SlideShare a Scribd company logo
1 of 47
PenerajuPendidikanNega
Bahagian Pembangunan Kurikulum
BAB 4
REKA BENTUK ELEKTRIK
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
2.3.1 Mengenal pasti dan menjelaskan sistem-sistem elektrik
iaitu sumber, medium, beban dan kawalan.
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Sumber ialah punca pengeluar tenaga elektrik seperti janakuasa
dan bateri. Terdapat sumber yang boleh diperbaharui. Contoh
sumber yang boleh diperbaharui ialah solar. Manakala sumber
yang tidak boleh diperbaharui ialah bateri yang tidak boleh dicas
semula.
(Bateri yang boleh dicas semula dianggap sumber yang boleh
diperbaharui sementara)
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
Medium ialah perantaraan di antara sumber dan
beban. Ia bertugas membawa arus elektrik.
Terdapat dua jenis medium iaitu kabel /wayar
dan tanpa wayar.
Contoh medium tanpa wayar ialah gelombang
radio, infrared dan bluetooth.
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
Beban ialah alat yang melakukan tugas dan
menggunakan tenaga elektrik. Beban ini
menghasilkan kesan tertentu seperti cahaya
pada mentol, bunyi pada pembesar suara dan
putaran pada motor.
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
Kawalan ialah bahagian yang mengawal
aliran arus elektrik dengan selamat seperti
memutus dan menyambungkan litar. Kawalan
ini boleh dilakukan secara insaniah (manual)
dan automatik contohnya kawalan suis,
kawalan suhu penyaman udara, kawalan
suhu periuk nasi elektrik.
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
Aksesori ialah peralatan yang membenarkan
arus mengalir seperti suis dan pemegang
lampu
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
Contoh kawalan Insaniah (manual) Contoh kawalan Insaniah dan kawalan automatik
Kawalan
insaniah
Kawalan
automatik
Kawalan
insaniah
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Rajah 1 Rajah 2
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
Kawalan
insaniah
Kawalan
automatik
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
Kawalan
insaniah
Kawalan
automatik
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
2.3.2 Menunjuk Cara Reka Bentuk Litar Peralatan Elektrik:
(i) Keselamatan
(ii) Kedudukan peranti dalam litar
(iii)Sambungan litar
Reka bentuk litar elektrik mengandungi susunan komponen atau peranti
untuk melakukan sesuatu tugas yang dikehendaki dengan kriteria seperti
selamat, kemas, cekap, kos yang rendah dan berkualiti. Reka bentuk
litar dalam peralatan elektrik kebiasaannya dibina berdasarkan tiga
aspek, iaitu keselamatan, kedudukan peranti dalam litar, dan sambungan
litar.
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
(i) Keselamatan
Litar peralatan elektrik direka bentuk dengan ciri-ciri
keselamatan. Ciri-ciri keselamatan ini penting kerana
dapat melindungi pengguna dan peralatan tersebut daripada
berlakunya litar pintas. Bagi periuk nasi elektrik litar elektrik
ditempatkan di dalam bahagian bawah periuk. Kedudukan
litar adalah tersembunyi dan tidak dapat dicapai tangan serta
tidak terdedah. Ciri-ciri seperti itu dapat melindungi
keselamatan pengguna daripada renjatan elektrik yang boleh
membawa maut.
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Reka bentuk kedudukan peranti-peranti seperti sensor
tekanan, sensor suhu dan elemen pemanas diletakkan
bersama dengan litar elektrik. Reka bentuk seperti ini
bertujuan untuk penjimatan ruang selain menekankan aspek
keselamatan. Di samping itu juga litar elektrik periuk nasi
kelihatan kemas dan menarik susunannya. Ini penting untuk
menjadikan reka bentuk litar elektrik sesuai untuk tujuan
komersial seperti Rajah 3.
(ii) Kedudukan Peranti Dalam Litar (periuk nasi elektrik)
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
Switch for Cook
and Warm modes
Switch for Cook and Warm modes
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Port for electrical plug
Outside of
cooking chamber
Plunger
Switch for Cook
and Warm modes
Rajah 3
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Kedudukan peranti dalam litar elektrik - periuk nasi elektrik
berdasarkan Rajah 4 di bawah.
Rajah 4
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
(iii) Sambungan Litar
Reka bentuk sambungan litar elektrik pada komponen atau peranti
disusun mengikut sesuatu tugas yang dikehendaki. Contohnya,
susunan reka bentuk sambungan litar pada periuk nasi elektrik yang
menekankan ciri selamat, cekap, kemas, dan berkualiti. Terdapat
pelbagai jenis litar dalam sambungan litar elektrik, antaranya
termasuklah litar tertutup, litar buka, litar pintas, litar salah kekutuban,
litar bocor ke bumi, dan litar bypass.
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
Litar Tertutup
Litar ini mempunyai satu kitaran lengkap pergerakan arus,
voltan dan kuasa dalam satu litar elektrik. Contohnya lampu
menyala apabila suis ditekan.
Litar Buka
Litar ini ialah litar yang tidak mempunyai satu kitaran lengkap
arus, voltan dan kuasa dalam satu litar elektrik. Contohnya suis
lampu tidak menyala kerana suis tidak ditekan.
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
Litar Pintas
Litar pintas ialah satu keadaan yang berlaku di mana wayar hidup (L)
bersentuhan dengan wayar neutral (N) tanpa melalui beban. Contohnya
penebat wayar yang bocor dan bersentuhan antara wayar hidup (L) dan wayar
neutral (N) secara terus akan menghasilkan percikan bunga api dan akan
menyebabkan kebakaran.
Litar Salah Kekutuban
Litar salah kekutuban ialah jenis litar yang terhasil akibat daripada salah
memasang kekutuban pada sumber elektrik. Contohnya wayar L dan N pada
kipas angin tersalah kekutuban dan mengakibatkan motor berpusing secara
terbalik.
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
Litar Bocor ke bumi
Litar bocor ke bumi ialah litar yang terjadi akibat daripada kebocoran arus
pada wayar hidup dengan badan logam perkakasan elektrik.
Litar Bypass
Litar bypass terjadi kerana penyambungan wayar dibuat pada fius
yang sama untuk soket perkakasan elektrik yang berlainan.
Contohnya, satu fius di papan agihan elektrik digunakan untuk
perkakasan peti sejuk dan penghawa dingin. Ini akan mengakibatkan
berlakunya lebihan bebanan pada wayar tersebut dan boleh
menghasilkan haba berlebihan pada penebat wayar dan berlakunya
litar pintas.
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
2.3.3 Membuat Pengiraan Parameter Elektrik dalam Reka Bentuk Litar
Parameter elektrik seperti voltan, arus, rintangan dan kuasa. Hubungan voltan
dan arus elektrik adalah berkadar terus. Ini bermaksud apabila voltan
bertambah, arus elektrik akan bertambah juga. Manakala hubungan rintangan
dan arus elektrik adalah berkadar songsang. Hubungan antara dua parameter
ini menerangkan bahawa apabila rintangan bertambah tetapi arus akan
berkurangan. Keadaan ini dapat disimpulkan dalam rumusan yang dipanggil
sebagai hukum ohm. Parameter ini boleh dikira jumlah penggunaannya.
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
Pengiraan Menggunakan Hukum Ohm
Untuk mencari nilai voltan (Volt): V = I X R
Untuk mencari nilai arus (Ampere): I = V
R
Untuk mencari nilai rintangan (Ohm): R = V
I
Untuk rumus bagi kuasa (Watt): P = V x I
V : voltan
I : arus
R : rintangan
P : kuasa elektrik.
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
Cara-cara Pengiraan 1
Murid dibekalkan satu litar lengkap seperti di bawah. Diberi nilai arus 1.5 ampere
dan nilai beban 4 ohm. Kira nilai voltan dan kuasa pada litar.
Manakala untuk
mencari nilai
kuasa (P),
gunakan formula:
P = V x I
P = 6 V x 1.5 A
P = 9 watt
Untuk mencari
nilai voltan
gunakan formula:
V = I x R
V = 1.5A x 4 ohm
V = 6.0 V
Voltan: 6 V dan Kuasa : 9watt
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Rajah 5
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
Contoh Pengiraan 2
Diberi nilai voltan 9V dan nilai beban 3 ohm. Cari nilai arus pada litar
tersebut.
I = V
R
I = 9 v
3 ohm
I = 3 A
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Rajah 6
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
Contoh Pengiraan 3
Diberi nilai voltan 9v dan nilai arus 0.9 ampere. Cari nilai
rintangan pada litar tersebut.
R = V
I
R = 9 v
0.9 A
R = 10 ohm
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Rajah 7
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
2.3.4 Menghasilkan Lakaran Reka Bentuk Litar Elektrik yang akan Dibuat
Contoh:
Apabila membuka pintu almari pakaian, kita akan menghadapi masalah untuk mencari
pakaian dan barang yang disimpan di dalam almari kerana keadaanya gelap. Bagi
mengatasi masalah ini kita akan membina satu gajet elektrik yang dapat menerangi
keseluruhan dalam almari apabila almari dibuka. Kenal pasti kedudukan gajet dalam
almari supaya kedudukan gajet dapat menerangi keseluruhan almari tersebut.
Sebelum membina gajet, lakaran hendaklah dibuat terlebih dahulu sebagai gambaran
awal projek gajet elektrik ini. Tujuannya untuk memastikan kuantiti dan kedudukan
komponen-komponen seperti mentol, suis, bateri dan wayar. Pemilihan wayar
mestilah sesuai kerana wayar hendaklah disembunyikan di tepi papan almari. Contoh
lakaran litar elektrik lampu almari adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 8.
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
Rajah 8 Bateri
Positif
Negatif
Lampu 1 Lampu 2 Lampu 3 Lampu 4
Suis
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Selepas lakaran litar elektrik lampu almari dibina, langkah seterusnya ialah melakar
reka bentuk litar skematik lampu almari. Litar skematik dibina dalam dua keadaan
iaitu suis terbuka dan tertutup. Jenis suis yang digunakan ialah suis tekan buka.
Apabila suis tekan buka ditekan iaitu pintu almari ditutup, pintu almari akan menekan
suis tekan buka. Keadaan ini akan menyebabkan litar menjadi terbuka dan tiada
pengaliran arus elektrik dan lampu tidak menyala.
Situasi kedua ialah apabila pintu almari dibuka. Suis akan dilepaskan kerana tiada
tekanan. Dalam keadaan ini suis tekan buka akan tertutup dan menyebabkan litar
elektrik lengkap. Lampu akan menyala dan menerangi keseluruhan di dalam almari
pakaian.
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Rajah 9 Litar siri sebelum suis dibuka Rajah 10 Litar siri apabila suis dibuka
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
Bagi melihat kecerahan mentol, pengiraan pada parameter perlulah dilakukan.
Tujuannya adalah untuk melihat kecerahan mentol tersebut bersesuaian dengan
keluasan almari tersebut.
Dalam Rajah 9 menunjukkan litar elektrik yang lengkap yang telah diberi nilai parameter
voltan dan arus. Nilai rintangannya dapat dihitung seperti yang berikut:
Jumlah rintangan
R = V
I
R = 3
0.0833
R = 36 Ω
Nilai rintangan bagi setiap
mentol ialah 36.0 Ω.
Pemilihan mentol perlulah
sesuai dengan voltan yang
dihasilkan dalam litar
supaya kecerahan mentol
adalah maksimum.
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Foto 1: Lampu menerangi ruang
di dalam almari pakaian
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
2.3.5 Menganalisis Elemen Sistem Elektrik pada Gajet yang akan Dihasilkan
Aktiviti menganalisis elemen sistem
elektrik dilakukan pada medium,
beban dan kawalan dalam litar
elektrik. Litar elektrik yang lengkap
terdiri daripada:
• sumber elektrik seperti bateri
• medium iaitu dawai penyambung
• beban iaitu komponen elektrik
• suis sebagai kawalan.
Rajah 9
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Rajah 10 litar elektrik yang disambung
secara bersiri
Aktiviti 1
Pengujian sambungan litar pada gajet
yang akan dihasilkan
1. Mentol disambung bersebelahan antara
satu dengan yang lain dalam satu baris
(siri).
2. Sambungkan setiap mentol dengan wayar,
suis dan bateri.
3. Hidupkan suis supaya lampu menyala.
4. Lihat kepada kecerahan lampu yang
menyala.
5. Tanggalkan satu mentol, apa yang terjadi
pada mentol lain?
6. Buat kesimpulan
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Voltan dalam litar siri diukur menggunakan voltmeter. Dalam litar ini, sel-sel disambung
secara bersiri, dan voltannya bertambah. Jika satu komponen elektrik yang
disambungkan dalam litar itu mengalami kerosakan maka seluruh litar tidak akan
dapat berfungsi.
Contoh kesimpulan:
Walaupun nilai arus yang mengalir sama tetapi jumlah voltan pada bateri akan
diagihkan kepada mentol lain yang ada dalam litar. Kecerahan setiap mentol itu
diperhatikan.
Litar selari merujuk kepada litar yang mempunyai lintasan arus yang lebih daripada
satu. Ini bermaksud penyambungan arus dilakukan dengan menggunakan wayar lebih
daripada satu komponen disambung sebelah-menyebelah. Arus elektrik akan mengalir
melalui lintasan yang berbeza. Apabila salah astu mentol terbakar, mentol yang lain
masih menyala.
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Contoh:
Membina gajet elektrik pada almari pakaian. Litar asas untuk pembinaan gajet
terdiri daripada bateri, mentol, wayar lembar tunggal berpenebat dan suis mikro.
Aksesori yang digunakan ialah pemegang mentol.
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Rajah 11: Gambar rajah blok litar
asas gajet elektrik pada almari pakaian
Mentol 1 Mentol 2 Mentol 3
Bateri Suis Mikro
Mentol 4
Wayar
lembar tunggal
Wayar
lembar tunggal
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
Menganalisis Elemen Sistem Elektrik
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Analisis dilakukan untuk memastikan setiap elemen dalam litar elektrik mencukupi dan mematuhi
nilainya. Contoh analisis dapat dilihat seperti yang dipaparkan pada Jadual 1.
Bil.
Elemen Elektrik Kuantiti
Nilai
Parameter
Contoh Komponen
Elektrik
Sambungan
1 Sumber - bateri 1 3 V Positif bekalan ke mentol 1
2 Beban
- mentol
4 3 V Mentol 1 ke mentol 2 ke mentol 3
dan ke mentol 4
3 Medium - wayar
lembar tunggal
Ikut saiz panjang
dan lebar almari
Sambungan daripada bateri ke
mentol 1, 2, 3 dan 4 ke kaki suis
mikro
4 Kawalan - suis 1 Mentol 4 ke kaki NC suis mikro
dan kaki COM ke bekalan negatif
bekalan elektrik
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
2.3.6 Membina Gajet Elektrik Berfungsi
Pada peringkat ini, satu gajet yang
berfungsi akan dihasilkan untuk
diletakkan di dalam almari pakaian.
Berdasarkan lakaran reka bentuk
litar yang telah dihasilkan pada
2.3.4, terjemahkan lakaran tersebut
kepada litar bergambar untuk
membina gajet elektrik berfungsi.
Jenis penyambungan yang
digunakan untuk litar gajet ini ialah
litar bersiri.
Mentol 1
Mentol 3
Mentol4
Mentol 2
Suis mikro
Bateri dan
pemegang
bateri
Rajah 12
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Berdasarkan litar bergambar di atas, gajet tersebut dipasang di dalam almari pakaian.
Contoh kedudukan gajet elektrik di dalam alamari pakaian adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 12
Langkah-langkah Pembinaan Litar Gajet Eletrik
1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan dengan merujuk lakaran atau litar
bergambar.
2. Sediakan empat mentol berkuasa 3V, dua bateri bersaiz AA bersama pemegang
bateri, suis mikro (tekan buka), dan wayar lembar tunggal mengikut saiz.
3. Kemudian, tentukan susunan dan kedudukan gajet pada almari pakaian.
4. Lakukan penyambungan litar gajet.
5. Selepas penyambungan lengkap, pasang penyambungan litar gajet itu di dalam
almari pakaian.
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Rajah 13 Kedudukan gajet elektrik di dalam almari
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
2.3.7 Membuat Pengujian dan Penilaian Kefungsian Gajet
Pengujian
Tujuan pengujian dilakukan pada gajet adalah untuk memastikan gajet pada
litar dapat berfungsi sepertimana yang dikehendaki. Sambungan mentol dan
suis dipasang mengikut litar skematik dan litar bergambar. Litar ini disambung
dengan sumber elektrik, iaitu bateri. Ujian dibuat apabila suis mikro dilepaskan
dan didapati kesemua mentol menyala.
Penilaian
Penilaian dilakukan selepas pengujian. Penilaian dilakukan ke atas semua
komponen pada gajet litar elektrik. Jadual 2 menunjukkan contoh penilaian
yang dibuat terhadap gajet.
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Bil.
Aspek yang
Dinilai
Berfungsi atau
Tidak Berfungsi
Catatan
1 Mentol Berfungsi Mentol menyala apabila pintu dibuka
dan terpadam apabila pintu ditutup
2 Pendawaian
wayar
Berfungsi Disambung kepada semua
komponen
3 Litar Berfungsi Terdapat bekalan kuasa pada litar
4 Bateri Berfungsi Membekalkan kuasa yang
mencukupi
5 Suis makro Berfungsi Suis berfungsi dengan baik mengikut
objektif, iaitu apabila pintu almari
ditutup dan dibuka
Jadual 2 Contoh jadual penilaian reka bentuk gajet litar elektrik lampu almari pakaian
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Hasil Penilaian
• Hasil daripada penilaian didapati bahawa kecerahan lampu kurang menerangi
keseluruhan ruang di dalam almari. Lebih-lebih lagi, pada waktu siang.
• Kedudukan susunan pemasangan gajet pada bahagian almari perlu ditambah baik
dan diperkemas. Kedudukan wayar perlu ditempatkan di bahagian yang tidak dapat
dilihat seperti di belakang almari pakaian. Manakala bahagian yang menempatkan
mentol perlu dibuat lubang agar bahagian mentol sahaja kelihatan di permukaan.
• Pemegang bateri pula perlu diletakkan di belakang bateri untuk tujuan kekemasan
tetapi ini mungkin akan menimbulkan masalah semasa hendak menukar bateri yang
lemah. Kedudukan suis mikro adalah tepat kerana tuil penolak suis mikro akan
tertekan apabila pintu almari ditutup. Oleh itu, gajet elektrik ini perlu dilakukan
penambahbaikan fungsi agar menjadi lebih cekap dan kemas.
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
2.3.8 Mencadang Penambahbaikan ke atas Reka Bentuk Gajet yang Telah Dibina
Bagi penambahbaikan kecerahan mentol, satu uji kaji telah dikenal pasti. Uji kaji
dijalankan ke atas dua jenis litar, iaitu litar siri dan litar selari. Uji kaji ini dilakukan
untuk membuktikan kecerahan mentol dan jumlah nilai parameter rintangan yang
terdapat dalam litar siri dan litar selari. Bagi membuktikan kecerahan mentol, uji kaji
dibuat dengan menggunakan komponen elektrik yang sama dan dilakukan dengan
cara menukar litar siri kepada litar selari. Keputusannya, mentol menyala lebih terang
jika dipasang dalam litar selari. Hal ini kerana beban rintangan pada litar selari
menjadi lebih rendah berbanding litar siri. Uji kaji seterusnya ialah membuat
pengiraan jumlah nilai parameter rintangan pada litar tersebut. Pengiraan dilakukan
dengan merujuk pada Rajah 14 dan Rajah 15 yang telah diberi nilai voltan dan arus.
Jumlah nilai rintangan pada litar di atas akan dihitung.
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Rajah 14 Litar selari Suis mikro tidak ditekan Rajah 15 Litar selari Suis mikro semasa ditekan
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Cara Pengiraan
Jumlah rintangan,
R = _V__
I
R = __3__
1.33
R = 2.25 Ω
Untuk membandingkan jumlah nilai rintangan pada
kedua-dua jenis litar, iaitu litar siri dan litar selari maka
pengiraan akan dilakukan antara kedua-dua litar
tersebut. Hasil uji kaji ini menjelaskan bahawa nilai
rintangan yang kecil akan memberikan kecerahan
yang lebih tinggi berbanding dengan nilai rintangan
yang besar.
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Litar Siri
Rajah 16 Litar siri Suis mikro tidak ditekan
Jumlah rintangan
R = _V__
I
R = ___3___
0.0833
R = 36.014 Ω
Keputusan uji kaji : Lampu malap
kerana jumlah rintangan sangat
tinggi.
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Litar Selari
Jumlah rintangan,
R = _V__
I
R = __3__
1.33
R = 2.25 Ω
Keputusan uji kaji : Lampu menjadi terang
kerana jumlah rintangan rendah
Rajah 17 Litar selari Suis mikro tidak ditekan
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
Oleh itu, sebagai penambahbaikan dicadangkan agar litar siri pada
gajet itu ditukarkan kepada litar selari. Penambahbaikan ini perlu
dilakukan kerana bukti daripada uji kaji menunjukkan bahawa
cahaya mentol-mentol yang diatur dalam kedudukan selari adalah
lebih terang berbanding dengan litar siri.
Begitu juga dengan kedudukan pemegang bateri dan wayar lembar
tunggal pada almari pakaian. Kedudukan pemegang bateri perlu
dibuat penambahbaikan supaya kedudukannya disembunyikan,
iaitu di dalam kotak khas di sebelah bawah di dalam almari
pakaian. Manakala pendawaian dibuat di sebelah luar almari
pakaian tersebut.
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega
STANDARD PRESTASI
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
1 Menyatakan elemen yang terdapat dalam sistem elektrik.
2 Menerangkan fungsi setiap elemen sistem elektrik.
3
Membuat pengiraan parameter elektrik bagi memastikan sumber, medium, beban
dan kawalan sesuai digunakan dalam reka bentuk gajet yang dihasilkan.
4 Menganalisis parameter voltan, arus, rintangan dan kuasa pada satu gajet elektrik.
5
Memberi justifikasi kepada produk sistem elektrik yang dipilih dari sudut kesesuaian
reka bentuk dan keselamatan.
6 Membina gajet yang berfungsi dan memenuhi kriteria reka bentuk litar elektrik.

More Related Content

What's hot

hukum asas litar elektrik
hukum asas litar elektrikhukum asas litar elektrik
hukum asas litar elektriksf c
 
Reka bentuk mekanikal
Reka bentuk mekanikalReka bentuk mekanikal
Reka bentuk mekanikalrodziah anuar
 
Perintang
PerintangPerintang
Perintangsyie
 
Pengenalan motor
Pengenalan motorPengenalan motor
Pengenalan motorEncik Mirul
 
Langkah memasang komponen pada litar projek
Langkah memasang komponen pada litar projekLangkah memasang komponen pada litar projek
Langkah memasang komponen pada litar projekErli Asila Alias
 
SUMBER TENAGA ELEKTRIK
SUMBER TENAGA ELEKTRIKSUMBER TENAGA ELEKTRIK
SUMBER TENAGA ELEKTRIKMd Emran Saidi
 
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronikE4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektroniksaifuladlihjyusoff
 
Keselamatan elektrik
Keselamatan elektrikKeselamatan elektrik
Keselamatan elektrikapplied
 
RBT Tingkatan 3 - Bab 1 - Reka Bentuk Mekatronik (Cikgu Ooi)
RBT Tingkatan 3 - Bab 1 - Reka Bentuk Mekatronik (Cikgu Ooi)RBT Tingkatan 3 - Bab 1 - Reka Bentuk Mekatronik (Cikgu Ooi)
RBT Tingkatan 3 - Bab 1 - Reka Bentuk Mekatronik (Cikgu Ooi)Yuansheng92
 
Ukur Menggunakan Multimeter
Ukur Menggunakan MultimeterUkur Menggunakan Multimeter
Ukur Menggunakan Multimetertiah93
 
2. pemilihan alatan, bahan dan komponen
2. pemilihan alatan, bahan dan komponen2. pemilihan alatan, bahan dan komponen
2. pemilihan alatan, bahan dan komponenErli Asila Alias
 
8.0 keelektromagnetan
8.0 keelektromagnetan8.0 keelektromagnetan
8.0 keelektromagnetanMrHan Physics
 
membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2
 membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2 membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2
membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2Ziana J
 

What's hot (20)

Elektronik
ElektronikElektronik
Elektronik
 
hukum asas litar elektrik
hukum asas litar elektrikhukum asas litar elektrik
hukum asas litar elektrik
 
Reka bentuk mekanikal
Reka bentuk mekanikalReka bentuk mekanikal
Reka bentuk mekanikal
 
Perintang
PerintangPerintang
Perintang
 
Laporan Pendawaian
Laporan PendawaianLaporan Pendawaian
Laporan Pendawaian
 
fungsi-komponen dalam litar
fungsi-komponen dalam litarfungsi-komponen dalam litar
fungsi-komponen dalam litar
 
Pengenalan motor
Pengenalan motorPengenalan motor
Pengenalan motor
 
Diod
DiodDiod
Diod
 
Langkah memasang komponen pada litar projek
Langkah memasang komponen pada litar projekLangkah memasang komponen pada litar projek
Langkah memasang komponen pada litar projek
 
SUMBER TENAGA ELEKTRIK
SUMBER TENAGA ELEKTRIKSUMBER TENAGA ELEKTRIK
SUMBER TENAGA ELEKTRIK
 
Pemutus litar
Pemutus litarPemutus litar
Pemutus litar
 
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronikE4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
 
Litar siri dan selari
Litar siri dan selariLitar siri dan selari
Litar siri dan selari
 
Keselamatan elektrik
Keselamatan elektrikKeselamatan elektrik
Keselamatan elektrik
 
RBT Tingkatan 3 - Bab 1 - Reka Bentuk Mekatronik (Cikgu Ooi)
RBT Tingkatan 3 - Bab 1 - Reka Bentuk Mekatronik (Cikgu Ooi)RBT Tingkatan 3 - Bab 1 - Reka Bentuk Mekatronik (Cikgu Ooi)
RBT Tingkatan 3 - Bab 1 - Reka Bentuk Mekatronik (Cikgu Ooi)
 
Ukur Menggunakan Multimeter
Ukur Menggunakan MultimeterUkur Menggunakan Multimeter
Ukur Menggunakan Multimeter
 
2. pemilihan alatan, bahan dan komponen
2. pemilihan alatan, bahan dan komponen2. pemilihan alatan, bahan dan komponen
2. pemilihan alatan, bahan dan komponen
 
8.0 keelektromagnetan
8.0 keelektromagnetan8.0 keelektromagnetan
8.0 keelektromagnetan
 
membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2
 membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2 membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2
membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2
 
8.1 multimeter
8.1 multimeter8.1 multimeter
8.1 multimeter
 

Similar to 2.3.pptx

2.3.pptx edit 5 jun
2.3.pptx edit 5 jun2.3.pptx edit 5 jun
2.3.pptx edit 5 junfare nordin
 
Reka-Bentuk-Elektrik.pptx
Reka-Bentuk-Elektrik.pptxReka-Bentuk-Elektrik.pptx
Reka-Bentuk-Elektrik.pptxMohdTaufek2
 
Wawasan elektronik 1
Wawasan elektronik 1Wawasan elektronik 1
Wawasan elektronik 1HanIfz2
 
Bab 2 listrik dinamis
Bab 2 listrik dinamisBab 2 listrik dinamis
Bab 2 listrik dinamisMustahal SSi
 
Pengenalan elektronika dan_komponen_dasa
Pengenalan elektronika dan_komponen_dasaPengenalan elektronika dan_komponen_dasa
Pengenalan elektronika dan_komponen_dasaElka Pranika
 
Laporan resmi project akhir elnika dasar
Laporan resmi project akhir elnika dasarLaporan resmi project akhir elnika dasar
Laporan resmi project akhir elnika dasarVivin Tri Wahyuni
 
Elektrik dan elektronik asimen khsr
Elektrik dan elektronik asimen khsrElektrik dan elektronik asimen khsr
Elektrik dan elektronik asimen khsrPensil Dan Pemadam
 
Basic Electric.pdf
Basic Electric.pdfBasic Electric.pdf
Basic Electric.pdfNurul218581
 
Agungmulyono politeknik negerisemarang_pkmkc
Agungmulyono politeknik negerisemarang_pkmkcAgungmulyono politeknik negerisemarang_pkmkc
Agungmulyono politeknik negerisemarang_pkmkconefuture
 
Laporan Praktikum LR03
Laporan Praktikum LR03Laporan Praktikum LR03
Laporan Praktikum LR03userindo
 
Listrik Dinamis
Listrik DinamisListrik Dinamis
Listrik DinamisFKIP UHO
 
Tugas pengantar elektro teknik 4 ( modul)
Tugas pengantar elektro teknik 4 ( modul)Tugas pengantar elektro teknik 4 ( modul)
Tugas pengantar elektro teknik 4 ( modul)Niko Kusuma
 
Bahan ajar LISTRIK KLS 9 MTSN DENANYAR
Bahan ajar LISTRIK KLS 9 MTSN DENANYARBahan ajar LISTRIK KLS 9 MTSN DENANYAR
Bahan ajar LISTRIK KLS 9 MTSN DENANYARHisbulloh Huda
 
Daring 7. Listrik Dinamis SMP Ibrahimy 1 Sukorejo P2S3
Daring 7. Listrik Dinamis SMP Ibrahimy 1 Sukorejo P2S3Daring 7. Listrik Dinamis SMP Ibrahimy 1 Sukorejo P2S3
Daring 7. Listrik Dinamis SMP Ibrahimy 1 Sukorejo P2S3ZainulHasan13
 
MEDIA PEMBELAJARAN.pdf
MEDIA PEMBELAJARAN.pdfMEDIA PEMBELAJARAN.pdf
MEDIA PEMBELAJARAN.pdfMantepEko
 

Similar to 2.3.pptx (20)

2.3.pptx edit 5 jun
2.3.pptx edit 5 jun2.3.pptx edit 5 jun
2.3.pptx edit 5 jun
 
Reka-Bentuk-Elektrik.pptx
Reka-Bentuk-Elektrik.pptxReka-Bentuk-Elektrik.pptx
Reka-Bentuk-Elektrik.pptx
 
Wawasan elektronik 1
Wawasan elektronik 1Wawasan elektronik 1
Wawasan elektronik 1
 
Bab 2 listrik dinamis
Bab 2 listrik dinamisBab 2 listrik dinamis
Bab 2 listrik dinamis
 
Pengenalan elektronika dan_komponen_dasa
Pengenalan elektronika dan_komponen_dasaPengenalan elektronika dan_komponen_dasa
Pengenalan elektronika dan_komponen_dasa
 
Laporan resmi project akhir elnika dasar
Laporan resmi project akhir elnika dasarLaporan resmi project akhir elnika dasar
Laporan resmi project akhir elnika dasar
 
Elektrik dan elektronik asimen khsr
Elektrik dan elektronik asimen khsrElektrik dan elektronik asimen khsr
Elektrik dan elektronik asimen khsr
 
Basic Electric.pdf
Basic Electric.pdfBasic Electric.pdf
Basic Electric.pdf
 
Agungmulyono politeknik negerisemarang_pkmkc
Agungmulyono politeknik negerisemarang_pkmkcAgungmulyono politeknik negerisemarang_pkmkc
Agungmulyono politeknik negerisemarang_pkmkc
 
Laporan Praktikum LR03
Laporan Praktikum LR03Laporan Praktikum LR03
Laporan Praktikum LR03
 
Listrik Dinamis
Listrik DinamisListrik Dinamis
Listrik Dinamis
 
Teori dasar listrik
Teori dasar listrikTeori dasar listrik
Teori dasar listrik
 
Tugas pengantar elektro teknik 4 ( modul)
Tugas pengantar elektro teknik 4 ( modul)Tugas pengantar elektro teknik 4 ( modul)
Tugas pengantar elektro teknik 4 ( modul)
 
Bahan ajar LISTRIK KLS 9 MTSN DENANYAR
Bahan ajar LISTRIK KLS 9 MTSN DENANYARBahan ajar LISTRIK KLS 9 MTSN DENANYAR
Bahan ajar LISTRIK KLS 9 MTSN DENANYAR
 
Daring 7. Listrik Dinamis SMP Ibrahimy 1 Sukorejo P2S3
Daring 7. Listrik Dinamis SMP Ibrahimy 1 Sukorejo P2S3Daring 7. Listrik Dinamis SMP Ibrahimy 1 Sukorejo P2S3
Daring 7. Listrik Dinamis SMP Ibrahimy 1 Sukorejo P2S3
 
Rangkaian listrik paralel
Rangkaian listrik paralelRangkaian listrik paralel
Rangkaian listrik paralel
 
MEDIA PEMBELAJARAN.pdf
MEDIA PEMBELAJARAN.pdfMEDIA PEMBELAJARAN.pdf
MEDIA PEMBELAJARAN.pdf
 
"Listrik Dinamis" kelas IX (FISIKA)
"Listrik Dinamis" kelas IX (FISIKA)"Listrik Dinamis" kelas IX (FISIKA)
"Listrik Dinamis" kelas IX (FISIKA)
 
listrik
listriklistrik
listrik
 
Karya ilmiah
Karya ilmiahKarya ilmiah
Karya ilmiah
 

Recently uploaded

Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptYanseBetnaArte
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 

Recently uploaded (20)

Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 

2.3.pptx

  • 2. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega 2.3.1 Mengenal pasti dan menjelaskan sistem-sistem elektrik iaitu sumber, medium, beban dan kawalan. 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK Sumber ialah punca pengeluar tenaga elektrik seperti janakuasa dan bateri. Terdapat sumber yang boleh diperbaharui. Contoh sumber yang boleh diperbaharui ialah solar. Manakala sumber yang tidak boleh diperbaharui ialah bateri yang tidak boleh dicas semula. (Bateri yang boleh dicas semula dianggap sumber yang boleh diperbaharui sementara)
  • 3. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega Medium ialah perantaraan di antara sumber dan beban. Ia bertugas membawa arus elektrik. Terdapat dua jenis medium iaitu kabel /wayar dan tanpa wayar. Contoh medium tanpa wayar ialah gelombang radio, infrared dan bluetooth. 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
  • 4. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega Beban ialah alat yang melakukan tugas dan menggunakan tenaga elektrik. Beban ini menghasilkan kesan tertentu seperti cahaya pada mentol, bunyi pada pembesar suara dan putaran pada motor. 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
  • 5. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega Kawalan ialah bahagian yang mengawal aliran arus elektrik dengan selamat seperti memutus dan menyambungkan litar. Kawalan ini boleh dilakukan secara insaniah (manual) dan automatik contohnya kawalan suis, kawalan suhu penyaman udara, kawalan suhu periuk nasi elektrik. 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
  • 6. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega Aksesori ialah peralatan yang membenarkan arus mengalir seperti suis dan pemegang lampu 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
  • 7. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega Contoh kawalan Insaniah (manual) Contoh kawalan Insaniah dan kawalan automatik Kawalan insaniah Kawalan automatik Kawalan insaniah 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK Rajah 1 Rajah 2
  • 10. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK 2.3.2 Menunjuk Cara Reka Bentuk Litar Peralatan Elektrik: (i) Keselamatan (ii) Kedudukan peranti dalam litar (iii)Sambungan litar Reka bentuk litar elektrik mengandungi susunan komponen atau peranti untuk melakukan sesuatu tugas yang dikehendaki dengan kriteria seperti selamat, kemas, cekap, kos yang rendah dan berkualiti. Reka bentuk litar dalam peralatan elektrik kebiasaannya dibina berdasarkan tiga aspek, iaitu keselamatan, kedudukan peranti dalam litar, dan sambungan litar.
  • 11. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK (i) Keselamatan Litar peralatan elektrik direka bentuk dengan ciri-ciri keselamatan. Ciri-ciri keselamatan ini penting kerana dapat melindungi pengguna dan peralatan tersebut daripada berlakunya litar pintas. Bagi periuk nasi elektrik litar elektrik ditempatkan di dalam bahagian bawah periuk. Kedudukan litar adalah tersembunyi dan tidak dapat dicapai tangan serta tidak terdedah. Ciri-ciri seperti itu dapat melindungi keselamatan pengguna daripada renjatan elektrik yang boleh membawa maut.
  • 12. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK Reka bentuk kedudukan peranti-peranti seperti sensor tekanan, sensor suhu dan elemen pemanas diletakkan bersama dengan litar elektrik. Reka bentuk seperti ini bertujuan untuk penjimatan ruang selain menekankan aspek keselamatan. Di samping itu juga litar elektrik periuk nasi kelihatan kemas dan menarik susunannya. Ini penting untuk menjadikan reka bentuk litar elektrik sesuai untuk tujuan komersial seperti Rajah 3. (ii) Kedudukan Peranti Dalam Litar (periuk nasi elektrik)
  • 13. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega Switch for Cook and Warm modes Switch for Cook and Warm modes 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK Port for electrical plug Outside of cooking chamber Plunger Switch for Cook and Warm modes Rajah 3
  • 14. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK Kedudukan peranti dalam litar elektrik - periuk nasi elektrik berdasarkan Rajah 4 di bawah. Rajah 4
  • 15. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega (iii) Sambungan Litar Reka bentuk sambungan litar elektrik pada komponen atau peranti disusun mengikut sesuatu tugas yang dikehendaki. Contohnya, susunan reka bentuk sambungan litar pada periuk nasi elektrik yang menekankan ciri selamat, cekap, kemas, dan berkualiti. Terdapat pelbagai jenis litar dalam sambungan litar elektrik, antaranya termasuklah litar tertutup, litar buka, litar pintas, litar salah kekutuban, litar bocor ke bumi, dan litar bypass. 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
  • 16. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega Litar Tertutup Litar ini mempunyai satu kitaran lengkap pergerakan arus, voltan dan kuasa dalam satu litar elektrik. Contohnya lampu menyala apabila suis ditekan. Litar Buka Litar ini ialah litar yang tidak mempunyai satu kitaran lengkap arus, voltan dan kuasa dalam satu litar elektrik. Contohnya suis lampu tidak menyala kerana suis tidak ditekan. 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
  • 17. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega Litar Pintas Litar pintas ialah satu keadaan yang berlaku di mana wayar hidup (L) bersentuhan dengan wayar neutral (N) tanpa melalui beban. Contohnya penebat wayar yang bocor dan bersentuhan antara wayar hidup (L) dan wayar neutral (N) secara terus akan menghasilkan percikan bunga api dan akan menyebabkan kebakaran. Litar Salah Kekutuban Litar salah kekutuban ialah jenis litar yang terhasil akibat daripada salah memasang kekutuban pada sumber elektrik. Contohnya wayar L dan N pada kipas angin tersalah kekutuban dan mengakibatkan motor berpusing secara terbalik. 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
  • 18. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega Litar Bocor ke bumi Litar bocor ke bumi ialah litar yang terjadi akibat daripada kebocoran arus pada wayar hidup dengan badan logam perkakasan elektrik. Litar Bypass Litar bypass terjadi kerana penyambungan wayar dibuat pada fius yang sama untuk soket perkakasan elektrik yang berlainan. Contohnya, satu fius di papan agihan elektrik digunakan untuk perkakasan peti sejuk dan penghawa dingin. Ini akan mengakibatkan berlakunya lebihan bebanan pada wayar tersebut dan boleh menghasilkan haba berlebihan pada penebat wayar dan berlakunya litar pintas. 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
  • 19. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega 2.3.3 Membuat Pengiraan Parameter Elektrik dalam Reka Bentuk Litar Parameter elektrik seperti voltan, arus, rintangan dan kuasa. Hubungan voltan dan arus elektrik adalah berkadar terus. Ini bermaksud apabila voltan bertambah, arus elektrik akan bertambah juga. Manakala hubungan rintangan dan arus elektrik adalah berkadar songsang. Hubungan antara dua parameter ini menerangkan bahawa apabila rintangan bertambah tetapi arus akan berkurangan. Keadaan ini dapat disimpulkan dalam rumusan yang dipanggil sebagai hukum ohm. Parameter ini boleh dikira jumlah penggunaannya. 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
  • 20. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega Pengiraan Menggunakan Hukum Ohm Untuk mencari nilai voltan (Volt): V = I X R Untuk mencari nilai arus (Ampere): I = V R Untuk mencari nilai rintangan (Ohm): R = V I Untuk rumus bagi kuasa (Watt): P = V x I V : voltan I : arus R : rintangan P : kuasa elektrik. 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
  • 21. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega Cara-cara Pengiraan 1 Murid dibekalkan satu litar lengkap seperti di bawah. Diberi nilai arus 1.5 ampere dan nilai beban 4 ohm. Kira nilai voltan dan kuasa pada litar. Manakala untuk mencari nilai kuasa (P), gunakan formula: P = V x I P = 6 V x 1.5 A P = 9 watt Untuk mencari nilai voltan gunakan formula: V = I x R V = 1.5A x 4 ohm V = 6.0 V Voltan: 6 V dan Kuasa : 9watt 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK Rajah 5
  • 22. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega Contoh Pengiraan 2 Diberi nilai voltan 9V dan nilai beban 3 ohm. Cari nilai arus pada litar tersebut. I = V R I = 9 v 3 ohm I = 3 A 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK Rajah 6
  • 23. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega Contoh Pengiraan 3 Diberi nilai voltan 9v dan nilai arus 0.9 ampere. Cari nilai rintangan pada litar tersebut. R = V I R = 9 v 0.9 A R = 10 ohm 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK Rajah 7
  • 24. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK 2.3.4 Menghasilkan Lakaran Reka Bentuk Litar Elektrik yang akan Dibuat Contoh: Apabila membuka pintu almari pakaian, kita akan menghadapi masalah untuk mencari pakaian dan barang yang disimpan di dalam almari kerana keadaanya gelap. Bagi mengatasi masalah ini kita akan membina satu gajet elektrik yang dapat menerangi keseluruhan dalam almari apabila almari dibuka. Kenal pasti kedudukan gajet dalam almari supaya kedudukan gajet dapat menerangi keseluruhan almari tersebut. Sebelum membina gajet, lakaran hendaklah dibuat terlebih dahulu sebagai gambaran awal projek gajet elektrik ini. Tujuannya untuk memastikan kuantiti dan kedudukan komponen-komponen seperti mentol, suis, bateri dan wayar. Pemilihan wayar mestilah sesuai kerana wayar hendaklah disembunyikan di tepi papan almari. Contoh lakaran litar elektrik lampu almari adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 8.
  • 26. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK Selepas lakaran litar elektrik lampu almari dibina, langkah seterusnya ialah melakar reka bentuk litar skematik lampu almari. Litar skematik dibina dalam dua keadaan iaitu suis terbuka dan tertutup. Jenis suis yang digunakan ialah suis tekan buka. Apabila suis tekan buka ditekan iaitu pintu almari ditutup, pintu almari akan menekan suis tekan buka. Keadaan ini akan menyebabkan litar menjadi terbuka dan tiada pengaliran arus elektrik dan lampu tidak menyala. Situasi kedua ialah apabila pintu almari dibuka. Suis akan dilepaskan kerana tiada tekanan. Dalam keadaan ini suis tekan buka akan tertutup dan menyebabkan litar elektrik lengkap. Lampu akan menyala dan menerangi keseluruhan di dalam almari pakaian.
  • 27. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK Rajah 9 Litar siri sebelum suis dibuka Rajah 10 Litar siri apabila suis dibuka
  • 28. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega Bagi melihat kecerahan mentol, pengiraan pada parameter perlulah dilakukan. Tujuannya adalah untuk melihat kecerahan mentol tersebut bersesuaian dengan keluasan almari tersebut. Dalam Rajah 9 menunjukkan litar elektrik yang lengkap yang telah diberi nilai parameter voltan dan arus. Nilai rintangannya dapat dihitung seperti yang berikut: Jumlah rintangan R = V I R = 3 0.0833 R = 36 Ω Nilai rintangan bagi setiap mentol ialah 36.0 Ω. Pemilihan mentol perlulah sesuai dengan voltan yang dihasilkan dalam litar supaya kecerahan mentol adalah maksimum. 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK Foto 1: Lampu menerangi ruang di dalam almari pakaian
  • 29. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK 2.3.5 Menganalisis Elemen Sistem Elektrik pada Gajet yang akan Dihasilkan Aktiviti menganalisis elemen sistem elektrik dilakukan pada medium, beban dan kawalan dalam litar elektrik. Litar elektrik yang lengkap terdiri daripada: • sumber elektrik seperti bateri • medium iaitu dawai penyambung • beban iaitu komponen elektrik • suis sebagai kawalan. Rajah 9
  • 30. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK Rajah 10 litar elektrik yang disambung secara bersiri Aktiviti 1 Pengujian sambungan litar pada gajet yang akan dihasilkan 1. Mentol disambung bersebelahan antara satu dengan yang lain dalam satu baris (siri). 2. Sambungkan setiap mentol dengan wayar, suis dan bateri. 3. Hidupkan suis supaya lampu menyala. 4. Lihat kepada kecerahan lampu yang menyala. 5. Tanggalkan satu mentol, apa yang terjadi pada mentol lain? 6. Buat kesimpulan
  • 31. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK Voltan dalam litar siri diukur menggunakan voltmeter. Dalam litar ini, sel-sel disambung secara bersiri, dan voltannya bertambah. Jika satu komponen elektrik yang disambungkan dalam litar itu mengalami kerosakan maka seluruh litar tidak akan dapat berfungsi. Contoh kesimpulan: Walaupun nilai arus yang mengalir sama tetapi jumlah voltan pada bateri akan diagihkan kepada mentol lain yang ada dalam litar. Kecerahan setiap mentol itu diperhatikan. Litar selari merujuk kepada litar yang mempunyai lintasan arus yang lebih daripada satu. Ini bermaksud penyambungan arus dilakukan dengan menggunakan wayar lebih daripada satu komponen disambung sebelah-menyebelah. Arus elektrik akan mengalir melalui lintasan yang berbeza. Apabila salah astu mentol terbakar, mentol yang lain masih menyala.
  • 32. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK Contoh: Membina gajet elektrik pada almari pakaian. Litar asas untuk pembinaan gajet terdiri daripada bateri, mentol, wayar lembar tunggal berpenebat dan suis mikro. Aksesori yang digunakan ialah pemegang mentol.
  • 33. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK Rajah 11: Gambar rajah blok litar asas gajet elektrik pada almari pakaian Mentol 1 Mentol 2 Mentol 3 Bateri Suis Mikro Mentol 4 Wayar lembar tunggal Wayar lembar tunggal
  • 34. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega Menganalisis Elemen Sistem Elektrik 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK Analisis dilakukan untuk memastikan setiap elemen dalam litar elektrik mencukupi dan mematuhi nilainya. Contoh analisis dapat dilihat seperti yang dipaparkan pada Jadual 1. Bil. Elemen Elektrik Kuantiti Nilai Parameter Contoh Komponen Elektrik Sambungan 1 Sumber - bateri 1 3 V Positif bekalan ke mentol 1 2 Beban - mentol 4 3 V Mentol 1 ke mentol 2 ke mentol 3 dan ke mentol 4 3 Medium - wayar lembar tunggal Ikut saiz panjang dan lebar almari Sambungan daripada bateri ke mentol 1, 2, 3 dan 4 ke kaki suis mikro 4 Kawalan - suis 1 Mentol 4 ke kaki NC suis mikro dan kaki COM ke bekalan negatif bekalan elektrik
  • 35. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK 2.3.6 Membina Gajet Elektrik Berfungsi Pada peringkat ini, satu gajet yang berfungsi akan dihasilkan untuk diletakkan di dalam almari pakaian. Berdasarkan lakaran reka bentuk litar yang telah dihasilkan pada 2.3.4, terjemahkan lakaran tersebut kepada litar bergambar untuk membina gajet elektrik berfungsi. Jenis penyambungan yang digunakan untuk litar gajet ini ialah litar bersiri. Mentol 1 Mentol 3 Mentol4 Mentol 2 Suis mikro Bateri dan pemegang bateri Rajah 12
  • 36. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK Berdasarkan litar bergambar di atas, gajet tersebut dipasang di dalam almari pakaian. Contoh kedudukan gajet elektrik di dalam alamari pakaian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 12 Langkah-langkah Pembinaan Litar Gajet Eletrik 1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan dengan merujuk lakaran atau litar bergambar. 2. Sediakan empat mentol berkuasa 3V, dua bateri bersaiz AA bersama pemegang bateri, suis mikro (tekan buka), dan wayar lembar tunggal mengikut saiz. 3. Kemudian, tentukan susunan dan kedudukan gajet pada almari pakaian. 4. Lakukan penyambungan litar gajet. 5. Selepas penyambungan lengkap, pasang penyambungan litar gajet itu di dalam almari pakaian.
  • 37. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK Rajah 13 Kedudukan gajet elektrik di dalam almari
  • 38. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK 2.3.7 Membuat Pengujian dan Penilaian Kefungsian Gajet Pengujian Tujuan pengujian dilakukan pada gajet adalah untuk memastikan gajet pada litar dapat berfungsi sepertimana yang dikehendaki. Sambungan mentol dan suis dipasang mengikut litar skematik dan litar bergambar. Litar ini disambung dengan sumber elektrik, iaitu bateri. Ujian dibuat apabila suis mikro dilepaskan dan didapati kesemua mentol menyala. Penilaian Penilaian dilakukan selepas pengujian. Penilaian dilakukan ke atas semua komponen pada gajet litar elektrik. Jadual 2 menunjukkan contoh penilaian yang dibuat terhadap gajet.
  • 39. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK Bil. Aspek yang Dinilai Berfungsi atau Tidak Berfungsi Catatan 1 Mentol Berfungsi Mentol menyala apabila pintu dibuka dan terpadam apabila pintu ditutup 2 Pendawaian wayar Berfungsi Disambung kepada semua komponen 3 Litar Berfungsi Terdapat bekalan kuasa pada litar 4 Bateri Berfungsi Membekalkan kuasa yang mencukupi 5 Suis makro Berfungsi Suis berfungsi dengan baik mengikut objektif, iaitu apabila pintu almari ditutup dan dibuka Jadual 2 Contoh jadual penilaian reka bentuk gajet litar elektrik lampu almari pakaian
  • 40. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK Hasil Penilaian • Hasil daripada penilaian didapati bahawa kecerahan lampu kurang menerangi keseluruhan ruang di dalam almari. Lebih-lebih lagi, pada waktu siang. • Kedudukan susunan pemasangan gajet pada bahagian almari perlu ditambah baik dan diperkemas. Kedudukan wayar perlu ditempatkan di bahagian yang tidak dapat dilihat seperti di belakang almari pakaian. Manakala bahagian yang menempatkan mentol perlu dibuat lubang agar bahagian mentol sahaja kelihatan di permukaan. • Pemegang bateri pula perlu diletakkan di belakang bateri untuk tujuan kekemasan tetapi ini mungkin akan menimbulkan masalah semasa hendak menukar bateri yang lemah. Kedudukan suis mikro adalah tepat kerana tuil penolak suis mikro akan tertekan apabila pintu almari ditutup. Oleh itu, gajet elektrik ini perlu dilakukan penambahbaikan fungsi agar menjadi lebih cekap dan kemas.
  • 41. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK 2.3.8 Mencadang Penambahbaikan ke atas Reka Bentuk Gajet yang Telah Dibina Bagi penambahbaikan kecerahan mentol, satu uji kaji telah dikenal pasti. Uji kaji dijalankan ke atas dua jenis litar, iaitu litar siri dan litar selari. Uji kaji ini dilakukan untuk membuktikan kecerahan mentol dan jumlah nilai parameter rintangan yang terdapat dalam litar siri dan litar selari. Bagi membuktikan kecerahan mentol, uji kaji dibuat dengan menggunakan komponen elektrik yang sama dan dilakukan dengan cara menukar litar siri kepada litar selari. Keputusannya, mentol menyala lebih terang jika dipasang dalam litar selari. Hal ini kerana beban rintangan pada litar selari menjadi lebih rendah berbanding litar siri. Uji kaji seterusnya ialah membuat pengiraan jumlah nilai parameter rintangan pada litar tersebut. Pengiraan dilakukan dengan merujuk pada Rajah 14 dan Rajah 15 yang telah diberi nilai voltan dan arus. Jumlah nilai rintangan pada litar di atas akan dihitung.
  • 42. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK Rajah 14 Litar selari Suis mikro tidak ditekan Rajah 15 Litar selari Suis mikro semasa ditekan
  • 43. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK Cara Pengiraan Jumlah rintangan, R = _V__ I R = __3__ 1.33 R = 2.25 Ω Untuk membandingkan jumlah nilai rintangan pada kedua-dua jenis litar, iaitu litar siri dan litar selari maka pengiraan akan dilakukan antara kedua-dua litar tersebut. Hasil uji kaji ini menjelaskan bahawa nilai rintangan yang kecil akan memberikan kecerahan yang lebih tinggi berbanding dengan nilai rintangan yang besar.
  • 44. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK Litar Siri Rajah 16 Litar siri Suis mikro tidak ditekan Jumlah rintangan R = _V__ I R = ___3___ 0.0833 R = 36.014 Ω Keputusan uji kaji : Lampu malap kerana jumlah rintangan sangat tinggi.
  • 45. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK Litar Selari Jumlah rintangan, R = _V__ I R = __3__ 1.33 R = 2.25 Ω Keputusan uji kaji : Lampu menjadi terang kerana jumlah rintangan rendah Rajah 17 Litar selari Suis mikro tidak ditekan
  • 46. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega Oleh itu, sebagai penambahbaikan dicadangkan agar litar siri pada gajet itu ditukarkan kepada litar selari. Penambahbaikan ini perlu dilakukan kerana bukti daripada uji kaji menunjukkan bahawa cahaya mentol-mentol yang diatur dalam kedudukan selari adalah lebih terang berbanding dengan litar siri. Begitu juga dengan kedudukan pemegang bateri dan wayar lembar tunggal pada almari pakaian. Kedudukan pemegang bateri perlu dibuat penambahbaikan supaya kedudukannya disembunyikan, iaitu di dalam kotak khas di sebelah bawah di dalam almari pakaian. Manakala pendawaian dibuat di sebelah luar almari pakaian tersebut. 2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
  • 47. PenerajuPendidikanNegaPenerajuPendidikanNega STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1 Menyatakan elemen yang terdapat dalam sistem elektrik. 2 Menerangkan fungsi setiap elemen sistem elektrik. 3 Membuat pengiraan parameter elektrik bagi memastikan sumber, medium, beban dan kawalan sesuai digunakan dalam reka bentuk gajet yang dihasilkan. 4 Menganalisis parameter voltan, arus, rintangan dan kuasa pada satu gajet elektrik. 5 Memberi justifikasi kepada produk sistem elektrik yang dipilih dari sudut kesesuaian reka bentuk dan keselamatan. 6 Membina gajet yang berfungsi dan memenuhi kriteria reka bentuk litar elektrik.