1. Tajuk Jurnal: Internet Sebagai Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran: Ciri-ciri Dan
Aplikasinya.
Oleh: Saharani Bt Abdullah , Nazila Bt Abdullah, Siti Rafidah Bt Bachok, R Kalyani.
(Seminar Pendidikan 2005, Fakulti Pendidikan, UTM, 15 Okt 2005)
1.0: Persoalan Kajian
Penulis jurnal ini membicarakan tentang penggunaan internet sebagai media pengajaran dan
pembelajaran. Umum mengetahui tentang kehadiran computer dalam pendidikan telah banyak
mengubah corak pembelajaran dan pengajaran tradisi kepada corak yang lebih moden. Penulis
juga tertarik untuk mengetahui tentang ciri-ciri dan keistimewaan menjadikan internet sebagai
media pengajaran yang berkesan , efektif, fleksibel serta menarik dan juga sebab mengapa ia
perlu diaplikasikan dalam system pendidikan kini. Di samping itu juga, penulis juga turut
memaparkan bukti-bukti pengaplikasian internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran.
Penulis juga turut mengetengahkan tentang perbincangan mengenai isu-isu kebergunaan ciri-ciri
ini yang boleh menyebabkan permasalahan kepada pengaplikasian internet sebagai media
pengajaran dan pembelajaran .
2.0: Kaedah Kajian
Pada permulaan kajian penulis menyenaraikan definisi media dan internet untuk pemahaman
pembaca. Menurut Kassim Abbas (1989), mendefinisikan media pendidikan sebagai segala jenis
dan bentuk sumber/bahan yang digunakan dalam bidang pendidikan untuk membantu
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Beliau membahagikan media pendidikan kepada
dua kategori iaitu media pendidikan bercetak dan media pendidikan bukan bercetak. Media
pendidikan bercetak termasuklah buku-buku, majalah, akhbar, jurnal, risalah dan sebagainya.
Manakala media pendidikan bukan bercetak termasuklah semua jenis alat projector, system
audio, video, transperansi, computer dan sebagainya.
Setelah mengetahui tentang definisi media dan internet, penulis mendedahkan tentang aplikasi
dan ciri-ciri internet sebagai media pengajaran. Menurut Zawawi (1999), menyenaraikan enam
kemudahan internet yang utama yang boleh menyokong keperluan pendidikan masa kini iaitu email (mel elektronik), laman web (WWW), Internet Relay Chat (IRC), Telnet, Kumpulan
Diskusi dan Berita ( News Group), File Transfer Protocol (FTP) dan Telesidang Video (Video
Conferencing).
2.1:
Mel Elektronik (E-mail)
Mel elektronik merupakan satu perkhidmatan melalui internet yang biasanya
berbentuk teks. Ia juga melibatkan imej grafik dan suara (voice mail). Setiap pesanan dihantar ,
melibatkan kos yang minimum. Keistimewaannya, boleh ditulis bila-bila masa dan boleh
dihantar melalui rumah atau pejabat , maklumat juga boleh diterima dalam masa yang singkat.
2. Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan menggunakan email ialah boleh
berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesame guru, ibubapa, pelajar dan pihak jabatan dan
kementerian, mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal, berkongsi dan bertukar
pendapat berhubung proses pengajaran dan pembelajaran.
2.2:
Laman Web (World Wide Web)
Rangkaian sedunia WWW adalah sebahagian daripada internet dan merupakan
satu koleksi besar dokumen yang dikenali sebagai ‘halaman web’ (TMB, 1998, Crumlish,
1996). Para pendidik boleh mendapatkan kandungan teks penuh, artikel, rancangan pengajaran
dan lain-lain bahan pengajaran dan pembelajaran seperti maklumat mengenai projek-projek yang
boleh dijalankan oleh pelajar, pendidikan keibubapaan dan maklumat kesihatan serta bermacam
macam lagi.
2.3:
Internet Relay Chat
Internet Relay Chat merujuk kepada sekumpulan orang berbual sesame sendiri
dengan menggunakan papan kekunci. Walaubagaimanapun, pada hari ini sudah terdapat perisian
yang membolehkan komunikasi secara audio dan visual dengan beberapa alatan tambahan
seperti telesidang. IRC menyediakan berbagai-bagai tajuk perbualan dan pengguna-pengguna di
seluruh dunia dapat berbincang pelbagai tajuk secara serentak.
2.4:
Telnet
Telnet ialah kemudahan menggunakan computer yang berlokasi di benua lain,
seolah-olah sama seperti menggunakan computer yang ditempatkan dalam sebuah bangunan
yang sama. Ia menggunakan protocol piawai bagi membolehkan seseorang pengguna computer
membuat sambungan kepada computer lain. Bagi menggunakan telnet, pengguna hanya perlu
melaksanakan atur cara yang dinamakan telnet di computer sendiri dan disambungkan di
komputer yang dikehendakinya.
2.5:
Kumpulan Berita Dan Diskusi
Internet menyediakan pentas-pentas perbincangan dalam pelbagai subjek.
Kumpulan berita dan diskusi secara asasnya adalah aplikasi dan lanjutan kepada penggunaan
email secara berkesan. Komuniti-komuniti yang terbentuk secara elektronik yang mempunyai
minat yang sama membolehkan ahli-ahli yang menyertai kumpulan diskusi berkongsi pendapat
dan membantu di antara satu sama lain tanpa batasan sempadan geografi.
2.6:
Pemindahan Fail (FTP)
Menerusi internet, segala fail sama ada dalam bentuk teks, grafik, audio atau
video amat mudah untuk dipindahkan dari satu computer kepada computer yang lain dengan
menggunakan file transfer protocol. Segala bahan pembelajaran yang terdapat dalam sesuatu
3. server( di mana-mana institusi pendidikan) boleh dipindahkan ke dalam computer kita di rumah
tanpa mengalami sebarang perubahan.
2.7:
Telesidang Video
Telesidang adalah system penyampaian elektronik yang melibatkan komunikasi
dua hala antara dua atau lebih pusat telesidang secara langsung. Telesidang video sesuai bagi
melaksanakan pendidikan jarak jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah,
ceramah jemputan, tutorial, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan dan
kaunseling.
3.0 : Aplikasi Internet Sebagai Media Pengajaran Dan Pembelajaran
Penulis juga menerangkan tentang bagaimana aplikasi internet dapat membantu proses
pengajaran dan pembelajaran. Antara kategorinya adalah seperti yang berikut:
3.1:
Projek
Projek ialah aktiviti pembelajaran secara individu atau kumpulan yang banyak
dilakukan diluar kelas. Ianya perlu disiapkan dalam tempoh masa tertentu. Sesuatu projek boleh
merangkumi beberapa konsep dan kemahiran yang telah dipelajari. Projek berasaskan Internet
perlu diintegrasikan ke dalam pelajaran yang biasa diajar di dalam kelas.
3.2:
Rancangan Pengajaran (Lesson Plan)
Terdapat beratus-ratus rancangan pengajaran yang telah disediakan oleh para guru
dari seluruh pelusuk dunia yang boleh dimanfaatkan oleh guru-guru lain. Selain dari matematik,
rancangan pelajaran tersebut meliputi pelbagai mata pelajaran yang lain.
3.3:
Bahan Maklumat Yang Menarik Dan Terkini
Internet mendedahkan pelajar kepada pelbagai bahan. Bahan-bahan seperti imej
bumi yang diambil dari satelit di seluruh dunia atau maklumat tentang puting beliung, fakta-fakta
negara, pelbagai jenis penyakit boleh diperolehi dengan. Tambahan pula, maklumat seperti ini
lebih terkini daripada apa yang dapat diperolehi dari sumber lain.
3.4:
Bahan Bacaan Dan Kemahiran Berbahasa
Di dalam internet juga terdapat beribu majalah dan jurnal yang diterbitkan secara
berkala, sama ada harian, mingguan atau bulanan. Begitu juga dengan akhbar yang menjadi
sumber maklumat, khususnya berhubung dengan peristiwa dan isu semasa yang berlaku di
seluruh dunia
3:5:
Perkongsian Maklumat
4. Selain itu, guru sendiri boleh berhubung dengan guru lain untuk berkongsi
sumber, idea ataupun masalah khususnya melalui kumpulan diskusi elektronik. Terdapat
berpuluh-puluh kumpulan diskusi elektronik di dalam internet yang boleh disertai secara
percuma oleh guru di seluruh dunia.
3.6:
Saluran Komunikasi
Para guru dan pelajar juga berpeluang berkomunikasi antara satu sama lain
melalui internet, sama ada secara lisan atau tulisan. Antara bentuk saluran komunikasi atau
perisian yang terdapat melalui internet ialah Internet Relay Chat (IRC), Discussion group,
Internet phone, netmeeting, cooltalk dan sebagainya, Video Conferencing, ICQ dan lain-lain.
4.0: Dapatan Kajian
Daripada perbincangan antara penulis didapati bahawa terdapat beberapa isu yang dapat
diketengahkan daripada kajian ini. Isu pertama adalah tentang penggunaan IRC dan kemudahan
sepertinya termasuk Discussion Group atau Forum. Hakikatnya, IRC bukan direkabentuk khusus
untuk guru dan pelajar semata-mata. Ia adalah untuk semua lapisan masyarakat dan falsafah
rekabentuknya berasaskan nilai komersil. Dengan itu suasana yang disediakan oleh IRC lebih
berbentuk sensasi (glamour) dimana, contohnya, tajuk-tajuk perbualan yang disediakan lebih
kepada yang berbentuk hiburan.
Isu kedua juga tentang kebergunaan IRC kepada pelajar, lebih-lebih lagi pelajar di
peringkat menengah atau yang lebih rendah. Walaupun tajuk perbualan yang ditawarkan di IRC
secara umumnya berkait dengan pelajar, contohnya fizik, terdapat kemungkinan topik yang
dibincangkan terlalu mendalam dan terperinci sehingga pelajar tidak termampu memahami apa
yang dibincangkan apatah lagi untuk menyertainya. Dalam konteks ini, kebergunaan IRC dan
Discussion Group atau Forum kepada pengajaran dan pembelajaran boleh dipertikaikan.
Isu ketiga adalah mengenai Telnet. Kemudahan yang Telnet sediakan boleh dianggap
khusus sehingga pengguna perlu mematuhi syarat-syarat yang berkaitan dengan keselamatan
data dan sebagainya. Adakah pelajar memerlukan kemudahan seperti ini sedang syarat-syarat
yang dikenakan mungkin membebankan pelajar itu sendiri atau mereka langsung tidak
memahaminya? Mungkin ya bagi sekumpulan kecil pelajar diperingkat pasca ijazah. Namun
kumpulan terbesar pelajar yang memerlukan bimbingan pengajaran dan pembelajaran
berbantukan media adalah diperingkat rendah dan menengah. Jelas bahawa Telnet juga tidak
direkabentuk dengan memikirkan pelajar bawahan sebagai penggunanya.
Isu keempat, mengenai kebergunaan FTP bagi pelajar-pelajar rendah dan menengah.
Permasalahannya adalah, seperti juga Telnet, kumpulan pengguna yang menjadi sasaran
kemudahan itu ialah pelajar di peringkat tinggi, terutama nya pelajarpelajar di tahun-tahun akhir
pengajian di universiti. Dengan itu suasana yang disediakan bagi pengguna FTP tidak benarbenar user friendly. Dalam kes ini, pelajar rendah dah menengah akan secara automatik tidak
merasa layak menggunakan FTP.
5. Isu kelima adalah laman web sebagai ciri internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
Permasalahannya berkait rapat dengan isu kos. Penyenggaraan laman web memerlukan
pembiayaan dan dengan itu penyedia laman web terpaksa menampung kos dengan membenarkan
pengiklanan di lamannya. Tumpuan pengguna, lebih-lebih lagi pelajar yang kurang sirius akan
terpesong ke laman-laman web yang tidak bermanfaat pada masa itu yang diiklankan semasa
proses carian.
Dari apa yang dipaparkan di atas, beberapa kesimpulan penting dapat dibuat oleh penulis
mengenai ciri-ciri internet dan aplikasinya kepada bidang pengajaran dan pembelajaran. Pertama,
jelas bahawa internet adalah kemudahan moden yang mempunyai ciri-ciri yang membolehkan ia
menjadi media pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri ini ialah E–mail (Mel Eletronik), Laman
Web (WWW), Internet Relay Chat (IRC), Telnet, Kumpulan Diskusi dan Berita (News group)
dan File Transfer Protocal (FTP). Kedua, Pengaplikasian ciri-ciri ini kepada proses pengajaran
dan pembelajaran, bagi guru dan pelajar, tampak mudah atas alasan ia tersedia secara percuma
kepada semua lapisan pengguna. Namun, dengan fakta-fakta yang telah dibincangkan oleh
penulis, jelas bahawa kebergunaan ciri-ciri ini kepada pelajar adalah terhad. Yang pasti ciri-ciri
ini mungkintidak langsung memikirkan kebergunaannya kepada golongan majoriti pelajar iaitu
pelajar-pelajar peringkat rendah dan menengah. Oleh yang demikian, apa-apa usaha kearah
menggunakan internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran perlu pertama-tamanya
menangani isu-isu asas ini
6. Isu kelima adalah laman web sebagai ciri internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
Permasalahannya berkait rapat dengan isu kos. Penyenggaraan laman web memerlukan
pembiayaan dan dengan itu penyedia laman web terpaksa menampung kos dengan membenarkan
pengiklanan di lamannya. Tumpuan pengguna, lebih-lebih lagi pelajar yang kurang sirius akan
terpesong ke laman-laman web yang tidak bermanfaat pada masa itu yang diiklankan semasa
proses carian.
Dari apa yang dipaparkan di atas, beberapa kesimpulan penting dapat dibuat oleh penulis
mengenai ciri-ciri internet dan aplikasinya kepada bidang pengajaran dan pembelajaran. Pertama,
jelas bahawa internet adalah kemudahan moden yang mempunyai ciri-ciri yang membolehkan ia
menjadi media pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri ini ialah E–mail (Mel Eletronik), Laman
Web (WWW), Internet Relay Chat (IRC), Telnet, Kumpulan Diskusi dan Berita (News group)
dan File Transfer Protocal (FTP). Kedua, Pengaplikasian ciri-ciri ini kepada proses pengajaran
dan pembelajaran, bagi guru dan pelajar, tampak mudah atas alasan ia tersedia secara percuma
kepada semua lapisan pengguna. Namun, dengan fakta-fakta yang telah dibincangkan oleh
penulis, jelas bahawa kebergunaan ciri-ciri ini kepada pelajar adalah terhad. Yang pasti ciri-ciri
ini mungkintidak langsung memikirkan kebergunaannya kepada golongan majoriti pelajar iaitu
pelajar-pelajar peringkat rendah dan menengah. Oleh yang demikian, apa-apa usaha kearah
menggunakan internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran perlu pertama-tamanya
menangani isu-isu asas ini