SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
Majlis Hari Lahir Saya
Pada hari minggu yang lepas, saya telah meraikan hari jadi
saya yang ke-12 di rumah saya. Saya telah menjemput semua rakan sekelas ke
majlis hari jadi saya.
Pada hari tersebut, ayah dan abang sibuk menghias ruang tamu
dengan belon dan reben yang beraneka warna. Saya dan kakak pula membantu ibu
menyediakan makanan di dapur.
Ibu telah menyediakan pelbagai jenis makanan yang enak.
Antaranya ialah nasi minyak, mi goreng, ayam goreng, keropok, agar-agar, jus buah-
buahan dan lain-lain lagi. Ibu juga membuat sebiji kek yang besar untuk saya. Kami
menghidangkan makanan dan kek di atas meja.
Kira-kira pada pukul 6.00 petang, kawan-kawan pun tiba. Mereka
membawa hadiah untuk saya. Saya menyambut kedatangan mereka dengan tangan
terbuka. Semua kawan berdiri mengelilingi saya. Kami menyanyi lagu “Selamat Hari
Jadi” sambil bertepuk tangan dengan gembira.
Selepas membuat hajat, saya pun meniup lilin lalu memotong kek.
Saya menjemput kawan-kawan menikmati kek dan makanan yang dihidangkan di
atas meja.
Selepas menjamu selera, kami bermain permainan cari cucu dan
meniup belon di halaman rumah. Saya juga mengambil gambar bersama kawan-
kawan untuk dijadikan kenangan.
Pada pukul 10.00 malam, majlis hari jadi saya telah berakhir. Semua
kawan pun pulang ke rumah ke rumah masing-masing. Saya berasa sangat gembira
kerana mendapat banyak hadiah pada hari jadi saya.
Hari Kantin Sekolah Saya
Pada hari minggu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan
Hari Kantin. Tujuan Hari Kantin diadakan adalah untuk mengumpul
duit bagi membeli komputer baharu dan bahan bacaan
perpustakaan. Aktiviti ini melibatkan semua guru dan murid-murid
tahun enam.
Pada pukul 7.30 pagi, kami telah berhimpun di kantin. Guru
Penolong Kanan, Puan Khoo memberikan taklimat ringkas kepada
murid-murid. Kemudian, beliau membahagikan kami kepada
beberapa kumpulan untuk menjalankan tugas.
Kumpulan A menghias gerai-gerai dengan belon dan reben
dengan beraneka warna. Kumpulan B menyusun barang-barang
jualan di setiap gerai dengan kemas. Kumpulan C pula membantu
guru menyediakan kupon untuk dijual kepada para pengunjung.
Semua murid melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan
bersungguh-sungguh bagai aur dengan tebing.
Kira-kira pada pukul 9.00 pagi, pengunjung berpusu-pusu ke
sekolah. Kami melayan para pengunjung dengan mesra dan
berbudi bahasa. Ada murid yang memperkenalkan barang jualan
kepada pengunjung dan ada juga murid yang menarik perhatian
pengunjung dengan promosi "Beli Satu Percuma Satu" dan cabutan
bertuah. Suasana di kantin sekolah meriah sekali.
Pada pukul 1.00 petang. Hari Kantin telah berakhir. kami pun
mengemas barang-barang dan membersihkan kawasan kantin. Hari
Kantin mendapat sambutan yang hangat daripada ibu bapa dan
murid-murid. Semua barang jualan kami telah habis dijual.
Guru Besar sangat berbesar hati kerana Hari Kantin berjalan
dengan lancar. Beliau mengucapkan terima kasih kepada
semua warga sekolah yang menjayakan aktiviti ini. Kami berasa
letih tetapi gembira kerana boleh menyumbang tenaga kepada
pihak sekolah.
Kemalangan Jalan Raya
Pada suatu petang, saya berjalan kaki pulang dari sekolah selepas
tamat latihan badminton.
Tiba-tiba, saya terdengar satu bunyi dentuman yang kuat. Alangkah
terkejutnya, saya melihat sebuah kereta Proton Waja telah berlanggar dengan
sebuah motosikal di hadapan sekolah.
Tanpa berlengah-lengah, saya pun berlari ke pondok telefon awam
yang berdekatan untuk menghubungi pihak polis dan hospital. Banyak
orang mengerumuni tempat kejadian itu.
Penunggang dan pembonceng motosikal itu cedera parah.
Mereka meniarap di tengah jalan. Badan mereka berlumuran darah. Pemandu
kereta pula cedera ringan. Dia mengerang kesakitansambil meminta tolong.
Bahagian hadapan kereta itu telah remuk dan cermin kereta pecah berkecai.
Beberapa orang pemuda yang baik hati telah membantu pemandu kereta itu keluar
dari keretanya.
Tidak lama kemudian, kereta ambulans dan kereta polis pun
sampai di tempat kejadian. Anggota polis segeramengawal kesesakan lalu-
lintas manakala anggota penyelamat pulamengusung mangsa kemalangan itu ke
dalam kereta ambulans.
Selepas itu, orang ramai pun bersurai. Saya segerameneruskan
perjalanan untuk pulang ke rumah. Saya akan berhati-hati semasa berada di jalan
raya kerana malang tidak berbau.
Suasana Temasya Sukan Sekolah Saya
Pada hari Sabtu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan temasya sukan
tahunan yang ke-58 di padang sekolah.
Sehari sebelum temasya sukan, semua warga sekolah sibuk membuat
persiapan. Kami mendirikan kanopi di tepi padang, menghias pentas,
menggantungkan panji yang berwarna-warni dan melukis garisan balapan di padang,
Kami melaksanakan tugas bagai aur dengan tebing.
Pada hari tersebut, ibu bapa dan murid-murid berpusu-pusu ke sekolah.
Semua murid memakai baju sukan rumah masing-masing. Pada pukul 8.00 pagi,
upacara temasya sukan pun bermula.Pasukan pancaragam dan pasukan rumah-
rumah sukan berarak masuk ke padang. Seterusnya, wakil muird melafazkan ikrar
diikuti ucapan perasmian oleh Guru Besar.
Selepas itu, acara sukan pun bermula. Acara pertama yang berlangsung ialah
acara sukaneka untuk murid-murid Tahap Satu, iaitu lari dalam guni, isi air dalam
botol, terompah gergasi dan lari bawa bola. Selepas itu, acara balapan dan acara
padang diadakan. Contohnya lumba lari 100m, 200m, 400m, lari berganti-ganti,
lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru. Acara yang paling kemuncak ialah acara
tarik tali.
Para peserta bertanding dengan bersungguh-sungguh dan menunjukkan
semangat kesukanan yang kental. Ramai penyokong yang mengangkat sepanduk
dan bersorak-sorai untuk memberi sokongan kepada pasukan rumah sukan masing-
masing. Terdapat juga ibu bapa yang asyik merakamkan gambar anak-anak mereka
yang beraksi di tengah padang. Suasana di padang meriah sekali.
Kira-kira pada pukul 12.00 tengah hari, upacara penyampaian diadakan. Para
pemenang dijemput naik ke atas podium oleh juruacara. Guru Besar mengalungkan
pingat kepada pemenang dan mengucapkan tahniah kepada mereka. Olahragawan
dan olahragawati pada temasya sukan kali ini ialah Bowie Lim dan Julia
Ng. Pasukan Rumah Merah turut diumumkan sebagai johan keseluruhan. Semua
ahli pasukan rumah Merah bersorak kegembiraan apabila ketua pasukan menjulang
piala kemenangan.
Temasya sukan sekolah saya telah berakhir pada pukul 1.30 petang. Suasana
di sekolah saya kembali lengang.
Banjir di Kampung Saya
Hujan lebat turun tidak berhenti-henti selama beberapa hari di kampung
saya. Air sungai di hujung kampung mulai melimpah. Akhirnya, kampung
saya telah dilanda banjir.
Penghuni-penghuni kampung dinasihati supaya berpindah ke
tempat yang selamat. Kami sibuk memindahkan barang-barang yang
penting dan berharga ke tempat yang tinggi. Selepas itu, bot-bot
penyelamat pun membawa kami meninggalkan tempat kediaman kami.
Kami telah ditempatkan di balai raya.
Air bah telah memusnahkan tanam-tanaman yang diusahakan oleh
penduduk kampung. Banyak binatang ternakan seperti ayam, itik,
kambing dan lembu yang mati lemas. Peralatan-peralatan rumah yang
tidak sempat dipindahkan turut musnah dibawa arus deras.
Di balai raya, semua mangsa banjir mendapat bantuan dari segi
pakaian, makanan, ubat-ubatan dan barang keperluan harian. Banyak
warga emas dan kanak-kanak yang jatuh sakit akibat bencana ini. Saya
dan kawan-kawan yang lain juga tidak dapat bersekolah selama beberapa
hari.
Selepas beberapa hari, air bah mulai surut, kami dibenarkan pulang
ke rumah masing-masing. Kami berasa amat sedih melihat keadaan rumah
kami yang kotor dan berlumpur. Kami terpaksa bergotong-royong untuk
membersihkan tempat kediaman kami.
Saya berharap agar tragedi ini tidak akan berulang lagi pada masa
hadapan.
Lawatan Ke Kilang Biskut
Pada 20 Mac 2015, Persatuan Bahasa Malaysia SJK (C) Chung Hwa Wei Sin telah
mengadakan lawatan ke Kilang Biskut Julie yang terletak di Alor Gajah, Melaka.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan cara-cara membuat
biskut kepada murid-murid. Lawatan ini telah disertai oleh 25 orang murid dan diiringi
oleh 2 orang guru penasihat, Cikgu Sunita dan Cikgu Farlina.
Rombongan kami tiba di perkarangan kilang pada pukul 9.30 pagi.
Ketibaan kami telah disambut mesra oleh penyelia kilang, Encik Kho. Beliau
memberi taklimat ringkas tentang peraturan kilang sebelum membawa kami
melawat ke dalam kilang tersebut.
Encik Kho memberi penerangan kepada kami tentang setiap proses untuk
menghasilkan biskut Julie. Kami memasang telinga untuk mendengar penerangan
beliau sambil mencatatkan maklumat yang penting di dalam buku nota masing-
masing.
Kami telah berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat dari proses
pengadunan sehinggalah proses pembungkusan biskut. Kami juga dijamu dengan
biskut yang enak dan ranggup. Sebelum beredar, kami berkesempatan untuk
membeli biskut yang baru siap dibungkus dengan harga yang lebih murah daripada
harga pasaran.
Lawatan pada kali ini telah memanfaatkan semua murid. Kami berharap agar
lawatan seperti ini akan diadakan lagi pada masa hadapan.
Pengalaman di Kebun Sayur
Pada cuti sekolah baru-baru ini, saya dan keluarga telah pulang ke kampung untuk
menziarahi datuk dan nenek. Rumah datuk saya terletak di Rompin. Kami tinggal di sana
selama tiga hari. Kepulangan kami disambut oleh datuk dan nenek dengan tangan terbuka.
Hari belum terang tanah, saya sudah bangun daripada tidur. Selepas bersarapan, saya
pun mengikut datuk ke kebun sayurnya. Kebun sayur datuk agak luas. Di sana terdapat
pelbagai jenis sayur seperti sayur sawi, bayam, terung, timun, cili dan bendi.
Saya menolong datuk mencangkul tanah untuk membuat batas. Kemudian, saya
menaburkan benih di atas batas. Datuk pula membubuh baja dan menyiram tanamannya.
Kata datuk, sayur-sayuran ini hendaklah dijaga dengan baik agar dapat hidup subur.
Pada waktu petang, saya dan nenek memetik sayur yang sudah matang. Kami
meletakkan sayur-sayuran ke dalam raga. Saya juga mencabut rumput-rampai yang tumbuh
di sekeliling batas. Kami menjaga tanam-tanaman di kebun supaya tidak dimakan ulat.
Pada sebelah malam, saya membantu datuk dan nenek berniaga di pasar malam. Saya
menyusun sayur-sayuran di atas para-para. Ramai orang suka membeli sayur dengan datuk
kerana sayur-sayuran datuk segar dan harganya berpatutan. Kami melayan pelanggan
dengan mesra dan berbudi bahasa.
Saya berasa sangat gembira kerana dapat membantu datuk di kebun sayur. Saya akan
pulang ke kampung lagi pada cuti sekolah yang akan datang.
Sambutan Hari Guru di Sekolah Saya
Tanggal 16 Mei merupakan Hari Guru. Sekolah saya telah
mengadakan majlis sambutan Hari Guru di dewan sekolah.
Sambutan ini bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan
guru dalam usaha membentuk generasi yang berwibawa.
Tepat pada pukul 8.00 pagi, guru-guru dan murid-murid telah
berhimpun di dalam dewan. Semua warga sekolah berdiri tegak
untuk menyanyikan lagu "Negaraku", lagu negeri dan lagu sekolah.
Selepas itu, Guru Besar menyampaikan ucapan di atas pentas.
Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada para guru atas
sumbangan dan pengorbanan mereka dalam bidang pendidikan.
Beliau turut mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua
guru.
Seterusnya, murid-murid mengadakan persembahan di atas
pentas. Contohnya, tarian, nyanyian, lawak jenaka, orkestra,
diabolo dan pertunjukan silap mata. Persembahan-persembahan
yang menarik telah menghiburkan hati para penonton.
Kemudian, pengerusi majlis mempersilakan guru besar untuk
menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada guru-
guru yang telah lama berkhidmat di sekolah kami. Cikgu Kamarudin
telah dipilih sebagai Tokoh Guru pada tahun ini. Semua warga
dewan memberikan tepukan yang gemuruh kepada beliau.
Selepas acara penyampaian hadiah, semua guru dijemput ke
kantin untuk jamuan ringan. Kami turut mengambil kesempatan ini
untuk memberikan hadiah berupa bunga, kad ucapan dan bekas
tangan kepada guru-guru yang disayangi sebagai tanda
penghargaan. Kami juga merakam gambar dengan guru-guru untuk
dijadikan kenangan.
Majlis sambutan Hari Guru berakhir pada pukul 1.00 petang.
Kami pun pulang ke rumah dengan gembira.
Perkhemahan Pengakap di Sekolah Saya
Pada cuti sekolah baru-baru ini, saya telah menyertai perkhemahan pengakap
yang diadakan di sekolah saya selama dua hari satu malam. Perkhemahan ini telah
disertai oleh 25 orang ahli pengakap dan diiringi oleh 4 orang guru penasihat.
Kira-kira pada pukul 7.30 pagi, kami telah berhimpun di padang sekolah. Ketua
perkhemahan, Cikgu Rosli memberikan taklimat ringkas kepada semua ahli
pengakap dan membahagikan kami kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan
tugas. Kami pasang telinga untuk mendengar arahan beliau.
Mula-mula, kami mendirikan khemah mengikut kumpulan masing-masing.
Semua ahli pengakap berganding bahu untuk melaksanakan tugas yang diarahkan
oleh ketua kumpulan bagai aur dengan tebing. Selepas itu, kami menghadiri
ceramah pertolongan cemas di dewan sekolah. Cikgu Kamar dan beberapa orang
ahli pengakap senior mendemonstrasikan cara-cara memberi pertolongan cemas.
Beliau juga mengajar kami cara-cara membalut luka dengan kain anduh.
Pada waktu tengah hari, kami mengadakan pertandingan memasak. Setiap
kumpulan dikehendaki menyediakan satu hidangan tradisional. Kumpulan saya telah
menyediakan Nasi Goreng Kampung. Walaupun kami hanya berjaya mendapat
tempat ketiga, namun saya berasa sangat gembira kerana dapat mempelajari cara-
cara memasak dan menikmati masakan sendiri walaupun tidak seenak masakan ibu.
Pada sebelah petang, kami berlatih kawad kaki di tengah padang. Semua ahli
pengakap mendengar arahan ketua denga teliti. Kami berkawad kaki dengan penuh
disiplin dan semangat berpasukan. Kemudian, kami mengutip kayu api untuk
menyalakan unggun api di hadapan khemah.
Selepas makan malam, kami duduk mengelilingi unggun api. Setiap kumpulan
mempersembahkan pertunjukan mengikut kreativiti masing-masing. Cikgu Saifudin
turut memetik gitar sambil menyanyi lagu Rasa Sayang. Kami semua berasa
gembira dan terhibur.
Pada keesokan pagi, semua ahli pengakap menjalankan senamrobik di
padang. Selepas bersarapan pagi, kami pun membersihkan tapak perkhemahan dan
berkemas untuk pulang ke rumah. Kami telah mendapat banyak pengalaman dan
pengetahuan yang berharga hasil daripada perkhemahan ini.
Suasana di Pejabat Pos
Pada suatu petang, saya menemani ibu ke pejabat pos untuk
menjelaskan bil elektrik dan bil air. Saya telah mengambil
peluang ini untuk mengirim sekeping kad ucapan hari jadi
kepada sahabat pena saya yang menuntut di negara jiran,
Singapura kerana hari jadinya akan menjelang tidak lama lagi.
Saya dan ibu menaiki kereta ke sana.
Pejabat pos tersegam megah di tengah-tengah pusat
bandar. Terdapat ramai kakitangan berkhidmat di sana. Saya
dan ibu beratur di kaunter pertanyaan untuk mengambil nombor
giliran. Selepas itu, kami pun duduk di tempat yang disediakan
untuk menunggu giliran kami.
Di pejabat pos terdapat banyak kaunter yang
menawarkan pelbagai perkhidmatan. Misalnya, kaunter
pembayaran bil-bil, kaunter pembaharuan lesen, kaunter
kiriman dan setem, kaunter cenderahati dan lain-lain. Setiap
kaunter menawarkan perkhidmatan yang berlainan.
Di penjuru pejabat pos terdapat ruang pameran yang
mempamerkan pelbagai koleksi setem, sampul surat dan rantai
kunci yang menarik. Ramai pengunjung melawat ke ruang
pameran tersebut untuk membeli setem dan rantai kunci yang
disukai oleh mereka untuk dijadikan kenangan.
Di kaunter pula, pegawai-pegawai yang bertugas sibuk
melayan kerenah pengunjung. Mereka melayan para
pengunjung dengan mesra dan berbudi bahasa. Saya dan ibu
menunggu giliran kami dengan sabar. Apabila nombor kami
dipanggil, kami pun segera menuju ke kaunter.
Setelah selesai berusan di pejabat pos, saya dan ibu pun
pulang ke rumah. Saya berharap agar kad kiriman saya
selamat diterima oleh sahabat pena saya.
Pengalaman ke Pasar
Pada hari minggu yang lepas, saya telah mengikut ibu ke
pasar yang terletak tidak jauh dari rumah kami. Saya dan ibu berjalan
kaki ke sana.
Ramai orang berkunjung ke pasar untuk membeli-belah. Suasana
di pasar riuh-rendah dengan suara pengunjung dan peniaga. Di pasar
terdapat banyak gerai seperti gerai sayuran-sayuran, gerai ikan, gerai
daging dan gerai buah-buahan.
Saya dan ibu berjalan ke gerai sayur-sayuran. Di gerai itu ada
menjual pelbagai jenis sayur. Contohnya, kangkung, bayam, kubis,
timun, peria, terung dan tomato. Penjual sayur menyusun sayur-sayuran
di atas para-para dengan rapi. Ibu telah memilih seikat sayur kangkung,
sepeket cili dan beberapa biji ubi kentang. Ibu juga tawar-menawar
harga sayur-sayuran dengan penjual itu supaya dapat membeli sayur-
sayuran dengan harga yang lebih murah.
Kemudian, saya dan ibu pergi ke gerai buah-buahan. Di gerai itu
terdapat buah-buahan tempatan dan buah-buahan import. Antaranya
ialah tembikai, nanas, epal, pisang, jambu batu, rambutan dan lain-lain
lagi. Ibu telah membeli tembikai kegemaran kami sebagai pencuci mulut.
Penjual itu melayan kami dengan mesra dan berbudi bahasa.
Selepas itu, kami pergi ke gerai ikan. Lantai di sana basah dan
licin. Saya memegang tangan ibu erat-erat agar tidak tergelincir.
Seorang penjual ikan asyik menjerit harga ikan yang ditawarkan untuk
menarik perhatian kami. Ikan yang dijualnya segar-bugar. Ibu pun
membeli selonggok udang dan dua kilogram ikan kembung.
Setelah selesai membeli-belah, saya pun menolong ibu menjinjing
bakul yang penuh berisi barang lalu pulang ke rumah. Saya berharap
agar dapat menemani ibu ke pasar lagi pada minggu hadapan.
Melawat Ke Dusun Buah-buahan
Pada cuti penggal yang lalu, bapa telah membawa kami sekeluarga
pulang ke kampung untuk menziarahi datuk dan nenek. Kampung datuk terletak di
Pekan, Pahang. Kami menaiki kereta bapa ke sana.
Kira-kira 45 minit kemudian, kami pun sampai di pekarangan rumah
datuk. Datuk dan nenek menyambut kepulangan kami dengan tangan terbuka. Hati
saya girang sekali kerana dapat berjumpa dengan datuk dan nenek.
Kami berlangkah kanan kerana pada waktu itu ialah musim buah-
buahan. Datuk membawa kami ke dusunnya. Di dusun datuk terdapat banyak pokok
buah-buahan, iaitu durian, manggis, duku, rambutan dan mangga. Pokok-pokok
berbuah lebat dan buah-buahan telah masak ranum.
Saya dan adik menolong datuk mengutip buah durian yang gugur di
kawasan semak. Bapa pula mengait rambutan dengan galah yang panjang. Kami
meletakkan buah-buahan itu di dalam raga.
Setelah penat, kami berehat di bawah pokok yang rendang. Datuk
dan bapa mengopek buah durian untuk kami makan. Air liur kami meleleh apabila
menghidu bau durian yang harum. Kami menjamah durian dengan sepuas-puasnya.
Pada waktu senja, kami pun pulang ke rumah. Datuk memberikan
beberapa biji durian dan seikat rambutan kepada kami sebagai buah tangan. Saya
berasa seronok kerana dapat menjejak kaki ke dusun datuk. Saya akan menziarahi
datuk dan nenek lagi pada cuti sekolah yang akan datang.
Pengalaman Tersesat di Dalam Hutan
Pada cuti sekolah baru-baru ini, saya telah mengikuti
perkhemahan pengakap di Hutan Maran. Saya telah ditugaskan oleh
Cikgu Latifah untuk mencari kayu api di pinggir hutan.
Ketika saya leka mengutip kayu api, saya ternampak seekor
burung yang jarang dijumpai hinggap di atas sepohon pokok. Burung itu
mempunyai bulu pelepah yang cantik dan berwarna-warni. Saya cuba
mendekati burung itu namun burung itu terbang ke dalam hutan.
Tanpa berfikir panjang, saya pun mengejar burung itu ke dalam
hutan. Dalam sekelip mata sahaja, burung itu telah hilang dari
pandangan saya. Saya berputih mata kerana terlepas peluang untuk
menangkap burung itu. Saya pun berjalan pulang ke tapak
perkhemahan.
Setelah lama berjalan, saya tidak dapat mencari jalan keluar dari
hutan itu. Saya telah tersesat di dalam hutan. Saya mulai cemas dan
takut. Apatah lagi, kaki saya lenguh dan perut saya berkeroncong.
Apabila hari semakin gelap, cuaca menjadi semakin sejuk. Saya
berehat di bawah sepohon pokok besar. Saya menangis kerana sekali-
sekala mendenngar bunyi unggas yang menakutkan. Disebabkan terlalu
letih, saya tertidur di bawah pokok itu.
Pada keesokan pagi, saya terdengar suara kawan-kawan
memanggil nama saya. Saya pun terjaga daripada tidur lalu berlari ke
arah mereka.
Saya bersyukur kerana dapat pulang ke pangkuan keluarga
dengan selamat. Pengalaman pahit ini akan menjadi satu pengajaran
kepada saya dan tidak akan saya lupakan buat selama-lamanya.
Pengalaman Bercuti di Perkampungan Nelayan
Cuti sekolah telah pun bermula. Saya mengikut kawan karib saya, Din pulang ke
kampungnya untuk menghabiskan masa cuti sekolah selama satu minggu. Kampung
Din terletak di Rompin, Pahang. Kami menaiki teksi ke sana.
Perjalanan ke sana dari pusat bandar Kuantan mengambil masa kira-kira dua
jam. Rumah datuk Din terletak di persisiran pantai. Apabila teksi meluncur ke
pekarangan rumah datuk Din, kelihatan datuk dan nenek Din telah menunggu
kedatangan kami di beranda rumah. Mereka menyambut ketibaan kami dengan
gembira.
Kampung Din merupakan sebuah perkampungan nelayan. Kebanyakan
peduduk di sana bekerja sebagai nelayan. Pemandangan di sana indah nian dan
udaranya nyaman. Sebelum fajar menyinsing, saya dan Din telah bangun daripada
tidur. Kami makan nasi lemak yang disediakan oleh nenek Din sebagai alas perut.
Selepas itu, kami pun mengikut datuk Din turun ke laut untuk menangkap ikan.
Inilah kali pertama saya menaiki bot nelayan ke tengah laut. Bot kami
terumbang-ambing dipukul ombak apabila laut bergelora. Saya berasa loya dan
pening-pening lalat. Apabila bot kami sampai di tengah laut, saya dan Din membantu
datuknya melepaskan pukat untuk menangkap ikan. Setelah berjam-jam di tengah
laut, kami berjaya mendapat hasil laut yang lumayan. Saya dan Din pun
membahagikan hasil tangkapan kami ke dalam raga yang disediakan.
Setibanya di jeti, kami memunggah raga yang dipenuhi hasil laut untuk dijual
kepada peraih. Selepas makan tengah hari, saya dan Din menolong neneknya
menyiang ikan yang tidak habis dijual. Saya tidak tahan dengan bau ikan yang
hanyir. Ikan-ikan yang telah disiang dijemur di bawah sinaran matahari yang terik
untuk dijadikan ikan kering.
Pada waktu senja, saya dan Din bermandi-manda di laut. Air laut jernih dan
dingin. Bayu laut yang bertiup sepoi-sepoi bahasa sungguh menyegarkan. Hati saya
girang bukan kepalang. Saya juga berpeluang untuk belajar cara-cara untuk menyirat
jala daripada datuk Din.
Kehidupan datuk dan nenek Din di kampung sederhana tetapi bahagia. Saya
berasa seronok kerana dapat merasai kehidupan di perkampungan nelayan. Memori
manis ini akan terpahat dalam ingatan saya buat selama-lamanya.
Suasana di Tepi Pantai
Esok bermulalah cuti sekolah bagi semester yang pertama. ayah
bercadang membawa kami sekeluarga ke Pantai Batu Buruk untuk
berkelah. Setelah mendengar cadangan ayah, saya dan adik melonjak-
lonjak kegembiraan.
Sebelum bertolak, saya menolong ibu menyediakan barang-
barang seperti tikar, pakaian mandi, radio, kamera digital dan bekalan
makanan. Setelah bersiap-siap, kami bertolak ke sana dengan menaiki
kereta ayah.
kira-kira 15 minit kemudian, kami pun sampai di destinasi. Saya
dan adik membantu ayah menurunkan barang-barang dari but kereta.
Kemudian, kami mencari tempat yang sesuai untuk berkelah. Kami telah
menghamparkan tikar di bawah sepohon pokok ru yang rendang dan
meletakkan barang-barang di atas tikar.
Suasana di Pantai Batu Buruk amat meriah. Ramai orang
berkunjung ke sana untuk menghabiskan masa terluang. Pemandangan
di tepi pantai indah nian. Bayu laut bertiup sepoi-sepoi bahasa. Dedaun
pohon nyiur melambai-lambai persis mengalu-alukan kedatangan kami.
Saya dan adik tidak sabar-sabar hendak bermandi-manda di laut
yang membiru. Setelah menyalin pakaian, kami pun terjun ke laut. Air
laut begitu jernih dan dingin rasanya. Sesekali laut bergelora, kami
terumbang-ambing dipukul ombak. Kegembiraan jelas terpapar melalui
gelak ketawa kami berdua.
Setelah puas bermain, saya dan adik pun naik ke darat. Ayah
masih leka membaca majalah kegemarannya sejak tadi lagi. Ibu pula
menghidangkan makanan untuk kami. Nasi minyak yang dimasak oleh
ibu begitu enak dan membuka selera. Saya dan adik menghabiskan nasi
sehingga menjilat jari.
Selepas menjamu selera, saya mengajak adik membina istana
pasir. Ayah dan ibu pula mengambil angin di gigi air. Kami sempat
menangkap gambar ketika matahari mula terbenam untuk dijadikan
kenangan. Kata ayah, inilah saat-saat yang paling indah.
Sebelum pulang, kami membersihkan kawasan perkelahan. Saya
dan adik berasa berat hati untuk meninggalkan pantai ini. Memori manis
di Pantai Batu Buruk tetap terpahat dalam sanubari kami.

More Related Content

What's hot

Ayat tunggal & ayat majmuk thn3
Ayat tunggal & ayat majmuk thn3Ayat tunggal & ayat majmuk thn3
Ayat tunggal & ayat majmuk thn3Nuradibah Kapli
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayatNurull Sya
 
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3Saadiah Smk.Kampar
 
Nota Pembolehubah - UPSR
Nota Pembolehubah - UPSRNota Pembolehubah - UPSR
Nota Pembolehubah - UPSRSayshare
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan faktaAn Hawa
 
Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5
Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5 Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5
Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5 AQUILA ALBERT
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung ceritasairee
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNur Afifa
 
Pengalaman di hari raya aidilfitri
Pengalaman di hari raya aidilfitriPengalaman di hari raya aidilfitri
Pengalaman di hari raya aidilfitriasiyah97
 
Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]
Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]
Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]Syafiqah Abu Bakar
 
Laporan minggu kempen gaya hidup sihat
Laporan minggu kempen gaya hidup sihatLaporan minggu kempen gaya hidup sihat
Laporan minggu kempen gaya hidup sihatT Karin
 
Teknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sainsTeknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sainssazaser
 
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan GambarBina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan GambarKathleen Ong
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapatSalasiah Hassan Bahari
 

What's hot (20)

Ayat tunggal & ayat majmuk thn3
Ayat tunggal & ayat majmuk thn3Ayat tunggal & ayat majmuk thn3
Ayat tunggal & ayat majmuk thn3
 
Simpulan bahasa
Simpulan bahasaSimpulan bahasa
Simpulan bahasa
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayat
 
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
 
Nota Pembolehubah - UPSR
Nota Pembolehubah - UPSRNota Pembolehubah - UPSR
Nota Pembolehubah - UPSR
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5
Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5 Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5
Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5
 
Jenis jenis contoh surat kiriman
Jenis jenis contoh surat kirimanJenis jenis contoh surat kiriman
Jenis jenis contoh surat kiriman
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung cerita
 
Penulisan syarahan
Penulisan syarahanPenulisan syarahan
Penulisan syarahan
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Pengalaman di hari raya aidilfitri
Pengalaman di hari raya aidilfitriPengalaman di hari raya aidilfitri
Pengalaman di hari raya aidilfitri
 
Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]
Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]
Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]
 
Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2
 
Faedah menabung
Faedah menabungFaedah menabung
Faedah menabung
 
Laporan minggu kempen gaya hidup sihat
Laporan minggu kempen gaya hidup sihatLaporan minggu kempen gaya hidup sihat
Laporan minggu kempen gaya hidup sihat
 
Teknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sainsTeknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sains
 
Karangan tahun 3
Karangan tahun 3Karangan tahun 3
Karangan tahun 3
 
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan GambarBina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 

Similar to Hari Kantin Sekolah

SEJARAH BAHASA MELAYU
SEJARAH BAHASA MELAYUSEJARAH BAHASA MELAYU
SEJARAH BAHASA MELAYUAIC
 
Bahan skema bm penulisan
Bahan skema bm penulisanBahan skema bm penulisan
Bahan skema bm penulisanwan murshid
 
Balik ke kampung
Balik ke kampungBalik ke kampung
Balik ke kampungRUTH
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7An Hawa
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7An Hawa
 
Cara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrCara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrEdward Ngu
 
Contoh rangka catatan
Contoh  rangka catatanContoh  rangka catatan
Contoh rangka catatanJeglin Siva
 
Penulisan catatan
Penulisan catatanPenulisan catatan
Penulisan catatanJulia Tan
 
Tulisan softskill ke 2
Tulisan softskill ke 2Tulisan softskill ke 2
Tulisan softskill ke 2Dedy Setiady
 
Penulisan catatan
Penulisan catatanPenulisan catatan
Penulisan catatanrosfariza
 
Pelaksanaan program
Pelaksanaan programPelaksanaan program
Pelaksanaan programiffahroslan
 
Karangan kumpulan b
Karangan kumpulan bKarangan kumpulan b
Karangan kumpulan bMari Govin
 
20 karangan 10 ayat tema keluarga
20 karangan 10 ayat tema keluarga20 karangan 10 ayat tema keluarga
20 karangan 10 ayat tema keluargaNarol Idris
 
20 karangan 10 ayat tema keluarga.docx
20 karangan 10 ayat tema keluarga.docx20 karangan 10 ayat tema keluarga.docx
20 karangan 10 ayat tema keluarga.docxCHEAHJUNYUEMoe
 
Karangan catatan ( hari lahir adik saya ) upsr
Karangan catatan ( hari lahir adik saya ) upsrKarangan catatan ( hari lahir adik saya ) upsr
Karangan catatan ( hari lahir adik saya ) upsrDineshaSubramaniam
 
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017Stephen Tan
 
Contoh karangan b
Contoh karangan bContoh karangan b
Contoh karangan bNur Dria
 

Similar to Hari Kantin Sekolah (20)

SEJARAH BAHASA MELAYU
SEJARAH BAHASA MELAYUSEJARAH BAHASA MELAYU
SEJARAH BAHASA MELAYU
 
Bahan skema bm penulisan
Bahan skema bm penulisanBahan skema bm penulisan
Bahan skema bm penulisan
 
Balik ke kampung
Balik ke kampungBalik ke kampung
Balik ke kampung
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7
 
Cara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrCara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsr
 
Contoh rangka catatan
Contoh  rangka catatanContoh  rangka catatan
Contoh rangka catatan
 
Amar crita spontan
Amar   crita spontanAmar   crita spontan
Amar crita spontan
 
Penulisan catatan
Penulisan catatanPenulisan catatan
Penulisan catatan
 
Tulisan softskill ke 2
Tulisan softskill ke 2Tulisan softskill ke 2
Tulisan softskill ke 2
 
Penulisan catatan
Penulisan catatanPenulisan catatan
Penulisan catatan
 
Penulisan catatan
Penulisan catatanPenulisan catatan
Penulisan catatan
 
Pelaksanaan program
Pelaksanaan programPelaksanaan program
Pelaksanaan program
 
Karangan kumpulan b
Karangan kumpulan bKarangan kumpulan b
Karangan kumpulan b
 
20 karangan 10 ayat tema keluarga
20 karangan 10 ayat tema keluarga20 karangan 10 ayat tema keluarga
20 karangan 10 ayat tema keluarga
 
20 karangan 10 ayat tema keluarga.docx
20 karangan 10 ayat tema keluarga.docx20 karangan 10 ayat tema keluarga.docx
20 karangan 10 ayat tema keluarga.docx
 
Karangan catatan ( hari lahir adik saya ) upsr
Karangan catatan ( hari lahir adik saya ) upsrKarangan catatan ( hari lahir adik saya ) upsr
Karangan catatan ( hari lahir adik saya ) upsr
 
Intervensi bm
Intervensi bmIntervensi bm
Intervensi bm
 
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
 
Contoh karangan b
Contoh karangan bContoh karangan b
Contoh karangan b
 

Recently uploaded

Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptYanseBetnaArte
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 

Recently uploaded (20)

Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 

Hari Kantin Sekolah

  • 1. Majlis Hari Lahir Saya Pada hari minggu yang lepas, saya telah meraikan hari jadi saya yang ke-12 di rumah saya. Saya telah menjemput semua rakan sekelas ke majlis hari jadi saya. Pada hari tersebut, ayah dan abang sibuk menghias ruang tamu dengan belon dan reben yang beraneka warna. Saya dan kakak pula membantu ibu menyediakan makanan di dapur. Ibu telah menyediakan pelbagai jenis makanan yang enak. Antaranya ialah nasi minyak, mi goreng, ayam goreng, keropok, agar-agar, jus buah- buahan dan lain-lain lagi. Ibu juga membuat sebiji kek yang besar untuk saya. Kami menghidangkan makanan dan kek di atas meja. Kira-kira pada pukul 6.00 petang, kawan-kawan pun tiba. Mereka membawa hadiah untuk saya. Saya menyambut kedatangan mereka dengan tangan terbuka. Semua kawan berdiri mengelilingi saya. Kami menyanyi lagu “Selamat Hari Jadi” sambil bertepuk tangan dengan gembira. Selepas membuat hajat, saya pun meniup lilin lalu memotong kek. Saya menjemput kawan-kawan menikmati kek dan makanan yang dihidangkan di atas meja. Selepas menjamu selera, kami bermain permainan cari cucu dan meniup belon di halaman rumah. Saya juga mengambil gambar bersama kawan- kawan untuk dijadikan kenangan. Pada pukul 10.00 malam, majlis hari jadi saya telah berakhir. Semua kawan pun pulang ke rumah ke rumah masing-masing. Saya berasa sangat gembira kerana mendapat banyak hadiah pada hari jadi saya.
  • 2. Hari Kantin Sekolah Saya Pada hari minggu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Hari Kantin. Tujuan Hari Kantin diadakan adalah untuk mengumpul duit bagi membeli komputer baharu dan bahan bacaan perpustakaan. Aktiviti ini melibatkan semua guru dan murid-murid tahun enam. Pada pukul 7.30 pagi, kami telah berhimpun di kantin. Guru Penolong Kanan, Puan Khoo memberikan taklimat ringkas kepada murid-murid. Kemudian, beliau membahagikan kami kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan tugas. Kumpulan A menghias gerai-gerai dengan belon dan reben dengan beraneka warna. Kumpulan B menyusun barang-barang jualan di setiap gerai dengan kemas. Kumpulan C pula membantu guru menyediakan kupon untuk dijual kepada para pengunjung. Semua murid melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh bagai aur dengan tebing. Kira-kira pada pukul 9.00 pagi, pengunjung berpusu-pusu ke sekolah. Kami melayan para pengunjung dengan mesra dan berbudi bahasa. Ada murid yang memperkenalkan barang jualan kepada pengunjung dan ada juga murid yang menarik perhatian pengunjung dengan promosi "Beli Satu Percuma Satu" dan cabutan bertuah. Suasana di kantin sekolah meriah sekali. Pada pukul 1.00 petang. Hari Kantin telah berakhir. kami pun mengemas barang-barang dan membersihkan kawasan kantin. Hari Kantin mendapat sambutan yang hangat daripada ibu bapa dan murid-murid. Semua barang jualan kami telah habis dijual. Guru Besar sangat berbesar hati kerana Hari Kantin berjalan dengan lancar. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua warga sekolah yang menjayakan aktiviti ini. Kami berasa letih tetapi gembira kerana boleh menyumbang tenaga kepada pihak sekolah.
  • 3. Kemalangan Jalan Raya Pada suatu petang, saya berjalan kaki pulang dari sekolah selepas tamat latihan badminton. Tiba-tiba, saya terdengar satu bunyi dentuman yang kuat. Alangkah terkejutnya, saya melihat sebuah kereta Proton Waja telah berlanggar dengan sebuah motosikal di hadapan sekolah. Tanpa berlengah-lengah, saya pun berlari ke pondok telefon awam yang berdekatan untuk menghubungi pihak polis dan hospital. Banyak orang mengerumuni tempat kejadian itu. Penunggang dan pembonceng motosikal itu cedera parah. Mereka meniarap di tengah jalan. Badan mereka berlumuran darah. Pemandu kereta pula cedera ringan. Dia mengerang kesakitansambil meminta tolong. Bahagian hadapan kereta itu telah remuk dan cermin kereta pecah berkecai. Beberapa orang pemuda yang baik hati telah membantu pemandu kereta itu keluar dari keretanya. Tidak lama kemudian, kereta ambulans dan kereta polis pun sampai di tempat kejadian. Anggota polis segeramengawal kesesakan lalu- lintas manakala anggota penyelamat pulamengusung mangsa kemalangan itu ke dalam kereta ambulans. Selepas itu, orang ramai pun bersurai. Saya segerameneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah. Saya akan berhati-hati semasa berada di jalan raya kerana malang tidak berbau.
  • 4. Suasana Temasya Sukan Sekolah Saya Pada hari Sabtu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan temasya sukan tahunan yang ke-58 di padang sekolah. Sehari sebelum temasya sukan, semua warga sekolah sibuk membuat persiapan. Kami mendirikan kanopi di tepi padang, menghias pentas, menggantungkan panji yang berwarna-warni dan melukis garisan balapan di padang, Kami melaksanakan tugas bagai aur dengan tebing. Pada hari tersebut, ibu bapa dan murid-murid berpusu-pusu ke sekolah. Semua murid memakai baju sukan rumah masing-masing. Pada pukul 8.00 pagi, upacara temasya sukan pun bermula.Pasukan pancaragam dan pasukan rumah- rumah sukan berarak masuk ke padang. Seterusnya, wakil muird melafazkan ikrar diikuti ucapan perasmian oleh Guru Besar. Selepas itu, acara sukan pun bermula. Acara pertama yang berlangsung ialah acara sukaneka untuk murid-murid Tahap Satu, iaitu lari dalam guni, isi air dalam botol, terompah gergasi dan lari bawa bola. Selepas itu, acara balapan dan acara padang diadakan. Contohnya lumba lari 100m, 200m, 400m, lari berganti-ganti, lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru. Acara yang paling kemuncak ialah acara tarik tali. Para peserta bertanding dengan bersungguh-sungguh dan menunjukkan semangat kesukanan yang kental. Ramai penyokong yang mengangkat sepanduk dan bersorak-sorai untuk memberi sokongan kepada pasukan rumah sukan masing- masing. Terdapat juga ibu bapa yang asyik merakamkan gambar anak-anak mereka yang beraksi di tengah padang. Suasana di padang meriah sekali. Kira-kira pada pukul 12.00 tengah hari, upacara penyampaian diadakan. Para pemenang dijemput naik ke atas podium oleh juruacara. Guru Besar mengalungkan pingat kepada pemenang dan mengucapkan tahniah kepada mereka. Olahragawan dan olahragawati pada temasya sukan kali ini ialah Bowie Lim dan Julia Ng. Pasukan Rumah Merah turut diumumkan sebagai johan keseluruhan. Semua ahli pasukan rumah Merah bersorak kegembiraan apabila ketua pasukan menjulang piala kemenangan. Temasya sukan sekolah saya telah berakhir pada pukul 1.30 petang. Suasana di sekolah saya kembali lengang.
  • 5. Banjir di Kampung Saya Hujan lebat turun tidak berhenti-henti selama beberapa hari di kampung saya. Air sungai di hujung kampung mulai melimpah. Akhirnya, kampung saya telah dilanda banjir. Penghuni-penghuni kampung dinasihati supaya berpindah ke tempat yang selamat. Kami sibuk memindahkan barang-barang yang penting dan berharga ke tempat yang tinggi. Selepas itu, bot-bot penyelamat pun membawa kami meninggalkan tempat kediaman kami. Kami telah ditempatkan di balai raya. Air bah telah memusnahkan tanam-tanaman yang diusahakan oleh penduduk kampung. Banyak binatang ternakan seperti ayam, itik, kambing dan lembu yang mati lemas. Peralatan-peralatan rumah yang tidak sempat dipindahkan turut musnah dibawa arus deras. Di balai raya, semua mangsa banjir mendapat bantuan dari segi pakaian, makanan, ubat-ubatan dan barang keperluan harian. Banyak warga emas dan kanak-kanak yang jatuh sakit akibat bencana ini. Saya dan kawan-kawan yang lain juga tidak dapat bersekolah selama beberapa hari. Selepas beberapa hari, air bah mulai surut, kami dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Kami berasa amat sedih melihat keadaan rumah kami yang kotor dan berlumpur. Kami terpaksa bergotong-royong untuk membersihkan tempat kediaman kami. Saya berharap agar tragedi ini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.
  • 6. Lawatan Ke Kilang Biskut Pada 20 Mac 2015, Persatuan Bahasa Malaysia SJK (C) Chung Hwa Wei Sin telah mengadakan lawatan ke Kilang Biskut Julie yang terletak di Alor Gajah, Melaka. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan cara-cara membuat biskut kepada murid-murid. Lawatan ini telah disertai oleh 25 orang murid dan diiringi oleh 2 orang guru penasihat, Cikgu Sunita dan Cikgu Farlina. Rombongan kami tiba di perkarangan kilang pada pukul 9.30 pagi. Ketibaan kami telah disambut mesra oleh penyelia kilang, Encik Kho. Beliau memberi taklimat ringkas tentang peraturan kilang sebelum membawa kami melawat ke dalam kilang tersebut. Encik Kho memberi penerangan kepada kami tentang setiap proses untuk menghasilkan biskut Julie. Kami memasang telinga untuk mendengar penerangan beliau sambil mencatatkan maklumat yang penting di dalam buku nota masing- masing. Kami telah berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat dari proses pengadunan sehinggalah proses pembungkusan biskut. Kami juga dijamu dengan biskut yang enak dan ranggup. Sebelum beredar, kami berkesempatan untuk membeli biskut yang baru siap dibungkus dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran. Lawatan pada kali ini telah memanfaatkan semua murid. Kami berharap agar lawatan seperti ini akan diadakan lagi pada masa hadapan.
  • 7. Pengalaman di Kebun Sayur Pada cuti sekolah baru-baru ini, saya dan keluarga telah pulang ke kampung untuk menziarahi datuk dan nenek. Rumah datuk saya terletak di Rompin. Kami tinggal di sana selama tiga hari. Kepulangan kami disambut oleh datuk dan nenek dengan tangan terbuka. Hari belum terang tanah, saya sudah bangun daripada tidur. Selepas bersarapan, saya pun mengikut datuk ke kebun sayurnya. Kebun sayur datuk agak luas. Di sana terdapat pelbagai jenis sayur seperti sayur sawi, bayam, terung, timun, cili dan bendi. Saya menolong datuk mencangkul tanah untuk membuat batas. Kemudian, saya menaburkan benih di atas batas. Datuk pula membubuh baja dan menyiram tanamannya. Kata datuk, sayur-sayuran ini hendaklah dijaga dengan baik agar dapat hidup subur. Pada waktu petang, saya dan nenek memetik sayur yang sudah matang. Kami meletakkan sayur-sayuran ke dalam raga. Saya juga mencabut rumput-rampai yang tumbuh di sekeliling batas. Kami menjaga tanam-tanaman di kebun supaya tidak dimakan ulat. Pada sebelah malam, saya membantu datuk dan nenek berniaga di pasar malam. Saya menyusun sayur-sayuran di atas para-para. Ramai orang suka membeli sayur dengan datuk kerana sayur-sayuran datuk segar dan harganya berpatutan. Kami melayan pelanggan dengan mesra dan berbudi bahasa. Saya berasa sangat gembira kerana dapat membantu datuk di kebun sayur. Saya akan pulang ke kampung lagi pada cuti sekolah yang akan datang.
  • 8. Sambutan Hari Guru di Sekolah Saya Tanggal 16 Mei merupakan Hari Guru. Sekolah saya telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru di dewan sekolah. Sambutan ini bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru dalam usaha membentuk generasi yang berwibawa. Tepat pada pukul 8.00 pagi, guru-guru dan murid-murid telah berhimpun di dalam dewan. Semua warga sekolah berdiri tegak untuk menyanyikan lagu "Negaraku", lagu negeri dan lagu sekolah. Selepas itu, Guru Besar menyampaikan ucapan di atas pentas. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada para guru atas sumbangan dan pengorbanan mereka dalam bidang pendidikan. Beliau turut mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru. Seterusnya, murid-murid mengadakan persembahan di atas pentas. Contohnya, tarian, nyanyian, lawak jenaka, orkestra, diabolo dan pertunjukan silap mata. Persembahan-persembahan yang menarik telah menghiburkan hati para penonton. Kemudian, pengerusi majlis mempersilakan guru besar untuk menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada guru- guru yang telah lama berkhidmat di sekolah kami. Cikgu Kamarudin telah dipilih sebagai Tokoh Guru pada tahun ini. Semua warga dewan memberikan tepukan yang gemuruh kepada beliau. Selepas acara penyampaian hadiah, semua guru dijemput ke kantin untuk jamuan ringan. Kami turut mengambil kesempatan ini untuk memberikan hadiah berupa bunga, kad ucapan dan bekas tangan kepada guru-guru yang disayangi sebagai tanda penghargaan. Kami juga merakam gambar dengan guru-guru untuk dijadikan kenangan. Majlis sambutan Hari Guru berakhir pada pukul 1.00 petang. Kami pun pulang ke rumah dengan gembira.
  • 9. Perkhemahan Pengakap di Sekolah Saya Pada cuti sekolah baru-baru ini, saya telah menyertai perkhemahan pengakap yang diadakan di sekolah saya selama dua hari satu malam. Perkhemahan ini telah disertai oleh 25 orang ahli pengakap dan diiringi oleh 4 orang guru penasihat. Kira-kira pada pukul 7.30 pagi, kami telah berhimpun di padang sekolah. Ketua perkhemahan, Cikgu Rosli memberikan taklimat ringkas kepada semua ahli pengakap dan membahagikan kami kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan tugas. Kami pasang telinga untuk mendengar arahan beliau. Mula-mula, kami mendirikan khemah mengikut kumpulan masing-masing. Semua ahli pengakap berganding bahu untuk melaksanakan tugas yang diarahkan oleh ketua kumpulan bagai aur dengan tebing. Selepas itu, kami menghadiri ceramah pertolongan cemas di dewan sekolah. Cikgu Kamar dan beberapa orang ahli pengakap senior mendemonstrasikan cara-cara memberi pertolongan cemas. Beliau juga mengajar kami cara-cara membalut luka dengan kain anduh. Pada waktu tengah hari, kami mengadakan pertandingan memasak. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan satu hidangan tradisional. Kumpulan saya telah menyediakan Nasi Goreng Kampung. Walaupun kami hanya berjaya mendapat tempat ketiga, namun saya berasa sangat gembira kerana dapat mempelajari cara- cara memasak dan menikmati masakan sendiri walaupun tidak seenak masakan ibu. Pada sebelah petang, kami berlatih kawad kaki di tengah padang. Semua ahli pengakap mendengar arahan ketua denga teliti. Kami berkawad kaki dengan penuh disiplin dan semangat berpasukan. Kemudian, kami mengutip kayu api untuk menyalakan unggun api di hadapan khemah. Selepas makan malam, kami duduk mengelilingi unggun api. Setiap kumpulan mempersembahkan pertunjukan mengikut kreativiti masing-masing. Cikgu Saifudin turut memetik gitar sambil menyanyi lagu Rasa Sayang. Kami semua berasa gembira dan terhibur. Pada keesokan pagi, semua ahli pengakap menjalankan senamrobik di padang. Selepas bersarapan pagi, kami pun membersihkan tapak perkhemahan dan berkemas untuk pulang ke rumah. Kami telah mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan yang berharga hasil daripada perkhemahan ini.
  • 10. Suasana di Pejabat Pos Pada suatu petang, saya menemani ibu ke pejabat pos untuk menjelaskan bil elektrik dan bil air. Saya telah mengambil peluang ini untuk mengirim sekeping kad ucapan hari jadi kepada sahabat pena saya yang menuntut di negara jiran, Singapura kerana hari jadinya akan menjelang tidak lama lagi. Saya dan ibu menaiki kereta ke sana. Pejabat pos tersegam megah di tengah-tengah pusat bandar. Terdapat ramai kakitangan berkhidmat di sana. Saya dan ibu beratur di kaunter pertanyaan untuk mengambil nombor giliran. Selepas itu, kami pun duduk di tempat yang disediakan untuk menunggu giliran kami. Di pejabat pos terdapat banyak kaunter yang menawarkan pelbagai perkhidmatan. Misalnya, kaunter pembayaran bil-bil, kaunter pembaharuan lesen, kaunter kiriman dan setem, kaunter cenderahati dan lain-lain. Setiap kaunter menawarkan perkhidmatan yang berlainan. Di penjuru pejabat pos terdapat ruang pameran yang mempamerkan pelbagai koleksi setem, sampul surat dan rantai kunci yang menarik. Ramai pengunjung melawat ke ruang pameran tersebut untuk membeli setem dan rantai kunci yang disukai oleh mereka untuk dijadikan kenangan. Di kaunter pula, pegawai-pegawai yang bertugas sibuk melayan kerenah pengunjung. Mereka melayan para pengunjung dengan mesra dan berbudi bahasa. Saya dan ibu menunggu giliran kami dengan sabar. Apabila nombor kami dipanggil, kami pun segera menuju ke kaunter. Setelah selesai berusan di pejabat pos, saya dan ibu pun pulang ke rumah. Saya berharap agar kad kiriman saya selamat diterima oleh sahabat pena saya.
  • 11. Pengalaman ke Pasar Pada hari minggu yang lepas, saya telah mengikut ibu ke pasar yang terletak tidak jauh dari rumah kami. Saya dan ibu berjalan kaki ke sana. Ramai orang berkunjung ke pasar untuk membeli-belah. Suasana di pasar riuh-rendah dengan suara pengunjung dan peniaga. Di pasar terdapat banyak gerai seperti gerai sayuran-sayuran, gerai ikan, gerai daging dan gerai buah-buahan. Saya dan ibu berjalan ke gerai sayur-sayuran. Di gerai itu ada menjual pelbagai jenis sayur. Contohnya, kangkung, bayam, kubis, timun, peria, terung dan tomato. Penjual sayur menyusun sayur-sayuran di atas para-para dengan rapi. Ibu telah memilih seikat sayur kangkung, sepeket cili dan beberapa biji ubi kentang. Ibu juga tawar-menawar harga sayur-sayuran dengan penjual itu supaya dapat membeli sayur- sayuran dengan harga yang lebih murah. Kemudian, saya dan ibu pergi ke gerai buah-buahan. Di gerai itu terdapat buah-buahan tempatan dan buah-buahan import. Antaranya ialah tembikai, nanas, epal, pisang, jambu batu, rambutan dan lain-lain lagi. Ibu telah membeli tembikai kegemaran kami sebagai pencuci mulut. Penjual itu melayan kami dengan mesra dan berbudi bahasa. Selepas itu, kami pergi ke gerai ikan. Lantai di sana basah dan licin. Saya memegang tangan ibu erat-erat agar tidak tergelincir. Seorang penjual ikan asyik menjerit harga ikan yang ditawarkan untuk menarik perhatian kami. Ikan yang dijualnya segar-bugar. Ibu pun membeli selonggok udang dan dua kilogram ikan kembung. Setelah selesai membeli-belah, saya pun menolong ibu menjinjing bakul yang penuh berisi barang lalu pulang ke rumah. Saya berharap agar dapat menemani ibu ke pasar lagi pada minggu hadapan.
  • 12. Melawat Ke Dusun Buah-buahan Pada cuti penggal yang lalu, bapa telah membawa kami sekeluarga pulang ke kampung untuk menziarahi datuk dan nenek. Kampung datuk terletak di Pekan, Pahang. Kami menaiki kereta bapa ke sana. Kira-kira 45 minit kemudian, kami pun sampai di pekarangan rumah datuk. Datuk dan nenek menyambut kepulangan kami dengan tangan terbuka. Hati saya girang sekali kerana dapat berjumpa dengan datuk dan nenek. Kami berlangkah kanan kerana pada waktu itu ialah musim buah- buahan. Datuk membawa kami ke dusunnya. Di dusun datuk terdapat banyak pokok buah-buahan, iaitu durian, manggis, duku, rambutan dan mangga. Pokok-pokok berbuah lebat dan buah-buahan telah masak ranum. Saya dan adik menolong datuk mengutip buah durian yang gugur di kawasan semak. Bapa pula mengait rambutan dengan galah yang panjang. Kami meletakkan buah-buahan itu di dalam raga. Setelah penat, kami berehat di bawah pokok yang rendang. Datuk dan bapa mengopek buah durian untuk kami makan. Air liur kami meleleh apabila menghidu bau durian yang harum. Kami menjamah durian dengan sepuas-puasnya. Pada waktu senja, kami pun pulang ke rumah. Datuk memberikan beberapa biji durian dan seikat rambutan kepada kami sebagai buah tangan. Saya berasa seronok kerana dapat menjejak kaki ke dusun datuk. Saya akan menziarahi datuk dan nenek lagi pada cuti sekolah yang akan datang.
  • 13. Pengalaman Tersesat di Dalam Hutan Pada cuti sekolah baru-baru ini, saya telah mengikuti perkhemahan pengakap di Hutan Maran. Saya telah ditugaskan oleh Cikgu Latifah untuk mencari kayu api di pinggir hutan. Ketika saya leka mengutip kayu api, saya ternampak seekor burung yang jarang dijumpai hinggap di atas sepohon pokok. Burung itu mempunyai bulu pelepah yang cantik dan berwarna-warni. Saya cuba mendekati burung itu namun burung itu terbang ke dalam hutan. Tanpa berfikir panjang, saya pun mengejar burung itu ke dalam hutan. Dalam sekelip mata sahaja, burung itu telah hilang dari pandangan saya. Saya berputih mata kerana terlepas peluang untuk menangkap burung itu. Saya pun berjalan pulang ke tapak perkhemahan. Setelah lama berjalan, saya tidak dapat mencari jalan keluar dari hutan itu. Saya telah tersesat di dalam hutan. Saya mulai cemas dan takut. Apatah lagi, kaki saya lenguh dan perut saya berkeroncong. Apabila hari semakin gelap, cuaca menjadi semakin sejuk. Saya berehat di bawah sepohon pokok besar. Saya menangis kerana sekali- sekala mendenngar bunyi unggas yang menakutkan. Disebabkan terlalu letih, saya tertidur di bawah pokok itu. Pada keesokan pagi, saya terdengar suara kawan-kawan memanggil nama saya. Saya pun terjaga daripada tidur lalu berlari ke arah mereka. Saya bersyukur kerana dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat. Pengalaman pahit ini akan menjadi satu pengajaran kepada saya dan tidak akan saya lupakan buat selama-lamanya.
  • 14. Pengalaman Bercuti di Perkampungan Nelayan Cuti sekolah telah pun bermula. Saya mengikut kawan karib saya, Din pulang ke kampungnya untuk menghabiskan masa cuti sekolah selama satu minggu. Kampung Din terletak di Rompin, Pahang. Kami menaiki teksi ke sana. Perjalanan ke sana dari pusat bandar Kuantan mengambil masa kira-kira dua jam. Rumah datuk Din terletak di persisiran pantai. Apabila teksi meluncur ke pekarangan rumah datuk Din, kelihatan datuk dan nenek Din telah menunggu kedatangan kami di beranda rumah. Mereka menyambut ketibaan kami dengan gembira. Kampung Din merupakan sebuah perkampungan nelayan. Kebanyakan peduduk di sana bekerja sebagai nelayan. Pemandangan di sana indah nian dan udaranya nyaman. Sebelum fajar menyinsing, saya dan Din telah bangun daripada tidur. Kami makan nasi lemak yang disediakan oleh nenek Din sebagai alas perut. Selepas itu, kami pun mengikut datuk Din turun ke laut untuk menangkap ikan. Inilah kali pertama saya menaiki bot nelayan ke tengah laut. Bot kami terumbang-ambing dipukul ombak apabila laut bergelora. Saya berasa loya dan pening-pening lalat. Apabila bot kami sampai di tengah laut, saya dan Din membantu datuknya melepaskan pukat untuk menangkap ikan. Setelah berjam-jam di tengah laut, kami berjaya mendapat hasil laut yang lumayan. Saya dan Din pun membahagikan hasil tangkapan kami ke dalam raga yang disediakan. Setibanya di jeti, kami memunggah raga yang dipenuhi hasil laut untuk dijual kepada peraih. Selepas makan tengah hari, saya dan Din menolong neneknya menyiang ikan yang tidak habis dijual. Saya tidak tahan dengan bau ikan yang hanyir. Ikan-ikan yang telah disiang dijemur di bawah sinaran matahari yang terik untuk dijadikan ikan kering. Pada waktu senja, saya dan Din bermandi-manda di laut. Air laut jernih dan dingin. Bayu laut yang bertiup sepoi-sepoi bahasa sungguh menyegarkan. Hati saya girang bukan kepalang. Saya juga berpeluang untuk belajar cara-cara untuk menyirat jala daripada datuk Din. Kehidupan datuk dan nenek Din di kampung sederhana tetapi bahagia. Saya berasa seronok kerana dapat merasai kehidupan di perkampungan nelayan. Memori manis ini akan terpahat dalam ingatan saya buat selama-lamanya.
  • 15. Suasana di Tepi Pantai Esok bermulalah cuti sekolah bagi semester yang pertama. ayah bercadang membawa kami sekeluarga ke Pantai Batu Buruk untuk berkelah. Setelah mendengar cadangan ayah, saya dan adik melonjak- lonjak kegembiraan. Sebelum bertolak, saya menolong ibu menyediakan barang- barang seperti tikar, pakaian mandi, radio, kamera digital dan bekalan makanan. Setelah bersiap-siap, kami bertolak ke sana dengan menaiki kereta ayah. kira-kira 15 minit kemudian, kami pun sampai di destinasi. Saya dan adik membantu ayah menurunkan barang-barang dari but kereta. Kemudian, kami mencari tempat yang sesuai untuk berkelah. Kami telah menghamparkan tikar di bawah sepohon pokok ru yang rendang dan meletakkan barang-barang di atas tikar. Suasana di Pantai Batu Buruk amat meriah. Ramai orang berkunjung ke sana untuk menghabiskan masa terluang. Pemandangan di tepi pantai indah nian. Bayu laut bertiup sepoi-sepoi bahasa. Dedaun pohon nyiur melambai-lambai persis mengalu-alukan kedatangan kami. Saya dan adik tidak sabar-sabar hendak bermandi-manda di laut yang membiru. Setelah menyalin pakaian, kami pun terjun ke laut. Air laut begitu jernih dan dingin rasanya. Sesekali laut bergelora, kami terumbang-ambing dipukul ombak. Kegembiraan jelas terpapar melalui gelak ketawa kami berdua. Setelah puas bermain, saya dan adik pun naik ke darat. Ayah masih leka membaca majalah kegemarannya sejak tadi lagi. Ibu pula menghidangkan makanan untuk kami. Nasi minyak yang dimasak oleh ibu begitu enak dan membuka selera. Saya dan adik menghabiskan nasi sehingga menjilat jari. Selepas menjamu selera, saya mengajak adik membina istana pasir. Ayah dan ibu pula mengambil angin di gigi air. Kami sempat menangkap gambar ketika matahari mula terbenam untuk dijadikan kenangan. Kata ayah, inilah saat-saat yang paling indah. Sebelum pulang, kami membersihkan kawasan perkelahan. Saya dan adik berasa berat hati untuk meninggalkan pantai ini. Memori manis di Pantai Batu Buruk tetap terpahat dalam sanubari kami.