SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
NAMA KAD PENGENALAN NO MATRIK / TELEFON
NURHAFIZAH BINTI AJLAN 801204-14-5448 D20102040807
019-7166070
1
QGJ 3033 – SUKAN SEPANJANG HAYATQGJ 3033 – SUKAN SEPANJANG HAYAT
TAJUK TUGASAN
KERTAS KONSEP
TAJUK TUGASAN
KERTAS KONSEP
GROUP
UPSI 06
PENSYARAH
EN.MEGAT NASURUDDIN BIN AHMAD
Isi Kandungan
Bil Perkara Halaman
1.0 Pengenalan
1.1Sejarah Perkembangan Awal Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi di
Malaysia
3-5
2.0 Konsep Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi di Malaysia 5-7
3.0 Definisi Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi 7-8
4.0 Kepentingan Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi dalam kurikulum di
Malaysia.
8-10
5.0 Kepentingan Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi dalam pembangunan
domain psikomotor, kognitif, dan afektif murid
10-12
6.0 Jenis-jenis Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi 13
7.0 Program Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi yang realistic dan mempu
dilaksanakan di sekolah
7.1 Perkhemahan
14-16
8.0 Kajian dan Tinjauan terhadap bagaimana Sukan Sepanjang Hayat dan
Rekreasi yang dilaksanakan di luar negara
16-18
9.0 Kesimpulan 19
Brosure Perkhemahan Realistik SK Sungai Lalang 20-21
Rujukan 22
1.0 Pengenalan
2
Kajian dilaksanakan bagi mengenal pasti tentang konsep aktiviti sukan sepanjang hayat dan
rekreasi secara terperinci sebagai satu aktiviti sukan yang dapat dilaksanakan di peringkat
sekolah. Tinjaun kajian yang dilaksakanakan adalah merangkumi beberapa aspek penting
khususnya dari perspektif sejarah awal perkembangan aktiviti sukan sepanjang hayat dan
rekreasi di Malaysia, konsep dan definisi sukan sepanjang hayat, kepentingan sukan dalam
mempengaruhi domain afektif, kognitif serta psikomotor murid serta pelaksanaan aktiviti sukan
sepanjang hayat dan rekreasi yang realistik di peringkat sekolah.
Secara amnya, sukan sepanjang hayat dan rekreasi menjadi salah satu komponen penting
dalam sukatan Pendidikan Jasmani. Dengan adanya sukan rekreasi para murid dapat membina
dan mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang sihat. Apabila sukan
rekreasi menjadi salah satu komponen dalam kurikulum mereka, maka para murid haruslah
mengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Apabila seseorang itu mula
melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti maka secara automatik ini akan menyebabkan
tubuh badan mereka sentiasa sihat dan mereka akan menjauhi diri daripada amalan gaya hidup
tidak sihat seperti merokok.
Selain itu, mereka juga dapat mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka dengan
berinteraksi dengan para guru dan rakan-rakan mereka di sekolah dengan lebih baik lagi.
Dengan ini murid dapat mengamalkan sikap perpaduan dan muhibah bersama rakan-rakan
mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya apabila mereka saling bekerjasama
dan bertoleransi dalam aktiviti rekreasi. Malahan, sukan sepanjang hayat dan rekreasi
memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN dalam melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan rohani (JERIS). Justeru itu, sukan sepanjang hayat dan
rekreasi sewajarnya diselaraskan dengan kurikulum di sekolah dalam memantapkan sistem
pendidikan yang cemerlang.
1.1 Sejarah perkembangan awal sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi di Malaysia.
Aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi sebenarnya telah bermula seawal tamadun
manusia. Aktiviti yang dahulunya diamalkan untuk tujuan peperangan (menunggang kuda,
memanah dan berlawan pedang), mengisi masa senggang (sepak takraw, memancing dan
berenang) dan kehidupan seharian (berkhemah, mendaki dan berenang) kini telah
3
diadaptasikan dalam dunia moden sebaga iaktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang
popular (Iskandar, Y., & Kaeh, A. R.:1978).
Di Malaysia, sukan sepanjang hayat dan rekreasi telah mula berkembang sekitar tahun 1922,
Sultan Idris Training College (SITC dan kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris,
UPSI) telah ditubuhkan dan kurikulum pendidikan jasmani dan kesihatan diperkenalkan. Sejak
itu, aktiviti pembelajaran sukan sepanjang hayat dan rekreasi terus berkembang mekar dalam
sistem persekolahan dan menjadi sebahagian elemen penting dalam kehidupan masyarakat
Malaysia. Selepas merdeka, aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi semakin meningkat
popular. Diskriminasi yang terlaksana sewaktu zaman penjajahan telah berjayadi hapuskan dan
semua rakyat Malaysia mempunyai hak yang sama untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukan
sepanjang hayat dan rekreasi. Pembangunan sukan sepanjang hayat dan rekreasi di Malaysia
telah diterajui oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang telah ditubuhkan seawal 1953
di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hasil penubuhan kementerian ini, Malaysia telah
menghantar kontinjen olimpiknya yang pertama di Olimpik Melbourne.
Senarionya, matlamat utama penubuhan kementerian ini ialah untuk menggalakkan budaya
hidup sihat sekaligus mengatasi masalah berkaitan kesihatan dan sosial dalam kalangan
masyarakat. Pada 15 Mei 1964, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah ditubuhkan
secara rasminya bagi menyebar luas dan membangunkan sukan di Malaysia. Menyedari
kepentingan sukan berprestasi tinggi dan kemampuan atlet Malaysia untuk bertanding di
peringkat antarabangsa, kerajaan Malaysia telah menubuhkan Majlis Sukan Negara pada tahun
1971.
Fokus utama Majlis Sukan Negara ialah untuk membangunkan sukan berprestasi tinggi agar
atlet Malaysia mampu bersaing dan meraih kejuaraan di peringkat dunia. Selain itu, Majlis
ini juga berfungsi penting dalam melobi penganjuran pelbagai sukan antarabangsa yang
berprestij di Malaysia. Antaranya ialah Sukan Komanwel 1998 yang telah dianjurkan di Kuala
Lumpur dan disertai oleh lebih 140 negara. Bagi menggalakkan pembangunan sukan di
peringkat akar umbi, pihak Kementerian Pelajaran telah menubuhkan beberapa sekolah sukan
di seluruh negara. Antara sekolah terawal ialah Sekolah Sukan Bukit Jalil yang ditubuhkan pada
tahun 1996. Matlamat utama penubuhan sekolah ini ialah untuk memberikan pendidikan sukan
yang sistematik kepada bakal atlet negara seterusnya membangunkan potensi atlet mereka
agar dapat menggegar di arena antarabangsa.Selain itu, penubuhan beberapa NGO sukan
4
seperti Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Persatuan Bola
Sepak Malaysia, Persekutuan Hoki Malaysia dan Majlis Rekreasi Luar Malaysia telah
memeriahkan lagi pembangunan sukan sepanjang hayat dan rekreasi di Malaysia. NGO ini
telah berusaha keras dan bekerjasama erat dengan KBS dan MSN bagi melahirkan atlet
ternama Malaysia. Antaranya ialah Datuk Lee Chong Wei, Pandalela Rinong, AzizulHasni,
Safee Salee dan Shalin Zulkifli. Selain itu, NGO ini menggalakkan pembangunan sukan
sepanjang hayat dan rekreasi melalui penganjuran pelbagai bengkel, kursus dan kejohanan
massa samada di peringkat kebangsaan mahu pun akar umbi.
2.0 Konsep Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi sering dikaitkan dengan aktiviti fizikal yang memerlukan
kemahiran pergerakan motor serta kecergasan fizikal, mental dan emosi yang baik. Dalam
konteks ini, sukan sepanjang hayat dan rekreasi juga dilihat sebagai satu institusi sosial yang
berpengaruh dan berperanan dalam membudayakan masyarakat yang sihat, cergas,
bersemangat kesukanan dan bersikap positif dalam sukan. Ironinya, membudayakan sukan
rekreasi perlu dibentuk dari peringkat kanak-kanak dengan ilmu pendidikan sukan. Ilmu
pendidikan sukan telah bermula dibangku sekolah melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dan kegiatan kokurikulum. Guru yang terlibat secara langsung dalam pendidikan sukan
bertanggungjawab memberikan didikan dan bimbingan tentang bidang sukan dengan
sempurna. Kesempurnaan mendidik dan membimbing merujuk kepada kemantapan ilmu
konten dan pedagogi guru dalam bidang sukan melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
Senarionya, Pendidikan Jasmani merupakan salah satu subjek yang tersenarai dalam jadual
waktu sekolah pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun menengah. Subjek ini penting kerana
pelajar-pelajar dapat meningkatkan tahap kecergasan mental dan fizikal mereka sekaligus
menjana pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Aspek
JERIS ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Negara kerana hasrat Negara mahu melahirkan
modal insan kelas pertama yang bukan sahaja bernas idea fikirannya tetapi juga aktif dalam
bidang kokurikulum dan pandai bergaul. Hal ini menunjukkan Pendidikan Jasmani merupakan
subjek yang penting .
Aspek jasmani penting bagi seorang pelajar kerana hakikatnya, seorang pelajar yang sihat
mampu menjadi pelajar yang aktif di dalam kelas lantaran dia mempunyai badan yang sihat. Di
dalam Pendidikan Jasmani, bukan aspek jasmani sahaja yang ditekankan kerana pelajar juga
belajar menguruskan stress, menajamkan fikiran, bergaul dengan rakan-rakan dan masyarakat
5
serta menerapkan elemen-elemen rohani mengikut kepercayaan masing-masing. Realitinya,
sukan rekreasi merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam Pendidikan Jasmani.
Menurut Mohd Salleh Aman (2004), sukan sepanjang hayat dan rekreasi boleh didefinisikan
sebagai aktiviti masa lapang yang membina (positif) sama ada bentuk riadah (aktif) atau santai
(pasif). Dalam konteks ini, rekreasi adalah aktiviti yang bertentangan dengan kerja. Ia biasanya
dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti rekreasi boleh disusun atur dalam bentuk pertandingan
atau persembahan atau dalam bentuk tanpa dirancang. Aktiviti sukan sepanjang hayat banyak
diaplikasikan di dalam kurikulum pendidikan Jasmani bersesuaian dengan aspirasi visi dan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dalam kurikulum di sekolah, aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi juga dititikberatkan
kepada murid. Oleh sebab itu setiap tahun, kebanyakan sekolah akan menganjurkan pelbagai
aktiviti rekreasi untuk pelajar-pelajar. Sukan rekreasi diselaraskan di sekolah bagi
merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan modal insan minda kelas
pertama yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Sekiranya para
pelajar atau murid sentasa mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi, ia dapat mengekalkan
keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial yang sihat. Sekiranya murid sentiasa
mengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan di sekolah, dengan itu murid akan dapat
mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak bermanfaat dan gejala sosial
bersama rakan sebaya. Signifikasinya, apabila seseorang murid sentiasa aktif dalam sukan
rekreasi, murid tersebut akan dapat mengawal emosinya dengan lebih baik. Ini kerana murid
dapat berfikir dengan tenang dan menyelesaikan masalah dengan baik. Maka dengan itu murid
tersebut tidak akan banyak menimbulkan masalah di sekolah.
Seterusnya, apabila seseorang individu mula untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan rekreasi
maka dia akan dapat mengawal emosi dia dengan baik. contohnya, apabila individu A berasa
marah atau hatinya tidak tenteram, pastinya setelah mengambil bahagian dalam sukan rekreasi
dia pasti dapat menenangkan fikirannya dan membuat keputusan yang baik untuk
menyelesaikan masalahnya. Akhir sekali, mereka juga dapat mengembangkan kemahiran
sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan guru ataupun rakan-rakan yang berbilang kaum
tanpa sebarang masalah. Ini secara tidak lansung dapat membina perpaduan, semangat
kekitaan dalam kalangan anak murid apabila mereka mengikuti sesuatu aktiviti dalam sukan
rekreasi. Tambahan pula, seseorang individu boleh mempelajari nilai-nilai murni secara tidak
langsungnya apabila mengambil bahagian dalam aktiviti sukan rekreasi yang dianjurkan di
6
sekolah sebagai salah satu syarat bagi memenuhi sukatan kurikulum di sekolah. Sukan dan
rekreasi adalah berasaskan aktiviti darat iaitu lasak dan alam; berasaskan aktiviti air;
berasaskan aktiviti dalaman; dan campuran kedua aktiviti. Konsep sukan rekreasi adalah
sosialisasi. Sosialisasi ini berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep sosialisasi ini
memberikan peluang kepada para pelajar untuk bergaul antara rakan-rakan. Ini akan
menyebabkan para pelajar mempunyai hubungan yang akrab antara mereka. Selain itu, ia juga
memberikan peluang kepada para pelajar untuk mewujukan interaksi antara masyarakat. Ini
akan menyebabkan mereka nemahami antara satu sama lain. Sosialisasi ini juga memberikan
peluang kepada para pelajar untuk mempelajari nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak-
ansur dan toleransi. Dengan ini seseorang pelajar dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang
telah dipelajari dalam kehidupan harian kita. Malahan, konsep sukan rekreasi ini juga
membentuk seseorang individu yang kaya dengan nilai-nilai murni. Konsep sukan rekreasi ini
mempunyai fungsi di mana dapat membantu dalam pembentukan personaliti, pembangunan
insan, pembangunan Negara, gaya hidup sihat, kepimpinan, kecerdasan,
sosialisasi,pendidikan sepanjang hayat dan dinamik kumpulan. Nyata, jelaslah bahawa sukan
sepanjang hayat dan rekreasi mendokong konsep yang jelas dan memberi manfaat kepada
orang ramai.
3.0 Definisi Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi
Menurut Ford (1981), sukan sepanjang hayat dan rekreasi merujuk kepada sukan rekreasi
merupakan program yang melibatkan penggunaan persekitaran yang semula jadi yang
bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga
merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan sikap Hammerman Etal (1985)
pula mengatakan bahawa sukan rekreasi itu merupakan landasan untuk mengenal pasti
pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian
(Guttmann, A. 1996).. Dalam konteks ini, rekreasi itu merupakan aktiviti yang dirancang pada
masa lapang untuk tujuan keseronokan, ketenangan minda, dan merehatkan badan. Sukan
sepanjang hayat juga dikenali sebagai sukan massa. Ianya tidak berfokuskan pertandingan
malahan dilaksanakan sebagai medium riadah dan sosialisasi. Matlamat utamanya ialah untuk
mengekalkan kecergasan, mengelakkan risiko penyakit sedentari dan medium mengisi masa
lapang. Antara aktiviti ciri-ciri utama sukan sepanjang hayat ialah ia dilaksanakan pada masa
senggang, intensiti aktivitinya agak ringan dan bergantung kepada keupayaan individu yang
melaksanakannya, kurang berfokuskan pertandingan, boleh dilaksanakan secara individu
mahupun berkumpulan Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan konsep sukan sepanjang
7
hayat mulaitahun 1983 melalui pelancaran program Malaysia Cergas. Melalui program ini,pihak
kerajaan telah menyalurkan sejumlah besar peruntukan kewangan kepada jabatan kerajaan
dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk melaksanakan pelbagai aktiviti sukan massa seperti
aktiviti kecergasan fizikal, sukan-sukan baru dan aktiviti rekreasi dan riadah. Secara umumnya
aktiviti sukan sepanjang hayat terbahagi kepada empat kategori iaitu:
4.0 Kepentingan Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi dalam kurikulum sekolah
Terdapat 5 komponen yang ditekankan dalam usaha melahirkan modal insan kelas pertama
dalam Falsafah Pendidikan Negara, iaitu, jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial. Pendidikan
jasmani penting kerana terdapat berbagai-bagai faedah dapat diperolehi dalam subjek ini
antaranya :
i. Pelajar cergas dan sihat
Pelajar yang terlibat aktif dalam sukan dapat menjadi lebih sihat berbanding rakan-rakannya
yang lain. Selain itu, mereka lebih matang memandangkan mereka dapat mengaitkan 3
komponen penting dalam pendidikan jasmani iaitu, aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Peluh
akibat bersukan pula dapat mengurangkan kandungan toksik-toksik dalam badan seseorang.
Sebagai contoh, pelajar yang selalu mengamalkan aktiviti ‘skipping’ atau ‘jump rope’ dapat
8
menyihatkan jantung. Dengan ini, pelajar tersebut dapat menjadi lebih sihat dan belajar dengan
lebih proaktif manakala pelajar yang tidak aktif akan sentiasa lesu dan tidak mampu menjadi
modal insan kelas pertama.
ii. Pelajar dapat menangani tekanan
Pembelajaran di sekolah boleh jadi satu perkara yang membebankan. Pelajar-pelajar akan
merasa stres dengan kerja rumah yang banyak dan kelas yang memenatkan. Jadi, ketika
subjek Pendidikan Jasmanilah para pelajar dapat menghilangkan stres dengan bermain di
padang mahupun ketika kokurikulum sukan. Perkara ini akan menyeimbangkan pelajar itu
dengan pembelajaran akademik dan sukan. Di samping itu, hormon serotonin akan dihasilkan
memandangkan Pendidikan Jasmani dan Sukan Rekreasi merupakan subjek yang
menyeronokkan. Dengan ini, pelajar yang mempunyai emosi yang ceria dapat mengatasi
masalah tekanan dan kemurungan dalam diri mereka serta mampu membuat keputusan yang
tepat dalam kehidupan seharian mereka.
iii. Meningkat kemahiran bersosial
Kemahiran bersosial merupakan kemahiran yang tidak dipelajari secara bertulis kerana
kemahiran ini memerlukan individu tersebut berinteraksi secara lansung dengan masyarakat
sekelilingnya. Pelajar yang mampu bersosial dengan baik , mempunyai self-esteem yang tinggi
kerana pelajar tersebut berani dan tidak gentar dengan orang lain. Melalui subjek Sukan
Rekreasi, pelajar perlu berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain kerana terdapat
banyak aktiviti yang memerlukan kerjasama. Setiap individu bertanggungjawab menjaga
kepentingan kawan-kawan mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
kemahiran bersosial mereka. Kini, terdapat ramai anak mudak yang mengamalkan sosial bebas
dan sosial liar. Perkara ini amat menyedihkan kerana mereka merosakkan diri sendiri. Maka
guru di sekolah wajib mengajarkan pelajar kaedah yang sesuai untuk bersosial dengan baik.
Sebagai contoh, pelajar yang menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah perlu membantu rakan-
rakan mereka yang cedera dan dalam kalangan ahli persatuan itu sendiri, mereka perlu
bekerjasama untuk menyelamatkan rakan mereka. Tanpa kemahiran komunikasi dan sosial yan
baik, ahli-ahli dalam persatuan itu tidak dapat bekerjasama dan mungkin mencetuskan
pergaduhan. Disebabkan itulah, kemahiran bersosial ini penting.
9
iv. Membina sahsiah dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar
Sukan Rekreasi mampu membina sahsiah diri pelajar cemerlang. Tidak dinafikan, Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan juga menerapkan nila-nilai murni dalam diri seorang pelajar.
Namun, Sukan Rekreasi juga mampu melakukan perkara yang sama untuk membangunkan
peribadi mulia seorang pelajar. Kelab-kelab permainan di sekolah acapkali menganjurkan
pertandingan seperti pertandingan bola sepak, bola jaring dan sebagainya. Sudah menjadi adat
permainan, ada menang dan ada kalah. Kumpulan yang kalah perlu belajar menerima
kekalahan dan belajar daripada kumpulan yang menang. Perkara ini mampu mematangkan
pelajar agar mereka tidak terlalu kecewa jika jatuh, namun mereka harus berdiri dan membaiki
kesilapan diri. Selain itu, nilai-nilai murni seperti semangat kekitaan dapat diperoleh. Sesuatu
kumpulan perlu bersatu-padu untuk menewaskan pihak lawan. Pelajar akan menjadi lebih
bertanggungjawab demi kumpulan mereka, bekerjasama dan tidak mementingkan diri. Hal ini
secara tidak lansung dapat memastikan pelajar tersebut memperoleh nilai-nilai murni.
Justeru itu, sukan rekreasi sememangnya memberi banyak faedah kepada para murid yang
mengikuti matapelajaran ini di sekolah mereka. Oleh itu, sukan rekreasi haruslah dijadi sebagai
matapelajaran wajib bukan sahaja di sekolah rendah tetapi juga di sekolah menengah dan juga
di Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).
5.0 Kepentingan sukan sepanjang hayat dan rekreasi dalam pembangunan domain
psikomotor, kognitif dan afektif murid
i. Aspek Kognitif
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi adalah penting dalam pembangunan kognitif yang
melibatkan beberapa aspek penting seperti pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir
serta menginterprestasi. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan rangsangan
pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan,
pengamatan dan pengukuhan. Hal ini demikian kerana sukan sepanjang hayat dan rekreasi ini
berperanan dalam membimbing kemahiran kognitif murid dalam menginterprestasikan
kemahiran mereka dalam pelaksanaan aktiviti.
Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar misalnya seperti perkhemahan, abseiling serta
flying fox sudah pastinya dapat menjadikan pendidikan luar dapat dilaksanakan dengan
berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar pelajar perlu mempelajari cara
10
melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman
dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada
pelaksanaan aktiviti pendidikan luar yang lebih cekap dan berkesan. Malahan, pengetahuan
tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik,
berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yang baik bukan saja memberi kekuatan
fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif. Dengan berfikir seperti penyelesaian
masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya diserapkan dalam aktiviti pendidikan
luar (Salehudin, J. 2009)..
ii. Aspek Afektif
Matlamat utama yang diingini oleh semua program pendidikan luar khususnya sukan sepanjang
hayat dan rekreasi pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran
bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi, dan nilai dan
pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi
dengan orang lain. Dalam konteks ini, sukan sepanjang hayat memberi sumbangan terhadap
perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika
menjalankan setiap aktiviti sukan sepanjang hayat.
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang
lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kebersihan, penggunaan masa lapang yang
berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin
serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti fizikal. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
emosi adalah suatu elemen yang penting dalam perkembangan kanak-kanak melalui
penglibatan di dalam pesertanya. Contohnya dengan aktiviti sukan sepanjang hayat dan
rekreasi peserta akan membentuk persefahaman peranan secara luaran dan dalaman diri.
Dalam pada itu, sukan sepanjang hayat dan rekreasi adalah suatu medium yang dapat
membantu dalam pembangunan sosial. Ironinya, pendidikan Jasmani akan menolong individu
menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna
dan teratur akan menjadi pendidikan luar sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat
sosial.
iii. Aspek Kemahiran Psikomotor
Aspek Psikomotor dalam melaksanakan sukan sepanjang hayat dan rekreasi memberi tumpuan
kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Psikomotor ini juga melibatkan
11
beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot,
ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Ini bermakna kesesuaian aspek ini perlu difokus
selepas pelajar melepasi tahap minimum aspek fizikal dan psikomotor.
Bucher (1979) mengatakan bahawa pelajaran sukan sepanjang hayat dan rekreasi dalam
Pendidikan Jasmani berkemampuan untuk memberi sesuatu hasil yang berkesan kepada
pelajar melalui proses pembelajaran yang telah digariskan dalam suatu kurikulum bagi
memenuhi keperluan pelajar. Menurut Weston (1979) yang berpandangan bahawa kurikulum
yang dihasilkan adalah program yang dirancang untuk kepentingan pelajar yang telah
mengambil kira semua faktor utama seperti sekolah dan keperluan pelajar sebagai matlamat.
Menurut Raddick (1982) Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada pendidikan
seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan. Ianya menekankan
tentang pembentukkan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan,
kecergasan dan rekreasi dengan cara yang unik sehingga cara hidup dan kualiti seseorang
ditingkatkan. Ianya lebih menekan pendidikan melalui Pendidikan Jasmani.
Pukal KBSM (1992) mendefinisikan pelajaran sukan sepanjang hayat dan rekreasi dalam
kurikulum Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih
sihat, cergas dan produktif. Ketiga-tiga unsur ini dapat dilakukan melalui pemupukan dan
penerapan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan
seharian. Realitinya Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran yang menekankan kepada
proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah
pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi (Teng Boon Tong 2001). Oleh yang demikian
Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang memberi penekanan
terhadap proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah
pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi. Ianya juga bertujuan untuk menjadikan pelajar
lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan
kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.
12
6.0 Jenis-jenis Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi
Terdapat dua jenis rekreasi iaitu rekreasi aktif dan rekreasi pasif.
Rekreasi Aktif
Rekreasi aktif merupakan satu senaman. Oleh itu, kebaikan dan sumbangannya terhadap gaya
hidup sihat adalah amat besar. Rekreasi aktif memerlukan pergerakan yang cergas untuk
memastikan tahap daya kardiovaskular mencapai tahap ideal. Dengan melakukan senama,
aktiviti sukan dan perkara-perkara yang mengeluarkan peluh, seseorang itu akan berasa lebih
segar dan mampu menjadi cergas dalam urusan kerja mereka juga. Hal ini menjadi kepada
modal insan kelas pertama kepada Negara.
Rekreasi pasif
Seringkali rekreasi pasif menjadi pilihan orang ramai memandangkan aktiviti rekreasi pasif
merupakan aktiviti yang santai dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Walaupun rekreasi
ini hanya menghilang tekanan mahupun rasa bosan, namun rekreasi ini tetap relevan juga
kerana tidak dapat dipertikaikan bahawa, kita juga memerlukan waktu santai untuk ‘window
shopping’ , membaca buku sambil mendengar muzik , untuk menenangkan diri di tempat kerja
mahupun di rumah.
Perbezaan Aktiviti Aktif dan Pasif
13
7.0 Program sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang realistik dan mampu dilaksanakan
di sekolah .
7.1 Perkhemahan
Perkhemahan merupakan aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi darat yang amat digemari
ramai. Secara umumnya aktiviti perkhemahan melibatkan pelajar berkhemah dan bermalam di
luar bilik darjah terutamanya di alam semula jadi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
perkhemahan merupakan aktiviti wajib yang diadakan di peringkat sekolah. Namun demikian,
dalam merealisasikan perkhemahan yang realistik selaras dengan matlamat utama sukan
sepanjang hayat dan rekreasi, pelaksana program seharusnya lebih mempunyai idea yang
cukup menarik agar perkhemahan menjadi salah satu sukan rekreasi yang paling realistik.
Antara matlamat utama aktiviti perkhemahan dilaksanakan dalam kalangan pelajar sekolah
ialah untuk:
Perkhemahan di sekolah kerap diamalkan oleh badan beruniform seperti Pengakap, Bulan
Sabit Merah dan Tunas Puteri. Kebanyakan badan ini melaksanakan program perkhemahan
secara tradisional dengan penggunaan teknologi yang amat minima. Selalunya, peserta akan
bermalam di dalam khemah, memasak makanan sendiri, dilatih membina gajet dan merancang
kraf perkhemahan dan melaksanakan pelbagai aktiviti mencabar seperti kawad kaki,
orienteering, rentas halangan, berbasikal dan lain-lain lagi. Ternyata, terdapat pelbagai aktiviti
14
yang menarik dapat dilaksanakan dalam aktiviti perkhemahan seperti jungle tracking, fox
abseiling serta pelbagai aktiviti yang mencabar.
Rasional pelaksanaan pendidikan konservasi aktiviti perkhemahan di peringkat sekolah
a. Sukan sepanjang hayatdan rekreasi merupakan sukan yang dilaksanakan sebagai
aktiviti yangterancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan
pertandingan tetapi untuk memperoleh ketenangan minda dan merehatkan badan serta
mempelajari pengetahuan tentang sesuatu perkara. Maka kepentingan pendidikan
konservasi dalam sukan sepanjang hayat dan rekreasi boleh didefinisikan sebagai satu
usaha ataupun cara untuk mendidik seseorang individu dalam sesuatu perkara apabila
mereka mengikuti aktiviti rekreasi ini.
b. Murid melalui sukan sepanjang hayat dan rekreasi dapat dipupuk amalan memelihara
dan memulihara alam sekitar daripada ancaman pencemaran. Pendidikan koservasi ini
juga turut mendidik anak-anak murid untuk tidak mencemarkan alam sekitar kita dan
ramah dengan alam sekitar dengan tidak membuang sampah serta mencemarkan
sungai. Mereka juga akan mula untuk mencintai flora dan fauna serta sungai yang
berada di kawasan aktiviti sukan rekreasi. Ini akan membantu untuk memelihara alam
sekitar kita yang kian hari semakin mengalami ancaman yang serius. Selain itu,
pendidikan konservasi dalam sukan sepanjang hayat rekrasi juga menjadi alat utama
untuk menanamkan semangat untuk menjaga alam sekitar dan sekaligus menukar sikap
mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar kepada sebaliknya.
Pendidikan konservasi dalam sukan sepanjang hayat dan rekreasi sememangnya
sesuatu yang harus ditekankan dan diteruskan supaya kita dapat mengubah sikap
generasi yang akan datang supaya mereka juga turut memainkan peranan dalam
menjaga alam sekitar kita. Dengan berbuat demikian dapatlah kita mengurangkan
masalah pencemaran alam sekitar dan mula untuk menanam semula pokok-pokok baru
supaya kawasan sekeliling kita dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau.
c. Aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi turut dilingkari beberapa jenis aktiviti lasak
yang menguji ketahanan fizikal dan mental seseorang yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti
ini dapat memupuk keyakinandiri dalam diri seseorang yang mengikutinya. Berikut
adalah contoh beberapa jenis aktiviti yang dapat dijalankan semasa aktiviti rekreasi.
i. Aktiviti jungle trekking adalah satu aktiviti lasak yang lazimnya dijalankan dalam
program rekreasi. Namun begitu, semasa menjalankan aktiviti ini, akitiviti
keselamatan hendaklah sentiasa diutamakan tidak kira kepada peserta, guru
15
pengiring, fasilatator mahupun jurulatih itu sendiri. Pengurusan risiko terhadap aktiviti
ini boleh diuruskan dengan menggunakan satu kaedah yang dinamakan HIRARC.
HIRARC adalah singkatan kepada Hazard Identification, Risk Assessment & Risk
Control. HIRARC merupakan satu kaedah di mana setiap hazard dikenal pasti pada
sekitar kawasan jungle trekking, laluan denai, peralatan, manusia dan lain-lain.
Setiap hazard yang dikenal pasti akan dinilai sejauh mana risiko ke atas
keselamatan para peserta dan setiap risiko akan dikawal mengikut hieraki kawalan.
ii. Orienteering merupakan salah satu cabang pengetahuan yang berkenaan dengan
teknik-teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan
kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang
memerlukan imbangan di antara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta
perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang
laindengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah
ditandakan di atas peta dan ditentukan di permukaan bumi mengikut susunan
tertentu. Realitinya, aktiviti ini ternyata mencabar serta dapat mempengaruhi
perkembangan kemahiran kognitif dalam kalangan murid sekolah. Kemahiran
membaca peta serta menggunakan kompas adalah sesuatu kemahiran yang sukar
dikuasai, namun dengan bimbingan dan kebolehan guru-guru pakar dalam bidang
tersebut, sudah pastinya dapat menarik minat murid untuk menguasai kemahiran
tersebut.
8.0 Kajian dan tinjauan terhadap bagaimana sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang
dilaksanakan di sekolah luar negara.
a. Sukan bola tampar di Amerika Syarikat
Pada tahun 1930an Sukan-sukan sepanjang hayat dan rekreasi program-program menjadi
sebahagian sukan yang penting daripada kehidupan Orang Amerika. Kejohanan Dunia bola
tampar telah diadakan di Prague, Czechoslovakia. Pada tahun 1960an teknik-teknik baru dalam
permainan ditambah bagi meningkatkan taraf permainan bola tampar, pancang lembut (dink),
bersedia melalui (bengkak), pemblokan seberang jaring, dan defensif menyelam dan berguling.
Persekutuan antarabangsa, Fédération Internationale de Bola Tampar (FIVB), telah ditubuhkan
pada tahun 1947, dan Kejohanan-kejohanan mula diadakan pada tahun 1949 bagi lelaki dan
1952 untuk perempuan. Bola tampar telah dimasukan di antara acara permainan Sukan Olimpik
16
dalam 1964. Bola tampar pantai menjadi satu variasi FIVB-endorsed dalam 1986 dan telah
dimasukan bagi acara sukan Olimpik pada tahun 1996 Musim Panas Sukan Olimpik
Bola tampar telah disampaikan di Padang konvensyen Amerika sebagai satu daripada sukan
paling popular pada masa itu. NCAA telah dipersilakan oleh YMCA untuk membantu dalam
suntingan kaedah-kaedah dan dalam mempromosikan sukan. Bola tampar telah ditambah ke
sekolah dan kolej pendidikan jasmani dan program-program dalaman.Permainan bola tampar
dikira dengan mengunakan sistem 21 mata, kemudian ditukar menjadi 15 mata. YMCA yang
pertama kalinya telah menganjur kejohanan bola tampar kebangsaan yang telah diadakan di
Brooklyn, NY. Sebanyak 27 pasukan daripada 11 negeri-negeri telah menyertainya
Kanada pada tahun 1900 merupakan negeri di luar Amerika Syarikat yang pertama menerima
sukan bola tampar . Sukan bola tampar sekarang sangat popular di Brazil, seluruh Eropah (di
mana terutama Itali, Belanda dan Serbia adalah kuasa-kuasa besar sejak lewat Lapan
Puluhan), Rusia, negara-negara lain termasuk China dan yang lain Asia, serta Amerika
Syarikat. FIVB memberi anggaran bahawa 1 dalam 6 orang di dunia menyertai pertandingan
atau menjadi penonton bola tampar tertutup, bola tampar pantai, atau kawasan belakang rumah
(rekreasi) bola tampar. Ternyata sukan bola tampar merupakan sukan sepanjang hayat dan
rekreasi yang paling popular di sekolah-sekolah luar negara dan kini dikomersialkan sebagai
satu siri pertandingan yang penting dalam sukan dunia.
b. Gimnastik berirama atau gimrama
Gimnastik berirama atau gimrama merupakan satu sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang
sangat istimewa dan menarik. Sukan tersebut memerlukan kemahiran, kelembutan dan
koordinasi tubuh badan yang baik disamping daya mencipta. Gimrama adalah satu disiplin
sukan gimnastik yang telah diiktiraf oleh Persukutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Ia
merupakan pergerakan yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan muzik. Gimrama
sebenarnya bermula di Eropah sejak seabad yang lalu. Pada masa itu, ia dianggap sebagai
pergerakan gimnastik artistik dan tidak mempunyai undang-undang. Pengasasnya ialah
Jacques Dalcroze seorang pensyarah berbangsa Swiss. Beliau telah membuka dua buah
maktab perguruan di Switzerland dan memperkenalkan latihan gimrama kepada penuntutnya.
Kemudian Rudolph Bode (1881-1970) dan Heinrich medau (1890-1974), kedua-duanya dari
Jerman telah memperkenalkan gimrama yang menggunakan bola, gelung dan belantan di
17
sekolah mereka sendiri. Gimnastik berirama moden hanya diiktiraf sebagai sukan hanya pada
tahun 1962 oleh Persekutuan Gimnastik antarabangsa. Kejohanan Sedunia buat pertama kali
telah berlangsung di Budapest, Hungury tahun 1963. Sejak itu, pertandingan yang sedemikian
diadakan dua tahun sekali. Selain itu, Kejohanan Eropah dan Kejohanan Empat Benua telah
dimulakan pada tahun 1978. Gimrama juga telah menerima pengitirafan yang tertinggi apabila
telah dipertandingkan buat pertama kalinya dalam Sukan olimpik di Los Angeles, USA (1984),
dan Seoul, Korea (1988).
Pada amnya, perkembangan gimrama di Malaysia bermula di sekolah. Latihan gimrama tidak
ditawarkan di mana-mana tempat pada mulanya. Di sekolah, gimrama telah dimulakan sebagai
aktiviti kokurikulum. Sukan gimrama telah diperkenalkan secara serius di Malaysia pada tahun
1982 dimana satu Kursus Kejurulatihan Peringkat Asas telah diadakan di Kuala Lumpur
dibawah pimpinan Puan Emmy Bellwood iaitu seorang jurulatih dari New Zealand. Pada tahun
1983, Jawatankuasa Teknik Gimrama yang pertama telah ditubuhkan di bawah Persekutuan
Gimnastik Malaysia. Seterusnya pada tahun 1984, satu lagi kursus kejurulatihan bagi guru-guru
dari sekolah dan maktab telah dijalankan oleh beberapa orang instruktor tempatan. Pada tahun
1985,
Persekutuan Gimnastik Malaysia telah mengimport seorang jurulatih dari Australia untuk
mengadakan program intensif selama setahun. Seramai 300 orang jurulatih dapat dihasilkan.
Pada tahun yang tersebut juga, satu lagi Kursus Kejurulatihan Serantau Peringkat Lanjutan
telah diadakan dengan menjemput pakar yang sama. Kejohanan gimrama peringkat
kebangsaan yang pertama telah diadakan pada tahun 1985. Sebanyak 30 pasukan dari seluruh
negara telah mengambil bahagian. Pada tahun 1986, satu skim pembangunan untuk gimnas
yang berasaskan penganugerahan lencana dan sijil kecemerlangan bagi gimnas yang berjaya
telah dilancarkan. Seterusnya pada tahun 1989, gimrama telah diperkenalkan di Sukan SEA
Kuala Lumpur, dan Malaysia telah memungut lima pingat emas melalui Faiznur Miskin. Selain
itu, gimnas peringkat nasional telah diberi peluang bertanding dalam Kejohanan Empat Benua
untuk memperoleh pendedahan. Malaysia juga telah mengambil bahagian dalam Kejohanan
Sedunia di Alicante, Sepanyol.
18
9.0 Kesimpulan
Ironinya, aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi dapat mengembangkan tingkah laku positif
serta hubungan sosial seseorang. Aktiviti rekreasi juga membantu meluaskan
pengetahuanseseorang peserta tentang alam sekitar atau ruang lingkup kegiatan tersebut.
Rekreasidapat disimpulkan sebagai suatu kegiatan yang dilakukan sebagai pengisi waktu
luanguntuk sesuatu tujuan, iaitu antaranya untuk kesenangan, kepuasan, penyegaran sikap dan
mental yang dapat memulihkan kekuatan baik fizikal mahupun mental. Banyak nilai yang dapat
diperoleh melalui aktiviti rekreasi dengan menggunakan dasar persekutuan. Ketegangan dapat
dilepaskan dan kesihatan juga dapat dipertingkatkan. Selain itu, seseorang yang menyertai
aktiviti rekreasi akan diselitkan dengan nilai keyakinan diri, bekerjasama, tolong-menolong, dan
disiplin diri. Aktiviti rekreasi dapat membentuk personaliti seseorang. Misalnya, membentuk
personaliti diri yang berkualiti seperti berdikari, berani dan yakin. Selain itu, aktiviti sebegini juga
menyelitkan nilai kepimpinan dalam diri seseorang individu. Malahan, aktiviti rekreasi bersama
kumpulan dapat melatih rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap keselamatan orang lain.
Lantaran itu, penglibatan dalam rekreasi juga dapat memupuk sikap sosialisasi. Tamsilnya,
seseorang peserta dapat melibatkan diri dengan aktiviti kumpulan yang dianjurkan oleh
sesebuah pihak dan memberi peluang kepadaseseorang untuk mengenali orang lain yang turut
serta dalam aktiviti berkenaan. Aktiviti umpama ini dapat memberi pengalaman yang baru dan
pelbagai kepada peserta. Disingkap dari aspek kelemahan, penglibatan dalam aktiviti rekreasi
boleh mengundang kecelakaan. Contohnya, seseorang itu boleh menghadapi kecederaan
semasa melakukan aktiviti lasak. Selain itu, seseorang boleh juga bersemuka dengan masalah
seperti sesat dalam hutan, gunung atau taman negara. Secara rumusnya, pelbagai aspek perlu
diambil kira semasa melakukan sesuatu aktiviti rekreasi. Kebaikan dan kelemahan sesuatu
aktiviti perlu diberi perhatian sebelum dijalankan. Rentetan itu, aktiviti-aktiviti lasak perlu
dilakukan dengan pemerhatian jurulatih atau dengan panduan yang diberikan oleh jurulatih.
Peserta aktiviti sukan dan rekreasi perlu selalunya berhati-hati semasa rekreasi.
19
20
SK HAJI MAT DAHAN
PERKHEMAHAN
REALISTIK
TEMA:
MENGEKALKAN GAYA HIDUP
SIHAT DAN BERANI
BERHADAPAN ALAM SEKITAR
TARIKH : 10 DAN 11 MEI 2013
HARI : JUMAAT DAN SABTU
TEMPAT : PADANG SK HAJI MAT
DAHAN PENDANG
.
AJK KERJA
GAJET
Guru-guru Pengakap dan Pergerakan Puteri
Islam
KAIN RENTANG
Puan Marziana Kassim
PENDAFTARAN & YURAN
Puan Nurhafizah Ajlan
KESELAMATAN / KAWALAN MURID
Encik Dahlan Zainuddin
PENGERUSI PERALATAN
EncikZainuri Yoap
KEMBARA MAKLUMAT/JUNGLE TREKKING
En. Ahmad Kamil b. IsmaiL
HADIAH DAN CENDERAMATA
Puan Arlina binti Ariffin
SIARAYA DAN JURUFOTO
Encik Ahmad Kamil bin Ismail
BUKU PROGRAM
Puan Nurhafizah Ajlan
ORIEENTING
Puan Norpishah bt. Abdul Manap
FLYING FOX
Puan Syarifah Norniza binti Syed Othman
KETUA MASAKAN DAN QUARTER MASTER
Puan Norazlina binti Abdul Aziz
En. Mohd Nazri bin Baharuddin
PENGERUSI PENGINAPAN
Puan Arlina binti Ariffin
JEMPUTAN PERASMI
PK Kokurikulum & Setiausaha Kokurikulum
SETINGGI –TINGGI
PENGHARGAAN DAN
TERIMA KASIH
KEPADA :
ο PPD PENDANG
ο GURU BESAR SK HAJI MAT DAHAN
ο GURU-GURU DAN KAKITANGAN
ο PIBG
ο JKKR
ο IBU BAPA
BROSURE PERKHEMAHAN REALISTIK SK HAJI MAT DAHAN PENDANG
21
• Mencungkil dan menggilap bakat murid-
murid dalam aktiviti perkhemahan yang
mencabar dan realistik
• Meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran murid-murid tentang
ikhtiar hidup.
• Memupuk budaya kerjasama yang
mesra dan erat dalam kalangan warga
sekolah.
• Melatih murid-murid berdisiplin dan
mematuhi peraturan perkhemahan.
• Memberi kesedaran dan keinsafan dalam
kalangan murid tentang ciptaan Tuhan.
• Memberi keseronokan dan pendedahan
kepada murid tentang daya kreatif
sewaktu berkhemah.
• Menguji ketahanan murid dari aspek
pembangunan afektif, kognitif dan
psikomotor murid.
Objektif Atur cara program
10 Mei 2013
8.00 pagi : Pendaftaran murid
: Taklimat dan pembahagian kumpulan
10.00 pagi : Murid mendirikan khemah dan membina
gajet.
12.00 tengah hari: Setiap kumpulan dikehendaki
menyediakan makanan tengah hari
1.00 petang : Persiapan menunaikan solat Jumaat
2.30 petang : Murid diberi tugasan untuk menyiapkan
gajet. Murid dinilai dari aspek kemahiran
dan kerjasama.
4.30 petang : Solat Asar
5.00 petang : Aktiviti Flying Fox
7.00 petang : Makam Malam dan Solat Maghrib.
8.30 malam : Taklimat tentang Ikhtiar Hidup di Hutan.
10.00 malam: Tidur
11 Mei 2013
6.00 pagi : Solat Subuh dan Siapsiaga diri
7.00 pagi : Sarapan
7.30 pagi : Senam Seni (Warming Up)
8.30 pagi : Jungle Trekking dan Ikhtiar Hidup
Beberapa aspek dinilai:
1. Kemahiran Berpasukan
2. Daya Ketahanan Murid
Borang pemarkahan aktiviti
perkhemahan
Aktiviti Aspek dinilai Markah
Pertandingan
Memasak di
dalam hutan
Cita rasa 20
Penyediaan
bahan
10
Susun atur
sajian
5
Penglibatan
Murid
10
Masa 15
Ikhtiar Hidup Kerjasama
Berpasukan
10
Kemahiran
Orieentering
25
Ketahanan
murid dalam
menghadapi
cabaran
10
Jungle
trekking
5
Gajet Aplikasi
ikatan
10
Kekemasan 10
Keunikan 20
kerjasama 5
Masa 5
Rujukan :
Guttmann, A. (1996). Games and empires: Modern sports and cultural imperialism.
Canada: Columbia Univ Press
Iskandar, Y., & Kaeh, A. R. (1978). Sejarah Melayu (Edisi Shellabear): Satu perbicaraan
kritis dari pelbagai bidang. Kuala Lumpur: Hanemann Educational Books ( Asia ) Ltd.
Nordin, A.B., Abdul Hamid, M.N., Abdul Kadir, R. (2000). Meniti zaman : SITC,MPSI, IPSI,
UPSI. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Salehudin, J. (2009). Kecergasan fizikal dalam sukan (Eds).Selangor: Karisma Publications.
Rujukan Laman Web
Retrived at : 2April 2013. http://www.scribd.com/doc/129303274/Modul-Sukan-Sepanjang-Hayat-Rekreasi
22

More Related Content

What's hot

What's hot (20)

2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
 
Psikososial
PsikososialPsikososial
Psikososial
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosial
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
PENDIDIKAN KESELAMATAN
PENDIDIKAN KESELAMATANPENDIDIKAN KESELAMATAN
PENDIDIKAN KESELAMATAN
 
Konsep 5p
Konsep 5pKonsep 5p
Konsep 5p
 
Komunikasi bertulis
Komunikasi bertulisKomunikasi bertulis
Komunikasi bertulis
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan
 
Bab 2 Pengurusan Sukan
Bab 2   Pengurusan SukanBab 2   Pengurusan Sukan
Bab 2 Pengurusan Sukan
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
 
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfEDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
 
Pengurusan kewangan
Pengurusan kewanganPengurusan kewangan
Pengurusan kewangan
 
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
 
Pengenalan olahraga
Pengenalan olahragaPengenalan olahraga
Pengenalan olahraga
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
 
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
 

Viewers also liked

Ko kurikulum dan rekreasi
Ko kurikulum dan rekreasiKo kurikulum dan rekreasi
Ko kurikulum dan rekreasiZarina Arz
 
Faedah Rekreasi
Faedah RekreasiFaedah Rekreasi
Faedah Rekreasirusmaizan
 
Rekreasi & perkhemahan murid berkeperluan khas
Rekreasi & perkhemahan murid berkeperluan khasRekreasi & perkhemahan murid berkeperluan khas
Rekreasi & perkhemahan murid berkeperluan khasmohd zulhelmy bin jaya
 
sains sukan
sains sukansains sukan
sains sukanZul Apen
 
Faedah bersukan
Faedah bersukanFaedah bersukan
Faedah bersukanJoe TsEn
 
69215194 5-1-konsep-definisi-dan-kepentingan-rekreasi-dan-kesenggangan
69215194 5-1-konsep-definisi-dan-kepentingan-rekreasi-dan-kesenggangan69215194 5-1-konsep-definisi-dan-kepentingan-rekreasi-dan-kesenggangan
69215194 5-1-konsep-definisi-dan-kepentingan-rekreasi-dan-kesengganganrizal hamdan
 
kepentingan bersukan
kepentingan bersukankepentingan bersukan
kepentingan bersukanNurul Aini
 
3.1 kerjaya dalam sukan
3.1 kerjaya dalam sukan3.1 kerjaya dalam sukan
3.1 kerjaya dalam sukanPei Yiing
 
Kebaikan sukan
Kebaikan sukanKebaikan sukan
Kebaikan sukanfardzli71
 
Kertas kerja perkhemahan tahun 2012
Kertas kerja perkhemahan tahun 2012Kertas kerja perkhemahan tahun 2012
Kertas kerja perkhemahan tahun 2012Raz Man
 
Kertaskerjaperkhemahan
KertaskerjaperkhemahanKertaskerjaperkhemahan
KertaskerjaperkhemahanShaifull Niell
 
Refleksi Program Riadah dan Rekreasi
Refleksi Program Riadah dan RekreasiRefleksi Program Riadah dan Rekreasi
Refleksi Program Riadah dan RekreasiAhmad Fahmi
 
DSP PJK TONG.3 2013
DSP PJK TONG.3 2013DSP PJK TONG.3 2013
DSP PJK TONG.3 2013Crafty House
 
Aturcara camping uniform 2015
Aturcara camping uniform 2015Aturcara camping uniform 2015
Aturcara camping uniform 2015Fairuz Sahid
 
2012 08-01 prosedur mohon kantin sekolah
2012 08-01 prosedur mohon kantin sekolah2012 08-01 prosedur mohon kantin sekolah
2012 08-01 prosedur mohon kantin sekolahridhauddin hasbullah
 
Pj suaian FSAA
Pj suaian FSAAPj suaian FSAA
Pj suaian FSAAFSAA Aziz
 

Viewers also liked (20)

Sukan & Rekreasi
Sukan & RekreasiSukan & Rekreasi
Sukan & Rekreasi
 
Ko kurikulum dan rekreasi
Ko kurikulum dan rekreasiKo kurikulum dan rekreasi
Ko kurikulum dan rekreasi
 
Faedah Rekreasi
Faedah RekreasiFaedah Rekreasi
Faedah Rekreasi
 
Rekreasi & perkhemahan murid berkeperluan khas
Rekreasi & perkhemahan murid berkeperluan khasRekreasi & perkhemahan murid berkeperluan khas
Rekreasi & perkhemahan murid berkeperluan khas
 
sains sukan
sains sukansains sukan
sains sukan
 
Rekreasi
RekreasiRekreasi
Rekreasi
 
Faedah bersukan
Faedah bersukanFaedah bersukan
Faedah bersukan
 
69215194 5-1-konsep-definisi-dan-kepentingan-rekreasi-dan-kesenggangan
69215194 5-1-konsep-definisi-dan-kepentingan-rekreasi-dan-kesenggangan69215194 5-1-konsep-definisi-dan-kepentingan-rekreasi-dan-kesenggangan
69215194 5-1-konsep-definisi-dan-kepentingan-rekreasi-dan-kesenggangan
 
kepentingan bersukan
kepentingan bersukankepentingan bersukan
kepentingan bersukan
 
3.1 kerjaya dalam sukan
3.1 kerjaya dalam sukan3.1 kerjaya dalam sukan
3.1 kerjaya dalam sukan
 
Kebaikan sukan
Kebaikan sukanKebaikan sukan
Kebaikan sukan
 
Kertas kerja perkhemahan tahun 2012
Kertas kerja perkhemahan tahun 2012Kertas kerja perkhemahan tahun 2012
Kertas kerja perkhemahan tahun 2012
 
Kertaskerjaperkhemahan
KertaskerjaperkhemahanKertaskerjaperkhemahan
Kertaskerjaperkhemahan
 
36061518 jurulatih
36061518 jurulatih36061518 jurulatih
36061518 jurulatih
 
Refleksi Program Riadah dan Rekreasi
Refleksi Program Riadah dan RekreasiRefleksi Program Riadah dan Rekreasi
Refleksi Program Riadah dan Rekreasi
 
DSP PJK TONG.3 2013
DSP PJK TONG.3 2013DSP PJK TONG.3 2013
DSP PJK TONG.3 2013
 
Aturcara camping uniform 2015
Aturcara camping uniform 2015Aturcara camping uniform 2015
Aturcara camping uniform 2015
 
2012 08-01 prosedur mohon kantin sekolah
2012 08-01 prosedur mohon kantin sekolah2012 08-01 prosedur mohon kantin sekolah
2012 08-01 prosedur mohon kantin sekolah
 
Pj suaian FSAA
Pj suaian FSAAPj suaian FSAA
Pj suaian FSAA
 
Asas Akuatik dan Rekreasi
Asas Akuatik dan RekreasiAsas Akuatik dan Rekreasi
Asas Akuatik dan Rekreasi
 

Similar to Konsep sukan rekreasi

6103420043_Yahya Nur Permana_Sport Of History.pptx
6103420043_Yahya Nur Permana_Sport Of History.pptx6103420043_Yahya Nur Permana_Sport Of History.pptx
6103420043_Yahya Nur Permana_Sport Of History.pptxyahyapermana1
 
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murniSukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murnimurni mohamat
 
Modul Latihan Sukan Olahraga
Modul Latihan Sukan OlahragaModul Latihan Sukan Olahraga
Modul Latihan Sukan OlahragaSekolah
 
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Jaring) Se...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Jaring) Se...Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Jaring) Se...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Jaring) Se...Adila Dila
 
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Baling) Se...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Baling) Se...Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Baling) Se...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Baling) Se...Adila Dila
 
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sekolah Rendah (Bola Jaring) S...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sekolah Rendah (Bola Jaring) S...Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sekolah Rendah (Bola Jaring) S...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sekolah Rendah (Bola Jaring) S...Adila Dila
 
Bolajaring sekolah rendah
Bolajaring sekolah rendahBolajaring sekolah rendah
Bolajaring sekolah rendahJantai Jubin
 
Bolajaring sekolah rendah
Bolajaring sekolah rendahBolajaring sekolah rendah
Bolajaring sekolah rendahJantai Jubin
 
Modul Latihan Sukan Bola Jaring
Modul Latihan Sukan Bola JaringModul Latihan Sukan Bola Jaring
Modul Latihan Sukan Bola JaringSekolah
 
sukan bola jaring sekolah rendah.pdf
sukan bola jaring sekolah rendah.pdfsukan bola jaring sekolah rendah.pdf
sukan bola jaring sekolah rendah.pdfmanimoli2
 
Manual kelab bola tampar rendah
Manual kelab bola tampar rendahManual kelab bola tampar rendah
Manual kelab bola tampar rendahJes Tan
 
Bs ssukan t4_4
Bs ssukan t4_4Bs ssukan t4_4
Bs ssukan t4_4zimi fren
 
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Hoki) Sekolah R...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Hoki) Sekolah R...Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Hoki) Sekolah R...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Hoki) Sekolah R...Adila Dila
 

Similar to Konsep sukan rekreasi (20)

L3-Definition.pdf
L3-Definition.pdfL3-Definition.pdf
L3-Definition.pdf
 
6103420043_Yahya Nur Permana_Sport Of History.pptx
6103420043_Yahya Nur Permana_Sport Of History.pptx6103420043_Yahya Nur Permana_Sport Of History.pptx
6103420043_Yahya Nur Permana_Sport Of History.pptx
 
Sukan
SukanSukan
Sukan
 
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murniSukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
 
Modul Latihan Sukan Olahraga
Modul Latihan Sukan OlahragaModul Latihan Sukan Olahraga
Modul Latihan Sukan Olahraga
 
Olahraga Sekolah Rendah
Olahraga Sekolah RendahOlahraga Sekolah Rendah
Olahraga Sekolah Rendah
 
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Jaring) Se...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Jaring) Se...Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Jaring) Se...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Jaring) Se...
 
Bola baling
Bola balingBola baling
Bola baling
 
Bola baling sm
Bola baling smBola baling sm
Bola baling sm
 
Bolabalingsm
BolabalingsmBolabalingsm
Bolabalingsm
 
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Baling) Se...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Baling) Se...Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Baling) Se...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Bola Baling) Se...
 
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sekolah Rendah (Bola Jaring) S...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sekolah Rendah (Bola Jaring) S...Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sekolah Rendah (Bola Jaring) S...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sekolah Rendah (Bola Jaring) S...
 
Bolajaring sekolah rendah
Bolajaring sekolah rendahBolajaring sekolah rendah
Bolajaring sekolah rendah
 
Bolajaring sekolah rendah
Bolajaring sekolah rendahBolajaring sekolah rendah
Bolajaring sekolah rendah
 
Modul Latihan Sukan Bola Jaring
Modul Latihan Sukan Bola JaringModul Latihan Sukan Bola Jaring
Modul Latihan Sukan Bola Jaring
 
sukan bola jaring sekolah rendah.pdf
sukan bola jaring sekolah rendah.pdfsukan bola jaring sekolah rendah.pdf
sukan bola jaring sekolah rendah.pdf
 
Manual kelab bola tampar rendah
Manual kelab bola tampar rendahManual kelab bola tampar rendah
Manual kelab bola tampar rendah
 
1314146710
13141467101314146710
1314146710
 
Bs ssukan t4_4
Bs ssukan t4_4Bs ssukan t4_4
Bs ssukan t4_4
 
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Hoki) Sekolah R...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Hoki) Sekolah R...Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Hoki) Sekolah R...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Hoki) Sekolah R...
 

More from Nurhafizah Ajlan (20)

Assignment 1 dr mazura (autosaved)
Assignment 1 dr mazura (autosaved)Assignment 1 dr mazura (autosaved)
Assignment 1 dr mazura (autosaved)
 
Linguistic 1&2
Linguistic 1&2Linguistic 1&2
Linguistic 1&2
 
Assignment 2 literature final
Assignment 2 literature finalAssignment 2 literature final
Assignment 2 literature final
 
Asignment 1 literature edited
Asignment 1 literature   editedAsignment 1 literature   edited
Asignment 1 literature edited
 
Assigmnt 1 n 2 final checking
Assigmnt 1 n 2   final checkingAssigmnt 1 n 2   final checking
Assigmnt 1 n 2 final checking
 
Assigmnt 1 n 2 final submission
Assigmnt 1 n 2   final submissionAssigmnt 1 n 2   final submission
Assigmnt 1 n 2 final submission
 
Assigmnt 1 n 2 final
Assigmnt 1 n 2   finalAssigmnt 1 n 2   final
Assigmnt 1 n 2 final
 
Borang markah pergerakan kreatif daerah
Borang markah pergerakan kreatif   daerahBorang markah pergerakan kreatif   daerah
Borang markah pergerakan kreatif daerah
 
Ritma final
Ritma finalRitma final
Ritma final
 
Linguistic 1&2
Linguistic 1&2Linguistic 1&2
Linguistic 1&2
 
Grammar 2 final
Grammar 2 finalGrammar 2 final
Grammar 2 final
 
Asgnmnt koku final
Asgnmnt koku finalAsgnmnt koku final
Asgnmnt koku final
 
Analisis pergerakan manusia final
Analisis pergerakan manusia finalAnalisis pergerakan manusia final
Analisis pergerakan manusia final
 
Peers pj final
Peers pj finalPeers pj final
Peers pj final
 
Tgfu final
Tgfu finalTgfu final
Tgfu final
 
Myself
MyselfMyself
Myself
 
Refleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum finalRefleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum final
 
Refleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum finalRefleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum final
 
Reading asgmnt 3 final
Reading asgmnt 3 finalReading asgmnt 3 final
Reading asgmnt 3 final
 
Asgmnt 2 reading final
Asgmnt 2 reading finalAsgmnt 2 reading final
Asgmnt 2 reading final
 

Konsep sukan rekreasi

  • 1. NAMA KAD PENGENALAN NO MATRIK / TELEFON NURHAFIZAH BINTI AJLAN 801204-14-5448 D20102040807 019-7166070 1 QGJ 3033 – SUKAN SEPANJANG HAYATQGJ 3033 – SUKAN SEPANJANG HAYAT TAJUK TUGASAN KERTAS KONSEP TAJUK TUGASAN KERTAS KONSEP GROUP UPSI 06 PENSYARAH EN.MEGAT NASURUDDIN BIN AHMAD
  • 2. Isi Kandungan Bil Perkara Halaman 1.0 Pengenalan 1.1Sejarah Perkembangan Awal Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi di Malaysia 3-5 2.0 Konsep Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi di Malaysia 5-7 3.0 Definisi Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi 7-8 4.0 Kepentingan Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi dalam kurikulum di Malaysia. 8-10 5.0 Kepentingan Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi dalam pembangunan domain psikomotor, kognitif, dan afektif murid 10-12 6.0 Jenis-jenis Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi 13 7.0 Program Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi yang realistic dan mempu dilaksanakan di sekolah 7.1 Perkhemahan 14-16 8.0 Kajian dan Tinjauan terhadap bagaimana Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi yang dilaksanakan di luar negara 16-18 9.0 Kesimpulan 19 Brosure Perkhemahan Realistik SK Sungai Lalang 20-21 Rujukan 22 1.0 Pengenalan 2
  • 3. Kajian dilaksanakan bagi mengenal pasti tentang konsep aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi secara terperinci sebagai satu aktiviti sukan yang dapat dilaksanakan di peringkat sekolah. Tinjaun kajian yang dilaksakanakan adalah merangkumi beberapa aspek penting khususnya dari perspektif sejarah awal perkembangan aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi di Malaysia, konsep dan definisi sukan sepanjang hayat, kepentingan sukan dalam mempengaruhi domain afektif, kognitif serta psikomotor murid serta pelaksanaan aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang realistik di peringkat sekolah. Secara amnya, sukan sepanjang hayat dan rekreasi menjadi salah satu komponen penting dalam sukatan Pendidikan Jasmani. Dengan adanya sukan rekreasi para murid dapat membina dan mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang sihat. Apabila sukan rekreasi menjadi salah satu komponen dalam kurikulum mereka, maka para murid haruslah mengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Apabila seseorang itu mula melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti maka secara automatik ini akan menyebabkan tubuh badan mereka sentiasa sihat dan mereka akan menjauhi diri daripada amalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok. Selain itu, mereka juga dapat mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan para guru dan rakan-rakan mereka di sekolah dengan lebih baik lagi. Dengan ini murid dapat mengamalkan sikap perpaduan dan muhibah bersama rakan-rakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya apabila mereka saling bekerjasama dan bertoleransi dalam aktiviti rekreasi. Malahan, sukan sepanjang hayat dan rekreasi memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN dalam melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan rohani (JERIS). Justeru itu, sukan sepanjang hayat dan rekreasi sewajarnya diselaraskan dengan kurikulum di sekolah dalam memantapkan sistem pendidikan yang cemerlang. 1.1 Sejarah perkembangan awal sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi di Malaysia. Aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi sebenarnya telah bermula seawal tamadun manusia. Aktiviti yang dahulunya diamalkan untuk tujuan peperangan (menunggang kuda, memanah dan berlawan pedang), mengisi masa senggang (sepak takraw, memancing dan berenang) dan kehidupan seharian (berkhemah, mendaki dan berenang) kini telah 3
  • 4. diadaptasikan dalam dunia moden sebaga iaktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang popular (Iskandar, Y., & Kaeh, A. R.:1978). Di Malaysia, sukan sepanjang hayat dan rekreasi telah mula berkembang sekitar tahun 1922, Sultan Idris Training College (SITC dan kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI) telah ditubuhkan dan kurikulum pendidikan jasmani dan kesihatan diperkenalkan. Sejak itu, aktiviti pembelajaran sukan sepanjang hayat dan rekreasi terus berkembang mekar dalam sistem persekolahan dan menjadi sebahagian elemen penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Selepas merdeka, aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi semakin meningkat popular. Diskriminasi yang terlaksana sewaktu zaman penjajahan telah berjayadi hapuskan dan semua rakyat Malaysia mempunyai hak yang sama untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi. Pembangunan sukan sepanjang hayat dan rekreasi di Malaysia telah diterajui oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang telah ditubuhkan seawal 1953 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hasil penubuhan kementerian ini, Malaysia telah menghantar kontinjen olimpiknya yang pertama di Olimpik Melbourne. Senarionya, matlamat utama penubuhan kementerian ini ialah untuk menggalakkan budaya hidup sihat sekaligus mengatasi masalah berkaitan kesihatan dan sosial dalam kalangan masyarakat. Pada 15 Mei 1964, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah ditubuhkan secara rasminya bagi menyebar luas dan membangunkan sukan di Malaysia. Menyedari kepentingan sukan berprestasi tinggi dan kemampuan atlet Malaysia untuk bertanding di peringkat antarabangsa, kerajaan Malaysia telah menubuhkan Majlis Sukan Negara pada tahun 1971. Fokus utama Majlis Sukan Negara ialah untuk membangunkan sukan berprestasi tinggi agar atlet Malaysia mampu bersaing dan meraih kejuaraan di peringkat dunia. Selain itu, Majlis ini juga berfungsi penting dalam melobi penganjuran pelbagai sukan antarabangsa yang berprestij di Malaysia. Antaranya ialah Sukan Komanwel 1998 yang telah dianjurkan di Kuala Lumpur dan disertai oleh lebih 140 negara. Bagi menggalakkan pembangunan sukan di peringkat akar umbi, pihak Kementerian Pelajaran telah menubuhkan beberapa sekolah sukan di seluruh negara. Antara sekolah terawal ialah Sekolah Sukan Bukit Jalil yang ditubuhkan pada tahun 1996. Matlamat utama penubuhan sekolah ini ialah untuk memberikan pendidikan sukan yang sistematik kepada bakal atlet negara seterusnya membangunkan potensi atlet mereka agar dapat menggegar di arena antarabangsa.Selain itu, penubuhan beberapa NGO sukan 4
  • 5. seperti Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Persatuan Bola Sepak Malaysia, Persekutuan Hoki Malaysia dan Majlis Rekreasi Luar Malaysia telah memeriahkan lagi pembangunan sukan sepanjang hayat dan rekreasi di Malaysia. NGO ini telah berusaha keras dan bekerjasama erat dengan KBS dan MSN bagi melahirkan atlet ternama Malaysia. Antaranya ialah Datuk Lee Chong Wei, Pandalela Rinong, AzizulHasni, Safee Salee dan Shalin Zulkifli. Selain itu, NGO ini menggalakkan pembangunan sukan sepanjang hayat dan rekreasi melalui penganjuran pelbagai bengkel, kursus dan kejohanan massa samada di peringkat kebangsaan mahu pun akar umbi. 2.0 Konsep Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi Sukan sepanjang hayat dan rekreasi sering dikaitkan dengan aktiviti fizikal yang memerlukan kemahiran pergerakan motor serta kecergasan fizikal, mental dan emosi yang baik. Dalam konteks ini, sukan sepanjang hayat dan rekreasi juga dilihat sebagai satu institusi sosial yang berpengaruh dan berperanan dalam membudayakan masyarakat yang sihat, cergas, bersemangat kesukanan dan bersikap positif dalam sukan. Ironinya, membudayakan sukan rekreasi perlu dibentuk dari peringkat kanak-kanak dengan ilmu pendidikan sukan. Ilmu pendidikan sukan telah bermula dibangku sekolah melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan kegiatan kokurikulum. Guru yang terlibat secara langsung dalam pendidikan sukan bertanggungjawab memberikan didikan dan bimbingan tentang bidang sukan dengan sempurna. Kesempurnaan mendidik dan membimbing merujuk kepada kemantapan ilmu konten dan pedagogi guru dalam bidang sukan melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Senarionya, Pendidikan Jasmani merupakan salah satu subjek yang tersenarai dalam jadual waktu sekolah pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun menengah. Subjek ini penting kerana pelajar-pelajar dapat meningkatkan tahap kecergasan mental dan fizikal mereka sekaligus menjana pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Aspek JERIS ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Negara kerana hasrat Negara mahu melahirkan modal insan kelas pertama yang bukan sahaja bernas idea fikirannya tetapi juga aktif dalam bidang kokurikulum dan pandai bergaul. Hal ini menunjukkan Pendidikan Jasmani merupakan subjek yang penting . Aspek jasmani penting bagi seorang pelajar kerana hakikatnya, seorang pelajar yang sihat mampu menjadi pelajar yang aktif di dalam kelas lantaran dia mempunyai badan yang sihat. Di dalam Pendidikan Jasmani, bukan aspek jasmani sahaja yang ditekankan kerana pelajar juga belajar menguruskan stress, menajamkan fikiran, bergaul dengan rakan-rakan dan masyarakat 5
  • 6. serta menerapkan elemen-elemen rohani mengikut kepercayaan masing-masing. Realitinya, sukan rekreasi merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam Pendidikan Jasmani. Menurut Mohd Salleh Aman (2004), sukan sepanjang hayat dan rekreasi boleh didefinisikan sebagai aktiviti masa lapang yang membina (positif) sama ada bentuk riadah (aktif) atau santai (pasif). Dalam konteks ini, rekreasi adalah aktiviti yang bertentangan dengan kerja. Ia biasanya dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti rekreasi boleh disusun atur dalam bentuk pertandingan atau persembahan atau dalam bentuk tanpa dirancang. Aktiviti sukan sepanjang hayat banyak diaplikasikan di dalam kurikulum pendidikan Jasmani bersesuaian dengan aspirasi visi dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam kurikulum di sekolah, aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi juga dititikberatkan kepada murid. Oleh sebab itu setiap tahun, kebanyakan sekolah akan menganjurkan pelbagai aktiviti rekreasi untuk pelajar-pelajar. Sukan rekreasi diselaraskan di sekolah bagi merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Sekiranya para pelajar atau murid sentasa mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi, ia dapat mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial yang sihat. Sekiranya murid sentiasa mengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan di sekolah, dengan itu murid akan dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak bermanfaat dan gejala sosial bersama rakan sebaya. Signifikasinya, apabila seseorang murid sentiasa aktif dalam sukan rekreasi, murid tersebut akan dapat mengawal emosinya dengan lebih baik. Ini kerana murid dapat berfikir dengan tenang dan menyelesaikan masalah dengan baik. Maka dengan itu murid tersebut tidak akan banyak menimbulkan masalah di sekolah. Seterusnya, apabila seseorang individu mula untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan rekreasi maka dia akan dapat mengawal emosi dia dengan baik. contohnya, apabila individu A berasa marah atau hatinya tidak tenteram, pastinya setelah mengambil bahagian dalam sukan rekreasi dia pasti dapat menenangkan fikirannya dan membuat keputusan yang baik untuk menyelesaikan masalahnya. Akhir sekali, mereka juga dapat mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan guru ataupun rakan-rakan yang berbilang kaum tanpa sebarang masalah. Ini secara tidak lansung dapat membina perpaduan, semangat kekitaan dalam kalangan anak murid apabila mereka mengikuti sesuatu aktiviti dalam sukan rekreasi. Tambahan pula, seseorang individu boleh mempelajari nilai-nilai murni secara tidak langsungnya apabila mengambil bahagian dalam aktiviti sukan rekreasi yang dianjurkan di 6
  • 7. sekolah sebagai salah satu syarat bagi memenuhi sukatan kurikulum di sekolah. Sukan dan rekreasi adalah berasaskan aktiviti darat iaitu lasak dan alam; berasaskan aktiviti air; berasaskan aktiviti dalaman; dan campuran kedua aktiviti. Konsep sukan rekreasi adalah sosialisasi. Sosialisasi ini berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep sosialisasi ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk bergaul antara rakan-rakan. Ini akan menyebabkan para pelajar mempunyai hubungan yang akrab antara mereka. Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mewujukan interaksi antara masyarakat. Ini akan menyebabkan mereka nemahami antara satu sama lain. Sosialisasi ini juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak- ansur dan toleransi. Dengan ini seseorang pelajar dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang telah dipelajari dalam kehidupan harian kita. Malahan, konsep sukan rekreasi ini juga membentuk seseorang individu yang kaya dengan nilai-nilai murni. Konsep sukan rekreasi ini mempunyai fungsi di mana dapat membantu dalam pembentukan personaliti, pembangunan insan, pembangunan Negara, gaya hidup sihat, kepimpinan, kecerdasan, sosialisasi,pendidikan sepanjang hayat dan dinamik kumpulan. Nyata, jelaslah bahawa sukan sepanjang hayat dan rekreasi mendokong konsep yang jelas dan memberi manfaat kepada orang ramai. 3.0 Definisi Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi Menurut Ford (1981), sukan sepanjang hayat dan rekreasi merujuk kepada sukan rekreasi merupakan program yang melibatkan penggunaan persekitaran yang semula jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan sikap Hammerman Etal (1985) pula mengatakan bahawa sukan rekreasi itu merupakan landasan untuk mengenal pasti pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian (Guttmann, A. 1996).. Dalam konteks ini, rekreasi itu merupakan aktiviti yang dirancang pada masa lapang untuk tujuan keseronokan, ketenangan minda, dan merehatkan badan. Sukan sepanjang hayat juga dikenali sebagai sukan massa. Ianya tidak berfokuskan pertandingan malahan dilaksanakan sebagai medium riadah dan sosialisasi. Matlamat utamanya ialah untuk mengekalkan kecergasan, mengelakkan risiko penyakit sedentari dan medium mengisi masa lapang. Antara aktiviti ciri-ciri utama sukan sepanjang hayat ialah ia dilaksanakan pada masa senggang, intensiti aktivitinya agak ringan dan bergantung kepada keupayaan individu yang melaksanakannya, kurang berfokuskan pertandingan, boleh dilaksanakan secara individu mahupun berkumpulan Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan konsep sukan sepanjang 7
  • 8. hayat mulaitahun 1983 melalui pelancaran program Malaysia Cergas. Melalui program ini,pihak kerajaan telah menyalurkan sejumlah besar peruntukan kewangan kepada jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk melaksanakan pelbagai aktiviti sukan massa seperti aktiviti kecergasan fizikal, sukan-sukan baru dan aktiviti rekreasi dan riadah. Secara umumnya aktiviti sukan sepanjang hayat terbahagi kepada empat kategori iaitu: 4.0 Kepentingan Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi dalam kurikulum sekolah Terdapat 5 komponen yang ditekankan dalam usaha melahirkan modal insan kelas pertama dalam Falsafah Pendidikan Negara, iaitu, jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial. Pendidikan jasmani penting kerana terdapat berbagai-bagai faedah dapat diperolehi dalam subjek ini antaranya : i. Pelajar cergas dan sihat Pelajar yang terlibat aktif dalam sukan dapat menjadi lebih sihat berbanding rakan-rakannya yang lain. Selain itu, mereka lebih matang memandangkan mereka dapat mengaitkan 3 komponen penting dalam pendidikan jasmani iaitu, aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Peluh akibat bersukan pula dapat mengurangkan kandungan toksik-toksik dalam badan seseorang. Sebagai contoh, pelajar yang selalu mengamalkan aktiviti ‘skipping’ atau ‘jump rope’ dapat 8
  • 9. menyihatkan jantung. Dengan ini, pelajar tersebut dapat menjadi lebih sihat dan belajar dengan lebih proaktif manakala pelajar yang tidak aktif akan sentiasa lesu dan tidak mampu menjadi modal insan kelas pertama. ii. Pelajar dapat menangani tekanan Pembelajaran di sekolah boleh jadi satu perkara yang membebankan. Pelajar-pelajar akan merasa stres dengan kerja rumah yang banyak dan kelas yang memenatkan. Jadi, ketika subjek Pendidikan Jasmanilah para pelajar dapat menghilangkan stres dengan bermain di padang mahupun ketika kokurikulum sukan. Perkara ini akan menyeimbangkan pelajar itu dengan pembelajaran akademik dan sukan. Di samping itu, hormon serotonin akan dihasilkan memandangkan Pendidikan Jasmani dan Sukan Rekreasi merupakan subjek yang menyeronokkan. Dengan ini, pelajar yang mempunyai emosi yang ceria dapat mengatasi masalah tekanan dan kemurungan dalam diri mereka serta mampu membuat keputusan yang tepat dalam kehidupan seharian mereka. iii. Meningkat kemahiran bersosial Kemahiran bersosial merupakan kemahiran yang tidak dipelajari secara bertulis kerana kemahiran ini memerlukan individu tersebut berinteraksi secara lansung dengan masyarakat sekelilingnya. Pelajar yang mampu bersosial dengan baik , mempunyai self-esteem yang tinggi kerana pelajar tersebut berani dan tidak gentar dengan orang lain. Melalui subjek Sukan Rekreasi, pelajar perlu berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain kerana terdapat banyak aktiviti yang memerlukan kerjasama. Setiap individu bertanggungjawab menjaga kepentingan kawan-kawan mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran bersosial mereka. Kini, terdapat ramai anak mudak yang mengamalkan sosial bebas dan sosial liar. Perkara ini amat menyedihkan kerana mereka merosakkan diri sendiri. Maka guru di sekolah wajib mengajarkan pelajar kaedah yang sesuai untuk bersosial dengan baik. Sebagai contoh, pelajar yang menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah perlu membantu rakan- rakan mereka yang cedera dan dalam kalangan ahli persatuan itu sendiri, mereka perlu bekerjasama untuk menyelamatkan rakan mereka. Tanpa kemahiran komunikasi dan sosial yan baik, ahli-ahli dalam persatuan itu tidak dapat bekerjasama dan mungkin mencetuskan pergaduhan. Disebabkan itulah, kemahiran bersosial ini penting. 9
  • 10. iv. Membina sahsiah dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar Sukan Rekreasi mampu membina sahsiah diri pelajar cemerlang. Tidak dinafikan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan juga menerapkan nila-nilai murni dalam diri seorang pelajar. Namun, Sukan Rekreasi juga mampu melakukan perkara yang sama untuk membangunkan peribadi mulia seorang pelajar. Kelab-kelab permainan di sekolah acapkali menganjurkan pertandingan seperti pertandingan bola sepak, bola jaring dan sebagainya. Sudah menjadi adat permainan, ada menang dan ada kalah. Kumpulan yang kalah perlu belajar menerima kekalahan dan belajar daripada kumpulan yang menang. Perkara ini mampu mematangkan pelajar agar mereka tidak terlalu kecewa jika jatuh, namun mereka harus berdiri dan membaiki kesilapan diri. Selain itu, nilai-nilai murni seperti semangat kekitaan dapat diperoleh. Sesuatu kumpulan perlu bersatu-padu untuk menewaskan pihak lawan. Pelajar akan menjadi lebih bertanggungjawab demi kumpulan mereka, bekerjasama dan tidak mementingkan diri. Hal ini secara tidak lansung dapat memastikan pelajar tersebut memperoleh nilai-nilai murni. Justeru itu, sukan rekreasi sememangnya memberi banyak faedah kepada para murid yang mengikuti matapelajaran ini di sekolah mereka. Oleh itu, sukan rekreasi haruslah dijadi sebagai matapelajaran wajib bukan sahaja di sekolah rendah tetapi juga di sekolah menengah dan juga di Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). 5.0 Kepentingan sukan sepanjang hayat dan rekreasi dalam pembangunan domain psikomotor, kognitif dan afektif murid i. Aspek Kognitif Sukan sepanjang hayat dan rekreasi adalah penting dalam pembangunan kognitif yang melibatkan beberapa aspek penting seperti pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta menginterprestasi. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan rangsangan pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan. Hal ini demikian kerana sukan sepanjang hayat dan rekreasi ini berperanan dalam membimbing kemahiran kognitif murid dalam menginterprestasikan kemahiran mereka dalam pelaksanaan aktiviti. Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar misalnya seperti perkhemahan, abseiling serta flying fox sudah pastinya dapat menjadikan pendidikan luar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar pelajar perlu mempelajari cara 10
  • 11. melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti pendidikan luar yang lebih cekap dan berkesan. Malahan, pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yang baik bukan saja memberi kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif. Dengan berfikir seperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya diserapkan dalam aktiviti pendidikan luar (Salehudin, J. 2009).. ii. Aspek Afektif Matlamat utama yang diingini oleh semua program pendidikan luar khususnya sukan sepanjang hayat dan rekreasi pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi, dan nilai dan pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Dalam konteks ini, sukan sepanjang hayat memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalankan setiap aktiviti sukan sepanjang hayat. Sukan sepanjang hayat dan rekreasi perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kebersihan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti fizikal. Memang tidak dapat dinafikan bahawa emosi adalah suatu elemen yang penting dalam perkembangan kanak-kanak melalui penglibatan di dalam pesertanya. Contohnya dengan aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi peserta akan membentuk persefahaman peranan secara luaran dan dalaman diri. Dalam pada itu, sukan sepanjang hayat dan rekreasi adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan sosial. Ironinya, pendidikan Jasmani akan menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur akan menjadi pendidikan luar sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial. iii. Aspek Kemahiran Psikomotor Aspek Psikomotor dalam melaksanakan sukan sepanjang hayat dan rekreasi memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Psikomotor ini juga melibatkan 11
  • 12. beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Ini bermakna kesesuaian aspek ini perlu difokus selepas pelajar melepasi tahap minimum aspek fizikal dan psikomotor. Bucher (1979) mengatakan bahawa pelajaran sukan sepanjang hayat dan rekreasi dalam Pendidikan Jasmani berkemampuan untuk memberi sesuatu hasil yang berkesan kepada pelajar melalui proses pembelajaran yang telah digariskan dalam suatu kurikulum bagi memenuhi keperluan pelajar. Menurut Weston (1979) yang berpandangan bahawa kurikulum yang dihasilkan adalah program yang dirancang untuk kepentingan pelajar yang telah mengambil kira semua faktor utama seperti sekolah dan keperluan pelajar sebagai matlamat. Menurut Raddick (1982) Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada pendidikan seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan. Ianya menekankan tentang pembentukkan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi dengan cara yang unik sehingga cara hidup dan kualiti seseorang ditingkatkan. Ianya lebih menekan pendidikan melalui Pendidikan Jasmani. Pukal KBSM (1992) mendefinisikan pelajaran sukan sepanjang hayat dan rekreasi dalam kurikulum Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif. Ketiga-tiga unsur ini dapat dilakukan melalui pemupukan dan penerapan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Realitinya Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran yang menekankan kepada proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi (Teng Boon Tong 2001). Oleh yang demikian Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi. Ianya juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. 12
  • 13. 6.0 Jenis-jenis Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi Terdapat dua jenis rekreasi iaitu rekreasi aktif dan rekreasi pasif. Rekreasi Aktif Rekreasi aktif merupakan satu senaman. Oleh itu, kebaikan dan sumbangannya terhadap gaya hidup sihat adalah amat besar. Rekreasi aktif memerlukan pergerakan yang cergas untuk memastikan tahap daya kardiovaskular mencapai tahap ideal. Dengan melakukan senama, aktiviti sukan dan perkara-perkara yang mengeluarkan peluh, seseorang itu akan berasa lebih segar dan mampu menjadi cergas dalam urusan kerja mereka juga. Hal ini menjadi kepada modal insan kelas pertama kepada Negara. Rekreasi pasif Seringkali rekreasi pasif menjadi pilihan orang ramai memandangkan aktiviti rekreasi pasif merupakan aktiviti yang santai dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Walaupun rekreasi ini hanya menghilang tekanan mahupun rasa bosan, namun rekreasi ini tetap relevan juga kerana tidak dapat dipertikaikan bahawa, kita juga memerlukan waktu santai untuk ‘window shopping’ , membaca buku sambil mendengar muzik , untuk menenangkan diri di tempat kerja mahupun di rumah. Perbezaan Aktiviti Aktif dan Pasif 13
  • 14. 7.0 Program sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang realistik dan mampu dilaksanakan di sekolah . 7.1 Perkhemahan Perkhemahan merupakan aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi darat yang amat digemari ramai. Secara umumnya aktiviti perkhemahan melibatkan pelajar berkhemah dan bermalam di luar bilik darjah terutamanya di alam semula jadi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa perkhemahan merupakan aktiviti wajib yang diadakan di peringkat sekolah. Namun demikian, dalam merealisasikan perkhemahan yang realistik selaras dengan matlamat utama sukan sepanjang hayat dan rekreasi, pelaksana program seharusnya lebih mempunyai idea yang cukup menarik agar perkhemahan menjadi salah satu sukan rekreasi yang paling realistik. Antara matlamat utama aktiviti perkhemahan dilaksanakan dalam kalangan pelajar sekolah ialah untuk: Perkhemahan di sekolah kerap diamalkan oleh badan beruniform seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah dan Tunas Puteri. Kebanyakan badan ini melaksanakan program perkhemahan secara tradisional dengan penggunaan teknologi yang amat minima. Selalunya, peserta akan bermalam di dalam khemah, memasak makanan sendiri, dilatih membina gajet dan merancang kraf perkhemahan dan melaksanakan pelbagai aktiviti mencabar seperti kawad kaki, orienteering, rentas halangan, berbasikal dan lain-lain lagi. Ternyata, terdapat pelbagai aktiviti 14
  • 15. yang menarik dapat dilaksanakan dalam aktiviti perkhemahan seperti jungle tracking, fox abseiling serta pelbagai aktiviti yang mencabar. Rasional pelaksanaan pendidikan konservasi aktiviti perkhemahan di peringkat sekolah a. Sukan sepanjang hayatdan rekreasi merupakan sukan yang dilaksanakan sebagai aktiviti yangterancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperoleh ketenangan minda dan merehatkan badan serta mempelajari pengetahuan tentang sesuatu perkara. Maka kepentingan pendidikan konservasi dalam sukan sepanjang hayat dan rekreasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha ataupun cara untuk mendidik seseorang individu dalam sesuatu perkara apabila mereka mengikuti aktiviti rekreasi ini. b. Murid melalui sukan sepanjang hayat dan rekreasi dapat dipupuk amalan memelihara dan memulihara alam sekitar daripada ancaman pencemaran. Pendidikan koservasi ini juga turut mendidik anak-anak murid untuk tidak mencemarkan alam sekitar kita dan ramah dengan alam sekitar dengan tidak membuang sampah serta mencemarkan sungai. Mereka juga akan mula untuk mencintai flora dan fauna serta sungai yang berada di kawasan aktiviti sukan rekreasi. Ini akan membantu untuk memelihara alam sekitar kita yang kian hari semakin mengalami ancaman yang serius. Selain itu, pendidikan konservasi dalam sukan sepanjang hayat rekrasi juga menjadi alat utama untuk menanamkan semangat untuk menjaga alam sekitar dan sekaligus menukar sikap mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar kepada sebaliknya. Pendidikan konservasi dalam sukan sepanjang hayat dan rekreasi sememangnya sesuatu yang harus ditekankan dan diteruskan supaya kita dapat mengubah sikap generasi yang akan datang supaya mereka juga turut memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar kita. Dengan berbuat demikian dapatlah kita mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar dan mula untuk menanam semula pokok-pokok baru supaya kawasan sekeliling kita dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau. c. Aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi turut dilingkari beberapa jenis aktiviti lasak yang menguji ketahanan fizikal dan mental seseorang yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti ini dapat memupuk keyakinandiri dalam diri seseorang yang mengikutinya. Berikut adalah contoh beberapa jenis aktiviti yang dapat dijalankan semasa aktiviti rekreasi. i. Aktiviti jungle trekking adalah satu aktiviti lasak yang lazimnya dijalankan dalam program rekreasi. Namun begitu, semasa menjalankan aktiviti ini, akitiviti keselamatan hendaklah sentiasa diutamakan tidak kira kepada peserta, guru 15
  • 16. pengiring, fasilatator mahupun jurulatih itu sendiri. Pengurusan risiko terhadap aktiviti ini boleh diuruskan dengan menggunakan satu kaedah yang dinamakan HIRARC. HIRARC adalah singkatan kepada Hazard Identification, Risk Assessment & Risk Control. HIRARC merupakan satu kaedah di mana setiap hazard dikenal pasti pada sekitar kawasan jungle trekking, laluan denai, peralatan, manusia dan lain-lain. Setiap hazard yang dikenal pasti akan dinilai sejauh mana risiko ke atas keselamatan para peserta dan setiap risiko akan dikawal mengikut hieraki kawalan. ii. Orienteering merupakan salah satu cabang pengetahuan yang berkenaan dengan teknik-teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan di antara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang laindengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan di atas peta dan ditentukan di permukaan bumi mengikut susunan tertentu. Realitinya, aktiviti ini ternyata mencabar serta dapat mempengaruhi perkembangan kemahiran kognitif dalam kalangan murid sekolah. Kemahiran membaca peta serta menggunakan kompas adalah sesuatu kemahiran yang sukar dikuasai, namun dengan bimbingan dan kebolehan guru-guru pakar dalam bidang tersebut, sudah pastinya dapat menarik minat murid untuk menguasai kemahiran tersebut. 8.0 Kajian dan tinjauan terhadap bagaimana sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang dilaksanakan di sekolah luar negara. a. Sukan bola tampar di Amerika Syarikat Pada tahun 1930an Sukan-sukan sepanjang hayat dan rekreasi program-program menjadi sebahagian sukan yang penting daripada kehidupan Orang Amerika. Kejohanan Dunia bola tampar telah diadakan di Prague, Czechoslovakia. Pada tahun 1960an teknik-teknik baru dalam permainan ditambah bagi meningkatkan taraf permainan bola tampar, pancang lembut (dink), bersedia melalui (bengkak), pemblokan seberang jaring, dan defensif menyelam dan berguling. Persekutuan antarabangsa, Fédération Internationale de Bola Tampar (FIVB), telah ditubuhkan pada tahun 1947, dan Kejohanan-kejohanan mula diadakan pada tahun 1949 bagi lelaki dan 1952 untuk perempuan. Bola tampar telah dimasukan di antara acara permainan Sukan Olimpik 16
  • 17. dalam 1964. Bola tampar pantai menjadi satu variasi FIVB-endorsed dalam 1986 dan telah dimasukan bagi acara sukan Olimpik pada tahun 1996 Musim Panas Sukan Olimpik Bola tampar telah disampaikan di Padang konvensyen Amerika sebagai satu daripada sukan paling popular pada masa itu. NCAA telah dipersilakan oleh YMCA untuk membantu dalam suntingan kaedah-kaedah dan dalam mempromosikan sukan. Bola tampar telah ditambah ke sekolah dan kolej pendidikan jasmani dan program-program dalaman.Permainan bola tampar dikira dengan mengunakan sistem 21 mata, kemudian ditukar menjadi 15 mata. YMCA yang pertama kalinya telah menganjur kejohanan bola tampar kebangsaan yang telah diadakan di Brooklyn, NY. Sebanyak 27 pasukan daripada 11 negeri-negeri telah menyertainya Kanada pada tahun 1900 merupakan negeri di luar Amerika Syarikat yang pertama menerima sukan bola tampar . Sukan bola tampar sekarang sangat popular di Brazil, seluruh Eropah (di mana terutama Itali, Belanda dan Serbia adalah kuasa-kuasa besar sejak lewat Lapan Puluhan), Rusia, negara-negara lain termasuk China dan yang lain Asia, serta Amerika Syarikat. FIVB memberi anggaran bahawa 1 dalam 6 orang di dunia menyertai pertandingan atau menjadi penonton bola tampar tertutup, bola tampar pantai, atau kawasan belakang rumah (rekreasi) bola tampar. Ternyata sukan bola tampar merupakan sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang paling popular di sekolah-sekolah luar negara dan kini dikomersialkan sebagai satu siri pertandingan yang penting dalam sukan dunia. b. Gimnastik berirama atau gimrama Gimnastik berirama atau gimrama merupakan satu sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang sangat istimewa dan menarik. Sukan tersebut memerlukan kemahiran, kelembutan dan koordinasi tubuh badan yang baik disamping daya mencipta. Gimrama adalah satu disiplin sukan gimnastik yang telah diiktiraf oleh Persukutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Ia merupakan pergerakan yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan muzik. Gimrama sebenarnya bermula di Eropah sejak seabad yang lalu. Pada masa itu, ia dianggap sebagai pergerakan gimnastik artistik dan tidak mempunyai undang-undang. Pengasasnya ialah Jacques Dalcroze seorang pensyarah berbangsa Swiss. Beliau telah membuka dua buah maktab perguruan di Switzerland dan memperkenalkan latihan gimrama kepada penuntutnya. Kemudian Rudolph Bode (1881-1970) dan Heinrich medau (1890-1974), kedua-duanya dari Jerman telah memperkenalkan gimrama yang menggunakan bola, gelung dan belantan di 17
  • 18. sekolah mereka sendiri. Gimnastik berirama moden hanya diiktiraf sebagai sukan hanya pada tahun 1962 oleh Persekutuan Gimnastik antarabangsa. Kejohanan Sedunia buat pertama kali telah berlangsung di Budapest, Hungury tahun 1963. Sejak itu, pertandingan yang sedemikian diadakan dua tahun sekali. Selain itu, Kejohanan Eropah dan Kejohanan Empat Benua telah dimulakan pada tahun 1978. Gimrama juga telah menerima pengitirafan yang tertinggi apabila telah dipertandingkan buat pertama kalinya dalam Sukan olimpik di Los Angeles, USA (1984), dan Seoul, Korea (1988). Pada amnya, perkembangan gimrama di Malaysia bermula di sekolah. Latihan gimrama tidak ditawarkan di mana-mana tempat pada mulanya. Di sekolah, gimrama telah dimulakan sebagai aktiviti kokurikulum. Sukan gimrama telah diperkenalkan secara serius di Malaysia pada tahun 1982 dimana satu Kursus Kejurulatihan Peringkat Asas telah diadakan di Kuala Lumpur dibawah pimpinan Puan Emmy Bellwood iaitu seorang jurulatih dari New Zealand. Pada tahun 1983, Jawatankuasa Teknik Gimrama yang pertama telah ditubuhkan di bawah Persekutuan Gimnastik Malaysia. Seterusnya pada tahun 1984, satu lagi kursus kejurulatihan bagi guru-guru dari sekolah dan maktab telah dijalankan oleh beberapa orang instruktor tempatan. Pada tahun 1985, Persekutuan Gimnastik Malaysia telah mengimport seorang jurulatih dari Australia untuk mengadakan program intensif selama setahun. Seramai 300 orang jurulatih dapat dihasilkan. Pada tahun yang tersebut juga, satu lagi Kursus Kejurulatihan Serantau Peringkat Lanjutan telah diadakan dengan menjemput pakar yang sama. Kejohanan gimrama peringkat kebangsaan yang pertama telah diadakan pada tahun 1985. Sebanyak 30 pasukan dari seluruh negara telah mengambil bahagian. Pada tahun 1986, satu skim pembangunan untuk gimnas yang berasaskan penganugerahan lencana dan sijil kecemerlangan bagi gimnas yang berjaya telah dilancarkan. Seterusnya pada tahun 1989, gimrama telah diperkenalkan di Sukan SEA Kuala Lumpur, dan Malaysia telah memungut lima pingat emas melalui Faiznur Miskin. Selain itu, gimnas peringkat nasional telah diberi peluang bertanding dalam Kejohanan Empat Benua untuk memperoleh pendedahan. Malaysia juga telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Sedunia di Alicante, Sepanyol. 18
  • 19. 9.0 Kesimpulan Ironinya, aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi dapat mengembangkan tingkah laku positif serta hubungan sosial seseorang. Aktiviti rekreasi juga membantu meluaskan pengetahuanseseorang peserta tentang alam sekitar atau ruang lingkup kegiatan tersebut. Rekreasidapat disimpulkan sebagai suatu kegiatan yang dilakukan sebagai pengisi waktu luanguntuk sesuatu tujuan, iaitu antaranya untuk kesenangan, kepuasan, penyegaran sikap dan mental yang dapat memulihkan kekuatan baik fizikal mahupun mental. Banyak nilai yang dapat diperoleh melalui aktiviti rekreasi dengan menggunakan dasar persekutuan. Ketegangan dapat dilepaskan dan kesihatan juga dapat dipertingkatkan. Selain itu, seseorang yang menyertai aktiviti rekreasi akan diselitkan dengan nilai keyakinan diri, bekerjasama, tolong-menolong, dan disiplin diri. Aktiviti rekreasi dapat membentuk personaliti seseorang. Misalnya, membentuk personaliti diri yang berkualiti seperti berdikari, berani dan yakin. Selain itu, aktiviti sebegini juga menyelitkan nilai kepimpinan dalam diri seseorang individu. Malahan, aktiviti rekreasi bersama kumpulan dapat melatih rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap keselamatan orang lain. Lantaran itu, penglibatan dalam rekreasi juga dapat memupuk sikap sosialisasi. Tamsilnya, seseorang peserta dapat melibatkan diri dengan aktiviti kumpulan yang dianjurkan oleh sesebuah pihak dan memberi peluang kepadaseseorang untuk mengenali orang lain yang turut serta dalam aktiviti berkenaan. Aktiviti umpama ini dapat memberi pengalaman yang baru dan pelbagai kepada peserta. Disingkap dari aspek kelemahan, penglibatan dalam aktiviti rekreasi boleh mengundang kecelakaan. Contohnya, seseorang itu boleh menghadapi kecederaan semasa melakukan aktiviti lasak. Selain itu, seseorang boleh juga bersemuka dengan masalah seperti sesat dalam hutan, gunung atau taman negara. Secara rumusnya, pelbagai aspek perlu diambil kira semasa melakukan sesuatu aktiviti rekreasi. Kebaikan dan kelemahan sesuatu aktiviti perlu diberi perhatian sebelum dijalankan. Rentetan itu, aktiviti-aktiviti lasak perlu dilakukan dengan pemerhatian jurulatih atau dengan panduan yang diberikan oleh jurulatih. Peserta aktiviti sukan dan rekreasi perlu selalunya berhati-hati semasa rekreasi. 19
  • 20. 20 SK HAJI MAT DAHAN PERKHEMAHAN REALISTIK TEMA: MENGEKALKAN GAYA HIDUP SIHAT DAN BERANI BERHADAPAN ALAM SEKITAR TARIKH : 10 DAN 11 MEI 2013 HARI : JUMAAT DAN SABTU TEMPAT : PADANG SK HAJI MAT DAHAN PENDANG . AJK KERJA GAJET Guru-guru Pengakap dan Pergerakan Puteri Islam KAIN RENTANG Puan Marziana Kassim PENDAFTARAN & YURAN Puan Nurhafizah Ajlan KESELAMATAN / KAWALAN MURID Encik Dahlan Zainuddin PENGERUSI PERALATAN EncikZainuri Yoap KEMBARA MAKLUMAT/JUNGLE TREKKING En. Ahmad Kamil b. IsmaiL HADIAH DAN CENDERAMATA Puan Arlina binti Ariffin SIARAYA DAN JURUFOTO Encik Ahmad Kamil bin Ismail BUKU PROGRAM Puan Nurhafizah Ajlan ORIEENTING Puan Norpishah bt. Abdul Manap FLYING FOX Puan Syarifah Norniza binti Syed Othman KETUA MASAKAN DAN QUARTER MASTER Puan Norazlina binti Abdul Aziz En. Mohd Nazri bin Baharuddin PENGERUSI PENGINAPAN Puan Arlina binti Ariffin JEMPUTAN PERASMI PK Kokurikulum & Setiausaha Kokurikulum SETINGGI –TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA : ο PPD PENDANG ο GURU BESAR SK HAJI MAT DAHAN ο GURU-GURU DAN KAKITANGAN ο PIBG ο JKKR ο IBU BAPA BROSURE PERKHEMAHAN REALISTIK SK HAJI MAT DAHAN PENDANG
  • 21. 21 • Mencungkil dan menggilap bakat murid- murid dalam aktiviti perkhemahan yang mencabar dan realistik • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid-murid tentang ikhtiar hidup. • Memupuk budaya kerjasama yang mesra dan erat dalam kalangan warga sekolah. • Melatih murid-murid berdisiplin dan mematuhi peraturan perkhemahan. • Memberi kesedaran dan keinsafan dalam kalangan murid tentang ciptaan Tuhan. • Memberi keseronokan dan pendedahan kepada murid tentang daya kreatif sewaktu berkhemah. • Menguji ketahanan murid dari aspek pembangunan afektif, kognitif dan psikomotor murid. Objektif Atur cara program 10 Mei 2013 8.00 pagi : Pendaftaran murid : Taklimat dan pembahagian kumpulan 10.00 pagi : Murid mendirikan khemah dan membina gajet. 12.00 tengah hari: Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan makanan tengah hari 1.00 petang : Persiapan menunaikan solat Jumaat 2.30 petang : Murid diberi tugasan untuk menyiapkan gajet. Murid dinilai dari aspek kemahiran dan kerjasama. 4.30 petang : Solat Asar 5.00 petang : Aktiviti Flying Fox 7.00 petang : Makam Malam dan Solat Maghrib. 8.30 malam : Taklimat tentang Ikhtiar Hidup di Hutan. 10.00 malam: Tidur 11 Mei 2013 6.00 pagi : Solat Subuh dan Siapsiaga diri 7.00 pagi : Sarapan 7.30 pagi : Senam Seni (Warming Up) 8.30 pagi : Jungle Trekking dan Ikhtiar Hidup Beberapa aspek dinilai: 1. Kemahiran Berpasukan 2. Daya Ketahanan Murid Borang pemarkahan aktiviti perkhemahan Aktiviti Aspek dinilai Markah Pertandingan Memasak di dalam hutan Cita rasa 20 Penyediaan bahan 10 Susun atur sajian 5 Penglibatan Murid 10 Masa 15 Ikhtiar Hidup Kerjasama Berpasukan 10 Kemahiran Orieentering 25 Ketahanan murid dalam menghadapi cabaran 10 Jungle trekking 5 Gajet Aplikasi ikatan 10 Kekemasan 10 Keunikan 20 kerjasama 5 Masa 5
  • 22. Rujukan : Guttmann, A. (1996). Games and empires: Modern sports and cultural imperialism. Canada: Columbia Univ Press Iskandar, Y., & Kaeh, A. R. (1978). Sejarah Melayu (Edisi Shellabear): Satu perbicaraan kritis dari pelbagai bidang. Kuala Lumpur: Hanemann Educational Books ( Asia ) Ltd. Nordin, A.B., Abdul Hamid, M.N., Abdul Kadir, R. (2000). Meniti zaman : SITC,MPSI, IPSI, UPSI. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Salehudin, J. (2009). Kecergasan fizikal dalam sukan (Eds).Selangor: Karisma Publications. Rujukan Laman Web Retrived at : 2April 2013. http://www.scribd.com/doc/129303274/Modul-Sukan-Sepanjang-Hayat-Rekreasi 22