SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Download to read offline
KURSUS
GGGE2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
SEM 1 (2020/2021)
TUGASAN KUMPULAN 2
ARTIKEL
(Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Atas Talian)
PENSYARAH
EN KOLONEL MOHD JASMY BIN ABDUL RAHMAN
AHLI KUMPULAN (Kumpulan 11)
AIDA NABILA BINTI ABDUL RAZAR (A182966)
FARAH ATHILA BINTI ZAMRI (A182252)
HARSHINI A/P MUNUSAMY (A180239)
LOGHA PRIYA A/P RAMAKRISHNAN (A179610)
ZAZA AMIRA BINTI ZAKIMAN (A182418)
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN ATAS TALIAN
AIDA NABILA BINTI ABDUL RAZAR (A182966)
FARAH ATHILA BINTI ZAMRI (A182252)
HARSHINI A/P MUNUSAMY (A180239)
LOGHA PRIYA A/P RAMAKRISHNAN (A179610)
ZAZA AMIRA BINTI ZAKIMAN (A182418)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap pembelajaran
atas talian. Secara umumnya, penekanan dalam kajian ini diberikan kepada beberapa
objektif. Penyelidik ingin melakukan kajian terhadap cara pembelajaran yang diminati
oleh para pelajar iaitu sama ada pembelajaran secara bersemuka, pembelajaran atas
talian, serta pembelajaran hibrid dan bolehkah pembelajaran atas talian ini
diaplikasikan pada masa akan datang. Penyelidik juga ingin mengenal pasti
keberkesanan mengadakan pembelajaran atas talian terhadap pelajar. Oleh itu, untuk
mengukuhkan lagi kajian ini, seramai 30 pelajar telah dipilih secara rawak sebagai
responden. Responden-responden ini terdiri daripada pelbagai kategori umur iaitu
bermula dari 7 tahun hingga 18 tahun dan ke atas. Borang soal selidik telah diedarkan
kepada setiap responden menggunakan peranti Google Form. Terdapat 6 bahagian
dalam borang soal selidik ini iaitu berkaitan dengan cara pembelajaran yang diminati
oleh pelajar, adakah pelajar sanggup untuk melanjutkan lagi pembelajaran atas talian
pada masa akan datang, adakah pembelajaran atas talian memberi kesan positif atau
negatif, serta mengapakah pembelajaran atas talian memberi kesan positif dan
sebaliknya. Hasil yang didapati daripada kajian ini adalah, majoriti pelajar menyatakan
bahawa pembelajaran atas talian memberi kesan yang positif terhadapnya. Ini
menunjukkan bahawa, majoriti pelajar menerima konsep pengajaran atas talian. Oleh
itu, dengan adanya kajian seperti ini, diharapkan bahawa semua pelajar akan bersedia
untuk menghadapi pembelajaran atas talian pada masa akan datang demi mendapat
kesan positif yang optimum kepada mereka.
Kata kunci : Persepsi, Pembelajaran Atas Talian, Keberkesanan
PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran secara atas talian (E-learning) pertama kali
diperkenalkan oleh Universitas Illinois, Urbana-Champaign pada tahun 1960. E-
learning seterusnya berkembang sejurus dengan perkembangan dan kemajuan
teknologi pada masa kini. Secara umumnya, pembelajaran atas talian atau e-learning
ini disokong oleh penggunaan teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia. Ia
dijalankan dengan menggunakan aplikasi teknologi terkini yang dapat
menghubungkan antara para pelajar dengan pendidik. Pembelajaran secara atas
talian ini adalah merupakan salah satu strategi pembelajaran yang lebih efektif dan
fleksibel berbanding secara bersemuka mahupun secara hibrid. E-learning ini dapat
menghubungkan antara para pelajar dengan para pendidik tanpa mengira masa, jarak
mahupun bilangan ahli yang melayarinya pada masa yang sama. Selain itu, bahan
pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan terdiri daripada grafik visual, video
ataupun audio ini. Hal ini dapat memberikan peluang kepada para pelajar untuk
memilih bahan pembelajaran mengikut keselesaan mereka sendiri.
Namun begitu, pengajaran dan pembelajaran secara atas talian ini juga
mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Sebagai contoh, e-pembelajaran ini
memerlukan pelajar dan juga pendidik untuk memiliki sekurang-kurangnya satu peranti
elektronik sama ada computer riba ataupun telefon pintar serta sambungan internet
yang kuat bagi membolehkan mereka manjalani e-learning dengan lancar. Bukan itu
sahaja, pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik itu juga agak sukar untuk dicapai
kerana komunikasi mereka dengan para pendidik hanyalah secara maya dan
bukannya secara fizikal. Bertuturan hal ini, kumpulan kami telah menjalankan satu
kajian untuk meninjau persepsi para pelajar yang berumur dalam lingkungan 7-20
tahun tentang pembelajaran atas talian. Kajian ini akan dapat mengenalpasti
pandangan para pelajar tentang keberkesanan elearning kepada mereka. Selain itu,
kajian ini juga membolehkan kami mengetahui tentang faktor-faktor keberkesanan
atau ketidakkesanan e-learning tersebut oleh para pelajar.
Menurut (Tian 2020), pembelajaran atas talian boleh ditafsirkan sebagai
pembejaran jarak jauh (PJJ) dan pelbagai jenis teknologi bermula daripada teknologi
sederhana hingga teknologi terkini telah digunakan bagi melaksanakan pebelajaran
jarak jauh ini. Tambahan pula, pembelajaran atas talian muncul setelah adanya
jaringan internet. (Munir, 2008) pula menyatakan bahawa pembelajaran online
ditujukan sebagai usaha untuk membuat transformasi proses pembelajaran terdapat
di sekolah ata perguruan tinggi ke dalam bentuk digital yang dijambatani jaringan
Internet. (Oblinger, Barone dan Hawkins, 2001) menyatakan bahawa pembelajaran
atas talian mampu memberikan impak pembelajaran atau peluang yang luas kepada
pelajar menerusi penglibatan aktif pelajar, interaktif, koloboratif dan menggalakkan
pembelajaran sepanjang hayat. Satu teori pembelajaran global telah dikemukakan
oleh (Zoraini Wati, 2008) di mana pada masa akan datang, sistem pendidikan akan
menggukan alat penghubungan sosial yang terdapat di Internet sepeti Whatsapp dan
Facebook. Teori ini membawa maksud bahawa pembelajaran masa kini dan masa
akan datang adalah satu proses aktif di antara bahan pembelajaran, interaksi sosial
dan kompetensi teknologi. Kaedah pembelajaran atas talian tidak membawa sebarang
masalah kerana bahan pembejaran direka dengan arahan sendiri, interaktif dan mesra
pelajar. (Zoraini Wati, 2008: Rosenberg, 2001). Namun begitu, menurut (Mohd, 2006)
pembelajaran atas talian adalah untuk pemantapan dan bukannya penggantian dan ia
seharusnya menjadi nilai tambahan dan komplementari kepada pembelajaran
tradisional.
Menurut kajian (Jamaludin & Hashimah, 2005), presepsi pelajar terhadap
penggunaan Internet dalam penulisan adalah sangat baik. Para responden didapati
mempunyai sikap, motivasi, efikasi kendiri dan minat yang tinggi terhadap penggunaan
Internet dalam penulisan karangan. (Septian, 2013) juga telah mendapati bahawa
penggunaan pembelajaran atas talian menggunakan aplikasi Moodle telah
meningkatkan tahap keaktifan dan memberi impak positif kepada hasil pembelajan
para pelajar. Dapatan kajian (Kairun Nadwa, 2003) menunjukkan dalam proses
pembelajaran yang berasaskan ‘chalk and talk’ yang berpusatkan guru akan
menyebabkan ilmu yang ingin disampaikan tidak sepenuhnya diterima oleh pelajar.
Menurut Idham Md Razak (2020) , mendepani era revolusi pendidigitalan pada
masa ini, sistem pendidikan turut menjadi tumpuan supaya tidak ketinggalan dalam
transformasi ke arah pedagogi dan andragogi secara digital yang canggih. Di negara-
negara maju, pembelajaran atas talian ini telah lama dilaksanakan kerana melalui
kaedah ini, banyak kebaikan dan manfaat yang dapat diperoleh. Menurut Zawiah Binti
Bahrom (2020) pula, pembelajaran atas talian adalah satu bentuk pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang disampaikan kepada pelajar melalui penggunaan instrumen
teknologi digital. Melalui pembelajaran kaedah ini, terdapat garfik visual, audio,
animasi, perkataan dan video. Kelebihan pembelajaran atas talian dapat dilaksanakan
tanpa mengira jarak antara pelajar dan pengajar serta tanpa had jumlah ahli yang
melayarinya. Menurut Norfarahi Zulkifli et. al. (2020), penggunaan teknologi dalam
bidang pendidikan mampu membuka peluang dan platform yang baharu bagi
memperkukuhkan pembelajaran, menukar bentuk penyampaian ilmu dan
meningkatkan kreativiti PdP selain dapat mengubah ekosistem pendidikan di Malaysia.
Melalui kajian yang dijalankan, terdapat tiga objektif yang hendak dikaji oleh pengkaji:
i. Mengenal pasti respons pelajar terhadap pembelajaran atas talian sama ada
bermanfaat ataupun tidak
ii. Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap
pembelajaran atas talian
iii. Menganalisis keberkesanan pembelajaran atas talian
iv. Mengenal pasti cadangan pengaplikasian pembelajaran atas talian pada
masa akan datang.
v. Mengkaji cara pembelajaran yang diminati oleh pelajar
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah kajian yang kami lakukan ialah kajian kuantitatif. Kami telah menggunakan
kaedah soal selidik. Seramai 30 orang responden telah menjawab soalan soal selidik
melalui Google Documents yang telah kami edarkan melalui aplikasi WhatsApp.
Responden terdiri daripada pelajar yang sedang mengikuti kelas atas talian. Dokumen
soal selidik ini mengandungi lapan soalan. Terdapat satu soalan mengenai maklumat
peribadi responden iaitu umur responden. Soalan kedua ialah jangka masa responden
mengikuti kelas atas talian dalam tempoh seminggu. Soalan ketiga berkenaan
pendapat responden sama ada pembelajaran atas talian ini bermanfaat atau tidak dan
responden dikehendaki menyatakan sebab atas pilihan jawapan mereka. Bagi soalan
keempat, kami menggunakan skala likert dari satu (tidak setuju) hingga lima (setuju)
untuk mengetahui tahap keberkesanan pembelajaran atas talian. Soalan kelima pula
ialah persetujuan responden sama ada kaedah pembelajaran atas talian boleh
diteruskan pada masa hadapan. Bagi soalan yang terakhir, pilihan apa yang digemari
oleh responden sama pada pembelajaran atas talian, bersemuka atau hibrid. Selain
itu, kami juga menggunakan kaedah analisis dokumen. Melalui kaedah ini, kami telah
membaca jurnal-jurnal, yang lepas untuk memperoleh maklumat tambahan berkaitan
kajian kami.
PENGUMPULAN DATA DAN PERBINCANGAN HASIL KAJIAN
Bagi bahagian yang pertama, dua soalan berbentuk demografi responden
diketengahkan. Jadual 1 menunjukkan umur responden manakala jadual 2
menunjukkan bilangan jam yang digunakan oleh responden untuk pembelajaran atas
talian. Merujuk kepada jadual 1, daripada 51 responden, sebanyak 88.2% adalah
pelajar yang berusia 18 tahun dan ke atas manakala sebanyak 7.8% adalah golongan
pelajar yang berusia 7 hingga 11 tahun dan selebihnya ialah pelajar yang berusia
dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun.
Merujuk kepada data kuantitatif daripada jadual 2, hampir separuh daripada
responden yang menjawab soal selidik ini iaitu sebanyak 24 orang yang merangkumi
47.1% menyatakan bahawa mereka menjalani pembelajaran atas talian seminggu
selama 20 jam. Pada masa yang sama, sebanyak 33.3% daripada jumlah responden
melakukan pembelajaran atas talian dalam seminggu selama 30 jam dan lebih.
Peratus yang selebihnya iaitu sebanyak 19.6% ataupun sebanyak 10 orang
meluangkan 25 jam seminggu untuk mengikuti pembelajaran atas talian.
Jadual 1: Umur responden
Bil Item Peratus
(%)
Min Sisihan
Piawai
1
2
3
7-11 tahun
13-17 tahun
18 tahun dan ke atas
7.8
4.0
88.2
100
0.1529
0.0784
1.7294
1.9607
1.0815
0.5546
12.2288
13.8649Jumlah
Jadual 2: Bilangan jam responden menjalankan pembelajaran atas talian
Bil Item Peratus
(%)
Min Sisihan
Piawai
1
2
3
20 jam
25 jam
30 jam dan ke atas
47.1
19.6
33.3
100
0.9235
0.3843
0.6529
1.9607
6.5303
2.7175
4.6170
13.8649Jumlah
Jadual 3 di bawah menunjukkan pandangan pelajar sama ada bermanfaat atau
tidak pembelajaran atas talian. Sebanyak 18 daripada 51 responden yang ditunjukkan
dengan peratus 35.3% ataupun label berwarna merah menyatakan pandangan
mereka bahawa pembelajaran atas talian adalah tidak bermanfaat. Selain itu,
sebanyak 64.7% iaitu majoritinya sebanyak 33 orang menyatakan bahawa
pembelajaran atas talian adalah bermanfaat.
Jadual 3: Pandangan pelajar sama ada bermanfaat atau tidak
pembelajaran atas talian
Bil Item Peratus (%) Min Sisihan
Piawai
1
2
Manfaat
Tidak Bermanfaat
64.7
35.3
100
1.2686
0.6922
1.9608
8.9706
4.8943
13.8649Jumlah
Seterusnya, jadual 4 di bawah menunjukkan sebab-sebab pembelajaran atas
talian bermanfaat. Soalan tambahan ini juga telah ditanya untuk mendapatkan
gambaran yang jelas serta untuk menyokong pandangan responden yang asal
Sebanyak 21 daripada 33 orang reponden iaitu merangkumi 61.8% secara
keseluruhan menyatakan masa pembelajaran yang fleksibel merupakan salah satu
sebab pembelajaran atas talian adalah bermanfaat. Pada masa yang sama, sebanyak
26.5% menyatakan pembelajaran atas talian bermanfaat kerana ia mendisiplinkan diri.
Tambahan pula, sebanyak 11.8% daripada 33 orang responden menyatakan suasana
pembelajaran yang kondusif menambahkan lagi keberkesanan pembelajaran atas
talian.
Jadual 4: Sebab-sebab pembelajaran atas talian bermanfaat.
Bil Item Peratus (%) Min Sisihan
Piawai
1
2
3
Mendisiplinkan diri
Masa pembelajaran yang
fleksibel
Suasana pembelajaran yang
kondusif
26.5
61.8
11.8
100
0.5196
1.2118
0.2314
1.9628
3.6742
8.5685
1.6360
13.8787Jumlah
Jadual 5 di bawah menunjukkan sebab-sebab pembelajaran atas talian tidak
bermanfaat. Sebanyak 18 daripada 28 responden yang merangkumi 64.3% daripada
jumlah keseluruhan menyatakan bahawa pembelajaran atas talian tidak bermanfaat
kerana mereka tidak dapat focus pada pembelajaran dan mudah cenderung untuk
melayari laman sosial ketika kelas berlangsung. Seterusnya, sebanyak 21.4%
daripada peratus keseluruhan menyatakan pembelajaran atas talian tidak bermanfaat
kerana pembelajaran yang dijalankan adalah kurang interaktif. Hal ini bermaksud
pelajar merasakan pembelajaran atas talian tidak bermanfaat kerana kurangnya
interkasi dan komunikasi seperti dalam kelas antara pendidik dan pelajar. Peratus
yang selebihnya iaitu sebanyak 14.3% iaitu sebanyak 3 orang responden menyatakan
pembelajarn atas talian tidak bermanfaat kerana kurang pendedahan oleh pendidik
ketika kuliah atau kelas dijalankan.
Jadual 5: Sebab-sebab pembelajaran atas talian tidak bermanfaat
Bil Item Peratus (%) Min Sisihan
Piawai
1
2
3
Kurang pendedahan pendidik
Pembelajaran kurang interaktif
Tidak dapat fokus pada
pembelajaran
14.3
21.4
64.3
100
0.2804
0.4196
1.2608
1.9608
1.9827
2.9671
8.9151
13.8649Jumlah
Jadual 6 menunjukkan keberkesanan pembelajaran atas talian pada
pandangan pelajar. Untuk mendapatkan respons yang lebih menyeluruh dan
berkesan, skala likert telah digunakan oleh pengkaji. Dalam skala likert yang
digunakan, skala 1 diberi indicator langsung tidak berkesan manakala skala 5 diberi
indicator sangat berkesan. Sebanyak 43.1% yang merangkumi 22 orang responden
memberikan pandangan yang neutral terhadap pembelajaran atas talian. Sebanyak
5.9% dan 15.7% masing-masing skala 1 dan 2, memberikan pandangan bahawa
pembelajaran atas talian tidak berkesan. Pada masa yang sama, sebanyak 33.3% dan
2% masing-masing skala 4 dan 5 memberikan pandangan bahawa pembelajaran atas
talian berkesan bagi mereka.
Jadual 6: Keberkesanan pembelajaran atas talian
Bil Item Peratus
(%)
Min Sisihan
Piawai
1
2
3
4
5
Langsung tidak berkesan
Tidak berkesan
Neutral
Berkesan
Sangat berkesan
5.9
15.7
43.1
33.3
2.0
100
0.1157
0.3078
0.8451
0.6529
0.0392
1.9607
0.8180
2.1768
5.9757
4.6170
0.2773
13.8648Jumlah
Jadual 7 di bawah pula menunjukkn candangan untuk pengaplikasian
pembelajaran atas talian pada masa akan datang Sebanyak 63.3% yang merangkumi
32 orang daripada jumlah keseluruhan menyatakan pembelajaran atas talian boleh
diaplikasikan dalam proses pembelajaran pada masa akan datang. Peratus
selebihnya iaitu sebanyak 36.7% menyatakan pendapat bahawa pembelajaran atas
talian tidak boleh diaplikasikan pada masa akan datang Secara amnya, dapat
disimpulkan bahawa pembelajaran atas talian boleh diaplikasikan pada masa akan
datang.
Jadual 7: Cadangan untuk pengaplikasian pembelajaran atas talian pada masa
akan datang
Bil Item Peratus (%) Min Sisihan
Piawai
1
2
Ya
Tidak
63.3
36.7
100
1.2412
0.7196
1.9608
8.7764
5.0883
13.8647Jumlah
Jadual yang terakhir iaitu jadual 8 menunjukkan cara pembelajaran yang
diminati oleh responden. Sebanyak 45.1% atau 23 orang responden daripada jumlah
keseluruhan menyatakan bahawa mereka meminati cara pembelajaran bersemuka
supaya dapat focus dalam pembelajaran. Selain itu, sebanyak 35.3% atau 18 orang
dari jumlah responden keseluruhan menyatakan bahawa mereka meminati cara
pembelajaran hybrid ataupun blended learning yang bermaksud terdapat unsur
bersemuka dan unsur pembelajaran atas talian. Tambahan pula, sebanyak 19.6%
atau 10 orang menyatakan bahawa mereka meminati pembelajaran atas talian kerana
suasana pembelajaran yang kondusif.
Jadual 8: Cara pembelajaran yang diminati
Bil Item Peratus
(%)
Min Sisihan
Piawai
1
2
3
Bersemuka
Pembelajaran atas talian
Pembelajaran Hibrid
45.1
19.6
35.3
100
0.8843
0.3843
0.6922
1.9608
6.2530
2.7175
4.8943
13.8648Jumlah
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Melalui data- data yang dikumpul melalui kajian ini, pengkaji dapat
menyimpulkan bahawa majoriti responden yang terdiri daripada golongan pelajar
menyatakan bahawa pembelajaran atas talian bermanfaat kepada mereka. Kajian ini
dapat menyimpulkan bahawa suasana pembelajaran yang kondusif, faktor
medisiplinkan diri serta faktor masa pembelajaran yang fleksibel menambahkan
keberkesanan pembelajaran atas talian oleh pelajar. Pada masa yang sama, ada juga
golongan pelajar yang menyatakan pandangan mereka bahawa pembelajaran atas
talian tidak bermanfaat. Hal ini disebabkan oleh faktor kurang pendedahan oleh warga
pendidik, pembelajaran yang kurang interaktif serta persekitaran yang menyebabkan
mereka tidak dapat focus dalam pembelajaran.
Walaupun pendapat responden menyebelahi pembelajaran atas talian,
namun dalam konteks keberkesanan pembelajaran atas talian, sebahagian pendapat
responden adalah bertentangan dengan pandangan yang asal. Pada masa yang
sama, walaupun pembelajaran atas talian sedang giat dijalankan oleh setiap institusi
Pendidikan, namun cara pembelajaran yang masih diminati oleh pelajar ialah
pembelajaran konvensional iaitu secara bersemuka. Ada juga segelintir pelajar yang
meminati stail pembelajaran hybrid di mana komposisi konvensional dan digitalisasi
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Dengan ini, pengkaji
dapat menyimpulkan bahawa golongan pelajar lebih cenderung untuk meminati stail
pembelajaran yang kurang kompetitif iaitu bersemuka di mana ke semua bahan serta
tunjuk ajar dibekalkan oleh warga pendidik yang menyenangkan kerja golongan
pelajar. Pada masa yang sama, jika difikir dari perspektif yang lain, didapati golongan
pelajar mungkin mengalami sedikit kesukaran untuk mengadaptasi dalam pasaran
pekerjaan yang sedang menempuh dan mempraktikkan amalan Industry Revolution
(IR4.0). hal ini demikian kerana, pasaran pekerjaan yang semakin mencabar
memerlukan golongan pekerja yang cekap teknologi maklumat dan mungkin juga
membudayakan amalan “Work From Home” (WFH). Jadi, pengkaji secara
keseluruhannya, dapat menyimpulkan bahawa pembelajaran atas talian perlu
diadaptasi dalam sistem Pendidikan negara kerana melalui langkah ini, sector
Pendidikan dapat menyediakan golongan pelajar yang fleksibel dan lebih cekap dan
bukannya “textbook students”.
RUJUKAN
Adedoyin, B. O. & Soykan, E. 2020. Covid-19 Pandemic and Online Learning: The
Challenges and Opportunities. Interactive Learning Environments, United
States of America. 12(1): 56-61 doi: 10.1080/10594822.2020.623116
Allen E & Seaman J. 2015. Outlook for Online Learning and Distance Education,
Contact North, United States of America 1216-1224
Atkinson, R.D and McKay. 2015. Digital prosperity: Understanding the economic
benefits of the information technology revolution. Washington DC: Information
Technology and Innovation Foundation.
Barbour, M. K and T.C.Reeves. 2019. The reality of virtual schools: A review of the
literature. Computers & Education 52(2): 402-416
Buzhardt,J and G Semb. 2015. Integrating online instruction in a college classroom to
improve cost effectiveness. Teaching of Psychology 32(1): 63-66
Gilbert, B. 2015. Online Learning Revealing the Benefits and Challenges. Education
Masters. Washington DC 13(4), 30-36
Kearsley,G and B Shneiderman. 2015. Engagement Theory: A framework for
technology-based teaching and learning. Educational Technology 38(5): 20-23
Marianne Bakia, Linda Shear, Yukie Toyama, Austin Lasseter. 2018. Understanding
the Implication of Online Learning for Educational Productivity, US Department
of Education, Office of Education Technology, Washington DC, 42-51
Nortvig, A.M., Petersen, A.K., and Balle, S.H., 2018. A Literature Review of The
Factors Influencing E-Learning and Blended learning in Relation to Learning
Outcome, student Satisfaction and Engagement. The Electronic Journal of e-
Learning, British University, England. 16(1): 46-55.
Norfarahi Zulkifli, Mohd Isa Hamzah, Khadijah Abdul Razak. 2020. Journal of
Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education, Institut
Pendidikan Guru Kampus Tunku Kudin (IPGKPP) Pulau Pinang, Malaysia
10(1): 77-94.
Ritter, S.J.R. Anderson, K.R. Koedingerand A. Corbett. 2015. Cognitive tutor: Applied
research in mathematics education. Psychonomic Bulletin& Review 14(2): 249-
255
Samir El-Seoud. 2016. E-Learning and Students’ Motivation: A research study on the
effects of E-Learning on higher education, The Cairo Research Firm, Helwan
University, Cairo, Egypt. 25-32
Schachar M & Neumann Y. 2015, Differences between Traditional and Distance
Education Academic Performance, Trusteeship Magazine, Association of
Governing Boards of Universities and Colleges, Unites States of America. 14-
21
Smith,D and D Mitry. 2018. Investigation of higher education: The real costs and quality
of online programmes, Journal of Education For Business 83(3): 147-152
Tuan Nguyen. 2015. The Effectiveness of Online Learning: Beyond No Significant
Difference and Future Horizons. MERLOT Journal of Online Learning and
Teaching. 11(2): 309-319.
Zawiah Binti Bahrom. 2020, Pedagogi Norma Baharu: Cabaran dan Hikmah, Jurnal
Refleksi Kepimpinan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor, Malaysia 3: 74-85
PERSEPSI PELAJAR

More Related Content

What's hot

Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiTopik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiNik Ibrahim Nik Mat
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...FaFai S.
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxMUHAMMADTAUFIQAKMALB
 
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...FaFai S.
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananFatin Zafrina Rulez
 
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanPerancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanZue Shari
 
Kaedah membaca
Kaedah membacaKaedah membaca
Kaedah membacaijam
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikanVince Here
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahRohini Egambaram
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetFanera Jeffery
 
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan PenilaianPerbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan PenilaianNur Aqeela Alia Ahmad
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotskyartyschatz
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesionalSella Yunik
 
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert BanduraEdu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandurastupidpaboidiot
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMESigmund Fai
 

What's hot (20)

Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiTopik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
 
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
 
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesanPerancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan
 
Kaedah membaca
Kaedah membacaKaedah membaca
Kaedah membaca
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
Bab 4 analisis data
Bab 4 analisis dataBab 4 analisis data
Bab 4 analisis data
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
 
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan PenilaianPerbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
TIMMS DAN PISA
TIMMS DAN PISATIMMS DAN PISA
TIMMS DAN PISA
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert BanduraEdu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISME
 

Similar to PERSEPSI PELAJAR

(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talianAidaNabila7
 
9753-28835-1-PB.pdf
9753-28835-1-PB.pdf9753-28835-1-PB.pdf
9753-28835-1-PB.pdfjumN
 
9753-28835-1-PB (1).pdf
9753-28835-1-PB (1).pdf9753-28835-1-PB (1).pdf
9753-28835-1-PB (1).pdfjumN
 
PENGARUH PEMBELAJARAN DARING MASA PANDEMI COVID-19 TERHADAP HASIL BELAJAR TEK...
PENGARUH PEMBELAJARAN DARING MASA PANDEMI COVID-19 TERHADAP HASIL BELAJAR TEK...PENGARUH PEMBELAJARAN DARING MASA PANDEMI COVID-19 TERHADAP HASIL BELAJAR TEK...
PENGARUH PEMBELAJARAN DARING MASA PANDEMI COVID-19 TERHADAP HASIL BELAJAR TEK...Paulus Robert Tuerah
 
Azzahro, N. S. (2022, June 23). Indonesian student perceptions on face-to-fac...
Azzahro, N. S. (2022, June 23). Indonesian student perceptions on face-to-fac...Azzahro, N. S. (2022, June 23). Indonesian student perceptions on face-to-fac...
Azzahro, N. S. (2022, June 23). Indonesian student perceptions on face-to-fac...FaizalRisdianto1
 
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)Wak Sekawi
 
Sumber Pembelajaran Terbuka : S-D Math Learning
Sumber Pembelajaran Terbuka : S-D  Math LearningSumber Pembelajaran Terbuka : S-D  Math Learning
Sumber Pembelajaran Terbuka : S-D Math LearningMagdalene Lim
 
483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429 (1).pdf
483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429 (1).pdf483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429 (1).pdf
483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429 (1).pdfjumN
 
483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429.pdf
483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429.pdf483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429.pdf
483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429.pdfjumN
 
37696-101480-1-PB (1).pdf
37696-101480-1-PB (1).pdf37696-101480-1-PB (1).pdf
37696-101480-1-PB (1).pdfLiraAgustriani
 
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)zalizakpt6044
 
Jurnal pengantar pendidikan.pdf
Jurnal pengantar pendidikan.pdfJurnal pengantar pendidikan.pdf
Jurnal pengantar pendidikan.pdfMunisana26
 
Penulisan dapatan kajian e leraning
Penulisan dapatan kajian e leraningPenulisan dapatan kajian e leraning
Penulisan dapatan kajian e leraningzulie76
 
PENGEMBANGAN MODEL PEMBELAJARAN DAN PERKULIAHAN DI FAKULTAS ILMU SOSIAL (FIS)...
PENGEMBANGAN MODEL PEMBELAJARAN DAN PERKULIAHAN DI FAKULTAS ILMU SOSIAL (FIS)...PENGEMBANGAN MODEL PEMBELAJARAN DAN PERKULIAHAN DI FAKULTAS ILMU SOSIAL (FIS)...
PENGEMBANGAN MODEL PEMBELAJARAN DAN PERKULIAHAN DI FAKULTAS ILMU SOSIAL (FIS)...Paulus Robert Tuerah
 
Penggunaan telefon bimbit_dlm_pdp
Penggunaan telefon bimbit_dlm_pdpPenggunaan telefon bimbit_dlm_pdp
Penggunaan telefon bimbit_dlm_pdpasmawatiabdsamat
 

Similar to PERSEPSI PELAJAR (20)

(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
 
9753-28835-1-PB.pdf
9753-28835-1-PB.pdf9753-28835-1-PB.pdf
9753-28835-1-PB.pdf
 
9753-28835-1-PB (1).pdf
9753-28835-1-PB (1).pdf9753-28835-1-PB (1).pdf
9753-28835-1-PB (1).pdf
 
PENGARUH PEMBELAJARAN DARING MASA PANDEMI COVID-19 TERHADAP HASIL BELAJAR TEK...
PENGARUH PEMBELAJARAN DARING MASA PANDEMI COVID-19 TERHADAP HASIL BELAJAR TEK...PENGARUH PEMBELAJARAN DARING MASA PANDEMI COVID-19 TERHADAP HASIL BELAJAR TEK...
PENGARUH PEMBELAJARAN DARING MASA PANDEMI COVID-19 TERHADAP HASIL BELAJAR TEK...
 
Azzahro, N. S. (2022, June 23). Indonesian student perceptions on face-to-fac...
Azzahro, N. S. (2022, June 23). Indonesian student perceptions on face-to-fac...Azzahro, N. S. (2022, June 23). Indonesian student perceptions on face-to-fac...
Azzahro, N. S. (2022, June 23). Indonesian student perceptions on face-to-fac...
 
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
 
Indinesia.docx
Indinesia.docxIndinesia.docx
Indinesia.docx
 
Sumber Pembelajaran Terbuka : S-D Math Learning
Sumber Pembelajaran Terbuka : S-D  Math LearningSumber Pembelajaran Terbuka : S-D  Math Learning
Sumber Pembelajaran Terbuka : S-D Math Learning
 
Kajian tinjauan frog vle
Kajian   tinjauan   frog vleKajian   tinjauan   frog vle
Kajian tinjauan frog vle
 
MJSSWDOI.pdf
MJSSWDOI.pdfMJSSWDOI.pdf
MJSSWDOI.pdf
 
483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429 (1).pdf
483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429 (1).pdf483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429 (1).pdf
483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429 (1).pdf
 
483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429.pdf
483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429.pdf483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429.pdf
483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429.pdf
 
37696-101480-1-PB (1).pdf
37696-101480-1-PB (1).pdf37696-101480-1-PB (1).pdf
37696-101480-1-PB (1).pdf
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Kajian tinjauan frog vle
Kajian   tinjauan   frog vleKajian   tinjauan   frog vle
Kajian tinjauan frog vle
 
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
 
Jurnal pengantar pendidikan.pdf
Jurnal pengantar pendidikan.pdfJurnal pengantar pendidikan.pdf
Jurnal pengantar pendidikan.pdf
 
Penulisan dapatan kajian e leraning
Penulisan dapatan kajian e leraningPenulisan dapatan kajian e leraning
Penulisan dapatan kajian e leraning
 
PENGEMBANGAN MODEL PEMBELAJARAN DAN PERKULIAHAN DI FAKULTAS ILMU SOSIAL (FIS)...
PENGEMBANGAN MODEL PEMBELAJARAN DAN PERKULIAHAN DI FAKULTAS ILMU SOSIAL (FIS)...PENGEMBANGAN MODEL PEMBELAJARAN DAN PERKULIAHAN DI FAKULTAS ILMU SOSIAL (FIS)...
PENGEMBANGAN MODEL PEMBELAJARAN DAN PERKULIAHAN DI FAKULTAS ILMU SOSIAL (FIS)...
 
Penggunaan telefon bimbit_dlm_pdp
Penggunaan telefon bimbit_dlm_pdpPenggunaan telefon bimbit_dlm_pdp
Penggunaan telefon bimbit_dlm_pdp
 

Recently uploaded

JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 

Recently uploaded (20)

JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 

PERSEPSI PELAJAR

  • 1. KURSUS GGGE2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN SEM 1 (2020/2021) TUGASAN KUMPULAN 2 ARTIKEL (Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Atas Talian) PENSYARAH EN KOLONEL MOHD JASMY BIN ABDUL RAHMAN AHLI KUMPULAN (Kumpulan 11) AIDA NABILA BINTI ABDUL RAZAR (A182966) FARAH ATHILA BINTI ZAMRI (A182252) HARSHINI A/P MUNUSAMY (A180239) LOGHA PRIYA A/P RAMAKRISHNAN (A179610) ZAZA AMIRA BINTI ZAKIMAN (A182418)
  • 2. PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN ATAS TALIAN AIDA NABILA BINTI ABDUL RAZAR (A182966) FARAH ATHILA BINTI ZAMRI (A182252) HARSHINI A/P MUNUSAMY (A180239) LOGHA PRIYA A/P RAMAKRISHNAN (A179610) ZAZA AMIRA BINTI ZAKIMAN (A182418) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ABSTRAK Kajian ini dilakukan bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian. Secara umumnya, penekanan dalam kajian ini diberikan kepada beberapa objektif. Penyelidik ingin melakukan kajian terhadap cara pembelajaran yang diminati oleh para pelajar iaitu sama ada pembelajaran secara bersemuka, pembelajaran atas talian, serta pembelajaran hibrid dan bolehkah pembelajaran atas talian ini diaplikasikan pada masa akan datang. Penyelidik juga ingin mengenal pasti keberkesanan mengadakan pembelajaran atas talian terhadap pelajar. Oleh itu, untuk mengukuhkan lagi kajian ini, seramai 30 pelajar telah dipilih secara rawak sebagai responden. Responden-responden ini terdiri daripada pelbagai kategori umur iaitu bermula dari 7 tahun hingga 18 tahun dan ke atas. Borang soal selidik telah diedarkan kepada setiap responden menggunakan peranti Google Form. Terdapat 6 bahagian dalam borang soal selidik ini iaitu berkaitan dengan cara pembelajaran yang diminati oleh pelajar, adakah pelajar sanggup untuk melanjutkan lagi pembelajaran atas talian pada masa akan datang, adakah pembelajaran atas talian memberi kesan positif atau negatif, serta mengapakah pembelajaran atas talian memberi kesan positif dan sebaliknya. Hasil yang didapati daripada kajian ini adalah, majoriti pelajar menyatakan bahawa pembelajaran atas talian memberi kesan yang positif terhadapnya. Ini menunjukkan bahawa, majoriti pelajar menerima konsep pengajaran atas talian. Oleh itu, dengan adanya kajian seperti ini, diharapkan bahawa semua pelajar akan bersedia untuk menghadapi pembelajaran atas talian pada masa akan datang demi mendapat kesan positif yang optimum kepada mereka. Kata kunci : Persepsi, Pembelajaran Atas Talian, Keberkesanan
  • 3. PENGENALAN Pengajaran dan pembelajaran secara atas talian (E-learning) pertama kali diperkenalkan oleh Universitas Illinois, Urbana-Champaign pada tahun 1960. E- learning seterusnya berkembang sejurus dengan perkembangan dan kemajuan teknologi pada masa kini. Secara umumnya, pembelajaran atas talian atau e-learning ini disokong oleh penggunaan teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia. Ia dijalankan dengan menggunakan aplikasi teknologi terkini yang dapat menghubungkan antara para pelajar dengan pendidik. Pembelajaran secara atas talian ini adalah merupakan salah satu strategi pembelajaran yang lebih efektif dan fleksibel berbanding secara bersemuka mahupun secara hibrid. E-learning ini dapat menghubungkan antara para pelajar dengan para pendidik tanpa mengira masa, jarak mahupun bilangan ahli yang melayarinya pada masa yang sama. Selain itu, bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan terdiri daripada grafik visual, video ataupun audio ini. Hal ini dapat memberikan peluang kepada para pelajar untuk memilih bahan pembelajaran mengikut keselesaan mereka sendiri. Namun begitu, pengajaran dan pembelajaran secara atas talian ini juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Sebagai contoh, e-pembelajaran ini memerlukan pelajar dan juga pendidik untuk memiliki sekurang-kurangnya satu peranti elektronik sama ada computer riba ataupun telefon pintar serta sambungan internet yang kuat bagi membolehkan mereka manjalani e-learning dengan lancar. Bukan itu sahaja, pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik itu juga agak sukar untuk dicapai kerana komunikasi mereka dengan para pendidik hanyalah secara maya dan bukannya secara fizikal. Bertuturan hal ini, kumpulan kami telah menjalankan satu kajian untuk meninjau persepsi para pelajar yang berumur dalam lingkungan 7-20 tahun tentang pembelajaran atas talian. Kajian ini akan dapat mengenalpasti pandangan para pelajar tentang keberkesanan elearning kepada mereka. Selain itu, kajian ini juga membolehkan kami mengetahui tentang faktor-faktor keberkesanan atau ketidakkesanan e-learning tersebut oleh para pelajar. Menurut (Tian 2020), pembelajaran atas talian boleh ditafsirkan sebagai pembejaran jarak jauh (PJJ) dan pelbagai jenis teknologi bermula daripada teknologi sederhana hingga teknologi terkini telah digunakan bagi melaksanakan pebelajaran jarak jauh ini. Tambahan pula, pembelajaran atas talian muncul setelah adanya jaringan internet. (Munir, 2008) pula menyatakan bahawa pembelajaran online ditujukan sebagai usaha untuk membuat transformasi proses pembelajaran terdapat di sekolah ata perguruan tinggi ke dalam bentuk digital yang dijambatani jaringan Internet. (Oblinger, Barone dan Hawkins, 2001) menyatakan bahawa pembelajaran
  • 4. atas talian mampu memberikan impak pembelajaran atau peluang yang luas kepada pelajar menerusi penglibatan aktif pelajar, interaktif, koloboratif dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. Satu teori pembelajaran global telah dikemukakan oleh (Zoraini Wati, 2008) di mana pada masa akan datang, sistem pendidikan akan menggukan alat penghubungan sosial yang terdapat di Internet sepeti Whatsapp dan Facebook. Teori ini membawa maksud bahawa pembelajaran masa kini dan masa akan datang adalah satu proses aktif di antara bahan pembelajaran, interaksi sosial dan kompetensi teknologi. Kaedah pembelajaran atas talian tidak membawa sebarang masalah kerana bahan pembejaran direka dengan arahan sendiri, interaktif dan mesra pelajar. (Zoraini Wati, 2008: Rosenberg, 2001). Namun begitu, menurut (Mohd, 2006) pembelajaran atas talian adalah untuk pemantapan dan bukannya penggantian dan ia seharusnya menjadi nilai tambahan dan komplementari kepada pembelajaran tradisional. Menurut kajian (Jamaludin & Hashimah, 2005), presepsi pelajar terhadap penggunaan Internet dalam penulisan adalah sangat baik. Para responden didapati mempunyai sikap, motivasi, efikasi kendiri dan minat yang tinggi terhadap penggunaan Internet dalam penulisan karangan. (Septian, 2013) juga telah mendapati bahawa penggunaan pembelajaran atas talian menggunakan aplikasi Moodle telah meningkatkan tahap keaktifan dan memberi impak positif kepada hasil pembelajan para pelajar. Dapatan kajian (Kairun Nadwa, 2003) menunjukkan dalam proses pembelajaran yang berasaskan ‘chalk and talk’ yang berpusatkan guru akan menyebabkan ilmu yang ingin disampaikan tidak sepenuhnya diterima oleh pelajar. Menurut Idham Md Razak (2020) , mendepani era revolusi pendidigitalan pada masa ini, sistem pendidikan turut menjadi tumpuan supaya tidak ketinggalan dalam transformasi ke arah pedagogi dan andragogi secara digital yang canggih. Di negara- negara maju, pembelajaran atas talian ini telah lama dilaksanakan kerana melalui kaedah ini, banyak kebaikan dan manfaat yang dapat diperoleh. Menurut Zawiah Binti Bahrom (2020) pula, pembelajaran atas talian adalah satu bentuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang disampaikan kepada pelajar melalui penggunaan instrumen teknologi digital. Melalui pembelajaran kaedah ini, terdapat garfik visual, audio, animasi, perkataan dan video. Kelebihan pembelajaran atas talian dapat dilaksanakan tanpa mengira jarak antara pelajar dan pengajar serta tanpa had jumlah ahli yang melayarinya. Menurut Norfarahi Zulkifli et. al. (2020), penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan mampu membuka peluang dan platform yang baharu bagi memperkukuhkan pembelajaran, menukar bentuk penyampaian ilmu dan
  • 5. meningkatkan kreativiti PdP selain dapat mengubah ekosistem pendidikan di Malaysia. Melalui kajian yang dijalankan, terdapat tiga objektif yang hendak dikaji oleh pengkaji: i. Mengenal pasti respons pelajar terhadap pembelajaran atas talian sama ada bermanfaat ataupun tidak ii. Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian iii. Menganalisis keberkesanan pembelajaran atas talian iv. Mengenal pasti cadangan pengaplikasian pembelajaran atas talian pada masa akan datang. v. Mengkaji cara pembelajaran yang diminati oleh pelajar METODOLOGI KAJIAN Kaedah kajian yang kami lakukan ialah kajian kuantitatif. Kami telah menggunakan kaedah soal selidik. Seramai 30 orang responden telah menjawab soalan soal selidik melalui Google Documents yang telah kami edarkan melalui aplikasi WhatsApp. Responden terdiri daripada pelajar yang sedang mengikuti kelas atas talian. Dokumen soal selidik ini mengandungi lapan soalan. Terdapat satu soalan mengenai maklumat peribadi responden iaitu umur responden. Soalan kedua ialah jangka masa responden mengikuti kelas atas talian dalam tempoh seminggu. Soalan ketiga berkenaan pendapat responden sama ada pembelajaran atas talian ini bermanfaat atau tidak dan responden dikehendaki menyatakan sebab atas pilihan jawapan mereka. Bagi soalan keempat, kami menggunakan skala likert dari satu (tidak setuju) hingga lima (setuju) untuk mengetahui tahap keberkesanan pembelajaran atas talian. Soalan kelima pula ialah persetujuan responden sama ada kaedah pembelajaran atas talian boleh diteruskan pada masa hadapan. Bagi soalan yang terakhir, pilihan apa yang digemari oleh responden sama pada pembelajaran atas talian, bersemuka atau hibrid. Selain itu, kami juga menggunakan kaedah analisis dokumen. Melalui kaedah ini, kami telah membaca jurnal-jurnal, yang lepas untuk memperoleh maklumat tambahan berkaitan kajian kami.
  • 6. PENGUMPULAN DATA DAN PERBINCANGAN HASIL KAJIAN Bagi bahagian yang pertama, dua soalan berbentuk demografi responden diketengahkan. Jadual 1 menunjukkan umur responden manakala jadual 2 menunjukkan bilangan jam yang digunakan oleh responden untuk pembelajaran atas talian. Merujuk kepada jadual 1, daripada 51 responden, sebanyak 88.2% adalah pelajar yang berusia 18 tahun dan ke atas manakala sebanyak 7.8% adalah golongan pelajar yang berusia 7 hingga 11 tahun dan selebihnya ialah pelajar yang berusia dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun. Merujuk kepada data kuantitatif daripada jadual 2, hampir separuh daripada responden yang menjawab soal selidik ini iaitu sebanyak 24 orang yang merangkumi 47.1% menyatakan bahawa mereka menjalani pembelajaran atas talian seminggu selama 20 jam. Pada masa yang sama, sebanyak 33.3% daripada jumlah responden melakukan pembelajaran atas talian dalam seminggu selama 30 jam dan lebih. Peratus yang selebihnya iaitu sebanyak 19.6% ataupun sebanyak 10 orang meluangkan 25 jam seminggu untuk mengikuti pembelajaran atas talian. Jadual 1: Umur responden Bil Item Peratus (%) Min Sisihan Piawai 1 2 3 7-11 tahun 13-17 tahun 18 tahun dan ke atas 7.8 4.0 88.2 100 0.1529 0.0784 1.7294 1.9607 1.0815 0.5546 12.2288 13.8649Jumlah Jadual 2: Bilangan jam responden menjalankan pembelajaran atas talian Bil Item Peratus (%) Min Sisihan Piawai 1 2 3 20 jam 25 jam 30 jam dan ke atas 47.1 19.6 33.3 100 0.9235 0.3843 0.6529 1.9607 6.5303 2.7175 4.6170 13.8649Jumlah
  • 7. Jadual 3 di bawah menunjukkan pandangan pelajar sama ada bermanfaat atau tidak pembelajaran atas talian. Sebanyak 18 daripada 51 responden yang ditunjukkan dengan peratus 35.3% ataupun label berwarna merah menyatakan pandangan mereka bahawa pembelajaran atas talian adalah tidak bermanfaat. Selain itu, sebanyak 64.7% iaitu majoritinya sebanyak 33 orang menyatakan bahawa pembelajaran atas talian adalah bermanfaat. Jadual 3: Pandangan pelajar sama ada bermanfaat atau tidak pembelajaran atas talian Bil Item Peratus (%) Min Sisihan Piawai 1 2 Manfaat Tidak Bermanfaat 64.7 35.3 100 1.2686 0.6922 1.9608 8.9706 4.8943 13.8649Jumlah Seterusnya, jadual 4 di bawah menunjukkan sebab-sebab pembelajaran atas talian bermanfaat. Soalan tambahan ini juga telah ditanya untuk mendapatkan gambaran yang jelas serta untuk menyokong pandangan responden yang asal Sebanyak 21 daripada 33 orang reponden iaitu merangkumi 61.8% secara keseluruhan menyatakan masa pembelajaran yang fleksibel merupakan salah satu sebab pembelajaran atas talian adalah bermanfaat. Pada masa yang sama, sebanyak 26.5% menyatakan pembelajaran atas talian bermanfaat kerana ia mendisiplinkan diri. Tambahan pula, sebanyak 11.8% daripada 33 orang responden menyatakan suasana pembelajaran yang kondusif menambahkan lagi keberkesanan pembelajaran atas talian. Jadual 4: Sebab-sebab pembelajaran atas talian bermanfaat. Bil Item Peratus (%) Min Sisihan Piawai 1 2 3 Mendisiplinkan diri Masa pembelajaran yang fleksibel Suasana pembelajaran yang kondusif 26.5 61.8 11.8 100 0.5196 1.2118 0.2314 1.9628 3.6742 8.5685 1.6360 13.8787Jumlah
  • 8. Jadual 5 di bawah menunjukkan sebab-sebab pembelajaran atas talian tidak bermanfaat. Sebanyak 18 daripada 28 responden yang merangkumi 64.3% daripada jumlah keseluruhan menyatakan bahawa pembelajaran atas talian tidak bermanfaat kerana mereka tidak dapat focus pada pembelajaran dan mudah cenderung untuk melayari laman sosial ketika kelas berlangsung. Seterusnya, sebanyak 21.4% daripada peratus keseluruhan menyatakan pembelajaran atas talian tidak bermanfaat kerana pembelajaran yang dijalankan adalah kurang interaktif. Hal ini bermaksud pelajar merasakan pembelajaran atas talian tidak bermanfaat kerana kurangnya interkasi dan komunikasi seperti dalam kelas antara pendidik dan pelajar. Peratus yang selebihnya iaitu sebanyak 14.3% iaitu sebanyak 3 orang responden menyatakan pembelajarn atas talian tidak bermanfaat kerana kurang pendedahan oleh pendidik ketika kuliah atau kelas dijalankan. Jadual 5: Sebab-sebab pembelajaran atas talian tidak bermanfaat Bil Item Peratus (%) Min Sisihan Piawai 1 2 3 Kurang pendedahan pendidik Pembelajaran kurang interaktif Tidak dapat fokus pada pembelajaran 14.3 21.4 64.3 100 0.2804 0.4196 1.2608 1.9608 1.9827 2.9671 8.9151 13.8649Jumlah Jadual 6 menunjukkan keberkesanan pembelajaran atas talian pada pandangan pelajar. Untuk mendapatkan respons yang lebih menyeluruh dan berkesan, skala likert telah digunakan oleh pengkaji. Dalam skala likert yang digunakan, skala 1 diberi indicator langsung tidak berkesan manakala skala 5 diberi indicator sangat berkesan. Sebanyak 43.1% yang merangkumi 22 orang responden memberikan pandangan yang neutral terhadap pembelajaran atas talian. Sebanyak 5.9% dan 15.7% masing-masing skala 1 dan 2, memberikan pandangan bahawa pembelajaran atas talian tidak berkesan. Pada masa yang sama, sebanyak 33.3% dan 2% masing-masing skala 4 dan 5 memberikan pandangan bahawa pembelajaran atas talian berkesan bagi mereka.
  • 9. Jadual 6: Keberkesanan pembelajaran atas talian Bil Item Peratus (%) Min Sisihan Piawai 1 2 3 4 5 Langsung tidak berkesan Tidak berkesan Neutral Berkesan Sangat berkesan 5.9 15.7 43.1 33.3 2.0 100 0.1157 0.3078 0.8451 0.6529 0.0392 1.9607 0.8180 2.1768 5.9757 4.6170 0.2773 13.8648Jumlah Jadual 7 di bawah pula menunjukkn candangan untuk pengaplikasian pembelajaran atas talian pada masa akan datang Sebanyak 63.3% yang merangkumi 32 orang daripada jumlah keseluruhan menyatakan pembelajaran atas talian boleh diaplikasikan dalam proses pembelajaran pada masa akan datang. Peratus selebihnya iaitu sebanyak 36.7% menyatakan pendapat bahawa pembelajaran atas talian tidak boleh diaplikasikan pada masa akan datang Secara amnya, dapat disimpulkan bahawa pembelajaran atas talian boleh diaplikasikan pada masa akan datang. Jadual 7: Cadangan untuk pengaplikasian pembelajaran atas talian pada masa akan datang Bil Item Peratus (%) Min Sisihan Piawai 1 2 Ya Tidak 63.3 36.7 100 1.2412 0.7196 1.9608 8.7764 5.0883 13.8647Jumlah Jadual yang terakhir iaitu jadual 8 menunjukkan cara pembelajaran yang diminati oleh responden. Sebanyak 45.1% atau 23 orang responden daripada jumlah keseluruhan menyatakan bahawa mereka meminati cara pembelajaran bersemuka supaya dapat focus dalam pembelajaran. Selain itu, sebanyak 35.3% atau 18 orang dari jumlah responden keseluruhan menyatakan bahawa mereka meminati cara pembelajaran hybrid ataupun blended learning yang bermaksud terdapat unsur bersemuka dan unsur pembelajaran atas talian. Tambahan pula, sebanyak 19.6% atau 10 orang menyatakan bahawa mereka meminati pembelajaran atas talian kerana suasana pembelajaran yang kondusif.
  • 10. Jadual 8: Cara pembelajaran yang diminati Bil Item Peratus (%) Min Sisihan Piawai 1 2 3 Bersemuka Pembelajaran atas talian Pembelajaran Hibrid 45.1 19.6 35.3 100 0.8843 0.3843 0.6922 1.9608 6.2530 2.7175 4.8943 13.8648Jumlah PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Melalui data- data yang dikumpul melalui kajian ini, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa majoriti responden yang terdiri daripada golongan pelajar menyatakan bahawa pembelajaran atas talian bermanfaat kepada mereka. Kajian ini dapat menyimpulkan bahawa suasana pembelajaran yang kondusif, faktor medisiplinkan diri serta faktor masa pembelajaran yang fleksibel menambahkan keberkesanan pembelajaran atas talian oleh pelajar. Pada masa yang sama, ada juga golongan pelajar yang menyatakan pandangan mereka bahawa pembelajaran atas talian tidak bermanfaat. Hal ini disebabkan oleh faktor kurang pendedahan oleh warga pendidik, pembelajaran yang kurang interaktif serta persekitaran yang menyebabkan mereka tidak dapat focus dalam pembelajaran. Walaupun pendapat responden menyebelahi pembelajaran atas talian, namun dalam konteks keberkesanan pembelajaran atas talian, sebahagian pendapat responden adalah bertentangan dengan pandangan yang asal. Pada masa yang sama, walaupun pembelajaran atas talian sedang giat dijalankan oleh setiap institusi Pendidikan, namun cara pembelajaran yang masih diminati oleh pelajar ialah pembelajaran konvensional iaitu secara bersemuka. Ada juga segelintir pelajar yang meminati stail pembelajaran hybrid di mana komposisi konvensional dan digitalisasi diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Dengan ini, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa golongan pelajar lebih cenderung untuk meminati stail pembelajaran yang kurang kompetitif iaitu bersemuka di mana ke semua bahan serta tunjuk ajar dibekalkan oleh warga pendidik yang menyenangkan kerja golongan pelajar. Pada masa yang sama, jika difikir dari perspektif yang lain, didapati golongan pelajar mungkin mengalami sedikit kesukaran untuk mengadaptasi dalam pasaran pekerjaan yang sedang menempuh dan mempraktikkan amalan Industry Revolution (IR4.0). hal ini demikian kerana, pasaran pekerjaan yang semakin mencabar memerlukan golongan pekerja yang cekap teknologi maklumat dan mungkin juga membudayakan amalan “Work From Home” (WFH). Jadi, pengkaji secara
  • 11. keseluruhannya, dapat menyimpulkan bahawa pembelajaran atas talian perlu diadaptasi dalam sistem Pendidikan negara kerana melalui langkah ini, sector Pendidikan dapat menyediakan golongan pelajar yang fleksibel dan lebih cekap dan bukannya “textbook students”. RUJUKAN Adedoyin, B. O. & Soykan, E. 2020. Covid-19 Pandemic and Online Learning: The Challenges and Opportunities. Interactive Learning Environments, United States of America. 12(1): 56-61 doi: 10.1080/10594822.2020.623116 Allen E & Seaman J. 2015. Outlook for Online Learning and Distance Education, Contact North, United States of America 1216-1224 Atkinson, R.D and McKay. 2015. Digital prosperity: Understanding the economic benefits of the information technology revolution. Washington DC: Information Technology and Innovation Foundation. Barbour, M. K and T.C.Reeves. 2019. The reality of virtual schools: A review of the literature. Computers & Education 52(2): 402-416 Buzhardt,J and G Semb. 2015. Integrating online instruction in a college classroom to improve cost effectiveness. Teaching of Psychology 32(1): 63-66 Gilbert, B. 2015. Online Learning Revealing the Benefits and Challenges. Education Masters. Washington DC 13(4), 30-36 Kearsley,G and B Shneiderman. 2015. Engagement Theory: A framework for technology-based teaching and learning. Educational Technology 38(5): 20-23 Marianne Bakia, Linda Shear, Yukie Toyama, Austin Lasseter. 2018. Understanding the Implication of Online Learning for Educational Productivity, US Department of Education, Office of Education Technology, Washington DC, 42-51
  • 12. Nortvig, A.M., Petersen, A.K., and Balle, S.H., 2018. A Literature Review of The Factors Influencing E-Learning and Blended learning in Relation to Learning Outcome, student Satisfaction and Engagement. The Electronic Journal of e- Learning, British University, England. 16(1): 46-55. Norfarahi Zulkifli, Mohd Isa Hamzah, Khadijah Abdul Razak. 2020. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education, Institut Pendidikan Guru Kampus Tunku Kudin (IPGKPP) Pulau Pinang, Malaysia 10(1): 77-94. Ritter, S.J.R. Anderson, K.R. Koedingerand A. Corbett. 2015. Cognitive tutor: Applied research in mathematics education. Psychonomic Bulletin& Review 14(2): 249- 255 Samir El-Seoud. 2016. E-Learning and Students’ Motivation: A research study on the effects of E-Learning on higher education, The Cairo Research Firm, Helwan University, Cairo, Egypt. 25-32 Schachar M & Neumann Y. 2015, Differences between Traditional and Distance Education Academic Performance, Trusteeship Magazine, Association of Governing Boards of Universities and Colleges, Unites States of America. 14- 21 Smith,D and D Mitry. 2018. Investigation of higher education: The real costs and quality of online programmes, Journal of Education For Business 83(3): 147-152 Tuan Nguyen. 2015. The Effectiveness of Online Learning: Beyond No Significant Difference and Future Horizons. MERLOT Journal of Online Learning and Teaching. 11(2): 309-319. Zawiah Binti Bahrom. 2020, Pedagogi Norma Baharu: Cabaran dan Hikmah, Jurnal Refleksi Kepimpinan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor, Malaysia 3: 74-85