SlideShare a Scribd company logo
1 of 29
Download to read offline
Sukatan pelajaran sains kbsm
1
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAH MENENGAH
SAINS
Sukatan pelajaran sains kbsm
2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH
SAINS
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
2001
Sukatan pelajaran sains kbsm
3
Cetakan Pertama 2000
Cetakan Kedua 2001
(c) Kementerian Pendidikan Malaysia 2000, 2001
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan
cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa
dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan
tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Sukatan Pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah: kimia.
ISBN 983-62-7119-8
1. Science-Outlines, syllabi, etc. 2. Science--Study and
teaching (Secondary)--Malaysia.
1. Malaysia. Kementerian Pendidikan.
Pusat Perkembangan Kurikulum.
570.12595
Dicetak oleh
Percetakan Dewan bahasa dan Pustaka
Lot 1037, Mukim Perindustrian PKNS
Ampang/Hulu Kelang
Selangor Darul Ehsan
Sukatan pelajaran sains kbsm
4
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita
hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana
kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara
adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai
corak; membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
iii
Sukatan pelajaran sains kbsm
5
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
iv
Sukatan pelajaran sains kbsm
6
Kata Pengantar
Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia
negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada
generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum
bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan warga
Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21.
Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai
murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan
peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju
dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu
pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara
berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang
berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran
dalam kehidupan.
Sains ialah mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah.
Mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan murid yang
mempunyai pengetahuan sains, kemahiran saintifik dan kemahiran
berfikir serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni. Kandungan Sukatan
Pelajaran Sains Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
merangkumi kajian tentang manusia dan kepelbagaian hidupan,
jirim, penyenggaraan dan kesinambungan hidup, daya dan
gerakan, tenaga dalam kehidupan, keseimbangan dan pengurusan
alam sekitar, perkembangan teknologi industri dan angkasa lepas.
Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan
kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan
pelajaran ini.
PENDAHULUAN
v
Sukatan pelajaran sains kbsm
7
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang,
harmonis dan bermoral tinggi. Hasrat ini termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Dalam merealisasikan pembinaan insan
seperti yang dihasratkan itu, pendidikan sains dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Randah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) diwacanakan agar berupaya
membentuk rakyat Malaysia yang seimbang daripada segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek.
Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status
negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang
berilmu, saintifik dan progresif. Di samping itu, masyarakat ini juga
berkebolehan untuk mengurus alam dan sumbernya secara
optimum dan bertanggungjawab . Bagi mencapai hasrat ini, kita
perlu membentuk warganegara kritis, kreaif, dan berterampilan
yang mengamalkan budaya sains dan teknologi.
Sains adalah salah satu bidang yang merangkumi pengetahuan,
kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni . Intergrasi antara tiga
elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidkan sains.
Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu
rangka konsep yang membolehkan murid memahami alam
sekeliling mereka.
Sains juga merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah
inkuiri dan penyelesaian masalah. Jesturu, ia memperkembangkan
kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang melibatkan
kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik.
Ilmu pengetahuan diperoleh sebagai hasil penyiasatan. Inkuiri
secara saintifik juga memerlukan dan membolehkan murid
memperkembangkan sikap saintifik dan nilai murni.
Kurikulim Sains KBSR dan KBSM digubal untuk murid dari sekolah
rendah ke sekolah menengah . Kurikulum ini digubal berlandaskan
keperluan negara dan ciri mengoptimunkan hasil pembelajaran.
1
Sukatan pelajaran sains kbsm
8
Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan
empat mata pelajaran elektif. Mata-mata pelajaran teras adalah
Sains untuk sekolah rendah dan Sains untuk sekolah menengah.
Mata-mata pelajaran elektif ditawarkan di sekolah menengah atas.
Mata- mata pelajaran ini adalah Biolagi, Fizik, Kimia, dan Sains
Tambahan.
Mata- mata pelajaran Sains untuk sekolah rendah dan Sains untuk
sekolah menengah rendah direka bentuk untuk memberi
pengetahuan asas sains kepada murid, menyediakan murid supaya
celik sains dan mampu mengikuti sains di peringkat menengah
atas. Sains untuk sekolah menengah atas pula, di samping
menghasikan murid yang celik sains, inovatif, juga menyediakan
murid yang cenderung , minat dan berupaya dalam bidang sains
dan teknologi yang khusus dan profesional. Golongan murid ini
akan menjadi sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan
teknologi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan
negara.
Mata pelajaran Sains untuk sekolah menengah merupakan satu
program yang dilaksanakan dalam tempoh lima tahun untuk murid
tingkatan satu. Program ini memberi penekanan kepada
pengetahuan dan kefahaman tentang sains serta aplikasinya
dalam kehidupan harian dan kemajuan teknologi berlandaskan nilai
murni. Kemahiran saintifik diperlukan dalam usaha mencari,
memahami dan menggunakan ilmu pengetahuan sains.
Kurikulum sains diperjelaskan dalam dua dokumen iaitu Sukatan
Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). SP
menggariskan matlamat, objektif, penekanan dan kandungan
kurikulum secara umum. HSP memperincikan kehendak kurikulum
sains mengikut tingkatan . HSP terdiri daripada maklumat tentang
matlamat dan objektif kurikulum, penerangan ringkas tentang
kemahiran berfikir, kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai
murni , strategi pengajaran dan pembelajaran dan isi kandungan.
Isi kandungan ini memberi spesifikasi tentang kurikulum melalui
Hasil Pembelajaran yang dihasratkan dan Cadangan Aktiviti
pembelajaran. Di samping itu bahan sokongan kurikulum yang
bertujuan untuk membantu melaksanakan kurikulum dengan lebih
berkesan juga disediakan.
2
Sukatan pelajaran sains kbsm
9
MATLAMAT
Kurikulum Sains untuk sekolah menengah bertujuan untuk
melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran
dalam bidang sains dan teknologi dan mampu mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan
nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
dalam kehidupan harian . Justeru, murid mempunyai landasan
sains dan teknologi untuk melanjutkan pelajaran di samping
mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan
masyarakat bersifat ikram, dinamik, progresif, bertanggungjawab
terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam.
OBJEKTIF
Kurikulum Sains untuk sekolah menengah membolehkan murid :
1. Memperoleh pengetahuan sains dan teknologi dan dapat
menghubungkaitkan pengetahuan ini denagn fenomena
alam semula jadi dan pengalaman harian.
2. Memahami pengetahuan sains berkaitan dengan
perkembangan bidang sains dan teknologi, pengurusan
alam semula jadi dan sumbernya.
3. Menguasai kemahiram berfikir dan kemahiran saintifik.
4. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis
dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam
penyelesaian masalah, membuat keputusan dan
mengkonsepsikan.
5. Menangani cabaran dunia sains dan teknologi dan bersedia
memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan
teknologi .
6. Menilai maklumat berkenaan dengan sains dan teknologi
secara bijak dan berkesan.
3
Sukatan pelajaran sains kbsm
10
7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
8. Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan
dan pengurusan alam semula jadi untuk keberterusan hidup
manusia sejagat.
9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap
pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat.
10. Menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains
adalah usaha manusia berasaskan kemampuan akal untuk
memahami fonomena alam ke arah mencapai kesejahteraan
hidup manusia sejagat.
ORGANISASI KURIKULUM
Kurikulum Sains untuk sekolah menengah disusun atur dengan
tema. Setiap tema mengandungi beberapa bidang pembelajaran.
Setiap bidang pembelajaran mempunyai satu atau lebih hasil
pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan tema dan bidang
pembelajaran yang berkenaan. Hasil pembelajaran diperincikan
kepada aras yang merangkumi objektif pembelajaran yang
mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan
kemahiran berfikir dan strategi berfikir, kemahiran saintifik, serta
penerapan sikap saintifik dan nilai murni.
Aktiviti pembelajaran dicadangkan untuk mencapai setiap objektif
pembelajaran yang dihasratkan. Cadangan aktiviti pembelajaran
mengutamakan pembelajaran yang mampu mendorong murid
berfikir dan memperkembangkan minda mereka dalam proses
pembelajaran konsep sains serta mengaplikasikan sains dan
teknologi . Pembelajaran berfikrah ini boleh berlaku melalui
pelbagai pendekatan seperti inkuiri, sains teknologi dan
masyarakat, pembelajaran kontekstual, konstruktivisme,
pembelajaran masteri dan pembelajaran yang bermakna.
Pendekatan ini merangkumi kaedah seperti eksperimen,
perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan.
Penggunaan sumber luar bilik darjah dalam pengajaran dan
pembelajaran sains juga digalakkan.
4
Sukatan pelajaran sains kbsm
11
Kemahiran memilih, menganalisis dan menilai maklumat daripada
pelbagai sumber turut diperkembangkan melalui kurikulum ini.
Sumber maklumat terdiri daripada sumber cetak atau sumber
elektronik. Dalam aspek ini teknologi khususnya teknologi
maklumat digunakan sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan
hasil pembelajaran yang dihasratkan.
Kemahiran Saintifik
Penguasaan kemahiran saintifik amat di perlukan untuk mengkaji
dan memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah
serta membuat keputusan secara bersistem. Kemahiran saintifik
terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.
Kemahiran proses sains merupakan satu proses mental yang
menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan
sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan
sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid
untuk berfikir secara berkesan.
Kemahiran Proses Sains
Kemahiran Proses Sains yang perlu diperkembangkan dalam
kurikulum sains adalah berikut:
• Memerhati.
• Mengelaskan.
• Mengukur dan menggunakan nombor.
• Membuat inferens.
• Meramalkan.
• Berkomunikasi.
• Menggunakan perhubungan ruang dan masa.
• Mentafsirkan data.
• Mendefinisikan secara operasi.
• Mengawal pemboleh ubah.
5
Sukatan pelajaran sains kbsm
12
• Membuat hipotesis.
• Mengeksperimen.
Kemahiran Manipulatif
Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam
penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan aktiviti
berikut :
• Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan
sains dengan betul.
• Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan
selamat.
• Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
• Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
• Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.
Kemahiran Berfikir
Pengajaran dan pembelajaran sains memberi satu peluang yang
baik untuk mengembangkan kemahiran berfikir murid. Pada masa
yang sama, strategi pengajaran dan pembelajaran dalam sains
memerlukan penggunaaan kemahiran berfikir kritis dan kemahiran
berfikir kreatif .
Sikap Saintifik dan Nilai Murni
Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai
positif dalam diri murid. Penerapan sikap saintifik dan nilai murni
semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan sama ada secara
bersahaja atau secara terancang. Dalam kurikulum ini, objektif
pembelajaran untuk domain afektif ini di jadikan Hasil
6
Sukatan pelajaran sains kbsm
13
Pembelajaran yang khusus. Aktiviti yang spesifik untuk mencapai
objektif pembelajaran ini di cadangkan.
Kandungan Pengetahuan
Kandungan kurikulum ini diolah dalam sembilan tema iaitu :
A. Memperkenalkan sains.
B. Manusia dan kepelbagaian hidupan.
C. Jirim dan alam.
D. Penyenggaraan dan kesinambungan hidup.
E. Daya dan gerakan.
F. Tenaga dalam kehidupan.
G. Keseimbangan dan pengurusan alam sekitar.
H. Perkembangan teknologi industri dalam masyarakat.
I. Astromoni dan penerokaan angkasa lepas.
Berikut diberikan kandungan dalam setiap tema bidang
pembelajaran:
A. Memperkenalkan Sains
Tema ini memperkenalkan murid kepada pengertian sains dan
teknologi di mana sains dilihat sebagai suatu susunan ilmu
pengetahuan yang sentiasa berkembang dan teknologi sebagai
aplikasi pengetahuan sains. Murid juga diperkenalkan kepada
kaedah pemerolehan pengetahuan sains secara saintifik melalui
penyiasatan saintifik. Murid dilatih menjalankan penyiasatan yang
sistematik untuk memahami fenomena alam serta menguji
kebenaran dan kesahihannya. Di samping itu, tema ini juga
membincangkan tentang kuantiti fizik dan pengukuran di mana
murid di dedahkan kepada prinsip penggunaa alat pengukur dan
penggunaan unit sistem Antaranangsa (SI) serta perlunya
penggunaan unit piawai untuk memudahkan perhubungan
antarabangsa.
Kandungan tema ini adalah seperti berikut :
1. Pengenalan sains.
7
Sukatan pelajaran sains kbsm
14
• Memahami sains.
• Kaedah penyiasatan saintifik.
• Kuantiti fizik dan pengukuran.
• Sikap saintifik dan nilai murni.
B Manusia dan Kepelbagaian Hidupan
Tema ini bertujuan memberi kefahaman tentang sel sebagai unit
asas hidupan kepelbagaian hidupan dan pengelasannya,
mikroorganisma dan faedah serta kesannya terhadap kesihatan.
Tema ini juga memberi tumpuan tentang manusia bagi
membolehkan murid memahami dirinya untuk menghargai
kesihatan dan juga tentang keistimewaan manusia mempunyai akal
dan roh serta telah dicipta untuk mengurus alam ini.
Kandungan tema ini adalah seperti berikut :
1. Sel sebagai Unit Asas Kehidupan.
• Sel.
• Organisma unisel dan multisel.
• Sel manusia.
2. Kepelbagaian Hidupan dan Pengelasannya.
• Pelbagai hidupan di Bumi.
• Pengelasan haiwan.
• Pengelasan tumbuhan.
• Sistem pengelasan hidupan.
• Kedudukan istimewa manusia dalam alam.
8
Sukatan pelajaran sains kbsm
15
3. Mikrooganisma dan kesannya ke atas kehidupan
• Pengelasan mikroorganisma.
• Faktor yang mempengaruhi aktiviti mikroorganisma.
• Peranan mikroorganisma yang berfaedah dalam
kehidupan harian.
• Mikroorganisma yang berbahaya.
• Pencegahan jangkitan penyakit.
• Cara merawat pesakit.
C Jirim dalam Alam
Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang
kepelbagaian sumber di Bumi dan kepentingan untuk menyokong
kehidupan. Tema ini juga merangkumi kajian tentang jirim serta
struktur dan sifat pelbagai bahan. Ini adalah untuk membolehkan
murid memahami bagaimana pelbagai jenis bahan dihasilkan
daripada sumber Bumi untuk membuat pelbagai jenis barangan
buatan manusia melalui teknologi. Pendedahan kepada isu
pencemaran dan kesusutan bahan api semula jadi adalah untuk
memberi kesedaran bahawa manusia perlu memainkan peranan
yang bertanggungjawab dalam usaha mengurus alam dengan
bijaksana demi kesejahteraan hidup.
Kandungan tema ini seperti berikut :
1. Jirim
• Keadaan jirim.
• Kesan haba pada jirim.
• Ketumpatan dan keapungan.
• Prinsip pengembangan dan pengecutan.
9
Sukatan pelajaran sains kbsm
16
2. Kepelbagaian Sumber di Bumi.
• Sumber bumi.
• Sumber bumi dalam unsur, sebatian dan campuran.
3. Udara di Sekeliling Kita
• Kandungan udara.
• Sifat penggunaan gas.
• Oksigen untuk respirasi.
• Pengaratan.
• Pembakaran.
• Karbon dioksida untuk fotosintesis.
• Tekanan udara.
• Pemcemaran udara.
• Komposisi gas dalam udara.
4. Air dan Laruatan.
• Sifat fizikal air.
• Komposisi air.
• Sejatan air.
• Kitar semula jadi air.
• Larutan dan keterlarutan.
• Pelarut bukan air.
• Asid dan alkali.
• Tindak balas peneutralan.
• Pembersihan air.
10
Sukatan pelajaran sains kbsm
17
• Sistem bekalan air.
• Memelihara dan memulihara kualiti air.
5. Tanah dan Sumbernya
• Struktur Bumi dan kepentingannya.
• Jenis batuan.
• Tanih.
• Organisma tanih.
• Kesuburan tanih.
• Mineral dalam kerak Bumi.
• Tindakan logam dan bukan logam.
• Logam dari bijih.
• Sebatian silikon.
• Sebatian kalsium.
• Sumber bahan api semula jadi dan kepentingannya.
• Memelihara dan memulihara tanah dan sumbernya.
6. Jirim dan Bahan
• Perubahan keadaan jirim.
• Struktur atom.
• Nombor proton dan nombor nukleon.
• Pengelasan unsur dalam Jadual Berkala Unsur.
• Sifat bahan berdasarkan zarah yang terdapat di
dalamnya.
• Logam dan bukan logam.
11
Sukatan pelajaran sains kbsm
18
• Kaedah penulenan bahan.
• Kepelbagaian sifat dan keadaaan bahan dapat
memberi manfaat kepada manusia.
7. Sebatian Karbon
• Kepelbagaian sebatian karbon di Bumi.
• Alkohol dan kesannya kepada kesihatan.
• Lemak dan kesannya kepada kesihatan.
• Kelapa sawit serta kepentingannya.
• Pembuatan sabun dan tindakan pencucian.
• Polimer asli.
D Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup
Tema ini bertujuan memberi kefahaman tentang proses hidup yang
di lalui oleh hidupan bagi meneruskan kehidupan dan kepentingan
deria kepada manusia dan hidupan lain bagi mengesan alam
sekelilingnya. Tema ini juga bertujuan untuk menunjukkan
bagaimana badan kita dikoordinasikan melalui sistem saraf dan
sistem endkorin di samping memberi kefahaman tentang keturunan
dan variasi di kalangan manusia dan hidupan.
Kandungan tema ini adalah seperti berikut :
1. Dunia Melalui Deria Kita
• Organ deria dan fungsi.
• Deria sentuh.
• Deria bau.
• Deria rasa.
• Deria pendengaran dan derai imbangan.
12
Sukatan pelajaran sains kbsm
19
• Deria penglihatan.
• Ransangan dan gerak balas manusia.
2. Cahaya dan penglihatan.
• Sifat cahaya.
• Mekanisme penglihatan manusia.
• Cacat penglihatan dan pembetulan.
• Had deria penglihatan.
• Alat mengatasi had deria Penglihatan.
3. Bunyi dan Pendengaran.
• Sifat bunyi.
• Kelangsingan dan kenyaringan bunyi.
• Cacat pendengaran.
• Had deria pendengaran.
• Alat mengatasi had deria pendengaran.
4. Pengesanan Ransangan dan Gerak Balas Tumbuhan
• Ransangan dan gerak balas tumbuhan.
5. Nutrisi.
• Kelas makanan.
• Gizi seimbang.
• Makanan untuk kesihatan.
• Gigi manusia.
13
Sukatan pelajaran sains kbsm
20
• Sistem pencernaan manusia.
• Pencernaan makanan.
• Penyerapan dan pengangkutan hasil pencernaan.
6. Peredaran Darah dan Pengangkutan
• Sistem peredaran darah manusia.
• Darah manusia.
• Sistem pengangkutan tumbuhan.
7. Respirasi
• Mekanisme pernafasan manusia.
• Pengangkutan oksigen dalam badan.
• Proses respirasi.
8. Perkumuhan
• Perkumuhan manusia.
• Ginjal manusia.
• Perkumuhan tumbuhan.
9. Pembiakan
• Pembiakan seks dan aseks.
• Sistem pembiakan lelaki dan perempuan.
• Persenyawaan dan kehamilan manusia.
• Nutrisi dalam tempoh kehamilan.
• Penyelidikan dalam pembiakan.
14
Sukatan pelajaran sains kbsm
21
• Pembikan seks tumbuhan berbunga.
• Pendebungaan.
• Pencaran dan percambahan biji benih.
• Pembiakan vegatatif tumbuhan berbunga.
• Pembiakan tumbuhan tak berbunga.
10. Pertumbuhan
• Pertumbuhan manusia.
• Pertumbuhan tumbuhan.
• Kitar hidup haiwan dan kepentingannya.
11. Koordinasi Badan.
• Kewujudan koordinasi badan.
• Sistem saraf manusia.
• Otak manusia dan kerencamannya.
• Koordinasi kimia dalam badan.
• Koordinasi antara sistem saraf dengan sistem
endokrin.
• Kesan penyalahgunaan dadah terhadap koordinasi
badan dan kesihatan.
• Kesan pengambilan minuman beralkohol terhadap
koordinasi badan, kesihatan dan perlakuan.
12. Keturunan dan Variasi
• Proses pembahagian sel.
• Prinsip dan mekanisme pewarisan sifat.
15
Sukatan pelajaran sains kbsm
22
• Penentuan seks anak dan kejadian kembar pada
manusia.
• Mutasi dalam kehidupan.
• Kesan penyelidikan genetik terhadap kehidupan
manusia.
• Variasi di kalangan hidupan.
13. Nutrisi dan Pengeluaran Makanan
• Kepentingan amalan pengambilan nutrisi yang baik
dan seimbang.
• Hubungan fotosintesis dengan pengeluaran makanan
dan keperluan nutrien oleh tumbuhan.
• Kitar Nitrogen dan kepentingannya.
E. Daya dan Gerakan
Tema ini bertujuan untuk memberi pengenalan kepada kajian
tentang prinsip asas daya dan gerakan di darat, air dan udara.
Tema ini juga bertujuan memberi kefahaman tentang sokongan
pada manusia dan hidupan serta kebolehan anggota badan kita
bergerak.
Kandungan tema ini adalah seperti berikut :
1. Dinamik
• Daya dan pengukurannya.
• Daya geseran.
• Kerja dan kuasa.
16
Sukatan pelajaran sains kbsm
23
2. Sokongan dan Pergerakan
• Sokongan pada manusia, haiwan, dan tumbuhan.
• Pergerakan anggota manusia.
• Sokongan dan gerakan haiwan vertebrata dan
invertebrata.
3. Gerakan.
• Jisim dan inersia.
• Gerakan kenderaan di darat.
• Laju, halaju dan pecutan.
• Momentum dan perkaitannya dengan daya.
• Tekanan.
• Tekanan dalam sistem hidraulik.
• Prinsip Archimedes dalam gerakan kenderaan di air.
• Gerakan kenderaan di udara.
F. Daya dalam Kehidupan
Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang
kewujudan pelbagai bentuk tenaga, penjimatan dan kecekapan
tenaga, dan kepentingan tenaga dalam kehidupan. Tema ini
juga bertujuan memberi kefahaman tentang penyusutan tenaga
dan tenaga alternatif. Di samping itu, tema ini memberi
kefahaman tentang cahaya dan warna serta peranannya dalam
kehidupan dan sumbangan teknologi optik dalam usaha
meningkatkan keupayaan deria manusia.
Kandungan tema ini adalah seperti berikut :
1. Sumber dan Bentuk Tenaga
17
Sukatan pelajaran sains kbsm
24
• Pelbagaian sumber tenaga.
• Sumber tenaga menyusut.
• Sumber tenaga alternatif.
• Keabadian tenaga.
2. Haba dan Pemindahannya
• Cara dan aplikasi pemindahan haba.
• Serapan dan pancaran haba sinaran.
• Haba dan suhu.
• Pengawalan haba dalam hidupan dan manusia.
3. Keelektrikan
• Elektrostatik.
• Arus elektrik.
• Ukuran Kuantiti elektrik.
• Arus, Voltan dan rintangan.
• Litar elektrik.
• Penjimatan elektrik.
4. Kemagnetan dan Keelektromagnetan
• Kemagnetan dan elektrogment.
• Arus terus dan arus ulang alik.
5. Penjanaan dan Bekalan Elektrik
• Penjanaan tenaga elektrik.
18
Sukatan pelajaran sains kbsm
25
• Transformer.
• Hantaran dan agihan tenaga elektrik.
• Bekalan dan sistem pendawaian elektrik.
• Kos tenaga elektrik.
• Fius dan dawai bumi.
• Langkah keselamatan penggunaan tenaga elektrik.
• Penjimatan tenaga.
6. Tenaga Nuklear
• Bahan radioaktif.
• Proses penghasilan tenaga nuklear dan
kegunaannya.
• Kesan penggunaan bahan radioaktif dan tenaga
nuklear terhadap hidupan.
7. Tenaga dan Perubahan Kimia
• Perubahan kimia dan perubahan fizik.
• Perubahan haba dalam tindak balas kimia.
• Siri kereaktifan logam.
• Elektrolisis.
• Penghasilan tenaga elektrik melalui tindak balas
kimia.
• Tindak balas kimia yang berlaku dengan adanya
cahaya.
8. Cahaya, Warna, dan Penglihatan
19
Sukatan pelajaran sains kbsm
26
• Pembentukan imej oleh mata dan alatan optik.
• Penyebaran dan penyerakan cahaya.
• Penambahan dan penolakan warna.
• Prinsip penolakan cahaya berwarna dalam
penglihatan objek berwarna.
• Pencampuran pigmen.
• Kepentingan warna dalam kehidupan harian.
G. Keseimbangan dan Pengurusan Alam Sekitar
Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang keseimbangan
alam dan saling bersandaran antara hidupan dengan alam sekitar,
kitar semula jadi yang berlaku dalam alam serta kesan pengurusan
alam sekitar yang tidak sistematik. Tema ini juga bertujuan memberi
kesedaran bahawa manusia memainkan peranan yang penting dalam
memelihara dan memulihara keseimbangan alam dan perlu
menguruskan alam ini dengan bijaksana.
Kandungan tema ini adalah seperti berikut :
1. Saling Bersandaran antara Hidupan dengan Persekitaran
• Saling bersandaran antara hidupan dengan alam
sekitar.
• Penyesuaian hidupan.
• Interaksi antara hidupan.
• Siratan makanan dan piramid nombor.
• Peranan manusia dalam mengekalkan keseimbangan
alam.
2. Pemeliharaan dan Pemuliharaan
20
Sukatan pelajaran sains kbsm
27
• Sumber hutan hujan tropika dan kepentingannya.
• Memelihara dan memulihara alam sekitar.
• Kepelbagaian hidupan di Malaysia.
• Keseimbangan alam sekitar.
• Kesan pencemaran terhadap alam sekitar.
• Kepentingan pengolahan dan pengurusan sumber
alam dalam mengekalkan keseimbangan alam.
H. Perkembangan Teknologi Industri dalam Masyarakat
Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang perkembangan
teknologi industri dalam masyarakat. Tema ini meliputi pemahaman
tentang mesin dan kestabilan objek, alat elektronik dan penghasilan
pelbagai jenis bahan daripada sumber Bumi untuk membuat barangan
melalui teknologi. Tumpuan diberikan kepada kepada sumbangan
teknologi dalam pengeluaran dan pemprosesan makanan serta
sumbangan bidang elektronik dalam mempertingkatkan lagi
keupayaan penghantaran maklumat. Tumpuan diberikan juga di
berikan kepada masalah pembuangan sisa industri dan kesannya
terhadap alam sekitar.
Kandungan tema ini adalah seperti berikut :
1. Kekuatan dan Kestabilan
• Kestabilan objek.
• Kestabilan struktur.
2. Mesin
• Tuas dan sistem akal.
• Penciptaan mesin.
21
Sukatan pelajaran sains kbsm
28
3. Elektronik
• Alat elektronik.
• Inovasi dalam bidang elektronik.
4. Bahan Kimia dalam Perindustrian
• Sifat aloi dan penggunaannya dalam industri.
• Pengunaan ammonia dalam industri.
• Kesan pembuangan bahan sisa industri terhadap
alam sekitar.
5. Peningkatan Pengeluaran dan Teknologi Makanan
• Perkembangan dalam teknologi makanan.
• Peningkatan pengeluaran makanan negara.
6. Bahan Buatan dalam Perindustrian
• Polimer sintetik.
• Plastik.
7. Elektronik dan Teknologi Maklumat
• Gelombang radio.
• Sistem komunikasi radio.
• Perkembangan teknologi penghantaran maklumat.
22
Sukatan pelajaran sains kbsm
29
I. Astronomi dan Penerokaan Angkasa Lepas
Tema ini bertujuan memberi kefahaman tentang alam semesta dan
perkaitannya dengan Bumi dan Bulan meliputi fenomena seperti
gerhana, dan kejadian siang dan malam. Di samping itu , tema ini
juga bertujuan untuk memberi kesedaran bahawa suatu ketertiban
wujud dalam alam dan perlunya manusia meneruskan usaha untuk
meluaskan pengetahuan tentang alam ini.
Kandungan tema ini adalah seperti berikut :
1. Astronomi
• Planet dalam Sistem Suria.
• Meteoroid, asteroid dan komet dalam Sistem Suria.
• Fenomena alam yang wujud hasil daripada gerakan Bumi
dan Bulan.
• Gerakan Bumi dan Bulan menentukan tempoh masa .
• Matahari.
• Bintang dan Galaksi dalam Alam Semesta.
2. Sains Angkasa Lepas
• Perkembangan bidang astronomi dan penerokaan angkasa
lepas.
• Kepentingan teknologi angkasa lepas.
• Usaha penerokaan angkasa lepas.
23

More Related Content

What's hot

Huraian sukatan Sains Tahun 5 (BM)
Huraian sukatan Sains Tahun 5 (BM)Huraian sukatan Sains Tahun 5 (BM)
Huraian sukatan Sains Tahun 5 (BM)mohd hafizan
 
1 translasi sains tahun 4 utk sk
1 translasi sains tahun 4 utk sk1 translasi sains tahun 4 utk sk
1 translasi sains tahun 4 utk skfazara005
 
Sukatan sains tahun 4
Sukatan sains tahun 4Sukatan sains tahun 4
Sukatan sains tahun 4Lailee Skahti
 
Pppmscience tingkatan2
Pppmscience tingkatan2Pppmscience tingkatan2
Pppmscience tingkatan2Nas Lin
 
Dskp sains tahun 5 utk sk
Dskp sains tahun 5 utk skDskp sains tahun 5 utk sk
Dskp sains tahun 5 utk skHazlee Gapal
 

What's hot (12)

Kbsr sains tahun4-bm
Kbsr sains tahun4-bmKbsr sains tahun4-bm
Kbsr sains tahun4-bm
 
Hsp sains tingkatan 3
Hsp sains tingkatan 3Hsp sains tingkatan 3
Hsp sains tingkatan 3
 
Huraian sukatan Sains Tahun 5 (BM)
Huraian sukatan Sains Tahun 5 (BM)Huraian sukatan Sains Tahun 5 (BM)
Huraian sukatan Sains Tahun 5 (BM)
 
1 translasi sains tahun 4 utk sk
1 translasi sains tahun 4 utk sk1 translasi sains tahun 4 utk sk
1 translasi sains tahun 4 utk sk
 
DSKP SAINS TAHUN 6
DSKP SAINS TAHUN 6DSKP SAINS TAHUN 6
DSKP SAINS TAHUN 6
 
Sukatan sains tahun 4
Sukatan sains tahun 4Sukatan sains tahun 4
Sukatan sains tahun 4
 
Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2
 
DSKP Sains Tahun 5
DSKP Sains Tahun 5DSKP Sains Tahun 5
DSKP Sains Tahun 5
 
HSP Sains tingkatan 2
 HSP Sains tingkatan 2 HSP Sains tingkatan 2
HSP Sains tingkatan 2
 
Pppmscience tingkatan2
Pppmscience tingkatan2Pppmscience tingkatan2
Pppmscience tingkatan2
 
Hsp sains tingkatan 1
Hsp sains tingkatan 1Hsp sains tingkatan 1
Hsp sains tingkatan 1
 
Dskp sains tahun 5 utk sk
Dskp sains tahun 5 utk skDskp sains tahun 5 utk sk
Dskp sains tahun 5 utk sk
 

Viewers also liked

Perancangan strategik t5(sains)
Perancangan strategik  t5(sains)Perancangan strategik  t5(sains)
Perancangan strategik t5(sains)sugaasini
 
Laporan keputusan peperiksaan percubaan spm tingkatan 5 bersih
Laporan keputusan peperiksaan percubaan spm tingkatan 5 bersihLaporan keputusan peperiksaan percubaan spm tingkatan 5 bersih
Laporan keputusan peperiksaan percubaan spm tingkatan 5 bersihAQUILA ALBERT
 
07 pembahagian minggu 2016
07   pembahagian minggu 201607   pembahagian minggu 2016
07 pembahagian minggu 2016Asterer Terer
 
Math(F5) Transformation Iii
Math(F5)  Transformation IiiMath(F5)  Transformation Iii
Math(F5) Transformation Iiiroszelan
 
Divider dan cuti negeri kumpulan b
Divider dan cuti negeri kumpulan bDivider dan cuti negeri kumpulan b
Divider dan cuti negeri kumpulan bammarwajdi
 
Bilangan minggu persekolahan 2017
Bilangan minggu persekolahan 2017Bilangan minggu persekolahan 2017
Bilangan minggu persekolahan 2017Rabia Sensei
 
Cuti sekolah print
Cuti sekolah printCuti sekolah print
Cuti sekolah printfatinff
 
Divider buku rekod pengajaran dan pembelajaran 2017 v1.0
Divider buku rekod pengajaran dan pembelajaran 2017 v1.0Divider buku rekod pengajaran dan pembelajaran 2017 v1.0
Divider buku rekod pengajaran dan pembelajaran 2017 v1.0faizah12
 
Separator buku rekod mengajar 2017
Separator buku rekod mengajar 2017Separator buku rekod mengajar 2017
Separator buku rekod mengajar 2017Elyza Elyzai
 
Rpt kssm 2017 f1
Rpt kssm 2017 f1Rpt kssm 2017 f1
Rpt kssm 2017 f1nur eleeza
 
Kandungan rekod persediaan mengajar 2015
Kandungan rekod persediaan mengajar 2015Kandungan rekod persediaan mengajar 2015
Kandungan rekod persediaan mengajar 2015Pendeta Qassam
 
Format buku persediaan mengajar (1)
Format buku persediaan mengajar (1)Format buku persediaan mengajar (1)
Format buku persediaan mengajar (1)Azmeer Reemza
 

Viewers also liked (20)

Ringkasan rpt sains t3
Ringkasan rpt sains t3Ringkasan rpt sains t3
Ringkasan rpt sains t3
 
Ringkasan rpt sains t2 2017
Ringkasan rpt sains t2 2017Ringkasan rpt sains t2 2017
Ringkasan rpt sains t2 2017
 
Perancangan strategik t5(sains)
Perancangan strategik  t5(sains)Perancangan strategik  t5(sains)
Perancangan strategik t5(sains)
 
Laporan keputusan peperiksaan percubaan spm tingkatan 5 bersih
Laporan keputusan peperiksaan percubaan spm tingkatan 5 bersihLaporan keputusan peperiksaan percubaan spm tingkatan 5 bersih
Laporan keputusan peperiksaan percubaan spm tingkatan 5 bersih
 
Divider buku rekod
Divider buku rekodDivider buku rekod
Divider buku rekod
 
07 pembahagian minggu 2016
07   pembahagian minggu 201607   pembahagian minggu 2016
07 pembahagian minggu 2016
 
Rpt sains tingkatan 3
Rpt sains tingkatan 3Rpt sains tingkatan 3
Rpt sains tingkatan 3
 
Aku janji
Aku janjiAku janji
Aku janji
 
Math(F5) Transformation Iii
Math(F5)  Transformation IiiMath(F5)  Transformation Iii
Math(F5) Transformation Iii
 
Divider dan cuti negeri kumpulan b
Divider dan cuti negeri kumpulan bDivider dan cuti negeri kumpulan b
Divider dan cuti negeri kumpulan b
 
Bilangan minggu persekolahan 2017
Bilangan minggu persekolahan 2017Bilangan minggu persekolahan 2017
Bilangan minggu persekolahan 2017
 
Cuti sekolah print
Cuti sekolah printCuti sekolah print
Cuti sekolah print
 
Divider buku rekod pengajaran dan pembelajaran 2017 v1.0
Divider buku rekod pengajaran dan pembelajaran 2017 v1.0Divider buku rekod pengajaran dan pembelajaran 2017 v1.0
Divider buku rekod pengajaran dan pembelajaran 2017 v1.0
 
Separator buku rekod mengajar 2017
Separator buku rekod mengajar 2017Separator buku rekod mengajar 2017
Separator buku rekod mengajar 2017
 
Visi misi kpm
Visi misi kpm Visi misi kpm
Visi misi kpm
 
Visi dan misi kpm
Visi dan misi kpmVisi dan misi kpm
Visi dan misi kpm
 
Rpt kssm 2017 f1
Rpt kssm 2017 f1Rpt kssm 2017 f1
Rpt kssm 2017 f1
 
Kandungan rekod persediaan mengajar 2015
Kandungan rekod persediaan mengajar 2015Kandungan rekod persediaan mengajar 2015
Kandungan rekod persediaan mengajar 2015
 
Takwim pjpk
Takwim pjpkTakwim pjpk
Takwim pjpk
 
Format buku persediaan mengajar (1)
Format buku persediaan mengajar (1)Format buku persediaan mengajar (1)
Format buku persediaan mengajar (1)
 

Similar to Sains KBSM

Sp kimia kbsm ppsmi
Sp kimia kbsm ppsmiSp kimia kbsm ppsmi
Sp kimia kbsm ppsmiSopi Slumber
 
Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2Nas Lin
 
Hsp sains tingkatan-2
Hsp sains tingkatan-2Hsp sains tingkatan-2
Hsp sains tingkatan-2Khat Erin
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp) sains tahun 6
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp) sains tahun 6Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp) sains tahun 6
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp) sains tahun 6Ruzami Ibrahim
 
DSKP Sains Tahun 4 SK.pdf
DSKP Sains Tahun 4 SK.pdfDSKP Sains Tahun 4 SK.pdf
DSKP Sains Tahun 4 SK.pdfYaldaf Lee
 
DSKP Sains Tahun 5 SK.pdf
DSKP Sains Tahun 5 SK.pdfDSKP Sains Tahun 5 SK.pdf
DSKP Sains Tahun 5 SK.pdfYaldaf Lee
 
Hsp sains tingkatan 4 bm
Hsp sains tingkatan 4 bmHsp sains tingkatan 4 bm
Hsp sains tingkatan 4 bmAzwina_AAK
 
Terjemahan ppsmi tahun 4 sains dlm bm
Terjemahan ppsmi tahun 4 sains dlm bmTerjemahan ppsmi tahun 4 sains dlm bm
Terjemahan ppsmi tahun 4 sains dlm bmMohd Sariman
 
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bmDs dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bmarifaliah
 
Dskp dunia sains dan teknologi tahun 2
Dskp dunia sains dan teknologi tahun 2Dskp dunia sains dan teknologi tahun 2
Dskp dunia sains dan teknologi tahun 2vleadminaba2059
 
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bmDs dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bmMohd Noor Khairizam
 
Ds dunia sains dan teknologi tahun 1 sk
Ds dunia sains dan teknologi tahun 1 skDs dunia sains dan teknologi tahun 1 sk
Ds dunia sains dan teknologi tahun 1 sksma lughatul quran
 

Similar to Sains KBSM (20)

Hsp sc y6
Hsp sc y6Hsp sc y6
Hsp sc y6
 
Sp kimia kbsm ppsmi
Sp kimia kbsm ppsmiSp kimia kbsm ppsmi
Sp kimia kbsm ppsmi
 
Sains tingkatan 3
Sains tingkatan 3Sains tingkatan 3
Sains tingkatan 3
 
Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2
 
Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2
 
Hsp sains tingkatan-2
Hsp sains tingkatan-2Hsp sains tingkatan-2
Hsp sains tingkatan-2
 
Dskp sains tahun 6
Dskp sains tahun 6Dskp sains tahun 6
Dskp sains tahun 6
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp) sains tahun 6
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp) sains tahun 6Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp) sains tahun 6
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp) sains tahun 6
 
DSKP Sains Tahun 4 SK.pdf
DSKP Sains Tahun 4 SK.pdfDSKP Sains Tahun 4 SK.pdf
DSKP Sains Tahun 4 SK.pdf
 
DSKP Sains Tahun 5 SK.pdf
DSKP Sains Tahun 5 SK.pdfDSKP Sains Tahun 5 SK.pdf
DSKP Sains Tahun 5 SK.pdf
 
Hsp sains tingkatan 4 bm
Hsp sains tingkatan 4 bmHsp sains tingkatan 4 bm
Hsp sains tingkatan 4 bm
 
Terjemahan ppsmi tahun 4 sains dlm bm
Terjemahan ppsmi tahun 4 sains dlm bmTerjemahan ppsmi tahun 4 sains dlm bm
Terjemahan ppsmi tahun 4 sains dlm bm
 
Hsp sc y5
Hsp sc y5Hsp sc y5
Hsp sc y5
 
Hsp sains t5
Hsp sains t5Hsp sains t5
Hsp sains t5
 
Hsp bio t5
Hsp bio t5Hsp bio t5
Hsp bio t5
 
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bmDs dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
 
Dskp dunia sains dan teknologi tahun 2
Dskp dunia sains dan teknologi tahun 2Dskp dunia sains dan teknologi tahun 2
Dskp dunia sains dan teknologi tahun 2
 
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bmDs dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
 
Hsp fizik_tg.4bm
Hsp  fizik_tg.4bmHsp  fizik_tg.4bm
Hsp fizik_tg.4bm
 
Ds dunia sains dan teknologi tahun 1 sk
Ds dunia sains dan teknologi tahun 1 skDs dunia sains dan teknologi tahun 1 sk
Ds dunia sains dan teknologi tahun 1 sk
 

More from Hamizilawati Ishak

More from Hamizilawati Ishak (7)

Rpt sains t2 2017
Rpt sains t2 2017Rpt sains t2 2017
Rpt sains t2 2017
 
Pppmscience tingkatan3
Pppmscience tingkatan3Pppmscience tingkatan3
Pppmscience tingkatan3
 
Pppmscience tingkatan2
Pppmscience tingkatan2Pppmscience tingkatan2
Pppmscience tingkatan2
 
DSKP SAINS TING 1
DSKP SAINS TING 1DSKP SAINS TING 1
DSKP SAINS TING 1
 
Ringkasan RPT SAINS F1
Ringkasan RPT SAINS F1Ringkasan RPT SAINS F1
Ringkasan RPT SAINS F1
 
Rpt sains f1 2017
Rpt sains f1 2017Rpt sains f1 2017
Rpt sains f1 2017
 
Kem pemantapan aqidah
Kem pemantapan aqidahKem pemantapan aqidah
Kem pemantapan aqidah
 

Recently uploaded

Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptYanseBetnaArte
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 

Recently uploaded (20)

Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 

Sains KBSM

  • 1. Sukatan pelajaran sains kbsm 1 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH SAINS
  • 2. Sukatan pelajaran sains kbsm 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH SAINS Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2001
  • 3. Sukatan pelajaran sains kbsm 3 Cetakan Pertama 2000 Cetakan Kedua 2001 (c) Kementerian Pendidikan Malaysia 2000, 2001 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Sukatan Pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah: kimia. ISBN 983-62-7119-8 1. Science-Outlines, syllabi, etc. 2. Science--Study and teaching (Secondary)--Malaysia. 1. Malaysia. Kementerian Pendidikan. Pusat Perkembangan Kurikulum. 570.12595 Dicetak oleh Percetakan Dewan bahasa dan Pustaka Lot 1037, Mukim Perindustrian PKNS Ampang/Hulu Kelang Selangor Darul Ehsan
  • 4. Sukatan pelajaran sains kbsm 4 RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN iii
  • 5. Sukatan pelajaran sains kbsm 5 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. iv
  • 6. Sukatan pelajaran sains kbsm 6 Kata Pengantar Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Sains ialah mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah. Mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni. Kandungan Sukatan Pelajaran Sains Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merangkumi kajian tentang manusia dan kepelbagaian hidupan, jirim, penyenggaraan dan kesinambungan hidup, daya dan gerakan, tenaga dalam kehidupan, keseimbangan dan pengurusan alam sekitar, perkembangan teknologi industri dan angkasa lepas. Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini. PENDAHULUAN v
  • 7. Sukatan pelajaran sains kbsm 7 Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoral tinggi. Hasrat ini termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam merealisasikan pembinaan insan seperti yang dihasratkan itu, pendidikan sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Randah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diwacanakan agar berupaya membentuk rakyat Malaysia yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang berilmu, saintifik dan progresif. Di samping itu, masyarakat ini juga berkebolehan untuk mengurus alam dan sumbernya secara optimum dan bertanggungjawab . Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreaif, dan berterampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi. Sains adalah salah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni . Intergrasi antara tiga elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidkan sains. Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan murid memahami alam sekeliling mereka. Sains juga merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Jesturu, ia memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Ilmu pengetahuan diperoleh sebagai hasil penyiasatan. Inkuiri secara saintifik juga memerlukan dan membolehkan murid memperkembangkan sikap saintifik dan nilai murni. Kurikulim Sains KBSR dan KBSM digubal untuk murid dari sekolah rendah ke sekolah menengah . Kurikulum ini digubal berlandaskan keperluan negara dan ciri mengoptimunkan hasil pembelajaran. 1
  • 8. Sukatan pelajaran sains kbsm 8 Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat mata pelajaran elektif. Mata-mata pelajaran teras adalah Sains untuk sekolah rendah dan Sains untuk sekolah menengah. Mata-mata pelajaran elektif ditawarkan di sekolah menengah atas. Mata- mata pelajaran ini adalah Biolagi, Fizik, Kimia, dan Sains Tambahan. Mata- mata pelajaran Sains untuk sekolah rendah dan Sains untuk sekolah menengah rendah direka bentuk untuk memberi pengetahuan asas sains kepada murid, menyediakan murid supaya celik sains dan mampu mengikuti sains di peringkat menengah atas. Sains untuk sekolah menengah atas pula, di samping menghasikan murid yang celik sains, inovatif, juga menyediakan murid yang cenderung , minat dan berupaya dalam bidang sains dan teknologi yang khusus dan profesional. Golongan murid ini akan menjadi sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Mata pelajaran Sains untuk sekolah menengah merupakan satu program yang dilaksanakan dalam tempoh lima tahun untuk murid tingkatan satu. Program ini memberi penekanan kepada pengetahuan dan kefahaman tentang sains serta aplikasinya dalam kehidupan harian dan kemajuan teknologi berlandaskan nilai murni. Kemahiran saintifik diperlukan dalam usaha mencari, memahami dan menggunakan ilmu pengetahuan sains. Kurikulum sains diperjelaskan dalam dua dokumen iaitu Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). SP menggariskan matlamat, objektif, penekanan dan kandungan kurikulum secara umum. HSP memperincikan kehendak kurikulum sains mengikut tingkatan . HSP terdiri daripada maklumat tentang matlamat dan objektif kurikulum, penerangan ringkas tentang kemahiran berfikir, kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murni , strategi pengajaran dan pembelajaran dan isi kandungan. Isi kandungan ini memberi spesifikasi tentang kurikulum melalui Hasil Pembelajaran yang dihasratkan dan Cadangan Aktiviti pembelajaran. Di samping itu bahan sokongan kurikulum yang bertujuan untuk membantu melaksanakan kurikulum dengan lebih berkesan juga disediakan. 2
  • 9. Sukatan pelajaran sains kbsm 9 MATLAMAT Kurikulum Sains untuk sekolah menengah bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian . Justeru, murid mempunyai landasan sains dan teknologi untuk melanjutkan pelajaran di samping mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat ikram, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam. OBJEKTIF Kurikulum Sains untuk sekolah menengah membolehkan murid : 1. Memperoleh pengetahuan sains dan teknologi dan dapat menghubungkaitkan pengetahuan ini denagn fenomena alam semula jadi dan pengalaman harian. 2. Memahami pengetahuan sains berkaitan dengan perkembangan bidang sains dan teknologi, pengurusan alam semula jadi dan sumbernya. 3. Menguasai kemahiram berfikir dan kemahiran saintifik. 4. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsikan. 5. Menangani cabaran dunia sains dan teknologi dan bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi . 6. Menilai maklumat berkenaan dengan sains dan teknologi secara bijak dan berkesan. 3
  • 10. Sukatan pelajaran sains kbsm 10 7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni. 8. Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semula jadi untuk keberterusan hidup manusia sejagat. 9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat. 10. Menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains adalah usaha manusia berasaskan kemampuan akal untuk memahami fonomena alam ke arah mencapai kesejahteraan hidup manusia sejagat. ORGANISASI KURIKULUM Kurikulum Sains untuk sekolah menengah disusun atur dengan tema. Setiap tema mengandungi beberapa bidang pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran mempunyai satu atau lebih hasil pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan tema dan bidang pembelajaran yang berkenaan. Hasil pembelajaran diperincikan kepada aras yang merangkumi objektif pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir, kemahiran saintifik, serta penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Aktiviti pembelajaran dicadangkan untuk mencapai setiap objektif pembelajaran yang dihasratkan. Cadangan aktiviti pembelajaran mengutamakan pembelajaran yang mampu mendorong murid berfikir dan memperkembangkan minda mereka dalam proses pembelajaran konsep sains serta mengaplikasikan sains dan teknologi . Pembelajaran berfikrah ini boleh berlaku melalui pelbagai pendekatan seperti inkuiri, sains teknologi dan masyarakat, pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran masteri dan pembelajaran yang bermakna. Pendekatan ini merangkumi kaedah seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan. Penggunaan sumber luar bilik darjah dalam pengajaran dan pembelajaran sains juga digalakkan. 4
  • 11. Sukatan pelajaran sains kbsm 11 Kemahiran memilih, menganalisis dan menilai maklumat daripada pelbagai sumber turut diperkembangkan melalui kurikulum ini. Sumber maklumat terdiri daripada sumber cetak atau sumber elektronik. Dalam aspek ini teknologi khususnya teknologi maklumat digunakan sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. Kemahiran Saintifik Penguasaan kemahiran saintifik amat di perlukan untuk mengkaji dan memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah serta membuat keputusan secara bersistem. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir secara berkesan. Kemahiran Proses Sains Kemahiran Proses Sains yang perlu diperkembangkan dalam kurikulum sains adalah berikut: • Memerhati. • Mengelaskan. • Mengukur dan menggunakan nombor. • Membuat inferens. • Meramalkan. • Berkomunikasi. • Menggunakan perhubungan ruang dan masa. • Mentafsirkan data. • Mendefinisikan secara operasi. • Mengawal pemboleh ubah. 5
  • 12. Sukatan pelajaran sains kbsm 12 • Membuat hipotesis. • Mengeksperimen. Kemahiran Manipulatif Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan aktiviti berikut : • Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. • Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. • Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. • Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat. • Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat. Kemahiran Berfikir Pengajaran dan pembelajaran sains memberi satu peluang yang baik untuk mengembangkan kemahiran berfikir murid. Pada masa yang sama, strategi pengajaran dan pembelajaran dalam sains memerlukan penggunaaan kemahiran berfikir kritis dan kemahiran berfikir kreatif . Sikap Saintifik dan Nilai Murni Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri murid. Penerapan sikap saintifik dan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan sama ada secara bersahaja atau secara terancang. Dalam kurikulum ini, objektif pembelajaran untuk domain afektif ini di jadikan Hasil 6
  • 13. Sukatan pelajaran sains kbsm 13 Pembelajaran yang khusus. Aktiviti yang spesifik untuk mencapai objektif pembelajaran ini di cadangkan. Kandungan Pengetahuan Kandungan kurikulum ini diolah dalam sembilan tema iaitu : A. Memperkenalkan sains. B. Manusia dan kepelbagaian hidupan. C. Jirim dan alam. D. Penyenggaraan dan kesinambungan hidup. E. Daya dan gerakan. F. Tenaga dalam kehidupan. G. Keseimbangan dan pengurusan alam sekitar. H. Perkembangan teknologi industri dalam masyarakat. I. Astromoni dan penerokaan angkasa lepas. Berikut diberikan kandungan dalam setiap tema bidang pembelajaran: A. Memperkenalkan Sains Tema ini memperkenalkan murid kepada pengertian sains dan teknologi di mana sains dilihat sebagai suatu susunan ilmu pengetahuan yang sentiasa berkembang dan teknologi sebagai aplikasi pengetahuan sains. Murid juga diperkenalkan kepada kaedah pemerolehan pengetahuan sains secara saintifik melalui penyiasatan saintifik. Murid dilatih menjalankan penyiasatan yang sistematik untuk memahami fenomena alam serta menguji kebenaran dan kesahihannya. Di samping itu, tema ini juga membincangkan tentang kuantiti fizik dan pengukuran di mana murid di dedahkan kepada prinsip penggunaa alat pengukur dan penggunaan unit sistem Antaranangsa (SI) serta perlunya penggunaan unit piawai untuk memudahkan perhubungan antarabangsa. Kandungan tema ini adalah seperti berikut : 1. Pengenalan sains. 7
  • 14. Sukatan pelajaran sains kbsm 14 • Memahami sains. • Kaedah penyiasatan saintifik. • Kuantiti fizik dan pengukuran. • Sikap saintifik dan nilai murni. B Manusia dan Kepelbagaian Hidupan Tema ini bertujuan memberi kefahaman tentang sel sebagai unit asas hidupan kepelbagaian hidupan dan pengelasannya, mikroorganisma dan faedah serta kesannya terhadap kesihatan. Tema ini juga memberi tumpuan tentang manusia bagi membolehkan murid memahami dirinya untuk menghargai kesihatan dan juga tentang keistimewaan manusia mempunyai akal dan roh serta telah dicipta untuk mengurus alam ini. Kandungan tema ini adalah seperti berikut : 1. Sel sebagai Unit Asas Kehidupan. • Sel. • Organisma unisel dan multisel. • Sel manusia. 2. Kepelbagaian Hidupan dan Pengelasannya. • Pelbagai hidupan di Bumi. • Pengelasan haiwan. • Pengelasan tumbuhan. • Sistem pengelasan hidupan. • Kedudukan istimewa manusia dalam alam. 8
  • 15. Sukatan pelajaran sains kbsm 15 3. Mikrooganisma dan kesannya ke atas kehidupan • Pengelasan mikroorganisma. • Faktor yang mempengaruhi aktiviti mikroorganisma. • Peranan mikroorganisma yang berfaedah dalam kehidupan harian. • Mikroorganisma yang berbahaya. • Pencegahan jangkitan penyakit. • Cara merawat pesakit. C Jirim dalam Alam Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang kepelbagaian sumber di Bumi dan kepentingan untuk menyokong kehidupan. Tema ini juga merangkumi kajian tentang jirim serta struktur dan sifat pelbagai bahan. Ini adalah untuk membolehkan murid memahami bagaimana pelbagai jenis bahan dihasilkan daripada sumber Bumi untuk membuat pelbagai jenis barangan buatan manusia melalui teknologi. Pendedahan kepada isu pencemaran dan kesusutan bahan api semula jadi adalah untuk memberi kesedaran bahawa manusia perlu memainkan peranan yang bertanggungjawab dalam usaha mengurus alam dengan bijaksana demi kesejahteraan hidup. Kandungan tema ini seperti berikut : 1. Jirim • Keadaan jirim. • Kesan haba pada jirim. • Ketumpatan dan keapungan. • Prinsip pengembangan dan pengecutan. 9
  • 16. Sukatan pelajaran sains kbsm 16 2. Kepelbagaian Sumber di Bumi. • Sumber bumi. • Sumber bumi dalam unsur, sebatian dan campuran. 3. Udara di Sekeliling Kita • Kandungan udara. • Sifat penggunaan gas. • Oksigen untuk respirasi. • Pengaratan. • Pembakaran. • Karbon dioksida untuk fotosintesis. • Tekanan udara. • Pemcemaran udara. • Komposisi gas dalam udara. 4. Air dan Laruatan. • Sifat fizikal air. • Komposisi air. • Sejatan air. • Kitar semula jadi air. • Larutan dan keterlarutan. • Pelarut bukan air. • Asid dan alkali. • Tindak balas peneutralan. • Pembersihan air. 10
  • 17. Sukatan pelajaran sains kbsm 17 • Sistem bekalan air. • Memelihara dan memulihara kualiti air. 5. Tanah dan Sumbernya • Struktur Bumi dan kepentingannya. • Jenis batuan. • Tanih. • Organisma tanih. • Kesuburan tanih. • Mineral dalam kerak Bumi. • Tindakan logam dan bukan logam. • Logam dari bijih. • Sebatian silikon. • Sebatian kalsium. • Sumber bahan api semula jadi dan kepentingannya. • Memelihara dan memulihara tanah dan sumbernya. 6. Jirim dan Bahan • Perubahan keadaan jirim. • Struktur atom. • Nombor proton dan nombor nukleon. • Pengelasan unsur dalam Jadual Berkala Unsur. • Sifat bahan berdasarkan zarah yang terdapat di dalamnya. • Logam dan bukan logam. 11
  • 18. Sukatan pelajaran sains kbsm 18 • Kaedah penulenan bahan. • Kepelbagaian sifat dan keadaaan bahan dapat memberi manfaat kepada manusia. 7. Sebatian Karbon • Kepelbagaian sebatian karbon di Bumi. • Alkohol dan kesannya kepada kesihatan. • Lemak dan kesannya kepada kesihatan. • Kelapa sawit serta kepentingannya. • Pembuatan sabun dan tindakan pencucian. • Polimer asli. D Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup Tema ini bertujuan memberi kefahaman tentang proses hidup yang di lalui oleh hidupan bagi meneruskan kehidupan dan kepentingan deria kepada manusia dan hidupan lain bagi mengesan alam sekelilingnya. Tema ini juga bertujuan untuk menunjukkan bagaimana badan kita dikoordinasikan melalui sistem saraf dan sistem endkorin di samping memberi kefahaman tentang keturunan dan variasi di kalangan manusia dan hidupan. Kandungan tema ini adalah seperti berikut : 1. Dunia Melalui Deria Kita • Organ deria dan fungsi. • Deria sentuh. • Deria bau. • Deria rasa. • Deria pendengaran dan derai imbangan. 12
  • 19. Sukatan pelajaran sains kbsm 19 • Deria penglihatan. • Ransangan dan gerak balas manusia. 2. Cahaya dan penglihatan. • Sifat cahaya. • Mekanisme penglihatan manusia. • Cacat penglihatan dan pembetulan. • Had deria penglihatan. • Alat mengatasi had deria Penglihatan. 3. Bunyi dan Pendengaran. • Sifat bunyi. • Kelangsingan dan kenyaringan bunyi. • Cacat pendengaran. • Had deria pendengaran. • Alat mengatasi had deria pendengaran. 4. Pengesanan Ransangan dan Gerak Balas Tumbuhan • Ransangan dan gerak balas tumbuhan. 5. Nutrisi. • Kelas makanan. • Gizi seimbang. • Makanan untuk kesihatan. • Gigi manusia. 13
  • 20. Sukatan pelajaran sains kbsm 20 • Sistem pencernaan manusia. • Pencernaan makanan. • Penyerapan dan pengangkutan hasil pencernaan. 6. Peredaran Darah dan Pengangkutan • Sistem peredaran darah manusia. • Darah manusia. • Sistem pengangkutan tumbuhan. 7. Respirasi • Mekanisme pernafasan manusia. • Pengangkutan oksigen dalam badan. • Proses respirasi. 8. Perkumuhan • Perkumuhan manusia. • Ginjal manusia. • Perkumuhan tumbuhan. 9. Pembiakan • Pembiakan seks dan aseks. • Sistem pembiakan lelaki dan perempuan. • Persenyawaan dan kehamilan manusia. • Nutrisi dalam tempoh kehamilan. • Penyelidikan dalam pembiakan. 14
  • 21. Sukatan pelajaran sains kbsm 21 • Pembikan seks tumbuhan berbunga. • Pendebungaan. • Pencaran dan percambahan biji benih. • Pembiakan vegatatif tumbuhan berbunga. • Pembiakan tumbuhan tak berbunga. 10. Pertumbuhan • Pertumbuhan manusia. • Pertumbuhan tumbuhan. • Kitar hidup haiwan dan kepentingannya. 11. Koordinasi Badan. • Kewujudan koordinasi badan. • Sistem saraf manusia. • Otak manusia dan kerencamannya. • Koordinasi kimia dalam badan. • Koordinasi antara sistem saraf dengan sistem endokrin. • Kesan penyalahgunaan dadah terhadap koordinasi badan dan kesihatan. • Kesan pengambilan minuman beralkohol terhadap koordinasi badan, kesihatan dan perlakuan. 12. Keturunan dan Variasi • Proses pembahagian sel. • Prinsip dan mekanisme pewarisan sifat. 15
  • 22. Sukatan pelajaran sains kbsm 22 • Penentuan seks anak dan kejadian kembar pada manusia. • Mutasi dalam kehidupan. • Kesan penyelidikan genetik terhadap kehidupan manusia. • Variasi di kalangan hidupan. 13. Nutrisi dan Pengeluaran Makanan • Kepentingan amalan pengambilan nutrisi yang baik dan seimbang. • Hubungan fotosintesis dengan pengeluaran makanan dan keperluan nutrien oleh tumbuhan. • Kitar Nitrogen dan kepentingannya. E. Daya dan Gerakan Tema ini bertujuan untuk memberi pengenalan kepada kajian tentang prinsip asas daya dan gerakan di darat, air dan udara. Tema ini juga bertujuan memberi kefahaman tentang sokongan pada manusia dan hidupan serta kebolehan anggota badan kita bergerak. Kandungan tema ini adalah seperti berikut : 1. Dinamik • Daya dan pengukurannya. • Daya geseran. • Kerja dan kuasa. 16
  • 23. Sukatan pelajaran sains kbsm 23 2. Sokongan dan Pergerakan • Sokongan pada manusia, haiwan, dan tumbuhan. • Pergerakan anggota manusia. • Sokongan dan gerakan haiwan vertebrata dan invertebrata. 3. Gerakan. • Jisim dan inersia. • Gerakan kenderaan di darat. • Laju, halaju dan pecutan. • Momentum dan perkaitannya dengan daya. • Tekanan. • Tekanan dalam sistem hidraulik. • Prinsip Archimedes dalam gerakan kenderaan di air. • Gerakan kenderaan di udara. F. Daya dalam Kehidupan Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang kewujudan pelbagai bentuk tenaga, penjimatan dan kecekapan tenaga, dan kepentingan tenaga dalam kehidupan. Tema ini juga bertujuan memberi kefahaman tentang penyusutan tenaga dan tenaga alternatif. Di samping itu, tema ini memberi kefahaman tentang cahaya dan warna serta peranannya dalam kehidupan dan sumbangan teknologi optik dalam usaha meningkatkan keupayaan deria manusia. Kandungan tema ini adalah seperti berikut : 1. Sumber dan Bentuk Tenaga 17
  • 24. Sukatan pelajaran sains kbsm 24 • Pelbagaian sumber tenaga. • Sumber tenaga menyusut. • Sumber tenaga alternatif. • Keabadian tenaga. 2. Haba dan Pemindahannya • Cara dan aplikasi pemindahan haba. • Serapan dan pancaran haba sinaran. • Haba dan suhu. • Pengawalan haba dalam hidupan dan manusia. 3. Keelektrikan • Elektrostatik. • Arus elektrik. • Ukuran Kuantiti elektrik. • Arus, Voltan dan rintangan. • Litar elektrik. • Penjimatan elektrik. 4. Kemagnetan dan Keelektromagnetan • Kemagnetan dan elektrogment. • Arus terus dan arus ulang alik. 5. Penjanaan dan Bekalan Elektrik • Penjanaan tenaga elektrik. 18
  • 25. Sukatan pelajaran sains kbsm 25 • Transformer. • Hantaran dan agihan tenaga elektrik. • Bekalan dan sistem pendawaian elektrik. • Kos tenaga elektrik. • Fius dan dawai bumi. • Langkah keselamatan penggunaan tenaga elektrik. • Penjimatan tenaga. 6. Tenaga Nuklear • Bahan radioaktif. • Proses penghasilan tenaga nuklear dan kegunaannya. • Kesan penggunaan bahan radioaktif dan tenaga nuklear terhadap hidupan. 7. Tenaga dan Perubahan Kimia • Perubahan kimia dan perubahan fizik. • Perubahan haba dalam tindak balas kimia. • Siri kereaktifan logam. • Elektrolisis. • Penghasilan tenaga elektrik melalui tindak balas kimia. • Tindak balas kimia yang berlaku dengan adanya cahaya. 8. Cahaya, Warna, dan Penglihatan 19
  • 26. Sukatan pelajaran sains kbsm 26 • Pembentukan imej oleh mata dan alatan optik. • Penyebaran dan penyerakan cahaya. • Penambahan dan penolakan warna. • Prinsip penolakan cahaya berwarna dalam penglihatan objek berwarna. • Pencampuran pigmen. • Kepentingan warna dalam kehidupan harian. G. Keseimbangan dan Pengurusan Alam Sekitar Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang keseimbangan alam dan saling bersandaran antara hidupan dengan alam sekitar, kitar semula jadi yang berlaku dalam alam serta kesan pengurusan alam sekitar yang tidak sistematik. Tema ini juga bertujuan memberi kesedaran bahawa manusia memainkan peranan yang penting dalam memelihara dan memulihara keseimbangan alam dan perlu menguruskan alam ini dengan bijaksana. Kandungan tema ini adalah seperti berikut : 1. Saling Bersandaran antara Hidupan dengan Persekitaran • Saling bersandaran antara hidupan dengan alam sekitar. • Penyesuaian hidupan. • Interaksi antara hidupan. • Siratan makanan dan piramid nombor. • Peranan manusia dalam mengekalkan keseimbangan alam. 2. Pemeliharaan dan Pemuliharaan 20
  • 27. Sukatan pelajaran sains kbsm 27 • Sumber hutan hujan tropika dan kepentingannya. • Memelihara dan memulihara alam sekitar. • Kepelbagaian hidupan di Malaysia. • Keseimbangan alam sekitar. • Kesan pencemaran terhadap alam sekitar. • Kepentingan pengolahan dan pengurusan sumber alam dalam mengekalkan keseimbangan alam. H. Perkembangan Teknologi Industri dalam Masyarakat Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang perkembangan teknologi industri dalam masyarakat. Tema ini meliputi pemahaman tentang mesin dan kestabilan objek, alat elektronik dan penghasilan pelbagai jenis bahan daripada sumber Bumi untuk membuat barangan melalui teknologi. Tumpuan diberikan kepada kepada sumbangan teknologi dalam pengeluaran dan pemprosesan makanan serta sumbangan bidang elektronik dalam mempertingkatkan lagi keupayaan penghantaran maklumat. Tumpuan diberikan juga di berikan kepada masalah pembuangan sisa industri dan kesannya terhadap alam sekitar. Kandungan tema ini adalah seperti berikut : 1. Kekuatan dan Kestabilan • Kestabilan objek. • Kestabilan struktur. 2. Mesin • Tuas dan sistem akal. • Penciptaan mesin. 21
  • 28. Sukatan pelajaran sains kbsm 28 3. Elektronik • Alat elektronik. • Inovasi dalam bidang elektronik. 4. Bahan Kimia dalam Perindustrian • Sifat aloi dan penggunaannya dalam industri. • Pengunaan ammonia dalam industri. • Kesan pembuangan bahan sisa industri terhadap alam sekitar. 5. Peningkatan Pengeluaran dan Teknologi Makanan • Perkembangan dalam teknologi makanan. • Peningkatan pengeluaran makanan negara. 6. Bahan Buatan dalam Perindustrian • Polimer sintetik. • Plastik. 7. Elektronik dan Teknologi Maklumat • Gelombang radio. • Sistem komunikasi radio. • Perkembangan teknologi penghantaran maklumat. 22
  • 29. Sukatan pelajaran sains kbsm 29 I. Astronomi dan Penerokaan Angkasa Lepas Tema ini bertujuan memberi kefahaman tentang alam semesta dan perkaitannya dengan Bumi dan Bulan meliputi fenomena seperti gerhana, dan kejadian siang dan malam. Di samping itu , tema ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran bahawa suatu ketertiban wujud dalam alam dan perlunya manusia meneruskan usaha untuk meluaskan pengetahuan tentang alam ini. Kandungan tema ini adalah seperti berikut : 1. Astronomi • Planet dalam Sistem Suria. • Meteoroid, asteroid dan komet dalam Sistem Suria. • Fenomena alam yang wujud hasil daripada gerakan Bumi dan Bulan. • Gerakan Bumi dan Bulan menentukan tempoh masa . • Matahari. • Bintang dan Galaksi dalam Alam Semesta. 2. Sains Angkasa Lepas • Perkembangan bidang astronomi dan penerokaan angkasa lepas. • Kepentingan teknologi angkasa lepas. • Usaha penerokaan angkasa lepas. 23