SlideShare a Scribd company logo
1 of 72
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
PRAKTIKUM FASA 1 : 
Lokasi Sekolah : SJK(C) 
Tempoh : 31 Mac – 24 April 2014 
Jarak : (IPG ) 
|| Tinggal hari lagi bakal menjadi guru praktikum . Semoga dipermudhkan 
segalanya . Amin || 
#mendalamibahasamandarin 
#bukupersediaanRPH 
#ohrumahsewa 
TAJUK 1 Sintaksis 
SINOPSIS 
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara yang berikut: 
· Struktur binaan ayat 
· Pembahagian subjek dan predikat; 
· Ayat dasar dan ayat terbitan ; 
· Susunan dalam ayat 
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan 
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. 
Binaan sintaksis pula merujuk kepada binaan yang dibentuk oleh 
perkataan yang berfungsi sebagai binaan ataupun konstituen dalam ayat, iaitu 
klausa dan frasa. 
Selain itu, perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas 
yang minimum yang menjadi unsur setiap binaan sintaksis, iaitu ayat, klausa dan 
frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek 
dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, 
1
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), 
frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Hasil dari binaan 
perkataan, frasa. klausa, ialah satu ayat. 
HASIL PEMBELAJARAN 
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 
1. Menjelaskan definisi ayat, ayat dasar, ayat terbitan, struktur binaan ayat, 
binaan subjek dan predikat 
2. Menganalisis binaan ayat, binaan ayat dasar, binaan ayat terbitan dan 
struktur subjek dan predikat dalam ayat. 
KERANGKA TAJUK-TAJUK 
=> Ayat merupakan unit binaan yang terdiri daripada subjek dan predikat 
=> Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. 
Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi 
sumber bagi pembentukan ayat-ayat yang lain. 
=> Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu 
ayat dengan mematuhi hukum tatabahasa atau rumus transformasi. 
=> Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, 
penyusunan semula dan peluasan. 
Struktur binaan ayat : subjek dan predikat boleh berubah-ubah kedudukan 
mengikut kesesuaian dalam proses penerbitan ayat. 
2
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
1.0 KANDUNGAN ISI 
Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat dan 
binaannya. Seterusnya, perbincangan difokuskan kepada struktur binaan ayat 
serta struktur binaan subjek dan predikat dalam ayat. 
1.1 Definisi Ayat (Sintaksis) 
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan 
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk 
daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang 
pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi 
intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et.al, 2006). 
Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji 
bentuk,struktur dan binaan atau konstruksi ayat (Siti Hajar Abdul Aziz . 2008). 
Contoh binaan ayat: 
Subjek Predikat 
(1). Ali (FN) peniaga (FN) 
(2). Pemburu itu (FN) melontar lembing (FK) 
(3). Bajunya (FN) cantik sekali (FA) 
(4). Rumah itu (FN) di tepi sawah (FS) 
1.2 Struktur Binaan Subjek dan Predikat 
Subjek Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau 
beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang 
diterangkan. 
Predikat Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan 
menjadi unsur yang menerangkan subjek. 
Contoh: 
Subjek Predikat 
(5). Amin 
(6). Abang kandungku 
(7). Pegawai kastam itu 
guru besar di sekolah baru itu. 
sedang berehat di bilik sebelah. 
amat cekap. 
3
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
Ayat di atas boleh juga disongsangkan dengan melakukan pendepanan predikat 
dan meletakkan subjek di belakang. 
Subjek Predikat 
(8). Guru besar di sekolah baru itu 
Amin. 
(9). Sedang berehat di bilik sebelah 
abang kandungku. 
(10). Amat cekap 
pegawai kastam itu. 
1.3 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan 
Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat 
dasar juga disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi sumber bagi 
pembentukan ayat-ayat lain (Raminah Hj.Sabran, Rahim Syam ,1987). 
Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat 
dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi. 
Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan 
semula atau peluasan. 
Contoh : 
Ayat Dasar -------- Ayat terbitan (perluasan) 
(11) Faridah guru (FN+FN) => Faridah guru yang sabar. 
(12) Ah Meng berlari (FN+FK) => Ah Meng berlari dengan pantas. 
(13) Pak Cik membaca(FN+FK) => Pak Cik membaca surat khabar. 
(14) Kucing comel (FN+FA) => Kucing comel itu kesayangan Mama. 
(15) Mak Limah ke sawah (FN+FS) => Mak Limah ke sawah untuk menuai padi. 
AKTIVITI 
(i). Bina 5 ayat tunggal dan 5 ayat terbitan. 
4
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
LATIHAN 
(i). Nyatakan kepentingan membuat analisis sintaksis dalam kalangan guru 
bahasa. 
(ii). Bincangkan pola-pola ayat dasar dalam bahasa Melayu 
BAHAN BACAAN 
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar 
Sdn.Bhd. 
Nik Safiah Karim et.al (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa 
dan Pustaka. 
Raminah Hj.Sabran,Rahim Syam (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. 
Kuala Lumpur: Fajar Bakti. 
5
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
TAJUK 2 Sintaksis: 
· Urutan Kata, Perpindahan Ayat 
· Ragam Ayat, Jenis Ayat 
SINOPSIS 
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: 
· Konsep kata dan perpindahan ayat dalam Bahasa Melayu; 
· Ragam ayat , jenis ayat 
· Sintaksis dan aspek tatabahasa bahasa Melayu 
Kata ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang 
terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan 
dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan. (Marzukhi Nyak Abdullah,1997). 
Perpindahan ayat merupakan satu proses pembentukan ayat 
berdasarkan binaan subjek dan predikat sama ada secara susunan biasa atau 
susunan songsang. Selain itu, konsep ragam ayat, jenis ayat serta aspek 
tatabahasa bahasa Melayu akan disentuh dalam bab ini. 
6
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
HASIL PEMBELAJARAN 
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 
1. Menjelaskan jenis-jenis ayat, ragam ayat serta aspek tatabahasa 
dalam binaan ayat. 
2. Menyatakan konsep ayat berdasarkan jenis dan ragam ayat. 
KERANGKA TAJUK 
2.0 KANDUNGAN ISI 
Untuk pengetahuan anda, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang 
konsep sintaksis yang merangkumi konsep kata dan perpindahan ayat, ragam 
ayat, jenis ayat serta aspek tatabahasa yang lain. Aspek-aspek tatabahasa yang 
menjurus kepada bidang sintaksis merupakan aspek penting dalam melengkapi 
kajian bahasa. 
7
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
2.1 Konsep kata dan Perpindahan Ayat 
Perkataan atau kata merupakan unsur yang terdapat dalam salah satu binaan 
ayat. Frasa pula boleh terbina daripada satu atau beberapa perkataan yang 
mengandungi kata sama ada kata nama, kata kerja,adjektif atau kata sendi 
nama. (Lutfi Abas ,1975). 
Terdapat unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat dalam sesuatu 
ayat. Sebagai contoh, terdapat ayat yang mempunyai kata adjektif seperti 
berikut: 
(1). Ramli sangat pandai bermain skuasy. 
(2). Maniam itu baik sungguh. 
(3). Kek lapis itu enak sekali. 
Konsep perpindahan ayat pula adalah berasaskan pola ayat dasar yang 
jelas terdapat perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa. Kedudukan sesuatu 
perkataan atau kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam 
sesuatu binaan ayat juga memperlihatkan ciri perbezaan (Nik Safiah Karim et.al 
2008). Sebagai contoh, perbandingan antara bahasa-bahasa di bawah: 
a) Paulus Mariam Vidit (bahasa Latin) 
Paulus = Paul 
Mariam =Mary 
vidit = melihat 
Dalam hubungan tersebut, akhiran –us dan –am menentukan kata nama 
subjek dan kata nama objek. Oleh itu, kedudukan kata kerja tidak menjadi 
persoalan dan tidak menjejaskan makna ayat bahasa Latin tersebut. 
Sebaliknya, dalam bahasa Melayu, ayat Melihat Paul, Mary akan mengubah 
makna asal daripada bahasa Latin tersebut. 
b) Min aina anta ? (bahasa Arab) 
Min = daripada / dari 
aina = mana 
8
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
anta = kamu (lelaki) 
Maksud terjemahan langsung [daripada mana kamu] kurang memberikan 
makna yang tepat dan gramatis dalam bahasa Melayu. Ayat bahasa Melayu 
yang lebih sesuai bagi bahasa Arab tersebut ialah kamu datang dari mana? 
Oleh itu ,perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa serta sistem bahasa 
yang berbeza-beza menjadikan bahasa itu sesuatu yang unik untuk dikaji dan 
digunakan. 
2.2 Ragam Ayat 
Konsep ayat telah pun diperkenalkan dalam penerangan sebelum ini. Dengan 
perkataan lain, ayat boleh terdiri daripada pelbagai bentuk variasi mengikut pola-pola 
yang tertentu. 
Seterusnya, kita akan bincangkan tentang ragam ayat yang menjadi salah 
satu unsur dalam ayat. Terdapat dua jenis ragam dalam ayat. Ragam ayat 
terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang 
mengutamakan subjek asas sebagai judul. Ayat pasif pula mengutamakan 
subjek terbitan sebagai judul. 
Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat 
frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkaitan. 
Contoh: 
(4) Amar menendang bola itu. (ayat aktif) 
(5) Bola itu ditendang oleh Amar. (ayat pasif) 
(6) Saya menendang bola itu. (ayat aktif) 
(7) Bola itu saya tendang. (ayat pasif) 
(8) Saya tendang bola itu. (ayat pasif yang mengalami pendepanan predikat) 
9
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
2.2.1 Ayat aktif 
Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek 
asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif 
transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat aktif transitif ialah ayat yang 
mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa 
komplemen sebagai objek atau unsur penyambut. Ayat aktif tak transitif ialah 
ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh 
objek sebagai penyambut. 
Contoh : 
a) Ayat Aktif Transitif 
Subjek Predikat 
Kata Kerja Transitif Objek 
(9). Pekerja 
(10). Budin 
(11). Air mata 
membaiki 
membeli 
membasahi 
jalan itu. 
buah durian. 
pipinya. 
b) Ayat Aktif Tak Transitif 
Subjek Predikat 
Kata Kerja Tak Transitif Objek 
(12). Kanak-kanak 
(13). Ombak 
(14). Diana 
sedang mandi 
memutih 
menangis 
di kolam itu. 
di pantai Damai. 
sepanjang malam. 
2.2.2 Ayat Pasif 
Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang 
mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang 
diterangkan. Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis 
iaitu: 
a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif 
b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua 
c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja. 
10
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif 
Subjek Kata Kerja 
Pasif 
Oleh + Frasa 
Nama 
Keterangan 
(15). Kereta itu 
(16).Semak samun 
sudah dibeli 
dibersihkan 
oleh Amin 
oleh pekerja 
minggu lepas 
setiap bulan. 
ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua 
Subjek Frasa Kerja Pasif 
dengan Ganti Nama 
Diri Pertama atau 
kedua 
Keterangan 
(17). Kereta itu 
(18). Kuih itu 
sudah saya bersihkan 
belum awak makan 
pagi tadi. 
lagi. 
iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja 
Subjek Kena Kata Kerja Dasar Oleh+Frasa 
Nama 
(19). Rusa itu 
(20). Budak itu 
kena 
kena 
tembak 
kejar 
oleh pemburu. 
oleh anjing. 
3. Jenis Ayat 
Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis; 
i) Ayat penyata 
ii) Ayat tanya 
iii) Ayat perintah 
iv) Ayat seruan 
a) Ayat Penyata 
11
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata 
mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. 
Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan. 
Contoh: 
(21). Saya sudah memiliki kereta baru. 
(22). Dunia ini penuh dengan dugaan. 
(23). Dia pandai mengawal emosinya. 
b) Ayat Tanya 
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan 
berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh 
wujud dengan kata tanya atau tanpa kata tanya. 
c) Ayat Perintah 
Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu 
tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata 
ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, anda, engkau dan sebagainya. 
d) Ayat Seruan 
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi 
seruan dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti 
marah,takut,gembira,sedih dan sebagainya. Contoh kata seru ialah oh, amboi, 
wah, cis, aduh dan sebagainya. Menurut Abdullah Hassan (2005), ayat seruan 
lazimnya tidak sempurna dan menyatakan perasaan sedih, suka, gembira, 
duka , terkejut, marah, hairan dan lain-lain. 
AKTIVITI 
12
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
1. Nyatakan 4 jenis ayat dalam bahasa Melayu dengan memberikan contoh-contoh 
yang sesuai. 
LATIHAN 
1. 2. Bincangkan pola-pola ayat pasif dalam bahasa Melayu 
BAHAN BACAAN 
Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing 
Sdn.Bhd. 
Marzukhi Nyak Abdullah. (1997)Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah 
Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 
Nik Safiah Karim et.al (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa 
dan Pustaka. 
Raminah Hj.Sabran,Rahim Syam (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. 
Kuala Lumpur: Fajar Bakti. 
13
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
TAJUK 3 Frasa Nama Bahasa Melayu 
SINOPSIS 
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: 
· Konsep Frasa Nama; 
· Binaan Frasa Nama bahasa Melayu; 
Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat unsur frasa nama 
yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Tanpa unsur frasa, maka 
sesuatu ayat itu tidak akan dapat wujud dengan sempurna. 
Frasa nama juga menjadi tonggak dalam binaan sintaksis. Binaan 
sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa 
yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. 
Malah, ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek 
dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, 
manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), 
frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). 
14
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
HASIL PEMBELAJARAN 
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 
1. menjelaskan definisi frasa nama dan; 
2. menjelaskan binaan frasa nama. 
KERANGKA TAJUK-TAJUK 
3.0 KANDUNGAN ISI 
15
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian 
tentang konsep frasa nama berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Seterusnya, 
perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis frasa nama bahasa 
Melayu. 
3.1 Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu 
Frasa Nama menurut Nik Safiah Karim et.al. (2008) ialah konstituen atau unsur 
yang menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur 
intinya. Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan sederetan penerang 
yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya, atau sebelum dan sesudah 
frasa nama. 
Frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat 
dan predikat nama, disamping boleh menggantikan kata nama (Asmah Hj.Omar, 
1986) 
Contoh : 
Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Nama 
(1). Emak 
peniaga. 
(2). Emak Wan Seng 
peniaga sayur. 
(3). Putrajaya 
bandar selamat. 
(4). Bandar Putrajaya 
bandar selamat. 
Struktur Frasa Nama (inti + inti) 
Frasa Nama 
Inti Inti Predikat 
(5). Ibu bapa saling bantu-membantu. 
(6). Keluar masuk untuk pekerja sahaja. 
16
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
Struktur Frasa Nama (inti + penerang) 
Frasa Nama 
Inti Penerang Predikat 
(7). Atlet 
paralimpik 
(8). Pelajar 
semester akhir 
(9). Pegawai 
Jabatan Haiwan 
(10). Anak 
yang soleh itu 
(11). Kucing 
jinak itu 
meraih pingat emas. 
menduduki ujian. 
memberi ceramah. 
baik akhlaknya. 
menggigit makanan. 
3.2 Binaan Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu 
Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah 
Hassan et.al, 2006). Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa 
digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat, frasa didapati 
merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. Binaan frasa dapat dibentuk 
daripada satu kata atau lebih. Walaupun terdapat beberapa pendapat tentang 
binaan frasa nama bahasa Melayu, namun perbincangan dalam topik 3 ini 
menjurus kepada dua struktur frasa dan binaan frasa nama. (Abdullah 
Hassan,1983). 
Binaan frasa nama dapat digambarkan seperti berikut: 
Binaan Frasa 
Nama 
Penerang Inti Penerang 
Inti + Penerang 
Nama 
Penerang nama 
keturunan 
askar 
Suku bangsa 
British. 
Jawa. 
Penerang nama 
jenis 
kucing 
bunga 
parsi. 
mawar. 
Penerang nama 
kegunaan 
serbuk 
minyak 
kari 
pelincir 
17
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
Penerang nama 
penyambut 
pemutar 
penjaga 
skru 
pintu 
Penerang nama 
kelamin 
pelakon 
guru 
lelaki. 
wanita. 
Penerang nama 
tempat 
pinggiran 
pantai 
Binaan Frasa 
Nama 
Penerang 
(Penentu 
Hadapan) 
Inti 
(Bilangan+penjodo 
h bilangan) 
Penerang 
(Inti) 
tiga orang guru 
lima buah kereta 
tujuh dulang nasi minyak. 
Penerang 
(Penentu 
belakang) 
Inti Penerang 
orang 
rumah 
itu 
ini 
Penerang kata 
kerja 
mesin 
bilik 
kira 
menunggu 
Penerang kata 
adjektif 
pengemis 
kereta 
muda 
antik 
Penerang frasa 
sendi nama 
baju 
banglo 
di jemuran 
di desa. 
Penerang 
bilangan ordinal 
tempat 
tingkat 
kedua 
ketiga 
Inti + inti 
Inti + inti 
dengan maksud 
sama erti 
tubuh 
bukit 
badan 
bukau 
Inti + inti 
dengan maksud 
berlawanan 
tuan 
atas 
hidup 
puan 
bawah 
mati 
18
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
AKTIVITI 
1. Tulis 10 contoh frasa nama bagi binaan inti + penerang nama. 
LATIHAN 
1. Senaraikan 20 binaan frasa nama berdasarkan sebuah cerpen atau 
rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan 
Pustaka, atau akhbar tempatan. 
2. Apakah ciri-ciri yang dapat membezakan frasa daripada ayat? 
BAHAN BACAAN 
Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing 
Sdn.Bhd. 
Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional 
Publishing Sdn.Bhd. 
Asmah Hj.Omar (1986) Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa 
dan Pustaka. 
Nik Safiah Karim et.al (2008). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa 
dan Pustaka. 
19
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
TAJUK 4 Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu 
· Peraturan D-M 
· Kekecualian Hukum D-M 
· Bilangan dan Panggilan 
4.0 Konstituen Frasa Nama 
Konstituen Frasa Nama dalam tatabahasa Bahasa Melayu mengandungi aspek-aspek 
yang telah disusun secara sistematik berdasarkan rumus-rumus 
tatabahasa bahasa Melayu : 
· Peraturan D-M (Hukum D-M) 
· Kekecualian Hukum D-M 
· Bilangan dan panggilan 
4.1 Peraturan D – M (Hukum D - M) 
Dalam tatabahasa bahasa Melayu, D-M membawa maksud diterangkan (D) dan 
menerangkan (M). Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan merupakan 
unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan 
merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. 
Contoh : 
Frasa Nama 
Diterangkan (Inti) Menerangkan (Penerang) 
Askar 
Melayu 
Budak 
lelaki 
Pemain 
boling 
Penarik 
beca 
Penghantar 
surat 
Pensyarah 
wanita 
Pakar 
psikologi 
20
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
Doktor veterinar 
Contoh-contoh lain: 
- sos cili (bukan cili sos) 
- Restoran Ali ( bukan Ali Restoran) 
- Kedai Makanan Rahim ( bukan Rahim Kedai Makan / Kedai Makan Rahim) 
- pisang goreng (bukan goreng pisang) 
- kentang goreng ( bukan goreng kentang) 
- cakera padat (bukan padat cakera/compact disc) 
- sup kambing ( bukan kambing sup) 
- nasi goreng (bukan goreng nasi) 
4.2 Kekecualian Hukum D - M 
Konsep kekecualian wujud dalam kebanyakan bahasa di dunia bagai 
merasionalkan penggunaan sistem bahasa yang sudah lazim dipakai secara 
mantap dalam masyarakat pengguna bahasa. Hal yang demikian berlaku 
disebabkan oleh kecenderungan pengguna bahasa menggunakan sistem 
bahasa lain bagi bahasa sendiri , seperti sesetengan penguna bahasa Melayu 
yang gemar menggunakan sistem bahasa Inggeris sebagai kayu ukur 
berbahasa. Lama-kelamaan, keadan itu menjadi perkara lazim dan terhasillah 
satu fenomena bahasa yang menyimpang dari rumus tatabahasa dalam 
konteks hukum D - M. 
Selain itu, kekecualian hukum D - M juga wujud akibat kebiasaan dalam 
penggunaan, terutama sekali yang melibatkan pada nama-nama jawatan. 
Kebiasaan ini mewujudkan kelaziman yang semakin diterima penggunaannya 
dalam masyarakat pengguna bahasa. 
21
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
Contoh: 
Penerang (M) Diterangkan (D) 
Perdana 
Ibu 
Naib 
Ketua 
Timbalan 
Naib 
Pembantu 
Menteri 
Pejabat 
Presiden 
Hakim 
Perdana Menteri 
Presiden 
Penyelaras 
Namun, hal ini tidak berlaku pada frasa menteri besar, menteri kanan, menteri 
pengangkutan, imam besar, dan seumpamanya. 
Contoh penggunaan dalam ayat: 
(12). Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah YTM Tunku Abdul Rahman. 
(13). Ibu pejabat Kastam daerah Johor Bahru dipindahkan ke Jalan Aman. 
(14). Ketua Hakim Negara telah bercuti selama dua hari. 
(15). Timbalan Perdana Menteri membuat lawatan kerja ke Syria. 
(16). Jawatan Naib Presiden disandang oleh Dato Hj. Mohd.Ali. 
(17). Naib presiden yang baharu telah berucap dalam majlis perasmian. 
(18). Pembantu penyeldik sedang membuat penganalisisan data kajian. 
22
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
4.3 Bilangan dan Panggilan 
Kata bilangan yang berfungsi sebagai penerang dalam frasa nama boleh 
wujud di hadapan katan nama inti. (Abdullah Hassan, 2006) Dalam konteks ini, 
bilangan yang digunakan merujuk kepada unsur numerik yang menjadi penanda 
kepada jumlah yang difokuskan dalam frasa. 
Contoh : 
lima ekor kuda 
segolongan kecil peneroka 
kelima-lima pendekar silat 
sekumpulan penyelidik 
segelintir pengundi 
sejumlah wang 
sebilangan besar pekerja 
Contoh ayat: 
(19) Lima ekor kuda telah dibeli oleh Haji Tahir. 
(20). Segolongan kecil peneroka sudah menanam pokok gaharu. 
(21). Kelima-lima pendekar silat itu menunjukkan gaya kepahlawanan. 
(22). Sekumpulan penyelidik sudah mendapat elaun khas. 
(23). Segelinitr pengundi pilihanraya dilihat berlegar-legar di situ. 
(24). Sejumlah wang yang besar diperlukan untuk kos perubatan. 
(25). Sebilangan besar pekerja sudah pulang ke kampung. 
Secara lebih khusus, kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam kumpulan 
berdasarkan makna (Hashim Hj.Musa, 1993); 
i. Kata bilangan tentu 
ii.Kata bilangan tak tentu 
iii.Kata bilangan himpunan 
iv.Kata bilangan pisahan 
v.Kata bilangan pecahan; dan 
23
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
vi.Kata bilangan tingkatan 
Kata Bilangan Tentu 
Kata bilangan yang mendukung makna tentu yang menjurus kepada bilangan 
khusus terdiri daripada angka yang boleh dilambangkan dengan simbol atau 
huruf abjad. 
Contoh: 
satu = 1 empat = IV 
dua = 2 sepuluh = X 
Contoh ayat: 
(26). Konvokesyen ke-2 telah dilaksanakan pada hari semalam. 
(27). Sukan Asia ke-XIV telah mencatat satu sejarah kegemilangan atlet 
Malaysia. 
(28). Dollah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian. 
(29). Shakira mempunyai empat ekor anak kucing. 
(30) Hang Tuah memiliki dua ekor kuda putih . 
Kata Bilangan Tak Tentu 
Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang tidak khusus . 
Contoh: 
Segala, semua , banyak ,sedikit, beberapa, sekalian, sekelompok. 
Contoh ayat: 
(31). Beberapa orang guru telah ditukarkan ke sekolah pedalaman. 
(32). Kegiatan gotong-royong itu disertai oleh semua penduduk kampung. 
(33). Segala bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai. 
Kata Bilangan Himpunan 
Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang terhimpun atau 
terkumpul. 
Contoh: 
24
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
berpuluh-puluh, berbelas-belas, beratus-ratus, beribu-ribu, kedua-dua, kelima-lima, 
kesemua. 
Contoh ayat: 
(34). Berpuluh-puluh kenderaan tentera telah bergerak ke sempadan negara. 
(35). Kedua- dua peninju itu telah diberi penghargaan oleh pihak persatuan. 
(36). Kesemua mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang selamat. 
Kata Bilangan Pisahan 
Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pemisahan dalam proses 
memerihalkan bilangan yang menjadi dasar pokok pernyataan. Kata jenis ini 
juga adalah sejumlah perkataan yang menyokong makna bilangan yang 
terasing. 
Contoh: 
masing-masing, setiap, tiap-tiap 
Contoh ayat: 
(37). Masing-masing ada pendapat yang tersendiri dalam isu pembangunan 
sukan. 
(38). Setiap hari dilalui oleh Pak Malau dengan hati yang tabah. 
(39). Tiap-tiap pasukan mempunyai ketua yang dilantik oleh pihak pengurusan. 
Kata Bilangan Pecahan 
Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pecahan atau pembahagian 
daripada jumlah keseluruhannya. 
Contoh: 
setengah, separuh, sepertiga, segelintir, sebahagian 
Contoh ayat: 
(40). Setengah daripada kawasan ini adalah milik Tuan Haji Ali. 
(41). Sabar itu adalah separuh daripada iman. 
(42). Sebahagian daripada ahli-ahli persatuan tidak hadir. 
Kata Bilangan Tingkatan 
25
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
Kata bilangan tingkatan merujuk kepada sejumlah perkataan yang mendukung 
makna taraf tingkatan bilangan. 
contoh: 
pertama, kedua, ketiga , keseribu. 
contoh ayat: 
(43). Gerai pertama menjadi perhatian pembeli. 
(44). Dia mampu meraih tempat kedua sahaja dalam pertandingan tersebut. 
(45). Pengunjung keseribu akan diberi hadiah cepu emas. 
4.4 Panggilan / Kata Panggilan 
Sementara itu, konsep panggilan ( kata panggilan) merupakan unsur frasa nama 
yang hadir sebelum kata nama inti ( Abdullah Hassan, 2008). Jenis-jenis kata 
panggilan seperti Tuan, Puan , Tunku, Tun, Haji, Datuk dan seumpamanya lazim 
digunakan sebelum kata nama inti. Kata panggilan merupakan satu sistem yang 
digunakan dalam bahasa Melayu bagi tujuan penghormatan, pengiktirafan 
ataupun penentuan identiti secara lebih khusus. 
Contoh: 
Datuk Maharaja Lela Profesor Ungku Aziz 
Datuk Sagor Tunku Kamalia 
Haji Abdul Rahman Limbong Syed Zain Barakbah 
Tuan Adam Sharifah Mona Alsagoff 
Puan Mastura Chong Tan Sri Malik Kamal 
Contoh ayat : 
(46). Datuk Maharaja Lela ialah seorang pejuang yang menentang Inggeris di 
Perak. 
(47).Profesor Ungku Aziz merupakan seorang pencetus idea penubuhan tabung 
pengurusan haji di Malaysia. 
(48). Datuk Sagor harus diingati sebagai seorang pahlawan. 
26
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
AKTIVITI 
1. Bina carta atau pengurusan grafik untuk menunjukkan peraturan D – M. 
LATIHAN 
1. Apakah maksud hukum D-M? 
2. Tulis semula ayat- ayat di bawah dengan ayat-ayat yang sesuai 
berdasarkan Hukum D- M. 
a) Ahmad punya kedai terletak di sebelah bas terminal. 
b) Cili sos jenama lada dijual di Aminah Mini Market. 
c) Kenderaan mini bas sudah semakin dilupakan. 
d) Lain-lain hal boleh dibincangkan pada lain hari. 
e) Itu hari kita sudah bercadang melawat mini zoo. 
f) Lain masa, anda boleh bayar bil awal. 
g) Sport rim kereta itu milik Romli. 
BAHAN BACAAN 
Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing 
Sdn.Bhd. 
Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional 
Publishing Sdn.Bhd. 
Hashim Hj.Musa ( 1993) Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu. 
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 
27
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar 
Sdn.Bhd. 
Nik Safiah Karim et.al (2008). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa 
dan Pustaka. 
TAJUK 5 Frasa Kerja Bahasa Melayu 
· Binaan Frasa Kerja 
· Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek 
· Binaan Frasa Kerja Dengan Objek 
SINOPSIS 
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: 
· Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja 
· Menganalisis binaan frasa kerja, binaan frasa kerja tanpa objek dan 
dengan objek 
Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat unsur frasa kerja 
yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Frasa kerja juga menjadi 
salah satu tonggak dalam binaan sintaksis. Frasa kerja binaan sintaksis pula 
didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi 
tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan 
klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. 
Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat 
dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa 
adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). 
HASIL PEMBELAJARAN 
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 
· Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja (1.1) 
28
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
· Menganalisis binaan frasa kerja, binaan frasa kerja tanpa objek dan 
dengan objek (1.6) 
KERANGKA TAJUK-TAJUK 
5.0 KANDUNGAN ISI 
Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian 
tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Frasa kerja 
dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. Dalam 
susunan ayat biasa, frasa kerja berfungsi sebagai predikat. 
5.1 Konsep Frasa Kerja Bahasa Melayu 
Frasa Kerja menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) ialah frasa yang terdiri 
daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat 
dalam susunan ayat biasa. 
29
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), frasa kerja terdiri daripada satu atau 
beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai fungsinya. Frasa kerja 
wujud dalam sesuatu ayat dalam binaan predikat. 
Contoh : 
Ayat 
Subjek Predikat Frasa Kerja 
(1). Emak 
(2). Emak Ahmad 
(3). Pemuzik itu 
(4). P.Ramlee 
menjemur kain. 
menjual sayur di pasar. 
meniup saksofon. 
mencipta lagu itu. 
5.2 Binaan Frasa Kerja 
Binaan kata kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. 
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai 
penyambut. Kata kerja tak transitif juga dikatakan sebagai kata kerja yang tidak 
memerlukan frasa nama sebagai objek (penyambut) untuk melengkapkannya. 
5.2.1 Frasa Kerja Tanpa Objek 
Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak memerlukan 
penyambut (objek) dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan predikat. 
Contoh : 
(5). Faisal tidur lena. 
(6). Budak nakal itu terjatuh lagi. 
(7). Dia selalu bergaduh. 
Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (91) , (92) dan (93) menunjukkan kata 
kerja tidur, terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut tidak memerlukan atau 
tidak tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut. Namun kata 
kerja ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang. 
Contoh: 
30
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
(8). Faisal tidur lena di bilik tidur. 
(9). Budak nakal itu terjatuh lagi setelah terpijak kulit pisang. 
(10). Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah. 
Dalam ayat (94), (95), dan (96), kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan 
penerang. Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak 
transitif (tanpa objek) 
Pelengkap ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi 
untuk melengkapkan kata kerja tersebut. 
5.3 Frasa Kerja Dengan Objek 
Frasa kerja dengan objek dikenali juga sebagai frasa kerja transitif. Frasa kerja 
transitif mempunyai dasar kata kerja transitif. Kata kerja transitif pula ialah kata 
kerja yang memerlukan objek, Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama 
sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut. 
Contoh: 
Frasa Kerja 
Kata Kerja Transitif Penyambut 
Menaikkan bendera 
menganyam tikar 
membaiki radio 
Contoh ayat lengkap: 
(11). Pelajar itu menaikkan bendera semasa perhimpunan. 
(12). Ibu menganyam tikar setiap hari. 
(13). Mahmud membaiki radio yang telah rosak. 
Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan. Dalam ayat (11), (12) dan 
(13), frasa yang bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. Unsur 
keterangan juga boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan 
frasa sendi nama. 
31
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
Dalam konteks ini , kadang-kala terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna 
bahasa menggunakan frasa kerja sebagai predikat. Hal yang demikian berlaku 
dalam proses membina sesuatu ayat. 
Contoh kesilapan dapat dilihat dalam ayat (15) hingga ayat (19). 
(15). Zamani akan melaporkan kepada warden asrama tentang kejadian itu. 
(16).Halijah menggenggam erat tangan suaminya. 
(17).Datuk Amran menghasilkan banyak produk berasaskan herba. 
(18). Lee Chong Wei menghantar dengan tenang bulu tangkis ke jaring. 
(19). Tuan Pengarah sedang membincangkan tentang isu pendidikan. 
Semua ayat di atas tidak menepati sistem penggunaan kata/frasa kerja transitif. 
Ayat-ayat yang tersebut di atas harus ditulis begini: (rujuk ayat 20 – 24) 
(20). Zamani akan melaporkan kejadian itu kepada warden asrama 
(21). Halijah menggenggam tangan suaminya dengan erat. 
(22). Datuk Aman menghasilkan produk berasaskan herba. 
(23). Lee Chong Wei menghantar bulu tangkis ke jaring dengan tenang. 
(24). Tuan Pengarah sedang membincangkan isu pendidikan. 
Catatan: kejadian’, ‘tangan’, ‘produk ’, ‘bulu tangkis’ dan ‘isu pendidikan’ ialah 
objek yang mesti hadir selepas kata kerja transitif. 
32
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
AKTIVITI 
1. Tulis 10 contoh frasa kerja tanpa objek 
LATIHAN 
1. Buat analisis binaan frasa kerja berdasarkan sebuah cerpen atau 
rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan 
Pustaka, atau akhbar tempatan. 
BAHAN BACAAN 
Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing 
Sdn.Bhd. 
Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional 
Publishing Sdn.Bhd. 
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar 
Sdn.Bhd. 
33
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
TAJUK 6 Frasa Kerja Bahasa Melayu 
· Frasa Kerja dengan Kata Bantu 
· Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen 
· Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja 
SINOPSIS 
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: 
· frasa kerja dengan kata bantu, frasa kerja dengan ayat komplemen dan 
unsur keterangan dalam frasa kerja. 
Frasa kerja dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata bantu dalam 
predikat. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata 
dalam sesuatu frasa bahasa Melayu menghasilkan satu sistem yang 
komprehensif. Kata bantu boleh hadir di hadapan predikat kata kerja. Terdapat 
dua jenis kata bantu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Dalam 
perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa kerja yang menggunakan 
kata bantu dalam predikat. Selain itu, aspek penggunaan ayat komplemen dan 
unsur keterangan akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa kerja bahasa 
Melayu. 
HASIL PEMBELAJARAN 
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 
· Menghurai frasa kerja dengan kata bantu, frasa kerja dengan ayat 
komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja(1.1) 
34
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
KERANGKA TAJUK-TAJUK 
6.0 Kandungan Isi 
Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian 
tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat-pendapat ahli bahasa. Frasa 
kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. Dalam 
susunan ayat biasa, frasa kerja berfungsi sebagai predikat. 
6.1 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Aspek 
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) Frasa kerja terdiri daripada kata 
kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam 
susunan ayat biasa. Dalam hal ini, frasa kerja yang melibatkan kata bantu aspek 
merupakan keperihalan tentang aspek masa lampau, ini atau masa hadapan. 
Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek. 
35
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
Bagi menjelaskan fungsi kata bantu dalam frasa, diberikan contoh ayat 
berkaitan. 
Contoh (fungsi menunjukkan masa yang telah berlaku: sudah , telah ,pernah) 
(1). Amirul sudah mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang lepas. 
(2). Dia telah menulis puisi sejak di bangku sekolah. 
(3). Michael pernah mendapat pengiktirafan sebagai guru cemerlang. 
Contoh (fungsi menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan: akan dan 
belum) 
(4). Wan Malini akan memetik bunga di taman. 
(5). Adi Kencana belum lagi berminat untuk merantau ke kota. 
Kata Bantu 
Kata Bantu Aspek Kata Bantu Ragam 
Memerihalkan masa lampau, kini, atau 
masa hadapan. 
Contoh : 
telah, sudah, sedang, masih, akan, 
belum 
Memerihalkan perasaan ketika 
melakukan perbuatan. 
Contoh: 
hendak, mahu, harus, mesti, boleh, 
dan dapat 
6.2 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Ragam 
Frasa kerja yang melibatkan kata bantu ragam merupakan keperihalan tentang 
aspek perasaan. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu 
aspek yang memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. 
Contoh ayat: 
(6). Dia hendak bekerja di Kuala Lumpur. 
(7). Maslina mahu membuktikan bahawa dia juga mampu menjadi juara. 
(8). Dia harus pulang ke kampung segera. 
(9). Anda mesti belajar untuk menguasai kemahiran mengajar. 
(10). Yatim boleh berjaya jika dia berusaha bersungguh-sungguh. 
(11). Daud dapat menyertai program sukan berkuda di Johor Bahru. 
6.3 Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen 
36
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
Frasa kerja dengan ayat komplemen merupakan jenis frasa yang boleh 
menerima pelengkap atau sebaliknya yang dipancangkan ke dalam klausa 
utama bagi binaan sesuatu ayat. Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), frasa 
kerja sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen. 
Dalam binaan predikat, frasa kerja jenis ini ditandai dengan penggunaan kata 
kata hubung bahawa, demi, supaya, semoga dan untuk. Apabila keadaan 
sedemikian berlaku, maka ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk 
Contoh : 
(i) Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen 
(12). Cikgu Normah menegaskan bahawa tidur yang berkualiti adalah perlu 
untuk kesihatan minda. 
(13). Pak Mat mengakui bahawa dia pernah berkhidmat dalam pasukan 
komando. 
(14). Pemandu bas itu memaklumkan bahawa semua penumpang selamat 
sampai ke destinasi. 
Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (12) , (13) dan (14) menunjukkan kata 
kerja tidur, terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut menerima ayat 
komplemen yang akhirnya membentuk ayat majmuk. 
(ii) Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen 
(15). Haji Amin percaya bahawa mangsa kebakaran itu boleh diselamatkan. 
(16). Kim Seng faham bahawa jirannya terpaksa berpindah ke kampung. 
(17). Jasmin berpendapat bahawa kerjaya guru sangat mencabar. 
Dalam ayat (15), (16), dan (17), frasa kerja tak transitif telah menerima ayat 
komplemen. Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak 
transitif dan akhirnya membentuk ayat majmuk. 
6.4 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja 
Unsur keterangan dalam frasa kerja diwakili oleh unsur-unsur penerang yang 
memerihalkan atau menerangkan kata kerja tersebut dengan lebih lanjut. Unsur 
–unsur biasanya hadir selepas kata kerja. Bagi kata kerja transitif, unsur 
37
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
keterangan hadir selepas objek (penyambut). Unsur-unsur keterangan boleh 
terdiri daripada binaan frasa sendi nama, frasa adjektif, dan frasa nama. Yang 
pasti, unsur keterangan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas 
tentang maksud dan sasaran makna dalam sesuatu frasa yang menjadi struktur 
binaan dalam satu-satu frasa. 
Berdasarkan aspek makna yang hadir dalam frasa kerja, unsur keterangan 
dapat dibahagikan kepada lapan jenis: 
(i) Keterangan tempat atau arah 
(ii) Keterangan waktu 
(iii) Keterangan cara 
(iv) Keterangan tujuan atau harapan 
(v) Keterangan alat 
(vi) Keterangan penyertaan 
(vii) Keterangan hal 
(viii) Keterangan bagai 
Huraian: 
(i) Keterangan tempat atau arah 
Unsur keterangan tempat atau arah membincangkan tempat berlakunya 
peristiwa. Penggunaan kata sendi nama di,ke,dari,daripada,kepada ,pada jelas 
terdapat dalam unsur keterangan ini. 
Contoh: 
(18) Dia belajar di universiti. 
(19) Abang Malik memanjat ke atas bumbung rumah. 
(20) Swee Ling berasal dari Negeri Sembilan. 
(21) Emak Shafik menerima hadiah cenderamata daripada guru besar. 
(ii) Keterangan waktu 
Dua bentuk keterangan waktu wujud dalam frasa kerja iaitu 
· bentuk frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama iaitu 
pada, dalam , sejak dan hingga 
· bentuk frasa nama seperti semalam, tahun lepas, 
Contoh : 
38
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
(22) Pensyarah itu menamatkan kuliah pada jam 9 malam. 
(23) Pameran kesenian itu bermula sejak semalam. 
(24) Aiman menunggu kepulangan ayahnya hingga pukul 12 malam. 
(iii) Keterangan cara 
· Keterangan cara boleh bersumberkan daripada kata adjektif. 
· Keterangan cara boleh terbina daripada frasa sendi nama yang 
mengandungi kata sendi nama dengan diikuti kata adjektif yang 
menerima kata pembenda –nya. 
Contoh : 
(25) Air sungai mengalir deras. 
(25) (a) Air sungai mengalir dengan derasnya. 
(26) Azman berlari pantas. 
(26) (a) Azman berlari dengan pantasnya. 
(27) Menteri berjalan megah. 
(27) (a) Menteri berjalan dengan megahnya. 
(iv) Keterangan tujuan atau harapan 
· Keterangan tujuan atau harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu 
perbuatan atau kejadian. 
· Keterangan tujuan menggunakan kata sendi nama : demi, untuk dan bagi. 
Contoh : 
(28) Muhamad belajar bersungguh-sungguh demi masa depan. 
(29) Mereka berkahwin untuk mencapai kebahagiaan hidup. 
(30) Penghulu berucap di perhimpunan itu bagi menjelaskan isu sebenar. 
(v) Keterangan alat 
· Unsur yang menerangkan peralatan, perkakas atau benda yang 
digunakan dalam sesuatu proses atau peristiwa. Kata sendi nama yang 
digunakan ialah dengan. 
Contoh: 
(31) Guru pelatih itu datang dengan menaiki kereta api 
39
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
(32) Encik Ahmad memotong kek dengan pisau. 
(33) Harjit Singh memukul bola dengan kayu hoki. 
(vi) Keterangan penyertaan 
· Unsur yang menerangkan maksud ikut serta, ikut bersama-sama atau 
melibatkan diri. 
· Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. 
Contoh: 
(34) Aminah datang ke masjid dengan suaminya. 
(35) Pegawai kebajikan melawat kampung contoh dengan ahli jawatankuasa 
surau. 
(36) Muniandy masuk ke pejabat dengan pembantunya. 
(vii) Keterangan hal 
· keterangan hal berfungsi menerangkan keadaan 
· kata sendi nama yang digunakan ialah tentang, mengenai, terhadap. 
Contoh: 
(37) Tuan pengurus sedang memikirkan tentang masalah itu. 
(38) Panel disiplin membuat teguran terhadap kes itu. 
(39) Jurutera perunding membuat penilaian semula tentang projek tersebut. 
(viii) Keterangan bagai 
· Unsur yang menerangkan keserupaan,kesamaan atau hampir sama. 
· Kata sendi nama yang digunakan ialah seperti, bagai, sebagai, bak. 
Contoh : 
(40) Amran berlagak seperti pegawai tinggi . 
(41) Kepantasan lelaki itu bertindak bagai lipas kudung . 
(42) Diana berlakon sebagai Puteri Gunung Ledang. 
(43) Hidungnya mancung bak seludang. 
6.5 Kesimpulan 
40
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
Frasa kerja merupakan satu bentuk frasa yang kompleks dan mampu menerima 
unsur-unsur perkataan yang menjadi struktur asas dalam binaan predikatnya. 
Hal yang demikian bergantung kepada situasi dan rumus yang menjadi dasar 
dalam pembentukan frasa yang akhirnya menghasilkan satu ayat yang lengkap. 
AKTIVITI 
1. Bincangkan fungsi kata bantu ragam dan kata bantu aspek dalam frasa 
kerja. 
LATIHAN 
1. Berdasarkan perkataan di bawah, bina ayat yang menggunakan 
predikat frasa kerja dengan kata bantu ragam atau kata bantu aspek. 
i. melagukan ii. bertolak iii. memancing iv. berupaya 
v. mengalami vi. bersedia vii. memutuskan viii. berjumpa 
ix. memikirkan x. mendirikan 
BAHAN BACAAN 
Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing 
Sdn.Bhd. 
Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional 
Publishing Sdn.Bhd. 
Hashim Hj.Musa (1993), Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. 
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan 
Bahasa dan Pustaka. 
41
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar 
Sdn.Bhd. 
TAJUK 7 Frasa Adjektif Bahasa Melayu 
- Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif 
- Penguat 
- Kata Bantu dalam Frasa Adjektif 
SINOPSIS 
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: 
· Binaan frasa adjektif : unsur pengisi frasa adjektif 
· Penguat 
· Kata bantu dalam frasa adjektif 
Frasa adjektif dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata yang terdiri 
daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata 
adjektif sebagai kata intinya. Hal yang demikian membuktikan bahawa 
kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam 
pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur 
keterangan dan unsur penerang dalam predikat. 
Harus dijelaskan bahawa kata adjektif yang hadir selepas kata kerja 
disebut sebagai keterangan. Sementara, kata adjektif yang hadir selepas kata 
nama disebut sebagai penerang. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat 
pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan binaan frasa, kata penguat dan 
kata bantu dalam frasa. Selain itu, unsur pengisi yang wujud dalam frasa adjektif 
akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa adjektif bahasa Melayu ini. 
42
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
HASIL PEMBELAJARAN 
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 
· Menjelaskan definisi frasa adjektif. (1.1) 
· Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi, penguat dan 
kata bantu. (1.2) 
KERANGKA TAJUK-TAJUK 
7.0 Kandungan Isi 
Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian 
tentang konsep frasa adjektif berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Frasa 
adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan 
43
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Dalam susunan 
ayat biasa, frasa adjektif berfungsi sebagai predikat. 
7.1 Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif 
Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur 
intinya. Frasa adjektif bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. 
Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau 
beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat 
sama ada dihadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian 
dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian 
dalam frasa adjektif. 
Contoh : 
(1) . Wak Samad sudah terlalu tua 
Dalam ayat (1) [Wak Samad] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh 
predikat frasa adjektif. 
Dalam binaan predikat, [sudah + terlalu + tua] merupakan predikat yang terbina 
daripada unsur-unsur berikut : 
[kata bantu + penguat + kata adjektif] 
Unsur pengisi dalam frasa adjektif juga dapat dilihat dalam contoh-contoh di 
bawah: 
Kata Bantu Penguat Kata Adjektif Penguat 
sudah 
- 
belum 
masih 
- 
terlalu 
sangat 
- 
terlalu 
amat 
tua 
prihatin 
masak 
awal 
baik 
- 
- 
benar 
- 
- 
Dalam contoh-contoh di atas, kata bantu boleh hadir bersama-sama penguat 
hadapan mendahului kata adjektif. Namun, penguat juga boleh hadir sama ada 
44
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
di belakang atau di belakang kata adjektif. Bentuk sedemikian boleh berubah-ubah 
berdasarkan rumus tatabahasa dan pola dalam ayat berkaitan. 
7.1.1 Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan 
Binaan jenis ini merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang 
menggunakan satu kata adjektif dalam ayat. 
Contoh: 
(2) . Salim sangat rajin. 
(3) . Guru pelatih itu cergas 
(4) . Dia kelihatan ceria. 
(5) . Penglihatannya kabur. 
(6) . Tanamannya subur. 
7.1.2 Binaan Kata Adjektif Dua Perkataan 
Binaan dua perkataan adjektif merupakan asas kepada pembentukan frasa 
adjektif yang menggunakan dua kata adjektif dalam ayat 
Pola binaannya boleh terdiri daripada yang berikut: 
(i) kata adjektif + kata adjektif (unsur keserasian makna) 
contoh : 
letih lesu 
cantik molek 
lemak manis 
penat lelah 
(i) kata adjektif + kata adjektif (makna berlawanan) 
contoh: 
jatuh bangun 
hidup mati 
baik buruk 
susah senang 
pahit maung 
45
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
7.2 Penguat 
· Kata penguat boleh hadir dalam frasa adjektif berdasarkan jenis-jenisnya. 
Terdapat tiga jenis penguat: 
(i) Penguat hadapan 
(ii) Penguat belakang 
(iii) Penguat bebas 
· Penguat hadapan merupakan kata yang terletak di hadapan kata adjektif. 
Penguat hadapan terdiri daripada kata terlalu dan paling. 
Contoh: 
(7) . Rumahnya terlalu besar. 
(8) . Lukisan itu paling cantik. 
· Penguat belakang pula merupakan kata yang terletak di belakang kata 
adjektif seperti sekali, benar, nian 
(9) . Pakaian puteri itu cantik sekali. 
(10) . Kereta lembu itu lambat benar. 
(11) . Taman Bunga di istana itu indah nian. 
· Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu boleh 
hadir di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat dan 
sungguh. 
(12) . Kubah masjid itu amat besar. 
(13) . Gerakan dan gaya pesilat Malaysia tangkas sungguh. 
Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif juga wujud dalam 
binaan frasa adjektif. Contoh : sungguh amat, terlalu amat, seperti dalam ayat-ayat 
berikut: 
(14). Percakapan orang tua itu sungguh amat kasar . 
(15). Perangai anaknya terlalu amat sopan. 
46
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
7.3 Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif 
Kata bantu merupakan unsur yang boleh hadir dalam frasa adjektif. Ada kata 
bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat. Frasa adjektif 
jelasnya boleh disertai oleh kata bantu sudah, belum, masih, harus berdasarkan 
kesesuaian konteks ayat. 
Contoh: 
(16). Anaknya sudah besar. 
(17). Sayur-sayuran dikebun itu masih belum subur. 
(18). Pekerja yang berkualiti harus cekap. 
Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat, 
misalnya: masih amat jauh, belum terlalu lewat, belum sangat cekap, sungguh 
masih muda, sungguh telah pandai 
Contoh: 
(19). Kedudukan khemah itu masih amat jauh. 
(20). Kehadiran pelajar itu belum terlalu lewat. 
(21). Pekerja baru itu belum sangat cekap. 
(22). Anak sulungnya itu sungguh masih muda. 
(23). Pelajar kelas peralihan itu sungguh telah pandai. 
AKTIVITI 
1. Bincangkan fungsi kata bantu dalam frasa adjektif. 
47
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
LATIHAN 
1. Senaraikan frasa adjektif dalam petikan sajak di bawah. 
SAJAK : SEBUAH PERSOALAN 
Mengapa harus kau pijak kaki anak kecil itu? 
yang hanya semalam belajar bertatih 
dan jatuh kembali, 
di bumi Gaza ini, 
jatuh bangunnya, 
letih lesunya, 
penat lelahnya 
dihiasi air matanya berderai 
tangisnya mohon belas kasihan 
sedu-sedannya tanda kesedihan 
wajahnya pucat, hatinya cemas 
langkahnya kian tidak cergas. 
Barangkali kau sudah lupa wahai rejim zionis, 
bahawa kau juga pernah jadi anak kecil 
hidupmu sangat sederhana 
kautidur berselimutkan langit gelap 
impianmu sangat suram. 
Mungkin rasa ihsan 
sudah terhakis dari dalam dirimu 
hingga kau mudah keliru antara langkah, injak, sepak, dan pijak 
lantaran amarah yang membakar hati 
lantas kau tegar menyusun langkah pantas, 
untuk memijak sesiapa jua 
dengan mata yang merah menyinga, 
menampar muka mendabik dada 
langkahmu pantas sungguh, 
hingga akhirnya 
48
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
kau terpijak kakimu sendiri 
dan jatuh tersungkur menyembah bumi. 
Oleh: 
ESA ALHAJ 
Johor Bahru. 
BAHAN BACAAN 
Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing 
Sdn.Bhd. 
Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional 
Publishing Sdn.Bhd. 
Hashim Hj.Musa (1993), Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. 
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan 
Bahasa dan Pustaka. 
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar 
Sdn.Bhd. 
49
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
TAJUK 8 Frasa Adjektif Bahasa Melayu 
· Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat 
· Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen 
SINOPSIS 
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: 
Frasa Adjektif Bahasa Melayu 
· Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat 
· Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen 
Frasa adjektif dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang 
besar dalam mengungkapkan kata sifat secara luaran dan dalaman berdasarkan 
konteks kata-kata adjektif tertentu dalam binaan frasa dan ayat. Hal yang 
demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata 
adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi 
sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam 
predikat. 
Harus dijelaskan bahawa frasa adjektif mempunyai ketentuan sama ada 
boleh hadir selepas subjek sebagai predikat, boleh hadir selepas kata kerja 
sebagai keterangan dan, boleh hadir selepas frasa nama sebagai penerang. 
Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan 
dengan susunan frasa dalam ayat serta frasa adjektif dan ayat komplemen. 
Selain itu, unsur predikat yang terdapat dalam frasa objektif dapat diikuti oleh 
ayat komplemen yang mewujudkan ayat majmuk. 
50
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
HASIL PEMBELAJARAN 
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 
· Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi, penguat dan 
kata bantu.(1.2) 
· Menghuraikan ayat komplemen.(1.2) 
KERANGKA TAJUK-TAJUK 
8.0 Kandungan Isi 
51
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian 
tentang konsep frasa adjektif dan elemen berkaitan dengan susunan frasa 
serta ayat komplemen. Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada 
satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai 
kata intinya. Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif berfungsi sebagai 
predikat. 
8.1 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat 
Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur 
intinya. Frasa adjektif merupakan komponen penting dalam proses 
melengkapkan sesuatu ayat. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada 
satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan 
kata bantu dan penguat sama ada di hadapan atau di belakangnya. Hal yang 
demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan 
dan unsur pengisian dalam frasa adjektif. 
Contoh : 
8.1.1 Frasa Adjektif Sebagai Predikat 
Predikat dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa adjektif. Dalam 
hal ini, frasa adjektif juga boleh hadir selepas subjek sebagai predikat. 
Contoh: 
(1) . Stadium itu sudah usang. 
Dalam ayat (1) [stadium itu ] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh 
predikat frasa adjektif. 
Dalam binaan predikat, [sudah + usang] merupakan predikat yang terbina 
daripada unsur-unsur berikut : 
[kata bantu + kata adjektif] 
Ayat (1) boleh disongsangkan menjadi seperti berikut: 
(1) (a) Sudah usang stadium itu. [predikat + subjek] 
52
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
Frasa predikat yang mendepani subjek sudah berpindah tempat melalui proses 
penyongsangan. 
Contoh-contoh lain: 
(2). Kulitnya putih bersih. (susunan biasa) 
(2) (a) Putih bersih kulitnya (susunan songsang) [predikat + subjek] 
(3). Warna bola itu merah tua. (susunan biasa ) 
(3) (a) Merah tua warna bola itu. (susunan songsang) [predikat + subjek] 
8.1.2 Frasa Adjektif Sebagai Keterangan 
Frasa adjektif yang hadir selepas frasa kerja akan berfungsi sebagai 
keterangan. Hal yang demikian merupakan fungsi asas kata adjektif yang 
memerihalkan sifat dan adjektif bagi keterangan kata kerja. 
Contoh: 
Subjek Predikat 
(4). Amira 
(5). Pelajar itu 
(6). Air sungai itu 
(7). Pemuzik 
(8). Kucing itu 
Frasa Kerja Keterangan 
(Frasa Adjektif) 
berenang 
berpidato 
mengalir 
beraksi 
berlari 
sangat pantas. 
lancar sekali. 
deras sekali. 
hebat sekali. 
laju. 
8.1.3 Frasa Adjektif Sebagai Penerang Kata Nama 
Frasa adjektif boleh hadir selepas kata nama dan frasa nama. Fungsinya 
ialah sebagai penerang kepada kata nama. 
Frasa Nama 
Kata Nama Kata Adjektif 
kereta 
warna 
baju 
besar 
merah 
kelabu 
53
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
madu 
pangkat 
kain 
benang 
kelapa 
pinang 
kitab 
asli 
tinggi 
licin 
kasar 
muda 
masak 
tebal 
8.2 Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen 
Frasa adjektif yang berperanan sebagai predikat dalam ayat boleh diikuti 
oleh ayat komplemen. Kesannya, ayat tersebut akan menjadi ayat 
komplemen. 
Contoh: 
(9). Ketua kampung itu percaya bahawa anak buahnya memberikan 
sokongan padu. 
(10). Zulmazran Zulkifli yakin bahawa pasukan Malaysia akan meraih pingat 
emas dalam acara boling. 
(11). Peserta kursus sedar bahawa mereka harus tidur di khemah 
sementara. 
(12). Dia insaf bahawa dia perlu meningkatkan kualiti ibadahnya. 
AKTIVITI 
1. Bincangkan fungsi susunan frasa adjektif dalam sesuatu ayat. 
LATIHAN 
1. Bina 10 ayat berdasarkan pola binaan ayat di bawah ini. 
54
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
Subjek 
Predikat 
Frasa Kerja Keterangan 
(Frasa Adjektif) 
BAHAN BACAAN 
Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing 
Sdn.Bhd. 
Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional 
Publishing Sdn.Bhd. 
Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan 
Bahasa dan Pustaka. 
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar 
Sdn.Bhd. 
55
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
TAJUK 9 Frasa Sendi Nama Bahasa Melayu 
· Binaan Frasa Sendi Nama 
· Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat 
· Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum 
SINOPSIS 
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: 
Frasa Sendi Nama 
· Binaan Frasa Sendi Nama 
· Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat 
· Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum 
Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang 
utama dalam melengkapkan satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu 
kata sendi nama dan satu frasa nama dalam ayat. Ini membuktikan bahawa 
kepentingan elemen kata sendi nama menjadikan fungsi frasa sendi nama 
sebagai asas pembentukan predikat yang mempunyai pola FN+ FSN ( Frasa 
Nama + Frasa Sendi Nama). 
Frasa sendi nama mempunyai mempunyai potensi untuk hadir sebelum 
frasa nama atau sebelum kata nama arah diikuti oleh frasa nama. Dalam 
perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa sendi nama yang berkaitan 
dengan susunan frasa dalam ayat . Selain itu, unsur predikat frasa sendi nama 
juga akan dibincangkan dalam bab ini. 
56
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
HASIL PEMBELAJARAN 
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 
Menjelaskan definisi dan binaan frasa sendi nama(1.1) 
Menganalisis binaan dan kedudukan frasa sendi nama dalam ayat.(1.6) 
KERANGKA TAJUK-TAJUK 
9.0 Kandungan Isi 
57
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian 
tentang konsep frasa sendi nama dan elemen berkaitan dengan binaan frasa 
sendi nama dalam ayat. Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu terdiri 
daripada beberapa perkataan yang mewakili kata sendi atau kata adjektif 
sebagai unsur binaan frasanya. 
9.1 Binaan Frasa Sendi Nama 
Frasa sendi nama ialah frasa yang terdiri daripada kata sendi nama yang 
boleh bergabung dengan kata nama dalam membentuk kesatuan frasa. Frasa 
sendi nama terbina daripada ayat yang mempunyai satu kata sendi nama dan 
satu frasa nama yag menjadi pelengkap dalam binaan frasa sendi nama itu. 
(Nik Safiah Karim et.al,2008) 
Frasa sendi nama pada asasnya terbina apabila sesuatu kata sendi diikuti oleh 
kata nama. (Abdullah Hassan et.al 2006). 
Antara kata sendi nama yang sering digunakan ayat ialah di, ke, dari, 
daripada ,kepada , pada, untuk, akan bagi, hingga,oleh, dengan, tentang, 
sampai, dan sebagainya. Frasa sendi nama juga boleh didahului oleh kata bantu 
sama ada kata bantu ragam atau kata bantu aspek. 
Contoh : 
9.1.1 Kata Sendi Nama + Frasa Nama 
Frasa dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa sendi nama 
dengan pola kata sendi nama + frasa nama ( KN+ FN). Dalam hal ini, kata sendi 
nama hadir sebagai satu perkataan di hadapan suatu frasa nama. 
Contoh: 
Frasa Sendi Nama 
Kata Sendi Nama Frasa Nama 
di 
ke 
dari 
daripada 
gimnasium 
sekolah 
pusat tuisyen 
aluminium 
58
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
kepada 
untuk 
dengan 
sejak 
tentang 
sampai 
bagi 
Tuan Jana Khatib 
ibu 
kemewahan 
semalam 
klorofil 
siang 
ayah 
9.1.2 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama 
Frasa sendi nama boleh wujud di hadapan frasa nama (didahului satu 
unsur kata nama arah). Selain itu, frasa sendi nama juga berpotensi untuk hadir 
tanpa kata nama arah. 
Frasa Sendi Nama 
Kata Sendi Nama 
Frasa Nama 
Kata Nama Arah Frasa Nama 
(i) di 
(i) di 
(ii) ke 
(ii) ke 
(iii) dari 
(iii) dari 
dalam 
- 
dalam 
- 
belakang 
- 
takungan 
takungan 
kolam 
kolam 
pentas 
pentas 
9.1.3 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Keterangan) 
Binaan frasa nama boleh juga terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa 
nama dan keterangan. Kata nama arah dan keterangan boleh hadir dan boleh 
digugurkan mengikut kesesuaian ayat. 
Frasa Sendi Nama 
Kata Sendi Nama Frasa Nama 
Kata Nama Arah Frasa Nama Keterangan 
(i) di 
di 
(ii) ke 
atas 
- 
luar 
pentas 
pentas 
garisan 
pada saat itu. 
- 
dengan bergaya 
59
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
ke 
(iii) dari 
dari 
- 
bawah 
- 
garisan 
rumah 
rumah 
- 
dengan kayu 
- 
9.2 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat 
Frasa sendi nama mempunyai fungsi dalam predikat sesuatu ayat. Dalam 
sesetengah ayat lain, frasa sendi nama berfungsi sebagai unsur keterangan. 
9.2.1 Predikat Frasa sendi Nama 
Dalam susunan ayat biasa, frasa sendi nama hadir selepas subjek. 
Contoh: 
(1). Ahmad ke sekolah setiap hari. 
(2). Kolam ikan di tepi taman. 
(3). Yushiro dari bandar raya Tokyo. 
(4). Kerusi itu daripada kayu jati. 
(5). Hadiah ini untuk ibu Zarina. 
(6). Bahaman daripada keluarga seni. 
9.2.2 Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan 
Unsur keterangan dalam sesuatu ayat boleh diwakili oleh frasa sendi nama. 
Unsur keterangan ini pada asasnya bertindak menerangkan keperihalan maksud 
predikat frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama. Namun, unsur keterangan ini 
boleh hadir secara pilihan mengikut kesesuaian konteks ayat berdasarkan 
rumus tatabahasa. 
Contoh: 
(i) Keterangan bagi frasa kerja 
Contoh: 
(7) Budin meniup saksofon seperti pemuzik profesional. (keterangan 
bandingan) 
(8) Dahlan memasak pada waktu petang. (keterangan masa) 
(9) Marini berehat di tepi pantai.(keterangan tempat) 
60
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
(10).Ayah berbincang tentang hal pertunangan.(keterangan hal) 
(11).Sultan Mansur Syah hadir dengan permaisurinya.(keterangan penyertaan) 
(12) Anda wajar mengawal emosi demi kesejahteraan diri.(keterangan tujuan) 
(13).Hang Tuah menikam lanun dengan keris.(keterangan cara) 
(ii) Keterangan bagi frasa adjektif 
Contoh : 
(14) John segak seperti model. (keterangan bandingan) 
(15) Profesor itu cekap dalam bidang bioteknologi. (keterangan hal) 
(16) Dia rabun pada waktu malam. (keterangan masa) 
(17) Kita harus pantas supaya tidak ketinggalan. (keterangan tujuan) 
(iii) Keterangan bagi frasa nama 
Contoh: 
(18) Bangunan di Kuala Lumpur sungguh tinggi. (keterangan tempat) 
(19) Batu permata itu adalah dari zaman Dinasti Ming (keterangan asal) 
(20) Ridwan sudah membeli songkok untuk majlis tersebut.(keterangan tujuan) 
(21) Keris itu diperbuat daripada besi. (keterangan sumber) 
(22) Lagu oleh Dato’ Mokhzani telah menarik perhatiannya. (keterangan 
pembuat) 
9.3 Penggunaan Kata Sendi Nama 
Dalam penggunaan kata sendi nama dalam ayat, terdapat dua unsur 
kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan 
menggunakan kata hubung dan, atau, tetapi. 
Contoh: 
(23) Dia mundar-mandir di dalam dan di luar bangunan itu. 
(24) Zulfadli makan dengan adiknya atau dengan abangnya? 
(25) Pak Cik Ali bekerja bukan di kebun tetapi bekerja di pejabat peguam. 
(26) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi ke Austria. 
61
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
Dalam ayat (23), frasa sendi nama dengan kata hubung dari boleh digugurkan 
secara pilihan unsur kedua. 
Ayat baharu setelah pengguguran kata sendi nama pada unsur kedua ialah: 
(27) Dia mundar- mandir di dalam dan luar bangunan. 
(28) Zulfadli makan dengan adiknya atau abangnya? 
(29) Tuan Haji Ali bekerja bukan di kebun tetapi di pejabat peguam. 
(30) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi Austria. 
Namun dalam beberapa keadaan, terdapat kata sendi yang boleh berfungsi 
sebagai kata bantu aspek. Ini berlaku pada perkataan ’akan’. 
Contoh : 
(31) Diana akan ke Kuala Lumpur. (akan sebagai kata bantu aspek) 
(32) Diana sayang akan kucingnya. (akan sebagai kata sendi) 
Namun, dalam perbincangan ini, perkara tersebut ditunjukkan sebagai contoh 
penggunaan kata sendi yang boleh hadir dalam keadan lebih daripada satu 
situasi. Keadaan ini dapat dipermudahkan dengan melihat kedudukan dan 
fungsinya dalam ayat. Pada asasnya, frasa sendi boleh berfungsi sebagai 
predikat dan keterangan dalam ayat. 
AKTIVITI 
(Aktiviti kumpulan) 
1. Bincangkan unsur-unsur yang terdapat dalam frasa sendi nama. 
62
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
LATIHAN 
(Aktiviti individu) 
1. Bina 10 frasa dengan pola binaan frasa sendi nama berdasarkan 
jadual di bawah. 
Frasa Sendi Nama 
Kata Sendi Nama 
Frasa Nama 
Kata Nama Arah Frasa Nama Keterangan 
63
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
BAHAN BACAAN 
Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing 
Sdn.Bhd. 
Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional 
Publishing Sdn.Bhd. 
Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan 
Bahasa dan Pustaka. 
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar 
Sdn.Bhd. 
64
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
TAJUK 
10 
Ayat Bahasa Melayu 
· Ayat, Klausa, Frasa, Perkataan 
· Ayat Dasar 
· Ayat Tunggal 
SINOPSIS 
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: 
· Ayat, Klausa, Frasa, Perkataan 
· Ayat Dasar 
· Ayat Tunggal 
Ayat Bahasa Melayu 
Ayat dalam bahasa Melayu boleh terbentuk daripada satu perkataan atau 
beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan 
kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. (Nik Safiah Karim 
et.al. 2008). 
Ayat terdiri daripada binaan klausa, frasa ,dan perkataan. 
Kajian tentang ayat membuktikan bahawa kepentingan klausa, frasa dan 
perkataan mempunyai fungsi yang utama dalam pembentukan ayat. 
Selain itu, ayat dasar atau ayat inti merupakan ayat yang terdiri daripada 
ayat penyata. Ini berbeza dengan ayat tunggal yang terdiri daripada ayat tanya, 
perintah dan seruan dan sebagainya. 
Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola ayat dasar, ayat 
tunggal dan tidak ketinggalan unsur yang berkaitan dengan susunan klausa, 
frasa, dan perkataan dalam ayat . 
65
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
HASIL PEMBELAJARAN 
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 
· Menjelaskan definisi klausa, frasa, ayat dasar dan ayat tunggal (1.1) 
· Menganalisis binaan ayat dasar dan ayat tunggal.(1.6) 
KERANGKA TAJUK-TAJUK 
10.0 Kandungan Isi 
Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian 
tentang konsep ayat, klausa, frasa dan perkataan. Perbincangan juga akan 
berkisar pada aspek ayat dasar (ayat inti) dan juga ayat tunggal. 
10.1 Ayat 
Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan 
yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta 
mengandungi intonasi yang sempurna. (Nik Safiah Karim et.al. 2008). 
66
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), ayat terdiri daripada perkataaan-perkataan 
yang disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok tertentu. 
Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap. Susunan yang lengkap 
mempunyai makna yang lengkap. Setiap satu kelompok tersebut mengandungi 
sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Subjek menyebut 
sesuatu perkara, seperti rumah, baju, kereta dan seumpamanya. Predikat pula 
menerangkan tentang perkara yang telah disebutkan dalam predikat iaitu 
menerangkan tentang rumah, baju, kereta dan seumpamanya. 
Contoh : 
(1). Sekolah di tepi laut. 
Dalam ayat (1) sekolah terdiri daripada kelompok perkataan yang menjadi pokok 
perbincangan. Malah sebenarnya, sekolah ialah komponen subjek ayat. Dalam 
kumpulan perkataan kedua, di tepi laut,menceritakan tentang subjek 
ayat.Maksud ayat tersebut ialah hal sebuah sekolah yang terletak di tepi laut. 
(2) Rumah langsir biru. 
Dalam ayat (2) rumah ialah kelompok perkataan yang menjadi subjek dalam 
ayat tersebut. Sementara, langsir biru yang tergolong dalam kelompok kedua 
ialah predikat bagi ayat tersebut yang menerangkan tentang keadaan rumah 
besar tersebut. 
10.2 Klausa 
Klausa ialah satu rangkaian perkataaan yang mengandungi subjek dan 
predikat , yang menjadi konstituen dalam ayat. (Nik Safiah Karim et.al. 2008) 
Klausa tergolong kepada dua jenis iaitu: 
(i) Klausa bebas 
(ii) Klausa tak bebas 
Klausa bebas ialah klausa yang terdiri daripada sekumpulan perkataan yang 
maknanya boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila 
diujarkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa boleh diumpamakan ayat 
dalam ayat (Abdullah Hassan et.al 2006). 
67
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
Contoh : 
klausa 1 : Majid kaya (klausa bebas) 
klausa 2 : kerana cekap menguruskan perniagaan (klausa tak bebas) 
Ayat sempurna: 
klausa 1 + klausa 2 = Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan. 
Klausa bebas juga disebut sebagai klausa utama. 
Berdasarkan contoh : 
Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan. 
[klausa bebas] [ klausa tak bebas] 
[klausa utama] 
Oleh itu, pembentukan klausa bebas adalah berdasarkan ciri klausa yang 
mampu mendokong makna lengkap serta mendokong ciri –ciri ayat yang 
sempurna. 
10.3 Frasa 
Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang 
mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang 
berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. (Nik Safiah karim, 
et.al 2008) Frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih 
(Abdullah Hassan et.al, (2006). Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang 
sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat, 
frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. 
Contoh ayat : sehelai baju kurung di dalam almari. Ayat ini akan dipenggal 
sebahagiannya untuk melihat rumus struktur frasa. 
Frasa 
baju 
sehelai baju 
baju kurung 
sehelai baju kurung 
Frasa di atas berasaskan satu binaan ayat (FN+FS) :Sehelai baju kurung di 
dalam almari. Bentuk frasa satu perkataan ialah baju. Bentuk tersebut diperluas 
menjadi sehelai baju, baju kurung, sehelai baju kurung, dan sebagainya. 
68
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
Jadi, frasa yang asas iaitu baju kurung telah diperluaskan melalui pancangan ke 
dalam sebuah frasa yang lain hingga terbentuknya frasa sehelai baju kurung. 
10.4 Perkataan 
Perkataan ialah konstituen kepada frasa. Perkataan adalah bentuk 
bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu (Abdullah Hassan et.al , 
2008) 
Bentuk-bentuk perkataan seperti sekolah, baju, orang, kereta adalah perkataan 
yang mendokong makna tertentu. Perkataan mempunyai beberapa golongan 
tertentu seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama, kata 
hubung, kata tugas dan sebagainya. 
Contoh: 
kata nama: pelajar, ayah, Seremban, taman 
kata kerja : makan, tidur, melukis, menendang 
Kata adjektif : kurus, pucat, gempal, tampan 
kata sendi nama : di rumah, ke kedai, dari Johor, daripada besi 
10.5 Ayat Dasar 
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber atau dasar bagi pembentukan ayat-ayat 
lain berdasarkan rumus-rumus tatabahasa. 
Semua ayat yang terbina secara lengkap sebenarnya dapat dikesan dasar atau 
inti ayat yang menjadi landasan dalam sesuatu binaan ayat. 
Ayat dasar mempunyai empat pola asas iaitu: 
Pola 1 : FN + FN 
Pola 2 : FN + FK 
Pola 3 : FN + FA 
Pola 4 : FN + FS 
Pola Subjek Predikat 
Pola 1 (FN + FN) Harun pesilat amatur. 
Pola 2 (FN + FK) Jurulatih sedang berehat. 
Pola 3 (FN + FA) Marlina sungguh pandai 
69
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
Pola 4 ( FN + FS) Muzium di Pusat Islam. 
Komponen frasa boleh mengandungi satu perkataan atau lebih. Namun, binaan-binaan 
tersebut harus masih tergolong dalam bentuk frasa. 
Contoh: 
Pola Subjek Predikat 
Pola 1 (FN + FN) Harun pesilat amatur negara. 
Pola 2 (FN + FK) Jurulatih sedang berehat di bilik 
Pola 3 (FN + FA) Adik Marlina sungguh pandai 
Pola 4 ( FN + FS) Muzium warisan di Pusat Islam Kuala 
Lumpur. 
10.6 Ayat Tunggal 
Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. 
Ayat tunggal juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu 
subjek dan satu predikat tersebut. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar. 
Malah binaan ayat tunggal mempunyai persamaan dengan ayat dasar. Namun, 
yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar ialah ayat tunggal terdiri 
daripada ayat tanya, ayat perintah ayat seruan dan sebagainya. Sementara, 
ayat dasar terdiri daripada ayat penyata. 
Jelas bahawa ayat tunggal terbina secara mudah dengan hanya mempunyai 
konstituen satu subjek dan satu predikat. 
Contoh: 
Subjek Predikat 
(1). Bapa saudara Ali 
(2) Peninju itu 
(3) Darwis 
(4) Wahab 
pensyarah. 
sangat tangkas. 
membaca kitab jawi. 
ke kedai runcit. 
Dalam proses binaan ayat tunggal ini , terdapat juga proses penyongsangan 
seperti predikat mendahului subjek seperti dalam ayat songsang. 
Contoh: 
(5) (a) Mariam ke pasar raya hari ini. 
(b) Ke pasar raya Mariam hari ini. 
(6) (a) Baju itu di dalam almari. 
70
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
(b) Di dalam almari baju itu. 
(7) (a) Kuih itu dimakannya. 
(b) Dimakannya kuih itu. 
(8) (a) Pokok kayu itu ditebangnya. 
(b) Ditebangnya pokok kayu itu. 
Berdasarkan contoh-contoh ayat tersebut, jelas didapati bahawa subjek dan 
predikat dalam ayat dasar boleh bertukar ganti mengikut keperluan dan 
keutamaan penutur bahasa. Jelas, proses sedemikian menggambarkan sifat 
bahasa Melayu yang dinamik dalam pelbagai aspek bahasa dan rumus 
tatabahasa. 
AKTIVITI 
1. Bina lima ayat aktif dan tukarkan ayat tersebut menjadi ayat pasif 
LATIHAN 
1. Nyatakan perbezaan antara ayat dasar dan ayat tunggal. 
2. Nyatakan unsur-unsur klausa dalam ayat bahasa Melayu dengan 
memberikan contoh-contoh yang sesuai. 
BAHAN BACAAN 
Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing 
Sdn.Bhd. 
71
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 
Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional 
Publishing Sdn.Bhd. 
Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan 
Bahasa dan Pustaka. 
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar 
Sdn.Bhd. 
72

More Related Content

What's hot

1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kataAsri Mohad
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksismurni mohamat
 
Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Jessyca Ungat
 
Nota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNoor Syazwanni
 
Pengantar Bahasa Melayu-Morfologi
Pengantar Bahasa Melayu-MorfologiPengantar Bahasa Melayu-Morfologi
Pengantar Bahasa Melayu-Morfologievhyunnie
 
14660563 morfologi-bahasa-melayu
14660563 morfologi-bahasa-melayu14660563 morfologi-bahasa-melayu
14660563 morfologi-bahasa-melayuAan Samad
 
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Thanushah Soniyasee
 
1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kataAsri Mohad
 

What's hot (20)

Frasa klausa ayat
Frasa klausa ayatFrasa klausa ayat
Frasa klausa ayat
 
Sintaksis frasa
Sintaksis frasaSintaksis frasa
Sintaksis frasa
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Bm sintaksis
Bm sintaksisBm sintaksis
Bm sintaksis
 
Esemen full morfologi (1)
Esemen full morfologi (1)Esemen full morfologi (1)
Esemen full morfologi (1)
 
Bentuk kata
Bentuk kataBentuk kata
Bentuk kata
 
Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012
 
1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kata
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksis
 
SINTAKSIS PPG SEM 5
SINTAKSIS PPG SEM 5SINTAKSIS PPG SEM 5
SINTAKSIS PPG SEM 5
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Ayat
AyatAyat
Ayat
 
Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)
 
Nota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksis
 
Pengantar Bahasa Melayu-Morfologi
Pengantar Bahasa Melayu-MorfologiPengantar Bahasa Melayu-Morfologi
Pengantar Bahasa Melayu-Morfologi
 
14660563 morfologi-bahasa-melayu
14660563 morfologi-bahasa-melayu14660563 morfologi-bahasa-melayu
14660563 morfologi-bahasa-melayu
 
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
 
1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata
 
Frasa (kerja)
Frasa (kerja)Frasa (kerja)
Frasa (kerja)
 

Viewers also liked

Bab 4.ok kkkkkkkkkkkk student
Bab 4.ok kkkkkkkkkkkk studentBab 4.ok kkkkkkkkkkkk student
Bab 4.ok kkkkkkkkkkkk studentshaifulawie77
 
Equitorial climate
Equitorial climateEquitorial climate
Equitorial climatenamanlochan
 
bumbung teknologi binaan bangunan 1
 bumbung teknologi binaan bangunan 1 bumbung teknologi binaan bangunan 1
bumbung teknologi binaan bangunan 1uthm
 
Kompetensi 2 lengkap
Kompetensi 2 lengkapKompetensi 2 lengkap
Kompetensi 2 lengkapZul Hilmi
 
Struktur dan asas bangunan
Struktur dan asas bangunanStruktur dan asas bangunan
Struktur dan asas bangunanElmi Hamid
 
Lukisan senibina
Lukisan senibinaLukisan senibina
Lukisan senibinastekkkt
 

Viewers also liked (9)

Bab 4.ok kkkkkkkkkkkk student
Bab 4.ok kkkkkkkkkkkk studentBab 4.ok kkkkkkkkkkkk student
Bab 4.ok kkkkkkkkkkkk student
 
BM TAHUN 5
BM TAHUN 5BM TAHUN 5
BM TAHUN 5
 
Simbolos esotericos
Simbolos esotericosSimbolos esotericos
Simbolos esotericos
 
Equitorial climate
Equitorial climateEquitorial climate
Equitorial climate
 
Rpt bm t4
Rpt bm t4 Rpt bm t4
Rpt bm t4
 
bumbung teknologi binaan bangunan 1
 bumbung teknologi binaan bangunan 1 bumbung teknologi binaan bangunan 1
bumbung teknologi binaan bangunan 1
 
Kompetensi 2 lengkap
Kompetensi 2 lengkapKompetensi 2 lengkap
Kompetensi 2 lengkap
 
Struktur dan asas bangunan
Struktur dan asas bangunanStruktur dan asas bangunan
Struktur dan asas bangunan
 
Lukisan senibina
Lukisan senibinaLukisan senibina
Lukisan senibina
 

Similar to 08 isi-pelajaran-bmm3110

Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat BahasaKumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat BahasaShamimi Jamudin
 
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)Ujang Abu
 
Sintaksis ayat juara
Sintaksis ayat juaraSintaksis ayat juara
Sintaksis ayat juaraAzyda Aziz
 
Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112noorabib
 
Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1FakhaiMD
 
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuCaroline Nyandau
 
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docxWan Noryatini Mahmood
 
Teori kuasaan dan tambatan
Teori kuasaan dan tambatanTeori kuasaan dan tambatan
Teori kuasaan dan tambatanAre Mei Razak
 
Persoalan tentang ayat dasar
Persoalan tentang ayat dasarPersoalan tentang ayat dasar
Persoalan tentang ayat dasarAbdmumin Hassan
 
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptxWEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptxEwei Voon
 
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasaKumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasapikaosman
 
Full assignment baru anali
Full assignment baru analiFull assignment baru anali
Full assignment baru analiNur Khairani
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 finalamryee
 

Similar to 08 isi-pelajaran-bmm3110 (20)

Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat BahasaKumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
 
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
 
Sintaksis ayat juara
Sintaksis ayat juaraSintaksis ayat juara
Sintaksis ayat juara
 
Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112
 
Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1
 
Teori huraian bahasa
Teori huraian bahasaTeori huraian bahasa
Teori huraian bahasa
 
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
 
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
 
semantik
semantiksemantik
semantik
 
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASAKOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
 
Teori kuasaan dan tambatan
Teori kuasaan dan tambatanTeori kuasaan dan tambatan
Teori kuasaan dan tambatan
 
Persoalan tentang ayat dasar
Persoalan tentang ayat dasarPersoalan tentang ayat dasar
Persoalan tentang ayat dasar
 
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptxWEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
 
Bmm3102
Bmm3102Bmm3102
Bmm3102
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasaKumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
 
Full assignment baru anali
Full assignment baru analiFull assignment baru anali
Full assignment baru anali
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
 

08 isi-pelajaran-bmm3110

  • 1. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU PRAKTIKUM FASA 1 : Lokasi Sekolah : SJK(C) Tempoh : 31 Mac – 24 April 2014 Jarak : (IPG ) || Tinggal hari lagi bakal menjadi guru praktikum . Semoga dipermudhkan segalanya . Amin || #mendalamibahasamandarin #bukupersediaanRPH #ohrumahsewa TAJUK 1 Sintaksis SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara yang berikut: · Struktur binaan ayat · Pembahagian subjek dan predikat; · Ayat dasar dan ayat terbitan ; · Susunan dalam ayat Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Binaan sintaksis pula merujuk kepada binaan yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai binaan ataupun konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa. Selain itu, perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang menjadi unsur setiap binaan sintaksis, iaitu ayat, klausa dan frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, 1
  • 2. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Hasil dari binaan perkataan, frasa. klausa, ialah satu ayat. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan definisi ayat, ayat dasar, ayat terbitan, struktur binaan ayat, binaan subjek dan predikat 2. Menganalisis binaan ayat, binaan ayat dasar, binaan ayat terbitan dan struktur subjek dan predikat dalam ayat. KERANGKA TAJUK-TAJUK => Ayat merupakan unit binaan yang terdiri daripada subjek dan predikat => Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat yang lain. => Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum tatabahasa atau rumus transformasi. => Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan semula dan peluasan. Struktur binaan ayat : subjek dan predikat boleh berubah-ubah kedudukan mengikut kesesuaian dalam proses penerbitan ayat. 2
  • 3. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 1.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat dan binaannya. Seterusnya, perbincangan difokuskan kepada struktur binaan ayat serta struktur binaan subjek dan predikat dalam ayat. 1.1 Definisi Ayat (Sintaksis) Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et.al, 2006). Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,struktur dan binaan atau konstruksi ayat (Siti Hajar Abdul Aziz . 2008). Contoh binaan ayat: Subjek Predikat (1). Ali (FN) peniaga (FN) (2). Pemburu itu (FN) melontar lembing (FK) (3). Bajunya (FN) cantik sekali (FA) (4). Rumah itu (FN) di tepi sawah (FS) 1.2 Struktur Binaan Subjek dan Predikat Subjek Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan. Predikat Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Contoh: Subjek Predikat (5). Amin (6). Abang kandungku (7). Pegawai kastam itu guru besar di sekolah baru itu. sedang berehat di bilik sebelah. amat cekap. 3
  • 4. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Ayat di atas boleh juga disongsangkan dengan melakukan pendepanan predikat dan meletakkan subjek di belakang. Subjek Predikat (8). Guru besar di sekolah baru itu Amin. (9). Sedang berehat di bilik sebelah abang kandungku. (10). Amat cekap pegawai kastam itu. 1.3 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat lain (Raminah Hj.Sabran, Rahim Syam ,1987). Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi. Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan semula atau peluasan. Contoh : Ayat Dasar -------- Ayat terbitan (perluasan) (11) Faridah guru (FN+FN) => Faridah guru yang sabar. (12) Ah Meng berlari (FN+FK) => Ah Meng berlari dengan pantas. (13) Pak Cik membaca(FN+FK) => Pak Cik membaca surat khabar. (14) Kucing comel (FN+FA) => Kucing comel itu kesayangan Mama. (15) Mak Limah ke sawah (FN+FS) => Mak Limah ke sawah untuk menuai padi. AKTIVITI (i). Bina 5 ayat tunggal dan 5 ayat terbitan. 4
  • 5. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU LATIHAN (i). Nyatakan kepentingan membuat analisis sintaksis dalam kalangan guru bahasa. (ii). Bincangkan pola-pola ayat dasar dalam bahasa Melayu BAHAN BACAAN Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Nik Safiah Karim et.al (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Hj.Sabran,Rahim Syam (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. 5
  • 6. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 2 Sintaksis: · Urutan Kata, Perpindahan Ayat · Ragam Ayat, Jenis Ayat SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: · Konsep kata dan perpindahan ayat dalam Bahasa Melayu; · Ragam ayat , jenis ayat · Sintaksis dan aspek tatabahasa bahasa Melayu Kata ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan. (Marzukhi Nyak Abdullah,1997). Perpindahan ayat merupakan satu proses pembentukan ayat berdasarkan binaan subjek dan predikat sama ada secara susunan biasa atau susunan songsang. Selain itu, konsep ragam ayat, jenis ayat serta aspek tatabahasa bahasa Melayu akan disentuh dalam bab ini. 6
  • 7. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan jenis-jenis ayat, ragam ayat serta aspek tatabahasa dalam binaan ayat. 2. Menyatakan konsep ayat berdasarkan jenis dan ragam ayat. KERANGKA TAJUK 2.0 KANDUNGAN ISI Untuk pengetahuan anda, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep sintaksis yang merangkumi konsep kata dan perpindahan ayat, ragam ayat, jenis ayat serta aspek tatabahasa yang lain. Aspek-aspek tatabahasa yang menjurus kepada bidang sintaksis merupakan aspek penting dalam melengkapi kajian bahasa. 7
  • 8. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2.1 Konsep kata dan Perpindahan Ayat Perkataan atau kata merupakan unsur yang terdapat dalam salah satu binaan ayat. Frasa pula boleh terbina daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sama ada kata nama, kata kerja,adjektif atau kata sendi nama. (Lutfi Abas ,1975). Terdapat unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat dalam sesuatu ayat. Sebagai contoh, terdapat ayat yang mempunyai kata adjektif seperti berikut: (1). Ramli sangat pandai bermain skuasy. (2). Maniam itu baik sungguh. (3). Kek lapis itu enak sekali. Konsep perpindahan ayat pula adalah berasaskan pola ayat dasar yang jelas terdapat perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa. Kedudukan sesuatu perkataan atau kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat juga memperlihatkan ciri perbezaan (Nik Safiah Karim et.al 2008). Sebagai contoh, perbandingan antara bahasa-bahasa di bawah: a) Paulus Mariam Vidit (bahasa Latin) Paulus = Paul Mariam =Mary vidit = melihat Dalam hubungan tersebut, akhiran –us dan –am menentukan kata nama subjek dan kata nama objek. Oleh itu, kedudukan kata kerja tidak menjadi persoalan dan tidak menjejaskan makna ayat bahasa Latin tersebut. Sebaliknya, dalam bahasa Melayu, ayat Melihat Paul, Mary akan mengubah makna asal daripada bahasa Latin tersebut. b) Min aina anta ? (bahasa Arab) Min = daripada / dari aina = mana 8
  • 9. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU anta = kamu (lelaki) Maksud terjemahan langsung [daripada mana kamu] kurang memberikan makna yang tepat dan gramatis dalam bahasa Melayu. Ayat bahasa Melayu yang lebih sesuai bagi bahasa Arab tersebut ialah kamu datang dari mana? Oleh itu ,perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa serta sistem bahasa yang berbeza-beza menjadikan bahasa itu sesuatu yang unik untuk dikaji dan digunakan. 2.2 Ragam Ayat Konsep ayat telah pun diperkenalkan dalam penerangan sebelum ini. Dengan perkataan lain, ayat boleh terdiri daripada pelbagai bentuk variasi mengikut pola-pola yang tertentu. Seterusnya, kita akan bincangkan tentang ragam ayat yang menjadi salah satu unsur dalam ayat. Terdapat dua jenis ragam dalam ayat. Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asas sebagai judul. Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul. Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkaitan. Contoh: (4) Amar menendang bola itu. (ayat aktif) (5) Bola itu ditendang oleh Amar. (ayat pasif) (6) Saya menendang bola itu. (ayat aktif) (7) Bola itu saya tendang. (ayat pasif) (8) Saya tendang bola itu. (ayat pasif yang mengalami pendepanan predikat) 9
  • 10. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2.2.1 Ayat aktif Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut. Contoh : a) Ayat Aktif Transitif Subjek Predikat Kata Kerja Transitif Objek (9). Pekerja (10). Budin (11). Air mata membaiki membeli membasahi jalan itu. buah durian. pipinya. b) Ayat Aktif Tak Transitif Subjek Predikat Kata Kerja Tak Transitif Objek (12). Kanak-kanak (13). Ombak (14). Diana sedang mandi memutih menangis di kolam itu. di pantai Damai. sepanjang malam. 2.2.2 Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu: a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja. 10
  • 11. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif Subjek Kata Kerja Pasif Oleh + Frasa Nama Keterangan (15). Kereta itu (16).Semak samun sudah dibeli dibersihkan oleh Amin oleh pekerja minggu lepas setiap bulan. ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua Subjek Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau kedua Keterangan (17). Kereta itu (18). Kuih itu sudah saya bersihkan belum awak makan pagi tadi. lagi. iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja Subjek Kena Kata Kerja Dasar Oleh+Frasa Nama (19). Rusa itu (20). Budak itu kena kena tembak kejar oleh pemburu. oleh anjing. 3. Jenis Ayat Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis; i) Ayat penyata ii) Ayat tanya iii) Ayat perintah iv) Ayat seruan a) Ayat Penyata 11
  • 12. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan. Contoh: (21). Saya sudah memiliki kereta baru. (22). Dunia ini penuh dengan dugaan. (23). Dia pandai mengawal emosinya. b) Ayat Tanya Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh wujud dengan kata tanya atau tanpa kata tanya. c) Ayat Perintah Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, anda, engkau dan sebagainya. d) Ayat Seruan Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti marah,takut,gembira,sedih dan sebagainya. Contoh kata seru ialah oh, amboi, wah, cis, aduh dan sebagainya. Menurut Abdullah Hassan (2005), ayat seruan lazimnya tidak sempurna dan menyatakan perasaan sedih, suka, gembira, duka , terkejut, marah, hairan dan lain-lain. AKTIVITI 12
  • 13. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 1. Nyatakan 4 jenis ayat dalam bahasa Melayu dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. LATIHAN 1. 2. Bincangkan pola-pola ayat pasif dalam bahasa Melayu BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Marzukhi Nyak Abdullah. (1997)Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim et.al (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Hj.Sabran,Rahim Syam (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. 13
  • 14. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 3 Frasa Nama Bahasa Melayu SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: · Konsep Frasa Nama; · Binaan Frasa Nama bahasa Melayu; Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat unsur frasa nama yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Tanpa unsur frasa, maka sesuatu ayat itu tidak akan dapat wujud dengan sempurna. Frasa nama juga menjadi tonggak dalam binaan sintaksis. Binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). 14
  • 15. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan definisi frasa nama dan; 2. menjelaskan binaan frasa nama. KERANGKA TAJUK-TAJUK 3.0 KANDUNGAN ISI 15
  • 16. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa nama berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Seterusnya, perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis frasa nama bahasa Melayu. 3.1 Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu Frasa Nama menurut Nik Safiah Karim et.al. (2008) ialah konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya, atau sebelum dan sesudah frasa nama. Frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat nama, disamping boleh menggantikan kata nama (Asmah Hj.Omar, 1986) Contoh : Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Nama (1). Emak peniaga. (2). Emak Wan Seng peniaga sayur. (3). Putrajaya bandar selamat. (4). Bandar Putrajaya bandar selamat. Struktur Frasa Nama (inti + inti) Frasa Nama Inti Inti Predikat (5). Ibu bapa saling bantu-membantu. (6). Keluar masuk untuk pekerja sahaja. 16
  • 17. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Struktur Frasa Nama (inti + penerang) Frasa Nama Inti Penerang Predikat (7). Atlet paralimpik (8). Pelajar semester akhir (9). Pegawai Jabatan Haiwan (10). Anak yang soleh itu (11). Kucing jinak itu meraih pingat emas. menduduki ujian. memberi ceramah. baik akhlaknya. menggigit makanan. 3.2 Binaan Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et.al, 2006). Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat, frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. Walaupun terdapat beberapa pendapat tentang binaan frasa nama bahasa Melayu, namun perbincangan dalam topik 3 ini menjurus kepada dua struktur frasa dan binaan frasa nama. (Abdullah Hassan,1983). Binaan frasa nama dapat digambarkan seperti berikut: Binaan Frasa Nama Penerang Inti Penerang Inti + Penerang Nama Penerang nama keturunan askar Suku bangsa British. Jawa. Penerang nama jenis kucing bunga parsi. mawar. Penerang nama kegunaan serbuk minyak kari pelincir 17
  • 18. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Penerang nama penyambut pemutar penjaga skru pintu Penerang nama kelamin pelakon guru lelaki. wanita. Penerang nama tempat pinggiran pantai Binaan Frasa Nama Penerang (Penentu Hadapan) Inti (Bilangan+penjodo h bilangan) Penerang (Inti) tiga orang guru lima buah kereta tujuh dulang nasi minyak. Penerang (Penentu belakang) Inti Penerang orang rumah itu ini Penerang kata kerja mesin bilik kira menunggu Penerang kata adjektif pengemis kereta muda antik Penerang frasa sendi nama baju banglo di jemuran di desa. Penerang bilangan ordinal tempat tingkat kedua ketiga Inti + inti Inti + inti dengan maksud sama erti tubuh bukit badan bukau Inti + inti dengan maksud berlawanan tuan atas hidup puan bawah mati 18
  • 19. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU AKTIVITI 1. Tulis 10 contoh frasa nama bagi binaan inti + penerang nama. LATIHAN 1. Senaraikan 20 binaan frasa nama berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, atau akhbar tempatan. 2. Apakah ciri-ciri yang dapat membezakan frasa daripada ayat? BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Asmah Hj.Omar (1986) Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et.al (2008). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 19
  • 20. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 4 Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu · Peraturan D-M · Kekecualian Hukum D-M · Bilangan dan Panggilan 4.0 Konstituen Frasa Nama Konstituen Frasa Nama dalam tatabahasa Bahasa Melayu mengandungi aspek-aspek yang telah disusun secara sistematik berdasarkan rumus-rumus tatabahasa bahasa Melayu : · Peraturan D-M (Hukum D-M) · Kekecualian Hukum D-M · Bilangan dan panggilan 4.1 Peraturan D – M (Hukum D - M) Dalam tatabahasa bahasa Melayu, D-M membawa maksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. Contoh : Frasa Nama Diterangkan (Inti) Menerangkan (Penerang) Askar Melayu Budak lelaki Pemain boling Penarik beca Penghantar surat Pensyarah wanita Pakar psikologi 20
  • 21. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Doktor veterinar Contoh-contoh lain: - sos cili (bukan cili sos) - Restoran Ali ( bukan Ali Restoran) - Kedai Makanan Rahim ( bukan Rahim Kedai Makan / Kedai Makan Rahim) - pisang goreng (bukan goreng pisang) - kentang goreng ( bukan goreng kentang) - cakera padat (bukan padat cakera/compact disc) - sup kambing ( bukan kambing sup) - nasi goreng (bukan goreng nasi) 4.2 Kekecualian Hukum D - M Konsep kekecualian wujud dalam kebanyakan bahasa di dunia bagai merasionalkan penggunaan sistem bahasa yang sudah lazim dipakai secara mantap dalam masyarakat pengguna bahasa. Hal yang demikian berlaku disebabkan oleh kecenderungan pengguna bahasa menggunakan sistem bahasa lain bagi bahasa sendiri , seperti sesetengan penguna bahasa Melayu yang gemar menggunakan sistem bahasa Inggeris sebagai kayu ukur berbahasa. Lama-kelamaan, keadan itu menjadi perkara lazim dan terhasillah satu fenomena bahasa yang menyimpang dari rumus tatabahasa dalam konteks hukum D - M. Selain itu, kekecualian hukum D - M juga wujud akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama sekali yang melibatkan pada nama-nama jawatan. Kebiasaan ini mewujudkan kelaziman yang semakin diterima penggunaannya dalam masyarakat pengguna bahasa. 21
  • 22. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh: Penerang (M) Diterangkan (D) Perdana Ibu Naib Ketua Timbalan Naib Pembantu Menteri Pejabat Presiden Hakim Perdana Menteri Presiden Penyelaras Namun, hal ini tidak berlaku pada frasa menteri besar, menteri kanan, menteri pengangkutan, imam besar, dan seumpamanya. Contoh penggunaan dalam ayat: (12). Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah YTM Tunku Abdul Rahman. (13). Ibu pejabat Kastam daerah Johor Bahru dipindahkan ke Jalan Aman. (14). Ketua Hakim Negara telah bercuti selama dua hari. (15). Timbalan Perdana Menteri membuat lawatan kerja ke Syria. (16). Jawatan Naib Presiden disandang oleh Dato Hj. Mohd.Ali. (17). Naib presiden yang baharu telah berucap dalam majlis perasmian. (18). Pembantu penyeldik sedang membuat penganalisisan data kajian. 22
  • 23. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 4.3 Bilangan dan Panggilan Kata bilangan yang berfungsi sebagai penerang dalam frasa nama boleh wujud di hadapan katan nama inti. (Abdullah Hassan, 2006) Dalam konteks ini, bilangan yang digunakan merujuk kepada unsur numerik yang menjadi penanda kepada jumlah yang difokuskan dalam frasa. Contoh : lima ekor kuda segolongan kecil peneroka kelima-lima pendekar silat sekumpulan penyelidik segelintir pengundi sejumlah wang sebilangan besar pekerja Contoh ayat: (19) Lima ekor kuda telah dibeli oleh Haji Tahir. (20). Segolongan kecil peneroka sudah menanam pokok gaharu. (21). Kelima-lima pendekar silat itu menunjukkan gaya kepahlawanan. (22). Sekumpulan penyelidik sudah mendapat elaun khas. (23). Segelinitr pengundi pilihanraya dilihat berlegar-legar di situ. (24). Sejumlah wang yang besar diperlukan untuk kos perubatan. (25). Sebilangan besar pekerja sudah pulang ke kampung. Secara lebih khusus, kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam kumpulan berdasarkan makna (Hashim Hj.Musa, 1993); i. Kata bilangan tentu ii.Kata bilangan tak tentu iii.Kata bilangan himpunan iv.Kata bilangan pisahan v.Kata bilangan pecahan; dan 23
  • 24. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU vi.Kata bilangan tingkatan Kata Bilangan Tentu Kata bilangan yang mendukung makna tentu yang menjurus kepada bilangan khusus terdiri daripada angka yang boleh dilambangkan dengan simbol atau huruf abjad. Contoh: satu = 1 empat = IV dua = 2 sepuluh = X Contoh ayat: (26). Konvokesyen ke-2 telah dilaksanakan pada hari semalam. (27). Sukan Asia ke-XIV telah mencatat satu sejarah kegemilangan atlet Malaysia. (28). Dollah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian. (29). Shakira mempunyai empat ekor anak kucing. (30) Hang Tuah memiliki dua ekor kuda putih . Kata Bilangan Tak Tentu Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang tidak khusus . Contoh: Segala, semua , banyak ,sedikit, beberapa, sekalian, sekelompok. Contoh ayat: (31). Beberapa orang guru telah ditukarkan ke sekolah pedalaman. (32). Kegiatan gotong-royong itu disertai oleh semua penduduk kampung. (33). Segala bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai. Kata Bilangan Himpunan Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang terhimpun atau terkumpul. Contoh: 24
  • 25. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU berpuluh-puluh, berbelas-belas, beratus-ratus, beribu-ribu, kedua-dua, kelima-lima, kesemua. Contoh ayat: (34). Berpuluh-puluh kenderaan tentera telah bergerak ke sempadan negara. (35). Kedua- dua peninju itu telah diberi penghargaan oleh pihak persatuan. (36). Kesemua mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang selamat. Kata Bilangan Pisahan Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pemisahan dalam proses memerihalkan bilangan yang menjadi dasar pokok pernyataan. Kata jenis ini juga adalah sejumlah perkataan yang menyokong makna bilangan yang terasing. Contoh: masing-masing, setiap, tiap-tiap Contoh ayat: (37). Masing-masing ada pendapat yang tersendiri dalam isu pembangunan sukan. (38). Setiap hari dilalui oleh Pak Malau dengan hati yang tabah. (39). Tiap-tiap pasukan mempunyai ketua yang dilantik oleh pihak pengurusan. Kata Bilangan Pecahan Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pecahan atau pembahagian daripada jumlah keseluruhannya. Contoh: setengah, separuh, sepertiga, segelintir, sebahagian Contoh ayat: (40). Setengah daripada kawasan ini adalah milik Tuan Haji Ali. (41). Sabar itu adalah separuh daripada iman. (42). Sebahagian daripada ahli-ahli persatuan tidak hadir. Kata Bilangan Tingkatan 25
  • 26. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Kata bilangan tingkatan merujuk kepada sejumlah perkataan yang mendukung makna taraf tingkatan bilangan. contoh: pertama, kedua, ketiga , keseribu. contoh ayat: (43). Gerai pertama menjadi perhatian pembeli. (44). Dia mampu meraih tempat kedua sahaja dalam pertandingan tersebut. (45). Pengunjung keseribu akan diberi hadiah cepu emas. 4.4 Panggilan / Kata Panggilan Sementara itu, konsep panggilan ( kata panggilan) merupakan unsur frasa nama yang hadir sebelum kata nama inti ( Abdullah Hassan, 2008). Jenis-jenis kata panggilan seperti Tuan, Puan , Tunku, Tun, Haji, Datuk dan seumpamanya lazim digunakan sebelum kata nama inti. Kata panggilan merupakan satu sistem yang digunakan dalam bahasa Melayu bagi tujuan penghormatan, pengiktirafan ataupun penentuan identiti secara lebih khusus. Contoh: Datuk Maharaja Lela Profesor Ungku Aziz Datuk Sagor Tunku Kamalia Haji Abdul Rahman Limbong Syed Zain Barakbah Tuan Adam Sharifah Mona Alsagoff Puan Mastura Chong Tan Sri Malik Kamal Contoh ayat : (46). Datuk Maharaja Lela ialah seorang pejuang yang menentang Inggeris di Perak. (47).Profesor Ungku Aziz merupakan seorang pencetus idea penubuhan tabung pengurusan haji di Malaysia. (48). Datuk Sagor harus diingati sebagai seorang pahlawan. 26
  • 27. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU AKTIVITI 1. Bina carta atau pengurusan grafik untuk menunjukkan peraturan D – M. LATIHAN 1. Apakah maksud hukum D-M? 2. Tulis semula ayat- ayat di bawah dengan ayat-ayat yang sesuai berdasarkan Hukum D- M. a) Ahmad punya kedai terletak di sebelah bas terminal. b) Cili sos jenama lada dijual di Aminah Mini Market. c) Kenderaan mini bas sudah semakin dilupakan. d) Lain-lain hal boleh dibincangkan pada lain hari. e) Itu hari kita sudah bercadang melawat mini zoo. f) Lain masa, anda boleh bayar bil awal. g) Sport rim kereta itu milik Romli. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Hashim Hj.Musa ( 1993) Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 27
  • 28. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Nik Safiah Karim et.al (2008). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. TAJUK 5 Frasa Kerja Bahasa Melayu · Binaan Frasa Kerja · Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek · Binaan Frasa Kerja Dengan Objek SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: · Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja · Menganalisis binaan frasa kerja, binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat unsur frasa kerja yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Frasa kerja juga menjadi salah satu tonggak dalam binaan sintaksis. Frasa kerja binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: · Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja (1.1) 28
  • 29. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU · Menganalisis binaan frasa kerja, binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek (1.6) KERANGKA TAJUK-TAJUK 5.0 KANDUNGAN ISI Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. Dalam susunan ayat biasa, frasa kerja berfungsi sebagai predikat. 5.1 Konsep Frasa Kerja Bahasa Melayu Frasa Kerja menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. 29
  • 30. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), frasa kerja terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai fungsinya. Frasa kerja wujud dalam sesuatu ayat dalam binaan predikat. Contoh : Ayat Subjek Predikat Frasa Kerja (1). Emak (2). Emak Ahmad (3). Pemuzik itu (4). P.Ramlee menjemur kain. menjual sayur di pasar. meniup saksofon. mencipta lagu itu. 5.2 Binaan Frasa Kerja Binaan kata kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut. Kata kerja tak transitif juga dikatakan sebagai kata kerja yang tidak memerlukan frasa nama sebagai objek (penyambut) untuk melengkapkannya. 5.2.1 Frasa Kerja Tanpa Objek Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak memerlukan penyambut (objek) dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan predikat. Contoh : (5). Faisal tidur lena. (6). Budak nakal itu terjatuh lagi. (7). Dia selalu bergaduh. Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (91) , (92) dan (93) menunjukkan kata kerja tidur, terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut tidak memerlukan atau tidak tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut. Namun kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang. Contoh: 30
  • 31. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (8). Faisal tidur lena di bilik tidur. (9). Budak nakal itu terjatuh lagi setelah terpijak kulit pisang. (10). Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah. Dalam ayat (94), (95), dan (96), kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan penerang. Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif (tanpa objek) Pelengkap ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tersebut. 5.3 Frasa Kerja Dengan Objek Frasa kerja dengan objek dikenali juga sebagai frasa kerja transitif. Frasa kerja transitif mempunyai dasar kata kerja transitif. Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang memerlukan objek, Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut. Contoh: Frasa Kerja Kata Kerja Transitif Penyambut Menaikkan bendera menganyam tikar membaiki radio Contoh ayat lengkap: (11). Pelajar itu menaikkan bendera semasa perhimpunan. (12). Ibu menganyam tikar setiap hari. (13). Mahmud membaiki radio yang telah rosak. Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan. Dalam ayat (11), (12) dan (13), frasa yang bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. Unsur keterangan juga boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. 31
  • 32. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Dalam konteks ini , kadang-kala terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa menggunakan frasa kerja sebagai predikat. Hal yang demikian berlaku dalam proses membina sesuatu ayat. Contoh kesilapan dapat dilihat dalam ayat (15) hingga ayat (19). (15). Zamani akan melaporkan kepada warden asrama tentang kejadian itu. (16).Halijah menggenggam erat tangan suaminya. (17).Datuk Amran menghasilkan banyak produk berasaskan herba. (18). Lee Chong Wei menghantar dengan tenang bulu tangkis ke jaring. (19). Tuan Pengarah sedang membincangkan tentang isu pendidikan. Semua ayat di atas tidak menepati sistem penggunaan kata/frasa kerja transitif. Ayat-ayat yang tersebut di atas harus ditulis begini: (rujuk ayat 20 – 24) (20). Zamani akan melaporkan kejadian itu kepada warden asrama (21). Halijah menggenggam tangan suaminya dengan erat. (22). Datuk Aman menghasilkan produk berasaskan herba. (23). Lee Chong Wei menghantar bulu tangkis ke jaring dengan tenang. (24). Tuan Pengarah sedang membincangkan isu pendidikan. Catatan: kejadian’, ‘tangan’, ‘produk ’, ‘bulu tangkis’ dan ‘isu pendidikan’ ialah objek yang mesti hadir selepas kata kerja transitif. 32
  • 33. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU AKTIVITI 1. Tulis 10 contoh frasa kerja tanpa objek LATIHAN 1. Buat analisis binaan frasa kerja berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, atau akhbar tempatan. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd. 33
  • 34. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 6 Frasa Kerja Bahasa Melayu · Frasa Kerja dengan Kata Bantu · Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen · Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: · frasa kerja dengan kata bantu, frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja. Frasa kerja dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata bantu dalam predikat. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata dalam sesuatu frasa bahasa Melayu menghasilkan satu sistem yang komprehensif. Kata bantu boleh hadir di hadapan predikat kata kerja. Terdapat dua jenis kata bantu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa kerja yang menggunakan kata bantu dalam predikat. Selain itu, aspek penggunaan ayat komplemen dan unsur keterangan akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa kerja bahasa Melayu. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: · Menghurai frasa kerja dengan kata bantu, frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja(1.1) 34
  • 35. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU KERANGKA TAJUK-TAJUK 6.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat-pendapat ahli bahasa. Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. Dalam susunan ayat biasa, frasa kerja berfungsi sebagai predikat. 6.1 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Aspek Menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) Frasa kerja terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini, frasa kerja yang melibatkan kata bantu aspek merupakan keperihalan tentang aspek masa lampau, ini atau masa hadapan. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek. 35
  • 36. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Bagi menjelaskan fungsi kata bantu dalam frasa, diberikan contoh ayat berkaitan. Contoh (fungsi menunjukkan masa yang telah berlaku: sudah , telah ,pernah) (1). Amirul sudah mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang lepas. (2). Dia telah menulis puisi sejak di bangku sekolah. (3). Michael pernah mendapat pengiktirafan sebagai guru cemerlang. Contoh (fungsi menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan: akan dan belum) (4). Wan Malini akan memetik bunga di taman. (5). Adi Kencana belum lagi berminat untuk merantau ke kota. Kata Bantu Kata Bantu Aspek Kata Bantu Ragam Memerihalkan masa lampau, kini, atau masa hadapan. Contoh : telah, sudah, sedang, masih, akan, belum Memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. Contoh: hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat 6.2 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Ragam Frasa kerja yang melibatkan kata bantu ragam merupakan keperihalan tentang aspek perasaan. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek yang memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. Contoh ayat: (6). Dia hendak bekerja di Kuala Lumpur. (7). Maslina mahu membuktikan bahawa dia juga mampu menjadi juara. (8). Dia harus pulang ke kampung segera. (9). Anda mesti belajar untuk menguasai kemahiran mengajar. (10). Yatim boleh berjaya jika dia berusaha bersungguh-sungguh. (11). Daud dapat menyertai program sukan berkuda di Johor Bahru. 6.3 Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen 36
  • 37. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Frasa kerja dengan ayat komplemen merupakan jenis frasa yang boleh menerima pelengkap atau sebaliknya yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan sesuatu ayat. Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), frasa kerja sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen. Dalam binaan predikat, frasa kerja jenis ini ditandai dengan penggunaan kata kata hubung bahawa, demi, supaya, semoga dan untuk. Apabila keadaan sedemikian berlaku, maka ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk Contoh : (i) Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen (12). Cikgu Normah menegaskan bahawa tidur yang berkualiti adalah perlu untuk kesihatan minda. (13). Pak Mat mengakui bahawa dia pernah berkhidmat dalam pasukan komando. (14). Pemandu bas itu memaklumkan bahawa semua penumpang selamat sampai ke destinasi. Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (12) , (13) dan (14) menunjukkan kata kerja tidur, terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut menerima ayat komplemen yang akhirnya membentuk ayat majmuk. (ii) Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen (15). Haji Amin percaya bahawa mangsa kebakaran itu boleh diselamatkan. (16). Kim Seng faham bahawa jirannya terpaksa berpindah ke kampung. (17). Jasmin berpendapat bahawa kerjaya guru sangat mencabar. Dalam ayat (15), (16), dan (17), frasa kerja tak transitif telah menerima ayat komplemen. Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif dan akhirnya membentuk ayat majmuk. 6.4 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja Unsur keterangan dalam frasa kerja diwakili oleh unsur-unsur penerang yang memerihalkan atau menerangkan kata kerja tersebut dengan lebih lanjut. Unsur –unsur biasanya hadir selepas kata kerja. Bagi kata kerja transitif, unsur 37
  • 38. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU keterangan hadir selepas objek (penyambut). Unsur-unsur keterangan boleh terdiri daripada binaan frasa sendi nama, frasa adjektif, dan frasa nama. Yang pasti, unsur keterangan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang maksud dan sasaran makna dalam sesuatu frasa yang menjadi struktur binaan dalam satu-satu frasa. Berdasarkan aspek makna yang hadir dalam frasa kerja, unsur keterangan dapat dibahagikan kepada lapan jenis: (i) Keterangan tempat atau arah (ii) Keterangan waktu (iii) Keterangan cara (iv) Keterangan tujuan atau harapan (v) Keterangan alat (vi) Keterangan penyertaan (vii) Keterangan hal (viii) Keterangan bagai Huraian: (i) Keterangan tempat atau arah Unsur keterangan tempat atau arah membincangkan tempat berlakunya peristiwa. Penggunaan kata sendi nama di,ke,dari,daripada,kepada ,pada jelas terdapat dalam unsur keterangan ini. Contoh: (18) Dia belajar di universiti. (19) Abang Malik memanjat ke atas bumbung rumah. (20) Swee Ling berasal dari Negeri Sembilan. (21) Emak Shafik menerima hadiah cenderamata daripada guru besar. (ii) Keterangan waktu Dua bentuk keterangan waktu wujud dalam frasa kerja iaitu · bentuk frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama iaitu pada, dalam , sejak dan hingga · bentuk frasa nama seperti semalam, tahun lepas, Contoh : 38
  • 39. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (22) Pensyarah itu menamatkan kuliah pada jam 9 malam. (23) Pameran kesenian itu bermula sejak semalam. (24) Aiman menunggu kepulangan ayahnya hingga pukul 12 malam. (iii) Keterangan cara · Keterangan cara boleh bersumberkan daripada kata adjektif. · Keterangan cara boleh terbina daripada frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti kata adjektif yang menerima kata pembenda –nya. Contoh : (25) Air sungai mengalir deras. (25) (a) Air sungai mengalir dengan derasnya. (26) Azman berlari pantas. (26) (a) Azman berlari dengan pantasnya. (27) Menteri berjalan megah. (27) (a) Menteri berjalan dengan megahnya. (iv) Keterangan tujuan atau harapan · Keterangan tujuan atau harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian. · Keterangan tujuan menggunakan kata sendi nama : demi, untuk dan bagi. Contoh : (28) Muhamad belajar bersungguh-sungguh demi masa depan. (29) Mereka berkahwin untuk mencapai kebahagiaan hidup. (30) Penghulu berucap di perhimpunan itu bagi menjelaskan isu sebenar. (v) Keterangan alat · Unsur yang menerangkan peralatan, perkakas atau benda yang digunakan dalam sesuatu proses atau peristiwa. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. Contoh: (31) Guru pelatih itu datang dengan menaiki kereta api 39
  • 40. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (32) Encik Ahmad memotong kek dengan pisau. (33) Harjit Singh memukul bola dengan kayu hoki. (vi) Keterangan penyertaan · Unsur yang menerangkan maksud ikut serta, ikut bersama-sama atau melibatkan diri. · Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. Contoh: (34) Aminah datang ke masjid dengan suaminya. (35) Pegawai kebajikan melawat kampung contoh dengan ahli jawatankuasa surau. (36) Muniandy masuk ke pejabat dengan pembantunya. (vii) Keterangan hal · keterangan hal berfungsi menerangkan keadaan · kata sendi nama yang digunakan ialah tentang, mengenai, terhadap. Contoh: (37) Tuan pengurus sedang memikirkan tentang masalah itu. (38) Panel disiplin membuat teguran terhadap kes itu. (39) Jurutera perunding membuat penilaian semula tentang projek tersebut. (viii) Keterangan bagai · Unsur yang menerangkan keserupaan,kesamaan atau hampir sama. · Kata sendi nama yang digunakan ialah seperti, bagai, sebagai, bak. Contoh : (40) Amran berlagak seperti pegawai tinggi . (41) Kepantasan lelaki itu bertindak bagai lipas kudung . (42) Diana berlakon sebagai Puteri Gunung Ledang. (43) Hidungnya mancung bak seludang. 6.5 Kesimpulan 40
  • 41. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Frasa kerja merupakan satu bentuk frasa yang kompleks dan mampu menerima unsur-unsur perkataan yang menjadi struktur asas dalam binaan predikatnya. Hal yang demikian bergantung kepada situasi dan rumus yang menjadi dasar dalam pembentukan frasa yang akhirnya menghasilkan satu ayat yang lengkap. AKTIVITI 1. Bincangkan fungsi kata bantu ragam dan kata bantu aspek dalam frasa kerja. LATIHAN 1. Berdasarkan perkataan di bawah, bina ayat yang menggunakan predikat frasa kerja dengan kata bantu ragam atau kata bantu aspek. i. melagukan ii. bertolak iii. memancing iv. berupaya v. mengalami vi. bersedia vii. memutuskan viii. berjumpa ix. memikirkan x. mendirikan BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Hashim Hj.Musa (1993), Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 41
  • 42. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd. TAJUK 7 Frasa Adjektif Bahasa Melayu - Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif - Penguat - Kata Bantu dalam Frasa Adjektif SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: · Binaan frasa adjektif : unsur pengisi frasa adjektif · Penguat · Kata bantu dalam frasa adjektif Frasa adjektif dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Harus dijelaskan bahawa kata adjektif yang hadir selepas kata kerja disebut sebagai keterangan. Sementara, kata adjektif yang hadir selepas kata nama disebut sebagai penerang. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan binaan frasa, kata penguat dan kata bantu dalam frasa. Selain itu, unsur pengisi yang wujud dalam frasa adjektif akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa adjektif bahasa Melayu ini. 42
  • 43. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: · Menjelaskan definisi frasa adjektif. (1.1) · Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi, penguat dan kata bantu. (1.2) KERANGKA TAJUK-TAJUK 7.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan 43
  • 44. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif berfungsi sebagai predikat. 7.1 Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya. Frasa adjektif bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada dihadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif. Contoh : (1) . Wak Samad sudah terlalu tua Dalam ayat (1) [Wak Samad] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif. Dalam binaan predikat, [sudah + terlalu + tua] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur berikut : [kata bantu + penguat + kata adjektif] Unsur pengisi dalam frasa adjektif juga dapat dilihat dalam contoh-contoh di bawah: Kata Bantu Penguat Kata Adjektif Penguat sudah - belum masih - terlalu sangat - terlalu amat tua prihatin masak awal baik - - benar - - Dalam contoh-contoh di atas, kata bantu boleh hadir bersama-sama penguat hadapan mendahului kata adjektif. Namun, penguat juga boleh hadir sama ada 44
  • 45. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU di belakang atau di belakang kata adjektif. Bentuk sedemikian boleh berubah-ubah berdasarkan rumus tatabahasa dan pola dalam ayat berkaitan. 7.1.1 Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan Binaan jenis ini merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan satu kata adjektif dalam ayat. Contoh: (2) . Salim sangat rajin. (3) . Guru pelatih itu cergas (4) . Dia kelihatan ceria. (5) . Penglihatannya kabur. (6) . Tanamannya subur. 7.1.2 Binaan Kata Adjektif Dua Perkataan Binaan dua perkataan adjektif merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan dua kata adjektif dalam ayat Pola binaannya boleh terdiri daripada yang berikut: (i) kata adjektif + kata adjektif (unsur keserasian makna) contoh : letih lesu cantik molek lemak manis penat lelah (i) kata adjektif + kata adjektif (makna berlawanan) contoh: jatuh bangun hidup mati baik buruk susah senang pahit maung 45
  • 46. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 7.2 Penguat · Kata penguat boleh hadir dalam frasa adjektif berdasarkan jenis-jenisnya. Terdapat tiga jenis penguat: (i) Penguat hadapan (ii) Penguat belakang (iii) Penguat bebas · Penguat hadapan merupakan kata yang terletak di hadapan kata adjektif. Penguat hadapan terdiri daripada kata terlalu dan paling. Contoh: (7) . Rumahnya terlalu besar. (8) . Lukisan itu paling cantik. · Penguat belakang pula merupakan kata yang terletak di belakang kata adjektif seperti sekali, benar, nian (9) . Pakaian puteri itu cantik sekali. (10) . Kereta lembu itu lambat benar. (11) . Taman Bunga di istana itu indah nian. · Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu boleh hadir di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat dan sungguh. (12) . Kubah masjid itu amat besar. (13) . Gerakan dan gaya pesilat Malaysia tangkas sungguh. Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif juga wujud dalam binaan frasa adjektif. Contoh : sungguh amat, terlalu amat, seperti dalam ayat-ayat berikut: (14). Percakapan orang tua itu sungguh amat kasar . (15). Perangai anaknya terlalu amat sopan. 46
  • 47. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 7.3 Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif Kata bantu merupakan unsur yang boleh hadir dalam frasa adjektif. Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat. Frasa adjektif jelasnya boleh disertai oleh kata bantu sudah, belum, masih, harus berdasarkan kesesuaian konteks ayat. Contoh: (16). Anaknya sudah besar. (17). Sayur-sayuran dikebun itu masih belum subur. (18). Pekerja yang berkualiti harus cekap. Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat, misalnya: masih amat jauh, belum terlalu lewat, belum sangat cekap, sungguh masih muda, sungguh telah pandai Contoh: (19). Kedudukan khemah itu masih amat jauh. (20). Kehadiran pelajar itu belum terlalu lewat. (21). Pekerja baru itu belum sangat cekap. (22). Anak sulungnya itu sungguh masih muda. (23). Pelajar kelas peralihan itu sungguh telah pandai. AKTIVITI 1. Bincangkan fungsi kata bantu dalam frasa adjektif. 47
  • 48. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU LATIHAN 1. Senaraikan frasa adjektif dalam petikan sajak di bawah. SAJAK : SEBUAH PERSOALAN Mengapa harus kau pijak kaki anak kecil itu? yang hanya semalam belajar bertatih dan jatuh kembali, di bumi Gaza ini, jatuh bangunnya, letih lesunya, penat lelahnya dihiasi air matanya berderai tangisnya mohon belas kasihan sedu-sedannya tanda kesedihan wajahnya pucat, hatinya cemas langkahnya kian tidak cergas. Barangkali kau sudah lupa wahai rejim zionis, bahawa kau juga pernah jadi anak kecil hidupmu sangat sederhana kautidur berselimutkan langit gelap impianmu sangat suram. Mungkin rasa ihsan sudah terhakis dari dalam dirimu hingga kau mudah keliru antara langkah, injak, sepak, dan pijak lantaran amarah yang membakar hati lantas kau tegar menyusun langkah pantas, untuk memijak sesiapa jua dengan mata yang merah menyinga, menampar muka mendabik dada langkahmu pantas sungguh, hingga akhirnya 48
  • 49. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU kau terpijak kakimu sendiri dan jatuh tersungkur menyembah bumi. Oleh: ESA ALHAJ Johor Bahru. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Hashim Hj.Musa (1993), Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd. 49
  • 50. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 8 Frasa Adjektif Bahasa Melayu · Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat · Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Frasa Adjektif Bahasa Melayu · Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat · Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen Frasa adjektif dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang besar dalam mengungkapkan kata sifat secara luaran dan dalaman berdasarkan konteks kata-kata adjektif tertentu dalam binaan frasa dan ayat. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Harus dijelaskan bahawa frasa adjektif mempunyai ketentuan sama ada boleh hadir selepas subjek sebagai predikat, boleh hadir selepas kata kerja sebagai keterangan dan, boleh hadir selepas frasa nama sebagai penerang. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat serta frasa adjektif dan ayat komplemen. Selain itu, unsur predikat yang terdapat dalam frasa objektif dapat diikuti oleh ayat komplemen yang mewujudkan ayat majmuk. 50
  • 51. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: · Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi, penguat dan kata bantu.(1.2) · Menghuraikan ayat komplemen.(1.2) KERANGKA TAJUK-TAJUK 8.0 Kandungan Isi 51
  • 52. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif dan elemen berkaitan dengan susunan frasa serta ayat komplemen. Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif berfungsi sebagai predikat. 8.1 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya. Frasa adjektif merupakan komponen penting dalam proses melengkapkan sesuatu ayat. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada di hadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif. Contoh : 8.1.1 Frasa Adjektif Sebagai Predikat Predikat dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa adjektif. Dalam hal ini, frasa adjektif juga boleh hadir selepas subjek sebagai predikat. Contoh: (1) . Stadium itu sudah usang. Dalam ayat (1) [stadium itu ] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif. Dalam binaan predikat, [sudah + usang] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur berikut : [kata bantu + kata adjektif] Ayat (1) boleh disongsangkan menjadi seperti berikut: (1) (a) Sudah usang stadium itu. [predikat + subjek] 52
  • 53. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Frasa predikat yang mendepani subjek sudah berpindah tempat melalui proses penyongsangan. Contoh-contoh lain: (2). Kulitnya putih bersih. (susunan biasa) (2) (a) Putih bersih kulitnya (susunan songsang) [predikat + subjek] (3). Warna bola itu merah tua. (susunan biasa ) (3) (a) Merah tua warna bola itu. (susunan songsang) [predikat + subjek] 8.1.2 Frasa Adjektif Sebagai Keterangan Frasa adjektif yang hadir selepas frasa kerja akan berfungsi sebagai keterangan. Hal yang demikian merupakan fungsi asas kata adjektif yang memerihalkan sifat dan adjektif bagi keterangan kata kerja. Contoh: Subjek Predikat (4). Amira (5). Pelajar itu (6). Air sungai itu (7). Pemuzik (8). Kucing itu Frasa Kerja Keterangan (Frasa Adjektif) berenang berpidato mengalir beraksi berlari sangat pantas. lancar sekali. deras sekali. hebat sekali. laju. 8.1.3 Frasa Adjektif Sebagai Penerang Kata Nama Frasa adjektif boleh hadir selepas kata nama dan frasa nama. Fungsinya ialah sebagai penerang kepada kata nama. Frasa Nama Kata Nama Kata Adjektif kereta warna baju besar merah kelabu 53
  • 54. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU madu pangkat kain benang kelapa pinang kitab asli tinggi licin kasar muda masak tebal 8.2 Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen Frasa adjektif yang berperanan sebagai predikat dalam ayat boleh diikuti oleh ayat komplemen. Kesannya, ayat tersebut akan menjadi ayat komplemen. Contoh: (9). Ketua kampung itu percaya bahawa anak buahnya memberikan sokongan padu. (10). Zulmazran Zulkifli yakin bahawa pasukan Malaysia akan meraih pingat emas dalam acara boling. (11). Peserta kursus sedar bahawa mereka harus tidur di khemah sementara. (12). Dia insaf bahawa dia perlu meningkatkan kualiti ibadahnya. AKTIVITI 1. Bincangkan fungsi susunan frasa adjektif dalam sesuatu ayat. LATIHAN 1. Bina 10 ayat berdasarkan pola binaan ayat di bawah ini. 54
  • 55. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Subjek Predikat Frasa Kerja Keterangan (Frasa Adjektif) BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd. 55
  • 56. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 9 Frasa Sendi Nama Bahasa Melayu · Binaan Frasa Sendi Nama · Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat · Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Frasa Sendi Nama · Binaan Frasa Sendi Nama · Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat · Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang utama dalam melengkapkan satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama dalam ayat. Ini membuktikan bahawa kepentingan elemen kata sendi nama menjadikan fungsi frasa sendi nama sebagai asas pembentukan predikat yang mempunyai pola FN+ FSN ( Frasa Nama + Frasa Sendi Nama). Frasa sendi nama mempunyai mempunyai potensi untuk hadir sebelum frasa nama atau sebelum kata nama arah diikuti oleh frasa nama. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa sendi nama yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat . Selain itu, unsur predikat frasa sendi nama juga akan dibincangkan dalam bab ini. 56
  • 57. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: Menjelaskan definisi dan binaan frasa sendi nama(1.1) Menganalisis binaan dan kedudukan frasa sendi nama dalam ayat.(1.6) KERANGKA TAJUK-TAJUK 9.0 Kandungan Isi 57
  • 58. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa sendi nama dan elemen berkaitan dengan binaan frasa sendi nama dalam ayat. Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu terdiri daripada beberapa perkataan yang mewakili kata sendi atau kata adjektif sebagai unsur binaan frasanya. 9.1 Binaan Frasa Sendi Nama Frasa sendi nama ialah frasa yang terdiri daripada kata sendi nama yang boleh bergabung dengan kata nama dalam membentuk kesatuan frasa. Frasa sendi nama terbina daripada ayat yang mempunyai satu kata sendi nama dan satu frasa nama yag menjadi pelengkap dalam binaan frasa sendi nama itu. (Nik Safiah Karim et.al,2008) Frasa sendi nama pada asasnya terbina apabila sesuatu kata sendi diikuti oleh kata nama. (Abdullah Hassan et.al 2006). Antara kata sendi nama yang sering digunakan ayat ialah di, ke, dari, daripada ,kepada , pada, untuk, akan bagi, hingga,oleh, dengan, tentang, sampai, dan sebagainya. Frasa sendi nama juga boleh didahului oleh kata bantu sama ada kata bantu ragam atau kata bantu aspek. Contoh : 9.1.1 Kata Sendi Nama + Frasa Nama Frasa dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa sendi nama dengan pola kata sendi nama + frasa nama ( KN+ FN). Dalam hal ini, kata sendi nama hadir sebagai satu perkataan di hadapan suatu frasa nama. Contoh: Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama di ke dari daripada gimnasium sekolah pusat tuisyen aluminium 58
  • 59. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU kepada untuk dengan sejak tentang sampai bagi Tuan Jana Khatib ibu kemewahan semalam klorofil siang ayah 9.1.2 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama Frasa sendi nama boleh wujud di hadapan frasa nama (didahului satu unsur kata nama arah). Selain itu, frasa sendi nama juga berpotensi untuk hadir tanpa kata nama arah. Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama Kata Nama Arah Frasa Nama (i) di (i) di (ii) ke (ii) ke (iii) dari (iii) dari dalam - dalam - belakang - takungan takungan kolam kolam pentas pentas 9.1.3 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Keterangan) Binaan frasa nama boleh juga terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa nama dan keterangan. Kata nama arah dan keterangan boleh hadir dan boleh digugurkan mengikut kesesuaian ayat. Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama Kata Nama Arah Frasa Nama Keterangan (i) di di (ii) ke atas - luar pentas pentas garisan pada saat itu. - dengan bergaya 59
  • 60. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU ke (iii) dari dari - bawah - garisan rumah rumah - dengan kayu - 9.2 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Frasa sendi nama mempunyai fungsi dalam predikat sesuatu ayat. Dalam sesetengah ayat lain, frasa sendi nama berfungsi sebagai unsur keterangan. 9.2.1 Predikat Frasa sendi Nama Dalam susunan ayat biasa, frasa sendi nama hadir selepas subjek. Contoh: (1). Ahmad ke sekolah setiap hari. (2). Kolam ikan di tepi taman. (3). Yushiro dari bandar raya Tokyo. (4). Kerusi itu daripada kayu jati. (5). Hadiah ini untuk ibu Zarina. (6). Bahaman daripada keluarga seni. 9.2.2 Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan Unsur keterangan dalam sesuatu ayat boleh diwakili oleh frasa sendi nama. Unsur keterangan ini pada asasnya bertindak menerangkan keperihalan maksud predikat frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama. Namun, unsur keterangan ini boleh hadir secara pilihan mengikut kesesuaian konteks ayat berdasarkan rumus tatabahasa. Contoh: (i) Keterangan bagi frasa kerja Contoh: (7) Budin meniup saksofon seperti pemuzik profesional. (keterangan bandingan) (8) Dahlan memasak pada waktu petang. (keterangan masa) (9) Marini berehat di tepi pantai.(keterangan tempat) 60
  • 61. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (10).Ayah berbincang tentang hal pertunangan.(keterangan hal) (11).Sultan Mansur Syah hadir dengan permaisurinya.(keterangan penyertaan) (12) Anda wajar mengawal emosi demi kesejahteraan diri.(keterangan tujuan) (13).Hang Tuah menikam lanun dengan keris.(keterangan cara) (ii) Keterangan bagi frasa adjektif Contoh : (14) John segak seperti model. (keterangan bandingan) (15) Profesor itu cekap dalam bidang bioteknologi. (keterangan hal) (16) Dia rabun pada waktu malam. (keterangan masa) (17) Kita harus pantas supaya tidak ketinggalan. (keterangan tujuan) (iii) Keterangan bagi frasa nama Contoh: (18) Bangunan di Kuala Lumpur sungguh tinggi. (keterangan tempat) (19) Batu permata itu adalah dari zaman Dinasti Ming (keterangan asal) (20) Ridwan sudah membeli songkok untuk majlis tersebut.(keterangan tujuan) (21) Keris itu diperbuat daripada besi. (keterangan sumber) (22) Lagu oleh Dato’ Mokhzani telah menarik perhatiannya. (keterangan pembuat) 9.3 Penggunaan Kata Sendi Nama Dalam penggunaan kata sendi nama dalam ayat, terdapat dua unsur kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung dan, atau, tetapi. Contoh: (23) Dia mundar-mandir di dalam dan di luar bangunan itu. (24) Zulfadli makan dengan adiknya atau dengan abangnya? (25) Pak Cik Ali bekerja bukan di kebun tetapi bekerja di pejabat peguam. (26) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi ke Austria. 61
  • 62. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Dalam ayat (23), frasa sendi nama dengan kata hubung dari boleh digugurkan secara pilihan unsur kedua. Ayat baharu setelah pengguguran kata sendi nama pada unsur kedua ialah: (27) Dia mundar- mandir di dalam dan luar bangunan. (28) Zulfadli makan dengan adiknya atau abangnya? (29) Tuan Haji Ali bekerja bukan di kebun tetapi di pejabat peguam. (30) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi Austria. Namun dalam beberapa keadaan, terdapat kata sendi yang boleh berfungsi sebagai kata bantu aspek. Ini berlaku pada perkataan ’akan’. Contoh : (31) Diana akan ke Kuala Lumpur. (akan sebagai kata bantu aspek) (32) Diana sayang akan kucingnya. (akan sebagai kata sendi) Namun, dalam perbincangan ini, perkara tersebut ditunjukkan sebagai contoh penggunaan kata sendi yang boleh hadir dalam keadan lebih daripada satu situasi. Keadaan ini dapat dipermudahkan dengan melihat kedudukan dan fungsinya dalam ayat. Pada asasnya, frasa sendi boleh berfungsi sebagai predikat dan keterangan dalam ayat. AKTIVITI (Aktiviti kumpulan) 1. Bincangkan unsur-unsur yang terdapat dalam frasa sendi nama. 62
  • 63. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU LATIHAN (Aktiviti individu) 1. Bina 10 frasa dengan pola binaan frasa sendi nama berdasarkan jadual di bawah. Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama Kata Nama Arah Frasa Nama Keterangan 63
  • 64. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd. 64
  • 65. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 10 Ayat Bahasa Melayu · Ayat, Klausa, Frasa, Perkataan · Ayat Dasar · Ayat Tunggal SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: · Ayat, Klausa, Frasa, Perkataan · Ayat Dasar · Ayat Tunggal Ayat Bahasa Melayu Ayat dalam bahasa Melayu boleh terbentuk daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. (Nik Safiah Karim et.al. 2008). Ayat terdiri daripada binaan klausa, frasa ,dan perkataan. Kajian tentang ayat membuktikan bahawa kepentingan klausa, frasa dan perkataan mempunyai fungsi yang utama dalam pembentukan ayat. Selain itu, ayat dasar atau ayat inti merupakan ayat yang terdiri daripada ayat penyata. Ini berbeza dengan ayat tunggal yang terdiri daripada ayat tanya, perintah dan seruan dan sebagainya. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola ayat dasar, ayat tunggal dan tidak ketinggalan unsur yang berkaitan dengan susunan klausa, frasa, dan perkataan dalam ayat . 65
  • 66. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: · Menjelaskan definisi klausa, frasa, ayat dasar dan ayat tunggal (1.1) · Menganalisis binaan ayat dasar dan ayat tunggal.(1.6) KERANGKA TAJUK-TAJUK 10.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat, klausa, frasa dan perkataan. Perbincangan juga akan berkisar pada aspek ayat dasar (ayat inti) dan juga ayat tunggal. 10.1 Ayat Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. (Nik Safiah Karim et.al. 2008). 66
  • 67. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), ayat terdiri daripada perkataaan-perkataan yang disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok tertentu. Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap. Susunan yang lengkap mempunyai makna yang lengkap. Setiap satu kelompok tersebut mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Subjek menyebut sesuatu perkara, seperti rumah, baju, kereta dan seumpamanya. Predikat pula menerangkan tentang perkara yang telah disebutkan dalam predikat iaitu menerangkan tentang rumah, baju, kereta dan seumpamanya. Contoh : (1). Sekolah di tepi laut. Dalam ayat (1) sekolah terdiri daripada kelompok perkataan yang menjadi pokok perbincangan. Malah sebenarnya, sekolah ialah komponen subjek ayat. Dalam kumpulan perkataan kedua, di tepi laut,menceritakan tentang subjek ayat.Maksud ayat tersebut ialah hal sebuah sekolah yang terletak di tepi laut. (2) Rumah langsir biru. Dalam ayat (2) rumah ialah kelompok perkataan yang menjadi subjek dalam ayat tersebut. Sementara, langsir biru yang tergolong dalam kelompok kedua ialah predikat bagi ayat tersebut yang menerangkan tentang keadaan rumah besar tersebut. 10.2 Klausa Klausa ialah satu rangkaian perkataaan yang mengandungi subjek dan predikat , yang menjadi konstituen dalam ayat. (Nik Safiah Karim et.al. 2008) Klausa tergolong kepada dua jenis iaitu: (i) Klausa bebas (ii) Klausa tak bebas Klausa bebas ialah klausa yang terdiri daripada sekumpulan perkataan yang maknanya boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diujarkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa boleh diumpamakan ayat dalam ayat (Abdullah Hassan et.al 2006). 67
  • 68. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh : klausa 1 : Majid kaya (klausa bebas) klausa 2 : kerana cekap menguruskan perniagaan (klausa tak bebas) Ayat sempurna: klausa 1 + klausa 2 = Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan. Klausa bebas juga disebut sebagai klausa utama. Berdasarkan contoh : Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan. [klausa bebas] [ klausa tak bebas] [klausa utama] Oleh itu, pembentukan klausa bebas adalah berdasarkan ciri klausa yang mampu mendokong makna lengkap serta mendokong ciri –ciri ayat yang sempurna. 10.3 Frasa Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. (Nik Safiah karim, et.al 2008) Frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et.al, (2006). Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat, frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. Contoh ayat : sehelai baju kurung di dalam almari. Ayat ini akan dipenggal sebahagiannya untuk melihat rumus struktur frasa. Frasa baju sehelai baju baju kurung sehelai baju kurung Frasa di atas berasaskan satu binaan ayat (FN+FS) :Sehelai baju kurung di dalam almari. Bentuk frasa satu perkataan ialah baju. Bentuk tersebut diperluas menjadi sehelai baju, baju kurung, sehelai baju kurung, dan sebagainya. 68
  • 69. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Jadi, frasa yang asas iaitu baju kurung telah diperluaskan melalui pancangan ke dalam sebuah frasa yang lain hingga terbentuknya frasa sehelai baju kurung. 10.4 Perkataan Perkataan ialah konstituen kepada frasa. Perkataan adalah bentuk bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu (Abdullah Hassan et.al , 2008) Bentuk-bentuk perkataan seperti sekolah, baju, orang, kereta adalah perkataan yang mendokong makna tertentu. Perkataan mempunyai beberapa golongan tertentu seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama, kata hubung, kata tugas dan sebagainya. Contoh: kata nama: pelajar, ayah, Seremban, taman kata kerja : makan, tidur, melukis, menendang Kata adjektif : kurus, pucat, gempal, tampan kata sendi nama : di rumah, ke kedai, dari Johor, daripada besi 10.5 Ayat Dasar Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber atau dasar bagi pembentukan ayat-ayat lain berdasarkan rumus-rumus tatabahasa. Semua ayat yang terbina secara lengkap sebenarnya dapat dikesan dasar atau inti ayat yang menjadi landasan dalam sesuatu binaan ayat. Ayat dasar mempunyai empat pola asas iaitu: Pola 1 : FN + FN Pola 2 : FN + FK Pola 3 : FN + FA Pola 4 : FN + FS Pola Subjek Predikat Pola 1 (FN + FN) Harun pesilat amatur. Pola 2 (FN + FK) Jurulatih sedang berehat. Pola 3 (FN + FA) Marlina sungguh pandai 69
  • 70. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Pola 4 ( FN + FS) Muzium di Pusat Islam. Komponen frasa boleh mengandungi satu perkataan atau lebih. Namun, binaan-binaan tersebut harus masih tergolong dalam bentuk frasa. Contoh: Pola Subjek Predikat Pola 1 (FN + FN) Harun pesilat amatur negara. Pola 2 (FN + FK) Jurulatih sedang berehat di bilik Pola 3 (FN + FA) Adik Marlina sungguh pandai Pola 4 ( FN + FS) Muzium warisan di Pusat Islam Kuala Lumpur. 10.6 Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu predikat tersebut. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar. Malah binaan ayat tunggal mempunyai persamaan dengan ayat dasar. Namun, yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya, ayat perintah ayat seruan dan sebagainya. Sementara, ayat dasar terdiri daripada ayat penyata. Jelas bahawa ayat tunggal terbina secara mudah dengan hanya mempunyai konstituen satu subjek dan satu predikat. Contoh: Subjek Predikat (1). Bapa saudara Ali (2) Peninju itu (3) Darwis (4) Wahab pensyarah. sangat tangkas. membaca kitab jawi. ke kedai runcit. Dalam proses binaan ayat tunggal ini , terdapat juga proses penyongsangan seperti predikat mendahului subjek seperti dalam ayat songsang. Contoh: (5) (a) Mariam ke pasar raya hari ini. (b) Ke pasar raya Mariam hari ini. (6) (a) Baju itu di dalam almari. 70
  • 71. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (b) Di dalam almari baju itu. (7) (a) Kuih itu dimakannya. (b) Dimakannya kuih itu. (8) (a) Pokok kayu itu ditebangnya. (b) Ditebangnya pokok kayu itu. Berdasarkan contoh-contoh ayat tersebut, jelas didapati bahawa subjek dan predikat dalam ayat dasar boleh bertukar ganti mengikut keperluan dan keutamaan penutur bahasa. Jelas, proses sedemikian menggambarkan sifat bahasa Melayu yang dinamik dalam pelbagai aspek bahasa dan rumus tatabahasa. AKTIVITI 1. Bina lima ayat aktif dan tukarkan ayat tersebut menjadi ayat pasif LATIHAN 1. Nyatakan perbezaan antara ayat dasar dan ayat tunggal. 2. Nyatakan unsur-unsur klausa dalam ayat bahasa Melayu dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. 71
  • 72. BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd. 72