Successfully reported this slideshow.

Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)

21,580 views

Published on

Published in: Technology, Education
  • Be the first to comment

Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)

  1. 1. DISEDIAKAN OLEH: NUR ATIKAH BINTI MOHD NOOR 880111-46-5002
  2. 2. Definisi Bahasa  Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi.  Kamus Dewan edisi ketiga (1996:87) bahawa bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.
  3. 3. Sambungan…  Kamus besar Bahasa indonesia Edisi kedua cetakan kesepuluh (1999:77) pula mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang bunyi yang arbitrari, yang diperguna oleh para anggota suatu masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasikan diri.
  4. 4. Beberapa pendapat mengenai bahasa  Abdullah Hassan (1984:14) berpendapat “dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubungan”
  5. 5.  Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985:40) “banyak dasar yang boleh dijadikan asas untuk mendefinisikan bahasa. Sesetengah orang mendefinisikan bahasa dari sudut fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka bahasa merupakan alat perhubungan atau komunikasi.
  6. 6.  Arbak (1983:7) bahasa merupakan bahan langsung yang menjadi tumpuan pengkajian, terutamanya dalam usaha memperlihat kan fungsinya sebagai alat yang dipakai manusia untuk perhubungan.  Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam sekali lagi memberi definisi bahawa bahasa sebagai alat untuk menyatakan perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya.
  7. 7.  Edward Sapir menjelaskan bahasa ialah suatu sitem lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrari untuk menyampaikan fikiran dan perasaan.  Raja Mukhtaruddin (1980: 25) berpendapat bahawa ahli-ahli bahasa terlebih dahulu mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat.
  8. 8.  Lutfi Abas (1975: 4 ) mendefinisikan bahasa ialah data yang dianalisis dalam linguistik. Bahasa ialah suatu sistem simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, yang dipersetujui bersama, dipelajari oleh sekelompok manusia dan dengan simbol-simbolnya pula sekelompok manusia itu berkomunikasi.
  9. 9.  Asmah Omar (1983: 376) bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusiaDisebalik ciri fizikal ini terdapat makna.
  10. 10. DEFINISI LINGUISTIK  Kata linguistik (linguistics-Inggris) berasal dari bahasa Latin“lingua” yang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancis“langage- langue”; Italia “lingua”; Spanyol “lengua”dan Inggeris“language”. Akhiran “ics” dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu, yang bererti ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain
  11. 11.  Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa (Abdullah Hassan, 1984: 2)  Linguistik ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain.  Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar.
  12. 12. STRUKTUR BAHASA  Menurut Levi Strauss (1963: 279), (1) struktur memiliki ciri sistem, iaitu terdiri atas unsur-unsur hingga perubahan terjadi pada salah satu di antara unsur-unsur itu membawa perubahan bagi semua unsur lain.  Istilah struktur dan sistem lebih tepat digunakan kerana istilah ini dapat diterapkan dalam semua elemen bahasa, iaitu fonetik, morfologi, dan sintaksis  Struktur dapat dibezakan mengikut bentuk sistematik sesuatu bahasa, iaitu mengikut susunan fonetik, alomof, morfem, atau sintaksis.
  13. 13.  Mengkaji struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan leksikologi, atau gabungan subdisiplin itu seperti morfosintaksis dan leksikosemantik.  fonologi: ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem kebahasaan. Fonologi bersinonim dengan fonemik.  morfologi: struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya.
  14. 14.  sintaksis: hubungan antara satu dengan lain, dan cara penyusunannya hingga menjadi satuan ujaran.  semantik: makna bahasa sama ada yang bersifat leksikal, gramatikal ataupun konteks.  leksikologi: leksikon atau kosa kata sesuatu bahasa dari pelbagai aspek.

×