PWS KIA (Pemantauan Wilayah Setempat) Kesehatan Ibu dan Anak
PDPR BAHASA MELAYU TAHUN 2
1. PDPR BAHASA MELAYU TAHUN 2
HARI : SELASA
TARIKH: 13 JULAI 2021
MASA:7.30 PAGI
TEMPAT: KEDIAMAN MASING-MASING
TAJUK:Sambutan Hari Raya
2. OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid
dapat:
1) membaca karangan dengan nada dan intonasi
yang betul.
2) melengkapkan karangan dengan perkataan yang
betul.
3. AKTIVITI:
1.Murid diminta membaca dan meneliti karangan di
dalam buku aktiviti muka surat 89.
2.Murid diminta memahami karangan berdasarkan
bahan bergambar.
3.Murid diminta melengkapkan karangan dengan
perkataan yang betul.
4.Murid diminta menyalin karangan di dalam buku tulis
dan mengisi tempat kosong dengan jawapan yang
betul.
4. Jom buka buku aktiviti muka
surat 89.
Pada hari minggu yang lalu, Persatuan Penduduk
Taman Bukit Indah mengadakan Sambutan Hari
Raya Aidilfitri. Sambutan itu diadakan di sebuah
_______________ .
Pengunjung yang datang memakai
_________ mengikut kebudayaan Malaysia.Kaum
___________ memakai baju Melayu, samfu dan
doti. Kaum _________ pula memakai baju
kurung, ceongsam dan sari.
5. Kanak-kanak pula memperagakan pakaian
mereka di atas pentas. _________ bertepuk tangan
apabila melihat gelagat mereka.
Banyak makanan dibawa oleh penduduk
taman.Mereka dapat makan _____________,
______________ ,__________ dan lain-lain.
Penduduk taman ini sangat ____________.
6. CONTOH JAWAPAN:
Pada hari minggu yang lalu, Persatuan Penduduk Taman Bukit
Indah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sambutan
itu diadakan di sebuah dewan.
Pengunjung yang datang memakai pakaian mengikut
kebudayaan Malaysia.Kaum lelaki memakai baju Melayu,
samfu dan doti. Kaum perempuan pula memakai baju kurung,
ceongsam dan sari.
7. Kanak-kanak pula memperagakan pakaian
mereka di atas pentas. Pengunjung bertepuk
tangan apabila melihat gelagat mereka.
Banyak makanan dibawa oleh penduduk
taman.Mereka dapat makan lemang, kuih
bakul,muruku dan lain-lain.
Penduduk taman ini sangat gembira.
8. AKTIVITI KENDIRI
1)Murid diminta menyalin karangan di bawah di
dalam buku tulis
2)Murid diminta mengisi tempat kosong dengan
jawapan yang betul di dalam karangan tersebut.
3)Selamat belajar dan terima kasih atas
keprihatinan anda semua.
9. Kami sekeluarga hendak pergi ke
_________________, Kelantan. Ayah ada seminar
di sana . Kami tinggal di sana selama ________ .
Dalam perjalanan, ayah singgah di balai ________
. Ayah memberikan maklumat rumah dan nombor
telefonnya.
Pihak polis akan ___________ rumah kami
sewaktu kami tiada. Mereka akan _________ di
kawasan perumahan setiap hari.
11. CONTOH JAWAPAN:
Kami sekeluarga hendak pergi ke Universiti Sains
Malaysia , Kelantan. Ayah ada seminar di sana . Kami
tinggal di sana selama seminggu .
Dalam perjalanan, ayah singgah di balai polis .
Ayah memberikan alamat rumah dan nombor
telefonnya.
Pihak polis akan mengawasi rumah kami sewaktu
kami tiada. Mereka akan meronda di kawasan
perumahan setiap hari
12. SEKIAN TERIMA KASIH
Segala keprihatinan dan
kesungguhan anda
diucapkan ribuan terima
kasih
Selamat belajar