SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Kertas Kerja Program Pendidikan Inklusis SK Taman Universiti ( 1 )

KERTAS

KERJA

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF
SK TAMAN UNIVERSITI ( 1 )

Disediakan Oleh :
SITI HAWA BT ABD MALIK
750724 – 05 – 5588

1
Kertas Kerja Program Pendidikan Inklusis SK Taman Universiti ( 1 )

Abstrak
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mencadangkan pelaksanaan Program Pendidikan
Inklusif (PPI) untuk Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di Sek. Keb. Taman
Universiti ( 1 ) . Istimewanya program ini ialah setiap kelas yang mempunyai murid bermasalah
pembelajaran akan disertasi oleh seorang guru pendidikan khas (guru damping) yang akan
membantu murid-murid tersebut. Semua guru kelas dan guru mata pelajaran akan diberi kursus
pendedahan berkaitan dengan murid-murid bermasalah pembelajaran dan Program Pendidikan
Inklusif oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) dan badan pendidikan khas yang lain seperti Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia
atau The National Autism Society Of Malaysia (NASOM) dan Pertubuhan Kanak-Kanak Insan
Istimewa Cemerlang (PKIIC).
Jangkaan dapatan daripada pelaksanaan program ini ialah guru-guru kelas dan guru mata
pelajaran akan dapat menjalin kerjasama yang baik dengan guru-guru pendamping dari badan
yang lain untuk membantu aktiviti pembelajaran murid-murid bermasalah pembelajaran. Muridmurid ini akan mampu mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama-sama rakan
sekelas yang lain dan berdikari sekiranya guru pendamping tidak hadir. PPI ini akan berkesan
jika dirancang dengan rapi oleh pihak sekolah dengan kerjasama dan pemantauan berterusan dari
KPM dan dijangka akan dapat diimplimentasikan dengan berkesan dan sistematik.
Kata kunci: pendidikan inklusif, murid bermasalah pembelajaran, sekolah rendah

1.0 Pendahuluan
Kini usaha untuk memberi peluang pendidikan murid-murid berkeperluan khas di kelas
aliran perdana juga mengalami perubahan positif. Ini selaras dengan konsep pendidikan untuk
semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan untuk semua murid
berkeperluan khas seperti bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah
pembelajaran termasuk murid-murid autistik, down syndrome dan lain-lain. Program Pendidikan
2
Kertas Kerja Program Pendidikan Inklusis SK Taman Universiti ( 1 )

Inklusif (PPI) telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk member peluang pendidikan
yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka. Matlamat
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah
untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama
untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengenal pasti jurang
pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

2.0 Pernyataan Masalah
Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah arus perdana mengintegrasikan satu hingga
lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Namun begitu, hanya segelintir murid
berkeperluan khas mengikuti PPI. Ini kerana masih banyak sekolah arus perdana kurang bersedia
untuk melaksanakan pendidikan inklusif serta kurangnya kepercayaan dan keyakinan ibubapa
untuk memilih pendidikan inklusif untuk anak-anak mereka yang berkeperluan khas. Selain itu
kurangnya penglibatan organisasi atau badan-badan tertentu dalam menyediakan guru
pendamping yang boleh mengajar semua jenis kanak-kanak mengagalkan usaha untuk
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Walaupun pendidikan
inklusif digalakkan oleh Kementerian Pelajaran, namun implementasi pendidikan inklusif masih
belum lagi meluas. Oleh yang demikian, cadangan/garis panduan yang menyeluruh ini perlu
dijalankan dalam pelaksanaan PPI di Sek. Keb. Taman Universiti ( 1 ) supaya ia dapat
diimplimentasikan secara berkesan dan memberi impak positif kepada semua murid yang terlibat
sama ada murid berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada di kelas tersebut.

3.0 Objektif
1. Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas menerima pengajaran dan
pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana. Pelajar
khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada
dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan
3
Kertas Kerja Program Pendidikan Inklusis SK Taman Universiti ( 1 )

mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan
wujudnya model-model rakan sebaya (role model).
2. Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar berkepeluan khas dengan
murid di aliran perdana.
3. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong
dan membantu mengendalikan rakan-rakan ‘Khas‘ sekelas mereka. Mereka juga dapat
belajar memahami rakan-rakan ‘Khas’ ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan
kecacatan.
4. Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas .
5. Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat.
6. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan khas
untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan

4.0 Kepentingan cadangan/ garis panduan
Hasil garis panduan ini diharapkan akan dapat memberikan maklumat kepada pihakpihak yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI)
murid-murid berkeperluan khas seperti Jabatan Pendidikan Khas, KPM, Unit Pendidikan Khas
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pentadbir sekolah-sekolah yang
mempunyai Program Intergrasi Pendidikan Khas di sekolah-sekolah harian. Pihak yang tersebut
perlu memberikan perhatian yang lebih menyeluruh dalam merancang dan melaksanakan
program yang lebih berkesan bagi murid–murid tersebut. Di pihak pentadbir sekolah dan guruguru di sekolah pula diharapkan mendapat maklumat bagi menyediakan PPI yang berkesan
bukan sahaja kepada murid inklusif tetapi juga melihat kepentingan sosial murid normal yang
dipaksa menerima murid berkeperluan khas sebagai rakan sekelas. Penyediaan tempat yang
4
Kertas Kerja Program Pendidikan Inklusis SK Taman Universiti ( 1 )

sesuai akan membolehkan pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PPI dapat merancang dengan
lebih berkesan untuk mencapai fungsinya. (Farell et al, 2002).

5.0 Tinjauan Literatur
5.1 Definisi Pendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan
kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan
murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Abdul Rahim
Selamat, 1994). Dalam erti kata lain, pendidikan ini melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas
di dalam kelas-kelas biasa di mana bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi
membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka
(Kamariah Jalil, 1995).
5.2 Pendidikan Inklusif di Malaysia
Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah
istilahnya, dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu istilah
"Program Percantuman’ atau ‘Integrated’ telah digunakan. Negara Malaysia telahpun
mengamalkannya sejak 1962 lagi (Zaleha Tambi Adam, 1997). Murid yang mempunyai masalah
penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, masalah pembelajaran adalah antara
mereka yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia, murid-murid
berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada
tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau
program pendidikan inklusif. Pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah
tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian
Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.

5
Kertas Kerja Program Pendidikan Inklusis SK Taman Universiti ( 1 )

5.2.1 Program Pendidikan Khas Integrasi
Program Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai muridmurid berkeperluan khas.
5.2.2 Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa
bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa,
mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan
khas (guru pembimbing).
5.2.2.1 Inklusif Penuh
Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran
perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).
5.2.2.2 Inklusif Separa
Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau
aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru
pembimbing).
5.3 Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas
Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai
organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (NonGovernmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata
tempat di negara kita.

6
Kertas Kerja Program Pendidikan Inklusis SK Taman Universiti ( 1 )

Peristiwa ‘Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986’ telah membuka mata
pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu
berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal
berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak
berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah,
yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan
ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah:
1. Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s Assocation) yang menyediakan
intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun .
2. Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas
kemahiran hidup serta kemahiran sosial.
3. Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanakkanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16
tahun.
4. Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited
kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di
bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanakkanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.
5.4 Akta perundangan dan dasar antarabangsa mengenai Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau United
Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) menyatakan, sekolah biasa
yang mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling berkesan bagi melawan
sikap diskriminasi terhadap murid keperluan khas. UNESCO menggesa semua kerajaan
menjalankan dasar Pendidikan Inklusif dengan mendaftarkan murid berkeperluan khas di
sekolah-sekolah biasa.
7
Kertas Kerja Program Pendidikan Inklusis SK Taman Universiti ( 1 )

Di Amerika Syarikat, sokongan terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI) mempunyai
sejarah yang agak panjang. Ia dimulakan dengan Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-kanak
Cacat 1975, kemudian bertukar nama menjadi Akta Individu Kurang Upaya (IDEA) 1990, dan
beberapa pengubahsuaian pada akta ini pada tahun 1997. Semua akta ini memastikan khidmat
pendidikan disediakan untuk semua murid, tanpa mengira sifat kurang upaya atau keperluan
pembelajaran mereka, dan bahawa ciri pelajaran ini agak tekal di seluruh Amerika Syarikat.Di
Great Britain, perundangan kurang terperinci berbanding perundangan di Amerika Syarikat, dan
ini membolehkan pihak berkuasa pendidikan mentafsir undang-undang ini dalam pelbagai cara
(Dyson dan Millward, 2000). Di Australia dan New Zealand, tiada perundangan yang bersifat
kebangsaan yang dapat menentukan secara khusus, perkhidmatan pendidikan khas bagi
memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas.

6.0 Strategi Pelaksanaan
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung
kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan
pengajaran. Bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan khas yang berada di dalam kelas,
guru mata pelajaran akan membuat penyesuaian. Keadaan ini akan mengubah corak interaksi
sedia ada dan sebaliknya memberi kesan kepada murid-murid normal pula. Pelaksanaan Program
Pendidikan Inklusif (PPI) akhirnya, tidak memberi apa-apa kesan positif kepada murid
berkeperluan khas. Malang sekali jika murid-murid normal turut rasa tergugat dan menganggap
program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka
(Gargiulo, R.M. 2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang dirancang Kementerian
Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan PPI di kalangan murid-murid berkeperluan
khas, maka satu garis panduan yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang
mempengaruhi pelaksanaan program tersebut.

8
Kertas Kerja Program Pendidikan Inklusis SK Taman Universiti ( 1 )

6.1 Jenis-jenis pelajar masalah pembelajaran
1. Lemah dalam pelajaran - "Slow Learner"
2. Autistik
3. Down Syndrome
4. Terencat akal ringan.
5. Hyperaktif
6. Cerebral Palsy
* Pelajar ini mestilah boleh menguruskan diri seperti makan, berpakaian dan ke tandas sendiri.

6.2 Tenaga pengajar
Peranan dan tanggungjawab Guru pendidikan khas (guru pembimbing) dan Guru mata
pelajaran dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah:
1. Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif
2. Merancang dan melaksanakan penilaian.
3. Dedikasi dan komitmen yang tinggi.
4. Layanan dan bimbingan yang adil.

9
Kertas Kerja Program Pendidikan Inklusis SK Taman Universiti ( 1 )

6.3 Kemudahan asas untuk pelajar khas
1. Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal.
2. Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP walaupun berada di sekolah menengah.
3. Bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos dan Jawatankuasa akademik.
4. Bahan rujukan/peralatan tambahan - atas kebijaksanaan/ inisiatif pihak sekolah.
5. Bilik resos - perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu dan
kaunseling.

6.4 Pengurusan
1. Menyelenggara alat bantu dengar berfungsi dengan baik
2. Memastikan semua murid memakai alat bantu dengar
3. Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang
sesuai
4. Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid
bermasalah pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan
5. Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat, pendidikan
dan pengetahuan kepada murid bermasalah pembelajaran.

10
Kertas Kerja Program Pendidikan Inklusis SK Taman Universiti ( 1 )

6.5 Kelas bimbingan dan aktiviti-aktiviti tambahan
1. Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan
umum.
2. Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibubapa/ penjaga murid supaya
dapat membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah.
3. Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan komunikasi.
4. Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di sekolah.
5. Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah.

7.0 Syor
Pihak pentadbiran Sek. Keb. Taman Universiti ( 1 ) adalah dipohon untuk
mempertimbangkan dan meluluskan cadangan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI)
supaya ia dapat dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan.

8.0 Rumusan
Cadangan/garis panduan ini adalah satu usaha untuk melihat pelaksanaan Program
Pendidikan Inklusif (PPI) murid berkeperluan khas. Kejayaan pelaksanaan program yang bakal
dijalankan di sekolah ini adalah berdasarkan ciri-ciri yang telah disenaraikan. Usaha yang
berterusan perlu bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan teratur dan berjaya. Kita
dapat meningkatkan murid-murid berkeperluan khas ini dari satu liabiliti menjadi satu asset yang
penting dan berguna kepada Negara di mana mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang
satu hari nanti.
11
Kertas Kerja Program Pendidikan Inklusis SK Taman Universiti ( 1 )

Rujukan
Kamariah Jalil. (1995). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya. Kertas Kerja
Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort, Terengganu.
Farrell, P. & Ainscow, M. (Ed.). (2002). Making Special Education Inclusive. London: David
Fulton Publisher.
Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Bengkel
Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi.
Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas
Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang tidak
diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Dyson, A. & Millward, A. (2000). Schools and Special Need: Issues of Innovation and Inclusion.
London: SAGE Publications Inc.
Garguilo, R.M. ( 2006 ). Special Education In Contemparary Society. ( 2nd Ed ). USA :
Thomson Wadsworth .

12

More Related Content

What's hot

Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)FaFai S.
 
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah PembelajaranPresentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah PembelajaranSuziana Kamaruddin
 
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifPelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifMohd Nizam
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)mayangmul
 
Buku panduan pengoperasian kelas ppki
Buku panduan pengoperasian kelas ppkiBuku panduan pengoperasian kelas ppki
Buku panduan pengoperasian kelas ppkiKUMOHDHANIFAS
 
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khas
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khasDasar dan pengurusan dalam pendidikan khas
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khasNur Kareena
 
Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11Nik Najihah
 
Tajuk 3 peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif
Tajuk 3  peraturan pelaksanaan pendidikan inklusifTajuk 3  peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif
Tajuk 3 peraturan pelaksanaan pendidikan inklusifcikgusuepkhas
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
murid pelbagai upaya
murid pelbagai upayamurid pelbagai upaya
murid pelbagai upayaqila95
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copyMohd Zaidi
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)FaFai S.
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasMarina Masdar
 
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)ct sofiey
 
Maksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khasMaksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khasUmmi Maim
 

What's hot (19)

Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
 
Pendidikan khas
Pendidikan khasPendidikan khas
Pendidikan khas
 
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah PembelajaranPresentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
 
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifPelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)
 
Buku panduan pengoperasian kelas ppki
Buku panduan pengoperasian kelas ppkiBuku panduan pengoperasian kelas ppki
Buku panduan pengoperasian kelas ppki
 
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khas
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khasDasar dan pengurusan dalam pendidikan khas
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khas
 
47598047 khidmat-sokongan
47598047 khidmat-sokongan47598047 khidmat-sokongan
47598047 khidmat-sokongan
 
Program inklusif
Program inklusifProgram inklusif
Program inklusif
 
Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11
 
Tajuk 3 peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif
Tajuk 3  peraturan pelaksanaan pendidikan inklusifTajuk 3  peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif
Tajuk 3 peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
murid pelbagai upaya
murid pelbagai upayamurid pelbagai upaya
murid pelbagai upaya
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
 
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)
 
Maksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khasMaksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khas
 

Similar to Kertas kerja epic

Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusifPendidikan inklusif
Pendidikan inklusifSalleh Loki
 
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptx
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptxPENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptx
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptxdavendran1
 
PENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFPENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFsitirubiyani
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifVince Here
 
SPG Pendidikan Inklusif bab 5.ppt
SPG Pendidikan Inklusif bab 5.pptSPG Pendidikan Inklusif bab 5.ppt
SPG Pendidikan Inklusif bab 5.pptwaniesegar
 
pengurusan murid pelbagai upaya
pengurusan murid pelbagai upayapengurusan murid pelbagai upaya
pengurusan murid pelbagai upayaDaniel Hilmi
 
PPPM.pdf
PPPM.pdfPPPM.pdf
PPPM.pdfasa uj
 
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)gpbsmkjk
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copyMohd Zaidi
 
Common Learning Environment.docx
Common Learning Environment.docxCommon Learning Environment.docx
Common Learning Environment.docxclorina1
 
36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)Aliaa Ismail
 

Similar to Kertas kerja epic (20)

Inklusif 1
Inklusif 1Inklusif 1
Inklusif 1
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusifPendidikan inklusif
Pendidikan inklusif
 
Latar belakang
Latar belakangLatar belakang
Latar belakang
 
7 9
7 97 9
7 9
 
pengenalan kepada program pendidikan inklusif
pengenalan kepada program pendidikan inklusifpengenalan kepada program pendidikan inklusif
pengenalan kepada program pendidikan inklusif
 
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptx
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptxPENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptx
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptx
 
PENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFPENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
Faktor fizikal
Faktor fizikalFaktor fizikal
Faktor fizikal
 
SPG Pendidikan Inklusif bab 5.ppt
SPG Pendidikan Inklusif bab 5.pptSPG Pendidikan Inklusif bab 5.ppt
SPG Pendidikan Inklusif bab 5.ppt
 
pengurusan murid pelbagai upaya
pengurusan murid pelbagai upayapengurusan murid pelbagai upaya
pengurusan murid pelbagai upaya
 
PPPM.pdf
PPPM.pdfPPPM.pdf
PPPM.pdf
 
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
 
Modul pendidikan khas
Modul pendidikan khasModul pendidikan khas
Modul pendidikan khas
 
Modul pendidikan khas
Modul pendidikan khasModul pendidikan khas
Modul pendidikan khas
 
Common Learning Environment.docx
Common Learning Environment.docxCommon Learning Environment.docx
Common Learning Environment.docx
 
Safani ukm
Safani ukmSafani ukm
Safani ukm
 
36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)
 
Artikel review 1
Artikel review 1Artikel review 1
Artikel review 1
 

Kertas kerja epic

  • 1. Kertas Kerja Program Pendidikan Inklusis SK Taman Universiti ( 1 ) KERTAS KERJA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF SK TAMAN UNIVERSITI ( 1 ) Disediakan Oleh : SITI HAWA BT ABD MALIK 750724 – 05 – 5588 1
  • 2. Kertas Kerja Program Pendidikan Inklusis SK Taman Universiti ( 1 ) Abstrak Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mencadangkan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) untuk Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di Sek. Keb. Taman Universiti ( 1 ) . Istimewanya program ini ialah setiap kelas yang mempunyai murid bermasalah pembelajaran akan disertasi oleh seorang guru pendidikan khas (guru damping) yang akan membantu murid-murid tersebut. Semua guru kelas dan guru mata pelajaran akan diberi kursus pendedahan berkaitan dengan murid-murid bermasalah pembelajaran dan Program Pendidikan Inklusif oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan badan pendidikan khas yang lain seperti Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia atau The National Autism Society Of Malaysia (NASOM) dan Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa Cemerlang (PKIIC). Jangkaan dapatan daripada pelaksanaan program ini ialah guru-guru kelas dan guru mata pelajaran akan dapat menjalin kerjasama yang baik dengan guru-guru pendamping dari badan yang lain untuk membantu aktiviti pembelajaran murid-murid bermasalah pembelajaran. Muridmurid ini akan mampu mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama-sama rakan sekelas yang lain dan berdikari sekiranya guru pendamping tidak hadir. PPI ini akan berkesan jika dirancang dengan rapi oleh pihak sekolah dengan kerjasama dan pemantauan berterusan dari KPM dan dijangka akan dapat diimplimentasikan dengan berkesan dan sistematik. Kata kunci: pendidikan inklusif, murid bermasalah pembelajaran, sekolah rendah 1.0 Pendahuluan Kini usaha untuk memberi peluang pendidikan murid-murid berkeperluan khas di kelas aliran perdana juga mengalami perubahan positif. Ini selaras dengan konsep pendidikan untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas seperti bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran termasuk murid-murid autistik, down syndrome dan lain-lain. Program Pendidikan 2
  • 3. Kertas Kerja Program Pendidikan Inklusis SK Taman Universiti ( 1 ) Inklusif (PPI) telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk member peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka. Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. 2.0 Pernyataan Masalah Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah arus perdana mengintegrasikan satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Namun begitu, hanya segelintir murid berkeperluan khas mengikuti PPI. Ini kerana masih banyak sekolah arus perdana kurang bersedia untuk melaksanakan pendidikan inklusif serta kurangnya kepercayaan dan keyakinan ibubapa untuk memilih pendidikan inklusif untuk anak-anak mereka yang berkeperluan khas. Selain itu kurangnya penglibatan organisasi atau badan-badan tertentu dalam menyediakan guru pendamping yang boleh mengajar semua jenis kanak-kanak mengagalkan usaha untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Walaupun pendidikan inklusif digalakkan oleh Kementerian Pelajaran, namun implementasi pendidikan inklusif masih belum lagi meluas. Oleh yang demikian, cadangan/garis panduan yang menyeluruh ini perlu dijalankan dalam pelaksanaan PPI di Sek. Keb. Taman Universiti ( 1 ) supaya ia dapat diimplimentasikan secara berkesan dan memberi impak positif kepada semua murid yang terlibat sama ada murid berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada di kelas tersebut. 3.0 Objektif 1. Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana. Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan 3
  • 4. Kertas Kerja Program Pendidikan Inklusis SK Taman Universiti ( 1 ) mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role model). 2. Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar berkepeluan khas dengan murid di aliran perdana. 3. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan ‘Khas‘ sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan ‘Khas’ ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan. 4. Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas . 5. Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat. 6. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan 4.0 Kepentingan cadangan/ garis panduan Hasil garis panduan ini diharapkan akan dapat memberikan maklumat kepada pihakpihak yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) murid-murid berkeperluan khas seperti Jabatan Pendidikan Khas, KPM, Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pentadbir sekolah-sekolah yang mempunyai Program Intergrasi Pendidikan Khas di sekolah-sekolah harian. Pihak yang tersebut perlu memberikan perhatian yang lebih menyeluruh dalam merancang dan melaksanakan program yang lebih berkesan bagi murid–murid tersebut. Di pihak pentadbir sekolah dan guruguru di sekolah pula diharapkan mendapat maklumat bagi menyediakan PPI yang berkesan bukan sahaja kepada murid inklusif tetapi juga melihat kepentingan sosial murid normal yang dipaksa menerima murid berkeperluan khas sebagai rakan sekelas. Penyediaan tempat yang 4
  • 5. Kertas Kerja Program Pendidikan Inklusis SK Taman Universiti ( 1 ) sesuai akan membolehkan pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PPI dapat merancang dengan lebih berkesan untuk mencapai fungsinya. (Farell et al, 2002). 5.0 Tinjauan Literatur 5.1 Definisi Pendidikan Inklusif Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Abdul Rahim Selamat, 1994). Dalam erti kata lain, pendidikan ini melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka (Kamariah Jalil, 1995). 5.2 Pendidikan Inklusif di Malaysia Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah istilahnya, dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu istilah "Program Percantuman’ atau ‘Integrated’ telah digunakan. Negara Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Zaleha Tambi Adam, 1997). Murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, masalah pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau program pendidikan inklusif. Pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia. 5
  • 6. Kertas Kerja Program Pendidikan Inklusis SK Taman Universiti ( 1 ) 5.2.1 Program Pendidikan Khas Integrasi Program Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai muridmurid berkeperluan khas. 5.2.2 Program Pendidikan Inklusif (PPI) Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing). 5.2.2.1 Inklusif Penuh Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing). 5.2.2.2 Inklusif Separa Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing). 5.3 Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (NonGovernmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita. 6
  • 7. Kertas Kerja Program Pendidikan Inklusis SK Taman Universiti ( 1 ) Peristiwa ‘Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986’ telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah: 1. Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s Assocation) yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun . 2. Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial. 3. Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanakkanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16 tahun. 4. Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanakkanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia. 5.4 Akta perundangan dan dasar antarabangsa mengenai Program Pendidikan Inklusif (PPI) Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) menyatakan, sekolah biasa yang mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling berkesan bagi melawan sikap diskriminasi terhadap murid keperluan khas. UNESCO menggesa semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif dengan mendaftarkan murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa. 7
  • 8. Kertas Kerja Program Pendidikan Inklusis SK Taman Universiti ( 1 ) Di Amerika Syarikat, sokongan terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI) mempunyai sejarah yang agak panjang. Ia dimulakan dengan Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-kanak Cacat 1975, kemudian bertukar nama menjadi Akta Individu Kurang Upaya (IDEA) 1990, dan beberapa pengubahsuaian pada akta ini pada tahun 1997. Semua akta ini memastikan khidmat pendidikan disediakan untuk semua murid, tanpa mengira sifat kurang upaya atau keperluan pembelajaran mereka, dan bahawa ciri pelajaran ini agak tekal di seluruh Amerika Syarikat.Di Great Britain, perundangan kurang terperinci berbanding perundangan di Amerika Syarikat, dan ini membolehkan pihak berkuasa pendidikan mentafsir undang-undang ini dalam pelbagai cara (Dyson dan Millward, 2000). Di Australia dan New Zealand, tiada perundangan yang bersifat kebangsaan yang dapat menentukan secara khusus, perkhidmatan pendidikan khas bagi memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas. 6.0 Strategi Pelaksanaan Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan pengajaran. Bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan khas yang berada di dalam kelas, guru mata pelajaran akan membuat penyesuaian. Keadaan ini akan mengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya memberi kesan kepada murid-murid normal pula. Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) akhirnya, tidak memberi apa-apa kesan positif kepada murid berkeperluan khas. Malang sekali jika murid-murid normal turut rasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka (Gargiulo, R.M. 2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan PPI di kalangan murid-murid berkeperluan khas, maka satu garis panduan yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang mempengaruhi pelaksanaan program tersebut. 8
  • 9. Kertas Kerja Program Pendidikan Inklusis SK Taman Universiti ( 1 ) 6.1 Jenis-jenis pelajar masalah pembelajaran 1. Lemah dalam pelajaran - "Slow Learner" 2. Autistik 3. Down Syndrome 4. Terencat akal ringan. 5. Hyperaktif 6. Cerebral Palsy * Pelajar ini mestilah boleh menguruskan diri seperti makan, berpakaian dan ke tandas sendiri. 6.2 Tenaga pengajar Peranan dan tanggungjawab Guru pendidikan khas (guru pembimbing) dan Guru mata pelajaran dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah: 1. Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif 2. Merancang dan melaksanakan penilaian. 3. Dedikasi dan komitmen yang tinggi. 4. Layanan dan bimbingan yang adil. 9
  • 10. Kertas Kerja Program Pendidikan Inklusis SK Taman Universiti ( 1 ) 6.3 Kemudahan asas untuk pelajar khas 1. Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal. 2. Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP walaupun berada di sekolah menengah. 3. Bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos dan Jawatankuasa akademik. 4. Bahan rujukan/peralatan tambahan - atas kebijaksanaan/ inisiatif pihak sekolah. 5. Bilik resos - perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu dan kaunseling. 6.4 Pengurusan 1. Menyelenggara alat bantu dengar berfungsi dengan baik 2. Memastikan semua murid memakai alat bantu dengar 3. Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang sesuai 4. Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid bermasalah pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan 5. Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat, pendidikan dan pengetahuan kepada murid bermasalah pembelajaran. 10
  • 11. Kertas Kerja Program Pendidikan Inklusis SK Taman Universiti ( 1 ) 6.5 Kelas bimbingan dan aktiviti-aktiviti tambahan 1. Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan umum. 2. Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibubapa/ penjaga murid supaya dapat membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah. 3. Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan komunikasi. 4. Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di sekolah. 5. Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah. 7.0 Syor Pihak pentadbiran Sek. Keb. Taman Universiti ( 1 ) adalah dipohon untuk mempertimbangkan dan meluluskan cadangan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) supaya ia dapat dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan. 8.0 Rumusan Cadangan/garis panduan ini adalah satu usaha untuk melihat pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) murid berkeperluan khas. Kejayaan pelaksanaan program yang bakal dijalankan di sekolah ini adalah berdasarkan ciri-ciri yang telah disenaraikan. Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan teratur dan berjaya. Kita dapat meningkatkan murid-murid berkeperluan khas ini dari satu liabiliti menjadi satu asset yang penting dan berguna kepada Negara di mana mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti. 11
  • 12. Kertas Kerja Program Pendidikan Inklusis SK Taman Universiti ( 1 ) Rujukan Kamariah Jalil. (1995). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya. Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort, Terengganu. Farrell, P. & Ainscow, M. (Ed.). (2002). Making Special Education Inclusive. London: David Fulton Publisher. Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi. Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Dyson, A. & Millward, A. (2000). Schools and Special Need: Issues of Innovation and Inclusion. London: SAGE Publications Inc. Garguilo, R.M. ( 2006 ). Special Education In Contemparary Society. ( 2nd Ed ). USA : Thomson Wadsworth . 12