SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
TUGASAN 1 KBK3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS




                         KUMPULAN




                     UPSI-A03 ( A112PJJ )




                         PENSYARAH

                PUAN KAMALIAH BINTI MUHAMMAD

        NAMA                         NO. ID      NO. TELEFON



NURHAFIZAH BINTI AJLAN            D20102040807   019-7166070

   801204-14-5448                                019-5173776




                              1
ISI KANDUNGAN

 Bil                                       Topik                                 Halaman
1.0    Konsep Teori Ethiologi                                                      3-4
2.0    Konsep Pintar Cerdas                                                        4-5
3.0    Definisi Pintar Cerdas                                                      5-6
               3.1 Definisi Pintar Cerdas dalam Konteks Pendidikan di Malaysia
4.0    Jenis-jenis Pintar Cerdas                                                  9-10
5.0    Faktor-faktor Perkembangan Pintar Cerdas                                   9-13
       5.1 Faktor Genetik
       5.2 Faktor Emosi
       5.3 Faktor Kognitif/Mental
       5.4 Faktor Aspek Luar dan Faktor Persekitaran
       5.5 Bakat
6.0    Ciri-ciri Pelajar Pintar Cerdas                                            13-15
       6.1 Ciri-ciri Kognitif
       6.2 Ciri-ciri Personaliti
       6.3 Ciri-ciri Tingkah Laku
       6.4 Pemikiran Kreatif –Produktif
7.0    Masalah Kanak-Kanak Pintar Cerdas                                          15-19
8.0    Program Pendidikan Untuk Pelajar Pintar Cerdas                             19-22
       8.1 Program Pengayaan
         8.1.1 Aktiviti Pendedahan
         8.1.2 Latihan Berkelompok
         8.1.3 Penyelidikan Masalah Sebenar
         8.1.4 Program Percepatan
         8.1.5 Prgram Pengelompokan
9.0    Kesimpulan                                                                  23
       Bibliografi                                                                 24




1.0 Konsep Teori Ethiologi

       Secara umumnya, Ethiologi merupakan satu kajian berhubung dengan tingkah laku
manusia dan binatang dalam keadaan semula jadi. Dalam konteks ini, ahli Ethiologi
mengatakan bahawa evolusi dan faktor biologi memainkan peranan penting dalam

                                               2
perkembangan manusia malahan mereka juga berpendapat bahawa pengalaman awal individu
adalah penting dalam mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Di samping itu, dalam
kajian ahli Ethiologi seperti Lorens (1965) mengatakan bahawa kita tidak akan memahami
perkembangan kanak-kanak sekiranya kita tidak memerhatikan tingkah laku kanak-kanak
berkenaan dalam persekitaran semula jadi mereka.

       Teori ini diaplikasikan oleh John Bowlby (1969,1989) dalam teori perapatan atau Theory
of Attachment yang menyatakan bahawa haiwan termasuk manusia dilahirkan bersama-sama
program biologi yang boleh menghasilkan beberapa isyarat tertentu yang boleh membawa
kepada perkembangan tingkah laku sosial seperti perapatan. Perapatan bermaksud kasih
sayang yang kuat, yang mengikat seseorang kepada seseorang yang lain. Ironinya, hubungan
perapatan yang kuat semasa kecil akan memberi kesan sepanjang kehidupan individu di mana
individu tersebut akan mempunyai harga kendiri yang tinggi, merasa lebih cekap dan selamat
dan merasa diri mereka diterima oleh rakan sebaya dan masyarakat berbanding dengan
individu yang mempunyai hubungan perapatan yang rendah. Walau bagaimanapun, teori
theologi ini mendapat kritikan kerana ia terlalu menekan kepada faktor-faktor biologi dan tidak
menumpukan perhatian kepada faktor kognitif.

       Ironinya, teori ini boleh diaplikasi kepada kanak-kanak berkeperluan khas kerana melalui
hubungan perapatan inilah dapat membantu mereka berhadapan dengan dunia luar. Hal ini
demikian kerana kasih sayang daripada ibu bapa menjadi pemangkin ke arah perkembangan
tingkah laku mereka dan sudah pastinya mereka akan berasakan diri mereka dihargai. Begitu
juga kanak-kanak yang dikategorikan pintar cerdas. Murid-murid yang dilahirkan pintar cerdas
sewajarnya dibimbing agar mereka tidak terjerumus dalam masalah sosial. Acapkali kita
mendengar kanak-kanak yang pintar cerdas mengalami masalah sosial yang agak serius.
Justeru adalah penting agar tingkah laku mereka diperhatikan oleh guru dan ibu bapa agar
kepandaian luar biasa yang mereka peroleh dapat digunakan dengan cara yang baik.

       Walaupun mereka mempunyai kepandaian yang luar biasa tetapi kepandaian mereka
dapat digunakan dengan cara yang betul di bawah seliaan ibu bapa justifikasinya menjadikan
mereka insan yang cemerlang dan berwawasan dalam membina bangsa Malaysia. Malah,
hubungan persahabatan yang juga diaplikasikan berdasarkan teori perapatan dapat memberi
peneguhan kepada perkembangan tingkah laku mereka. Dalam konteks ini, sahabat dapat
memberi sokongan dan juga boleh menerima segala kebaikan dan keburukan mereka. Hal ini
demikian kerana persahabatan merupakan satu usaha bersosial yang dijalankan oleh setiap


                                               3
individu. Ini adalah berlandaskan kepada keperluan manusia mendambakan penghargaan,
kasih sayang dan kehendak-kehendak lain dalam melengkapkan kehidupan ini.

2.0 Konsep Pintar Cerdas

        Pintar cerdas boleh membawa maksud yang pelbagai mengikut persepsi seseorang
individu itu, berbeza juga dari pandangan masyarakat dan pandangan kanak-kanak itu sendiri.
Mengikut negara barat, maksud pintar cerdas adalah mereka yang mempunyai potensi dan
pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan
kepimpinan dan mempunyai bakat dalam bidang muzik dan seni yang mengkagumkan serta
mereka ini memerlukan aktiviti dan perkhidmatan lain dari yang lain yang tidak terdapat di
sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akademik dan potensi mereka (Rujukan
Laman Web). Seperti kanak-kanak yang lain, mereka yang pintar cerdas belajar melalui
interaksi. Pengalaman yang diperolehi akan digunakan sebagai proses mengumpul maklumat
untuk mencari identiti mereka sebagai pelajar. Adakalanya, kanak-kanak pintar cerdas
mengandaikan bahawa kanak-kanak lain juga adalah seperti mereka, sehinggalah mereka
masuk ke alam persekolahan dan mendapati bahawa mereka mempunyai keupayaan yang
tersendiri.
        Sewajarnya, kesedaran mengenai perbezaan kanak-kanak ini dari kanak-kanak yang
lain boleh juga bermula dari awal lagi. Adalah penting untuk mempertimbangkan bagaimana
cara kita bertindak atau respon pada kanak-kanak di bawah jagaan kita yang ‘berbeza’ kerana
ini merupakan impak yang besar terhadap identiti kanak-kanak itu sendiri. Hal ini demikian
kerana pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan
rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas (gifted). Dalam konteks ini,
pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam
pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan.
        Justeru,   suatu   program   pendidikan       khas   perlu   dilaksanakan   dengan   tujuan
mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan kerana
mereka merupakan aset pembangunan negara. Sekiranya, kita mempersia-siakan kepintaran
yang dimiliki oleh mereka ini akan mendatangkan kerugian kepada kita dan juga negara. Kita
mungkin berfikir bahawa menjadi kanak-kanak pintar cerdas merupakan sesuatu yang baik
untuk diperkatakan kerana ini menunjukkan bahawa kanak-kanak itu sangat bagus dalam
sesuatu bidang. Walau bagaimanapun, perkara ini boleh menjadi suatu masalah pada kanak-
kanak tersebut, kawan-kawan, rakan dan guru.



                                                  4
Dari sudut perspektif perkembangan pelajar pintar cerdas ini, kegagalan membantu
pelajar pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah satu kerugian
yang besar kepada negara dan masyarakat keseluruhannya. Sekiranya penekanan sebegini
tidak diberi perhatian, dikhuatiri potensi dan bakat pelajar pintar cerdas ini akan terbantut dan
lambat berkembang. Malahan, pengajaran guru yang tidak mencabar pemikiran mereka akan
menyebabkan mereka cepat berasa jemu dan bosan, seterusnya akan menghilangkan minat
belajar. Dalam konteks ini, personaliti terutama watak, perangai, tingkah laku dan cara gaya
pembelajaran mereka perlu difahami oleh guru bagi merancang strategi pengjaran yang sesuai.
Jika dipupuk bakat yang ada tentu dapat memperkemas dan memantapkan keistimewaan yang
dikurniakan kepada mereka.

       Selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam usaha melahirkan dan
mendidik anak pintar cerdas. Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran serta keyakinan yang
membolehkan mereka mempraktikkan amalan-amalan mendidik anak pintar cerdas. Salah satu
kemahiran yang perlu digarap oleh ibu bapa adalah mengisi ruang kasih sayang sekeluarga.
Hubungan yang erat, suasana keluarga yang harmoni adalah antara perkara dan keperluan
yang perlu wujud dalam memberi sokongan kepada anak-anak pintar cerdas. Ini menepati teori
Ethiologi yang mementingkan hubungan yang rapat antara keluarga, rakan-rakan dan guru
mempengaruhi perkembangan mereka ke arah pembentukan insan yang berkualiti dan
cemerlang.

3.0 Definisi Pintar Cerdas

       Terdapat pelbagai pengistilahan yang diberi oleh pakar-pakar dari barat dalam konteks
pemahaman yang berbeza. Piirto (1999) turut mengakui bahawa kanak-kanak pintar cerdas
mempunyai ukuran darjah kecerdasan atau intelligent quotient (IQ) yang tinggi. Dalam
menghurai pengistilahan ini, pakar barat turut membincangkan istilah gifted yang membawa
maksud berbakat. Berbakat pula bermaksud kebolehan semula jadi yang ada pada diri
seseorang. Gabungan istilah pintar cerdas dam berbakat digunakan untuk merujuk kepada
kanak-kanak yang disebut sebagai gifted dan talented. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan
kekeliruan dalam membezakan antara istilah berbakat dan istilah pintar cerdas. Ini menegaskan
bahawa definisi pintar cerdas merujuk kepada keadaan seseorang yang mempamerkan
sesuatu

       Mengikut Kamus Dewan (2002), istilah pintar membawa maksud cekap dan pandai.
Cerdas pula didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Susan K. Golant di dalam

                                               5
bukunya The Joys and Challenges Of Rising a Gifted Childs berpendapat, kanak-kanak
pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar, curiga dan mempunyai
perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran suppaya berupaya menggabungkan
beberapa maklumat dalam menghasilkannya. (Rujukan Laman Web).

       Umumnya, pintar cerdas ini ditakrifkan sebagai kepandaian luar biasa dalam
mamahami dan mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya.
Ahli biologi mendefinisikan pintar cerdas sebagai kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh
seseorang individu untuk melakukan adaptasi dan manipulasi terhadap keadaan dan
perubahan persekitaran. Dalam pada itu, pakar psikologi pula mendefinisikan istilah pintar
cerdas sebagai kanak-kanak yang berupaya melakukan taakulan iaitu mempunyai kebolehan
berfikir dengan logik dan mempunyai fungsi kognitif yang hebat. Dalam konteks ini, kanak-
kanak pintar ini berkebolehan mencari dan mengaitkan sebab musabab terhadap sesuatu
fenomena yang abstrak.

       Walau bagaimanapun, seseorang yang berbakat belum pasti akan menjadi seorang
yang pintar cerdas. Banyak faktor yang perlu berperanan sebagai pemangkin mempengaruhi
secara positif laluan seseorang itu daripada berbakat menjadi pintar cerdas menurut Gagne,
1998; Piirto,1999. Antara faktor tersebut ialah faktor dalaman atau intrapersonal bagi individu
terbabit, seperti emosi yang sejahtera dan konsep kendiri yang positif. Selain itu terdapat faktor
persekitaran yang turut berperanan sebagai pemangkin. Ini merujuk kepada aspek-aspek
sokongan di rumah dan di sekolah. Seseorang yang dianggap pintar cerdas dalam sesuatu
bidang tertentu ialah seorang yang berbakat dan juga cemerlang dalam bidang tersebut.

       Menurut Susan K. Golant dalam bukunya The Joys and Challenges of Raising a Gifted
Child berpendapat kanak-kanak yang pintar cerdas ini menunjukkan minat yang tinggi dalam
suasana pembelajaran, bersifat curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada
persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dan mengadaptasikannya
dalam kehidupan seharian.        Manakala umum pula mentakrifkan pintar cerdas sebagai
kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh individu. Malahan, individu yang dikatakan pintar
cerdas ini mempunyai kebolehan luar biasa dalam memahami serta mengaplikasikan segala
cabaran persekitaran kepada mindanya serta kehidupannya.

       Dalam konteks ini, Edward Dr. Gardner menyatakan bahawa individu yang pintar cerdas
mungkin menguasai dan mempunyai kemahiran luar biasa dalam salah satu tujuh kecerdasan
pelbagai (Multiple Intelligence) dan mungkin sederhana dalam bidang-bidang yang lain. Malah

                                                6
Dr. Stemberg dalam bukunya (Conception of Giftedness) pula berpendapat bahawa kepintaran
terdiri daripada 3 faktor iaitu kepintaran sintetik atau kebolehan kreatif, kepintaran analitik atau
kebolehan kreatif dan kepintaran analitik atau kebolehan melakukan analisis dan kepintaran
praktikal iaitu menggunakan kepintaran yang dimiliki menghasilkan sesuatu ataupun digunakan
dalam kehidupan seharian. Dalam konteks ini, Hassan Mohd Alik (2006) turut menjelaskan
bahawa konsep pintar cerdas sebenarnya tidak tertakluk kepada kejayaan akademik semata-
mata malah kebolehan berkreatif dan bereksperiman termasuk menghasilkan bahan ataupun
teori, kebolehan seni yang hebat juhga adalah manifestasi kepintaran dan kecerdasan individu.

       Nasca (1978) seterusnya menggambarkan pelajar-pelajar pintar cerdas sebagai
mempunyai tiga kebolehan yang unik iaitu mampu menerima lebih banyak maklumat daripada
persekitaran mereka, malah berupaya menyimpan lebih banyak maklumat dan berupaya
menggunakan pelbagai teknik untuk memproses maklumat yang mereka telah diperoleh. Oleh
yang demikian, individu pintar cerdas ini bolehlah dikategorikan sebagai penjana maklumat.
Bagaimanapun, menurut Nasca, rakan-rakan sebaya mereka lebih cenderung untuk bersikap
mengumpul dan mengingati maklumat serta mengeluarkan semula maklumat tersebut tanpa
memprosesnya secara analitik. Itulah yang membezakan antara pelajar-pelajar pintar cerdas ini
dengan pelajar normal.

       Secara amnya, setelah memahami pengistilahan bagi kategori kanak-kanak pintar
cerdas. Dr. Howard Gardner (1981) dalam bukunya Frames of Mind telah menggariskan 7 jenis
kebolehan kanak-kanak pintar cerdas ini iaitu yang pertama ialah kepintaran linguistik.
Kepintaran linguistik ini merujuk kepada kebolehan seseorang individu dalam memberikan
makna perkataan serta mahir dalam melakukan turutan sesuatu perkataan. Tidak hairanlah,
kanak-kanak dalam kebolehan ini dengan mudah boleh mempelajari beberapa bahasa asing.
Seterusnya, kebolehan yang kedua dikenali sebagai kebolehan logikal iaitu pengkhususannya
kepada mata pelajaran matematik iaitu merujuk kepada kebolehan untuk mencari sebab
musabab dalam sesuatu hal atau perkara.

       Kebolehan ketiga ialah kebolehan ruang di mana kebolehan memberi pandangan
tentang dunia dan persekitaran dengan tepat; kebolehan membuat dan mengubah sesuatu
persepsi, kemahiran kejuruteraan, artistik dan memori secara visual. Manakala kebolehan
keempat pula merujuk kepada kebolehan kinetik badan iaitu kemahiran bersukan (athletic) dan
kemahiran melakukan koordinasi motor. Kebolehan kelima adalah kebolehan dalam bidang
muzik, kebolehan keenam pula merujuk kepada kebolehan mengenal pasti irama, “pitch”,
intonasi dan melakukan memori auditori. Kebolehan ketujuh ialah kebolehan berinteraksi murid

                                                 7
dalam hubungan sosial termasuklah interpersonal dan intrapersonal skill. Menurutnya lagi,
seseorang yang pintar cerdas mungkin mempunyai kemahiran luar biasa dalam salah satu
daripada tujuh perkara tersebut dan sederhana dalam bidang-bidang yang lain.



        3.1 Definisi pintar cerdas dan berbakat dalam konteks pendidikan di Malaysia
        Di dalam sistem pendidikan di Malaysia, murid pintar cerdas dan berbakat didefinisikan
sebagai murid yang mempunyai keupayaan berprestasi cemerlang disebabkan kebolehan
mereka yang tinggi berbanding dengan murid yang seumur dengannya. Mereka juga lulus
penilaian tahap kecerdasan atau keupayaan yang ditetapkan oleh KPM dan mereka
memerlukan pendekatan khusus dalam pendidikan. Justeru, pelajar pintar cerdas dan berbakat
merupakan seorang pelajar yang terbukti cemerlang atau seorang yang berpotensi dalam
bidang akademik atau dalam bidang-bidang lain seperti muzik, bahasa, kepimpinan dan lain-
lain.
        Pendidikan pelajar pintar cerdas di Malaysia bermula semula pada tahun 2007 apabila
seorang kanak-kanak pintar cerdas matematik, Adi Putra Abd. Ghani menjadi perhatian media
massa. Beliau telah diuji tahap kepintarannya oleh Prof. Madya Dr. Noriah Mohd. Ishak seorang
pakar kaunseling dan psikologi dan Dr. Rosadah Abd. Majid seorang pakar bidang bidang
pendidikan khas untuk kanak-kanak pintar cerdas dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Adi
Putra didapati mempunyai kepintaran yang superior dalam beberapa bahagian matematik. Adi
Putra kemudiannya telah ditawarkan beberapa pilihan program pembelajaran berbentuk
pecutan dan pengayaan oleh beberapa buah universiti tempatan. Ini merupakan titik tolak
kepada permulaan program pendidikan kanak-kanak pintar cerdas di Malaysia selepas program
BAKA yang diperkenalkan pada awal tahun1970an.




4.0 Jenis-jenis Pintar Cerdas

        Terdapat enam jenis kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat yang telah dikenal pasti
(Betts & Neihart, 1988). Jenis pertama merupakan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat
yang paling senang dikenal pasti adalah mereka yang berbakat. Kanak-kanak dari kategori ini
disukai guru dan rakan-rakan sebaya serta mencapai hasil tahap yang tinggi. Mereka lebih suka
bergantung pada orang lain berbanding berdikari. Dalam pada itu, mereka juga tidak suka
mengambil risiko. Dalam pada itu, mereka juga tidak suka mengembangkan autonomi dan

                                              8
sebenarnya mereka boleh mencapai sesuatu dengan lebih tinggi jika mereka lebih menentukan
diri sendiri.

        Jenis kedua ialah pencabar. Dalam kategori ini kebiasaannya kanak-kanak ini lebih
kreatif. Signifikasi daripada kekurangan sokongan untuk kanak-kanak yang kreatif boleh
mengakibatkan tingkah laku yang degil dan memberi cabaran-cabaran untuk guru dan ibu bapa.
Justeru, para guru dan ibu bapa perlu bijak dalam menguruskan kanak-kanak ini. Cara yang
paling baik untuk membantu kanak-kanak kategori ini ialah sentiasa memberi motivasi.


        Jenis ketiga ialah kanak-kanak ‘bawah tanah’ atau bersembunyi di mana kanak-kanak
cuba untuk menyembunyikan kepintaran mereka. Kebiasaan kanak-kanak jenis ini adalah
kanak-kanak perempuan yang sedang bersekolah. Mereka sering berasa cemas dan tidak
selamat. Hal ini terjadi kerana satu konflik dialami antara sosial dan kejayaan akademik. Jenis
ini juga sentiasa mengalami kemurungan kerana wujudnya ketidakyakinan dalam jiwa mereka
untuk mengetengahkan bakat yang mereka miliki.


        Jenis keempat adalah kanak-kanak yang keciciran. Kanak-kanak ini mempunyai
pencapaian rendah sepanjang masa dan memerlukan program sokongan yang cukup banyak
untuk meningkatkan pencapaian pendidikan. Pencapaian rendah boleh dihasilkan disebabkan
mereka tidak mempunyai dorongan motivasi yang dipengaruhi oleh program-program yang
tidak sesuai untuk mereka.


        Jenis kelima dipanggil label berganda iaitu kanak-kanak yang mempunyai kesulitan
pembelajaran fizikal atau emosional. Oleh itu, mereka kurang diberi perhatian dan potensi serta
bakat mereka dibiarkan. Misalnya, seorang kanak-kanak pintar cerdas yang kurang upaya dari
aspek fizikal mungkin kecerdikan yang dimilikinya tidak dipeduli oleh orang lain kerana dilabel
sebagai seorang kurang upaya.


        Jenis keenam ialah kanak-kanak berautonomi. Kanak-kanak jenis ini ialah kanak-kanak
yang mempunyai cara tersendiri dan tidak bergantung pada orang lain. Kanak-kanak ini akan
terus berkembang jika terdapat program-program pendidikan yang bersesuaian disediakan
untuk mereka (Betts & Neihart, 1988).


5.0 Faktor-faktor perkembangan Pintar Cerdas


                                              9
Perkembangan individu pintar cerdas dan berbakat ini dapat dilihat dan diperhatikan
sejak kecil lagi. Antara perkembangan yang dikaitkan dengan golongan ini adalah
perkembangan fizikal, perkembangan emosi dan juga sosial. Walupun pada pandangan
masyarakat mereka tidak mempunyai masalah dalam setiap peringkat perkembangan ini,
namun pada hakikatnya yang sebenar golongan pintar cerdas dan berbakat ini juga mempunyai
masalah berkaitan dengan kehidupan mereka. Mereka juga memerlukan perhatian dan
sokongan yang sewajarnya untuk terus menghadapi kehidupan mereka walaupun pada
dasarnya, mereka agak berbeza dengan individu biasa. Oleh itu, isu-isu yang berkaitan dengan
golongan pintar cerdas dan berbakat ini tidak harus dipandang enteng oleh semua pihak agar
masalah perkembangan yang mereka hadapi tidak akan menganggu perkembangan bakat dan
potensi yang ada dalam diri mereka.
       Piirto (1990) menyarankan lima aspek perkembangan pintar cerdas iaitu genetik atau
warisan sebagai faktor utama. Faktor kedua ialah faktor emosi diikuti dengan faktor kognitif
yang merujuk kepada keperluan kecerdasan minima sebagai faktor ketiga. Faktor keempat
dalam perkembangan pintar cerdas ialah sifat pintar cerdas (talent) itu sendiri. Aspek ini
dikaitkan dengan sifat dalaman yang semulajadi dan bermisteri. Aspek yang terakhir ialah ialah
aspek luaran atau persekitaran kepada individu yang berbakat. Aspek ini lebih merujuk kepada
sokongan dan bimbingan ibu bapa dalam memperkembangkan pintar cerdas dalam diri anak-
anak mereka.


       5.1 Faktor genetik

       Ironinya, menjadi persoalan adakah pintar cerdas diwarisi dan dipengaruhi oleh faktor
genetik. Hal ini demikian kerana ramai pakar genetik dan psikologi telah berusaha untuk
mencari dan menentukan sejauh manakah kebenaran bahawa tahap kepintarannya diwarisi.
Malahan, kebanyakan pakar juga bersetuju bahawa asas potensi mental seseorang sedikit
sebanyak diwarisi daripada ibu bapanya. Boleh dikatakan bahawa kanak-kanak pintar cerdas
sudah menjadi pintar cerdas sejak saat kelahiran.


       Manakala menurut Profesor Howe, kanak-kanak menjadi pintar cerdas mungkin kerana
hasil daripada bimbingan dan didikan ibu bapa serta guru-guru yang berada di sekeliling
mereka sejak lahir dan semasa waktu kritikal iaitu zaman pra formal di antara kosong hingga
enam tahun. Malahan, Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman
(1937) dan Shieldo (1962) turut membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kebolehan
yang berbeza dan perbezaan itu biasanya diturunkan oleh genetik ibu bapa.. Kajian ahli-ahli

                                              10
psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa
mereka. Kebiasaannya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas
pintar.


          5.2 Faktor Emosi

          Menurut Goleman, kecerdasan emosi pula adalah kemampuan seseorang mengatur
kehidupan emosinya dengan inteligensi, menjaga keselarasan emosi dan pengungkapannya
melalui keterampilan, kesedaran diri, pengendalian diri, motivasi diri, empati dan keterampilan
sosial. Menurut Bee (1999), kanak-kanak pintar cerdas adalah satu golongan yang
heterogeneous. Mereka yang lebih tinggi tahap kecerdasannya berbanding kanak-kanak lain
menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding kanak-kanak lain.
          Goleman (1999) juga menyatakan bahawa kecerdasan emosi adalah kemampuan lebih
yang dimiliki seseorang dalam memotivasikan diri, ketahanan dalam menghadapi kegagalan,
mengendalikan emosi dan kepuasan serta mengatur keadaan jiwa. Tuntasnya, seseorang akan
berada dalam keadaan yang positif apabila memiliki elemen-elemen tersebut. Beliau juga
menambah, kecerdasan emosi adalah lebih penting dan berpengaruh daripada kecerdasan
intelektual. Seseorang yang mempunyai kecerdasan emosi lebih berjaya dalam mengatur
kehidupan dan akhirnya mencapai cita-cita.


          5.3 Faktor Kognitif /mental
          Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mempunyai kebolehan mental yang
mana jauh lebih tinggi berbanding rakan sebayanya. Oleh sebab itu, keperluan motivasi yang
setanding juga perlu diberikan supaya tiada konflik timbul dalam kehidupan mereka kerana
sudah ada panduan atau sistem pendidikan yang bersesuaian. Ibu bapa berperanan
mempengaruhi perkembangan kognitif mereka dengan memindahkan pengetahuan berkenaan
melalui maklumat dan budaya dengan memberi tunjuk ajar mereka melalui perlakuan ibu bapa.
          Francis Galton pula menyatakan kanak-kanak pintar cerdas sebagai seseorang yang
mempunyai penaakulan yang tinggi dan melihat sesuatu itu di dalam perspektif yang berbeza
daripada orang biasa. Dalam erti kata lain, perkembangan awal mereka dapat dikenal pasti
sebagai seorang individu yang mempunyai pemikiran kognitif yang arasnya adalah lebih tinggi
daripada individu lain. Pandangan yang dilontarkan oleh Galton adalah amat bernas kerana
bukan semua individu mempunyai pemikiran kognitif yang tinggi serta memerlukan penerokaan
yang lama untuk diambil oleh seseorang individu yang biasa. Dalam konteks ini, kemahiran


                                              11
kognitif kanak-kanak ini perlu dipantau agar mereka dapat berfikir secara rasional dalam
membuat keputusan.


       5.4 Faktor aspek luar dan faktor persekitaran

       Faktor aspek luaran dan faktor persekitaran adalah berkaitan dengan peranan ibu bapa
serta masyarakat dalam memberi dorongan dan sokongan terhadap anak-anak pintar cerdas.
Yang lebih utama adalah dorongan dan sokongan dari ibu dan bapa yang berempati dan dapat
menyedari keistimewaan anak kecil mereka. Ibu bapa yang memberikan ruang kepada anak
mereka untuk berkembang sepenuh potensi diri adalah ibu bapa yang boleh membentuk minda
genius. Bagaimanapun, kejayaan mereka kelak tidak boleh diambil dan ditiru bulat-bulat kerana
semua kanak-kanak amat berbeza dari segi minat dan personaliti mereka.


       Hanya ibu bapa yang dapat menilai kemampuan anak kecil mereka dan kemudian
melakukan apa yang dirasakan perlu untuk membangunkan potensi dirinya. Seseorang ibu atau
bapa yang peka terhadap keupayaan anaknya akan memberi pendidikan yang lebih sempurna
dan yang terbaik di peringkat awal lagi. Hal ini demikian kerana jika bakat atau kebolehan tidak
dikembangkan secara tidak langsung akan mati. Ternyata, keadaan ini akan merugikan banyak
pihak terutama kepada negara, kerana negara memerlukan golongan pintar cerdas ini untuk
membangunkan negara.

       Dalam pada itu, guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam
perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat
penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah akan
melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-
kemudahan pengajaran-pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif dan psikomotor
murid. Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan
insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diisytiharkan pada tahun 1988.

       5.5 Bakat

                                              12
Aspek seterusnya ialah aspek bakat itu sendiri. Kebanyakan bakat itu diramal daripada
tingkahlaku ramalan. (predictive behaviours). Bakat ini ditunjukkan secara domain dan dianggap
bernilai oleh masyarakat. Terdapat bakat domain yang spesifik seperti seni visual, muzik,
kesusasteraan, lakonan, tarian, sukan, rekaan, matematik, sains, dan sebagainya. Ini turut
disokong oleh Model Gagne yang menekankan proses pembelajaran ataupun proses
pembangunan bakat semulajadi yang dirangsang oleh pemangkin luaran dan interpersonal.
Pemangkin-pemangkin ini memainkan peranan dalam membantu pengembangan bakat
ataupun membantutkan pengembangan bakat.



6.0 Ciri-ciri Pelajar Pintar Cerdas dan Berbakat
        Bee (1997) mengkategorikan perkembangan pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat
(PCB)    sebagai    perkembangan    yang   berbeza    daripada   biasa.   Pelajar-pelajar   PCB
mempamerkan ciri-ciri khas dalam aspek-aspek pemerosesan kognitif, personaliti dan tingkah
laku (Mills 1993; Bee 1997; Kyle 1998; Piirto 1999; Renzulli 2000). Perbezaan tersebut perlu
kepada pendekatan pendidikan yang bersesuaian (Gallagher & Gallagher 1994).




        6.1 Ciri-ciri Kognitif
        Dalam aspek pemprosesan kognitif, pelajar-pelajar cerdas pintar biasanya apabila diuji
dengan ujian-ujian psikometrik akan mendapat skor Darjah Kecerdasan (DK) atau Intelligent
Quotion (IQ) yang tinggi biasanya melebihi 130 (Kyle 1998). Malahan, potensi kognitif dalam
bentuk potensi akademik dapat dilihat daripada keputusan peperiksaan yang cemerlang. Selain
itu ciri-ciri kognitif pelajar cerdas pintar merangkumi keupayaan untuk menaakul idea-idea yang
abstrak, cepat memahami unsur-unsur utama dalam sesuatu isu, sangat empati, ingatan yang
kuat, dan berkecenderungan untuk menjadi terlalu asyik dalam sesuatu topik yang diminati.
        Robinson (2002) pula merumuskan ciri-ciri pelajar cerdas pintar seperti berikut;
mempunyai ingatan serta penaakulan yang luar biasa, sangat suka kepada perkara-perkara
intelektual berserta sifat ingin tahu yang menebal, mempunyai strategi yang berbeza ketika
menyelesaikan sesuatu masalah, gemar mengajukan soalan-soalan yang susah, dan
memberikan pendapat yang ganjil hasil dari pemikiran yang mencapah. Malahan, menurut
Stemberg & Zhang (1995) berpendapat bahawa kanak-kanak pintar cerdas mempunyai
kebolehan-kebolehan dari aspek memiliki asas pengetahuan dan kebolehan untuk mengingati
semula maklumat dari ingatan yang tersimpan. Malahan, kanak-kanak ini mahir menggunakan


                                              13
kemahiran dan strategi dalam menyelesaikan masalah serta memiliki kemahiran metakognitif
yang akan meregulasi. Apa yang penting mereka dapat mengaplikasikan kemahiran dalam
mengawal penggunaan strategi dalam menyelesaikan masalah


       6.2 Ciri-ciri Personaliti
       Piirto (1999) merumuskan 17 ciri personaliti pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat.
Ciri-ciri personaliti tersebut ialah: kreatif; berimaginasi; mempunyai pandangan yang mendalam;
intuitif; keterbukaan; keamatan dalam tingkah laku; amat menyukai kerjanya; perseptif;
mendesak; berani mengambil risiko; berdisiplin kendiri; mempunyai kecekapan kendiri; cara
berfikir mirip kedua-dua gender; tabah berusaha; amat mementingkan kesempurnaan; toleransi
terhadap sesuatu yang tidak pasti; dan mempunyai kemahuan yang kuat. Ada antara ciri-ciri
tersebut dikaitkan dengan aspek sosio emosi pelajar terbabit. Ringkasnya pelajar-pelajar pintar
cerdas dan berbakat mempamerkan personaliti yang unik dan berbeza. Perbezaan ini perlu
ditangani dengan bijaksana dan tidak disalah tafsir oleh ibu bapa dan guru-guru.


       6.3 Ciri-ciri Tingkah Laku
       Renzulli (1978) menyatakan bahawa pelajar-pelajar cerdas pintar menunjukkan tingkah
laku pintar cerdas (PC) pada situasi-situasi tertentu. Beliau mencadangkan tiga trait utama yang
bergabung menjadikan seseorang pelajar itu dikategorikan sebagai pintar cerdas. Trait-trait
tersebut ialah kecerdasan atau potensi kognitif yang luar biasa, menyelesaikan masalah secara
kreatif, dan komitmen yang tinggi dalam melakukan sesuatu tugas. Trait kecerdasan seperti
yang telah dihuraikan merupakan ciri-ciri kognitif. Kreativiti pula seperti huraian Piirto (1999)
merupakan ciri-ciri personaliti. Komitmen dalam melaksanakan sesuatu perkara pula
merupakan sebahagian daripada trait tingkah laku pintar cerdas.


       Tingkah laku Pintar Cerdas boleh diukur dalam aspek atau domain berikut:
Pembelajaran, Kepimpinan, Komunikasi, Perancangan, Motivasi, Kreativiti, Dramatik, Muzikal,
dan Seni. Aspek-aspek tersebut terdapat dalam Skala Pemarkatan Tingkah Laku, Scale for
Rating the Behavioral Charactersitics of Superior Students (SRBCSS) (Renzulli et al. 2002).
Penilaian terhadap tingkah laku PC boleh dibuat dengan menggunakan skala pemarkatan
tingkah laku oleh guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar berkenaan. Guru-guru yang
mengajar pelajar pintar cerdas mengenali kekuatan yang ada pada pelajar-pelajar tersebut.
Justeru mereka boleh membuat pemarkatan untuk menilai tingkah laku pintar cerdas dan tahap



                                               14
kekuatan tingkah laku tersebut dalam aspek-aspek yang terdapat dalam SRBCSS (Renzulli et
al. 2002).



       6.4 Pemikiran Kreatif – Produktif

       Antara ciri yang dipamerkan dengan memiliki pemikiran yang kreatif ialah sangat yakin
ketika menjelaskan dan menyatakan idea-idea yang telah difikirkan serta idea-idea yang bernas
itu terhasil daripada kebolehan mereka dalam membuat hubung kait antara dua idea yang
terpencil yang tidak dapat dilihat dan difikirkan oleh orang lain. Malahan, kanak-kanak pintar
cerdas juga boleh meneka dan mengecam akan kewujudan seseuatu masalah dalam sesuatu
perkara tertentu dan secara spontan mereka dapat bertindak mengikut daya pemikiran yang
kreatif. Relaitinya, idea yang sering dilontarkan dapat dikekalkan dengan hujah-hujah yang
boleh menarik minat orang lain.

       Apa yang lebih penting apabila mereka berjaya mengekalkan idea dalam setiap
perbincangan atau kolaborasi dengan mereka yang normal. Dalam pada itu, mereka
menunjukkan minat yang mendalam dalam menghasilkan projek tertentu seperti projek sains
dan robotik. Hal ini demikian kerana projek-projek seperti ini akan menggalakkan mereka
supaya berimaginasi dengan lebih jauh dan mendalam. Jika ada yang cuba menandingi idea
yang telah dilakukan oleh mereka, pelbagai persoalan akan diajukan sehingga mereka berpuas
hati dengan jawapan yang diberikan.

7.0 Masalah-masalah Kanak-Kanak Pintar Cerdas

       Pencapaian kanak-kanak pintar-cerdas yang begitu tinggi selalunya menimbulkan
perasaan inferioriti pada rakan-rakan di sekelilingnya. Lebih-lebih lagi, biasanya kanak-kanak
pintar-cerdas menunjukkan superioriti dalam kebanyakan aspek. Mereka memenangi banyak
hadiah dalam pelbagai pertandingan ataupun mendapat keputusan yang cemerlang, Perasaan
rendah diri ini menjadikan kanak-kanak lain menjauhkan diri daripada kanak-kanak pintar-
cerdas demi mempertahankan harga diri mereka sendiri. Keadaan ini akan menjadikan kanak-
kanak pintar-cerdas seolah-olah diboikot, walaupun dia tidak berbuat salah. Kanak-kanak
pintar-cerdas masih kecil, mereka tidak boleh memahami kenapa dianya dijauhi oleh kawan.
Malah dia sendiri juga berasa bosan dengan rakan sebaya dan mengasingkan diri. Faktor-faktor
ini menjadikan isu sosial satu cabaran besar yang perlu mereka hadapi.



                                             15
Ini tidak ketinggalan dalam aspek perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas ini
yang bakal membatasi pergerakan atau kemampuan mengerjakan serta menyelesaikan
sesuatu tugasan yang dirasakannya begitu mudah diselesaikan dalam gambaran intelek
mereka. Kanak-kanak ini juga lebih gemar melibatkan diri dalam perbualan dengan orang
dewasa mengenai isu-isu global dan mampu untuk berdebat dengan baik dalam menyuarakan
pendapat atau pandangan mereka dalam isu tersebut. Disebabkan mereka ini matang dalam
beberapa aspek berbanding dengan rakan sebaya yang lain, maka mereka lebih selesa dengan
orang yang lebih berumur dari mereka serta mempunyai tahap kepintaran yang sama dengan
mereka. Tetapi dari segi aspek emosi mereka akan menangis atau merajuk sekiranya mereka
berebut ketika bermain ataupun alat permainan mereka diambil oleh seseorang.

       Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-
perkara abstrak tetapi tidak mampu menagani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi
yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan
seksualiti dan isu-isu yang lain. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan
membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran
intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah
kekecewaan. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global
untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka
diambil oleh seseorang


       Antara masalah dan keistimewaan pelajar ini bukan setakat isu penyesuaian diri mereka
lantaran perbezaan yang mereka ada semata-mata tetapi masalah itu sebaliknya mungkin
menjadi faktor-faktor yang mempengaruhi usaha dan pencapaian mereka. Kebanyakan
masalah ini menjadi punca kegagalan dan kesengsaraan hidup mereka, apabila mereka tidak
boleh menangani masalah ini. Guru perlu memahami apa yang dikehendaki oleh pelajar tidak
semestinya apa yang diperlukan oleh mereka. Pelajar tidak semestinya memahami apa yang
terbaik untuk diri mereka. Sebab itu guru perlu memahami pelajar mereka. Masalah mungkin
berlaku apabila guru mengeksploitasikan bakat pelajar demi kesenangan dirinya. Contohnya,
dengan melantik pelajar pentar cerdas ini mengajar pelajar yang lain yang lebih lemah bukanlah
cara terbaik untuk guru melepaskan tanggungjawab terhadap pelajar ini. Berlainan pula dengan
guru membantu mereka memperbaiki teknik mengajar atau berkomunikasi. Perkembangan
mereka secara tidak langsung telah terjejas.




                                               16
Guru perlu mempertimbangkan dua faktor dalam membuat keputusan: apa yang
dikehendaki oleh pelajar dan apa yang diperlukan oleh pelajar. Kedua-dua faktor ini sama
penting. Sebagai pelajar yang perkembangannya berbeza dengan pelajar yang lain, mereka
sendiri mungkin lebih memahami apakah kelebihan dan minat sendiri. Walau bagaimanapun ini
tidak bermakna mereka mampu membuat keputusan yang terbaik untuk diri mereka. Ini boleh
dilihat pada sikap segelintir pelajar pintar cerdas yang tidak suka membuat latihan, walaupun
mereka belum menguasai kemahiran tersebut. Mereka sering menunjukkan sikap negatif
mereka yang hanya belajar apa yang diminatinya. Oleh itu guru seharusnya dapat
memahamkan mereka kepentingan berlatih dan menguasai bidang pengetahuan yang tertentu.
Pada masa yang sama, adalah tidak mustahil sekiranya mereka sendiri tidak dapat mengenal
minat, kekuatan dan kelemahan mereka, contohnya berasa keliru semasa pemilihan jurusan
bidang pengajian. Oleh itu, mereka sebenarnya memerlukan bimbingan orang yang lebih
berpengalaman hidup. banyak orang susah percaya sekiranya pelajar pintar cerdas dikaitkan
dengan dengan masalah akademik. Segelintir individu pintar cerdas hanya menumpukan
perhatian dalam apa yang menarik minat mereka. Kadang-kadang ditunjukkan dalam sikap
degil mereka dalam mempelajari sesuatu yang mereka kurang berminat. Ini adalah satu
pembaziran, sebab mereka mungkin memiliki bakat luar biasa dalam bidang yang mereka tidak
berminat. Guru perlu memberi motivasi, contohnya kepentingan subjek tertentu. Disebabkan
cara pembelajaran dan keperluan intelek mereka yang begitu unik, sebarang tugasan dan
pendidikan yang tidak sesuai dengan ciri-ciri mereka akan menjadikan mereka salahsuai.
Keadaan ini mungkin dilihat pada kejatuhan yang mendadak dalam keputusan.


       Banyak kanak-kanak pintar cerdas yang tidak suka ke sekolah sebab terlalu bosan
dengan pengajaran guru. Mereka juga berasa bosan dengan (percakapan) kawan yang tidak
matang bagi mereka. Masalah sosioemosi ini adalah akibat keperluan akademik yang tidak
dipenuhi, dengan kata lain mereka tidak dicabar secukupnya dari segi akademik. Masalah ini
seterusnya akan membawa kepada masalah tingkah laku atau disiplin seperti yang dijelaskan
sebelum ini. Masalah ini boleh menjadikan mereka membenci kepada sekolah dan
pembelajaran.

       Satu cabaran yang besar dalam pendidikan adalah memahami pencapaian pelajar.
Kanak-kanak pintar cerdas bukannya tidak dicabar dalam akademik tetapi tidak dicabar secara
yang berkenaan. Contohnya, kerja salin-menyalin, menghafal secara bulat-bulat, latih tubi, jenis
tugasan atau soalan yang closed-ended tidak serasi dengan keperluan akademik pelajar pintar
cerdas. Mereka mungkin tidak suka menghafal pendapat orang lain sedangkan dirinya boleh

                                              17
mengeluarkan idea yang lebih baik. Walaupun pelajar pintar cerdas menunjukkan kelebihan
mereka dalam ingatan, tetapi kelebihan mereka yang nyata adalah dari segi pemahaman.
Dalam konteks ini, pemahaman merupakan faktor penting yang membezakan pelajar pintar
cerdas dengan pelajar biasa yang cemerlang dalam akademik. Bagi pelajar pintar-cerdas, apa
yang menarik minat mereka adalah sesuatu yang mencabar mereka dari segi pemahaman.
Lembaran kerja yang menekankan latih tubi tidak menarik kepada mereka sebab mereka tidak
suka.


        Memang benar golongan pintar cerdas memiliki kelebihan dalam persaingan. Tetapi ini
tidak bermakna mereka akan berasa yakin diri, sebab dia mungkin langsung tidak
membandingakan diri dengan orang lain. Seperti yang dikatakan sebelum ini, golongan ini
mendukung sistem nilai yang tersendiri, mereka mungkin tidak berminat membandingkan
dirinya dengan orang lain dari segi pencapaian akademik, kerjaya dan sebagainya. Sebaliknya
mereka seolah-olah membuat sesuatu akibat dorongan dalaman sendiri. Dengan erti kata lain,
mereka membandingkan diri mereka sendiri, dan jangkaan yang tinggi selalunya memberi
tekanan kepada mereka sendiri. Penyempurnaan diri merupakan satu motivasi yang kuat dalam
mempengaruhi tingkah laku mereka.

        Semua individu adalah unik dari segi keupayaan, jarang kita menjumpai seseorang yang
serba boleh. Keadaan ini berlaku kepada kanak-kanak pintar-cerdas juga. Seseorang yang
mencapai tahap yang tinggi dari segi kecerdasan bahasa dan logiko-matematikal mungkin
menghadapi masalah besar dalam kemahiran fizikal seperti mengimbangkan badan, kordinasi
badan ataupun dia tidak boleh melukis atau menyanyi. Bayangkan apakah perasaannya
semasa hari sukan, masa seni dan sesi nyanyian, sudah tentu mereka berasa malu dan janggal
sebab maruah diri mereka yang tinggi dan sifat sensitif. Perkembangan yang tidak seimbang ini
juga membawa banyak masalah kepada kehidupan mereka, contohnya kalau dia menghadapi
masalah orientasi arah dia akan selalu menghadapi masalah sesat jalan juga.


        Pada masa yang sama, keyakinan yang terlalu tinggi juga menjejaskan perkembangan
mereka. Memandangkan kebolehan akademik (dan kebolehan mental yang lain), sesetengah
individu menjadi terlampau yakin dalam dunia yang berorientasikan akademik ini. Ini
menjadikan mereka tidak nampak kelemahan sendiri dan hidup dalam dunia sendiri. Masalah
keyakinan (terlampau yakin atau inferioriti) ini akan menjejaskan pandangan orang lain
terhadap diri kita.



                                             18
Jelas sekali masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan pintar cerdas dan berbakat
ini adalah berpunca daripada dua faktor iaitu keistimewaan yang ada pada diri mereka dan
faktor luaran. Adalah tidak tepat untuk mengandaikan golongan pintar cerdas ini akan
mendapat kejayaan hidup dengan begitu mudah. Pada hakikatnya, golongan ini perlu
mengatasi pelbagai masalah yang mereka hadapi supaya mereka dapat mengembangkan
sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka. Peranan pendidik adalah untuk membantu
mereka mengatasi halangan-halangan tersebut. Selain motivasi, perhatian juga patut diberikan
kepada keperluan mereka yang unik. Pengetahuan yang ada kaitannya dengan individu pintar
cerdas dan berbakat ini harus disalurkan kepada pihak-pihak yang terbabit supaya mereka lebih
sensitif terhadap keperluan unik golongan ini.

8.0 Program Pendidikan Untuk Pelajar Pintar Cerdas


       Setiap individu pelajar yang normal semenjak dari usia bayi telah memiliki potensi dan
bakat yang boleh diperkembang dan dipertingkatkan. Dewasa kini mereka telah terdedah lebih
awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak
yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi
mereka, terutama di kalangan mereka yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar yang
mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih
dikenali sebagai kanak kanak pintar cerdas (gifted). Pelajar pintar cerdas dan berbakat
merupakan individuyang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan
pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan
berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan.
       Secara amnya, keperluan kanak-kanak pintar cerdas perlu dipenuhi kerana mereka
mempunyai hak dalam mendapat akses pembelajaran yang ekuiti. Guru perlu peka
memerhatikan ciri-ciri yang terdapat di dalam kanak-kanak pintar cerdas agar kesesuaian
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bukan sahaja memenuhi kehendak murid
biasa tetapi juga kanak-kanak pintar cerdas. Guru juga perlu memastikan golongan ini tidak
rasa terabai atau tersingkir kerana keadaan yang berlaku kini melihatkan mereka sering tidak
diendahkan kewujudan mereka. Malahan, kanak-kanak pintar cerdas sama seperti populasi lain
yang memerlukan keadaan yang normal dalam pengajaran dan program khas perlu dibuat agar
keperluan ini dipenuhi. Ciri-ciri seperti kepelbagaian minat, perasaan ingin tahu yang tinggi, dan
keupayaan mereka memanipulasi simbol memerlukan pihak sekolah bertindak balas terhadap
ciri-ciri ini. Dalam konteks ini, potensi kanak-kanak pintar cerdas tidak dapat berkembang tanpa


                                                 19
didikan dan panduan yang betul. Didikan yang dimaksudkan itu merangkumi aspek didikan di
rumah, sekolah dan juga di dalam komuniti itu sendiri.
       Selain itu, program pendidikan yang tidak memadai bagi seseroang kanak-kanak pintar
cerdas adalah disebabkan penekanan kepada asas kemahiran semata-mata. Hakikatnya
kanak-kanak pintar cerdas sudah mempunyai asas kemahiran tersebut. Ironinya, kanak-kanak
ini memerlukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna agar potensi diri mereka
diterokai sepenuhnya sepanjang perkembangan mereka menjadi individu yang berjaya.
       Memandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yang
berlainan daripada kanak-kanak biasa maka para pendidik perlu merangka satu program
pendidikan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini. Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor
Aini Khalifah (1982), program pendidikan kanak-kanak pintar cerdas ini terbahagi kepada tiga
bentuk umum iaitu pengayaan, percepatan dan pengelompokan.Program pengayaan terdiri
daripada tiga jenis aktiviti iaitu pendedahan, latihan berkelompok dan penyelidikan masalah
sebenar (Rujukan Laman Web).

8.1    Program Pengayaan

       8.1.1 Aktiviti Pendedahan

       Dalam aktiviti pendedahan, murid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari
bidang yang diminati. Satu sudut yang lengkap dengan pelbagai bahan pengayaan disediakan
di bilik darjah. Maklumat-maklumat pengayaan seperti apa yang menarik dalam bidang
tersebut, dari mana boleh mendapatkan maklumat tambahan, apakah isu-isu semasa dalam
bidang ini, disediakan. Selain daripada majalah, pamplet dan buku-buku, guru juga perlu
mengadakan aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video dan sebagainya sebagai aktiviti
pendedahan. Justifikasi daripada program yang dilaksanakan ini dapat meningkatkan
kemahiran dan kreativiti murid dalam pelbagai bidang. Ini juga akan menjadikan mereka
golongan yang berilmu pengetahuan. Murid tahap ini sentiasa berfikiran jauh, justeru guru perlu
lebih kreatif dalam proses penyampaian isi pengajaran agar potensi diri dapat dibentuk dengan
cara yang lebih berkesan.

       8.1.2 Latihan berkelompok

       Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak. Antara
aktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah projek dan inkuiri-
penemuan. Kebanyakan pelajar pintar cerdas sememangnya amat berminat dalam kaedah


                                                20
latihan ini. Hal ini demikian kerana latihan seperti ini dikatakan mencabar minda mereka untuk
berfikir dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.

       8.1.3 Penyelidikan Masalah Sebenar

Kanak-kanak pintar cerdas diberi latihan secara kumpulan kecil. Mereka diberi latihan dan
bimbingan khusus untuk menyelidik masalah sebenar. Aktiviti ini menggunakan teknik inkuiri-
penemuan iaitu kanak-kanak pintar cerdas tadi bermula dengan pembentukan sesuatu
masalah, memahami masalah yang dibentuk, menyediakan pelan tindakan, menjalankan
rancangan penyelidikan, membuat laporan dan membuat refleksi untuk membina skim
penghayatan yang mantap.

       8.1.4   Program Percepatan

       Ini bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu dihabiskan
dengan cepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti kanak-kanak yang
lebih muda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas, melangkaui sebahagian
daripada masa kelas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu dalam kelas yang lebih tinggi
(mengikut minat dan perkembangan intelek) dan memendekkan tempoh pengajaran seperti
kurikulum setahun diajar dalam tempoh 6 bulan dan lebihan masa itu digunakan untuk
mempelajari kurikulum yang lebih tinggi.

       8.1.5 Program Pengelompokan

       Program ini menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar cerdas ini
dikumpulkan dalam satu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang terlatih.
Program pengelompokan ini memerlukan satu penilaian yang standard untuk menentukan
tahap kanak-kanak pintar cerdas. Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-
kanak pintar cerdas untuk menikmati pembelajaran yang lebih sempurna. Komputer dan Kanak-
kanak Pontar Cerdas. Geoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk, “Personal Computers Help
Gifted Students Work Smart” telah menggariskan kebolehan-kebolehan komputer dalam
memenuhi keperluan belajar kanak-kanak pintar cerdas. Antaranya ialah;

   a. Teknologi komputer yang fleksibel akan memudahkan gaya pembelajaran dan minat
       individu untuk berinteraksi dengan gambar, perkataan, nombor atau sebarang medium
       yang memberi keselesaan kepada pelajar.




                                             21
b. Struktur pengalaman yang direka oleh guru-guru terlatih akan membantu pelajar untuk
      membina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan mereka. Word Processors
      dapat memperbaiki penulisan dan pengolahan idea-idea. Program-program komputer
      yang berkaitan dengan data statistik boleh membantu pelajar menyelesaikan pelbagai
      soalan yang mencabar minda mereka. Pelajar-pelajar akan bertambah yakin membina
      pelbagai “skills” mereka.

   c. Komputer juga boleh digunakan untuk menyaingi kehendak pelajar. Komputer dapat
      “bersabar” dan menguasai pada satu-satu idea untuk jangka masa yang panjang.
      Komputer juga boleh melakukan kerja-kerja yang kompleks apabila para pelajar telah
      bersedia untuk menggunakannya.

   d. Apabila para pelajar telah menerima sesuatu tanggungjawab dan menguasai
      penggunaan komputer, mereka akan bekerja dengan lebih cekap. Komputer berkhidmat
      untuk masyarakat. Semakin baik pemahaman pelajar tentang proses pembelajaran,
      mereka akan dapat menggunakan teknologi ini dengan cekap.

   e. Masyarakat belajar daripada masyarakat. Maklumat dan idea daripada masyarakat luar
      boleh didapati dari komputer. Para pelajar akan dapat dihubungkan melalui “software”,
      papan buletin atau perbincangan dan projek kumpulan. Para pelajar akan lebih terdedah
      kepada golongan masyarakat yang berilmu dan bijak menerusi teknologi komputer ini

      Penggunaan aplikasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak
membantu murid untuk menguasai semua kemahiran komputer. Namun demikian, guru dan ibu
bapa perlu memantau gerak kerja mereka menggunakan komputer agar mereka mengetahui
apa yang diperlukan atau apa yang tidak diperlukan dalam sesuatu pencarian maklumat.
Program sebegini dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam aplikasi penggunaan
komputer.




9.0 Kesimpulan

      Individu yang pintar cerdas lazimnya disifatkan mempunyai tahap kecerdasan yang
tinggi dalam semua aspek. Banyak teori yang dikemukakan untuk menerangkan tahap
kecerdasan mereka. Walaupun demikian, mengenali kanak-kanak pintar cerdas tidak lengkap

                                           22
tanpa mengetahui masalah lain yang dihadapi oleh mereka. Walaupun seorang pintar cerdas
mempunyai tahap perkembangan yang tinggi daripada orang normal, namun kadang-kala
mereka mempunyai masalah dalam emosi dan sosial mereka. Walaupun kadang kala dia
menampilkan sikap emosi atau sosial yang tidak matang, ia tidak menunjukkan bahawa dia
bukan seorang yang pintar cerdas tetapi terdapat beberapa halangan yang menjadikannya
begitu. Dalam konteks ini, sekiranya tekanan ini mampu ditangani dengan baik maka sudah
pastinya kanak-kanak pintar cerdas ini akan berupaya menyesuaikan diri dalam persekitaran
sosial dan seterusnya menjalani kehidupan dengan harmoni dan selesa.

        Walau bagaimanapun, sekiranya mereka gagal, ia berkemungkinan akan menjurus
kepada kemungkinan untuk mensia-siakan anugerah yang dimiliki dalam pelbagai situasi
negatif seperti kegagalan meneruskan kecemerlangan ataupun penglibatan dalam gejala
kurang sihat sebagai reaksi kepada pemberontakan emosi yang mereka alami. Hakikatnya,
kanak-kanak ini perlu dibimbing dalam segala aspek berkaitan dalam hidup mereka agar dapat
mengimbangi tahap kepintaran atau kecerdasan intelektual mereka dengan wibawa diri yang
dilengkapi dengan kestabilan mental dan emosi, serta tidak menyalahi norma-norma sosial
masyarakat umum. Program pendidikan pintar cerdas di Malaysia haruslah dibangun
berpaksikan matlamat menyerlahkan potensi diri pelajar pintar cerdas secara maksimum tanpa
mengabaikan dimensi psikologi, sosio-emosi dan rohani agar menjadi generasi berminda kelas
pertama Malaysia.




Bibliografi

Betts,G.T. & Neihart,M.(1988). Profiles of the gifted and talented. Gifted Child Quarterly,

        32(2),248-253.



                                              23
Goleman, Daniel (1999), Working with Emotional Intellegence, Bantan, New York.

Mook Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-Kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Nordin Mamat (2005), Asas Sosial Kanak-kanak. Pustaka Salam Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.

Noriah Mohd Ishak, Rosadah Abd. Majid & Siti Fatimah Mohd Yassin (2009) PERMATApintar:

         Pengalaman UKM Bangi : Pusat PERMATApintar Negara UKM.

Prof. Madya Dr. Mansor Fadzil, Prof. Madya Dr. Abdul Razak, Prof. Dr. Khadijah Mohd Yunus.

        (2003) Asas Psikologi: Pendidikan Khas. OUM.

Rohani Abdullah (2001). Perkembangan Kanak-Kanak Penilaian Secara Portfolio. UPM

        Serdang

Zalizan Mohd Jelas. 2009. Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Konsep dan

        Amalan Universiti Kebangsaan Malaysia

Laman Web

Che Mah Yusof dan Dr. Mariani Md Nor. Personaliti Pelajar Pintar Cerdas dan hubungannya
dengan pencapaian akademik daripada http://www.educ.upm.edu.my/~gradeduc/chemah.pdf


http://file-pdf.com/Tajuk-10:-Kanak-Kanak-Berkeperluan –Khas.html




                                                    24

More Related Content

What's hot

Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahPenglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahIsmail Mamat
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralModul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralHon Shan Shan
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakKakchik Aina
 
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiriTugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendirishazli shazli mahmud
 
Teori konstruktivisme kognitif
Teori konstruktivisme kognitifTeori konstruktivisme kognitif
Teori konstruktivisme kognitifNur Liz
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarJenry Saiparudin
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaNorliza Ahmad
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananFatin Zafrina Rulez
 
Motor Kasar Dan Motor Halus Mengikut Usia
Motor Kasar Dan Motor Halus Mengikut UsiaMotor Kasar Dan Motor Halus Mengikut Usia
Motor Kasar Dan Motor Halus Mengikut Usiamerpatiputih One_ee
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulumumiefatiya
 

What's hot (20)

Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKK
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKKKemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKK
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKK
 
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahPenglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
psikologi pendidikan
psikologi pendidikanpsikologi pendidikan
psikologi pendidikan
 
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralModul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
 
Akta Pendidikan
Akta PendidikanAkta Pendidikan
Akta Pendidikan
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanak
 
Etika penaksiran
Etika penaksiranEtika penaksiran
Etika penaksiran
 
MODEL GLASER.pdf
MODEL GLASER.pdfMODEL GLASER.pdf
MODEL GLASER.pdf
 
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiriTugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
 
Teori konstruktivisme kognitif
Teori konstruktivisme kognitifTeori konstruktivisme kognitif
Teori konstruktivisme kognitif
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
Teori Konstruktivisme
Teori KonstruktivismeTeori Konstruktivisme
Teori Konstruktivisme
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
 
Motor Kasar Dan Motor Halus Mengikut Usia
Motor Kasar Dan Motor Halus Mengikut UsiaMotor Kasar Dan Motor Halus Mengikut Usia
Motor Kasar Dan Motor Halus Mengikut Usia
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulum
 

Viewers also liked

Burnout
BurnoutBurnout
BurnoutNizam
 
Kom4562 nota 4 kesan media
Kom4562 nota 4 kesan mediaKom4562 nota 4 kesan media
Kom4562 nota 4 kesan mediaNadia Syafikah
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Zauhari Hussein
 
Nota Psikologi Pembelajaran
Nota Psikologi PembelajaranNota Psikologi Pembelajaran
Nota Psikologi Pembelajaranadeendra
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranNOR HIDAYAH
 
Topik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas PsikologiTopik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas Psikologiguest0321ac
 
Power point psikologi
Power point psikologiPower point psikologi
Power point psikologiabah34
 
Approaches to Psychology
Approaches to PsychologyApproaches to Psychology
Approaches to PsychologyRichard Araneta
 
Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364Nur Kareena
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.Ning Fan
 
Problem Solving and Decision Making
Problem Solving and Decision MakingProblem Solving and Decision Making
Problem Solving and Decision MakingIbrahim M. Morsy
 
Decision Making Process
Decision Making ProcessDecision Making Process
Decision Making ProcessAima Masood
 
Decision making & problem solving
Decision making & problem solvingDecision making & problem solving
Decision making & problem solvingashish1afmi
 

Viewers also liked (18)

Burnout
BurnoutBurnout
Burnout
 
Kom4562 nota 4 kesan media
Kom4562 nota 4 kesan mediaKom4562 nota 4 kesan media
Kom4562 nota 4 kesan media
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
 
Psikologi
PsikologiPsikologi
Psikologi
 
Pemikiran dalam Psikologi Pendidikan
Pemikiran dalam Psikologi PendidikanPemikiran dalam Psikologi Pendidikan
Pemikiran dalam Psikologi Pendidikan
 
Nota Psikologi Pembelajaran
Nota Psikologi PembelajaranNota Psikologi Pembelajaran
Nota Psikologi Pembelajaran
 
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
 
Cara hidup sihat
Cara hidup sihatCara hidup sihat
Cara hidup sihat
 
Topik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas PsikologiTopik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas Psikologi
 
Power point psikologi
Power point psikologiPower point psikologi
Power point psikologi
 
Approaches to Psychology
Approaches to PsychologyApproaches to Psychology
Approaches to Psychology
 
Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
 
Problem Solving and Decision Making
Problem Solving and Decision MakingProblem Solving and Decision Making
Problem Solving and Decision Making
 
Decision Making Process
Decision Making ProcessDecision Making Process
Decision Making Process
 
Decision making & problem solving
Decision making & problem solvingDecision making & problem solving
Decision making & problem solving
 
Decision making
Decision makingDecision making
Decision making
 

Similar to Pintar Cerdas

Buku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep Matriks
Buku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep MatriksBuku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep Matriks
Buku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep MatriksAisyah Turidho
 
Psikologi perkembangan. rizki alfi altati
Psikologi perkembangan. rizki alfi altatiPsikologi perkembangan. rizki alfi altati
Psikologi perkembangan. rizki alfi altatiRizkiAlfiAltati
 
Digital Skill Education Concept:
Digital Skill Education Concept: Digital Skill Education Concept:
Digital Skill Education Concept: VincentElfran
 
KEL 3 MANAJEMEN KELAS rev.pptx
KEL 3 MANAJEMEN KELAS rev.pptxKEL 3 MANAJEMEN KELAS rev.pptx
KEL 3 MANAJEMEN KELAS rev.pptxWigatiSekarAyu1
 
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasanKbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasanLee Cyee
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikanIndah Sari
 
Peran ibu dalam mengembangkan keberbakatan anak
Peran ibu dalam mengembangkan keberbakatan anakPeran ibu dalam mengembangkan keberbakatan anak
Peran ibu dalam mengembangkan keberbakatan anakOldest Jump's
 
MEMFASILITASI KECERDASAN PESERTA DIDIK MELALUI PEMBELAJARAN
MEMFASILITASI KECERDASAN  PESERTA DIDIK MELALUI PEMBELAJARANMEMFASILITASI KECERDASAN  PESERTA DIDIK MELALUI PEMBELAJARAN
MEMFASILITASI KECERDASAN PESERTA DIDIK MELALUI PEMBELAJARANTika Nafisah
 
Beban belajar dan struktur kurikulum madrasah (mi, m ts, ma)
Beban belajar dan struktur kurikulum madrasah (mi, m ts, ma)Beban belajar dan struktur kurikulum madrasah (mi, m ts, ma)
Beban belajar dan struktur kurikulum madrasah (mi, m ts, ma)sadirun
 
Soal ujian mid semester 2015 landasan
Soal ujian mid semester 2015 landasanSoal ujian mid semester 2015 landasan
Soal ujian mid semester 2015 landasanAndriani Widi Astuti
 

Similar to Pintar Cerdas (20)

Buku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep Matriks
Buku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep MatriksBuku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep Matriks
Buku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep Matriks
 
Psikologi perkembangan. rizki alfi altati
Psikologi perkembangan. rizki alfi altatiPsikologi perkembangan. rizki alfi altati
Psikologi perkembangan. rizki alfi altati
 
Buletin08012009
Buletin08012009Buletin08012009
Buletin08012009
 
MBE12503
MBE12503MBE12503
MBE12503
 
Digital Skill Education Concept:
Digital Skill Education Concept: Digital Skill Education Concept:
Digital Skill Education Concept:
 
Lkt paudni materi
Lkt paudni materiLkt paudni materi
Lkt paudni materi
 
Proposalku
ProposalkuProposalku
Proposalku
 
Buku saku psikologi anak berbakat
Buku saku psikologi anak berbakatBuku saku psikologi anak berbakat
Buku saku psikologi anak berbakat
 
KEL 3 MANAJEMEN KELAS rev.pptx
KEL 3 MANAJEMEN KELAS rev.pptxKEL 3 MANAJEMEN KELAS rev.pptx
KEL 3 MANAJEMEN KELAS rev.pptx
 
Study case sem_3
Study case sem_3Study case sem_3
Study case sem_3
 
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasanKbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikan
 
P
PP
P
 
Paud
PaudPaud
Paud
 
Perkembangan anak
Perkembangan anakPerkembangan anak
Perkembangan anak
 
Peran ibu dalam mengembangkan keberbakatan anak
Peran ibu dalam mengembangkan keberbakatan anakPeran ibu dalam mengembangkan keberbakatan anak
Peran ibu dalam mengembangkan keberbakatan anak
 
MEMFASILITASI KECERDASAN PESERTA DIDIK MELALUI PEMBELAJARAN
MEMFASILITASI KECERDASAN  PESERTA DIDIK MELALUI PEMBELAJARANMEMFASILITASI KECERDASAN  PESERTA DIDIK MELALUI PEMBELAJARAN
MEMFASILITASI KECERDASAN PESERTA DIDIK MELALUI PEMBELAJARAN
 
Beban belajar dan struktur kurikulum madrasah (mi, m ts, ma)
Beban belajar dan struktur kurikulum madrasah (mi, m ts, ma)Beban belajar dan struktur kurikulum madrasah (mi, m ts, ma)
Beban belajar dan struktur kurikulum madrasah (mi, m ts, ma)
 
Pengertian informasi adalah
Pengertian informasi adalahPengertian informasi adalah
Pengertian informasi adalah
 
Soal ujian mid semester 2015 landasan
Soal ujian mid semester 2015 landasanSoal ujian mid semester 2015 landasan
Soal ujian mid semester 2015 landasan
 

More from Nurhafizah Ajlan (20)

Assignment 1 dr mazura (autosaved)
Assignment 1 dr mazura (autosaved)Assignment 1 dr mazura (autosaved)
Assignment 1 dr mazura (autosaved)
 
Linguistic 1&2
Linguistic 1&2Linguistic 1&2
Linguistic 1&2
 
Assignment 2 literature final
Assignment 2 literature finalAssignment 2 literature final
Assignment 2 literature final
 
Asignment 1 literature edited
Asignment 1 literature   editedAsignment 1 literature   edited
Asignment 1 literature edited
 
Assigmnt 1 n 2 final checking
Assigmnt 1 n 2   final checkingAssigmnt 1 n 2   final checking
Assigmnt 1 n 2 final checking
 
Assigmnt 1 n 2 final submission
Assigmnt 1 n 2   final submissionAssigmnt 1 n 2   final submission
Assigmnt 1 n 2 final submission
 
Assigmnt 1 n 2 final
Assigmnt 1 n 2   finalAssigmnt 1 n 2   final
Assigmnt 1 n 2 final
 
Borang markah pergerakan kreatif daerah
Borang markah pergerakan kreatif   daerahBorang markah pergerakan kreatif   daerah
Borang markah pergerakan kreatif daerah
 
Ritma final
Ritma finalRitma final
Ritma final
 
Konsep sukan rekreasi
Konsep sukan rekreasiKonsep sukan rekreasi
Konsep sukan rekreasi
 
Linguistic 1&2
Linguistic 1&2Linguistic 1&2
Linguistic 1&2
 
Grammar 2 final
Grammar 2 finalGrammar 2 final
Grammar 2 final
 
Asgnmnt koku final
Asgnmnt koku finalAsgnmnt koku final
Asgnmnt koku final
 
Analisis pergerakan manusia final
Analisis pergerakan manusia finalAnalisis pergerakan manusia final
Analisis pergerakan manusia final
 
Peers pj final
Peers pj finalPeers pj final
Peers pj final
 
Tgfu final
Tgfu finalTgfu final
Tgfu final
 
Myself
MyselfMyself
Myself
 
Refleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum finalRefleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum final
 
Refleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum finalRefleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum final
 
Reading asgmnt 3 final
Reading asgmnt 3 finalReading asgmnt 3 final
Reading asgmnt 3 final
 

Pintar Cerdas

  • 1. TUGASAN 1 KBK3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS KUMPULAN UPSI-A03 ( A112PJJ ) PENSYARAH PUAN KAMALIAH BINTI MUHAMMAD NAMA NO. ID NO. TELEFON NURHAFIZAH BINTI AJLAN D20102040807 019-7166070 801204-14-5448 019-5173776 1
  • 2. ISI KANDUNGAN Bil Topik Halaman 1.0 Konsep Teori Ethiologi 3-4 2.0 Konsep Pintar Cerdas 4-5 3.0 Definisi Pintar Cerdas 5-6 3.1 Definisi Pintar Cerdas dalam Konteks Pendidikan di Malaysia 4.0 Jenis-jenis Pintar Cerdas 9-10 5.0 Faktor-faktor Perkembangan Pintar Cerdas 9-13 5.1 Faktor Genetik 5.2 Faktor Emosi 5.3 Faktor Kognitif/Mental 5.4 Faktor Aspek Luar dan Faktor Persekitaran 5.5 Bakat 6.0 Ciri-ciri Pelajar Pintar Cerdas 13-15 6.1 Ciri-ciri Kognitif 6.2 Ciri-ciri Personaliti 6.3 Ciri-ciri Tingkah Laku 6.4 Pemikiran Kreatif –Produktif 7.0 Masalah Kanak-Kanak Pintar Cerdas 15-19 8.0 Program Pendidikan Untuk Pelajar Pintar Cerdas 19-22 8.1 Program Pengayaan 8.1.1 Aktiviti Pendedahan 8.1.2 Latihan Berkelompok 8.1.3 Penyelidikan Masalah Sebenar 8.1.4 Program Percepatan 8.1.5 Prgram Pengelompokan 9.0 Kesimpulan 23 Bibliografi 24 1.0 Konsep Teori Ethiologi Secara umumnya, Ethiologi merupakan satu kajian berhubung dengan tingkah laku manusia dan binatang dalam keadaan semula jadi. Dalam konteks ini, ahli Ethiologi mengatakan bahawa evolusi dan faktor biologi memainkan peranan penting dalam 2
  • 3. perkembangan manusia malahan mereka juga berpendapat bahawa pengalaman awal individu adalah penting dalam mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Di samping itu, dalam kajian ahli Ethiologi seperti Lorens (1965) mengatakan bahawa kita tidak akan memahami perkembangan kanak-kanak sekiranya kita tidak memerhatikan tingkah laku kanak-kanak berkenaan dalam persekitaran semula jadi mereka. Teori ini diaplikasikan oleh John Bowlby (1969,1989) dalam teori perapatan atau Theory of Attachment yang menyatakan bahawa haiwan termasuk manusia dilahirkan bersama-sama program biologi yang boleh menghasilkan beberapa isyarat tertentu yang boleh membawa kepada perkembangan tingkah laku sosial seperti perapatan. Perapatan bermaksud kasih sayang yang kuat, yang mengikat seseorang kepada seseorang yang lain. Ironinya, hubungan perapatan yang kuat semasa kecil akan memberi kesan sepanjang kehidupan individu di mana individu tersebut akan mempunyai harga kendiri yang tinggi, merasa lebih cekap dan selamat dan merasa diri mereka diterima oleh rakan sebaya dan masyarakat berbanding dengan individu yang mempunyai hubungan perapatan yang rendah. Walau bagaimanapun, teori theologi ini mendapat kritikan kerana ia terlalu menekan kepada faktor-faktor biologi dan tidak menumpukan perhatian kepada faktor kognitif. Ironinya, teori ini boleh diaplikasi kepada kanak-kanak berkeperluan khas kerana melalui hubungan perapatan inilah dapat membantu mereka berhadapan dengan dunia luar. Hal ini demikian kerana kasih sayang daripada ibu bapa menjadi pemangkin ke arah perkembangan tingkah laku mereka dan sudah pastinya mereka akan berasakan diri mereka dihargai. Begitu juga kanak-kanak yang dikategorikan pintar cerdas. Murid-murid yang dilahirkan pintar cerdas sewajarnya dibimbing agar mereka tidak terjerumus dalam masalah sosial. Acapkali kita mendengar kanak-kanak yang pintar cerdas mengalami masalah sosial yang agak serius. Justeru adalah penting agar tingkah laku mereka diperhatikan oleh guru dan ibu bapa agar kepandaian luar biasa yang mereka peroleh dapat digunakan dengan cara yang baik. Walaupun mereka mempunyai kepandaian yang luar biasa tetapi kepandaian mereka dapat digunakan dengan cara yang betul di bawah seliaan ibu bapa justifikasinya menjadikan mereka insan yang cemerlang dan berwawasan dalam membina bangsa Malaysia. Malah, hubungan persahabatan yang juga diaplikasikan berdasarkan teori perapatan dapat memberi peneguhan kepada perkembangan tingkah laku mereka. Dalam konteks ini, sahabat dapat memberi sokongan dan juga boleh menerima segala kebaikan dan keburukan mereka. Hal ini demikian kerana persahabatan merupakan satu usaha bersosial yang dijalankan oleh setiap 3
  • 4. individu. Ini adalah berlandaskan kepada keperluan manusia mendambakan penghargaan, kasih sayang dan kehendak-kehendak lain dalam melengkapkan kehidupan ini. 2.0 Konsep Pintar Cerdas Pintar cerdas boleh membawa maksud yang pelbagai mengikut persepsi seseorang individu itu, berbeza juga dari pandangan masyarakat dan pandangan kanak-kanak itu sendiri. Mengikut negara barat, maksud pintar cerdas adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan mempunyai bakat dalam bidang muzik dan seni yang mengkagumkan serta mereka ini memerlukan aktiviti dan perkhidmatan lain dari yang lain yang tidak terdapat di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akademik dan potensi mereka (Rujukan Laman Web). Seperti kanak-kanak yang lain, mereka yang pintar cerdas belajar melalui interaksi. Pengalaman yang diperolehi akan digunakan sebagai proses mengumpul maklumat untuk mencari identiti mereka sebagai pelajar. Adakalanya, kanak-kanak pintar cerdas mengandaikan bahawa kanak-kanak lain juga adalah seperti mereka, sehinggalah mereka masuk ke alam persekolahan dan mendapati bahawa mereka mempunyai keupayaan yang tersendiri. Sewajarnya, kesedaran mengenai perbezaan kanak-kanak ini dari kanak-kanak yang lain boleh juga bermula dari awal lagi. Adalah penting untuk mempertimbangkan bagaimana cara kita bertindak atau respon pada kanak-kanak di bawah jagaan kita yang ‘berbeza’ kerana ini merupakan impak yang besar terhadap identiti kanak-kanak itu sendiri. Hal ini demikian kerana pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas (gifted). Dalam konteks ini, pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Justeru, suatu program pendidikan khas perlu dilaksanakan dengan tujuan mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan kerana mereka merupakan aset pembangunan negara. Sekiranya, kita mempersia-siakan kepintaran yang dimiliki oleh mereka ini akan mendatangkan kerugian kepada kita dan juga negara. Kita mungkin berfikir bahawa menjadi kanak-kanak pintar cerdas merupakan sesuatu yang baik untuk diperkatakan kerana ini menunjukkan bahawa kanak-kanak itu sangat bagus dalam sesuatu bidang. Walau bagaimanapun, perkara ini boleh menjadi suatu masalah pada kanak- kanak tersebut, kawan-kawan, rakan dan guru. 4
  • 5. Dari sudut perspektif perkembangan pelajar pintar cerdas ini, kegagalan membantu pelajar pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah satu kerugian yang besar kepada negara dan masyarakat keseluruhannya. Sekiranya penekanan sebegini tidak diberi perhatian, dikhuatiri potensi dan bakat pelajar pintar cerdas ini akan terbantut dan lambat berkembang. Malahan, pengajaran guru yang tidak mencabar pemikiran mereka akan menyebabkan mereka cepat berasa jemu dan bosan, seterusnya akan menghilangkan minat belajar. Dalam konteks ini, personaliti terutama watak, perangai, tingkah laku dan cara gaya pembelajaran mereka perlu difahami oleh guru bagi merancang strategi pengjaran yang sesuai. Jika dipupuk bakat yang ada tentu dapat memperkemas dan memantapkan keistimewaan yang dikurniakan kepada mereka. Selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam usaha melahirkan dan mendidik anak pintar cerdas. Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran serta keyakinan yang membolehkan mereka mempraktikkan amalan-amalan mendidik anak pintar cerdas. Salah satu kemahiran yang perlu digarap oleh ibu bapa adalah mengisi ruang kasih sayang sekeluarga. Hubungan yang erat, suasana keluarga yang harmoni adalah antara perkara dan keperluan yang perlu wujud dalam memberi sokongan kepada anak-anak pintar cerdas. Ini menepati teori Ethiologi yang mementingkan hubungan yang rapat antara keluarga, rakan-rakan dan guru mempengaruhi perkembangan mereka ke arah pembentukan insan yang berkualiti dan cemerlang. 3.0 Definisi Pintar Cerdas Terdapat pelbagai pengistilahan yang diberi oleh pakar-pakar dari barat dalam konteks pemahaman yang berbeza. Piirto (1999) turut mengakui bahawa kanak-kanak pintar cerdas mempunyai ukuran darjah kecerdasan atau intelligent quotient (IQ) yang tinggi. Dalam menghurai pengistilahan ini, pakar barat turut membincangkan istilah gifted yang membawa maksud berbakat. Berbakat pula bermaksud kebolehan semula jadi yang ada pada diri seseorang. Gabungan istilah pintar cerdas dam berbakat digunakan untuk merujuk kepada kanak-kanak yang disebut sebagai gifted dan talented. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dalam membezakan antara istilah berbakat dan istilah pintar cerdas. Ini menegaskan bahawa definisi pintar cerdas merujuk kepada keadaan seseorang yang mempamerkan sesuatu Mengikut Kamus Dewan (2002), istilah pintar membawa maksud cekap dan pandai. Cerdas pula didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Susan K. Golant di dalam 5
  • 6. bukunya The Joys and Challenges Of Rising a Gifted Childs berpendapat, kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran suppaya berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya. (Rujukan Laman Web). Umumnya, pintar cerdas ini ditakrifkan sebagai kepandaian luar biasa dalam mamahami dan mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya. Ahli biologi mendefinisikan pintar cerdas sebagai kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh seseorang individu untuk melakukan adaptasi dan manipulasi terhadap keadaan dan perubahan persekitaran. Dalam pada itu, pakar psikologi pula mendefinisikan istilah pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang berupaya melakukan taakulan iaitu mempunyai kebolehan berfikir dengan logik dan mempunyai fungsi kognitif yang hebat. Dalam konteks ini, kanak- kanak pintar ini berkebolehan mencari dan mengaitkan sebab musabab terhadap sesuatu fenomena yang abstrak. Walau bagaimanapun, seseorang yang berbakat belum pasti akan menjadi seorang yang pintar cerdas. Banyak faktor yang perlu berperanan sebagai pemangkin mempengaruhi secara positif laluan seseorang itu daripada berbakat menjadi pintar cerdas menurut Gagne, 1998; Piirto,1999. Antara faktor tersebut ialah faktor dalaman atau intrapersonal bagi individu terbabit, seperti emosi yang sejahtera dan konsep kendiri yang positif. Selain itu terdapat faktor persekitaran yang turut berperanan sebagai pemangkin. Ini merujuk kepada aspek-aspek sokongan di rumah dan di sekolah. Seseorang yang dianggap pintar cerdas dalam sesuatu bidang tertentu ialah seorang yang berbakat dan juga cemerlang dalam bidang tersebut. Menurut Susan K. Golant dalam bukunya The Joys and Challenges of Raising a Gifted Child berpendapat kanak-kanak yang pintar cerdas ini menunjukkan minat yang tinggi dalam suasana pembelajaran, bersifat curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dan mengadaptasikannya dalam kehidupan seharian. Manakala umum pula mentakrifkan pintar cerdas sebagai kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh individu. Malahan, individu yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai kebolehan luar biasa dalam memahami serta mengaplikasikan segala cabaran persekitaran kepada mindanya serta kehidupannya. Dalam konteks ini, Edward Dr. Gardner menyatakan bahawa individu yang pintar cerdas mungkin menguasai dan mempunyai kemahiran luar biasa dalam salah satu tujuh kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligence) dan mungkin sederhana dalam bidang-bidang yang lain. Malah 6
  • 7. Dr. Stemberg dalam bukunya (Conception of Giftedness) pula berpendapat bahawa kepintaran terdiri daripada 3 faktor iaitu kepintaran sintetik atau kebolehan kreatif, kepintaran analitik atau kebolehan kreatif dan kepintaran analitik atau kebolehan melakukan analisis dan kepintaran praktikal iaitu menggunakan kepintaran yang dimiliki menghasilkan sesuatu ataupun digunakan dalam kehidupan seharian. Dalam konteks ini, Hassan Mohd Alik (2006) turut menjelaskan bahawa konsep pintar cerdas sebenarnya tidak tertakluk kepada kejayaan akademik semata- mata malah kebolehan berkreatif dan bereksperiman termasuk menghasilkan bahan ataupun teori, kebolehan seni yang hebat juhga adalah manifestasi kepintaran dan kecerdasan individu. Nasca (1978) seterusnya menggambarkan pelajar-pelajar pintar cerdas sebagai mempunyai tiga kebolehan yang unik iaitu mampu menerima lebih banyak maklumat daripada persekitaran mereka, malah berupaya menyimpan lebih banyak maklumat dan berupaya menggunakan pelbagai teknik untuk memproses maklumat yang mereka telah diperoleh. Oleh yang demikian, individu pintar cerdas ini bolehlah dikategorikan sebagai penjana maklumat. Bagaimanapun, menurut Nasca, rakan-rakan sebaya mereka lebih cenderung untuk bersikap mengumpul dan mengingati maklumat serta mengeluarkan semula maklumat tersebut tanpa memprosesnya secara analitik. Itulah yang membezakan antara pelajar-pelajar pintar cerdas ini dengan pelajar normal. Secara amnya, setelah memahami pengistilahan bagi kategori kanak-kanak pintar cerdas. Dr. Howard Gardner (1981) dalam bukunya Frames of Mind telah menggariskan 7 jenis kebolehan kanak-kanak pintar cerdas ini iaitu yang pertama ialah kepintaran linguistik. Kepintaran linguistik ini merujuk kepada kebolehan seseorang individu dalam memberikan makna perkataan serta mahir dalam melakukan turutan sesuatu perkataan. Tidak hairanlah, kanak-kanak dalam kebolehan ini dengan mudah boleh mempelajari beberapa bahasa asing. Seterusnya, kebolehan yang kedua dikenali sebagai kebolehan logikal iaitu pengkhususannya kepada mata pelajaran matematik iaitu merujuk kepada kebolehan untuk mencari sebab musabab dalam sesuatu hal atau perkara. Kebolehan ketiga ialah kebolehan ruang di mana kebolehan memberi pandangan tentang dunia dan persekitaran dengan tepat; kebolehan membuat dan mengubah sesuatu persepsi, kemahiran kejuruteraan, artistik dan memori secara visual. Manakala kebolehan keempat pula merujuk kepada kebolehan kinetik badan iaitu kemahiran bersukan (athletic) dan kemahiran melakukan koordinasi motor. Kebolehan kelima adalah kebolehan dalam bidang muzik, kebolehan keenam pula merujuk kepada kebolehan mengenal pasti irama, “pitch”, intonasi dan melakukan memori auditori. Kebolehan ketujuh ialah kebolehan berinteraksi murid 7
  • 8. dalam hubungan sosial termasuklah interpersonal dan intrapersonal skill. Menurutnya lagi, seseorang yang pintar cerdas mungkin mempunyai kemahiran luar biasa dalam salah satu daripada tujuh perkara tersebut dan sederhana dalam bidang-bidang yang lain. 3.1 Definisi pintar cerdas dan berbakat dalam konteks pendidikan di Malaysia Di dalam sistem pendidikan di Malaysia, murid pintar cerdas dan berbakat didefinisikan sebagai murid yang mempunyai keupayaan berprestasi cemerlang disebabkan kebolehan mereka yang tinggi berbanding dengan murid yang seumur dengannya. Mereka juga lulus penilaian tahap kecerdasan atau keupayaan yang ditetapkan oleh KPM dan mereka memerlukan pendekatan khusus dalam pendidikan. Justeru, pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan seorang pelajar yang terbukti cemerlang atau seorang yang berpotensi dalam bidang akademik atau dalam bidang-bidang lain seperti muzik, bahasa, kepimpinan dan lain- lain. Pendidikan pelajar pintar cerdas di Malaysia bermula semula pada tahun 2007 apabila seorang kanak-kanak pintar cerdas matematik, Adi Putra Abd. Ghani menjadi perhatian media massa. Beliau telah diuji tahap kepintarannya oleh Prof. Madya Dr. Noriah Mohd. Ishak seorang pakar kaunseling dan psikologi dan Dr. Rosadah Abd. Majid seorang pakar bidang bidang pendidikan khas untuk kanak-kanak pintar cerdas dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Adi Putra didapati mempunyai kepintaran yang superior dalam beberapa bahagian matematik. Adi Putra kemudiannya telah ditawarkan beberapa pilihan program pembelajaran berbentuk pecutan dan pengayaan oleh beberapa buah universiti tempatan. Ini merupakan titik tolak kepada permulaan program pendidikan kanak-kanak pintar cerdas di Malaysia selepas program BAKA yang diperkenalkan pada awal tahun1970an. 4.0 Jenis-jenis Pintar Cerdas Terdapat enam jenis kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat yang telah dikenal pasti (Betts & Neihart, 1988). Jenis pertama merupakan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat yang paling senang dikenal pasti adalah mereka yang berbakat. Kanak-kanak dari kategori ini disukai guru dan rakan-rakan sebaya serta mencapai hasil tahap yang tinggi. Mereka lebih suka bergantung pada orang lain berbanding berdikari. Dalam pada itu, mereka juga tidak suka mengambil risiko. Dalam pada itu, mereka juga tidak suka mengembangkan autonomi dan 8
  • 9. sebenarnya mereka boleh mencapai sesuatu dengan lebih tinggi jika mereka lebih menentukan diri sendiri. Jenis kedua ialah pencabar. Dalam kategori ini kebiasaannya kanak-kanak ini lebih kreatif. Signifikasi daripada kekurangan sokongan untuk kanak-kanak yang kreatif boleh mengakibatkan tingkah laku yang degil dan memberi cabaran-cabaran untuk guru dan ibu bapa. Justeru, para guru dan ibu bapa perlu bijak dalam menguruskan kanak-kanak ini. Cara yang paling baik untuk membantu kanak-kanak kategori ini ialah sentiasa memberi motivasi. Jenis ketiga ialah kanak-kanak ‘bawah tanah’ atau bersembunyi di mana kanak-kanak cuba untuk menyembunyikan kepintaran mereka. Kebiasaan kanak-kanak jenis ini adalah kanak-kanak perempuan yang sedang bersekolah. Mereka sering berasa cemas dan tidak selamat. Hal ini terjadi kerana satu konflik dialami antara sosial dan kejayaan akademik. Jenis ini juga sentiasa mengalami kemurungan kerana wujudnya ketidakyakinan dalam jiwa mereka untuk mengetengahkan bakat yang mereka miliki. Jenis keempat adalah kanak-kanak yang keciciran. Kanak-kanak ini mempunyai pencapaian rendah sepanjang masa dan memerlukan program sokongan yang cukup banyak untuk meningkatkan pencapaian pendidikan. Pencapaian rendah boleh dihasilkan disebabkan mereka tidak mempunyai dorongan motivasi yang dipengaruhi oleh program-program yang tidak sesuai untuk mereka. Jenis kelima dipanggil label berganda iaitu kanak-kanak yang mempunyai kesulitan pembelajaran fizikal atau emosional. Oleh itu, mereka kurang diberi perhatian dan potensi serta bakat mereka dibiarkan. Misalnya, seorang kanak-kanak pintar cerdas yang kurang upaya dari aspek fizikal mungkin kecerdikan yang dimilikinya tidak dipeduli oleh orang lain kerana dilabel sebagai seorang kurang upaya. Jenis keenam ialah kanak-kanak berautonomi. Kanak-kanak jenis ini ialah kanak-kanak yang mempunyai cara tersendiri dan tidak bergantung pada orang lain. Kanak-kanak ini akan terus berkembang jika terdapat program-program pendidikan yang bersesuaian disediakan untuk mereka (Betts & Neihart, 1988). 5.0 Faktor-faktor perkembangan Pintar Cerdas 9
  • 10. Perkembangan individu pintar cerdas dan berbakat ini dapat dilihat dan diperhatikan sejak kecil lagi. Antara perkembangan yang dikaitkan dengan golongan ini adalah perkembangan fizikal, perkembangan emosi dan juga sosial. Walupun pada pandangan masyarakat mereka tidak mempunyai masalah dalam setiap peringkat perkembangan ini, namun pada hakikatnya yang sebenar golongan pintar cerdas dan berbakat ini juga mempunyai masalah berkaitan dengan kehidupan mereka. Mereka juga memerlukan perhatian dan sokongan yang sewajarnya untuk terus menghadapi kehidupan mereka walaupun pada dasarnya, mereka agak berbeza dengan individu biasa. Oleh itu, isu-isu yang berkaitan dengan golongan pintar cerdas dan berbakat ini tidak harus dipandang enteng oleh semua pihak agar masalah perkembangan yang mereka hadapi tidak akan menganggu perkembangan bakat dan potensi yang ada dalam diri mereka. Piirto (1990) menyarankan lima aspek perkembangan pintar cerdas iaitu genetik atau warisan sebagai faktor utama. Faktor kedua ialah faktor emosi diikuti dengan faktor kognitif yang merujuk kepada keperluan kecerdasan minima sebagai faktor ketiga. Faktor keempat dalam perkembangan pintar cerdas ialah sifat pintar cerdas (talent) itu sendiri. Aspek ini dikaitkan dengan sifat dalaman yang semulajadi dan bermisteri. Aspek yang terakhir ialah ialah aspek luaran atau persekitaran kepada individu yang berbakat. Aspek ini lebih merujuk kepada sokongan dan bimbingan ibu bapa dalam memperkembangkan pintar cerdas dalam diri anak- anak mereka. 5.1 Faktor genetik Ironinya, menjadi persoalan adakah pintar cerdas diwarisi dan dipengaruhi oleh faktor genetik. Hal ini demikian kerana ramai pakar genetik dan psikologi telah berusaha untuk mencari dan menentukan sejauh manakah kebenaran bahawa tahap kepintarannya diwarisi. Malahan, kebanyakan pakar juga bersetuju bahawa asas potensi mental seseorang sedikit sebanyak diwarisi daripada ibu bapanya. Boleh dikatakan bahawa kanak-kanak pintar cerdas sudah menjadi pintar cerdas sejak saat kelahiran. Manakala menurut Profesor Howe, kanak-kanak menjadi pintar cerdas mungkin kerana hasil daripada bimbingan dan didikan ibu bapa serta guru-guru yang berada di sekeliling mereka sejak lahir dan semasa waktu kritikal iaitu zaman pra formal di antara kosong hingga enam tahun. Malahan, Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) turut membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kebolehan yang berbeza dan perbezaan itu biasanya diturunkan oleh genetik ibu bapa.. Kajian ahli-ahli 10
  • 11. psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Kebiasaannya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar. 5.2 Faktor Emosi Menurut Goleman, kecerdasan emosi pula adalah kemampuan seseorang mengatur kehidupan emosinya dengan inteligensi, menjaga keselarasan emosi dan pengungkapannya melalui keterampilan, kesedaran diri, pengendalian diri, motivasi diri, empati dan keterampilan sosial. Menurut Bee (1999), kanak-kanak pintar cerdas adalah satu golongan yang heterogeneous. Mereka yang lebih tinggi tahap kecerdasannya berbanding kanak-kanak lain menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding kanak-kanak lain. Goleman (1999) juga menyatakan bahawa kecerdasan emosi adalah kemampuan lebih yang dimiliki seseorang dalam memotivasikan diri, ketahanan dalam menghadapi kegagalan, mengendalikan emosi dan kepuasan serta mengatur keadaan jiwa. Tuntasnya, seseorang akan berada dalam keadaan yang positif apabila memiliki elemen-elemen tersebut. Beliau juga menambah, kecerdasan emosi adalah lebih penting dan berpengaruh daripada kecerdasan intelektual. Seseorang yang mempunyai kecerdasan emosi lebih berjaya dalam mengatur kehidupan dan akhirnya mencapai cita-cita. 5.3 Faktor Kognitif /mental Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mempunyai kebolehan mental yang mana jauh lebih tinggi berbanding rakan sebayanya. Oleh sebab itu, keperluan motivasi yang setanding juga perlu diberikan supaya tiada konflik timbul dalam kehidupan mereka kerana sudah ada panduan atau sistem pendidikan yang bersesuaian. Ibu bapa berperanan mempengaruhi perkembangan kognitif mereka dengan memindahkan pengetahuan berkenaan melalui maklumat dan budaya dengan memberi tunjuk ajar mereka melalui perlakuan ibu bapa. Francis Galton pula menyatakan kanak-kanak pintar cerdas sebagai seseorang yang mempunyai penaakulan yang tinggi dan melihat sesuatu itu di dalam perspektif yang berbeza daripada orang biasa. Dalam erti kata lain, perkembangan awal mereka dapat dikenal pasti sebagai seorang individu yang mempunyai pemikiran kognitif yang arasnya adalah lebih tinggi daripada individu lain. Pandangan yang dilontarkan oleh Galton adalah amat bernas kerana bukan semua individu mempunyai pemikiran kognitif yang tinggi serta memerlukan penerokaan yang lama untuk diambil oleh seseorang individu yang biasa. Dalam konteks ini, kemahiran 11
  • 12. kognitif kanak-kanak ini perlu dipantau agar mereka dapat berfikir secara rasional dalam membuat keputusan. 5.4 Faktor aspek luar dan faktor persekitaran Faktor aspek luaran dan faktor persekitaran adalah berkaitan dengan peranan ibu bapa serta masyarakat dalam memberi dorongan dan sokongan terhadap anak-anak pintar cerdas. Yang lebih utama adalah dorongan dan sokongan dari ibu dan bapa yang berempati dan dapat menyedari keistimewaan anak kecil mereka. Ibu bapa yang memberikan ruang kepada anak mereka untuk berkembang sepenuh potensi diri adalah ibu bapa yang boleh membentuk minda genius. Bagaimanapun, kejayaan mereka kelak tidak boleh diambil dan ditiru bulat-bulat kerana semua kanak-kanak amat berbeza dari segi minat dan personaliti mereka. Hanya ibu bapa yang dapat menilai kemampuan anak kecil mereka dan kemudian melakukan apa yang dirasakan perlu untuk membangunkan potensi dirinya. Seseorang ibu atau bapa yang peka terhadap keupayaan anaknya akan memberi pendidikan yang lebih sempurna dan yang terbaik di peringkat awal lagi. Hal ini demikian kerana jika bakat atau kebolehan tidak dikembangkan secara tidak langsung akan mati. Ternyata, keadaan ini akan merugikan banyak pihak terutama kepada negara, kerana negara memerlukan golongan pintar cerdas ini untuk membangunkan negara. Dalam pada itu, guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan- kemudahan pengajaran-pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif dan psikomotor murid. Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diisytiharkan pada tahun 1988. 5.5 Bakat 12
  • 13. Aspek seterusnya ialah aspek bakat itu sendiri. Kebanyakan bakat itu diramal daripada tingkahlaku ramalan. (predictive behaviours). Bakat ini ditunjukkan secara domain dan dianggap bernilai oleh masyarakat. Terdapat bakat domain yang spesifik seperti seni visual, muzik, kesusasteraan, lakonan, tarian, sukan, rekaan, matematik, sains, dan sebagainya. Ini turut disokong oleh Model Gagne yang menekankan proses pembelajaran ataupun proses pembangunan bakat semulajadi yang dirangsang oleh pemangkin luaran dan interpersonal. Pemangkin-pemangkin ini memainkan peranan dalam membantu pengembangan bakat ataupun membantutkan pengembangan bakat. 6.0 Ciri-ciri Pelajar Pintar Cerdas dan Berbakat Bee (1997) mengkategorikan perkembangan pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat (PCB) sebagai perkembangan yang berbeza daripada biasa. Pelajar-pelajar PCB mempamerkan ciri-ciri khas dalam aspek-aspek pemerosesan kognitif, personaliti dan tingkah laku (Mills 1993; Bee 1997; Kyle 1998; Piirto 1999; Renzulli 2000). Perbezaan tersebut perlu kepada pendekatan pendidikan yang bersesuaian (Gallagher & Gallagher 1994). 6.1 Ciri-ciri Kognitif Dalam aspek pemprosesan kognitif, pelajar-pelajar cerdas pintar biasanya apabila diuji dengan ujian-ujian psikometrik akan mendapat skor Darjah Kecerdasan (DK) atau Intelligent Quotion (IQ) yang tinggi biasanya melebihi 130 (Kyle 1998). Malahan, potensi kognitif dalam bentuk potensi akademik dapat dilihat daripada keputusan peperiksaan yang cemerlang. Selain itu ciri-ciri kognitif pelajar cerdas pintar merangkumi keupayaan untuk menaakul idea-idea yang abstrak, cepat memahami unsur-unsur utama dalam sesuatu isu, sangat empati, ingatan yang kuat, dan berkecenderungan untuk menjadi terlalu asyik dalam sesuatu topik yang diminati. Robinson (2002) pula merumuskan ciri-ciri pelajar cerdas pintar seperti berikut; mempunyai ingatan serta penaakulan yang luar biasa, sangat suka kepada perkara-perkara intelektual berserta sifat ingin tahu yang menebal, mempunyai strategi yang berbeza ketika menyelesaikan sesuatu masalah, gemar mengajukan soalan-soalan yang susah, dan memberikan pendapat yang ganjil hasil dari pemikiran yang mencapah. Malahan, menurut Stemberg & Zhang (1995) berpendapat bahawa kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kebolehan-kebolehan dari aspek memiliki asas pengetahuan dan kebolehan untuk mengingati semula maklumat dari ingatan yang tersimpan. Malahan, kanak-kanak ini mahir menggunakan 13
  • 14. kemahiran dan strategi dalam menyelesaikan masalah serta memiliki kemahiran metakognitif yang akan meregulasi. Apa yang penting mereka dapat mengaplikasikan kemahiran dalam mengawal penggunaan strategi dalam menyelesaikan masalah 6.2 Ciri-ciri Personaliti Piirto (1999) merumuskan 17 ciri personaliti pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat. Ciri-ciri personaliti tersebut ialah: kreatif; berimaginasi; mempunyai pandangan yang mendalam; intuitif; keterbukaan; keamatan dalam tingkah laku; amat menyukai kerjanya; perseptif; mendesak; berani mengambil risiko; berdisiplin kendiri; mempunyai kecekapan kendiri; cara berfikir mirip kedua-dua gender; tabah berusaha; amat mementingkan kesempurnaan; toleransi terhadap sesuatu yang tidak pasti; dan mempunyai kemahuan yang kuat. Ada antara ciri-ciri tersebut dikaitkan dengan aspek sosio emosi pelajar terbabit. Ringkasnya pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat mempamerkan personaliti yang unik dan berbeza. Perbezaan ini perlu ditangani dengan bijaksana dan tidak disalah tafsir oleh ibu bapa dan guru-guru. 6.3 Ciri-ciri Tingkah Laku Renzulli (1978) menyatakan bahawa pelajar-pelajar cerdas pintar menunjukkan tingkah laku pintar cerdas (PC) pada situasi-situasi tertentu. Beliau mencadangkan tiga trait utama yang bergabung menjadikan seseorang pelajar itu dikategorikan sebagai pintar cerdas. Trait-trait tersebut ialah kecerdasan atau potensi kognitif yang luar biasa, menyelesaikan masalah secara kreatif, dan komitmen yang tinggi dalam melakukan sesuatu tugas. Trait kecerdasan seperti yang telah dihuraikan merupakan ciri-ciri kognitif. Kreativiti pula seperti huraian Piirto (1999) merupakan ciri-ciri personaliti. Komitmen dalam melaksanakan sesuatu perkara pula merupakan sebahagian daripada trait tingkah laku pintar cerdas. Tingkah laku Pintar Cerdas boleh diukur dalam aspek atau domain berikut: Pembelajaran, Kepimpinan, Komunikasi, Perancangan, Motivasi, Kreativiti, Dramatik, Muzikal, dan Seni. Aspek-aspek tersebut terdapat dalam Skala Pemarkatan Tingkah Laku, Scale for Rating the Behavioral Charactersitics of Superior Students (SRBCSS) (Renzulli et al. 2002). Penilaian terhadap tingkah laku PC boleh dibuat dengan menggunakan skala pemarkatan tingkah laku oleh guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar berkenaan. Guru-guru yang mengajar pelajar pintar cerdas mengenali kekuatan yang ada pada pelajar-pelajar tersebut. Justeru mereka boleh membuat pemarkatan untuk menilai tingkah laku pintar cerdas dan tahap 14
  • 15. kekuatan tingkah laku tersebut dalam aspek-aspek yang terdapat dalam SRBCSS (Renzulli et al. 2002). 6.4 Pemikiran Kreatif – Produktif Antara ciri yang dipamerkan dengan memiliki pemikiran yang kreatif ialah sangat yakin ketika menjelaskan dan menyatakan idea-idea yang telah difikirkan serta idea-idea yang bernas itu terhasil daripada kebolehan mereka dalam membuat hubung kait antara dua idea yang terpencil yang tidak dapat dilihat dan difikirkan oleh orang lain. Malahan, kanak-kanak pintar cerdas juga boleh meneka dan mengecam akan kewujudan seseuatu masalah dalam sesuatu perkara tertentu dan secara spontan mereka dapat bertindak mengikut daya pemikiran yang kreatif. Relaitinya, idea yang sering dilontarkan dapat dikekalkan dengan hujah-hujah yang boleh menarik minat orang lain. Apa yang lebih penting apabila mereka berjaya mengekalkan idea dalam setiap perbincangan atau kolaborasi dengan mereka yang normal. Dalam pada itu, mereka menunjukkan minat yang mendalam dalam menghasilkan projek tertentu seperti projek sains dan robotik. Hal ini demikian kerana projek-projek seperti ini akan menggalakkan mereka supaya berimaginasi dengan lebih jauh dan mendalam. Jika ada yang cuba menandingi idea yang telah dilakukan oleh mereka, pelbagai persoalan akan diajukan sehingga mereka berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. 7.0 Masalah-masalah Kanak-Kanak Pintar Cerdas Pencapaian kanak-kanak pintar-cerdas yang begitu tinggi selalunya menimbulkan perasaan inferioriti pada rakan-rakan di sekelilingnya. Lebih-lebih lagi, biasanya kanak-kanak pintar-cerdas menunjukkan superioriti dalam kebanyakan aspek. Mereka memenangi banyak hadiah dalam pelbagai pertandingan ataupun mendapat keputusan yang cemerlang, Perasaan rendah diri ini menjadikan kanak-kanak lain menjauhkan diri daripada kanak-kanak pintar- cerdas demi mempertahankan harga diri mereka sendiri. Keadaan ini akan menjadikan kanak- kanak pintar-cerdas seolah-olah diboikot, walaupun dia tidak berbuat salah. Kanak-kanak pintar-cerdas masih kecil, mereka tidak boleh memahami kenapa dianya dijauhi oleh kawan. Malah dia sendiri juga berasa bosan dengan rakan sebaya dan mengasingkan diri. Faktor-faktor ini menjadikan isu sosial satu cabaran besar yang perlu mereka hadapi. 15
  • 16. Ini tidak ketinggalan dalam aspek perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas ini yang bakal membatasi pergerakan atau kemampuan mengerjakan serta menyelesaikan sesuatu tugasan yang dirasakannya begitu mudah diselesaikan dalam gambaran intelek mereka. Kanak-kanak ini juga lebih gemar melibatkan diri dalam perbualan dengan orang dewasa mengenai isu-isu global dan mampu untuk berdebat dengan baik dalam menyuarakan pendapat atau pandangan mereka dalam isu tersebut. Disebabkan mereka ini matang dalam beberapa aspek berbanding dengan rakan sebaya yang lain, maka mereka lebih selesa dengan orang yang lebih berumur dari mereka serta mempunyai tahap kepintaran yang sama dengan mereka. Tetapi dari segi aspek emosi mereka akan menangis atau merajuk sekiranya mereka berebut ketika bermain ataupun alat permainan mereka diambil oleh seseorang. Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara- perkara abstrak tetapi tidak mampu menagani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang Antara masalah dan keistimewaan pelajar ini bukan setakat isu penyesuaian diri mereka lantaran perbezaan yang mereka ada semata-mata tetapi masalah itu sebaliknya mungkin menjadi faktor-faktor yang mempengaruhi usaha dan pencapaian mereka. Kebanyakan masalah ini menjadi punca kegagalan dan kesengsaraan hidup mereka, apabila mereka tidak boleh menangani masalah ini. Guru perlu memahami apa yang dikehendaki oleh pelajar tidak semestinya apa yang diperlukan oleh mereka. Pelajar tidak semestinya memahami apa yang terbaik untuk diri mereka. Sebab itu guru perlu memahami pelajar mereka. Masalah mungkin berlaku apabila guru mengeksploitasikan bakat pelajar demi kesenangan dirinya. Contohnya, dengan melantik pelajar pentar cerdas ini mengajar pelajar yang lain yang lebih lemah bukanlah cara terbaik untuk guru melepaskan tanggungjawab terhadap pelajar ini. Berlainan pula dengan guru membantu mereka memperbaiki teknik mengajar atau berkomunikasi. Perkembangan mereka secara tidak langsung telah terjejas. 16
  • 17. Guru perlu mempertimbangkan dua faktor dalam membuat keputusan: apa yang dikehendaki oleh pelajar dan apa yang diperlukan oleh pelajar. Kedua-dua faktor ini sama penting. Sebagai pelajar yang perkembangannya berbeza dengan pelajar yang lain, mereka sendiri mungkin lebih memahami apakah kelebihan dan minat sendiri. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna mereka mampu membuat keputusan yang terbaik untuk diri mereka. Ini boleh dilihat pada sikap segelintir pelajar pintar cerdas yang tidak suka membuat latihan, walaupun mereka belum menguasai kemahiran tersebut. Mereka sering menunjukkan sikap negatif mereka yang hanya belajar apa yang diminatinya. Oleh itu guru seharusnya dapat memahamkan mereka kepentingan berlatih dan menguasai bidang pengetahuan yang tertentu. Pada masa yang sama, adalah tidak mustahil sekiranya mereka sendiri tidak dapat mengenal minat, kekuatan dan kelemahan mereka, contohnya berasa keliru semasa pemilihan jurusan bidang pengajian. Oleh itu, mereka sebenarnya memerlukan bimbingan orang yang lebih berpengalaman hidup. banyak orang susah percaya sekiranya pelajar pintar cerdas dikaitkan dengan dengan masalah akademik. Segelintir individu pintar cerdas hanya menumpukan perhatian dalam apa yang menarik minat mereka. Kadang-kadang ditunjukkan dalam sikap degil mereka dalam mempelajari sesuatu yang mereka kurang berminat. Ini adalah satu pembaziran, sebab mereka mungkin memiliki bakat luar biasa dalam bidang yang mereka tidak berminat. Guru perlu memberi motivasi, contohnya kepentingan subjek tertentu. Disebabkan cara pembelajaran dan keperluan intelek mereka yang begitu unik, sebarang tugasan dan pendidikan yang tidak sesuai dengan ciri-ciri mereka akan menjadikan mereka salahsuai. Keadaan ini mungkin dilihat pada kejatuhan yang mendadak dalam keputusan. Banyak kanak-kanak pintar cerdas yang tidak suka ke sekolah sebab terlalu bosan dengan pengajaran guru. Mereka juga berasa bosan dengan (percakapan) kawan yang tidak matang bagi mereka. Masalah sosioemosi ini adalah akibat keperluan akademik yang tidak dipenuhi, dengan kata lain mereka tidak dicabar secukupnya dari segi akademik. Masalah ini seterusnya akan membawa kepada masalah tingkah laku atau disiplin seperti yang dijelaskan sebelum ini. Masalah ini boleh menjadikan mereka membenci kepada sekolah dan pembelajaran. Satu cabaran yang besar dalam pendidikan adalah memahami pencapaian pelajar. Kanak-kanak pintar cerdas bukannya tidak dicabar dalam akademik tetapi tidak dicabar secara yang berkenaan. Contohnya, kerja salin-menyalin, menghafal secara bulat-bulat, latih tubi, jenis tugasan atau soalan yang closed-ended tidak serasi dengan keperluan akademik pelajar pintar cerdas. Mereka mungkin tidak suka menghafal pendapat orang lain sedangkan dirinya boleh 17
  • 18. mengeluarkan idea yang lebih baik. Walaupun pelajar pintar cerdas menunjukkan kelebihan mereka dalam ingatan, tetapi kelebihan mereka yang nyata adalah dari segi pemahaman. Dalam konteks ini, pemahaman merupakan faktor penting yang membezakan pelajar pintar cerdas dengan pelajar biasa yang cemerlang dalam akademik. Bagi pelajar pintar-cerdas, apa yang menarik minat mereka adalah sesuatu yang mencabar mereka dari segi pemahaman. Lembaran kerja yang menekankan latih tubi tidak menarik kepada mereka sebab mereka tidak suka. Memang benar golongan pintar cerdas memiliki kelebihan dalam persaingan. Tetapi ini tidak bermakna mereka akan berasa yakin diri, sebab dia mungkin langsung tidak membandingakan diri dengan orang lain. Seperti yang dikatakan sebelum ini, golongan ini mendukung sistem nilai yang tersendiri, mereka mungkin tidak berminat membandingkan dirinya dengan orang lain dari segi pencapaian akademik, kerjaya dan sebagainya. Sebaliknya mereka seolah-olah membuat sesuatu akibat dorongan dalaman sendiri. Dengan erti kata lain, mereka membandingkan diri mereka sendiri, dan jangkaan yang tinggi selalunya memberi tekanan kepada mereka sendiri. Penyempurnaan diri merupakan satu motivasi yang kuat dalam mempengaruhi tingkah laku mereka. Semua individu adalah unik dari segi keupayaan, jarang kita menjumpai seseorang yang serba boleh. Keadaan ini berlaku kepada kanak-kanak pintar-cerdas juga. Seseorang yang mencapai tahap yang tinggi dari segi kecerdasan bahasa dan logiko-matematikal mungkin menghadapi masalah besar dalam kemahiran fizikal seperti mengimbangkan badan, kordinasi badan ataupun dia tidak boleh melukis atau menyanyi. Bayangkan apakah perasaannya semasa hari sukan, masa seni dan sesi nyanyian, sudah tentu mereka berasa malu dan janggal sebab maruah diri mereka yang tinggi dan sifat sensitif. Perkembangan yang tidak seimbang ini juga membawa banyak masalah kepada kehidupan mereka, contohnya kalau dia menghadapi masalah orientasi arah dia akan selalu menghadapi masalah sesat jalan juga. Pada masa yang sama, keyakinan yang terlalu tinggi juga menjejaskan perkembangan mereka. Memandangkan kebolehan akademik (dan kebolehan mental yang lain), sesetengah individu menjadi terlampau yakin dalam dunia yang berorientasikan akademik ini. Ini menjadikan mereka tidak nampak kelemahan sendiri dan hidup dalam dunia sendiri. Masalah keyakinan (terlampau yakin atau inferioriti) ini akan menjejaskan pandangan orang lain terhadap diri kita. 18
  • 19. Jelas sekali masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan pintar cerdas dan berbakat ini adalah berpunca daripada dua faktor iaitu keistimewaan yang ada pada diri mereka dan faktor luaran. Adalah tidak tepat untuk mengandaikan golongan pintar cerdas ini akan mendapat kejayaan hidup dengan begitu mudah. Pada hakikatnya, golongan ini perlu mengatasi pelbagai masalah yang mereka hadapi supaya mereka dapat mengembangkan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka. Peranan pendidik adalah untuk membantu mereka mengatasi halangan-halangan tersebut. Selain motivasi, perhatian juga patut diberikan kepada keperluan mereka yang unik. Pengetahuan yang ada kaitannya dengan individu pintar cerdas dan berbakat ini harus disalurkan kepada pihak-pihak yang terbabit supaya mereka lebih sensitif terhadap keperluan unik golongan ini. 8.0 Program Pendidikan Untuk Pelajar Pintar Cerdas Setiap individu pelajar yang normal semenjak dari usia bayi telah memiliki potensi dan bakat yang boleh diperkembang dan dipertingkatkan. Dewasa kini mereka telah terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka, terutama di kalangan mereka yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak kanak pintar cerdas (gifted). Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individuyang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan. Secara amnya, keperluan kanak-kanak pintar cerdas perlu dipenuhi kerana mereka mempunyai hak dalam mendapat akses pembelajaran yang ekuiti. Guru perlu peka memerhatikan ciri-ciri yang terdapat di dalam kanak-kanak pintar cerdas agar kesesuaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bukan sahaja memenuhi kehendak murid biasa tetapi juga kanak-kanak pintar cerdas. Guru juga perlu memastikan golongan ini tidak rasa terabai atau tersingkir kerana keadaan yang berlaku kini melihatkan mereka sering tidak diendahkan kewujudan mereka. Malahan, kanak-kanak pintar cerdas sama seperti populasi lain yang memerlukan keadaan yang normal dalam pengajaran dan program khas perlu dibuat agar keperluan ini dipenuhi. Ciri-ciri seperti kepelbagaian minat, perasaan ingin tahu yang tinggi, dan keupayaan mereka memanipulasi simbol memerlukan pihak sekolah bertindak balas terhadap ciri-ciri ini. Dalam konteks ini, potensi kanak-kanak pintar cerdas tidak dapat berkembang tanpa 19
  • 20. didikan dan panduan yang betul. Didikan yang dimaksudkan itu merangkumi aspek didikan di rumah, sekolah dan juga di dalam komuniti itu sendiri. Selain itu, program pendidikan yang tidak memadai bagi seseroang kanak-kanak pintar cerdas adalah disebabkan penekanan kepada asas kemahiran semata-mata. Hakikatnya kanak-kanak pintar cerdas sudah mempunyai asas kemahiran tersebut. Ironinya, kanak-kanak ini memerlukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna agar potensi diri mereka diterokai sepenuhnya sepanjang perkembangan mereka menjadi individu yang berjaya. Memandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yang berlainan daripada kanak-kanak biasa maka para pendidik perlu merangka satu program pendidikan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini. Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), program pendidikan kanak-kanak pintar cerdas ini terbahagi kepada tiga bentuk umum iaitu pengayaan, percepatan dan pengelompokan.Program pengayaan terdiri daripada tiga jenis aktiviti iaitu pendedahan, latihan berkelompok dan penyelidikan masalah sebenar (Rujukan Laman Web). 8.1 Program Pengayaan 8.1.1 Aktiviti Pendedahan Dalam aktiviti pendedahan, murid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari bidang yang diminati. Satu sudut yang lengkap dengan pelbagai bahan pengayaan disediakan di bilik darjah. Maklumat-maklumat pengayaan seperti apa yang menarik dalam bidang tersebut, dari mana boleh mendapatkan maklumat tambahan, apakah isu-isu semasa dalam bidang ini, disediakan. Selain daripada majalah, pamplet dan buku-buku, guru juga perlu mengadakan aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video dan sebagainya sebagai aktiviti pendedahan. Justifikasi daripada program yang dilaksanakan ini dapat meningkatkan kemahiran dan kreativiti murid dalam pelbagai bidang. Ini juga akan menjadikan mereka golongan yang berilmu pengetahuan. Murid tahap ini sentiasa berfikiran jauh, justeru guru perlu lebih kreatif dalam proses penyampaian isi pengajaran agar potensi diri dapat dibentuk dengan cara yang lebih berkesan. 8.1.2 Latihan berkelompok Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak. Antara aktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah projek dan inkuiri- penemuan. Kebanyakan pelajar pintar cerdas sememangnya amat berminat dalam kaedah 20
  • 21. latihan ini. Hal ini demikian kerana latihan seperti ini dikatakan mencabar minda mereka untuk berfikir dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. 8.1.3 Penyelidikan Masalah Sebenar Kanak-kanak pintar cerdas diberi latihan secara kumpulan kecil. Mereka diberi latihan dan bimbingan khusus untuk menyelidik masalah sebenar. Aktiviti ini menggunakan teknik inkuiri- penemuan iaitu kanak-kanak pintar cerdas tadi bermula dengan pembentukan sesuatu masalah, memahami masalah yang dibentuk, menyediakan pelan tindakan, menjalankan rancangan penyelidikan, membuat laporan dan membuat refleksi untuk membina skim penghayatan yang mantap. 8.1.4 Program Percepatan Ini bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu dihabiskan dengan cepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti kanak-kanak yang lebih muda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas, melangkaui sebahagian daripada masa kelas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu dalam kelas yang lebih tinggi (mengikut minat dan perkembangan intelek) dan memendekkan tempoh pengajaran seperti kurikulum setahun diajar dalam tempoh 6 bulan dan lebihan masa itu digunakan untuk mempelajari kurikulum yang lebih tinggi. 8.1.5 Program Pengelompokan Program ini menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar cerdas ini dikumpulkan dalam satu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang terlatih. Program pengelompokan ini memerlukan satu penilaian yang standard untuk menentukan tahap kanak-kanak pintar cerdas. Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada kanak- kanak pintar cerdas untuk menikmati pembelajaran yang lebih sempurna. Komputer dan Kanak- kanak Pontar Cerdas. Geoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk, “Personal Computers Help Gifted Students Work Smart” telah menggariskan kebolehan-kebolehan komputer dalam memenuhi keperluan belajar kanak-kanak pintar cerdas. Antaranya ialah; a. Teknologi komputer yang fleksibel akan memudahkan gaya pembelajaran dan minat individu untuk berinteraksi dengan gambar, perkataan, nombor atau sebarang medium yang memberi keselesaan kepada pelajar. 21
  • 22. b. Struktur pengalaman yang direka oleh guru-guru terlatih akan membantu pelajar untuk membina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan mereka. Word Processors dapat memperbaiki penulisan dan pengolahan idea-idea. Program-program komputer yang berkaitan dengan data statistik boleh membantu pelajar menyelesaikan pelbagai soalan yang mencabar minda mereka. Pelajar-pelajar akan bertambah yakin membina pelbagai “skills” mereka. c. Komputer juga boleh digunakan untuk menyaingi kehendak pelajar. Komputer dapat “bersabar” dan menguasai pada satu-satu idea untuk jangka masa yang panjang. Komputer juga boleh melakukan kerja-kerja yang kompleks apabila para pelajar telah bersedia untuk menggunakannya. d. Apabila para pelajar telah menerima sesuatu tanggungjawab dan menguasai penggunaan komputer, mereka akan bekerja dengan lebih cekap. Komputer berkhidmat untuk masyarakat. Semakin baik pemahaman pelajar tentang proses pembelajaran, mereka akan dapat menggunakan teknologi ini dengan cekap. e. Masyarakat belajar daripada masyarakat. Maklumat dan idea daripada masyarakat luar boleh didapati dari komputer. Para pelajar akan dapat dihubungkan melalui “software”, papan buletin atau perbincangan dan projek kumpulan. Para pelajar akan lebih terdedah kepada golongan masyarakat yang berilmu dan bijak menerusi teknologi komputer ini Penggunaan aplikasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak membantu murid untuk menguasai semua kemahiran komputer. Namun demikian, guru dan ibu bapa perlu memantau gerak kerja mereka menggunakan komputer agar mereka mengetahui apa yang diperlukan atau apa yang tidak diperlukan dalam sesuatu pencarian maklumat. Program sebegini dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam aplikasi penggunaan komputer. 9.0 Kesimpulan Individu yang pintar cerdas lazimnya disifatkan mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dalam semua aspek. Banyak teori yang dikemukakan untuk menerangkan tahap kecerdasan mereka. Walaupun demikian, mengenali kanak-kanak pintar cerdas tidak lengkap 22
  • 23. tanpa mengetahui masalah lain yang dihadapi oleh mereka. Walaupun seorang pintar cerdas mempunyai tahap perkembangan yang tinggi daripada orang normal, namun kadang-kala mereka mempunyai masalah dalam emosi dan sosial mereka. Walaupun kadang kala dia menampilkan sikap emosi atau sosial yang tidak matang, ia tidak menunjukkan bahawa dia bukan seorang yang pintar cerdas tetapi terdapat beberapa halangan yang menjadikannya begitu. Dalam konteks ini, sekiranya tekanan ini mampu ditangani dengan baik maka sudah pastinya kanak-kanak pintar cerdas ini akan berupaya menyesuaikan diri dalam persekitaran sosial dan seterusnya menjalani kehidupan dengan harmoni dan selesa. Walau bagaimanapun, sekiranya mereka gagal, ia berkemungkinan akan menjurus kepada kemungkinan untuk mensia-siakan anugerah yang dimiliki dalam pelbagai situasi negatif seperti kegagalan meneruskan kecemerlangan ataupun penglibatan dalam gejala kurang sihat sebagai reaksi kepada pemberontakan emosi yang mereka alami. Hakikatnya, kanak-kanak ini perlu dibimbing dalam segala aspek berkaitan dalam hidup mereka agar dapat mengimbangi tahap kepintaran atau kecerdasan intelektual mereka dengan wibawa diri yang dilengkapi dengan kestabilan mental dan emosi, serta tidak menyalahi norma-norma sosial masyarakat umum. Program pendidikan pintar cerdas di Malaysia haruslah dibangun berpaksikan matlamat menyerlahkan potensi diri pelajar pintar cerdas secara maksimum tanpa mengabaikan dimensi psikologi, sosio-emosi dan rohani agar menjadi generasi berminda kelas pertama Malaysia. Bibliografi Betts,G.T. & Neihart,M.(1988). Profiles of the gifted and talented. Gifted Child Quarterly, 32(2),248-253. 23
  • 24. Goleman, Daniel (1999), Working with Emotional Intellegence, Bantan, New York. Mook Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-Kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Nordin Mamat (2005), Asas Sosial Kanak-kanak. Pustaka Salam Sdn. Bhd: Kuala Lumpur. Noriah Mohd Ishak, Rosadah Abd. Majid & Siti Fatimah Mohd Yassin (2009) PERMATApintar: Pengalaman UKM Bangi : Pusat PERMATApintar Negara UKM. Prof. Madya Dr. Mansor Fadzil, Prof. Madya Dr. Abdul Razak, Prof. Dr. Khadijah Mohd Yunus. (2003) Asas Psikologi: Pendidikan Khas. OUM. Rohani Abdullah (2001). Perkembangan Kanak-Kanak Penilaian Secara Portfolio. UPM Serdang Zalizan Mohd Jelas. 2009. Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Konsep dan Amalan Universiti Kebangsaan Malaysia Laman Web Che Mah Yusof dan Dr. Mariani Md Nor. Personaliti Pelajar Pintar Cerdas dan hubungannya dengan pencapaian akademik daripada http://www.educ.upm.edu.my/~gradeduc/chemah.pdf http://file-pdf.com/Tajuk-10:-Kanak-Kanak-Berkeperluan –Khas.html 24