SlideShare a Scribd company logo
1 of 39
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 
SEMESTER : SEPTEMBER 2013 
HBEF 3503 
PENDIDIKAN INKLUSIF 
(T1A2) 
SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) 
DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS ) 
NAMA PELAJAR : MOHAMAD FAUDZI BIN 
MOHAMAD SALEH 
NO. MATRIKULASI : 731208125515001 
NO. KAD PENGENALAN : 731208-12-5515 
NO. TELEFON : 0138927731 
E-MAIL : faudzi@oum.com.my 
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, TAWAU
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
2 
ISI KANDUNGAN 
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 
1.0 PENGENALAN 3-4 
2.0 KRITERIA PENILAIAN 4 
2.1 Kriteria Murid Yang Dinilai 4 
2.2 Kriteria Penilai 4 
3.0 INSTRUMEN PENILAIAN 5 
3.1 Pentadbiran Instrumen 5 
3.2 Bahagian A: Maklumat Murid 6-8 
3.3 Bahagian B : Senarai Semak Deria 9-14 
3.4 Bahagian C : Senarai Semak Penyataan Item 15-21 
Dan Penjelasan 
4.0 CARTA ALIR PROSEDUR PENGESAHAN MURID 30 
BERKEPERLUAN KHAS 
4.1 Carta Alir Ujian Penglihatan 30 
4.2 Carta Alir Pelaksanaan Ujian Saringan 31 
4.3 Carta Alir Prosedur Pengesahan Murid 32 
Berkeperluan Khas 
5.0 KESIMPULAN 33-34 
6.0 BIBLIOGRAFI 35 
7.0 LAMPIRAN 
Lampiran 7.1 36 
Lampiran 7.2 37 
Lampiran 7.3 38
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
3 
1.0 PENGENALAN 
Umum menyedari bahawa setiap individu perlu memperoleh peluang pendidikan dan 
kemahiran agar berupaya mencapai kesejahteraan hidup. Ini bermakna kanak-kanak istimewa 
ini tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja, sebaliknya mereka turut diberi pendidikan 
sewajarnya selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Khas yang bertunjangkan Falsafah 
Pendidikan Kebangsaan. Mutakhir ini, keseriusan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk 
membela nasib murid-murid berkeperluan khas ini terbukti dengan wujudnya sekolah 
Pendidikan Khas yang mempunyai kurikulum yang telah diubah suai daripada kurikulum 
biasa yang mana aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara teratur dan dinilai 
keberkesanannya secara teliti oleh guru-guru terlatih khas dan dilengkapi dengan keperluan 
fizikal atau infrastruktur khas yang sesuai. Oleh hal yang demikian, pengesanan perlu 
dijalankan untuk menentukan murid-murid tersebut memiliki ciri-ciri murid berkeperluan 
khas sekaligus menempatkan mereka ke dalam opsyen persekolahan yang lebih sesuai. 
Bertitik tolak daripada kenyataan tersebut satu set instrumen penilaian dan proses saringan 
bagi mengenal pasti atau mengesan dengan tepat tahap kompetensi murid perlu dibangunkan. 
Di samping itu saringan juga perlu dijalankan bertujuan untuk mengesan murid yang 
berkebarangkalian mempunyai masalah dalam pembelajaran dan memastikan murid 
mendapat akses perkhidmatan pendidikan yang bersesuaian mengikut keperluan. 
Sehubungan dengan itu, pelaksanaan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS), 
NKRA telah dilaksanakan di semua sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan mulai 
bulan Januari tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun Satu (kohort 1) 2010. Dalam hal 
yang berkaitan, murid yang tidak menguasai konstruk 1 dan 2 dalam saringan 3 disaring 
sekali lagi menggunakan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran 
(IPMBDM) dan Instrumen Saringan Disleksia (ISD) bagi mendapat pengesahan Pegawai 
Perubatan dan seterusnya menempatkan murid berdasarkan keperluan pembelajaran. 
Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran merupakan satu alat untuk 
mengesan murid yang berkebarangkalian mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas. Instrumen 
ini disasarkan kepada kumpulan murid LINUS Tegar, murid Program Pemulihan Khas dan
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
4 
murid yang mempunyai kebarangkalian berkeperluan khas. 
Instrumen ini bertujuan membantu guru mengesan murid yang mempunyai masalah dalam 
pembelajaran. Instrumen ini juga penting sebagai bahan rujukan untuk pengamal perubatan 
membuat pengesahan status masalah pembelajaran murid. Panduan ini dihasilkan untuk 
membantu Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Guru besar melaksanakan proses pengesahan 
murid berkeperluan Khas oleh pegawai perubatan. 
Guru atau penilai perlu berbincang dengan ibu bapa atau penjaga sekiranya didapati murid 
berkemungkinan mempunyai ciri-ciri keperluan khas. Instrumen ini perlu dibawa bersama 
ketika berjumpa pengamal perubatan sebagai bahan rujukan untuk pengesahan masalah 
pembelajaran yang dihadapi oleh murid. 
2.0 KRITERIA PENILAIAN 
2.1 Kriteria Murid Yang Dinilai 
 Murid telah melalui proses pembelajaran untuk tempoh tidak kurang daripada enam 
bulan; 
 Murid mempunyai kesukaran dalam penguasaan kemahiran membaca, menulis dan 
mengira; 
 Murid mempunyai prestasi yang rendah dalam mata pelajaran akademik; 
 Murid telah diberi langkah-langkah pemulihan melalui program pemulihan dalam 
kelas atau Program Pemulihan Khas 
2.2 Kriteria Penilai 
Penilai hendaklah telah mengajar murid yang hendak dinilai sekurang-kurangnya 
selama enam bulan. 
Contoh guru yang boleh menjadi penilai: 
i) guru LINUS; 
ii) guru kelas; 
iii) guru Pemulihan Khas;
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
5 
iv) guru Bahasa Malaysia; 
v) guru Matematik. 
3.0 INSTRUMEN PENILAIAN 
Instrumen ini dibahagikan kepada dua bahagian: 
1. Bahagian A : Maklumat Murid 
2. Bahagian B : Senarai Semak 
i. Elemen 1 : Tanda-tanda Masalah Pendengaran 
ii. Elemen 2 : Tanda-tanda Masalah Penglihatan 
iii. Elemen 3 : Tahap Penguasaan Kemahiran Asas Perkembangan Individu 
iv. Elemen 4 : Tahap Penguasaan Mengeja, Membaca dan Menulis 
v. Elemen 5 : Tahap Penguasaan Nombor. 
3.1 PENTADBIRAN INSTRUMEN 
Peralatan yang diperlukan: 
Elemen 1 : Tiada 
Elemen 2 : Carta Snellen E Penutup mata Kad berbentuk E Pita ukur 
Tatacara pengendalian ujian penglihatan 
Elemen 3 : Teks bacaan 
Binding tape 
Contoh aktiviti menyambung titik-titik 
Pensel warna 
Contoh aktiviti mewarna gambar 
Bola (sebesar bolasepak) 
Contoh gambar untuk aktiviti bercerita berpandukan gambar 
Gunting 
Elemen 4 : Contoh perkataan mudah 
Elemen 5 : Kad gambar / kiub atau benda-benda yang ada dalam simpanan 
guru/sekolah.
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
3.2 Bahagian A: Maklumat Murid 
Bahagian ini mengandungi item- item tentang maklumat murid dan perlu diisi oleh guru atau 
penilai. 
6 
Arahan : Tandakan  atau tulis pada petak yang disediakan. 
1. Nama murid : 
2. Jantina : 3. Etnik : 
Lelaki 
Perempuan 
4. Adakah murid ini mempunyai masalah fizikal 
Ya 
Tidak 
Jika ‘Ya’, nyatakan : ________________ 
5. Tarikh Lahir : _________________ 6. No. KP/Sijil Lahir: 
________________ 
7. Tahun persekolahan semasa: 8. Murid mengikuti program : 
Tahun  Nama Kelas 
1 
2 
3 
4 
5 
6 
9. Kategori LINUS Tegar: 
Literasi 
Numerasi 
Literasi dan Numerasi 
Melayu 
Cina 
India 
Bumiputra Sabah 
Bumiputra Sarawak 
Bumiputra Orang Asli 
Lain-lain 
YA TIDAK 
Prasekolah/Tadika 
LINUS 
Pemulihan Khas
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
7 
10. Kedatangan ke sekolah : 
Baik (> 90%) 
Memuaskan (70-89 %) 
Sederhana (50-69%) 
Lemah (0-49%) 
11. Keputusan Ujian Akhir Tahun : 
A B C D E 
Bahasa Malaysia 
Bahasa Inggeris 
Matematik 
Sains 
Kemahiran Hidup 
Pend. Islam/Moral 
P.Jasmani & Kesihatan 
Muzik 
12. Pendapatan ibubapa/penjaga 
Sebulan 
>RM5000 
RM4000 – RM5000 
RM3000 – RM4000 
RM2000 – RM3000 
RM1000 – RM2000 
<RM1000 
13. Latar Belakang Pendidikan Ibu Bapa (tandakan / pada petak yang berkaitan): 
Sijil 
Diploma 
Ijazah 
Phd 
Lain-lain: 
Nyatakan 
14. Sejarah Kesihatan Murid : 
Penyakit Kronik Ada Tidak 
Lelah 
Asma 
Masalah Jantung 
Leukimia
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
8 
15. Nama Sekolah : 
16. Lokasi Sekolah : 17. Negeri : 18. Jenis 
Sekolah 
Bandar Perlis SK 
Luar Bandar Kedah SJKC 
Pulau Pinang SJKT 
Perak SKM 
19. Daerah 
______________ 
Selangor 
WP Kuala 
Lumpur 
Negeri Sembilan 
Melaka 
Johor 
Pahang 
Terengganu 
Kelantan 
Sarawak 
Sabah 
WP Labuan 
WP Putrajaya 
20. Kategori Tegar : 21. Gred Sekolah 
Literasi A 
Numerasi B 
C 
Nama Penilai : 
Tarikh : Tanda Tangan Penilai :
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
9 
3.3 Bahagian B : Senarai Semak Deria 
Arahan : Tandakan  pada petak yang sesuai. 
ELEMEN 1 : Tanda-Tanda Masalah Pendengaran 
Ya Tidak 
1. Murid tidak boleh bertindak balas terhadap bunyi 
1 
2. Murid tidak boleh mengajuk bunyi yang didengar 
2 
3. Murid tidak boleh menunjuk arah bunyi yang didengar 
3 
ELEMEN 2 : Tanda-Tanda Masalah Penglihatan 
Ya Tidak 
4. Murid merapatkan buku ke muka ketika membaca 
4 
5. Bacaan Ujian Snellen E 5 
i. Mata kiri 6/9 atau lebih 
ii. Mata kanan 6/9 atau lebih 
6 
ELEMEN 3: Tahap Penguasaan Kemahiran Asas Perkembangan Individu 
Ya Tidak 
6. Murid mempunyai masalah dalam bertutur. 
7 
7. Murid tidak boleh menjawab secara lisan soalan 
kefahaman daripada bahan yang diperdengarkan dalam 
bahasa yang difahami. 
8 
8. Murid mengalami masalah tingkahlaku 9
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
10 
9. Murid mempunyai daya tumpuan yang singkat 
10 
10. Murid tidak boleh mengimbangi diri apabila berjalan 
di atas garisan lurus. 
11 
11. Murid menghadapi kesukaran menggunting kertas. 
12 
12. Murid tidak boleh menyambung titik-titik. 
13 
13. Murid memerlukan bantuan ketika makan. 
14 
14. Murid tidak boleh bercerita berpandukan gambar. 
15 
15. Murid keliru dengan konsep arah. 
i. Kanan atau kiri 
16 
ii. ii. Atas atau bawah 
17 
iii. Depan atau belakang 
18 
16. Murid menghadapi masalah dengan konsep turutan. 
19 
17. Murid sering gopoh semasa bertindak. 
20 
18. Murid sering cuai dalam pergerakan. 
21 
19. Murid sukar menyesuaikan diri dalam pergaulan. 22 
20. Murid sukar menyambut bola besar dalam jarak satu 
meter. 
23 
21. Murid tidak boleh mewarna dalam ruang yang 
disediakan. 
24
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
11 
22. Murid tidak boleh berinteraksi dengan rakan-rakan 
mengenai perkara-perkara semasa di persekitaran. 
25 
23. Murid mempunyai masalah rendah diri. 
26 
24. Murid tidak mempunyai hubungan mata (eye contact) 
ketika berkomunikasi. 
27 
25. Murid sukar mengikut arahan mudah. 
28 
26. Murid bermasalah menamakan objek. 
29 
27. Kebolehan lisan dalam bahasa yang difahami murid 
tidak setanding dengan rakan sebaya. 
30 
28. Murid menghadapi kesukaran memakai kasut dengan 
betul 
31 
Elemen 4: Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis 
A. Mengeja 
Ya Tidak 
29. Murid sukar mengeja perkataan mudah. 
32 
30. Murid sering mengeja perkataan yang tiada langsung 
kaitan makna dengan perkataan asal. 
33 
31. Murid kerap melakukan kesalahan; 
i. Menyusun abjad dalam perkataan 
34 
ii. Menggabung suku kata secara terbalik 
35 
32. Murid keliru membezakan bunyi abjad yang hampir 
sama dalam suku kata. 
36
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
12 
B. Membaca 
Ya Tidak 
33. Murid ketinggalan dalam kebolehan membaca 
berbanding rakan sebaya. 
37 
34. Kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid semasa 
membaca ialah; 
i. menggugurkan perkataan; 
38 
ii. menambah perkataan pada bacaannya 
39 
iii. melangkau baris 
40 
iv. menggantikan perkataan 
41 
C. Menulis 
Ya Tidak 
35. Murid sukar menyalin maklumat dari papan tulis. 42 
36. Tulisan murid sukar dibaca 
43 
37. Murid menulis lambat berbanding dengan rakan sebaya. 
44 
38. 
Murid menulis secara terbalik; 
i. abjad-abjad tertentu 
45 
ii. perkataan. 
46 
ELEMEN 5 : Tahap Penguasaan Nombor 
Ya Tidak 
39. Murid tidak boleh membezakan konsep banyak dan 47
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
13 
sedikit. 
40. Murid tidak boleh membezakan saiz. 
48 
41. Murid tidak mengenal angka 0 hingga 9. 
49 
42. Murid tidak boleh membilang dalam lingkungan 10 
secara lisan. 
50 
43. Murid tidak boleh menulis angka 0 hingga 9. 
51 
PEMARKAHAN 
BAHAGIAN B 
Lengkapkan skor mengikut Elemen dan buat rumusan di bahagian catatan. 
HURAIAN 
SKOR 
(Jumlah 
‘Ya’) 
CATATAN 
( @ X) 
ELEMEN 1 : Tanda-tanda Masalah Pendengaran 
Berkemungkinan 
ada masalah 
pendengaran 
Ada masalah pendengaran sekiranya skor ‘Ya’ sekurang-kurangnya 
1. 
Jika ditanda ‘ ‘ pada catatan, murid perlu dirujuk kepada Audiologis @ Klinik Kesihatan untuk 
pemeriksaan lanjut. 
ELEMEN 2 : Tanda-tanda Masalah Penglihatan 
Berkemungkinan 
ada masalah 
penglihatan 
Ada masalah penglihatan sekiranya skor ‘Ya’ sekurang-kurangnya 
1. 
Jika ditanda ‘ ‘ pada catatan, murid perlu dirujuk kepada Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
14 
ELEMEN 3 : Tahap penguasaan kemahiran asas 
Berkemungkinan 
perkembangan individu. 
mempunyai ciri 
berkeperluan 
Berkemungkinan mempunyai ciri murid berkeperluan khas 
khas 
sekiranya skor ‘Ya’ lebih daripada 21. 
ELEMEN 4 : Tahap penguasaan mengeja, membaca 
Berkemungkinan 
dan menulis 
mempunyai ciri 
berkeperluan 
Berkemungkinan mempunyai ciri murid berkeperluan khas 
khas 
sekiranya skor ‘Ya’ lebih daripada 6. 
Berkemungkinan 
ELEMEN 5 : Tahap penguasaan nombor 
mempunyai ciri 
berkeperluan 
Berkemungkinan mempunyai ciri murid berkeperluan khas 
khas 
sekiranya skor ‘Ya’ lebih daripada 2. 
Jika semua /@ ketiga-tiga elemen 3,4 dan 5 ditanda ‘  ‘, murid perlu dirujuk kepada Pengamal 
Perubatan untuk pemeriksaan lanjut. 
RUMUSAN (Diisi oleh Penilai) 
Murid berkemungkinan: 
i) tidak mempunyai ciri berkeperluan khas 
ii) mempunyai ciri berkeperluan khas. 
Tandatangan Penilai : 
Nama : 
Tarikh : 
Disahkan oleh: 
…………………………….... 
(GURU BESAR ) 
Cop sekolah :
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
15 
3.4 Bahagian C: Senarai Semak Penyataan Item Dan Penjelasan 
Bahagian ini terdiri daripada lima elemen dan 52 item. 
Elemen 1: Tanda-tanda Masalah Pendengaran 
Item Pernyataan Item Penjelasan 
1 Murid tidak boleh bertindak 
balas terhadap bunyi. 
Murid tidak bertindak balas kepada bunyi yang dibuat 
dalam jarak satu meter. 
Contoh: 
- guru mengetuk pintu tanpa dilihat oleh murid. 
- murid berpaling apabila nama dipanggil. 
2 Murid tidak boleh mengajuk 
bunyi yang didengar. 
Murid yang mempunyai masalah pendengaran boleh 
membaca gerak bibir. Oleh itu, guru perlu mengelakkan 
murid daripada melihat gerak bibir semasa membuat 
bunyi. Murid mengajuk bunyi yang dibuat oleh guru. 
Contoh: bunyi ayam berkokok 
3 Murid tidak boleh menunjuk 
arah bunyi yang didengar. 
Guru memberi soalan secara berbisik dari arah 
belakang (kiri dan kanan) murid. Murid memberi 
respon kepada soalan. 
Elemen 2: Tanda-tanda Masalah Penglihatan 
Item Pernyataan Item Penjelasan 
4 Murid merapatkan buku ke 
muka ketika membaca. 
Guru memerhati jarak di antara buku dan muka murid 
ketika membaca. Jarak membaca yang ideal adalah 
33cm (1 kaki). 
5 Bacaan Ujian ‘Snellen Eye ‘. 
i) Mata kiri 6/9 atau lebih. - rujuk lampiran pelaksanaan Ujian Ketajaman 
Penglihatan menggunakan Snellen-E.
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
16 
ii) Mata kanan 6/9 atau 
lebih. 
- rujuk lampiran pelaksanaan Ujian Ketajaman 
Penglihatan menggunakan Snellen-E. 
Elemen 3: Tahap Penguasaan Kemahiran Asas Perkembangan Individu 
Item Pernyataan Item Penjelasan 
6 Murid mempunyai masalah 
dalam bertutur. 
Pertuturan murid tidak lancar ketika berbual / 
berkomunikasi dengan rakan atau guru. 
Contoh: lambat mengeluarkan perkataan / tersekat-sekat 
seolah-olah sukar mencari perkataan yang 
sesuai. 
7 Murid tidak boleh menjawab 
secara lisan soalan kefahaman 
daripada bahan yang 
diperdengarkan dalam bahasa 
yang difahami. 
Berdasarkan penilaian guru,murid tidak boleh 
menjawab secara lisan soalan kefahaman daripada 
bahan yang diperdengarkan. Soalan boleh diberi dalam 
Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris / bahasa ibunda 
masing-masing. Contoh teks adalah seperti di 
Lampiran 2. 
8 Murid mengalami masalah 
tingkah laku. 
Murid didapati gemar melakukan perkara yang negatif 
berulang-ulang seperti: 
(i) Sering membuat bising yang mengganggu (cth: 
mengetuk meja). 
(ii) Mengoyak buku tanpa sebab. 
(iii) Mengganggu kawan semasa belajar 
(iv) Tidak melibatkan diri dalam pembelajaran 
9 Murid mempunyai daya 
tumpuan yang singkat. 
Murid didapati kerap bertukar-tukar aktiviti dalam 
sesuatu tempoh (tempoh tumpuan pada satu aktiviti 
terlalu singkat) 
10 Murid tidak boleh 
mengimbangi diri apabila 
berjalan di atas garisan lurus. 
Murid berjalan di atas garisan lurus (binding tape) 
sepanjang 5 meter di atas lantai. Guru memerhatikan 
cara murid itu berjalan untuk melihat sama ada dia 
boleh mengimbangkan diri dengan baik di atas binding 
tape. 
11 Murid menghadapi kesukaran Murid mempunyai masalah dalam penggunaan gunting
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
17 
menggunting kertas. ketika menggunting kertas. 
12 Murid tidak boleh 
menyambung titik-titik. 
Murid tidak boleh menyambung titik-titik dengan baik. 
Contoh: murid tidak boleh menyambung titik-titik untuk 
melengkapkan gambar (Lampiran 3). 
13 
Murid memerlukan bantuan 
ketika makan. 
Murid memerlukan bantuan orang lain ketika makan – 
tidak boleh makan dengan sendiri. 
14 Murid tidak boleh bercerita 
berpandukan gambar. 
Murid tidak boleh bercerita menggunakan perkataan 
sendiri berpandukan gambar yang ditunjukkan. Murid 
boleh menggunakan bahasa yang mereka fahami 
(Lampiran 4). 
15 Murid keliru dengan konsep 
arah. 
Murid tidak dapat menentukan arah yang dinyatakan. 
(i) kanan atau kiri Contoh: angkat tangan kanan atau kiri 
(ii) atas atau bawah Contoh: guru mengarah murid meletakkan benda di 
atas atau di bawah meja. 
(iii) depan atau belakang 
Contoh: murid menyatakan benda yang terdapat di 
depan dan dibelakang mereka. 
16 Murid menghadapi masalah 
dengan konsep turutan. 
Murid tidak boleh menyatakan salah satu konsep 
turutan di bawah: 
(i) Turutan nombor 
(ii) Turutan abjad 
(iii) Nama hari dalam seminggu 
17 Murid sering gopoh semasa 
bertindak. 
Murid menunjukkan kegagalan mengawal diri semasa 
menjalankan sesuatu aktiviti. 
18 Murid sering cuai semasa 
bertindak. 
Murid tidak dapat mengawal diri dalam pergerakan 
(cemerkap). 
Contoh: 
(i) Apabila berjalan kerap terlanggar sesuatu di 
persekitiran. 
(ii) Kerap menjatuhkan barang. 
19 Murid tidak boleh Berdasarkan pemerhatian guru, murid tidak boleh
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
18 
menyesuaikan diri dalam 
pergaulan. 
menyesuaikan diri dengan rakan-rakan. Sering 
menjauhkan diri dari rakan dan suka bersendiri. 
20 Murid tidak boleh menyambut 
bola besar dalam jarak satu 
meter. 
Murid tidak boleh menyambut bola yang dibaling oleh 
guru dalam jarak satu meter. Saiz bola adalah sebesar 
saiz bola sepak. 
21 
Murid tidak boleh mewarna 
dalam ruang yang disediakan. 
Murid tidak boleh mewarna dalam ruang yang 
disediakan, sama ada bentuk atau gambar rajah 
(Lampiran 5). 
22 Murid tidak boleh berinteraksi 
dengan rakan-rakan mengenai 
perkara-perkara semasa di 
persekitaran. 
Berdasarkan penilaian guru, murid tidak berkeupayaan 
berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai perkara-perkara 
semasa yang berlaku di persekitaran mereka. 
Contoh: bercerita tentang watak-watak di televisyen 
dan buku cerita. 
23 Murid mempunyai masalah 
rendah diri 
Murid malu untuk melakukan sesuatu kerana 
menganggap dirinya tidak mampu menandingi rakan 
atau merasakan dia tidak akan berjaya melakukannya. 
24 Murid tidak mempunyai 
hubungan mata (eye contact) 
ketika berkomunikasi 
Murid tidak memandang mata guru / rakan ketika 
berkomunikasi. 
25 Murid tidak boleh mengikut 
arahan mudah 
Murid tidak memberi tindak balas atas arahan yang 
diberi. 
Contoh: angkat tangan, tutup pintu 
26 Murid bermasalah 
menamakan objek. 
Murid menghadapi masalah menamakan objek di 
persekitaran bilik darjah. Contoh: papan tulis, 
pembaris 
27 Kebolehan lisan dalam bahasa 
yang difahami murid tidak 
setanding dengan rakan 
sebaya. 
Berdasarkan pemerhatian guru , murid ketinggalan 
dalam berkomunikasi secara lisan jika dibanding 
dengan rakan sebaya. 
28 Murid menghadapi kesukaran 
memakai kasut dengan betul. 
Melalui pemerhatian guru, murid sering memakai kasut 
secara terbalik/ tidak boleh mengikat tali kasut /
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
19 
memakai kasut di hujung tapak kaki sahaja. 
Elemen 4: Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis. 
Item Pernyataan Item Penjelasan 
A. Mengeja 
29 Murid sukar mengeja 
perkataan mudah 
Contoh perkataan ialah nama sendiri, bola dan ayam 
(Lampiran 6) 
30 Murid sering mengeja 
perkataan yang tiada langsung 
kaitan makna dengan 
perkataan asal. 
Sering mengeja perkataan yang tidak ada langsung 
kaitan makna dengan perkataan asal. 
Contoh perkataan: 
batu buta 
Sama masa 
31 Murid kerap melakukan 
kesalahan 
i) menyusun abjad 
dalam perkataan 
(i) menyusun abjad dalam perkataan. 
Contoh perkataan: 
nasi sain 
Dalam dalma 
ii) menggabungkan suku 
kata secara terbalik 
(ii) menggabung sukukata secara terbalik. 
Contoh perkataan: 
ibu Ubi 
tisu Tusi 
32 Murid keliru membezakan 
bunyi abjad yang hampir 
sama dalam suku kata. 
Contoh perkataan: 
dapat padat pat dat 
kakak katak kak tak 
B. Membaca 
33 Murid ketinggalan dalam 
kebolehan membaca 
Melalui pemerhatian atau maklumat dari guru lain / ibu 
bapa, kebolehan membaca murid jauh ketinggalan jika
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
20 
berbanding rakan sebaya. dibanding dengan rakan sebaya. Rakan sebaya 
bermaksud murid-murid normal yang sama umur. 
34 Kesalahan yang kerap 
dilakukan oleh murid semasa 
membaca ialah 
i. Menggugurkan perkataan. Contoh: Saya makan nasi goreng semalam. 
Saya makan nasi semalam. (gugur perkataan goreng) 
ii. Menambah perkataan 
pada bacaannya. 
Contoh: Dia ada seekor kucing. 
Dia ada seekor kucing jantan. 
(Tambah perkataan jantan) 
iii. Melangkau baris. 
Contoh: Saya ada seekor itik jantan. Warnanya putih. 
Itik saya suka berenang. 
(tertinggal baris kedua semasa membaca). 
iv. Menggantikan perkataan. 
Contoh: Saya perigi ke taman. (pergi perigi) 
C. Menulis 
35 Murid sukar menyalin 
maklumat dari papan tulis. 
Melalui pemerhatian guru, murid samada lambat, salah 
atau langsung tidak boleh menyalin maklumat yang 
ditulis di papan tulis 
36 Tulisan murid sukar dibaca. Melalui semakan buku tulis murid, huruf /abjad yang 
ditulis tidak jelas bentuknya, bercampur huruf besar 
dan kecil, terlalu rapat di antara satu perkataan dengan 
perkataan yang lain. 
37 Murid menulis lambat 
berbanding dengan rakan 
sebaya. 
Murid lambat menyiapkan kerja bertulis jika dibanding 
dengan rakan-rakan lain di dalam kelas. Rakan sebaya 
bermaksud rakan yang normal yang sama umur. 
38 Murid menulis secara 
terbalik. 
i. Abjad-abjad tertentu Contoh: 
p q u n
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
21 
m w b d 
ii. Perkataan 
Contoh: 
tanam taman 
batu buta 
masa sama 
Elemen 5: Tahap penguasaan nombor 
Item Pernyataan Item Penjelasan 
39 Murid tidak boleh 
membezakan konsep banyak 
dan sedikit. 
Murid tidak boleh menunjukkan himpunan yang 
banyak dan sedikit pada kad gambar / objek sebenar 
yang ditunjukkan. 
40 Murid tidak boleh 
membezakan saiz. 
Murid tidak boleh mengasingkan / membandingkan 
benda mengikut saiz kecil dan besar / panjang dan 
pendek. 
41 Murid tidak boleh mengenal 
angka 0 hingga 9. 
Murid tidak boleh menyebut angka yang ditunjukkan 
pada kad (secara rawak). 
42 Murid tidak boleh membilang 
angka dalam lingkungan 10 
secara lisan. 
Murid tidak boleh membilang satu-satu angka dalam 
lingkungan 10 mengikut turutan. 
43 Murid tidak boleh menulis 
angka 0 hingga 9. 
Murid tidak boleh menulis angka 0 hingga 9 yang 
disebut oleh guru secara rawak. 
PEMARKAHAN 
Borang pemarkahan disediakan pada Lampiran 1 dalam Instrumen Pengesanan Murid 
Bermasalah Dalam Pembelajaran hendaklah dilengkapkan oleh guru / penilai mengikut 
arahan yang diberikan.
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
22 
UNTUK SOALAN 6 
UJIAN PENGLIHATAN UNTUK SARINGAN MURID BERMASALAH 
DALAM PEMBELAJARAN 
PERALATAN BAGI UJIAN SNELLEN ”E” 
1. Tempat pemeriksaan yang mempunyai pencahayaan yang terang. Sekiranya pencahayaan 
dalam bilik kurang baik, lakukan ujian di luar bilik darjah. 
2. Pita pengukur 
3. Carta Snellen ”E” 
4. Penutup mata/ occluder (elak menggunakan tangan untuk menutup mata) 
5. Kad bentuk “E” 
LANGKAH-LANGKAH UJIAN PENGLIHATAN 
1. Tampal carta ‘E’ pada dinding. Pastikan kedudukan Carta Snellen separas dengan mata 
murid. 
5 
4 
3
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
23 
2. Buat garisan di lantai pada jarak 6 meter dari Carta Snellen. 
3. Murid berdiri pada garisan tersebut seperti ditunjukkan pada Gambar 1. 
Gambar 1 
4. Uji mata kanan dahulu, 
5. Minta murid tutup mata kiri dengan menggunakan occluder atau kad penutup mata 
dengan tangan kiri. 
Gambar 2 
6. Minta murid memegang kad bentuk ‘E” di tangan kanan seperti contoh ditunjukkan 
dalam Gambar 2. 
7. Guru memberi penerangan cara menggunakan kad “E” semasa ujian dilaksanakan. Murid 
perlu memusing kad ‘E” mengikut bentuk ‘E’ yang terdapat di Carta Snellen “E”. 
8. Penilai berdiri di sebelah Carta Snellen ‘E’ seperti pada Gambar 4.
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
9. Penilai mula menjalankan ujian penglihatan dengan meminta murid membaca carta pada 
24 
barisan 9 (barisan dengan nombor 9 di Carta Snellen ‘E’). Terdapat 6 huruf “E” pada 
barisan 9. Arah murid memusingkan kad “E” seperti yang ditunjukkan pada carta. 
10. Perhatikan tindakbalas murid. Murid perlu memusingkan kad “E” mengikut arah 
nombor “E” yang yang ditunjukkan oleh guru atas Carta Snellen E. 
Nota untuk guru: 
 Beri masa bagi murid. 
Gambar 4 
 Guru tidak boleh memberi tunjuk ajar arah kad “E” kepada murid semasa 
ujian sedang dilaksanakan. 
 Jangan buat pembetulan sekiranya arah yang ditunjuk oleh murid salah. 
7. Ulangi langkah bagi setiap huruf “E” yang terdapat di barisan 9. 
8. Sekiranya murid tidak boleh mengecam lebih separuh huruf “E” di barisan 9 ( lebih dari 
4), berhenti ujian. 
9. Ulangi setiap langkah bagi mata kiri.
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
25 
KEPUTUSAN UJIAN 
1. Sekiranya murid boleh mengecam sekurang-kurangnya 4 huruf ”E” pada barisan 9, 
bacaan adalah kurang 6/9. 
2. Sekiranya murid gagal mengecam lebih 4 atau lebih huruf ”E” pada barisan 9, bacaan 
adalah lebih 6/9. 
3. Keputusan ujian mesti dibuat untuk mata kiri dan kanan. 
4. Rujuk murid untuk pemeriksaan lanjut sekiranya bacaan ujian snellen ”E” pada salah 
satu atau kedua-dua mata melebihi 6/9 
Contoh Teks Bacaan Bagi Soalan 7 
Lina ada kucing. 
Nama kucing Lina Tompok. 
Tompok suka makan ikan. 
Tompok tidur bawah meja. 
Soalan : 
1. Lina ada apa? 
2. Apa nama kucing Lina? 
3. Tompok suka makan apa? 
4. Tompok tidur di mana?
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
26 
Contoh Aktiviti Menyambung Titik-Titik Bagi Soalan 12
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
27 
Contoh Aktiviti Mewarna Gambar Untuk Soalan 14
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
28 
Contoh Aktiviti Bercerita Berpandukan Gambar Untuk Soalan 21
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
29 
Contoh Perkataan Mudah Bagi Soalan 29 
Api 
Buku 
Bakul 
Cermin
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
30 
4.1 CARTA ALIR UJIAN PENGLIHATAN 
Pastikan tempat pemeriksaan mempunyai pencahayaan yang terang 
Lekat Carta Snellen “E” di dinding 
i. Uji mata kanan dahulu (tutup mata kiri dengan menggunakan occluder atau kad 
penutup mata 
ii . Ulangi langkah di atas pada mata kiri. 
Pelajar membaca arah nombor s etiap huruf ”E” pada baris an 9 meter 
Ya 
Pelajar berdiri pada jarak 6 meter dari carta Snellen 
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia 
Boleh baca lebih 
dari 4 /semua huruf 
“E” pada baris an 9 
meter 
Tidak 
Bacaan kurang 6/9 Bacaan lebih 6/9 
Rujuk klinik kesihatan 
untuk pengesahan 
Ukur jarak 6 meter dari carta snellen
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
31 
4.2 CARTA ALIR PELAKSANAAN UJIANSARINGAN 
MURID LINUS 
TEGAR 
TIDAK MELEPASI 
MELEPASI 
DISAHKAN 
TIDAK DISAHKAN 
SARINGAN 
PENGESANAN 
PENDIDIKAN KHAS 
PROGRAM 
PEMULIHAN KHAS 
PEMERIKSAAN 
PENGAMAL 
PERUBATAN
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
32 
4.3 CARTA ALIR PROSEDUR PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS 
1. Mula 
2. Murid LINUS Tegar menjalani saringan menggunakan Instrume Pengesanan Murid 
Bermasalah Dalam Pembelajaran dan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD). Guru 
membuat rumusan berasaskan skor yang dibuat pada instrumen. Jika melepasi saringan, murid 
mengikuti Program Pemulihan Khas. Jika tidak melepasi, murid akan ke proses (3). 
3. Pihak sekolah menghantar data murid yang tidak melepasi saringan ini kepada PPD 
4. PPD menghubungi pihak hospital untuk menyerahkan data murid yang telah diselaraskan dan 
berbincang mengenai tarikh pemeriksaan oleh pegawai perubatan. 
5. Klinik Kesihatan Daerah menyelaras tarikh temu janji murid dengan pegawai 
perubatan dan menghantar semula senarai temu janji kepada PPD 
6. PPD memanjangkan senarai temu janji tersebut kepada sekolah. 
7. Sekolah memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga tarikh temu janji murid dengan 
pegawai perubatan di klinik yang ditetapkan. 
8. Ibu bapa/penjaga membawa anak/anak di bawah jagaannya untuk pemeriksaan 
pada tarikh dan masa di klinik/hospital yang telah ditetapkan dan membawa 
bersama keputusan IPMBDP, ISD, surat BPKh01 serta BPKh02 
9.Pegawai Perubatan membuat pengesahan dan memaklumkan keputusan kepada 
ibu bapa/penjaga. 
10.Ibu bapa/penjaga wajib memanjangkan keputusan pengesahan pegawai 
perubatan kepada pihak sekolah 
11. Sekolah memanjangkan keputusan pengesahan murid sebagai murid pendidikan 
khas oleh pegawai perubatan kepada PPD untuk dibuat penempatan ke kelas 
pendidikan khas yang ditentukan oleh PPD. Murid yang bukan pendidkan khas akan 
dihantar ke Program Pemulihan Khas. 
12. Tamat 
1 
2 
3 
4 
5 
6 
7 
8 
9 
10 
11 
12
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
33 
5.0 KESIMPULAN 
Kriteria Penilaian meliputi kriteria murid yang dinilai dan penilai yang terdiri daripada guru 
LINUS, guru kelas, guru Pemulihan Khas, guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik. 
Tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung sekurang-kurangnya selama enam bulan. 
Instrumen ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian maklumat murid dan senarai semak 
terhadap lima elemen iaitu tanda-tanda masalah pendengaran, penglihatan, tahap penguasaan 
kemahiran asas perkembangan individu, tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis 
serta tahap penguasaan nombor. Untuk menjalankan pengesanan yang boleh disahkan dan 
bermakna, beberapa peralatan perlu digunakan seperti Carta Snellen E, Penutup mata Kad 
berbentuk E, Pita ukur, teks bacaan, kad gambar atau kiub dan sebagainya. Murid LINUS Tegar 
menjalani ujian saringan menggunakan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran 
dan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) berdasarkan kelima-lima elemen tersebut. Keputusan yang 
terhasil berasaskan skor pemarkahan yang dibuat oleh guru akan menempatkan murid ke opsyen yang 
sesuai. Jika melepasi saringan, murid mengikuti Program Pemulihan Khas. Jika tidak melepasi, peranan 
pengamal perubatan pula akan memeriksa murid berkenaan untuk membuat pengesahan sama ada murid 
tersebut harus ditempatkan di sekolah pendidikan khas atau tidak. Sekiranya murid disahkan memiliki ciri-ciri 
berkeperluan khas maka ia perlu di tempatkan di Sekolah Pendidikan Khas tetapi jika tidak disahkan 
maka murid itu hendaklah mengikuti pembelajaran di kelas pemulihan khas. 
Realitinya, Program Pendidikan Khas khususnya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran 
(PKBP) di negara ini masih berada dalam fasa perkembangan dan pemurnian 
perlaksanaannya. Masih terdapat perkara yang perlu dipelajari dan diperbaiki. Segelintir 
manusia menganggapnya memenuhi keperluan kanak - kanak ini adalah pilihan terakhir. 
Masalah pihak pentadbiran yang masih kurang memberi sokongan kepada program PKBP 
bukan sahaja menjadi masalah beberapa buah sekolah malah mencakupi beberapa sekolah 
lain di Semenanjung Malaysia. Kurangnya sokongan pihak pentadbiran boleh dilihat dari segi 
layanan pihak pentadbir terhadap guru dan murid pendidikan khas sebagai golongan kelas 
kedua, kurangnya peruntukan kewangan serta sikap kurang senang pihak pentadbir apabila 
murid pendidikan khas mengikuti peperiksaan awam yang mana ia akan menjatuhkan graf 
peperiksaan awam sekolah. Isu sokongan daripada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
adalah sangat penting dalam sesebuah sekolah Intergrasi Pendidikan Khas Bermasalah 
Pembelajaran memandangkan pihak inilah yang paling hampir dengan program pendidikan 
khas. Sebagai alternatif untuk menangani isu ini, program pendedahan Pogram Pendidikan 
Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran perlu diwujudkan di kalangan 
semua pihak pentadbir terutamanya bagi sekolah-sekolah yang baru membuka program ini 
dan juga pihak pentadbir yang baru berkecimpung dalam dunia pendidikan khas terutamanya 
Guru Besar atau Pengetua sekolah. Berdasarkan pendedahan itu, persefahaman pengurusan 
penyelaras pendidikan dan Guru Besar / Pengetua akan menjadi lebih baik. Dialog di antara 
guru pendidikan khas, Guru Besar/Pengetua dengan Pihak Jabatan Pendidikan Khas secara 
berterusan adalah perlu bagi memantapkan lagi persefahaman tersebut selain daripada 
penyampaian maklumat adalah lebih telus dan terkini. Dari aspek sokongan PIBG khususnya 
di kalangan ibu bapa, tahap kesedaran mereka semakin meningkat terhadap keperluan kanak-kanak 
34 
berkeperluan khas. 
Mujur dengan Teras 4 dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) j memperlihatkan 
kesungguhan pihak kerajaan membantu kanak-kanak ini iaitu merapatkan jurang pendidikan 
antara pelajar normal dengan berkeperluan khas berdasarkan kesesuaian dan keperluan 
mereka. Antara langkah yang diambil dalam memastikan keberjayaan PIPP ini, pihak 
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri telah berusaha 
membangunkan dan membuka sekolah Intregrasi Pendidikan Sekolah, Pendidikan Masalah 
Pendengaran dan juga Sekolah Khas Masalah Penglihatan. Perluasan pembukaan Sekolah 
Pendidikan Khas terutamnya PKBP, sesuatu yang perlu dipandang positif selain daripada 
memperlihatkan kesungguhan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, ia juga 
memperlihatkan tahap kesedaran ibu bapa dan juga masyarakat di Malaysia terhadap 
keperluan pendidikan di kalangan anak mereka dan peluang - peluang yang telah disediakan 
pihak berwajib. 
( 4800 patah perkataan )
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
35 
6.0 BIBLIOGRAFI 
Bahagian Pendidikan Khas ,Kementerian Pelajaran Malaysia (April 2011). Manual Instrumen 
Pengesanan Murid Bermasalah dalam Pembelajaran 
Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia ( April 2011 ). Instrumen 
Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (LINUS Tegar) 
Malaysia, Kementerian Pendidikan. (1998). Buku Panduan Pelaksanaan Program 
Pendidikan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur : Jabatan Pendidikan 
Khas. 
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2008/11/isu- isu-pendidikan-khas.html 
http://jpn.moe.gov.my/jpnperlis/v2/images/stories/download/spspk/instrumen%20pengesanan 
%20.pdf 
http://pendidikankhasbtgpdg.weebly.com/1/post/2011/05/ujian- instrumenkanak_kanak-berkeperluan- 
khas-pend-khas-pemulihan.html 
http://www.ppdks.gov.my/v1/attachments/article/693/panduan%20pelaksanaan%20diagnos% 
20murid%20OKU%20LINUS.pdf 
http://www.remedialclass.net/wp-content/uploads/2012/10/2.-MANUAL-INSTRUMEN-PENGESANAN-_ 
IPMBDP_-8-APRIL-20111.pdf
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
36 
7.0 LAMPIRAN 
Lampiran 7.1 
CONTOH SURAT PEMBERITAHUAN PIHAK SEKOLAH KEPADA IBU BAPA / 
PENJAGA MURID BERKEPERLUAN KHAS 
No.Rujukan: 
Tarikh: 
Kepada: 
(Nama ibu bapa/penjaga)____ 
(Alamat)__________________ 
Tuan, 
RUJUKAN MURID UNTUK PEMERIKSAAN LANJUTAN 
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 
2. Berdasarkan skor daripada Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam 
Pembelajaran, dimaklumkan bahawa anak tuan yang bernama ______________________ 
No. MyKid/Sijil Lahir ___________________ dari kelas __________dicadangkan supaya 
menjalani pemeriksaan lanjutan oleh Pengamal Perubatan. 
3. Bersama ini dilampirkan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam 
Pembelajaran yang telah dilengkapkan oleh guru untuk dibawa bersama semasa merujuk 
kepada Pengamal Perubatan. 
4. Kerjasama pihak tuan adalah amat diharapkan dan dihargai. 
Sekian, terima kasih. 
Yang benar, 
_______________________ 
(NAMA GURU BESAR) 
(COP JAWATAN DAN SEKOLAH)
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
Lampiran 7.2 
BPKh 01 
Nama Ibu bapa / Penjaga: 
Alamat: 
No. Telefon: 
__________________________________________________________________________ 
37 
Rujukan: 
Tarikh: 
Guru Besar, 
Sekolah................................................ 
Tuan, 
KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA BAGI PEMERIKSAAN PERUBATAN ANAK 
Dengan sukacitanya saya merujuk perkara di atas. 
2. Setelah berbincang dan mendapat nasihat serta pandangan dari pihak sekolah, saya 
dengan rela hati dan secara ikhlas membenarkan anak saya / anak di bawah jagaan 
saya........................................................... No. Sijil Kelahiran............................. tahun 
................menjalani pemeriksaan perubatan. 
3. Saya faham dan bersetuju bahawa saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan 
undang-undang terhadap mana-mana pihak berkenaan dengan perkara ini. Saya faham 
bahawa pemeriksaan perubatan ini penting bagi masa depan anak / anak di bawah jagaan 
saya. 
Sekian, terima kasih. 
Yang benar 
,....................................... 
Nama Ibu bapa/penjaga:
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
38 
No. Kad Pengenalan: 
Tarikh: 
Lampiran 7.3 
BPKh 02 
Guru Besar 
Sekolah ………………………………………… 
___________________________________________________________________________ 
Rujukan sekolah : 
Tarikh: 
Pegawai Perubatan, 
Hospital / Klinik......................................... 
Tuan, 
PEMERIKSAAN PERUBATAN 
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 
2. Berhubung dengan perkara di atas, pihak kami memohon jasa baik tuan bagi 
mendapatkan kemudahan untuk menjalani pemeriksaan perubatan ke atas pembawa surat ini 
iaitu............................................................... No. Sijil Kelahiran ............................... Tahun 
.......................... 
3. Saya memohon jasa baik tuan agar segala butiran dan hasil pemeriksaan dapat 
dikembalikan kepada pihak kami untuk tindakan selanjutnya. 
Sekian, terima kasih. 
Saya yang menurut perintah, 
.............................................
HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 
39 
Guru Besar 
s.k. PPD. 
Ibu bapa/ penjaga

More Related Content

What's hot

E portfolio kertas kerja
E portfolio kertas kerjaE portfolio kertas kerja
E portfolio kertas kerjaAnne Sudki
 
pengurusan murid pelbagai upaya
pengurusan murid pelbagai upayapengurusan murid pelbagai upaya
pengurusan murid pelbagai upayaDaniel Hilmi
 
Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11Nik Najihah
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANFazHani Faz
 
Tajuk 3 peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif
Tajuk 3  peraturan pelaksanaan pendidikan inklusifTajuk 3  peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif
Tajuk 3 peraturan pelaksanaan pendidikan inklusifcikgusuepkhas
 
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamProposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamabu_ayyub
 
Maksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khasMaksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khasUmmi Maim
 
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah PembelajaranPresentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah PembelajaranSuziana Kamaruddin
 
Slide Power Point - Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
Slide Power Point - Pengurusan Murid Pelbagai UpayaSlide Power Point - Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
Slide Power Point - Pengurusan Murid Pelbagai Upayawidialiong
 
murid pelbagai upaya
murid pelbagai upayamurid pelbagai upaya
murid pelbagai upayaqila95
 
Buku panduan pengoperasian kelas ppki
Buku panduan pengoperasian kelas ppkiBuku panduan pengoperasian kelas ppki
Buku panduan pengoperasian kelas ppkiKUMOHDHANIFAS
 
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamProposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamabu_ayyub
 
Pendidikan khas di malaysia
Pendidikan khas di malaysiaPendidikan khas di malaysia
Pendidikan khas di malaysiaMaszenah Alan
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)FaFai S.
 
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]cikgusuepkhas
 

What's hot (20)

E portfolio kertas kerja
E portfolio kertas kerjaE portfolio kertas kerja
E portfolio kertas kerja
 
pengurusan murid pelbagai upaya
pengurusan murid pelbagai upayapengurusan murid pelbagai upaya
pengurusan murid pelbagai upaya
 
Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
 
Tajuk 3 peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif
Tajuk 3  peraturan pelaksanaan pendidikan inklusifTajuk 3  peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif
Tajuk 3 peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif
 
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamProposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
 
Maksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khasMaksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khas
 
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah PembelajaranPresentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
 
Program inklusif
Program inklusifProgram inklusif
Program inklusif
 
Slide Power Point - Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
Slide Power Point - Pengurusan Murid Pelbagai UpayaSlide Power Point - Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
Slide Power Point - Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
 
murid pelbagai upaya
murid pelbagai upayamurid pelbagai upaya
murid pelbagai upaya
 
Buku panduan pengoperasian kelas ppki
Buku panduan pengoperasian kelas ppkiBuku panduan pengoperasian kelas ppki
Buku panduan pengoperasian kelas ppki
 
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamProposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
 
Pendidikan khas di malaysia
Pendidikan khas di malaysiaPendidikan khas di malaysia
Pendidikan khas di malaysia
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
 
pengenalan kepada program pendidikan inklusif
pengenalan kepada program pendidikan inklusifpengenalan kepada program pendidikan inklusif
pengenalan kepada program pendidikan inklusif
 
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]
 
Kertas kerja epic
Kertas    kerja epicKertas    kerja epic
Kertas kerja epic
 
Tesis
Tesis Tesis
Tesis
 

Viewers also liked

Pengakuan isi kandungan senarai jadual senarai rajah kajian utk ar
Pengakuan isi kandungan senarai jadual senarai rajah kajian  utk arPengakuan isi kandungan senarai jadual senarai rajah kajian  utk ar
Pengakuan isi kandungan senarai jadual senarai rajah kajian utk arZack Chepa
 
Kertas cadangan program inovasi kokurikulum panitia sains
Kertas cadangan program inovasi kokurikulum panitia sainsKertas cadangan program inovasi kokurikulum panitia sains
Kertas cadangan program inovasi kokurikulum panitia sainssiti halina
 
Ceramah kajian tindakan konsep dan pelaporan
Ceramah kajian tindakan konsep dan pelaporanCeramah kajian tindakan konsep dan pelaporan
Ceramah kajian tindakan konsep dan pelaporanAzizul Bakar
 
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatifKertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatifBujangpauzan
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuJunaidah Jusoh
 

Viewers also liked (8)

Pengakuan isi kandungan senarai jadual senarai rajah kajian utk ar
Pengakuan isi kandungan senarai jadual senarai rajah kajian  utk arPengakuan isi kandungan senarai jadual senarai rajah kajian  utk ar
Pengakuan isi kandungan senarai jadual senarai rajah kajian utk ar
 
Kertas cadangan program inovasi kokurikulum panitia sains
Kertas cadangan program inovasi kokurikulum panitia sainsKertas cadangan program inovasi kokurikulum panitia sains
Kertas cadangan program inovasi kokurikulum panitia sains
 
Ceramah kajian tindakan konsep dan pelaporan
Ceramah kajian tindakan konsep dan pelaporanCeramah kajian tindakan konsep dan pelaporan
Ceramah kajian tindakan konsep dan pelaporan
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Contoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
Contoh Kertas Cadangan Kajian TtindakanContoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
Contoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
 
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatifKertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 
Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5
 

Similar to Templet hbef3503 t1 a2 faudzi

MANUAL INSTRUMEN PENGESANAN _IPMBDP_ 8 APRIL 2011.pdf
MANUAL INSTRUMEN PENGESANAN _IPMBDP_ 8 APRIL 2011.pdfMANUAL INSTRUMEN PENGESANAN _IPMBDP_ 8 APRIL 2011.pdf
MANUAL INSTRUMEN PENGESANAN _IPMBDP_ 8 APRIL 2011.pdfilyashuhada1
 
Kajian tind 3 rohani 2012
Kajian  tind 3 rohani  2012  Kajian  tind 3 rohani  2012
Kajian tind 3 rohani 2012 Rohani Othman
 
Murid kurang berminat_dengan_mata_pelajaran
Murid kurang berminat_dengan_mata_pelajaranMurid kurang berminat_dengan_mata_pelajaran
Murid kurang berminat_dengan_mata_pelajaranxue er tui
 
3. instrumen-isd1
3. instrumen-isd13. instrumen-isd1
3. instrumen-isd1najib6766
 
Instrumen Senarai Semak Dislexia ISD (2).pdf
Instrumen Senarai Semak Dislexia ISD (2).pdfInstrumen Senarai Semak Dislexia ISD (2).pdf
Instrumen Senarai Semak Dislexia ISD (2).pdfNURAIHANBINTIABDRAHM
 
Isu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahIsu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahFina Finaie
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan Siti Nur Ain
 
Bab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan muridBab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan muridAsyikin4996
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Pensil Dan Pemadam
 
Pelan strategik hem 2011 2015
Pelan strategik hem  2011 2015Pelan strategik hem  2011 2015
Pelan strategik hem 2011 2015jiaa1101
 

Similar to Templet hbef3503 t1 a2 faudzi (20)

MANUAL INSTRUMEN PENGESANAN _IPMBDP_ 8 APRIL 2011.pdf
MANUAL INSTRUMEN PENGESANAN _IPMBDP_ 8 APRIL 2011.pdfMANUAL INSTRUMEN PENGESANAN _IPMBDP_ 8 APRIL 2011.pdf
MANUAL INSTRUMEN PENGESANAN _IPMBDP_ 8 APRIL 2011.pdf
 
Kajian tind 3 rohani 2012
Kajian  tind 3 rohani  2012  Kajian  tind 3 rohani  2012
Kajian tind 3 rohani 2012
 
Murid kurang berminat_dengan_mata_pelajaran
Murid kurang berminat_dengan_mata_pelajaranMurid kurang berminat_dengan_mata_pelajaran
Murid kurang berminat_dengan_mata_pelajaran
 
Senarai tugas guru biasa
Senarai tugas guru biasaSenarai tugas guru biasa
Senarai tugas guru biasa
 
Instrumen isd
Instrumen isdInstrumen isd
Instrumen isd
 
2. instrumen isd
2. instrumen isd2. instrumen isd
2. instrumen isd
 
3. instrumen-isd1
3. instrumen-isd13. instrumen-isd1
3. instrumen-isd1
 
Instrumen Senarai Semak Dislexia ISD (2).pdf
Instrumen Senarai Semak Dislexia ISD (2).pdfInstrumen Senarai Semak Dislexia ISD (2).pdf
Instrumen Senarai Semak Dislexia ISD (2).pdf
 
Instrumen isd
Instrumen isdInstrumen isd
Instrumen isd
 
Isu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahIsu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolah
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Bab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan muridBab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan murid
 
Qistina
QistinaQistina
Qistina
 
Nota
NotaNota
Nota
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
 
Perancangan program transisi
Perancangan program transisiPerancangan program transisi
Perancangan program transisi
 
Pelan strategik hem 2011 2015
Pelan strategik hem  2011 2015Pelan strategik hem  2011 2015
Pelan strategik hem 2011 2015
 
Laporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakanLaporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakan
 
Roslin
RoslinRoslin
Roslin
 

More from Zauhari Hussein

Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)Zauhari Hussein
 
Unjuran pencapaian individu thn 6
Unjuran pencapaian individu thn 6Unjuran pencapaian individu thn 6
Unjuran pencapaian individu thn 6Zauhari Hussein
 
Templet hbhe 3103 gaya hidup sihat faudzi
Templet hbhe 3103  gaya hidup sihat faudziTemplet hbhe 3103  gaya hidup sihat faudzi
Templet hbhe 3103 gaya hidup sihat faudziZauhari Hussein
 
Power point hbsc3103 faudzi
Power point hbsc3103 faudziPower point hbsc3103 faudzi
Power point hbsc3103 faudziZauhari Hussein
 
Hbef3503 tugasan pend. inklusif
Hbef3503 tugasan pend. inklusifHbef3503 tugasan pend. inklusif
Hbef3503 tugasan pend. inklusifZauhari Hussein
 
Templet hbef3503 t1 a4 faudzi
Templet hbef3503 t1 a4 faudziTemplet hbef3503 t1 a4 faudzi
Templet hbef3503 t1 a4 faudziZauhari Hussein
 
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziTemplet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziZauhari Hussein
 
Persembahan pp gotong royong ria
Persembahan pp gotong royong riaPersembahan pp gotong royong ria
Persembahan pp gotong royong riaZauhari Hussein
 
Templet hbhe 2103 pbss faudzi siap
Templet  hbhe 2103 pbss faudzi siapTemplet  hbhe 2103 pbss faudzi siap
Templet hbhe 2103 pbss faudzi siapZauhari Hussein
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziZauhari Hussein
 
Assigment hbsc2103 chemistry
Assigment hbsc2103 chemistryAssigment hbsc2103 chemistry
Assigment hbsc2103 chemistryZauhari Hussein
 
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudziTemplet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudziZauhari Hussein
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziZauhari Hussein
 
Templet assigm,ent hbsc2103
Templet assigm,ent hbsc2103Templet assigm,ent hbsc2103
Templet assigm,ent hbsc2103Zauhari Hussein
 

More from Zauhari Hussein (17)

Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
 
Unjuran pencapaian individu thn 6
Unjuran pencapaian individu thn 6Unjuran pencapaian individu thn 6
Unjuran pencapaian individu thn 6
 
Templet hbae2203 fauzi
Templet hbae2203 fauziTemplet hbae2203 fauzi
Templet hbae2203 fauzi
 
Templet hbhe 3103 gaya hidup sihat faudzi
Templet hbhe 3103  gaya hidup sihat faudziTemplet hbhe 3103  gaya hidup sihat faudzi
Templet hbhe 3103 gaya hidup sihat faudzi
 
Power point hbsc3103 faudzi
Power point hbsc3103 faudziPower point hbsc3103 faudzi
Power point hbsc3103 faudzi
 
Assigment hbsc3103
Assigment hbsc3103Assigment hbsc3103
Assigment hbsc3103
 
Hbef3503 tugasan pend. inklusif
Hbef3503 tugasan pend. inklusifHbef3503 tugasan pend. inklusif
Hbef3503 tugasan pend. inklusif
 
Templet hbef3503 t1 a4 faudzi
Templet hbef3503 t1 a4 faudziTemplet hbef3503 t1 a4 faudzi
Templet hbef3503 t1 a4 faudzi
 
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziTemplet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
 
Kokum hbef2803
Kokum hbef2803Kokum hbef2803
Kokum hbef2803
 
Persembahan pp gotong royong ria
Persembahan pp gotong royong riaPersembahan pp gotong royong ria
Persembahan pp gotong royong ria
 
Templet hbhe 2103 pbss faudzi siap
Templet  hbhe 2103 pbss faudzi siapTemplet  hbhe 2103 pbss faudzi siap
Templet hbhe 2103 pbss faudzi siap
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
 
Assigment hbsc2103 chemistry
Assigment hbsc2103 chemistryAssigment hbsc2103 chemistry
Assigment hbsc2103 chemistry
 
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudziTemplet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
 
Templet assigm,ent hbsc2103
Templet assigm,ent hbsc2103Templet assigm,ent hbsc2103
Templet assigm,ent hbsc2103
 

Recently uploaded

ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 

Recently uploaded (8)

ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 

Templet hbef3503 t1 a2 faudzi

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : SEPTEMBER 2013 HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF (T1A2) SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS ) NAMA PELAJAR : MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH NO. MATRIKULASI : 731208125515001 NO. KAD PENGENALAN : 731208-12-5515 NO. TELEFON : 0138927731 E-MAIL : faudzi@oum.com.my PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, TAWAU
  • 2. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 2 ISI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 3-4 2.0 KRITERIA PENILAIAN 4 2.1 Kriteria Murid Yang Dinilai 4 2.2 Kriteria Penilai 4 3.0 INSTRUMEN PENILAIAN 5 3.1 Pentadbiran Instrumen 5 3.2 Bahagian A: Maklumat Murid 6-8 3.3 Bahagian B : Senarai Semak Deria 9-14 3.4 Bahagian C : Senarai Semak Penyataan Item 15-21 Dan Penjelasan 4.0 CARTA ALIR PROSEDUR PENGESAHAN MURID 30 BERKEPERLUAN KHAS 4.1 Carta Alir Ujian Penglihatan 30 4.2 Carta Alir Pelaksanaan Ujian Saringan 31 4.3 Carta Alir Prosedur Pengesahan Murid 32 Berkeperluan Khas 5.0 KESIMPULAN 33-34 6.0 BIBLIOGRAFI 35 7.0 LAMPIRAN Lampiran 7.1 36 Lampiran 7.2 37 Lampiran 7.3 38
  • 3. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 3 1.0 PENGENALAN Umum menyedari bahawa setiap individu perlu memperoleh peluang pendidikan dan kemahiran agar berupaya mencapai kesejahteraan hidup. Ini bermakna kanak-kanak istimewa ini tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja, sebaliknya mereka turut diberi pendidikan sewajarnya selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Khas yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mutakhir ini, keseriusan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membela nasib murid-murid berkeperluan khas ini terbukti dengan wujudnya sekolah Pendidikan Khas yang mempunyai kurikulum yang telah diubah suai daripada kurikulum biasa yang mana aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara teratur dan dinilai keberkesanannya secara teliti oleh guru-guru terlatih khas dan dilengkapi dengan keperluan fizikal atau infrastruktur khas yang sesuai. Oleh hal yang demikian, pengesanan perlu dijalankan untuk menentukan murid-murid tersebut memiliki ciri-ciri murid berkeperluan khas sekaligus menempatkan mereka ke dalam opsyen persekolahan yang lebih sesuai. Bertitik tolak daripada kenyataan tersebut satu set instrumen penilaian dan proses saringan bagi mengenal pasti atau mengesan dengan tepat tahap kompetensi murid perlu dibangunkan. Di samping itu saringan juga perlu dijalankan bertujuan untuk mengesan murid yang berkebarangkalian mempunyai masalah dalam pembelajaran dan memastikan murid mendapat akses perkhidmatan pendidikan yang bersesuaian mengikut keperluan. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS), NKRA telah dilaksanakan di semua sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan mulai bulan Januari tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun Satu (kohort 1) 2010. Dalam hal yang berkaitan, murid yang tidak menguasai konstruk 1 dan 2 dalam saringan 3 disaring sekali lagi menggunakan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDM) dan Instrumen Saringan Disleksia (ISD) bagi mendapat pengesahan Pegawai Perubatan dan seterusnya menempatkan murid berdasarkan keperluan pembelajaran. Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran merupakan satu alat untuk mengesan murid yang berkebarangkalian mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas. Instrumen ini disasarkan kepada kumpulan murid LINUS Tegar, murid Program Pemulihan Khas dan
  • 4. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 4 murid yang mempunyai kebarangkalian berkeperluan khas. Instrumen ini bertujuan membantu guru mengesan murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Instrumen ini juga penting sebagai bahan rujukan untuk pengamal perubatan membuat pengesahan status masalah pembelajaran murid. Panduan ini dihasilkan untuk membantu Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Guru besar melaksanakan proses pengesahan murid berkeperluan Khas oleh pegawai perubatan. Guru atau penilai perlu berbincang dengan ibu bapa atau penjaga sekiranya didapati murid berkemungkinan mempunyai ciri-ciri keperluan khas. Instrumen ini perlu dibawa bersama ketika berjumpa pengamal perubatan sebagai bahan rujukan untuk pengesahan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid. 2.0 KRITERIA PENILAIAN 2.1 Kriteria Murid Yang Dinilai  Murid telah melalui proses pembelajaran untuk tempoh tidak kurang daripada enam bulan;  Murid mempunyai kesukaran dalam penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira;  Murid mempunyai prestasi yang rendah dalam mata pelajaran akademik;  Murid telah diberi langkah-langkah pemulihan melalui program pemulihan dalam kelas atau Program Pemulihan Khas 2.2 Kriteria Penilai Penilai hendaklah telah mengajar murid yang hendak dinilai sekurang-kurangnya selama enam bulan. Contoh guru yang boleh menjadi penilai: i) guru LINUS; ii) guru kelas; iii) guru Pemulihan Khas;
  • 5. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 5 iv) guru Bahasa Malaysia; v) guru Matematik. 3.0 INSTRUMEN PENILAIAN Instrumen ini dibahagikan kepada dua bahagian: 1. Bahagian A : Maklumat Murid 2. Bahagian B : Senarai Semak i. Elemen 1 : Tanda-tanda Masalah Pendengaran ii. Elemen 2 : Tanda-tanda Masalah Penglihatan iii. Elemen 3 : Tahap Penguasaan Kemahiran Asas Perkembangan Individu iv. Elemen 4 : Tahap Penguasaan Mengeja, Membaca dan Menulis v. Elemen 5 : Tahap Penguasaan Nombor. 3.1 PENTADBIRAN INSTRUMEN Peralatan yang diperlukan: Elemen 1 : Tiada Elemen 2 : Carta Snellen E Penutup mata Kad berbentuk E Pita ukur Tatacara pengendalian ujian penglihatan Elemen 3 : Teks bacaan Binding tape Contoh aktiviti menyambung titik-titik Pensel warna Contoh aktiviti mewarna gambar Bola (sebesar bolasepak) Contoh gambar untuk aktiviti bercerita berpandukan gambar Gunting Elemen 4 : Contoh perkataan mudah Elemen 5 : Kad gambar / kiub atau benda-benda yang ada dalam simpanan guru/sekolah.
  • 6. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 3.2 Bahagian A: Maklumat Murid Bahagian ini mengandungi item- item tentang maklumat murid dan perlu diisi oleh guru atau penilai. 6 Arahan : Tandakan  atau tulis pada petak yang disediakan. 1. Nama murid : 2. Jantina : 3. Etnik : Lelaki Perempuan 4. Adakah murid ini mempunyai masalah fizikal Ya Tidak Jika ‘Ya’, nyatakan : ________________ 5. Tarikh Lahir : _________________ 6. No. KP/Sijil Lahir: ________________ 7. Tahun persekolahan semasa: 8. Murid mengikuti program : Tahun  Nama Kelas 1 2 3 4 5 6 9. Kategori LINUS Tegar: Literasi Numerasi Literasi dan Numerasi Melayu Cina India Bumiputra Sabah Bumiputra Sarawak Bumiputra Orang Asli Lain-lain YA TIDAK Prasekolah/Tadika LINUS Pemulihan Khas
  • 7. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 7 10. Kedatangan ke sekolah : Baik (> 90%) Memuaskan (70-89 %) Sederhana (50-69%) Lemah (0-49%) 11. Keputusan Ujian Akhir Tahun : A B C D E Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Matematik Sains Kemahiran Hidup Pend. Islam/Moral P.Jasmani & Kesihatan Muzik 12. Pendapatan ibubapa/penjaga Sebulan >RM5000 RM4000 – RM5000 RM3000 – RM4000 RM2000 – RM3000 RM1000 – RM2000 <RM1000 13. Latar Belakang Pendidikan Ibu Bapa (tandakan / pada petak yang berkaitan): Sijil Diploma Ijazah Phd Lain-lain: Nyatakan 14. Sejarah Kesihatan Murid : Penyakit Kronik Ada Tidak Lelah Asma Masalah Jantung Leukimia
  • 8. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 8 15. Nama Sekolah : 16. Lokasi Sekolah : 17. Negeri : 18. Jenis Sekolah Bandar Perlis SK Luar Bandar Kedah SJKC Pulau Pinang SJKT Perak SKM 19. Daerah ______________ Selangor WP Kuala Lumpur Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu Kelantan Sarawak Sabah WP Labuan WP Putrajaya 20. Kategori Tegar : 21. Gred Sekolah Literasi A Numerasi B C Nama Penilai : Tarikh : Tanda Tangan Penilai :
  • 9. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 9 3.3 Bahagian B : Senarai Semak Deria Arahan : Tandakan  pada petak yang sesuai. ELEMEN 1 : Tanda-Tanda Masalah Pendengaran Ya Tidak 1. Murid tidak boleh bertindak balas terhadap bunyi 1 2. Murid tidak boleh mengajuk bunyi yang didengar 2 3. Murid tidak boleh menunjuk arah bunyi yang didengar 3 ELEMEN 2 : Tanda-Tanda Masalah Penglihatan Ya Tidak 4. Murid merapatkan buku ke muka ketika membaca 4 5. Bacaan Ujian Snellen E 5 i. Mata kiri 6/9 atau lebih ii. Mata kanan 6/9 atau lebih 6 ELEMEN 3: Tahap Penguasaan Kemahiran Asas Perkembangan Individu Ya Tidak 6. Murid mempunyai masalah dalam bertutur. 7 7. Murid tidak boleh menjawab secara lisan soalan kefahaman daripada bahan yang diperdengarkan dalam bahasa yang difahami. 8 8. Murid mengalami masalah tingkahlaku 9
  • 10. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 10 9. Murid mempunyai daya tumpuan yang singkat 10 10. Murid tidak boleh mengimbangi diri apabila berjalan di atas garisan lurus. 11 11. Murid menghadapi kesukaran menggunting kertas. 12 12. Murid tidak boleh menyambung titik-titik. 13 13. Murid memerlukan bantuan ketika makan. 14 14. Murid tidak boleh bercerita berpandukan gambar. 15 15. Murid keliru dengan konsep arah. i. Kanan atau kiri 16 ii. ii. Atas atau bawah 17 iii. Depan atau belakang 18 16. Murid menghadapi masalah dengan konsep turutan. 19 17. Murid sering gopoh semasa bertindak. 20 18. Murid sering cuai dalam pergerakan. 21 19. Murid sukar menyesuaikan diri dalam pergaulan. 22 20. Murid sukar menyambut bola besar dalam jarak satu meter. 23 21. Murid tidak boleh mewarna dalam ruang yang disediakan. 24
  • 11. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 11 22. Murid tidak boleh berinteraksi dengan rakan-rakan mengenai perkara-perkara semasa di persekitaran. 25 23. Murid mempunyai masalah rendah diri. 26 24. Murid tidak mempunyai hubungan mata (eye contact) ketika berkomunikasi. 27 25. Murid sukar mengikut arahan mudah. 28 26. Murid bermasalah menamakan objek. 29 27. Kebolehan lisan dalam bahasa yang difahami murid tidak setanding dengan rakan sebaya. 30 28. Murid menghadapi kesukaran memakai kasut dengan betul 31 Elemen 4: Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis A. Mengeja Ya Tidak 29. Murid sukar mengeja perkataan mudah. 32 30. Murid sering mengeja perkataan yang tiada langsung kaitan makna dengan perkataan asal. 33 31. Murid kerap melakukan kesalahan; i. Menyusun abjad dalam perkataan 34 ii. Menggabung suku kata secara terbalik 35 32. Murid keliru membezakan bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata. 36
  • 12. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 12 B. Membaca Ya Tidak 33. Murid ketinggalan dalam kebolehan membaca berbanding rakan sebaya. 37 34. Kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid semasa membaca ialah; i. menggugurkan perkataan; 38 ii. menambah perkataan pada bacaannya 39 iii. melangkau baris 40 iv. menggantikan perkataan 41 C. Menulis Ya Tidak 35. Murid sukar menyalin maklumat dari papan tulis. 42 36. Tulisan murid sukar dibaca 43 37. Murid menulis lambat berbanding dengan rakan sebaya. 44 38. Murid menulis secara terbalik; i. abjad-abjad tertentu 45 ii. perkataan. 46 ELEMEN 5 : Tahap Penguasaan Nombor Ya Tidak 39. Murid tidak boleh membezakan konsep banyak dan 47
  • 13. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 13 sedikit. 40. Murid tidak boleh membezakan saiz. 48 41. Murid tidak mengenal angka 0 hingga 9. 49 42. Murid tidak boleh membilang dalam lingkungan 10 secara lisan. 50 43. Murid tidak boleh menulis angka 0 hingga 9. 51 PEMARKAHAN BAHAGIAN B Lengkapkan skor mengikut Elemen dan buat rumusan di bahagian catatan. HURAIAN SKOR (Jumlah ‘Ya’) CATATAN ( @ X) ELEMEN 1 : Tanda-tanda Masalah Pendengaran Berkemungkinan ada masalah pendengaran Ada masalah pendengaran sekiranya skor ‘Ya’ sekurang-kurangnya 1. Jika ditanda ‘ ‘ pada catatan, murid perlu dirujuk kepada Audiologis @ Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan lanjut. ELEMEN 2 : Tanda-tanda Masalah Penglihatan Berkemungkinan ada masalah penglihatan Ada masalah penglihatan sekiranya skor ‘Ya’ sekurang-kurangnya 1. Jika ditanda ‘ ‘ pada catatan, murid perlu dirujuk kepada Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.
  • 14. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 14 ELEMEN 3 : Tahap penguasaan kemahiran asas Berkemungkinan perkembangan individu. mempunyai ciri berkeperluan Berkemungkinan mempunyai ciri murid berkeperluan khas khas sekiranya skor ‘Ya’ lebih daripada 21. ELEMEN 4 : Tahap penguasaan mengeja, membaca Berkemungkinan dan menulis mempunyai ciri berkeperluan Berkemungkinan mempunyai ciri murid berkeperluan khas khas sekiranya skor ‘Ya’ lebih daripada 6. Berkemungkinan ELEMEN 5 : Tahap penguasaan nombor mempunyai ciri berkeperluan Berkemungkinan mempunyai ciri murid berkeperluan khas khas sekiranya skor ‘Ya’ lebih daripada 2. Jika semua /@ ketiga-tiga elemen 3,4 dan 5 ditanda ‘  ‘, murid perlu dirujuk kepada Pengamal Perubatan untuk pemeriksaan lanjut. RUMUSAN (Diisi oleh Penilai) Murid berkemungkinan: i) tidak mempunyai ciri berkeperluan khas ii) mempunyai ciri berkeperluan khas. Tandatangan Penilai : Nama : Tarikh : Disahkan oleh: …………………………….... (GURU BESAR ) Cop sekolah :
  • 15. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 15 3.4 Bahagian C: Senarai Semak Penyataan Item Dan Penjelasan Bahagian ini terdiri daripada lima elemen dan 52 item. Elemen 1: Tanda-tanda Masalah Pendengaran Item Pernyataan Item Penjelasan 1 Murid tidak boleh bertindak balas terhadap bunyi. Murid tidak bertindak balas kepada bunyi yang dibuat dalam jarak satu meter. Contoh: - guru mengetuk pintu tanpa dilihat oleh murid. - murid berpaling apabila nama dipanggil. 2 Murid tidak boleh mengajuk bunyi yang didengar. Murid yang mempunyai masalah pendengaran boleh membaca gerak bibir. Oleh itu, guru perlu mengelakkan murid daripada melihat gerak bibir semasa membuat bunyi. Murid mengajuk bunyi yang dibuat oleh guru. Contoh: bunyi ayam berkokok 3 Murid tidak boleh menunjuk arah bunyi yang didengar. Guru memberi soalan secara berbisik dari arah belakang (kiri dan kanan) murid. Murid memberi respon kepada soalan. Elemen 2: Tanda-tanda Masalah Penglihatan Item Pernyataan Item Penjelasan 4 Murid merapatkan buku ke muka ketika membaca. Guru memerhati jarak di antara buku dan muka murid ketika membaca. Jarak membaca yang ideal adalah 33cm (1 kaki). 5 Bacaan Ujian ‘Snellen Eye ‘. i) Mata kiri 6/9 atau lebih. - rujuk lampiran pelaksanaan Ujian Ketajaman Penglihatan menggunakan Snellen-E.
  • 16. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 16 ii) Mata kanan 6/9 atau lebih. - rujuk lampiran pelaksanaan Ujian Ketajaman Penglihatan menggunakan Snellen-E. Elemen 3: Tahap Penguasaan Kemahiran Asas Perkembangan Individu Item Pernyataan Item Penjelasan 6 Murid mempunyai masalah dalam bertutur. Pertuturan murid tidak lancar ketika berbual / berkomunikasi dengan rakan atau guru. Contoh: lambat mengeluarkan perkataan / tersekat-sekat seolah-olah sukar mencari perkataan yang sesuai. 7 Murid tidak boleh menjawab secara lisan soalan kefahaman daripada bahan yang diperdengarkan dalam bahasa yang difahami. Berdasarkan penilaian guru,murid tidak boleh menjawab secara lisan soalan kefahaman daripada bahan yang diperdengarkan. Soalan boleh diberi dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris / bahasa ibunda masing-masing. Contoh teks adalah seperti di Lampiran 2. 8 Murid mengalami masalah tingkah laku. Murid didapati gemar melakukan perkara yang negatif berulang-ulang seperti: (i) Sering membuat bising yang mengganggu (cth: mengetuk meja). (ii) Mengoyak buku tanpa sebab. (iii) Mengganggu kawan semasa belajar (iv) Tidak melibatkan diri dalam pembelajaran 9 Murid mempunyai daya tumpuan yang singkat. Murid didapati kerap bertukar-tukar aktiviti dalam sesuatu tempoh (tempoh tumpuan pada satu aktiviti terlalu singkat) 10 Murid tidak boleh mengimbangi diri apabila berjalan di atas garisan lurus. Murid berjalan di atas garisan lurus (binding tape) sepanjang 5 meter di atas lantai. Guru memerhatikan cara murid itu berjalan untuk melihat sama ada dia boleh mengimbangkan diri dengan baik di atas binding tape. 11 Murid menghadapi kesukaran Murid mempunyai masalah dalam penggunaan gunting
  • 17. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 17 menggunting kertas. ketika menggunting kertas. 12 Murid tidak boleh menyambung titik-titik. Murid tidak boleh menyambung titik-titik dengan baik. Contoh: murid tidak boleh menyambung titik-titik untuk melengkapkan gambar (Lampiran 3). 13 Murid memerlukan bantuan ketika makan. Murid memerlukan bantuan orang lain ketika makan – tidak boleh makan dengan sendiri. 14 Murid tidak boleh bercerita berpandukan gambar. Murid tidak boleh bercerita menggunakan perkataan sendiri berpandukan gambar yang ditunjukkan. Murid boleh menggunakan bahasa yang mereka fahami (Lampiran 4). 15 Murid keliru dengan konsep arah. Murid tidak dapat menentukan arah yang dinyatakan. (i) kanan atau kiri Contoh: angkat tangan kanan atau kiri (ii) atas atau bawah Contoh: guru mengarah murid meletakkan benda di atas atau di bawah meja. (iii) depan atau belakang Contoh: murid menyatakan benda yang terdapat di depan dan dibelakang mereka. 16 Murid menghadapi masalah dengan konsep turutan. Murid tidak boleh menyatakan salah satu konsep turutan di bawah: (i) Turutan nombor (ii) Turutan abjad (iii) Nama hari dalam seminggu 17 Murid sering gopoh semasa bertindak. Murid menunjukkan kegagalan mengawal diri semasa menjalankan sesuatu aktiviti. 18 Murid sering cuai semasa bertindak. Murid tidak dapat mengawal diri dalam pergerakan (cemerkap). Contoh: (i) Apabila berjalan kerap terlanggar sesuatu di persekitiran. (ii) Kerap menjatuhkan barang. 19 Murid tidak boleh Berdasarkan pemerhatian guru, murid tidak boleh
  • 18. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 18 menyesuaikan diri dalam pergaulan. menyesuaikan diri dengan rakan-rakan. Sering menjauhkan diri dari rakan dan suka bersendiri. 20 Murid tidak boleh menyambut bola besar dalam jarak satu meter. Murid tidak boleh menyambut bola yang dibaling oleh guru dalam jarak satu meter. Saiz bola adalah sebesar saiz bola sepak. 21 Murid tidak boleh mewarna dalam ruang yang disediakan. Murid tidak boleh mewarna dalam ruang yang disediakan, sama ada bentuk atau gambar rajah (Lampiran 5). 22 Murid tidak boleh berinteraksi dengan rakan-rakan mengenai perkara-perkara semasa di persekitaran. Berdasarkan penilaian guru, murid tidak berkeupayaan berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai perkara-perkara semasa yang berlaku di persekitaran mereka. Contoh: bercerita tentang watak-watak di televisyen dan buku cerita. 23 Murid mempunyai masalah rendah diri Murid malu untuk melakukan sesuatu kerana menganggap dirinya tidak mampu menandingi rakan atau merasakan dia tidak akan berjaya melakukannya. 24 Murid tidak mempunyai hubungan mata (eye contact) ketika berkomunikasi Murid tidak memandang mata guru / rakan ketika berkomunikasi. 25 Murid tidak boleh mengikut arahan mudah Murid tidak memberi tindak balas atas arahan yang diberi. Contoh: angkat tangan, tutup pintu 26 Murid bermasalah menamakan objek. Murid menghadapi masalah menamakan objek di persekitaran bilik darjah. Contoh: papan tulis, pembaris 27 Kebolehan lisan dalam bahasa yang difahami murid tidak setanding dengan rakan sebaya. Berdasarkan pemerhatian guru , murid ketinggalan dalam berkomunikasi secara lisan jika dibanding dengan rakan sebaya. 28 Murid menghadapi kesukaran memakai kasut dengan betul. Melalui pemerhatian guru, murid sering memakai kasut secara terbalik/ tidak boleh mengikat tali kasut /
  • 19. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 19 memakai kasut di hujung tapak kaki sahaja. Elemen 4: Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis. Item Pernyataan Item Penjelasan A. Mengeja 29 Murid sukar mengeja perkataan mudah Contoh perkataan ialah nama sendiri, bola dan ayam (Lampiran 6) 30 Murid sering mengeja perkataan yang tiada langsung kaitan makna dengan perkataan asal. Sering mengeja perkataan yang tidak ada langsung kaitan makna dengan perkataan asal. Contoh perkataan: batu buta Sama masa 31 Murid kerap melakukan kesalahan i) menyusun abjad dalam perkataan (i) menyusun abjad dalam perkataan. Contoh perkataan: nasi sain Dalam dalma ii) menggabungkan suku kata secara terbalik (ii) menggabung sukukata secara terbalik. Contoh perkataan: ibu Ubi tisu Tusi 32 Murid keliru membezakan bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata. Contoh perkataan: dapat padat pat dat kakak katak kak tak B. Membaca 33 Murid ketinggalan dalam kebolehan membaca Melalui pemerhatian atau maklumat dari guru lain / ibu bapa, kebolehan membaca murid jauh ketinggalan jika
  • 20. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 20 berbanding rakan sebaya. dibanding dengan rakan sebaya. Rakan sebaya bermaksud murid-murid normal yang sama umur. 34 Kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid semasa membaca ialah i. Menggugurkan perkataan. Contoh: Saya makan nasi goreng semalam. Saya makan nasi semalam. (gugur perkataan goreng) ii. Menambah perkataan pada bacaannya. Contoh: Dia ada seekor kucing. Dia ada seekor kucing jantan. (Tambah perkataan jantan) iii. Melangkau baris. Contoh: Saya ada seekor itik jantan. Warnanya putih. Itik saya suka berenang. (tertinggal baris kedua semasa membaca). iv. Menggantikan perkataan. Contoh: Saya perigi ke taman. (pergi perigi) C. Menulis 35 Murid sukar menyalin maklumat dari papan tulis. Melalui pemerhatian guru, murid samada lambat, salah atau langsung tidak boleh menyalin maklumat yang ditulis di papan tulis 36 Tulisan murid sukar dibaca. Melalui semakan buku tulis murid, huruf /abjad yang ditulis tidak jelas bentuknya, bercampur huruf besar dan kecil, terlalu rapat di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. 37 Murid menulis lambat berbanding dengan rakan sebaya. Murid lambat menyiapkan kerja bertulis jika dibanding dengan rakan-rakan lain di dalam kelas. Rakan sebaya bermaksud rakan yang normal yang sama umur. 38 Murid menulis secara terbalik. i. Abjad-abjad tertentu Contoh: p q u n
  • 21. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 21 m w b d ii. Perkataan Contoh: tanam taman batu buta masa sama Elemen 5: Tahap penguasaan nombor Item Pernyataan Item Penjelasan 39 Murid tidak boleh membezakan konsep banyak dan sedikit. Murid tidak boleh menunjukkan himpunan yang banyak dan sedikit pada kad gambar / objek sebenar yang ditunjukkan. 40 Murid tidak boleh membezakan saiz. Murid tidak boleh mengasingkan / membandingkan benda mengikut saiz kecil dan besar / panjang dan pendek. 41 Murid tidak boleh mengenal angka 0 hingga 9. Murid tidak boleh menyebut angka yang ditunjukkan pada kad (secara rawak). 42 Murid tidak boleh membilang angka dalam lingkungan 10 secara lisan. Murid tidak boleh membilang satu-satu angka dalam lingkungan 10 mengikut turutan. 43 Murid tidak boleh menulis angka 0 hingga 9. Murid tidak boleh menulis angka 0 hingga 9 yang disebut oleh guru secara rawak. PEMARKAHAN Borang pemarkahan disediakan pada Lampiran 1 dalam Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran hendaklah dilengkapkan oleh guru / penilai mengikut arahan yang diberikan.
  • 22. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 22 UNTUK SOALAN 6 UJIAN PENGLIHATAN UNTUK SARINGAN MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN PERALATAN BAGI UJIAN SNELLEN ”E” 1. Tempat pemeriksaan yang mempunyai pencahayaan yang terang. Sekiranya pencahayaan dalam bilik kurang baik, lakukan ujian di luar bilik darjah. 2. Pita pengukur 3. Carta Snellen ”E” 4. Penutup mata/ occluder (elak menggunakan tangan untuk menutup mata) 5. Kad bentuk “E” LANGKAH-LANGKAH UJIAN PENGLIHATAN 1. Tampal carta ‘E’ pada dinding. Pastikan kedudukan Carta Snellen separas dengan mata murid. 5 4 3
  • 23. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 23 2. Buat garisan di lantai pada jarak 6 meter dari Carta Snellen. 3. Murid berdiri pada garisan tersebut seperti ditunjukkan pada Gambar 1. Gambar 1 4. Uji mata kanan dahulu, 5. Minta murid tutup mata kiri dengan menggunakan occluder atau kad penutup mata dengan tangan kiri. Gambar 2 6. Minta murid memegang kad bentuk ‘E” di tangan kanan seperti contoh ditunjukkan dalam Gambar 2. 7. Guru memberi penerangan cara menggunakan kad “E” semasa ujian dilaksanakan. Murid perlu memusing kad ‘E” mengikut bentuk ‘E’ yang terdapat di Carta Snellen “E”. 8. Penilai berdiri di sebelah Carta Snellen ‘E’ seperti pada Gambar 4.
  • 24. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 9. Penilai mula menjalankan ujian penglihatan dengan meminta murid membaca carta pada 24 barisan 9 (barisan dengan nombor 9 di Carta Snellen ‘E’). Terdapat 6 huruf “E” pada barisan 9. Arah murid memusingkan kad “E” seperti yang ditunjukkan pada carta. 10. Perhatikan tindakbalas murid. Murid perlu memusingkan kad “E” mengikut arah nombor “E” yang yang ditunjukkan oleh guru atas Carta Snellen E. Nota untuk guru:  Beri masa bagi murid. Gambar 4  Guru tidak boleh memberi tunjuk ajar arah kad “E” kepada murid semasa ujian sedang dilaksanakan.  Jangan buat pembetulan sekiranya arah yang ditunjuk oleh murid salah. 7. Ulangi langkah bagi setiap huruf “E” yang terdapat di barisan 9. 8. Sekiranya murid tidak boleh mengecam lebih separuh huruf “E” di barisan 9 ( lebih dari 4), berhenti ujian. 9. Ulangi setiap langkah bagi mata kiri.
  • 25. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 25 KEPUTUSAN UJIAN 1. Sekiranya murid boleh mengecam sekurang-kurangnya 4 huruf ”E” pada barisan 9, bacaan adalah kurang 6/9. 2. Sekiranya murid gagal mengecam lebih 4 atau lebih huruf ”E” pada barisan 9, bacaan adalah lebih 6/9. 3. Keputusan ujian mesti dibuat untuk mata kiri dan kanan. 4. Rujuk murid untuk pemeriksaan lanjut sekiranya bacaan ujian snellen ”E” pada salah satu atau kedua-dua mata melebihi 6/9 Contoh Teks Bacaan Bagi Soalan 7 Lina ada kucing. Nama kucing Lina Tompok. Tompok suka makan ikan. Tompok tidur bawah meja. Soalan : 1. Lina ada apa? 2. Apa nama kucing Lina? 3. Tompok suka makan apa? 4. Tompok tidur di mana?
  • 26. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 26 Contoh Aktiviti Menyambung Titik-Titik Bagi Soalan 12
  • 27. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 27 Contoh Aktiviti Mewarna Gambar Untuk Soalan 14
  • 28. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 28 Contoh Aktiviti Bercerita Berpandukan Gambar Untuk Soalan 21
  • 29. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 29 Contoh Perkataan Mudah Bagi Soalan 29 Api Buku Bakul Cermin
  • 30. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 30 4.1 CARTA ALIR UJIAN PENGLIHATAN Pastikan tempat pemeriksaan mempunyai pencahayaan yang terang Lekat Carta Snellen “E” di dinding i. Uji mata kanan dahulu (tutup mata kiri dengan menggunakan occluder atau kad penutup mata ii . Ulangi langkah di atas pada mata kiri. Pelajar membaca arah nombor s etiap huruf ”E” pada baris an 9 meter Ya Pelajar berdiri pada jarak 6 meter dari carta Snellen Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia Boleh baca lebih dari 4 /semua huruf “E” pada baris an 9 meter Tidak Bacaan kurang 6/9 Bacaan lebih 6/9 Rujuk klinik kesihatan untuk pengesahan Ukur jarak 6 meter dari carta snellen
  • 31. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 31 4.2 CARTA ALIR PELAKSANAAN UJIANSARINGAN MURID LINUS TEGAR TIDAK MELEPASI MELEPASI DISAHKAN TIDAK DISAHKAN SARINGAN PENGESANAN PENDIDIKAN KHAS PROGRAM PEMULIHAN KHAS PEMERIKSAAN PENGAMAL PERUBATAN
  • 32. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 32 4.3 CARTA ALIR PROSEDUR PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS 1. Mula 2. Murid LINUS Tegar menjalani saringan menggunakan Instrume Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran dan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD). Guru membuat rumusan berasaskan skor yang dibuat pada instrumen. Jika melepasi saringan, murid mengikuti Program Pemulihan Khas. Jika tidak melepasi, murid akan ke proses (3). 3. Pihak sekolah menghantar data murid yang tidak melepasi saringan ini kepada PPD 4. PPD menghubungi pihak hospital untuk menyerahkan data murid yang telah diselaraskan dan berbincang mengenai tarikh pemeriksaan oleh pegawai perubatan. 5. Klinik Kesihatan Daerah menyelaras tarikh temu janji murid dengan pegawai perubatan dan menghantar semula senarai temu janji kepada PPD 6. PPD memanjangkan senarai temu janji tersebut kepada sekolah. 7. Sekolah memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga tarikh temu janji murid dengan pegawai perubatan di klinik yang ditetapkan. 8. Ibu bapa/penjaga membawa anak/anak di bawah jagaannya untuk pemeriksaan pada tarikh dan masa di klinik/hospital yang telah ditetapkan dan membawa bersama keputusan IPMBDP, ISD, surat BPKh01 serta BPKh02 9.Pegawai Perubatan membuat pengesahan dan memaklumkan keputusan kepada ibu bapa/penjaga. 10.Ibu bapa/penjaga wajib memanjangkan keputusan pengesahan pegawai perubatan kepada pihak sekolah 11. Sekolah memanjangkan keputusan pengesahan murid sebagai murid pendidikan khas oleh pegawai perubatan kepada PPD untuk dibuat penempatan ke kelas pendidikan khas yang ditentukan oleh PPD. Murid yang bukan pendidkan khas akan dihantar ke Program Pemulihan Khas. 12. Tamat 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
  • 33. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 33 5.0 KESIMPULAN Kriteria Penilaian meliputi kriteria murid yang dinilai dan penilai yang terdiri daripada guru LINUS, guru kelas, guru Pemulihan Khas, guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik. Tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung sekurang-kurangnya selama enam bulan. Instrumen ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian maklumat murid dan senarai semak terhadap lima elemen iaitu tanda-tanda masalah pendengaran, penglihatan, tahap penguasaan kemahiran asas perkembangan individu, tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis serta tahap penguasaan nombor. Untuk menjalankan pengesanan yang boleh disahkan dan bermakna, beberapa peralatan perlu digunakan seperti Carta Snellen E, Penutup mata Kad berbentuk E, Pita ukur, teks bacaan, kad gambar atau kiub dan sebagainya. Murid LINUS Tegar menjalani ujian saringan menggunakan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran dan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) berdasarkan kelima-lima elemen tersebut. Keputusan yang terhasil berasaskan skor pemarkahan yang dibuat oleh guru akan menempatkan murid ke opsyen yang sesuai. Jika melepasi saringan, murid mengikuti Program Pemulihan Khas. Jika tidak melepasi, peranan pengamal perubatan pula akan memeriksa murid berkenaan untuk membuat pengesahan sama ada murid tersebut harus ditempatkan di sekolah pendidikan khas atau tidak. Sekiranya murid disahkan memiliki ciri-ciri berkeperluan khas maka ia perlu di tempatkan di Sekolah Pendidikan Khas tetapi jika tidak disahkan maka murid itu hendaklah mengikuti pembelajaran di kelas pemulihan khas. Realitinya, Program Pendidikan Khas khususnya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di negara ini masih berada dalam fasa perkembangan dan pemurnian perlaksanaannya. Masih terdapat perkara yang perlu dipelajari dan diperbaiki. Segelintir manusia menganggapnya memenuhi keperluan kanak - kanak ini adalah pilihan terakhir. Masalah pihak pentadbiran yang masih kurang memberi sokongan kepada program PKBP bukan sahaja menjadi masalah beberapa buah sekolah malah mencakupi beberapa sekolah lain di Semenanjung Malaysia. Kurangnya sokongan pihak pentadbiran boleh dilihat dari segi layanan pihak pentadbir terhadap guru dan murid pendidikan khas sebagai golongan kelas kedua, kurangnya peruntukan kewangan serta sikap kurang senang pihak pentadbir apabila murid pendidikan khas mengikuti peperiksaan awam yang mana ia akan menjatuhkan graf peperiksaan awam sekolah. Isu sokongan daripada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah
  • 34. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF adalah sangat penting dalam sesebuah sekolah Intergrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran memandangkan pihak inilah yang paling hampir dengan program pendidikan khas. Sebagai alternatif untuk menangani isu ini, program pendedahan Pogram Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran perlu diwujudkan di kalangan semua pihak pentadbir terutamanya bagi sekolah-sekolah yang baru membuka program ini dan juga pihak pentadbir yang baru berkecimpung dalam dunia pendidikan khas terutamanya Guru Besar atau Pengetua sekolah. Berdasarkan pendedahan itu, persefahaman pengurusan penyelaras pendidikan dan Guru Besar / Pengetua akan menjadi lebih baik. Dialog di antara guru pendidikan khas, Guru Besar/Pengetua dengan Pihak Jabatan Pendidikan Khas secara berterusan adalah perlu bagi memantapkan lagi persefahaman tersebut selain daripada penyampaian maklumat adalah lebih telus dan terkini. Dari aspek sokongan PIBG khususnya di kalangan ibu bapa, tahap kesedaran mereka semakin meningkat terhadap keperluan kanak-kanak 34 berkeperluan khas. Mujur dengan Teras 4 dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) j memperlihatkan kesungguhan pihak kerajaan membantu kanak-kanak ini iaitu merapatkan jurang pendidikan antara pelajar normal dengan berkeperluan khas berdasarkan kesesuaian dan keperluan mereka. Antara langkah yang diambil dalam memastikan keberjayaan PIPP ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri telah berusaha membangunkan dan membuka sekolah Intregrasi Pendidikan Sekolah, Pendidikan Masalah Pendengaran dan juga Sekolah Khas Masalah Penglihatan. Perluasan pembukaan Sekolah Pendidikan Khas terutamnya PKBP, sesuatu yang perlu dipandang positif selain daripada memperlihatkan kesungguhan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, ia juga memperlihatkan tahap kesedaran ibu bapa dan juga masyarakat di Malaysia terhadap keperluan pendidikan di kalangan anak mereka dan peluang - peluang yang telah disediakan pihak berwajib. ( 4800 patah perkataan )
  • 35. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 35 6.0 BIBLIOGRAFI Bahagian Pendidikan Khas ,Kementerian Pelajaran Malaysia (April 2011). Manual Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah dalam Pembelajaran Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia ( April 2011 ). Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (LINUS Tegar) Malaysia, Kementerian Pendidikan. (1998). Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur : Jabatan Pendidikan Khas. http://ceritarasahati2.blogspot.com/2008/11/isu- isu-pendidikan-khas.html http://jpn.moe.gov.my/jpnperlis/v2/images/stories/download/spspk/instrumen%20pengesanan %20.pdf http://pendidikankhasbtgpdg.weebly.com/1/post/2011/05/ujian- instrumenkanak_kanak-berkeperluan- khas-pend-khas-pemulihan.html http://www.ppdks.gov.my/v1/attachments/article/693/panduan%20pelaksanaan%20diagnos% 20murid%20OKU%20LINUS.pdf http://www.remedialclass.net/wp-content/uploads/2012/10/2.-MANUAL-INSTRUMEN-PENGESANAN-_ IPMBDP_-8-APRIL-20111.pdf
  • 36. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 36 7.0 LAMPIRAN Lampiran 7.1 CONTOH SURAT PEMBERITAHUAN PIHAK SEKOLAH KEPADA IBU BAPA / PENJAGA MURID BERKEPERLUAN KHAS No.Rujukan: Tarikh: Kepada: (Nama ibu bapa/penjaga)____ (Alamat)__________________ Tuan, RUJUKAN MURID UNTUK PEMERIKSAAN LANJUTAN Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Berdasarkan skor daripada Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran, dimaklumkan bahawa anak tuan yang bernama ______________________ No. MyKid/Sijil Lahir ___________________ dari kelas __________dicadangkan supaya menjalani pemeriksaan lanjutan oleh Pengamal Perubatan. 3. Bersama ini dilampirkan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran yang telah dilengkapkan oleh guru untuk dibawa bersama semasa merujuk kepada Pengamal Perubatan. 4. Kerjasama pihak tuan adalah amat diharapkan dan dihargai. Sekian, terima kasih. Yang benar, _______________________ (NAMA GURU BESAR) (COP JAWATAN DAN SEKOLAH)
  • 37. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF Lampiran 7.2 BPKh 01 Nama Ibu bapa / Penjaga: Alamat: No. Telefon: __________________________________________________________________________ 37 Rujukan: Tarikh: Guru Besar, Sekolah................................................ Tuan, KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA BAGI PEMERIKSAAN PERUBATAN ANAK Dengan sukacitanya saya merujuk perkara di atas. 2. Setelah berbincang dan mendapat nasihat serta pandangan dari pihak sekolah, saya dengan rela hati dan secara ikhlas membenarkan anak saya / anak di bawah jagaan saya........................................................... No. Sijil Kelahiran............................. tahun ................menjalani pemeriksaan perubatan. 3. Saya faham dan bersetuju bahawa saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak berkenaan dengan perkara ini. Saya faham bahawa pemeriksaan perubatan ini penting bagi masa depan anak / anak di bawah jagaan saya. Sekian, terima kasih. Yang benar ,....................................... Nama Ibu bapa/penjaga:
  • 38. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 38 No. Kad Pengenalan: Tarikh: Lampiran 7.3 BPKh 02 Guru Besar Sekolah ………………………………………… ___________________________________________________________________________ Rujukan sekolah : Tarikh: Pegawai Perubatan, Hospital / Klinik......................................... Tuan, PEMERIKSAAN PERUBATAN Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Berhubung dengan perkara di atas, pihak kami memohon jasa baik tuan bagi mendapatkan kemudahan untuk menjalani pemeriksaan perubatan ke atas pembawa surat ini iaitu............................................................... No. Sijil Kelahiran ............................... Tahun .......................... 3. Saya memohon jasa baik tuan agar segala butiran dan hasil pemeriksaan dapat dikembalikan kepada pihak kami untuk tindakan selanjutnya. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah, .............................................
  • 39. HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF 39 Guru Besar s.k. PPD. Ibu bapa/ penjaga