pembetulan beberapa pendapat Ptolemy, termasuk membuat hitungan yang betul terhadap orbit bulan dan planet-planet tertentu. Beliau membuktikan tentang kemungkinan gerhana matahari dan mengemukakan teori tentang penentuan dapat melihat bulan baru. Di antara kepentingan mempelajari ilmu ini ialah menambahkan kefahaman di dalam ilmu peredaran malam dan siang seperti perlu mengetahui kedatangan waktu subuh, waktu terbit matahari dan sebagainya. Geografi. Mempelajari ilmu geografi merupakan suatu perkara yang amat penting bagi umat Islam. Ini kerana melalui ilmu inilah akan dapat diketahui di mana letaknya Mekah yang menjadi kiblat umat Islam dan juga tempat mereka menunaikan fardu haji. Justeru itu kita perhatikan umat Islam sejak dari zaman awal lagi telah memberikan perhatian terhadap ilmu itu. Hasil daripada kesungguhan mereka mempelajari ilmu ini, maka sejak abad ke-1H/7M lagi umat Islam berjaya sampai ke negeri China, baik melalui jalan darat mahupun jalan laut. Mereka telah berjaya sampai ke hujung paling selatan benua Afrika dan di bahagian utara pula telah sampai ke Russia. Sarjana-sarjana geografi Islam Zaman Pertengahan telah pun mempunyai maklumat yang agak jelas tentang asal-usul fosil sebagai peninggalan binatang-binatang laut yang telah menjadi batu.Dalam artikal-artikel yang dihasilkan oleh anggota Ikhwan al-Shafa mengenai mineralogy, mereka menjelaskan tentang teori siklus kosmik yang
  22. 22. 22 menyebabkan terhasilnya perubahan-perubahan pada muka bumi. Kawasan Steppe boleh berubah menjadi laut atau sebaliknya. Demikian juga kawasan pertanian boleh bertukar menjadi gurun pasir dan sebaliknya. Mereka menjelaskan tentang kepentingan malapetaka seperti gempa bumi dalam mengubah bentuk permukaan bumi. Matematik. Perkembangan ilmu matematik di dalam dunia Islam berkait rapat dengan perkembangan ilmu astronomi. Justeru itu sudah menjadi kebiasaan seorang ahli astronomi Islam beliau juga seorang ahli matematik. Sarjana-sarjana Islam telah memberikan sumbangan yang amat besar dan bermakna di dalam bidang perkembangan ilmu matematik. Mereka banyak mencipta perkara-perkara baru yang menjadikan ilmu matematik lebih mudah dipelajari. Salah satu sumbangan paling besar sarjana Islam di dalam bidang ini ialah memperkenalkan system angka baru, termasuklah angka sifar ( kosong ) yang belum ada pada zaman sebelumnya. Di antara kepentingan mempelajari ilmu ini ialah dalam pembayaran zakat yang diwajibkan yang memerlukan mereka mengetahui ilmu matematik dan begitu juga soal pembahagian harta pusaka dan lain-lain. Di antara tokoh terkenal matematik ialah Al-Khawarizmi. Baliau telah membuktikan persoalan yang telah dikemukakan oleh Neo-Babylonian dalam bentuk dugaan. Beliau yang telah memperkenalkan angka Arab ke dunia barat. Justeru itu orang-orang Barat menyebut angka arab sebagai “algorismus” yang diambil dari nama Al-Khawarizmi. Begitu juga dengan nama daftar logaritma. Perubatan. Tamadun Islam juga telah memberikan sumbangan yang besar di dalam bidang perubatan sama ada di dunia Timur mahupun di Barat. Pada zaman kemuncak perkembangan ilmu pengetahuannya tamadun Islam telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh ilmu perubatan yang ramai. Di sebelah Timur, cabang ilmu pengetahuan yang pertama sekali dikaji ialah ilmu kedoktoran dan perubatan. Ada tiga faktor utama yang mendorong para sarjana menumpukan minat mereka untuk mengkaji bidang ilmu perubatan dan kedoktoran. Tersebarnya
  23. 23. 23 wabak penyakit terutamanya penyakit mata di kalangan masyarakat. Ini berpunca daripada iklim panas dan debu gurun yang beterbangan. Sikap prihatin para pemerintah terhadap kesihatan rakyat di mana mereka mengambil berat atas kesihatan rakyat. Profesion kedoktoran mendapat penghormatan dan bayaran yang tinggi. Dengan faktor-faktor tersebut, maka ramailah lahir doktor-doktor yang berkaliber di seluruh dunia Islam. Antaranya ialah Yuhanna Ibn Musawah (237H/851M) yang membuat kajian mengenai anatomi tubuh manusia. Selain itu, Ali Ibn Sahl Rabban al-Tabari yang berasal dari Tabaristan telah berkhidmat sebagai doctor peribadi Khalifah al-Mutawakkil. Pada tahun 236H/850M, beliau telah menghasilkan buku yang bertajuk “Firdaus al-Hikmah” yang merupakan sebuah copendium ilmu kedoktoran. Buku ini merupakan naskah tertua tentang ilmu perubatan yang ditulis dalam bahasa arab. Ia juga turut membicarakan serba sedikit tentang ilmu falsafah dan astronomi. Ibn Sina juga merupakan seorang yang pakar dalam bidang kedoktoran, ilmu falsafah dan syair. Beliau telah menulis kitab ilmu kedoktoran iaitu “al-qanun Fi al-Tibb”. Kitab itu merupakan sebuah karya perubatan yang amat berpengaruh. Kimia Al-Quran berulang kali menggesa umat islam agar memikirkan tentang penciptaan alam ini dan mengkaji bagaimana langit dan bumi diciptakan untuk kepentingan manusia. Ini jelas membuktikan bahawa tidak wujud pertentangan di antara iman dan akal di dalam Islam. Maka itulah kita dapati sejak dari awal lagi uamt Islam telah membuat kajian yang serius tentang ilmu fizik dan kimia. Kimia Islam mencapai kemuncaknya dengan cepat dalam abad ke 8M dengan kemunculan Jabir Ibn Hayyan(776M). Jabir yang dikenali di barat sebagai Geber telah menghasilkan banyak penulisan yang kemudiannya ditambah lagi oleh pengikut-pengikutnya yang menulis mengikut doktrin Jabir. Himpunan hasil penulisan ini dikenali sebagai “Korpus Jabir”. Diantaranya termasuklah “Kitab al-Sab‟in” dan “Kitab al-Mizan” yang merupakan asas kepada kimia Katin yang mula berkembang pada abad ke 15M. Selain itu, al-Razi juga merupakan
  24. 24. 24 seorang ahli kimia. Beliau telah menolak proses kerohanian (ta‟wil) dari zahir kepada batin dan ini sudah tentu merupakan penyisihan dari kimia tradisi. Sumbangan yang terpenting al-Razi kepada kimia moden termasuklah pengelasan benda-benda kepada logam, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Beliau juga memberikan penerangan yang lebih teliti berbanding dengan Jabir tentang proses penyulingan, pengkalsinan,penurasan dan sebagainya. Zoologi Pemahaman asas mengenai habitat, kelakuan dan pengelasan haiwan dan tumbuh-tumbuhan telah dikaji dan dicatatkan oleh orang Islam sejak dari zaman Bani Umaiyyah lagi. Mereka amat berminat di dalam perkara pembiakan kuda dan unta dan ini telah memberikan dorongan kepada mereka memulakan kajian dalam bidang zoology dan biologi biak-baka. Sejumlah monograf khusus menjelaskan tentang jenis-jenis kuda, nama bahagian- bahagian tubuhnya, warna dan jenis kuda yang baik, telah dihasilkan oleh pakar-pakar zoology Islam.(18)Di antara karya terawal di dalam bidang ini ialah “Kitab al-Ibil”, “Kitab al-Khail”, “Kitab al-Wuhusy” dan “Kitab al-Sya” yang telah dihasilkan oleh al-Asma‟I yang berasal dari Basrah (739-738 M). Abu Uthman Amr Ibn Bahr al-Jahiz (254 H / 868 M)yang berasal dari Basrah telah menghasilkan buku bertajuk “Kitab al-Hayawan”. Buku ini menyentuh tentang psikologi haiwan, persaingan di antara haiwan-haiwan untuk kehidupan dan adaptasi mereka kepada alam sekitar. Kejuruteraan Kajian-kajian mutakhir menunjukkan banyak sunbangan sarjana dan jurutera Islam tersebar ke benua Eropah khususnya melalui Andalus (Sepanyol) dan Itali. Sarjana-sarjana Islam dahulu menganggap kejuruteraan sebagai salah satu daripada sains matematik. Sains matematik pula dibahagikan kepada sains bentuk, sains nombor, sains muzik dan sains kejuruteraan. Sains
  25. 25. 25 kejuruteraan pula dibahagikan kepada 12 bidang kecil iaitu bangunan, ukur, pelayaran dan pengapungan, optik,cermin membakar, mesin perang, pusat gravity, mengangkat beban berat, imbangan dan pengimbangan, jam pengangkutan air dan mesin rohani. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan sarjana-sarjana Islam memberi sumbangan besar di dalam tiap-tiap bidang kecil tersebut. Kemahiran dan kefahaman sarjana Islam dalam segala bidang kejuruteraan pada zaman itu, apabila dicampur dengan seni-seni halus,telah dapat menghasilkan rekaan-rekaan yang amat menarik. Pada awal abad ke- 8M, jurutera-jurutera Islam telah mempelajari teknologi membuat keatas dan sebelum akhir abad ke-8M beberapa buah kilang keatas telah didirikan di Samarqand dan Baghdad.
  26. 26. 26 Islam Mementingkan Ilmu Sains Dan Teknologi Islam menuntut umatnya mempersiapkan diri dengan segala ilmu dan teknologi yang perlu untuk menghadapi musuh, dan persiapan ini termasuk di dalam tuntutan fardu kifayah yang telah disebutkan sebelum ini. Allah berfirman, Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan apa saja kekuatan yang kamu sanggup dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh? (SurahAl-Anfal:60) Salah seorang peribadi unggul yang kisahnya disebutkan di dalam Al-Quran ialah raja Zulqarnain. Beliau pernah menemui satu kumpulan manusia yang terpencil dan mereka memohon jasa baik beliau melakukan sesuatu yang dapat mencegah Yakjuj dan Makjuj dari mendatangkan kerosakan ke atas mereka. Zulqarnain bersetuju untuk menolong mereka dan berhubung dengan ini, Allah berfirman, (Berkata Zulqarnain): Berilah aku potongan-potongan besi. Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua puncak gunung itu, Tiuplah (api itu). Apabila besi itu menjadi (merah seperti) api, Berikan aku tembaga yang mendidih agar ku tuangkannya ke atas besi panas itu. Maka mereka tidak mampu mendakinya dan mereka juga tidak mampu untuk melubanginya. (SurahAl-Kahfi:96-97) Teknologi yang dimiliki oleh raja Zulqarnain begitu hebat sekali sehingga gerakan Yakjuj dan Makjuj dapat dibendung melalui pembinaan tembok yang kukuh ini. Allah menegaskan, di antara kelebihan yang ada pada raja Zulqarnain ialah beliau sentiasa mencari jalan serta pendekatan baru untuk mencapai matlamat yang beliau tetapkan. Ketika menceritakan tentang Zulqarnain, kalimat yang diulang-ulangi sebanyak tiga kali di dalam surah Al-
  27. 27. 27 Kahfi ialah yang bermaksud, “(Zulqarnain) telah mengikuti satu jalan atau pendekatan tertentu”. Berhubung dengan ini Said Hawa di dalam Al-Asas fit Tafsir telah berkata: Orang-orang Islam dituntut untuk menegakkan Islam dengan menggunakan hukum sebab musabab dan tidak mengharapkan kejadian yang luar biasa untuk mencapai kejayaan. Kisah yang terdapat di dalam surah ini menunjukkan Zulqarnain menggunakan pendekatan sebab musabab yang pelbagai untuk mencapai matlamat perjuangan beliau dan aspek ini telah diabaikan oleh umat Islam pada hari ini. Di dalam proses untuk mempersiapkan diri, umat Islam diizinkan untuk menimba ilmu dan kemahiran dari golongan yang bukan Islam, tidak kira sama ada dari Timur atau Barat, selagi mana ianya tidak bercanggah dengan dasar- dasar Islam. Nabi s.a.w bersabda: "Kalimah yang bijaksana (hikmat) adalah suatu barangan yang telah hilang dari orang yang bijaksana. Di mana saja dia menemuinya, dialah yang lebih berhak untuk memilikinya." (Riwayat Ibn Majah danTarmuzi) Di Dalam Usul 20, Imam Hasan Al-Banna berkata: Islam membebaskan akal, mendorong supaya menganalisis dan mengamati kejadian alam sekeliling. Islam mengangkat tinggi kedudukan ilmu dan ahli-ahli ilmu serta mengalu- alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Hikmat (atau ilmu pengetahuan) merupakan suatu yang telah hilang dari tangan seorang mukmin. Di mana saja beliau mendapatinya, beliaulah yang lebih berhak untuk memilikinya. Contoh yang paling baik ialah Nabi Muhammad s.a.w Ketika berlaku perang Khandak, Baginda s.a.w memanfaatkan strategi perang orang-orang Parsi dengan mengorek parit yang besar. Strategi ini telah mendatangkan kesan yang positif ke atas umat Islam di dalam peperangan itu. Begitu juga dengan Omar Al-Khattab ra, di zaman pemerintahannya, beliau telah serapkan beberapa cara pentadbiran Parsi ke dalam pentadbirannya.
  28. 28. 28 Semua ini sepatutnya merangsang umat Islam untuk fokus di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta bersikap inovatif di dalam perancangan dan perjuangan mereka. Sebenarnya, di samping ketakwaan kepada Allah, inilah di antara sebab umat Islam dahulu menjadi gilang gemilang dan dikagumi hinggalah ke hari ini. Sebagai contoh, di zaman Nabi s.a.w dan dua khalifah yang pertama, kekuatan tentera Islam difokuskan untuk peperangan di darat. Namun, di zaman khalifah Uthman ra, pada tahun 28 H bersamaan dengan 648 M, arahan telah dikeluarkan oleh khalifah kepada Muawiyah ra agar memberikan tumpuan kepada kekuatan laut yang ketika itu dikuasai oleh Rom. Bermula dari tahun itu, pakar-pakar dan tenaga mahir Islam telah dihimpunkan sehingga berjaya membina sebuah armada yang kuat. Peperangan laut yang pertama di antara armada Islam dan Rom berlaku pada tahun yang sama di perairan pulau Cyprus dengan kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Di saat kemuncaknya pada tahun 31 H (652 M), armada Islam mempunyai 1,700 buah kapal dan bermula dari tahun itu panglima armada Islam digelar sebagai Amirul Bahri dan dari gelaran inilah lahirnya kalimat Admiral kemudiannya. Kekuatan armada Rom menjadi lumpuh selepas dikalahkan oleh armada Islam di dalam peperangan Mount Phoenix pada tahun 652 M. Umat Islam juga sebelum ini amat menonjol di dalam bidang sains. Mereka merupakan pemangkin kepada kebangkitan sains dan teknologi di Barat. Di zaman pertengahan dahulu, dunia Eropah jauh berbeza dari dunia Islam dan hal ini telah disebutkan oleh Victor Robinson di dalam The Story of Medicine:Europe was darkened at sunset, “Cordova shone with public lamps; Europe was dirty, Cordova built a thousand baths; Europe was covered with vermin, Cordova changed its undergarment daily; Europe lay in mud, Cordovas streets were paved; Europe?s palaces had smoke-holes in the ceiling, Cordovas arabesques were exquisite; Europe?s nobility could not sign its name, Cordovas children went to school; Europes monks could not read the baptismal service, Cordova?s teachers created a library of Alexandrian dimension.”
  29. 29. 29 Ia bermaksud: “Eropah bergelap di waktu malam, Cordova bercahaya dengan lampu; Eropah kotor, Cordova membina 1000 tempat mandi; Eropah dipenuhi serangga, penduduk Cordova menukar pakaian dalam mereka setiap hari; Eropah dipenuhi selut, jalan-jalan di Cordova bertar; Istana di Eropah dipenuhi lubang asap di bumbung, bangunan-bangunan di Cordova tersergam indah; tokoh-tokoh Eropah tidak tahu untuk menandatangani nama sendiri, anak-anak di Cordova sudah ke sekolah; tokoh-tokoh agama di Eropah tidak tahu membaca risalah Kristian, ulama (Islam) di Cordova telah membina kutub khannah yang besar”. Hal yang sama juga disebutkan oleh Robert Briffault, seorang tokoh orientalis yang terkenal, di dalam bukunya yang bertajuk Making of Humanity: “It was under the influence of Arabian and Moorish revival of culture, and not in the 15th century, that the real renaissance took place. Spain and not Italy, was the cradle of the rebirth of Europe. After sinking lower and lower in barbarism, it had reached the darkest depths of ignorance and degradation when the cities of the Saracenic world Baghdad, Cairo, Cordova, Toledo, were growing centres of civilization and intellectual activity. It was there that the new life arose which was to grow into a new phase of human evolution. From the time when the influence of their culture made itself felt, began the stirrings of new life.” Ia bermaksud: Era kebangkitan yang sebenarnya telah diledakkan oleh orang- orang Arab Islam sebelum berlakunya kesedaran dan kebangkitan di Eropah pada abad kelima belas.. Sepanyol dan bukannya Itali merupakan benih yang telah melahirkan Eropah moden. Ketika Eropah tenggelam di dalam kejahilan dan keruntuhan, bandar-bandar Islam seperti Baghdad, Cairo, Cordova dan Toledo menjadi pusat ilmu dan Tamadun. Umat Islam pada hari ini sepatutnya bangun dari tidur dan mengorak langkah ke arah perubahan minda dan cara fikir agar ilmu-ilmu sains dan teknologi dapat dikuasai demi untuk masa depan Islam yang gilang gemilang.
  30. 30. 30 TOKOH-TOKOH ILMUAN SAINS ISLAM Tokoh – Tokoh Tamadun Islam Al – Khindi Al – Biruni Ibn Sina (789 – 873M) (973 – 1048 M) (980 – 1037 M) Tidak dinafikan tokoh-tokoh perubatan Islam banyak menyumbangkan ilmu perubatan mereka kepada dunia perubatan. Kejayaan mereka telah mendapat penghargaaan yang tinggi di kalangan pengarang dunia Barat. Oftalmologi merupakan sumbangan yang terkemuka dalam perubatan Islam. Istilah-istilah seperti retina dan katarak yang digunakan dalam oftalmologi sekarang adalah berasal dari orang Arab. Orang Arab juga telah membuat sumbangan yang penting terhadap beberapa jenis penyakit mata dan rawatannya. Satu keadaan yang dinamakan Pannus terdapat dalam penyakit Trakoma telah dijelaskan oleh orang Arab. Glaukoma merupakan suatu keadaan peningkatan tekanan dalam bebola mata telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh orang Arab.
  31. 31. 31 Sumbangan tamadun Islam terhadap farmasi, farmakologi fan farmakognosi masih ketara hingga kini. Materia media penulisan orang Islam masih lagi digunakan di Afrika Utara, India, Pakistan, Bangladesh dan beberapa negara lain di Asia. Secara umumnya tokoh-tokoh Islam telah menghasilkan tiga prinsip penting. Dalam bidang kimia ubat dan alkemi, tokoh-tokoh Islam telah memperkenalkan kepada dunia betapa pentingnya kejituan pemerhatian, kawalan percubaan dan penyimpanan rekod. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip ini masyarakat Islam telah merangsang dan menggalakkan pertumbuhan serta perkembangan kimia di Eropah. Orang Islam buat pertama kalinya telah menubuhkan kedai apotekari dan dispensari yang mempelopori pusat pengajian farmasi. Umat Islam merupakan masyarakat yang pertama sekali melaksanakan pengawalan etik farmasi melalui undang-undang pemeriksaan. Formulasi farmaseutikal terkawal telah diterbitkan oleh umat Islam dan menggariskan secara rasmi penyediaan dan penyimpanan ubat. Di samping itu pelbagai bentuk dos ubat telah dikemukakan oleh tamadun Islam. Diantaranya ialah dalam bentuk salap, serbuk, minyak, pes, pil tablet, rebusan, sirap dan lain-lain. Selain cara-cara membuat ubat, umat Islam adalah umat yang pertama sekali melaksanakan kawalan mutu ke atas hasilnya. Seorang pegawai khas akan dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan pengawalan mutu. Selain itu, Islam dalam zaman kegemilangannya telah memberi sumbangan yang terbesar dalam bidang perubatan kepada manusia dengan menghasilkan beberapa tokoh yang ternama dalam bidang tersebut. Mereka bukan sahaja mahir dalam perubatan tetapi juga dalam beberapa ilmu di luar perubatan yang diwarisi dan dimajukan oleh dunia Barat. Sementara itu beberapa inovasi baru telah dibuat seperti pengawasan ubat, kod etnik perubatan dan kursus lanjutan perubatan. Sumbangan tokoh-tokoh pengamal perubatan Islam kepada dunia ialah dari segi mengenalpasti penyakit
  32. 32. 32 dan juga cara rawatannya. Sementara itu pula, oftalmologi merupakan suatu bidang yang sangat maju pada masa itu. Ubat-ubatan tradisional pula masih boleh digunakan sampai kini. KESIMPULAN Di dalam Islam, ilmu pengetahuan mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa di sisi Allah. Ini terbukti melalui pengiktirafan Allah terhadap ilmu melalui wahyu pertama Ilahi kepada junjungan besar Rasulullah iaitu surah al- „Alaq. Allah telah memerintahkan baginda untuk mempelajari ilmu dan menitikberatkan kepentingan pembelajaran dalam setiap aspek kehidupan manusia. Ilmu, pencarian ilmu, penyebaran ilmu memiliki akar yang kuat dalam ajaran Islam. Begitu banyak ayat dan hadith dapat dikutip untuk menerangkan hal ini. Pakar Ilmu Al Quran pernah menyebut bahawa pengulangan konsep kepentingan ilmu di dalam Al Quran merupakan satu indikasi terhadap penekanannya atau makna penting konsep tersebut. Salah satu hadith yang boleh dijadikan sebagai ilustrasi mengenai pentingnya ilmu adalah salah satu sabda Rasulullah yang menyatakan keunggulan seorang berilmu dibandingkan dengan orang yang beribadah seperti terangnya bulan purnama dan bintang- bintang. Jelas di sini bahawa ilmu pengetahuan dalam Islam mengandungi satu kefahaman ilmu yang menyeluruh dan bersepadu yang menyaksikan ilmu dan nilai tidak dapat dipisahkan sama sekali. Termasuk dalam konteks ini, ilmu sains dan teknologi adalah antara cabang ilmu pengetahuan yang memberi manfaat dan faedah besar kepada kelangsungan tamadun manusia. Dalam erti kata lain, sebarang ilmu yang boleh mendatangkan manfaat kepada manusia dan memandu manusia ke arah jalan benar merupakan ilmu yang mendapat tempat mulia di sisi Islam.
  33. 33. 33 Sebagai kesimpulannya, umat Islam perlu bersatu agar dapat menghadapi segala ujian dan rintangan, dengan cara menghidupkan kembali semangat dan roh cintakan ilmu ke dalam jiwa dan sanubari. Penghayatan ilmu itu bukan sahaja dititik beratkan dalam soal pelajaran di institusi pengajian sahaja, tetapi penghayatan itu merangkumi kajian, penelitian dan perlaksanaan ilmu itu sendiri. Sesungguhnya ilmu tidak boleh dipisahkan dari kehidupan umat Islam. Ini adalah kerana ilmu itu sebenarnya menjadi tunjang atau asas kekuatan umat, yang mengandungi berbagai-bagai hikmah dan pengajaran serta menjadi panduan dan teras kehidupan. Oleh itu, pembudayaan ilmu wajar dihayati dan dilaksanakan oleh segenap lapisan masyarakat Islam di dunia.

×