0
(MINGGU 3)     Sifat BahasaTeori Noam Chompsky  Struktur Sintaktik          Disediakan oleh :      Nur Shamimi binti Jamud...
Tatabahasa Transformasi Generatif(TTG) Teori Tatabahasa Transformasi Generatif mula  diperkenalkan dalam bidang linguisti...
Definisi Tatabahasa TransformasiGeneratif Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada  seperangkat (set) rumus untuk me...
 TTG diasaskan oleh Noam Chomsky yang   menganggap nahu sebagai ‘a device of some sort   for producing the sentences of t...
Konsep-konsep dan Kajian TentangTransformasi Generatif Ada beberapa istilah yang menyatakan konsep-  konsep asas TTG iait...
i) Kecekapan dan PerlakuanBerbahasa Menurut teori ini, pemusatan terhadap kajian  bahasa terletak pada pengetahuan penutu...
 Menurut Chomsky (1957), tiap-tiap penutur dan  pendengar itu mempunyai dua bahagian  bahasa, iaitu kecekapan dan perlaku...
 Kecekapan ini penting sebagai asas untuk  menghasilkan ujaran atau penggunaan  bahasa, khususnya dalam bentuk ayat. Per...
ii)Struktur Dalaman dan StrukturPermukaan Konsep kewujudan dua peringkat struktur ayat ini  pertama kalinya diperkenalkan...
 Sebagaimana yang dinyatakan, teori TTG mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman ...
 Jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat hingga membawa kepada ...
 Apabila terdapat suatu ayat daripada jenis struktur permukaan yang berasal daripada dua struktur dalaman atau lebih, mak...
Tak paham?Lihat contoh di bawah Ayat Dasar (struktur dalaman)          ~Encik Ali guru.
 Ayat Transformasi (struktur permukaan)   ~Encik Ali bukan guru.   ~Encik Alikah guru?   ~Siapakah Encik Ali?   ~Encik Al...
 Struktur permukaan terhasil apabila kita mengujarkan sebutan untuk ayat berkenaan. Ini meliputi representasi fonetik. A...
Untuk pemahaman lebih lanjut : Kita perlu menguasai konsep ayat dasar dan ayat  terbitan kerana perkara ini membolehkan a...
Rumusan : Berdasarkan tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan penting terhadap prasarana pendidikan di Malaysia k...
Rumus Sintaksis Rumus sintaksis terbahagi kepada dua iaitu :- i) rumus struktur frasa Ii) rumus transformasi
i) Rumus Struktur Frasa Rumus struktur frasa terletak pada komponen  dasar untuk menghasilkan deskripsi struktur yang  se...
ii) Rumus Transformasi Kita meneliti dahulu konsep ayat terbitan yang  berkait dengan rumus transformasi ini. Penerbitan...
 Secara ringkas, rumus transformasi adalah :- i) berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat  serta memperluas sesuatu ...
Rumusan Tatabahasa TransformasiGeneratif Teori TTG merupakan satu teori linguistik yang  lengkap dan menyeluruh merangkum...
 Asas Linguistik Transformasi Generatif  (Rasionalis / Mentalis) i) bahasa yang hidup dicirikan oleh  kreativiti dengan ...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa

2,342

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
2,342
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
172
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa"

  1. 1. (MINGGU 3) Sifat BahasaTeori Noam Chompsky Struktur Sintaktik Disediakan oleh : Nur Shamimi binti Jamudin Basirah binti Ya’acob Athirahshazana binti Zakaria Norshuhaida binti Masre PISMP Ambilan Jan 2011 (Unit J2) IPG KAMPUS IPOH Puan Hasnah binti Awang.
  2. 2. Tatabahasa Transformasi Generatif(TTG) Teori Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam bidang linguistik pada tahun 1957 oleh Noam Chomsky melalui buku beliau yang bertajuk Syantactic Structures. Teori ini terkenal kerana kelainan yang diperlihatkan iaitu penggunaan rumus semacam rumus matematik. TG mendapat sambutan dan seterusnya menjadi popular di kalangan para linguis.
  3. 3. Definisi Tatabahasa TransformasiGeneratif Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada seperangkat (set) rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan korpus-korpus dan bertujuaan untuk memudahkan seseorang yang mempelajari sesuatu bahasa itu dapat membentuk ayat-ayat baru dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarnya.
  4. 4.  TTG diasaskan oleh Noam Chomsky yang menganggap nahu sebagai ‘a device of some sort for producing the sentences of the language under analysis’, iaitu menganalisis bahasa (ayat-ayat) secara generatif dengan penggunaan simbol-simbol untuk membentuk tatabahasa setepat mungkin bagi menerbitkan ayat-ayat yang bersesuaian. Dalam teori standard TG, nahu dibahagikan kepada tiga komponen, iaitu :i- sintaksisii- semantikiii- fonologi.
  5. 5. Konsep-konsep dan Kajian TentangTransformasi Generatif Ada beberapa istilah yang menyatakan konsep- konsep asas TTG iaitu generatif, kreatif, eksplisit, gramatis dan transformasional. Terdapat dua konsep utama yang diambil kira iaitu kemampuan dan perlakuan berbahasa dan struktur dalaman dan struktur permukaan.
  6. 6. i) Kecekapan dan PerlakuanBerbahasa Menurut teori ini, pemusatan terhadap kajian bahasa terletak pada pengetahuan penutur asli yang memungkinkan membentuk serta memahami ayat-ayat. Pengetahuan ini dikenali sebagai kecekapan berbahasa, yang ada pada setiap penutur asli sesuatu bahasa. Kecekapan ini ditafsirkan sebagai mengandungi satu set rumus yang sifatnya eksplisit yang dengannya penutur asli berkemampuan membentuk serta memahami pelbagai ayat dalam bahasanya.
  7. 7.  Menurut Chomsky (1957), tiap-tiap penutur dan pendengar itu mempunyai dua bahagian bahasa, iaitu kecekapan dan perlakuan. Kecekapan ini (tatabahasa) berada di dalam otak sedangkan perlakuan boleh dilihat di luar otak dalam bentuk penerbitan dan pemahaman, iaitu apa yang diterbitkan dan apa yang difahami. Kecekapan dapatlah diertikan sebagai satu sistem rumus-rumus dalam otak yang mampu menerbitkan kalimat-kalimat yang tidak terbatas jumlahnya. Kecekapan merupakan pengetahuan penutur mengenai bahasanya dan pengetahuan ini terdiri daripada satu sistem rumus-rumus. Sistem rumus-rumus inilah juga yang merupakan inti TTG.
  8. 8.  Kecekapan ini penting sebagai asas untuk menghasilkan ujaran atau penggunaan bahasa, khususnya dalam bentuk ayat. Perlakuan pula berlaku pada dua medan iaitu medan Wernicke dan medan Broca untuk proses penerbitan. Oleh itu, diingatkan kembali dua istilah penting dalam nahu ini, iaitu :-Kecekapan atau pengetahuan :- ilmu atau pengetahuan bahasa yang implicit yang ada pada seseorang.Perlakuan :- prestasi seseorang dalam menggunakan bahasa yang diketahuainya pada keadaan yang sesuai dan tepat.
  9. 9. ii)Struktur Dalaman dan StrukturPermukaan Konsep kewujudan dua peringkat struktur ayat ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1957 oleh Noam Chomsky. Beliau mengemukakan suatu teori bahasa yang baharu yang dikenali sebagai teori tatabahasa transformasi-generatif setelah beliau tidak berpuas hati dengan tatabahasa struktral.
  10. 10.  Sebagaimana yang dinyatakan, teori TTG mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Pertama, jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman. Pada peringkat struktur dalaman, iaitu struktur yang biasanya mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat, atau dengan kata lain, membentuk semantik ayat.
  11. 11.  Jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat hingga membawa kepada peringkat permukaan. Peringkat struktur permukaan, iaitu struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan (transformasi) daripada struktur dalamannya, dan merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur, dan yang diperlukan untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa, yang dinamai komponen fonologi.
  12. 12.  Apabila terdapat suatu ayat daripada jenis struktur permukaan yang berasal daripada dua struktur dalaman atau lebih, maka akan wujud keadaan ketaksaan ayat. Apabila terdapat dua jenis ayat permukaan yang berasal daripada hanya satu struktur dalaman, maka akan berlaku pula ayat-ayat yang bersifat parafrasa.
  13. 13. Tak paham?Lihat contoh di bawah Ayat Dasar (struktur dalaman) ~Encik Ali guru.
  14. 14.  Ayat Transformasi (struktur permukaan) ~Encik Ali bukan guru. ~Encik Alikah guru? ~Siapakah Encik Ali? ~Encik Ali ialah guru di Sekolah Menengah Ismail Petra. ~Guru itu Encik Ali.
  15. 15.  Struktur permukaan terhasil apabila kita mengujarkan sebutan untuk ayat berkenaan. Ini meliputi representasi fonetik. Ayat transformasi terdiri daripada pelbagai bentuk misalnya ayat penyata, ayat tanya, ayat penegas dan seumpamanya. Itulahsebab mengapa TTG diperlukan kerana melalui ayat dasar kita dapat menerbitkan pelbagai ayat.
  16. 16. Untuk pemahaman lebih lanjut : Kita perlu menguasai konsep ayat dasar dan ayat terbitan kerana perkara ini membolehkan ayat digeneratif secara gramatis. Jika penguasaan terhadap perkara ini diremehkan, justeru akan menjejas atau menjadi bahasa itu kacau-bilau keadaannya. Contoh yang jelas apabila penutur asing cuba menggunakan bahasa Melayu ketika berbicara dengan bangsa Melayu.
  17. 17. Rumusan : Berdasarkan tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan penting terhadap prasarana pendidikan di Malaysia khususnya merangkumi sekolah rendah hinggalah keinstitusi pengajian tinggi, tatabahasa ini dilihat bersifat aliran transformasi generatif. Ini terbukti apabila Nik Safiah Karim (Ijazah Kedoktoran di Universiti Ohio, Amerika 1975) dan Farid M. Onn (Universiti of Illinois 1976) menerima penuh terhadap aliran linguistik transformasi generatif yang bermula di Amerika ini. Justeru golongan ini secara terang-terangan menolak cara atau kaedah pegangan aliran lain.
  18. 18. Rumus Sintaksis Rumus sintaksis terbahagi kepada dua iaitu :- i) rumus struktur frasa Ii) rumus transformasi
  19. 19. i) Rumus Struktur Frasa Rumus struktur frasa terletak pada komponen dasar untuk menghasilkan deskripsi struktur yang seterusnya menghasilkan bentuk ayat dasar atau ayat inti. Dengan kata lain, rumus-rumus ini berfungsi untuk melahirkan rajah-rajah pohon yang menunjukkan hubungan gramatis (subjek, objek, predikat dan sebagainya) antara berbagai-bagai bentuk kata yang terdapat pada sesuatu ayat dasar.
  20. 20. ii) Rumus Transformasi Kita meneliti dahulu konsep ayat terbitan yang berkait dengan rumus transformasi ini. Penerbitan ayat bermaksud hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis iaitu melibatkan pelaksanaa rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturab atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat ataupun frasa. Penerbitan ayat ini dapat dilakukan proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula atau perluasa kepada unsur-unsur struktur dalaman.
  21. 21.  Secara ringkas, rumus transformasi adalah :- i) berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Ii) struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa menjadi input kepada rumus transformasi meukar pola atau struktur ayat membawa kepada struktur permukaan. Iii) struktur permukaan ditafsir oleh bahagian bunyi bahasa atau kompenan fonologi. Iv) proses transformasi melibatkan pengguguran, penyusunan semula dan perluasan.
  22. 22. Rumusan Tatabahasa TransformasiGeneratif Teori TTG merupakan satu teori linguistik yang lengkap dan menyeluruh merangkumi semua komponen bahasa seperti sintaksis, semantik, fonologi dan merangkumi faktor-faktor bukan linguistik untuk melengkapi komponen semantik yang terkenal dengan nama REST (Revised Extended Standard Theory) Oleh itu, kemunculan teori TG adalah untuk mengatasi atau memberi jawapan kepada persoalan-persoalan atau kelemahan-kelemahan yang tidak dapat diatasi atau terjawan oleh aliran struktural. Oleh demikian, dapat disimpulkan bahawa tatabahasa transformasi generatif asasnya ialah
  23. 23.  Asas Linguistik Transformasi Generatif (Rasionalis / Mentalis) i) bahasa yang hidup dicirikan oleh kreativiti dengan berasaskan rumus atau aturan. Ii) rumus-rumus tatabahasa secara psikologi merupakan hakikat bahasa. Iii) manusia secara istimewa dilengkapi keupayaan mempelajari bahasa. Iv) bahasa yang hidup ialah bahasa yang dapat menjadi wadah untuk manusia berfikir.
  1. A particular slide catching your eye?

    Clipping is a handy way to collect important slides you want to go back to later.

×