SlideShare a Scribd company logo
1 of 29
Download to read offline
UNIT 4        PENILAIAN PENDIDIKAN MORAL



Sinopsis


Unit ini membincangkan tentang penilaian mata pelajaran Pendidikan Moral, pembinaan
instrumen pengukuran dan penilaian, dan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR).


Tajuk penilaian Pendidikan Moral memberikan kemahiran kepada pelajar mengetahui
pelbagai jenis penilaian. Selain itu mereka akan juga didedahkan dengan kemahiran
membina jadual penentuan ujian (JPU) dan item ujian Pendidikan Moral. Pengetahuan
ini penting supaya pelajar mahir dalam merancang, membina dan mentadbir penilaian
Pendidikan Moral dengan berkesan.


Hasil Pembelajaran


Pada akhir unit ini pelajar dapat:


   1. merancang dan membina pelbagai bentuk item penilaian Pendidikan Moral.
   2. berkemahiran membina jadual penentuan ujian (JPU)
   3. menjalankan penilaian berterusan mengikut konsep Penilaian Kendalian Sekolah
       Rendah (PKSR) dengan tepat dan berkesan.




                                        1
TAJUK 1          PENILAIAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH



Pengenalan


Anda mungkin lebih kerap mendengar istilah ‘ujian’ daripada istilah ‘penilaian’. Ini
adalah kerana sepanjang anda berada di bangku sekolah anda diberi ujian dan
peperiksaan. Apakah sebenarnya penilaian?


Penilaian   merupakan    satu   proses   sistematik   yang   dijalankan   dengan   tujuan
mengumpulkan maklumat untuk membuat suatu taksiran. Taksiran ini amat berkaitan
dengan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.


1.1 Jenis Penilaian


1.1.1 Penilaian Formal


Pelajar sekalian, sekarang mari kita lihat apakah jenis penilaian yang terdapat di dalam
Pendidikan Moral. Pada pendapat anda adakah penilaian Pendidikan Moral             sama
dengan penilaian bagi mata pelajaran lain?


Penilaian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formal dan penilaian tidak
formal. Penilaian formal merangkumi penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif
melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur perkembangan pembelajaran setelah
pelajar selesai mengikuti satu unit pelajaran yang kecil. Keputusan yang diperolehi
digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk menetapkan gred atau
kedudukan dalam bilik darjah. Program pengayaan akan diadakan untuk murid-murid
yang mendapat pencapaian yang cemerlang, manakala program pemulihan akan
diadakan untuk murid-murid yang tidak dapat menguasai pembelajaran tersebut.
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus. Tujuannya
adalah untuk menentukan gred atau taraf sijil.   Skop ujian sumatif   adalah luas dan ia
lazimnya mengukur satu contoh semua tugasan pembelajaran yang ditetapkan dalam
pengajaran.




                                             2
Perbandingan antara ujian formatif dan sumatif:




                  UJIAN FORMATIF                   UJIAN SUMATIF
Fungsi            Menghasilkan maklumat      balik Pensijilan murid pada akhir kursus
                  kepada murid dan guru tentang
                  kemajuan murid
Masa diberi       Sepanjang pengajaran             Pada akhir satu-satu kursus atau unit
Kesukaran         Berubah-ubah mengikut segmen     Semua peringkat. Ada penilaian yang
item                                             sangat senang dan ada yang susah
Jenis alat        Alat pengukur formatif yang di Peperiksaan akhir tahun
                  bentuk khusus
Contoh            Ujian bulanan, lembaran kerja, UPSR,         PMR,       SPM,   STPM,
                  buku skrap dan lain-lain         Peperiksaan        Sijil   Perguruan,
                                                   peperiksaan akhir tahun



1.1.2    Penilaian Tidak Formal


Matlamat utama penilaian tidak formal adalah memberi gambaran yang menyeluruh
mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap. Pelaporan penghayatan ini hendaklah
membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar. Ia tidak seharusnya memberi gambaran
gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan pelajar.


Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu :


             i.   Pemerhatian
             ii. Senarai semak dan skala pemeringkatan
             iii. Rekod Anekdot
             iv. Hasil kerja pelajar
             v. Temu bual




i) Pemerhatian




                                             3
Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku pelajar di
dalam dan di luar bilik darjah. Hasil pemerhatian guru tentang kelebihan dan kelemahan
pelajar boleh direkodkan dalam borang yang direkabentuk oleh guru atau pun menilai
tingkah laku murid-murid dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah
ditentukan.


ii) Senarai semak


Senarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murid daripada Tahun satu hingga Tahun
enam telah ditentukan terlebih dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar
berasaskan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin
tinggi markah senarai semak, semakin banyak tingkah laku positif yang dijangkakan
telah ditonjolkan oleh murid-murid. Sampel Senarai semak Tingkah laku pelajar adalah
seperti yang berikut :-




                          SENARAI SEMAK TINGKAHLAKU PELAJAR


Nama :                                     Kelas:                      Tempoh :


                                                                  PEMERHATIAN
                                                                  (YA)  (TIDAK)
BIL   TINGKAH LAKU
1.    Menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan kawasan sekolah
2.    Menghormati rakan, guru dan kakitangan lain di sekolah
3.    Mematuhi arahan , peraturan dan undang-undang
4.    Bersopan santun
5.    Memberi kerjasama kepada rakan dan guru
6.    Selalu bersikap adil
7.    Menepati masa
8.    Menghabiskan tugasan yang diberikan
      Jumlah skor


iii) Skala Pemeringkatan


Teknik skala pemeringkatan melibatkan menilai tingkah laku pelajar berdasarkan satu
skala. Kelebihan teknik ini adalah ia dapat menilai tingkah laku pelajar bukan hanya
setakat `Ya ‘ atau `Tidak’ tetapi berasaskan satu skala pemeringkatan sebab peringkat



                                          4
amalan dan penghayatan nilai adalah sangat berbeza di antara seorang pelajar dengan
pelajar yang lain. Semasa menggunakan teknik penilaian tidak formal, guru perlu
memastikan dia tidak dipengaruhi oleh kesan halo. Kesan halo boleh berbentuk positif
atau negatif. Kesan halo merujuk kepada keadaan di mana sesuatu ciri samada positif
atau negatif    yang menonjol memberi kesan terhadap penilaian pelajar tersebut.
Pengaruh kesan halo akan memberi penilaian yang tidak adil kepada murid-murid yang
baik dalam amalan nilai moral yang lain tetapi lemah dalam sesuatu nilai yang menonjol.
Berikut adalah satu contoh skala pemeringkatan :-


BORANG PENILAIAN TINGKAH LAKU / SAHSIAH (SKALA PEMERINGKATAN)
Nama :                               Kelas :                        Tahun:
          TINGKAH LAKU                     SEMESTER 1                  SEM ESTER 2
                                     1   2    3   4   5         1      2   3   4   5
1. Mematuhi peraturan sekolah
2. Berdiri    tegak     semasa
      menyanyikan lagu `Negaraku’
3.    Berbaris            semasa
      perhimpunan
4.    Memberikan salam     apabila
     berjumpa dengan guru
5. Tidak membuat bising semasa
   guru tidak ada dalam kelas
6. Mendengar arahan guru
7. Menghantar kerja rumah pada
   masa yang ditetapkan
8. Memakai pakaian seragam
     sekolah yang kemas dan bersih
                Skor
           Jumlah Besar

Skala :        1- sangat rendah
               2- rendah
               3- sederhana
               4- baik
               5- sangat baik


iv) Rekod Anekdot




                                           5
Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam sesuatu tempoh
tertentu. Sebelum sesuatu catatan dibuat guru haruslah memerhatikan tingkah laku
pelajar dengan tepat dan teliti. Pemerhatian untuk menilai tingkah laku pelajar
seharusnya merangkumi seberapa ramai pelajar yang mungkin.
Tingkah laku yang diperhatikan haruslah direkodkan dengan jelas, ringkas dan objektif.
Kemudian guru harus membuat pentafsiran atau intepretasi tingkah laku yang
diperhatikan. Berikut adalah satu contoh rekod anekdot :-




                                  REKOD ANEKDOT
Nama Pelajar :_________________________                 Tahun : ________________

     Tarikh                 Jenis Perlakuan                       Komen

 9.7.04            Bergaduh di dalam kelas
17.8.04            Berbual-bual semasa perhimpuan
23.8.04            Tidak memakai lencana sekolah
2.9. 04            Merosakkan meja di dalam kelas
3.9. 04            Meniru semasa ujian matematik

                                             Tandatangan Guru ___________________




V) Hasil Kerja Pelajar
Prestasi seseorang pelajar boleh juga dinilai berdasarkan hasil kerja yang dijalankan
oleh murid-murid dalam dan di luar bilik darjah. Guru boleh menilai hasil murid-murid
berasaskan isi kandungan dan sikap semasa menghasilkan kerja. Aspek–aspek yang
boleh dinilai termasuk sikap dan kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam
menghasilkan kerja.


Vi) Temu bual




                                           6
Temu bual melibatkan interaksi bersemuka dengan murid-murid. Murid-murid diberikan
peluang menyatakan perasaan mereka yang dapat menggambarkan sikap mereka.
Semasa menjalankan temu bual, guru mendorong pelajar berfikir supaya dapat
mewujudkan pelbagai situasi untuk merangsangkan pelajar berfikir secara kritis dan
membuat pertimbangan moral.



              Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting
              dengan membuat ulasan.



Soalan 1
Anda telah pun faham tentang penilaian         formatif dan penilaian sumatif. Tuliskan
perbezaan antara kedua-dua penilaian ini mengikut jadual yang diberikan.




 PERBEZAAN              PENILAIAN FORMATIF                 PENILAIAN SUMATIF

     Fungsi



  Masa diberi



    Contoh

Soalan 2
Bandingkan penilaian formal dan tidak formal berasaskan aspek-aspek berikut:-




PERBANDINGAN            PENILAIAN FORMAL               PENILAIAN TIDAK FORMAL

     Fungsi



   Kelebihan




                                           7
Kelemahan




            Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat
            sumber yang berdekatan untuk membantu pemahaman anda.


Rumusan
Penilaian merupakan satu proses sistematik untuk mengumpul maklumat yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ialah proses yang
menggunakan data kualiti dan data kuantiti untuk membuat taksiran tersebut.Penilaian
biasanya dianggap sebagai suatu proses pengujian yang formal dan biasanya
menimbulkan tekanan dan ketegangan di kalangan pelajar.


                   Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam
                   penyediaan modul.
Bacaan Asas:
Ee Ah Meng, (1994) Pendidikan Moral (Elektif), Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Rujukan:
Abd. Rahman Md. Aroff (1999) Pendidikan moral Teori: Etika dan Amalan Moral,
Universiti Putra Malaysia, Serdang.


TAJUK 2          PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN DAN PENILAIAN



Pendahuluan


Ujian bilik darjah bertujuan mendapatkan maklumat yang sah, yang boleh dipercayai
serta berguna berhubung dengan pencapaian pelajar-pelajar. Proses ini melibatkan
usaha penentuan tentang perkara/butiran/aspek apa yang hendak diukur dan kemudian
mentakrifkannya supaya item ujian boleh dibina untuk mengukurnya. Domain
pencapaian pelajar hendaklah jelas supaya item soalan dapat dibentuk untuk
merangkuminya.



                                         8
Langkah-langkah dan prosedur pembinaan ujian hendaklah mematuhi perkara-perkara
berikut:


•   Menentukan tujuan dan objektif pengajaran yang hendak diuji.
•   Menentukan Jadual penentuan ujian
•   Menulis item-item soalan.
•   Menyunting item.
•   Menjalankan praujian.
•   Mentadbir ujian atau peperiksaan.


2.1 Menentukan Tujuan Ujian dan objektif pengajaran yang hendak diuji


Dengan adanya tujuan yang jelas tugas menyediakan jadual penentuan ujian dapat
dipermudah. Ujian-ujian boleh diklasifikasikan mengikut tujuan. Biasanya ada empat
jenis ujian iaitu ujian penempatan, ujian formatif, ujian diagnostik dan ujian sumatif.


•   ujian penempatan bertujuan menentukan sama ada pelajar mempunyai kemahiran
    yang diperlukan untuk mengikuti satu-satu kursus. Ia juga menguji pengetahuan
    sedia ada pelajar dan sejauh mana mereka telah mencapai objektif pelajaran yang
    ditentukan.
•   ujian formatif bertujuan mengukur kemajuan pelajar serta memberikan maklum
    balas kepada guru.
•   ujian diagnostik bertujuan mencari punca-punca kelemahan pelajar.
•   ujian sumatif pula diberikan pada penghujung sesuatu kursus untuk tujuan
    pensijilan.


Hasil pengajaran yang akan diukur hendaklah sejajar dengan objektif pengajaran. Satu
cara menentukan objektif pengajaran adalah dengan menggunakan taksonomi objektif
pendidikan. Taksonomi ini merupakan sistem yang mengelaskan objektif domain-domain
kognitif (Bloom 1956), afektif (Krathwohl 1964) dan psikomotor (Harrow 1972).




                                             9
Pengukuran nilai di sekolah tertumpu kepada 2 aspek utama iaitu aspek kognitif dan
aspek afektif. Aspek kognitif menekankan intelek atau pengetahuan tentang kategori dan
jenis nilai manakala aspek afektif menekankan penghayatan nilai-nilai berkenaan dalam
membuat pertimbangan / keputusan dalam situasi harian.


            Latihan 2.1
            Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut :




Soalan 1


Anda berkhidmat di sebuah sekolah di luar bandar. Oleh sebab perkhidmatan anda di
sekolah tersebut begitu lama anda amat disenangi oleh warga pendidik termasuk guru
besar. Lantaran jasa dan tugas anda kepada sekolah begitu meyakinkan mereka,
pentadbir      sekolah   melantik   anda   sebagai   setiausaha   peperiksaan       yang
bertanggungjawab mengendalikan Peperiksaan UPSR. Huraikan tugas-tugas dan
cadangan-cadangan yang anda fikirkan perlu supaya pentadbiran ujian ini dapat
dilaksanakan secara lebih berkesan.




            Masa untuk rehat. Sila minum dulu. Selepas ini anda bolehlah teruskan
            pembacaan bagi tajuk yang berikutnya.




2.2    Penyediaan Jadual Penentuan Ujian


Setelah kita mengetahui tentang konsep penilaian, tujuan penilaian dan ujian yang akan
dilaksanakan kita akan memberikan tumpuan tentang perkara yang lebih penting
sebelum dilaksanakan satu-satu ujian hendak dilaksanakan iaitu Jadual Penentuan
Ujian (JPU).


Pembentukan JPU penting untuk membantu guru dalam penggubalan soalan-soalan
ujian. Fungsi Jadual Penentuan Ujian ialah untuk:


                                           10
•   menghuraikan domain pencapaian yang akan diukur,
•   dan memberikan satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan


Langkah-langkah yang perlu diambil dalam menyediakan Jadual Penentuan Ujian
adalah :


•   memilih hasil pembelajaran yang hendak diuji,
•   menyenaraikan isi bahan pelajaran, dan
•   membina carta-carta dua hala.




                             JADUAL PENENTUAN UJIAN
                          Bagi Kertas Ujian Pendidikan Moral




Aras             Penge     Kefaha-   Aplikasi   Analisis   Sintesis Peni-    Jumlah
kemahiran   isi ta-        haman                                    laian
atau             huan       (25%)     (55%)     (10%)      (2.5%)   (2.5%)
kandungan        (5.0%)




                                          11
Nilai
kebersihan                    1          1                                   2
Fizikal        &
mental


Nilai harga Diri              1          1                                   2


Sayang
terhadap            1         1          4                                   6
keluarga


Tanggung
jawab terhadap      1         4         11         3          1              20
masyarakat


   Cinta   akan     1         2          4         1                         8
Negara


Kebersihan     &              1          1                                   2
Keindahan
Alam Sekitar

Jumlah             3        10        22         4        1                  40
Jadual di atas menunjukkan kertas soalan Pendidikan Moral terdiri daripada 40 soalan
objektif bagi tahun 5. Semua topik disenaraikan di sebelah kiri (paksi kandungan)
manakala aras kemahiran di paksi mendatar. Ia mengandungi aras koginitif dibahagikan
kepada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.


Contoh jadual ini menunjukkan 2 soalan topik 1 (1 soalan kefahaman dan 1 soalan
aplikasi), 20 soalan topik 4 (1 soalan aras pengetahuan, 4 soalan aras kefahaman, 11
soalan aras aplikasi, 3 aras soalan analisis dan 1 soalan aras sintesis) yang perlu
disediakan untuk ujian berkenaan.


Pada umumnya dari JPU di atas, peratus taburan soalannya ialah:


                                             12
•   5.0% aras pengetahuan
•   25%    aras kefahaman
•   55%    aras aplikasi
•   10%    aras analisis
•   2.5% aras sintesis
•   2.5% aras penilaian


JPU memberi faedah-faedah berikut iaitu:-


•   menunjukkan ujian bukan dibina secara sembarangan.
•   menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
•   merupakan satu panduan kepada penggubal soalan.
•   menstabilkan aras kesukaran ujian dari setahun kesetahun.
•   menetapkan bidang serta pemberatan yang diberi di dalam sesuatu ujian.
•   membolehkan ujian itu dibina oleh penggubal-penggubal yang berlainan.
•   membolehkan perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian lain .




           Latihan 2.2
           Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut




Soalan 1


Sebagai guru Pendidikan Moral di sekolah, anda diberi amanah sebagai salah seorang
penggubal soalan mata pelajaran Pendidikan Moral dalam satu Mesyuarat Penggubal
soalan bagi matapelajaran ini. Tugas anda adalah menyediakan satu JPU untuk 30
soalan Tahun 4. Berikan 4 faedah JPU disediakan untuk ujian



                                            13
RUMUSAN


•     JPU membantu dalam penggubalan soalan-soalan,
•     JPU dapat menghuraikan domain pencapaian yang akan diukur, dan
•     Ia juga memberi panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.



               Anda perlu rehat dahulu sebelum meneruskan bacaan berikutnya




2.3       Pembinaan Item Ujian


Pendahuluan


Penilaian dalam Pendidikan Moral lazimnya dijalankan dalam dua bentuk iaitu secara
formal dan tidak formal. Penilaian dalam bentuk formal dijalankan melalui penilaian yang
berbentuk ujian pensil kertas. Penilaian formal boleh berbentuk objektif dan subjektif..
Jenis-jenis ujian objektif dan subjektif :-




                Soalan Objektif                              Soalan Subjektif

      •   Soalan aneka pilihan                     •   Soalan memerlukan jawapan yang
          - jawapan terbaik                            pendek
          - Positif dan negatif                    •   Soalan melengkapkan perkataan /
          - Cantuman                                   ayat / cerita
      •   Soalan betul salah                       •   Soalan menggunakan gambar



      Panduan Membina Soalan Objektif dan Subjektif



                                              14
Soalan objektif dan subjektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang
berbeza iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian. Dua jenis soalan ini boleh membekalkan maklumat yang berguna
mengenai    prestasi   pelajar.   Setiap    jenis   ujian   mempunyai   kebaikan   dan
kelemahannya tersendiri. Umumnya kedua-dua jenis soalan ini adalah untuk
mengukur pencapaian dan prestasi pelajar di alam persekolahan mereka.


Kebaikan dan Kelemahan Ujian Objektif dan Subjektif


Kebaikan soalan objektif adalah seperti berikut:-
•   merangkumi semua bidang matapelajaran.
•   masa untuk menjawab serta memeriksa amat singkat.
•   objektivitinya tinggi. Markah yang sama diberi oleh pemeriksa yang berbeza.
•   emosi pemeriksa tidak mempengaruhi pemarkahan.


Keburukan soalan objektif adalah seperti berikut :-


•   pembinaan ujian memerlukan belanja, masa dan tenaga yang tinggi.
•   tidak dapat menguji calon di aras kognitif yang tinggi.
•   menggalakkan pelajar meneka jawapan.
•   pelajar kurang membuat persiapan rapi


Kebaikan soalan subjektif adalah seperti berikut:-


•   senang dibina dan ditadbir.
•   menguji sejauh mana seorang pelajar menyatakan ideanya.
•   boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran.
•   peluang untuk meneka jawapan dapat dikurangkan.


Kelemahan soalan subjektif adalah seperti berikut:-


•   unsur subjektiviti akan mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan ujian.


                                           15
•    ia hanya merangkumi bidang yang terhad kerana bilangan soalan ini terhad.
      •    pemarkahan mengambil masa dan tenaga yang banyak.
      •    pelajar boleh membuat ramalan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan.


Contoh item-item ujian soalan objektif adalah seperti berikut:-


1. Contoh soalan objektif (Jawapan terbaik)


Bayangkan anda ialah seorang pustakawan sekolah. Semasa menjalankan tugas, anda
mendapati bahawa dua orang rakan anda sedang berbual dengan suara yang tinggi.
Apakah tindakan anda
A.        Memarahi mereka
B.        Menasihati mereka
C.        Tidak mempedulikan mereka
D.        Menghalau mereka keluar dari perpustakaan


2. Contoh soalan objektif (Cantuman)


Tindakan berikut yang manakah menunjukkan sikap menyayangi alam sekitar
I          Menebang pokok sesuka hati
II         Membuang sampah ke dalam sungai
III        Menanam pokok bunga di kawasan lapang
IV         Mengumpulkan surat khabar untuk kitar semula
V          Menderma baju lama ke rumah anak yatim
A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. III,IV dan V sahaja


3.Contoh soalan objektif (Positif / negatif)


Kalau kita memecahkan pasu bunga jiran dengan tidak sengaja, kita harus lakukan
perkara-perkara berikut kecuali




                                               16
A. Membayar ganti rugi kepada jiran
B. Melarikan diri dari tempat kejadian
C. Menggantikan pasu bunga yang baru
D. Mengaku kesalahan dan meminta maaf daripada jiran


4. Contoh soalan betul / Salah


a) Apabila Sabri marah, dia memukul adiknya.                  (         )
b) Kita perlu berusaha gigih untuk mencapai kejayaan          (         )


5. Contoh Soalan Subjektif (Lengkapkan ayat)


a) Peperiksaan akhir hampir menjelang, anda harus ________________________
b) Sikap yang suka menjaga kebersihan alam sekitar akan menguntungkan kita
  kerana ____________________________________________________


6. Contoh Soalan Subjektif (Jawapan pendek)


a) Huraikan 3 cara menyayangi alam sekitar
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
b) Manjit bermain bola keranjang ketika hujan lebat. Pakaiannya menjadi basah dan
   kotor. Apabila sampai di rumah , Manjit terus makan kerana       letih dan lapar.
   Nyatakan 3 tindakan yang patut diambil oleh Manjit jika dia mengamalkan nilai
   kebersihan diri
1.________________________________________________________________
2.________________________________________________________________
3.________________________________________________________________



            Latihan 2.3
            Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut




                                         17
Soalan 1
 Bina lima soalan aneka pilihan yang berbeza aras kesukarannya. Setiap satu
 mengandungi empat pilihan jawapan. Soalan-soalan hendaklah berkaitan dengan satu
 bidang pembelajaran dalam sukatan pelajaran Pendidikan Moral sekolah rendah.


 Soalan 2
 Sediakan 4 soalan subjektif Pendidikan Moral untuk Tahun 4


Rumusan:
1. Ujian objektif memerlukan pelajar memberikan respons yang pendek atau dipilih
   daripada beberapa pilihan jawapan. Contoh ujian objektif ialah ujian aneka pilihan,
   salah benar, ujian padanan dan ujian melengkapkan jawapan.
2. Ujian subjektif terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar memberikan respons
   secara bertulis.
3. Pembinaan instrumen tentang pengukuran dan penilaian bertujuan mendapatkan
   maklumat yang sah, boleh dipercayai serta berguna berhubung dengan pencapaian
   pelajar-pelajar. Proses ini melibatkan usaha penentuan tentang apa yang hendak
   diukur,   kemudian    mentakrifkannya   supaya      item   ujian   boleh   dibina   untuk
   mengukurnya. Domain pencapaian pelajar hendaklah jelas supaya item soalan
   dapat dibentuk.



             Buatkan catatan atau nota-nota penting.



Bacaan Asas

Abd. Rahman Md.Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral. Longman
Malaysia Sdn. Bhd., Petaling Jaya.


Rujukan
Ee Ah Meng (1994) Pendidikan Moral (Elektif) Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.



                                           18
TAJUK 3         PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR)




Pengenalan


Penilaian kendalian sekolah rendah (PKSR) ialah suatu sistem penilaian berhubung
dengan kebolehan dan prestasi pelajar. Penilaian ini dijalankan oleh pihak sekolah
berasaskan matlamat KBSR.


Alat ujian merupakan alat-alat yang direka bentuk oleh guru dan bukan agensi
peperiksaan di peringkat pusat. Sebenarnya PKSR ialah proses penilaian yang




                                       19
diselaraskan dengan proses pengajaran-pembelajaran di bilik darjah untuk mengesan
kemajuan perkembangan individu secara menyeluruh.


3.1 Tujuan-tujuan PKSR


1. Meningkatkan mutu penilaian kerana item penilaian digubal oleh sekumpulan guru di
    peringkat daerah dan bukan seorang dua guru di satu-satu sekolah. Kerana itu
    proses pengukuran pembelajaran pelajar lebih bermakna
2. Tekanan untuk lulus peperiksaan dapat dikurangkan
3. Mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menyeronokkan
4. Meninggikan taraf ikhtisas guru kerana pengalaman baru dapat diperolehi


3.1.1 Skop Penilaian


PKSR merangkumi proses pendidikan dari semua aspek – kognitif (mental), afektif (nilai,
sikap, minat) dan psikomotor (pergerakan otot yang dirangsangkan oleh deria mental)




3.1.2 Pendekatan PKSR


PKSR dilaksanakan melalui cara-cara berikut:


•   Ujian pencapaian – mengukur pencapaian pelajar dari aspek pengetahuan dan
    kefahaman
•   Ujian prestasi – menilai kebolehan pelajar dari aspek lisan, bacaan, kemahiran
    psikomotor pendidikan jasmani, amali muzik dan ko-kurikulum
•   Pemerhatian – mengenal pasti dan mencatat ciri-ciri perkembangan pelajar dari
    aspek afektif seperti dalam Pendidikan Moral, agama dan ko-kurikulum
•   Ujian situasi – mengenal pasti sikap dan minat pelajar melalui situasi tertentu
•   Pentaksiran hasil kerja – mengenal pasti mutu hasil kerja yang dicapai dalam latihan
    dan projek yang dihasilkan pelajar dalam Pendidikan Moral


                                            20
Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir seandainya anda
               memerlukan bantuan




Syabas, anda telah dapat memahami sepenuhnya apa yang telah dibincangkan di atas.
Sekarang, teruskan dengan menjawab soalan latihan di bawah.



               Latihan 3.1
               Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut




Soalan 1
Dalam pendekatan PKSR terdapat ujian situasi iaitu untuk mengenal pasti sikap dan
nilai pelajar melalui pelbagai situasi yang diberikan. Berikan pandangan anda
berpandukan satu situasi yang dikemukakan di bawah.




Contoh:


 Situasi                               Soalan                   Jawapan anda
                                                           A.
Satu acara Hari Kebangsaan Apakah            anda   akan
di Kuantan ialah perarakan buat apabila terjumpa B.
kereta        berhias.     Dalam wang itu?
keadaan yang penuh sesak                                   C.
dua   helai     wang     RM10.00
telah tercicir daripada poket                              D.
seorang pengunjung




                                             21
3.2 Masalah Penilaian Pendidikan Moral di Sekolah.


Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah harus diuji atau dinilai sama ada dalam
bentuk formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan
domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan sikap, nilai, dan emosi maka
penilaian terhadapnya sering menghadapi masalah.


Masalah 1:     Penilaian moral susah dinilai secara afektif


Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat selepas satu waktu pengajaran?
Situasi: Cikgu Ahmad mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4. Tajuk yang
disampaikannya pada hari itu ialah ‘nilai kebersihan’. Murid-murid didapati menyimpan
kuku yang pendek dan bersih pada hari yang kedua.
Bolehkah kita menganggap guru tersebut berjaya kerana pelajar-pelajar telah memotong
dan membersihkan kuku mereka?


Masalah 2: Proses penilaian memerlukan masa yang panjang


Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian
aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar dan
kenyataan. Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak,
skala pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod anekdot).


Masalah 3: Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif


Sesetengah alat yang digunakan dalam penilaian Pendidikan Moral banyak dipengaruhi
oleh perasaan penilai atau penguji. Penilaian jenis ini tidak tepat dan diragui


Masalah 4: Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi

Domain afektif yang yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan domain
yang amat sukar dinilai




                                            22
Situasi: Seorang pemandu kereta berhenti apabila lampu isyarat berwarna merah. Ini
menunjukkan pemandu itu mematuhi undang-undang. Tetapi adakah pemandu ini
seorang yang bermoral atau pun kerana beliau takut didenda RM300.00?




           Latihan 3.2 :
           Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut



Dalam lapan kali pemerhatian Ramlan didapati dua kali tidak mematuhi peraturan
asrama di sebuah sekolah. Pada pandangan anda bolehkah kita mentafsirkan tingkah
laku Ramlan ini pada tahap memuaskan atau sederhana? Berikan justifikasi penilaian
anda.




Rumusan


Penilaian Pendidikan Moral di sekolah yang menitikberatkan domain afektif iaitu
berhubung dengan pembentukan nilai dan sikap menghadapi pelbagai masalah.
Antaranya penilaian cara ini susah untuk dinilai. Proses penilaian memerlukan masa
yang panjang dan membawa banyak implikasi. Kesimpulannya, oleh sebab Pendidikan
Moral banyak menyentuh tentang nilai dan sikap, maka mata pelajaran ini mengalami
banyak masalah apabila proses penilaian dibuat.




           Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat
           sumber yang berdekatan untuk membantu pemahaman anda.




Bacaan Asas:


Ee Ah Meng (1994) Pendidikan Moral (Elektif) Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.



                                         23
Koo Kee Peng & Tang Chee Yee. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.


Rujukan:


Abd.Rahman Md. Aroff(1999) Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral.
Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Pusat Perkembangan Kurikulum.(2003). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Pendidikan Moral. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia




            Tahniah! Anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini.




Soalan Tutorial


   1. Banding bezakan Penilaian formatif dan sumatif dalam bentuk pengurusan grafik
       (1jam)


   2. Senaraikan Kelebihan dan Kelemahan item-item dalam Ujian Formal (2 jam)


   3. Buat refleksi penilaian berdasarkan satu contoh ujian bulanan di sekolah and
       (2 jam)




                                         24
Rujukan

Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral,
       Serdang: Penerbit UPM.

Bahagian Pendidikan Guru (2003). Education studies professional
       knowledge and skills Modules 1/3 . Kuala Lumpur: Kementerian
       Pendidikan Malaysia.

Carter, M. (2002). Professional ethics in teaching: the training and development
        challenge. Retrived on 23-6-04 from
        http://www. Schools.nsw.edu.au/edu_leadership/prof_read/ethics/carter.php

Central Michigan University. (2004).Teacher education CLEAR conceptual
        framework. Retrived on 20-5-04 from
        http://www.tepd.cmich.edu/Clear/TotalClear.pdf.



                                         25
Driggers, J. (1999). Life management skills: taking charge of your future.
Albany:
        Delmar Publishers. p 214.

Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia
        Sdn. Bhd.

Hinman, L.M. (2000). Contemporary moral issues: diversity and consensus.
        (2nd. Ed.) New Jersey: Prentice Hall.

Kurtins, W. M. and Gewirtz, J.L. (1995). Moral development: an
         introduction. US: Allyn and Bacon.

Mackinnon, P. (1995). Ethics: theory and contemporary issues. USA:
       Wadsworth Publishing Company.

Pojman, L. P. (1998). Ethics Discovering right and wrong (3 ed). USA: Wadsworth
        Publishing Company.

Ryan, K. & Bohlin, K.E. (1999). Building character in schools. CA: Jossey-Bass.

Thiroux, J.P. (2001). Ethics: theory and practice. (7th. ed). New Jersey: Prentice
          Hall.




                                 PANEL PENULIS MODUL


 BIL                   NAMA                                    KELAYAKAN

                                                 BA (Hons) Sejarah. UM
       PENYELARAS
                                                 M. Ed (Bimbingan & Kaunseling). UM
       Dr. Maznah Binti Abd. Samad
                                                 Ph. D (Pendidikan). Universiti
  1    Unit Kurikulum
                                                 Queensland.
       Bahagian Pendidikan Guru
                                                 Pengalaman mengajar Pendidikan Moral :
       Kementerian Pelajaran Malaysia
                                                 1 tahun
       Pengerusi
                                                 B.A. (Hons) Sejarah & Geografi, USM
       Cik J Krishna Kumary a/p Juval
                                                 Diploma Pendidikan, USM
  2    Maktab Perguruan Temenggung
                                                 M.Sc. Pendidikan Moral, UPM.
       Ibrahim
                                                 Pengalaman mengajar Pendidikan Moral:
       Jalan Datin Halimah,
                                                 10 tahun
       803500 Larkin, Johor.




                                           26
Pn. Ng Choo Tang                        BSc (Hons) Kimia, UM
 3     Institut Perguruan Bahasa-Bahasa        M.Ed Teknologi Pendidikan, UM
       Antarabangsa, Kuala Lumpur              Pengalaman mengajar Pendidikan Moral:
                                               12 tahun

       Pn. Noorlela bt. Mohd. Shariff,         B.A. (Hons), Quran Sunnah, UKM
       Maktab Perguruan Raja Melewar,          SPI, Pendidikan Islam, UKM
 4
       Beg Berkunci 43, 70990,                 Pengalaman Mengajar: Pendidikan Moral
       Seremban, Negeri Sembilan, DK.          9 tahun

       Pn. Chia Yip Lan                        B A (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM)
       Maktab Perguruan Sarawak                Sarjana Pengurusan (UUM)
 5     98009 Miri                              Pengalaman mengajar Moral : 18 tahun
       Sarawak                                 Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral

       Pn. Rohaini Kamsan                      B A (Hons) Kesusasteraan Melayu
       Maktab Perguruan Temenggung             dengan Pendidikan (USM)
 6     Ibrahim                                 Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral :
       Jalan Datin Halimah,                    19 tahun
       803500 Larkin, Johor

       Pn. Pn. Rohani binti Ismail             B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM)
 7     Maktab Perguruan Ilmu Khas,             Diploma Pendidikan: Siviks (UM)
       Jalan Yaacob Latif,                     Pengalaman Mengajar
       56000 Kuala Lumpur                      Pendidikan Moral: 16 Tahun

       Pn. Koh Geok Wah                        B. Econs (UM)
       Maktab Perguruan Sarawak,               Diploma Pendidikan (UM)
 8     98009 Miri, Sarawak                     Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral :
                                               15 tahun

                             PANEL PEMURNI MODUL


Bil.                  Nama                              Kelayakan


       PENYELARAS                         B.A. (Hons) Sejarah
       Dr. Maznah Binti Abd. Samad        M. Ed.(Bimbingan & Kaunseling)
1.     Unit Kurikulum                     PhD (Pendidikan)
       Bahagian Pendidikan Guru           Pengalaman mengajar Pendidikan Moral:
                                          2 tahun


2.     PENGERUSI
       Pn. Rohaini Kamsan                 Sarjana Muda Sastera (Kepujian)
       Maktab Perguruan Temenggong        Pengalaman Mengajar Pendidikan
       Ibrahim                            Moral: 17 Tahun



                                          27
Jalan Datin Halimah
     80350 Larkin, Johor




3.   Pn. Chia Yip Lan                B. A. (Hons) Geografi dan Sosiologi
     Maktab Perguruan Sarawak,       (UKM)
     Jalan Bakam,                    M.Ed. Pengurusan (UM)
     98009 Miri, Serawak.            Pengalaman mengajar: Pendidikan
                                     Moral 18 tahun
                                     Pensyarah    Cemerlang   Pendidikan
                                     Moral


4.   Cik Krishna Kumary Juval        B A (Hons) Sejarah dan Geografi USM)
     Maktab Perguruan Temenggong     Diploma Pendidikan (USM)
     Ibrahim,                        M SC. Pendidikan Moral (UPM)
     Jalan Datin Halimah,            Pengalaman Mengajar Pendidikan
     80530 Larkin                    Moral : 10 tahun
     Johor Baharu.


5.   Pn. Asiah binti Saad            B.A. (Hons) Pengajian Asia Tenggara
     Institut Perguruan Darul Aman   M. Sc. Psikologi
     06000 Jitra,                    Pengalaman mengajar Pendidikan
     Kedah Darul Aman                Moral : 14 Tahun


6.   Pn. Rohani binti Ismail         B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi USM
     Maktab Perguruan Ilmu Khas,     Diploma Pendidikan: Siviks UM
     Jalan Yaacob Latif,             Pengalaman Mengajar Pendidikan
     56000 Kuala Lumpur.             Moral: 16 Tahun


7.   Ustaz Ahmad Zaki bin Hashim     BA (Hons) Pengajian Islam
     Institut Perguruan Darul Aman   M Ed (Pendidikan Islam)
     06000 Jitra, Kedah Darul Aman   Pengalaman mengajar
                                     Pendidikan Moral : 2 tahun




                                     28
29

More Related Content

What's hot

Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasaStandard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasawanbaizura88
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Sara Zaleha
 
Pp pend islam penataran
Pp pend islam  penataran Pp pend islam  penataran
Pp pend islam penataran nasuha792
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANIeta Sa'ad
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rphLuqmanZaaba
 
EDUP3033 Teknik Pengajaran: Sumbang Saran
EDUP3033 Teknik Pengajaran: Sumbang SaranEDUP3033 Teknik Pengajaran: Sumbang Saran
EDUP3033 Teknik Pengajaran: Sumbang Saranrosedainty
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Definisi pengujian
Definisi pengujianDefinisi pengujian
Definisi pengujianSatiya Vani
 
Penilaian, pentaksiran dan peperiksaan
Penilaian, pentaksiran dan peperiksaanPenilaian, pentaksiran dan peperiksaan
Penilaian, pentaksiran dan peperiksaanSPidEr Mohd
 
Rph kepentingan menjaga alam sekitar
Rph kepentingan menjaga alam sekitarRph kepentingan menjaga alam sekitar
Rph kepentingan menjaga alam sekitarsyazwanie suhaimi
 
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvPentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvSiTi Nurhidayah
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinanEp Loh
 
PENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARAN
PENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARANPENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARAN
PENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARANAmiraSuhaimi6
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sainsRph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sainsLiza Ahmad
 
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaranNorlelaAlim
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajarLinda Yius
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategiazirah azizul
 

What's hot (20)

Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasaStandard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 
Pp pend islam penataran
Pp pend islam  penataran Pp pend islam  penataran
Pp pend islam penataran
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
EDUP3033 Teknik Pengajaran: Sumbang Saran
EDUP3033 Teknik Pengajaran: Sumbang SaranEDUP3033 Teknik Pengajaran: Sumbang Saran
EDUP3033 Teknik Pengajaran: Sumbang Saran
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Definisi pengujian
Definisi pengujianDefinisi pengujian
Definisi pengujian
 
Penilaian, pentaksiran dan peperiksaan
Penilaian, pentaksiran dan peperiksaanPenilaian, pentaksiran dan peperiksaan
Penilaian, pentaksiran dan peperiksaan
 
Rph kepentingan menjaga alam sekitar
Rph kepentingan menjaga alam sekitarRph kepentingan menjaga alam sekitar
Rph kepentingan menjaga alam sekitar
 
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvPentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
 
Teori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagaiTeori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagai
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan
 
PENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARAN
PENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARANPENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARAN
PENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARAN
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sainsRph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
 
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 

Viewers also liked

Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
Pentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendahPentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendah
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendahBadriyatun Kamar
 
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrPentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrMohamad Tarmizi
 
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalKelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalTharani Kanappan
 
Masalah pentaksiran
Masalah pentaksiranMasalah pentaksiran
Masalah pentaksiranRasimah Imah
 
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralPembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralJamaliah Harun
 
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAWan Nor Faezah
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralWan Nor Faezah
 
Kertas Ujian Pendidikan Moral KSSR Tahun 4
Kertas Ujian Pendidikan Moral KSSR Tahun 4Kertas Ujian Pendidikan Moral KSSR Tahun 4
Kertas Ujian Pendidikan Moral KSSR Tahun 4ar-rifke.com
 
Peranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralPeranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralNorazah Mohamad
 
Pendidikan moral tahun 4 penggal 1
Pendidikan moral tahun 4 penggal 1Pendidikan moral tahun 4 penggal 1
Pendidikan moral tahun 4 penggal 1Ifrahim jamil
 
nota-pendidikan-moral-tingkatan-4-5
 nota-pendidikan-moral-tingkatan-4-5 nota-pendidikan-moral-tingkatan-4-5
nota-pendidikan-moral-tingkatan-4-5ambest
 
Ujian akhir tahun moral tahun 5
Ujian akhir tahun moral tahun 5Ujian akhir tahun moral tahun 5
Ujian akhir tahun moral tahun 5Norazlaili Mokhtar
 
Ujian pendidikan moral sk thn 4
Ujian pendidikan moral sk thn 4Ujian pendidikan moral sk thn 4
Ujian pendidikan moral sk thn 4Miz Mony
 
Akhir Tahun Pendidikan Moral Ting.2
Akhir Tahun Pendidikan Moral Ting.2Akhir Tahun Pendidikan Moral Ting.2
Akhir Tahun Pendidikan Moral Ting.2sue sha
 
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektifPembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektifHaryati Ismail
 

Viewers also liked (20)

Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
Pentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendahPentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendah
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
 
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrPentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
 
3 permasalahan pm
3 permasalahan pm3 permasalahan pm
3 permasalahan pm
 
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalKelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
 
Masalah pentaksiran
Masalah pentaksiranMasalah pentaksiran
Masalah pentaksiran
 
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralPembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
 
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moral
 
Kertas Ujian Pendidikan Moral KSSR Tahun 4
Kertas Ujian Pendidikan Moral KSSR Tahun 4Kertas Ujian Pendidikan Moral KSSR Tahun 4
Kertas Ujian Pendidikan Moral KSSR Tahun 4
 
Peranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralPeranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moral
 
Tujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & PenilaianTujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & Penilaian
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Pendidikan moral tahun 4 penggal 1
Pendidikan moral tahun 4 penggal 1Pendidikan moral tahun 4 penggal 1
Pendidikan moral tahun 4 penggal 1
 
Soalan moral tahun 2
Soalan moral tahun 2Soalan moral tahun 2
Soalan moral tahun 2
 
nota-pendidikan-moral-tingkatan-4-5
 nota-pendidikan-moral-tingkatan-4-5 nota-pendidikan-moral-tingkatan-4-5
nota-pendidikan-moral-tingkatan-4-5
 
Ujian akhir tahun moral tahun 5
Ujian akhir tahun moral tahun 5Ujian akhir tahun moral tahun 5
Ujian akhir tahun moral tahun 5
 
Ujian pendidikan moral sk thn 4
Ujian pendidikan moral sk thn 4Ujian pendidikan moral sk thn 4
Ujian pendidikan moral sk thn 4
 
Akhir Tahun Pendidikan Moral Ting.2
Akhir Tahun Pendidikan Moral Ting.2Akhir Tahun Pendidikan Moral Ting.2
Akhir Tahun Pendidikan Moral Ting.2
 
Soalan temubual
Soalan temubualSoalan temubual
Soalan temubual
 
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektifPembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
 

Similar to Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral

Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematikonearbaein
 
Unit 1.ppt
Unit 1.pptUnit 1.ppt
Unit 1.pptnarul456
 
Modul-PBS-SISC+.pptx
Modul-PBS-SISC+.pptxModul-PBS-SISC+.pptx
Modul-PBS-SISC+.pptxWanFadh1
 
Pelaksanaan penilaian sekolah
Pelaksanaan penilaian sekolahPelaksanaan penilaian sekolah
Pelaksanaan penilaian sekolahAmalina An Nur
 
SME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranSME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranLoreta Long
 
2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaianmadiah jaafar
 
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptxJENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptxmohdhadzril2
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
PentaksiranRoyal Fu
 
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahMinggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahkamektok2011
 
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptxSandraAbdul1
 
INT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.ppt
INT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.pptINT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.ppt
INT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.pptipgm4011
 

Similar to Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral (20)

Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematik
 
Roslin
RoslinRoslin
Roslin
 
Topik 3 4
Topik 3 4Topik 3 4
Topik 3 4
 
M3 JENIS PENTAKSIRAN.pptx
M3 JENIS PENTAKSIRAN.pptxM3 JENIS PENTAKSIRAN.pptx
M3 JENIS PENTAKSIRAN.pptx
 
Unit 1.ppt
Unit 1.pptUnit 1.ppt
Unit 1.ppt
 
Modul-PBS-SISC+.pptx
Modul-PBS-SISC+.pptxModul-PBS-SISC+.pptx
Modul-PBS-SISC+.pptx
 
Pelaksanaan penilaian sekolah
Pelaksanaan penilaian sekolahPelaksanaan penilaian sekolah
Pelaksanaan penilaian sekolah
 
15 unit 11
15 unit 1115 unit 11
15 unit 11
 
SME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranSME6044-Pentaksiran
SME6044-Pentaksiran
 
60386857 assiment-pengukuran
60386857 assiment-pengukuran60386857 assiment-pengukuran
60386857 assiment-pengukuran
 
2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian
 
Kamala penilaian
Kamala penilaianKamala penilaian
Kamala penilaian
 
Tajuk 1
Tajuk 1Tajuk 1
Tajuk 1
 
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptxJENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahMinggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
 
Etika penaksiran
Etika penaksiranEtika penaksiran
Etika penaksiran
 
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
 
Pentaksiran Matematik
Pentaksiran MatematikPentaksiran Matematik
Pentaksiran Matematik
 
INT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.ppt
INT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.pptINT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.ppt
INT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.ppt
 

Recently uploaded

064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 

Recently uploaded (12)

064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 

Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral

  • 1. UNIT 4 PENILAIAN PENDIDIKAN MORAL Sinopsis Unit ini membincangkan tentang penilaian mata pelajaran Pendidikan Moral, pembinaan instrumen pengukuran dan penilaian, dan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR). Tajuk penilaian Pendidikan Moral memberikan kemahiran kepada pelajar mengetahui pelbagai jenis penilaian. Selain itu mereka akan juga didedahkan dengan kemahiran membina jadual penentuan ujian (JPU) dan item ujian Pendidikan Moral. Pengetahuan ini penting supaya pelajar mahir dalam merancang, membina dan mentadbir penilaian Pendidikan Moral dengan berkesan. Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. merancang dan membina pelbagai bentuk item penilaian Pendidikan Moral. 2. berkemahiran membina jadual penentuan ujian (JPU) 3. menjalankan penilaian berterusan mengikut konsep Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) dengan tepat dan berkesan. 1
  • 2. TAJUK 1 PENILAIAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH Pengenalan Anda mungkin lebih kerap mendengar istilah ‘ujian’ daripada istilah ‘penilaian’. Ini adalah kerana sepanjang anda berada di bangku sekolah anda diberi ujian dan peperiksaan. Apakah sebenarnya penilaian? Penilaian merupakan satu proses sistematik yang dijalankan dengan tujuan mengumpulkan maklumat untuk membuat suatu taksiran. Taksiran ini amat berkaitan dengan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. 1.1 Jenis Penilaian 1.1.1 Penilaian Formal Pelajar sekalian, sekarang mari kita lihat apakah jenis penilaian yang terdapat di dalam Pendidikan Moral. Pada pendapat anda adakah penilaian Pendidikan Moral sama dengan penilaian bagi mata pelajaran lain? Penilaian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formal dan penilaian tidak formal. Penilaian formal merangkumi penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur perkembangan pembelajaran setelah pelajar selesai mengikuti satu unit pelajaran yang kecil. Keputusan yang diperolehi digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk menetapkan gred atau kedudukan dalam bilik darjah. Program pengayaan akan diadakan untuk murid-murid yang mendapat pencapaian yang cemerlang, manakala program pemulihan akan diadakan untuk murid-murid yang tidak dapat menguasai pembelajaran tersebut. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus. Tujuannya adalah untuk menentukan gred atau taraf sijil. Skop ujian sumatif adalah luas dan ia lazimnya mengukur satu contoh semua tugasan pembelajaran yang ditetapkan dalam pengajaran. 2
  • 3. Perbandingan antara ujian formatif dan sumatif: UJIAN FORMATIF UJIAN SUMATIF Fungsi Menghasilkan maklumat balik Pensijilan murid pada akhir kursus kepada murid dan guru tentang kemajuan murid Masa diberi Sepanjang pengajaran Pada akhir satu-satu kursus atau unit Kesukaran Berubah-ubah mengikut segmen Semua peringkat. Ada penilaian yang item sangat senang dan ada yang susah Jenis alat Alat pengukur formatif yang di Peperiksaan akhir tahun bentuk khusus Contoh Ujian bulanan, lembaran kerja, UPSR, PMR, SPM, STPM, buku skrap dan lain-lain Peperiksaan Sijil Perguruan, peperiksaan akhir tahun 1.1.2 Penilaian Tidak Formal Matlamat utama penilaian tidak formal adalah memberi gambaran yang menyeluruh mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap. Pelaporan penghayatan ini hendaklah membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar. Ia tidak seharusnya memberi gambaran gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan pelajar. Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu : i. Pemerhatian ii. Senarai semak dan skala pemeringkatan iii. Rekod Anekdot iv. Hasil kerja pelajar v. Temu bual i) Pemerhatian 3
  • 4. Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku pelajar di dalam dan di luar bilik darjah. Hasil pemerhatian guru tentang kelebihan dan kelemahan pelajar boleh direkodkan dalam borang yang direkabentuk oleh guru atau pun menilai tingkah laku murid-murid dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah ditentukan. ii) Senarai semak Senarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murid daripada Tahun satu hingga Tahun enam telah ditentukan terlebih dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar berasaskan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin tinggi markah senarai semak, semakin banyak tingkah laku positif yang dijangkakan telah ditonjolkan oleh murid-murid. Sampel Senarai semak Tingkah laku pelajar adalah seperti yang berikut :- SENARAI SEMAK TINGKAHLAKU PELAJAR Nama : Kelas: Tempoh : PEMERHATIAN (YA) (TIDAK) BIL TINGKAH LAKU 1. Menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan kawasan sekolah 2. Menghormati rakan, guru dan kakitangan lain di sekolah 3. Mematuhi arahan , peraturan dan undang-undang 4. Bersopan santun 5. Memberi kerjasama kepada rakan dan guru 6. Selalu bersikap adil 7. Menepati masa 8. Menghabiskan tugasan yang diberikan Jumlah skor iii) Skala Pemeringkatan Teknik skala pemeringkatan melibatkan menilai tingkah laku pelajar berdasarkan satu skala. Kelebihan teknik ini adalah ia dapat menilai tingkah laku pelajar bukan hanya setakat `Ya ‘ atau `Tidak’ tetapi berasaskan satu skala pemeringkatan sebab peringkat 4
  • 5. amalan dan penghayatan nilai adalah sangat berbeza di antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Semasa menggunakan teknik penilaian tidak formal, guru perlu memastikan dia tidak dipengaruhi oleh kesan halo. Kesan halo boleh berbentuk positif atau negatif. Kesan halo merujuk kepada keadaan di mana sesuatu ciri samada positif atau negatif yang menonjol memberi kesan terhadap penilaian pelajar tersebut. Pengaruh kesan halo akan memberi penilaian yang tidak adil kepada murid-murid yang baik dalam amalan nilai moral yang lain tetapi lemah dalam sesuatu nilai yang menonjol. Berikut adalah satu contoh skala pemeringkatan :- BORANG PENILAIAN TINGKAH LAKU / SAHSIAH (SKALA PEMERINGKATAN) Nama : Kelas : Tahun: TINGKAH LAKU SEMESTER 1 SEM ESTER 2 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1. Mematuhi peraturan sekolah 2. Berdiri tegak semasa menyanyikan lagu `Negaraku’ 3. Berbaris semasa perhimpunan 4. Memberikan salam apabila berjumpa dengan guru 5. Tidak membuat bising semasa guru tidak ada dalam kelas 6. Mendengar arahan guru 7. Menghantar kerja rumah pada masa yang ditetapkan 8. Memakai pakaian seragam sekolah yang kemas dan bersih Skor Jumlah Besar Skala : 1- sangat rendah 2- rendah 3- sederhana 4- baik 5- sangat baik iv) Rekod Anekdot 5
  • 6. Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam sesuatu tempoh tertentu. Sebelum sesuatu catatan dibuat guru haruslah memerhatikan tingkah laku pelajar dengan tepat dan teliti. Pemerhatian untuk menilai tingkah laku pelajar seharusnya merangkumi seberapa ramai pelajar yang mungkin. Tingkah laku yang diperhatikan haruslah direkodkan dengan jelas, ringkas dan objektif. Kemudian guru harus membuat pentafsiran atau intepretasi tingkah laku yang diperhatikan. Berikut adalah satu contoh rekod anekdot :- REKOD ANEKDOT Nama Pelajar :_________________________ Tahun : ________________ Tarikh Jenis Perlakuan Komen 9.7.04 Bergaduh di dalam kelas 17.8.04 Berbual-bual semasa perhimpuan 23.8.04 Tidak memakai lencana sekolah 2.9. 04 Merosakkan meja di dalam kelas 3.9. 04 Meniru semasa ujian matematik Tandatangan Guru ___________________ V) Hasil Kerja Pelajar Prestasi seseorang pelajar boleh juga dinilai berdasarkan hasil kerja yang dijalankan oleh murid-murid dalam dan di luar bilik darjah. Guru boleh menilai hasil murid-murid berasaskan isi kandungan dan sikap semasa menghasilkan kerja. Aspek–aspek yang boleh dinilai termasuk sikap dan kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam menghasilkan kerja. Vi) Temu bual 6
  • 7. Temu bual melibatkan interaksi bersemuka dengan murid-murid. Murid-murid diberikan peluang menyatakan perasaan mereka yang dapat menggambarkan sikap mereka. Semasa menjalankan temu bual, guru mendorong pelajar berfikir supaya dapat mewujudkan pelbagai situasi untuk merangsangkan pelajar berfikir secara kritis dan membuat pertimbangan moral. Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan. Soalan 1 Anda telah pun faham tentang penilaian formatif dan penilaian sumatif. Tuliskan perbezaan antara kedua-dua penilaian ini mengikut jadual yang diberikan. PERBEZAAN PENILAIAN FORMATIF PENILAIAN SUMATIF Fungsi Masa diberi Contoh Soalan 2 Bandingkan penilaian formal dan tidak formal berasaskan aspek-aspek berikut:- PERBANDINGAN PENILAIAN FORMAL PENILAIAN TIDAK FORMAL Fungsi Kelebihan 7
  • 8. Kelemahan Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan untuk membantu pemahaman anda. Rumusan Penilaian merupakan satu proses sistematik untuk mengumpul maklumat yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ialah proses yang menggunakan data kualiti dan data kuantiti untuk membuat taksiran tersebut.Penilaian biasanya dianggap sebagai suatu proses pengujian yang formal dan biasanya menimbulkan tekanan dan ketegangan di kalangan pelajar. Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul. Bacaan Asas: Ee Ah Meng, (1994) Pendidikan Moral (Elektif), Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Rujukan: Abd. Rahman Md. Aroff (1999) Pendidikan moral Teori: Etika dan Amalan Moral, Universiti Putra Malaysia, Serdang. TAJUK 2 PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN DAN PENILAIAN Pendahuluan Ujian bilik darjah bertujuan mendapatkan maklumat yang sah, yang boleh dipercayai serta berguna berhubung dengan pencapaian pelajar-pelajar. Proses ini melibatkan usaha penentuan tentang perkara/butiran/aspek apa yang hendak diukur dan kemudian mentakrifkannya supaya item ujian boleh dibina untuk mengukurnya. Domain pencapaian pelajar hendaklah jelas supaya item soalan dapat dibentuk untuk merangkuminya. 8
  • 9. Langkah-langkah dan prosedur pembinaan ujian hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut: • Menentukan tujuan dan objektif pengajaran yang hendak diuji. • Menentukan Jadual penentuan ujian • Menulis item-item soalan. • Menyunting item. • Menjalankan praujian. • Mentadbir ujian atau peperiksaan. 2.1 Menentukan Tujuan Ujian dan objektif pengajaran yang hendak diuji Dengan adanya tujuan yang jelas tugas menyediakan jadual penentuan ujian dapat dipermudah. Ujian-ujian boleh diklasifikasikan mengikut tujuan. Biasanya ada empat jenis ujian iaitu ujian penempatan, ujian formatif, ujian diagnostik dan ujian sumatif. • ujian penempatan bertujuan menentukan sama ada pelajar mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mengikuti satu-satu kursus. Ia juga menguji pengetahuan sedia ada pelajar dan sejauh mana mereka telah mencapai objektif pelajaran yang ditentukan. • ujian formatif bertujuan mengukur kemajuan pelajar serta memberikan maklum balas kepada guru. • ujian diagnostik bertujuan mencari punca-punca kelemahan pelajar. • ujian sumatif pula diberikan pada penghujung sesuatu kursus untuk tujuan pensijilan. Hasil pengajaran yang akan diukur hendaklah sejajar dengan objektif pengajaran. Satu cara menentukan objektif pengajaran adalah dengan menggunakan taksonomi objektif pendidikan. Taksonomi ini merupakan sistem yang mengelaskan objektif domain-domain kognitif (Bloom 1956), afektif (Krathwohl 1964) dan psikomotor (Harrow 1972). 9
  • 10. Pengukuran nilai di sekolah tertumpu kepada 2 aspek utama iaitu aspek kognitif dan aspek afektif. Aspek kognitif menekankan intelek atau pengetahuan tentang kategori dan jenis nilai manakala aspek afektif menekankan penghayatan nilai-nilai berkenaan dalam membuat pertimbangan / keputusan dalam situasi harian. Latihan 2.1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut : Soalan 1 Anda berkhidmat di sebuah sekolah di luar bandar. Oleh sebab perkhidmatan anda di sekolah tersebut begitu lama anda amat disenangi oleh warga pendidik termasuk guru besar. Lantaran jasa dan tugas anda kepada sekolah begitu meyakinkan mereka, pentadbir sekolah melantik anda sebagai setiausaha peperiksaan yang bertanggungjawab mengendalikan Peperiksaan UPSR. Huraikan tugas-tugas dan cadangan-cadangan yang anda fikirkan perlu supaya pentadbiran ujian ini dapat dilaksanakan secara lebih berkesan. Masa untuk rehat. Sila minum dulu. Selepas ini anda bolehlah teruskan pembacaan bagi tajuk yang berikutnya. 2.2 Penyediaan Jadual Penentuan Ujian Setelah kita mengetahui tentang konsep penilaian, tujuan penilaian dan ujian yang akan dilaksanakan kita akan memberikan tumpuan tentang perkara yang lebih penting sebelum dilaksanakan satu-satu ujian hendak dilaksanakan iaitu Jadual Penentuan Ujian (JPU). Pembentukan JPU penting untuk membantu guru dalam penggubalan soalan-soalan ujian. Fungsi Jadual Penentuan Ujian ialah untuk: 10
  • 11. menghuraikan domain pencapaian yang akan diukur, • dan memberikan satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan Langkah-langkah yang perlu diambil dalam menyediakan Jadual Penentuan Ujian adalah : • memilih hasil pembelajaran yang hendak diuji, • menyenaraikan isi bahan pelajaran, dan • membina carta-carta dua hala. JADUAL PENENTUAN UJIAN Bagi Kertas Ujian Pendidikan Moral Aras Penge Kefaha- Aplikasi Analisis Sintesis Peni- Jumlah kemahiran isi ta- haman laian atau huan (25%) (55%) (10%) (2.5%) (2.5%) kandungan (5.0%) 11
  • 12. Nilai kebersihan 1 1 2 Fizikal & mental Nilai harga Diri 1 1 2 Sayang terhadap 1 1 4 6 keluarga Tanggung jawab terhadap 1 4 11 3 1 20 masyarakat Cinta akan 1 2 4 1 8 Negara Kebersihan & 1 1 2 Keindahan Alam Sekitar Jumlah 3 10 22 4 1 40 Jadual di atas menunjukkan kertas soalan Pendidikan Moral terdiri daripada 40 soalan objektif bagi tahun 5. Semua topik disenaraikan di sebelah kiri (paksi kandungan) manakala aras kemahiran di paksi mendatar. Ia mengandungi aras koginitif dibahagikan kepada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Contoh jadual ini menunjukkan 2 soalan topik 1 (1 soalan kefahaman dan 1 soalan aplikasi), 20 soalan topik 4 (1 soalan aras pengetahuan, 4 soalan aras kefahaman, 11 soalan aras aplikasi, 3 aras soalan analisis dan 1 soalan aras sintesis) yang perlu disediakan untuk ujian berkenaan. Pada umumnya dari JPU di atas, peratus taburan soalannya ialah: 12
  • 13. 5.0% aras pengetahuan • 25% aras kefahaman • 55% aras aplikasi • 10% aras analisis • 2.5% aras sintesis • 2.5% aras penilaian JPU memberi faedah-faedah berikut iaitu:- • menunjukkan ujian bukan dibina secara sembarangan. • menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian. • merupakan satu panduan kepada penggubal soalan. • menstabilkan aras kesukaran ujian dari setahun kesetahun. • menetapkan bidang serta pemberatan yang diberi di dalam sesuatu ujian. • membolehkan ujian itu dibina oleh penggubal-penggubal yang berlainan. • membolehkan perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian lain . Latihan 2.2 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut Soalan 1 Sebagai guru Pendidikan Moral di sekolah, anda diberi amanah sebagai salah seorang penggubal soalan mata pelajaran Pendidikan Moral dalam satu Mesyuarat Penggubal soalan bagi matapelajaran ini. Tugas anda adalah menyediakan satu JPU untuk 30 soalan Tahun 4. Berikan 4 faedah JPU disediakan untuk ujian 13
  • 14. RUMUSAN • JPU membantu dalam penggubalan soalan-soalan, • JPU dapat menghuraikan domain pencapaian yang akan diukur, dan • Ia juga memberi panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. Anda perlu rehat dahulu sebelum meneruskan bacaan berikutnya 2.3 Pembinaan Item Ujian Pendahuluan Penilaian dalam Pendidikan Moral lazimnya dijalankan dalam dua bentuk iaitu secara formal dan tidak formal. Penilaian dalam bentuk formal dijalankan melalui penilaian yang berbentuk ujian pensil kertas. Penilaian formal boleh berbentuk objektif dan subjektif.. Jenis-jenis ujian objektif dan subjektif :- Soalan Objektif Soalan Subjektif • Soalan aneka pilihan • Soalan memerlukan jawapan yang - jawapan terbaik pendek - Positif dan negatif • Soalan melengkapkan perkataan / - Cantuman ayat / cerita • Soalan betul salah • Soalan menggunakan gambar Panduan Membina Soalan Objektif dan Subjektif 14
  • 15. Soalan objektif dan subjektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Dua jenis soalan ini boleh membekalkan maklumat yang berguna mengenai prestasi pelajar. Setiap jenis ujian mempunyai kebaikan dan kelemahannya tersendiri. Umumnya kedua-dua jenis soalan ini adalah untuk mengukur pencapaian dan prestasi pelajar di alam persekolahan mereka. Kebaikan dan Kelemahan Ujian Objektif dan Subjektif Kebaikan soalan objektif adalah seperti berikut:- • merangkumi semua bidang matapelajaran. • masa untuk menjawab serta memeriksa amat singkat. • objektivitinya tinggi. Markah yang sama diberi oleh pemeriksa yang berbeza. • emosi pemeriksa tidak mempengaruhi pemarkahan. Keburukan soalan objektif adalah seperti berikut :- • pembinaan ujian memerlukan belanja, masa dan tenaga yang tinggi. • tidak dapat menguji calon di aras kognitif yang tinggi. • menggalakkan pelajar meneka jawapan. • pelajar kurang membuat persiapan rapi Kebaikan soalan subjektif adalah seperti berikut:- • senang dibina dan ditadbir. • menguji sejauh mana seorang pelajar menyatakan ideanya. • boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran. • peluang untuk meneka jawapan dapat dikurangkan. Kelemahan soalan subjektif adalah seperti berikut:- • unsur subjektiviti akan mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan ujian. 15
  • 16. ia hanya merangkumi bidang yang terhad kerana bilangan soalan ini terhad. • pemarkahan mengambil masa dan tenaga yang banyak. • pelajar boleh membuat ramalan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Contoh item-item ujian soalan objektif adalah seperti berikut:- 1. Contoh soalan objektif (Jawapan terbaik) Bayangkan anda ialah seorang pustakawan sekolah. Semasa menjalankan tugas, anda mendapati bahawa dua orang rakan anda sedang berbual dengan suara yang tinggi. Apakah tindakan anda A. Memarahi mereka B. Menasihati mereka C. Tidak mempedulikan mereka D. Menghalau mereka keluar dari perpustakaan 2. Contoh soalan objektif (Cantuman) Tindakan berikut yang manakah menunjukkan sikap menyayangi alam sekitar I Menebang pokok sesuka hati II Membuang sampah ke dalam sungai III Menanam pokok bunga di kawasan lapang IV Mengumpulkan surat khabar untuk kitar semula V Menderma baju lama ke rumah anak yatim A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. III,IV dan V sahaja 3.Contoh soalan objektif (Positif / negatif) Kalau kita memecahkan pasu bunga jiran dengan tidak sengaja, kita harus lakukan perkara-perkara berikut kecuali 16
  • 17. A. Membayar ganti rugi kepada jiran B. Melarikan diri dari tempat kejadian C. Menggantikan pasu bunga yang baru D. Mengaku kesalahan dan meminta maaf daripada jiran 4. Contoh soalan betul / Salah a) Apabila Sabri marah, dia memukul adiknya. ( ) b) Kita perlu berusaha gigih untuk mencapai kejayaan ( ) 5. Contoh Soalan Subjektif (Lengkapkan ayat) a) Peperiksaan akhir hampir menjelang, anda harus ________________________ b) Sikap yang suka menjaga kebersihan alam sekitar akan menguntungkan kita kerana ____________________________________________________ 6. Contoh Soalan Subjektif (Jawapan pendek) a) Huraikan 3 cara menyayangi alam sekitar _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ b) Manjit bermain bola keranjang ketika hujan lebat. Pakaiannya menjadi basah dan kotor. Apabila sampai di rumah , Manjit terus makan kerana letih dan lapar. Nyatakan 3 tindakan yang patut diambil oleh Manjit jika dia mengamalkan nilai kebersihan diri 1.________________________________________________________________ 2.________________________________________________________________ 3.________________________________________________________________ Latihan 2.3 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut 17
  • 18. Soalan 1 Bina lima soalan aneka pilihan yang berbeza aras kesukarannya. Setiap satu mengandungi empat pilihan jawapan. Soalan-soalan hendaklah berkaitan dengan satu bidang pembelajaran dalam sukatan pelajaran Pendidikan Moral sekolah rendah. Soalan 2 Sediakan 4 soalan subjektif Pendidikan Moral untuk Tahun 4 Rumusan: 1. Ujian objektif memerlukan pelajar memberikan respons yang pendek atau dipilih daripada beberapa pilihan jawapan. Contoh ujian objektif ialah ujian aneka pilihan, salah benar, ujian padanan dan ujian melengkapkan jawapan. 2. Ujian subjektif terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar memberikan respons secara bertulis. 3. Pembinaan instrumen tentang pengukuran dan penilaian bertujuan mendapatkan maklumat yang sah, boleh dipercayai serta berguna berhubung dengan pencapaian pelajar-pelajar. Proses ini melibatkan usaha penentuan tentang apa yang hendak diukur, kemudian mentakrifkannya supaya item ujian boleh dibina untuk mengukurnya. Domain pencapaian pelajar hendaklah jelas supaya item soalan dapat dibentuk. Buatkan catatan atau nota-nota penting. Bacaan Asas Abd. Rahman Md.Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral. Longman Malaysia Sdn. Bhd., Petaling Jaya. Rujukan Ee Ah Meng (1994) Pendidikan Moral (Elektif) Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 18
  • 19. TAJUK 3 PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR) Pengenalan Penilaian kendalian sekolah rendah (PKSR) ialah suatu sistem penilaian berhubung dengan kebolehan dan prestasi pelajar. Penilaian ini dijalankan oleh pihak sekolah berasaskan matlamat KBSR. Alat ujian merupakan alat-alat yang direka bentuk oleh guru dan bukan agensi peperiksaan di peringkat pusat. Sebenarnya PKSR ialah proses penilaian yang 19
  • 20. diselaraskan dengan proses pengajaran-pembelajaran di bilik darjah untuk mengesan kemajuan perkembangan individu secara menyeluruh. 3.1 Tujuan-tujuan PKSR 1. Meningkatkan mutu penilaian kerana item penilaian digubal oleh sekumpulan guru di peringkat daerah dan bukan seorang dua guru di satu-satu sekolah. Kerana itu proses pengukuran pembelajaran pelajar lebih bermakna 2. Tekanan untuk lulus peperiksaan dapat dikurangkan 3. Mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menyeronokkan 4. Meninggikan taraf ikhtisas guru kerana pengalaman baru dapat diperolehi 3.1.1 Skop Penilaian PKSR merangkumi proses pendidikan dari semua aspek – kognitif (mental), afektif (nilai, sikap, minat) dan psikomotor (pergerakan otot yang dirangsangkan oleh deria mental) 3.1.2 Pendekatan PKSR PKSR dilaksanakan melalui cara-cara berikut: • Ujian pencapaian – mengukur pencapaian pelajar dari aspek pengetahuan dan kefahaman • Ujian prestasi – menilai kebolehan pelajar dari aspek lisan, bacaan, kemahiran psikomotor pendidikan jasmani, amali muzik dan ko-kurikulum • Pemerhatian – mengenal pasti dan mencatat ciri-ciri perkembangan pelajar dari aspek afektif seperti dalam Pendidikan Moral, agama dan ko-kurikulum • Ujian situasi – mengenal pasti sikap dan minat pelajar melalui situasi tertentu • Pentaksiran hasil kerja – mengenal pasti mutu hasil kerja yang dicapai dalam latihan dan projek yang dihasilkan pelajar dalam Pendidikan Moral 20
  • 21. Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir seandainya anda memerlukan bantuan Syabas, anda telah dapat memahami sepenuhnya apa yang telah dibincangkan di atas. Sekarang, teruskan dengan menjawab soalan latihan di bawah. Latihan 3.1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut Soalan 1 Dalam pendekatan PKSR terdapat ujian situasi iaitu untuk mengenal pasti sikap dan nilai pelajar melalui pelbagai situasi yang diberikan. Berikan pandangan anda berpandukan satu situasi yang dikemukakan di bawah. Contoh: Situasi Soalan Jawapan anda A. Satu acara Hari Kebangsaan Apakah anda akan di Kuantan ialah perarakan buat apabila terjumpa B. kereta berhias. Dalam wang itu? keadaan yang penuh sesak C. dua helai wang RM10.00 telah tercicir daripada poket D. seorang pengunjung 21
  • 22. 3.2 Masalah Penilaian Pendidikan Moral di Sekolah. Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah harus diuji atau dinilai sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan sikap, nilai, dan emosi maka penilaian terhadapnya sering menghadapi masalah. Masalah 1: Penilaian moral susah dinilai secara afektif Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat selepas satu waktu pengajaran? Situasi: Cikgu Ahmad mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4. Tajuk yang disampaikannya pada hari itu ialah ‘nilai kebersihan’. Murid-murid didapati menyimpan kuku yang pendek dan bersih pada hari yang kedua. Bolehkah kita menganggap guru tersebut berjaya kerana pelajar-pelajar telah memotong dan membersihkan kuku mereka? Masalah 2: Proses penilaian memerlukan masa yang panjang Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar dan kenyataan. Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak, skala pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod anekdot). Masalah 3: Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif Sesetengah alat yang digunakan dalam penilaian Pendidikan Moral banyak dipengaruhi oleh perasaan penilai atau penguji. Penilaian jenis ini tidak tepat dan diragui Masalah 4: Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi Domain afektif yang yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan domain yang amat sukar dinilai 22
  • 23. Situasi: Seorang pemandu kereta berhenti apabila lampu isyarat berwarna merah. Ini menunjukkan pemandu itu mematuhi undang-undang. Tetapi adakah pemandu ini seorang yang bermoral atau pun kerana beliau takut didenda RM300.00? Latihan 3.2 : Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut Dalam lapan kali pemerhatian Ramlan didapati dua kali tidak mematuhi peraturan asrama di sebuah sekolah. Pada pandangan anda bolehkah kita mentafsirkan tingkah laku Ramlan ini pada tahap memuaskan atau sederhana? Berikan justifikasi penilaian anda. Rumusan Penilaian Pendidikan Moral di sekolah yang menitikberatkan domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan nilai dan sikap menghadapi pelbagai masalah. Antaranya penilaian cara ini susah untuk dinilai. Proses penilaian memerlukan masa yang panjang dan membawa banyak implikasi. Kesimpulannya, oleh sebab Pendidikan Moral banyak menyentuh tentang nilai dan sikap, maka mata pelajaran ini mengalami banyak masalah apabila proses penilaian dibuat. Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan untuk membantu pemahaman anda. Bacaan Asas: Ee Ah Meng (1994) Pendidikan Moral (Elektif) Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 23
  • 24. Koo Kee Peng & Tang Chee Yee. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Rujukan: Abd.Rahman Md. Aroff(1999) Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Universiti Putra Malaysia, Serdang. Pusat Perkembangan Kurikulum.(2003). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Pendidikan Moral. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia Tahniah! Anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini. Soalan Tutorial 1. Banding bezakan Penilaian formatif dan sumatif dalam bentuk pengurusan grafik (1jam) 2. Senaraikan Kelebihan dan Kelemahan item-item dalam Ujian Formal (2 jam) 3. Buat refleksi penilaian berdasarkan satu contoh ujian bulanan di sekolah and (2 jam) 24
  • 25. Rujukan Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral, Serdang: Penerbit UPM. Bahagian Pendidikan Guru (2003). Education studies professional knowledge and skills Modules 1/3 . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Carter, M. (2002). Professional ethics in teaching: the training and development challenge. Retrived on 23-6-04 from http://www. Schools.nsw.edu.au/edu_leadership/prof_read/ethics/carter.php Central Michigan University. (2004).Teacher education CLEAR conceptual framework. Retrived on 20-5-04 from http://www.tepd.cmich.edu/Clear/TotalClear.pdf. 25
  • 26. Driggers, J. (1999). Life management skills: taking charge of your future. Albany: Delmar Publishers. p 214. Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Hinman, L.M. (2000). Contemporary moral issues: diversity and consensus. (2nd. Ed.) New Jersey: Prentice Hall. Kurtins, W. M. and Gewirtz, J.L. (1995). Moral development: an introduction. US: Allyn and Bacon. Mackinnon, P. (1995). Ethics: theory and contemporary issues. USA: Wadsworth Publishing Company. Pojman, L. P. (1998). Ethics Discovering right and wrong (3 ed). USA: Wadsworth Publishing Company. Ryan, K. & Bohlin, K.E. (1999). Building character in schools. CA: Jossey-Bass. Thiroux, J.P. (2001). Ethics: theory and practice. (7th. ed). New Jersey: Prentice Hall. PANEL PENULIS MODUL BIL NAMA KELAYAKAN BA (Hons) Sejarah. UM PENYELARAS M. Ed (Bimbingan & Kaunseling). UM Dr. Maznah Binti Abd. Samad Ph. D (Pendidikan). Universiti 1 Unit Kurikulum Queensland. Bahagian Pendidikan Guru Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : Kementerian Pelajaran Malaysia 1 tahun Pengerusi B.A. (Hons) Sejarah & Geografi, USM Cik J Krishna Kumary a/p Juval Diploma Pendidikan, USM 2 Maktab Perguruan Temenggung M.Sc. Pendidikan Moral, UPM. Ibrahim Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: Jalan Datin Halimah, 10 tahun 803500 Larkin, Johor. 26
  • 27. Pn. Ng Choo Tang BSc (Hons) Kimia, UM 3 Institut Perguruan Bahasa-Bahasa M.Ed Teknologi Pendidikan, UM Antarabangsa, Kuala Lumpur Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 12 tahun Pn. Noorlela bt. Mohd. Shariff, B.A. (Hons), Quran Sunnah, UKM Maktab Perguruan Raja Melewar, SPI, Pendidikan Islam, UKM 4 Beg Berkunci 43, 70990, Pengalaman Mengajar: Pendidikan Moral Seremban, Negeri Sembilan, DK. 9 tahun Pn. Chia Yip Lan B A (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM) Maktab Perguruan Sarawak Sarjana Pengurusan (UUM) 5 98009 Miri Pengalaman mengajar Moral : 18 tahun Sarawak Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral Pn. Rohaini Kamsan B A (Hons) Kesusasteraan Melayu Maktab Perguruan Temenggung dengan Pendidikan (USM) 6 Ibrahim Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : Jalan Datin Halimah, 19 tahun 803500 Larkin, Johor Pn. Pn. Rohani binti Ismail B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM) 7 Maktab Perguruan Ilmu Khas, Diploma Pendidikan: Siviks (UM) Jalan Yaacob Latif, Pengalaman Mengajar 56000 Kuala Lumpur Pendidikan Moral: 16 Tahun Pn. Koh Geok Wah B. Econs (UM) Maktab Perguruan Sarawak, Diploma Pendidikan (UM) 8 98009 Miri, Sarawak Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 15 tahun PANEL PEMURNI MODUL Bil. Nama Kelayakan PENYELARAS B.A. (Hons) Sejarah Dr. Maznah Binti Abd. Samad M. Ed.(Bimbingan & Kaunseling) 1. Unit Kurikulum PhD (Pendidikan) Bahagian Pendidikan Guru Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 2 tahun 2. PENGERUSI Pn. Rohaini Kamsan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Maktab Perguruan Temenggong Pengalaman Mengajar Pendidikan Ibrahim Moral: 17 Tahun 27
  • 28. Jalan Datin Halimah 80350 Larkin, Johor 3. Pn. Chia Yip Lan B. A. (Hons) Geografi dan Sosiologi Maktab Perguruan Sarawak, (UKM) Jalan Bakam, M.Ed. Pengurusan (UM) 98009 Miri, Serawak. Pengalaman mengajar: Pendidikan Moral 18 tahun Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral 4. Cik Krishna Kumary Juval B A (Hons) Sejarah dan Geografi USM) Maktab Perguruan Temenggong Diploma Pendidikan (USM) Ibrahim, M SC. Pendidikan Moral (UPM) Jalan Datin Halimah, Pengalaman Mengajar Pendidikan 80530 Larkin Moral : 10 tahun Johor Baharu. 5. Pn. Asiah binti Saad B.A. (Hons) Pengajian Asia Tenggara Institut Perguruan Darul Aman M. Sc. Psikologi 06000 Jitra, Pengalaman mengajar Pendidikan Kedah Darul Aman Moral : 14 Tahun 6. Pn. Rohani binti Ismail B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi USM Maktab Perguruan Ilmu Khas, Diploma Pendidikan: Siviks UM Jalan Yaacob Latif, Pengalaman Mengajar Pendidikan 56000 Kuala Lumpur. Moral: 16 Tahun 7. Ustaz Ahmad Zaki bin Hashim BA (Hons) Pengajian Islam Institut Perguruan Darul Aman M Ed (Pendidikan Islam) 06000 Jitra, Kedah Darul Aman Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 2 tahun 28
  • 29. 29