1. http://assmntmp6093khadijah.blogspot.com/
Seseorang yang bermasalah pembelajaran bukan bererti
dia tidak mampu belajar. Adalah satu tanggapan yang
silap apabila kita katakan kanak-kanak ini tidak boleh
belajar dan tidak akan dapat belajar. Mereka boleh
belajar dan bijak seperti orang lain. Cuma cara belajar
mereka mungkin berbeza. Mereka mempunyai cara
belajar yang berbeza dan tersendiri. Setiap kanak-kanak
belajar dengan cara yang berbeza. Begitu juga dengan
kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran.
Walaupun dikumpulkan semua kanak-kanak bermasalah
pembelajaran , mereka masih tidak sama antara satu
sama lain. Di antara jenis-jenis masalah pembelajaran
ialah diskalkulia dan disleksia. Perkataan diskalkulia
bermakna kesulitan pengiraan dalam kemahiran-
kemahiran yang tertentu dalam matematik. Ada di antara
kanak-kanak diskalkulia yang mahir berbahasa, menulis
dan membaca tetapi akan lemah apabila melibatkan
nombor. Namun, ini tidak bermakna mereka tidak dapat
menguasai kemahiran-kemahiran matematik ini cuma
mereka memerlukan jumlah masa yang mencukupi
dalam melaksanakan operasi-operasi dalam matematik
serta kaedah-kaedah yang bersesuaian dengan
kebolehan mereka. Kanak-kanak disleksia pula
menghadapi masalah dalam mengenali huruf dan
membaca perkataan. Tidak akan ada pada mereka yang
mengalami disleksia persamaan di antara satu sama lain.
Terdapat perbezaan tahap disleksia dari yang ringan,
sederhana dan yang serius. Ada di antara kanak-kanak
disleksia melihat huruf-huruf secara terbalik dan huruf-
huruf itu seakan-akan bergerak dan berselerak apabila
2. dibaca. Kanak-kanak disleksia kurang menghadapi
masalah dalam nombor tetapi akan menghadapi masalah
apabila wujudnya perkataan-perkataan dalam ayat
matematik.
Pembentukan keyakinan diri asas pendidikan disleksia
dan diskalulia
Bagi kanak-kanak disleksia mahupun diskalkulia, mereka
memerlukan perhatian dan pendekatan yang berbeza
dalam proses pembelajaran. Kebanyakan kanak-kanak ini
merasakan diri mereka lemah dan malas dalam
pembelajaran apabila mereka tidak boleh menguasai
proses pembelajaran tersebut. Apabila mereka
menghadapi kesulitan yang berpanjangan baik dalam
menulis, membaca maupun dalam pengiraan, ini akan
mengakibatkan permasalahan yang lebih serius lagi.
Mereka akan merasakan bahawa kebanyakan murid yang
lain dapat melakukan aktiviti tanpa sebarang masalah
sedangkan mereka susah untuk memahaminya. Maka
timbul persoalan bahawa adakah mereka ini lembam
atau bodoh. Inilah kesimpulan yang sering dilakukan oleh
setiap orang yang berhadapan dengan situasi yang sama.
Membina ’self-esteem’ dan keyakinan diri.
Sebaik manapun teknik pembelajaran seperti
penggunaan ‟phoneme‟, buku-buku yang menarik dan
permainan yang melibatkan perkataan, perkara yang
paling asas yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak
ini ialah pembinaan keyakinan diri yang tinggi.
Permasalahannya, disleksia dan diskalkulia tidak
kelihatan secara fizikal. Jika seorang kanak-kanak yang
tangannya patah, pertimbangan dan simpati akan
3. diberikan. ‟Sudah tentu dia tidak boleh menulis,
tangannya patah. Tidak ada kaitan dengan
kecerdasannya.‟ Tetapi tidak ada sesiapa yang akan
berkata, ‟Sudah tentu dia tidak boleh menulis, dia telah
mengalami brain circuit yang berbeza, tidak ada kaitan
dengan kecerdasannya.‟
Tanggapan kanak-kanak ini bahawa dirinya tidak pandai
dan lembab adalah tidak tepat, ini perlu diperbetulkan
terlebih dahulu jika kita ingin membina keyakinan diri
dan meningkatkan semula self-esteem pada diri mereka
agar lebih bersedia dan positif menerima pembelajaran
yang seterusnya. Ini bukan sekadar memberitahu
mereka bahawa mereka adalah bijak sepertimana
kawan-kawan yang lain kerana usaha ini tidak akan
memberi kesan. Mereka memerlukan bukti dan membina
gambaran tentang diri sendiri. Hanya dengan cara ini,
mereka akan melihat bahawa masalah pembelajaran
mereka dapat di atasi dalam situasi yang sebenar, sama
seperti kanak-kanak lain yang tidak mengalami masalah
pembelajaran. Mereka juga ada kelemahan dan kekuatan
yang tersendiri dalam bidang-bidang yang tertentu.
Kebanyakkan kanak-kanak disleksia mempunyai
kekuatan dalam bidang ‟fizikal co-coordination‟, kreatif
dan perasaan impati terhadap orang lain dan mereka
akan dapati bahawa terdapat juga kanak-kanak biasa
yang lemah dalam bidang yang sama. Salah satu cara
yang mudah dan boleh dijalankan adalah dengan
menyenaraikan kekuatan dan kelemahan kanak-kanak
yang terlibat. Masa yang diperlukan adalah lebih kurang
lima atau sepuluh minit untuk berbincang tentang apa
yang disenaraikan. Aktiviti ini amat berkesan dan boleh
4. dilakukan oleh guru ataupun ibu bapa. Sebagai contoh;
Kekuatan saya Kelemahan saya
berenang membantu ibu
melukis menyapu sampah
mengemas meja menemani datuk
menjaga adik
membantu kawan
membaca
menulis
mengira
Apabila kanak-kanak ini menulis sendiri kekuatan dan
kelemahan dirinya mengikut fahaman mereka, dia akan
menyedari bahawa terdapat banyak kekuatan lain yang
mampu dilakukan dan ini membuktikan bahawa mereka
juga mempunyai kekuatan di bidang-bidang yang
berbeza. Namun, kekuatan dan kelemahan ini perlu
dibincangkan, kita tidak menghargai seseorang hanya
kerana mereka pandai membaca atau pandai mengira,
tetapi kita menghargai seseorang apabila mereka
mempunyai kriteria-kriteria yang lain seperti suka
membantu, rajin atau menghormati orang tua.
Perbincangan ini boleh diteruskan sehingga kanak-kanak
ini dapat melihat bahawa diri mereka juga seorang yang
berjaya walaupun mengalami berbezaan dari segi
pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak lain.
Melihat diri mereka dalam satu cahaya yang baru akan
menjadi satu titik permulaan bagi kanak-kanak disleksia
dan diskalkulia memupuk keyakinan diri dan ‟self-esteem‟
yang akan merangsang mereka untuk lebih bersedia
menerima pembelajaran dalam membina kemahiran
5. membaca atau menulis. Usaha ini memerlukan masa dan
sokongan yang lain contohnya dari segi puji-pujian yang
harus diberikan bagi kejayaan dalam bidang bukan
akademik, memberi penghargaan kepada mereka yang
berusaha dan sentiasa menfokuskan usaha-usaha yang
telah dilakukan dan bukan hasilnya. Tidak semua kanak-
kanak akan menghasilkan keputusan yang baik tetapi
semua kanak-kanak boleh berbangga dengan ketekunan
dan usaha gigih mereka serta menumpukan sepenuh
perhatian terhadap kerja yang diberikan. Dengan
mengutamakan etika kerja, kita mengajar kanak-kanak
bahawa mencuba adalah lebih penting dari mendapat
markah penuh dalam setiap
peperiksaan.(B.W.,Tennessee).
Salah satu kaedah lain yang boleh membina keyakinan
diri dan ‟self-esteem‟ kanak-kanak ialah dengan cara
menerangkan kepada kanak-kanak yang bermasalah ini
tentang diri mereka sendiri dan kelainan mereka dari segi
saintifik. Keyakinan diri berasaskan fakta-fakta saintifik
akan menghasilkan pemahaman, keupayaan membuat
keputusan dan ‟self-esteem‟. Ini telah disarankan oleh
Dr. Debby Zambo dari Arizona State University West,
College of Education.
Guru-guru yang mahir dan faham secara saintifik
mengenai perbezaan saiz otak, disleksia, diskalkulia akan
menyampaikan maklumat kepada kanak-kanak yang
terlibat. Penerangan yang diberikan perlulah ringkas dan
tidak kompleks, sesuai dengan tahap pemahaman
seorang kanak-kanak. Apa yang penting, maklumat yang
disampaikan perlu disertakan dengan keyakinan dan
boleh dipercayai serta bersesuaian dengan aras kanak-
6. kanak itu. Dengan kefahaman dan informasi yang
disampaikan, kanak-kanak yang bermasalah ini akan
lebih faham perbezaan mereka dan mengerti bahawa
mereka boleh membaca dan mengira cuma tidak seperti
cara yang dilakukan oleh kanak-kanak biasa.
Mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak disleksia dan diskalkulia
Kemajuan di dalam bidang komunikasi dan teknologi
perkomputeran sebenarnya memberikan banyak
kelebihan dan peluang kepada kanak-kanak disleksia dan
diskalkulia, atau mana-mana kanak-kanak yang
bermasalah pembelajaran untuk belajar seperti kanak-
kanak normal lain. ICT mempunyai keupayaan untuk
menambah faktor motivasi, menerap rasa ingin bersaing
terhadap diri sendiri serta membina keyakinan diri
(Thomas , 1992) dan Florian (2004) telah menyenaraikan
enam kelebihan menggunakan ICT dalam persekitaran
pembelajaran antaranya sebagai alat bantu mengajar,
alat menilai pelajar, alat pengurusan pembelajaran, alat
untuk berkomunikasi, alat bagi memperbaiki kaedah
eksplorasi dalam pembelajaran dan alat pemudahcara.
Kelebihan penggunaan ICT di dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran turut disokong oleh Barnes dan Walter
(2004) namun keseronokan yang dialami semasa
penggunaan komputer dan peralatan ICT yang lain boleh
mengambil alih nilai dan fungsi komponen ICT berkenaan
sebagai alat bantu mengajar.
Mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak disleksia dan diskalkulia tidak
hanya termaktub kepada penggunaan komputer dan
perisian khas sahaja bahkan pelbagai komponen ICT lain
7. turut diguna sama. Komponen ICT yang lain termasuklah
pembesar suara, mesin pencetak, projektor LCD, skrin
putih, papan kekunci, „joystick‟, capaian internet, alat
pengimbas dan papan putih interaktif. Kebanyakan
sekolah di Malaysia, malahan hampir semua telah
menerima bekalan peralatan ICT hasil daripada
pelaksanaan program PPSMI yang telah mula
dilaksanakan secara rasmi pada tahun 2003. Namun
begitu penggunaan alatan ICT ini hanya berpusatkan
PPSMI, lalu keperluan ICT bagi kanak-kanak bermasalah
pembelajaran seperti disleksia dan diskalkulia terabai. Ini
ditambah pula dengan ketidakupayaan guru atau
personalia pendidikan yang lain mengenalpasti kanak-
kanak bermasalah pembelajaran di dalam sesebuah
kelas. Mekanisme biasa yang dibuat oleh pihak sekolah
adalah menubuhkan kelas pemulihan, iaitu sebuah kelas
berasingan dari kelas biasa dan diajar oleh guru-guru
sama ada yang mempunyai opsyen pendidikan khas atau
guru biasa yang tiada asas mengajar murid pemulihan.
Definisi program pemulihan khas yang ditakrifkan dalam
Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas
Edisi Percubaan (2008) oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum adalah “Satu program pendidikan disediakan
untuk murid yang mengalami masalah dalam
penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan
oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru
yang khusus, di ruang yang khusus.”
Penggunaan ICT dan hubungannya dengan disleksia dan
diskalkulia telah diterjemahkan secara terperinci oleh
seorang penulis yang mempunyai anak disleksia. Anita
Keates (2002), di dalam buku beliau yang bertajuk
„Dyslexia and Information and Communications
8. Technology‟ telah menyatakan bahawa penggunaan ICT
memberikan capaian terhadap kurikulum dan
membekalkan keseronokan dan persekitaran
pembelajaran kreatif yang sangat ideal terhadap kanak-
kanak disleksia. Integrasi ICT terhadap pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak disleksia boleh dilaksanakan
melalui beberapa kaedah. Kaedah pertama ialah dengan
menggunakan perisian khas yang dibangunkan oleh
syarikat-syarikat ICT bagi mengesan disleksia dan
diskalkulia seterusnya membantu kanak-kanak tersebut
belajar. Sebagai contoh, perisian yang dinamakan CoPS
(Cognitive Profiling System), CoPs Baseline dan Lass
adalah tiga perisian khusus yang dapat mengesan
disleksia dan diskalkulia di kalangan kanak-kanak.
Perisian ini telah dibangunkan oleh Syarikat Lucid
berpusat di East Yorkshire, Britain. Perisian ini
menggunakan pendekatan permainan komputer untuk
menguji kekuatan dan kelemahan kognitif kanak-kanak
yang dapat memberi gambaran awal potensi disleksia
dan diskalkulia. Wordshark, TextHelp Read and Write,
Co-Writer, Bailey‟s Book House, Numbershark, Millie‟s
Math House, Earobics, Easy Book dan Kid Pix adalah
contoh-contoh perisian yang membantu kanak-kanak
disleksia dan diskalkulia untuk belajar menulis,
membaca, mengira, dan mengukuhkan sistem memori.
Namun begitu, perisian-perisian lain yang telah tersedia
di dalam sesebuah komputer seperti Microsoft Office
Word, Microsoft Office Excell, Microsoft Office Paint dan
Microsoft Office Power Point juga turut membolehkan
kanak-kanak disleksia dan diskalkulia belajar. Sebagai
contoh, perisian yang paling mudah dan meninggalkan
impak yang besar terhadap pembelajaran kanak-kanak
disleksia dan diskalkulia adalah perisian Microsoft Office
9. Power Point kerana perisian ini memberikan peluang
kepada guru atau tenaga pengajar membuat animasi
ringkas tetapi menarik.
Kaedah kedua adalah menggunakan capaian internet
yang secara langsung dapat menghubungkan guru atau
tenaga pengajar mengakses sumber pengajaran dan
pembelajaran melalui laman-laman sesawang di seluruh
dunia. Melalui internet, banyak maklumat dan sumber
pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu
kanak-kanak disleksia dan diskalkulia belajar. Terdapat
laman-laman sesawang khusus untuk yang dibangunkan
oleh individu berpengalaman atau persatuan disleksia
dan diskalkulia untuk membantu menangani masalah
pembelajaran. Kesimpulannya, ICT adalah pembangunan
termaju yang dapat membantu menangani masalah
pembelajaran seperti disleksia dan diskalkulia.
Kaedah Pelbagai Deria (Multisensory Method)
Dalam kontek pengajaran dan pembelajaran, setiap
murid mempunyai tahap, keupayaan serta
kecenderungan yang berbeza mengikut faktor-faktor
tertentu. Oleh yang demikian, guru-guru perlu
memainkan peranan yang penting bagi mengenalpasti
kaedah yang berkesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru perlu mencari satu cara atau kaedah
yang membolehkan proses pembelajaran matematik
lebih menyeronokkan dan bermakna. Kebanyakan
pengajaran di sekolah adalah menggunakan sama ada
deria penglihatan atau pendengaran semata-mata.
Namun bagi kanak-kanak disleksia dan diskalkulia, ianya
suatu pengalaman yang amat sukar untuk memahami
konsep matematik.
10. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang kanak-kanak
berpeluang menjalankan pelbagai aktiviti bagi
mengukuhkan konsep yang dipelajari, ingatannya
terhadap konsep itu akan menjadi lebih baik. Oleh itu,
kaedah yang paling berkesan untuk mengajar matematik
adalah dengan melibatkan pelbagai deria yang dikenali
sebagai kaedah pelbagai deria(Multisensory methods).
Kajian daripada The National Institute of Child Health and
Human Development menunjukkan bahawa kaedah
pelbagai deria adalah pendekatan yang paling berkesan
untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran. Menggunakan kaedah ini bermaksud
membantu kanak-kanak tersebut belajar melalui lebih
daripada satu deria terutamanya melalui sentuhan(touch)
dan pergerakan (kinestetik). Kaedah ini dapat
merangsang pembelajaran kanak-kanak dan
menggalakkan mereka menggunakan sebahagian atau
kesemua deria untuk :
(a) mengumpul maklumat tentang sesuatu tugasan;
(b) menghubungkan maklumat kepada idea yang mereka
telah sedia ketahui dan fahami;
(c) melihat logik yang terlibat dalam menyelesaikan
masalah;
(d) „tap into non-verbal reasoning skill‟;
(e) memahami perhubungan di antara konsep;
(f) mempelajari maklumat dan menyimpannya untuk
diingati pada masa akan datang.
Terdapat banyak kelebihan menggunakan kaedah
pelbagai deria. Kaedah ini dapat membantu guru
menyesuaikan gaya pembelajaran murid. Hasil kajian
beberapa orang penyelidik mendapati ramai murid
11. memiliki gaya pembelajaran mereka sendiri. Jika mereka
diajar dengan menggunakan teknik yang konsisten
dengan cara dan gaya pembelajaran mereka, maka
persepsi dan pemprosesan rangsangan akan jadi lebih
mantap dan berkesan. Justeru, mereka dapat belajar
dengan lebih mudah, pantas dan boleh mengaplikasikan
konsep matematik untuk pembelajaran yang seterusnya.
Kaedah pelbagai deria juga dapat merangsang
pembelajaran secara visual. Bahan visual yang
mengandungi animasi yang menarik dan juga berwarna
warni membolehkan murid memperolehi daya imaginasi
yang tinggi sehingga dapat menggambarkan bentuk,
ruang, saiz, warna dan garisan. Contoh penggunaan
bahan visual adalah poster, model, computer, filem,
video, “multi-image media”, penggunaan warna untuk
memaparkan nombor dan lain-lain bahan visual yang
sesuai.
Teknik penggunaan bunyi (auditory techniques) yang
terdapat di dalam kaedah pelbagai deria juga dapat
merangsang “verbal reasoning”. Contoh penggunaan
bahan audio adalah pembaca teks berkomputer
(computerized text readers), video, filem, muzik, lagu
dan lain-lain bahan audio yang sesuai.
Selain daripada teknik yang disebut di atas, terdapat satu
lagi teknik yang melibatkan deria sentuhan yang
dinamakan “tactile method”. Dalam kaedah ini guru boleh
menggunakan objek-objek kecil seperti batu untuk
mewakilkan nilai nombor untuk mengajar kemahiran
matematik seperti mengira, melakukan proses
penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian.
12. Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakan
bahan-bahan maujud seperti plastisin, tanah liat dan
sebagainya untuk membina model terutamanya yang
melibatkan tajuk 3-dimensi seperti kiub, kuboid, silinder
dan lain-lain. Selain daripada itu, konsep pecahan juga
dapat dipelajari dengan menggunakan aktiviti
menggunting dan menampal keratan-keratan.
Kaedah pelbagai deria yang menggunakan pergerakan
badan yang dinamakan kaedah kinestetik (kinesthetic
method). Ia merupakan kebolehan yang dimiliki oleh
murid-murid umumnya, ini kerana minat yang mendalam
mempengaruhi kecerdasan mereka sehingga ke
peringkat yang lebih tinggi. Ia merupakan kebolehan
anggota badan dalam melakukan gerak hasil
penyampaian idea, perasaan serta mencari keputusan
kepada masalah. Sebagai contoh, permainan yang
melibatkan aktiviti mengira seperti permainan Ludo dan
dam ular adalah sangat sesuai bagi memberi peluang
kepada murid mengira tanpa merasa mereka dipaksa
belajar. Permainan komputer seperti Solitaire juga
membantu murid melakukan penyusunan bersiri.
TEN-FRAME
Penggunaan Ten-Frame dalam pengajaran murid
dyscalculia dapat membantu mereka untuk mempelajari
matematik. Ten-frame adalah susunan dua baris yang
setiap satunya mengandungi lima kotak kecil. Ia adalah
lanjutan dari penggunaan benda maujud dan chip dalam
aktiviti membilang. Susunan bintik-bintik di dalam ten-
frame dapat membantu murid untuk melihat secara
visual & mengingati secara mental pola bintik untuk
nombor 1 hingga 10. Murid yang diajar dengan
menggunakan Ten-frame ini juga dapat mengingat nama
13. serta nilai nombor tersebut secara langsung. Selain
daripada itu penggunaan ten- frame juga dapat
membantu murid mengenalpasti dan menentukan nilai
tempat sesuatu digit
Titik yang terdapat pada ten-frame itu juga dapat
digunakan sebagai penanda aras bagi mengambarkan
imej bagi setiap nombor dengan menggunakan 5 dan 10.
Contohnya, murid boleh menentukan nilai bagi sesuatu
nombor. Sama ada nilainya banyak atau sedikit. Ataupun
murid boleh juga menentukan nombor yang mana lebih
atau kurang nilainya.
Penggunaan ten-frame juga dapat membantu guru untuk
menemukan strategi mudah dalam memahami hubungan
antara nombor. Ini dapat membantu guru untuk
mengajar murid dalam matematik. Antara contoh Ini
dapat membantu guru untuk mengajar murid dalam
matematik. Antara contoh teknik pengajaran yang boleh
yang boleh digunakan untuk mengajar murid ialah
mencerakinkan nombor, menggunakan 5 & 5,
menggenapkan 10, gandaan, dan hukum tukar- tertib
dalam penambahan
CHILD LANGUAGE APPROCH
Child language approach adalah pendekatan yang
menggunakan bahasa sebagai pedekatan pengajaran.
Bagi kanak-kanak dyslexia, tahap penguasaan bahasa
mereka adalah pada tahap minima. Oleh itu, pendekatan
yang boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak ini
adalah dengan menggunakan laras bahasa mereka.
Pendekatan Child language approach di bahagikan
kepada 4 peringkat. Pada peringkat pertama, pengajaran
14. sesuatu konsep perlu dimulakan dengan penggunaan
bahan samada berbentuk gambar, video atau sebarang
simulasi. Murid perlu menceritakan apa yang dilihat
dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh
murid. Pada peringkat kedua iaitu peringkat Material
Language, murid perlu mencaritakan tentang objek-objek
yang terdapat di dalam gambar samada tentang bentuk,
warna atau sebagainya. Selain daripada itu , guru boleh
membimbing murid untuk meneroka perkataan-
perkataan baru sepanjang mereka bercerita. Peringkat
ketiga ialah peringkat Mathematical Language. Pada
peringkat ini guru perlu merangsang murid untuk
mendapatkan idea matematik ataupun penyataan
matematik daripada gambar tadi. Murid juga perlu
menyatakan bilangan objek yang terdapat pada gambar
tersebut. Peringkat terakhir adalah Mathematical
Symbols. Peringkat ini adalah peringkat dimana
penggunaan nombor, ayat matematik dan operasi mula
diperkenalkan oleh guru. Guru perlu membimbing murid
untuk menyatakan nombor, menyatakan operasi dan
seterusnya membina ayat matematik.
Pengetahuan tentang nombor perlu di perkenalkan
kepada murid terlebih dahulu sebelum mereka
mempelajari ilmu matematik. Keupayaan memahami
penggunaan nombor dan operasi sepatutnya seiring
dengan keupayaan mereka menggunakannya dalam
pelbagai cara. Setiap guru perlu membimbing murid-
murid mereka dengan menggunakan pelbagai cara tidak
terbatas kepada algoritma biasa sahaja.
Walaubagaimanapun, pedekatan Child language
approach ini adalah berasaskan kepada pendekatan
secara penerokaan. Guru perlu menghindari penggunaan
15. perkataan betul atau salah semasa pengajaran. Guru
perlu mengawal diri daripada memberikan jawapan terus
kepada murid sebaliknya guru perlu membimbing murid
untuk mendapatkan jawapan yang betul. Dan akhir
sekali, guru perlu membimbing murid untuk
mengemukakan idea dan pendapat mereka.
Setiap pendekatan yang digunakan mempunyai
keistimewaan. Child language approach memberikan
murid peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
pembelajaran. Mereka dapat membina kemahiran berfikir
dan mereka juga dapat menyumbangkan buah fikiran
meraka dalam aktiviti yang dijalankan selain daripada itu
guru juga dapat membaca dan menilai apa yang
difikirkan oleh murid. Pendekatan ini adalah pendekatan
yang menarik dan mengembirakan murid disamping
dapat memberikan persekitaran yang selesa kepada
murid . Murid dapat menjadi penutur yang aktif. Mereka
juga memperkayakan perbendaharaan kata dan
mencambah pemikiran mereka. Pembelajaran yang
bermakna adalah pembelajaran yang terbaik.
Bibliografi
K.A.Razhiyah. (2006). Mengapa Kanak-kanak Sukar
Belajar? Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Professional.
Devaraj, S. & Samsilah, R. (2008). Apa itu Disleksi ?
Panduan Untuk Ibu Bapa & Kaunselor. Kuala Lumpur :
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Florian, L. (2004), “Uses of technology that support
pupils with special educational needs”, in Florian, L. and
16. Hegarty, J. (Eds), ICT and Special Educational Needs: a
Tool for Inclusion, Open University Press, Buckingham,
pp. 7-20.
Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas
2008 (Edisi Percubaan), Kuala Lumpur: Jabatan
Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ke, A. (2002). Dyslexia and Information and
Communications Technology, A Guide for Teachers and
Parents (2nd edition), London: David Fulton Publishers.
Thomas, M. (Ed.) (1992), I.T. and Students with
Emotional and Behavioural Difficulties, National Council
for Educational Technology, Coventry.
Annette Karmiloff-Smith (1999), A Functional Approach
to Child Language: A Study of
Determiners and Reference, New York, University of
Cambridge.
Dyslexia Teacher- confidence Building. (n.d). Retrieved
January 24, 2010, from
http://www.dyslexia –teacher.com/t66.html
href="http://learningdisabilities.about.com/od/instruction
almaterials/p/multisensory.htm">http://learningdisabiliti
es.about.com/od/instructionalmaterials/p/multisensory.ht
m http://www.teachingexpertise.com/articles/multisenso
ry-maths-teaching-sen-5209 January
http://www.dyslexia-teacher.com/t61.html
http://child-1st.typepad.com/my_weblog/dyscalculic-
learners/
http://www.heidisongs.net/HeidiSongs_Downloads/Downl