SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
1
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
39500, TANJUNG MALIM, PERAK.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
KAJIAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL
( KPT 6044 )
TUGASAN 1
ANALISIS JURNAL
Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas
untuk Kanak-Kanak Disleksia
Oleh:
Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dan Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, Malaysia
NAMA : SYAKHIRA HUSNA BINTI ILLIAS
NO. MATRIK : M20141000680
NAMA PENSYARAH :
PROFESOR MADYA DATO’ DR. ABD LATIF BIN HAJI GAPOR
2
1.0 PENGENALAN
Julina (2005) telah menyatakan bahawa salah satu faktor penyumbang kepada masalah
pelajar tidak berkemampuan menguasai 3M di peringkat rendah disebabkan oleh pelajar
yang menghadapi masalah kognitif yang berat seperti disleksia. Menurut Disleksia
Antarabangsa (2010), 10%-15% populasi dunia menghidapi masalah disleksia. DI Malaysia,
Perangkaan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (Nor Afzan, 2006)
menganggarkan terdapat seramai 314000 kanak-kanak yang bersekolah di Negara Malaysia
mengidapi disleksia Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan pada tahun 2004
(Komala, 2004) juga melaporkan bahawa terdapat 5% kes disleksia di kesan pada mana-
mana komuniti atau satu bagi setiap 20 pelajar. Tambahannya lagi, jumlah itu adalah besar
dibandingkan dengan Sindrom Down, iaitu sekitar satu dalam 600 orang; dan spastic, sekitar
satu dalam 700 orang. Populasi yang tinggi juga dilaporkan oleh Presiden Persatuan Sosial
Harmoni Malaysia (PSHM), Nordin Ahmad (2005) yang melalui kajian persatuannya,
didapati 10-15% murid sekolah rendah diseluruh Negara yang kebanyakannya kaum
Melayu, mengalami disleksia.
Bagi mengatasi masalah ini, pendekatan intervesi yang bersesuaian perlu dijalankan.
Dalam jurnal ini, pendekatan yang dicadangkan adalah menerusi perisian multimedia dan
dihasilkan dalam bentuk Objek Pembelajaran. Konsep Objek Pembelajaran atau learning
object (LO) dipopularkan oleh Wayne Hodgins pada tahun 1994 (Abtar, 2005). LO
merupakan cara terkini serta teknologi masa akan datang dalam penghasilan bahan
pengajaran dan pembelajaran (Hodgins, 2000). Menurut Shepherd (2001), LO adalah
pemikiran berorientasikan objek yang diaplikasikan kepada dunia pendidikan. Definisi objek
pembelajaran oleh Dunning (2004), LO adalah interaktif serta membenarkan pelajar
mempelajari kandungan sehingga peringkat masteri dan menggunakan pengetahuan
tersebut dalam aktiviti kemahiran berfikir.
1.1 PENYATAAN MASALAH
Menurut jurnal yang telah dikaji, penyelidik telah bekerjasama dengan sebuah NGO yang
dikenali sebagai Persatuan Disleksia Malaysia (DAM) untuk untuk mengenalpasti kewujudan
LO diantara tujuh buah sekolah Dyslexia di Lembah Klang. Lawatan dan perbualan yang
telah dijalankan mendapati bahawa tiadanya pendekatan multimedia yang sesuai yang
digunakan sebagai strategi pengajaran untuk mengajar matematik dikalangan sekolah
disleksia, apatah lagi menggunakan LO. Selain itu, jurnal ini menyatakan bahawa mendapati
kurangnya penyelidikan tentang disleksia yang bermasalah numerasi di Malaysia. Oleh yang
demikian, kajian ini akan menyediakan empirical evidence dalam merekabentuk animasi
didalam pembangunan instruksi khas untuk pelajaran matematik di Malaysia.
Melalui lawatan dan perbualan telefon pada bulan Januari hingga bulan Mei 2009, pengkaji
dapat mengenalpasti masalah kajian, iaitu tiadanya pendekatan multimedia yang sesuai
yang digunakan sebagai strategi pengajaran untuk mengajar matematik dikalangan sekolah
disleksia, apatah lagi menggunakan LO. Pengkaji juga mendapati kurangnya penyelidikan
tentang disleksia yang bermasalah numerasi di Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini
3
akan menyediakan empirical evidence dalam merekabentuk animasi didalam pembangunan
instruksi khas untuk pelajaran matematik di Malaysia. Pada masa yang sama, pengkaji
mencadangkan agar menerusi kajian ini pengkaji dapat mencuba untuk mengenalpasti
animasi yang sesuai untuk menyampaikan teknik pengajaran pendaraban dua mengikut
kehendak dan ciri-ciri pelajar disleksia.
1.2 TUJUAN KAJIAN
Dalam jurnal yang telah dibaca, tujuan kajian adalah untuk memenuhi keperluan kanak-
kanak disleksia yang bermasalah matematik untuk memanfaatkan kelebihan yang ada pada
LO yang dibangunkan seterusnya jumlah pelajar disleksia yang bermasalah numerasi di
sekolah boleh dikurangkan.
Selain itu, kandungan LO dapat membantu kanak-kanak disleksia belajar matematik, dan ia
jiga menyediakan maklumat yang berguna mengenai bagaimana kanak-kanak disleksia
berinteraksi dengan LO yang boleh disediakan dalam bentuk animasi. Animasi akan dibuat
sesuai dengan instruksi khas yang telah direkabentuk. Kanak-kanak disleksia akan dapat
mengadaptasi dengan proses pembelajaran yang sesuai dengan kehendak mereka,
(Mortimore, 2008) menurut gaya pembelajaran dislexia, yang mana ia di panggil
automaticity.
Kajian ini juga menyediakan maklumat yang berkaitan dengan kepelbagaian gaya
pembelajaran disleksia, dan secara tak langsung juga dapat membantu guru dalam
merancang strategi pengajaran ke arah proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih
berkesan.
Ia juga amat penting untuk menetapkan standard untuk produksi LO yang menggunakan
animasi, terutamanya untuk pelajar disleksia. Pada masa yang sama, kebolehgunaan LO ini
akan menjadi sumber yang berguna untuk guru dan boleh digunakan untuk kepelbagaian
konteks pembelajaran dan kepelbagaian masalah pembelajaran yang lain (sebagai contoh
untuk pelajar lembab atau untuk masalah pembelajaran spesifik yang lain).
1.1 BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya melibatkan SK TTDI 2 Kuala Lumpur dan SK Bandar Tasik Puteri Rawang
kerana sekolah ini sahaja yang mempunyai program pembelajaran matematik untuk pelajar
disleksia. Jumlah pelajar yang terhad di setiap sekolah, jumlah pelajarcyang terlibat bagi
kajian ini adalah seramai 11 orang (populasi). Mereka datang dari pelbagai latarbelakang
bangsa Melayu, Cina dan India dengan tahap pencapaian tiga peringkat; baik, sederhana
dan lemah. Kesemua pelajar dikehendaki mengakses LO yang telah disimpan di dalam
komputer. Selepas menggunakannya, mereka dikehendaki menilai LO menggunakan borang
tinjauan penilaian yang disediakan.
4
2.0 TINJAUAN LITERATUR
Penggunaan LO yang berteraskan multimedia sememangnya mampu menjadi alat bantu
pembelajaran. Keates (2000) menyokong penggunaan perisian untuk membantu dan
memudahkan pembelajaran disleksia. Mortimore (2008) juga mengesahkan bahawa
penyelidikan dan pengalaman mencadangkan bahawa pelajar yang menghidapi disleksia
berjaya apabila pembelajaran dijalankan secara multi-sensori dan menggunakan kesemua
deria untuk memperkukuhkan pembelajaran. Melalui kajian penggunaan aplikasi
pembelajaran mobile komik interaktif, Fadilahwati & Ronaldi (2009) mendapati kanak-kanak
disleksia didapati sangat meminati aplikasi tersebut. Melalui pendekatan animasi komik
interaktif ini, mereka didapati tidak mempunyai masalah didalam mengenal pasti huruf dan
membaca perkataan yang tertera di skrin telefon bimbit. Menurut Keates (2000), pengidap
disleksia tidak pernah gagal didalam menggunakan alat-alat teknologi maklumat seperti
komputer. Beacham (2007) juga percaya bahawa penggunaan multimedia berpotensi untuk
menggalakkan pembelajaran kanak-kanak disleksia. Pada tahun 2010, melalui kajian
kebolehgunaan Objek Pembalajaran Multimedia Interaktif, Fadilahwati et al (2010)
mendapati pelajar disleksia berasa bermotivasi, seronok, mudah dan dibantu di dalam
memahami kandungan pelajaran dengan lebih baik. Sebuah koswer untuk mempelajari
bahasa Malaysia telah dibangun dan dikaji oleh Abdullah et al (2009) yang mana isi
kandungannya menyediakan cara-cara belajar huruf, suku kata, dan perkataan.
Menurutnya, penggunaan elemen multimedia memberikan kebebasan kepada pelajar
untuk berinteraksi dan pada masa yang sama menarik perhatian pelajar untuk mengerjakan
sesuatu tugasan. Bagaimanapun, pengkaji mendapati beberapa kesilapan didalam skrin
yang dipaparkan yang mana rekabentuknya tidak merujuk kepada keupayaan pelajar
disleksia. Pelajar disleksia mempunyai masalah untuk mengenal huruf “b” dan “d”,
terutama bila ia ditulis dengan warna hitam dan berlatarbelakangkan wana putih (Rajah 1).
Ini menyebabkan huruf tersebut nampak bergerak dan sukar untuk dibaca. Pengkaji juga
berpendapat bahawa perlunya elemen animasi yang yang dapat menerangkan isi
kandungan mengikut kefahaman pelajar disleksia. Menurut Taylor et al (2007), animasi
mampu menyokong kefahaman pelajar jika ia digunakan dengan cara yang kosisten
mengikut teori pembalajaran multimedia. Oleh sebab itu, pengkaji mencadangkan
penggunaan animasi yang sesuai untuk pelajar disleksia seperti yang akan diterangkan pada
bab berikutnya. Parette (2011) ada menyatakan bahawa animasi mempunyai keupayaan
untuk menarik perhatian kepada dimensi kritikal pelajar cacat secara berkesan dan boleh
memberikan respon yang benar keatas sesuatu visual dengan cepat. Walaubagaimanapun,
pengkaji percaya bahawa dengan mengenalpasti cirri-ciri khas pembelajaran disleksia,
animasi tersebut akan menjadi lebih berkesan.
5
3.0 METODOLOGI
Bagi menjalankan kajian ini, Model pembangunan telah diadaptasi dari model ADDIE, yang
mana secara amnya mempunyai proses yang tersusun melalui (1) Analisis Keperluan (Need
Assessment), (2) Rekabentuk (Design), (3) Pembangunan (Development), (4) Implementasi
(Implementation), dan (5) Penilaian (Evaluation) telah diaplikasikan. Model yang diberi
nama DIMLOM/Disleksia Interaktif Multimedia Learning Object Model (Fadilahwati et al,
2011) ini direka mengikut tiga fasa utama, iaitu (1) sebelum pembangunan (2) semasa
pembangunan, dan (3) selepas pembangunan (Rajah 2).
Sebelum pembangunan
Pengkaji telah mengenal pasti ciri-ciri pelajar disleksia melalui pengamatan hasil ujian
bulanan yang telah dijalankan. Hasil dari ujian yang dijalankn didapati bahawa soalan yang
paling banyak gagal adalah soalan yang berkaitan dengan pendaraban. Ia juga disahkan oleh
guru berkenaan melalui temuduga yang telah dibuat. Selain daripada itu, pengkaji juga telah
membuat pemerhatian kelas semasa topik tersebut diterangkan. Pelajar-pelajar disleksia
didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran
pelajar disleksia adalah (Mortimore, 2008) berfikir secara menyeluruh (bukan fokus dan
spesifik) dan gaya pembelajaran yang merujuk kepada satu gaya pembelajaran sahaja (yang
mana boleh menyebabkan masalah kepada pelajar untuk memberi tindak balas yang
terperinci).
Melalui kajian peringkat awal, pengkaji telah membuat kajian gaya pembelajaran kepada
lima orang pelajar (populasi keseluruhan kelas) dan mendapati bahawa kecenderungan
untuk gaya pembelajaran visual cukup nyata. Majoriti pelajar didapati mempunyai
kecenderungan untuk merujuk kepada gambar (visual) jika diberi sesuatu arahan. Antara
pendekatan lain yang boleh diambil kira ialah saranan Dean (1996) yang menyatakan
bahawa pendekatan kepada pelajar disleksia boleh dibuat melalui:
1. Pemecahan kepada topik-topik kecil.
2. Aktiviti yang membolehkan pelajar tersebut membuat latihan setelah mengulangkaji
3. Kerja yang melibatkan rangsangan secara terus
6
Melalui analisa yang telah dijalankan, pengkaji lebih peka dalam menghasilkan prototaip
yang boleh digunakan oleh pelajar-pelajar disleksia.
Semasa Pembangunan
Semasa proses pembangunan, pengkaji menghasilkan papan cerita dengan mengambil kira
isu ciri-ciri pelajar, gaya pembelajaran dan isi kandungan berdasarkan sukatan pelajaran
yang ditetapkan. Bradford (n.d) mencadangkan penggunaan teks menggunakan warna
cerah dan berlatar belakangkan warna gelap bagi mengelakkan sensitivity penglihatan
pelajar disleksia. Teknik sebegini juga mampu mengelakkan masalah yang teks
yangkelihatan bergerak.
Jenis huruf seperti “arial” juga sesuai digunakan bagi mengelakkan masalah yang sama.
Huruf sebegini mempunyai bentuk yang sederhana dan jelas. Selain daripada teks,
penggunaan visual juga diberi penekanan yang amat penting. Visual direka khas untuk
memudahkan pemahaman teks, isi kandungan, dan juga konsep pembelajaran.
Konsep penceritaan dijalankan untuk mendapatkan rangsangan secara terus kepada pelajar
disleksia dengan menggunakan karakter murid pandai yang boleh bercakap, suara latar
belakang, ikon-ikon gambar yang memberi kefahaman secara terus dan animasi yang
menunjukkan proses pendaraban tersebut. Pelajar telah diarahkan untuk turut serta
membuat persiapan majlis hari jadi, di mana mereka perlu memasukkan dua buah gula-gula
ke dalam beg plastik. Kemudian jumlah gula-gula tersebut dikira dan konsep tambah
berulang boleh diperkenalkan (Rajah 3)
7
4.0 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian melalui Penggunaan LO yang mana Majoriti pelajar mengaku yang LO
senang digunakan. Fungsi ikon-ikon senang difahami dan mereka boleh menelusuri isi
kandungan dengan menekan ikon-ikon butang. LO ini juga senang digunakan sebab tersedia
fungsi butang navigasi untuk mengulang semula cerita, meneruskan cerita, dan memilih
mukasurat penceritaan.
1. 82% pelajar bersetuju bahawa LO distruktur dengan baik. Ini kerana struktur konsep
penceritaan perayaan hari jadi mampu menyusun isi kandungan mengikut silabus.
Pada masa yang sama, tempoh masa animasi yang singkat mengikut tahap
penceritaan menjadikan isi kandungan lebih tersusun dan mudah difahami.
2. Manakala 100% pelajar bersetuju bahawa mereka suka dengan apa yang mereka
lihat dan rasa. Melalui pengamatan video dan pjuga pengesahan dari guru
berkenaan, pelajar menunjukkan reaksi minat, rasa ingin tahu dan dimotivasi
semasa menggunakan LO.
3. Dengan adanya majoriti bersetuju bagi kesemua soalan dibahagian Penggunaan LO,
menunjukkan bahawa pelajar disleksia mempunyai persepsi betapa mudah dan
jelasnya mereka dapat mengikut pengajaran dan aktiviti yang disampaikan
menggunakan teknik animasi yang telah direka khas
Dapatan kedua, melalui Nilai Pembelajaran telah dinyatakan bahawa :
100% pelajar bersetuju bahawa LO adalah menarik. Bukan sahaja pelajar yang
menggunakan LO, pelajar-pelajar lain yang tidak menggunakan LO pada masa itu juga
menunjukkan keinginan untuk turut serta menggunakan LO tersebut. Kesemua mereka
menyatakan keinginan belajar melalui bentuk pembelajaran sebegini untuk
8
subjek-subjek lain.
1. 100% pelajar juga bersetuju bahawa imej dan animasi adalah komponen penting LO
(Rajah 5). Mereka memahami imej ikon gula-gula, plastik dan kek cawan sebagai
simbol kepada angka yang akan dikira. Animasi yang ditayangkan diikuti dengan
tindak balas fokus, rasa ingin tahu, dan menganggukkan kepala (tanda faham).
Bahkan juga, mereka memberikan respon dengan bercakap sesuatu untuk
menyelesaikan penceritaan dengan menjawab hasil kiraan.
2. 90% pelajar didapati bersetuju yang aktiviti penceritaan adalah sesuai dan
membantu. Aktiviti penceritaan sememangnya direka untuk mengajak pengguna
untuk turutserta memeriahkan majlis hari jadi Amir sambil memahami konsep
pendaraban.
3. 90% pelajar juga bersetuju bahawa kandungan adalah sesuai dengan keperluan.
Pelajar mendapati bahawa penggunaan imej dan animasi yang direka khas untuk
pelajar disleksia ini dapat diterima dengan baik dan kesemua pelajar menunjukkan
kefahaman keatas isi kandungan.
5.0 PERBINCANGAN
Melalui analisis jurnal yang telah dibaca, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan LO
mendapat reaksi positif dari pelajar. Pelajar juga didapati mampu mampu menggunakan
setiap butang kawalan dan boleh berinteraksi tanpa sebarang masalah. Selain itu, pelajar
mengakui mengaku bahawa LO sebegini menyeronokkan, mudah dan membantu mereka di
dalam memahami isi kandungan.
Adalah penting bagi pelajar disleksia untuk mendapatkan galakkan pembelajaran mengikut
cara yang mereka mahukan. Dengan memecahkan isi topik kepada pecahan tajuk tajuk
kecil, pelajar-pelajar disleksia boleh membuat kawalan diri untuk memahami konsep baik
secara perlahan, berulang kali, dan berinteraksi mengikut cara kawalan masing-masing.
Pelajar-pelajar disleksia sememangnya boleh memahami dan membuat aktiviti yang disuruh
di setiap pecahan tajuk kecil tersebut dalam jangka masa yang singkat.
Aspek nilai pembelajaran menitikberatkan konsep aktiviti penceritaan yang telah
dianimasikan bagi memudahkan pelajar disleksia memahami pelajaran yang diajar. Didapati
bahawa pelajar suka kepada pembelajaran yang dikaitkan dengan masalah dunia sebenar.
Kajian ini juga membuktikan yang majoriti pelajar juga berpendapat bahawa grafik dan
animasi adalah menarik dan memudahkan mereka memahami kandungan. Sememangnya
pelajar disleksia perlu mendapatkan daya tarikan dan motivasi untuk mengekalkan fokus
mereka terhadap bahan pembelajaran. Para pelajar didapati dapat mempelajari kesemua isi
kandungan topik Pendaraban Dua dalam masa kurang dari 10 minit. Perkara sebegini diakui
oleh guru berkenaan bahawa amatlah susah untuk dicapai didalam kelas biasa.
Adalah penting untuk merujuk kepada ciri-ciri pelajar disleksia, pemahaman masalah topik
pembelajaran secara teliti, dan mengenalpasti kaedah strategi pengajaran seperti yang
telah dicadangkan. Di masa yang akan datang pengkaji akan melihat banyak lagi
kemungkinan untuk mengenalpasti lebih banyak unsur-unsur yang memotivasikan
pembelajaran mereka.
9
Rujukan
Abdullah, M Haziq. Hisham, S. & Parumo.S. (2009) MyLexics: An Assistive Courseware for
Dyslexic
Abtar Kaur, Ansary Ahmed, Zoraini Wati Abas & David Asirvatham. (2005). E-Learning in
Malaysia:
accompany the Aston index. Wisbech, England: Bemrose UK Limited.
Ally, M., Cleveland-Innes, M., Boskic, N., & Larwill, S. (2006) Learner’s Use of Learning
Objects.
Annual Report (2006). Kementerian Pelajaran Malaysia.
Beacham, N. (2007) The potential of multimedia to enhance learning for students with
dyslexia.Skills for Access. Dimuat turun March 19, 2008, from
http://skillsforaccess.org.uk/articles.php?id=150
Bradford, J. (n.d.). Designing web pages for dyslexic readers. [Online] Dimuat turun pada
May 3 2009, daripada: http://www.dyslexia-parent.com/mag35.html
Children to Learn Basic Malay Language. SigAccess Newsletter, Issue 95, [Online] daripada:
Cornell, W. B. (2010). History Is Relatives; Educational Affordances of the Graphic Novel in
The Magical Life of Long Tack Sam. International Journal of Comic Art, 12(1), 147-156.
Dean, J (1996). Managing Special Needs in the Primary School. London: Routledge
Fadilahwati Abdul Rahman & Fattawi Mokhtar (2009), Dyslexic Children Learning styles”
Proceedings: 3rd International Malaysia Educational Technology Convention, Batu Ferringhi,
Penang, Malaysia 2009: 21-26.
Fadilahwati Abdul Rahman & Ronaldi Saleh (2009). New Technology Approach (D-Mic) for
Dyslexia Learning Style. Proceedings: Regional Conference on Special Need Education,
University of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia 20 -22 July 2009.
Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Ronaldi Saleh Umar. (2010) Usability Testing
on Interactive Multimedia Learning Object for Dyslexic Children: Proceeding of 5th
International Conference on e-Learning, 12-13 July 2010. Universiti Sains Malaysia, Penang,
Malaysia
Fadilahwati Abdul Rahman, Fattwai Mokhtar, Ronaldi Saleh & Nor Aziah Alias. (2011).
Mengatasi Masalah Disleksia Menggunakan Teknologi Pendidikan: Konferensi Akademik
Pendidikan UITMUPI, Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung, 25 April 2011, Bandung
Indonesia
International Dyslexia Association (2010).Promoting Literacy Through Research, Education
and Advocacy. Dimuat turun pada March 19, 2010, daripada http://www.interdys.org/
Journal of Distance Education Revue De L’Education A Distance Fall/Automne 2006, 21(2),
44-5.
Julina Johan (2005). Kementerian rujuk aduan masih banyak pelajar gagal kuasai 3M,
Utusan Malaysia 14 Februari:14
Karuchit, Warat. (2010). The Renaisance of Thai Knowledge Cartoon. International Journal
of Comic Art, 12(1), 147-156.
Keates, A. (2000). Dyslexia and Information and Communication Technology: A Guide for
Teachers and Parents. London: David Fulton Publishers.
10
Komala, P. Devi. (2004, September 22). Disleksia- Ramai Kanak-kanak tidak kenal huruf.
Utusan Malaysia, p.17.
Leeder, D. (2003). Learning object instructor and student surveys. Universities’
Collaboration in eLearning. Dimuat turun pada November 17, 2003, daripada
Mortimore, Tilly (2008). Dyslexia and learning style: a practitioner’s handbook 2nd ed.
England: John Wiley & Sons Ltd.
Newton, M. J., Thomson, M. E., & Richards, I. L.(1979) . Readings in dyslexia: A study text to
Nor Afzan Mohamad Yusof. (2006). Kerajaan perlu tambah program khas di sekolah. Berita
Harian, 31 Julai
Nordin Ahmad. “350,000 murid sekolah rendah alami Disleksia”. Utusan Malaysia, 17
December 2005. p. 2.
Parette, H., Hourcade, J. & Blum, C.. (2011). Using Animation in Microsoft PowerPoint to
Enhance Engagement and Learning in Young Learners With Developmental Delay. Teaching
Exceptional Children, 43(4), 58-67. Retrieved March 27, 2011, from ProQuest Education
Journals. (Document ID: 2301060811).
Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias.
(2011). Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-Kanak Disleksia. Jurnal
Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 27
Shepherd, Clive. (2001). Objects of Interest. Dimuat turun pada March 19, 2010, daripada
Streching Our Horizons. 11th International Conference on Technology Supported Learning &
Taylor,M., Duffy, S., Hughes,G. (2007). The use of animation in higher education teaching to
support students with dyslexia. Education and Training, 49(1), pp. 25-35
Training 30 November – 2 December 2005 in Berlin, Germany.

More Related Content

What's hot

EDU3053- Topik 3: MEDIA PENGAJARAN
EDU3053-Topik 3: MEDIA PENGAJARANEDU3053-Topik 3: MEDIA PENGAJARAN
EDU3053- Topik 3: MEDIA PENGAJARANFarah Marzuki
 
Unsur kecindan dalam bilik darjah
Unsur kecindan dalam bilik darjahUnsur kecindan dalam bilik darjah
Unsur kecindan dalam bilik darjahAinun Bariah Jaafar
 
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)FaFai S.
 
Masalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & DisleksiaMasalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & Disleksiaspear_cml
 
Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson Study
Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson StudyKomuniti Pembelajaran Profesional: Lesson Study
Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson StudyMokhzani Fadir
 
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdf
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdfEDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdf
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdfPISMPBM20622AinNajwa
 
3 saluran komunikasi berkesan
3 saluran komunikasi berkesan3 saluran komunikasi berkesan
3 saluran komunikasi berkesanIsmail Hashim
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rphLuqmanZaaba
 
59013897 nota-taranum-8
59013897 nota-taranum-859013897 nota-taranum-8
59013897 nota-taranum-8Nor Aina Mahat
 
Cara bermain dam ular
Cara bermain dam ularCara bermain dam ular
Cara bermain dam ularIeqa Swetluv
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awalNor Saroni
 
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT Santa Barbara
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Mialen Eja
 
Masalah tingkahlaku-kpli
Masalah tingkahlaku-kpliMasalah tingkahlaku-kpli
Masalah tingkahlaku-kpliIris Vui
 
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranGabanSiam
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...FaFai S.
 
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khassitiaishahmohamad
 

What's hot (20)

EDU3053- Topik 3: MEDIA PENGAJARAN
EDU3053-Topik 3: MEDIA PENGAJARANEDU3053-Topik 3: MEDIA PENGAJARAN
EDU3053- Topik 3: MEDIA PENGAJARAN
 
Unsur kecindan dalam bilik darjah
Unsur kecindan dalam bilik darjahUnsur kecindan dalam bilik darjah
Unsur kecindan dalam bilik darjah
 
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
 
Masalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & DisleksiaMasalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & Disleksia
 
Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson Study
Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson StudyKomuniti Pembelajaran Profesional: Lesson Study
Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson Study
 
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdf
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdfEDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdf
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdf
 
3 saluran komunikasi berkesan
3 saluran komunikasi berkesan3 saluran komunikasi berkesan
3 saluran komunikasi berkesan
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
59013897 nota-taranum-8
59013897 nota-taranum-859013897 nota-taranum-8
59013897 nota-taranum-8
 
Cara bermain dam ular
Cara bermain dam ularCara bermain dam ular
Cara bermain dam ular
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awal
 
Kaedah Abjad
Kaedah AbjadKaedah Abjad
Kaedah Abjad
 
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif
 
Masalah tingkahlaku-kpli
Masalah tingkahlaku-kpliMasalah tingkahlaku-kpli
Masalah tingkahlaku-kpli
 
Penilaian sumatif
Penilaian sumatifPenilaian sumatif
Penilaian sumatif
 
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
 

Viewers also liked

Pengenalan disleksia
Pengenalan disleksiaPengenalan disleksia
Pengenalan disleksiapeggylau9318
 
ANALISIS ARTIKEL DISLEKSIA
ANALISIS ARTIKEL DISLEKSIAANALISIS ARTIKEL DISLEKSIA
ANALISIS ARTIKEL DISLEKSIANira Nufus
 
Tugasan disleksia
Tugasan disleksiaTugasan disleksia
Tugasan disleksiaNur Kareena
 
Analisis film i am not stupid
Analisis film i am not stupidAnalisis film i am not stupid
Analisis film i am not stupidJay Mi
 
Seminar Masalah Pembelajaran
Seminar Masalah PembelajaranSeminar Masalah Pembelajaran
Seminar Masalah Pembelajaranspear_cml
 
Masalah pembelajaran spesifik disleksia dari sudut perubatan
Masalah pembelajaran spesifik disleksia dari sudut perubatanMasalah pembelajaran spesifik disleksia dari sudut perubatan
Masalah pembelajaran spesifik disleksia dari sudut perubatancikgusuepkhas
 
Jurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasJurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasLaling Honey
 
Instrumen pengesanan disleksia
Instrumen pengesanan disleksiaInstrumen pengesanan disleksia
Instrumen pengesanan disleksiaFarizam Mohd Noor
 
Teknologi yang mengatasi had penglihatan dan pendengaran
Teknologi yang mengatasi had penglihatan dan pendengaranTeknologi yang mengatasi had penglihatan dan pendengaran
Teknologi yang mengatasi had penglihatan dan pendengaranNur Syafika
 
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)rabiatulnazari
 
A brief look at dyslexia
A brief look at dyslexiaA brief look at dyslexia
A brief look at dyslexiaHelen Lyall
 
Disleksia powerpoint
Disleksia powerpointDisleksia powerpoint
Disleksia powerpointEni Ghazali
 
Jurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasJurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasAnjini Anjni
 
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah PendengaranPenggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah PendengaranHidayah Azhar
 

Viewers also liked (20)

Pengenalan disleksia
Pengenalan disleksiaPengenalan disleksia
Pengenalan disleksia
 
ANALISIS ARTIKEL DISLEKSIA
ANALISIS ARTIKEL DISLEKSIAANALISIS ARTIKEL DISLEKSIA
ANALISIS ARTIKEL DISLEKSIA
 
Disleksia faktor
Disleksia  faktorDisleksia  faktor
Disleksia faktor
 
Assignment PKU
Assignment PKUAssignment PKU
Assignment PKU
 
171610790 modul-pkp-3117
171610790 modul-pkp-3117171610790 modul-pkp-3117
171610790 modul-pkp-3117
 
Bantu masalah disleksia
Bantu masalah disleksiaBantu masalah disleksia
Bantu masalah disleksia
 
Disleksia
DisleksiaDisleksia
Disleksia
 
Tugasan disleksia
Tugasan disleksiaTugasan disleksia
Tugasan disleksia
 
Analisis film i am not stupid
Analisis film i am not stupidAnalisis film i am not stupid
Analisis film i am not stupid
 
Seminar Masalah Pembelajaran
Seminar Masalah PembelajaranSeminar Masalah Pembelajaran
Seminar Masalah Pembelajaran
 
Masalah pembelajaran spesifik disleksia dari sudut perubatan
Masalah pembelajaran spesifik disleksia dari sudut perubatanMasalah pembelajaran spesifik disleksia dari sudut perubatan
Masalah pembelajaran spesifik disleksia dari sudut perubatan
 
Jurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasJurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan Khas
 
Instrumen pengesanan disleksia
Instrumen pengesanan disleksiaInstrumen pengesanan disleksia
Instrumen pengesanan disleksia
 
Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073
 
Teknologi yang mengatasi had penglihatan dan pendengaran
Teknologi yang mengatasi had penglihatan dan pendengaranTeknologi yang mengatasi had penglihatan dan pendengaran
Teknologi yang mengatasi had penglihatan dan pendengaran
 
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
 
A brief look at dyslexia
A brief look at dyslexiaA brief look at dyslexia
A brief look at dyslexia
 
Disleksia powerpoint
Disleksia powerpointDisleksia powerpoint
Disleksia powerpoint
 
Jurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasJurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan Khas
 
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah PendengaranPenggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
 

Similar to Analisis jurnal disleksia

123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3Ena Ros
 
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empat
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empatKelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empat
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empatfaiza mohdzuki
 
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...faiza mohdzuki
 
Jurnal multimedia
Jurnal multimediaJurnal multimedia
Jurnal multimediamalikkiomar
 
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khasPerisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khashuda hamdan
 
Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
Tajuk jurnal 1  perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...Tajuk jurnal 1  perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...huda hamdan
 
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...huda hamdan
 
penyelidiikan
penyelidiikanpenyelidiikan
penyelidiikanAIC
 
Assignment aplikasi komputer bm
Assignment aplikasi komputer bmAssignment aplikasi komputer bm
Assignment aplikasi komputer bmachik011091
 
Analisis Jurnal- Kebaikan TMK
Analisis Jurnal- Kebaikan TMKAnalisis Jurnal- Kebaikan TMK
Analisis Jurnal- Kebaikan TMKZakaria Mohamed
 
Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang
Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentangAnalisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang
Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentangsanjulan Mj
 
E learning di sekolah-sekolah
E learning di sekolah-sekolahE learning di sekolah-sekolah
E learning di sekolah-sekolahMrsEden
 
Pzen tekno 23 mei
Pzen tekno 23 meiPzen tekno 23 mei
Pzen tekno 23 meiirdina8795
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningsalwa76
 
5.PelaksanaanKajianKuasi-EksperimenuntukmengenalPastiTahapKemahiranLiterasiAw...
5.PelaksanaanKajianKuasi-EksperimenuntukmengenalPastiTahapKemahiranLiterasiAw...5.PelaksanaanKajianKuasi-EksperimenuntukmengenalPastiTahapKemahiranLiterasiAw...
5.PelaksanaanKajianKuasi-EksperimenuntukmengenalPastiTahapKemahiranLiterasiAw...thila thilaga
 

Similar to Analisis jurnal disleksia (20)

123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
 
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empat
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empatKelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empat
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empat
 
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
 
Jurnal multimedia
Jurnal multimediaJurnal multimedia
Jurnal multimedia
 
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khasPerisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
 
Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
Tajuk jurnal 1  perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...Tajuk jurnal 1  perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
 
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
 
penyelidiikan
penyelidiikanpenyelidiikan
penyelidiikan
 
Origami
OrigamiOrigami
Origami
 
E learning
E learningE learning
E learning
 
Origami1
Origami1Origami1
Origami1
 
Origami
OrigamiOrigami
Origami
 
Assignment aplikasi komputer bm
Assignment aplikasi komputer bmAssignment aplikasi komputer bm
Assignment aplikasi komputer bm
 
Analisis Jurnal- Kebaikan TMK
Analisis Jurnal- Kebaikan TMKAnalisis Jurnal- Kebaikan TMK
Analisis Jurnal- Kebaikan TMK
 
Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang
Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentangAnalisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang
Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang
 
E learning di sekolah-sekolah
E learning di sekolah-sekolahE learning di sekolah-sekolah
E learning di sekolah-sekolah
 
Pzen tekno 23 mei
Pzen tekno 23 meiPzen tekno 23 mei
Pzen tekno 23 mei
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learning
 
5.PelaksanaanKajianKuasi-EksperimenuntukmengenalPastiTahapKemahiranLiterasiAw...
5.PelaksanaanKajianKuasi-EksperimenuntukmengenalPastiTahapKemahiranLiterasiAw...5.PelaksanaanKajianKuasi-EksperimenuntukmengenalPastiTahapKemahiranLiterasiAw...
5.PelaksanaanKajianKuasi-EksperimenuntukmengenalPastiTahapKemahiranLiterasiAw...
 
Article 6
Article 6Article 6
Article 6
 

More from syakhira husna

BIMBINGAN DAN KAUNSELING GANTT CHART.pdf
BIMBINGAN DAN KAUNSELING GANTT CHART.pdfBIMBINGAN DAN KAUNSELING GANTT CHART.pdf
BIMBINGAN DAN KAUNSELING GANTT CHART.pdfsyakhira husna
 
BUKU PROGRAM PIBG 2022.pptx
BUKU PROGRAM PIBG 2022.pptxBUKU PROGRAM PIBG 2022.pptx
BUKU PROGRAM PIBG 2022.pptxsyakhira husna
 
Kebaikan pembelajaran melalui sidang video.
Kebaikan pembelajaran melalui sidang video.Kebaikan pembelajaran melalui sidang video.
Kebaikan pembelajaran melalui sidang video.syakhira husna
 
Kepentingan Streaming Video
Kepentingan Streaming VideoKepentingan Streaming Video
Kepentingan Streaming Videosyakhira husna
 
KPT 6044 - Analisis Jurnal Tugasan 1
KPT 6044 - Analisis Jurnal Tugasan 1KPT 6044 - Analisis Jurnal Tugasan 1
KPT 6044 - Analisis Jurnal Tugasan 1syakhira husna
 
Menggunakan animasi di dalam instruksi khas untuk kanak kanak
Menggunakan animasi di dalam instruksi khas untuk kanak kanakMenggunakan animasi di dalam instruksi khas untuk kanak kanak
Menggunakan animasi di dalam instruksi khas untuk kanak kanaksyakhira husna
 

More from syakhira husna (9)

BIMBINGAN DAN KAUNSELING GANTT CHART.pdf
BIMBINGAN DAN KAUNSELING GANTT CHART.pdfBIMBINGAN DAN KAUNSELING GANTT CHART.pdf
BIMBINGAN DAN KAUNSELING GANTT CHART.pdf
 
JADUAL BERTUGAS.docx
JADUAL BERTUGAS.docxJADUAL BERTUGAS.docx
JADUAL BERTUGAS.docx
 
BUKU PROGRAM PIBG 2022.pptx
BUKU PROGRAM PIBG 2022.pptxBUKU PROGRAM PIBG 2022.pptx
BUKU PROGRAM PIBG 2022.pptx
 
GREEN2018_FINAL.pptx
GREEN2018_FINAL.pptxGREEN2018_FINAL.pptx
GREEN2018_FINAL.pptx
 
Kebaikan pembelajaran melalui sidang video.
Kebaikan pembelajaran melalui sidang video.Kebaikan pembelajaran melalui sidang video.
Kebaikan pembelajaran melalui sidang video.
 
Kepentingan Streaming Video
Kepentingan Streaming VideoKepentingan Streaming Video
Kepentingan Streaming Video
 
ULASAN JURNAL
ULASAN JURNALULASAN JURNAL
ULASAN JURNAL
 
KPT 6044 - Analisis Jurnal Tugasan 1
KPT 6044 - Analisis Jurnal Tugasan 1KPT 6044 - Analisis Jurnal Tugasan 1
KPT 6044 - Analisis Jurnal Tugasan 1
 
Menggunakan animasi di dalam instruksi khas untuk kanak kanak
Menggunakan animasi di dalam instruksi khas untuk kanak kanakMenggunakan animasi di dalam instruksi khas untuk kanak kanak
Menggunakan animasi di dalam instruksi khas untuk kanak kanak
 

Recently uploaded

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 

Recently uploaded (12)

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 

Analisis jurnal disleksia

  • 1. 1 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 39500, TANJUNG MALIM, PERAK. FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA KAJIAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL ( KPT 6044 ) TUGASAN 1 ANALISIS JURNAL Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-Kanak Disleksia Oleh: Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, Malaysia NAMA : SYAKHIRA HUSNA BINTI ILLIAS NO. MATRIK : M20141000680 NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DATO’ DR. ABD LATIF BIN HAJI GAPOR
  • 2. 2 1.0 PENGENALAN Julina (2005) telah menyatakan bahawa salah satu faktor penyumbang kepada masalah pelajar tidak berkemampuan menguasai 3M di peringkat rendah disebabkan oleh pelajar yang menghadapi masalah kognitif yang berat seperti disleksia. Menurut Disleksia Antarabangsa (2010), 10%-15% populasi dunia menghidapi masalah disleksia. DI Malaysia, Perangkaan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (Nor Afzan, 2006) menganggarkan terdapat seramai 314000 kanak-kanak yang bersekolah di Negara Malaysia mengidapi disleksia Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan pada tahun 2004 (Komala, 2004) juga melaporkan bahawa terdapat 5% kes disleksia di kesan pada mana- mana komuniti atau satu bagi setiap 20 pelajar. Tambahannya lagi, jumlah itu adalah besar dibandingkan dengan Sindrom Down, iaitu sekitar satu dalam 600 orang; dan spastic, sekitar satu dalam 700 orang. Populasi yang tinggi juga dilaporkan oleh Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia (PSHM), Nordin Ahmad (2005) yang melalui kajian persatuannya, didapati 10-15% murid sekolah rendah diseluruh Negara yang kebanyakannya kaum Melayu, mengalami disleksia. Bagi mengatasi masalah ini, pendekatan intervesi yang bersesuaian perlu dijalankan. Dalam jurnal ini, pendekatan yang dicadangkan adalah menerusi perisian multimedia dan dihasilkan dalam bentuk Objek Pembelajaran. Konsep Objek Pembelajaran atau learning object (LO) dipopularkan oleh Wayne Hodgins pada tahun 1994 (Abtar, 2005). LO merupakan cara terkini serta teknologi masa akan datang dalam penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran (Hodgins, 2000). Menurut Shepherd (2001), LO adalah pemikiran berorientasikan objek yang diaplikasikan kepada dunia pendidikan. Definisi objek pembelajaran oleh Dunning (2004), LO adalah interaktif serta membenarkan pelajar mempelajari kandungan sehingga peringkat masteri dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam aktiviti kemahiran berfikir. 1.1 PENYATAAN MASALAH Menurut jurnal yang telah dikaji, penyelidik telah bekerjasama dengan sebuah NGO yang dikenali sebagai Persatuan Disleksia Malaysia (DAM) untuk untuk mengenalpasti kewujudan LO diantara tujuh buah sekolah Dyslexia di Lembah Klang. Lawatan dan perbualan yang telah dijalankan mendapati bahawa tiadanya pendekatan multimedia yang sesuai yang digunakan sebagai strategi pengajaran untuk mengajar matematik dikalangan sekolah disleksia, apatah lagi menggunakan LO. Selain itu, jurnal ini menyatakan bahawa mendapati kurangnya penyelidikan tentang disleksia yang bermasalah numerasi di Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini akan menyediakan empirical evidence dalam merekabentuk animasi didalam pembangunan instruksi khas untuk pelajaran matematik di Malaysia. Melalui lawatan dan perbualan telefon pada bulan Januari hingga bulan Mei 2009, pengkaji dapat mengenalpasti masalah kajian, iaitu tiadanya pendekatan multimedia yang sesuai yang digunakan sebagai strategi pengajaran untuk mengajar matematik dikalangan sekolah disleksia, apatah lagi menggunakan LO. Pengkaji juga mendapati kurangnya penyelidikan tentang disleksia yang bermasalah numerasi di Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini
  • 3. 3 akan menyediakan empirical evidence dalam merekabentuk animasi didalam pembangunan instruksi khas untuk pelajaran matematik di Malaysia. Pada masa yang sama, pengkaji mencadangkan agar menerusi kajian ini pengkaji dapat mencuba untuk mengenalpasti animasi yang sesuai untuk menyampaikan teknik pengajaran pendaraban dua mengikut kehendak dan ciri-ciri pelajar disleksia. 1.2 TUJUAN KAJIAN Dalam jurnal yang telah dibaca, tujuan kajian adalah untuk memenuhi keperluan kanak- kanak disleksia yang bermasalah matematik untuk memanfaatkan kelebihan yang ada pada LO yang dibangunkan seterusnya jumlah pelajar disleksia yang bermasalah numerasi di sekolah boleh dikurangkan. Selain itu, kandungan LO dapat membantu kanak-kanak disleksia belajar matematik, dan ia jiga menyediakan maklumat yang berguna mengenai bagaimana kanak-kanak disleksia berinteraksi dengan LO yang boleh disediakan dalam bentuk animasi. Animasi akan dibuat sesuai dengan instruksi khas yang telah direkabentuk. Kanak-kanak disleksia akan dapat mengadaptasi dengan proses pembelajaran yang sesuai dengan kehendak mereka, (Mortimore, 2008) menurut gaya pembelajaran dislexia, yang mana ia di panggil automaticity. Kajian ini juga menyediakan maklumat yang berkaitan dengan kepelbagaian gaya pembelajaran disleksia, dan secara tak langsung juga dapat membantu guru dalam merancang strategi pengajaran ke arah proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan. Ia juga amat penting untuk menetapkan standard untuk produksi LO yang menggunakan animasi, terutamanya untuk pelajar disleksia. Pada masa yang sama, kebolehgunaan LO ini akan menjadi sumber yang berguna untuk guru dan boleh digunakan untuk kepelbagaian konteks pembelajaran dan kepelbagaian masalah pembelajaran yang lain (sebagai contoh untuk pelajar lembab atau untuk masalah pembelajaran spesifik yang lain). 1.1 BATASAN KAJIAN Kajian ini hanya melibatkan SK TTDI 2 Kuala Lumpur dan SK Bandar Tasik Puteri Rawang kerana sekolah ini sahaja yang mempunyai program pembelajaran matematik untuk pelajar disleksia. Jumlah pelajar yang terhad di setiap sekolah, jumlah pelajarcyang terlibat bagi kajian ini adalah seramai 11 orang (populasi). Mereka datang dari pelbagai latarbelakang bangsa Melayu, Cina dan India dengan tahap pencapaian tiga peringkat; baik, sederhana dan lemah. Kesemua pelajar dikehendaki mengakses LO yang telah disimpan di dalam komputer. Selepas menggunakannya, mereka dikehendaki menilai LO menggunakan borang tinjauan penilaian yang disediakan.
  • 4. 4 2.0 TINJAUAN LITERATUR Penggunaan LO yang berteraskan multimedia sememangnya mampu menjadi alat bantu pembelajaran. Keates (2000) menyokong penggunaan perisian untuk membantu dan memudahkan pembelajaran disleksia. Mortimore (2008) juga mengesahkan bahawa penyelidikan dan pengalaman mencadangkan bahawa pelajar yang menghidapi disleksia berjaya apabila pembelajaran dijalankan secara multi-sensori dan menggunakan kesemua deria untuk memperkukuhkan pembelajaran. Melalui kajian penggunaan aplikasi pembelajaran mobile komik interaktif, Fadilahwati & Ronaldi (2009) mendapati kanak-kanak disleksia didapati sangat meminati aplikasi tersebut. Melalui pendekatan animasi komik interaktif ini, mereka didapati tidak mempunyai masalah didalam mengenal pasti huruf dan membaca perkataan yang tertera di skrin telefon bimbit. Menurut Keates (2000), pengidap disleksia tidak pernah gagal didalam menggunakan alat-alat teknologi maklumat seperti komputer. Beacham (2007) juga percaya bahawa penggunaan multimedia berpotensi untuk menggalakkan pembelajaran kanak-kanak disleksia. Pada tahun 2010, melalui kajian kebolehgunaan Objek Pembalajaran Multimedia Interaktif, Fadilahwati et al (2010) mendapati pelajar disleksia berasa bermotivasi, seronok, mudah dan dibantu di dalam memahami kandungan pelajaran dengan lebih baik. Sebuah koswer untuk mempelajari bahasa Malaysia telah dibangun dan dikaji oleh Abdullah et al (2009) yang mana isi kandungannya menyediakan cara-cara belajar huruf, suku kata, dan perkataan. Menurutnya, penggunaan elemen multimedia memberikan kebebasan kepada pelajar untuk berinteraksi dan pada masa yang sama menarik perhatian pelajar untuk mengerjakan sesuatu tugasan. Bagaimanapun, pengkaji mendapati beberapa kesilapan didalam skrin yang dipaparkan yang mana rekabentuknya tidak merujuk kepada keupayaan pelajar disleksia. Pelajar disleksia mempunyai masalah untuk mengenal huruf “b” dan “d”, terutama bila ia ditulis dengan warna hitam dan berlatarbelakangkan wana putih (Rajah 1). Ini menyebabkan huruf tersebut nampak bergerak dan sukar untuk dibaca. Pengkaji juga berpendapat bahawa perlunya elemen animasi yang yang dapat menerangkan isi kandungan mengikut kefahaman pelajar disleksia. Menurut Taylor et al (2007), animasi mampu menyokong kefahaman pelajar jika ia digunakan dengan cara yang kosisten mengikut teori pembalajaran multimedia. Oleh sebab itu, pengkaji mencadangkan penggunaan animasi yang sesuai untuk pelajar disleksia seperti yang akan diterangkan pada bab berikutnya. Parette (2011) ada menyatakan bahawa animasi mempunyai keupayaan untuk menarik perhatian kepada dimensi kritikal pelajar cacat secara berkesan dan boleh memberikan respon yang benar keatas sesuatu visual dengan cepat. Walaubagaimanapun, pengkaji percaya bahawa dengan mengenalpasti cirri-ciri khas pembelajaran disleksia, animasi tersebut akan menjadi lebih berkesan.
  • 5. 5 3.0 METODOLOGI Bagi menjalankan kajian ini, Model pembangunan telah diadaptasi dari model ADDIE, yang mana secara amnya mempunyai proses yang tersusun melalui (1) Analisis Keperluan (Need Assessment), (2) Rekabentuk (Design), (3) Pembangunan (Development), (4) Implementasi (Implementation), dan (5) Penilaian (Evaluation) telah diaplikasikan. Model yang diberi nama DIMLOM/Disleksia Interaktif Multimedia Learning Object Model (Fadilahwati et al, 2011) ini direka mengikut tiga fasa utama, iaitu (1) sebelum pembangunan (2) semasa pembangunan, dan (3) selepas pembangunan (Rajah 2). Sebelum pembangunan Pengkaji telah mengenal pasti ciri-ciri pelajar disleksia melalui pengamatan hasil ujian bulanan yang telah dijalankan. Hasil dari ujian yang dijalankn didapati bahawa soalan yang paling banyak gagal adalah soalan yang berkaitan dengan pendaraban. Ia juga disahkan oleh guru berkenaan melalui temuduga yang telah dibuat. Selain daripada itu, pengkaji juga telah membuat pemerhatian kelas semasa topik tersebut diterangkan. Pelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore, 2008) berfikir secara menyeluruh (bukan fokus dan spesifik) dan gaya pembelajaran yang merujuk kepada satu gaya pembelajaran sahaja (yang mana boleh menyebabkan masalah kepada pelajar untuk memberi tindak balas yang terperinci). Melalui kajian peringkat awal, pengkaji telah membuat kajian gaya pembelajaran kepada lima orang pelajar (populasi keseluruhan kelas) dan mendapati bahawa kecenderungan untuk gaya pembelajaran visual cukup nyata. Majoriti pelajar didapati mempunyai kecenderungan untuk merujuk kepada gambar (visual) jika diberi sesuatu arahan. Antara pendekatan lain yang boleh diambil kira ialah saranan Dean (1996) yang menyatakan bahawa pendekatan kepada pelajar disleksia boleh dibuat melalui: 1. Pemecahan kepada topik-topik kecil. 2. Aktiviti yang membolehkan pelajar tersebut membuat latihan setelah mengulangkaji 3. Kerja yang melibatkan rangsangan secara terus
  • 6. 6 Melalui analisa yang telah dijalankan, pengkaji lebih peka dalam menghasilkan prototaip yang boleh digunakan oleh pelajar-pelajar disleksia. Semasa Pembangunan Semasa proses pembangunan, pengkaji menghasilkan papan cerita dengan mengambil kira isu ciri-ciri pelajar, gaya pembelajaran dan isi kandungan berdasarkan sukatan pelajaran yang ditetapkan. Bradford (n.d) mencadangkan penggunaan teks menggunakan warna cerah dan berlatar belakangkan warna gelap bagi mengelakkan sensitivity penglihatan pelajar disleksia. Teknik sebegini juga mampu mengelakkan masalah yang teks yangkelihatan bergerak. Jenis huruf seperti “arial” juga sesuai digunakan bagi mengelakkan masalah yang sama. Huruf sebegini mempunyai bentuk yang sederhana dan jelas. Selain daripada teks, penggunaan visual juga diberi penekanan yang amat penting. Visual direka khas untuk memudahkan pemahaman teks, isi kandungan, dan juga konsep pembelajaran. Konsep penceritaan dijalankan untuk mendapatkan rangsangan secara terus kepada pelajar disleksia dengan menggunakan karakter murid pandai yang boleh bercakap, suara latar belakang, ikon-ikon gambar yang memberi kefahaman secara terus dan animasi yang menunjukkan proses pendaraban tersebut. Pelajar telah diarahkan untuk turut serta membuat persiapan majlis hari jadi, di mana mereka perlu memasukkan dua buah gula-gula ke dalam beg plastik. Kemudian jumlah gula-gula tersebut dikira dan konsep tambah berulang boleh diperkenalkan (Rajah 3)
  • 7. 7 4.0 DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian melalui Penggunaan LO yang mana Majoriti pelajar mengaku yang LO senang digunakan. Fungsi ikon-ikon senang difahami dan mereka boleh menelusuri isi kandungan dengan menekan ikon-ikon butang. LO ini juga senang digunakan sebab tersedia fungsi butang navigasi untuk mengulang semula cerita, meneruskan cerita, dan memilih mukasurat penceritaan. 1. 82% pelajar bersetuju bahawa LO distruktur dengan baik. Ini kerana struktur konsep penceritaan perayaan hari jadi mampu menyusun isi kandungan mengikut silabus. Pada masa yang sama, tempoh masa animasi yang singkat mengikut tahap penceritaan menjadikan isi kandungan lebih tersusun dan mudah difahami. 2. Manakala 100% pelajar bersetuju bahawa mereka suka dengan apa yang mereka lihat dan rasa. Melalui pengamatan video dan pjuga pengesahan dari guru berkenaan, pelajar menunjukkan reaksi minat, rasa ingin tahu dan dimotivasi semasa menggunakan LO. 3. Dengan adanya majoriti bersetuju bagi kesemua soalan dibahagian Penggunaan LO, menunjukkan bahawa pelajar disleksia mempunyai persepsi betapa mudah dan jelasnya mereka dapat mengikut pengajaran dan aktiviti yang disampaikan menggunakan teknik animasi yang telah direka khas Dapatan kedua, melalui Nilai Pembelajaran telah dinyatakan bahawa : 100% pelajar bersetuju bahawa LO adalah menarik. Bukan sahaja pelajar yang menggunakan LO, pelajar-pelajar lain yang tidak menggunakan LO pada masa itu juga menunjukkan keinginan untuk turut serta menggunakan LO tersebut. Kesemua mereka menyatakan keinginan belajar melalui bentuk pembelajaran sebegini untuk
  • 8. 8 subjek-subjek lain. 1. 100% pelajar juga bersetuju bahawa imej dan animasi adalah komponen penting LO (Rajah 5). Mereka memahami imej ikon gula-gula, plastik dan kek cawan sebagai simbol kepada angka yang akan dikira. Animasi yang ditayangkan diikuti dengan tindak balas fokus, rasa ingin tahu, dan menganggukkan kepala (tanda faham). Bahkan juga, mereka memberikan respon dengan bercakap sesuatu untuk menyelesaikan penceritaan dengan menjawab hasil kiraan. 2. 90% pelajar didapati bersetuju yang aktiviti penceritaan adalah sesuai dan membantu. Aktiviti penceritaan sememangnya direka untuk mengajak pengguna untuk turutserta memeriahkan majlis hari jadi Amir sambil memahami konsep pendaraban. 3. 90% pelajar juga bersetuju bahawa kandungan adalah sesuai dengan keperluan. Pelajar mendapati bahawa penggunaan imej dan animasi yang direka khas untuk pelajar disleksia ini dapat diterima dengan baik dan kesemua pelajar menunjukkan kefahaman keatas isi kandungan. 5.0 PERBINCANGAN Melalui analisis jurnal yang telah dibaca, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan LO mendapat reaksi positif dari pelajar. Pelajar juga didapati mampu mampu menggunakan setiap butang kawalan dan boleh berinteraksi tanpa sebarang masalah. Selain itu, pelajar mengakui mengaku bahawa LO sebegini menyeronokkan, mudah dan membantu mereka di dalam memahami isi kandungan. Adalah penting bagi pelajar disleksia untuk mendapatkan galakkan pembelajaran mengikut cara yang mereka mahukan. Dengan memecahkan isi topik kepada pecahan tajuk tajuk kecil, pelajar-pelajar disleksia boleh membuat kawalan diri untuk memahami konsep baik secara perlahan, berulang kali, dan berinteraksi mengikut cara kawalan masing-masing. Pelajar-pelajar disleksia sememangnya boleh memahami dan membuat aktiviti yang disuruh di setiap pecahan tajuk kecil tersebut dalam jangka masa yang singkat. Aspek nilai pembelajaran menitikberatkan konsep aktiviti penceritaan yang telah dianimasikan bagi memudahkan pelajar disleksia memahami pelajaran yang diajar. Didapati bahawa pelajar suka kepada pembelajaran yang dikaitkan dengan masalah dunia sebenar. Kajian ini juga membuktikan yang majoriti pelajar juga berpendapat bahawa grafik dan animasi adalah menarik dan memudahkan mereka memahami kandungan. Sememangnya pelajar disleksia perlu mendapatkan daya tarikan dan motivasi untuk mengekalkan fokus mereka terhadap bahan pembelajaran. Para pelajar didapati dapat mempelajari kesemua isi kandungan topik Pendaraban Dua dalam masa kurang dari 10 minit. Perkara sebegini diakui oleh guru berkenaan bahawa amatlah susah untuk dicapai didalam kelas biasa. Adalah penting untuk merujuk kepada ciri-ciri pelajar disleksia, pemahaman masalah topik pembelajaran secara teliti, dan mengenalpasti kaedah strategi pengajaran seperti yang telah dicadangkan. Di masa yang akan datang pengkaji akan melihat banyak lagi kemungkinan untuk mengenalpasti lebih banyak unsur-unsur yang memotivasikan pembelajaran mereka.
  • 9. 9 Rujukan Abdullah, M Haziq. Hisham, S. & Parumo.S. (2009) MyLexics: An Assistive Courseware for Dyslexic Abtar Kaur, Ansary Ahmed, Zoraini Wati Abas & David Asirvatham. (2005). E-Learning in Malaysia: accompany the Aston index. Wisbech, England: Bemrose UK Limited. Ally, M., Cleveland-Innes, M., Boskic, N., & Larwill, S. (2006) Learner’s Use of Learning Objects. Annual Report (2006). Kementerian Pelajaran Malaysia. Beacham, N. (2007) The potential of multimedia to enhance learning for students with dyslexia.Skills for Access. Dimuat turun March 19, 2008, from http://skillsforaccess.org.uk/articles.php?id=150 Bradford, J. (n.d.). Designing web pages for dyslexic readers. [Online] Dimuat turun pada May 3 2009, daripada: http://www.dyslexia-parent.com/mag35.html Children to Learn Basic Malay Language. SigAccess Newsletter, Issue 95, [Online] daripada: Cornell, W. B. (2010). History Is Relatives; Educational Affordances of the Graphic Novel in The Magical Life of Long Tack Sam. International Journal of Comic Art, 12(1), 147-156. Dean, J (1996). Managing Special Needs in the Primary School. London: Routledge Fadilahwati Abdul Rahman & Fattawi Mokhtar (2009), Dyslexic Children Learning styles” Proceedings: 3rd International Malaysia Educational Technology Convention, Batu Ferringhi, Penang, Malaysia 2009: 21-26. Fadilahwati Abdul Rahman & Ronaldi Saleh (2009). New Technology Approach (D-Mic) for Dyslexia Learning Style. Proceedings: Regional Conference on Special Need Education, University of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia 20 -22 July 2009. Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Ronaldi Saleh Umar. (2010) Usability Testing on Interactive Multimedia Learning Object for Dyslexic Children: Proceeding of 5th International Conference on e-Learning, 12-13 July 2010. Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia Fadilahwati Abdul Rahman, Fattwai Mokhtar, Ronaldi Saleh & Nor Aziah Alias. (2011). Mengatasi Masalah Disleksia Menggunakan Teknologi Pendidikan: Konferensi Akademik Pendidikan UITMUPI, Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung, 25 April 2011, Bandung Indonesia International Dyslexia Association (2010).Promoting Literacy Through Research, Education and Advocacy. Dimuat turun pada March 19, 2010, daripada http://www.interdys.org/ Journal of Distance Education Revue De L’Education A Distance Fall/Automne 2006, 21(2), 44-5. Julina Johan (2005). Kementerian rujuk aduan masih banyak pelajar gagal kuasai 3M, Utusan Malaysia 14 Februari:14 Karuchit, Warat. (2010). The Renaisance of Thai Knowledge Cartoon. International Journal of Comic Art, 12(1), 147-156. Keates, A. (2000). Dyslexia and Information and Communication Technology: A Guide for Teachers and Parents. London: David Fulton Publishers.
  • 10. 10 Komala, P. Devi. (2004, September 22). Disleksia- Ramai Kanak-kanak tidak kenal huruf. Utusan Malaysia, p.17. Leeder, D. (2003). Learning object instructor and student surveys. Universities’ Collaboration in eLearning. Dimuat turun pada November 17, 2003, daripada Mortimore, Tilly (2008). Dyslexia and learning style: a practitioner’s handbook 2nd ed. England: John Wiley & Sons Ltd. Newton, M. J., Thomson, M. E., & Richards, I. L.(1979) . Readings in dyslexia: A study text to Nor Afzan Mohamad Yusof. (2006). Kerajaan perlu tambah program khas di sekolah. Berita Harian, 31 Julai Nordin Ahmad. “350,000 murid sekolah rendah alami Disleksia”. Utusan Malaysia, 17 December 2005. p. 2. Parette, H., Hourcade, J. & Blum, C.. (2011). Using Animation in Microsoft PowerPoint to Enhance Engagement and Learning in Young Learners With Developmental Delay. Teaching Exceptional Children, 43(4), 58-67. Retrieved March 27, 2011, from ProQuest Education Journals. (Document ID: 2301060811). Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias. (2011). Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-Kanak Disleksia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 27 Shepherd, Clive. (2001). Objects of Interest. Dimuat turun pada March 19, 2010, daripada Streching Our Horizons. 11th International Conference on Technology Supported Learning & Taylor,M., Duffy, S., Hughes,G. (2007). The use of animation in higher education teaching to support students with dyslexia. Education and Training, 49(1), pp. 25-35 Training 30 November – 2 December 2005 in Berlin, Germany.