Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DALAM MATEMATIK SEKOLAH RENDAH.1.0            PENGENALANProses pengajaran dan pembelajaran merupa...
formula tertentu matematik    secara   bermakna di dalam aktiviti harian mereka. Oleh itu,pendekatan   pembelajaran    kon...
4.       Cooperating (berkerjasama) Belajar secara konteks perkongsian, memberi respons dan         berkomunikasi.Contohny...
iv.    Boleh meneroka dan mendapatkan bukti.       v.     Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit.     ...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Pembelajaran Kontekstual

3,646 views

Published on

Published in: Education

Pembelajaran Kontekstual

  1. 1. PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DALAM MATEMATIK SEKOLAH RENDAH.1.0 PENGENALANProses pengajaran dan pembelajaran merupakan sesuatu proses yang sangat dititikberatkandalam pendidikan. Proses pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendahmenggalakkan kepelbagaian kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedahpengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajarandan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar sertateknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif,inovatif, berkomunikasi, dan berinteraksi.Pembelajaran secara kontekstual merupakan alternatif bagi meningkatkan minat pelajar untuk didalam mata pelajaran matematik. Pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran yangmenggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alampekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.2.0 DEFINISI PEMBELAJARAN KONTEKSTUALMenurut Hull (1997), tujuan pembelajaran secara kontekstual ialah untuk membina asas yangkukuh dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, selain menggalakkan pelajar meminati matapelajaran tersebut dan sekaligus mempertingkatkan prestasi keputusan peperiksaan matapelajaran berkenaan di sekolah-sekolah rendah. Kumpulan sasaran utama bagi konseppendekatan pembelajaran secara kontekstual ini ialah pelajar-pelajar yang mempunyaipencapaian sederhana.2.1 Konsep Pembelajaran Konstekstual di dalam mata pelajaran matematikKonsep pendekatan pembelajaran secara kontekstual dalam pembelajaran matematik bermaknaianya haruslah berdasarkan konteks kegiatan dan kejadian harian. Oleh itu, konsep matematikperlu dikaitkan dengan kehidupan harian pelajar secara eksplisit. Pembelajaran matematik yangdijalankan secara kontekstual dapat menggalakkan pelajar mengaplikasikan konsep serta 1
  2. 2. formula tertentu matematik secara bermakna di dalam aktiviti harian mereka. Oleh itu,pendekatan pembelajaran kontekstual membolehkan pelajar menghayati kerelevananpembelajaran Matematik dengan kehidupannya sendiri.Mengikut teori Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila pelajarmemperoleh pengetahuan baharu yang bermakna kepada mereka. Oleh itu, proses pembelajaranakan berlaku lebih cepat apabila minda pelajar melihat perkaitan yang bermakna dan kelihatanberguna terhadap apa yang dipelajari. Pembelajaran Kontekstual adalah pembelajaran yangdikaitkan dengan kehidupan harian murid-murid. Pelajar belajar secara menyiasat dan kaitanantara bahan yang diajar dengan pengalaman kehidupan seharian dizahirkan. Murid tidak belajarsecara teori sahaja tetapi dapat menghayati relevennya apa yang dipelajari dengan kehidupanmereka.Pembelajaran Kontekstual (PK) berlaku dalam lima konteks, seperti berikut:-1. Relating (menghubungkait) Belajar secara konteks dengan pengalaman hidup.Contohnya: Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanamsikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yangdilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiaphari2. Experiencing (mengalami) Belajar secara konteks melalui penerokaan, penemuan dan merekacipta.Contohnya: Murid dibawa ke bilik matematik untuk menyaksikan demontrasi serta membuatlatihan amali isipadu dan ruang. Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila pelajar inginmembantu ibu mengemas peralatan dapur yang ingin disimpan ke dalam kabinet.3. Applying (menggunakan) Belajar secara konteks bagimana pengetahuan atau maklumat sedia ada boleh diguna untuk masa depan.Contohnya: Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat mengaplikasikanpengetahuan ini apabila bertemu situasi sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak mempunyaijek. Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada, murid boleh menggunakan konsep tuas untukmenggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar 2
  3. 3. 4. Cooperating (berkerjasama) Belajar secara konteks perkongsian, memberi respons dan berkomunikasi.Contohnya: Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah menerusi satuaktiviti yang memerlukan mereka berbincang dan bekerjasama dengan ahli kumpulan masing-masing . Hasil yang diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka menyelesaikan masalahsecara bekerjasama.5. Transfering (memindahkan) Belajar secara konteks dengan membina dan menggunakan pengetahuan sedia ada dalam diri pelajar.Contohnya:Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan TeoremPythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m untukmenghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan. Kelima-lima konteks ini boleh di acronim menjadi REACT. Untuk memudahkan amalan dalam kelas kita tumpukan P&P kita kepada perkara yang berkait dengan Hands On dan juga kaitan dengan kehidupan harian.3.0 Kebaikan Kaedah Pembelajaran KonstektualJika proses pembelajaran hanya berpusatkan guru yang berterusan akan memberi implikasinegative kepada para pelajar. Implikasi tersebut ialah pelajar-pelajar tidak dapat berfikir secarakritikal, tidak kreatif mahupun inovatif dan akhirnya harapan negara untuk melahirkanmasyarakat berpengetahuan tidak akan tercapai.Terdapat beberapa kebaikan penggunaan kaedah Pembelajaran Kontekstual di dalam prosespengajaran dan Pembelajaran terhadap pelajar, guru dan sektor industri. Di antara kebaikan ituialah;a. Kebaikan Pembelajaran Kontekstual terhadap pelajar i. Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan. ii. Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian. iii. Boleh memindahkan kemahiran. 3
  4. 4. iv. Boleh meneroka dan mendapatkan bukti. v. Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit. vi. Dapat belajar secara bekerjasama.b. Kebaikan Pembelajaran Kontekstual terhadap guru i. Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya ii. Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan iii. Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.c. Kebaikan Pembelajaran Kontekstual terhadap sektor industri. i. Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih atau dilatih semula secara berkesan mengikut keperluan. ii. Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsiKesimpulanBagi menjayakan pendekatan Pembelajaran Kontekstual , semua pihak perlu bersetuju mengenaiapa yang perlu dipelajari dan bersetuju mengenai strategi pembelajarannya. Di samping itu,sokongan daripada organisasi masyarakat diperlukan untuk menjayakan strategi pengajaran danpembelajaran kontekstual. Sokongan luaran ini akan memberi galakan dan sumber-sumber untukmembantu murid dan guru mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.Guru haruslah memahami proses pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapatmenghubungkaitkan pembelajaran dengan kehidupan seharian pelajar. Dahulu peranan seorangguru hanyalah sebagai penyampai ilmu pengetahuan kepada pelajar melalui pengajarannya.Tetapi sekarang peranan guru lebih kepada pemudah cara atau fasilitator dalam prosespengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah untuk membantu perkembangan potensi pelajaryang maksimum (Mohd Hanafi Kamal, 2001). 4

×