SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
KEMENTERIAIN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAH MENENGAH

BIOLOGI
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung citacita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di
kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana
kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara add dan saksama; menjamin satu cara yang
liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga clan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
PENDAHULUAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha ber`erusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoral
tinggi_ Hasrat ini !ermaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam merealisasikan pembinaan insan
seperti yang dihasratkan itu, pendidikan sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diwacanakan agar berupaya membentuk rakyat
Malaysia yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia periu mewujudkan
masyarakat yang berilmu, saintifik dan progresif. Di samping itu, masyarakat ini juga berkebolehan untuk
mengurus alam dan sumbernya secara optimum dan bertanggungjawab. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu
membentuk warganegara kritis, kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi.
Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni.
Integrasi antara tiga elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains. Sebagai satu bidang ilmu
pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan murid memahami slam sekeliling mereka.

Sains juga merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah.
Justeru, ia memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang melibatkan kemahiran berfikir
dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Ilmu pengetahuan diperoleh sebagai hasil penyiasatan Inkuiri
secara saintifik juga memeriukan dan membolehkan murid memperkembangkan sikap saintifik dan nilai murni.
Kurikulum Sains KBSR dan KBSM digubal untuk murid dari sekolah rendah ke sekolah
menengah. Kurikulum ini digubal beriandaskan keperluan negara dan ciri sejagat sains. Fokusnya
adalah pada pembelajaran sains yang berfikrah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran.
Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat mata pelajaran elektif. Mata-mata pelajaran
teras adalah Sains untuk sekolah rendah dan Sains untuk sekolah menengah. Matamata pelajaran elektif cuma
ditawarkan di sekolah menengah atas. Mata-mata pelajaran ini adalah Biologi, Fizik, Kimia dan Sains
Tambahan.
Mata-mata pelajaran Sains untuk sekolah rendah dan sekolah menengah rendah direka bentuk untuk memberi
pengetahuan asas sains kepada murid, menyediakan murid supaya celik sains dan mampu mengikuti
sains di peringkat menengah atas. Sains untuk sekolah menengah atas pula di samping menghasilkan murid yang
celik sains dan inovatif juga menyediakan murid untuk menceburi diri dalarn bidang sains dan teknologi yang lebih
umum. Manak~jla mata-mata pelajaran sains elektif bertujuan untuk menyediakan murid yang lebih
cenderung, minat dan berupaya datam bidang sains untuk menceburi diri dalam kerjaya bidang sains dan
teknologi.yang khusus dan profesional. Golongan mund in akan menjadi sumber tenaga manusia dalam
bidang sains dan teknologi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.
Biclogi adalah satu bidang dalam sains yang mengkaji tentang nidupan, persekitaran, interaksi antara
hidupan dengan persekitaran dan fenomena yang berkaitan dengannya. Perkembangan dalam bidang
biologi berlaku dengan begitu pesat terutama dalam bidang bioteknologi, kejuruteraan genetik dan
teknologi makanan. Perkembangan ini memesatkan lagi sumbangan terhadap kemajuan dalam bidang
perubatan, pertanian clan perindustrian yang secara langsung atau tidak langsung mempengaruhi kehidupan
manusia. Oleh itu, ilmu biologi perlu dikuasai oleh murid supaya mereka dapat menangani perubahan yang
berlaku clan memberi sumbangan terhadap perkembangan ilmu demi menjamin kemandirian hidupan.
Mata pelajaran Biologi merupakan satu program yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun untuk
murid tingkatan empat clan lima sekolah menengah atas. la bertujuan untuk membolehkan murid memahami bidang
biologi dengan lebih mendalam daripada aspek teori, konsep clan aplikasinya dalam kehidupan harian.
Pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran berkaitan dengan biologi menyediakan murid
untuk memahami tanggungjawabnya sebagai pengurus alam demi keharmonian dan kesejahteraan hidupan
sejagat. Mata petajaran ini menyediakan murid dengan asas pendidikan biologi untuk melanjutkan pelajaran dalam
bidang biologi dan bidang yang memerlukan pengetahuan clan kemahiran yang berkaitan dengan biologi di
peringkat yang lebih tinggi serta ke kerjaya yang berkaitan dengan sains dan teknologi.

OBJEKTIF
Kurkulum Biologi membolehkan murid:
1 Memperoleh pengetahuan tentang konsep dan pnnsip bioiogi dan menghubungkaitkan pengetahuan ini
dengan fenomena alam dan pengalaman harian.
Memahami pengetahuan biologi dan aplikasi dalam bidang sains dan teknologi dan kehidupan harian.
Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Mengaplikasikan pengetahuan biologi,
kemahiran berfikir dan _ kemahiran saintifik secara analitis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan yang rasional dan bertanggungjawab berkaitan dengan isu biologi dalam
kehidupan harian.
5. Menggunakan pengetahuan biologi untuk meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan diri. •
6.

Menyedari kepentingan saling hubungan antara hidupan, perhubungan hidupan dengan per§ekitaran
dan kepentingan pengurusan alam sekitar yang bijak demi menjamin kemandirian hidupan.

7.

Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.

8.

Menilai maklumat berkenaan sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan.

9. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi dan bersedia memberi sumbangan kepada
perkembangan sains dan teknologi.
10. Menyedari bahawa segala pengetahuan yang diperolehi melalui k a j i a n s a i n s m er u p a k a n h a s i l
u s a h a m a n u s i a u n t u k memperoleh penerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan
kemampuan dan keupayaan akal.

Kurikulum ini diperjelaskan dalam dua dokumen iaitu Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian
Sukatan Pelajaran (HSP). SP menggariskan matlamat, objektif, penekanan dan kandungan
kurikulum secara umum sementara HSP memperincikan lagi kehendak kurikulum mengikut
tingkatan. HSP terdiri daripada maklumat tentang mattamat dan objektif kurikulum, penerangan ringkas
tentang kemahiran berfikir dan strategi berfikir, kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murni, strategi
pengajaran dan pembelajaran dan isi kandungan. Isi kandungan ini memberi spesifikasi tentang
kurikulum melalui Hasil Pembelajaran yang dihasratkan dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran. Di
samping itu bahan sokongan kurikulum yang bertujOan untuk membantu guru melaksanakan kurikulum dengan
lebih berkesan juga disediakan.
MATLAMAT
Kurikulum Biologi bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
biologi dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik
dan nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.
Justeru, murid mempunyai landasan biologi untuk melanjutkan pelajaran di samping mengamalkan budaya sains
dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat ikram, dinamik, progresif, bertanggungjawab
terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam.

ORGANISASI KURIKULUM
Kurikulum Biologi disusun atur mengikut tema. Setiap tema mengandungi beberapa

bidang

pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran mempunyai satu atau iebih hasil pembelajaran yang dikonsepsikan
berdasarkan tema dan bidang pembelajaran yang berkenaan. Hasil pembelajaran diperincikan kepada aras yang
merangkumi objektif pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan
kemahiran berfikir dan strategi berfikir, kemahiran saintifik serta penerapan sikap saintifik dan nilai murni.
Aktiviti

pembelajaran

dicadangkan

untuk

mencapai

setiap

hasil

pembeGajaran

yang

dihasratkan. Cadangan aktiviti pembelajaran mengutamakan pembelajaran yang mampu
mendorong murid berfikir dan memperkembangkan minda mereka dalam proses pembelajaran konsep sains serta
mengaplikasikan pengetahuan sains dan teknologi. Pembelajaran berfikrah ini boleh berlaku melalui pelbagai
pendekatan seperti inkuiri, sains teknologi dan masyarakat, pembelajaran kontekstual, konstruktivisme,
pembelajaran masteri dan pembelajaran yang bermakna. Pendekatan ini merangkumi
kaedah

seperti

eksperimen,

perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan.

Penggunaan sumber luar bilik darjah dalam pengajaran dan pembelajaran sains juga digalakkan.
r
Kemahiran memilih, menganalisis dan meniiai maklumat daripada pelbagai sumber turut diperkembangkan melalui
kurikulum ini. Sumber maklumat terdiri daripada sumber cetak atau sumber
Elektronik.
Kemahiran Saintifik
Penguasaan kemahiran samtifirc amat diperlukan untuk menGKa, dan memahami alam, mencari ;a;vapan
kepada sesuatu masala;serta membuat keputusan secara bersistem. Kemaniran saintifik terdiri daripada
kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif Kemahiran proses sains merupakan satu proses
mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran
proses sains bersama dengan sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir
secara berkesan.
Kemahiran Proses Sains
Kemahiran Proses Sains yang perlu diperkembangkan dalam
kurikulum sains adalah:
•

Memerhatikan

•

Mengelaskan

•

Mengukur dan menggunakan nombor

•

Membuat inferens

•

Meramalkan

•

Berkomunikasi

•

Menggunakan perhubungan ruang dan masa

•

Mentafsirkan data

•

Mendefinisikan secara operasi

•

Mengawal pemboleh ubah

•

Membuat hipotesis

Mengeksperimen

Kemahiran Manipulatif
Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan
murid:
•

Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains
dengan betul.

•

Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.

•

Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.

•

Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
•

Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.

Kemahiran Berfikir

Pengajaran dan pembelajaran sains memberi satu peluang yang baik untuk mengembangkan kemahiran
berfikir dan strategi berfikir murid. Pada masa yang sama, pembelajaran sains memerlukan penggunaan
kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada kemahiran
berfikir kritis dan kemahiran berfikir kreatif.
Sikap Saintifik dan Nilai Murni
Pengalaman pembelajaran biologi boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri murid. Penerapan sikap
saintifik dan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan sama ada secara bersahaja atau
secara terancang. Dalam kurikulum ini, objektif
r
pembelajaran untuk domain afektif dijadikan Hasil Pembelajaran yang khusus. Aktiviti yang spesifik untuk mencapai
objektif pembelajaran ini dicadangkan.
Kandungan Pengetahuan
Kandungan Kunkulum Biologi terdiri daripada lima tema iaitu
A. Pengenalan kepada bioiogi.
B Menyiasat sel sebagai unit asas kehidupan.
C Menyiasat fisiologi kehidupan.
D Nlenyiasat pewarisan dan varias; dalam kehidupan.
E. Menyiasat hidupan dan perhubungan dengan persekitaran.
Pendekatan bertema ini dapat mewujudkan perkaitan dan kesepaduan antara pelbagai
pengetahuan dalam bidang biologi. Kesemua tema ini merangkumi disiplin ilmu biologi yang diperlukan oleh
murid untuk pendidikan peringkat menengah atas. Di samping itu pendekatan ini menyepadukan
pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan penerapan sikap saintifik dan nilai murni.
Kesepaduan unsur ini dapat memberi kefahaman yang lebih bermakna dalam pembelajaran biofogi.

Berikut diberikan kandungan pengetahuan dalam setiap tema:
A. Pengenalan kepada Biologi
Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang biologi dan kaedah saintifik dalam menjalankan sesuatu
penyiasatan. Tema ini juga memberi fokus kepada sikap saintifik dan nilai murni.
Kandungan tema ini adalah seperti berikut: I . Memahami biologi.
2. Kaedah saintifik.
Sikap saintifik dan nilai murni.
B. Menyiasat Sel Sebagai Unit Asas Kehidupan
Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang sel sebagai blok binaan yang unik dan berfungsi,
serta perhubungan yang harmoni antara struktur dengan fungsi sel Tema ini juga memberi tumpuan kepada
pergerakan bahan merentas membran plasma, komposisi kimia dalam sel, pembahagian sel clan organisasi
sel
Kandungan tema ini adalah seperti berikut: 1. Struktur sel clan fungsi bahagian sel
•

Struktur sel haiwan clan sel tumbuhan.

•

Fungsi bahagian sel haiwan dan,sel tumbuhan.

•

Perbezaan antara sel haiwan dengan sel tumbuhan.

•

Kepadatan organel dengan fungsi sel. '

2. Pergerakan bahan merentas membran plasma
•

Keperluan bahan merentas membran plasma.

•

Sifat membran plasma sebagai membran separa telap.

•

Pengangkutan pasif clan pengangkutan aktif.

•

Resapan, osmosis, plasmolisis, hemolisis clan krenasi.

•

Larutan hipotonik, hipertonik clan isotonik.

3 Komposisi kimia dalam sel
•

Unsur clan sebatian kimia dalam sel.

•

Enzim, ciri umum enzim, faktor yang mempengaruhi aktiviti enzim, mekanisme tindakan enzirn dan penggunaan
enzim
dalam industri dan kehidupan hariaan.

4. Pembahagian sel
•

Fasa kitar sel.

•

Mitosis.

•

Meiosis.

•

Aplikasi mitosis dalam pertanian.

Organisasi sel
•

Organisma unisel.

•

Pengkhususan sel dan organisasi sel dalam organisma multisel.

•

Pengawalaturan persekitaran dalam untuk sel berfungsi dengan sempurna.
C. Menyiasat Fisiologi Kehidupan
Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang proses fisiologi yang berlaku dalam hidupan. Keperluan
hidupan kepada proses fisiologi iaitu nutrisi,respirasi, pengangkutan, pergerakan, sokongan, koordinasi, gerak
balas, pembiakan dan pertumbuhan untuk hidup dan berfungsi diberi penekanan supaya murid dapat
memahami perhubungan antara struktur dengan fungsi dalam setiap proses fisiologi tersebut.
Kefahaman tentang proses fisiologi turut menyumbang kepada perkembangan bidang sains dan
teknologi.
Kandungan tema ini adalah seperti berikut: 1. Nutrisi
•

Jenis nutrisi: autotrof dan heterotrof.

•

Kelas makanan.

•

Gizi seimbang dan keperluan tenaga harian.

•

Pengambilan gizi yang tidak seimbang.

•

Pencernaan makanan: sistem pencernaan dan proses
pencernaan makanan.

•

Penyerapan makanan dan proses asimilasi.

•

Penyahtinjaan.

•

Keperluan nutrien dalam tumbuhan: makronutrien dan mikronutrien, kesan kekurangan
makronutrien dan mikronutrien.

•

Fotosintesis: perkembangan ke arah penemuan fotosintesis, struktur daun dan fungsi bahagian
daun, penyesuaian daun, mekanisme fotosintesis dan faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis.

•

Teknologi dalam pengeluaran makanan: peningkatan kualiti dan kuantiti makanan.

•

Perkembangan teknologi dalam pemprosesan makanan: keperluan pemprosesan makanan,
teknologi pemprosesan makanan, kepelbagaian penggunaan makanan yang diproses.

2. Respirasi
•

Proses respirasi dalam penghasilan tenaga: keperluan tenaga,
respirasi aerob dan respirasi anaerob.

•

Struktur respirasi dalam manusia dan haiwan.

•

Mekanisme pemafasan.

•

Pertukaran gas dan pengangkutan gas dalam manusia.

•

Mekanisme kawal atur kandungan oksigen dan karbon dioksida dalam badan.

•

Gerak balas manusia daripada aspek respirasi dan kadar pernafasan terhadap keadaan
berbeza.

•

Respirasi pada tumbuhan: perbandingan proses fotosintesis
dengan proses respirasi.

I3 Pengangkutan
•

Sistem pengangkutan organisma multisel yang kompie;~s
r<epertuan sistem pengangkutan dan cm sistem pengangkutan
•

Sistem peredaran darah: darah. hemolimfa. sistem peredarar,
darah manusia dan haiwan dan daya yang menyebabkan
peredaran darah manusia.

•

Pembekuan darah: mekanisme pembekuan darah. kepertuar pembekuan darah dalam sistem
peredaran tertutup dan masalah pembekuan darah

•

Sistem limfa: struktur sistem limfa, qeranan sistem limfa dalam pengangkutan bahan, peredaran limfa
dan perhubungan sistem limfa dengan sistem peredaran darah.

•

Peranan darah dan sistem limfa dalam pertahanan badan: jenis leukosit, peranan leukosit, proses
fagositosis, keimunan; pengimunan, antigen dan antibodi.

•

Sistem vaskular dalam tumbuhan: keperluan pengangkutan bahan dalam tumbuhan, struktur sistem
vaskular dan kesesuaian struktur xilem dan floem dengan fungsi pengangkutan.

•

Proses pergerakan air dan pengangkutan bahan organik dalam tumbuhan.

•

Transpirasi dan translokasi: faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi, kepentingan transpirasi
dan translokasi dalam tumbuhan.

4. Pergerakan dan sokongan
•

Keperiuan pergerakan dan sokongan pada manusia dan haiwan.

•

Sistem rangka.

•

Tindakan otot, ligamen dan tendon semasa pergerakan.

•

Mekanisme pergerakan manusia dan haiwan.

•

Masalah berkaitan pergerakan dan sokongan.
Sokongan dalam tumbuhan akuatik dan tumbuhan darat.
Koordinasi dan gerak balas

•

Keperluan organisma hidup bergerak balas terhadap rangsangan.

•

Koordinasi saraf: otak, saraf tunjang, jenis neuron, sinaps, proses penghantaran maklumat, tindakan
terkawal, tindakan luar kawal clan tindakan refleks.

•

Koordinasi kimia: keperluan hormon dalam manusia clan tumbuhan, sistem endokrin, hormon dan
fungsi hormon.

•

Penggunaan hormon dalam perubatan dan pertanian.

•

Kesepaduan antara sistem saraf dan sistem kimia.

•

Homeostasis: proses pembentukan air kencing, pengosmokawalaturan ginjal, pros6s suap balik n e
g a t i f, pengawalaturan suhu badan clan pengawalaturan aras gula darah.

•

Kesan penyalahgunaan dadah clan pengambilan alkoholkepada koordinasi clan gerak balas. 6.
Pembiakan clan pertumbuhan

•

Proses pembentukan gamet: gamet jantan, gamet betina,
peringkat perkembangan pembentukan gamet, proses
oogenesis clan spermatogenesis.

•

Peranan hormon dalam kitar haid, kesan ketakseimbangan
hormon clan putus haid.

•

Perkembangan pranatal manusia: persenyawaan nukleus, perkembangan zigot, penempelan, kembar
seiras, kembar tak
seiras, struktur clan fungsi plasenta clan struktur tali pusat.
r
Persenyawaan ganda dua: perkembangan debunga, perkembangan pundi embrio dalam ovul,
dua nukleus jantan, nukleus endosperma,-pembentukan zigot clan kemandirian tumbuhan berbunga.

•

konsep pertumbuhan.

•

Lengkung pertumbuhan: bentuk lengkung pertumbuhan. fasa pada lengkung pertumbuhan clan
perhubungan antara bentuk lengkung pertumbuhan dengan proses pertumbuhan

•

Pertumbuhan primer clan sekunder: kepentingan pertumbuhan primer, keperluan pertumbuhan
sekunder. proses pertumbuhan sekunder clan kelebihan tumbuhan yang mengalami pertumbuhan
sekunder daripada segi ekonomi.

•

Kepentingan penggunaan teknologi berkaitan dengan pembiakan.

D. Menyiasat Pewarisan dan Variasi dalam Kehidupan
Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang pewarisan clan variasi dalam hidupan. Kunci
pewarisan di dalam nukleus sesuatu sel ialah dalam unit gen yang dibawa oleh struktur kromosom.
Pemindahan unit gen ini daripada satu generasi kepada generasi yang baru dikawal oleh proses pewarisan.
Gen adalah unit yang mengawal ciri tertentu dalam semua hidupan. Gen untuk sesuatu ciri mungkin wujud
dalam beberapa bentuk yang berbeza yang menyebabkan variasi pada sesuatu ciri.

Kandungan tema ini adalah seperti berikut:
1. Pewarisan
Hukum Mendel I clan Hukum Mendel II: faktor pewarisan, ciri dominan, ciri resesif, gen, alel, gen
dominan, gen resesif, fenotip, genotip, homozigot, heterozigot, kacukan monohibrid, pewarisan monohibrid,
kacukan dihibrid dan pewarisan dihibrid.

•

konsep pewarisan: pewarisan kumpulan darah manusia. autosom, kromosom seks,
perbandingan kariotip manusia normal dengan sindrom Down, penentuan seks anak dan
pewarisan terangkai seks.

•

Gen clan kromosom: struktur kromosom, struktur asid deoksiribonukleik, struktur nukleotida,
perhubungan antara gen dengan kromoson dan aplikasi pengetahuan genetik dalam kehidupan.

2. Variasi
•

Jenis variasi clan perbandingan antara variasi selanjar dengan variasi tak selanjar.

•

Punca variasi: proses penggabungan semula genetik, mutasi kromosom, mutasi gen, punca
mutasi, interaksi antara faktor genetik clan faktor persekitaran serta kepertuan variasi dalam
kemandirian spesies.
E. Menyiasat Hidupan dan Perhubungan dengan Persekitaran
Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang sesuatu ekosistem. Perhubungan yang berlaku
di antara komponen biosis dengan komponen abiosis di dalam sesuatu ekosistem yang dinamik. Murid juga
menjalankan kajian ekologi populasi dengan teknik persampelan yang sesuai. Semua hidupan hidup
dalam pelbagai ekosistem yang mempunyai perhubungan rapat antara satu sama lain serta dengan
persekitaran. Gangguan pada satu spesies akan membawa kesan kepada beberapa spesies yang lain.
Gangguan pada persekitaran juga akan memberi kesan kepada pelbagai ekosistem. Pentingnya
kesedaran kepada pengurusan pembangunan dan pengurusan ekosistem yang baik untuk mergeka!ka^
keseimbangan alam.

Kandungan tema ini adalah seperti berikut:
1. Ekosistem dinamik
•

Komponen biosis, komponen abiosis, aras trof dan interaksi antara komponen biosis.

•

Proses pengkolonian dan proses sesaran dalam ekosistem.

•

Ekologi populasi: teknik persampelan, saiz populasi dan taburan populasi.

•

Biokepelbagaian: pengertian biokepelbagaian, kepentingan biokepelbagaian, hierarki pengelasan
organisma, sistem binomial Linnaeus clan kegunaannya dalam penamaan organisma.

•

Mikroorganisma: jenis mikroorganisma, komponen abiosis yang mempengaruhi aktiviti mikroorganisma,
mikroorganisma yang berfaedah clan berbahaya, patogen, vektor clan gejala penyakit tertentu, cara
jangkitan penyakit, kaedah pengawalan patogen clan penggunaan mikroorganisma dalam bioteknologi.
Ekosistem terancam

•

Impak aktiviti manusia ke atas ekosistem.

•

Kesan pembangunan kurang terancang clan salah pengurusan ke atas ekosistem.

•

Pencemaran: jenis pencemaran, punca pencemaran dan kesan pencemaran.

Fenomena kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon clan pemanasan global ke atas ekosistem.
•

pengurusan pembangunan dan pengurusan ekosistem untuk mengekalkan keseimbangan alam:
keperiuan pembangunan, isu pertambahan penduduk dan langkah dalam pengurusan
pembangunan dan pengurusan ekosistem untuk mengekalkan keseimbangan alam.

More Related Content

What's hot

Katalog pendas 2011_lampiran_4
Katalog pendas 2011_lampiran_4Katalog pendas 2011_lampiran_4
Katalog pendas 2011_lampiran_4Eko Raharjo
 
Fokus pembelajaran ilmu pengetahuan alam
Fokus pembelajaran ilmu pengetahuan alamFokus pembelajaran ilmu pengetahuan alam
Fokus pembelajaran ilmu pengetahuan alamSMPK Stella Maris
 
46.silabus fisika sma versi 120216 (1)
46.silabus fisika sma versi 120216 (1)46.silabus fisika sma versi 120216 (1)
46.silabus fisika sma versi 120216 (1)Widodo Lumajang
 
Huraian sukatan Sains Tahun 6 (BM)
Huraian sukatan Sains Tahun 6 (BM)Huraian sukatan Sains Tahun 6 (BM)
Huraian sukatan Sains Tahun 6 (BM)mohd hafizan
 
1 translasi sains tahun 4 utk sk
1 translasi sains tahun 4 utk sk1 translasi sains tahun 4 utk sk
1 translasi sains tahun 4 utk skfazara005
 
Kumpulan landasan ilmu kel 8
Kumpulan landasan ilmu kel 8Kumpulan landasan ilmu kel 8
Kumpulan landasan ilmu kel 8IsnaWati12
 
Sukatan sains tahun 4
Sukatan sains tahun 4Sukatan sains tahun 4
Sukatan sains tahun 4Lailee Skahti
 

What's hot (13)

Hsp sains tingkatan 1
Hsp sains tingkatan 1Hsp sains tingkatan 1
Hsp sains tingkatan 1
 
Katalog pendas 2011_lampiran_4
Katalog pendas 2011_lampiran_4Katalog pendas 2011_lampiran_4
Katalog pendas 2011_lampiran_4
 
Fokus pembelajaran ilmu pengetahuan alam
Fokus pembelajaran ilmu pengetahuan alamFokus pembelajaran ilmu pengetahuan alam
Fokus pembelajaran ilmu pengetahuan alam
 
46.silabus fisika sma versi 120216 (1)
46.silabus fisika sma versi 120216 (1)46.silabus fisika sma versi 120216 (1)
46.silabus fisika sma versi 120216 (1)
 
Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2
 
HSP Sains tingkatan 2
 HSP Sains tingkatan 2 HSP Sains tingkatan 2
HSP Sains tingkatan 2
 
Huraian sukatan Sains Tahun 6 (BM)
Huraian sukatan Sains Tahun 6 (BM)Huraian sukatan Sains Tahun 6 (BM)
Huraian sukatan Sains Tahun 6 (BM)
 
1 translasi sains tahun 4 utk sk
1 translasi sains tahun 4 utk sk1 translasi sains tahun 4 utk sk
1 translasi sains tahun 4 utk sk
 
As5
As5As5
As5
 
Kurikulum pembelajaran
Kurikulum pembelajaranKurikulum pembelajaran
Kurikulum pembelajaran
 
Kumpulan landasan ilmu kel 8
Kumpulan landasan ilmu kel 8Kumpulan landasan ilmu kel 8
Kumpulan landasan ilmu kel 8
 
Sukatan sains tahun 4
Sukatan sains tahun 4Sukatan sains tahun 4
Sukatan sains tahun 4
 
KONSEP KMB.pptx
KONSEP KMB.pptxKONSEP KMB.pptx
KONSEP KMB.pptx
 

Similar to Sukatanbio

Sp kimia kbsm ppsmi
Sp kimia kbsm ppsmiSp kimia kbsm ppsmi
Sp kimia kbsm ppsmiSopi Slumber
 
Sains tingkatan 5
Sains tingkatan 5Sains tingkatan 5
Sains tingkatan 5sifusains
 
46 silabus fisika-sma-versi-120216
46 silabus fisika-sma-versi-12021646 silabus fisika-sma-versi-120216
46 silabus fisika-sma-versi-120216eli priyatna laidan
 
Sukatanpelajarankbsmsains(bmversion)
Sukatanpelajarankbsmsains(bmversion)Sukatanpelajarankbsmsains(bmversion)
Sukatanpelajarankbsmsains(bmversion)Hamizilawati Ishak
 
Sukatanpelajarankbsmsains(bmversion)
Sukatanpelajarankbsmsains(bmversion)Sukatanpelajarankbsmsains(bmversion)
Sukatanpelajarankbsmsains(bmversion)Nas Lin
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp) sains tahun 6
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp) sains tahun 6Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp) sains tahun 6
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp) sains tahun 6Ruzami Ibrahim
 
Hsp sains tingkatan-2
Hsp sains tingkatan-2Hsp sains tingkatan-2
Hsp sains tingkatan-2Khat Erin
 
Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2Nas Lin
 
Hsp sains tingkatan 4 bm
Hsp sains tingkatan 4 bmHsp sains tingkatan 4 bm
Hsp sains tingkatan 4 bmAzwina_AAK
 
05 silabus ipa smp 20012017_ok
05 silabus ipa smp 20012017_ok05 silabus ipa smp 20012017_ok
05 silabus ipa smp 20012017_oksetio adi
 
5 silabus smp kelas 7, 8 dan 9 edisi revisi 2017 mata pelajaran ipa
5 silabus smp kelas 7, 8 dan 9 edisi revisi 2017 mata pelajaran ipa5 silabus smp kelas 7, 8 dan 9 edisi revisi 2017 mata pelajaran ipa
5 silabus smp kelas 7, 8 dan 9 edisi revisi 2017 mata pelajaran ipaSMPN 1 Cikidang
 
silabus fisika sma versi 120216
silabus fisika sma versi 120216silabus fisika sma versi 120216
silabus fisika sma versi 120216haifahanun
 
47 silabus-biologi-sma-versi-12022016
47 silabus-biologi-sma-versi-1202201647 silabus-biologi-sma-versi-12022016
47 silabus-biologi-sma-versi-12022016eli priyatna laidan
 
Hsp bio.tg.5bm
Hsp bio.tg.5bmHsp bio.tg.5bm
Hsp bio.tg.5bmslnair
 

Similar to Sukatanbio (20)

Sp kimia kbsm ppsmi
Sp kimia kbsm ppsmiSp kimia kbsm ppsmi
Sp kimia kbsm ppsmi
 
Sains tingkatan 5
Sains tingkatan 5Sains tingkatan 5
Sains tingkatan 5
 
Hsp bio t5
Hsp bio t5Hsp bio t5
Hsp bio t5
 
Hsp sc y6
Hsp sc y6Hsp sc y6
Hsp sc y6
 
46 silabus fisika-sma-versi-120216
46 silabus fisika-sma-versi-12021646 silabus fisika-sma-versi-120216
46 silabus fisika-sma-versi-120216
 
SILABUS FISIKA SMA.docx
SILABUS FISIKA SMA.docxSILABUS FISIKA SMA.docx
SILABUS FISIKA SMA.docx
 
Sukatanpelajarankbsmsains(bmversion)
Sukatanpelajarankbsmsains(bmversion)Sukatanpelajarankbsmsains(bmversion)
Sukatanpelajarankbsmsains(bmversion)
 
Sukatanpelajarankbsmsains(bmversion)
Sukatanpelajarankbsmsains(bmversion)Sukatanpelajarankbsmsains(bmversion)
Sukatanpelajarankbsmsains(bmversion)
 
Dskp sains tahun 6
Dskp sains tahun 6Dskp sains tahun 6
Dskp sains tahun 6
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp) sains tahun 6
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp) sains tahun 6Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp) sains tahun 6
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp) sains tahun 6
 
Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2
 
Hsp sains tingkatan-2
Hsp sains tingkatan-2Hsp sains tingkatan-2
Hsp sains tingkatan-2
 
Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2
 
Hsp sains tingkatan 4 bm
Hsp sains tingkatan 4 bmHsp sains tingkatan 4 bm
Hsp sains tingkatan 4 bm
 
05 silabus ipa smp 20012017_ok
05 silabus ipa smp 20012017_ok05 silabus ipa smp 20012017_ok
05 silabus ipa smp 20012017_ok
 
5 silabus smp kelas 7, 8 dan 9 edisi revisi 2017 mata pelajaran ipa
5 silabus smp kelas 7, 8 dan 9 edisi revisi 2017 mata pelajaran ipa5 silabus smp kelas 7, 8 dan 9 edisi revisi 2017 mata pelajaran ipa
5 silabus smp kelas 7, 8 dan 9 edisi revisi 2017 mata pelajaran ipa
 
silabus fisika sma versi 120216
silabus fisika sma versi 120216silabus fisika sma versi 120216
silabus fisika sma versi 120216
 
Silabus Biologi SMA.docx
Silabus Biologi SMA.docxSilabus Biologi SMA.docx
Silabus Biologi SMA.docx
 
47 silabus-biologi-sma-versi-12022016
47 silabus-biologi-sma-versi-1202201647 silabus-biologi-sma-versi-12022016
47 silabus-biologi-sma-versi-12022016
 
Hsp bio.tg.5bm
Hsp bio.tg.5bmHsp bio.tg.5bm
Hsp bio.tg.5bm
 

More from slnair

Takwim penggal persekolahan 2014
Takwim penggal persekolahan 2014Takwim penggal persekolahan 2014
Takwim penggal persekolahan 2014slnair
 
Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]slnair
 
Borang
BorangBorang
Borangslnair
 
Microorganisms
MicroorganismsMicroorganisms
Microorganismsslnair
 
Rptting5
Rptting5Rptting5
Rptting5slnair
 
Hsp bio.tg.4bm
Hsp bio.tg.4bmHsp bio.tg.4bm
Hsp bio.tg.4bmslnair
 
Rptting5
Rptting5Rptting5
Rptting5slnair
 
Chapter1new
Chapter1newChapter1new
Chapter1newslnair
 
5 chapter3
5 chapter35 chapter3
5 chapter3slnair
 
5 chapter2
5 chapter25 chapter2
5 chapter2slnair
 
5 chapter1
5 chapter15 chapter1
5 chapter1slnair
 

More from slnair (12)

Takwim penggal persekolahan 2014
Takwim penggal persekolahan 2014Takwim penggal persekolahan 2014
Takwim penggal persekolahan 2014
 
Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]
 
Borang
BorangBorang
Borang
 
Microorganisms
MicroorganismsMicroorganisms
Microorganisms
 
Rptting5
Rptting5Rptting5
Rptting5
 
Hsp bio.tg.4bm
Hsp bio.tg.4bmHsp bio.tg.4bm
Hsp bio.tg.4bm
 
Rptting5
Rptting5Rptting5
Rptting5
 
Rpt4
Rpt4Rpt4
Rpt4
 
Chapter1new
Chapter1newChapter1new
Chapter1new
 
5 chapter3
5 chapter35 chapter3
5 chapter3
 
5 chapter2
5 chapter25 chapter2
5 chapter2
 
5 chapter1
5 chapter15 chapter1
5 chapter1
 

Recently uploaded

Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 

Recently uploaded (20)

Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 

Sukatanbio

  • 1. KEMENTERIAIN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH BIOLOGI
  • 2. RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung citacita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara add dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga clan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  • 3. PENDAHULUAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha ber`erusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoral tinggi_ Hasrat ini !ermaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam merealisasikan pembinaan insan seperti yang dihasratkan itu, pendidikan sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diwacanakan agar berupaya membentuk rakyat Malaysia yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia periu mewujudkan masyarakat yang berilmu, saintifik dan progresif. Di samping itu, masyarakat ini juga berkebolehan untuk mengurus alam dan sumbernya secara optimum dan bertanggungjawab. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi. Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Integrasi antara tiga elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains. Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan murid memahami slam sekeliling mereka. Sains juga merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Justeru, ia memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Ilmu pengetahuan diperoleh sebagai hasil penyiasatan Inkuiri secara saintifik juga memeriukan dan membolehkan murid memperkembangkan sikap saintifik dan nilai murni. Kurikulum Sains KBSR dan KBSM digubal untuk murid dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Kurikulum ini digubal beriandaskan keperluan negara dan ciri sejagat sains. Fokusnya adalah pada pembelajaran sains yang berfikrah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran. Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat mata pelajaran elektif. Mata-mata pelajaran teras adalah Sains untuk sekolah rendah dan Sains untuk sekolah menengah. Matamata pelajaran elektif cuma ditawarkan di sekolah menengah atas. Mata-mata pelajaran ini adalah Biologi, Fizik, Kimia dan Sains Tambahan. Mata-mata pelajaran Sains untuk sekolah rendah dan sekolah menengah rendah direka bentuk untuk memberi pengetahuan asas sains kepada murid, menyediakan murid supaya celik sains dan mampu mengikuti sains di peringkat menengah atas. Sains untuk sekolah menengah atas pula di samping menghasilkan murid yang celik sains dan inovatif juga menyediakan murid untuk menceburi diri dalarn bidang sains dan teknologi yang lebih umum. Manak~jla mata-mata pelajaran sains elektif bertujuan untuk menyediakan murid yang lebih cenderung, minat dan berupaya datam bidang sains untuk menceburi diri dalam kerjaya bidang sains dan teknologi.yang khusus dan profesional. Golongan mund in akan menjadi sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.
  • 4. Biclogi adalah satu bidang dalam sains yang mengkaji tentang nidupan, persekitaran, interaksi antara hidupan dengan persekitaran dan fenomena yang berkaitan dengannya. Perkembangan dalam bidang biologi berlaku dengan begitu pesat terutama dalam bidang bioteknologi, kejuruteraan genetik dan teknologi makanan. Perkembangan ini memesatkan lagi sumbangan terhadap kemajuan dalam bidang perubatan, pertanian clan perindustrian yang secara langsung atau tidak langsung mempengaruhi kehidupan manusia. Oleh itu, ilmu biologi perlu dikuasai oleh murid supaya mereka dapat menangani perubahan yang berlaku clan memberi sumbangan terhadap perkembangan ilmu demi menjamin kemandirian hidupan. Mata pelajaran Biologi merupakan satu program yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun untuk murid tingkatan empat clan lima sekolah menengah atas. la bertujuan untuk membolehkan murid memahami bidang biologi dengan lebih mendalam daripada aspek teori, konsep clan aplikasinya dalam kehidupan harian. Pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran berkaitan dengan biologi menyediakan murid untuk memahami tanggungjawabnya sebagai pengurus alam demi keharmonian dan kesejahteraan hidupan sejagat. Mata petajaran ini menyediakan murid dengan asas pendidikan biologi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang biologi dan bidang yang memerlukan pengetahuan clan kemahiran yang berkaitan dengan biologi di peringkat yang lebih tinggi serta ke kerjaya yang berkaitan dengan sains dan teknologi. OBJEKTIF Kurkulum Biologi membolehkan murid: 1 Memperoleh pengetahuan tentang konsep dan pnnsip bioiogi dan menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam dan pengalaman harian. Memahami pengetahuan biologi dan aplikasi dalam bidang sains dan teknologi dan kehidupan harian. Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Mengaplikasikan pengetahuan biologi, kemahiran berfikir dan _ kemahiran saintifik secara analitis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang rasional dan bertanggungjawab berkaitan dengan isu biologi dalam kehidupan harian. 5. Menggunakan pengetahuan biologi untuk meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan diri. • 6. Menyedari kepentingan saling hubungan antara hidupan, perhubungan hidupan dengan per§ekitaran dan kepentingan pengurusan alam sekitar yang bijak demi menjamin kemandirian hidupan. 7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni. 8. Menilai maklumat berkenaan sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan. 9. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi dan bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi. 10. Menyedari bahawa segala pengetahuan yang diperolehi melalui k a j i a n s a i n s m er u p a k a n h a s i l u s a h a m a n u s i a u n t u k memperoleh penerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan kemampuan dan keupayaan akal. Kurikulum ini diperjelaskan dalam dua dokumen iaitu Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). SP menggariskan matlamat, objektif, penekanan dan kandungan
  • 5. kurikulum secara umum sementara HSP memperincikan lagi kehendak kurikulum mengikut tingkatan. HSP terdiri daripada maklumat tentang mattamat dan objektif kurikulum, penerangan ringkas tentang kemahiran berfikir dan strategi berfikir, kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murni, strategi pengajaran dan pembelajaran dan isi kandungan. Isi kandungan ini memberi spesifikasi tentang kurikulum melalui Hasil Pembelajaran yang dihasratkan dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran. Di samping itu bahan sokongan kurikulum yang bertujOan untuk membantu guru melaksanakan kurikulum dengan lebih berkesan juga disediakan. MATLAMAT Kurikulum Biologi bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang biologi dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. Justeru, murid mempunyai landasan biologi untuk melanjutkan pelajaran di samping mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat ikram, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam. ORGANISASI KURIKULUM Kurikulum Biologi disusun atur mengikut tema. Setiap tema mengandungi beberapa bidang pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran mempunyai satu atau iebih hasil pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan tema dan bidang pembelajaran yang berkenaan. Hasil pembelajaran diperincikan kepada aras yang merangkumi objektif pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir, kemahiran saintifik serta penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Aktiviti pembelajaran dicadangkan untuk mencapai setiap hasil pembeGajaran yang dihasratkan. Cadangan aktiviti pembelajaran mengutamakan pembelajaran yang mampu mendorong murid berfikir dan memperkembangkan minda mereka dalam proses pembelajaran konsep sains serta mengaplikasikan pengetahuan sains dan teknologi. Pembelajaran berfikrah ini boleh berlaku melalui pelbagai pendekatan seperti inkuiri, sains teknologi dan masyarakat, pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran masteri dan pembelajaran yang bermakna. Pendekatan ini merangkumi kaedah seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan. Penggunaan sumber luar bilik darjah dalam pengajaran dan pembelajaran sains juga digalakkan. r Kemahiran memilih, menganalisis dan meniiai maklumat daripada pelbagai sumber turut diperkembangkan melalui kurikulum ini. Sumber maklumat terdiri daripada sumber cetak atau sumber Elektronik. Kemahiran Saintifik Penguasaan kemahiran samtifirc amat diperlukan untuk menGKa, dan memahami alam, mencari ;a;vapan
  • 6. kepada sesuatu masala;serta membuat keputusan secara bersistem. Kemaniran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif Kemahiran proses sains merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir secara berkesan. Kemahiran Proses Sains Kemahiran Proses Sains yang perlu diperkembangkan dalam kurikulum sains adalah: • Memerhatikan • Mengelaskan • Mengukur dan menggunakan nombor • Membuat inferens • Meramalkan • Berkomunikasi • Menggunakan perhubungan ruang dan masa • Mentafsirkan data • Mendefinisikan secara operasi • Mengawal pemboleh ubah • Membuat hipotesis Mengeksperimen Kemahiran Manipulatif Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid: • Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. • Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. • Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. • Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
  • 7. • Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat. Kemahiran Berfikir Pengajaran dan pembelajaran sains memberi satu peluang yang baik untuk mengembangkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir murid. Pada masa yang sama, pembelajaran sains memerlukan penggunaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada kemahiran berfikir kritis dan kemahiran berfikir kreatif. Sikap Saintifik dan Nilai Murni Pengalaman pembelajaran biologi boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri murid. Penerapan sikap saintifik dan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan sama ada secara bersahaja atau secara terancang. Dalam kurikulum ini, objektif r pembelajaran untuk domain afektif dijadikan Hasil Pembelajaran yang khusus. Aktiviti yang spesifik untuk mencapai objektif pembelajaran ini dicadangkan. Kandungan Pengetahuan Kandungan Kunkulum Biologi terdiri daripada lima tema iaitu A. Pengenalan kepada bioiogi. B Menyiasat sel sebagai unit asas kehidupan. C Menyiasat fisiologi kehidupan. D Nlenyiasat pewarisan dan varias; dalam kehidupan. E. Menyiasat hidupan dan perhubungan dengan persekitaran. Pendekatan bertema ini dapat mewujudkan perkaitan dan kesepaduan antara pelbagai pengetahuan dalam bidang biologi. Kesemua tema ini merangkumi disiplin ilmu biologi yang diperlukan oleh murid untuk pendidikan peringkat menengah atas. Di samping itu pendekatan ini menyepadukan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Kesepaduan unsur ini dapat memberi kefahaman yang lebih bermakna dalam pembelajaran biofogi. Berikut diberikan kandungan pengetahuan dalam setiap tema: A. Pengenalan kepada Biologi Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang biologi dan kaedah saintifik dalam menjalankan sesuatu penyiasatan. Tema ini juga memberi fokus kepada sikap saintifik dan nilai murni.
  • 8. Kandungan tema ini adalah seperti berikut: I . Memahami biologi. 2. Kaedah saintifik. Sikap saintifik dan nilai murni. B. Menyiasat Sel Sebagai Unit Asas Kehidupan Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang sel sebagai blok binaan yang unik dan berfungsi, serta perhubungan yang harmoni antara struktur dengan fungsi sel Tema ini juga memberi tumpuan kepada pergerakan bahan merentas membran plasma, komposisi kimia dalam sel, pembahagian sel clan organisasi sel Kandungan tema ini adalah seperti berikut: 1. Struktur sel clan fungsi bahagian sel • Struktur sel haiwan clan sel tumbuhan. • Fungsi bahagian sel haiwan dan,sel tumbuhan. • Perbezaan antara sel haiwan dengan sel tumbuhan. • Kepadatan organel dengan fungsi sel. ' 2. Pergerakan bahan merentas membran plasma • Keperluan bahan merentas membran plasma. • Sifat membran plasma sebagai membran separa telap. • Pengangkutan pasif clan pengangkutan aktif. • Resapan, osmosis, plasmolisis, hemolisis clan krenasi. • Larutan hipotonik, hipertonik clan isotonik. 3 Komposisi kimia dalam sel • Unsur clan sebatian kimia dalam sel. • Enzim, ciri umum enzim, faktor yang mempengaruhi aktiviti enzim, mekanisme tindakan enzirn dan penggunaan enzim dalam industri dan kehidupan hariaan. 4. Pembahagian sel • Fasa kitar sel. • Mitosis. • Meiosis. • Aplikasi mitosis dalam pertanian. Organisasi sel • Organisma unisel. • Pengkhususan sel dan organisasi sel dalam organisma multisel. • Pengawalaturan persekitaran dalam untuk sel berfungsi dengan sempurna.
  • 9. C. Menyiasat Fisiologi Kehidupan Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang proses fisiologi yang berlaku dalam hidupan. Keperluan hidupan kepada proses fisiologi iaitu nutrisi,respirasi, pengangkutan, pergerakan, sokongan, koordinasi, gerak balas, pembiakan dan pertumbuhan untuk hidup dan berfungsi diberi penekanan supaya murid dapat memahami perhubungan antara struktur dengan fungsi dalam setiap proses fisiologi tersebut. Kefahaman tentang proses fisiologi turut menyumbang kepada perkembangan bidang sains dan teknologi. Kandungan tema ini adalah seperti berikut: 1. Nutrisi • Jenis nutrisi: autotrof dan heterotrof. • Kelas makanan. • Gizi seimbang dan keperluan tenaga harian. • Pengambilan gizi yang tidak seimbang. • Pencernaan makanan: sistem pencernaan dan proses pencernaan makanan. • Penyerapan makanan dan proses asimilasi. • Penyahtinjaan. • Keperluan nutrien dalam tumbuhan: makronutrien dan mikronutrien, kesan kekurangan makronutrien dan mikronutrien. • Fotosintesis: perkembangan ke arah penemuan fotosintesis, struktur daun dan fungsi bahagian daun, penyesuaian daun, mekanisme fotosintesis dan faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis. • Teknologi dalam pengeluaran makanan: peningkatan kualiti dan kuantiti makanan. • Perkembangan teknologi dalam pemprosesan makanan: keperluan pemprosesan makanan, teknologi pemprosesan makanan, kepelbagaian penggunaan makanan yang diproses. 2. Respirasi • Proses respirasi dalam penghasilan tenaga: keperluan tenaga, respirasi aerob dan respirasi anaerob. • Struktur respirasi dalam manusia dan haiwan. • Mekanisme pemafasan. • Pertukaran gas dan pengangkutan gas dalam manusia. • Mekanisme kawal atur kandungan oksigen dan karbon dioksida dalam badan. • Gerak balas manusia daripada aspek respirasi dan kadar pernafasan terhadap keadaan berbeza. • Respirasi pada tumbuhan: perbandingan proses fotosintesis dengan proses respirasi. I3 Pengangkutan • Sistem pengangkutan organisma multisel yang kompie;~s r<epertuan sistem pengangkutan dan cm sistem pengangkutan
  • 10. • Sistem peredaran darah: darah. hemolimfa. sistem peredarar, darah manusia dan haiwan dan daya yang menyebabkan peredaran darah manusia. • Pembekuan darah: mekanisme pembekuan darah. kepertuar pembekuan darah dalam sistem peredaran tertutup dan masalah pembekuan darah • Sistem limfa: struktur sistem limfa, qeranan sistem limfa dalam pengangkutan bahan, peredaran limfa dan perhubungan sistem limfa dengan sistem peredaran darah. • Peranan darah dan sistem limfa dalam pertahanan badan: jenis leukosit, peranan leukosit, proses fagositosis, keimunan; pengimunan, antigen dan antibodi. • Sistem vaskular dalam tumbuhan: keperluan pengangkutan bahan dalam tumbuhan, struktur sistem vaskular dan kesesuaian struktur xilem dan floem dengan fungsi pengangkutan. • Proses pergerakan air dan pengangkutan bahan organik dalam tumbuhan. • Transpirasi dan translokasi: faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi, kepentingan transpirasi dan translokasi dalam tumbuhan. 4. Pergerakan dan sokongan • Keperiuan pergerakan dan sokongan pada manusia dan haiwan. • Sistem rangka. • Tindakan otot, ligamen dan tendon semasa pergerakan. • Mekanisme pergerakan manusia dan haiwan. • Masalah berkaitan pergerakan dan sokongan. Sokongan dalam tumbuhan akuatik dan tumbuhan darat. Koordinasi dan gerak balas • Keperluan organisma hidup bergerak balas terhadap rangsangan. • Koordinasi saraf: otak, saraf tunjang, jenis neuron, sinaps, proses penghantaran maklumat, tindakan terkawal, tindakan luar kawal clan tindakan refleks. • Koordinasi kimia: keperluan hormon dalam manusia clan tumbuhan, sistem endokrin, hormon dan fungsi hormon. • Penggunaan hormon dalam perubatan dan pertanian. • Kesepaduan antara sistem saraf dan sistem kimia. • Homeostasis: proses pembentukan air kencing, pengosmokawalaturan ginjal, pros6s suap balik n e g a t i f, pengawalaturan suhu badan clan pengawalaturan aras gula darah. • Kesan penyalahgunaan dadah clan pengambilan alkoholkepada koordinasi clan gerak balas. 6. Pembiakan clan pertumbuhan • Proses pembentukan gamet: gamet jantan, gamet betina, peringkat perkembangan pembentukan gamet, proses oogenesis clan spermatogenesis. • Peranan hormon dalam kitar haid, kesan ketakseimbangan hormon clan putus haid. • Perkembangan pranatal manusia: persenyawaan nukleus, perkembangan zigot, penempelan, kembar seiras, kembar tak
  • 11. seiras, struktur clan fungsi plasenta clan struktur tali pusat. r Persenyawaan ganda dua: perkembangan debunga, perkembangan pundi embrio dalam ovul, dua nukleus jantan, nukleus endosperma,-pembentukan zigot clan kemandirian tumbuhan berbunga. • konsep pertumbuhan. • Lengkung pertumbuhan: bentuk lengkung pertumbuhan. fasa pada lengkung pertumbuhan clan perhubungan antara bentuk lengkung pertumbuhan dengan proses pertumbuhan • Pertumbuhan primer clan sekunder: kepentingan pertumbuhan primer, keperluan pertumbuhan sekunder. proses pertumbuhan sekunder clan kelebihan tumbuhan yang mengalami pertumbuhan sekunder daripada segi ekonomi. • Kepentingan penggunaan teknologi berkaitan dengan pembiakan. D. Menyiasat Pewarisan dan Variasi dalam Kehidupan Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang pewarisan clan variasi dalam hidupan. Kunci pewarisan di dalam nukleus sesuatu sel ialah dalam unit gen yang dibawa oleh struktur kromosom. Pemindahan unit gen ini daripada satu generasi kepada generasi yang baru dikawal oleh proses pewarisan. Gen adalah unit yang mengawal ciri tertentu dalam semua hidupan. Gen untuk sesuatu ciri mungkin wujud dalam beberapa bentuk yang berbeza yang menyebabkan variasi pada sesuatu ciri. Kandungan tema ini adalah seperti berikut: 1. Pewarisan Hukum Mendel I clan Hukum Mendel II: faktor pewarisan, ciri dominan, ciri resesif, gen, alel, gen dominan, gen resesif, fenotip, genotip, homozigot, heterozigot, kacukan monohibrid, pewarisan monohibrid, kacukan dihibrid dan pewarisan dihibrid. • konsep pewarisan: pewarisan kumpulan darah manusia. autosom, kromosom seks, perbandingan kariotip manusia normal dengan sindrom Down, penentuan seks anak dan pewarisan terangkai seks. • Gen clan kromosom: struktur kromosom, struktur asid deoksiribonukleik, struktur nukleotida, perhubungan antara gen dengan kromoson dan aplikasi pengetahuan genetik dalam kehidupan. 2. Variasi • Jenis variasi clan perbandingan antara variasi selanjar dengan variasi tak selanjar. • Punca variasi: proses penggabungan semula genetik, mutasi kromosom, mutasi gen, punca mutasi, interaksi antara faktor genetik clan faktor persekitaran serta kepertuan variasi dalam kemandirian spesies.
  • 12. E. Menyiasat Hidupan dan Perhubungan dengan Persekitaran Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang sesuatu ekosistem. Perhubungan yang berlaku di antara komponen biosis dengan komponen abiosis di dalam sesuatu ekosistem yang dinamik. Murid juga menjalankan kajian ekologi populasi dengan teknik persampelan yang sesuai. Semua hidupan hidup dalam pelbagai ekosistem yang mempunyai perhubungan rapat antara satu sama lain serta dengan persekitaran. Gangguan pada satu spesies akan membawa kesan kepada beberapa spesies yang lain. Gangguan pada persekitaran juga akan memberi kesan kepada pelbagai ekosistem. Pentingnya kesedaran kepada pengurusan pembangunan dan pengurusan ekosistem yang baik untuk mergeka!ka^ keseimbangan alam. Kandungan tema ini adalah seperti berikut: 1. Ekosistem dinamik • Komponen biosis, komponen abiosis, aras trof dan interaksi antara komponen biosis. • Proses pengkolonian dan proses sesaran dalam ekosistem. • Ekologi populasi: teknik persampelan, saiz populasi dan taburan populasi. • Biokepelbagaian: pengertian biokepelbagaian, kepentingan biokepelbagaian, hierarki pengelasan organisma, sistem binomial Linnaeus clan kegunaannya dalam penamaan organisma. • Mikroorganisma: jenis mikroorganisma, komponen abiosis yang mempengaruhi aktiviti mikroorganisma, mikroorganisma yang berfaedah clan berbahaya, patogen, vektor clan gejala penyakit tertentu, cara jangkitan penyakit, kaedah pengawalan patogen clan penggunaan mikroorganisma dalam bioteknologi. Ekosistem terancam • Impak aktiviti manusia ke atas ekosistem. • Kesan pembangunan kurang terancang clan salah pengurusan ke atas ekosistem. • Pencemaran: jenis pencemaran, punca pencemaran dan kesan pencemaran. Fenomena kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon clan pemanasan global ke atas ekosistem. • pengurusan pembangunan dan pengurusan ekosistem untuk mengekalkan keseimbangan alam: keperiuan pembangunan, isu pertambahan penduduk dan langkah dalam pengurusan pembangunan dan pengurusan ekosistem untuk mengekalkan keseimbangan alam.