SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
Pengenalan
Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang terkenal dan tersohor di Asia Tenggara.
Pengangkatan martabat bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malahan bahasa
pengantar dalam pendidikan menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini.
Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi
asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu,
bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang
tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepqat, lengkap, tuntas dan mudah difahami
serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.
Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hokum bahasa yang menentukan
bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain,
tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang
meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Tatabahasa dahulunya dikenali sebagai nahu.
Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara rin gkas menyatakan tatabahasa
ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa yang betul bagi sesuatu bahasa
tertentu. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai peraturan-peraturan tersendiri untuk
membentuk kata, frasa dan ayat. Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi
Sekolah Menengah (2008) pula mendefinisikantatabahasa sebagai susunan perkataan
yang menjadi ayat. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam
ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa.
Menurut Siri Hajar (1996), tatabahasa diertikan sebagai peraturan-peraturan bagaimana
perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan
perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat gramatis. Dengan perkataan
lain, tatabahasa laiah retetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsure-
unsur ucapan menurut fungsinya.
Sebagai kesimpulannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun undang-
undang sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. Peraturan
atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumus-rumus baru
yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifastnya dinamik, hidup dan
berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya. Terdapat 12 kategori
tatabahasa yang diperkenalkan oleh pakar-pakar bahasa. Hanya 4 kategori tatabahasa
yang akan kami huraikan. Antaranya ialah tatabahasa transformasi generatif,
tatabahasa tradisional, tatabahasa structural dan tatabahasa fungsional.
TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF
Pengenalan
Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam bidang linguistik
pada tahun 1957 oleh Avram Noah Chomsky. Beliau ialah seorang ahli linguistik ,
pendidik , aktivis politik dan penulis Amerika Syarikat yang prolifik. Beliau dilahir dan
dibesarkan di Philadelphia, Pennsylvania. Beliau menamatkan ijazah pertamanya pada
tahun 1945 dan pengajian sarjananya pada tahun 1955 di Universiti Pennsylvania.
Chomsky telah mencipta dan memperkenalkan satu bidang linguistik baharu yang diberi
nama tatabahasa generatif berdasarkan teori yang beliau usahakan sepanjang tahun
1950- an. Beliau telah menerbitkan teori yang dipanggil tatabahasa tranformasi generatif
dalam bukunya yang bertajuk Syntactic Structures (1975) dan Aspects of the Theory of
Syntax (1965) iaitu buku yang telah menghuraikan nahu tranformasi dengan eksplisit
dan formal. Teori ini terkenal kerana kelainan yang ditonjolkan iaitu penggunaan rumus
semacam rumus matematik.
Tatabahasa Transformasi Generatif mendapat sambutan dan popular dalam
kalangan para linguistik antarabangsa termasuklah pakar-pakar bahasa di Malaysia.
Pengaruh terhadap tatabahasa Transformasi Generatif ini bukan hanya setakat di
Amerika sahaja malah telah menular ke negara-negara Eropah dan juga ke Asia
Tenggara khususnya Malaysia. Antara tokoh-tokoh bahasa Melayu yang sealiran dan
seangkatan dengan tatabahasa ini ialah Lutfi Abas melalui bukunya iaitu Linguistik
Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu yang ditulisnya pada tahun 1971 , Abdullah Hassan
melalui bukunya iaitu Linguistik Am tahun 1980 , Nik Safiah Karim melalui buku
Tatabahasa Dewan (1991) dan Bahasa Malaysia Syntax (1978) dan beberapa orang
lagi ahli bahasa Transformasi Generatif Melayu.
Tatabahasa Transformasi Generatif (TG) merupakan satu aliran mazhab
pengkajian bahasa. TG memberi tumpuan terhadap bidang sintaksis serta
mengutamakan bidang semantik. Dasar utama teori ini ialah dengan menganggap
bahawa setiap ayat yang dihasilkan sebenarnya mengandungi dua peringkat. Peringkat-
peringkat tersebut ialah struktur dalaman dan struktur permukaan.
Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat
inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat atau membentuk semantik ayat.
Struktur permukaan ialah struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan
daripada struktur dalamannya. Ia juga merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya
diucapkan oleh si penutur untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa atau komponen
fonologi.
Menurut Nik Safiah Karim (1993), teori TG mengandaikan adanya dua peringkat
struktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Kedua-
dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa.
Rumus-rumus tersebut ialah Rumus Struktur Frasa (RSF) dan Rumus Transformasi.
RSF akan membentuk ayat pada struktur dalaman manakala Rumus Transformasi akan
menerbitkan ayat pada peringkat permukaan. Ayat-ayat yang terhasil daripada kedua-
dua bentuk tersebut biasanya tidak mempunyai persamaan. Ayat yang terhasil daripada
struktur dalaman akan menjadi input kepada pembentukan ayat pada peringkat
permukaan. Teori ini juga mengandaikan bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa ini
menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu.
Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada set rumus untuk menghasilkan
ayat yang tidak terhad jumlahnya. Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan
himpunan-himpunan tulisan dan bertujuan untuk memudahkan seseorang yang
mempelajari sesuatu bahasa itu dapat membentuk ayat-ayat baharu dan memahami
pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarinya. TG juga dinyatakan bahawa nahu
dibahagikan kepada tiga komponen iaitu sintaksis, semantik dan fonologi.
Menurut Hashim Haji Musa (1993), komponen nahu mengikut aliran TG
mengandungi lima komponen iaitu komponen leksikon, komponen kategori atau struktur
frasa, komponen transformasi, komponen fonologi dan komponen semantik. Komponen
leksikon dan komponen struktur frasa sekaligus membentuk komponen dasar dan
bergabung dengan komponen transformasi untuk membentuk komponen sintaksis.
Rumusan
Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif yang diasaskan oleh Chomsky
memberi impak kepada arus perkembangan tatabahasa sejagat. Aliran tersebut telah
memberi satu dimensi baru dalam suatu kesatuan tatabahasa dunia. Teori ini telah
mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh aliran-aliran tatabahasa sebelumnya.
Pendekatan tatabahasa transformasi generatif telah pun diterapkan ke dalam
pengajaran bahasa Melayu di Malaysia. Penerapan ini dilakukan dengan beberapa
pengubahsuaian dengan kehendak dan kriteria bahasa Melayu.
Tokoh-tokoh bahasa di Malaysia seperti Nik Safiah Karim, Arbak Othman, Asmah
Hj Omar dan Hashim Hj Musa telah menggunakan pendekatan Tatabahasa
Transformasi Generatif dalam penulisan buku teks dan pengajaran bahasa Melayu di
peringkat universiti. Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif telah
mempengaruhi senario penyelidikan bahasa dan merancakkan lagi perkembangan
tatabahasa Melayu di Malaysia.
TATABAHASA TRADISIONAL
Pengenalan
Tatabahasa Tradisional merupakan nahu tertua di antara jenis-jenis aliran linguistik.
Nahu ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti dipatuhi dan dituruti. Dalam erti
kata lain, menurut nahu ini, undang-undang atau tatabahasa telah disediakan dan
penggunaan bahasa mestilah berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Ini
bermaksud nahu seperti begini akan mewujudkan satu bentuk bahasa yang betul dan
tepat sepanjang masa.
Teori Tatabahasa Tradisional mengutamakan bahasa tulisan. Kemahiran menulis
lebih penting daripada kemahiran lisan yang merangkumi latihan terjemahan daripada
bahasa asaran kepada bahasa ibunda ataupun dikenali sebagai bahasa pertama. Ini
kerana bahasa adalah bersifat sejagat. Pengajaran tatabahasa ini lebih berkonsepkan
secara deduktif. Penghafalan hukum tatabahasa yang diajarkan secara deduktif dan
diaplikasikan ke dalam penulisan. Terdapat juga kekecualian daripada hukum-hukum
biasa kerana setiap hukum tidak dapat elak daripada kekecualian. Kesilapan ini
menjadikan masalah kepada murid dan ianya perlu diberikan perhatian.
PELOPOR TATABAHASA TRADISIONAL
Tatabahasa tradisional di India telah bermula lebih awal daripada yang diketahui berlaku
di Yunani iaitu seawal 300 SM yang dipelopori oleh Panini.Teori Tatabahasa
Tradisional oleh Panini telah mendefinisikan tatabahasa tradisional sebagai ucapan
fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk
membunyikan suara.
IDEA ASAS PANINI
Pengetahuan linguitik tatabahasa di India berasaskan daripada kajian yang dibuat
tentang bahasa Sanskrit iaitu bahasa yang dianggap suci dan digunakan dalam Rig-
Veda. Tatabahasa Sanskrit ciptaan Panini mengemukakan rencana bahasa yang
lengkap serta teliti yang tidak hanya bersandarkan kepada teori falsafah tetapi
berdasarkan penelitian dan pemerhatian secara deskriptif. Selain itu, ciri nahu teori ini
mementingkan bahasa tulisan. Dalam hubungan ini, semua bahasa mempunyai
peraturan yang sama dengan bahasa Yunani. Lalu bahasa Yunani bertapak kepada
tatabahasa Inggeris yang amat mengutamakan makna bagi sesuatu unit nahu itu. Di
samping itu semua penutur diwajibkan mematuhi peraturan dan kesilapan yang
dilakukan dianggap sebagai kesalahan. Konsep teori ini diikuti oleh
huraian. pengajarannya lebih banyak tertumpu pada pengajaran nahu terjemahan.
Penghasilan tatabahasa tradisional pula bersifat anggapan yang merupakan kajian yang
berdasarkan kepercayaan atau tanggapan. Keistimewaan tatabahasa ini terletak pada
caranya dikaji, dihurai dan disusun berdasarkan pemerhatian yang halus.
KEPENTINGAN TEORI YANG DIPELOPORI
Kajian Panini yang mengandungi lebih kurang seribu makalah yang memperlihat gejala
perkembangan ilmu linguistik struktural oleh orang Hindu. Tatabahasa tradisional atau
Sanskrit ini dijadikan pedoman memajukan ilmu linguistik di Eropah yang membuka
jalan kepada ilmu perbandingan bahasa. Tatabahasa dan tatabunyi yang dinyatakan
oleh Panini memperlihatkan cara-cara menganalisis bentuk-bentuk bahasa yang
memperlihatkan kesamaan tertentu di antara bahasa-bahasa yang berhubungan kepada
penemuan linguistik perbandingan. Teori ini seterusnya diperkembangkan oleh Plato
yang telah mendefinisikan ayat sebagai rentetan kata yang mempunyai pemikiran yang
lengkap iaitu „Logos‟.
Rentetan sejarah perkembangan Tatabahasa Tradisional
Panini ( Zaman India 2- 200 SM)
Plato, Aristotles ( Zaman Yunani-300 SM )
Priscian ( Zaman Romawi- 500 SM )
Al-Khalil, Al-Masri ( Zaman Renaissance )
Jason Grimm ( Zaman Perbandingan )
Linguistik moden Ferdinand de Saussure ( Abad ke-19 dan 20 )
TATABAHASA STRUKTURAL
Definisi Tatabahasa Struktural
Tatabahasa Struktural mempunyai konsep yang berupa penghuraian (description). Oleh
itu, aliran Tatabahasa Struktural menekankan bahawa tatabahasa: “….. is concerned
with the observable forms, structural functions and inter- relations of the components of
sentences of stretches of utterance” ( Robins, 1971). Dalam Bahasa Melayu ianya
bermaksud “…. merangkumi bentuk –bentuk maujud, fungsi struktural dan hubungan
saling perkaitan antara komponen-komponen ayat dalam rantaian pertuturan”.
Tokoh- Tokoh Tatabahasa Struktural
Dalam tahun-tahun empat puluhan dan lima puluhan , muncul tokoh-tokoh bahasa
seperti Bloch, Haris, Wells dan Hocket yang membawa pengertian metadologi mereka.
Aliran ini digelar Struktural, taxonomist dan Bloomfieldian. Tatabahasa Struktural dikait
dengan era Linguistik Moden. Antara tokoh yang menjadi pengasas teori deskriptif ialah
Ferdinand de Saussure. Ferdinand menjadi tersohor kerana hasil karyanya dibukukan
oleh murid-muridnya yang mana buku tersebut dikenal dengan nama Course in general
Lingistik. Sesungguhnya Ferdinand menyatakan bahasa mempunyai jirim dan bentuk.
Dengan itu lahirlah Tatabahasa Struktural yang menekankan aspek sistem dan
unsur-unsur huraian bahasa secara mendalam. Aliran Ferdinand berkembang
dengan pelbagai mazhab antaranya ialah mazhab Geneva, Draha dan Glosematik.
Sementara itu di Amerika, L. Bloomfield , Franz Boas dan Edward Sapir juga banyak
menurut langkah Ferdinand. Seorang lagi ahli linguistik Amerika yang terkenal ialah Z.S
Haris menjalankan kajian linguistik secara struktur. Usaha Haris jelas terpapar dalam
buku berjudul Structural Linguistik (1951). Dalam bukunya itu, Haris didapati sangat
mementingkan langkah-langkah dan kaedah yang patut dijalankan untuk mengkaji
bahasa. Sementara itu tokoh Tatabahasa Struktural Melayu Era Tahun 1960-an ialah
Asmah Hj. Omar (1968) -Morfologi- Sintaksis, Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa
Indonesia Satu Perbandingan Pola.” Asmah Hj. Omar dan Rama Subbiah (1968) - An
Introduction to Malay Grammar. Asmah Hj. Omar (1970) - Bahasa Malaysia Kini: Satu
Pengenalan Melalui Struktural (Buku 1-V) dan asraf (1971) - Mari Belajar Bahasa Kita.
Hasilan Asmah Hj. Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir,Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka dilihat berunsurkan aliran struktural. Hal ini jelas apabila beliau
menyatakan kaedah yang digunakan berdasarkan teori sistematik-fungsional, dari aliran
Linguistik London. Ini kerana asas linguistik Asmah berpangkal daripada Universiti of
London di mana beliau mendapat Ijazah Kedoktoran pada tahun 1969. Pemerian beliau
terhadap nahu secara secara bersistem. Maksudnya kajian Bahasa Melayu dihuraikan
dari tingkat bawah iaitu morfem kepada tingkat yang paling atas iaitu ayat dari segi skala
tatatingkat dalam nahu. Penghuraian beliau lebih cenderung kepada deskriptif iaitu
mengkaji dan menghurai segala bentuk gejala bahasa sebagaimana ia wujud dan
digunakan oleh penuturnya. Asmah Hj Omar juga banyak menerangkan secara
terperinci aspek morfologi dan sintaksis secara mendalam.
Fokus pengkajianTatabahasa Struktural ialah aspek penghuraian struktur
bahasa. Struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi,
dengan fonem sebagai unit bahasa. Secara asasnya tiap-tiap bahasa terdiri daripada
satu pertalian struktur tersendiri. Antara ciri-ciri Tatabahasa Struktural ialah:
 Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan
 Bahasa ialah satu sistem
 Sistem bahasa ialah arbitari
 Bahasa adalah untuk perhubungan
Aliran Struktural menekankan pertalian struktur tersendiri, maka kajian bahasa
dijalankan dalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis. Pada
peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan
taburan kata-kata dalam struktur ayat. Pada peringkat sintaksis, aliran struktul
memberi tumpuan kepada perkembangan elemen dalam ayat ataupun konstituen-
konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat yang memecahkan bahagian-
bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan selanjutnya mengaitkan tiap-
tiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Cara pembahagian ini digelar
analisis konstituen terdekat (Immediate Constituent Analysis).(Fries, 1957). Secara
khususnya cirri-ciri Tatabahasa Struktural ialah
 Mementingkan bentuk atau struktur yang sebenarnya terdapat dalam sesuatu
bahasa
 Tidak bertitik tolak daripada ciri-ciri semantik yang terkandung dalam
sesuatu unsur tatabahasa
 Tidak ada tatabahasa universal atau tatabahasa sejagat
 Menghindari faktor berkaitan dengan psikologi, logika dan metafizik
 Kajian dibuat secara objektif dan saintifik dengan bukti yang tepat dan betul
Rumusan
Aliran strultural lebih menekan terhadap konsep struktur permukaan kerana dengan
jelasnya ia berkaitan tingkah laku, bentuk dan struktur sesuatu bahasa.
TATABAHASA FUNGSIONAL
Pengenalan
Tatabahasa Fungsional (Functional Grammar) sebenarnya adalah merupakan nama
sekumpulan teori linguistik yang secara umum dapat digolongkan ke dalam linguistik
fungsional (linguistic functionalism), termasuk di dalamnya functional discourse grammar
yang dibangunkan oleh linguis Belanda Simon Dik dan systemic functional grammar
yang dibangunkan oleh linguis Inggeris Michael A. K. Halliday.
Di samping itu juga, pandangan Choamsky yang mendapat penambahbaikan
dari Simon C.Dick (1978) telah mengembangkan tatabahasa fungsional. Tata bahasa ini
didasarkan pada fungsi bahasa sebagai satu alat komunikasi. Dalam pada itu juga, tata
bahasa ini tidak diakui sintaksis sebagai sistem yang otonom, melainkan sistem ini
didasarkan pada semantik (Dick,1978).
Tatabahasa fungsional adalah salah satu linguistik moden. Tatabahasa
fungsionalnya juga merupakan instrumen simbolik yang digunakan untuk tujuan
berkomunikasi. Pandangan tatabahasa fungsional mendasarkan bahawa struktur
bahasa tidak akan difahami secara tidak baik apabila prinsip pragmatik diabaikan.
Kajian sintaksis dan semantik dilihat sebagai satu dasar konvensyen pragmatik yang
menentukan penggunaan bahasa sebagai interaksi verbal iaitu sintaksis membentuk
kemampuan gramatikal untuk mengekspresi bahasa, sedangkan pragmatik
berkemampuan menggunakan ekspresi bahasa secara sesuai demi mewujudkan
kejayaan sesebuah komunikasi. Oleh kerana itu, tatabahasa fungsional melibatkan
fungsi sintaksis, fungsi semantik dan fungsi pragmatik.
Secara umumnya, tatabahasa fungsional (TBF) adalah teori yang berusaha
menjelaskan susunan bahasa semulajadi dari segi fungsionalnya. Kerana itulah
pengembangan teori ini memusatkan perhatiannya kepada tiga perkara yang saling
berkaitan, iaitu (1) fungsi bahasa semulajadi, (2) fungsi hubungan yang terjadi pada
pelbagai peringkat susunan tata bahasa, dan (3) sasaran yang ingin dicapai.
Untuk merealisasikan perkara di atas, pembangunan teori-teori tata bahasa
fungsional ini harus memenuhi tiga standard, iaitu:
1. Tipologis. Ertinya, peraturan dan prinsip-prinsip teori ini harus dapat diterapkan
dalam
mana-mana bahasa semulajadi.
2. Pragmatik. Ertinya, rumusan yang dikemukakan harus memberi pemahaman
mengenai
bagaimana ungkapan-ungkapan dapat digunakan secara efektif dalam interaksi
komunikatif.
3. Psikologi. Ertinya, apa-apa yang dikemukakan oleh tata bahasa fungsional harus
bersesuaian dengan perkara-perkara yang telah diketahui.
Dalam pada itu juga, tatabahasa fungsional ada tiga tingkatan fungsi-fungsi yang
menjadi perhatian, iaitu:
1. Fungsi Semantik (Pelaku [Agent], Pesakit [Patient], Penerima [Recipient], dsb.)
Fungsi ini mendefinisikan peranan yang dimainkan oleh peserta dalam suatu
peristiwa atau perbuatan sebagaimana ditunjukkan oleh predikat.
2. Fungsi Sintaksis (Subjek dan Objek).
Fungsi ini mendefinisikan bagaimana sudut pandang suatu peristiwa atau
perbuatan diwujudkan dalam bahasa-bahasa yang diungkapkan.
3. Fungsi Pragmatik (Tema dan Ekor [Tail], Topik dan Fokus).
Fungsi ini mendefinisikan status maklumat yang diungkapkan dan menyambung
ungkapan-ungkapan yang ada dalam perbincangan atau wacana yang sedang
berlangsung itu. Interaksi verbal yang sedang berlangsung juga dapat digunakan
sebagai alat analisis atas pelbagai aspek bahasa dan penggunaan bahasa, maka
tatabahasa fungsional berupaya sekaligus dapat memaksimumkan tahap tipologis dan
meminimakan peringkat abstraksi analisis linguistiknya. Usaha ini dilakukan dengan
mengurangkan kadar abstraksi (aturan, cara kerja, atau prosedur), sehingga jarak
antara struktur berdasarkan teori ini dapat disusun dan disempitkan. Sekatan abstraksi
dilakukan dengan mengikut prinsip-prinsip berikut:
1. Mengelakkan transformasi (dalam erti operasi perubahan struktur);
2. Mengelakkan elemen-elemen kosong dalam struktur utama yang tidak mendapatkan
ekspresi;
3. Menolak peranti penapis (filter devices);
4. Tidak melaksanakan penguraian leksikal yang abstrak (sebagai gantinya, hubungan
semantik antara kata dilakukan melalui definisi makna.)
Secara ringkas, formal grammar (atau umumnya disebut grammar sahaja)
adalah seperangkat aturan yang mengatur pembentukan kata, frasa, atau ayat dalam
suatu bahasa atau ilmu mengenai hal itu. Sementara functional grammar adalah model
tatabahasa yang memasukkan unsur fungsi (pemakaian) yang kontektual dalam suatu
rangkaian sistem-sistem yang disambungkan dalam menghasilkan makna. Dengan kata
lain, tata bahasa atau tatabahasa formal hanya tertarik dengan susunan atau proses
penyusunan bentuk kata, frasa, atau ayat, sedangkan, tatabahasa fungsional
memusatkan perhatiannya pada bagaimana para pengguna bahasa memilih dan
menggunakan bentuk atau susunan kata, frasa, atau ayat tertentu dalam
menyampaikan makna yang mereka inginkan. Pilihan yang mereka gunakan itu sudah
tentu tidak akan hanya mahal bentuknya saja, tetapi juga hal-hal kontekstual yang lain.

More Related Content

What's hot

Teori kuasaan dan tambatan
Teori kuasaan dan tambatanTeori kuasaan dan tambatan
Teori kuasaan dan tambatanAre Mei Razak
 
Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMMB3063
Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMMB3063Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMMB3063
Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMMB3063FaFai S.
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Fir Aziz
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikAhmad NazRi
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantikShila Daly
 
Latihan morfologi
Latihan morfologiLatihan morfologi
Latihan morfologihazariyah
 
Full assignment baru anali
Full assignment baru analiFull assignment baru anali
Full assignment baru analiNur Khairani
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Rosnani Hassan
 
Pengantar linguistik Bahasa Melayu
Pengantar linguistik Bahasa MelayuPengantar linguistik Bahasa Melayu
Pengantar linguistik Bahasa MelayuNoor Syazwanni
 
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisFonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisfahmi_naka
 
Nur hafizah linguistik gunaan
Nur hafizah linguistik gunaanNur hafizah linguistik gunaan
Nur hafizah linguistik gunaanWatak Bulat
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAhmad NazRi
 
Terjemahan arab melayu arab
Terjemahan arab melayu arabTerjemahan arab melayu arab
Terjemahan arab melayu arabAMATKAMIL91
 
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHANSEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHANFarah Elriani
 

What's hot (20)

Teori kuasaan dan tambatan
Teori kuasaan dan tambatanTeori kuasaan dan tambatan
Teori kuasaan dan tambatan
 
Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMMB3063
Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMMB3063Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMMB3063
Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah - BMMB3063
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1
 
Morfologi bahasa melayu
Morfologi bahasa melayuMorfologi bahasa melayu
Morfologi bahasa melayu
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantik
 
Latihan morfologi
Latihan morfologiLatihan morfologi
Latihan morfologi
 
Full assignment baru anali
Full assignment baru analiFull assignment baru anali
Full assignment baru anali
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1
 
SINTAKSIS PPG SEM 5
SINTAKSIS PPG SEM 5SINTAKSIS PPG SEM 5
SINTAKSIS PPG SEM 5
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
 
Pengantar linguistik Bahasa Melayu
Pengantar linguistik Bahasa MelayuPengantar linguistik Bahasa Melayu
Pengantar linguistik Bahasa Melayu
 
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisFonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
 
Bmm3107 pengantar linguistik
Bmm3107 pengantar linguistikBmm3107 pengantar linguistik
Bmm3107 pengantar linguistik
 
Nur hafizah linguistik gunaan
Nur hafizah linguistik gunaanNur hafizah linguistik gunaan
Nur hafizah linguistik gunaan
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantik
 
Terjemahan arab melayu arab
Terjemahan arab melayu arabTerjemahan arab melayu arab
Terjemahan arab melayu arab
 
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHANSEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
 
Bmm3102
Bmm3102Bmm3102
Bmm3102
 
Psikolinguistik
PsikolinguistikPsikolinguistik
Psikolinguistik
 

Similar to semantik

75748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-340375748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-3403kee jumat
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksismurni mohamat
 
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2NOORSADINA
 
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistikNoryatimah Ismail
 
08 isi-pelajaran-bmm3110
08 isi-pelajaran-bmm311008 isi-pelajaran-bmm3110
08 isi-pelajaran-bmm3110nissahana92
 
Pemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistikPemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistiktaylor
 
NAHU TRADISIONAL.pdf
NAHU TRADISIONAL.pdfNAHU TRADISIONAL.pdf
NAHU TRADISIONAL.pdfkeylahisham
 
MPU 1212: Bab 6 KEFAHAMAN PENULISAN
MPU 1212: Bab 6 KEFAHAMAN PENULISANMPU 1212: Bab 6 KEFAHAMAN PENULISAN
MPU 1212: Bab 6 KEFAHAMAN PENULISANZulhana Zulkifle
 
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)Ujang Abu
 
Teori struktural pp
Teori struktural ppTeori struktural pp
Teori struktural ppUmi Jauhar
 
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...Rozaiman Makmun
 
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasaPengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasacikgushamsuddin
 
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayuBuku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayuSyed Shafiq Syed Zaini
 
Menyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaMenyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaUSM
 
Pemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jeePemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jeeWatak Bulat
 

Similar to semantik (20)

75748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-340375748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-3403
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksis
 
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
 
Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012
 
Rujukan
RujukanRujukan
Rujukan
 
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
 
08 isi-pelajaran-bmm3110
08 isi-pelajaran-bmm311008 isi-pelajaran-bmm3110
08 isi-pelajaran-bmm3110
 
Pemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistikPemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistik
 
NAHU TRADISIONAL.pdf
NAHU TRADISIONAL.pdfNAHU TRADISIONAL.pdf
NAHU TRADISIONAL.pdf
 
Taj 1 BMM3107
Taj 1 BMM3107Taj 1 BMM3107
Taj 1 BMM3107
 
MPU 1212: Bab 6 KEFAHAMAN PENULISAN
MPU 1212: Bab 6 KEFAHAMAN PENULISANMPU 1212: Bab 6 KEFAHAMAN PENULISAN
MPU 1212: Bab 6 KEFAHAMAN PENULISAN
 
Konsep
KonsepKonsep
Konsep
 
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
 
Teori struktural pp
Teori struktural ppTeori struktural pp
Teori struktural pp
 
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...
 
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasaPengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
 
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayuBuku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
 
Menyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaMenyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasa
 
Pemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jeePemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jee
 
BMM3107 2
BMM3107 2BMM3107 2
BMM3107 2
 

More from noorabib

minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc
minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.docminit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc
minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.docnoorabib
 
PK_07_04 Minit Curai BM 2022.docx
PK_07_04 Minit Curai BM 2022.docxPK_07_04 Minit Curai BM 2022.docx
PK_07_04 Minit Curai BM 2022.docxnoorabib
 
headcount 2021 BM.docx
headcount 2021 BM.docxheadcount 2021 BM.docx
headcount 2021 BM.docxnoorabib
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayuRancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayunoorabib
 
Semantik dan peristilahan bahasa melayu
Semantik dan peristilahan bahasa melayuSemantik dan peristilahan bahasa melayu
Semantik dan peristilahan bahasa melayunoorabib
 
Proforma bmm3111
Proforma bmm3111Proforma bmm3111
Proforma bmm3111noorabib
 
Proforma big fasa 2 bina insan guru
Proforma big fasa 2 bina insan guruProforma big fasa 2 bina insan guru
Proforma big fasa 2 bina insan gurunoorabib
 
Proforma p.moral sem6
Proforma p.moral sem6Proforma p.moral sem6
Proforma p.moral sem6noorabib
 
Penyediaan folio
Penyediaan folioPenyediaan folio
Penyediaan folionoorabib
 

More from noorabib (9)

minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc
minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.docminit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc
minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc
 
PK_07_04 Minit Curai BM 2022.docx
PK_07_04 Minit Curai BM 2022.docxPK_07_04 Minit Curai BM 2022.docx
PK_07_04 Minit Curai BM 2022.docx
 
headcount 2021 BM.docx
headcount 2021 BM.docxheadcount 2021 BM.docx
headcount 2021 BM.docx
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayuRancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu
 
Semantik dan peristilahan bahasa melayu
Semantik dan peristilahan bahasa melayuSemantik dan peristilahan bahasa melayu
Semantik dan peristilahan bahasa melayu
 
Proforma bmm3111
Proforma bmm3111Proforma bmm3111
Proforma bmm3111
 
Proforma big fasa 2 bina insan guru
Proforma big fasa 2 bina insan guruProforma big fasa 2 bina insan guru
Proforma big fasa 2 bina insan guru
 
Proforma p.moral sem6
Proforma p.moral sem6Proforma p.moral sem6
Proforma p.moral sem6
 
Penyediaan folio
Penyediaan folioPenyediaan folio
Penyediaan folio
 

semantik

  • 1. Pengenalan Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang terkenal dan tersohor di Asia Tenggara. Pengangkatan martabat bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malahan bahasa pengantar dalam pendidikan menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini. Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepqat, lengkap, tuntas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hokum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Tatabahasa dahulunya dikenali sebagai nahu. Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara rin gkas menyatakan tatabahasa ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai peraturan-peraturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayat. Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008) pula mendefinisikantatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa. Menurut Siri Hajar (1996), tatabahasa diertikan sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat gramatis. Dengan perkataan lain, tatabahasa laiah retetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsure- unsur ucapan menurut fungsinya. Sebagai kesimpulannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun undang- undang sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. Peraturan atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumus-rumus baru yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifastnya dinamik, hidup dan berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya. Terdapat 12 kategori tatabahasa yang diperkenalkan oleh pakar-pakar bahasa. Hanya 4 kategori tatabahasa
  • 2. yang akan kami huraikan. Antaranya ialah tatabahasa transformasi generatif, tatabahasa tradisional, tatabahasa structural dan tatabahasa fungsional. TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF Pengenalan Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam bidang linguistik pada tahun 1957 oleh Avram Noah Chomsky. Beliau ialah seorang ahli linguistik , pendidik , aktivis politik dan penulis Amerika Syarikat yang prolifik. Beliau dilahir dan dibesarkan di Philadelphia, Pennsylvania. Beliau menamatkan ijazah pertamanya pada tahun 1945 dan pengajian sarjananya pada tahun 1955 di Universiti Pennsylvania. Chomsky telah mencipta dan memperkenalkan satu bidang linguistik baharu yang diberi nama tatabahasa generatif berdasarkan teori yang beliau usahakan sepanjang tahun 1950- an. Beliau telah menerbitkan teori yang dipanggil tatabahasa tranformasi generatif dalam bukunya yang bertajuk Syntactic Structures (1975) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965) iaitu buku yang telah menghuraikan nahu tranformasi dengan eksplisit dan formal. Teori ini terkenal kerana kelainan yang ditonjolkan iaitu penggunaan rumus semacam rumus matematik. Tatabahasa Transformasi Generatif mendapat sambutan dan popular dalam kalangan para linguistik antarabangsa termasuklah pakar-pakar bahasa di Malaysia. Pengaruh terhadap tatabahasa Transformasi Generatif ini bukan hanya setakat di Amerika sahaja malah telah menular ke negara-negara Eropah dan juga ke Asia Tenggara khususnya Malaysia. Antara tokoh-tokoh bahasa Melayu yang sealiran dan seangkatan dengan tatabahasa ini ialah Lutfi Abas melalui bukunya iaitu Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu yang ditulisnya pada tahun 1971 , Abdullah Hassan melalui bukunya iaitu Linguistik Am tahun 1980 , Nik Safiah Karim melalui buku Tatabahasa Dewan (1991) dan Bahasa Malaysia Syntax (1978) dan beberapa orang lagi ahli bahasa Transformasi Generatif Melayu. Tatabahasa Transformasi Generatif (TG) merupakan satu aliran mazhab pengkajian bahasa. TG memberi tumpuan terhadap bidang sintaksis serta mengutamakan bidang semantik. Dasar utama teori ini ialah dengan menganggap bahawa setiap ayat yang dihasilkan sebenarnya mengandungi dua peringkat. Peringkat- peringkat tersebut ialah struktur dalaman dan struktur permukaan.
  • 3. Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat atau membentuk semantik ayat. Struktur permukaan ialah struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur dalamannya. Ia juga merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa atau komponen fonologi. Menurut Nik Safiah Karim (1993), teori TG mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Kedua- dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Rumus-rumus tersebut ialah Rumus Struktur Frasa (RSF) dan Rumus Transformasi. RSF akan membentuk ayat pada struktur dalaman manakala Rumus Transformasi akan menerbitkan ayat pada peringkat permukaan. Ayat-ayat yang terhasil daripada kedua- dua bentuk tersebut biasanya tidak mempunyai persamaan. Ayat yang terhasil daripada struktur dalaman akan menjadi input kepada pembentukan ayat pada peringkat permukaan. Teori ini juga mengandaikan bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa ini menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu. Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada set rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan himpunan-himpunan tulisan dan bertujuan untuk memudahkan seseorang yang mempelajari sesuatu bahasa itu dapat membentuk ayat-ayat baharu dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarinya. TG juga dinyatakan bahawa nahu dibahagikan kepada tiga komponen iaitu sintaksis, semantik dan fonologi. Menurut Hashim Haji Musa (1993), komponen nahu mengikut aliran TG mengandungi lima komponen iaitu komponen leksikon, komponen kategori atau struktur frasa, komponen transformasi, komponen fonologi dan komponen semantik. Komponen leksikon dan komponen struktur frasa sekaligus membentuk komponen dasar dan bergabung dengan komponen transformasi untuk membentuk komponen sintaksis. Rumusan Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif yang diasaskan oleh Chomsky memberi impak kepada arus perkembangan tatabahasa sejagat. Aliran tersebut telah memberi satu dimensi baru dalam suatu kesatuan tatabahasa dunia. Teori ini telah
  • 4. mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh aliran-aliran tatabahasa sebelumnya. Pendekatan tatabahasa transformasi generatif telah pun diterapkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu di Malaysia. Penerapan ini dilakukan dengan beberapa pengubahsuaian dengan kehendak dan kriteria bahasa Melayu. Tokoh-tokoh bahasa di Malaysia seperti Nik Safiah Karim, Arbak Othman, Asmah Hj Omar dan Hashim Hj Musa telah menggunakan pendekatan Tatabahasa Transformasi Generatif dalam penulisan buku teks dan pengajaran bahasa Melayu di peringkat universiti. Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif telah mempengaruhi senario penyelidikan bahasa dan merancakkan lagi perkembangan tatabahasa Melayu di Malaysia. TATABAHASA TRADISIONAL Pengenalan Tatabahasa Tradisional merupakan nahu tertua di antara jenis-jenis aliran linguistik. Nahu ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti dipatuhi dan dituruti. Dalam erti kata lain, menurut nahu ini, undang-undang atau tatabahasa telah disediakan dan penggunaan bahasa mestilah berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Ini bermaksud nahu seperti begini akan mewujudkan satu bentuk bahasa yang betul dan tepat sepanjang masa. Teori Tatabahasa Tradisional mengutamakan bahasa tulisan. Kemahiran menulis lebih penting daripada kemahiran lisan yang merangkumi latihan terjemahan daripada bahasa asaran kepada bahasa ibunda ataupun dikenali sebagai bahasa pertama. Ini kerana bahasa adalah bersifat sejagat. Pengajaran tatabahasa ini lebih berkonsepkan secara deduktif. Penghafalan hukum tatabahasa yang diajarkan secara deduktif dan diaplikasikan ke dalam penulisan. Terdapat juga kekecualian daripada hukum-hukum biasa kerana setiap hukum tidak dapat elak daripada kekecualian. Kesilapan ini menjadikan masalah kepada murid dan ianya perlu diberikan perhatian.
  • 5. PELOPOR TATABAHASA TRADISIONAL Tatabahasa tradisional di India telah bermula lebih awal daripada yang diketahui berlaku di Yunani iaitu seawal 300 SM yang dipelopori oleh Panini.Teori Tatabahasa Tradisional oleh Panini telah mendefinisikan tatabahasa tradisional sebagai ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara. IDEA ASAS PANINI Pengetahuan linguitik tatabahasa di India berasaskan daripada kajian yang dibuat tentang bahasa Sanskrit iaitu bahasa yang dianggap suci dan digunakan dalam Rig- Veda. Tatabahasa Sanskrit ciptaan Panini mengemukakan rencana bahasa yang lengkap serta teliti yang tidak hanya bersandarkan kepada teori falsafah tetapi berdasarkan penelitian dan pemerhatian secara deskriptif. Selain itu, ciri nahu teori ini mementingkan bahasa tulisan. Dalam hubungan ini, semua bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani. Lalu bahasa Yunani bertapak kepada tatabahasa Inggeris yang amat mengutamakan makna bagi sesuatu unit nahu itu. Di samping itu semua penutur diwajibkan mematuhi peraturan dan kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan. Konsep teori ini diikuti oleh
  • 6. huraian. pengajarannya lebih banyak tertumpu pada pengajaran nahu terjemahan. Penghasilan tatabahasa tradisional pula bersifat anggapan yang merupakan kajian yang berdasarkan kepercayaan atau tanggapan. Keistimewaan tatabahasa ini terletak pada caranya dikaji, dihurai dan disusun berdasarkan pemerhatian yang halus. KEPENTINGAN TEORI YANG DIPELOPORI Kajian Panini yang mengandungi lebih kurang seribu makalah yang memperlihat gejala perkembangan ilmu linguistik struktural oleh orang Hindu. Tatabahasa tradisional atau Sanskrit ini dijadikan pedoman memajukan ilmu linguistik di Eropah yang membuka jalan kepada ilmu perbandingan bahasa. Tatabahasa dan tatabunyi yang dinyatakan oleh Panini memperlihatkan cara-cara menganalisis bentuk-bentuk bahasa yang memperlihatkan kesamaan tertentu di antara bahasa-bahasa yang berhubungan kepada penemuan linguistik perbandingan. Teori ini seterusnya diperkembangkan oleh Plato yang telah mendefinisikan ayat sebagai rentetan kata yang mempunyai pemikiran yang lengkap iaitu „Logos‟. Rentetan sejarah perkembangan Tatabahasa Tradisional Panini ( Zaman India 2- 200 SM) Plato, Aristotles ( Zaman Yunani-300 SM ) Priscian ( Zaman Romawi- 500 SM ) Al-Khalil, Al-Masri ( Zaman Renaissance ) Jason Grimm ( Zaman Perbandingan ) Linguistik moden Ferdinand de Saussure ( Abad ke-19 dan 20 ) TATABAHASA STRUKTURAL Definisi Tatabahasa Struktural
  • 7. Tatabahasa Struktural mempunyai konsep yang berupa penghuraian (description). Oleh itu, aliran Tatabahasa Struktural menekankan bahawa tatabahasa: “….. is concerned with the observable forms, structural functions and inter- relations of the components of sentences of stretches of utterance” ( Robins, 1971). Dalam Bahasa Melayu ianya bermaksud “…. merangkumi bentuk –bentuk maujud, fungsi struktural dan hubungan saling perkaitan antara komponen-komponen ayat dalam rantaian pertuturan”. Tokoh- Tokoh Tatabahasa Struktural Dalam tahun-tahun empat puluhan dan lima puluhan , muncul tokoh-tokoh bahasa seperti Bloch, Haris, Wells dan Hocket yang membawa pengertian metadologi mereka. Aliran ini digelar Struktural, taxonomist dan Bloomfieldian. Tatabahasa Struktural dikait dengan era Linguistik Moden. Antara tokoh yang menjadi pengasas teori deskriptif ialah Ferdinand de Saussure. Ferdinand menjadi tersohor kerana hasil karyanya dibukukan oleh murid-muridnya yang mana buku tersebut dikenal dengan nama Course in general Lingistik. Sesungguhnya Ferdinand menyatakan bahasa mempunyai jirim dan bentuk. Dengan itu lahirlah Tatabahasa Struktural yang menekankan aspek sistem dan unsur-unsur huraian bahasa secara mendalam. Aliran Ferdinand berkembang dengan pelbagai mazhab antaranya ialah mazhab Geneva, Draha dan Glosematik. Sementara itu di Amerika, L. Bloomfield , Franz Boas dan Edward Sapir juga banyak menurut langkah Ferdinand. Seorang lagi ahli linguistik Amerika yang terkenal ialah Z.S Haris menjalankan kajian linguistik secara struktur. Usaha Haris jelas terpapar dalam buku berjudul Structural Linguistik (1951). Dalam bukunya itu, Haris didapati sangat mementingkan langkah-langkah dan kaedah yang patut dijalankan untuk mengkaji bahasa. Sementara itu tokoh Tatabahasa Struktural Melayu Era Tahun 1960-an ialah Asmah Hj. Omar (1968) -Morfologi- Sintaksis, Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa Indonesia Satu Perbandingan Pola.” Asmah Hj. Omar dan Rama Subbiah (1968) - An Introduction to Malay Grammar. Asmah Hj. Omar (1970) - Bahasa Malaysia Kini: Satu Pengenalan Melalui Struktural (Buku 1-V) dan asraf (1971) - Mari Belajar Bahasa Kita. Hasilan Asmah Hj. Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka dilihat berunsurkan aliran struktural. Hal ini jelas apabila beliau menyatakan kaedah yang digunakan berdasarkan teori sistematik-fungsional, dari aliran
  • 8. Linguistik London. Ini kerana asas linguistik Asmah berpangkal daripada Universiti of London di mana beliau mendapat Ijazah Kedoktoran pada tahun 1969. Pemerian beliau terhadap nahu secara secara bersistem. Maksudnya kajian Bahasa Melayu dihuraikan dari tingkat bawah iaitu morfem kepada tingkat yang paling atas iaitu ayat dari segi skala tatatingkat dalam nahu. Penghuraian beliau lebih cenderung kepada deskriptif iaitu mengkaji dan menghurai segala bentuk gejala bahasa sebagaimana ia wujud dan digunakan oleh penuturnya. Asmah Hj Omar juga banyak menerangkan secara terperinci aspek morfologi dan sintaksis secara mendalam. Fokus pengkajianTatabahasa Struktural ialah aspek penghuraian struktur bahasa. Struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi, dengan fonem sebagai unit bahasa. Secara asasnya tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur tersendiri. Antara ciri-ciri Tatabahasa Struktural ialah:  Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan  Bahasa ialah satu sistem  Sistem bahasa ialah arbitari  Bahasa adalah untuk perhubungan Aliran Struktural menekankan pertalian struktur tersendiri, maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata dalam struktur ayat. Pada peringkat sintaksis, aliran struktul memberi tumpuan kepada perkembangan elemen dalam ayat ataupun konstituen- konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat yang memecahkan bahagian- bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan selanjutnya mengaitkan tiap- tiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Cara pembahagian ini digelar analisis konstituen terdekat (Immediate Constituent Analysis).(Fries, 1957). Secara khususnya cirri-ciri Tatabahasa Struktural ialah  Mementingkan bentuk atau struktur yang sebenarnya terdapat dalam sesuatu bahasa
  • 9.  Tidak bertitik tolak daripada ciri-ciri semantik yang terkandung dalam sesuatu unsur tatabahasa  Tidak ada tatabahasa universal atau tatabahasa sejagat  Menghindari faktor berkaitan dengan psikologi, logika dan metafizik  Kajian dibuat secara objektif dan saintifik dengan bukti yang tepat dan betul Rumusan Aliran strultural lebih menekan terhadap konsep struktur permukaan kerana dengan jelasnya ia berkaitan tingkah laku, bentuk dan struktur sesuatu bahasa. TATABAHASA FUNGSIONAL Pengenalan Tatabahasa Fungsional (Functional Grammar) sebenarnya adalah merupakan nama sekumpulan teori linguistik yang secara umum dapat digolongkan ke dalam linguistik fungsional (linguistic functionalism), termasuk di dalamnya functional discourse grammar yang dibangunkan oleh linguis Belanda Simon Dik dan systemic functional grammar yang dibangunkan oleh linguis Inggeris Michael A. K. Halliday. Di samping itu juga, pandangan Choamsky yang mendapat penambahbaikan dari Simon C.Dick (1978) telah mengembangkan tatabahasa fungsional. Tata bahasa ini didasarkan pada fungsi bahasa sebagai satu alat komunikasi. Dalam pada itu juga, tata bahasa ini tidak diakui sintaksis sebagai sistem yang otonom, melainkan sistem ini didasarkan pada semantik (Dick,1978). Tatabahasa fungsional adalah salah satu linguistik moden. Tatabahasa fungsionalnya juga merupakan instrumen simbolik yang digunakan untuk tujuan berkomunikasi. Pandangan tatabahasa fungsional mendasarkan bahawa struktur bahasa tidak akan difahami secara tidak baik apabila prinsip pragmatik diabaikan. Kajian sintaksis dan semantik dilihat sebagai satu dasar konvensyen pragmatik yang menentukan penggunaan bahasa sebagai interaksi verbal iaitu sintaksis membentuk kemampuan gramatikal untuk mengekspresi bahasa, sedangkan pragmatik
  • 10. berkemampuan menggunakan ekspresi bahasa secara sesuai demi mewujudkan kejayaan sesebuah komunikasi. Oleh kerana itu, tatabahasa fungsional melibatkan fungsi sintaksis, fungsi semantik dan fungsi pragmatik. Secara umumnya, tatabahasa fungsional (TBF) adalah teori yang berusaha menjelaskan susunan bahasa semulajadi dari segi fungsionalnya. Kerana itulah pengembangan teori ini memusatkan perhatiannya kepada tiga perkara yang saling berkaitan, iaitu (1) fungsi bahasa semulajadi, (2) fungsi hubungan yang terjadi pada pelbagai peringkat susunan tata bahasa, dan (3) sasaran yang ingin dicapai. Untuk merealisasikan perkara di atas, pembangunan teori-teori tata bahasa fungsional ini harus memenuhi tiga standard, iaitu: 1. Tipologis. Ertinya, peraturan dan prinsip-prinsip teori ini harus dapat diterapkan dalam mana-mana bahasa semulajadi. 2. Pragmatik. Ertinya, rumusan yang dikemukakan harus memberi pemahaman mengenai bagaimana ungkapan-ungkapan dapat digunakan secara efektif dalam interaksi komunikatif. 3. Psikologi. Ertinya, apa-apa yang dikemukakan oleh tata bahasa fungsional harus bersesuaian dengan perkara-perkara yang telah diketahui. Dalam pada itu juga, tatabahasa fungsional ada tiga tingkatan fungsi-fungsi yang menjadi perhatian, iaitu: 1. Fungsi Semantik (Pelaku [Agent], Pesakit [Patient], Penerima [Recipient], dsb.) Fungsi ini mendefinisikan peranan yang dimainkan oleh peserta dalam suatu peristiwa atau perbuatan sebagaimana ditunjukkan oleh predikat. 2. Fungsi Sintaksis (Subjek dan Objek). Fungsi ini mendefinisikan bagaimana sudut pandang suatu peristiwa atau perbuatan diwujudkan dalam bahasa-bahasa yang diungkapkan. 3. Fungsi Pragmatik (Tema dan Ekor [Tail], Topik dan Fokus). Fungsi ini mendefinisikan status maklumat yang diungkapkan dan menyambung ungkapan-ungkapan yang ada dalam perbincangan atau wacana yang sedang berlangsung itu. Interaksi verbal yang sedang berlangsung juga dapat digunakan
  • 11. sebagai alat analisis atas pelbagai aspek bahasa dan penggunaan bahasa, maka tatabahasa fungsional berupaya sekaligus dapat memaksimumkan tahap tipologis dan meminimakan peringkat abstraksi analisis linguistiknya. Usaha ini dilakukan dengan mengurangkan kadar abstraksi (aturan, cara kerja, atau prosedur), sehingga jarak antara struktur berdasarkan teori ini dapat disusun dan disempitkan. Sekatan abstraksi dilakukan dengan mengikut prinsip-prinsip berikut: 1. Mengelakkan transformasi (dalam erti operasi perubahan struktur); 2. Mengelakkan elemen-elemen kosong dalam struktur utama yang tidak mendapatkan ekspresi; 3. Menolak peranti penapis (filter devices); 4. Tidak melaksanakan penguraian leksikal yang abstrak (sebagai gantinya, hubungan semantik antara kata dilakukan melalui definisi makna.) Secara ringkas, formal grammar (atau umumnya disebut grammar sahaja) adalah seperangkat aturan yang mengatur pembentukan kata, frasa, atau ayat dalam suatu bahasa atau ilmu mengenai hal itu. Sementara functional grammar adalah model tatabahasa yang memasukkan unsur fungsi (pemakaian) yang kontektual dalam suatu rangkaian sistem-sistem yang disambungkan dalam menghasilkan makna. Dengan kata lain, tata bahasa atau tatabahasa formal hanya tertarik dengan susunan atau proses penyusunan bentuk kata, frasa, atau ayat, sedangkan, tatabahasa fungsional memusatkan perhatiannya pada bagaimana para pengguna bahasa memilih dan menggunakan bentuk atau susunan kata, frasa, atau ayat tertentu dalam menyampaikan makna yang mereka inginkan. Pilihan yang mereka gunakan itu sudah tentu tidak akan hanya mahal bentuknya saja, tetapi juga hal-hal kontekstual yang lain.