SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
2nd International Malaysian Educational Technology Convention


   Pencarian Maklumat Menggunakan Laman Web Berasaskan Teknologi Mobil
           Untuk Pelajar Diploma Seni Bina Di Politeknik Port Dickson

             Dr. Mohd Arif, Ismail, *Isham Shah, Hassan, +Dr. Rosnaini Mahmud3
          Universiti Kebangsaan Malaysia, *Politeknik Port Dickson, +Universiti Putra Malaysia


                                           Abstrak

Komputer dan internet telah berjaya menyediakan berbagai perkhidmatan pembelajaran di atas talian
kepada pelajar. Perkembangan pesat teknologi mobil telah dapat mewujudkan lebih banyak kemudahan
pembelajaran melalui penggunaan PDA dan telefon bimbit. Dengan menyediakan perkhidmatan
pendidikan tanpa wayar, institusi pendidikan dapat menyediakan lebih banyak kemudahan kepada
pelajar dalam proses pencarian maklumat tanpa perlu menyediakan banyak komputer kepada pelajar.
Dengan menggunakan perkhidmatan pendidikan yang berasaskan teknologi mobil, pelajar dan
pensyarah boleh akses kepada maklumat tanpa ada batasan masa dan tempat. Penulisan ini
membincangkan kemungkinan yang ada dalam menyediakan laman web yang berasaskan kes sebenar
dengan menggunakan teknologi mobil untuk memudahkan pencarian maklumat pelajar diploma seni bina
di Politeknik Port Dickson. Penggunaan laman web yang berasaskan teknologi mobil ini mendedahkan
pelajar kepada pendekatan yang baru dalam proses pencarian maklumat. Laman web yang berasaskan
teknologi mobil ini bukan untuk menidakkan kaedah secara konvensional dalam proses pencarian
maklumat tetapi teknologi mobil ini diharapkan akan bertindak sebagai pembantu kepada proses
pencarian bagi mempercepatkan proses pencarian dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk
aktiviti pencetusan idea dalam proses reka bentuk. Kajian kes merupakan pendekatan penting dalam
proses pembelajaran seni bina. Dengan menggunakan pendekatan kajian kes pelajar dapat
menganalisa, menilai dan membuat perbandingan ke atas reka bentuk bangunan seni bina. Hipermedia
dalam bentuk laman web melalui teknologi mobil dijangka akan dapat membantu pelajar dalam proses
pencarian maklumat. Penulisan ini membincangkan strategi yang di ambil oleh pengkaji dalam
menyediakan laman web dengan menggunakan teknologi mobil. Satu penilaian formatif telah dibuat oleh
pengkaji dalam melihat persepsi pelajar ke atas penggunaan laman web dalam proses pembelajaran
modul seni reka. Penilaian yang positif diberikan oleh pelajar diploma seni bina Politeknik Port Dickson
ke atas penggunaan laman web yang berasaskan teknologi mobil dalam proses pencarian maklumat.


Pendahuluan
Pada hari ini perkembangan teknologi telah mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Perkembangan
teknologi maklumat telah membawa implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam
bidang pendidikan. Ianya telah dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Sejak sedekad yang lalu teknologi komputer telah
memainkan peranan yang besar dalam pembangunan pendidikan di negara ini. Sejak kebelakangan ini
pembangunan yang drastik di dalam teknologi mobil telah menjanjikan satu revolusi yang baru dalam
dunia pendidikan. Teknologi mobil berkembang dengan pesat pada hari ini di mana jumlah pengguna
telefon bimbit di seluruh dunia pada penghujung 2004 ialah 91 juta pengguna dan meningkat kepada 1.5
billion pada Jun 2005 dan dijangka meningkat kepada 3 billion pengguna menjelang tahun 2010 (Informa
2005). Jumlah ini merangkumi 43 % dari penduduk dunia. Manakala menurut Laporan Pembelajaran
Berasaskan Teknologi Mobil (Atwell 2005) menjelang pertengahan tahun 2005 pengguna telefon bimbit
adalah tiga kali lebih banyak dari pengguna komputer peribadi dan pada hari ini telefon bimbit yang baru
mempunyai keupayaan yang sama dengan keupayaan komputer peribadi pada pertengahan tahun 90 an.
Atwell (2005) menjelaskan teknologi mobil boleh memberi peluang baru kepada kehidupan manusia
termasuklah bidang pendidikan. Di Malaysia pula bilangan pengguna telefon bimbit berdaftar ialah
seramai 4.6 juta pada tahun 2000 dan telah meningkat kepada 19.5 juta pada tahun 2005 dan dijangka
meningkat kepada 24.4 juta pada tahun 2010 (SKMK 2007). Menurut Steinberger (2002) sehingga tahun
2004 kira - kira 63 juta peralatan mobil telah dijual kepada pengguna di mana 38% darinya adalah telefon
pintar yang menggabungkan kefungsian PDA dengan ciri-ciri untuk komunikasi. Kepentingan
penggunaan teknologi mobil dalam pendidikan semakin menjadi kenyataan Scott (2002) dimana
kenyataan ini diperkukuhkan lagi oleh DoCoMo yang menyatakan hampir 37% penduduk Jepun
menggunakan telefon bimbit yang berkemampuan untuk akses kepada internet dengan baik. Peralatan
peralatan teknologi mobil seperti telefon bimbit, mini komputer dan pembantu digital peribadi (PDA)
menjadi semakin murah dan mudah untuk digunakan. Menurut satu kajian dari Microsoft, pada akhir
tahun 2002, hampir 100 juta pembantu digital peribadi (PDA) digunakan di seluruh dunia. Di Malaysia
2nd International Malaysian Educational Technology Convention

menurut kajian daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (2007) kira-kira 70.4% dari
penduduk di Malaysia menggunakan telefon mudah alih. Perkembangan yang cepat dalam penggunaan
teknlogi mobil telah mewujudkan satu cabaran baru kepada institusi pendidikan di Malaysia untuk
menyediakan satu pendekatan baru dalam proses pendidikan. Proses pembelajaran yang menggunakan
teknologi mobil adalah satu dimensi baru dalam dunia pendidikan yang menggabungkan teknologi mobil
dengan e pembelajaran.

Pembelajaran yang berasaskan laman web telah menjadi satu media yang biasa di dalam dunia
pendidikan pada hari ini. Hari ini terdapat banyak universiti secara maya dan laman web yang
menawarkan teknik pendekatan pendidikan yang menarik kepada pengguna. Pendekatan pembelajaran
di dalam bilik kuliah sudah menjadi satu pendekatan pembelajaran yang kurang menarik perhatian pelajar
kerana pendekatan ini bersifat tradisional dimana ianya lebih berpusat kepada pensyarah daripada
berpusat kepada pelajar, aktiviti hanya terkongkong dalam ruang yang terhad, maklumat hanya
bergantung kepada nota dan buku teks yang dibekalkan serta ianya tidak mengajar pelajar untuk
menyelesaikan masalah yang telah dikenalpasti oleh mereka (Hume 2001). Pembelajaran berasaskan
laman web adalah satu pendekatan pembelajaran yang menggunan talian internet sebagai media
penghantaran dan penyampaian maklumat (Jackson 2004).World Wide Web (www) membenarkan
penghantaran maklumat bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi penghantaran maklumat dalam bentuk
grafik, video dan audio melalui internet dari satu komputer kepada komputer yang lain. Walau
bagaimanapun pembelajaran berasaskan laman web dengan menggunakan komputer masih mempunyai
kekangan dari aspek masa dan tempat dimana server dan komputer yang digunakan sebagai media
penyampaian masih tidak dapat digunakan dalam keadaan bebas tanpa ada kekangan masa dan tempat.
Kewujudan teknologi baru seperti WAP (Protokol Aplikasi Wayarles) dan GPRS (Perkhidmatan Radio
Paket Am) menawarkan institusi pendidikan dengan peralatan tambahan dimana WAP dan GPRS
membenarkan pelajar dan pensyarah untuk akses kepada Internet di mana saja dan pada bila-bila masa,
melalui pelayar mikro dengan menggunakan peralatan mobil (Tariq et al. 2005).

Perkembangan yang pesat kepada teknologi mobil pada hari ini telah menyediakan satu pendekatan baru
dalam kaedah pembelajaran yang dikenali sebagai pembelajaran berasaskan WAP atau pembelajaran
yang berasaskan teknologi mobil. Menurut Chen dan Kinshuk (2005) perkhidmatan pendidikan yang
berasaskan teknologi mobil adalah merupakan sumber pembelajaran yang mudahalih dan boleh diakses
oleh pelajar tanpa mengira masa dan tempat. Bagi menjadikan suasana pembelajaran berasaskan
teknologi mobil bersifat dinamik, maklumat pembelajaran yang disediakan perlu bersedia membekalkan
maklumat tanpa mengira masa dan tempat (Chen dan Kinshuk 2005). Pembelajaran berasaskan
teknologi mobil telah dianggap sebagai masa depan baru dalam sistem pendidikan. Ada banyak kerja-
kerja penyelidikan yang sedang dijalankan ke atas pembelajaran yang berasaskan teknologi mobil.
Banyak kajian ingin melihat bagaimana penambahbaikan boleh dibuat ke atas sistem pendidikan dengan
menggunakan teknologi mobil. Kertas kajian ini melihat bagaimana laman web dapat membantu pelajar
dalam proses pencarian maklumat untuk modul seni reka bagi pelajar diploma seni bina di Politeknik Port
Dickson. Laman web yang dibangunkan untuk kajian ini adalah berasaskan teknologi mobil dan
dibangunkan dengan menggunakan tapak pembangunan web untuk peralatan mobil secara percuma di
Internet. Laman web yang dibangunkan akan digunakan oleh pelajar seni bina untuk kelas seni reka
sebagai tempat rujukan untuk mendapatkan maklumat bagi membantu pelajar dalam proses reka bentuk.
Akhir sekali kertas kajian ini akan melihat cabaran dan batasan untuk pembelajaran berasaskan teknologi
mobil pada masa hadapan.

Pendidikan Berasaskan Teknologi Mobil
Penggunaan teknologi mobil dalam pendidikan bukanlah merupakan satu perkara yang baru. Terdapat
banyak pandangan dalam mendefinasikan pendidikan mobil. Lehner dan Nosekabel (2002) menjelaskan
pendidikan mobil sebagai satu perkhidmatan dan kemudahan yang membekalkan pengguna dengan
maklumat elektronik secara am dan kandungan pendidikan yang membantu pencarian tanpa mengira
masa dan tempat. Vavoula dan Sharples (2002) menjelaskan terdapat tiga cara di mana pembelajaran
boleh diambilkira sebagai mobil iaitu pembelajaran itu mobil di dalam ruang, pembelajaran itu mobil
dalam pelbagai aspek kehidupan dan pembelajaran itu mobil tanpa batasan masa. Menurut Anna et.al.
(2003) pendidikan berasaskan teknologi mobil adalah kaedah pembelajaran yang menggunakan media
kecil, mudahalih dan tidak mewujudkan gangguan dalam setiap aspek kehidupan. Dari definasi di atas
kesimpulan boleh dibuat pendidikan berasaskan teknologi mobil adalah sistem pendidikan yang berupaya
untuk menyampaikan maklumat pada setiap masa dan tempat mengikut keperluan pelajar dan pelajar itu
boleh merupakan pelajar sepenuh masa atau pelajar separuh masa yang tidak berada di kampus. Aktiviti
pembelajaran boleh disempurnakan walaupun pelajar dan guru berada dalam keadaan “mobil”.

                                                                70
2nd International Malaysian Educational Technology Convention

Rekabentuk Pendidikan Untuk Teknologi Mobil
Sebagai satu gelombang baru dalam pendidikan, pembelajaran berasaskan teknologi mobil memberikan
banyak menafaat dengan ciri – ciri yang tertentu iaitu Chen et. al. (2002):

1. Keperluan pembelajaran yang tinggi.
2. Inisiatif sendiri dalam pencarian maklumat.
3. Prasarana pembelajaran yang mobil.
4. Proses pembelajaran yang interaktif.
5. Menentukan aktiviti aktiviti penerangan.
6. Maklumat pembelajaran yang diintegrasikan.

Untuk ini pendidikan berasaskan teknologi mobil perlu kepada rekabentuk dan model yang tersendiri.
Dalam suasana pembelajaran tradisional, semua aktiviti seperti kuliah, tugasan, perbincangan dan
persembahan berlaku pada masa dan tempat yang ditetapkan. Pendidikan berasaskan komputer meja
berlaku pada tempat yang mempunyai hubungan talian. Manakala pendidikan berasaskan teknologi mobil
berlaku pada tempat yang tidak bergantung pada hubungan talian dan berlaku tanpa bergantung kepada
talian dengan tidak mengambilkira masa dan tempat. Ini adalah merupakan langkah awal kepada pelajar
untuk menentukan masa pembelajaran mereka sendiri dan memberi pendekatan baru kepada
pembelajaran sepanjang hayat. Perubahan dari pembelajaran berasaskan komputer meja kepada
pembelajaran berasaskan teknologi mobil memberi peluang baru untuk pelajar menentukan aktiviti
pembelajaran mereka sendiri dan meningkatkan kecekapan pertukaran maklumat di antara pelajar dan
tenaga pengajar.

Menurut Chen dan Kinshuk (2005) perkhidmatan pendidikan yang berasaskan teknologi mobil adalah
merupakan sumber pembelajaran yang mudahalih dan boleh diakses oleh pelajar tanpa mengira masa
dan tempat. Bagi menjadikan suasana pembelajaran berasaskan teknologi mobil bersifat dinamik,
maklumat pembelajaran yang disediakan perlu bersedia membekalkan maklumat tanpa mengira masa
dan tempat (Chen dan Kinshuk 2005). Sistem pembelajaran juga perlu direkabentuk dimana maklumat
yang dibekalkan kepada pelajar boleh dipilih oleh pelajar mengikut keperluan mereka. Sistem yang
dibentuk juga perlu dapat memberi kemudahan kepada pelajar untuk menukar keperluan maklumat
mengikut keperluan mereka sebagai contoh pelajar dapat menukar modul dengan mudah semasa proses
pembelajaran (Chen dan Kinshuk 2005). Rekabentuk sistem pendidikan yang berasaskan teknologi mobil
perlulah bersifat dinamik, boleh diubahsuai dengan mudah dan dapat digunapakai pada setiap masa dan
tempat. Kesimpulannya rekabentuk sistem pendidikan yang berasaskan teknologi mobil perlulah dapat
diadaptasikan oleh pengguna pada setiap masa dan keadaan.

Pendekatan Pedagogi Untuk Sistem Pendidikan Berasaskan Teknologi Mobil
Proses pembelajaran di dalam bilik kuliah memerlukan strategi pembelajaran yang betul bagi memastikan
maklumat yang disampaikan akan dapat diterima dengan baik oleh pelajar. Begitu juga di dalam sistem
pendidikan yang berasaskan teknologi mobil pendekatan pedagogi yang betul adalah di antara faktor
penting di dalam menentukan keberkesanan sistem pendidikan tersebut.
Kebanyakan pendekatan pedagogi yang ada dalam teori pendidikan pada hari ini gagal untuk
mengenalpasti keunikan proses pembelajaran yang berasaskan teknologi mobil. Kebanyakan
pendekatan pedagogi pendidikan yang ada pada hari ini dibina dengan berasaskan proses pembelajaran
di bilik kuliah dan berpusatkan kepada pensyarah. Sebarang pendekatan pedagogi untuk proses
pembelajaran yang berasaskan teknologi perlulah mengambilkira proses pembelajaran yang dinamik,
boleh berlaku di luar dari bilik kuliah tanpa adaa batsan masa dan tempat. Pendidikan adalah merupakan
satu proses pembinaan pengetahuan yang melibatkan aktiviti yang dapat menjana pengetahuan. Di
dalam pendekatan konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan oleh
pendidik tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai
realiti tersebut. Secara umumnya pelajar akan belajar melalui pengalaman yang diperolehi secara sendiri.
Menurut Jonassen (1991) pengetahuan seseorang individu berasaskan kepada persepsi fizikal dan
pengalaman sosial yang difahami oleh akal fikiran seseorang. Manakala menurut Perkins (1986)
pengetahuan adalah terbina hasil dari reka bentuk pelajar di dalam minda di mana pengetahuan
dibentuk bila pelajar terlibat secara aktif di dalam proses pembentukan pengetahuan dan bukan hanya
mengintepretasi dan menerima apa yang diberikan kepada mereka.Pendekatan konstruktivisme
digunakan ke atas kajian yang dibuat oleh Colella et. al (2000) untuk mengkaji penggunaan teknologi
mobil dalam pembelajaran penyebaran dan pembiakan virus. Di dalam kajian tersebut Colella et. al
(2000) telah menggunakan kaedah penglibatan secara simulasi. Setiap pelajar yang dipilih sebagai
sampel kajian telah dibekalkan dengan peralatan mudah alih untuk menjalankan kajian ini. Objektif utama
proses pembelajaran ialah bagaimana pelajar dapat menghayati proses di mana virus merebak. Dapatan
                                                  71
2nd International Malaysian Educational Technology Convention

kajian menunjukkan respon yang positif daripada pelajar di mana mereka menyatakan proses
pemahaman mereka terhadap apa yang dipelajari berlaku dengan lebih cepat. Kaedah ini membuktikan
pendekatan pedagogi konstruktivisme boleh digunakan dalam sistem pendidikan yang berasaskan
teknologi mobil. Bagi kajian ini pendekatan konstruktivisme digunakan dalam pembangunan laman web
yang berasaskan teknologi mobil.

Teori yang digunakan untuk pembangunan laman web ini ialah teori Minimal Carroll. Teori ini berpusat
kepada pembangunan alat bantuan mengajar yang berasaskan teknologi maklumat. Menurut Kearsley. G
(1994) perancangan proses pengajaran yang berasaskan teknologi maklumat perlulah mengurangkan
bahan penerangan yang boleh mengganggu proses pembelajaran dan memberi fokus kepada reka
bentuk aktiviti yang menggalakkan aktiviti terarah. Kearsley. G (1994) juga menjelaskan penerangan
untuk aktiviti pembelajaran yang berasaskan teknologi maklumat akan jadi lebih berkesan sekiranya
jumlah bacaan dikurangkan dan memberi peluang kepada pelajar untuk cuba mencari penjelasan secara
kendiri. Menurut Kearsley. G (1994) teori ini mencadangkan perkara di bawah untuk proses pembelajaran
berasaskan teknologi maklumat iaitu :

    1. Semua aktiviti pembelajaran perlulah bermakna dan terkawal
    2. Mengurangkan bahan bacaan dan maklumat yang pasif
    3. Memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan pelayaran dengan secepat mungkin

Dalam perancangan laman web multimedia interaktif dengan teori minima Carroll (1995) ,Kearsley. G
(1994) menjelaskan pelajar perlu diberi peluang terlibat dengan aktiviti bermakna dengan secepat
mungkin. Cadangan ini disokong oleh Jones dan Farquhar (1997) yang mencadangkan dalam reka
bentuk laman web, maklumat penting perlu diletakkan pada bahagian atas laman web. Jones dan
Farquhar (1997) juga menjelaskan supaya tajuk untuk laman web ini direka bentuk dengan menggunakan
ruang yang kecil dan mengurangkan aktiviti skrol di laman web. Teori Minima Carroll (1995) juga
menjelaskan bahan penerangan berasaskan teknologi maklumat perlulah mengurangkan maklumat yang
boleh mengganggu proses pembelajaran. Maklumat ini disokong oleh Gillani & Relan (1997) yang
menyatakan rangka asas reka bentuk laman web perlu mudah dan konsisten dalam penggunaan teks,
grafik dan bunyi. Berkaitan dengan perkara yang sama Fahy (1999) menjelaskan reka bentuk laman
perlu tersusun dan mempunyai tempoh muat turun yang kurang dari 30 saat. Untuk memastikan perkara
ini, maklumat grafik perlulah dikawal dengan baik. Fahy (1999) juga menjelaskan bagi memastikan masa
muat turun dikurangkan maka penggunaan Java applet perlulah dielakkan kerana ianya akan
meningkatkan masa muat turun. Fahy (1999) juga menyatakan efek grafik perlu dikurangkan, bilangan
warna untuk tek juga perlu diminimakan serta warna latar yang sesuai perlu digunakan supaya laman
web yang dibangunkan itu mudah untuk dibaca.
Untuk kajian ini pengkaji membangunkan laman web multimedia interaktif dengan menggunakan teori
minima Carroll (1995). Diharapkan pembangunan laman web multimedia interaktif yang merujuk kepada
kes sebenar dapat membantu pelajar untuk mendapatkan keperluan maklumat dengan mudah. Maklumat
yang mudah dicapai dari laman yang ringkas dan padat diharap akan dapat membantu pelajar untuk
menghasilkan produk reka bentuk seni bina yang kreatif.

Kandungan Laman Web
Kajian ini menawarkan satu pendekatan baru dalam penyampaian maklumat di politeknik. Kajian ke atas
kes sebenar adalah merupakan satu bentuk pencarian maklumat yang penting dalam sistem pendidikan
seni bina. Kajian ini memberi penekanan kepada penggunaan laman web melalui teknologi mobil yang
memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan bangunan yang sama
dengan projek yang hendak direka bentuk. Melalui laman web ini juga pelajar berpeluang untuk mengkaji
bahagian yang berbeza yang membentuk sebuah bangunan. Laman web yang dibina dengan
pendekatan kajian kes melalui teknologi multimedia interaktif memberi peluang kepada laman web ini
menjadi sumber maklumat yang menarik. Laman web digunakan oleh pelajar semasa proses pencarian
maklumat di peringkat awal proses reka bentuk. Rangka maklumat yang digunakan oleh pengkaji untuk di
gunakan dalam menyediakan laman web ini adalah berpandukan kepada rangka Vijayalakshmi (1997).
Dengan berasaskan teori minimal Carroll (1995) pengkaji membangunkan laman web dengan rangka
maklumat seperti di bawah :

   i.    Pengenalan : Rangka ini menyediakan penerangan ringkas tentang latarbelakang bangunan,
         arkitek, pengguna utama dan maklumat keseluruhan projek. Sebagai contoh sekiranya tadika
         adalah projek yang akan dibangunkan oleh pelajar maka laman web yang dibangunkan untuk
         rujukan pelajar ialah berkenaan dengan tadika. Di mana melalui laman web ini pelajar akan dapat
         maklumat berhubung dengan fungsi utama sesebuah bangunan. Laman ini menerangkan
                                                                72
2nd International Malaysian Educational Technology Convention

         matlamat utama sesebuah bangunan dan apakah ciri ciri yang perlu ada dalam reka bentuk
         sebuah bangunan untuk memastikan bangunan yang direka akan dapat memenuhi kehendak
         pengguna. Kefahaman tentang fungsi ruang membantu pelajar untuk mereka bentuk ruang yang
         dapat mengikut kehendak pengguna.
  ii.    Contoh Bangunan : Rangka ini digunakan oleh pengkaji untuk memberi panduan kepada pelajar
         tentang contoh bangunan yang telah direka yang ada hubungan dengan projek yang diberikan
         kepada pelajar. Melalui laman ini pelajar mengkaji contoh bangunan yang telah dibina untuk
         dijadikan panduan dalam proses reka bentuk. Melalui laman ini juga analisa boleh dibuat oleh
         pelajar berhubung dengan kekuatan dan kelemahan reka bentuk bangunan yang telah dibina
         untuk dijadikan panduan.
  iii.   Gayareka : Rangka ini digunakan oleh pengkaji untuk mendedahkan pelajar kepada gaya reka
         yang sesuai untuk digunakan dalam proses reka bentuk. Gaya reka membentuk identiti ke atas
         bangunan yang direka. Laman ini mendedahkan pelajar kepada beberapa jenis gaya reka utama
         yang banyak mempengaruhi gaya reka bangunan di Malaysia. Melalui laman ini pengkaji
         mendedahkan kepada pelajar contoh – contoh gaya reka seperti modern, hi tech, post modern
         dan de con. Pendedahan contoh – contoh bangunan yang menggunakan gaya reka di atas
         memudahkan pembangunan idea pelajar semasa proses reka bentuk. Pendedahan ini juga dapat
         membantu pelajar untuk membuat gaya reka yang sesuai dengan bangunan yang hendak direka.
 iv.     Kemasan : Rangka ini digunakan oleh pengkaji untuk memberi maklumat kepada pelajar tentang
         kemasan binaan. Kemasan ialah bahan binaan yang bertindak sebagai paramuka untuk
         sesebuah reka bentuk bangunan. Kemasan memainkan peranan penting dalam menentukan nilai
         estetik sesebuah bangunan. Dalam laman ini pengkaji akan memberi berapa contoh kemasan
         yang digunakan dalam reka bentuk seni bina. Laman ini juga digunakan oleh pengkaji untuk
         merangsang pengetahuan pelajar tentang kemasan yang telah dipelajari dalam semester yang
         lepas untuk dimenafaatkan dalam modul seni reka.
  v.     Struktur : Rangka ini digunakan oleh pengkaji untuk merangsang pengetahuan pelajar berhubung
         dengan struktur binaan sesebuah bangunan. Melalui laman ini pengkaji berharap pelajar akan
         dapat dibantu untuk memudahkan proses pembentukan idea dalam proses sintesis di dalam
         penentuan struktur binaan sesebuah bangunan. Laman ini juga memberi beberapa contoh
         struktur binaan yang terdapat diindustri.
 vi.     Lanskap : Rangka ini dibina oleh pengkaji untuk memberi pendedahan kepada pelajar berhubung
         dengan reka bentuk persekitaran. Keselesaan pengguna wujud dalam sesebuah reka bentuk
         dengan penggunaan elemen lanskap yang sesuai dalam proses reka bentuk. Melalui laman ini
         pengkaji ingin mendedahkan kepada pelajar komponen - komponen penting lanskap yang boleh
         digunakan oleh pelajar dalam proses reka bentuk mereka.
vii.     Konsep : Melalui rangka ini pendedahan akan diberikan kepada pelajar tentang bagaimana
         konsep seni bina boleh mencorakkan hala tuju sesuatu proses reka bentuk. Konsep seni bina
         adalah sketsa dalam bentuk grafik yang mengawal perkembangan idea dalam sesuatu proses
         reka bentuk. Melalui laman ini pelajar berpeluang untuk melihat contoh pembangunan konsep
         dan bagaimana konsep yang telah dibangunkan itu memberi peluang kepada pereka untuk
         mengawal perkembangan idea reka bentuk pereka.
viii.    Forum : Rangka ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk bertukar maklumat
         reka bentuk. Idea dan maklumat boleh disalurkan oleh pelajar melalui laman ini. Ruang ini
         diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan mudah semasa
         proses reka bentuk. Pendekatan ini diharap akan dapat membantu pelajar untuk menghasilkan
         produk reka bentuk yang kreatif. Pelajar diminta untuk memberikan pandangan untuk
         dikongsikan dengan pelajar lain untuk penambahbaikan proses reka bentuk melalui ruangan
         comment yang disediakan pada poll.

Semua maklumat yang ditunjukkan di atas disusun dalam satu laman web dengan menggunakan teori
minimal Carroll. Laman web dalam kajian dibangunkan dengan menggunakan hos percuma di Mobi Site
Galore Versi 5. Contoh rangka laman web yang telah dibangunkan dapat dilihat pada contoh di bawah.




                                                  73
2nd International Malaysian Educational Technology Convention




                                             Rajah 1 Contoh Laman Web

Pembangunan Laman Web
Mobi Site Galore Version 5 adalah merupakan hos percuma yang digunakan untuk membangunkan
laman web untuk digunakan pada peralatan mobil. Hos yang menyediakan tapak percuma ini boleh
dilayari di talian Internet pada alamat seperti yang tertera http://www.mobisitegalore.com/index.html#.
Pembangunan laman web dengan menggunakan hos ini tidak perlu kepada pengetahuan teknikal dan
perisian tidak dimuat turunkan ke dalam komputer. Setelah mendaftar di hos pengguna boleh memilih
templat di laman web mereka. Setelah memilih templat untuk laman web pengguna akan disediakan
dengan laman pengurusan seperti yang tertera di bawah.




                                 Rajah 2 Laman Pengurusan Di Mobi Site Galore


Menurut hos tempuh masa secara purata yang diperlukan untuk membina laman web ialah 54 min dan
sehingga kertas kajian ini ditulis terdapat 19985 orang pengguna telah mendaftar untuk menggunakan
hos ini untuk membina laman web. Laman web yang dibangunkan untuk kertas kajian ini boleh diakses di
alamat seperrti tertera di bawah http:/ / www.kajian_senireka.param.mobi/. Hos untuk laman web ini juga
menyediakan tempat kepada pereka untuk menguji kecekapan laman web yang direka dalam bentuk
masa muat turun yang diperlukan untuk sesuatu laman web seperti yang ditunjukkan di bawah.




                                                                74
2nd International Malaysian Educational Technology Convention




                                 Rajah 3 Laman Pengujian Laman Web

Laman utama untuk web ini dibina dengan menggunakan hos Mobi Site Galore manakala laman
sampingan dibangunkan dengan menggunakan hos Geocities .com manakala data video dan grafik yang
digunakan untuk laman ini disimpan di dalam tempat simpanan data percuma di Internet iaitu di
DriveHQ.com. Tanpa mempunyai pengetahuan teknikal yang pereka boleh menggunakan semua laman
yang dinyatakan dalam membangunkan satu laman web yang boleh digunakan pada peralatan mobil.

Penilaian Formatif Laman Web
Satu penilaian formatif ke atas laman web ini telah dijalankan di Politeknik Port Dickson di mana kesemua
25 pelajar diploma seni bina yang berada di semester akhir telah memberikan respon kepada soal selidik
yang diberikan kepada mereka setelah menggunakan laman web tersebut. Semua pelajar diminta untuk
menjadikan laman web ini sebagai rujukan untuk maklumat reka bentuk sebuah tadika yang diperlukan
untuk keperluan kelas seni reka. Setelah menggunakan laman web sebagai sumber pencarian maklumat
selama satu minggu pelajar memberikan respon kepada soal selidik yang diberikan kepada mereka. Soal
selidik mengandungi 9 soalan yang perlu dijawab oleh pelajar berdasarkan pengalaman mereka setelah
menggunakan laman web sebagai rujukan. Pelajar memberikan respon yang baik ke atas penggunaan
laman web yang merujuk kepada kes sebenar dengan berasaskan teknologi mobil. Pelajar menyatakan
rujukan menggunakan laman web dengan perantaraan teknologi mobil adalah baik atas sebab sebab
berikut :

i.      Ianya telah berjaya merangsang minat pelajar untuk mencari maklumat.
ii.     Ianya menyediakan akses yang mudah kepada pelajar untuk mendapatkan data yang berguna;
iii.    Ianya berfungsi dengan baik
iv.     Ianya telah berjaya merangsang pelajar untuk mengingatkan semula maklumat yang telah di
        pelajari sebelum ini pada modul yang lain.
v.      Ianya     telah    mempercepatkan       masa    pencarian    pelajar untuk  memperolehi
        maklumat yang diperlukan untuk keperluan proses reka bentuk.

Semua pelajar tidak pernah menggunakan teknologi mobil untuk pencarian maklumat sebelum ini.
Kesimpulannya penggunaan teknologi mobil dalam proses pencarian maklumat adalah pendedahan baru
kepada semua pelajar. Apabila ditanya sama ada mereka sanggup untuk mencari maklumat dari laman
web dengan menggunakan teknologi mobil pada masa hadapan, kebanyakan pelajar bersetuju tetapi
terdapat sebahagian kecil dari pelajar yang tidak bersetuju. Pecahan respon dari pelajar adalah seperti
berikut iaitu kira-kira 68% bersetuju, 20% tidak bersetuju dan 12% tiada pandangan. Penggunaan
teknologi mobil dalam pendidikan dijangka akan digunakan dengan lebih meluas pada masa akan datang
apabila teknologi ini dimajukan dan kos peralatan mobil menjadi semakin murah. Pecahan respon dari
pelajar apabila ditanya samada mereka sanggup untuk membeli peralatan mobil seperti PDA dan telefon
bimbit yang ada akses kepada Internet untuk kemudahan pencarian maklumat mereka adalah seperti
berikut iaitu kira kira 56% bersetuju, 38 tidak bersetuju dan 6% tiada pandangan Respon ini menunjukkan
kemampuan dan keinginan pelajar untuk menggunakan teknologi mobil dalam proses pencarian
maklumat adalah baik. Sebanyak 68% pelajar yang dipilih untuk kajian ini mempunyai peralatan mobil
yang digunakan untuk akses kepada Internet tetapi sebahagian besar dari mereka tidak
                                                   75
2nd International Malaysian Educational Technology Convention

menggunakannya untuk melayari Internet. Mereka tidak melayari Internet dengan mengunakan peralatan
mobil kerana tidak mampu untuk menanggung kos. Dapatan ini menunjukkan kos penggunaan teknologi
mobil untuk pencarian maklumat masih tinggi di negara ini. Walaubagaimanapun sebahagian besar
pelajar memberikan respon yang positif dengan keberkesanan penggunaan laman web yang berasaskan
teknologi mobil sebagai sumber pencarian maklumat yang baik untuk modul seni reka. Untuk soalan
samada reka bentuk laman web memberi kemudahan kepada pengguna, 68% pelajar bersetuju yang
reka bentuk laman memudahkan pengguna, 20% pelajar tidak bersetuju reka bentuk laman memudahkan
pengguna dan 12% pelajar tiada pandangan. Dari respon yang diberikan oleh pelajar membuktikan reka
bentuk laman web memberi kepuasan kepada pelajar untuk menggunakannya. Sebahagian besar pelajar
menyatakan yang laman web ini mudah untuk digunakan. 76% pelajar bersetuju yang laman web ini
mudah untuk digunakan dan difahami, 16% pelajar tidak bersetuju dan hanya 8% pelajar tiada
pandangan.

Pelajar yang menyertai kajian ini memberikan beberapa cadangan untuk penambaikan laman web yang
berasaskan teknologi mobil sebagai sumber rujukan iaitu :

              i.   Padatkan dan ringkaskan maklumat untuk memendekkan masa muat turun.
             ii.   Jadikan pelayaran lebih mudah
            iii.   Letak nama dan logo di setiap laman dan jadikan logo disetiap laman mempunyai pautan
                   dengan laman utama.
           iv.     Gunakan pautan pada tajuk penting di laman utama untuk memudahkan navigasi dibuat
                   oleh pelajar semasa berada di laman ini.
            v.     Gunakan tajuk laman yang mudah untuk difahami dan menjelaskan isi kandungan laman
                   dari tajuk yang digunakan.
           vi.     Jangan letak terlalu banyak maklumat pada sesuatu laman kerana ianya akan
                   meningkatkan tempoh muat turun terutamanya pada peralatan mobil.
           vii.    Gunakan fail video yang mempunyai saiz kurang dari 3Mb bagi memendekkan tempoh
                   muat turun fail tersebut.
          viii.    Perbanyakkan hipertek untuk memudahkan navigasi pelajar semasa menggunakan
                   laman ini.

Kesimpulannya kira - kira 70% pelajar bersetuju laman web dengan berasaskan teknologi mobil ini boleh
menjadi sumber rujukan yang baik untuk pelajar bagi kelas reka bentuk. Pelajar juga bersetuju yang
penggunaan laman web dengan menggunakan teknologi mobil ini memudahkan aktiviti pencarian
maklumat pelajar semasa proses reka bentuk. Penggunaan teknologi mobil dalam proses pembelajaran
membuka satu dimensi baru dalam proses pendidikan di mana proses pembelajaran berada di dalam
kawalan pelajar. Dengan penggunaan teknologi mobil masa dan tempat bukan lagi menjadi kekangan
untuk berlakunya proses pembelajaran. Walaubagaimanapun masih banyak kajian perlu dibuat untuk
pembangunan proses pembelajaran dengan menggunakan teknologi mobil.

Cabaran dan Batasan
Pembelajaran dengan menggunakan teknologi mobil telah membentuk satu aras baru dalam proses
pembelajaran. Walaubagaimanapun masih banyak penambaikan diperlukan. Skrin yang kecil dan
keupayaan peralatan yang terhad dalam menyimpan maklumat menjadikan penggunaan peralatan mobil
sebagai alat pembelajaran terbatas kepada proses pembelajaran yang tidak komplek. Seterusnya
peralatan mobil bukan merupakan komputer yang memberi kemudahan kepada pengguna untuk mereka
bentuk laman yang komplek, kerana laman yang komplek sekiranya memerlukan pengguna untuk
menekan lebih dari 10 kali dalam proses untuk mendapatkan maklumat akan meninggalkan kesan yang
negatif kepada pengguna. Semua operasi untuk mendapatkan maklumat bagi laman web yang
berasaskan teknologi mobil hanya memerlukan tiga hingga lima langkah dengan setiap langkah
menyediakan jalan keluar yang mudah kepada pengguna. Seterusnya menaip bukan merupakan kaedah
yang mudah dalam penggunaan peralatan mobil untuk ini reka bentuk laman web yang berasaskan
peralatan mobil perlu menggunakan teknik “SELECT” dan bukan teknik “INPUT” dalam meminta
maklumat dari pengguna (Tariq 2005).

Imej berwarna merupakan cabaran seterusnya dalam pembangunan laman web untuk peralatan mobil.
Bit Vision telah memulakan fasa pertama dalam proses untuk menjadi peneraju dalam pembangunan
warna untuk kegunaan grafik bagi peralatan tanpa wayar. Bit Vision juga telah memperkenalkan satu
teknologi pengimejan yang terkini untuk peralatan mobil dalam format “Portable Network Graphics”
(PNG). Format ini adalah format bitmap yang terkini yang dapat membentuk fail yang kecil dan sesuai
untuk kegunaan peralatan mobil tanpa mengurangkan kualiti imej (Tariq et al. 2005). Berbanding dengan
                                                                76
2nd International Malaysian Educational Technology Convention

penggunaan Internet dengan peralatan yang menggunakan wayar, rangkaian Internet tanpa wayar
menggunakan jalur laluan yang lebih kecil, hubungan talian yang kurang stabil dan kesediaan talian yang
tidak menentu. Disebabkan hayat bateri yang terhad, peralatan mobil mempunyai CPU yang lebih kecil,
ruang ingatan yang lebih kecil, penggunaan tenaga yang terhad, ruang skrin yang kecil serta kaedah
yang berbeza dalam memasukkan maklumat (Tariq et al. 2005). Walaupun peralatan mobil menyediakan
kemudahan untuk akses kepada maklumat tanpa ada batasan masa dan tempat tetapi masih terdapat
kekangan untuk akses kepada Internet tanpa talian pada skala yang lebih besar. Walaubagaimanapun
apabila talian Internet menjadi keperluan dalam kehidupan seharian manusia, maka mereka memerlukan
akses kepada Internet tanpa ada kekangan masa dan tempat serta tidak ada kekangan pada keupayaan
peralatan untuk memuat turunkan maklumat.

Pada hari ini teknologi mobil telah berkembang dengan pesat. Talian 3G yang boleh digunakan pada hari
pada kebanyakan peralatan mobil memberi peluang kepada pengguna untuk memindahkan data pada
kadar 144kb/s sehingga 2Mb/s (Whatis 2007). 3G adalah merupakan generasi ketiga dalam
pembangunan teknologi tanpa wayar terutamanya untuk sektor komunikasi. 3G menawarkan potensi
untuk manusia berhubung pada setiap masa dan di setiap tempat. Di Malaysia, Celcom menawarkan
rangkaian yang mempunyai kelajuan sehingga 384kb/s (Celcom 3G 2008). Celcom 3G juga menawarkan
kepada pengguna kelajuan yang tinggi dalam melayari Internet. Dengan kelajuan yang ada pada talian
3G, pengguna pada hari ini berpeluang untuk memuat turun fail data bersaiz besar dari Internet,
menggunakan telefon bimbit sebagai alat pemain MP3 dan menjalankan konferen video secara langsung
dengan mengguna peralatan mobil. Pembangunan rangkaian 4G membuka peluang yang lebih besar
untuk proses pembelajaran dengan menggunakan peralatan mobil. Rangkaian 4G dijangkakan
mempunyai kelajuan di antara 100Mb/s dan 1G/s untuk aktiviti dalaman dan luaran serta mempunyai ciri
keselamatan yang tinggi (Whatis 2008). Dengan kelajuan yang ada pada talian 4G kos perkhidmatan
pelayaran Internet dengan peralatan mobil akan dapat dikurangkan.

Perbincangan dan Keperluan Masa Hadapan
Dalam kajian ini penilaian yang positif untuk laman web yang berasaskan teknologi mobil menunjukkan
pendekatan pembelajaran dengan menggunakan teknologi mobil boleh menjadi pengganti yang
sempurna untuk pendekatan pembelajaran yang berasaskan komputer. Pelajar dan pensyarah boleh
mendapat menafaat dengan kemudahan untuk akses dengan cepat kepada sumber maklumat.
Perkembangan yang cepat dalam pembangunan teknologi mobil menyediakan peralatan mobil yang lebih
laju dan kapasiti ruang ingatan yang lebih besar berbanding dengan peralatan mobil yang ada sekarang
dimana peralatan mobil ini dapat digunakan untuk memuat turun data dengan lebih cepat dan dapat
memberi peluang kepada pengguna untuk menyimpan lebih banyak maklumat penting di dalam peralatan
mobil. Teknologi mobil menyediakan pendekatan pembelajaran yang ideal untuk mewujudkan komuniti
pembelajaran yang unik di dalam sistem pembelajaran yang berasaskan teknologi seperti politeknik pada
masa hadapan. Walaubagaimanapun masih banyak perkara perlu dimurnikan, dibaiki dan dimajukan
sekiranya teknologi mobil ini hendak dijadikan sebagai media utama dalam proses pembelajaran. Masih
banyak lagi kajian kualitatif dan kuantitatif yang perlu dibuat untuk mendapatkan garis panduan yang
sesuai untuk mengintegrasi teknologi mobil dalam proses pembelajaran. Masa hadapan untuk
penggunaan teknologi ini di dalam proses pembelajaran tidaklah mengecewakan kerana usaha untuk
memajukan teknologi ini masih berterusan. Pada masa hadapan resolusi grafik dan saiz skrin untuk
peralatan mobil dijangka akan menjadi bertambah baik. Seterusnya jika kos pelayaran Internet dengan
peralatan mobil dapat dikurangkan maka sudah pasti teknologi mobil ini sesuai untuk digunakan oleh
pelajar pengajian tinggi di dalam atau di luar kampus.

Rujukan
Anna Trifonova & Marco Ronchetti. (2003). Where is Mobile Learning Going? Dipartimento di Informatica
         e Telecomunicazioni, Universita degli Studi di Trento Italy. E-Learn 2003.
Atwell, J. (2005). The Mobile Technologies and Learning Report. Blackmore Ltd., Shaftesbury, England.
Celcom 3G. 2008. http://www.celcom.com.my/cep/xresources/CelcomCORP/consumer/3g/index.html.
         (atas talian) (23 April 2008)
Chen, Y.S., Kao, T.C., Sheu, J.P. & Chiang, C.Y. (2002). A Mobile Scaffolding-Aid-Based Bird-Watching
         Learning System. In M. Milrad, H.U. Hoppe and Kinshuk (Eds.), IEEE International Workshop on
         Wireless and Mobile Technologies in Education. August 29–30. pp. 15–22. Washington, DC,
         USA: IEEE Computer Society.
Carroll, J.M. (1995). Principles and heuristics for designing minimalist instruction. Technical
         Communications, 42(2), pp. 243-261.
Chen J. & Kinshuk. (2005). Mobile Technology in Educational Services. Journal of Educational
         Multimedia andHypermedia, 14(1), pp. 91-109.
                                                  77
2nd International Malaysian Educational Technology Convention

Colella, V. Borovoy, R. & Resnick, M. (1998). Participatory simulations: Using computational objects to
         learn about dynamic systems. Proceedings of CHI 1998.
Hume. D. (2001). Guide to Web-Based Instruction (online). http://www.moorbrook.demon.co.uk/
         guide.html (20 April 2008) Informa Telecom & Media, 2005. MVNO Strategies: New Business
         Opportunities and Approaches Within the Networked Economy.
Jackson. H.R. (2004). An Overview of Web-Based Learning.
         (online) http://www.knowledgeability.biz/weblearning/ (22 April 2008)
Jonassen, D.H. (1991). Objectivism versus constructivism: do we need a new philosophical paradigm?
         39(3). Educational Technology Research and Development.
Kearsley, G. (1994). Minimalism (J.M. Carroll). (atas talian). http://www.gwu.edu/~tip/carroll.html (19 April
         2008)
Lehner, F. & Nosekabel, H. (2002). The Role of Mobile Devices in E-learning - First Experience with a E-
         learning Environment. In M. Milrad, H.U. Hoppe and Kinshuk (Eds.), IEEE International
         Workshop on Wireless and Mobile Technologies in Education. p103-106. Los Alamitos, USA:
         IEEE Computer Society.
Perkins, D.N. (1986). Knowledge as design. Hillsdale, New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.
         National Centre for Education Statistics. 2003. Digest of Education Statistics, 2002. (atas talian)
         http://nces.ed.gov/programs/digest/d02/index.asp. (18 April 2008)
Scott, D.J. (2002). Japan’s Widespread Use of Cellular Telephones to Access the Internet: Implications
         for Educational Telecommunications. 14th World Conf. On Educational Multimedia, Hypermedia
         and Telecommunications, 2002. Denver, USA. Steinberger, C. 2002. Wireless meets Wireline e-
         Learning. 14th World Conference on Educational Multimedia, Hypermedia and
         Telecommunications, 2002. Denver, CO, USA.
Szabo, M. (1998). Survey of educational technology research. Edmonton: Grant MacEwan Community
         College and Northern Alberta Institute of Technology.
Tariq Rahim Soomro, Moneef Jazzar, Ghulam Qadir Mirbahar, and Syed Mehmood Nqvi. (2005). WAP
         GIS: Approaches & Challenges. Asian Journal of Information Technology. Volume 4, Number 2,
         February.
Tariq Rahim Soomro, M. Nawaz Brohi and Syed Mehmood Naqvi. (2005). Technological Trends of
         Distance Learning: From Web-Based to WAP-Based. (online) http://web.unbc.ca/wccce05/WAP-
         Learning.doc. (23 April 2008)
Trifonova, A. & Ronchetti, M. (2003). Where is Mobile Learning Going? Dipartimento di Informatica e
         Telecomunicazioni, Universita degli Studi di Trento Italy. E-Learn 2003.
Vavoula, G.N. & Sharples, M. (2002). KleOS: A personal, mobile, Knowledge and Learning Organization
         System. In M. Milrad, H. U. Hoppe and Kinshuk (Eds.), IEEE International Workshop on Wireless
         and Mobile Technologies in Education. August 29 - 30, 2002. (pp. 152). Washington, DC, USA:
         IEEE Computer Society.
Whatis (2007). Definition of 3G. (atas talian) http://searchtelecom.techtarget.com/sDefinition/
         0,sid103_gci214486,00.html (4 Nov 2007)
Whatis (2008). Definition of 4G. (atas talian) http://searchmobilecomputing.techtarget.com/sDefinition/
         0,,sid40_gci749934,00.html (24 April 2008)




                                                                78

More Related Content

What's hot

Ict dan pengajaran sejarah
Ict dan pengajaran sejarahIct dan pengajaran sejarah
Ict dan pengajaran sejarahMazliza Maz
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauanhidadaus
 
Powerpoint ulasan artikel
Powerpoint ulasan artikelPowerpoint ulasan artikel
Powerpoint ulasan artikelSupra Mani
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaranKata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaranZaidi Othman
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanMohammad Nusi
 
Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan
Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikanIsu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan
Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikanRenee Evelyn
 
Tugasan 3: Kajian Tinjauan
Tugasan 3: Kajian TinjauanTugasan 3: Kajian Tinjauan
Tugasan 3: Kajian Tinjauansuhaimi zulkipli
 
Artikel 40 kpt6043 rumusan
Artikel 40 kpt6043   rumusanArtikel 40 kpt6043   rumusan
Artikel 40 kpt6043 rumusanmahnikpt6043
 
Amalan e-pembelajaran IPT Malaysia
Amalan e-pembelajaran IPT MalaysiaAmalan e-pembelajaran IPT Malaysia
Amalan e-pembelajaran IPT MalaysiaMohamed Amin Embi
 
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKANCABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKANSuhaili Hanafi
 
Ict dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanIct dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanummuha
 
Penggunaan e learning
Penggunaan e learning Penggunaan e learning
Penggunaan e learning Azizul84
 
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...Rini Hafzah Abdul Rahim
 
Kajian mengenai penggunaan e
Kajian mengenai penggunaan eKajian mengenai penggunaan e
Kajian mengenai penggunaan epikseechan
 

What's hot (20)

Ict dan pengajaran sejarah
Ict dan pengajaran sejarahIct dan pengajaran sejarah
Ict dan pengajaran sejarah
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauan
 
Powerpoint ulasan artikel
Powerpoint ulasan artikelPowerpoint ulasan artikel
Powerpoint ulasan artikel
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
 
Kajian Web
Kajian WebKajian Web
Kajian Web
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 
Isu bahasa arab
Isu bahasa arabIsu bahasa arab
Isu bahasa arab
 
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaranKata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauan
 
E learning
E learningE learning
E learning
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan
Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikanIsu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan
Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan
 
Tugasan 3: Kajian Tinjauan
Tugasan 3: Kajian TinjauanTugasan 3: Kajian Tinjauan
Tugasan 3: Kajian Tinjauan
 
Artikel 40 kpt6043 rumusan
Artikel 40 kpt6043   rumusanArtikel 40 kpt6043   rumusan
Artikel 40 kpt6043 rumusan
 
Amalan e-pembelajaran IPT Malaysia
Amalan e-pembelajaran IPT MalaysiaAmalan e-pembelajaran IPT Malaysia
Amalan e-pembelajaran IPT Malaysia
 
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKANCABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
 
Ict dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanIct dalam pendidikan
Ict dalam pendidikan
 
Penggunaan e learning
Penggunaan e learning Penggunaan e learning
Penggunaan e learning
 
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
 
Kajian mengenai penggunaan e
Kajian mengenai penggunaan eKajian mengenai penggunaan e
Kajian mengenai penggunaan e
 

Similar to Artikel Teknologi Mobile

Artikel 40 kpt6043 rumusan
Artikel 40 kpt6043   rumusanArtikel 40 kpt6043   rumusan
Artikel 40 kpt6043 rumusanmahnikpt6043
 
Kpt6044 keberkesanan penyampaian kuliah menggunakan teknologi-
Kpt6044 keberkesanan penyampaian kuliah menggunakan teknologi-Kpt6044 keberkesanan penyampaian kuliah menggunakan teknologi-
Kpt6044 keberkesanan penyampaian kuliah menggunakan teknologi-zaharahzainal
 
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdf
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdfTahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdf
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdfcombi07
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhvincentraj74
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksionalshamsuhaila85
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalshamsuhaila85
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)juelieyza
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauanidahazira
 
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 JurnalPenulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 JurnalSandhrigah Krishnan
 
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi
 PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasiSchaRizz Al-Jamalullail
 
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka...
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka...PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka...
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka...Syarifah Sakinah
 
Ict dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanIct dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanYaya Nadieya
 
Analisis jurnal kpt 6044
Analisis jurnal kpt 6044Analisis jurnal kpt 6044
Analisis jurnal kpt 6044Amy Myza
 
Ict dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanIct dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanYaya Nadieya
 
Ulasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learningUlasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learningniakpt6043
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 finalAman Shah
 

Similar to Artikel Teknologi Mobile (20)

Artikel 40 kpt6043 rumusan
Artikel 40 kpt6043   rumusanArtikel 40 kpt6043   rumusan
Artikel 40 kpt6043 rumusan
 
Kpt6044 keberkesanan penyampaian kuliah menggunakan teknologi-
Kpt6044 keberkesanan penyampaian kuliah menggunakan teknologi-Kpt6044 keberkesanan penyampaian kuliah menggunakan teknologi-
Kpt6044 keberkesanan penyampaian kuliah menggunakan teknologi-
 
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdf
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdfTahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdf
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdf
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuh
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksional
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
 
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 JurnalPenulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 
Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
 
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi
 PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi
 
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka...
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka...PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka...
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka...
 
Ict dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanIct dalam pendidikan
Ict dalam pendidikan
 
Analisis jurnal kpt 6044
Analisis jurnal kpt 6044Analisis jurnal kpt 6044
Analisis jurnal kpt 6044
 
Frog vle
Frog vleFrog vle
Frog vle
 
Ict dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanIct dalam pendidikan
Ict dalam pendidikan
 
Ulasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learningUlasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learning
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 final
 

Recently uploaded

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 

Recently uploaded (11)

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 

Artikel Teknologi Mobile

  • 1. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Pencarian Maklumat Menggunakan Laman Web Berasaskan Teknologi Mobil Untuk Pelajar Diploma Seni Bina Di Politeknik Port Dickson Dr. Mohd Arif, Ismail, *Isham Shah, Hassan, +Dr. Rosnaini Mahmud3 Universiti Kebangsaan Malaysia, *Politeknik Port Dickson, +Universiti Putra Malaysia Abstrak Komputer dan internet telah berjaya menyediakan berbagai perkhidmatan pembelajaran di atas talian kepada pelajar. Perkembangan pesat teknologi mobil telah dapat mewujudkan lebih banyak kemudahan pembelajaran melalui penggunaan PDA dan telefon bimbit. Dengan menyediakan perkhidmatan pendidikan tanpa wayar, institusi pendidikan dapat menyediakan lebih banyak kemudahan kepada pelajar dalam proses pencarian maklumat tanpa perlu menyediakan banyak komputer kepada pelajar. Dengan menggunakan perkhidmatan pendidikan yang berasaskan teknologi mobil, pelajar dan pensyarah boleh akses kepada maklumat tanpa ada batasan masa dan tempat. Penulisan ini membincangkan kemungkinan yang ada dalam menyediakan laman web yang berasaskan kes sebenar dengan menggunakan teknologi mobil untuk memudahkan pencarian maklumat pelajar diploma seni bina di Politeknik Port Dickson. Penggunaan laman web yang berasaskan teknologi mobil ini mendedahkan pelajar kepada pendekatan yang baru dalam proses pencarian maklumat. Laman web yang berasaskan teknologi mobil ini bukan untuk menidakkan kaedah secara konvensional dalam proses pencarian maklumat tetapi teknologi mobil ini diharapkan akan bertindak sebagai pembantu kepada proses pencarian bagi mempercepatkan proses pencarian dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk aktiviti pencetusan idea dalam proses reka bentuk. Kajian kes merupakan pendekatan penting dalam proses pembelajaran seni bina. Dengan menggunakan pendekatan kajian kes pelajar dapat menganalisa, menilai dan membuat perbandingan ke atas reka bentuk bangunan seni bina. Hipermedia dalam bentuk laman web melalui teknologi mobil dijangka akan dapat membantu pelajar dalam proses pencarian maklumat. Penulisan ini membincangkan strategi yang di ambil oleh pengkaji dalam menyediakan laman web dengan menggunakan teknologi mobil. Satu penilaian formatif telah dibuat oleh pengkaji dalam melihat persepsi pelajar ke atas penggunaan laman web dalam proses pembelajaran modul seni reka. Penilaian yang positif diberikan oleh pelajar diploma seni bina Politeknik Port Dickson ke atas penggunaan laman web yang berasaskan teknologi mobil dalam proses pencarian maklumat. Pendahuluan Pada hari ini perkembangan teknologi telah mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Perkembangan teknologi maklumat telah membawa implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Ianya telah dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Sejak sedekad yang lalu teknologi komputer telah memainkan peranan yang besar dalam pembangunan pendidikan di negara ini. Sejak kebelakangan ini pembangunan yang drastik di dalam teknologi mobil telah menjanjikan satu revolusi yang baru dalam dunia pendidikan. Teknologi mobil berkembang dengan pesat pada hari ini di mana jumlah pengguna telefon bimbit di seluruh dunia pada penghujung 2004 ialah 91 juta pengguna dan meningkat kepada 1.5 billion pada Jun 2005 dan dijangka meningkat kepada 3 billion pengguna menjelang tahun 2010 (Informa 2005). Jumlah ini merangkumi 43 % dari penduduk dunia. Manakala menurut Laporan Pembelajaran Berasaskan Teknologi Mobil (Atwell 2005) menjelang pertengahan tahun 2005 pengguna telefon bimbit adalah tiga kali lebih banyak dari pengguna komputer peribadi dan pada hari ini telefon bimbit yang baru mempunyai keupayaan yang sama dengan keupayaan komputer peribadi pada pertengahan tahun 90 an. Atwell (2005) menjelaskan teknologi mobil boleh memberi peluang baru kepada kehidupan manusia termasuklah bidang pendidikan. Di Malaysia pula bilangan pengguna telefon bimbit berdaftar ialah seramai 4.6 juta pada tahun 2000 dan telah meningkat kepada 19.5 juta pada tahun 2005 dan dijangka meningkat kepada 24.4 juta pada tahun 2010 (SKMK 2007). Menurut Steinberger (2002) sehingga tahun 2004 kira - kira 63 juta peralatan mobil telah dijual kepada pengguna di mana 38% darinya adalah telefon pintar yang menggabungkan kefungsian PDA dengan ciri-ciri untuk komunikasi. Kepentingan penggunaan teknologi mobil dalam pendidikan semakin menjadi kenyataan Scott (2002) dimana kenyataan ini diperkukuhkan lagi oleh DoCoMo yang menyatakan hampir 37% penduduk Jepun menggunakan telefon bimbit yang berkemampuan untuk akses kepada internet dengan baik. Peralatan peralatan teknologi mobil seperti telefon bimbit, mini komputer dan pembantu digital peribadi (PDA) menjadi semakin murah dan mudah untuk digunakan. Menurut satu kajian dari Microsoft, pada akhir tahun 2002, hampir 100 juta pembantu digital peribadi (PDA) digunakan di seluruh dunia. Di Malaysia
  • 2. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention menurut kajian daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (2007) kira-kira 70.4% dari penduduk di Malaysia menggunakan telefon mudah alih. Perkembangan yang cepat dalam penggunaan teknlogi mobil telah mewujudkan satu cabaran baru kepada institusi pendidikan di Malaysia untuk menyediakan satu pendekatan baru dalam proses pendidikan. Proses pembelajaran yang menggunakan teknologi mobil adalah satu dimensi baru dalam dunia pendidikan yang menggabungkan teknologi mobil dengan e pembelajaran. Pembelajaran yang berasaskan laman web telah menjadi satu media yang biasa di dalam dunia pendidikan pada hari ini. Hari ini terdapat banyak universiti secara maya dan laman web yang menawarkan teknik pendekatan pendidikan yang menarik kepada pengguna. Pendekatan pembelajaran di dalam bilik kuliah sudah menjadi satu pendekatan pembelajaran yang kurang menarik perhatian pelajar kerana pendekatan ini bersifat tradisional dimana ianya lebih berpusat kepada pensyarah daripada berpusat kepada pelajar, aktiviti hanya terkongkong dalam ruang yang terhad, maklumat hanya bergantung kepada nota dan buku teks yang dibekalkan serta ianya tidak mengajar pelajar untuk menyelesaikan masalah yang telah dikenalpasti oleh mereka (Hume 2001). Pembelajaran berasaskan laman web adalah satu pendekatan pembelajaran yang menggunan talian internet sebagai media penghantaran dan penyampaian maklumat (Jackson 2004).World Wide Web (www) membenarkan penghantaran maklumat bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi penghantaran maklumat dalam bentuk grafik, video dan audio melalui internet dari satu komputer kepada komputer yang lain. Walau bagaimanapun pembelajaran berasaskan laman web dengan menggunakan komputer masih mempunyai kekangan dari aspek masa dan tempat dimana server dan komputer yang digunakan sebagai media penyampaian masih tidak dapat digunakan dalam keadaan bebas tanpa ada kekangan masa dan tempat. Kewujudan teknologi baru seperti WAP (Protokol Aplikasi Wayarles) dan GPRS (Perkhidmatan Radio Paket Am) menawarkan institusi pendidikan dengan peralatan tambahan dimana WAP dan GPRS membenarkan pelajar dan pensyarah untuk akses kepada Internet di mana saja dan pada bila-bila masa, melalui pelayar mikro dengan menggunakan peralatan mobil (Tariq et al. 2005). Perkembangan yang pesat kepada teknologi mobil pada hari ini telah menyediakan satu pendekatan baru dalam kaedah pembelajaran yang dikenali sebagai pembelajaran berasaskan WAP atau pembelajaran yang berasaskan teknologi mobil. Menurut Chen dan Kinshuk (2005) perkhidmatan pendidikan yang berasaskan teknologi mobil adalah merupakan sumber pembelajaran yang mudahalih dan boleh diakses oleh pelajar tanpa mengira masa dan tempat. Bagi menjadikan suasana pembelajaran berasaskan teknologi mobil bersifat dinamik, maklumat pembelajaran yang disediakan perlu bersedia membekalkan maklumat tanpa mengira masa dan tempat (Chen dan Kinshuk 2005). Pembelajaran berasaskan teknologi mobil telah dianggap sebagai masa depan baru dalam sistem pendidikan. Ada banyak kerja- kerja penyelidikan yang sedang dijalankan ke atas pembelajaran yang berasaskan teknologi mobil. Banyak kajian ingin melihat bagaimana penambahbaikan boleh dibuat ke atas sistem pendidikan dengan menggunakan teknologi mobil. Kertas kajian ini melihat bagaimana laman web dapat membantu pelajar dalam proses pencarian maklumat untuk modul seni reka bagi pelajar diploma seni bina di Politeknik Port Dickson. Laman web yang dibangunkan untuk kajian ini adalah berasaskan teknologi mobil dan dibangunkan dengan menggunakan tapak pembangunan web untuk peralatan mobil secara percuma di Internet. Laman web yang dibangunkan akan digunakan oleh pelajar seni bina untuk kelas seni reka sebagai tempat rujukan untuk mendapatkan maklumat bagi membantu pelajar dalam proses reka bentuk. Akhir sekali kertas kajian ini akan melihat cabaran dan batasan untuk pembelajaran berasaskan teknologi mobil pada masa hadapan. Pendidikan Berasaskan Teknologi Mobil Penggunaan teknologi mobil dalam pendidikan bukanlah merupakan satu perkara yang baru. Terdapat banyak pandangan dalam mendefinasikan pendidikan mobil. Lehner dan Nosekabel (2002) menjelaskan pendidikan mobil sebagai satu perkhidmatan dan kemudahan yang membekalkan pengguna dengan maklumat elektronik secara am dan kandungan pendidikan yang membantu pencarian tanpa mengira masa dan tempat. Vavoula dan Sharples (2002) menjelaskan terdapat tiga cara di mana pembelajaran boleh diambilkira sebagai mobil iaitu pembelajaran itu mobil di dalam ruang, pembelajaran itu mobil dalam pelbagai aspek kehidupan dan pembelajaran itu mobil tanpa batasan masa. Menurut Anna et.al. (2003) pendidikan berasaskan teknologi mobil adalah kaedah pembelajaran yang menggunakan media kecil, mudahalih dan tidak mewujudkan gangguan dalam setiap aspek kehidupan. Dari definasi di atas kesimpulan boleh dibuat pendidikan berasaskan teknologi mobil adalah sistem pendidikan yang berupaya untuk menyampaikan maklumat pada setiap masa dan tempat mengikut keperluan pelajar dan pelajar itu boleh merupakan pelajar sepenuh masa atau pelajar separuh masa yang tidak berada di kampus. Aktiviti pembelajaran boleh disempurnakan walaupun pelajar dan guru berada dalam keadaan “mobil”. 70
  • 3. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Rekabentuk Pendidikan Untuk Teknologi Mobil Sebagai satu gelombang baru dalam pendidikan, pembelajaran berasaskan teknologi mobil memberikan banyak menafaat dengan ciri – ciri yang tertentu iaitu Chen et. al. (2002): 1. Keperluan pembelajaran yang tinggi. 2. Inisiatif sendiri dalam pencarian maklumat. 3. Prasarana pembelajaran yang mobil. 4. Proses pembelajaran yang interaktif. 5. Menentukan aktiviti aktiviti penerangan. 6. Maklumat pembelajaran yang diintegrasikan. Untuk ini pendidikan berasaskan teknologi mobil perlu kepada rekabentuk dan model yang tersendiri. Dalam suasana pembelajaran tradisional, semua aktiviti seperti kuliah, tugasan, perbincangan dan persembahan berlaku pada masa dan tempat yang ditetapkan. Pendidikan berasaskan komputer meja berlaku pada tempat yang mempunyai hubungan talian. Manakala pendidikan berasaskan teknologi mobil berlaku pada tempat yang tidak bergantung pada hubungan talian dan berlaku tanpa bergantung kepada talian dengan tidak mengambilkira masa dan tempat. Ini adalah merupakan langkah awal kepada pelajar untuk menentukan masa pembelajaran mereka sendiri dan memberi pendekatan baru kepada pembelajaran sepanjang hayat. Perubahan dari pembelajaran berasaskan komputer meja kepada pembelajaran berasaskan teknologi mobil memberi peluang baru untuk pelajar menentukan aktiviti pembelajaran mereka sendiri dan meningkatkan kecekapan pertukaran maklumat di antara pelajar dan tenaga pengajar. Menurut Chen dan Kinshuk (2005) perkhidmatan pendidikan yang berasaskan teknologi mobil adalah merupakan sumber pembelajaran yang mudahalih dan boleh diakses oleh pelajar tanpa mengira masa dan tempat. Bagi menjadikan suasana pembelajaran berasaskan teknologi mobil bersifat dinamik, maklumat pembelajaran yang disediakan perlu bersedia membekalkan maklumat tanpa mengira masa dan tempat (Chen dan Kinshuk 2005). Sistem pembelajaran juga perlu direkabentuk dimana maklumat yang dibekalkan kepada pelajar boleh dipilih oleh pelajar mengikut keperluan mereka. Sistem yang dibentuk juga perlu dapat memberi kemudahan kepada pelajar untuk menukar keperluan maklumat mengikut keperluan mereka sebagai contoh pelajar dapat menukar modul dengan mudah semasa proses pembelajaran (Chen dan Kinshuk 2005). Rekabentuk sistem pendidikan yang berasaskan teknologi mobil perlulah bersifat dinamik, boleh diubahsuai dengan mudah dan dapat digunapakai pada setiap masa dan tempat. Kesimpulannya rekabentuk sistem pendidikan yang berasaskan teknologi mobil perlulah dapat diadaptasikan oleh pengguna pada setiap masa dan keadaan. Pendekatan Pedagogi Untuk Sistem Pendidikan Berasaskan Teknologi Mobil Proses pembelajaran di dalam bilik kuliah memerlukan strategi pembelajaran yang betul bagi memastikan maklumat yang disampaikan akan dapat diterima dengan baik oleh pelajar. Begitu juga di dalam sistem pendidikan yang berasaskan teknologi mobil pendekatan pedagogi yang betul adalah di antara faktor penting di dalam menentukan keberkesanan sistem pendidikan tersebut. Kebanyakan pendekatan pedagogi yang ada dalam teori pendidikan pada hari ini gagal untuk mengenalpasti keunikan proses pembelajaran yang berasaskan teknologi mobil. Kebanyakan pendekatan pedagogi pendidikan yang ada pada hari ini dibina dengan berasaskan proses pembelajaran di bilik kuliah dan berpusatkan kepada pensyarah. Sebarang pendekatan pedagogi untuk proses pembelajaran yang berasaskan teknologi perlulah mengambilkira proses pembelajaran yang dinamik, boleh berlaku di luar dari bilik kuliah tanpa adaa batsan masa dan tempat. Pendidikan adalah merupakan satu proses pembinaan pengetahuan yang melibatkan aktiviti yang dapat menjana pengetahuan. Di dalam pendekatan konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan oleh pendidik tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Secara umumnya pelajar akan belajar melalui pengalaman yang diperolehi secara sendiri. Menurut Jonassen (1991) pengetahuan seseorang individu berasaskan kepada persepsi fizikal dan pengalaman sosial yang difahami oleh akal fikiran seseorang. Manakala menurut Perkins (1986) pengetahuan adalah terbina hasil dari reka bentuk pelajar di dalam minda di mana pengetahuan dibentuk bila pelajar terlibat secara aktif di dalam proses pembentukan pengetahuan dan bukan hanya mengintepretasi dan menerima apa yang diberikan kepada mereka.Pendekatan konstruktivisme digunakan ke atas kajian yang dibuat oleh Colella et. al (2000) untuk mengkaji penggunaan teknologi mobil dalam pembelajaran penyebaran dan pembiakan virus. Di dalam kajian tersebut Colella et. al (2000) telah menggunakan kaedah penglibatan secara simulasi. Setiap pelajar yang dipilih sebagai sampel kajian telah dibekalkan dengan peralatan mudah alih untuk menjalankan kajian ini. Objektif utama proses pembelajaran ialah bagaimana pelajar dapat menghayati proses di mana virus merebak. Dapatan 71
  • 4. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention kajian menunjukkan respon yang positif daripada pelajar di mana mereka menyatakan proses pemahaman mereka terhadap apa yang dipelajari berlaku dengan lebih cepat. Kaedah ini membuktikan pendekatan pedagogi konstruktivisme boleh digunakan dalam sistem pendidikan yang berasaskan teknologi mobil. Bagi kajian ini pendekatan konstruktivisme digunakan dalam pembangunan laman web yang berasaskan teknologi mobil. Teori yang digunakan untuk pembangunan laman web ini ialah teori Minimal Carroll. Teori ini berpusat kepada pembangunan alat bantuan mengajar yang berasaskan teknologi maklumat. Menurut Kearsley. G (1994) perancangan proses pengajaran yang berasaskan teknologi maklumat perlulah mengurangkan bahan penerangan yang boleh mengganggu proses pembelajaran dan memberi fokus kepada reka bentuk aktiviti yang menggalakkan aktiviti terarah. Kearsley. G (1994) juga menjelaskan penerangan untuk aktiviti pembelajaran yang berasaskan teknologi maklumat akan jadi lebih berkesan sekiranya jumlah bacaan dikurangkan dan memberi peluang kepada pelajar untuk cuba mencari penjelasan secara kendiri. Menurut Kearsley. G (1994) teori ini mencadangkan perkara di bawah untuk proses pembelajaran berasaskan teknologi maklumat iaitu : 1. Semua aktiviti pembelajaran perlulah bermakna dan terkawal 2. Mengurangkan bahan bacaan dan maklumat yang pasif 3. Memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan pelayaran dengan secepat mungkin Dalam perancangan laman web multimedia interaktif dengan teori minima Carroll (1995) ,Kearsley. G (1994) menjelaskan pelajar perlu diberi peluang terlibat dengan aktiviti bermakna dengan secepat mungkin. Cadangan ini disokong oleh Jones dan Farquhar (1997) yang mencadangkan dalam reka bentuk laman web, maklumat penting perlu diletakkan pada bahagian atas laman web. Jones dan Farquhar (1997) juga menjelaskan supaya tajuk untuk laman web ini direka bentuk dengan menggunakan ruang yang kecil dan mengurangkan aktiviti skrol di laman web. Teori Minima Carroll (1995) juga menjelaskan bahan penerangan berasaskan teknologi maklumat perlulah mengurangkan maklumat yang boleh mengganggu proses pembelajaran. Maklumat ini disokong oleh Gillani & Relan (1997) yang menyatakan rangka asas reka bentuk laman web perlu mudah dan konsisten dalam penggunaan teks, grafik dan bunyi. Berkaitan dengan perkara yang sama Fahy (1999) menjelaskan reka bentuk laman perlu tersusun dan mempunyai tempoh muat turun yang kurang dari 30 saat. Untuk memastikan perkara ini, maklumat grafik perlulah dikawal dengan baik. Fahy (1999) juga menjelaskan bagi memastikan masa muat turun dikurangkan maka penggunaan Java applet perlulah dielakkan kerana ianya akan meningkatkan masa muat turun. Fahy (1999) juga menyatakan efek grafik perlu dikurangkan, bilangan warna untuk tek juga perlu diminimakan serta warna latar yang sesuai perlu digunakan supaya laman web yang dibangunkan itu mudah untuk dibaca. Untuk kajian ini pengkaji membangunkan laman web multimedia interaktif dengan menggunakan teori minima Carroll (1995). Diharapkan pembangunan laman web multimedia interaktif yang merujuk kepada kes sebenar dapat membantu pelajar untuk mendapatkan keperluan maklumat dengan mudah. Maklumat yang mudah dicapai dari laman yang ringkas dan padat diharap akan dapat membantu pelajar untuk menghasilkan produk reka bentuk seni bina yang kreatif. Kandungan Laman Web Kajian ini menawarkan satu pendekatan baru dalam penyampaian maklumat di politeknik. Kajian ke atas kes sebenar adalah merupakan satu bentuk pencarian maklumat yang penting dalam sistem pendidikan seni bina. Kajian ini memberi penekanan kepada penggunaan laman web melalui teknologi mobil yang memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan bangunan yang sama dengan projek yang hendak direka bentuk. Melalui laman web ini juga pelajar berpeluang untuk mengkaji bahagian yang berbeza yang membentuk sebuah bangunan. Laman web yang dibina dengan pendekatan kajian kes melalui teknologi multimedia interaktif memberi peluang kepada laman web ini menjadi sumber maklumat yang menarik. Laman web digunakan oleh pelajar semasa proses pencarian maklumat di peringkat awal proses reka bentuk. Rangka maklumat yang digunakan oleh pengkaji untuk di gunakan dalam menyediakan laman web ini adalah berpandukan kepada rangka Vijayalakshmi (1997). Dengan berasaskan teori minimal Carroll (1995) pengkaji membangunkan laman web dengan rangka maklumat seperti di bawah : i. Pengenalan : Rangka ini menyediakan penerangan ringkas tentang latarbelakang bangunan, arkitek, pengguna utama dan maklumat keseluruhan projek. Sebagai contoh sekiranya tadika adalah projek yang akan dibangunkan oleh pelajar maka laman web yang dibangunkan untuk rujukan pelajar ialah berkenaan dengan tadika. Di mana melalui laman web ini pelajar akan dapat maklumat berhubung dengan fungsi utama sesebuah bangunan. Laman ini menerangkan 72
  • 5. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention matlamat utama sesebuah bangunan dan apakah ciri ciri yang perlu ada dalam reka bentuk sebuah bangunan untuk memastikan bangunan yang direka akan dapat memenuhi kehendak pengguna. Kefahaman tentang fungsi ruang membantu pelajar untuk mereka bentuk ruang yang dapat mengikut kehendak pengguna. ii. Contoh Bangunan : Rangka ini digunakan oleh pengkaji untuk memberi panduan kepada pelajar tentang contoh bangunan yang telah direka yang ada hubungan dengan projek yang diberikan kepada pelajar. Melalui laman ini pelajar mengkaji contoh bangunan yang telah dibina untuk dijadikan panduan dalam proses reka bentuk. Melalui laman ini juga analisa boleh dibuat oleh pelajar berhubung dengan kekuatan dan kelemahan reka bentuk bangunan yang telah dibina untuk dijadikan panduan. iii. Gayareka : Rangka ini digunakan oleh pengkaji untuk mendedahkan pelajar kepada gaya reka yang sesuai untuk digunakan dalam proses reka bentuk. Gaya reka membentuk identiti ke atas bangunan yang direka. Laman ini mendedahkan pelajar kepada beberapa jenis gaya reka utama yang banyak mempengaruhi gaya reka bangunan di Malaysia. Melalui laman ini pengkaji mendedahkan kepada pelajar contoh – contoh gaya reka seperti modern, hi tech, post modern dan de con. Pendedahan contoh – contoh bangunan yang menggunakan gaya reka di atas memudahkan pembangunan idea pelajar semasa proses reka bentuk. Pendedahan ini juga dapat membantu pelajar untuk membuat gaya reka yang sesuai dengan bangunan yang hendak direka. iv. Kemasan : Rangka ini digunakan oleh pengkaji untuk memberi maklumat kepada pelajar tentang kemasan binaan. Kemasan ialah bahan binaan yang bertindak sebagai paramuka untuk sesebuah reka bentuk bangunan. Kemasan memainkan peranan penting dalam menentukan nilai estetik sesebuah bangunan. Dalam laman ini pengkaji akan memberi berapa contoh kemasan yang digunakan dalam reka bentuk seni bina. Laman ini juga digunakan oleh pengkaji untuk merangsang pengetahuan pelajar tentang kemasan yang telah dipelajari dalam semester yang lepas untuk dimenafaatkan dalam modul seni reka. v. Struktur : Rangka ini digunakan oleh pengkaji untuk merangsang pengetahuan pelajar berhubung dengan struktur binaan sesebuah bangunan. Melalui laman ini pengkaji berharap pelajar akan dapat dibantu untuk memudahkan proses pembentukan idea dalam proses sintesis di dalam penentuan struktur binaan sesebuah bangunan. Laman ini juga memberi beberapa contoh struktur binaan yang terdapat diindustri. vi. Lanskap : Rangka ini dibina oleh pengkaji untuk memberi pendedahan kepada pelajar berhubung dengan reka bentuk persekitaran. Keselesaan pengguna wujud dalam sesebuah reka bentuk dengan penggunaan elemen lanskap yang sesuai dalam proses reka bentuk. Melalui laman ini pengkaji ingin mendedahkan kepada pelajar komponen - komponen penting lanskap yang boleh digunakan oleh pelajar dalam proses reka bentuk mereka. vii. Konsep : Melalui rangka ini pendedahan akan diberikan kepada pelajar tentang bagaimana konsep seni bina boleh mencorakkan hala tuju sesuatu proses reka bentuk. Konsep seni bina adalah sketsa dalam bentuk grafik yang mengawal perkembangan idea dalam sesuatu proses reka bentuk. Melalui laman ini pelajar berpeluang untuk melihat contoh pembangunan konsep dan bagaimana konsep yang telah dibangunkan itu memberi peluang kepada pereka untuk mengawal perkembangan idea reka bentuk pereka. viii. Forum : Rangka ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk bertukar maklumat reka bentuk. Idea dan maklumat boleh disalurkan oleh pelajar melalui laman ini. Ruang ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan mudah semasa proses reka bentuk. Pendekatan ini diharap akan dapat membantu pelajar untuk menghasilkan produk reka bentuk yang kreatif. Pelajar diminta untuk memberikan pandangan untuk dikongsikan dengan pelajar lain untuk penambahbaikan proses reka bentuk melalui ruangan comment yang disediakan pada poll. Semua maklumat yang ditunjukkan di atas disusun dalam satu laman web dengan menggunakan teori minimal Carroll. Laman web dalam kajian dibangunkan dengan menggunakan hos percuma di Mobi Site Galore Versi 5. Contoh rangka laman web yang telah dibangunkan dapat dilihat pada contoh di bawah. 73
  • 6. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Rajah 1 Contoh Laman Web Pembangunan Laman Web Mobi Site Galore Version 5 adalah merupakan hos percuma yang digunakan untuk membangunkan laman web untuk digunakan pada peralatan mobil. Hos yang menyediakan tapak percuma ini boleh dilayari di talian Internet pada alamat seperti yang tertera http://www.mobisitegalore.com/index.html#. Pembangunan laman web dengan menggunakan hos ini tidak perlu kepada pengetahuan teknikal dan perisian tidak dimuat turunkan ke dalam komputer. Setelah mendaftar di hos pengguna boleh memilih templat di laman web mereka. Setelah memilih templat untuk laman web pengguna akan disediakan dengan laman pengurusan seperti yang tertera di bawah. Rajah 2 Laman Pengurusan Di Mobi Site Galore Menurut hos tempuh masa secara purata yang diperlukan untuk membina laman web ialah 54 min dan sehingga kertas kajian ini ditulis terdapat 19985 orang pengguna telah mendaftar untuk menggunakan hos ini untuk membina laman web. Laman web yang dibangunkan untuk kertas kajian ini boleh diakses di alamat seperrti tertera di bawah http:/ / www.kajian_senireka.param.mobi/. Hos untuk laman web ini juga menyediakan tempat kepada pereka untuk menguji kecekapan laman web yang direka dalam bentuk masa muat turun yang diperlukan untuk sesuatu laman web seperti yang ditunjukkan di bawah. 74
  • 7. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Rajah 3 Laman Pengujian Laman Web Laman utama untuk web ini dibina dengan menggunakan hos Mobi Site Galore manakala laman sampingan dibangunkan dengan menggunakan hos Geocities .com manakala data video dan grafik yang digunakan untuk laman ini disimpan di dalam tempat simpanan data percuma di Internet iaitu di DriveHQ.com. Tanpa mempunyai pengetahuan teknikal yang pereka boleh menggunakan semua laman yang dinyatakan dalam membangunkan satu laman web yang boleh digunakan pada peralatan mobil. Penilaian Formatif Laman Web Satu penilaian formatif ke atas laman web ini telah dijalankan di Politeknik Port Dickson di mana kesemua 25 pelajar diploma seni bina yang berada di semester akhir telah memberikan respon kepada soal selidik yang diberikan kepada mereka setelah menggunakan laman web tersebut. Semua pelajar diminta untuk menjadikan laman web ini sebagai rujukan untuk maklumat reka bentuk sebuah tadika yang diperlukan untuk keperluan kelas seni reka. Setelah menggunakan laman web sebagai sumber pencarian maklumat selama satu minggu pelajar memberikan respon kepada soal selidik yang diberikan kepada mereka. Soal selidik mengandungi 9 soalan yang perlu dijawab oleh pelajar berdasarkan pengalaman mereka setelah menggunakan laman web sebagai rujukan. Pelajar memberikan respon yang baik ke atas penggunaan laman web yang merujuk kepada kes sebenar dengan berasaskan teknologi mobil. Pelajar menyatakan rujukan menggunakan laman web dengan perantaraan teknologi mobil adalah baik atas sebab sebab berikut : i. Ianya telah berjaya merangsang minat pelajar untuk mencari maklumat. ii. Ianya menyediakan akses yang mudah kepada pelajar untuk mendapatkan data yang berguna; iii. Ianya berfungsi dengan baik iv. Ianya telah berjaya merangsang pelajar untuk mengingatkan semula maklumat yang telah di pelajari sebelum ini pada modul yang lain. v. Ianya telah mempercepatkan masa pencarian pelajar untuk memperolehi maklumat yang diperlukan untuk keperluan proses reka bentuk. Semua pelajar tidak pernah menggunakan teknologi mobil untuk pencarian maklumat sebelum ini. Kesimpulannya penggunaan teknologi mobil dalam proses pencarian maklumat adalah pendedahan baru kepada semua pelajar. Apabila ditanya sama ada mereka sanggup untuk mencari maklumat dari laman web dengan menggunakan teknologi mobil pada masa hadapan, kebanyakan pelajar bersetuju tetapi terdapat sebahagian kecil dari pelajar yang tidak bersetuju. Pecahan respon dari pelajar adalah seperti berikut iaitu kira-kira 68% bersetuju, 20% tidak bersetuju dan 12% tiada pandangan. Penggunaan teknologi mobil dalam pendidikan dijangka akan digunakan dengan lebih meluas pada masa akan datang apabila teknologi ini dimajukan dan kos peralatan mobil menjadi semakin murah. Pecahan respon dari pelajar apabila ditanya samada mereka sanggup untuk membeli peralatan mobil seperti PDA dan telefon bimbit yang ada akses kepada Internet untuk kemudahan pencarian maklumat mereka adalah seperti berikut iaitu kira kira 56% bersetuju, 38 tidak bersetuju dan 6% tiada pandangan Respon ini menunjukkan kemampuan dan keinginan pelajar untuk menggunakan teknologi mobil dalam proses pencarian maklumat adalah baik. Sebanyak 68% pelajar yang dipilih untuk kajian ini mempunyai peralatan mobil yang digunakan untuk akses kepada Internet tetapi sebahagian besar dari mereka tidak 75
  • 8. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention menggunakannya untuk melayari Internet. Mereka tidak melayari Internet dengan mengunakan peralatan mobil kerana tidak mampu untuk menanggung kos. Dapatan ini menunjukkan kos penggunaan teknologi mobil untuk pencarian maklumat masih tinggi di negara ini. Walaubagaimanapun sebahagian besar pelajar memberikan respon yang positif dengan keberkesanan penggunaan laman web yang berasaskan teknologi mobil sebagai sumber pencarian maklumat yang baik untuk modul seni reka. Untuk soalan samada reka bentuk laman web memberi kemudahan kepada pengguna, 68% pelajar bersetuju yang reka bentuk laman memudahkan pengguna, 20% pelajar tidak bersetuju reka bentuk laman memudahkan pengguna dan 12% pelajar tiada pandangan. Dari respon yang diberikan oleh pelajar membuktikan reka bentuk laman web memberi kepuasan kepada pelajar untuk menggunakannya. Sebahagian besar pelajar menyatakan yang laman web ini mudah untuk digunakan. 76% pelajar bersetuju yang laman web ini mudah untuk digunakan dan difahami, 16% pelajar tidak bersetuju dan hanya 8% pelajar tiada pandangan. Pelajar yang menyertai kajian ini memberikan beberapa cadangan untuk penambaikan laman web yang berasaskan teknologi mobil sebagai sumber rujukan iaitu : i. Padatkan dan ringkaskan maklumat untuk memendekkan masa muat turun. ii. Jadikan pelayaran lebih mudah iii. Letak nama dan logo di setiap laman dan jadikan logo disetiap laman mempunyai pautan dengan laman utama. iv. Gunakan pautan pada tajuk penting di laman utama untuk memudahkan navigasi dibuat oleh pelajar semasa berada di laman ini. v. Gunakan tajuk laman yang mudah untuk difahami dan menjelaskan isi kandungan laman dari tajuk yang digunakan. vi. Jangan letak terlalu banyak maklumat pada sesuatu laman kerana ianya akan meningkatkan tempoh muat turun terutamanya pada peralatan mobil. vii. Gunakan fail video yang mempunyai saiz kurang dari 3Mb bagi memendekkan tempoh muat turun fail tersebut. viii. Perbanyakkan hipertek untuk memudahkan navigasi pelajar semasa menggunakan laman ini. Kesimpulannya kira - kira 70% pelajar bersetuju laman web dengan berasaskan teknologi mobil ini boleh menjadi sumber rujukan yang baik untuk pelajar bagi kelas reka bentuk. Pelajar juga bersetuju yang penggunaan laman web dengan menggunakan teknologi mobil ini memudahkan aktiviti pencarian maklumat pelajar semasa proses reka bentuk. Penggunaan teknologi mobil dalam proses pembelajaran membuka satu dimensi baru dalam proses pendidikan di mana proses pembelajaran berada di dalam kawalan pelajar. Dengan penggunaan teknologi mobil masa dan tempat bukan lagi menjadi kekangan untuk berlakunya proses pembelajaran. Walaubagaimanapun masih banyak kajian perlu dibuat untuk pembangunan proses pembelajaran dengan menggunakan teknologi mobil. Cabaran dan Batasan Pembelajaran dengan menggunakan teknologi mobil telah membentuk satu aras baru dalam proses pembelajaran. Walaubagaimanapun masih banyak penambaikan diperlukan. Skrin yang kecil dan keupayaan peralatan yang terhad dalam menyimpan maklumat menjadikan penggunaan peralatan mobil sebagai alat pembelajaran terbatas kepada proses pembelajaran yang tidak komplek. Seterusnya peralatan mobil bukan merupakan komputer yang memberi kemudahan kepada pengguna untuk mereka bentuk laman yang komplek, kerana laman yang komplek sekiranya memerlukan pengguna untuk menekan lebih dari 10 kali dalam proses untuk mendapatkan maklumat akan meninggalkan kesan yang negatif kepada pengguna. Semua operasi untuk mendapatkan maklumat bagi laman web yang berasaskan teknologi mobil hanya memerlukan tiga hingga lima langkah dengan setiap langkah menyediakan jalan keluar yang mudah kepada pengguna. Seterusnya menaip bukan merupakan kaedah yang mudah dalam penggunaan peralatan mobil untuk ini reka bentuk laman web yang berasaskan peralatan mobil perlu menggunakan teknik “SELECT” dan bukan teknik “INPUT” dalam meminta maklumat dari pengguna (Tariq 2005). Imej berwarna merupakan cabaran seterusnya dalam pembangunan laman web untuk peralatan mobil. Bit Vision telah memulakan fasa pertama dalam proses untuk menjadi peneraju dalam pembangunan warna untuk kegunaan grafik bagi peralatan tanpa wayar. Bit Vision juga telah memperkenalkan satu teknologi pengimejan yang terkini untuk peralatan mobil dalam format “Portable Network Graphics” (PNG). Format ini adalah format bitmap yang terkini yang dapat membentuk fail yang kecil dan sesuai untuk kegunaan peralatan mobil tanpa mengurangkan kualiti imej (Tariq et al. 2005). Berbanding dengan 76
  • 9. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention penggunaan Internet dengan peralatan yang menggunakan wayar, rangkaian Internet tanpa wayar menggunakan jalur laluan yang lebih kecil, hubungan talian yang kurang stabil dan kesediaan talian yang tidak menentu. Disebabkan hayat bateri yang terhad, peralatan mobil mempunyai CPU yang lebih kecil, ruang ingatan yang lebih kecil, penggunaan tenaga yang terhad, ruang skrin yang kecil serta kaedah yang berbeza dalam memasukkan maklumat (Tariq et al. 2005). Walaupun peralatan mobil menyediakan kemudahan untuk akses kepada maklumat tanpa ada batasan masa dan tempat tetapi masih terdapat kekangan untuk akses kepada Internet tanpa talian pada skala yang lebih besar. Walaubagaimanapun apabila talian Internet menjadi keperluan dalam kehidupan seharian manusia, maka mereka memerlukan akses kepada Internet tanpa ada kekangan masa dan tempat serta tidak ada kekangan pada keupayaan peralatan untuk memuat turunkan maklumat. Pada hari ini teknologi mobil telah berkembang dengan pesat. Talian 3G yang boleh digunakan pada hari pada kebanyakan peralatan mobil memberi peluang kepada pengguna untuk memindahkan data pada kadar 144kb/s sehingga 2Mb/s (Whatis 2007). 3G adalah merupakan generasi ketiga dalam pembangunan teknologi tanpa wayar terutamanya untuk sektor komunikasi. 3G menawarkan potensi untuk manusia berhubung pada setiap masa dan di setiap tempat. Di Malaysia, Celcom menawarkan rangkaian yang mempunyai kelajuan sehingga 384kb/s (Celcom 3G 2008). Celcom 3G juga menawarkan kepada pengguna kelajuan yang tinggi dalam melayari Internet. Dengan kelajuan yang ada pada talian 3G, pengguna pada hari ini berpeluang untuk memuat turun fail data bersaiz besar dari Internet, menggunakan telefon bimbit sebagai alat pemain MP3 dan menjalankan konferen video secara langsung dengan mengguna peralatan mobil. Pembangunan rangkaian 4G membuka peluang yang lebih besar untuk proses pembelajaran dengan menggunakan peralatan mobil. Rangkaian 4G dijangkakan mempunyai kelajuan di antara 100Mb/s dan 1G/s untuk aktiviti dalaman dan luaran serta mempunyai ciri keselamatan yang tinggi (Whatis 2008). Dengan kelajuan yang ada pada talian 4G kos perkhidmatan pelayaran Internet dengan peralatan mobil akan dapat dikurangkan. Perbincangan dan Keperluan Masa Hadapan Dalam kajian ini penilaian yang positif untuk laman web yang berasaskan teknologi mobil menunjukkan pendekatan pembelajaran dengan menggunakan teknologi mobil boleh menjadi pengganti yang sempurna untuk pendekatan pembelajaran yang berasaskan komputer. Pelajar dan pensyarah boleh mendapat menafaat dengan kemudahan untuk akses dengan cepat kepada sumber maklumat. Perkembangan yang cepat dalam pembangunan teknologi mobil menyediakan peralatan mobil yang lebih laju dan kapasiti ruang ingatan yang lebih besar berbanding dengan peralatan mobil yang ada sekarang dimana peralatan mobil ini dapat digunakan untuk memuat turun data dengan lebih cepat dan dapat memberi peluang kepada pengguna untuk menyimpan lebih banyak maklumat penting di dalam peralatan mobil. Teknologi mobil menyediakan pendekatan pembelajaran yang ideal untuk mewujudkan komuniti pembelajaran yang unik di dalam sistem pembelajaran yang berasaskan teknologi seperti politeknik pada masa hadapan. Walaubagaimanapun masih banyak perkara perlu dimurnikan, dibaiki dan dimajukan sekiranya teknologi mobil ini hendak dijadikan sebagai media utama dalam proses pembelajaran. Masih banyak lagi kajian kualitatif dan kuantitatif yang perlu dibuat untuk mendapatkan garis panduan yang sesuai untuk mengintegrasi teknologi mobil dalam proses pembelajaran. Masa hadapan untuk penggunaan teknologi ini di dalam proses pembelajaran tidaklah mengecewakan kerana usaha untuk memajukan teknologi ini masih berterusan. Pada masa hadapan resolusi grafik dan saiz skrin untuk peralatan mobil dijangka akan menjadi bertambah baik. Seterusnya jika kos pelayaran Internet dengan peralatan mobil dapat dikurangkan maka sudah pasti teknologi mobil ini sesuai untuk digunakan oleh pelajar pengajian tinggi di dalam atau di luar kampus. Rujukan Anna Trifonova & Marco Ronchetti. (2003). Where is Mobile Learning Going? Dipartimento di Informatica e Telecomunicazioni, Universita degli Studi di Trento Italy. E-Learn 2003. Atwell, J. (2005). The Mobile Technologies and Learning Report. Blackmore Ltd., Shaftesbury, England. Celcom 3G. 2008. http://www.celcom.com.my/cep/xresources/CelcomCORP/consumer/3g/index.html. (atas talian) (23 April 2008) Chen, Y.S., Kao, T.C., Sheu, J.P. & Chiang, C.Y. (2002). A Mobile Scaffolding-Aid-Based Bird-Watching Learning System. In M. Milrad, H.U. Hoppe and Kinshuk (Eds.), IEEE International Workshop on Wireless and Mobile Technologies in Education. August 29–30. pp. 15–22. Washington, DC, USA: IEEE Computer Society. Carroll, J.M. (1995). Principles and heuristics for designing minimalist instruction. Technical Communications, 42(2), pp. 243-261. Chen J. & Kinshuk. (2005). Mobile Technology in Educational Services. Journal of Educational Multimedia andHypermedia, 14(1), pp. 91-109. 77
  • 10. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Colella, V. Borovoy, R. & Resnick, M. (1998). Participatory simulations: Using computational objects to learn about dynamic systems. Proceedings of CHI 1998. Hume. D. (2001). Guide to Web-Based Instruction (online). http://www.moorbrook.demon.co.uk/ guide.html (20 April 2008) Informa Telecom & Media, 2005. MVNO Strategies: New Business Opportunities and Approaches Within the Networked Economy. Jackson. H.R. (2004). An Overview of Web-Based Learning. (online) http://www.knowledgeability.biz/weblearning/ (22 April 2008) Jonassen, D.H. (1991). Objectivism versus constructivism: do we need a new philosophical paradigm? 39(3). Educational Technology Research and Development. Kearsley, G. (1994). Minimalism (J.M. Carroll). (atas talian). http://www.gwu.edu/~tip/carroll.html (19 April 2008) Lehner, F. & Nosekabel, H. (2002). The Role of Mobile Devices in E-learning - First Experience with a E- learning Environment. In M. Milrad, H.U. Hoppe and Kinshuk (Eds.), IEEE International Workshop on Wireless and Mobile Technologies in Education. p103-106. Los Alamitos, USA: IEEE Computer Society. Perkins, D.N. (1986). Knowledge as design. Hillsdale, New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates. National Centre for Education Statistics. 2003. Digest of Education Statistics, 2002. (atas talian) http://nces.ed.gov/programs/digest/d02/index.asp. (18 April 2008) Scott, D.J. (2002). Japan’s Widespread Use of Cellular Telephones to Access the Internet: Implications for Educational Telecommunications. 14th World Conf. On Educational Multimedia, Hypermedia and Telecommunications, 2002. Denver, USA. Steinberger, C. 2002. Wireless meets Wireline e- Learning. 14th World Conference on Educational Multimedia, Hypermedia and Telecommunications, 2002. Denver, CO, USA. Szabo, M. (1998). Survey of educational technology research. Edmonton: Grant MacEwan Community College and Northern Alberta Institute of Technology. Tariq Rahim Soomro, Moneef Jazzar, Ghulam Qadir Mirbahar, and Syed Mehmood Nqvi. (2005). WAP GIS: Approaches & Challenges. Asian Journal of Information Technology. Volume 4, Number 2, February. Tariq Rahim Soomro, M. Nawaz Brohi and Syed Mehmood Naqvi. (2005). Technological Trends of Distance Learning: From Web-Based to WAP-Based. (online) http://web.unbc.ca/wccce05/WAP- Learning.doc. (23 April 2008) Trifonova, A. & Ronchetti, M. (2003). Where is Mobile Learning Going? Dipartimento di Informatica e Telecomunicazioni, Universita degli Studi di Trento Italy. E-Learn 2003. Vavoula, G.N. & Sharples, M. (2002). KleOS: A personal, mobile, Knowledge and Learning Organization System. In M. Milrad, H. U. Hoppe and Kinshuk (Eds.), IEEE International Workshop on Wireless and Mobile Technologies in Education. August 29 - 30, 2002. (pp. 152). Washington, DC, USA: IEEE Computer Society. Whatis (2007). Definition of 3G. (atas talian) http://searchtelecom.techtarget.com/sDefinition/ 0,sid103_gci214486,00.html (4 Nov 2007) Whatis (2008). Definition of 4G. (atas talian) http://searchmobilecomputing.techtarget.com/sDefinition/ 0,,sid40_gci749934,00.html (24 April 2008) 78