Penggunaan ICT dalam P&P dan manfaatnya. konteks pembelajaran & penggunaan ICT dalam P&P yang boleh dikategorikan kepada 4 :- ICT sebagai Alat Tutorial, ICT sebagai Alat Penerokaan (eksploratori), ICT sebagai Alat Aplikasi dan ICT sebagai Alat Komunikasi.
Penggunaan ICT dalam P&P dan manfaatnya. konteks pembelajaran & penggunaan ICT dalam P&P yang boleh dikategorikan kepada 4 :- ICT sebagai Alat Tutorial, ICT sebagai Alat Penerokaan (eksploratori), ICT sebagai Alat Aplikasi dan ICT sebagai Alat Komunikasi.
Viviendo en comunidad.Tercer Domingo Después de la Epifanía (Año C) – 24 ener...Comunión de Gracia
Tanto el libro de Nehemías, como la Carta a los Corintios y el Evangelio de san Lucas ponen el énfasis en la urgencia de que los creyentes vivan en comunión para responder al llamado del Señor.
Nehemías 8: 1-3, 5-6, 8-10; Salmo 19, 1 Corintios 12: 12-31a; Lucas 4: 14-21
La relación de Dios con su pueblo es representada como el amor de un esposo por su esposa. En esa relación ocurren infidelidades, desencuentros y momentos de reconciliación.
Viviendo en comunidad.Tercer Domingo Después de la Epifanía (Año C) – 24 ener...Comunión de Gracia
Tanto el libro de Nehemías, como la Carta a los Corintios y el Evangelio de san Lucas ponen el énfasis en la urgencia de que los creyentes vivan en comunión para responder al llamado del Señor.
Nehemías 8: 1-3, 5-6, 8-10; Salmo 19, 1 Corintios 12: 12-31a; Lucas 4: 14-21
La relación de Dios con su pueblo es representada como el amor de un esposo por su esposa. En esa relación ocurren infidelidades, desencuentros y momentos de reconciliación.
El evangelio es muy explícito en afirmar que no sólo Jesús fue bautizado allí, sino que TODAS las personas eran bautizadas.
Dios está muy complacido, no sólo con Jesús, sino contigo. Eres un hijo o hija amado(a) de Dios. En tanto meditas en eso, trata de pensar en todas las formas en que puedes reconocer el abrazo amoroso de Dios en tu vida.
Paz cuarto domingo de adviento (año c) – 20 diciembre 2015Comunión de Gracia
LECTURAS: Miqueas 5:2-5a; Lucas 1:46-55; Hebreos 10:5-10; Lucas 1:39-45)
El Adviento es cuando entendemos mejor lo que significa esperar la venida de Cristo. Nuestra atención, tiempo, dinero y energía se centran en la preparación de nuestras festividades familiares y de la iglesia.
Sin embargo, no debemos olvidarnos que en la esperanza cristiana también existe la espera de la segunda venida de Cristo. No sabemos el día, no sabemos la hora, pero todos los cristianos tenemos esperanza en ella, puesto que es una promesa hecha por el mismo Jesús a sus discípulos.
ABC Co. Profile-for Web site-New -03-03-2015.pptdb
ABC Auto Lighting Co., Ltd. is a global leader in manufacturing, exporting and wholesaling a range of precisely engineered Automotive Components and Spare Parts. We offer a wide range of products in order to meet the requirements of clients across the globe. These products are Auto Lighting Parts, Auto Accessory Parts and many more.
Based in Tainan, Taiwan(R.O.C), we started as an industry in 2014 and since then we have never seen back. We have successfully crafted a niche for ourselves and set a benchmark in the industry. Our vision and aim is to offer maximum satisfaction to our clients and in order to meet this, we always try to come up with innovative ideas.
Supported by an able team of experienced and well versed professionals, we are able to manufacture products those are acclaimed in the market for their performance, speed and quality. The efforts and ability of our employees have helped us in gaining a number of clients in national and international markets. Major market for our products includes Middle-East, South East Asia, European and European Countries.
Con la celebración del nacimiento de Jesús concluye el tiempo de Adviento. Para nosotros, como cristianos, la celebración del nacimiento de Jesús es algo más que un simple aniversario o un nuevo cumpleaños de Jesús.
Dejando a un lado todo el aparato consumista que se ha montado en torno a la Navidad, nosotros nos dejamos invadir de esa alegría inmensa que nos produce el hecho de saber que el Dios Todopoderoso y eterno, ha venido hasta nosotros en forma de un débil niño.
1. 1.1 Pendahuluan
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan
bukanlah sesuatu yang baru dan asing, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara
maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Negara kita tidak
ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan dan ledakan berasaskan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) ini.
Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun mengambil pelbagai
inisiatif untuk memperlengkapkan warga pendidik seperti mengadakan pelbagai jenis
kursus jangka pendek dan kursus jangka panjang. Ianya telah melibatkan perbelanjaan
yang cukup besar. Sebagai contoh kerajaan sanggup membelanjakan berbilion ringgit
bagi melicinkan pelaksanaan PPSMI. Tahun ini sahaja(2006) kerajaan telah
membelanjakan sekitar RM250 juta untuk pembelian notebook dan perkakasan PPSMI
yang lain.
Sudah pasti kerajaan mahu melihat hasil yang setimpal dengan pelaburan yang begitu
besar. Dalam hal ini, kerajaan amat bergantung kepada golongan guru sebagai golongan
yang berada di barisan hadapan pembangunan negara bagi memastikan kejayaan PPSMI.
Salah satu faedah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah ianya dapat memperkembang dan
memperkasakan lagi pemahaman pelajar dalam sesuatu tajuk mata pelajaran yang diajar.
Ini diakui oleh Cockroft (1982) bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran boleh memperbaiki kualiti pengajaran dan boleh merubah kepentingan
sesuatu tajuk dalam pengajaran.
Sebagai seorang guru, mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting dalam pencarian maklumat secara
global. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan anak-anak kita
2. berkemampuan mengejar perkembangan ilmu pengetahuan berkaitan Sains dan Teknologi
serta berkebolehan menguasainya dengan pantas sesuai dengan perubahan era globalisasi.
Untuk merealisasikan matlamat ini, terdapat empat mod pengajaran dan pembelajaran di
dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang boleh digunakan oleh seseorang
pendidik. Mod-mod tersebut ialah mod tutorial, mod penerokaan, mod aplikasi dan mod
komunikasi.
1.2 Mod Tutorial
Sebahagian besar perisian pendidikan yang diguna dalam pembelajaran tutorial direka
bentuk berdasarkan kepada model tradisional pengajaran dan pembelajaran, model
transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai utama dan murid sebagai penerima.
Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajaran secara ekspositari iaitu merujuk
kepada suasana pembelajaran di mana guru menyampaikan maklumat kepada
murid yang pasif. Segala latihan dan latihtubi yang disampaikan dikawal oleh sistem.
Situasi yang sesuai bagi pembelajaran mod tutorial ini ialah untuk kelas yang ramai
murid. Dalam situasi ini, guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid yang
memerlukan bantuan guru sementara sebahagian lagi menggunakan komputer.
Pembelajaran ini juga sesuai bagi kelas yang mmpunyai murid yang pelbagai keupayaan.
Pemulihan boleh dibuat untuk murid yang menghadapi kesukaran belajar dan
pengayaan untuk pelajar cerdik yang mencabar minda.
Kelebihan - kelebihan menggunakan mod tutorial ini ialah ianya dapat mengindividukan
pembelajaran, murid-murid belajar mengikut kemampuan sendiri, meningkatkan motivasi
murid untuk belajar dan murid-murid boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan
penyeliaan guru yang minimum.
1.3 Mod Penerokaan
Dalam mod penerokaan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan sebagai
3. medium untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan
sumber seperti CD ROM, portal maklumat dan internet.
Selain daripada itu, murid juga mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara
tunjuk cara di bawah kawalan murid sendiri. Murid juga boleh mengalami, mempelajari
dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi di bawah kawalan sistem.
Pendekatan penerokaan ini menyokong kepada pendekatan constructivism, iaitu
pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah,
pengalaman pembelajaran autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial.
Selain daripada mengakses maklumat terus dari internet, guru juga boleh menggunakan
maklumat yang disimpan dalam CD ROM, ensiklopedia dan lain-lain
maklumat yang diperolehi di pasaran.
Kelebihan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk mod
penerokaan ialah untuk memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan
kemajuan pembelajaran masing-masing. Ia juga mendorong murid terlibat secara aktif
dalam pengajaran dan pembelajaran dan memberi peluang kepada murid untuk
menangani masalah sebenar di dalam kelas.
Selain dari itu, pembelajaran penerokaan ini juga memberi peluang kepada guru
menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence dan
sebagainya.
1.4 Mod Aplikasi
Sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu dikatakan menggunakan mod aplikasi apabila
alat ICT itu digunakan untuk membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran,
bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya, penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemprosesan perkataan oleh
murid dalam menghasilkan sesuatu tugasan (karangan) atau penggunaan perisian
hamparan elektonik untuk memplot graf. Editor grafik, Computer Aided Design(CAD),
Adobe Photoshop adalah contoh perisian khusus aplikasi. Penggunaan pengajaran mod
aplikasi ini dikatakan berlaku apabila sekumpulan murid berbincang, mengedit dan
4. mengolah kandungan karangan dengan bantuan pemprosesan perkataan dan seterusnya
mempersembahkan hasil karangan mereka. Sekiranya guru itu hanya meminta muridmurid menyediakan karangan dengan mengunakan pemprosesan perkataan tanpa
melakukan perkara seperti yang diterangkan di atas tadi, maka pemprosesan perkataan
hanya diguna sebagai mesin taip sahaja.
Kelebihan-kelebihan menggunakan mod aplikasi di dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang
autentik, guru boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda murid dan
murid dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran
1.5 Mod Komunikasi
Mod pembelajaran komunikasi digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada
lokasi yang berbeza menghantar, menerima,dan berkongsi maklumat yang pelbagai
bentuk. Kecanggihan dan kemajuan ICT pada ketika ini membolehkan komunikasi
dilakukan dalam pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video atau kombinasi pelbagai
mod.
Mod komunikasi dapat dijalankan menggunakan empat teknik iaitu teknik seorang –
sendirian, teknik seorang kepada seorang, teknik seorang kepada ramai dan teknik ramai
kepada ramai. Pembelajaran kolaboratif adalah contoh model pengajaran yang
menggunakan mod komunikasi.
Kelebihan-kelebihan menggunakan mod komunikasi ini ialah ianya boleh melaksanakan
pembelajaran kolaboratif, mempertingkatkan penglibatan murid dalam proses
pembelajaran melalui peer group yang bersifat global dan murid-murid boleh
berkomunikasi dengan pakar di dalam dan luar negeri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Dalam kerja kursus ini kami telah memilih DUA mod pengajaran iaitu mod tutorial dan
mod penerokaan untuk diintegrasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Ringkasan tentang persamaan, perbezaan , corak persamaan dan perbezaan
yang penting kedua-dua mod boleh dirujuk pada Lampiran A yang disertakan.
5. 1.6 Kesimpulan
Ringkasnya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang dan
teratur akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran guru lebih diyakini oleh
pelajar. Pelajar – pelajar pasti suka akan pengajaran guru yang mempelbagaikan kaedah,
teknik, pendekatan dan bahan bantu mengajar yang terkini.
Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan agar generasi muda hadapan Malaysia yang
hendak dilahirkan ini dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsabangsa lain di dunia ini serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa dengan penuh
keyakinan tanpa menghadapi sebarang halangan komunikasi.
Sekarang ini terpulang kepada warga pendidik untuk memanfaatkan kemudahan
teknologi maklumat dan komunikasi ini di bilik darjah semaksima yang mungkin.
“PENDIDIKAN HARI INI UNTUK KEHIDUPAN MASA HADAPAN”
6. Lampiran A
2 MEMBANDING DAN MEMBEZAKAN
JENIS MOD :
MOD TUTORIAL DAN MOD PENEROKAAN
PERSAMAAN
1. Kedua-dua mod pembelajaran boleh menggunakan internet sebagai sumber
pengajaran dan pembelajaran.
2. Kedua-dua mod pembelajaran membenarkan murid-murid belajar mengikut
kemampuan masing-masing.
3. Kedua-dua mod pembelajaran dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.
4. Kedua-dua mod pembelajaran boleh digunakan secara berkumpulan atau individu.
5. Pengunaan pembelajaran ini boleh dijalankan dengan bimbingan dan pengawasan
guru yang minimum.
6. Guru perlu merancang proses pengajaran dan pembelajaran teliti khususnya
tentang pengurusan masa kerana kemungkinan kedua-dua mod ini memakan masa
yang panjang untk diimplimentasikan.
7. PERBEZAAN
Mod Tutorial Mod Penerokaan
1. Mod tutorial merangkumi
pembelajaran ekpositori,demonstrasi
sesuatu fenomena yang dikawal
urutan dan babaknya oleh sistem.
1. Mod penerokaan lebih menjurus
kepada aktiviti inkuiri penemuan,
pembelajaran masalah kehidupan
sebenar pelajar, Kajian Masa Depan
dan pembelajaran berbentuk simulasi
yang mana aktivitinya dikawal oleh
pelajar sendiri.
2. Mod tutorial terikat kepada
kandungan pelajaran berdasarkan
urutan yang telah ditetapkan.
2. Mod penerokaan memberi peluang
kepada murid untuk menentukan
halatuju dan kemajuan pembelajaran
masing-masing.
3. Mod tutorial dapat mengindividukan
pembelajaran.
3. Mod penerokaan pula dapat memupuk
semangat kolaboratif dikalangan
pelajar semasa menjalankan aktiviti
penerokaan.
8. 4. Guru kurang berpeluang untuk
mencuba apatah lagi untuk
mengaplikasikan teori pembelajaran
terkini memandangkan batasan
pelajar- pelajarnya.
4. Guru berpeluang untuk mencuba dan
seterusnya mengaplikasikan teori
pembelajaran terkini seperti
pembelajaran constructivism, multiple
intelligence dan lain-lain.
CORAK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN YANG PENTING
1. Dalam pembelajaran penerokaan , murid boleh mengawal dan menentukan
maklumat yang diterima melalui ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial dimana murid hanya menerima bahan pengajaran yang dikawal oleh sistem.
2. Corak persamaan yang ketara dalam ke dua-dua mod ini ialah dalam mod tutorial
tunjuk cara sesuatu fenomena dikawal oleh sistem, sementara dalam mod
penerokaan murid juga mempelajari, mengalami dan mengkaji sesuatu
fenomena secara simulasi juga tetapi di bawah kawalan sistem.
KESIMPULAN
Kedua –dua mod pengajaran dan pembelajaran ini memerlukan pelajar menggunakan
kemudahan yang sama iaitu alatan dan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) untuk meneroka dan menimba pengalaman pembelajaran. Murid-murid belajar
mengikut kemampuan masing-masing. Pelajar yang lebih cerdas boleh mengikuti perisian
9. pendidikan khusus sebagai aktiviti pengayaan manakala murid-murid lemah diberi
perisian pendidikan khusus untuk aktiviti pemulihan.
Bibliografi
En. Omar Zakaria, En. Saidol Bahary Sulaiman, En. Hassan Ahmad, (2006) HBEF 2303
Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan.Kuala Lumpur:Unitem Sdn. Bhd.
Chai Tsun Thai,Marlyn Premini,Siti Sarbanon Mohd. Amin (2005) Siri Teks referens
Sains UPSR.Selangor Darul Ehsan:Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM, KBSR (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Sains
Tahun 6, PPK. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dicatat oleh abubakar di 5:10 PG