SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Perancangan dan pengurusan bengkel.




Pengenalan

       Pengurusan bengkel melibatkan perancangan dan pengendalian bengkel yang
meliputi proses-proses menyediakan kemudahan asas, penyusunan ruang untuk peralatan
utama, penyusunan perabot di dalam ruang kerja, kedudukan stor, laluan keselamatan dan
penggunaan warna di dalam bengkel. Pengurusan bengkel juga melibatkan pengurusan
alatan dan bahan yang meliputi pengurusan, pemilihan dan kawalan alatan (perancangan
pembelian alat, pemilihan alatan dan kelengkapan, spesifikasi alatan; kaedah penyusunan
dan penyimpanan alat; dan kawalan alatan). Pengurusan bengkel memerlukan guru-guru
yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam hal pengurusan bengkel supaya kerja-
kerja penyelenggaraan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

       Pengurusan bengkel yang sistematik amat diperlukan bagi memastikan kelancaran
perjalanan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini akan
menyebabkan beban guru kemahiran Kemahiran Hidup Bersepadu bertambah. Di samping
itu juga, pengurusan bengkel merupakan satu bidang yang perlu ditekankan kerana aktiviti-
aktiviti pengurusan boleh mempengaruhi hasil kerja dan kepuasan kepada perlaksanaan
program dan pengguna.

       Bengkel kemahiran hidup terbahagi kepada tiga bengkel utama iaitu bengkel
kemahiran manipulatif, bengkel pertanian dan bengkel ekonomi rumah tangga. Di antara
ketiga-tiga bengkel ini, bengkel kemahiran manipulatif yang paling banyak komponen dan
paling sukar penyenggaraannya kerana ia mempunyai pelbagai alatan, bahan dan mesin. Di
samping itu, bengkel kemahiran manipulatif turut dipecahkan kepada empat jenis bengkel
iaitu bengkel kerja kayu dan logam, bengkel kerja paip asas, bengkel elektrik dan elektronik
serta bengkel enjin (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).

       Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam perancangan dan
pengurusan bengkel ini. Antara aspek – aspek tersebut ialah :-

            Ruang
            Susun atur
            Keselamatan
            Tugas pelajar
            Organisasi stor
            Penyenggaraan Bengkel
1. Ruang
           Saiz bengkel adalah bergantung kepada jenis kerja yang akan dilakukan di
  dalamnya. Keluasan bengkel yang sesuai ialah 20 meter x 25 meter. Antara ciri-ciri
  keluasan bengkel yang sesuai ialah :-
               Boleh menampung bilangan pelajar seramai 20 orang atau lebih
               Membolehkan seseorang bergerak dengan bebas di dalamnya
               Lantai mestilah diperbuat dari bahan tahan lasak, mudah dibersihkan
                 dan tidak menampung habuk serta tidak licin
               Mempunyai tingkap yang besar untuk membenarkan cahaya masuk
                 sebanyak mungkin serta pengudaraan yang bebas
               Mempunyai pintu yang besar bagi memudahkan jalan keluar semasa
                 kecemasan
               Mempunyai mejakerja yang tahan lasak berukuran di antara 1.2M x
                 1.5M dan tinggi 0.9M
               Mempunyai bekalan asas seperti bekalan elektrik bagi pencahayaan
                 dan soket kuasa serta bekalan air siap dengan pili dan singki bagi
                 pencucian
               Ada sebuah stor atau bilik bagi menyimpan bahan-bahan, alatan dan
                 projek


2. Susunatur

           Susun atur bengkel perlu kemas dan lengkap supaya kerja-kerja dapat
  dilakukan dengan sempurna dan mengelakkan daripada berlakunya kemalangan dan
  kerosakkan harta benda. Susun atur bengkel yang baik adalah seperti :-

               Rak-rak dan panel alatan dan kelengkapan mudah digunakan
               Rak-rak simpanan bahan binaan projek boleh menempatkan dengan
                 baik
               Rak-rak bahan bantu mengajar yang kemaskini dan pelbagai
               Memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan


3. Keselamatan
           “UTAMAKAN KESELAMATAN” sebagai teras amalan bagi memastikan kerja-
  kerja di bengkel dapat dilakukan dengan lancer dan selamat. Aspek keselamatan
  yang dititikberatkan ialah :-
                 Menyediakan bahan perlindungan dan pakaian kerja bagi melindungi
                 badan
Mengadakan alat pemadam api yang berfungsi
                   Menyediakan peti pertolongan cemas dan tempat rawatan
                   Memaparkan nombor telefon panggilan kecemasan seperti Bomba,
                   Ambulan, Polis dan lain-lain


4. Tugas Pelajar
           Para pelajar akan dilantik untuk memegang beberapa jawatan penting di
   dalam bengkel. Antara jawatan yang dipegang oleh pelajar ialah ketua formen, ketua
   kebersihan, ketua alatan, ketua projek dan ketua keselamatan. Deskripsi tugas bagi
   setiap jawatan adalah seperti berikut :-
     i.    Ketua formen
                  Bertindak sebagai Ketua Kelas dan bertanggungjawab terus kepada
                   guru Kemahiran Hidup
                  Memastikan semua penolong-penolong di bawahnya menjalankan
                   tugas-tugas yang telah ditetapkan
                  Melaporkan kepada guru berkenaan kejadian seperti kemalangan,
                   alat-alat yang rosak atau hilang
     ii.   Ketua Kebersihan
                  Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya empat atau
                   lima orang bagi membersihkan tempat kerja, menyapu lantai dan
                   membuang sampah dari tong sampah
                  Memastikan lantai bersih dari tumpahan minyak atau bendalir
                  Melaporkan kepada Ketua Formen berkenaan kerja-kerja pemberihan
                   yang dibuat
    iii.   Ketua Alatan
                  Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya mengagihkan
                   alatan kepada pelajar-pelajar
                  Memungut semula alatan dan meletakkannya pad arak panel alatan
                  Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat alatan yang rosak,
                   patah ataupun hilang
    iv.    Ketua Projek
                  Bertanggungjawab       untuk    bersama-sama   pembantunya    bagi
                   mengedarkan bahan projek kepada pelajar-pelajar semasa kelas
                   dimulakan
   Memungut semula projek terutama yang masih belum siap dan
                   dimasukkan semula ke dalam rak projek/ almari/ tempat penyimpanan
                   projek belum siap
                  Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat projek yang rosak,
                   pecah ataupun yang hilang
    v.      Ketua Keselamatan
                  Bertanggungjawab          untuk    bersama-sama    pembantunya     bagi
                   memastikan bengkel dalam keadaan selamat
                  Memastikan semua tingkap ditutup, pintu dikunci, suis lampu dan
                   kipas ditutup, plag kuasa dimatikan dan ditanggalkan dari soket
                  Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat tingkap yang pecah,
                   kunci pintu yang rosak atau terdapat suis, kabel elektrik yang putus
                   atau tanggal dari peralatan atau mesin elektrik
                  Memastikan pili air ditutup ketat




5. Organisasi Stor
            Organisasi stor terdiri dari lima bahagian iaitu bahagian kawalan stok,
   bahagian     legar/   lejar,   bahagian    penstoran,   bahagian   pembungkusan    dan
   penghantaran serta bahagian akaun.
         a. Bahagian Kawalan Stok
                Bahagian ini bertanggungjawab ke atas perancangan dan organisasi
                   stok seperti :-
                         o   Menentukan barang dikeluarkan secara teratur dan betul
                         o   Menentukan kuantiti barang yang akan dikeluarkan
                         o   Menentukan kod borang
                         o   Menyediakan dan mengemaskini katalog
                         o   Menguruskan pembelian barang
         b. Bahagian Legar/ Lejar
                Bahagian ini bertanggungjawab dalam :-
                         o   Mencatit kad-kad lejar
                         o   Mencatit harga ke atas Baucer Pemesanan – Pengeluaran
                             Barang-barang
         c. Bahagian Penstoran
                Bahagian         ini   bertanggungjawab   untuk   menerima,   menyimpan,
                   mengeluar, mengangkut barang-barang dan lain-lain
d. Bahagian Pembungkusan dan Penghantaran
             Bahagian ini bertanggungjawab membungkus barang-barang dan
                menghantarnya ke destinasi berkenaan
     e. Bahagian Akaun
             Bahagian ini bertanggungjawab ke atas segala hal ehwal dan
                kewangan stor
6. Penyenggaraan Bengkel


  Definisi Penyelenggaraan
  Penyelenggaraan bengkel boleh didefinasikan sebagai menjalankan kerja-kerja
  merancang dan mengurus aktiviti penyenggaraan.


  Definisi Penyenggaraan
  Penyenggaraan boleh ditakrifkan sebagai melakukan aktiviti menjaga atau menservis
  sesuatu perkakasan, alatan, mesin mudah alih, perabot atau bangunan supaya
  sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna.


  Proses penyenggaraan bengkel boleh dikelaskan kepada dua bahagian utama iaitu
  jenis-jenis senggaraan dan langkah-langkah kawalan senggaraan.


  Jenis-jenis Senggaraan


    I.   Senggaraan Kawalan
                Senggaraan yang paling berkesan kerana senggaraan ini dilakukan
         sebelum peralatan, mesin dan bangunan menjadi rosak. Ia dilakukan secara
         berterusan dari semasa ke semasa mengikut jadual senggaraan yang telah
         ditetapkan. Senggaraan ini lebih mahal untuk dilakukan kerana kerja
         senggaraan yang berterusan tetapi untuk jangka masa panjang, cara ini
         menguntungkan kerana kerosakan yang besar dapat dielakkan.
                Senggaraan kawalan meliputi :-
                   o   Reka bentuk dan pemasangan yang sesuai untuk peralatan
                       yang digunakan
                   o   Pemeriksaan    logi   dan   alatan   mengikut   jadual   untuk
                       mengelakkan kerosakkan daripada berlaku
                   o   Membuat servis, baik pulih dan penjagaan alatan supaya
                       sentiasa sempurna
o   Pelinciran yang sempurna dan mencukupi serta pembersihan
                       dan perlindungan seperti mengecat peralatan dan bangunan


  II.   Senggaraan Pembetulan
               Senggaraan jenis ini hanya dilakukan selepas sesuatu peralatan itu
        rosak. Kerja-kerja senggaraan ini tidak akan dilakukan selagi tiada kerosakan
        yang berlaku. Biasanya senggaraan ini dilakukan ke atas peralatan yang kecil
        dan yang tidak digunakan terlalu kerap. Walaupun kos senggaraan jangka
        pendek adalah rendah, namun untuk jangka masa panjang ia mungkin
        menjadi terlalu tinggi.


 III.   Senggaraan Ramalan
               Senggaraan ramalan menjalankan kerja-kerja senggaraan mengikut
        jangkaan kerosakan. Biasanya peralatan seperti alat penganalisis gegaran
        dan amplitude, tolok audio, alat optik, tolok tekanan dan suhu serta tolok
        rintangan digunakan untuk meramal kemungkinan berlakunya kerosakan.
               Senggaraan ini banyak dilakukan dalam industry yang melibatkan
        penggunaan alatan elektronik seperti computer kerana :-
                    Peralatan yang digunakan mempunyai bahagian yang kecil
                       dan rumit untuk disenggara setiap hari
                    Bahagian-bahagian pada alatan elektronik tidak membolehkan
                       kerja-kerja servis dilakukan




Langkah-langkah Kawalan Senggaraan

        Keberkesanan sistem senggaraan bergantung kepada kerja-kerja merekod
aktiviti senggaraan. Sistem rekod yang baik akan menjamin kerja-kerja senggaraan
yang lebih berkesan. Antara langkah-langkah yang diambil sebelum sesuatu kerja
senggaraan dijalankan ialah :-

               Arahan kerja
               Jadual kerja
               Kos senggaraan
               Belanjawan
               Rekod alatan
1) Arahan kerja
          Mandur akan memaklumkan tentang kerosakan yang berlaku. Ketua
   bahagian senggaraan akan mengeluarkan arahan kepada kakitangan
   bahagian untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selepas kerja
   selesai, kakitangan akan merekodkan maklumat seperti kerja yang dilakukan,
   masa yang diambil, kos alat ganti yang digunakan, bilangan pekerja yang
   diperlukan dan sebagainya.


2) Jadual kerja
          Jadual    kerja   disediakan    oleh     Penasihat         Kawalan   Bahagian
   Senggaraan      dengan   bantuan      mandur.    Pihak      ini    bertanggungjawab
   mengganggarkan jumlah pekerja dan masa yang diambil untuk sesuatu jenis
   kerja senggaraan yang diperlukan. Tujuannya ialah memudahkan bahagian
   senggaraan mengagih-agihkan kakitangan sekiranya kerosakan berlaku
   serentak.


3) Kos Senggaraan


   Kos Senggaraan = Jumlah kos pekerja + kos bahan ganti




4) Belanjawan
          Belanjawan dibuat setahun sekali. Jumlah wang yang diperuntukkan
   ke bahagian senggaraan bergantung kepada kos senggaraan yang telah
   dibuat dalam masa setahun. Biasanya hitung panjang kos senggaraan
   setahun akan dijadikan asas dalam jumlah peruntukan tahunan.




5) Rekod Alatan
          Rekod alatan adalah perkara penting dalam sesuatu program
   senggaraan. Rekod ini mengandungi semua data alatan seperti nombor siri,
   pembekal, kos membeli dan sebagainya.

More Related Content

What's hot

Topik 8 kerja menggegas
Topik 8 kerja menggegasTopik 8 kerja menggegas
Topik 8 kerja menggegasAyubkhan Kks
 
Pengenalan mesin larik
Pengenalan mesin larikPengenalan mesin larik
Pengenalan mesin larik090080
 
Report kerja kayu
Report kerja kayuReport kerja kayu
Report kerja kayusppj1415
 
Edm wire cut presentation
Edm wire cut presentationEdm wire cut presentation
Edm wire cut presentationmohdazliabu
 
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanJenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanYong Shahriah
 
Rbt 3112 pengurusan keselamatan bengkel
Rbt 3112 pengurusan keselamatan bengkelRbt 3112 pengurusan keselamatan bengkel
Rbt 3112 pengurusan keselamatan bengkelIPG
 
Organisasi bengkel dan keselamatan
Organisasi bengkel dan keselamatanOrganisasi bengkel dan keselamatan
Organisasi bengkel dan keselamatanezuanbakary
 
LANGKAH - LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
LANGKAH - LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJALANGKAH - LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
LANGKAH - LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJAfnurizdian
 
Report mesin larik
Report mesin larikReport mesin larik
Report mesin larikAsyraf Iqbal
 
Kompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinker
Kompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinkerKompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinker
Kompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinkerMuhamad Faizal Rosli
 
Alat-alat pengukuran
Alat-alat pengukuranAlat-alat pengukuran
Alat-alat pengukuranYuseri Bujang
 
VET 4093- Pengurusan Stor, Harta Modal dan Inventori
VET 4093- Pengurusan Stor, Harta Modal dan InventoriVET 4093- Pengurusan Stor, Harta Modal dan Inventori
VET 4093- Pengurusan Stor, Harta Modal dan InventoriZuzan Michael Japang
 
Folio bengkel logam
Folio bengkel logamFolio bengkel logam
Folio bengkel logamsppj1415
 
Keselamatan bengkel
Keselamatan bengkelKeselamatan bengkel
Keselamatan bengkelAbang Ensem
 
Bab 2 alat alat tangan
Bab 2 alat   alat tanganBab 2 alat   alat tangan
Bab 2 alat alat tanganhasnul73
 

What's hot (20)

Topik 8 kerja menggegas
Topik 8 kerja menggegasTopik 8 kerja menggegas
Topik 8 kerja menggegas
 
Pengenalan mesin larik
Pengenalan mesin larikPengenalan mesin larik
Pengenalan mesin larik
 
Report kerja kayu
Report kerja kayuReport kerja kayu
Report kerja kayu
 
Edm wire cut presentation
Edm wire cut presentationEdm wire cut presentation
Edm wire cut presentation
 
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanJenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
 
Rbt 3112 pengurusan keselamatan bengkel
Rbt 3112 pengurusan keselamatan bengkelRbt 3112 pengurusan keselamatan bengkel
Rbt 3112 pengurusan keselamatan bengkel
 
Organisasi bengkel dan keselamatan
Organisasi bengkel dan keselamatanOrganisasi bengkel dan keselamatan
Organisasi bengkel dan keselamatan
 
Senarai semak
Senarai semakSenarai semak
Senarai semak
 
LANGKAH - LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
LANGKAH - LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJALANGKAH - LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
LANGKAH - LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
 
Sistem Padan dan Had
Sistem Padan dan HadSistem Padan dan Had
Sistem Padan dan Had
 
Report mesin larik
Report mesin larikReport mesin larik
Report mesin larik
 
Kompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinker
Kompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinkerKompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinker
Kompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinker
 
Alat-alat pengukuran
Alat-alat pengukuranAlat-alat pengukuran
Alat-alat pengukuran
 
Jigs and fixture
Jigs and fixtureJigs and fixture
Jigs and fixture
 
VET 4093- Pengurusan Stor, Harta Modal dan Inventori
VET 4093- Pengurusan Stor, Harta Modal dan InventoriVET 4093- Pengurusan Stor, Harta Modal dan Inventori
VET 4093- Pengurusan Stor, Harta Modal dan Inventori
 
Pengurusan bengkel
Pengurusan bengkelPengurusan bengkel
Pengurusan bengkel
 
Folio bengkel logam
Folio bengkel logamFolio bengkel logam
Folio bengkel logam
 
Keselamatan bengkel
Keselamatan bengkelKeselamatan bengkel
Keselamatan bengkel
 
Bab 2 alat alat tangan
Bab 2 alat   alat tanganBab 2 alat   alat tangan
Bab 2 alat alat tangan
 
Keselamatan di bengkel
Keselamatan di bengkelKeselamatan di bengkel
Keselamatan di bengkel
 

Viewers also liked

Susun atur bengkel
Susun atur bengkelSusun atur bengkel
Susun atur bengkelnordinkkbb
 
PENGURUSAN RANTAIAN BEKALAN 'SUPPLY CHAIN MANAGEMENT'
PENGURUSAN RANTAIAN BEKALAN 'SUPPLY CHAIN MANAGEMENT'PENGURUSAN RANTAIAN BEKALAN 'SUPPLY CHAIN MANAGEMENT'
PENGURUSAN RANTAIAN BEKALAN 'SUPPLY CHAIN MANAGEMENT'NUR I'ZZATY
 
Pengurusan rantaian bekalan
Pengurusan rantaian bekalanPengurusan rantaian bekalan
Pengurusan rantaian bekalanNor Syazwani
 
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukanProposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukanMahrajan Lanthanum
 
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JITKawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JITCkg Nizam
 

Viewers also liked (7)

Susun atur bengkel
Susun atur bengkelSusun atur bengkel
Susun atur bengkel
 
Soal selidik
Soal selidik Soal selidik
Soal selidik
 
PENGURUSAN RANTAIAN BEKALAN 'SUPPLY CHAIN MANAGEMENT'
PENGURUSAN RANTAIAN BEKALAN 'SUPPLY CHAIN MANAGEMENT'PENGURUSAN RANTAIAN BEKALAN 'SUPPLY CHAIN MANAGEMENT'
PENGURUSAN RANTAIAN BEKALAN 'SUPPLY CHAIN MANAGEMENT'
 
Pengurusan rantaian bekalan
Pengurusan rantaian bekalanPengurusan rantaian bekalan
Pengurusan rantaian bekalan
 
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukanProposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
 
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JITKawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
 
Pengenalan Amalan 5s
Pengenalan Amalan 5sPengenalan Amalan 5s
Pengenalan Amalan 5s
 

Similar to Perancangan dan pengurusan bengkel

Kompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkapKompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkapZul Hilmi
 
Kompetensi 1 bpp 702 kertas penerangan (mus)
Kompetensi 1 bpp 702 kertas penerangan (mus)Kompetensi 1 bpp 702 kertas penerangan (mus)
Kompetensi 1 bpp 702 kertas penerangan (mus)Marsilah Anum Marham
 
Kompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkapKompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkapZul Hilmi
 
Kompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkapKompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkapAnne Belle
 
installation and commissioning
installation and commissioninginstallation and commissioning
installation and commissioningJius Bei
 

Similar to Perancangan dan pengurusan bengkel (6)

Kompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkapKompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkap
 
Kompetensi 1 bpp 702 kertas penerangan (mus)
Kompetensi 1 bpp 702 kertas penerangan (mus)Kompetensi 1 bpp 702 kertas penerangan (mus)
Kompetensi 1 bpp 702 kertas penerangan (mus)
 
Kompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkapKompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkap
 
Kompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkapKompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkap
 
installation and commissioning
installation and commissioninginstallation and commissioning
installation and commissioning
 
Rekacipta
RekaciptaRekacipta
Rekacipta
 

Perancangan dan pengurusan bengkel

  • 1. Perancangan dan pengurusan bengkel. Pengenalan Pengurusan bengkel melibatkan perancangan dan pengendalian bengkel yang meliputi proses-proses menyediakan kemudahan asas, penyusunan ruang untuk peralatan utama, penyusunan perabot di dalam ruang kerja, kedudukan stor, laluan keselamatan dan penggunaan warna di dalam bengkel. Pengurusan bengkel juga melibatkan pengurusan alatan dan bahan yang meliputi pengurusan, pemilihan dan kawalan alatan (perancangan pembelian alat, pemilihan alatan dan kelengkapan, spesifikasi alatan; kaedah penyusunan dan penyimpanan alat; dan kawalan alatan). Pengurusan bengkel memerlukan guru-guru yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam hal pengurusan bengkel supaya kerja- kerja penyelenggaraan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Pengurusan bengkel yang sistematik amat diperlukan bagi memastikan kelancaran perjalanan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini akan menyebabkan beban guru kemahiran Kemahiran Hidup Bersepadu bertambah. Di samping itu juga, pengurusan bengkel merupakan satu bidang yang perlu ditekankan kerana aktiviti- aktiviti pengurusan boleh mempengaruhi hasil kerja dan kepuasan kepada perlaksanaan program dan pengguna. Bengkel kemahiran hidup terbahagi kepada tiga bengkel utama iaitu bengkel kemahiran manipulatif, bengkel pertanian dan bengkel ekonomi rumah tangga. Di antara ketiga-tiga bengkel ini, bengkel kemahiran manipulatif yang paling banyak komponen dan paling sukar penyenggaraannya kerana ia mempunyai pelbagai alatan, bahan dan mesin. Di samping itu, bengkel kemahiran manipulatif turut dipecahkan kepada empat jenis bengkel iaitu bengkel kerja kayu dan logam, bengkel kerja paip asas, bengkel elektrik dan elektronik serta bengkel enjin (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam perancangan dan pengurusan bengkel ini. Antara aspek – aspek tersebut ialah :-  Ruang  Susun atur  Keselamatan  Tugas pelajar  Organisasi stor  Penyenggaraan Bengkel
  • 2. 1. Ruang Saiz bengkel adalah bergantung kepada jenis kerja yang akan dilakukan di dalamnya. Keluasan bengkel yang sesuai ialah 20 meter x 25 meter. Antara ciri-ciri keluasan bengkel yang sesuai ialah :-  Boleh menampung bilangan pelajar seramai 20 orang atau lebih  Membolehkan seseorang bergerak dengan bebas di dalamnya  Lantai mestilah diperbuat dari bahan tahan lasak, mudah dibersihkan dan tidak menampung habuk serta tidak licin  Mempunyai tingkap yang besar untuk membenarkan cahaya masuk sebanyak mungkin serta pengudaraan yang bebas  Mempunyai pintu yang besar bagi memudahkan jalan keluar semasa kecemasan  Mempunyai mejakerja yang tahan lasak berukuran di antara 1.2M x 1.5M dan tinggi 0.9M  Mempunyai bekalan asas seperti bekalan elektrik bagi pencahayaan dan soket kuasa serta bekalan air siap dengan pili dan singki bagi pencucian  Ada sebuah stor atau bilik bagi menyimpan bahan-bahan, alatan dan projek 2. Susunatur Susun atur bengkel perlu kemas dan lengkap supaya kerja-kerja dapat dilakukan dengan sempurna dan mengelakkan daripada berlakunya kemalangan dan kerosakkan harta benda. Susun atur bengkel yang baik adalah seperti :-  Rak-rak dan panel alatan dan kelengkapan mudah digunakan  Rak-rak simpanan bahan binaan projek boleh menempatkan dengan baik  Rak-rak bahan bantu mengajar yang kemaskini dan pelbagai  Memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan 3. Keselamatan “UTAMAKAN KESELAMATAN” sebagai teras amalan bagi memastikan kerja- kerja di bengkel dapat dilakukan dengan lancer dan selamat. Aspek keselamatan yang dititikberatkan ialah :- Menyediakan bahan perlindungan dan pakaian kerja bagi melindungi badan
  • 3. Mengadakan alat pemadam api yang berfungsi Menyediakan peti pertolongan cemas dan tempat rawatan Memaparkan nombor telefon panggilan kecemasan seperti Bomba, Ambulan, Polis dan lain-lain 4. Tugas Pelajar Para pelajar akan dilantik untuk memegang beberapa jawatan penting di dalam bengkel. Antara jawatan yang dipegang oleh pelajar ialah ketua formen, ketua kebersihan, ketua alatan, ketua projek dan ketua keselamatan. Deskripsi tugas bagi setiap jawatan adalah seperti berikut :- i. Ketua formen  Bertindak sebagai Ketua Kelas dan bertanggungjawab terus kepada guru Kemahiran Hidup  Memastikan semua penolong-penolong di bawahnya menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan  Melaporkan kepada guru berkenaan kejadian seperti kemalangan, alat-alat yang rosak atau hilang ii. Ketua Kebersihan  Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya empat atau lima orang bagi membersihkan tempat kerja, menyapu lantai dan membuang sampah dari tong sampah  Memastikan lantai bersih dari tumpahan minyak atau bendalir  Melaporkan kepada Ketua Formen berkenaan kerja-kerja pemberihan yang dibuat iii. Ketua Alatan  Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya mengagihkan alatan kepada pelajar-pelajar  Memungut semula alatan dan meletakkannya pad arak panel alatan  Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat alatan yang rosak, patah ataupun hilang iv. Ketua Projek  Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya bagi mengedarkan bahan projek kepada pelajar-pelajar semasa kelas dimulakan
  • 4. Memungut semula projek terutama yang masih belum siap dan dimasukkan semula ke dalam rak projek/ almari/ tempat penyimpanan projek belum siap  Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat projek yang rosak, pecah ataupun yang hilang v. Ketua Keselamatan  Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya bagi memastikan bengkel dalam keadaan selamat  Memastikan semua tingkap ditutup, pintu dikunci, suis lampu dan kipas ditutup, plag kuasa dimatikan dan ditanggalkan dari soket  Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat tingkap yang pecah, kunci pintu yang rosak atau terdapat suis, kabel elektrik yang putus atau tanggal dari peralatan atau mesin elektrik  Memastikan pili air ditutup ketat 5. Organisasi Stor Organisasi stor terdiri dari lima bahagian iaitu bahagian kawalan stok, bahagian legar/ lejar, bahagian penstoran, bahagian pembungkusan dan penghantaran serta bahagian akaun. a. Bahagian Kawalan Stok  Bahagian ini bertanggungjawab ke atas perancangan dan organisasi stok seperti :- o Menentukan barang dikeluarkan secara teratur dan betul o Menentukan kuantiti barang yang akan dikeluarkan o Menentukan kod borang o Menyediakan dan mengemaskini katalog o Menguruskan pembelian barang b. Bahagian Legar/ Lejar  Bahagian ini bertanggungjawab dalam :- o Mencatit kad-kad lejar o Mencatit harga ke atas Baucer Pemesanan – Pengeluaran Barang-barang c. Bahagian Penstoran  Bahagian ini bertanggungjawab untuk menerima, menyimpan, mengeluar, mengangkut barang-barang dan lain-lain
  • 5. d. Bahagian Pembungkusan dan Penghantaran  Bahagian ini bertanggungjawab membungkus barang-barang dan menghantarnya ke destinasi berkenaan e. Bahagian Akaun  Bahagian ini bertanggungjawab ke atas segala hal ehwal dan kewangan stor 6. Penyenggaraan Bengkel Definisi Penyelenggaraan Penyelenggaraan bengkel boleh didefinasikan sebagai menjalankan kerja-kerja merancang dan mengurus aktiviti penyenggaraan. Definisi Penyenggaraan Penyenggaraan boleh ditakrifkan sebagai melakukan aktiviti menjaga atau menservis sesuatu perkakasan, alatan, mesin mudah alih, perabot atau bangunan supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna. Proses penyenggaraan bengkel boleh dikelaskan kepada dua bahagian utama iaitu jenis-jenis senggaraan dan langkah-langkah kawalan senggaraan. Jenis-jenis Senggaraan I. Senggaraan Kawalan Senggaraan yang paling berkesan kerana senggaraan ini dilakukan sebelum peralatan, mesin dan bangunan menjadi rosak. Ia dilakukan secara berterusan dari semasa ke semasa mengikut jadual senggaraan yang telah ditetapkan. Senggaraan ini lebih mahal untuk dilakukan kerana kerja senggaraan yang berterusan tetapi untuk jangka masa panjang, cara ini menguntungkan kerana kerosakan yang besar dapat dielakkan. Senggaraan kawalan meliputi :- o Reka bentuk dan pemasangan yang sesuai untuk peralatan yang digunakan o Pemeriksaan logi dan alatan mengikut jadual untuk mengelakkan kerosakkan daripada berlaku o Membuat servis, baik pulih dan penjagaan alatan supaya sentiasa sempurna
  • 6. o Pelinciran yang sempurna dan mencukupi serta pembersihan dan perlindungan seperti mengecat peralatan dan bangunan II. Senggaraan Pembetulan Senggaraan jenis ini hanya dilakukan selepas sesuatu peralatan itu rosak. Kerja-kerja senggaraan ini tidak akan dilakukan selagi tiada kerosakan yang berlaku. Biasanya senggaraan ini dilakukan ke atas peralatan yang kecil dan yang tidak digunakan terlalu kerap. Walaupun kos senggaraan jangka pendek adalah rendah, namun untuk jangka masa panjang ia mungkin menjadi terlalu tinggi. III. Senggaraan Ramalan Senggaraan ramalan menjalankan kerja-kerja senggaraan mengikut jangkaan kerosakan. Biasanya peralatan seperti alat penganalisis gegaran dan amplitude, tolok audio, alat optik, tolok tekanan dan suhu serta tolok rintangan digunakan untuk meramal kemungkinan berlakunya kerosakan. Senggaraan ini banyak dilakukan dalam industry yang melibatkan penggunaan alatan elektronik seperti computer kerana :-  Peralatan yang digunakan mempunyai bahagian yang kecil dan rumit untuk disenggara setiap hari  Bahagian-bahagian pada alatan elektronik tidak membolehkan kerja-kerja servis dilakukan Langkah-langkah Kawalan Senggaraan Keberkesanan sistem senggaraan bergantung kepada kerja-kerja merekod aktiviti senggaraan. Sistem rekod yang baik akan menjamin kerja-kerja senggaraan yang lebih berkesan. Antara langkah-langkah yang diambil sebelum sesuatu kerja senggaraan dijalankan ialah :- Arahan kerja Jadual kerja Kos senggaraan Belanjawan Rekod alatan
  • 7. 1) Arahan kerja Mandur akan memaklumkan tentang kerosakan yang berlaku. Ketua bahagian senggaraan akan mengeluarkan arahan kepada kakitangan bahagian untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selepas kerja selesai, kakitangan akan merekodkan maklumat seperti kerja yang dilakukan, masa yang diambil, kos alat ganti yang digunakan, bilangan pekerja yang diperlukan dan sebagainya. 2) Jadual kerja Jadual kerja disediakan oleh Penasihat Kawalan Bahagian Senggaraan dengan bantuan mandur. Pihak ini bertanggungjawab mengganggarkan jumlah pekerja dan masa yang diambil untuk sesuatu jenis kerja senggaraan yang diperlukan. Tujuannya ialah memudahkan bahagian senggaraan mengagih-agihkan kakitangan sekiranya kerosakan berlaku serentak. 3) Kos Senggaraan Kos Senggaraan = Jumlah kos pekerja + kos bahan ganti 4) Belanjawan Belanjawan dibuat setahun sekali. Jumlah wang yang diperuntukkan ke bahagian senggaraan bergantung kepada kos senggaraan yang telah dibuat dalam masa setahun. Biasanya hitung panjang kos senggaraan setahun akan dijadikan asas dalam jumlah peruntukan tahunan. 5) Rekod Alatan Rekod alatan adalah perkara penting dalam sesuatu program senggaraan. Rekod ini mengandungi semua data alatan seperti nombor siri, pembekal, kos membeli dan sebagainya.