SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
PERBEZAAN ANTARA HUDUD, QISAS DAN TA'ZIR
HUDUD
• Jenayah yang tertakluk di bawah hukuman hudud adalah hak Allah SWT dan Allah SWT
sahaja yang berhak mengampuninya. Oleh itu hakim dan pemerintah tidak mempunyai hak
untuk membuat pilihan dan mestilah melaksanakan hukuman tersebut.
• Jumhur ulamak bersepakat bahawa sesiapa yang ikhlas bertaubat sebelum dilaksanakan
hukuman hudud maka dia akan diampunkan oleh Allah SWT.
• Jumhur ulamak bersepakat bahawa dalam kes yang tertakluk dibawah jenayah hudud
maka penjenayah tersebut boleh diberikan syafa’at sebelum dibawa kepada hakim.
• Hukuman hudud adalah berkaitan dengan hak Allah SWT dan hak manusia.
• Hukuman hudud hanya dilaksanakan pada individu yang cukup syaratnya menurut syarak.
• Bagi menetapkan kesalahan hudud dan menjatuhkan hukuman mestilah melalui saksi dan
syarat-syarat sah atau juga melalui pengakuan penjenayah sendiri yang cukup syaratnya.
QISAS
• Hukuman adalah tertakluk kepada mangsa dan waris mangsa. Oleh itu kuasa menuntut
pelaksanaannya dan pengampunan boleh diberikan oleh mangsa dan waris mangsa sahaja.
• Dalam qisas hakim dan pemerintah tidak ada hak sama ada melaksanakan atau tidak
hukuman qisas tersebut. Mereka mestilah melaksanakannya kecuali sekiranya mangsa dan
waris mangsa memberi pengampunan terhadap pembunuh.
• Dalam kes penjenayah yang dimaafkan oleh mangsa atau waris mangsa atau membayar
diyat, jumhur ulamak sependapat bahawa hakim dan pemerintah boleh menjatuhkan
hukuman ta’zir terhadap penjenayah.
• Hukuman qisas hanya boleh dilaksanakan terhadap penjenayah yang cukup umur, waras
serta memenuhi syarat-syarat lain yang telah ditetapkan oleh syarak.
• Untuk disabitkan kesalahan terhadap penjenayah dalam hukuman qisas mestilah melalui
bukti, saksi atau pengakuan daripada penjenayah sendiri yang cukup syaratnya.
TA’ZIR
• Hukuman ta’zir bergantung pada kesesuaian dan keadaan mengikut kesalahan yang mana
hukuman ditetapkan oleh hakim atau pemerintah.
• Dalam kesalahan hak Allah SWT, hakim mestilah melaksanakan hukuman ta’zir terhadap
penjenayah. Namun, melalui budi bicara serta penilaiannya, hakim boleh member
keringanan terhadap penjenayah.
• Hukuman ta’zir yang berkaitan dengan hak manusia, mangsa atau waris boleh
mengampunkan penjenayah atau membayar ganti rugi.
• Hukuman ta’zir boleh dikenakan terhadap kanak-kanak yang belum cukup umur.
• Untuk sabitkan hukuman, tidak semestinya melalui saksi atau bukti seperti hukuman qisas
dan hudud
"HUDUD & TA'ZIR "
PENDAHULUAN
Jenayah ialah larangan-larangan syarak yang dilarang oleh Allah dengan hukuman hudud
dan ta’zir. Sekiranya jenayah itu menyentuh kepentingan masyarakat, ia disebut sebagai
jenayah awam manakala jika menyentuh kepentingan individu, ia disebut sebagai jenayah
terhadap individu atau kesalahan persendirian.
Hudud mahupun ta’zir bukanlah nama sebenar bagi jenayah-jenayah yang tertentu. Ia
sebaliknya nama jenis hukuman atau keseksaan yang akan dikenakan terhadap pesalah
dalam kes-kes jenayah berkenaan.
Tujuan mengambil hukum-hukum dan undang-undang Islam ialah untuk mendirikan sebuah
masyarakat Islam yang hidup berasaskan keluhuran, kemuliaan, kebersihan, keamanan dan
ketenangan. Sesuatu undang-undang tidak dipandang berguna jika kewujudannya tidak
membantu mengurangkan jenayah dalam masyarakat. Wujudnya seperti tiada.
Kadang-kadang, undang-undang seolah-olah menjadi baja pula kepada para penjenayah.
Jenayah bertambah sama naik dengan bertambahnya undang-undang baru. Akhirnya,
jenayah sama subur dan acap kali pindaan undang-undang.
Dengan imbangan keadilan, keberkatan, pembalasan yang setimpal, keampunan dosa, dan
kuasa cegahan inilah yang menjadikan undang-undang syariah lebih ampuh dalam
memerangi jenayah. Perlu diingatkan bahawa undang-undang semata-mata tidak akan
berupaya membanteras jenayah sepenuhnya.
Oleh sebab itu, Islam datang dengan membawa bersama program-program tarbiyah
bertujuan menanamkan ketaqwaan dalam kalangan manusia. Taqwa inilah perisai yang
pertama bagi menyekat perbuatan-perbuatan jahat dan undang-undang adalah
sekatan-sekatan tambahan kalau-kalau sekatan ketaqwaan masih boleh dilepasi oleh
sebahagian anggota masyarakat. Taqwa ibarat sayap kanan dan undang-undang syariah
adalah sayap kiri yang menjadi pelengkap.
Sesungguhnya sejarah telah membuktikan bahawa masyarakat Islam ketika melaksanakan
hudud, mereka hidup aman damai dengan harta benda, kehormatan dan peraturannya
sehinggakan pesalah itu sendiri yang mahukan hudud ditegakkan kerana mahu mensucikan
diri dan menghapuskan dosanya.
HUDUD
Pengertian Hudud
Hudud berasal dari perkataan arab yang “mufrad” atau asalnya “had” bermaksud sekatan
atau sempadan atau tegahan.
Hudud menurut istilah umum ialah hukuman tertentu terhadap perbuatan jahat, iaitu suatu
bentuk hukuman keseksaan yang mana bentuk dan kadarnya telah ditentukan oleh Allah
S.W.T dan syarak dan ia mestilah dilaksanakan untuk menjaga hak Allah S.W.T dan
kepentingan masyarakat awam. Disebut juga hukuman sebagai hudud, kerana keadaannya
yang dilarang daripada melakukan kesalahan yang menyebabkan akan menerima padah
tersebut. Hudud Allah S.W.T ialah hukum yang dihadkan dan ditentukan-Nya.
Menurut jumhur para fuqaha, kesalahan-kesalahan hudud ini ada tujuh, iaitu berzina,
mencuri, menuduh zina atau qazaf, minum arak, menyamun, memberontak dan murtad.
Sementara hukuman-hukumannya ialah rejam sampai mati dalam sesetengah kes perzinaan,
bunuh atau potong tangan atau potong kaki atau sula, mengikut kes dalam jenayah
perompakan, potong tangan dalam kes-kes mencuri dan sebat dalam sesetengah kes
perzinaan dan dalam kes-kes qazaf dan minum arak.
Ini bererti bahawa jenayah hudud itu ialah kesalahan awam iaitu menyentuh kepentingan
masyarakat umum secara langsung. Sesuai dengan kedudukannya sebagai jenayah berat,
syariat Islam menentukan prosedur yang lebih ketat ke atas jenayah-jenayah hudud. Ini
bagi mengelakkan hukuman dijatuhkan ke atas orang yang tidak bersalah.
Jenis Kesalahan Hudud Dan Hukumannya
(1) Mencuri
Mencuri mengikut pengertian istilah ialah mengambil barang orang lain secara sembunyi
atau tanpa keizinan pemilik.
Firman Allah Taala dalam surah al-Ma’idah ayat 38 yang bermaksud, “ Orang yang mencuri
lelaki atau perempuan, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang
mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana”
Antara syarat sabit mencuri dan potong tangan ialah :
1. Barangan bernilai ¼ dinar atau lebih
2. Barangan bernilai 3 Dirham atau lebih
3. Barangan itu disimpan pada tempat yang sesuai.
Jumhur ulama’ seperti Imam Syafie dan Imam Malik berpendapat hukuman terhadap
pencuri secara terperinci dapat dibahagikan kepada lima bahagian :
1. Pencuri yang mencuri kali pertama dikenakan had potong tangan kanan hingga
pergelengan tangan
2. Mencuri kali kedua dipotong kaki kiri hingga buku lali
3. Mencuri kali ketiga dipotong tangan kiri hingga pergelangan tangan
4. Mencuri kali keempat dipotong kaki kanan hingga buku lali
5. Mencuri kali kelima dan seterusnya dikenakan ta’zir atau dipenjarakan sehingga
bertaubat.
(2) Rompak Dan Samun
Rompak atau samun ialah tindakan mengganggu laluan awam dengan tujuan untuk
menkut-nakutkan manusia atau merampas serta mengambil harta orang dengan paksaan
dan kekerasan.
Firman Allah Taala dalam surah al-Ma’idah ayat 33 yang bermaksud, “Sesungguhnya
pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat
kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan
kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). yang
demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka
beroleh siksaan yang besar”.
Imam Shafi’e menafsirkan ayat di atas yang bermaksud :
“Dalam sesuatu rompakan dan sebagainya, jika didapati perompak-perompak hanya sekadar
merampas harta benda dengan cara menakut-nakutkan mangsanya, maka mereka hendaklah
dihukum dengan memotongkan tangan kanan dan kaki kirinya. Kalau dalam rompakan itu
mereka membunuh mangsanya tetapi tidak mengambil sebarang harta, maka mereka
hendaklah dibunuh balas. Jika disamping merompak itu, harta diambil, mangsanya dibunuh,
maka mereka hendaklah disalib selama-lamanya tiga hari dan dibunuh. Jika mereka hanya
menganggu ketenteraman umum dan mengancam orang tanpa mengambil sebarang harta
maka mereka hendaklah dibuang daerah.”
Menurut al-Qurtubi di dalam tafsirnya bahawa pihak pemerintah boleh membuat pilihan di
dalam menghukum perompak dan sebagainya, sama ada hendak menjatuhkan hukuman
bunuh atau salib atau dipotong tangan dan kaki secara berselang atau membuang daerah,
mengikut seperti mana dalam ayat tadi.
(3) Berzina
Zina ialah persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan yang
sah.
Firman Allah dalam surah al-Nisa yat 25 yang membawa maksud, “Perempuan yang berzina
dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera,
dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama
Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah ( pelaksanaan )
hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”
Ulama sepakat mengatakan bahawa ayat yang tersebut di atas adalah khusus untuk penzina
yang belum berkahwin“‫ير‬ ‫غ‬ ‫صن‬
‫”مح‬. Mereka itu hendaklah disebat dengan seratus kali
sebatan. Manakala penzina yang telah berkahwin “‫صن‬
‫”مح‬ maka mereka hendaklah dihukum
rejam.
Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khatab R.H. katanya “Sesungguhnya Allah S.W.T. telah
mengutuskan Muhammad S.A.W. dengan hak. Diturunkan kepadanya al-Quran. Di antara
ayat yang diturunkan kepadanya ialah ayat rejam. Kami telah membacanya, memahaminya
dan menyedarinya. Rasulullah S.A.W. telah merejam penzina. Kami juga telah merejam
penzina selepasnya. Aku khuatir kalau-kalau ada di zaman kebelakangan nanti, orang-orang
yang meragui dan menghujjahkan hukuman rejam itu tidak terdapat di dalam al-Quran.
Dari itu mereka akan tersesat kerana meninggalkan hukuman yang telah ditetapkan oleh
Allah dan Rasulnya. Rejam adalah sebenarnya hukuman ke atas penzina yang berkahwin
sama ada lelaki atau perempuan, sekiranya ada bukti nyata atau perempuan tersebut
mengandung ataupun pengakuan.
Al-Imam al-Shafi’e menegaskan bahawa hukuman ke atas penzina yang berkahwin adalah
rejam. Ulama juga sepakat mengatakan bahawa penzina yang berkahwin hendaklah dihukum
rejam. Rasulullah S.A.W. telah menjatuhkan hukuman rejam ke atas penzina sehingga mati
sedangkan hukuman bunuh itu hanya wajar dihukum ke atas pembunuh sahaja. ( Haron Din
1993: 10 ).
Zina boleh disabitkan dengan tiga cara iaitu :
1. Disaksikan oleh 4 orang lelaki yang cukup syaratnya
2. Pengakuan penzina yang cukup syaratnya
3. Qarinah ( Bukti )
(4) Menuduh Zina ( Qazaf )
Qazaf bermaksud menuduh seseorang melakukan zina tanpa pembuktian yang jelas dan
lengkap.
Qazaf juga merangkumi kata-kata yang menafikan keturunan. Contohnya, seseorang
berkata, “ kamu bukan anak si fulan”. Kata-kata tersebut bermaksud ibunya telah
melakukan zina.
Firman Allah Taala dalam surah al-Nur ayat 4 yang membawa maksud, “Dan orang-orang
yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik[1029] ( berbuat zina ) dan mereka tidak
mendatangkan empat orang saksi, Maka deralah mereka ( yang menuduh itu ) delapan puluh
kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka
Itulah orang-orang yang fasik.”
Perbuatan menuduh orang berzina memberi kesan yang besar kepada kehidupan seseorang
yang dituduh. Perbuatan itu akan menimbulkan permusuhan, memporak perandakan rumah
tangga dan masyarakat. Manakala, anak-anak yang lahir dari seseorang yang dituduh zina
akan menjadi mangsa serta kebahagiaan rumahtanga akan runtuh dan hancur. Oleh yang
demikian, ulama bersetuju mengatakan bahawa orang yang menuduh zina ke atas
perempuan-perempuan yang bersih hendaklah dihukum sebat dengan lapan puluh kali
sebatan.
(5) Minum Arak
Minum arak ialah meminum segala minuma yang memabukkan dan menyebabkan hilang
kewarasan akal, baik sedikit ataupun banyak, sama ada memabukkan atau tidak.
Firman Allah Taala dalam surah al- Ma’idah ayat 90 yang membawa maksud “Hai
orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk)
berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah
perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
Jenayah meminum arak atau minuman yang memabukkan mempunyai satu jenis sahaja
hukumannya iaitu disebat sebanyak 40 sebatan.
Sabit Had Minum Arak :
1. Pengakuan peminumnya sendiri
2. 2 orang saksi lelaki dan perempuan yang cukup syarat
3. Bahan yang memabukkan itu dalam bentuk minuman
4. Mengambil minuman yang memabukkan itu melalui mulut dan sekurang-kurangnya
sampai ke halkum
5. Dilakukan secara sukarela
(6) Murtad
Murtad ialah tindakan seseorang yang keluar daripada agama Islam sama ada melalui
I’tikad, kata-kata atau perbuatan.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 217 yang membawa maksud “Barangsiapa
yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu Dia mati dalam kekafiran, Maka mereka
Itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka Itulah penghuni neraka,
mereka kekal di dalamnya.”
Menurut pendapat jumhur ulama’, sesiapa yang didapati murtad sama ada lelaki atau
perempuan dengan salah satu cara tersebut, ia mestilah ditahan oleh qadi atau hakim atau
pemerintah selama tiga hari tiga malam untuk memberi peluang kepadanya supaya
bertaubat. Sekiranya telah tamat tempoh tersebut dan dia tetap enggan kembali kepada
Islam dan enggan bertaubat, ia mestilah dihukum bunuh.
7) Memberontak
Memberontak ialah suatu tindakan menuntut sesuatu yang tidak seharusnya dituntut
dengan cara kekerasan dan kezaliman, iaitu menentang pemerintahan dengan kekuatan
senjata melalui cara yang tidak diharuskan oleh syarak. Jenayah memberontak adalah satu
bentuk hukuman sahaja, iaitu dijatuhkan hukuman mati atau diperangi.
Demi kebaikan bersama dan keamanan, walaupun memberontak merupakan suatu jenyah,
namun terlebih dahulu sebelum bertindak dan mengambil tindakan tegas terhadap
pemberontak, pemerintah mestilah meneliti dan mengkaji sebab dan faktor lahirnya
pemberontakan tersebut.
Kewajipan Melaksanakan Hukum Hudud
Hudud sebagaimana pengertiannya ialah suatu seksaan yang telah ditetapkan Allah yang
wajib dilaksanakan kerana menunaikan hak Allah.
Al-Syeikh Mahmud Syaltut dalam konteks mengulas persoalan perlaksanaan hukum hudud,
beliau menegaskan:
“Hukum-hukum Qat’I yang tersebut dalam al-Quran ( seperti hukuman hudud ) wajib
dilaksanakan sepenuhnya. Orang-orang Islam yang menghukum dengan hukuman-hukuman
lain dari itu akan menjadi murtad sekiranya mereka berkeyakinan hukum itu adalah lebih
baik dan lebih sesuai dari hukum Allah.”
Beliau menerangkan bahawa: “ Tidak bersalahan ulama dalam menentukan bahawa orang
yang disuruh Allah untuk menghukum dengan hukuman sebatan itu adalah pemerintah dan
sesiapa yang ditugaskan oleh pemerintah untuk melaksanakan hukuman itu. Ada juga qaul
yang mengatakan bahawa perintah tersebut adalah ditujukan kepada orang-orang Islam
semuanya. Hal ini kerana melaksanakan upacara-upacara keagamaan adalah kewajipan
umum yang mesti bertanggungjawab ke atas semuanya. Adapun pemerintah adalah mewakili
orang ramai dalam melaksanakan hukuman apabila tiba masanya.
Hikmah Pensyariatan Hudud
Terdapat lima kepentingan asas masyarakat yang sangat diambil berat oleh Islam dikenali
sebagai “lima kepentingan asas” ( al-Doruuriyyat al-Khams ) iaitu agama, nyawa, akal,
keturunan dan harta.
Hikmah penetapan hukuman hudud adalah untuk menjaga kesihatan pada had
khams, memelihara kehormatan manusia pada had qazaf, menjaga harta pada had
pencurian. Perbuatan-perbuatan di atas sangat berkaitan dengan akal sihat dan watak asal
manusia. Oleh kerana itu, dalam ajaran agama terdahulu pun semua bentuk kejahatan di
atas adalah dilarang, harta tidak boleh dicuri, kehormatan tidak boleh dinodai dan
sebagainya. Jika demikian adanya, maka semakin jelaslah faedah dan manfaat hudud
tersebut sangat besar, maka ia dijadikan Allah sebagai hak-Nya, kerana Allah tidak pernah
berkeinginan buruk dan zalim terhadap hamba-Nya dan selamanya ia akan memberikan
yang terbaik untuk manusia.
Bagi menjaga kemurnian agama, jenayah murtad diperuntukkan. Qisas dan Diyat bagi
menjaga kepentingan nyawa dan tubuh badan, hukuman terhadap pencuri bagi menjaga
keselamatan harta benda, pengharaman minum arak bagi menjaga kesejahteraan akal dan
hukuman terhadap jenayah zina bertujuan untuk menjaga kesucian nasab keturunan dan
kesejahteraan berkeluarga.
Antara hikmah disyariatkan hukum hudud adalah untuk membanteras atau mencegah
tindakan kejahatan yang ada di tengah-tengah masyarakat, memelihara diri manusia dari
kebinasaan, menjaga kehormatan dan harga dirinya, menjaga kemurnian keturunan serta
menghindarkan harta dari pemanfaatan yang tidak tepat dan kerosakan.
Selain itu, hikmah pensyariatan hudud adalah untuk melindungi seluruh hamba Allah dari
hal-hal yang menyebabkan bahaya atau mudarat bagi mereka seperti ternodanya tempat
tidur suami isteri dan rosaknya dan hilangnya garis keturunan. Maka untuk menghindarkan
itu semua terjadi, disyariatkanlah hudud agar menjadi pelindung yang ampuh bagi manusia
dari segala musibah, seperti kerosakan moral, penyakit jiwa dan lain sebagainya yang pada
akhirnya menjerumuskan manusia ke dalam jurang jahanam.
Agama Islam sebenarnya begitu menitikberatkan keadilan di mana hudud tidak boleh
ditegakkan melainkan telah jelas sabit seseorang itu melakukan kesalahan. Ini dilakukan
dengan mengetatkan proses untuk mensabitkan kesalahan itu. Kemudian, dia berhak
menolak hudud sekiranya berjaya menimbulkan syubhah. Hudud boleh dijatuhkan dengan
wujudnya bukti-bukti yang nyata sehingga dapat mencapai kesan yang praktikal dalam
menegah jenayah dan menangani kegiatannya.
Hikmah lain pelaksanaan hukum Hudud ialah untuk mencegah manusia daripada mendekati
kesalahan-kesalahan tersebut, memelihara masyarakat daripada kefasadan, dan
menyucikan daripada dosa dan noda. Hukum hudud mengandungi kemaslahatan, pembasmian
di samping tidak melampaui kadar yang sepatutunya ditanggung oleh penjenayah.
Kekerasan hukuman pada hakikatnya adalah rahmat kepada orang yang ragu-ragu untuk
melakukan jenayah kerana kekerasan hukuman tersebut akan menimbulkan ketakutan
dalam kalangan mereka yang cuba melakukannya. Maka, keadaan itu juga akan mengubah
pendirian orang yang teragak-agak untuk melakukan jenayah itu. Oleh yang demikian, ia
keras pada sudut yang sempit tetapi mampu membawa rahmat yang meluas dan menyeluruh
kepada masyarakat.
Pelaksanaannya juga adalah bertujuan untuk menjaga kemaslahatan masyarakat
umum, ketenteraman dan supaya dapat memberi pengajaran kepada penjenayah dan
faedah kepada masyarakat umum.
Kalau diperhatikan, kategori hukuman bagi jenyah-jenayah yang ditentukan secara
terperinci oleh syariat Islam termasuk kategori jenayah berat. Sebagai jenayah berat
yang menggugat kestabilan hidup manusia, hukuman yang dikenakan ke atasnya juga perlu
berat. Kalau tidak, mana mungkin ia mampu mencapai objektif pemulihan dan sebagainya.
TA’ZIR
Pengertian Ta’zir
Dalam bahasa Arab, Ta’zir bererti pencegahan, penghalang, pertolongan dan pengasuhan.
Dengan kata lain, ia bererti melakukan sesuatu tindakan dengan tujuan mengajar dan
mendidik. Ia dinamakan ta’zir disebabkan wujudnya hukuman tersebut akan menghalang
orang-orang yang melakukan kesalahan atau mengulanginya pada masa akan datang.
Ta’zir menurut pengertian syara’ ialah sejenis hukuman yang tidak ditetapkan kadarnya
atau bentuknya yang dilaksanakan bagi menunaikan hak Allah S.W.T dan hak manusia
terhadap kesalahan-kesalahan yang selain hukuman hudud, qisas, diyat dan
kifarat. Berasaskan huraian tersebut, jenayah Ta’zir boleh disebut sebagai perbuatan
jahat sama ada menyentuh kepentingan masyarakat secara langsung atau kepentingan
individu dan yang akan dihukum dengan hukuman yang tidak bersifat Qisas, Diyat mahupun
Hudud.
Kriteria Ta’zir ialah setiap mereka yang menceroboh kemungkaran atau menyakiti orang
lain tanpa hak sama ada dengan perkataan, perbuatan atau dengan isyarat. Kadangkala
ta’zir merupakan sebagai hak Allah S.W.T atau sebagai hak manusia, atau hak yang
berkongsi di antara kedua-duanya dan salah satu daripada kedua-duanya melebihi ke atas
yang lain.
Ta’zir adalah usaha mendidik atau mengarahkan yang ditentukan oleh hakim sebagai
pencegah bagi yang melakukan perbuatan haram agar tidak melakukannya lagi, Setiap
orang yang melakukan perbuatan haram yang tidak menimbulkan had atau qisas atau
kafarat, maka hakim berhak untuk memberikan hukuman ta’zir kepadanya sesuai dengan
kemaslahatan yang dipandangnya. Dan maslahat tersebut juga dapat mencegah si pelaku
untuk tidak lagi melakukan perbuatan haram juga dapat mencegah si pelaku untuk tidak lagi
melakukan perbuatan haram tersebut. Contoh ta’zir adalah pemukulan, cambukan ,
penahanan dan celaan.
Penetapan Hukum Ta’zir
Hukuman yang berkaitan dengan ta’zir tidak terdapat di dalam al-Quran dan Hadis, di mana
ia terserah kepada budi bicara dan kepakaran hakim dan pemerintah untuk menetapkan
sesuatu kesalahan itu dengan hukuman demi kepentingan penjenayah, masyarakat dan
negara.
Menurut undang-undang jenayah syar’iyah, hakim boleh menjatuhkan dan mengenakan
hukuman ta’zir ke atas kanak-kanak, kerana hukuman ta’zir adalah bertujuan untuk
memberi pengajaran kepada penjenayah-penjenayah itu.
Syariat Islam memberikan garis-garis dasar tentangnya malah tentang kesalahan itu
sendiri, dan kemudian menyerahkan kepada pemerintah untuk menentukan sendiri dengan
secara terperinci dari semasa ke semasa. Tidak ada apa-apa ikatan yang dikenakan
terhadap badan-badan pemerintah dalam membuat keputusan berkenaan kecuali
prinsip-prinsip umum tadi serta kepentingan masyarakat sendiri.
Dalam hal tersebut juga, hukuman ta’zir itu berubah mengikut corak hidup masyarakat,
individu dan keadaan. Selain itu, hukuman ta’zir juga tidak terhad, sama ada dengan denda,
penjara, rampas harta, atau buang negeri. Lantaran itu, ia meliputi ruang yang luas seperti
berkhalwat, pecah amanah, rasuah, mengedar dadah, menagih dadah dan sebagainya lagi.
Jika ta’zir merupakan hak yang tulen bagi manusia atau hak manusia lebih banyak
di dalamnya seperti maki hamun, menzalimi dan memukul orang tanpa hak, dan memalsukan
dan memberi kesaksian palsu dan sebagainya daripada perkara-perkara yang terhenti di
atas dakwaan seseorang, maka ia tidak gugur dengan taubat. Ini sebagaimana tidak gugur
hukuman ( hak ) dengan qadi sahaja yang memberi kemaafan terhadap penjenayah.
Bilakan Dibolehkan Penahanan ?
Adalah sabit bahawa Umar bin al-Khattab telah mengadakan penjara semasa
pemerintahannya, diikuti oleh Uthman bin Affan dan Ali bin Abu Talib.
1. Ditahan penjenayah kerana mangsanya tidak ada, supaya orang yang akan menjalani
hukuman qisas tidak terlepas daripada hukuman.
2. Ditahan hamba yang lari selama setahun sebagai menjaga kehilangan harta dengan
harapan dapat diketahui tuannya.
3. Ditahan orang yang enggan menunaikan haknya sebagai paksaan ke atasnya supaya ia
ditunaikan.
4. Ditahan mereka yang diragui kedudukannya dalam sama ada kepayahan ataupun
kesenangan untuk mengetahui keadaannya. Sekiranya ternyata keadaannya, maka dia
dihukum dengan apa yang selayaknya sama ada susah atau senang.
5. Ditahan penjenayah sebagai hukuman ta’zir atau mencegah daripada berbuat maksiat
kepada Allah S.W.T
6. Ditahan mereka yang terhalang daripada menjalankan tanggungjawab wajib yang
tidak boleh diganti oleh orang lain. Contohnya, orang yang baru memeluk Islam menjadi
suami kepada dua orang perempuan bersaudara, suami kepada 10 orang wanita, ataupun
seorang wanita bersama anak perempuannya, dan dia tidak dapat menentukan salah
seorang daripada mereka berdua sebagai isteri pilihannya.
7. Orang yang membuat pengakuan mengenai sesuatu yang tidak diketahui, sama ada
benda ataupun dalam tanggungan, dan ia tidak dapat menentukannya. Dia ditahan sehingga
dapat ditentukan dakwaannya, seperti dia berkata, “ Benda itu ialah pakaian ini atau haiwan
ini dan sebagainya, atau sesuatu yang saya perakukan itu ialah dinar (wang) dalam
tanggungan saya.”
8. Ditahan orang yang enggan menunaikah hak Allah S.W.T yang tidak boleh diganti
seperti puasa.
Hukuman Bunuh ( Ta’zir Secara Siyasah )
Ijma’ ulama’ mewajibkan hukum bunuh orang Muslim yang mencaci Nabi Muhammad
S.A.W berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Ahzab ayat 57 yang bermaksud,
‘Sesungguhnya orang yang menyakiti Allah S.W.T dan Rasul-Nya, Allah S.W.T akan
melaknatinya di dunia dan di akhirat, dan Allah S.W.T menyediakan baginya seksa yang
menghinakan.”
Mereka juga mengatakan bahawa pemerintah boleh menghukum pencuri dengan hukuman
bunuh berasaskan siyasah sekiranya pencuri itu berulang kali melakukan jenayah itu.
Pemerintah juga boleh mengenakan hukuman bunuh ke atas orang yang kerap kali
menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas, kelam kabut dalam bandar, kerana aktivitinya
melakukan kerosakan di muka bumi. Demikianlah juga hukumnya ke atas orang yang tidak
dapat dibendung kejahatannya kecuali dengan membunuhnya, dan ia dibunuh berasaskan
siyasah. Begitu juga dikenakan hukum bunuh ke atas tukang sihir, penganut zindiq yang
menjalankan kegiatan menyeru orang kepada perkara-perkara zindiq apabila dapat
ditangkap, biarpun kemudiannya dia bertaubat.
Para fuqaha’ sepakat bahawa kafir harbi yang jadi pengintip harus dibunuh.
Kesimpulannya, hukum bunuh berdasarkan siyasah harus dikenakan ke atas orang yang
selalu melakukan jenyah, penagih arak, orang yang menyeru kepada kerosakan,
penjenayah-penjenayah terhadap keamanan negara dan sebagainya.
Hukuman Ta’zir Dengan Harta
Tidak harus dikenakan hukuman ta’zir ke atas pesalah dengan mengambil hartanya kerana
ia mengandungi unsur pemberian kuasa mengambil harta manusia secara paksa, lalu
digunakan untuknya. Hukuman ta’zir yang berupa dendaan adalah diharuskan pada
beberapa tempat tertentu. Contohnya, terdapat dalam sunnah Rasulullah S.A.W, baginda
menyuruh memecahkan bekas-bekas arak dan memberatkan hukuman denda terhadap
pencuri barangan yang tidak dikenakan hukuman potong tangan.
Syarat-Syarat Wajib Ta’zir
Satu sahaja syarat bagi membolehkan hukuman ta’zir dikenakan ke atas seseorang yang
melakukan jenayah yang tidak ditentukan kadar hukumannya oleh syarak iaitu berakal.
Oleh itu, dikenakan hukuman ta’zir bagi setiap penjenayah yang berakal, sama ada lelaki
atau perempuan, Muslim atau kafir, baligh atau kanak-kanak yang berakal kerana mereka
yang dewasa adalah layak menerima hukuman, sementara kanak-kanak yang berakal
dikenakan ta’zir sebagai pengajaran, bukan sebagai hukuman.
Kaedah yang membolehkan hukuman ta’zir dikenakan ialah setiap orang yang melakukan
kemungkaran atau menyakiti orang lain tanpa hak dengan perkataan, perbuatan atau
isyarat, sama ada orang yang menjadi mangsanya itu Muslim atau kafir.
Kadar Ta’zir
Hukuman ta’zir dikenakan mengikut ijtihad hakim dengan mengambil kira kadar jenayah
yang dilakukan dan martabat kedudukan penjenayah. Sekurang-kurangnya sebatan ta’zir
ialah tiga kali. Ia boleh dikurangkan menurut keadaan individu. Ta’zir tidak boleh melebihi
hukuman hudud. Oleh itu, maksimum sebatan ta’zir mesti dikurangkan satu sebatan
daripada minimum hukuman hadd.
Sifat-Sifat Ta’zir
Menurut ulama’ Shafie, hukuman ta’zir tidak merupakan sesuatu yang wajib. Oleh itu,
harus bagi pemerintah mengabaikannya apabila ia tidak berkaitan dengan hak individu
manusia. Hal ini berdasarkan sabda Nabi S.A.W yang bermaksud,” berilah kemaafan
terhadap kesalahan yang dilakukan oleh orang yang mempunyai kedudukan, kecuali
kesalahan hudud”.
Menurutnya lagi, hukuman ta’zir yang merupakan sebagai hak manusia boleh diberi
pengampunan, boleh didamaikan dan dilepaskan. Ia juga boleh diwarisi seperti qisas dan
lain-lain hak manusia. Ia tidak boleh dijalankan serentak, kerana hak-hak manusia tidak
tertunai dengan pelaksanaan secara serentak. Ia juga boleh dikenakan ikat jamin, kerana
tujuan jaminan adalah untuk menguatkan perjanjian, dan ta’zir adalah hak manusia.
Ta’zir dijalankan dengan pukulannya yang lebih kuat, kerana ia boleh diringankan dari segi
bilangan sebatan. Sebaliknya ia tidak diringankan dari segi sifat atau cara penyebatan
supaya tercapai tujuan daripada hukuman iaitu pencegahan. Kemudian kekuatannya diikuti
oleh had zina, had minum arak dan had qadhaf.
Cara-Cara Pembuktian Jenayah Ta’zir
Menurut Ulama Hanafi, jenayah ta’zir boleh dibuktikan dengan pembuktian biasa mengenai
semua hak manusia seprti pengakuan, penyaksian, keengganan bersumpah dan pengetahuan
qadi. Ia juga boleh dibuktikan kepada qadi dan tidak harus bagi qadi menjatuhkan hukuman
dengan berpandukan pengetahuan peribadi semata-mata pada zaman sekarang. Ini adalah
untuk mengelak daripada tohmahan dan mencegah salah guna kuasa para hakim yang tidak
amanah masa kini.
1.0 PAMPASAN KEMATIAN PENJENAYAH YANG DITA’ZIR ATAU DIHADD
Ulama’Hanafi, Maliki dan Hanbali berpendapat apabila pemerintah melaksanakan hukuman
ta’zir atau had ke atas seseorang, lalu ia mati akibatnya, maka tidak ada pampasan di atas
kematian itu kerana ta’zir adalah hukuman yang disyariatkan bagi menghalang dan
mencegah. Justeru itu, tidak diberi pampasan orang yang binasa kerananya seperti mana
had. Lagipun, pemerintah disuruh menjalankan had dan ta’zir dan pelaksanaan suruhan
tidak tertakluk kepada syarat keselamatan.
Manakala menurut mazhab Shafie, tidak diwajibkan ke atas pemerintah membayar
pampasan atas kematian penjenayah yang menjalani hukuman hudud kerana kematiannya
adalah dengan hak. Sama ada ia menjalani hukuman sebat, potong tangan, pelaksanaan
hukuman semasa cuaca panas dan sejuk yang bersangatan atau tidak, dan sama ada semasa
dia mengidap penyakit yang ada harapan akan sembuh ataupun tidak. Namun, jika orang
yang menjalani hukuman itu ialah seorang wanita yang sedang hamil dan bayi di dalam
kandungannya mati, maka pampasannya adalah wajib, kerana bayi itu adalah terjamin.
Jaminannya tidak akan gugur dengan sebab jenayah orang lain.
Pemerintah wajib membayar pampasan atas kematian orang yang menjalani hukuman ta’zir.
Walaupun ta’zir dijalankan mengikut ijtihad pemerintah, apabila ia menyebabkan
kebinasaan, ia diberi pampasan seperti suami yang memukul isteri. Ini disebabkan ta’zir
dilaksanakan dengan syarat orang yang menjalani hukuman terselamat, kerana maksud
ta’zir ialah untuk menjadi pengajaran, bukannya kebinasaan. Jika kebinasaan berlaku
dengan sebab pukulan yang boleh mematikan pada kebiasaannya, maka wajib dikenakan
hukuman qisas, kecuali orang yang memukul itu adalah asal usul ( bapa tau datuk) orang
yang dipukul. Jika kematian berlaku dengan sebab pukulan yang pada kebiasaannya tidak
mematikan, maka diwajibkan diyat pembunuhan serupa sengaja ke atas aqilah (waris
asabah) pihak orang yang memukul.
PERBEZAAN HUDUD & TA’ZIR
Antara perbezaan antara jenayah hudud dan ta’zir ialah jenayah hudud ditentukan sendiri
oleh syarak terhadap pesalah. Bukan tugas hakim untuk menentukan hukumannya
berdasarkan keadaan pesalah atau keadaan jenayah. Manakala hukuman ta’zir tidak
ditentukan oleh syariat secara terperinci tetapi hanya memberikan gambaran kasar. Atas
dasar itu, pihak berkuasa sama ada badan perundangan atau badan pengadilan diberi kuasa
oleh syariat untuk menentukan sendiri hukuman mengikut keadaan dan sebagainya.
Namun perlu diperhatikan bahawa pemberian kuasa pemutus kepada Qadi dalam ta’zir
adalah terikat dengan garis panduan yang ditetapkan, paling penting ialah memilih apa yang
dilihatnya sesuai daripada hukuman yang disyariatkan dalam ta’zir bagi keadaan-keadaan
yang ada dan mengambil kira daripada pelaku maksiat. Tambahan pula, hakim itu sendiri
seorang muslim yang sampai peringkat adil dan wara’.
Selain itu, pendakwaan jenayah hudud perlu dilakukan oleh pihak kerajaan sendiri.
Sekarang ini ia dikenali sebagai pendakwa raya. Mangsa kesalahan tidak boleh campur
tangan dalam urusan pendakwaan kecuali terdapat apa-apa hak sivil seperti ganti rugi dan
sebagainya. Ketika itu, barulah mangsa berkenaan boleh membuat pendakwaan dengan
syarat tidak melibatkan pendakwaan jenayah itu sendiri. Dalam jenayah Ta’zir, pendakwaan
perlu dilakukan oleh pihak mangsa sendiri dan pihak kerajaan. Pendakwa raya tidak
mempunyai kuasa untuk melakukannya kecuali selepas dimulakan oleh pihak mangsa.
Dalam kes ta’zir, negara diberi kuasa untuk mengampunkan pesalah daripada dikenakan
hukuman dengan syarat bahawa pengampunan tersebut tidak memberi kesan terhadap hak
individu yang ada kaitan dengan kes tersebut. Di samping itu, individu yang terjejas hak
dan kepentingannya juga diberi hak untuk melakukan kemaafan sekiranya jenayah
berkenaan menyentuh haknya semata-mata.Manakala dalam kes hudud, tidak ada jalan
yang membolehkan sesuatu jenayah itu boleh dimaafkan sama ada oleh pihak yang secara
langsung menanggung beban hasil daripada perbuatan jahat berkenaan mahupun
pemerintah dan negara sendiri.
Perbezaan seterusnya antara hudud dan ta’zir ialah hukuman ta’zir adalah bertujuan untuk
mengajar mengikut jenis kefasadan, dan kadang-kadang kesalahan itu tidak dikategorikan
sebagai maksiat dalam kebanyakan hal. Sama seperti mengajar kanak-kanak, biantang, dan
orang-orang gila demi kebaikan mereka, tanpa mensifatkan kesalahan. Manakala hudud
yang telah pun diputuskan, ia terdapat di dalam syara’ sebagai hukuman ke atas perbuatan
yang bersifat maksiat berdasarkan bukti.
Ta’zir kadang-kadang gugur sekalipun kita mengatakan wajib ta’zir, sama seperti jika
penjenayah itu terdiri daripada kanak-kanak atau orang-orang mukalaf kalau melakukan
satu jenayah yang hina, tidak boleh dijatuhkan hukuman lantaran tiada bentuk hukuman
ringan yang dapat menegah dan tiada yang mewajibkan hukuman yang berat. Manakala
hadud tidak boleh gugur selepas wajibnya dengan apa jua alasan.
Ta’zir gugur dengan bertaubat tanpa diketahui adanya khilaf. Manakala hudud tidak gugur
dengan bertaubat kecuali bagi kes menyamun seperti firman Allah dalam Surah Al-Maidah
ayat 34 yang bermaksud, “Kecualilah orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat
menangkapnya (mereka terlepas daripada hukuman itu….
Hudud merupakan hak yang putus bagi Allah S.W.T manakala Ta’zir pula ada yang menjadi
hak Allah S.W.T dan ada yang menjadi hak hamba. Seandainya ta’zir menjadi hak Allah
S.W.T, wajiblah dilaksanakan seperti hudud. Tetapi Imam harus memaafkan dan memberi
belas ihsan sekiranya dilihat ada maslahat, atau penjenayah telah tertegah tanpanya.
Manakala ta’zir yang menjadi hak individu , maka bagi yang berhak boleh mengampunkannya.
Namun, jika dia sendiri yang mahukan yang mahukan dakwaan tersebut, pemerintah tidak
mempunyai kuasa untuk mengampun dan menggugurkan dakwaan.
Ta’zir mempunyai dua jenis, antaranya yang telah putus sebagai memelihara hak Allah
S.W.T seperti penganiayaan ke atas para sahabat atau al-Quran dan sebagainya daripada
perbuatan mencabul kehormatan agama. Jenis kedua ialah perkara yang telah putus
sebagai hak hamba iaitu hak individu seperi mencemuh seseorang, memukul dan sebagainya
lagi.
Dalam jenayah hudud, hak pendakwaan tidak sekali-kali akan diwarisi oleh para waris
sekiranya mangsa berkenaan meninggal dunia. Ini kerana, hak seperti itu berada di tangan
kerajaan, iaitu di tangan pendakwa raya. Sekiranya pendakwa raya yang mendakwa kes di
mahkamah meninggal dunia, kuasa pendakwaan itu tetap berada di tangan pemerintah.
Dalam kes yang melibatkan hak individu, kewajipan memberikan keterangan berlaku apabila
apabila diminta manakala dalam kes yang melibatkan hak awam, kewajipan berlaku walaupun
tanpa diminta. Hal ini demikian kerana ia merupakan hak yang boleh dituntut oleh pendakwa
raya. Bagaimanapun, dalam kes-kes hudud secara khusus, seseorang boleh memilih sama
ada mahu memberi keterangan secara sukarela ( hisbah ) atau sebaliknya dengan tujuan
melindungi maruah pihak yang melakukan kesalahan berkenaan.
Dalam kes yang melibatkan hak individu, ada hak yang akan luput sekiranya orang yang
sepatutnya menjadi saksi enggan memberi keterangan. Sebaliknya dalam kes hudud,
kehilangan hak seperti itu tidak akan berlaku. Perbezaaan lain antara hudud dan ta’zir ialah
dalam aspek bilangan saksi. Dalam kes selain hudud yang diperlukan adalah dua sahaja.
Dalam kes hudud, hakim disunatkan memandu orang yang membuat pengakuan itu supaya
menarik balik pengakuan tersebut kerana tiasa siapa yang akan menanggung kerugian
dengan pengakuan seperti itu. Ini kerana Hudud menyentuh hak masyarakat dan tidak
menyentuh apa-apa hak individu.
Perbezaan lain antara hukum hudud dan hukum ta’zir dari segi cara mensabitkan
kesalahan. Mengikut pandangan jumhur ulama, hukuman hudud ditentukan dengan
keterangan-keterangan saksi-saksi dan pengakuan orang-orang yang bersalah dengan
syarat-syaratnya yang tertentu. Manakala cara mensabitkan kesalahan hukum ta’zir tidak
semestinya disabitkan dengan bukti-bukti tersebut di atas.
Selain itu, hukuman hudud tidak diwajibkan ke atas kanak-kanak kerana penjenayah yang
boleh dikenakan hudud mestilah orang yang telah baligh. Sedangkan hukuman ta’zir boleh
dikenakan kepada kanak-kanak kerana ta’zir adalah sebagai pengajaran
Jenayah hudud tidak akan berubah mengikut peredaran masa kerana telah ditentukan
sendiri oleh syariat Islam, iaitu melalui al-Quran dan al-Sunnah. Hukuman ta’zir tidak
semestinya disabitkan melalui saksi atau bukti seperti hudud.
KESIMPULAN
Hukuman yang Allah tetapkan seperti hudud dan hukuman ta’zir adalah untuk mendisiplin
umat Islam dalam kehidupan supaya mengikuti landasan kehidupan sebagaimana acuan dari
al-Quran dan al-sunnah.
Pencegah kemungkaran yang terbesar dan berkesan ialah melaksanakan hukum hudud
kerana pelaksanaannya akan menghalang akan menghalang dari berlakunya perbuatan keji
dan zalim di muka bumi. Meninggalkan hukum hudud merupakan bukti terbesar kepada
kekufuran ayat-ayat Allah.
Undang-undang jenayah syariah wajib ditegakkan dan didaulatkan oleh umat Islam.
Sekiranya wujud penafian dan pengabaian terhadapnya, kita wajib bangun berjuang
menegakkannya kembali. Nyatalah bahawa hukuman-hukuman ini adalah perintah-perintah
wajib yang mesti dilaksanakan dan ia mempunyai kaitan yang bergitu erat dengan soal
keimanan. Menafikan kewajipan hukum-hukum ini boleh membawa kepada kerosakan iman
dan kekufuran.
RUJUKAN
Abd. Latif Muda & Romawati Ali. 1997. Pengantar Fiqh. Kuala Lumpur : Pustaka Salam.
Abdul Rahman al-Jazari, Fiqh 4 Mazhab. 2011, Johor Bharu, Perniagaan Jahabersa.
Haron Din. 1993. Hukum Hudud dalam Perundangan Islam. Kuala Lumpur : Pejabat Agung
PAS.
Idris Ahmad. 1982. Fiqh Menurut Mazhab Syafie. Kuala Lumpur : Pustaka Antara.
Mahmood Zuhdi. 1992. Undang-Undang Jenayah Islam : Konsep Dan Asas
Perlaksanannya. Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam.
Paizah Ismail. 2008. Hudud : Hukum & Pelaksanaan. Shah Alam : Karya Bestari Sdn.Bhd.
Sa’id Ibrahim. 1996. Qanun Jinayah Syar’iyah. Kuala Lumpur : Darul Ma’rifah.
Wahbah al-Zuhaili. 1997. Fiqh & Perundangan Islam. 6 Jil. Ter. Ahmad Shahbari Salamon.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dicatat oleh bintang kehidupan di 4:24 pm
No comments:
Post a Comment
Newer PostOlder PostHome
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Search This Blog
窗体顶端

More Related Content

Similar to HUDUD & TA'ZIR

Istimewanya sistem perundangan islam
Istimewanya sistem perundangan islamIstimewanya sistem perundangan islam
Istimewanya sistem perundangan islamKhosenulhan Ab Rahman
 
Jarimah Hudud.doc.docx
Jarimah Hudud.doc.docxJarimah Hudud.doc.docx
Jarimah Hudud.doc.docxsodre muhamad
 
Presentasi Fiqh 13 (Hudud)
Presentasi Fiqh 13 (Hudud)Presentasi Fiqh 13 (Hudud)
Presentasi Fiqh 13 (Hudud)Marhamah Saleh
 
presentasifiqh13hudud-091229202957-phpapp01.pptx
presentasifiqh13hudud-091229202957-phpapp01.pptxpresentasifiqh13hudud-091229202957-phpapp01.pptx
presentasifiqh13hudud-091229202957-phpapp01.pptxAinNaj1
 
Sosiologi Kelas 10 - Korupsi dan Mencuri
Sosiologi Kelas 10 - Korupsi dan MencuriSosiologi Kelas 10 - Korupsi dan Mencuri
Sosiologi Kelas 10 - Korupsi dan MencuriYudistira Ydstr
 
Perundangan Islam pada zaman penjajahan barat
Perundangan Islam pada zaman penjajahan baratPerundangan Islam pada zaman penjajahan barat
Perundangan Islam pada zaman penjajahan baratathirahsb
 
Makalah fiqh jinayah
Makalah fiqh jinayahMakalah fiqh jinayah
Makalah fiqh jinayahSalim Anshori
 
Pengajian Islam: Jenayah dari perspektif Islam
Pengajian Islam: Jenayah dari perspektif IslamPengajian Islam: Jenayah dari perspektif Islam
Pengajian Islam: Jenayah dari perspektif IslamMohd Firdaus Zakaria
 
26.33020210152_AN NISAA DARWISY FITRADA.pdf
26.33020210152_AN NISAA DARWISY FITRADA.pdf26.33020210152_AN NISAA DARWISY FITRADA.pdf
26.33020210152_AN NISAA DARWISY FITRADA.pdfRINIRISDAYANTI0125
 
Keunggulan Sistem Pidana Islam - KH. Shiddiq al-Jawi
Keunggulan Sistem Pidana Islam - KH. Shiddiq al-JawiKeunggulan Sistem Pidana Islam - KH. Shiddiq al-Jawi
Keunggulan Sistem Pidana Islam - KH. Shiddiq al-JawiAnas Wibowo
 
Pengertian hak
Pengertian hakPengertian hak
Pengertian hakheru_UMY
 
Fiqih jinayah
Fiqih jinayahFiqih jinayah
Fiqih jinayahAzat Net
 
ANALISI BAHAN AJAR KB-1.pdf
ANALISI BAHAN AJAR KB-1.pdfANALISI BAHAN AJAR KB-1.pdf
ANALISI BAHAN AJAR KB-1.pdfMuhammadZamroji
 

Similar to HUDUD & TA'ZIR (20)

Jenayah
JenayahJenayah
Jenayah
 
Istimewanya sistem perundangan islam
Istimewanya sistem perundangan islamIstimewanya sistem perundangan islam
Istimewanya sistem perundangan islam
 
Jarimah Hudud.doc.docx
Jarimah Hudud.doc.docxJarimah Hudud.doc.docx
Jarimah Hudud.doc.docx
 
Intan
IntanIntan
Intan
 
Presentasi Fiqh 13 (Hudud)
Presentasi Fiqh 13 (Hudud)Presentasi Fiqh 13 (Hudud)
Presentasi Fiqh 13 (Hudud)
 
jinayat.pptx
jinayat.pptxjinayat.pptx
jinayat.pptx
 
presentasifiqh13hudud-091229202957-phpapp01.pptx
presentasifiqh13hudud-091229202957-phpapp01.pptxpresentasifiqh13hudud-091229202957-phpapp01.pptx
presentasifiqh13hudud-091229202957-phpapp01.pptx
 
Sosiologi Kelas 10 - Korupsi dan Mencuri
Sosiologi Kelas 10 - Korupsi dan MencuriSosiologi Kelas 10 - Korupsi dan Mencuri
Sosiologi Kelas 10 - Korupsi dan Mencuri
 
Perundangan Islam pada zaman penjajahan barat
Perundangan Islam pada zaman penjajahan baratPerundangan Islam pada zaman penjajahan barat
Perundangan Islam pada zaman penjajahan barat
 
konsep syariah
konsep syariahkonsep syariah
konsep syariah
 
Makalah fiqh jinayah
Makalah fiqh jinayahMakalah fiqh jinayah
Makalah fiqh jinayah
 
Sistem jinayah
Sistem jinayahSistem jinayah
Sistem jinayah
 
Pengajian Islam: Jenayah dari perspektif Islam
Pengajian Islam: Jenayah dari perspektif IslamPengajian Islam: Jenayah dari perspektif Islam
Pengajian Islam: Jenayah dari perspektif Islam
 
Fiqih - Hudud
Fiqih - HududFiqih - Hudud
Fiqih - Hudud
 
26.33020210152_AN NISAA DARWISY FITRADA.pdf
26.33020210152_AN NISAA DARWISY FITRADA.pdf26.33020210152_AN NISAA DARWISY FITRADA.pdf
26.33020210152_AN NISAA DARWISY FITRADA.pdf
 
Keunggulan Sistem Pidana Islam - KH. Shiddiq al-Jawi
Keunggulan Sistem Pidana Islam - KH. Shiddiq al-JawiKeunggulan Sistem Pidana Islam - KH. Shiddiq al-Jawi
Keunggulan Sistem Pidana Islam - KH. Shiddiq al-Jawi
 
Pengertian hak
Pengertian hakPengertian hak
Pengertian hak
 
Fiqih jinayah
Fiqih jinayahFiqih jinayah
Fiqih jinayah
 
Je nayah dalam islam
Je nayah dalam islamJe nayah dalam islam
Je nayah dalam islam
 
ANALISI BAHAN AJAR KB-1.pdf
ANALISI BAHAN AJAR KB-1.pdfANALISI BAHAN AJAR KB-1.pdf
ANALISI BAHAN AJAR KB-1.pdf
 

Recently uploaded

Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 

Recently uploaded (20)

Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 

HUDUD & TA'ZIR

  • 1. PERBEZAAN ANTARA HUDUD, QISAS DAN TA'ZIR HUDUD • Jenayah yang tertakluk di bawah hukuman hudud adalah hak Allah SWT dan Allah SWT sahaja yang berhak mengampuninya. Oleh itu hakim dan pemerintah tidak mempunyai hak untuk membuat pilihan dan mestilah melaksanakan hukuman tersebut. • Jumhur ulamak bersepakat bahawa sesiapa yang ikhlas bertaubat sebelum dilaksanakan hukuman hudud maka dia akan diampunkan oleh Allah SWT. • Jumhur ulamak bersepakat bahawa dalam kes yang tertakluk dibawah jenayah hudud maka penjenayah tersebut boleh diberikan syafa’at sebelum dibawa kepada hakim. • Hukuman hudud adalah berkaitan dengan hak Allah SWT dan hak manusia. • Hukuman hudud hanya dilaksanakan pada individu yang cukup syaratnya menurut syarak. • Bagi menetapkan kesalahan hudud dan menjatuhkan hukuman mestilah melalui saksi dan syarat-syarat sah atau juga melalui pengakuan penjenayah sendiri yang cukup syaratnya. QISAS • Hukuman adalah tertakluk kepada mangsa dan waris mangsa. Oleh itu kuasa menuntut pelaksanaannya dan pengampunan boleh diberikan oleh mangsa dan waris mangsa sahaja. • Dalam qisas hakim dan pemerintah tidak ada hak sama ada melaksanakan atau tidak hukuman qisas tersebut. Mereka mestilah melaksanakannya kecuali sekiranya mangsa dan waris mangsa memberi pengampunan terhadap pembunuh. • Dalam kes penjenayah yang dimaafkan oleh mangsa atau waris mangsa atau membayar diyat, jumhur ulamak sependapat bahawa hakim dan pemerintah boleh menjatuhkan hukuman ta’zir terhadap penjenayah. • Hukuman qisas hanya boleh dilaksanakan terhadap penjenayah yang cukup umur, waras serta memenuhi syarat-syarat lain yang telah ditetapkan oleh syarak. • Untuk disabitkan kesalahan terhadap penjenayah dalam hukuman qisas mestilah melalui bukti, saksi atau pengakuan daripada penjenayah sendiri yang cukup syaratnya. TA’ZIR • Hukuman ta’zir bergantung pada kesesuaian dan keadaan mengikut kesalahan yang mana hukuman ditetapkan oleh hakim atau pemerintah. • Dalam kesalahan hak Allah SWT, hakim mestilah melaksanakan hukuman ta’zir terhadap penjenayah. Namun, melalui budi bicara serta penilaiannya, hakim boleh member keringanan terhadap penjenayah. • Hukuman ta’zir yang berkaitan dengan hak manusia, mangsa atau waris boleh mengampunkan penjenayah atau membayar ganti rugi. • Hukuman ta’zir boleh dikenakan terhadap kanak-kanak yang belum cukup umur. • Untuk sabitkan hukuman, tidak semestinya melalui saksi atau bukti seperti hukuman qisas dan hudud
  • 2. "HUDUD & TA'ZIR " PENDAHULUAN Jenayah ialah larangan-larangan syarak yang dilarang oleh Allah dengan hukuman hudud dan ta’zir. Sekiranya jenayah itu menyentuh kepentingan masyarakat, ia disebut sebagai jenayah awam manakala jika menyentuh kepentingan individu, ia disebut sebagai jenayah terhadap individu atau kesalahan persendirian. Hudud mahupun ta’zir bukanlah nama sebenar bagi jenayah-jenayah yang tertentu. Ia sebaliknya nama jenis hukuman atau keseksaan yang akan dikenakan terhadap pesalah dalam kes-kes jenayah berkenaan. Tujuan mengambil hukum-hukum dan undang-undang Islam ialah untuk mendirikan sebuah masyarakat Islam yang hidup berasaskan keluhuran, kemuliaan, kebersihan, keamanan dan ketenangan. Sesuatu undang-undang tidak dipandang berguna jika kewujudannya tidak membantu mengurangkan jenayah dalam masyarakat. Wujudnya seperti tiada. Kadang-kadang, undang-undang seolah-olah menjadi baja pula kepada para penjenayah. Jenayah bertambah sama naik dengan bertambahnya undang-undang baru. Akhirnya, jenayah sama subur dan acap kali pindaan undang-undang. Dengan imbangan keadilan, keberkatan, pembalasan yang setimpal, keampunan dosa, dan kuasa cegahan inilah yang menjadikan undang-undang syariah lebih ampuh dalam memerangi jenayah. Perlu diingatkan bahawa undang-undang semata-mata tidak akan berupaya membanteras jenayah sepenuhnya. Oleh sebab itu, Islam datang dengan membawa bersama program-program tarbiyah bertujuan menanamkan ketaqwaan dalam kalangan manusia. Taqwa inilah perisai yang pertama bagi menyekat perbuatan-perbuatan jahat dan undang-undang adalah
  • 3. sekatan-sekatan tambahan kalau-kalau sekatan ketaqwaan masih boleh dilepasi oleh sebahagian anggota masyarakat. Taqwa ibarat sayap kanan dan undang-undang syariah adalah sayap kiri yang menjadi pelengkap. Sesungguhnya sejarah telah membuktikan bahawa masyarakat Islam ketika melaksanakan hudud, mereka hidup aman damai dengan harta benda, kehormatan dan peraturannya sehinggakan pesalah itu sendiri yang mahukan hudud ditegakkan kerana mahu mensucikan diri dan menghapuskan dosanya. HUDUD Pengertian Hudud Hudud berasal dari perkataan arab yang “mufrad” atau asalnya “had” bermaksud sekatan atau sempadan atau tegahan. Hudud menurut istilah umum ialah hukuman tertentu terhadap perbuatan jahat, iaitu suatu bentuk hukuman keseksaan yang mana bentuk dan kadarnya telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan syarak dan ia mestilah dilaksanakan untuk menjaga hak Allah S.W.T dan kepentingan masyarakat awam. Disebut juga hukuman sebagai hudud, kerana keadaannya yang dilarang daripada melakukan kesalahan yang menyebabkan akan menerima padah tersebut. Hudud Allah S.W.T ialah hukum yang dihadkan dan ditentukan-Nya. Menurut jumhur para fuqaha, kesalahan-kesalahan hudud ini ada tujuh, iaitu berzina, mencuri, menuduh zina atau qazaf, minum arak, menyamun, memberontak dan murtad. Sementara hukuman-hukumannya ialah rejam sampai mati dalam sesetengah kes perzinaan, bunuh atau potong tangan atau potong kaki atau sula, mengikut kes dalam jenayah perompakan, potong tangan dalam kes-kes mencuri dan sebat dalam sesetengah kes perzinaan dan dalam kes-kes qazaf dan minum arak. Ini bererti bahawa jenayah hudud itu ialah kesalahan awam iaitu menyentuh kepentingan masyarakat umum secara langsung. Sesuai dengan kedudukannya sebagai jenayah berat, syariat Islam menentukan prosedur yang lebih ketat ke atas jenayah-jenayah hudud. Ini bagi mengelakkan hukuman dijatuhkan ke atas orang yang tidak bersalah.
  • 4. Jenis Kesalahan Hudud Dan Hukumannya (1) Mencuri Mencuri mengikut pengertian istilah ialah mengambil barang orang lain secara sembunyi atau tanpa keizinan pemilik. Firman Allah Taala dalam surah al-Ma’idah ayat 38 yang bermaksud, “ Orang yang mencuri lelaki atau perempuan, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” Antara syarat sabit mencuri dan potong tangan ialah : 1. Barangan bernilai ¼ dinar atau lebih 2. Barangan bernilai 3 Dirham atau lebih 3. Barangan itu disimpan pada tempat yang sesuai. Jumhur ulama’ seperti Imam Syafie dan Imam Malik berpendapat hukuman terhadap pencuri secara terperinci dapat dibahagikan kepada lima bahagian : 1. Pencuri yang mencuri kali pertama dikenakan had potong tangan kanan hingga pergelengan tangan 2. Mencuri kali kedua dipotong kaki kiri hingga buku lali 3. Mencuri kali ketiga dipotong tangan kiri hingga pergelangan tangan 4. Mencuri kali keempat dipotong kaki kanan hingga buku lali 5. Mencuri kali kelima dan seterusnya dikenakan ta’zir atau dipenjarakan sehingga bertaubat. (2) Rompak Dan Samun
  • 5. Rompak atau samun ialah tindakan mengganggu laluan awam dengan tujuan untuk menkut-nakutkan manusia atau merampas serta mengambil harta orang dengan paksaan dan kekerasan. Firman Allah Taala dalam surah al-Ma’idah ayat 33 yang bermaksud, “Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar”. Imam Shafi’e menafsirkan ayat di atas yang bermaksud : “Dalam sesuatu rompakan dan sebagainya, jika didapati perompak-perompak hanya sekadar merampas harta benda dengan cara menakut-nakutkan mangsanya, maka mereka hendaklah dihukum dengan memotongkan tangan kanan dan kaki kirinya. Kalau dalam rompakan itu mereka membunuh mangsanya tetapi tidak mengambil sebarang harta, maka mereka hendaklah dibunuh balas. Jika disamping merompak itu, harta diambil, mangsanya dibunuh, maka mereka hendaklah disalib selama-lamanya tiga hari dan dibunuh. Jika mereka hanya menganggu ketenteraman umum dan mengancam orang tanpa mengambil sebarang harta maka mereka hendaklah dibuang daerah.” Menurut al-Qurtubi di dalam tafsirnya bahawa pihak pemerintah boleh membuat pilihan di dalam menghukum perompak dan sebagainya, sama ada hendak menjatuhkan hukuman bunuh atau salib atau dipotong tangan dan kaki secara berselang atau membuang daerah, mengikut seperti mana dalam ayat tadi. (3) Berzina Zina ialah persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Firman Allah dalam surah al-Nisa yat 25 yang membawa maksud, “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah ( pelaksanaan ) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”
  • 6. Ulama sepakat mengatakan bahawa ayat yang tersebut di atas adalah khusus untuk penzina yang belum berkahwin“‫ير‬ ‫غ‬ ‫صن‬ ‫”مح‬. Mereka itu hendaklah disebat dengan seratus kali sebatan. Manakala penzina yang telah berkahwin “‫صن‬ ‫”مح‬ maka mereka hendaklah dihukum rejam. Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khatab R.H. katanya “Sesungguhnya Allah S.W.T. telah mengutuskan Muhammad S.A.W. dengan hak. Diturunkan kepadanya al-Quran. Di antara ayat yang diturunkan kepadanya ialah ayat rejam. Kami telah membacanya, memahaminya dan menyedarinya. Rasulullah S.A.W. telah merejam penzina. Kami juga telah merejam penzina selepasnya. Aku khuatir kalau-kalau ada di zaman kebelakangan nanti, orang-orang yang meragui dan menghujjahkan hukuman rejam itu tidak terdapat di dalam al-Quran. Dari itu mereka akan tersesat kerana meninggalkan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya. Rejam adalah sebenarnya hukuman ke atas penzina yang berkahwin sama ada lelaki atau perempuan, sekiranya ada bukti nyata atau perempuan tersebut mengandung ataupun pengakuan. Al-Imam al-Shafi’e menegaskan bahawa hukuman ke atas penzina yang berkahwin adalah rejam. Ulama juga sepakat mengatakan bahawa penzina yang berkahwin hendaklah dihukum rejam. Rasulullah S.A.W. telah menjatuhkan hukuman rejam ke atas penzina sehingga mati sedangkan hukuman bunuh itu hanya wajar dihukum ke atas pembunuh sahaja. ( Haron Din 1993: 10 ). Zina boleh disabitkan dengan tiga cara iaitu : 1. Disaksikan oleh 4 orang lelaki yang cukup syaratnya 2. Pengakuan penzina yang cukup syaratnya 3. Qarinah ( Bukti ) (4) Menuduh Zina ( Qazaf ) Qazaf bermaksud menuduh seseorang melakukan zina tanpa pembuktian yang jelas dan lengkap. Qazaf juga merangkumi kata-kata yang menafikan keturunan. Contohnya, seseorang berkata, “ kamu bukan anak si fulan”. Kata-kata tersebut bermaksud ibunya telah melakukan zina.
  • 7. Firman Allah Taala dalam surah al-Nur ayat 4 yang membawa maksud, “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik[1029] ( berbuat zina ) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, Maka deralah mereka ( yang menuduh itu ) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka Itulah orang-orang yang fasik.” Perbuatan menuduh orang berzina memberi kesan yang besar kepada kehidupan seseorang yang dituduh. Perbuatan itu akan menimbulkan permusuhan, memporak perandakan rumah tangga dan masyarakat. Manakala, anak-anak yang lahir dari seseorang yang dituduh zina akan menjadi mangsa serta kebahagiaan rumahtanga akan runtuh dan hancur. Oleh yang demikian, ulama bersetuju mengatakan bahawa orang yang menuduh zina ke atas perempuan-perempuan yang bersih hendaklah dihukum sebat dengan lapan puluh kali sebatan. (5) Minum Arak Minum arak ialah meminum segala minuma yang memabukkan dan menyebabkan hilang kewarasan akal, baik sedikit ataupun banyak, sama ada memabukkan atau tidak. Firman Allah Taala dalam surah al- Ma’idah ayat 90 yang membawa maksud “Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Jenayah meminum arak atau minuman yang memabukkan mempunyai satu jenis sahaja hukumannya iaitu disebat sebanyak 40 sebatan. Sabit Had Minum Arak : 1. Pengakuan peminumnya sendiri 2. 2 orang saksi lelaki dan perempuan yang cukup syarat 3. Bahan yang memabukkan itu dalam bentuk minuman 4. Mengambil minuman yang memabukkan itu melalui mulut dan sekurang-kurangnya sampai ke halkum 5. Dilakukan secara sukarela
  • 8. (6) Murtad Murtad ialah tindakan seseorang yang keluar daripada agama Islam sama ada melalui I’tikad, kata-kata atau perbuatan. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 217 yang membawa maksud “Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu Dia mati dalam kekafiran, Maka mereka Itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka Itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” Menurut pendapat jumhur ulama’, sesiapa yang didapati murtad sama ada lelaki atau perempuan dengan salah satu cara tersebut, ia mestilah ditahan oleh qadi atau hakim atau pemerintah selama tiga hari tiga malam untuk memberi peluang kepadanya supaya bertaubat. Sekiranya telah tamat tempoh tersebut dan dia tetap enggan kembali kepada Islam dan enggan bertaubat, ia mestilah dihukum bunuh. 7) Memberontak Memberontak ialah suatu tindakan menuntut sesuatu yang tidak seharusnya dituntut dengan cara kekerasan dan kezaliman, iaitu menentang pemerintahan dengan kekuatan senjata melalui cara yang tidak diharuskan oleh syarak. Jenayah memberontak adalah satu bentuk hukuman sahaja, iaitu dijatuhkan hukuman mati atau diperangi. Demi kebaikan bersama dan keamanan, walaupun memberontak merupakan suatu jenyah, namun terlebih dahulu sebelum bertindak dan mengambil tindakan tegas terhadap pemberontak, pemerintah mestilah meneliti dan mengkaji sebab dan faktor lahirnya pemberontakan tersebut. Kewajipan Melaksanakan Hukum Hudud Hudud sebagaimana pengertiannya ialah suatu seksaan yang telah ditetapkan Allah yang wajib dilaksanakan kerana menunaikan hak Allah.
  • 9. Al-Syeikh Mahmud Syaltut dalam konteks mengulas persoalan perlaksanaan hukum hudud, beliau menegaskan: “Hukum-hukum Qat’I yang tersebut dalam al-Quran ( seperti hukuman hudud ) wajib dilaksanakan sepenuhnya. Orang-orang Islam yang menghukum dengan hukuman-hukuman lain dari itu akan menjadi murtad sekiranya mereka berkeyakinan hukum itu adalah lebih baik dan lebih sesuai dari hukum Allah.” Beliau menerangkan bahawa: “ Tidak bersalahan ulama dalam menentukan bahawa orang yang disuruh Allah untuk menghukum dengan hukuman sebatan itu adalah pemerintah dan sesiapa yang ditugaskan oleh pemerintah untuk melaksanakan hukuman itu. Ada juga qaul yang mengatakan bahawa perintah tersebut adalah ditujukan kepada orang-orang Islam semuanya. Hal ini kerana melaksanakan upacara-upacara keagamaan adalah kewajipan umum yang mesti bertanggungjawab ke atas semuanya. Adapun pemerintah adalah mewakili orang ramai dalam melaksanakan hukuman apabila tiba masanya. Hikmah Pensyariatan Hudud Terdapat lima kepentingan asas masyarakat yang sangat diambil berat oleh Islam dikenali sebagai “lima kepentingan asas” ( al-Doruuriyyat al-Khams ) iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Hikmah penetapan hukuman hudud adalah untuk menjaga kesihatan pada had khams, memelihara kehormatan manusia pada had qazaf, menjaga harta pada had pencurian. Perbuatan-perbuatan di atas sangat berkaitan dengan akal sihat dan watak asal manusia. Oleh kerana itu, dalam ajaran agama terdahulu pun semua bentuk kejahatan di atas adalah dilarang, harta tidak boleh dicuri, kehormatan tidak boleh dinodai dan sebagainya. Jika demikian adanya, maka semakin jelaslah faedah dan manfaat hudud tersebut sangat besar, maka ia dijadikan Allah sebagai hak-Nya, kerana Allah tidak pernah berkeinginan buruk dan zalim terhadap hamba-Nya dan selamanya ia akan memberikan yang terbaik untuk manusia. Bagi menjaga kemurnian agama, jenayah murtad diperuntukkan. Qisas dan Diyat bagi menjaga kepentingan nyawa dan tubuh badan, hukuman terhadap pencuri bagi menjaga keselamatan harta benda, pengharaman minum arak bagi menjaga kesejahteraan akal dan
  • 10. hukuman terhadap jenayah zina bertujuan untuk menjaga kesucian nasab keturunan dan kesejahteraan berkeluarga. Antara hikmah disyariatkan hukum hudud adalah untuk membanteras atau mencegah tindakan kejahatan yang ada di tengah-tengah masyarakat, memelihara diri manusia dari kebinasaan, menjaga kehormatan dan harga dirinya, menjaga kemurnian keturunan serta menghindarkan harta dari pemanfaatan yang tidak tepat dan kerosakan. Selain itu, hikmah pensyariatan hudud adalah untuk melindungi seluruh hamba Allah dari hal-hal yang menyebabkan bahaya atau mudarat bagi mereka seperti ternodanya tempat tidur suami isteri dan rosaknya dan hilangnya garis keturunan. Maka untuk menghindarkan itu semua terjadi, disyariatkanlah hudud agar menjadi pelindung yang ampuh bagi manusia dari segala musibah, seperti kerosakan moral, penyakit jiwa dan lain sebagainya yang pada akhirnya menjerumuskan manusia ke dalam jurang jahanam. Agama Islam sebenarnya begitu menitikberatkan keadilan di mana hudud tidak boleh ditegakkan melainkan telah jelas sabit seseorang itu melakukan kesalahan. Ini dilakukan dengan mengetatkan proses untuk mensabitkan kesalahan itu. Kemudian, dia berhak menolak hudud sekiranya berjaya menimbulkan syubhah. Hudud boleh dijatuhkan dengan wujudnya bukti-bukti yang nyata sehingga dapat mencapai kesan yang praktikal dalam menegah jenayah dan menangani kegiatannya. Hikmah lain pelaksanaan hukum Hudud ialah untuk mencegah manusia daripada mendekati kesalahan-kesalahan tersebut, memelihara masyarakat daripada kefasadan, dan menyucikan daripada dosa dan noda. Hukum hudud mengandungi kemaslahatan, pembasmian di samping tidak melampaui kadar yang sepatutunya ditanggung oleh penjenayah. Kekerasan hukuman pada hakikatnya adalah rahmat kepada orang yang ragu-ragu untuk melakukan jenayah kerana kekerasan hukuman tersebut akan menimbulkan ketakutan dalam kalangan mereka yang cuba melakukannya. Maka, keadaan itu juga akan mengubah pendirian orang yang teragak-agak untuk melakukan jenayah itu. Oleh yang demikian, ia keras pada sudut yang sempit tetapi mampu membawa rahmat yang meluas dan menyeluruh kepada masyarakat. Pelaksanaannya juga adalah bertujuan untuk menjaga kemaslahatan masyarakat umum, ketenteraman dan supaya dapat memberi pengajaran kepada penjenayah dan faedah kepada masyarakat umum. Kalau diperhatikan, kategori hukuman bagi jenyah-jenayah yang ditentukan secara terperinci oleh syariat Islam termasuk kategori jenayah berat. Sebagai jenayah berat
  • 11. yang menggugat kestabilan hidup manusia, hukuman yang dikenakan ke atasnya juga perlu berat. Kalau tidak, mana mungkin ia mampu mencapai objektif pemulihan dan sebagainya. TA’ZIR Pengertian Ta’zir Dalam bahasa Arab, Ta’zir bererti pencegahan, penghalang, pertolongan dan pengasuhan. Dengan kata lain, ia bererti melakukan sesuatu tindakan dengan tujuan mengajar dan mendidik. Ia dinamakan ta’zir disebabkan wujudnya hukuman tersebut akan menghalang orang-orang yang melakukan kesalahan atau mengulanginya pada masa akan datang. Ta’zir menurut pengertian syara’ ialah sejenis hukuman yang tidak ditetapkan kadarnya atau bentuknya yang dilaksanakan bagi menunaikan hak Allah S.W.T dan hak manusia terhadap kesalahan-kesalahan yang selain hukuman hudud, qisas, diyat dan kifarat. Berasaskan huraian tersebut, jenayah Ta’zir boleh disebut sebagai perbuatan jahat sama ada menyentuh kepentingan masyarakat secara langsung atau kepentingan individu dan yang akan dihukum dengan hukuman yang tidak bersifat Qisas, Diyat mahupun Hudud. Kriteria Ta’zir ialah setiap mereka yang menceroboh kemungkaran atau menyakiti orang lain tanpa hak sama ada dengan perkataan, perbuatan atau dengan isyarat. Kadangkala ta’zir merupakan sebagai hak Allah S.W.T atau sebagai hak manusia, atau hak yang berkongsi di antara kedua-duanya dan salah satu daripada kedua-duanya melebihi ke atas yang lain. Ta’zir adalah usaha mendidik atau mengarahkan yang ditentukan oleh hakim sebagai pencegah bagi yang melakukan perbuatan haram agar tidak melakukannya lagi, Setiap orang yang melakukan perbuatan haram yang tidak menimbulkan had atau qisas atau kafarat, maka hakim berhak untuk memberikan hukuman ta’zir kepadanya sesuai dengan kemaslahatan yang dipandangnya. Dan maslahat tersebut juga dapat mencegah si pelaku untuk tidak lagi melakukan perbuatan haram juga dapat mencegah si pelaku untuk tidak lagi
  • 12. melakukan perbuatan haram tersebut. Contoh ta’zir adalah pemukulan, cambukan , penahanan dan celaan. Penetapan Hukum Ta’zir Hukuman yang berkaitan dengan ta’zir tidak terdapat di dalam al-Quran dan Hadis, di mana ia terserah kepada budi bicara dan kepakaran hakim dan pemerintah untuk menetapkan sesuatu kesalahan itu dengan hukuman demi kepentingan penjenayah, masyarakat dan negara. Menurut undang-undang jenayah syar’iyah, hakim boleh menjatuhkan dan mengenakan hukuman ta’zir ke atas kanak-kanak, kerana hukuman ta’zir adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada penjenayah-penjenayah itu. Syariat Islam memberikan garis-garis dasar tentangnya malah tentang kesalahan itu sendiri, dan kemudian menyerahkan kepada pemerintah untuk menentukan sendiri dengan secara terperinci dari semasa ke semasa. Tidak ada apa-apa ikatan yang dikenakan terhadap badan-badan pemerintah dalam membuat keputusan berkenaan kecuali prinsip-prinsip umum tadi serta kepentingan masyarakat sendiri. Dalam hal tersebut juga, hukuman ta’zir itu berubah mengikut corak hidup masyarakat, individu dan keadaan. Selain itu, hukuman ta’zir juga tidak terhad, sama ada dengan denda, penjara, rampas harta, atau buang negeri. Lantaran itu, ia meliputi ruang yang luas seperti berkhalwat, pecah amanah, rasuah, mengedar dadah, menagih dadah dan sebagainya lagi. Jika ta’zir merupakan hak yang tulen bagi manusia atau hak manusia lebih banyak di dalamnya seperti maki hamun, menzalimi dan memukul orang tanpa hak, dan memalsukan dan memberi kesaksian palsu dan sebagainya daripada perkara-perkara yang terhenti di atas dakwaan seseorang, maka ia tidak gugur dengan taubat. Ini sebagaimana tidak gugur hukuman ( hak ) dengan qadi sahaja yang memberi kemaafan terhadap penjenayah. Bilakan Dibolehkan Penahanan ? Adalah sabit bahawa Umar bin al-Khattab telah mengadakan penjara semasa pemerintahannya, diikuti oleh Uthman bin Affan dan Ali bin Abu Talib.
  • 13. 1. Ditahan penjenayah kerana mangsanya tidak ada, supaya orang yang akan menjalani hukuman qisas tidak terlepas daripada hukuman. 2. Ditahan hamba yang lari selama setahun sebagai menjaga kehilangan harta dengan harapan dapat diketahui tuannya. 3. Ditahan orang yang enggan menunaikan haknya sebagai paksaan ke atasnya supaya ia ditunaikan. 4. Ditahan mereka yang diragui kedudukannya dalam sama ada kepayahan ataupun kesenangan untuk mengetahui keadaannya. Sekiranya ternyata keadaannya, maka dia dihukum dengan apa yang selayaknya sama ada susah atau senang. 5. Ditahan penjenayah sebagai hukuman ta’zir atau mencegah daripada berbuat maksiat kepada Allah S.W.T 6. Ditahan mereka yang terhalang daripada menjalankan tanggungjawab wajib yang tidak boleh diganti oleh orang lain. Contohnya, orang yang baru memeluk Islam menjadi suami kepada dua orang perempuan bersaudara, suami kepada 10 orang wanita, ataupun seorang wanita bersama anak perempuannya, dan dia tidak dapat menentukan salah seorang daripada mereka berdua sebagai isteri pilihannya. 7. Orang yang membuat pengakuan mengenai sesuatu yang tidak diketahui, sama ada benda ataupun dalam tanggungan, dan ia tidak dapat menentukannya. Dia ditahan sehingga dapat ditentukan dakwaannya, seperti dia berkata, “ Benda itu ialah pakaian ini atau haiwan ini dan sebagainya, atau sesuatu yang saya perakukan itu ialah dinar (wang) dalam tanggungan saya.” 8. Ditahan orang yang enggan menunaikah hak Allah S.W.T yang tidak boleh diganti seperti puasa. Hukuman Bunuh ( Ta’zir Secara Siyasah )
  • 14. Ijma’ ulama’ mewajibkan hukum bunuh orang Muslim yang mencaci Nabi Muhammad S.A.W berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Ahzab ayat 57 yang bermaksud, ‘Sesungguhnya orang yang menyakiti Allah S.W.T dan Rasul-Nya, Allah S.W.T akan melaknatinya di dunia dan di akhirat, dan Allah S.W.T menyediakan baginya seksa yang menghinakan.” Mereka juga mengatakan bahawa pemerintah boleh menghukum pencuri dengan hukuman bunuh berasaskan siyasah sekiranya pencuri itu berulang kali melakukan jenayah itu. Pemerintah juga boleh mengenakan hukuman bunuh ke atas orang yang kerap kali menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas, kelam kabut dalam bandar, kerana aktivitinya melakukan kerosakan di muka bumi. Demikianlah juga hukumnya ke atas orang yang tidak dapat dibendung kejahatannya kecuali dengan membunuhnya, dan ia dibunuh berasaskan siyasah. Begitu juga dikenakan hukum bunuh ke atas tukang sihir, penganut zindiq yang menjalankan kegiatan menyeru orang kepada perkara-perkara zindiq apabila dapat ditangkap, biarpun kemudiannya dia bertaubat. Para fuqaha’ sepakat bahawa kafir harbi yang jadi pengintip harus dibunuh. Kesimpulannya, hukum bunuh berdasarkan siyasah harus dikenakan ke atas orang yang selalu melakukan jenyah, penagih arak, orang yang menyeru kepada kerosakan, penjenayah-penjenayah terhadap keamanan negara dan sebagainya. Hukuman Ta’zir Dengan Harta Tidak harus dikenakan hukuman ta’zir ke atas pesalah dengan mengambil hartanya kerana ia mengandungi unsur pemberian kuasa mengambil harta manusia secara paksa, lalu digunakan untuknya. Hukuman ta’zir yang berupa dendaan adalah diharuskan pada beberapa tempat tertentu. Contohnya, terdapat dalam sunnah Rasulullah S.A.W, baginda menyuruh memecahkan bekas-bekas arak dan memberatkan hukuman denda terhadap pencuri barangan yang tidak dikenakan hukuman potong tangan. Syarat-Syarat Wajib Ta’zir Satu sahaja syarat bagi membolehkan hukuman ta’zir dikenakan ke atas seseorang yang melakukan jenayah yang tidak ditentukan kadar hukumannya oleh syarak iaitu berakal.
  • 15. Oleh itu, dikenakan hukuman ta’zir bagi setiap penjenayah yang berakal, sama ada lelaki atau perempuan, Muslim atau kafir, baligh atau kanak-kanak yang berakal kerana mereka yang dewasa adalah layak menerima hukuman, sementara kanak-kanak yang berakal dikenakan ta’zir sebagai pengajaran, bukan sebagai hukuman. Kaedah yang membolehkan hukuman ta’zir dikenakan ialah setiap orang yang melakukan kemungkaran atau menyakiti orang lain tanpa hak dengan perkataan, perbuatan atau isyarat, sama ada orang yang menjadi mangsanya itu Muslim atau kafir. Kadar Ta’zir Hukuman ta’zir dikenakan mengikut ijtihad hakim dengan mengambil kira kadar jenayah yang dilakukan dan martabat kedudukan penjenayah. Sekurang-kurangnya sebatan ta’zir ialah tiga kali. Ia boleh dikurangkan menurut keadaan individu. Ta’zir tidak boleh melebihi hukuman hudud. Oleh itu, maksimum sebatan ta’zir mesti dikurangkan satu sebatan daripada minimum hukuman hadd. Sifat-Sifat Ta’zir Menurut ulama’ Shafie, hukuman ta’zir tidak merupakan sesuatu yang wajib. Oleh itu, harus bagi pemerintah mengabaikannya apabila ia tidak berkaitan dengan hak individu manusia. Hal ini berdasarkan sabda Nabi S.A.W yang bermaksud,” berilah kemaafan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh orang yang mempunyai kedudukan, kecuali kesalahan hudud”. Menurutnya lagi, hukuman ta’zir yang merupakan sebagai hak manusia boleh diberi pengampunan, boleh didamaikan dan dilepaskan. Ia juga boleh diwarisi seperti qisas dan lain-lain hak manusia. Ia tidak boleh dijalankan serentak, kerana hak-hak manusia tidak tertunai dengan pelaksanaan secara serentak. Ia juga boleh dikenakan ikat jamin, kerana tujuan jaminan adalah untuk menguatkan perjanjian, dan ta’zir adalah hak manusia. Ta’zir dijalankan dengan pukulannya yang lebih kuat, kerana ia boleh diringankan dari segi bilangan sebatan. Sebaliknya ia tidak diringankan dari segi sifat atau cara penyebatan
  • 16. supaya tercapai tujuan daripada hukuman iaitu pencegahan. Kemudian kekuatannya diikuti oleh had zina, had minum arak dan had qadhaf. Cara-Cara Pembuktian Jenayah Ta’zir Menurut Ulama Hanafi, jenayah ta’zir boleh dibuktikan dengan pembuktian biasa mengenai semua hak manusia seprti pengakuan, penyaksian, keengganan bersumpah dan pengetahuan qadi. Ia juga boleh dibuktikan kepada qadi dan tidak harus bagi qadi menjatuhkan hukuman dengan berpandukan pengetahuan peribadi semata-mata pada zaman sekarang. Ini adalah untuk mengelak daripada tohmahan dan mencegah salah guna kuasa para hakim yang tidak amanah masa kini. 1.0 PAMPASAN KEMATIAN PENJENAYAH YANG DITA’ZIR ATAU DIHADD Ulama’Hanafi, Maliki dan Hanbali berpendapat apabila pemerintah melaksanakan hukuman ta’zir atau had ke atas seseorang, lalu ia mati akibatnya, maka tidak ada pampasan di atas kematian itu kerana ta’zir adalah hukuman yang disyariatkan bagi menghalang dan mencegah. Justeru itu, tidak diberi pampasan orang yang binasa kerananya seperti mana had. Lagipun, pemerintah disuruh menjalankan had dan ta’zir dan pelaksanaan suruhan tidak tertakluk kepada syarat keselamatan. Manakala menurut mazhab Shafie, tidak diwajibkan ke atas pemerintah membayar pampasan atas kematian penjenayah yang menjalani hukuman hudud kerana kematiannya adalah dengan hak. Sama ada ia menjalani hukuman sebat, potong tangan, pelaksanaan hukuman semasa cuaca panas dan sejuk yang bersangatan atau tidak, dan sama ada semasa dia mengidap penyakit yang ada harapan akan sembuh ataupun tidak. Namun, jika orang yang menjalani hukuman itu ialah seorang wanita yang sedang hamil dan bayi di dalam kandungannya mati, maka pampasannya adalah wajib, kerana bayi itu adalah terjamin. Jaminannya tidak akan gugur dengan sebab jenayah orang lain. Pemerintah wajib membayar pampasan atas kematian orang yang menjalani hukuman ta’zir. Walaupun ta’zir dijalankan mengikut ijtihad pemerintah, apabila ia menyebabkan kebinasaan, ia diberi pampasan seperti suami yang memukul isteri. Ini disebabkan ta’zir
  • 17. dilaksanakan dengan syarat orang yang menjalani hukuman terselamat, kerana maksud ta’zir ialah untuk menjadi pengajaran, bukannya kebinasaan. Jika kebinasaan berlaku dengan sebab pukulan yang boleh mematikan pada kebiasaannya, maka wajib dikenakan hukuman qisas, kecuali orang yang memukul itu adalah asal usul ( bapa tau datuk) orang yang dipukul. Jika kematian berlaku dengan sebab pukulan yang pada kebiasaannya tidak mematikan, maka diwajibkan diyat pembunuhan serupa sengaja ke atas aqilah (waris asabah) pihak orang yang memukul. PERBEZAAN HUDUD & TA’ZIR Antara perbezaan antara jenayah hudud dan ta’zir ialah jenayah hudud ditentukan sendiri oleh syarak terhadap pesalah. Bukan tugas hakim untuk menentukan hukumannya berdasarkan keadaan pesalah atau keadaan jenayah. Manakala hukuman ta’zir tidak ditentukan oleh syariat secara terperinci tetapi hanya memberikan gambaran kasar. Atas dasar itu, pihak berkuasa sama ada badan perundangan atau badan pengadilan diberi kuasa oleh syariat untuk menentukan sendiri hukuman mengikut keadaan dan sebagainya. Namun perlu diperhatikan bahawa pemberian kuasa pemutus kepada Qadi dalam ta’zir adalah terikat dengan garis panduan yang ditetapkan, paling penting ialah memilih apa yang dilihatnya sesuai daripada hukuman yang disyariatkan dalam ta’zir bagi keadaan-keadaan yang ada dan mengambil kira daripada pelaku maksiat. Tambahan pula, hakim itu sendiri seorang muslim yang sampai peringkat adil dan wara’. Selain itu, pendakwaan jenayah hudud perlu dilakukan oleh pihak kerajaan sendiri. Sekarang ini ia dikenali sebagai pendakwa raya. Mangsa kesalahan tidak boleh campur tangan dalam urusan pendakwaan kecuali terdapat apa-apa hak sivil seperti ganti rugi dan sebagainya. Ketika itu, barulah mangsa berkenaan boleh membuat pendakwaan dengan syarat tidak melibatkan pendakwaan jenayah itu sendiri. Dalam jenayah Ta’zir, pendakwaan perlu dilakukan oleh pihak mangsa sendiri dan pihak kerajaan. Pendakwa raya tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya kecuali selepas dimulakan oleh pihak mangsa. Dalam kes ta’zir, negara diberi kuasa untuk mengampunkan pesalah daripada dikenakan hukuman dengan syarat bahawa pengampunan tersebut tidak memberi kesan terhadap hak individu yang ada kaitan dengan kes tersebut. Di samping itu, individu yang terjejas hak dan kepentingannya juga diberi hak untuk melakukan kemaafan sekiranya jenayah berkenaan menyentuh haknya semata-mata.Manakala dalam kes hudud, tidak ada jalan yang membolehkan sesuatu jenayah itu boleh dimaafkan sama ada oleh pihak yang secara langsung menanggung beban hasil daripada perbuatan jahat berkenaan mahupun pemerintah dan negara sendiri.
  • 18. Perbezaan seterusnya antara hudud dan ta’zir ialah hukuman ta’zir adalah bertujuan untuk mengajar mengikut jenis kefasadan, dan kadang-kadang kesalahan itu tidak dikategorikan sebagai maksiat dalam kebanyakan hal. Sama seperti mengajar kanak-kanak, biantang, dan orang-orang gila demi kebaikan mereka, tanpa mensifatkan kesalahan. Manakala hudud yang telah pun diputuskan, ia terdapat di dalam syara’ sebagai hukuman ke atas perbuatan yang bersifat maksiat berdasarkan bukti. Ta’zir kadang-kadang gugur sekalipun kita mengatakan wajib ta’zir, sama seperti jika penjenayah itu terdiri daripada kanak-kanak atau orang-orang mukalaf kalau melakukan satu jenayah yang hina, tidak boleh dijatuhkan hukuman lantaran tiada bentuk hukuman ringan yang dapat menegah dan tiada yang mewajibkan hukuman yang berat. Manakala hadud tidak boleh gugur selepas wajibnya dengan apa jua alasan. Ta’zir gugur dengan bertaubat tanpa diketahui adanya khilaf. Manakala hudud tidak gugur dengan bertaubat kecuali bagi kes menyamun seperti firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 34 yang bermaksud, “Kecualilah orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya (mereka terlepas daripada hukuman itu…. Hudud merupakan hak yang putus bagi Allah S.W.T manakala Ta’zir pula ada yang menjadi hak Allah S.W.T dan ada yang menjadi hak hamba. Seandainya ta’zir menjadi hak Allah S.W.T, wajiblah dilaksanakan seperti hudud. Tetapi Imam harus memaafkan dan memberi belas ihsan sekiranya dilihat ada maslahat, atau penjenayah telah tertegah tanpanya. Manakala ta’zir yang menjadi hak individu , maka bagi yang berhak boleh mengampunkannya. Namun, jika dia sendiri yang mahukan yang mahukan dakwaan tersebut, pemerintah tidak mempunyai kuasa untuk mengampun dan menggugurkan dakwaan. Ta’zir mempunyai dua jenis, antaranya yang telah putus sebagai memelihara hak Allah S.W.T seperti penganiayaan ke atas para sahabat atau al-Quran dan sebagainya daripada perbuatan mencabul kehormatan agama. Jenis kedua ialah perkara yang telah putus sebagai hak hamba iaitu hak individu seperi mencemuh seseorang, memukul dan sebagainya lagi. Dalam jenayah hudud, hak pendakwaan tidak sekali-kali akan diwarisi oleh para waris sekiranya mangsa berkenaan meninggal dunia. Ini kerana, hak seperti itu berada di tangan kerajaan, iaitu di tangan pendakwa raya. Sekiranya pendakwa raya yang mendakwa kes di mahkamah meninggal dunia, kuasa pendakwaan itu tetap berada di tangan pemerintah.
  • 19. Dalam kes yang melibatkan hak individu, kewajipan memberikan keterangan berlaku apabila apabila diminta manakala dalam kes yang melibatkan hak awam, kewajipan berlaku walaupun tanpa diminta. Hal ini demikian kerana ia merupakan hak yang boleh dituntut oleh pendakwa raya. Bagaimanapun, dalam kes-kes hudud secara khusus, seseorang boleh memilih sama ada mahu memberi keterangan secara sukarela ( hisbah ) atau sebaliknya dengan tujuan melindungi maruah pihak yang melakukan kesalahan berkenaan. Dalam kes yang melibatkan hak individu, ada hak yang akan luput sekiranya orang yang sepatutnya menjadi saksi enggan memberi keterangan. Sebaliknya dalam kes hudud, kehilangan hak seperti itu tidak akan berlaku. Perbezaaan lain antara hudud dan ta’zir ialah dalam aspek bilangan saksi. Dalam kes selain hudud yang diperlukan adalah dua sahaja. Dalam kes hudud, hakim disunatkan memandu orang yang membuat pengakuan itu supaya menarik balik pengakuan tersebut kerana tiasa siapa yang akan menanggung kerugian dengan pengakuan seperti itu. Ini kerana Hudud menyentuh hak masyarakat dan tidak menyentuh apa-apa hak individu. Perbezaan lain antara hukum hudud dan hukum ta’zir dari segi cara mensabitkan kesalahan. Mengikut pandangan jumhur ulama, hukuman hudud ditentukan dengan keterangan-keterangan saksi-saksi dan pengakuan orang-orang yang bersalah dengan syarat-syaratnya yang tertentu. Manakala cara mensabitkan kesalahan hukum ta’zir tidak semestinya disabitkan dengan bukti-bukti tersebut di atas. Selain itu, hukuman hudud tidak diwajibkan ke atas kanak-kanak kerana penjenayah yang boleh dikenakan hudud mestilah orang yang telah baligh. Sedangkan hukuman ta’zir boleh dikenakan kepada kanak-kanak kerana ta’zir adalah sebagai pengajaran Jenayah hudud tidak akan berubah mengikut peredaran masa kerana telah ditentukan sendiri oleh syariat Islam, iaitu melalui al-Quran dan al-Sunnah. Hukuman ta’zir tidak semestinya disabitkan melalui saksi atau bukti seperti hudud. KESIMPULAN Hukuman yang Allah tetapkan seperti hudud dan hukuman ta’zir adalah untuk mendisiplin umat Islam dalam kehidupan supaya mengikuti landasan kehidupan sebagaimana acuan dari al-Quran dan al-sunnah.
  • 20. Pencegah kemungkaran yang terbesar dan berkesan ialah melaksanakan hukum hudud kerana pelaksanaannya akan menghalang akan menghalang dari berlakunya perbuatan keji dan zalim di muka bumi. Meninggalkan hukum hudud merupakan bukti terbesar kepada kekufuran ayat-ayat Allah. Undang-undang jenayah syariah wajib ditegakkan dan didaulatkan oleh umat Islam. Sekiranya wujud penafian dan pengabaian terhadapnya, kita wajib bangun berjuang menegakkannya kembali. Nyatalah bahawa hukuman-hukuman ini adalah perintah-perintah wajib yang mesti dilaksanakan dan ia mempunyai kaitan yang bergitu erat dengan soal keimanan. Menafikan kewajipan hukum-hukum ini boleh membawa kepada kerosakan iman dan kekufuran. RUJUKAN Abd. Latif Muda & Romawati Ali. 1997. Pengantar Fiqh. Kuala Lumpur : Pustaka Salam. Abdul Rahman al-Jazari, Fiqh 4 Mazhab. 2011, Johor Bharu, Perniagaan Jahabersa. Haron Din. 1993. Hukum Hudud dalam Perundangan Islam. Kuala Lumpur : Pejabat Agung PAS. Idris Ahmad. 1982. Fiqh Menurut Mazhab Syafie. Kuala Lumpur : Pustaka Antara. Mahmood Zuhdi. 1992. Undang-Undang Jenayah Islam : Konsep Dan Asas Perlaksanannya. Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam. Paizah Ismail. 2008. Hudud : Hukum & Pelaksanaan. Shah Alam : Karya Bestari Sdn.Bhd. Sa’id Ibrahim. 1996. Qanun Jinayah Syar’iyah. Kuala Lumpur : Darul Ma’rifah. Wahbah al-Zuhaili. 1997. Fiqh & Perundangan Islam. 6 Jil. Ter. Ahmad Shahbari Salamon. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 21. Dicatat oleh bintang kehidupan di 4:24 pm No comments: Post a Comment Newer PostOlder PostHome Subscribe to: Post Comments (Atom) Search This Blog 窗体顶端