SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
1.0) DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR


      Kemahiran berfikir merupakan salah satu kemahiran yang sangat penting pada

masa kini. Setiap manusia yang normal akan sentiasa berfikir sama ada untuk

menyelesaikan masalah ataupun menghasilkan sesuatu benda yang baru. Pemikiran

ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap

sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat

pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan

seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami (menurut

sumber yang diperoleh daripada Wikipedia). Definisi yang sebenar-benarnya masih

dipertikaikan oleh sebab tokoh-tokoh yang masing-masing mengeluarkan pendapat

yang berbeza.


      George (1970) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah

dan pelakuan semula jadi yang kompleks.



      Edward de Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran

lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah,

malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai perspektif bagi

menyelesaikan masalah.



      Meyer (1977) pula melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasi-

operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif

seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.




                                        ~1~
Chaffee (1988) pula, pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan

dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Vincent Ryan Ruggiero (1991) pula menyatakan berfikir ialah apa sahaja aktiviti

mental yang membantu untuk memformulasi atau menyelesaikan masalah,

membuat keputusan dan menyempurnakan sesuatu kemahuan untuk memahami

sesuatu (mencari jawapan dan mendapatkan makna)



      Fraenkel (1980) pula berpendapat bahawa pemikiran merupakan proses

menggunakan minda sama ada untuk mencari makna, dan pemahaman

terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan, atau menyelesaikan

masalah.



      Namun begitu, setelah diteliti kesemua pendapat mereka dapatlah disimpulkan

bahawa kebanyakan daripada mereka bersetuju bahawa pemikiran merupakan aktiviti

yang melibatkan proses menggunakan minda untuk menyelesaikan masalah dan

memanipulasikan input deria untuk membentuk pemikiran,sebab atau keputusan.




                                        ~2~
1.1) KEPENTINGAN MURID-MURID MENGUASAI KEMAHIRAN BERFIKIR


      Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bahawa setiap pelajar wajib menguasai

kemahiran berfikir ini. Kemahiran berfikir terbahagi kepada dua bahagian iaitu

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Apabila dua kemahiran ini sudah berjaya

dkuasai sepenuhnya, fenomena ini dapat mempersiapkan generasi pada masa kini

bersedia untuk menempuh kehidupan yang mencabar sejajar dengan perkembangan

arus teknologi tinggi dan pembangunan.


      Kepentingan kemahiran berfikir yang pertama ialah bagi mengelakkan kesilapan

berfikir daripada berlaku dalam kalangan pelajar. Sebagai seorang manusia, tiada yang

sempurna. Sudah pasti semua orang ada melakukan kesalahan sehingga tidak dapat

berfikir secara rasional dan terburu-buru dalam mengambil setiap keputusan tanpa

memikirkan risiko yang bakal ditanggungnya di kemudian hari. Cara berfikir yang betul

ialah menggunakan masa dengan sebaik-baiknya untuk membuat sebarang keputusan.

Untuk mengelakkan kecelaruan semasa proses menimba ilmu di dalam kelas, guru

boleh mengambil inisiatif lain untuk membantu pelajar yang kurang faham dengan

memberikan soalan yang agak mudah, sederhana mudah, sederhana sukar, dan sukar.

Soalan-soalan ini boleh dibincangkan antara guru bersama pelajar bersama-sama.

Secara tidak langsung, hal ini dapat merubah tanggapan pelajar yang menganggap

soalan sukar tidak perlu dibuat sebaliknya boleh diselesaikan jika berfikir dengan betul

dan memahami kehendak soalan secara keseluruhan. Ketenangan sangat penting

supaya setiap idea yang dikeluarkan tidak kabur dan sempit.




                                         ~3~
Selain itu, dengan penguasaan yang baik dalam bidang kemahiran berfikir ini

dapat meningkatkan ketajaman minda untuk berfikir secara lebih kritis dan kreatif. Tiga

prinsip pengajaran pembelajaran KBKK ialah pengajaran berfikir dijalankan secara

eksplisit, jelas, tersurat dan nyata supaya pelajar-pelajar sedar tentang proses berfikir

yang dialami. Suasana persekitaran juga dianggap sangat penting. Pelajar tidak akan

dapat berfikir dengan tenang jika kawasan bilik darjah tersebut dipenuhi dengan

sampah sarap serta persekitaran yang langsung tidak kondusif sebagai tempat untuk

menimba ilmu. Sebagai seorang guru, jangan sesekali mati akal. Bimbinglah anak

pelajar dengan menggalakkan mereka merasai suasana alam sekitar seperti

pembelajaran di luar bilik darjah. Suasana baru akan menyebabkan minda mereka lagi

pantas untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Aktiviti yang santai boleh dilaksanakan.

Antaranya ialah membina lego, menggubah bunga, menghasilkan kraf tangan,

membuat origami dan sebagainya. Oleh sebab itu, subjek pendidikan seni masih

dikekalkan di peringkat sekolah rendah untuk mendidik pelajar supaya dapat mengusai

kemahiran kritis dan juga kreatif secara seimbang.


      Kepentingan yang seterusnya ialah dapat melangkah setapak demi setapak

untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang telah diperkatakan hebat oleh rakyat di

negara ini setelah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr.

Mahathir Mohamad melancarkan Wawasan 2020 pada 20 Februari 1991. Antara isi

kandungan yang dinyatakan dalam Wawasan 2020 ialah sebagai seorang rakyat yang

bertamadun dan hidup dalam era perkembangan globalisasi yang maju perkara penting

yang perlu diutamakan ialah apa yang berada antara dua telinga, the brain power atau

kuasa otak, bukan berada di antaar dua bahu, the brawn power atau kuasa otot, atau

apa yang berada di antara dua tapak kaki, the natural resources atau semula jadi.
                                         ~4~
Bimbingan berbentuk soalan-soalan yang menguji minda akan membantu pelajar untuk

menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini secara berperingkat-peringkat

sehingga mahir. Hal ini akan menyebabkan Wawasan 2020 akan tercapai dan generasi

yang berguna kepada negara akan dapat dilahirkan.


     Dari aspek pendidikan, kemahiran berfikir akan mempengaruhi cara pembelajaran

seseorang    pelajar   sama    ada   dari   segi   kepantasan    serta   keberkesanan

pembelajarannya. Kajian-kajian tentang berfikir menunjukkan bahawa pelajar yang

dilatih untuk berfikir mempunyai perkembangan positif terhadap pembelajarannya.

Pengajaran pembelajaran KBKK dalam kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR)

dan kurikulum bersepadu sekolah menengah (KBSM) dilihat begitu bersesuaian dengan

dasar yang didukung oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan

insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani. Peningkatan

KBKK juga sesuai dengan konsep Sekolah Bestari yang membolehkan para pelajar

menguasai pelajaran mereka berdasarkan sifat-sifat individu sendiri. Jika kemahiran

berfikir ini diterapkan selalu dan dipraktikkan terhadap pelajar, tidak mustahil kadar

tunaaksara dan sebagainya akan mulai berkurangan dalam kalangan pelajar. Hal ini

dapat memberikan impak yang positif kepada kemajuan sistem pendidikan di negara

kita seterusnya dapat mencapai target, misi, dan visi ysng dimahukan negara.


     Di samping itu, kepentingan penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan

kreatif sememangnya tebukti juga oleh sebab faktor kepentingan global, nasional dan

individu. Semua orang mengetahui bahawa zaman ini adalah zaman persaingan yang

memerlukan kekuatan minda dan fikiran. Setiap orang berfikir secara licik dan

berpandangan jauh untuk cuba menguasai sesuatu. Ledakan maklumat yang berlaku

                                        ~5~
pada masa kini mencetuskan satu fenomena baru di mana cara mendapatkan ilmu

pengetahuan lebih penting daripada perkara-perkara yang dikuasai. Sejajar dengan itu,

persaingan global yang hebat pada hari ini mendorong negara kita untuk melancarkan

rancangan Multimedia Super Corridor (MSC) yang berpusat di Cyberjaya. Kewujudan

sistem ini menggunakan sepenuhnya kekuatan minda yang akan membolehkan negara

kita mendahului dan membentuk persaingan sihat antara negara-negara maju yang lain

dalam abad ke -21. Lawatan ke Cyberjaya juga boleh dilakukan agar murid-murid

terdedah kepada pembelajaran menggunakan teknologi terkini. Hal ini akan

menyebabkan mereka berfikir bagaimana untuk menguasai pengetahuan apabila

mengetahui bahawa terdapat banyak maklumat yang boleh diperolehi jika melayari

internet.


       Seterusnya, kemahiran berfikir juga dapat mendidik pelajar untuk bersikap lebih

terbuka dalam menerima hujah dan memberikan pendapat. Kebanyakan daripada

pelajar berasa tidak yakin untuk melontarkan hujah dan idea mereka walaupun idea

mereka itu kebanyakannya betul dan boleh diterima pakai. Oleh itu, terjadilah satu

suasana yang suram di dalam kelas kerana pelajar malu-malu atau tidak mempunyai

keyakinan untuk bersuara walaupun di minda mereka terkandung idea-idea yang boleh

diutarakan. Penerapan kemahiran berfikir ini akan menyebabkan perubahan sedikit

demi sedikit persepsi mereka dan menggalakkan mereka lebih bersikap terbuka.

Suasana kelas yang terbaik ialah suasana kelas yang riuh rendah disebabkan

perbincangan yang berlangsung antara guru dan pelajar. Jika kemahiran berfikir ini

sudah sebati dalam jiwa pelajar, mereka tidak akan sesekali berasa goyah apabila

pendapat yang diutarakan oleh mereka ditolak. Mereka akan mencuba dan terus

mencuba sehinggalah jawapan yang diberikan oleh mereka diterima oleh guru.
                                        ~6~
1.2) KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF


      Kemahiran berfikir secara kritis ialah menggunakan sepenuhnya keupayaan dan

kecekapan yang ada pada minda untuk membuat keputusan yang wajar berkenaan

sesuatu idea, menilai logiknya sesuatu perkara, meneliti kebernasan dan membuat

pertimbangan yang wajar berdasarkan bukti-bukti yang kukuh untuk menyokong lagi

keputusan yang telah dibuat. Menurut Mohd Micheal Abdullah ; 1969 pemikiran kritis

ialah membincangkan bagaimana untuk menimbangkan iaitu samada baik atau buruk

terhadap sesuatu perkara dengan teliti dan menggunakan fakta samada benar atau

salah dan susunan hujah samaada sah atau batal.


      Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kemahiran yang menggunakan kecekapan

dan keupayaan minda untuk meneroka pelbagai kemungkinan, menjana dan

menghasilkan idea yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud,

abstrak, idea atau gagasan. Menurut Samsu Yaacub ; 1993, pemikiran kreatif

membincangkan bagaimana cara-cara atau teknik-teknik untuk memperluaskan dan

memperkembangkan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti individu. Selain itu,

kemahiran ini juga dapat menerokai dan mencari makna, pemahaman dan

penyelesaian masalah secara inovatif.




                                        ~7~
1.3) AKTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN KRITIS DAN KREATIF


      Banyak cara yang dapat dipraktikkan untuk menggalakkan kemahiran berfikir

dalam diri seseorang khususnya pelajar. Namun begitu, aktiviti untuk mengalakkan

kemahiran berfikir untuk kemahiran berfikir kritis dan kreatif adalah berbeza.


CONTOH-CONTOH CARA BERFIKIR SECARA KRITIS


      Membanding dan membeza.

      Mengelas ( dalam kategori )

      Membuat kategori ( dalam kategori tapi dalam urutan )

      Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.

      Menerangkan sebab.

      Membuat sekuen / urutan.

      Menentukan sumber yang dipercayai.

      Membuat ramalan.

      Mengusul periksa andaian.

      Membuat inferens.

      Menganalisis.




CONTOH-CONTOH CARA BERFIKIR SECARA KREATIF


       Mencipta analogi.

       Menjana dan menghasilkan idea baru.

      Mencipta metafora.Aktiviti kemahiran berfikir yang pertama ialah membanding

       dan membeza. Membanding dan membeza ialah dua perbuatan yang berlainan.

                                         ~8~
1.3.1) KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

      Membanding ialah aktiviti yang memerlukan kita untuk membanding perbezaan

dan persamaan manakala aktiviti membeza pula kita hanya akan menyenaraikan

perbezaan yang terdapat pada perkara yang berlainan. Salah satu aktiviti yang dapat

dilakukan ialah membanding dan membezakan bentuk –bentuk geometri. Selepas

selesai maklumat-maklumat itu diisi barulah pelajar akan lebih memahami dan

mengenal pasti serta membezakan ciri-ciri yang ada pada dua bentuk tersebut.



  SEGI TIGA SAMA SISI                 CIRI-CIRI               SEGI EMPAT SAMA

                                    Bilangan sisi

                                    bilangan bucu

                                Bilangan paksi simetri




      Kemahiran yang turut menggunakan kemahiran berfikir secara kritis ialah

membuat kategori atau klasifikasi. Maksud klasifikasi ialah mengelaskan sesuatu

perkara mengikut kategori masing-masing. Sebagai contoh, pelajar diminta untuk

mengenalpasti nilai tempat nombor yang digariskan. Nilai tempat yang paling asas ialah

sa, puluh dan ratus. Contoh jadual pengelasan tersebut adalah seperti di bawah.


                Nombor                                     Nilai tempat

                  529

                   36



                                        ~9~
Aktiviti kemahiran berfikir secara kritis yang lain pula ialah membuat urutan atau

sekuen. Maksudnya ialah pelajar akan diminta untuk menyusun atur susunan sesuatu

yang berada dalam keadaan tidak teratur. Kemudia, pelajar akan menyusun maklumat

tersebut berdasarkan fahaman mereka yang diperoleh daripada pembacaan ataupun

maklumat yang pelbagai sumber. Sebagai contoh, pelajar akan diminta untuk

menyusun satu rangkaian nombor dalam keadaan susunan menaik.


    6                    2                 8                 4                 10



Disusun dalam keadaan menaik?




                                         ~ 10 ~
1.3.2) KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF


      Aktiviti kemahiran berfikir secara kreatif yang pertama ialah mencipata analogi.

Analogi ialah kenyataan yang dicipta daripada perbandingan antara satu perkara

dengan perkara yang lain berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan untuk

menyatakan maksud tertentu. Biasanyanya analogi menggunakan kata bandingan

seperti, bagai, macam, umpama untuk membandingkan suatu perkara dengan perkara

atau objek yang lain bagi menyatakan maksud tertentu. Antara tujuannya ialah untuk

membantu seseorang untuk menambah dan mempercepatkan kefahaman tentang

sesuatu perkara, membuat justifikasi terhadap rumusan yang dibuat berdasarkan

persefahaman antara satu objek dengan yang lain, untuk menonjolkan cirri am yang

terdapat pada objek, dan memungkinkan seseorang mencipta analogi sendiri. Berikut

adalah contoh soalan.


   1. Badannya kurus macam lidi

   2. Benda itu bujur macam telur

   3. Bangunan di Kuala Lumpur tumbuh macam cendawan

   4. Kanak-kanak itu lapar seperti anak burung yang

   5. kehilangan ibu.

   6. Orang itu garang macam harimau.



      Aktiviti seterusnya yang boleh mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kreatif

ialah mencipta dan menjana idea baru yang lebih baik dan lebih mantap daripada idea

                                      ~ 11 ~
baru yang lebih baik dan lebih mantap daripada idea sebelumnya. Hal ini dapat

menjadikan seseorang pelajar itu lebih menekankan penggunaan minda untuk berfikir.

Sebagai contoh, guru akan melukiskan sebatang pokok kelapa. Kemudian, guru akan

memberikan arahan kepada pelajarnya untuk mengeluarkan maklumat berkenaan

kegunaan pokok kelapa tersebut sama ada dari segi batangnya, daun-daunnya atau

bahagian-bahagian lain pada pokok kelapa tersebut. Hal ini dapat memperkembang

minda pelajar untuk memikirkan sesuatu benda yang bersangkut paut dengan objek

yang dilukiskan oleh guru.




                                                                       Daun
                                                                      ketupat
         Sabut
         kelapa




                      titi                           Penyapu
                                                       lidi




                                     ~ 12 ~
Akhir sekali, aktiviti yang termasuk dalam kemahiran berfikir secara kreatif ialah

mencipta metafora (perlambangan). Metafora ialah perbandingan yang sempurna tetapi

kurang langsung dibandingkan dengan simile. Metafora merupakan kiasan di mana

frasa diatur dengan hasrat untuk member makna satu perkara lain. Metafora tidak

menggunakan istilah seperti, bagai, umpama, laksana, bak dan lain-lain lagi yang

kebiasannya terdapat dalam simile. Sebagai contoh ialah :


                  AYAT                                  MAKSUD TERSIRAT

Dia menolak sedikit daun pintu untuk Bentuk wajah seseorang yang bujur.

menonjolkan wajah bujur sirihnya.

Terlalu berat hempapan konkrit derita Kesusahan yang teramat sangat sehingga

yang melanda keluargaku.                     hampir tidak tertanggung.




                                        ~ 13 ~
KESIMPULAN


      Setelah selesai melakukan tugasan ini, saya berpendapat bahawa kemahiran

berfikir ini sangat penting bagi setiap orang dan patut didedahkan kepada para pelajar

khususnya supaya dapat membantu mereka untuk memahami sesuatu perkara itu

dengan lebih mendalam. Kemahiran ini juga perlu ada pada seorang guru untuk

memudahkan mereka menjalankan pelbagai aktiviti yang dapat merangsangkan minda

pelajar untuk berfikir menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk

menyelesaikan masalah.


      Subjek kemahiran berfikir ini juga boleh diajar di sekolah kerana dengan adanya

subjek ini, pelajar akan diberikan pendedahan secara langsung berkenaan fungsi-fungsi

otak iaitu HOKI (hemisfera otak kiri) dan HOKA (hemisfera otak kanan). Pelajar juga

akan didedahkan dengan cara berfikir yang betul seterusnya menjadikan mereka

berfikir dengan lebih cekap dan mengelakkan mereka bercelaru menyelesaikan

masalah dengan berfikir secara rumit.


      Akhir sekali, dapatlah saya rumuskan bahawa, kemahiran berfikir ini melibatkan

proses penggunaan minda yang terancang untuk meningat dan menggunakan hasil

akal untuk menyelesaikan masalah dan seterusnya mendapatkan hasil seperti yang

dikehendaki. Penggunaan minda juga diperlukan untuk menginterprestasi data supaya

apa=apa yang difikirkan dapat diluahkan secara seiring.




                                        ~ 14 ~
REFLEKSI


  Akhirnya, tugasan ini telah berjaya saya siapkan. Walaupun pada awalnya saya

menyangka bahawa tugasan ini merupakan satu tugasan yang mudah namun, apabila

saya sudah memulakan tugasan ini saya dapati berlaku sedikit kesukaran. Kesukaran

utama yang saya hadapi ialah masalah kekurangan sumber bahan rujukan di

perpustakaan dan juga di internet.


   Di perpustakaan, bahan rujukan untuk subjek kemahiran berfikir sangat terhad.

Kebanyakan daripada buku tersebut sudah dipinjam oleh pelajar lain untuk membuat

rujukan berkemungkinan bertujuan untuk melakukan tugasan yang sama. Namun

begitu, saya usahakan juga untuk mencatat seberapa bayak nota yang diperoleh untuk

dimuatkan dalam kerja kursus ini. Walaupun internet ada menyediakan beberapa

rujukan yang boleh saya ambil sebagai panduan untuk membuat tugasan kerja kursus

ini namun, masih tidak memadai. Bahan yang disediakan di internet tidak seperti yang

saya mahukan. Untuk memastikan tugasan ini lengkap mengikut perkara-perkara yang

pensyarah mahukan, saya terpaksa membaca bahan-bahan yang telah dicari berulang-

ulang kali untuk memastikan tiada maklumat penting yang akan tertinggal.


   Tugasan    ini juga sebenarnya     memberikan    saya   banyak faedah. Banyak

pengetahuan yang telah saya peroleh. Sebagai seorang manusia, selama ini saya

menggunakan otak untuk berfikir. Perkara asas yang saya ketahui ialah otak manusia

terbahagi kepada dua iaitu otak kiri dan otak kanan. Namun begitu, dengan adanya

tugasan ini saya terpaksa mencari maklumat tambahan berkenanan kemahiran berfikir

untuk melengkapkan kerja kursus saya. Semasa proses ini berlaku, secara tidak

langsung saya dapat mengetahui bahawa fungsi bagi kedua-dua belah otak ini adalah

                                       ~ 15 ~
berlainan di mana setiap bahagian terkandung aktiviti-aktiviti yang dapat diaplikasikan

sebagai salah satu kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Saya juga mendapat maklumat

tambahan untuk diri saya sendiri sebagai salah seorang bakal pendidik untuk

mengaplikasikan kemahiran-kemahiran berfikir ini yang saya peroleh sebagai hasil

kajian saya terhadap anak-anak murid nanti di sekolah. Saya akan berpeluang untuk

merancang aktiviti-aktiviti yang menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan

kreatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas untuk

membantu murid lebih memahami sesuatu perkara dengan lebih efisyen dan

mendalam.


   Akhir sekali, sememangnya tidak dapat saya nafikan lagi bahawa kemahiran berfikir

ini sangat penting bagi setiap orang. Saya tidak akan sesekali mempersia-siakan ilmu

yang telah saya peroleh semasa melakukan tugasan ini dan akan senantiasa

mempraktikkannya dari semasa ke semasa.




                                       ~ 16 ~
BIBLIOGRAFI




1) Poh Swee Hiang, Kemahiran Berfikir Kurikulum Persediaan Program

  Sarjana Muda Pendidikan : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd

2) kemahiran berfikir, http://mahirkbkk.tripod.com/, diakses pada 16

  Februari 2010.

3) kemahiran berfikir, http://www.scribd.com/doc/4025887/Kemahiran-

  Berfikir diakses pada 16 Februari 2010.

4) Kemahiran berfikir, www.kemahiranberfikir.com, diakses pada 17

  Februari 2010.

5) Kemahiran berfikir, www.jeniskemahiranberfikir.com, diakses pada 17

  Februari 2010.




                               ~ 17 ~

More Related Content

What's hot

Buku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep Matriks
Buku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep MatriksBuku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep Matriks
Buku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep MatriksAisyah Turidho
 
Hmef5043
Hmef5043Hmef5043
Hmef5043latiba
 
Buku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakulBuku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakulshare with me
 
Ekspresi kreativiti kanak kanak bab 1 2 dan 3
Ekspresi kreativiti kanak kanak bab 1 2 dan 3Ekspresi kreativiti kanak kanak bab 1 2 dan 3
Ekspresi kreativiti kanak kanak bab 1 2 dan 3Sakeena Nordin
 
Imajinasi untuk meningkatkan kecerdasan tunagrahita
Imajinasi untuk meningkatkan kecerdasan tunagrahitaImajinasi untuk meningkatkan kecerdasan tunagrahita
Imajinasi untuk meningkatkan kecerdasan tunagrahitaORCHIDSIGN
 
Implementasi konsep 4_c_dalam_menyongsong
Implementasi konsep 4_c_dalam_menyongsongImplementasi konsep 4_c_dalam_menyongsong
Implementasi konsep 4_c_dalam_menyongsongnurkilatazmatkhan
 
700203015788 158362 final
700203015788 158362 final700203015788 158362 final
700203015788 158362 finalMIchelle NGu
 
Hmef5083
Hmef5083Hmef5083
Hmef5083latiba
 
PENINGKATAN KEMAMPUAN KONSEP BILANGAN DAN OPERASINYA MELALUI MEDIA KANTONG AJAIB
PENINGKATAN KEMAMPUAN KONSEP BILANGAN DAN OPERASINYA MELALUI MEDIA KANTONG AJAIBPENINGKATAN KEMAMPUAN KONSEP BILANGAN DAN OPERASINYA MELALUI MEDIA KANTONG AJAIB
PENINGKATAN KEMAMPUAN KONSEP BILANGAN DAN OPERASINYA MELALUI MEDIA KANTONG AJAIBMasriqon Masriqon
 
Pendidikan Anak Masa Depan
Pendidikan Anak Masa DepanPendidikan Anak Masa Depan
Pendidikan Anak Masa DepanUniversitas PGRI
 
Kit apa itu_pintar_cerdas
Kit apa itu_pintar_cerdasKit apa itu_pintar_cerdas
Kit apa itu_pintar_cerdasgreenfrog88
 
KREATIVITI : PEMBANGUNAN DAN AMALAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KREATIVITI : PEMBANGUNAN DAN AMALAN  DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKREATIVITI : PEMBANGUNAN DAN AMALAN  DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KREATIVITI : PEMBANGUNAN DAN AMALAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANcikgushariff
 
Mengoptimalkan kemampuan berpikir matematika
Mengoptimalkan kemampuan berpikir matematikaMengoptimalkan kemampuan berpikir matematika
Mengoptimalkan kemampuan berpikir matematikaLukman
 

What's hot (20)

Buku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep Matriks
Buku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep MatriksBuku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep Matriks
Buku sebagai Penunjang Siswa dalam Menemukan Konsep Matriks
 
Hmef5043
Hmef5043Hmef5043
Hmef5043
 
Buku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakulBuku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakul
 
Ekspresi kreativiti kanak kanak bab 1 2 dan 3
Ekspresi kreativiti kanak kanak bab 1 2 dan 3Ekspresi kreativiti kanak kanak bab 1 2 dan 3
Ekspresi kreativiti kanak kanak bab 1 2 dan 3
 
Imajinasi untuk meningkatkan kecerdasan tunagrahita
Imajinasi untuk meningkatkan kecerdasan tunagrahitaImajinasi untuk meningkatkan kecerdasan tunagrahita
Imajinasi untuk meningkatkan kecerdasan tunagrahita
 
Implementasi konsep 4_c_dalam_menyongsong
Implementasi konsep 4_c_dalam_menyongsongImplementasi konsep 4_c_dalam_menyongsong
Implementasi konsep 4_c_dalam_menyongsong
 
Tugasan 1 final
Tugasan 1 finalTugasan 1 final
Tugasan 1 final
 
700203015788 158362 final
700203015788 158362 final700203015788 158362 final
700203015788 158362 final
 
KURIKULUM BM SR
KURIKULUM BM SRKURIKULUM BM SR
KURIKULUM BM SR
 
Hmef5083
Hmef5083Hmef5083
Hmef5083
 
PENINGKATAN KEMAMPUAN KONSEP BILANGAN DAN OPERASINYA MELALUI MEDIA KANTONG AJAIB
PENINGKATAN KEMAMPUAN KONSEP BILANGAN DAN OPERASINYA MELALUI MEDIA KANTONG AJAIBPENINGKATAN KEMAMPUAN KONSEP BILANGAN DAN OPERASINYA MELALUI MEDIA KANTONG AJAIB
PENINGKATAN KEMAMPUAN KONSEP BILANGAN DAN OPERASINYA MELALUI MEDIA KANTONG AJAIB
 
Synectik
SynectikSynectik
Synectik
 
Pendidikan Anak Masa Depan
Pendidikan Anak Masa DepanPendidikan Anak Masa Depan
Pendidikan Anak Masa Depan
 
Kit apa itu_pintar_cerdas
Kit apa itu_pintar_cerdasKit apa itu_pintar_cerdas
Kit apa itu_pintar_cerdas
 
Kreativit detail
Kreativit detailKreativit detail
Kreativit detail
 
KREATIVITI : PEMBANGUNAN DAN AMALAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KREATIVITI : PEMBANGUNAN DAN AMALAN  DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKREATIVITI : PEMBANGUNAN DAN AMALAN  DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KREATIVITI : PEMBANGUNAN DAN AMALAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Mengoptimalkan kemampuan berpikir matematika
Mengoptimalkan kemampuan berpikir matematikaMengoptimalkan kemampuan berpikir matematika
Mengoptimalkan kemampuan berpikir matematika
 
KBAT
KBATKBAT
KBAT
 
Kecerdasan anak usia dini
Kecerdasan anak usia diniKecerdasan anak usia dini
Kecerdasan anak usia dini
 
Lkt paudni materi
Lkt paudni materiLkt paudni materi
Lkt paudni materi
 

Similar to P

Buku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakulBuku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakulAdila Dila
 
diagram of 21st century pedagogy
diagram of 21st century pedagogydiagram of 21st century pedagogy
diagram of 21st century pedagogyNailul Hasibuan
 
Pendidikan dimasa-depan
Pendidikan dimasa-depanPendidikan dimasa-depan
Pendidikan dimasa-depanSaujuk Ahsane
 
makalah-tahapan berfikir kreatif
makalah-tahapan berfikir kreatifmakalah-tahapan berfikir kreatif
makalah-tahapan berfikir kreatifHafidzotul Millah
 
PEMBELAJARAN-BERBASIS-OTAK-PADA-PENDIDIKAN-ANAK-USIA-DINI.pptx
PEMBELAJARAN-BERBASIS-OTAK-PADA-PENDIDIKAN-ANAK-USIA-DINI.pptxPEMBELAJARAN-BERBASIS-OTAK-PADA-PENDIDIKAN-ANAK-USIA-DINI.pptx
PEMBELAJARAN-BERBASIS-OTAK-PADA-PENDIDIKAN-ANAK-USIA-DINI.pptxTajulAripin3
 
Are you ready to teach algebra
Are you ready to teach algebraAre you ready to teach algebra
Are you ready to teach algebraChairani Uni
 
KOBIBUL_ARTIKEL.docx
KOBIBUL_ARTIKEL.docxKOBIBUL_ARTIKEL.docx
KOBIBUL_ARTIKEL.docxTRIYULIASIH4
 
KUMPULAN 14 : KBAT
KUMPULAN 14 : KBATKUMPULAN 14 : KBAT
KUMPULAN 14 : KBATIzawati Saat
 
Kreativiti present[1]
Kreativiti present[1]Kreativiti present[1]
Kreativiti present[1]cgrohanasmksm
 
Corak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentCorak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentRina Majin
 
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggiStar Ng
 
Pertemuan 7 - BELAJAR KREATIF.pptx
Pertemuan 7 - BELAJAR KREATIF.pptxPertemuan 7 - BELAJAR KREATIF.pptx
Pertemuan 7 - BELAJAR KREATIF.pptxitafitriyana2
 
Tugas m1 2019
Tugas m1 2019Tugas m1 2019
Tugas m1 2019Deny HY
 

Similar to P (20)

Buku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakulBuku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakul
 
PROGRAM WISE DALAM PEMBELAJARAN
PROGRAM WISE DALAM PEMBELAJARANPROGRAM WISE DALAM PEMBELAJARAN
PROGRAM WISE DALAM PEMBELAJARAN
 
diagram of 21st century pedagogy
diagram of 21st century pedagogydiagram of 21st century pedagogy
diagram of 21st century pedagogy
 
Pendidikan dimasa-depan
Pendidikan dimasa-depanPendidikan dimasa-depan
Pendidikan dimasa-depan
 
I think
I thinkI think
I think
 
makalah-tahapan berfikir kreatif
makalah-tahapan berfikir kreatifmakalah-tahapan berfikir kreatif
makalah-tahapan berfikir kreatif
 
Penulisan Ilmiah
Penulisan IlmiahPenulisan Ilmiah
Penulisan Ilmiah
 
PEMBELAJARAN-BERBASIS-OTAK-PADA-PENDIDIKAN-ANAK-USIA-DINI.pptx
PEMBELAJARAN-BERBASIS-OTAK-PADA-PENDIDIKAN-ANAK-USIA-DINI.pptxPEMBELAJARAN-BERBASIS-OTAK-PADA-PENDIDIKAN-ANAK-USIA-DINI.pptx
PEMBELAJARAN-BERBASIS-OTAK-PADA-PENDIDIKAN-ANAK-USIA-DINI.pptx
 
Are you ready to teach algebra
Are you ready to teach algebraAre you ready to teach algebra
Are you ready to teach algebra
 
KOBIBUL_ARTIKEL.docx
KOBIBUL_ARTIKEL.docxKOBIBUL_ARTIKEL.docx
KOBIBUL_ARTIKEL.docx
 
KB 2 PPD.pdf
KB 2 PPD.pdfKB 2 PPD.pdf
KB 2 PPD.pdf
 
KUMPULAN 14 : KBAT
KUMPULAN 14 : KBATKUMPULAN 14 : KBAT
KUMPULAN 14 : KBAT
 
(Group 13) kbat
(Group 13) kbat(Group 13) kbat
(Group 13) kbat
 
KBAT
KBATKBAT
KBAT
 
Kreativiti present[1]
Kreativiti present[1]Kreativiti present[1]
Kreativiti present[1]
 
Corak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentCorak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigment
 
16 unit 12
16 unit 1216 unit 12
16 unit 12
 
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
 
Pertemuan 7 - BELAJAR KREATIF.pptx
Pertemuan 7 - BELAJAR KREATIF.pptxPertemuan 7 - BELAJAR KREATIF.pptx
Pertemuan 7 - BELAJAR KREATIF.pptx
 
Tugas m1 2019
Tugas m1 2019Tugas m1 2019
Tugas m1 2019
 

More from Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikPensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Pensil Dan Pemadam
 

More from Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

P

  • 1. 1.0) DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR Kemahiran berfikir merupakan salah satu kemahiran yang sangat penting pada masa kini. Setiap manusia yang normal akan sentiasa berfikir sama ada untuk menyelesaikan masalah ataupun menghasilkan sesuatu benda yang baru. Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami (menurut sumber yang diperoleh daripada Wikipedia). Definisi yang sebenar-benarnya masih dipertikaikan oleh sebab tokoh-tokoh yang masing-masing mengeluarkan pendapat yang berbeza. George (1970) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan pelakuan semula jadi yang kompleks. Edward de Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah. Meyer (1977) pula melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasi- operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. ~1~
  • 2. Chaffee (1988) pula, pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Vincent Ryan Ruggiero (1991) pula menyatakan berfikir ialah apa sahaja aktiviti mental yang membantu untuk memformulasi atau menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan menyempurnakan sesuatu kemahuan untuk memahami sesuatu (mencari jawapan dan mendapatkan makna) Fraenkel (1980) pula berpendapat bahawa pemikiran merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna, dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan, atau menyelesaikan masalah. Namun begitu, setelah diteliti kesemua pendapat mereka dapatlah disimpulkan bahawa kebanyakan daripada mereka bersetuju bahawa pemikiran merupakan aktiviti yang melibatkan proses menggunakan minda untuk menyelesaikan masalah dan memanipulasikan input deria untuk membentuk pemikiran,sebab atau keputusan. ~2~
  • 3. 1.1) KEPENTINGAN MURID-MURID MENGUASAI KEMAHIRAN BERFIKIR Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bahawa setiap pelajar wajib menguasai kemahiran berfikir ini. Kemahiran berfikir terbahagi kepada dua bahagian iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Apabila dua kemahiran ini sudah berjaya dkuasai sepenuhnya, fenomena ini dapat mempersiapkan generasi pada masa kini bersedia untuk menempuh kehidupan yang mencabar sejajar dengan perkembangan arus teknologi tinggi dan pembangunan. Kepentingan kemahiran berfikir yang pertama ialah bagi mengelakkan kesilapan berfikir daripada berlaku dalam kalangan pelajar. Sebagai seorang manusia, tiada yang sempurna. Sudah pasti semua orang ada melakukan kesalahan sehingga tidak dapat berfikir secara rasional dan terburu-buru dalam mengambil setiap keputusan tanpa memikirkan risiko yang bakal ditanggungnya di kemudian hari. Cara berfikir yang betul ialah menggunakan masa dengan sebaik-baiknya untuk membuat sebarang keputusan. Untuk mengelakkan kecelaruan semasa proses menimba ilmu di dalam kelas, guru boleh mengambil inisiatif lain untuk membantu pelajar yang kurang faham dengan memberikan soalan yang agak mudah, sederhana mudah, sederhana sukar, dan sukar. Soalan-soalan ini boleh dibincangkan antara guru bersama pelajar bersama-sama. Secara tidak langsung, hal ini dapat merubah tanggapan pelajar yang menganggap soalan sukar tidak perlu dibuat sebaliknya boleh diselesaikan jika berfikir dengan betul dan memahami kehendak soalan secara keseluruhan. Ketenangan sangat penting supaya setiap idea yang dikeluarkan tidak kabur dan sempit. ~3~
  • 4. Selain itu, dengan penguasaan yang baik dalam bidang kemahiran berfikir ini dapat meningkatkan ketajaman minda untuk berfikir secara lebih kritis dan kreatif. Tiga prinsip pengajaran pembelajaran KBKK ialah pengajaran berfikir dijalankan secara eksplisit, jelas, tersurat dan nyata supaya pelajar-pelajar sedar tentang proses berfikir yang dialami. Suasana persekitaran juga dianggap sangat penting. Pelajar tidak akan dapat berfikir dengan tenang jika kawasan bilik darjah tersebut dipenuhi dengan sampah sarap serta persekitaran yang langsung tidak kondusif sebagai tempat untuk menimba ilmu. Sebagai seorang guru, jangan sesekali mati akal. Bimbinglah anak pelajar dengan menggalakkan mereka merasai suasana alam sekitar seperti pembelajaran di luar bilik darjah. Suasana baru akan menyebabkan minda mereka lagi pantas untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Aktiviti yang santai boleh dilaksanakan. Antaranya ialah membina lego, menggubah bunga, menghasilkan kraf tangan, membuat origami dan sebagainya. Oleh sebab itu, subjek pendidikan seni masih dikekalkan di peringkat sekolah rendah untuk mendidik pelajar supaya dapat mengusai kemahiran kritis dan juga kreatif secara seimbang. Kepentingan yang seterusnya ialah dapat melangkah setapak demi setapak untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang telah diperkatakan hebat oleh rakyat di negara ini setelah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad melancarkan Wawasan 2020 pada 20 Februari 1991. Antara isi kandungan yang dinyatakan dalam Wawasan 2020 ialah sebagai seorang rakyat yang bertamadun dan hidup dalam era perkembangan globalisasi yang maju perkara penting yang perlu diutamakan ialah apa yang berada antara dua telinga, the brain power atau kuasa otak, bukan berada di antaar dua bahu, the brawn power atau kuasa otot, atau apa yang berada di antara dua tapak kaki, the natural resources atau semula jadi. ~4~
  • 5. Bimbingan berbentuk soalan-soalan yang menguji minda akan membantu pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini secara berperingkat-peringkat sehingga mahir. Hal ini akan menyebabkan Wawasan 2020 akan tercapai dan generasi yang berguna kepada negara akan dapat dilahirkan. Dari aspek pendidikan, kemahiran berfikir akan mempengaruhi cara pembelajaran seseorang pelajar sama ada dari segi kepantasan serta keberkesanan pembelajarannya. Kajian-kajian tentang berfikir menunjukkan bahawa pelajar yang dilatih untuk berfikir mempunyai perkembangan positif terhadap pembelajarannya. Pengajaran pembelajaran KBKK dalam kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR) dan kurikulum bersepadu sekolah menengah (KBSM) dilihat begitu bersesuaian dengan dasar yang didukung oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani. Peningkatan KBKK juga sesuai dengan konsep Sekolah Bestari yang membolehkan para pelajar menguasai pelajaran mereka berdasarkan sifat-sifat individu sendiri. Jika kemahiran berfikir ini diterapkan selalu dan dipraktikkan terhadap pelajar, tidak mustahil kadar tunaaksara dan sebagainya akan mulai berkurangan dalam kalangan pelajar. Hal ini dapat memberikan impak yang positif kepada kemajuan sistem pendidikan di negara kita seterusnya dapat mencapai target, misi, dan visi ysng dimahukan negara. Di samping itu, kepentingan penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif sememangnya tebukti juga oleh sebab faktor kepentingan global, nasional dan individu. Semua orang mengetahui bahawa zaman ini adalah zaman persaingan yang memerlukan kekuatan minda dan fikiran. Setiap orang berfikir secara licik dan berpandangan jauh untuk cuba menguasai sesuatu. Ledakan maklumat yang berlaku ~5~
  • 6. pada masa kini mencetuskan satu fenomena baru di mana cara mendapatkan ilmu pengetahuan lebih penting daripada perkara-perkara yang dikuasai. Sejajar dengan itu, persaingan global yang hebat pada hari ini mendorong negara kita untuk melancarkan rancangan Multimedia Super Corridor (MSC) yang berpusat di Cyberjaya. Kewujudan sistem ini menggunakan sepenuhnya kekuatan minda yang akan membolehkan negara kita mendahului dan membentuk persaingan sihat antara negara-negara maju yang lain dalam abad ke -21. Lawatan ke Cyberjaya juga boleh dilakukan agar murid-murid terdedah kepada pembelajaran menggunakan teknologi terkini. Hal ini akan menyebabkan mereka berfikir bagaimana untuk menguasai pengetahuan apabila mengetahui bahawa terdapat banyak maklumat yang boleh diperolehi jika melayari internet. Seterusnya, kemahiran berfikir juga dapat mendidik pelajar untuk bersikap lebih terbuka dalam menerima hujah dan memberikan pendapat. Kebanyakan daripada pelajar berasa tidak yakin untuk melontarkan hujah dan idea mereka walaupun idea mereka itu kebanyakannya betul dan boleh diterima pakai. Oleh itu, terjadilah satu suasana yang suram di dalam kelas kerana pelajar malu-malu atau tidak mempunyai keyakinan untuk bersuara walaupun di minda mereka terkandung idea-idea yang boleh diutarakan. Penerapan kemahiran berfikir ini akan menyebabkan perubahan sedikit demi sedikit persepsi mereka dan menggalakkan mereka lebih bersikap terbuka. Suasana kelas yang terbaik ialah suasana kelas yang riuh rendah disebabkan perbincangan yang berlangsung antara guru dan pelajar. Jika kemahiran berfikir ini sudah sebati dalam jiwa pelajar, mereka tidak akan sesekali berasa goyah apabila pendapat yang diutarakan oleh mereka ditolak. Mereka akan mencuba dan terus mencuba sehinggalah jawapan yang diberikan oleh mereka diterima oleh guru. ~6~
  • 7. 1.2) KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF Kemahiran berfikir secara kritis ialah menggunakan sepenuhnya keupayaan dan kecekapan yang ada pada minda untuk membuat keputusan yang wajar berkenaan sesuatu idea, menilai logiknya sesuatu perkara, meneliti kebernasan dan membuat pertimbangan yang wajar berdasarkan bukti-bukti yang kukuh untuk menyokong lagi keputusan yang telah dibuat. Menurut Mohd Micheal Abdullah ; 1969 pemikiran kritis ialah membincangkan bagaimana untuk menimbangkan iaitu samada baik atau buruk terhadap sesuatu perkara dengan teliti dan menggunakan fakta samada benar atau salah dan susunan hujah samaada sah atau batal. Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kemahiran yang menggunakan kecekapan dan keupayaan minda untuk meneroka pelbagai kemungkinan, menjana dan menghasilkan idea yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. Menurut Samsu Yaacub ; 1993, pemikiran kreatif membincangkan bagaimana cara-cara atau teknik-teknik untuk memperluaskan dan memperkembangkan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti individu. Selain itu, kemahiran ini juga dapat menerokai dan mencari makna, pemahaman dan penyelesaian masalah secara inovatif. ~7~
  • 8. 1.3) AKTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN KRITIS DAN KREATIF Banyak cara yang dapat dipraktikkan untuk menggalakkan kemahiran berfikir dalam diri seseorang khususnya pelajar. Namun begitu, aktiviti untuk mengalakkan kemahiran berfikir untuk kemahiran berfikir kritis dan kreatif adalah berbeza. CONTOH-CONTOH CARA BERFIKIR SECARA KRITIS Membanding dan membeza. Mengelas ( dalam kategori ) Membuat kategori ( dalam kategori tapi dalam urutan ) Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. Menerangkan sebab. Membuat sekuen / urutan. Menentukan sumber yang dipercayai. Membuat ramalan. Mengusul periksa andaian. Membuat inferens. Menganalisis. CONTOH-CONTOH CARA BERFIKIR SECARA KREATIF Mencipta analogi. Menjana dan menghasilkan idea baru. Mencipta metafora.Aktiviti kemahiran berfikir yang pertama ialah membanding dan membeza. Membanding dan membeza ialah dua perbuatan yang berlainan. ~8~
  • 9. 1.3.1) KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS Membanding ialah aktiviti yang memerlukan kita untuk membanding perbezaan dan persamaan manakala aktiviti membeza pula kita hanya akan menyenaraikan perbezaan yang terdapat pada perkara yang berlainan. Salah satu aktiviti yang dapat dilakukan ialah membanding dan membezakan bentuk –bentuk geometri. Selepas selesai maklumat-maklumat itu diisi barulah pelajar akan lebih memahami dan mengenal pasti serta membezakan ciri-ciri yang ada pada dua bentuk tersebut. SEGI TIGA SAMA SISI CIRI-CIRI SEGI EMPAT SAMA Bilangan sisi bilangan bucu Bilangan paksi simetri Kemahiran yang turut menggunakan kemahiran berfikir secara kritis ialah membuat kategori atau klasifikasi. Maksud klasifikasi ialah mengelaskan sesuatu perkara mengikut kategori masing-masing. Sebagai contoh, pelajar diminta untuk mengenalpasti nilai tempat nombor yang digariskan. Nilai tempat yang paling asas ialah sa, puluh dan ratus. Contoh jadual pengelasan tersebut adalah seperti di bawah. Nombor Nilai tempat 529 36 ~9~
  • 10. Aktiviti kemahiran berfikir secara kritis yang lain pula ialah membuat urutan atau sekuen. Maksudnya ialah pelajar akan diminta untuk menyusun atur susunan sesuatu yang berada dalam keadaan tidak teratur. Kemudia, pelajar akan menyusun maklumat tersebut berdasarkan fahaman mereka yang diperoleh daripada pembacaan ataupun maklumat yang pelbagai sumber. Sebagai contoh, pelajar akan diminta untuk menyusun satu rangkaian nombor dalam keadaan susunan menaik. 6 2 8 4 10 Disusun dalam keadaan menaik? ~ 10 ~
  • 11. 1.3.2) KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF Aktiviti kemahiran berfikir secara kreatif yang pertama ialah mencipata analogi. Analogi ialah kenyataan yang dicipta daripada perbandingan antara satu perkara dengan perkara yang lain berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan untuk menyatakan maksud tertentu. Biasanyanya analogi menggunakan kata bandingan seperti, bagai, macam, umpama untuk membandingkan suatu perkara dengan perkara atau objek yang lain bagi menyatakan maksud tertentu. Antara tujuannya ialah untuk membantu seseorang untuk menambah dan mempercepatkan kefahaman tentang sesuatu perkara, membuat justifikasi terhadap rumusan yang dibuat berdasarkan persefahaman antara satu objek dengan yang lain, untuk menonjolkan cirri am yang terdapat pada objek, dan memungkinkan seseorang mencipta analogi sendiri. Berikut adalah contoh soalan. 1. Badannya kurus macam lidi 2. Benda itu bujur macam telur 3. Bangunan di Kuala Lumpur tumbuh macam cendawan 4. Kanak-kanak itu lapar seperti anak burung yang 5. kehilangan ibu. 6. Orang itu garang macam harimau. Aktiviti seterusnya yang boleh mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kreatif ialah mencipta dan menjana idea baru yang lebih baik dan lebih mantap daripada idea ~ 11 ~
  • 12. baru yang lebih baik dan lebih mantap daripada idea sebelumnya. Hal ini dapat menjadikan seseorang pelajar itu lebih menekankan penggunaan minda untuk berfikir. Sebagai contoh, guru akan melukiskan sebatang pokok kelapa. Kemudian, guru akan memberikan arahan kepada pelajarnya untuk mengeluarkan maklumat berkenaan kegunaan pokok kelapa tersebut sama ada dari segi batangnya, daun-daunnya atau bahagian-bahagian lain pada pokok kelapa tersebut. Hal ini dapat memperkembang minda pelajar untuk memikirkan sesuatu benda yang bersangkut paut dengan objek yang dilukiskan oleh guru. Daun ketupat Sabut kelapa titi Penyapu lidi ~ 12 ~
  • 13. Akhir sekali, aktiviti yang termasuk dalam kemahiran berfikir secara kreatif ialah mencipta metafora (perlambangan). Metafora ialah perbandingan yang sempurna tetapi kurang langsung dibandingkan dengan simile. Metafora merupakan kiasan di mana frasa diatur dengan hasrat untuk member makna satu perkara lain. Metafora tidak menggunakan istilah seperti, bagai, umpama, laksana, bak dan lain-lain lagi yang kebiasannya terdapat dalam simile. Sebagai contoh ialah : AYAT MAKSUD TERSIRAT Dia menolak sedikit daun pintu untuk Bentuk wajah seseorang yang bujur. menonjolkan wajah bujur sirihnya. Terlalu berat hempapan konkrit derita Kesusahan yang teramat sangat sehingga yang melanda keluargaku. hampir tidak tertanggung. ~ 13 ~
  • 14. KESIMPULAN Setelah selesai melakukan tugasan ini, saya berpendapat bahawa kemahiran berfikir ini sangat penting bagi setiap orang dan patut didedahkan kepada para pelajar khususnya supaya dapat membantu mereka untuk memahami sesuatu perkara itu dengan lebih mendalam. Kemahiran ini juga perlu ada pada seorang guru untuk memudahkan mereka menjalankan pelbagai aktiviti yang dapat merangsangkan minda pelajar untuk berfikir menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah. Subjek kemahiran berfikir ini juga boleh diajar di sekolah kerana dengan adanya subjek ini, pelajar akan diberikan pendedahan secara langsung berkenaan fungsi-fungsi otak iaitu HOKI (hemisfera otak kiri) dan HOKA (hemisfera otak kanan). Pelajar juga akan didedahkan dengan cara berfikir yang betul seterusnya menjadikan mereka berfikir dengan lebih cekap dan mengelakkan mereka bercelaru menyelesaikan masalah dengan berfikir secara rumit. Akhir sekali, dapatlah saya rumuskan bahawa, kemahiran berfikir ini melibatkan proses penggunaan minda yang terancang untuk meningat dan menggunakan hasil akal untuk menyelesaikan masalah dan seterusnya mendapatkan hasil seperti yang dikehendaki. Penggunaan minda juga diperlukan untuk menginterprestasi data supaya apa=apa yang difikirkan dapat diluahkan secara seiring. ~ 14 ~
  • 15. REFLEKSI Akhirnya, tugasan ini telah berjaya saya siapkan. Walaupun pada awalnya saya menyangka bahawa tugasan ini merupakan satu tugasan yang mudah namun, apabila saya sudah memulakan tugasan ini saya dapati berlaku sedikit kesukaran. Kesukaran utama yang saya hadapi ialah masalah kekurangan sumber bahan rujukan di perpustakaan dan juga di internet. Di perpustakaan, bahan rujukan untuk subjek kemahiran berfikir sangat terhad. Kebanyakan daripada buku tersebut sudah dipinjam oleh pelajar lain untuk membuat rujukan berkemungkinan bertujuan untuk melakukan tugasan yang sama. Namun begitu, saya usahakan juga untuk mencatat seberapa bayak nota yang diperoleh untuk dimuatkan dalam kerja kursus ini. Walaupun internet ada menyediakan beberapa rujukan yang boleh saya ambil sebagai panduan untuk membuat tugasan kerja kursus ini namun, masih tidak memadai. Bahan yang disediakan di internet tidak seperti yang saya mahukan. Untuk memastikan tugasan ini lengkap mengikut perkara-perkara yang pensyarah mahukan, saya terpaksa membaca bahan-bahan yang telah dicari berulang- ulang kali untuk memastikan tiada maklumat penting yang akan tertinggal. Tugasan ini juga sebenarnya memberikan saya banyak faedah. Banyak pengetahuan yang telah saya peroleh. Sebagai seorang manusia, selama ini saya menggunakan otak untuk berfikir. Perkara asas yang saya ketahui ialah otak manusia terbahagi kepada dua iaitu otak kiri dan otak kanan. Namun begitu, dengan adanya tugasan ini saya terpaksa mencari maklumat tambahan berkenanan kemahiran berfikir untuk melengkapkan kerja kursus saya. Semasa proses ini berlaku, secara tidak langsung saya dapat mengetahui bahawa fungsi bagi kedua-dua belah otak ini adalah ~ 15 ~
  • 16. berlainan di mana setiap bahagian terkandung aktiviti-aktiviti yang dapat diaplikasikan sebagai salah satu kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Saya juga mendapat maklumat tambahan untuk diri saya sendiri sebagai salah seorang bakal pendidik untuk mengaplikasikan kemahiran-kemahiran berfikir ini yang saya peroleh sebagai hasil kajian saya terhadap anak-anak murid nanti di sekolah. Saya akan berpeluang untuk merancang aktiviti-aktiviti yang menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas untuk membantu murid lebih memahami sesuatu perkara dengan lebih efisyen dan mendalam. Akhir sekali, sememangnya tidak dapat saya nafikan lagi bahawa kemahiran berfikir ini sangat penting bagi setiap orang. Saya tidak akan sesekali mempersia-siakan ilmu yang telah saya peroleh semasa melakukan tugasan ini dan akan senantiasa mempraktikkannya dari semasa ke semasa. ~ 16 ~
  • 17. BIBLIOGRAFI 1) Poh Swee Hiang, Kemahiran Berfikir Kurikulum Persediaan Program Sarjana Muda Pendidikan : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd 2) kemahiran berfikir, http://mahirkbkk.tripod.com/, diakses pada 16 Februari 2010. 3) kemahiran berfikir, http://www.scribd.com/doc/4025887/Kemahiran- Berfikir diakses pada 16 Februari 2010. 4) Kemahiran berfikir, www.kemahiranberfikir.com, diakses pada 17 Februari 2010. 5) Kemahiran berfikir, www.jeniskemahiranberfikir.com, diakses pada 17 Februari 2010. ~ 17 ~