1. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
PELAN TINDAKAN
1. a) PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA
KONTEKSTUAL
1.1 Definisi
Kontekstual, jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris asal
bahasa Latin ialah con = with + textum = woven yang bermaksud mengikut konteks
atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian.
1.2 Konsep Pembelajaran Kontekstual
Pendekatan pembelajaran menggunakan pembelajaran kontekstual adalah merupakan
kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian
individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran
secara konkrit yang melibatkan hands-on (aktiviti) dan minds-on (pemikiran).
Pembelajaran kontekstual ini hanya berlaku apabila murid dapat memproses
maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda
mereka. Pembelajaran ini juga lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam
konteks yang pelbagai iaitu dari segi fizikal, budaya, sosial serta psikologi dan
bermakna kepada murid.
Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk
menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Contohnya, di dalam bilik darjah, di
dalam makmal, tempat kerja serta dari kehidupan harian. Pendekatan kontekstual ini
juga merentas pelbagai disiplin ilmu iaitu seperti ilmu matematik, sains, komunikasi,
teknikal dan vokasional serta kemanusiaan.
Menurut modul yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2001),
pelajar akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran berikut:
R (relating / menghubungkait) iaitu pelajar belajar dalam konteks
menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.
E (experiencing / mengalami) iaitu pelajar belajar dalam konteks penerokaan,
penemuan dan reka cipta.
2. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
A (applying / mengaplikasikan) iaitu pelajar belajar dalam konteks bagaimana
pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain.
C (cooperating / bekerjasama) iaitu pelajar belajar dalam konteks
bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi.
T (transferring / memindahkan) iaitu pelajar belajar dalam konteks
pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang diketahui.
Prinsip REACT adalah amat penting untuk difahami oleh guru dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.
1.3 Ciri-Ciri Pengajaran Kontekstual
Kaedah pengajaran secara kontekstual menurut Hull D. (1997) perlulah
mempunyai ciri – ciri yang perlu dilaksanakan agar pengajaran lebih berkesan. Ciri
yang pertama ialah guru menghubungkaitkan pengajaran dalam konteks pengalaman
hidup. Guru perlu membantu pelajar memahami tujuan mempelajari sesuatu tajuk dan
menghubungkaitkan pengetahuan baru dan pra-pengetahuan pelajar.
Menurut Wan Absah bte Wan Kadir (1997) perkara ini akan membolehkan
pelajar mendapat gambaran yang jelas tentang perkaitan apa yang dipelajari dengan
penggunaan harian dan pelajar mengetahui penggunaan ilmu dalam bidang pekerjaan
serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang profil pekerjaan.
Ciri yang kedua ialah pengalaman. Dalam pengajaran, guru memberi
pendedahan, penemuan dan penciptaan kepada pelajar. Guru dikehendaki melibatkan
pelajar secara aktif dalam membuat ujikaji dan menemui idea dan fakta. Ini akan
menjadikan pelajar dapat melibatkan diri dengan ujikaji secara menyeluruh dan
membentangkan hasil kerja mereka dan dalam melaksanakan strategi HIBRID C-C ini
ciri-ciri kontekstual digabungkan secara fleksibel dengan fasa-fasa tersebut. Strategi
tersebut bertujuan untuk mengkaji bagaimana ia diharap dapat membantu pelajar dan
guru mempertingkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini
boleh dilakukan dengan menerapkan aktiviti-aktiviti pengajaran yang sesuai serta
bantuan media pengajaran yang menarik.
3. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
Penggunaan strategi HIBRID C-C yang disarankan sebenarnya berkaitan
dengan proses pembelajaran yang membolehkan pelajar membina kefahaman mereka
sendiri mengenai sesuatu perkara menerusi persepsi dan pengalaman serta
pengetahuan sedia ada dan ia juga melibatkan individu menyesuaikan diri dengan
kehidupan sebenar. Strategi HIBRID C-C yang disarankan oleh pengkaji dapat dilihat
seperti Rajah 1.
1.4 Faedah Pembelajaran Kontekstual
1.4.1 Murid
Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan
Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman
harian
Boleh memindahkan kemahiran
Boleh meneroka dan mendapatkan bukti
Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit
Dapat belajar secara kerjasama
4. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
1.4.2 Guru
Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya
Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia
pekerjaan
Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau
industri
1.4.3 Industri
Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih
semula secara berkesan mengikut keperluan
Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi.
Pembelajaran secara Kontekstual dapat membina keyakinan diri kerana murid
dapat memahami perhubungan antara teori dan amalan. Pembelajaran secara
Kontekstual juga membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah. Sekolah dapat memainkan peranan sebagai penghubung antara akademik
dan alam pekerjaan dan dengan itu mendapat sokongan dan dokongan industri.
Pendekatan Kontekstual dapat membina asas kukuh tenaga kerja mahir masa depan
untuk menguatkan kedudukan negara di peringkat dunia.
1.5 Keperluan Strategi
1.5.1 Motivasi
Motivasi adalah lebih mirip kepada set induksi iaitu pengenalan kepada isi
pelajaran yang dibuat. Aktiviti perbincangan perlulah diambil kira dan penggunaan
alat bantu mengajar adalah penting untuk menarik minat pelajar kepada langkah yang
seterusnya. Strategi ini bertujuan menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap
sesuatu tajuk yang akan dibincangkan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Ia
juga dapat menghapuskan perasaan takut kepada mata pelajaran tersebut dan
menjadikan pembelajaran tersebut lebih menyeronokkan (Noor Azizah, 2002).
5. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
1.5.2 Pemahaman
Tahap pemahaman pula meliputi penerangan konsep dan sesi perbincangan
dalam bilik darjah. Kaedah penerangan konsep dan penyampaian maklumat haruslah
dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu. Dalam
perbincangan, murid akan diberikan kebebasan untuk mengutarakan perkara-perkara
berkaitan.
1.5.3 Kemahiran
Bagi strategi kemahiran pula, pengetahun yang diperoleh oleh murid dapat
diaplikasikan dengan aktiviti-aktiviti “hands-on” dan seterusnya mencetuskan
pemikiran murid secara “minds-on”. Guru boleh merekabentuk atau menyediakan
senario tertentu untuk membantu murid menyelesaikan masalah, contohnya teknik
penyelesaian masalah. Kebolehan murid mengaplikasikan pengetahuan sedia ada
mereka dengan situasi sebenar dalam kerjaya yang akan mereka ceburi merupakan
aset utama yang mereka perolehi hasil pembelajaran secara kontekstual.
1.5.4 Penilaian
Akhir sekali ialah penilaian. Fakta utama sesuatu tajuk atau isi pelajaran
digulung dan dirumuskan sementara murid akan diingatkan semula mengenai fakta-
fakta yang penting. Perbincangan dapat diwujudkan untuk memperkaya pengetahuan
murid dan melihat sejauh mana kefahaman murid. Setelah itu, guru perlu menilai
kemajuan murid dan ia tidak semestinya secara bertulis. Guru boleh menggunakan
kaedah lisan, pemerhatian, kuiz berkumpulan, perbincangan antara kumpulan dan
penyediaan portfolio dalam proses menilai kemajuan murid (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2001). Penilaian adalah merupakan langkah yang wajar dalam prosedur
pengajaran (Isahak dan Koh, 1982). Menurut mereka, penilaian membolehkan guru
mengukur keberkesanan pengajarannya secara menyeluruh dan menentukan kesan
sesuatu aktiviti pengajaran tertentu.
6. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
Justeru itu, dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran perlu
melalui proses motivasi, pemahaman, aplikasi serta imbasan kembali dan penilaian.
Kebolehan melakukan “hands-on” dan berfikir “minds-on” adalah merupakan asas
pendekatan kontekstual. Paduan kedua-duanya aka mendorong naluri ingin tahu
murid dan menjadikan pembelajaran suatu aktiviti yang lebih bermakna kepada
mereka.
7. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
1. b) PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
BAGI PROJEK IKAN HIASAN
1.1 Penyediaan Bekas / Akuarium
Pelajar akan dapat memilih akuarium / bekas dan aksesori yang sesuai serta menyedia
dan menghias akuarium. Selain dapat menguasai kemahiran reka letak dan menyusun
atur aksesori untuk mendapatkan pemandangan yang cantik. Bekas / akuarium yang
hendak dipilih adalah mengikut pilihan pelajar.
Dari segi pengetahuan sedia ada, pelajar perlu telah mengetahui jenis-jenis ikan dan
tujuan memelihara ikan hiasan.
1.2 Pemilihan Bekas / Akuarium
Pemilihan bekas / akuarium hendaklah sesuai dengan saiz dan jenis ikan yang hendak
dipelihara. Akuarium / bekas yang dipilih boleh dilengkapi dengan pelbagai aksesori
supaya kelihatan lebih menarik. Antara kelengkapan dan aksesori yang digunakan
ialah alat penapis, pam air, lampu akuarium, batu, pasir, tumbuhan akuatik atau tiruan,
kayu buruk, poster dan pelbagai jenis model.
1.3 Memilih Ikan Hiasan
Ikan hiasan yang hendak dipelihara mestilah mempunyai ciri-ciri yang berikut:
Mudah dipelihara
Boleh bercampur dengan ikan lain
Tahan terhadap serangan penyakit
Tahan terhadap perubahan mutu dan suhu air
8. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
1.4 Memilih Tumbuhan Akuatik Dan Tumbuhan Tiruan
Tumbuhan akuatik ialah tumbuhan air yang boleh diletakkan di dalam akuarium ikan
hiasan. Tujuannya adalah untuk mencantikkan akuarium dan membekalkan oksigen
kepada ikan hiasan. Di samping itu, tumbuhan akuatik juga dijadikan sumber
makanan sampingan kepada ikan hiasan.
Selain tumbuhan akuatik, tumbuhan tiruan juga boleh diletakkan di dalam akuarium
ikan hiasan. Namun begitu, fungsinya hanyalah sebagai hiasan sahaja.
1.5 Jenis-Jenis Tumbuhan Akuatik
Tumbuhan akuatik boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu tumbuhan akuatik yang
terapung dan tumbuhan akuatik yang tenggelam.
Tumbuhan akuatik yang terapung hidup terapung di permukaan air tetapi akarnya
berada di dalam air. Tumbuhan akuatik yang tenggelam pula hidup di dalam air
sepenuhnya.
9. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
1.6 Menyediakan Dan Menghias Akuarium Ikan Hiasan
Sebelum menyediakan dan menghias akuarium / bekas ikan hiasan, tempat yang
sesuai perlu dipilih terlebih dahulu. Langkah-langkah untuk menyediakan dan
menghias akuarium ialah:
i. Sediakan semua kelengkapan dan aksesori akuarium.
ii. Bersihkan akuarium dengan menggunakan span atau gentian kapas.
iii. Bersihkan dan bilas bahan hiasan seperti pasir, batu dan kayu buruk.
iv. Masukkan pasir, batu atau kayu buruk ke dalam akuarium.
v. Letakkan span atau polosterina di bawah akuarium untuk mengelakkan
akuarium mudah pecah.
vi. Masukkan pam air dan alat penapis ke dalam akuarium.
vii. Masukkan air yang telah dinyah klorin ke dalam akuarium.
viii. Letakkan tumbuhan akuatik atau tumbuhan tiruan ke dalam akuarium.
ix. Letakkan lampu di bahagian bawah penutup akuarium.
x. Hidupkan suis pam air dan lampu.
xi. Kini, akuarium telah sedia untuk dimasukkan ikan hiasan.
1.7 Memasukkan Ikan Hiasan Ke Dalam Akuarium
Setelah menyediakan akuarium, ini adalah langkah-langkah untuk memasukkan ikan
hiasan ke dalam akuarium seperti berikut:
i. Rendamkan beg plastik yang mengandungi ikan hiasan ke dalam akuarium
selama 20 hingga 30 minit.
10. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
ii. Buka ikatan beg plastik dan biarkan ikan hiasan keluar dengan sendirinya
bersama-sama air ke dalam akuarium.
iii. Setelah semua ikan hiasan keluar dari beg plastik, keluarkan pula beg plastik
tersebut.
iv. Beg plastik direndamkan seketika agar suhu air di dalam beg plastik sama
dengan suhu air di dalam akuarium.
1.8 Kos Penyediaan Bekas / Akuarium
a. Aquarium 2' RM 25.00
b. Tudung Aquarium (Jenis plastik) RM 10.00
c. Filter untuk Aquarium 2' RM 20.00
d. Pemisah plastik (jenis lutsinar yang berlubang-lubang) RM 3.80
e. Memegang pemisah plastik (1 set) RM 2.00
f. Batu RM 19.20
g. Paip plastik bentuk T RM 0.50
i. Alas polistrin untuk Aquarium RM 2.00
j. Gambar perhiasan belakang aquarium (RM3 sekaki) RM 6.00
k. Pam angin RM 10.00
l. Getah Untuk pam angin RM 1.00
m. Bubble stone (batu untuk buat buih) RM 0.50
n. Kapas penapis RM 2.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 102.00
1.9 Pengurusan Dan Penyenggaraannya
Setelah ikan dimasukkan ke dalam akuarium, kita perlu mengurus dan
menyenggarakannya. Tujuannya adalah supaya akuarium sentiasa bersih dan ikan
berkeadaan baik serta sihat.
11. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
1.9.1 Mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan
Terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh diberikan kepada ikan hiasan ini.
Antara makanan tersebut ialah makanan hidup, makanan kering, makanan
basah dan makanan rumusan. Makanan yang diberi bergantung kepada spesies
ikan yang dipelihara.
i. Contoh makanan hidup
a. Cacing darah
b. Ulat roti
c. Plankton
d. Lipas
e. Cengkerik
12. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
ii. Contoh makanan kering
a. Cacing darah yang diawet kering
b. Udang geragau kering
iii. Contoh makanan rumusan (ialah makanan yang sedia diproses dari
kilang membuat makanan)
a. Pellet
b. Emping
iv. Contoh makanan basah
a. Moina, daging atau hati yang dibekukan
13. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
b. Kerang segar
1.9.2 Jenis makanan mengikut spesies ikan hiasan
Jenis makanan yang sesuai mengikut spesies ikan:
i. Makanan hidup dan makanan basah
a. Tiger Barb
b. Discus
c. Guppy
d. Black Tetra
14. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
e. Kelisa
ii. Makanan kering
a. Peari Gourami
b. Harlequin Rasbora
c. Bala Shark
d. Silver Marble Molly
iii. Makanan rumusan
a. Sunrise Platy
15. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
b. Angelfish
c. Tiger Barb
d. Brown Corydoras
1.9.3 Kekerapan memberikan makanan kepada ikan hiasan
Ikan hiasan perlu diberi makan tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari dan lewat
petang. Kuantiti makanan bergantung kepada jenis dan saiz ikan. Makanan
berlebihan akan mengotorkan air dan memberikan kesan buruk kepada ikan
hiasan.
Elakkan memberikan makanan terlalu banyak kepada ikan hiasan.
16. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
1.9.4 Kandungan mutu air
Kebersihan air di dalam akuarium ikan hiasan hendaklah sentiasa dijaga.
Tujuannya supaya air tidak tercemar dan membolehkan hidupan di dalamnya
boleh bernafas. Antara perkara yang perlu kamu ketahui ialah nilai pH air,
suhu air dan bahan beracun yang terkandung di dalam air.
1.9.5 Nilai pH air
Nilai pH air ialah kadar keasidan air. Nilai pH air akuarium yang paling sesuai
ialah antara 6.5 hingga 7.5. Kertas pH digunakan untuk mengukur nilai pH air.
1.9.6 Suhu air
Ikan hidup pada suhu sekitar 26˚C hingga 27˚C. Suhu yang terlalu tinggi atau
terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu bilik adalah cukup sesuai
untuk ikan hidup dengan baik.
1.9.7 Bahan beracun
Bahan beracun yang biasa wujud di dalam air ialah ammonia dan nitrat. Bahan
beracun ini terhasil daripada proses perkumuhan ikan iaitu bahan buangan urin
dan najis.
17. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
1.9.8 Pembersihan akuarium
Kerja pembersihan perlu dilakukan supaya ikan hiasan dan tumbuhan akuatik
berkeadaan baik. Yang berikut adalah langkah-langkah untuk membersihkan
akuarium:
i. Lap dinding akuarium dengan menggunakan span untuk membuang
kekotoran.
ii. Keluarkan 2/3 air daripada akuarium dengan menggunakan salur getah.
18. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
iii. Bersihkan alat penapis dan buang kotoran yang terdapat padanya.
Kemudian, keringkan alat penapis.
iv. Masukkan alat penapis dan air yang telah dinyah klorin ke dalam
akuarium.
# Pastikan kamu menutup suis lampu dan pam air sebelum melakukan
aktiviti pembersihan akuarium.
19. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
1.9.9 Penyakit ikan hiasan
Ikan hiasan yang dipelihara mudah mendapat penyakit. Antara penyakit yang
boleh menjangkiti ikan hiasan ialah penyakit bintik putih. Ikan hiasan juga
mudah dijangkiti kulat dan bakteria. Ikan hiasan mudah dijangkiti penyakit
apabila:
i. Suhu air di dalam akuarium terlalu rendah atau terlalu tinggi.
ii. Air terlalu kotor kerana tidak ditukar dalam jangka masa yang lama.
iii. Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.
a) Penyakit bintik putih
Penyakit bintik putih disebabkan oleh parasit yang melekat
pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu sejuk.
b) Jangkitan kulat
Kulat akan tumbuh pada luka di badan ikan sekiranya
tidak diberi rawatan awal. Sirip, mulut dan badan ialah bahagian pada ikan
yang sering dijangkiti kulat.
c) Jangkitan bakteria
Ikan dijangkiti bakteria disebabkan oleh mutu air yang
tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress.
20. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
Antara simptom jangkitan penyakit pada ikan hiasan ialah:
i. Bintik putih seperti gula pada badan dan sirip.
ii. Tumbuh kulat pada bahagian kulit ikan yang luka.
iii. Kulit berubah warna menjadi pudar.
iv. Sisik atau ekor mengembang.
v. Perut ikan menjadi buncit.
# Stress ialah gangguan emosi yang berlaku pada ikan hiasan yang dipelihara.
1.9.10 Mencegah dan merawat penyakit ikan
Kita perlu melakukan pencegahan awal jika ikan peliharaan mempunyai
simptom yang dinyatakan seperti mengasingkan ikan yang berpenyakit.
Seterusnya, ikan hiasan yang berpenyakit perlu dirawat.
Berikut ialah beberapa penyakit ikan hiasan dan cara pencegahannya:
Penyakit Simptom Punca Rawatan
Sirip berfungus Sirip koyak dan Air di dalam Ubat fungus
hujung berjeli akuarium kotor
Sirip berdarah Jalur merah pada Gyrodactylus Ubat parasit
sirip parasite
Fungus mulut Kapas putih Bakteria Ubat parasit
menyaluti mulut
Bintik putih Bintik seperti gula Parasit protozoa Ubat parasit
(White spot) pada badan dan
sirip
Columnaris Kapas putih Bakteria – Ubat fungus
bercambah dari Flexobacter
sirip atau badan
Sirip busuk Sirip rosak dan Fungus Ubat fungus
(Fin rot) kembang Saprolegnia
Flavo bacteria Ikan berenang Bakteria dalaman Ubat parasit
tanpa tujuan dan
menggelupur
21. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
1.9.11 Penjagaan tumbuhan akuatik
Penjagaan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ikan hiasan juga perlu
dilakukan. Penjagaan tumbuhan akuatik meliputi membaja, membekalkan
cahaya dan membekalkan karbon dioksida kepada tumbuhan akuatik. Cara
menjaga tumbuhan akuatik tersebut ialah:
i. Baja
Baja diperlukan untuk membekalkan nutrient
kepada tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambah
dari semasa ke semasa.
ii. Cahaya
Cahaya diperlukan oleh tumbuhan akuatik
untuk proses fotosintesis. Pastikan tumbuhan akuatik di dalam akuarium
mendapat sumber cahaya yang mencukupi. Gunakan lampu yang sesuai
untuk membekalkan sumber cahaya di dalam akuarium.
22. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
iii. Karbon dioksida
Tumbuhan akuatik memerlukan gas
karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintesis dan pertumbuhan
yang baik. Tumbuhan akuatik masih boleh hidup kerana gas karbon
dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan.
Beberapa peralatan khusus diperlukan semasa membekalkan gas karbon
dioksida. Antaranya ialah tangki silinder gas karbon dioksida, alat penyukat
tekanan dan alat mengawal gas karbon dioksida.
23. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
1. c) TATACARA PEROLEHAN, PERALATAN DAN BAHAN UNTUK PROJEK
MURID
1.1 Garis Panduan Menyediakan Senarai Keperluan
1. Apakah peralatan-peralatan atau bahan yang:
Sangat diperlukan?
Boleh diubahsuaikan?
Boleh dibeli dengan murah?
Boleh diganti dengan bahan-bahan terpakai dari rumah, sekolah dan persekitaran?
Boleh dibuat oleh Kelab Kemahiran Hidup sekolah?
2. Apakah jenis perkhidmatan yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar?
1.2 Pesanan dan Pembelian
Pembelian keperluan bengkel kemahiran hidup dilakukan oleh sama ada Guru Besar.
Segala urusan surat-menyurat dan tanda tangan dilakukan oleh Guru Besar.
Pertimbangan Sebelum Pembelian
1. Item tidak berada di dalam kontrak kerajaan. Pembelian melalui pembekal yang
dilantik oleh kerajaan biasanya lambat untuk dihantar ke sekolah.
24. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
2. Pembelian dalam kuantiti yang banyak atau sedikit pada sesuatu masa:
Kuantiti banyak, lebih murah
Bahan kimia, jangan beli banyak
3. Masa pembelian:
Bahan kimia yang diperlukan dalam keadaan “segar”.
Bahan kimia yang tidak tahan lama dibeli apabila stok minimum.
4. Cari pembekal yang murah:
Harga mahal dari pembekal alatan kemahiran hidup.
Beli dari syarikat yang belum terkenal.
Beli dari kedai biasa.
1.3 Prosedur Pembelian
Jika anggaran harga melebihi RM50 000 pembelian mestilah melalui cara tender.
Bagi pembelian kurang daripada RM50 000, pembelian adalah melalui sebut harga.
Pembelian melalui sebut harga merangkumi tujuh (7) langkah, iaitu:
1.3.1 Meminta Sebut Harga
Sekolah akan menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5)
pembekal meminta sebut harga.
Nyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang diperlukan.
Nyatakan tarikh tutup sebut harga.
Simpan salinan surat.
1.3.2 Pemilihan Pembekal
Pihak sekolah memilih pembekal berdasarkan sebut harga.
25. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
Kriteria utama ialah harga item. Kriteria lain ialah mutu barangan, status
pembekal serta perkhidmatan selepas jualan.
Kadang kala perlu minta sampel untuk diperiksa dahulu.
1.3.3 Borang pesanan
Ketua Unit / Ketua Panitia dikehendaki mengisi borang pesanan sebelum
membuat pesanan. Guru Besar akan meluluskan boring pesanan itu
sebelum sekolah menghantar borang pesanan kepada pembekal yang
berjaya.
Simpan salinan pesanan.
1.3.4 Surat / Nota Tanda Terima
Pembekal akan menghantar nota akuan penerimaan pesanan yang telah
dihantar oleh pihak sekolah.
Failkan bersama-sama dengan borang pesanan.
1.3.5 Nota Hantaran
Pembekal akan menghantar nota hantaran untuk menyatakan tarikh dan
masa barangan akan dihantar ke sekolah seperti yang dinyatakan dalam
borang pesanan.
Surat ini juga menyatakan jenis dan kuantiti barangan yang akan dihantar
Guru Besar akan membuat persiapan untuk menerima hantaran.
Failkan nota hantaran bersama-sama dokumen lain.
1.3.6 Penerimaan Barangan
Penerimaan barangan berlaku apabila pembekal menghantar barangan.
Tiga salinan nota hantaran akan disertakan oleh pembekal. Sebelum
menandatangani nota hantaran, sekolah memeriksa barangan yang diterima
untuk memastikan butir-butir barangan yang dibekalkan itu adalah sama
seperti spesifikasi yang dinyatakan dalam borang pesanan. Dua salinan
nota hantaran yang telah ditandatangani dikembalikan kepada pembekal.
Satu lagi disimpan oleh pihak sekolah.
26. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
Jika menerima barangan daripada kontraktor, sekolah juga perlu
menyemak barangan yang dihantar adalah sama seperti spesifikasi yang
dinyatakan dalam kontrak. Sijil Akuan Penerimaan (SAP) hendaklah
ditandatangani setelah pihak sekolah berpuas hati dengan spesifikasi
peralatan yang dihantar. Sebanyak enam (6) salinan SAP yang
ditandatangani hendaklah dikembalikan semula kepada kontraktor dalam
tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan barangan. Bagi
barang-barang yang perlu dipasang dan diujilari, Sijil Pemasangan dan
Pengujian (SPP) hendaklah ditandatangani setelah alat berkenaan diuji
dapat berfungsi dengan baik. Pihak sekolah perlu mendapatkan format
SAP dan SPP daripada syarikat kontraktor.
Sebarang kerosakan atau kekurangan kepada barangan, hendaklah diminta
ganti daripada kontraktor mengikut jumlah yang rosak atau kurang itu
dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh aduan dibuat tanpa
sebarang tambahan kos.
1.3.7 Invois
Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran
yang telah ditandatangani.
Ketua Panitia perlu menyemak invois supaya ia sesuai dengan sebut harga
yang dibuat.
Ketua Panitia juga perlu cop tarikh terima pada invois. Kemudian, invois
itu perlu dihantar ke pejabat sekolah untuk urusan pembayaran.
27. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
CARTA ALIR TATACARA PEROLEHAN PERALATAN DAN BAHAN UNTUK
PROJEK MURID
Membuat pesanan bahan berdasarkan keperluan sekolah.
Pembekal hantar bahan / peralatan yang dipesan
Semak spesifikasi dan kesempurnaan bahan yang diterima
Tidak Ya
Pulangkan kepada pembekal Cop tarikh terima pada invois / bil
Merekod dalam daftar bil
Mengklasifikasikan bahan/peralatan mengikut jenis
Merekodkan bahan/peralatan dalam buku stok
Menjalankan proses teknik bahan/peralatan
28. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
Mempamerkan senarai stok di bilik berkaitan
Merekodkan penggunaan bahan/peralatan
Membuat penyemakan stok setahun sekali
Menghantar laporan semakan stok untuk dikemaskini
dalam rekod perolehan
menghantar rekod perolehan untuk semakan dan
pengesahan Guru Besar bersama laporan semakan stok
keseluruhan
2. a) PENGURUSAN BENGKEL / MAKMAL MATA PELAJARAN KHSR DI
DALAM ASPEK PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
2.1 ORGANISASI DAN PENGURUSAN PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR, KOTA TINGGI
PENASIHAT
TUAN HJ MARWAN BIN HJ ROSDI
(GURU BESAR)
TIMBALAN PENASIHAT
PUAN HAJAH ZINAB BT HJ MANSOR
(GURU PENOLONG KANAN 1)
KETUA BIDANG
PUAN SITI NOR HAJAR BT RIDHWAN
PENGERUSI
EN. MOHD NASIR BIN BILAL KHAN
SETIAUSAHA
EN. MASNAWI BIN SELAMAT
AHLI JAWATANKUASA
EN. MOHD ZAMIRUDDIN BIN MALIK
EN. MOHD THABRANI BIN ABD HAKIM
29. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
2.2 ORGANISASI PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR, KOTA TINGGI
KETUA PANITIA
EN. MOHD NASIR BIN BILAL KHAN
PENYELARAS MATAPELAJARAN KMT
TAHUN 6
EN. MOHD NABIL BIN ZAHID
PENYELARAS MATAPELAJARAN KMT
TAHUN 5
PUAN NORMAH BT DAMANHURI
PENYELARAS MATAPELAJARAN KMT
TAHUN 4
PUAN NORISH BT KARMAN
BAHAGIAN PENGURUSAN PENYELARAS MATAPELAJARAN ERT
MAKMAL JAHITAN TAHUN 6
PUAN SITI NORMA BT AMAN PUAN SITI NORMA BT AMAN
BAHAGIAN PENGURUSAN DIRI PENYELARAS MATAPELAJARAN ERT
DAN PERPUSTAKAAN KH TAHUN 5
PUAN AYU AYUNI BT MUSA PUAN AYU AYUNI BT MUSA
PENYELARAS MATAPELAJARAN ERT
30. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
BAHAGIAN PENGURUSAN
MASAKAN
PUAN AUNY DAYANI BT MUSA
2.3 ORGANISASI PENGAWAS MURID BAGI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR, KOTA TINGGI
KETUA PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
SETIAUSAHA PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
BENDAHARI PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
KETUA BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
NAIB KETUA BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
SETIAUSAHA BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
NAIB SETIAUSAHA BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
BENDAHARI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
AJK HARIAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
BENDAHARI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
BIRO KECERIAAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
BIRO DISIPLIN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
31. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
BIRO PENGKATALOGAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
BIRO TAMAN ANGKAT KEMAHIRAN HIDUP
2.4 ORGANISASI PENGAWAS MURID BAGI BILIK MASAKAN KEMAHIRAN
HIDUP
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR, KOTA TINGGI
KETUA PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
SETIAUSAHA PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
BENDAHARI PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
KETUA BILIK MASAKAN KEMAHIRAN HIDUP
NAIB BILIK MASAKAN KEMAHIRAN HIDUP
SETIAUSAHA BILIK MASAKAN KEMAHIRAN HIDUP
NAIB SETIAUSAHA BILIK MASAKAN KEMAHIRAN HIDUP
BENDAHARI BILIK MASAKAN KEMAHIRAN HIDUP
AJK HARIAN BILIK MASAKAN KEMAHIRAN HIDUP
BENDAHARI BILIK MASAKAN KEMAHIRAN HIDUP
32. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
BIRO KECERIAAN BILIK MASAKAN KEMAHIRAN HIDUP
BIRO DISIPLIN BILIK MASAKAN KEMAHIRAN HIDUP
BIRO INVENTORI BILIK MASAKAN KEMAHIRAN HIDUP
BIRO PENGKATALOGAN BILIK MASAKAN KEMAHIRAN HIDUP
BIRO PROMOSI BILIK MASAKAN KEMAHIRAN HIDUP
2.5 ORGANISASI PENGAWAS MURID BAGI PENGURUSAN DIRI DAN
PERPUSTAKAAN (PDP) KEMAHIRAN HIDUP
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR, KOTA TINGGI
KETUA PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
SETIAUSAHA PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
BENDAHARI PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
KETUA PDP KEMAHIRAN HIDUP
NAIB KETUA PDP KEMAHIRAN HIDUP
SETIAUSAHA PDP KEMAHIRAN HIDUP
NAIB SETIAUSAHA PDP KEMAHIRAN HIDUP
BENDAHARI PDP KEMAHIRAN HIDUP
AJK HARIAN PDP KEMAHIRAN HIDUP
BENDAHARI PDP KEMAHIRAN HIDUP
BIRO KECERIAAN PDP KEMAHIRAN HIDUP
33. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
2.5 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PENGAWAS KEMAHIRAN HIDUP DI
BENGKEL, BILIK MASAKAN, PENGURUSAN DIRI DAN PERPUSTAKAAN
KEMAHIRAN HIDUP
2.5.1 KETUA PENGAWAS
Mempengerusikan setiap Mesyuarat Jawatankuasa Pengawas.
Bertanggungjawab di atas perjalanan Lembaga Pengawas.
Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh guru Panitia Kemahiran
Hidup.
2.5.2 NAIB KETUA PENGAWAS
Mempengerusikan mesyuarat jika tiada Ketua Pengawas.
Menjalankan tugas-tugas khas yang diarahkan oleh guru Panitia
Kemahiran Hidup
Menanggung bersama perjalanan Lembaga Pengawas.
2.5.3 SETIAUSAHA PENGAWAS
Menyediakan agenda dan minit mesyuarat.
Menyediakan surat menyurat.
Menyediakan Laporan Aktiviti untuk direkodkan.
34. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
2.5.4 NAIB SETIAUSAHA PENGAWAS
Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaannya.
Menyediakan agenda dan minit mesyuarat.
Menyediakan surat menyurat.
Menyediakan Laporan Aktiviti untuk direkodkan.
2.5.5 BENDAHARI PENGAWAS
Menerima wang yang dikutip daripada hasil denda, komputer dan aktiviti
yang dijalankan.
Menyerahkan wang kepada Bendahari Panitia.
Menyediakan Laporan Kewangan mengikut bahagian masing-masing.
2.5.6 AJK HARIAN
Memastikan bilik bahagian pengawasan masing-masing yang bertugas
dibawahnya melaksanakan semua tugas yang diberi.
Mencatat kedatangan Pengawas.
Menyediakan Laporan Kehadiran Pengawas.
2.5.7 BIRO KECERIAAN
Memastikan suasana bilik atau bengkel sentiasa bersih dan ceria.
Menghias dan menyediakan Sudut Pameran.
Memberi idea atau pandangan untuk menceriakan bilik atau bengkel.
2.5.8 BIRO DISIPLIN
Memastikan Pengawas berdisiplin.
Menyediakan Fail Disiplin.
Mengedarkan surat amaran pertama, kedua dan ketiga.
Menyediakan Laporan Disiplin kepada guru Panitia Kemahiran Hidup.
2.5.9 BIRO INVENTORI
Merekod peralatan yang terdapat di bilik atau di bengkel.
Mengeluarkna peralatan yang diperlukan kepada AJK Harian.
35. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
Menyemak inventori peralatan dan perabot pada akhir tahun.
2.6.0 BIRO PENGKATALOGAN
Mengadakan latihan atau kursus dalaman yang diperlukan oleh Pengawas
bilik atau bengkel Kemahiran Hidup.
Membantu guru apabila ada kursus dalaman.
Menyedialan laporan bagi setiap kursus yang dijalankan.
2.6.1 BIRO PROMOSI
Mempromosikan peralatan-peralatan atau mesin-mesin baru.
Mempamerkan peralatan-peralatan atau mesin-mesin baru.
Menyediakan bahan-bahan promosi untuk setiap aktiviti Pengawas.
Mengambil gambar bagi setiap aktiviti bagi tujuan dokumentasi.
2.6.2 BIRO TAMAN / KEBUN ANGKAT
Menyediakan saranan untuk meningkatkan keceriaan Taman / Kebun
Angkat Kemahiran Hidup.
Menyediakan senarai ahli serta Jadual Tugas.
Memastikan Taman / Kebun Angkat Kemahiran Hidup sentiasa terjaga,
cantik dan bersih.
36. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
2. b) I) PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL KEMAHIRAN HIDUP
Para pelajar memang seronok menjalankan aktiviti makmal, terutamanya projek.
Namun demikian, mereka mestilah menyedari tentang kemungkinan berlakunya kemalangan
jika langkah-langkah keselamatan tidak dipatuhi. Oleh yang demikian, guru
bertanggungjawab menerangkan kepada pelajar tentang aspek keselamatan dan langkah-
langkah keselamatan serta memastikan setiap pengguna makmal kemahiran hidup mematuhi
peraturan dan langkah-langkah keselamatan.
2.1 Peraturan am penggunaan dan keselamatan bengkel kemahiran hidup
1. Masuk setelah mendapat kebenaran dan arahan daripada guru
2. Sentiasa patuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja di bengkel.
3. Letakkan beg di luar bengkel atau di tempat yang dikhaskan.
4. Pakai pakaian yang sesuai dan memakai kasut getah
5. Pemakaian apron yang betul. Bagi murid lelaki, tali leher perlu dimasukkan ke dalam
apron. Lengan baju yang panjang hendaklah dilipat kemas.
6. Bagi murid perempuan, rambut yang panjang hendaklah diikat. Bagi yang bertudung,
pastikan tudung dipakai dengan kemas.
7. Rambut mestilah pendek dan kemas.
8. Jangan berlari dan bermain di dalam bengkel
37. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
9. Jangan menyentuh alatan dan mesin tanpa mendapat kebenaran dan penyeliaan
daripada guru
10. Duduk dan bekerja ditempat yang telah ditetapkan
11. Tumpukan perhatian terhadap kerja yang dibuat.
12. Bekerja dengan teratur dan sistematik.
13. Simpan semua alatan di tempat yang dikhaskan.
14. Bersihkan alatan dan bengkel setelah selesai membuat kerja.
15. Jika berlaku kemalangan atau kecederaan , segera beritahu guru yang berkenaan
16. Pastikan bengkel dalam keadaan selamat dan selesa ketika penggunaannya dan bersih
serta kemas sebelum meninggalkannya.
17. Tangan perlu dibasuh dengan betul setelah selesai kerja di bengkel.
18. Tutup semua suis sebelum meninggalkan bengkel.
Pakai pakaian yang sesuai dan kasut getah
2.2 Keselamatan di bengkel kemahiran hidup
1. Bengkel haruslah memberikan keutamaan kepada keselamatan.
2. Pengguna bengkel mestilah selamat sebelum menggunakan , semasa menggunakan
dan selepas menggunakan bengkel dan segala peralatan di bengkel
3. Guru dan pelajar mestilah tahu bagaimana bertindak apabila berlaku
I. Kecederaan dan kemalangan
II. Kejutan elektrik
III. Kebakaran
4. Bengkel perlu ada peti kecemasan yang mengandundi ubat luka dan sapuan untuk
lecur serta kain balutan untuk kecederaan ringan.
38. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
5. Jika berlaku kecederaan yang serius dan teruk hendakan dilaporkan kepada guru
bertugas dan terus dirujuk kepada hospital yang terdekat
6. Bengkel juga mesti mempunyai alat pencecah kebakaran yang berfungsi disetiap
bengkel. Alat pencegah kebakaran mestilah digantung ditempat mudah dilihat dan
mudah dicapai.
7. Jika berlaku kebakaran besar hendaklah keluar dengan segera mengikut pelan
kecemasan kebakaran dan memanggil bomba melalui talian kecemasan 999
8. Jika berlaku sebarang kejutan elektrik, hendaklah dimatikan suis utama terlebih
dahulu atau menekan suis keselamatan bengkel
9. Jangan sentuh mangsa kejutan dengan tangan, gunakan kayu kering untuk mengalih
mangsa daripada benda atau wayar yang menjadi punca kejutan elektrik
2.3 Keselamatan alatan dan bahan
1. Penggunaan bahan dan peralatan perlu mendapat bimbingan daripada guru sebelum
murid boleh menggunakannya.
2. Penggunaan peralatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara
peralatan daripada cepat rosak.
3. Perancangan penggunaan peralalatan dan bahan dengan teliti sebelum memulakan
sesuatu projek.
4. Peralatan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai
penggunaannya.
5. Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu menepati
piawaian keselamatan yang terbaik oleh guru.
6. Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel KH.
2.4 Peraturan am penggunaan dan keselamatan elektrik
39. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
1. Jangan gunakan plag atau soket yang pecah dan rosak
2. Jangan membuat sambungan yang banyak daripada satu punca
3. Jangan cuba menyentuh wayar hidup yang tidak bertebat
40. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
4. Jangan cuba menggantikan dawai fius dengan sebarang dawai atau logam
5. Jangan menggunakan kabel yang pecah atau sudah terlalu lama.
6. Hendaklah utamakan KESELAMATAN DIRI, KESELAMATAN
MAKMAL/BENGKEL dan KESELAMATAN PERALATAN.
Pamerkan slogan UTAMAKAN KESELAMATAN agar selalu dapat mengingatkan
guru-guru dan pelajar-pelajar sepanjang berada dan melakukan aktiviti di
makmal/bengkel.
UTAMAKAN
41. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
KESELAMATAN
2.5 Alat bantuan Kebakaran
1. Alat pemadam api yang barfungsi dengan baik perlu sebagi persediaan sekiranya
terjadi kebakaran yang kecil di bengkel.
2. Terdapat perbezaan bagi bahan alat pemadam api bagi memadam punca kebakaran
yang berlainan.
3. Terdapat label pada alat pemadam api bagi menentukan jenis bahannya.
Label Alat Pemadam
Bahan & Punca Kebakaran
Api
Air / bagi punca kebakaran kayu, sampah
A
dan plastic
ABC debu kering / bagi semua jenis kebakaran
Gambar Alat Pemadam Api
2.6 Pelupusan sisa buangan dari bengkel Kemahiran Hidup
1. Bahan-bahan lebihan daripada aktiviti kerja murid seperti kayu, plastik, kertas, kaca
dan sisa logam perlu diuruskan dengan baik.
2. Pengurusan sisa buangan yang baik mampu mengelakkan berlakunya pencemaran
alam sekitar.
42. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
3. Amalan terbaik ialah dengan mewujudkan bekas tong sampah yang berasingan untuk
jenis bahan sisa buangan mengikut kategori masing-masing seperti kayu, kaca dan
plastik.
4. Bahan buangan tersebut perlu diangkut oleh pihak berkuasa berkaitan untuk urusan
pelupusan ataupun projek kitar semula bahan.
5. Jangan sesekali melakukan pembakaran terbuka bagi melupuskan sisa buangan.
2. b) II) RAWATAN KECEMASAN
Pengetahuan tentang rawatan kecemasan sangat penting dalam langkah memberi rawatan
awal sebelum mangsa mendapat rawatan profesional. Empat perkara asas dalam rawatan
kecemasan ialah:
Amalkan langkah keselamatan
Jangan cemas
Tahu punca kemalangan
Tahu bagaimana memberi rawatan awal
2.1 Jenis dan punca kemalangan
43. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
JENIS PUNCA
LITAR PINTAS
KEBAKARAN
UNSUR-UNSUR LOGAM AKTIF
BAHAN KIMIA
KERACUNAN
GAS
ALATAN KACA
LUKA
PERALATAN KEMAHIRAN HIDUP
ALAT ELEKTRIK
PENDAWAIAN
KEJUTAN
PUNCA KUASA
PALAM
Pengetahuan tentang jenis dan punca kemalangan yang berlaku di dalam makmal dapat
membantu guru mengenal pasti langkah dan cara rawatan yang bersesuaian.
2.2 Prosedur pertolongan cemas
2.2.1 Terbakar
Mengurangkan haba
Mengurangkan kesakitan
Mengurangkan bengkak
Memastikan mangsa mendapat cukup minuman
Mententeramkan mangsa
Mengurangkan kejutan
2.2.2 Kaedah rawatan kebakaran
1. API
a. Jangan tanggalkan pakaian terbakar yang kering atau pakaian kering yang
melekat pada luka terbakar.
b. Rendamkan bahagian yang terbakar di dalam air sejuk (ais) dengan segera
selama sekurang-kurangnya 10 minit.
44. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
Jika bahagian yang terbakar agak besar, tutup bahagian itu dengan kain
berlipat yang bersih atau tuala yang telah direndam di dalam air sejuk.
Lagi baik jika dibalut dengan pembalut yang steril untuk mengelakkan
infeksi.
c. Dapatkan rawatan profesional.
2. BAHAN KIMIA
a. Tanggalkan pakaian yang terkena bahan kimia yang menghakis dengan
segera. Basuh dengan air yang mengalir selama 15 minit.
b. Dapatkan rawatan profesional. Jika melecur ringan, beri rawatan awal.
2.2.3 Kaedah rawatan kecederaan ringan
1. LUKA
a. Buang kekotoran atau kaca, tetapi jangan cungkil apa-apa yang terbenam
di dalam luka.
b. Basuh dengan air.
c. Tekan luka dengan kuat dengan menggunakan kain bersih. Jika luka
terbuka luas, pegang kedua-dua pinggirnya dengan kuat. Jika terdapat
benda asing di dalam luka, lakukan tekanan di sekeliling luka dan bukan di
atas luka tersebut. Kekalkan tekanan ini.
d. Gunakan pembalut yang bersih dan steril untuk membalut.
e. Dapatkan rawatan doktor dengan segera. Suntikan antiteta diberikan jika
perlu.
2. PATAH
a. Beritahu mangsa supaya tidak bergerak sehinggalah anda memastikan
bahagian yang terlibat tidak dapat digerakkan lagi, melainkan jika mangsa
berada dalam keadaan bahaya seperti terdapatnya asap atau kebakaran.
45. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
Jika anda terpaksa mengalihkannya, berhati-hatilah supaya anda tidak
menambah kesakitannya.
b. Balut anggota yang cedera. Betulkan dan sokong anggota yang patah
dengan memegangnya dengan sebelah tangan dibahagian atas tempat yang
patah dan sebelah lagi tangan dibahagian bawah tempat itu. Terus pegang
sehinggalah mangsa tidak dapat digerakkan lagi.
c. Semasa membalut anggota tersebut, anda hendaklah memastikan yang
sendi atas dan bawah tempat yang patah tidak dapat digerakkan lagi,
misalnya sendi lutut dan pergelangan kaki dalam kes kepatahan pada
bawah kaki.
d. Ikat balutan kuat-kuat untuk menghalang pergerakan, tetapi tidaklah
terlalu kuat sehingga menghalang sistem peredaran udara anggota tersebut.
e. Selepas memastikan anggota yang terlibat tidak dapat digerakkan lagi,
sedapat yang mungkin, tinggikan bahagian yang tersebut untuk
mengurangkan pendarahan dan pembengkakan.
f.
46. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
2. c) SISTEM PENYIMPANAN STOK
Penyimpanan bahan merupakan satu proses di dalam memastikan bahan-bahan yang
dikenali stok atau aset berada dalam keadaan yang teratur dan selamat
2.1 Empat Kaedah Penyimpanan
a) Menggunakan ruang simpanan secara ekonomik
b) Menyusun dengan cara teratur
c) Menyusun agar tidak menghalang kerja-kerja pemunggahan
d) Menyusun bagi memudahkan pengeluaran mengikut sistem
# Stok yang disimpan perlu dijangka kekerapan penggunaannya kembali bagi
menganggar masa pengeluarannya.
2.2 Sistem Letakan Stok
2.2.1 Letakan stok tetap
Pengeluaran stok adalah jarang, mengikut keperluan.
47. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
2.2.2 Letakan stok rambang
Pengeluaran stok adalah kerap
2.3 Peraturan Am Penstoran
Ruang stor dibahagikan kepada beberapa seksyen seperti seksyen elektrik,
mekanikal, alat ganti, peralatan, bahan kimia, alat tulis dan sebagainya.
Diberi tanda pengenalan dengan menggunakan susunan abjad atau nombor
atau kedua-duanya sekali. Setiap para yang melintang diberi satu huruf dan
setiap jalur kotak (tegak) diberi satu nombor.
Contoh: Pensil 2B terletak di Seksyen A, rak nombor 1, para B dan kota
nombor 2. Lokasi Pensil 2B ialah A-1B2.
2.4 Jenis Stor
Di sekolah, terdapat dua jenis stor, iaitu stor utama dan stor agihan.
STOR UTAMA STOR AGIHAN
Menyimpan semua peralatan dan Di setiap bengkel / bilik Kemahiran
bahan pengajaran Kemahiran Hidup. Hidup.
Bahan / peralatan dari stor ini tidak Agihan / pengeluaran bahan /
diagihkan kepada individu. peralatan kepada pelajar di bengkel /
Bahan / peralatan diagihkan kepada bilik berkenaan.
stor di setiap bengkel atau bilik
Kemahiran Hidup.
2.5 Ciri-Ciri Stor Utama
Biasanya di bahagian belakang bangunan, di tingkat bawah untuk
memudahkan penghantaran bahan / peralatan.
Cukup besar dan ada ruang untuk pergerakan troli.
Pencahayaan yang baik. Sumber cahaya dari atas. Cukup cahaya di lorong,
antara lorong dan antara rak.
48. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
2.6 Sistem Penyimpanan Bahan Di Dalam Stor
Di stor dan bengkel, terdapat ruang-ruang simpanan, iaitu laci, almari, kabinet, rak
dan sebagainya. Setiap ruang mestilah dilabel mengikut apa yang disimpan padanya.
Selain label, ruang simpanan diberi kod yang sesuai supaya mudah mencari bahan
atau peralatan semasa pemeriksaan stok.
Cara ini memudahkan pemeriksaan stok dan pencarian bahan atau peralatan. Kad-
kad stok biasanya disimpan mengikut abjad dan mengandungi maklumat tentang
setiap item dalam bentuk kod.
Jenis dan ragam kod yang digunakan hendaklah mudah dan tidak mengelirukan.
Pastikan setiap item yang diambil dikembalikan ke tempat asalnya.
2.7 Dokumen-Dokumen Penting Di Dalam Bengkel
Difailkan dengan rapid an disimpan dalam kabinet yang berkunci.
Hanya kakitangan / guru Kemahiran Hidup boleh melihat dokumen. Orang
lain mesti terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Ketua Bidang / Ketua
Panitia.
Jangan dibawa keluar dari bengkel.
49. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
Antara dokumen penting yang disimpan di dalam makmal ialah Sebut Harga, Nota
Pesanan, Nota Perakuan, Nota Hantaran, Invois, Manual Arahan, Katalog, Risalah
dan Kad-Kad Stok.
Kad-Kad Stok
Dokumen terpenting kerana mengandungi maklumat tentang setiap item yang
disimpan di dalam stor.
Mesti mengandungi maklumat secukupnya tentang setiap item, untuk
memudahkan pemeriksaan stok.
Disusun mengikut abjad. Kad-kad stok bahan kimia (iaitu item-item pakai
habis) dipisahkan dari kad-kad stok peralatan (item-item tahan lama).
2.8 Penyimpanan Bahan Atau Peralatan
A) Cara menyimpan bahan-bahan kimia
Bahan-bahan kimia (sama ada organik ataupun tidak organik) hendaklah
dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia yang
beracun, higroskopik, mudah terbakar, menghakis dan sebagainya.
Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama.
Gunakan stok yang lama dahulu.
Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang.
Simpan stok baru dibelakang stok yang lama pada rak.
i) Bahan kimia tidak organik
Simpan berasingan daripada bahan kimia organik.
Label pada botol mengikut nama logam.
Botol-botol bahan kimia tidak organik disusun mengikut abjad di
dalam almari bertutup.
Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi
habuk.
50. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
Disimpan mengikut nama logam.
ii)Bahan kimia organik
Disimpan mengikut abjad ditempat yang berasingan dari bahan-bahan
lain.
Banyak bahan kimia organik adalah cecair yang meruap, beracun dan
mudah terbakar. Oleh itu, bilik stor mestilah mempunyai pengudaraan
yang baik dan penggunaan api dilarang.
iii) Bahan kimia cecair yang menghakis
Asid dan alkali pekat sangat menghakis. Jangan letak di atas rak yang
tinggi. Sebaliknya, letak diatas lantai atau rak-rak yang hampir dengan
lantai.
iv) Logam alkali
Sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan udara.
Disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika hendak dikeluarkan,
gunakan penyepit dan potong dengan pisau yang tajam. Jangan sentuh
dengan tangan.
B) Cara menyimpan peralatan
i) Bahan kaca
Disimpan mengikut saiz. Jangan disimpan terlalu tinggi atau bersama-
sama benda yang berat atau logam.
Alat yang mahal hendaklah disimpan dalam bungkusan dan kotak asal.
Labelkan kotak dengan jelas.
Bahan-bahan kaca disimpan mengikut saiz dan jenis
ii)Bahan / peralatan plastik
Jauhkan dari punca panas.
51. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
Jangan disimpan dengan atau bersama-sama alat yang berat.
iii) Bahan-bahan logam
Disimpan bersama dan perlu diperiksa dari semasa ke semasa.
iv) Bahan bantu mengajar
Disimpan dalam almari “bertingkap” cermin.
Carta – ditutup dengan helaian plastik lutsinar.
v) Pelbagai item kecil
Contoh : Mancis, gabus, paku, nat dan skru.
Disimpan dalam kotak kayu yang mempunyai banyak petak kecil.
vi) Model-model yang besar
Diletakkan di atas meja-meja yang khusus dan ditutup dengan plastik
untuk mengelak debu.
2. d) PENYENGGARAAN MESIN DAN PERALATAN
2.1 PENYENGGARAAN MESIN JAHIT
1. Meminyakkan mesin
Antara bahagian yang perlu diminyakkan
52. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
Tujuan meminyakkan mesin jahit ialah:
i. Mencegah bahagian-bahagian mesin daripada berkarat
ii. Melicinkan bahagian-bahagian yang bergerak dan mengurangkan geseran
2. Menggantikan jarum
i. Jarum perlu digantikan sekiranya
a. tumpul
b. patah
ii. Longgarkan skru yang memegang jarum
3. Mengeluarkan jarum yang patah
i. Keluarkan jarum yang tidak diperlukan lagi
ii. Gantikan dan masukkan jarum yang baru
iii. Ketatkan semula pemegang jarum
4. Jahitan bermasalah
i. Mata jahitan longgar
Jarum tidak dipasang dengan betul - Betulkan pemasangan jarum
Gelengdung tidak dipasangkan dengan betul dalam sekoci - Betulkan
pemasangan gelendung
Benang atas longgar - tegangkan benang diceper penegang benang
53. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
ii. Kelim berkedut
iii. Benang bawah berkedut/berserabut
iv. Mata jahitan melangkau
2.2 PENYENGGARAAN PILI
1. Menggantikan pelompat
o Pelompat perlu digantikan baru apabila air di dapati menitik berterusan
walaupun pili telah ditutup
2. Menukar kepala pili
o Kepala pili perlu digantikan apabila
pili tidak dapat dikunci dengan ketat
54. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
air terus keluar daripada bahagian nat pili dan hujung bibir
55. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
SUMBER RUJUKAN
A.R.Aishah, I.Faizah & K.Daud (2006). Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Tahun 5.
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Angkatan Edaran Ent. Sdn Bhd.
A.Zulkafli, S.Jasmani, P.Hamizan, I.Kamarun & T.Norizah (Nov, 2007). HBLS1103,
Pengenalan Pendidikan Kemahiran Hidup. Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
Meteor Doc.Sdn Bhd.
I.A.Zainal, M.S.M.Rahim & I.Rahimah (2005). Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan
Tahun 4. Hulu Kelang, Selangor Darul Ehsan. Dawama Sdn Bhd.
M.S.M.Rahim & I.Rahimah (2006). Rujukan Total Kemahiran Hidup Tahun 4. Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan. Sasbadi Sdn Bhd.
M.S.M.Rahim & I.Rahimah (2009). ProB.L.A.Kemahiran Hidup Tahun 4. Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan. Sasbadi Sdn Bhd.
http://www.scribd.com/doc/10503999/Penyimpanan-Bahan
http://www.scribd.com/doc/11874609/Panduan-Kecemasan
http://www.scribd.com/doc/3041496/PELAKSANAAN-KEMAHIRAN-HIDUP-SEKOLAH-
RENDAH
http://www.scribd.com/doc/3043847/Ikan-Hiasan-2
http://www.scribd.com/doc/6460387/KAEDAH-MENGHIAS-AKUARIUM
http://o-fish.com/Akuarium/tema_1.php
56. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
ISI KANDUNGAN
1. SEKAPUR SIREH
2. PELAN TINDAKAN
1.a) PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA
KONTEKSTUAL
1.1 Definisi
1.2 Konsep Pembelajaran Kontekstual
1.3 Ciri-Ciri Pengajaran Kontekstual
1.4 Faedah Pembelajaran Kontekstual
1.5 Keperluan Strategi
1.b) PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
BAGI PROJEK IKAN HIASAN
1.1 Penyediaan Bekas / Akuarium
1.2 Pemilihan Bekas / Akuarium
1.3 Memilih Ikan Hiasan
1.4 Memilih Tumbuhan Akuatik Dan Tumbuhan Tiruan
1.5 Jenis-Jenis Tumbuhan Akuatik
1.6 Menyediakan Dan Menghias Akuarium Ikan Hiasan
1.7 Memasukkan Ikan Hiasan Ke Dalam Akuarium
1.8 Kos Penyediaan Bekas / Akuarium
1.9 Pengurusan Dan Penyenggaraannya
57. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
1.c) TATACARA PEROLEHAN, PERALATAN DAN BAHAN UNTUK PROJEK
MURID
1.1 Garis Panduan Menyediakan Senarai Keperluan
1.2 Pesanan Dan Pembelian
1.3 Prosedur Pembelian
2.a) PENGURUSAN BENGKEL / MAKMAL MATA PELAJARAN KHSR DI DALAM
ASPEK PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
2.1 Organisasi Dan Pengurusan Panitia Kemahiran Hidup
2.2 Organisasi Panitia Kemahiran Hidup
2.3 Organisasi Pengawas Murid Bagi Bengkel Kemahiran Hidup
2.4 Organisasi Pengawas Murid Bagi Bilik Masakan Kemahiran Hidup
2.5 Organisasi Pengawas Murid Bagi Pengurusan Diri Dan Perpustakaan (PDP)
Kemahiran Hidup
2.b) I) PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL KEMAHIRAN HIDUP
2.1 Peraturan Am Penggunaan Dan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup
2.2 Keselamatan Di Bengkel Kemahiran Hidup
2.3 Keselamatan Alatan Dan Bahan
2.4 Peraturan Am Penggunaan Dan Keselamatan Elektrik
2.5 Alat Bantuan Kebakaran
2.6 Pelupusan Sisa Buangan Dari Bengkel Kemahiran Hidup
58. ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
(770218-01-5450)
2.b) II) RAWATAN KECEMASAN
2.1 Jenis Dan Punca Kemalangan
2.2 Prosedur Pertolongan Cemas
2.c) SISTEM PENYIMPANAN STOK
2.1 Empat Kaedah Penyimpanan
2.2 Sistem Letakan Stok
2.3 Peraturan Am Penstoran
2.4 Jenis Stor
2.5 Ciri-Ciri Stor Utama
2.6 Sistem Penyimpanan Bahan Di Dalam Stor
2.7 Dokumen-Dokumen Penting Di Dalam Bengkel
2.8 Penyimpanan Bahan Atau Peralatan
2.d) PENYENGGARAAN MESIN DAN PERALATAN
2.1 Penyenggaraan Mesin Jahit
2.2 Penyenggaraan Pili
3. SUMBER RUJUKAN
4. LAMPIRAN