Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

955 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
955
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
10
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

  1. 1. Minggu 14 Pembentangan Hasil Kerja (Menjelaskan Rangka Novel)Disediakan oleh :Nur Shamimi binti JamudinBasirah binti Ya’acobNorshuhaida binti MasreAthirahshazana binti Zakaria
  2. 2. Judul : Manikam KalbuPenulis : Faisal TehraniPenerbit : Dewan Bahasadan Pustaka (DBP)Halaman : 364 mukasuratISBN : 978-983-62-9678-8Anugerah : Hadiah PertamaSayembara MengarangNovel Remaja SempenaPerayaan Jubli Emas DBP
  3. 3. Biodata Pengarang• FAISAL TEHRANI adalah nama pena kepada Mohd Faizal Musa.• Beliau dilahirkan pada 7 Ogos 1974 di Hospital Kuala Lumpur.• Pada usia 5 tahun beliau dibawa ibu-bapanya berpindah ke Melaka dan dibesarkan di kota bersejarah tersebut.• FAISAL TEHRANI mendapat pendidikan awal di Sekolah Sacred Heart Melaka, kemudian di Sekolah Rendah Jalan Dato? Palembang dan memperolehi 5 A untuk peperiksaan Penilaian.• Faisal kemudian menuntut di Sekolah Menengah Sultan Muhammad sehingga Tingkatan Tiga, lantaran keputusan SRP yang cemerlang, beliau ditawarkan belajar di Kolej Islam Kelang (Kolej Islam Sultan Alam Shah). Kisah-kisah awal remaja Faisal banyak disirikan di dalam majalah Fokus SPM.• Faisal seterusnya menuntut di Akademi Islam Nilam Puri Kelantan sebelum meneruskan pengajian sehingga memperolehi ijazah Sarjana Muda Syariah Politik dari Universiti Malaya.• Tidak lama kemudian Faisal menjadi fellow di Universiti Sains Malaysia.• Beliau meneruskan pengajian peringkat Sarjana (MA) dalam jurusan Kesusasteraan dan kini melanjutkan pelajaran dalam kedoktoran (PhD) pula di UKM.
  4. 4. • Faisal mendapat tunjuk ajar dari Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said, Sasterawan Negara Dato Shahnon Ahmad, pemenang SEA Write Award Zaharah Nawawi dan Sutung Umar RS dalam bidang puisi.• Keluarga beliau turut memiliki hubungan rapat dengan SN Dato Shahnon.• Faisal pernah mewakili Malaysia ke Program Penataran Sastera anjuran Majlis Sastera Asia Tenggara di Jakarta dan Bogor pada tahun 1999, bersama Mawar Shafie, Hizairi Othman, Jasni Matlani.• Beliau mula menulis secara serious pada 1992, dengan cerpen pertamanya dengan judul Anastasia yang tersiar di majalah Muslimah .• Faisal semakin dikenali dikhalayak sastera pada tahun 1994 apabila beliau memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank 1994 melalui cerpen Anak dan cerpen Opah.• Pada tahun yang sama beliau menggondol Hadiah Sastera Siswa DBP-Bank Rakyat (kini sudah tiada), menerusi cerpen Malam Ini Philadelphia Menangis.
  5. 5. • Kejayaan ini diikuti pada tahun 1995 apabila beliau memenangi sekali Hadiah Sastera Utusan dengan cerpen Pemberontakan Kedua.• Tahun 1996 Faisal dikurniai rezeki yang murah dengan memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank dengan cerpen Perempuan Anggerik dan cerpen Api KL Belum Terpadam, Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran BAHEIS kelapan dengan cerpen Menanti Subuh.• Dalam tahun 1997, cerpen Surat Untuk Gabe 1 memenangi Hadiah Sastera Karya.
  6. 6. • Faisal seterusnya memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia pada tahun 1998 (dengan cerpen Cinta Gendang Kasturi), 1999 (cerpen Bulan dan Wira dan puisi Sesudah Hujan Dahlia) dan dalam tahun 2000 dengan cerpen Irisan-irisan Mimpi dan Syahid Raja Api.• Faisal juga memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 96/97 dengan cerpen Perempuan Anggerik.• Cerpen beliau ini diterjemahkan ke bahasa Thai, Inggeris dan Jepun serta diadaptasi ke dramatari oleh kareografer terkenal Adikara Dance Theatre, Jasni Abdul Hamid pada 29 Julai 2001.• Dalam tahun 2001 juga Faisal memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam dengan cerpen Cahaya Pada Jiwa.• Salah sebuah cerpen Faisal iaitu Kerana Manisnya Epal terkandung dalam komponen sastera dalam subjek Bahasa Melayu bagi Tingkatan Empat.• Dua kumpulan cerpen mini beliau diterbitkan di Sasbadi dengan judul Sehari Dalam Perang (1997) dan Safari Gilgit (1997). Beliau pernah berganding dengan Azman Husin dalam tahun 2000 untuk menerbitkan Kumpulan Cerpen Underground secara "berduet".
  7. 7. • Novel ini menggabungkan 2 kisah dalam 2 zaman iaitu zaman kesultanan Melayu Melaka dan zaman sekarang sebagai latar tempatnya. Ziryab,seorang pelajar sekolah menengah yang mengambil jurusan jahitan dan sememangnya amat meminati bidang jahitan. Minatnya itu secocok dengan namanya yang diangkat dari seorang tukang jahit terkenal dan ulama zaman kegemilangan Andalus. Dia juga sanggup menjadi seorang pelajar lelaki tunggal yang mengambil jurusan jahitan di sekolah teknik dan berazam kuat untuk menjadi seorang pereka fesyen dan ingin melakukan tajdid dalam bidang seni reka fesyen di Malaysia yang banyak didominasi oleh golongan darai. Ziryab yang juga merupakan seorg anak yatim piatu sejak kecil dijaga oleh neneknya yang kemudiannya mengidap Alzheimer ketika dia masih belajar di sekolah teknik. Namun kecekalan dan kasih sayangnya yang amat mendalam terhadap neneknya dapat membawa Ziryab menempuh cabaran dan berjaya dalam hidup. Dia juga banyak mempelajari ilmu jahitan daripada neneknya yang sememangnya mahir dalam bidg tersebut.
  8. 8. • Manikam Kalbu, seorang lagi watak dalam novel ini adalah merupakan seorang hamba yang hidup di zaman Sultan Muhammad Syah yang amat meminati seni jahitan dan fesyen melayu tradisional. Kisah manikam kalbu ini diceritakan oleh Manira,(seekor kucing comel seperti pada ilustrasi cover novel ini). Dia telah menyertai pertandingan mereka pakaian rasmi bagi masyarakat Melayu pada ketika itu dan telah memenangi hadiah untuk menuntut ilmu di mana sahaja yang disukai. Manikam kalbu memilih untuk mendalami ilmu agama dan tentang pakaian menutup aurat di Acheh.
  9. 9. Tema • Novel ini mengangkat tema busana tradisional Melayu.• Pernahkah kita terfikir mengapa baju kurung dan baju Melayu yang dipakai kita selama ini begitu rekaannya? Apa maksud disebaliknya? Di dalam buku ini, diceritakan secara terperinci mengapa baju orang Melayu itu, begitu rekaanya. Penuh dengan makna tersirat.• Yang menariknya, ada dua cerita yang berlainan zaman diceritakan secara berselang babnya. Kisah Ziryab, seorang remaja lelaki (yang benar-benar lelaki) yang mengambil aliran fesyen dan kisah Manikam Kalbu dan Manira si kucing madura yang menjadi jurubusana Istana Melaka.
  10. 10. Persoalan• Manikam Kalbu sarat dengan maklumat dan perincian tentang busana Melayu yang semakin terpinggir. - Penulis mencerminkan betapa fesyen sekarang sudah membunuh dan mengkacau bilaukan busana tradisional dengan rekaan kontemperori yang bertentangan dengan agama.
  11. 11. • Tuntutan Dalam Agama - Penulis menceritakan tentang kepentingan menutup aurat dalam mengenakan apa-apa busana. Dalam versi zaman moden ditekankan bahawa pakaian sekarang banyak terikut dengan pakaian Barat. Manakala dalam versi KMM, Sultan bermimpi bahawa anakandanya berpakaian yang tidak sopan. Melalui kejadian ini, muncullah pereka busana yang cuba untuk mengangkat martabat Islam dalam bab berpakaian. - Selain itu, digambarkan bahawa watak-watak yang bermain dalam cerita ini mentaati perintah Allah. Sebagai contoh dalam bab pergaulan, menjaga solat dan menghormati orang lain.
  12. 12. • Kasih sayang - Tema kasih sayang diangkat tinggi dalam cerita ini. Di dalam kisah Ziryab yang dijaga dengan penuh kasih sayang oleh neneknya selepas kematian kedua ibu bapanya. Kemudian selepas neneknya sakit, giliran Ziryab pula menjaga neneknya. Begitu juga dengan kasih sayang orang sekeliling Ziryab seperti pasangan suami isteri, guru-guru dan rakan-rakannya di sekolah. - Kisah zaman Manikam Kalbu pula menceritakan kasih sayang seorang anak kepada ibunya iaitu Melekek Sukma dan kasih sayangnya kepada kucing bernama Manira.
  13. 13. • Kesungguhan dalam mencapai sesuatu. - Dalam cerita ini, kesungguhan dalam mencapai sesuatu dapat dilihat melalui kedua- dua watak utama iaitu Ziryab dan Manikam Kalbu yang bersungguh-sungguh untuk mencipta busana yang mengangkat martabat Islam. - Ziryab begitu bersungguh-sungguh menumpukan perhatian di dalam kelas jahitan manakala Manikam Kalbu yang tekad untuk menuntut ilmu mengenai busana di pelbagai negeri.
  14. 14. • Mentaati orang yang lebih tua dan berkuasa. - Kisah Ziryab yang sangat menghormati orang tua dan guru-gurunya. - Manikam Kalbu yang begitu taat kepada sultannya.
  15. 15. • Kisah Ziryab di sekolah, seorang pelajar tunggal lelaki Permulaan dalam kelas jahitan. • Nenek Ziryab ditimpa sakit alzheimer. Ziryab tekad untuk menjaga neneknya tanpa mahu dihantar ke hospital.Perkembangan • Ziryab dan neneknya dipantau oleh jiran mereka sepasang suami isteri yang juga doktor haiwan dan doktor di hospital. • Nenek Ziryab hilang dan akhirnya dijumpai oleh Dr Basri bersama seekor kucing madura yang diberi nama Manikam Perumitan Kalbu. • Ziryab ditawarkan untuk menyertai pertandingan mereka busana di Kulim bersama rakan sekelasnya Nurul Haliza. • Ziryab dituduh menghantar mesej lucah kepada Cikgu Natasya. Kemuncak • Nenek kesayangan Ziryab meninggal dunia. • Ziryab didapati tidak bersalah, Cikgu Natasya menawarkan Ziryab untuk menyertai pertandingan seni reka fesyen. Peleraian • Ziryab menyambung pelajaran di Paris selepas berjaya dalam pertandingan seni reka fesyen.
  16. 16. • Sultan Muhammad Syah bermimpi anakanda baginda berbusana yang tidak sopan. Baginda bertitah untuk Permulaan : menganjurkan pertandingan mereka busana untuk mengembalikan semula martabat busana orang Islam. • Sultan berjumpa dengan ulama, Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim untuk mendapatkan petunjuk mengenai syarat-syaratPerkembangan : pertandingan. Manikam Kalbu, anak seorang hamba tekad untuk menyertai pertandingan ini dan berusaha untuk mencipta pelbagai jenis busana. • Saingan sengit antara Manikam Kalbu dengan Dang de Nurhalijah yang juga mempunyai kepakaran dalam mencipta busana. Dang de Perumitan : Nurhalijah seorang yang bongkak amat menyangka bahawa dia akan memenangi pertandingan itu. Sewaktu menghantar rekaan busana, Manikam Kalbu ditahan oleh Seri Bija Diraja, katanya anak seorang hamba tidak boleh menyertai pertandingan itu. Tun Martim sahabatnya menawarkan diri untuk digunakan namanya. • Keputusan pertandingan bakal diumumkan oleh sultan. Busana yang direka dipertontonkan kepada seluruh rakyat jelata. Rata-rata ramai Kemuncak : memilih busana rekaan Manikam Kalbu berbanding Nurhalijah. Manikam Kalbu diumumkan sebagai pemenang dan segala permintaannya dituruti sultan dan dia dihantar belajar di beberapa buah negeri seperti di Acheh, Minang, Pandai Sikek, Palembang. • Manikam Kalbu menjadi kaya raya selepas mendapat Peleraian : hadiah daripada Maharaja China. Kemudian berkhidmat dengan Sultan Muhammad Syah dan kembali belayar serta mempelajari pelbagai seni khat.
  17. 17. Nama Umur Perwatakan Peranan Jeniswatak watakZiryab 15 tahun •Pelajar sekolah teknik. •Cucu kepada WatakZa’im •Lelaki tunggal di dalam Zainon utama. kelas yang mengambil Abdullah. aliran jahitan. •Anak yatim •Baik hati, sopan santun, piatu. menghormati orang tua, •Anak angkat gigih dan kuat berusaha. kepada Dr •Seorang yang penyabar dan Basri dan Dr sayang kepada neneknya. Faizah. •Sensitif, hati mudah tersentuh.
  18. 18. Nama Umur Perwatakan Peranan Jeniswatak watakZainon Lewat 60- •Nenek yang penyayang. •Nenek WatakAbdullah an •Menjaga cucunya Ziryab kepada sampingan dengan penuh kasih sayang Ziryab. selepas kematian ibu bapa Ziryab. •Menghidap penyakit alzheimer. •Seorang tukang busana di Istana Maziah dan Istans Bukit Chandan. •Mempunyai banyak idea dalam melakarkan busana. •Pandai memasak.
  19. 19. Nama Umur Perwatakan Peranan Jeniswatak watakDr Basri Lewat 40- •Pensyarah di Universiti •Jiran kepada Watak an Putra Malaysia yang juga Ziryad dan sampingan seorang doktor veterinar. neneknya. •Suami kepada Dr Faizah. •Ayah angkat •Seorang yang baik hati. Ziryad. •Amat mengasihi Ziryad. •Sering membantu Ziryab dan neneknya. •Banyak memberi sokongan dan dorongan kepada Ziryad •Mengambil Ziryad sebagai anak angkat.
  20. 20. Nama Umur Perwatakan Peranan Jeniswatak watakDr Lewat 40- •Doktor perubatan di •Jiran kepada WatakFaizah an Hospital Kuala Lumpur Ziryad dan sampingan dalam pengkhususan neneknya. penyakit-penyakit tua. •Mak angkat •Isteri kepada Dr Basri Ziryad. •Seorang yang baik hati. •Amat mengasihi Ziryad. •Sering membantu Ziryab dan neneknya. •Banyak memberi sokongan dan dorongan kepada Ziryad •Mengambil Ziryad sebagai anak angkat.
  21. 21. Nama Umur Perwatakan Peranan Jeniswatak watakCikgu Lewat 20- •Guru Ziryad. •Guru Ziryad WatakNatasya an •Sangat mengambil berat sampingan akan Ziryad. •Seorang yang baik hati dan lembut. •Mudah mesra dengan orang sekeliling. •Banyak membantu Ziryad dan sering memberi kata- kata motivasi kepada Ziryad.
  22. 22. Nama Umur Perwatakan Peranan Jeniswatak watakManikam 15 tahun. •Seorang jejaka yang masih •Anak seorang WatakKalbu rebung. hamba. utama. •Anak seorang hamba. •Pereka •Menyertai pertandingan busana istana. mereka busana. •Seorang yang berdedekasi. •Rajin berusaha. •Bersungguh-sungguh dalam mereka busana demi mengangkat martabat Islam. •Seorang yang rajin menuntut ilmu. •Anak kepada Melekek Sukma.
  23. 23. Nama Umur Perwatakan Peranan Jeniswatak watakSultan - •Sultan di negeri Melaka. •Sultan di WatakMuhammad •Pemerintah yang taat pada negeri utama.Syah agama. Melaka. •Menggubal undang- undang berlandaskan agama. •Mengadakan pertandingan mereka busana demi mengangkat martabat Islam. •Seorang yang adil dalam menentukan pemenang.
  24. 24. Nama Umur Perwatakan Peranan Jeniswatak watakManira - •Seekor kucing keturunan •Kucing Watak Madura. kesayangan utama. •Penggerak cerita Manikam Manikam Kalbu dalam versi Kalbu. tradisional. •Seekor kucing yang gemuk dan comel. •Peneman setia Manikam Kalbu setelah dihadiahkan kepada Manikam Kalbu. •Seorang yang setia dan mengetahui pelbagai cerita.
  25. 25. Nama Umur Perwatakan Peranan Jeniswatak watakTun Matim 15 tahun •Sahabat kepada Manikam •Sahabat Watak Kalbu. kepada sampingan. •Seorang yang sangat Manikam nakal. Kalbu. •Sanggup berkorban demi sahabat asalkan sahabatnya Manikam Kalbu dapat menyertai pertandingan mereka busana. •Dilantik menjadi hulubalang termuda di istana.
  26. 26. Versi Moden• Menggunakan sudut pandangan orang ketiga. Cerita ini digarap dengan menggunakan watak- watak yang menggerakkan cerita. Watak ini telah dikuasai sepenuhnya oleh pengarang dan pengarang menggerakkan cerita dengan penuh menarik.
  27. 27. Versi Tradisional• Menggunakan sudut pandangan orang ketiga. Manira seekor kucing yang menggerakkan kisah ini. Manira pada mulanya menjadi kucing kepada Sultan kemudiannya menjadi kucing peliharaan Manikam Kalbu selepas dihadiahkan kepadanya atas kemenangan dalam mereka busana.
  28. 28. Latar Tempat (versi moden)• Di sekolah.• Di rumah Ziryad serta di rumah Dr Basri dan Dr Faizah.• Di bilik guru dan bilik guru disiplin.• Di tempat pertandingan (Kulim, Kedah).• Di kedai jahitan nenek.• Di rumah Pak Ated.
  29. 29. Latar Tempat (versi tradisional)• Di istana.• Di makam sultan.• Di rumah Manikam Kalbu.• Di rumah ulamak Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim.• Di tempat Manikam Kalbu menuntut ilmu (Acheh, Minang, Palembang, China, Arab)
  30. 30. Latar Masa (versi moden)• Pada zaman sekarang.• Zaman yang penuh dengan kecanggihan alatan.• Zaman perubatan yang maju.
  31. 31. Latar Masa (versi tradisional)• Pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Sultan Melaka.• Zaman agama Islam diangkat tinggi.

×