SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
MARKAH
TUGASAN
TUGASAN KUMPULAN 7
TAJUK PROJEK : ISU PONTENG SEKOLAH
KOD KURSUS BBD 30202
NAMA KURSUS BIMBINGAN DAN KAUNSELING
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
NAMA PELAJAR
No. Nama No. Matrix
1. AINA FAZRINA BINTI PAING
2. NUR FAIZ AISHAH BINTI AZMI
3. NUR FATHIN BINTI WAN AB MALEK
4. SAFINAH BINTI ABU TALIP
5. UMMI NAJWA BINTI MOHD BAKRI
SEKSYEN 3
NAMA PENSYARAH
TARIKH HANTAR 24 MEI 2017
2BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING
ISI KANDUNGAN
Bil Tajuk Muka Surat
1. 1.0 Pengenalan
1.1 Latar Belakang Sekolah
3
3
2. 2.0 Latar Belakang Masalah
2.1 Tujuan Kajian
4
5
3. 3.0 Pernyataan Masalah
6
4. 4.0 Metodologi
7
5. 5.0 Instrumen Kajian
8
6. 6.0 Dapatan Kajian
10
7. 7.0 Perbincangan
7.1 Faktor Sikap Pelajar
7.2 Faktor Rakan Sebaya
7.3 Faktor Ibu Bapa
7.4 Faktor Guru.
12
12
13
14
15
8. 8.0 Cara-Cara Mengatasi Ponteng Sekolah.
16
9. 9.0 Kesimpulan
18
10. 10.0 Rujukan
19
11. 11.0 Lampiran 20
3BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1.0 PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Jelutong telah didirikan pada 31 Ogos 1958 setahun selepas
tarikh sambutan kemerdekaan Negara di atas tanah Lot 1084 Kampung Parit Jelutong,
Mukim V111, Sri Gading, Parit Raja, Batu Pahat, kira-kira setengah kilometer ke dalam
kampung Parit Jelutong dari jalan utama. Keluasan kawasan sekolah ini 3 ekar, 1 ekar yang
telah diwakafkan oleh Puan Hajjah Sudiah .Manakala selebihnya dibeli oleh penduduk
kampung dengan kutipan derma sebanyak RM 15.00 sekeluarga bagi urusan pembelian
tanah dan bahan binaan. Pembinaan bangunannya pula dilakukan oleh penduduk kampung
secara bergotong- royong. Pada awal pembinaannya hanya 2 bilik darjah diperbuat
daripada bangunan kayu yang diusahakan oleh jawatankuasa penaja pembinaan yang
terdiri dari penduduk-penduduk kampung Parit Jelutong yang dipengerusikan Tuan Haji
Nordin bin Haji Hashim, Naib Pengerusi Tuan Haji Abdul Rashin bin Haji Salleh, Setiausaha
Encik Kardani bin Haji Markasan dan Bendahari Tuan Haji Kaprawi bin Haji Abdul Hamid.
Pada tahun 1961 bangunan tambahan telah didirikan bagi menampung bilangan
pertambahan murid.
Sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Hj.Othman Hj.Saat,
Menteri Besar Johor, pada tahun 1962. Yang Amat Berhormat juga telah berbesar hati
menderma sebanyak RM1000.00 untuk meneruskan pembinaan kelas-kelas tambahan.
Pada tahun 1964, bangunan tambahan telah didirikan oleh kerajaan, banguna 2 tingkat
pada tahun 1982 dan seterusnya bangunan 4 tingkat pada tahun 2003.
Pada awal penubuhannya sekolah ini merupakan sekolah Kurang Murid. Kedudukan
lokasinya pula sebagai sekolah Luar Bandar yang terletak antara jalan utama dari bandar
Batu Pahat ke pekan Air Hitam. Kedudukan sekolah ini kira-kira 5 kilometer dari pekan Parit
Raja dan 23 kilometer dari Bandar Batu Pahat. Pada awalnya murid-muridnya terdiri dari
anak-anak penduduk kampung Parit Jelutong dan kampung-kampung persekitaran iaitu
Parit Haji Rais dan Parit Bengkok . Namun setelah Negara mengalami pembangunan yang
pesat, penambahan bilangan penduduk, pembinaan pusat-pusat pendidikan , Parit Raja
menjadi zon kawasan perindustrian dan terbinanya taman-taman perumahan, pertambahan
bilangan murid juga turut meningkat . Kini jumlah murid telah menjangkau kepada 382 orang
dan dijangkakan akan terus meningkat pada masa akan datang.
Guru Besar pertama yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Jelutong ialah Encik
Kardani bin Markasan,(1961-1964), Encik Onn bin Samad (1965-1973) Tn.Hj.Sulaiman bin
4BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Gais (1974-1978), Yang Mulia Raja Shahadan bin Ishak (1979-1986), Tuan Haji Maseran
bin Haj Omar (1987-1998), En Khalil bin Hj Rasidi (1998-2000), En. Gonawan bin Mailan
(2000-2004), Tuan Haji Mohd Daud bin Sumrah (2004-2008), Tuan Haji Lokman bin Yunos
(2008 hingg sekarang).
Dari segi pencapaian kecemerlangan, sekolah ini juga telah berjaya mencatat
kejayaan dalam bidang sukan terutamanya bolasepak dan pernah menjadi salah sebuah
sekolah yang digeruni oleh sekolah-sekolah dalam daerah Batu Pahat. Begitu juga dalam
pencapaian akademik sekolah ini juga turut mencapai kejayaan yang cemerlang dari segi
kualiti dan kuantiti. Pernah mencatat dan menghasilkan ramai pelajar yang memperolehi 5A
dalam Ujian Penilaian Sekolah.
2.0 LATAR BELAKANG MASALAH
Pada 2 Mei 2017, kami telah menjalankan satu sesi temubual bersama dengan guru-
guru dan pelajar-pelajar di Sekolah Kebangsaan Jelotong Parit Raja, Johor. Sesi temubual
ini adalah bertujuan mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh pelajar sekolah
tersebut dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran bimbingan dan kaunseling
dengan yang betul. Kami telah menemu ramah seramai 3 orang guru yang terdiri daripada
guru penolong kanan 1, guru penolong kanan hal ehwal pelajar dan guru penolong kanan
kokurikulum. Bagi pelajar pula, kami telah menemu ramah seramai 4 orang.
Kami mendapati bahawa isu pemasalahan utama yang dihadapi oleh sekolah
tersebut adalah ponteng sekolah. Namun, tidak terdapat sebarang bentuk penyelesaian
yang kukuh dan dapat diamalkan oleh pihak sekolah. Masalah ini tidak wujud di sekolah
berasrama penuh dan MRSM sebab semua murid ditempatkan di asrama sekolah.
Sudah ramai penyelidik sama ada dalam kalangan guru atau pensyarah di institusi
pendidikan guru dan universiti menjalankan kajian mengenai permasalahan ponteng dalam
kalangan murid sama ada di sekolah rendah atau pun sekolah menengah. Masalah ponteng
bukan berlaku dalam kalangan murid lelaki sahaja, malahan murid perempuan juga ponteng
sekolah. Terdapat dua kategori ponteng iaitu :-
1) Ponteng Sekolah (tidak hadir ke sekolah).
2) Ponteng Kelas (tidak masuk ke kelas semasa guru mengajar, tetapi mereka hadir
sekolah).
Kedua-dua kategori di atas adalah berbeza daripada segi faktor penyebabnya,
namun terdapat beberapa faktor yang sama menjadi punca ponteng. Contohnya murid tidak
5BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING
berminat untuk bersekolah, mereka akan ponteng sekolah dan seterusnya mereka ponteng
kelas. Namun, sekiranya murid hanya tidak suka kepada guru-guru tertentu atau subjek
tertentu, mereka hanya melakukan ponteng kelas. Lokasi ponteng juga berbeza, ponteng
sekolah iaitu murid akan berada di lokasi yang terletak di luar kawasan sekolah, manakala
ponteng kelas pula, murid masih berada dalam kawasan sekolah, cuma mereka
bersembunyi di tempat tertentu yang tidak diketahui oleh guru.
Terdapat berbagai sistem yang telah diperkenalkan mengatasi masalah ponteng
seperti Sistem Merit Demerit yang popular dibeberapa buah sekolah tertentu. Sistem ini
dikatakan mempunyai kesan yang baik dan dapat membantu masalah ponteng, namun
terdapat juga kelemahan dalam sistem ini. Beberapa buah sekolah yang melaksanakan
sistem ini menemui kegagalan.
Ponteng sekolah dalam kalangan murid ini tidak mengira lokasi sekolah, ia boleh
berlaku di sekolah bandar dan luar bandar atau pinggir bandar. begitu juga sekolah di
pedalaman, masih menghadapi masalah yang sama. Faktor penyebab di sekolah yang
berlainan lokasi ini adalah sangat berbeza. Contohnya, di sekolah pedalaman, ibu bapa
yang bertanggung jawab dan menyebabkan murid tidak hadir ke sekolah. Ibu bapa
membawa anak-anak mereka ke ladang di musim menuai untuk membantu mereka di
ladang. Bagi sekolah di bandar terutamanya bandar besar, murid tidak berminat untuk ke
sekolah disebabkan oleh suasana atau persekitaran pembelajaran yang tidak kondusif.
2.1 TUJUAN KAJIAN
Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengkaji dan memahami peranan para guru
dalam mengatasi masalah gejala ponteng di Sekolah Kebangsaan Jelotong, Parit Raja,
Johor. Tahap penglibatan ini akan dilihat dari tiga aspek utama iaitu punca ketidakhadiran
serta kehadiran waktu persekolahan dan peranan guru-guru sekolah dalam menangani
permasalahan ponteng tersebut. Selain itu, kajian ini adalah bagi mengetahui keberkesanan
program dan peranan yang dijalankan dalam mengurangkan kadar gejala ponteng sekolah
anak masing-masing.
Di samping itu, kajian yang telah dijalankan ini juga lebih menumpukan kepada
beberapa persoalan yang berkaitan dengan persepsi punca ponteng. Kesesuaian ini akan
dilihat dari sudut punca pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ponteng sekolah,
masalah gejala ponteng serta peranan guru-guru dalam menangani masalah ponteng.
Kebanyakan pelajar yang terlibat dengan perilaku salahlaku tidak menyedari bahawa
tingkah laku-tingkah laku yang sering dilakukan dalam kalangan mereka sendiri adalah
6BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING
merupakan salahlaku. Bagi mereka perilaku tersebut hanyalah sekadar perkara biasa dalam
perhubungan sesama rakan-rakan. Namun, apabila perilaku itu kerap kali dilakukan tanpa
batasan, ianya boleh mengudang pelbagai masalah. Oleh itu, suatu kajian tentang
permasalahan yang timbul dari perbuatan yang menjurus kepada salahlaku tersebut
peranan guru-guru dalam menanggani masalah ponteng, akan dilaksanakan dalam kajian
ini dengan terperinci. Secara umumnya, penyumbang kepada lahirnya perbuatan salahlaku
dikalangan murid-murid adalah berpunca dari pelbagai faktor seperti faktor biologi dan
perangai, pengaruh keluarga, rakan sebaya dan persekitaran namun, penyumbang utama
kepada masalah salahlaku ini adalah dari dalaman (rohani) diri murid-murid itu sendiri yang
dimana, rohani pelajar itu yang lemah, sunyi atau ketiadaan ketenangan dan keimanan yang
mendorong pelajar itu mudah untuk melakukan perbuatan salahlaku yang berpandukan
nafsu semata-mata tanpa memikirkan keburukannya. Hasil pemerhatian mendapati pelajar
kerap ponteng pada hari ahad dan khamis.
3.0 PERNYATAAN MASALAH
Pada era menjelang 2020 seperti yang kita ketahui terdapat banyak perubahan yang
telah berlaku sejak dari pemerintahan 1957 sehinggalah 2017. Perkara ini dapat dilihat
daripada pelbagai aspek. Disini kami ingin menekankan kepada kategori perubahan sikap
pelajar mengikut peredaran zaman yang semakin maju. Pendidikan di sekolah merupakan
satu wadah tempat proses pendidikan dijalankan, memiliki sistem yang komplek dan
undang-undang melalui Kementerian Pelajaran Malaysia. Semakin maju negara semakin
meningkat permasalahan pelajar di sekolah. Sehubungan dengan itu, semua sekolah wajib
mengambil kaunselor ataupun guru kaunseling bagi membendung gejala-gejala yang
berlaku.
Setelah kami selesai menjalankan sesi temubual bersama guru dan pelajar-pelajar
SK Jelutong kami mendapati masalah ponteng sekolah merupakan masalah yang paling
berat dihadapi di sekolah tersebut. Terdapat tiga perkara yang menyebabkan hal ini menjadi
kesukaan pelajar. Pertama ialah persekitaran, persekitaran yang dihadapi oleh pelajar
tersebut menjadikan mereka malas untuk pergi ke sekolah, sebagai contoh ialah rakan-
rakan sekeliling yang menghasut untuk pergi ke pusat siber bertujuan untuk melepak dan
bermain permainan online. Kedua ialah diri sendiri, mereka tidak berminat untuk belajar dan
tidak mempunyai semangat yang tinggi menyebabkab mereka malas lalu ponteng sekolah.
Selain ke pusat siber, kami difahamkan pelajar juga gemar duduk di rumah untuk melepak.
Ketiga ialah kurangnya pemantauan daripada ibu bapa. Ibu bapa merupakan orang terdekat
dengan pelajar untuk memberi semangat dan inspirasi.
7BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Hal ini amat membimbangkan sekolah kerana akan merosakkan prestasi akademik
sekolah oleh kerana keputusan mereka yang bermasalah. Pelajar tidak mengambil endah
selagi tidak dikenakan tindakan. Mereka masih perlu dilentur oleh ibu bapa sebagai petunjuk
arah agar menjadi pelajar yang rajin dan cemerlang.
Oleh itu, kaunselor haruslah memainkan peranan sebagai pakar motivasi untuk
membantu pelajar-pelajar membuang sikap malas di dalam diri mereka. Kaunselor sudah
pasti mempunyai jalan penyelesaian yang bagus, kadangkala para pelajar hanya mahukan
perhatian yang lebih oleh guru-guru. Perkara ini dapat dibendung sekiranya pihak
sepatutnya mengambil tindakan awal terhadap pelajar-pelajar yang bermasalah.
4.0 METODOLOGI
Bab ini akan menerangkan keseluruhan metodologi yang aka digunakan dalam kajian ini.
Perbincangan dalam bab ini merangkumi latar belakang masalah, pernyataan masalah,
instrumen yang digunakan iaitu temu bual, dapatan kajian dan cadangan penambahbaikan.
Metodologi kajian merupakan aspek yang penting semasa proses membuat penyelidikan.
Metodologi dapat menggambarkan sesuatu bentuk rangka kerja dan aliran kerja bagi
penyelidikan yang akan dijalankan. Bagi tujuan itu, penyelidik telah menjalankan sesi temu
bual bersama salah seorang guru dan empat orang murid dari SK Jelutong bagi
mendapatkan maklumat berkaitan kajian.
Ringkasan
Kajian ini dibuat bagi mengenalpasti isu semasa yang berlaku di sekolah disamping
memberi cadangan untuk membendung isu tersebut. Setelah kami menjalani sesi temu bual
bersama guru dan pelajar di sekolah tersebut kami dapati isu yang kami bincangkan ini iaitu
ponteng sekolah sememangnya berlaku di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah. Perkara
ini juga terjadi disebabkan oleh beberapa faktor.
Berdasarkan pemerhatian kami, perkara ini masih boleh dibendung di kalangan
pelajar kerana mereka masih muda dan masih boleh dimotivasikan. Perkara yang menjadi
isu ini telah pun menjadi pemantauan pihak polis di Parit Raja. Mengikut temubual guru
tersebut, pihak polis akan mengadakan tinjauan di sekolah bagi memantau dan memberi
8BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING
nasihat sekaligus memberi amaran kepada pelajar agar tidak melakukan perkara yang
melanggar undang-undang.
Secara umumnya, bilangan pelajar yang ponteng sekolah masih lagi tidak
mengambil jumlah yang besar tetapi tetap menjejaskan rekod kehadiran pelajar di sekolah.
Para pelajar juga merupakan penyumbang pencapaian akademik kepada sekolah. Jika
perkara ini berterusan, pelajar tidak akan dapat menjawab peperiksaan akhir dengan baik
malah akan menyumbang kepada kejatuhan akademik sekolah.
Kesimpulannya, guru kaunseling di sekolah tersebut mengambil langkah inisiatif bagi
mengelakkan pelajar terus terjerumus kepada gejala ponteng sekolah yang tidak sihat.
5.0 INSTRUMEN KAJIAN
Menurut Mohd Majid Konting (2005) alat penyelidikan atau lebih dikenali sebagai alat
ukur penyelidikan adalah penting bagi mencapai objektif sesuatu penyelidikan. Alat ukur
yang digunakan dapat menentukan sama ada data dan seterusnya maklumat yang
dikehendaki dapat diperolehi atau tidak. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah
secara temu bual respondan dan juga satu set senarai semak kehadiran pelajar ke sekolah
yang diperolehi daripada rekod Hal Ehwal Pelajar (HEP) sekolah kajian.
Sekolah Kebangsaan Jelotong adalah sekolah pilihan untuk menjalankan penyelidikan
Sains Sosial ini. Sekolah ini terletak di Kampung Parit Jelutong, Mukim V111, Sri Gading,
Parit Raja, Batu Pahat, kira-kira setengah kilometer ke dalam kampung Parit Jelutong dari
jalan utama.
Bagi menjalankan penyelidikan ini kami telah menetapkan waktu yang bersesuaian
untuk menjalankan temubual kepada responden kajian seramai lima orang. Tatapan waktu
adalah bersesuaian dengan responden kajian. Hal ini kerana kami mementingkan
keselesaan responden kajian dan untuk memudahkan kami mendapat makumat bagi
penyelidikan ini. Selain itu, kami turut menyediakan beberapa soalan penting untuk di
tanyakan kepada para respondan.
Antara soalan yang dikemukakan dalam temu bual adalah:
1. Apakah isu yang guru/murid hadapi di sekolah?
2. Bagaimanakah guru/murid menghadapi masalah tersebut?
3. Apakah sebab-sebab terjadinya isu tersebut?
9BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING
4. Apakah langkah-langkah awal yang patut diambil agar isu tersebut tidak berlaku?
5. Bagaimanakah para guru mengambil langkah pendekatan dengan pelajar agar sama-
sama menangani isu tersebut?
6. Apakah langkah awal yang perlu pelajar ambil sekiranya mereka mempunyai masalah
peribadi tetapi menjejaskan prestasi akademik?
7. Menurut pandangan seorang pelajar apakah perbezaan antara guru kelas dengan
kaunselor?
8. Adakah wajar seorang guru matapelajaran memberikan kaunseling kepada anak
muridnya?
Respondan-respondan kami terdiri daripada empat orang pelajar Tahun 6 dan seorang
guru.
1. Nama : Encik Suhaimi bin Bahrudin
Jawatan : Guru Penolong Kanan Kokurikulum
2. Nama : Mohd Ezham Shah b. Shahrizal
Kelas : 6 cemerlang
Jawatan : Ketua pengawas
3. Nama : Harith Irfan B Kamarudin
Kelas : 6 Gemilang
Jawatan : Ketua Pusat Sumber Sekolah
4. Nama : Nurul Ain Adlitana Bt Mohd
Kelas : 6 cemerlang
Jawatan : Penolong Ketua Pengawas
5. Nama : Nur Qistina Puteri Bt Biswandi
Kelas : 6 Cemerlang
Jawatan : Penolong Pusat Sumber Sekolah
Rajah 5.1: Respondan
Dari kiri: Nurul Ain, Mohd
Ezham, Harith Irfan dan
Qistina Putri
Rajah 5.2: Respondan
Duduk: Encik Suhaimi bin
Bahrudin
10BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING
6.0 DAPATAN KAJIAN
Hasil daripada temubual kesemua respondan kami mendapati bahawa isu yang telah
dihadapi oleh Sekolah Kebangsaan Jelotong ini adalah Gejala ponteng sekolah. Hasil temu
bual bersama kesemua respondan menyatakan isu utama yang dihadapi sekolah tersebuat
adalah ponteng sekolah. Hal ini mungkin kerana kurang galakan daripada ibu bapa pelajar,
faktor persekitaran dan disebabkan oleh diri pelajar itu sendiri. Walaubagaimana pun,
langkah awal telah diambil oleh pihak sekolah iaitu dengan bekerjasama dengan Pegawai
Perhubungan Polis Parit Raja. Menurut Cikgu Suhaimi, pelajar yang ponteng sekolah dalam
anggaran umur 10 ke 12 tahun kebiasaannya akan sentiasa berada di rumah mereka sahaja.
Ini menunjukkan ibu bapa pelajar itu sendiri kuarang peka dan kurang mengambil tahu
kepentingan untuk pelajar tersebut untuk pergi ke sekolah.
Tambahan, bagi mengatasi masalah ponteng sekolah ini, pihak sekolah mempunyai
peraturan iaitu tiga hari berturut-turut pelajar itu tidak hadir ke sekolah akan diberi surat
menyatakan mengapa pelajar tersebut tidak datang ke sekolah akan dihantar kepada ibu
bapa atau saudara terdekat. Jika terdapat alasan yang kukuh dari keluarga, pihak sekolah
akan cuba pertimbangkan dan jika tiada sebab, pelajar tersebut akan dikenakan surat
amaran pertama.
Walaubagaimana pun, menurut Cikgu Suhaimi juga menurut peraturan dari pihak
kementerian,pihak sekolah tidak berkuasa untuk membuang pelajar dari sekolah
terutamanya sekolah rendah walau sebanyak manapun pelajar itu ponteng sekolah.
11BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Jadual 6.1: Laporan Bulanan Kehadiran Murid Sekolah Kebangsaan Jelotong
Nama kelas Jan Feb Mac April
% hadir Jumlah
hadir
% hadir Jumlah
hadir
% hadir Jumlah
hadir
% hadir Jumlah
hadir
1 Cemerlang 94.62% 598/632 93.57% 509/544 95.04% 517/544 93.28% 597/640
1 Gemilang 94.45% 597/619 96.03% 508/529 91.50% 495/541 87.89% 566/644
2 Cemerlang 92.00% 552/600 94.71% 483/510 96.84% 491/507 92.67% 556/600
2 Gemilang 94.67% 568/600 95.49% 487/510 93.53% 477/510 90.94% 532/585
3 Cemerlang 96.06% 463/482 98.04% 400/408 98.04% 400/408 94.79% 455/480
3 Gemilang 97.33% 438/450 93.35% 351/376 92.53% 359/388 96.09% 442/460
4 Cemerlang 97.20% 486/500 98.35% 418/425 98.12% 417/425 92.60% 463/500
4 Gemilang 95.20% 436/458 95.14% 372/391 96.68% 378/391 94.82% 439/463
5 Cemerlang 96.25% 385/400 95.88% 326/340 98.82% 336/340 96.75% 387/400
5 Gemilang 96.52% 444/460 95.40% 373/391 91.05% 356/391 90.87% 418/460
6 Cemerlang 95.83% 575/600 95.69% 488/510 98.43% 502/391 95.00% 570/600
6 Gemilang 97.22% 525/540 97.07% 431/444 97.51% 431/444 93.85% 488/520
PURATA 95.68% 6067/6341 95.69% 5146/5378 95.59% 5159/5397 93.09% 5913/6352
12BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING
7.0 PERBINCANGAN
7.1 Faktor Sikap Pelajar
Faktor sikap pelajar merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan pelajar-pelajar
terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Pelajar-pelajar yang ponteng adalah terdiri daripada
mereka yang mempunyai sikap yang negatif terhadap sekolah dan pelajaran. Mereka tidak
mempunyai motivasi untuk belajar kerana menganggap belajar itu tidak penting dan mereka
lebih rela tidur daripada bangun awal pagi untuk ke sekolah atau mengulangkaji pelajaran.
Punca berlakunya ponteng di kalangan pelajar sekolah mungkin kerana perasaan ingin
mencuba sesuatu yang tidak pernah mereka lakukan tanpa mengira kesan baik atau
buruknya daripada perbuatan tersebut. Mengikut laporan daripada guru disiplin dan juga
guru kanseling, pelajar-pelajar yang ponteng adalah terdiri daripada mereka yang
mempunyai personaliti tidak baik dan perbuatan mereka itu tidak dapat diterima. Daripada
dapatan kajian juga menunjukkan pelajar-pelajar tidak akan hadir ke sekolah jika kerja
sekolah yang diberikan oleh guru tidak dapat disiapkan. Ini menunjukkan mereka
sememangnya tidak berminat untuk meneruskan pembelajaran mereka.
Dikalangan pelajar-pelajar ponteng ini masih tidak faham akan objektif mereka pergi ke
sekolah. Mereka datang ke sekolah semata-mata untuk bersuka-suka dan menganggap
tidak datang sekolah tidak akan merugikan mereka. Jika keadaan ini berlarutan akan
menjejaskan masa depan mereka untuk menjadi seorang insan yang berilmu pengetahuan
serta berketrampilan.
Di kalangan pelajar-pelajar ponteng ini masih tidak faham akan objektif mereka pergi ke
sekolah. Mereka datang ke sekolah semata-mata untuk bersuka-suka dan menganggap
tidak datang sekolah tidak akan merugikan mereka. Jika keadaan ini berlarutan akan
menjejaskan masa depan mereka untuk menjadi seorang insan yang berilmu pengetahuan
serta berketrampilan.
13BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING
7.2 Faktor Rakan Sebaya
Faktor rakan sebaya merupakan faktor yang mempengaruhi gejala ponteng sekolah di
kalangan pelajar-pelajar. Sesuatu perbuatan yang baru bagi seseorang pelajar biasanya
mempunyai kaitan dengan perbuatan kawan yang lain. Sekiranya seseorang pelajar tidak
mengikut perlakuan kawan, pelajar tersebut akan berasa bimbang dan kemungkinan tidak
mendapat kawan yang ramai. Jadi menganggotai sesuatu kumpulan merupakan jalan untuk
mencapai objektif pelajar tersebut.
Dapatan daripada temubual ini menunjukkan pelajar-pelajar tidak datang sekolah
disebabkan ajakan kawan dan terpengaruh dengan rakan yang tidak hadir. Pendapat ini
telah disokong oleh Manja Mohd Ludin (1990) dan Jaafar Abdul Rahim (1977). Pengaruh
rakan sebaya pada peringkat remaja amat ketara kesannya kerana pada peringkat ini
remaja cuba memilih rakan-rakan yang sehaluan dengan hobi dan minat mereka. Pergaulan
pelajar dengan rakan sebaya tanpa kawalan amat berbahaya kerana boleh menyebabkan
seseorang pelajar melakukan perkara-perkara yang tidak diingini seperti menghisap rokok,
menghidu gam, mencuri dan lain-lain lagi. Keadaan akan bertambah meruncing jika pelajar
tersebut bergaul dengan rakan-rakan yang tidak bersekolah lagi.
Menurut Mohd Amin (1998), pelajar yang ponteng adalah mereka yang mempunyai
pendirian yang lemah. Lemahnya pendirian seseorang akan menyebabkan seseorang itu
mudah dipengaruhi oleh orang lain. Pada usia yang sebegini, pelajar dalam proses ingin
mencari identiti diri maka mereka senang mencuba sesuatu yang baru tanpa berfikir panjang.
Positif dan negatif kelakuan seseorang pelajar banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya.
Hasil temubual yang dijalankan ini menunjukkan pengaruh rakan sebaya lebih ketara
dikalangan pelajar lelaki. Kebanyakan pelajar ponteng yang dikaji adalah terdiri daripada
pelajar lelaki. Menurut pendapat Bakhtiar Mansor (1977) yang menyatakan rakan sebaya
boleh membawa seseorang pelajar untuk mengenal dunia kebaikan dan keburukan
terutamanya pada diri sendiri. Selain itu Manja Mohd Ludin (1990) juga menyatakan rakan
sebaya menjadi pendorong kepada pelajar untuk ponteng. Berlakunya keadaan sedemikian
kerana rakan sebaya merupakan individu yang mudah menerima cita rasa atau
pembaharuan yang dibawa oleh rakan lain.
Oleh itu pemilihan rakan sebaya yang sesuai akan dapat meningkatkan prestasi pelajar
dalam pelajaran. Ia juga penting bagi mempertingkatkan mutu pencapaian pelajaran. Jadi
pelajar-pelajar seharusnya bijak untuk mencari siapakah rakan-rakan yang sepatutnya
dijadikan kawan sewaktu berada di sekolah kerana kawan yang baik akan sentiasa berada
di sisi kita walau dalam apa pun keadaan. Sehubungan dengan itu juga perbuatan ponteng
sekolah akan dapat dikurangkan.
14BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING
7.3 Faktor Ibu Bapa
Dapatan temubual menunjukkan kebanyakkan pelajar yang bermasalah datang daripada
latar belakang keluarga yang bertaraf sosioekonomi yang sederhana iaitu pendapatan
antara RM 1000 hingga RM 3000. Dengan pendapatan yang tidak seberapa ini
kemungkinan menyebabkan ibu bapa responden kurang memberi penekanan terhadap
persekolahan anak-anak mereka. Mereka lebih mementingkan keperluan asas anak-anak
seperti makanan, pakaian dan sebagainya.
Daripada dapatan kajian ini juga mendapati ibu bapa responden tidak dapat memberikan
duit poket yang mencukupi untuk berbelanja di sekolah. Mutalib (1986) menyatakan bahawa
saiz keluarga ada hubungan dengan kehadiran pelajar ke sekolah. Keluarga besar didapati
mengalami masalah kesulitan wang dan aspek sosiologi yang tidak teratur.
Walaupun kewangan menjadi agenda utama pada era ini, ibu bapa harus juga memikirkan
tentang kehidupan harian anak-anak sama ada dirumah atau pun di sekolah. Sungguhpun
demikian ibu bapa perlu perlu memberi perhatian yang lebih kepada anak-anak yang kian
meningkat remaja supaya mereka tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.
Sekiranya perhatian yang lebih diberikan kepada anak-anak, kemungkinan besar perbuatan
ponteng sekolah tidak berlaku. Kesan daripada ponteng sekolah ini boleh membawa kepada
perbuatan yang lebih teruk.
Selain itu, masalah penceraian keluarga juga menjadi faktor,seseorang pelajar melakukan
maslah disiplin disekolah sebagai contoh ponteng sekolah.pelajar-pelajar ini merasakan diri
mereka berharga dalam keluarga sehinggakan mengabaikan tangggungjawab kepada
mereka.sikap mementingkan diri sendiri sesetengah ibu bapa yang tidak pernah ambil peduli
hal masalah anak masing-masing apabila berada disekolah mahupun dirumah. Kegagalan
ibu bapa dalam mendisiplinkan anak-anak juga dilihat sebagai salah satu faktor berlakunya
tingkah laku devian seperti ponteng dan salah laku. Latar belakang tingkah laku anti sosial
adalah kesan daripada kekurangan, ketidaksesuaian atau kawalan disiplin yang tidak
konsisten semasa kanak-kanak (Jacobvitz et al., 1996).
Kebanyakan tingkah laku antisosial remaja juga berpunca daripada kegagalan cara gaya
keibubapaan dan pengurusan keluarga.Kebanyakan masalah yang dialami oleh remaja kini
sebahagian besarnya bertitik - tolak dari institusi keluarga remaja itu sendiri di mana
kepincangan yang wujud dari institusi keluarga akan membawa kepada pelbagai kesan
negatif terhadap remaja tersebut. Hasil temubual yang telah dibuat menunjukkan bahawa
remaja bermasalah kebanyakannya adalah berlatar belakangkan keluarga yang bermasalah.
15BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING
7.4 Faktor Guru.
Daripada dapatan kajian menunjukkan faktor guru merupakan faktor yang utama yang
menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Dapatan kajian ini
menunjukkan guru-guru suka mengeluarkan kata-kata yang kesat dan kasar semasa
memarahi pelajar-pelajar. Ini akan menimbulkan kebencian pelajar terhadap guru
seterusnya menyebabkan mereka tidak suka untuk datang ke sekolah. Ismail Darus (1981)
yang menyatakan peraturan dan disiplin yang ketat boleh mengakibatkan berlakunya
ponteng. Corak kawalan yang membenarkan hukuman fizikal boleh mengakibatkan pelajar
tidak suka terhadap sekolah dan seterusnya mendorong pelajar melakukan salah laku
ponteng sekolah.
Guru yang mengajar dengan kaedah pengajaran yang menarik akan membuatkan pelajar
sentiasa menantikan waktu pelajaran guru tersebut. Dengan itu pelajar tidak akan merasa
bosan atau jemu untuk belajar, bahkan mereka akan merasakan masa pembelajaran berlalu
dengan begitu cepat bagi mata pelajaran tersebut. Sebagaimana yang diperkatakan oleh
Atan (1980), salah satu sifat guru yang paling penting ialah menimbulkan minat pelajar
terhadap sesuatu mata pelajaran yang diajarkanya.
Seseorang guru yang baik akan sentiasa mencari jalan bagi membantu pelajar-pelajar
memahmi tentang isi pelajaran yang akan diajar. Guru yang dapat membuatkan pelajar-
pelajar memahami apa yang diajar tidak harus memberi kerja sekolah yang terlampau
banyak sehinggakan pelajar-pelajar tidak dapat menyiapkannya. Pelajar-pelajar tidak akan
membuat sesuatu kerja yang mereka sendiri tidak tahu dan faham untuk melakukannya.
Oleh sebab itu mereka tidak menyiapkan kerja sekolah dan seterusnya tidak akan datang ke
sekolah.
Dapatan temubual ini juga menunjukkan pelajar-pelajar berasa diri mereka disisihkan oleh
guru-guru apabila guru-guru mereka hanya memberi perhatian yang lebih kepada
sebilangan pelajar sahaja. Guru seharusnya berusaha untuk mewujudkan hubungan yang
baik dengan para pelajar tidak kira mereka pandai atau sebaliknya dan juga tidak
mengamalkan sikap pilih kasih antara pelajar. Corak hubungan guru yang mesra dapat
menghasilkan suasana persekolahn yang sihat. Menurut Matsumoto, S et al (1982),
perhubungan individu yang lemah diantara guru dengan pelajar merupakan salah satu
sebab yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah.
Daripada kenyataan diatas jelas menunjukkan bahawa guru merupakan orang yang
terpenting dalam menghidupkan suasana pembelajaran di sekolah dan setiap pelajar
hendaklah diberi perhatian sama rata tanpa memilih kasih atau memandang pada darjat
serta kepintaran pelajar itu sendiri. Manja Mohd Ludin (1990) juga turut menyatakan bahawa
16BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING
kurang prihatin daripada guru terhadap pelajar akan menyebabkan berlakunya salah laku
ponteng sekolah.
Daripada kenyataan-kenyataan diatas jelaslah menunjukkan peranan guru dalam
menangani ponteng sekolah amat diperlukan. Guru merupakan model bagi pelajar-pelajar
untuk meneruskan kerjaya mereka dimasa hadapan. Jadi guru-guru haruslah sentiasa
menunjukkan teladan dan contoh yang baik kepada semua pelajar bagi meneruskan
harapan negara untuk melahirkan insan yang cemerlang.
8.0 CARA-CARA MENGATASI PONTENG SEKOLAH.
Sekolah ialah tempat untuk menimba ilmu pengetahuan. Pihak sekolah perlu membuat
beberapa pendekatan atau dasar yang baik dengan tujuan mengekalkan sekolah sebagai
pusat ilmu yang baik. Dengan itu, pelajar-pelajar akan mempunyai minat yang tinggi
terhadap pelajaran. Selain itu guru juga perlu memainkana peranan yang penting dalam
merealisasikan pendidikan negara. Pelajar yang berketrampilan dan seterusnya menjadi
pemimpin yang disegani dengan adanya ajaran daripada guru. Di samping mendidik untuk
melahirkan manusia yang berguna, guru juga berperanan sebagai individu yang
bertanggungjawab menangani masalah ponteng sekolah.
Selain itu pihak sekolah juga boleh bekerjasama dengan Persatuan ibu bapa dan guru
(PIBG) untuk menangani masalah disiplin pelajar. Perjumpaan antara guru dan ibu bapa
harus dipertingkatkan. Guru-guru boleh berbincang dengan ibu bapa tentang masalah
pelajar-pelajar secara terbuka. Pelajar ponteng sekolah mungkin disebabkan peraturan
sekolah yang terlalu ketat. Pihak sekolah tidak boleh menghukum pelajar sesuka hati dan
menyebabkan pelajar berasa takut untuk hadir ke sekolah. Selain itu pihak sekolah juga
boleh melancarkan program motivasi untuk menyedarkan pelajar-pelajar tentang kesan
buruk jika melakukan perbuatan negatif seperti ponteng sekolah.
Selain itu, untuk menarik minat pelajar datang ke sekolah, pihak sekolah boleh
mengubahsuai sekeliling sekolah dengan bantuan pelajar-pelajar untuk membina taman
bunga atau taman rekreasi disamping mencantikkan kelas. Pihak sekolah juga boleh
mengadakan pertandingan kelas cantik dengan memberi ganjaran yang sewajarnya kepada
pemenang. Dengan ini diharap pelajar akan dapat melahirkan perasaan sayang kepada
kelas seterusnya sekolah. Pihak sekolah juga boleh mengadakan kelas-kelas tambahan
kepada pelajar-pelajar yang tidak dapat mengikuti apa yang diajar oleh guru-guru semasa
mengajar di kelas. Pelajar yang bermasalah diharap dapat berjumpa dengan guru
kaunseling untuk mendapatkan bantuan dan nasihat daripada guru kaunseling.
17BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Pihak sekolah juga boleh mewujudkan program sistem mentor atau anak angkat. Melalui
sistem ini setiap pelajar diberi kawalan dan bimbingan oleh setiap guru. Setiap masalah
yang dihadapi oleh pelajar boleh dibincangkan dengan guru tersebut. Dengan sistem ini,
guru-guru dapat memahami perasaan pelajar dengan lebih mendalam. Sekiranya timbul
masalah daripada pelajar, pihak sekolah akan berurusan dengan guru yang
membimbingnya sebelum bertindak ke atas pelajar terbabit.
Disamping itu, pihak sekolah juga boleh bekerjasama dengan pihak polis atau pihak
penguatkuasa tempatan untuk mencegah masalah ini. Dengan bantuan pihak polis, pihak
sekolah boleh bertindak terhadap pelajar-pelajar yang melepak atau merayau-rayau di luar
sekolah pada waktu persekolahan. Melalui hasil temubual dengan pihak sekolah,pihak
sekolah merupakan sekolah angkat balai polis raja,dengan cara ini sedikit sebanyak dapat
mengurangkan masalah disiplin di sekolah dapat dikurangkan.
18BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING
9.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, kami mendapati Sekolah Kebangsaan Jelotong ini adalah
sebuah sekolah yang cemerlang dalam bidang kokorikulum terutamanya pada sukan bola
sepak. Sekolah ini juga sekolah yang digeruni oleh sekolah-sekolah dalam daerah Batu
Pahat. Malah bukan sahaja dari bidang kokorikulum, sekolah ini juga cemerlang dalam
pencapaian akademik dan pernah menghasilkan ramai pelajar yang memperoleh 5A dalam
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Selain itu, kami dapat mengetahui masalah
utama yang berlaku disekolah tersebut iaitu ponteng sekolah. Pihak sekolah telah
melakukan pelbagai kaedah atau langkah untuk menangani masalah ponteng sekolah ini.
Walaubagaimanapun, tidak terdapat sebarang bentuk penyelesaian yang kukuh dan dapat
diamalkan oleh pihak sekolah. Apa yang kami dapati kebanyakan pelajar yang terlibat
dengan perilaku salahlaku tidak menyedari bahawa tingkah laku yang sering dilakukan
dengan kalangan mereka sendiri adalah merupakan salahlaku. Bagi mereka perilaku
tersebut hanyalah sekadar perkara biasa dalam perhubungan bersama rakan mereka. hasil
pemerhatian kami, kami mendapati pelajarkerap ponteng pada hari Ahad dan Khamis.
Setelah kami selesai menjalankan sesi temubual bersama guru dan pelajar-pelajar Sekolah
Kebangsaan Jelotong kami mendapati masalah ponteng sekolah merupakan masalah yang
paling berat dihadapi di sekolah tersebut. Kami difahamkan pelajar juga gemar duduk di
rumah untuk melepak dan ke pusat siber. Hal ini amat membimbangkan sekolah kerana
akan merosakkan prestasi akademik sekolah oleh kerana keputusan mereka yang
bermasalah. Pelajar tidak mengambil endah selagi tidak dikenakan tindakan. Berdasarkan
pemerhatian kami, perkara ini masih boleh dibendung di kalangan pelajar kerana mereka
masih muda dan masih boleh dimotivasikan. Pihak sekolah juga boleh bekerjasama dengan
pihak polis atau pihak penguatkuasa tempatan untuk mencegah masalah ini. Dengan
bantuan pihak polis, pihak sekolah boleh bertindak terhadap pelajar-pelajar yang melepak
atau merayau-rayau di luar sekolah pada waktu persekolahan.
19BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING
10.0 RUJUKAN
Tan Kui Ngor (2006). Pengaruh Persekitaran Sekolah Terhadap Masalah Disiplin Pelajar
dan Kaedah Pengurusan Disiplin. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana.
Abdullah Sani Yahaya (2004). Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang Darul Makmur: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar.Penang : Rhythm Industries Sdn.
Bhd.
Nor Hasikin Ibrahim. (2003). Ponteng Sekolah Gejala Semasa : masalah dan penyelesaian,
Jabatan Sosio Budaya Melayu Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Yusof Boon dan How Lee Chan (2007). Faktor-Faktor
Mempengaruhi Pelajar Ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Johor. Tesis Ph.D
Universiti Teknologi Malaysia : tidak diterbitkan.
Ropiah Mohamed (2004). Faktor-Faktor Persekolahan Yang Mempengaruhi Masalah
Ponteng Di Kalangan Pelajar, Satu Kajian Kes Terhadap Pelajar Tingkatan Empat Di Salah
Sebuah Sekolah Di Daerah Muar, Johor. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana
Pendidikan.
20BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING
11.0 LAMPIRAN
Bergambar bersama murid tahun 6 di SK
Jelotong.
Sesi temu bual sedang berlangsung
bersama murid.
Murid yang telah ditemu ramah.
21BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Sesi temu ramah berlangsung
Bersama Cikgu Suhaimi setelah habis
temu bual
Temu bual bersama Cikgu Samiah
Gambar ahIi kumpulan kami.
22BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING

More Related Content

What's hot

kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANINOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANAmy Syahida
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysiaULak MuLai
 
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Mokhzani Fadir
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...Mohd Suhaimin Isnen
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumXiaoling Lew
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Yunkz Dion
 
Masalah disiplin dalam bilik darjah
Masalah disiplin dalam bilik darjahMasalah disiplin dalam bilik darjah
Masalah disiplin dalam bilik darjahfiro HAR
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanIzzat Najmi
 
Masalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahMasalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahAziroh Johari
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 
Carl roger sp
Carl roger  spCarl roger  sp
Carl roger spBen PHu
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 

What's hot (20)

Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaranTajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANINOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
 
Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan
 
Masalah disiplin dalam bilik darjah
Masalah disiplin dalam bilik darjahMasalah disiplin dalam bilik darjah
Masalah disiplin dalam bilik darjah
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruan
 
Masalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahMasalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolah
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
Carl roger sp
Carl roger  spCarl roger  sp
Carl roger sp
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 

Similar to Isu ponteng sekolah

Cth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahCth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahJue Mokhtar
 
Refleksi Trends n Issues
Refleksi Trends n IssuesRefleksi Trends n Issues
Refleksi Trends n IssuesIzzati Hamid
 
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosialPerbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosialAhmad Razin
 
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)Pei Wen Tan
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Cikgu Nurol
 
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit KudaKajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit KudaNurul Akmal
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumBudaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumnoorqaseh_ramadhan
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Ameer Chann
 
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedAmie Joan Juanis
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahzuridah wahab
 
Templet hbef3503 t1 a3 faudzi
Templet hbef3503 t1 a3 faudziTemplet hbef3503 t1 a3 faudzi
Templet hbef3503 t1 a3 faudziZauhari Hussein
 

Similar to Isu ponteng sekolah (20)

Ulasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosiUlasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosi
 
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahCth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Zul
ZulZul
Zul
 
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NORZALINA
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NORZALINASEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NORZALINA
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NORZALINA
 
Refleksi Trends n Issues
Refleksi Trends n IssuesRefleksi Trends n Issues
Refleksi Trends n Issues
 
Ulasan jurnal PKPK
Ulasan jurnal PKPKUlasan jurnal PKPK
Ulasan jurnal PKPK
 
Pandangan Individu
Pandangan IndividuPandangan Individu
Pandangan Individu
 
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosialPerbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
 
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
 
Budaya matematik
Budaya matematikBudaya matematik
Budaya matematik
 
Budaya matematik
Budaya matematikBudaya matematik
Budaya matematik
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit KudaKajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumBudaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
 
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
 
Templet hbef3503 t1 a3 faudzi
Templet hbef3503 t1 a3 faudziTemplet hbef3503 t1 a3 faudzi
Templet hbef3503 t1 a3 faudzi
 

More from Fina Finaie

Laporan montaj ergonomik dan kesihatan
Laporan montaj ergonomik dan kesihatanLaporan montaj ergonomik dan kesihatan
Laporan montaj ergonomik dan kesihatanFina Finaie
 
Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21 Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21 Fina Finaie
 
LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH D...
LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH D...LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH D...
LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH D...Fina Finaie
 
Bab 2 PEDAGOGY mind map
Bab 2 PEDAGOGY mind mapBab 2 PEDAGOGY mind map
Bab 2 PEDAGOGY mind mapFina Finaie
 
Bab 1 PEDAGOGY mind map
Bab 1 PEDAGOGY mind mapBab 1 PEDAGOGY mind map
Bab 1 PEDAGOGY mind mapFina Finaie
 
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIAUWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIAFina Finaie
 
Full report campfire charger
Full report campfire chargerFull report campfire charger
Full report campfire chargerFina Finaie
 

More from Fina Finaie (7)

Laporan montaj ergonomik dan kesihatan
Laporan montaj ergonomik dan kesihatanLaporan montaj ergonomik dan kesihatan
Laporan montaj ergonomik dan kesihatan
 
Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21 Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21
 
LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH D...
LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH D...LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH D...
LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH D...
 
Bab 2 PEDAGOGY mind map
Bab 2 PEDAGOGY mind mapBab 2 PEDAGOGY mind map
Bab 2 PEDAGOGY mind map
 
Bab 1 PEDAGOGY mind map
Bab 1 PEDAGOGY mind mapBab 1 PEDAGOGY mind map
Bab 1 PEDAGOGY mind map
 
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIAUWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
 
Full report campfire charger
Full report campfire chargerFull report campfire charger
Full report campfire charger
 

Recently uploaded

PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 

Recently uploaded (11)

PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 

Isu ponteng sekolah

  • 1. MARKAH TUGASAN TUGASAN KUMPULAN 7 TAJUK PROJEK : ISU PONTENG SEKOLAH KOD KURSUS BBD 30202 NAMA KURSUS BIMBINGAN DAN KAUNSELING FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL NAMA PELAJAR No. Nama No. Matrix 1. AINA FAZRINA BINTI PAING 2. NUR FAIZ AISHAH BINTI AZMI 3. NUR FATHIN BINTI WAN AB MALEK 4. SAFINAH BINTI ABU TALIP 5. UMMI NAJWA BINTI MOHD BAKRI SEKSYEN 3 NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR 24 MEI 2017
  • 2. 2BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING ISI KANDUNGAN Bil Tajuk Muka Surat 1. 1.0 Pengenalan 1.1 Latar Belakang Sekolah 3 3 2. 2.0 Latar Belakang Masalah 2.1 Tujuan Kajian 4 5 3. 3.0 Pernyataan Masalah 6 4. 4.0 Metodologi 7 5. 5.0 Instrumen Kajian 8 6. 6.0 Dapatan Kajian 10 7. 7.0 Perbincangan 7.1 Faktor Sikap Pelajar 7.2 Faktor Rakan Sebaya 7.3 Faktor Ibu Bapa 7.4 Faktor Guru. 12 12 13 14 15 8. 8.0 Cara-Cara Mengatasi Ponteng Sekolah. 16 9. 9.0 Kesimpulan 18 10. 10.0 Rujukan 19 11. 11.0 Lampiran 20
  • 3. 3BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1.0 PENGENALAN 1.1 LATAR BELAKANG SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Jelutong telah didirikan pada 31 Ogos 1958 setahun selepas tarikh sambutan kemerdekaan Negara di atas tanah Lot 1084 Kampung Parit Jelutong, Mukim V111, Sri Gading, Parit Raja, Batu Pahat, kira-kira setengah kilometer ke dalam kampung Parit Jelutong dari jalan utama. Keluasan kawasan sekolah ini 3 ekar, 1 ekar yang telah diwakafkan oleh Puan Hajjah Sudiah .Manakala selebihnya dibeli oleh penduduk kampung dengan kutipan derma sebanyak RM 15.00 sekeluarga bagi urusan pembelian tanah dan bahan binaan. Pembinaan bangunannya pula dilakukan oleh penduduk kampung secara bergotong- royong. Pada awal pembinaannya hanya 2 bilik darjah diperbuat daripada bangunan kayu yang diusahakan oleh jawatankuasa penaja pembinaan yang terdiri dari penduduk-penduduk kampung Parit Jelutong yang dipengerusikan Tuan Haji Nordin bin Haji Hashim, Naib Pengerusi Tuan Haji Abdul Rashin bin Haji Salleh, Setiausaha Encik Kardani bin Haji Markasan dan Bendahari Tuan Haji Kaprawi bin Haji Abdul Hamid. Pada tahun 1961 bangunan tambahan telah didirikan bagi menampung bilangan pertambahan murid. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Hj.Othman Hj.Saat, Menteri Besar Johor, pada tahun 1962. Yang Amat Berhormat juga telah berbesar hati menderma sebanyak RM1000.00 untuk meneruskan pembinaan kelas-kelas tambahan. Pada tahun 1964, bangunan tambahan telah didirikan oleh kerajaan, banguna 2 tingkat pada tahun 1982 dan seterusnya bangunan 4 tingkat pada tahun 2003. Pada awal penubuhannya sekolah ini merupakan sekolah Kurang Murid. Kedudukan lokasinya pula sebagai sekolah Luar Bandar yang terletak antara jalan utama dari bandar Batu Pahat ke pekan Air Hitam. Kedudukan sekolah ini kira-kira 5 kilometer dari pekan Parit Raja dan 23 kilometer dari Bandar Batu Pahat. Pada awalnya murid-muridnya terdiri dari anak-anak penduduk kampung Parit Jelutong dan kampung-kampung persekitaran iaitu Parit Haji Rais dan Parit Bengkok . Namun setelah Negara mengalami pembangunan yang pesat, penambahan bilangan penduduk, pembinaan pusat-pusat pendidikan , Parit Raja menjadi zon kawasan perindustrian dan terbinanya taman-taman perumahan, pertambahan bilangan murid juga turut meningkat . Kini jumlah murid telah menjangkau kepada 382 orang dan dijangkakan akan terus meningkat pada masa akan datang. Guru Besar pertama yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Jelutong ialah Encik Kardani bin Markasan,(1961-1964), Encik Onn bin Samad (1965-1973) Tn.Hj.Sulaiman bin
  • 4. 4BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING Gais (1974-1978), Yang Mulia Raja Shahadan bin Ishak (1979-1986), Tuan Haji Maseran bin Haj Omar (1987-1998), En Khalil bin Hj Rasidi (1998-2000), En. Gonawan bin Mailan (2000-2004), Tuan Haji Mohd Daud bin Sumrah (2004-2008), Tuan Haji Lokman bin Yunos (2008 hingg sekarang). Dari segi pencapaian kecemerlangan, sekolah ini juga telah berjaya mencatat kejayaan dalam bidang sukan terutamanya bolasepak dan pernah menjadi salah sebuah sekolah yang digeruni oleh sekolah-sekolah dalam daerah Batu Pahat. Begitu juga dalam pencapaian akademik sekolah ini juga turut mencapai kejayaan yang cemerlang dari segi kualiti dan kuantiti. Pernah mencatat dan menghasilkan ramai pelajar yang memperolehi 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah. 2.0 LATAR BELAKANG MASALAH Pada 2 Mei 2017, kami telah menjalankan satu sesi temubual bersama dengan guru- guru dan pelajar-pelajar di Sekolah Kebangsaan Jelotong Parit Raja, Johor. Sesi temubual ini adalah bertujuan mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh pelajar sekolah tersebut dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran bimbingan dan kaunseling dengan yang betul. Kami telah menemu ramah seramai 3 orang guru yang terdiri daripada guru penolong kanan 1, guru penolong kanan hal ehwal pelajar dan guru penolong kanan kokurikulum. Bagi pelajar pula, kami telah menemu ramah seramai 4 orang. Kami mendapati bahawa isu pemasalahan utama yang dihadapi oleh sekolah tersebut adalah ponteng sekolah. Namun, tidak terdapat sebarang bentuk penyelesaian yang kukuh dan dapat diamalkan oleh pihak sekolah. Masalah ini tidak wujud di sekolah berasrama penuh dan MRSM sebab semua murid ditempatkan di asrama sekolah. Sudah ramai penyelidik sama ada dalam kalangan guru atau pensyarah di institusi pendidikan guru dan universiti menjalankan kajian mengenai permasalahan ponteng dalam kalangan murid sama ada di sekolah rendah atau pun sekolah menengah. Masalah ponteng bukan berlaku dalam kalangan murid lelaki sahaja, malahan murid perempuan juga ponteng sekolah. Terdapat dua kategori ponteng iaitu :- 1) Ponteng Sekolah (tidak hadir ke sekolah). 2) Ponteng Kelas (tidak masuk ke kelas semasa guru mengajar, tetapi mereka hadir sekolah). Kedua-dua kategori di atas adalah berbeza daripada segi faktor penyebabnya, namun terdapat beberapa faktor yang sama menjadi punca ponteng. Contohnya murid tidak
  • 5. 5BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING berminat untuk bersekolah, mereka akan ponteng sekolah dan seterusnya mereka ponteng kelas. Namun, sekiranya murid hanya tidak suka kepada guru-guru tertentu atau subjek tertentu, mereka hanya melakukan ponteng kelas. Lokasi ponteng juga berbeza, ponteng sekolah iaitu murid akan berada di lokasi yang terletak di luar kawasan sekolah, manakala ponteng kelas pula, murid masih berada dalam kawasan sekolah, cuma mereka bersembunyi di tempat tertentu yang tidak diketahui oleh guru. Terdapat berbagai sistem yang telah diperkenalkan mengatasi masalah ponteng seperti Sistem Merit Demerit yang popular dibeberapa buah sekolah tertentu. Sistem ini dikatakan mempunyai kesan yang baik dan dapat membantu masalah ponteng, namun terdapat juga kelemahan dalam sistem ini. Beberapa buah sekolah yang melaksanakan sistem ini menemui kegagalan. Ponteng sekolah dalam kalangan murid ini tidak mengira lokasi sekolah, ia boleh berlaku di sekolah bandar dan luar bandar atau pinggir bandar. begitu juga sekolah di pedalaman, masih menghadapi masalah yang sama. Faktor penyebab di sekolah yang berlainan lokasi ini adalah sangat berbeza. Contohnya, di sekolah pedalaman, ibu bapa yang bertanggung jawab dan menyebabkan murid tidak hadir ke sekolah. Ibu bapa membawa anak-anak mereka ke ladang di musim menuai untuk membantu mereka di ladang. Bagi sekolah di bandar terutamanya bandar besar, murid tidak berminat untuk ke sekolah disebabkan oleh suasana atau persekitaran pembelajaran yang tidak kondusif. 2.1 TUJUAN KAJIAN Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengkaji dan memahami peranan para guru dalam mengatasi masalah gejala ponteng di Sekolah Kebangsaan Jelotong, Parit Raja, Johor. Tahap penglibatan ini akan dilihat dari tiga aspek utama iaitu punca ketidakhadiran serta kehadiran waktu persekolahan dan peranan guru-guru sekolah dalam menangani permasalahan ponteng tersebut. Selain itu, kajian ini adalah bagi mengetahui keberkesanan program dan peranan yang dijalankan dalam mengurangkan kadar gejala ponteng sekolah anak masing-masing. Di samping itu, kajian yang telah dijalankan ini juga lebih menumpukan kepada beberapa persoalan yang berkaitan dengan persepsi punca ponteng. Kesesuaian ini akan dilihat dari sudut punca pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ponteng sekolah, masalah gejala ponteng serta peranan guru-guru dalam menangani masalah ponteng. Kebanyakan pelajar yang terlibat dengan perilaku salahlaku tidak menyedari bahawa tingkah laku-tingkah laku yang sering dilakukan dalam kalangan mereka sendiri adalah
  • 6. 6BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING merupakan salahlaku. Bagi mereka perilaku tersebut hanyalah sekadar perkara biasa dalam perhubungan sesama rakan-rakan. Namun, apabila perilaku itu kerap kali dilakukan tanpa batasan, ianya boleh mengudang pelbagai masalah. Oleh itu, suatu kajian tentang permasalahan yang timbul dari perbuatan yang menjurus kepada salahlaku tersebut peranan guru-guru dalam menanggani masalah ponteng, akan dilaksanakan dalam kajian ini dengan terperinci. Secara umumnya, penyumbang kepada lahirnya perbuatan salahlaku dikalangan murid-murid adalah berpunca dari pelbagai faktor seperti faktor biologi dan perangai, pengaruh keluarga, rakan sebaya dan persekitaran namun, penyumbang utama kepada masalah salahlaku ini adalah dari dalaman (rohani) diri murid-murid itu sendiri yang dimana, rohani pelajar itu yang lemah, sunyi atau ketiadaan ketenangan dan keimanan yang mendorong pelajar itu mudah untuk melakukan perbuatan salahlaku yang berpandukan nafsu semata-mata tanpa memikirkan keburukannya. Hasil pemerhatian mendapati pelajar kerap ponteng pada hari ahad dan khamis. 3.0 PERNYATAAN MASALAH Pada era menjelang 2020 seperti yang kita ketahui terdapat banyak perubahan yang telah berlaku sejak dari pemerintahan 1957 sehinggalah 2017. Perkara ini dapat dilihat daripada pelbagai aspek. Disini kami ingin menekankan kepada kategori perubahan sikap pelajar mengikut peredaran zaman yang semakin maju. Pendidikan di sekolah merupakan satu wadah tempat proses pendidikan dijalankan, memiliki sistem yang komplek dan undang-undang melalui Kementerian Pelajaran Malaysia. Semakin maju negara semakin meningkat permasalahan pelajar di sekolah. Sehubungan dengan itu, semua sekolah wajib mengambil kaunselor ataupun guru kaunseling bagi membendung gejala-gejala yang berlaku. Setelah kami selesai menjalankan sesi temubual bersama guru dan pelajar-pelajar SK Jelutong kami mendapati masalah ponteng sekolah merupakan masalah yang paling berat dihadapi di sekolah tersebut. Terdapat tiga perkara yang menyebabkan hal ini menjadi kesukaan pelajar. Pertama ialah persekitaran, persekitaran yang dihadapi oleh pelajar tersebut menjadikan mereka malas untuk pergi ke sekolah, sebagai contoh ialah rakan- rakan sekeliling yang menghasut untuk pergi ke pusat siber bertujuan untuk melepak dan bermain permainan online. Kedua ialah diri sendiri, mereka tidak berminat untuk belajar dan tidak mempunyai semangat yang tinggi menyebabkab mereka malas lalu ponteng sekolah. Selain ke pusat siber, kami difahamkan pelajar juga gemar duduk di rumah untuk melepak. Ketiga ialah kurangnya pemantauan daripada ibu bapa. Ibu bapa merupakan orang terdekat dengan pelajar untuk memberi semangat dan inspirasi.
  • 7. 7BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING Hal ini amat membimbangkan sekolah kerana akan merosakkan prestasi akademik sekolah oleh kerana keputusan mereka yang bermasalah. Pelajar tidak mengambil endah selagi tidak dikenakan tindakan. Mereka masih perlu dilentur oleh ibu bapa sebagai petunjuk arah agar menjadi pelajar yang rajin dan cemerlang. Oleh itu, kaunselor haruslah memainkan peranan sebagai pakar motivasi untuk membantu pelajar-pelajar membuang sikap malas di dalam diri mereka. Kaunselor sudah pasti mempunyai jalan penyelesaian yang bagus, kadangkala para pelajar hanya mahukan perhatian yang lebih oleh guru-guru. Perkara ini dapat dibendung sekiranya pihak sepatutnya mengambil tindakan awal terhadap pelajar-pelajar yang bermasalah. 4.0 METODOLOGI Bab ini akan menerangkan keseluruhan metodologi yang aka digunakan dalam kajian ini. Perbincangan dalam bab ini merangkumi latar belakang masalah, pernyataan masalah, instrumen yang digunakan iaitu temu bual, dapatan kajian dan cadangan penambahbaikan. Metodologi kajian merupakan aspek yang penting semasa proses membuat penyelidikan. Metodologi dapat menggambarkan sesuatu bentuk rangka kerja dan aliran kerja bagi penyelidikan yang akan dijalankan. Bagi tujuan itu, penyelidik telah menjalankan sesi temu bual bersama salah seorang guru dan empat orang murid dari SK Jelutong bagi mendapatkan maklumat berkaitan kajian. Ringkasan Kajian ini dibuat bagi mengenalpasti isu semasa yang berlaku di sekolah disamping memberi cadangan untuk membendung isu tersebut. Setelah kami menjalani sesi temu bual bersama guru dan pelajar di sekolah tersebut kami dapati isu yang kami bincangkan ini iaitu ponteng sekolah sememangnya berlaku di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah. Perkara ini juga terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Berdasarkan pemerhatian kami, perkara ini masih boleh dibendung di kalangan pelajar kerana mereka masih muda dan masih boleh dimotivasikan. Perkara yang menjadi isu ini telah pun menjadi pemantauan pihak polis di Parit Raja. Mengikut temubual guru tersebut, pihak polis akan mengadakan tinjauan di sekolah bagi memantau dan memberi
  • 8. 8BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING nasihat sekaligus memberi amaran kepada pelajar agar tidak melakukan perkara yang melanggar undang-undang. Secara umumnya, bilangan pelajar yang ponteng sekolah masih lagi tidak mengambil jumlah yang besar tetapi tetap menjejaskan rekod kehadiran pelajar di sekolah. Para pelajar juga merupakan penyumbang pencapaian akademik kepada sekolah. Jika perkara ini berterusan, pelajar tidak akan dapat menjawab peperiksaan akhir dengan baik malah akan menyumbang kepada kejatuhan akademik sekolah. Kesimpulannya, guru kaunseling di sekolah tersebut mengambil langkah inisiatif bagi mengelakkan pelajar terus terjerumus kepada gejala ponteng sekolah yang tidak sihat. 5.0 INSTRUMEN KAJIAN Menurut Mohd Majid Konting (2005) alat penyelidikan atau lebih dikenali sebagai alat ukur penyelidikan adalah penting bagi mencapai objektif sesuatu penyelidikan. Alat ukur yang digunakan dapat menentukan sama ada data dan seterusnya maklumat yang dikehendaki dapat diperolehi atau tidak. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah secara temu bual respondan dan juga satu set senarai semak kehadiran pelajar ke sekolah yang diperolehi daripada rekod Hal Ehwal Pelajar (HEP) sekolah kajian. Sekolah Kebangsaan Jelotong adalah sekolah pilihan untuk menjalankan penyelidikan Sains Sosial ini. Sekolah ini terletak di Kampung Parit Jelutong, Mukim V111, Sri Gading, Parit Raja, Batu Pahat, kira-kira setengah kilometer ke dalam kampung Parit Jelutong dari jalan utama. Bagi menjalankan penyelidikan ini kami telah menetapkan waktu yang bersesuaian untuk menjalankan temubual kepada responden kajian seramai lima orang. Tatapan waktu adalah bersesuaian dengan responden kajian. Hal ini kerana kami mementingkan keselesaan responden kajian dan untuk memudahkan kami mendapat makumat bagi penyelidikan ini. Selain itu, kami turut menyediakan beberapa soalan penting untuk di tanyakan kepada para respondan. Antara soalan yang dikemukakan dalam temu bual adalah: 1. Apakah isu yang guru/murid hadapi di sekolah? 2. Bagaimanakah guru/murid menghadapi masalah tersebut? 3. Apakah sebab-sebab terjadinya isu tersebut?
  • 9. 9BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING 4. Apakah langkah-langkah awal yang patut diambil agar isu tersebut tidak berlaku? 5. Bagaimanakah para guru mengambil langkah pendekatan dengan pelajar agar sama- sama menangani isu tersebut? 6. Apakah langkah awal yang perlu pelajar ambil sekiranya mereka mempunyai masalah peribadi tetapi menjejaskan prestasi akademik? 7. Menurut pandangan seorang pelajar apakah perbezaan antara guru kelas dengan kaunselor? 8. Adakah wajar seorang guru matapelajaran memberikan kaunseling kepada anak muridnya? Respondan-respondan kami terdiri daripada empat orang pelajar Tahun 6 dan seorang guru. 1. Nama : Encik Suhaimi bin Bahrudin Jawatan : Guru Penolong Kanan Kokurikulum 2. Nama : Mohd Ezham Shah b. Shahrizal Kelas : 6 cemerlang Jawatan : Ketua pengawas 3. Nama : Harith Irfan B Kamarudin Kelas : 6 Gemilang Jawatan : Ketua Pusat Sumber Sekolah 4. Nama : Nurul Ain Adlitana Bt Mohd Kelas : 6 cemerlang Jawatan : Penolong Ketua Pengawas 5. Nama : Nur Qistina Puteri Bt Biswandi Kelas : 6 Cemerlang Jawatan : Penolong Pusat Sumber Sekolah Rajah 5.1: Respondan Dari kiri: Nurul Ain, Mohd Ezham, Harith Irfan dan Qistina Putri Rajah 5.2: Respondan Duduk: Encik Suhaimi bin Bahrudin
  • 10. 10BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING 6.0 DAPATAN KAJIAN Hasil daripada temubual kesemua respondan kami mendapati bahawa isu yang telah dihadapi oleh Sekolah Kebangsaan Jelotong ini adalah Gejala ponteng sekolah. Hasil temu bual bersama kesemua respondan menyatakan isu utama yang dihadapi sekolah tersebuat adalah ponteng sekolah. Hal ini mungkin kerana kurang galakan daripada ibu bapa pelajar, faktor persekitaran dan disebabkan oleh diri pelajar itu sendiri. Walaubagaimana pun, langkah awal telah diambil oleh pihak sekolah iaitu dengan bekerjasama dengan Pegawai Perhubungan Polis Parit Raja. Menurut Cikgu Suhaimi, pelajar yang ponteng sekolah dalam anggaran umur 10 ke 12 tahun kebiasaannya akan sentiasa berada di rumah mereka sahaja. Ini menunjukkan ibu bapa pelajar itu sendiri kuarang peka dan kurang mengambil tahu kepentingan untuk pelajar tersebut untuk pergi ke sekolah. Tambahan, bagi mengatasi masalah ponteng sekolah ini, pihak sekolah mempunyai peraturan iaitu tiga hari berturut-turut pelajar itu tidak hadir ke sekolah akan diberi surat menyatakan mengapa pelajar tersebut tidak datang ke sekolah akan dihantar kepada ibu bapa atau saudara terdekat. Jika terdapat alasan yang kukuh dari keluarga, pihak sekolah akan cuba pertimbangkan dan jika tiada sebab, pelajar tersebut akan dikenakan surat amaran pertama. Walaubagaimana pun, menurut Cikgu Suhaimi juga menurut peraturan dari pihak kementerian,pihak sekolah tidak berkuasa untuk membuang pelajar dari sekolah terutamanya sekolah rendah walau sebanyak manapun pelajar itu ponteng sekolah.
  • 11. 11BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING Jadual 6.1: Laporan Bulanan Kehadiran Murid Sekolah Kebangsaan Jelotong Nama kelas Jan Feb Mac April % hadir Jumlah hadir % hadir Jumlah hadir % hadir Jumlah hadir % hadir Jumlah hadir 1 Cemerlang 94.62% 598/632 93.57% 509/544 95.04% 517/544 93.28% 597/640 1 Gemilang 94.45% 597/619 96.03% 508/529 91.50% 495/541 87.89% 566/644 2 Cemerlang 92.00% 552/600 94.71% 483/510 96.84% 491/507 92.67% 556/600 2 Gemilang 94.67% 568/600 95.49% 487/510 93.53% 477/510 90.94% 532/585 3 Cemerlang 96.06% 463/482 98.04% 400/408 98.04% 400/408 94.79% 455/480 3 Gemilang 97.33% 438/450 93.35% 351/376 92.53% 359/388 96.09% 442/460 4 Cemerlang 97.20% 486/500 98.35% 418/425 98.12% 417/425 92.60% 463/500 4 Gemilang 95.20% 436/458 95.14% 372/391 96.68% 378/391 94.82% 439/463 5 Cemerlang 96.25% 385/400 95.88% 326/340 98.82% 336/340 96.75% 387/400 5 Gemilang 96.52% 444/460 95.40% 373/391 91.05% 356/391 90.87% 418/460 6 Cemerlang 95.83% 575/600 95.69% 488/510 98.43% 502/391 95.00% 570/600 6 Gemilang 97.22% 525/540 97.07% 431/444 97.51% 431/444 93.85% 488/520 PURATA 95.68% 6067/6341 95.69% 5146/5378 95.59% 5159/5397 93.09% 5913/6352
  • 12. 12BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING 7.0 PERBINCANGAN 7.1 Faktor Sikap Pelajar Faktor sikap pelajar merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Pelajar-pelajar yang ponteng adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sikap yang negatif terhadap sekolah dan pelajaran. Mereka tidak mempunyai motivasi untuk belajar kerana menganggap belajar itu tidak penting dan mereka lebih rela tidur daripada bangun awal pagi untuk ke sekolah atau mengulangkaji pelajaran. Punca berlakunya ponteng di kalangan pelajar sekolah mungkin kerana perasaan ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah mereka lakukan tanpa mengira kesan baik atau buruknya daripada perbuatan tersebut. Mengikut laporan daripada guru disiplin dan juga guru kanseling, pelajar-pelajar yang ponteng adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai personaliti tidak baik dan perbuatan mereka itu tidak dapat diterima. Daripada dapatan kajian juga menunjukkan pelajar-pelajar tidak akan hadir ke sekolah jika kerja sekolah yang diberikan oleh guru tidak dapat disiapkan. Ini menunjukkan mereka sememangnya tidak berminat untuk meneruskan pembelajaran mereka. Dikalangan pelajar-pelajar ponteng ini masih tidak faham akan objektif mereka pergi ke sekolah. Mereka datang ke sekolah semata-mata untuk bersuka-suka dan menganggap tidak datang sekolah tidak akan merugikan mereka. Jika keadaan ini berlarutan akan menjejaskan masa depan mereka untuk menjadi seorang insan yang berilmu pengetahuan serta berketrampilan. Di kalangan pelajar-pelajar ponteng ini masih tidak faham akan objektif mereka pergi ke sekolah. Mereka datang ke sekolah semata-mata untuk bersuka-suka dan menganggap tidak datang sekolah tidak akan merugikan mereka. Jika keadaan ini berlarutan akan menjejaskan masa depan mereka untuk menjadi seorang insan yang berilmu pengetahuan serta berketrampilan.
  • 13. 13BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING 7.2 Faktor Rakan Sebaya Faktor rakan sebaya merupakan faktor yang mempengaruhi gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar. Sesuatu perbuatan yang baru bagi seseorang pelajar biasanya mempunyai kaitan dengan perbuatan kawan yang lain. Sekiranya seseorang pelajar tidak mengikut perlakuan kawan, pelajar tersebut akan berasa bimbang dan kemungkinan tidak mendapat kawan yang ramai. Jadi menganggotai sesuatu kumpulan merupakan jalan untuk mencapai objektif pelajar tersebut. Dapatan daripada temubual ini menunjukkan pelajar-pelajar tidak datang sekolah disebabkan ajakan kawan dan terpengaruh dengan rakan yang tidak hadir. Pendapat ini telah disokong oleh Manja Mohd Ludin (1990) dan Jaafar Abdul Rahim (1977). Pengaruh rakan sebaya pada peringkat remaja amat ketara kesannya kerana pada peringkat ini remaja cuba memilih rakan-rakan yang sehaluan dengan hobi dan minat mereka. Pergaulan pelajar dengan rakan sebaya tanpa kawalan amat berbahaya kerana boleh menyebabkan seseorang pelajar melakukan perkara-perkara yang tidak diingini seperti menghisap rokok, menghidu gam, mencuri dan lain-lain lagi. Keadaan akan bertambah meruncing jika pelajar tersebut bergaul dengan rakan-rakan yang tidak bersekolah lagi. Menurut Mohd Amin (1998), pelajar yang ponteng adalah mereka yang mempunyai pendirian yang lemah. Lemahnya pendirian seseorang akan menyebabkan seseorang itu mudah dipengaruhi oleh orang lain. Pada usia yang sebegini, pelajar dalam proses ingin mencari identiti diri maka mereka senang mencuba sesuatu yang baru tanpa berfikir panjang. Positif dan negatif kelakuan seseorang pelajar banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya. Hasil temubual yang dijalankan ini menunjukkan pengaruh rakan sebaya lebih ketara dikalangan pelajar lelaki. Kebanyakan pelajar ponteng yang dikaji adalah terdiri daripada pelajar lelaki. Menurut pendapat Bakhtiar Mansor (1977) yang menyatakan rakan sebaya boleh membawa seseorang pelajar untuk mengenal dunia kebaikan dan keburukan terutamanya pada diri sendiri. Selain itu Manja Mohd Ludin (1990) juga menyatakan rakan sebaya menjadi pendorong kepada pelajar untuk ponteng. Berlakunya keadaan sedemikian kerana rakan sebaya merupakan individu yang mudah menerima cita rasa atau pembaharuan yang dibawa oleh rakan lain. Oleh itu pemilihan rakan sebaya yang sesuai akan dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam pelajaran. Ia juga penting bagi mempertingkatkan mutu pencapaian pelajaran. Jadi pelajar-pelajar seharusnya bijak untuk mencari siapakah rakan-rakan yang sepatutnya dijadikan kawan sewaktu berada di sekolah kerana kawan yang baik akan sentiasa berada di sisi kita walau dalam apa pun keadaan. Sehubungan dengan itu juga perbuatan ponteng sekolah akan dapat dikurangkan.
  • 14. 14BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING 7.3 Faktor Ibu Bapa Dapatan temubual menunjukkan kebanyakkan pelajar yang bermasalah datang daripada latar belakang keluarga yang bertaraf sosioekonomi yang sederhana iaitu pendapatan antara RM 1000 hingga RM 3000. Dengan pendapatan yang tidak seberapa ini kemungkinan menyebabkan ibu bapa responden kurang memberi penekanan terhadap persekolahan anak-anak mereka. Mereka lebih mementingkan keperluan asas anak-anak seperti makanan, pakaian dan sebagainya. Daripada dapatan kajian ini juga mendapati ibu bapa responden tidak dapat memberikan duit poket yang mencukupi untuk berbelanja di sekolah. Mutalib (1986) menyatakan bahawa saiz keluarga ada hubungan dengan kehadiran pelajar ke sekolah. Keluarga besar didapati mengalami masalah kesulitan wang dan aspek sosiologi yang tidak teratur. Walaupun kewangan menjadi agenda utama pada era ini, ibu bapa harus juga memikirkan tentang kehidupan harian anak-anak sama ada dirumah atau pun di sekolah. Sungguhpun demikian ibu bapa perlu perlu memberi perhatian yang lebih kepada anak-anak yang kian meningkat remaja supaya mereka tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Sekiranya perhatian yang lebih diberikan kepada anak-anak, kemungkinan besar perbuatan ponteng sekolah tidak berlaku. Kesan daripada ponteng sekolah ini boleh membawa kepada perbuatan yang lebih teruk. Selain itu, masalah penceraian keluarga juga menjadi faktor,seseorang pelajar melakukan maslah disiplin disekolah sebagai contoh ponteng sekolah.pelajar-pelajar ini merasakan diri mereka berharga dalam keluarga sehinggakan mengabaikan tangggungjawab kepada mereka.sikap mementingkan diri sendiri sesetengah ibu bapa yang tidak pernah ambil peduli hal masalah anak masing-masing apabila berada disekolah mahupun dirumah. Kegagalan ibu bapa dalam mendisiplinkan anak-anak juga dilihat sebagai salah satu faktor berlakunya tingkah laku devian seperti ponteng dan salah laku. Latar belakang tingkah laku anti sosial adalah kesan daripada kekurangan, ketidaksesuaian atau kawalan disiplin yang tidak konsisten semasa kanak-kanak (Jacobvitz et al., 1996). Kebanyakan tingkah laku antisosial remaja juga berpunca daripada kegagalan cara gaya keibubapaan dan pengurusan keluarga.Kebanyakan masalah yang dialami oleh remaja kini sebahagian besarnya bertitik - tolak dari institusi keluarga remaja itu sendiri di mana kepincangan yang wujud dari institusi keluarga akan membawa kepada pelbagai kesan negatif terhadap remaja tersebut. Hasil temubual yang telah dibuat menunjukkan bahawa remaja bermasalah kebanyakannya adalah berlatar belakangkan keluarga yang bermasalah.
  • 15. 15BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING 7.4 Faktor Guru. Daripada dapatan kajian menunjukkan faktor guru merupakan faktor yang utama yang menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Dapatan kajian ini menunjukkan guru-guru suka mengeluarkan kata-kata yang kesat dan kasar semasa memarahi pelajar-pelajar. Ini akan menimbulkan kebencian pelajar terhadap guru seterusnya menyebabkan mereka tidak suka untuk datang ke sekolah. Ismail Darus (1981) yang menyatakan peraturan dan disiplin yang ketat boleh mengakibatkan berlakunya ponteng. Corak kawalan yang membenarkan hukuman fizikal boleh mengakibatkan pelajar tidak suka terhadap sekolah dan seterusnya mendorong pelajar melakukan salah laku ponteng sekolah. Guru yang mengajar dengan kaedah pengajaran yang menarik akan membuatkan pelajar sentiasa menantikan waktu pelajaran guru tersebut. Dengan itu pelajar tidak akan merasa bosan atau jemu untuk belajar, bahkan mereka akan merasakan masa pembelajaran berlalu dengan begitu cepat bagi mata pelajaran tersebut. Sebagaimana yang diperkatakan oleh Atan (1980), salah satu sifat guru yang paling penting ialah menimbulkan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang diajarkanya. Seseorang guru yang baik akan sentiasa mencari jalan bagi membantu pelajar-pelajar memahmi tentang isi pelajaran yang akan diajar. Guru yang dapat membuatkan pelajar- pelajar memahami apa yang diajar tidak harus memberi kerja sekolah yang terlampau banyak sehinggakan pelajar-pelajar tidak dapat menyiapkannya. Pelajar-pelajar tidak akan membuat sesuatu kerja yang mereka sendiri tidak tahu dan faham untuk melakukannya. Oleh sebab itu mereka tidak menyiapkan kerja sekolah dan seterusnya tidak akan datang ke sekolah. Dapatan temubual ini juga menunjukkan pelajar-pelajar berasa diri mereka disisihkan oleh guru-guru apabila guru-guru mereka hanya memberi perhatian yang lebih kepada sebilangan pelajar sahaja. Guru seharusnya berusaha untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan para pelajar tidak kira mereka pandai atau sebaliknya dan juga tidak mengamalkan sikap pilih kasih antara pelajar. Corak hubungan guru yang mesra dapat menghasilkan suasana persekolahn yang sihat. Menurut Matsumoto, S et al (1982), perhubungan individu yang lemah diantara guru dengan pelajar merupakan salah satu sebab yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah. Daripada kenyataan diatas jelas menunjukkan bahawa guru merupakan orang yang terpenting dalam menghidupkan suasana pembelajaran di sekolah dan setiap pelajar hendaklah diberi perhatian sama rata tanpa memilih kasih atau memandang pada darjat serta kepintaran pelajar itu sendiri. Manja Mohd Ludin (1990) juga turut menyatakan bahawa
  • 16. 16BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING kurang prihatin daripada guru terhadap pelajar akan menyebabkan berlakunya salah laku ponteng sekolah. Daripada kenyataan-kenyataan diatas jelaslah menunjukkan peranan guru dalam menangani ponteng sekolah amat diperlukan. Guru merupakan model bagi pelajar-pelajar untuk meneruskan kerjaya mereka dimasa hadapan. Jadi guru-guru haruslah sentiasa menunjukkan teladan dan contoh yang baik kepada semua pelajar bagi meneruskan harapan negara untuk melahirkan insan yang cemerlang. 8.0 CARA-CARA MENGATASI PONTENG SEKOLAH. Sekolah ialah tempat untuk menimba ilmu pengetahuan. Pihak sekolah perlu membuat beberapa pendekatan atau dasar yang baik dengan tujuan mengekalkan sekolah sebagai pusat ilmu yang baik. Dengan itu, pelajar-pelajar akan mempunyai minat yang tinggi terhadap pelajaran. Selain itu guru juga perlu memainkana peranan yang penting dalam merealisasikan pendidikan negara. Pelajar yang berketrampilan dan seterusnya menjadi pemimpin yang disegani dengan adanya ajaran daripada guru. Di samping mendidik untuk melahirkan manusia yang berguna, guru juga berperanan sebagai individu yang bertanggungjawab menangani masalah ponteng sekolah. Selain itu pihak sekolah juga boleh bekerjasama dengan Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) untuk menangani masalah disiplin pelajar. Perjumpaan antara guru dan ibu bapa harus dipertingkatkan. Guru-guru boleh berbincang dengan ibu bapa tentang masalah pelajar-pelajar secara terbuka. Pelajar ponteng sekolah mungkin disebabkan peraturan sekolah yang terlalu ketat. Pihak sekolah tidak boleh menghukum pelajar sesuka hati dan menyebabkan pelajar berasa takut untuk hadir ke sekolah. Selain itu pihak sekolah juga boleh melancarkan program motivasi untuk menyedarkan pelajar-pelajar tentang kesan buruk jika melakukan perbuatan negatif seperti ponteng sekolah. Selain itu, untuk menarik minat pelajar datang ke sekolah, pihak sekolah boleh mengubahsuai sekeliling sekolah dengan bantuan pelajar-pelajar untuk membina taman bunga atau taman rekreasi disamping mencantikkan kelas. Pihak sekolah juga boleh mengadakan pertandingan kelas cantik dengan memberi ganjaran yang sewajarnya kepada pemenang. Dengan ini diharap pelajar akan dapat melahirkan perasaan sayang kepada kelas seterusnya sekolah. Pihak sekolah juga boleh mengadakan kelas-kelas tambahan kepada pelajar-pelajar yang tidak dapat mengikuti apa yang diajar oleh guru-guru semasa mengajar di kelas. Pelajar yang bermasalah diharap dapat berjumpa dengan guru kaunseling untuk mendapatkan bantuan dan nasihat daripada guru kaunseling.
  • 17. 17BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING Pihak sekolah juga boleh mewujudkan program sistem mentor atau anak angkat. Melalui sistem ini setiap pelajar diberi kawalan dan bimbingan oleh setiap guru. Setiap masalah yang dihadapi oleh pelajar boleh dibincangkan dengan guru tersebut. Dengan sistem ini, guru-guru dapat memahami perasaan pelajar dengan lebih mendalam. Sekiranya timbul masalah daripada pelajar, pihak sekolah akan berurusan dengan guru yang membimbingnya sebelum bertindak ke atas pelajar terbabit. Disamping itu, pihak sekolah juga boleh bekerjasama dengan pihak polis atau pihak penguatkuasa tempatan untuk mencegah masalah ini. Dengan bantuan pihak polis, pihak sekolah boleh bertindak terhadap pelajar-pelajar yang melepak atau merayau-rayau di luar sekolah pada waktu persekolahan. Melalui hasil temubual dengan pihak sekolah,pihak sekolah merupakan sekolah angkat balai polis raja,dengan cara ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah dapat dikurangkan.
  • 18. 18BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING 9.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, kami mendapati Sekolah Kebangsaan Jelotong ini adalah sebuah sekolah yang cemerlang dalam bidang kokorikulum terutamanya pada sukan bola sepak. Sekolah ini juga sekolah yang digeruni oleh sekolah-sekolah dalam daerah Batu Pahat. Malah bukan sahaja dari bidang kokorikulum, sekolah ini juga cemerlang dalam pencapaian akademik dan pernah menghasilkan ramai pelajar yang memperoleh 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Selain itu, kami dapat mengetahui masalah utama yang berlaku disekolah tersebut iaitu ponteng sekolah. Pihak sekolah telah melakukan pelbagai kaedah atau langkah untuk menangani masalah ponteng sekolah ini. Walaubagaimanapun, tidak terdapat sebarang bentuk penyelesaian yang kukuh dan dapat diamalkan oleh pihak sekolah. Apa yang kami dapati kebanyakan pelajar yang terlibat dengan perilaku salahlaku tidak menyedari bahawa tingkah laku yang sering dilakukan dengan kalangan mereka sendiri adalah merupakan salahlaku. Bagi mereka perilaku tersebut hanyalah sekadar perkara biasa dalam perhubungan bersama rakan mereka. hasil pemerhatian kami, kami mendapati pelajarkerap ponteng pada hari Ahad dan Khamis. Setelah kami selesai menjalankan sesi temubual bersama guru dan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Jelotong kami mendapati masalah ponteng sekolah merupakan masalah yang paling berat dihadapi di sekolah tersebut. Kami difahamkan pelajar juga gemar duduk di rumah untuk melepak dan ke pusat siber. Hal ini amat membimbangkan sekolah kerana akan merosakkan prestasi akademik sekolah oleh kerana keputusan mereka yang bermasalah. Pelajar tidak mengambil endah selagi tidak dikenakan tindakan. Berdasarkan pemerhatian kami, perkara ini masih boleh dibendung di kalangan pelajar kerana mereka masih muda dan masih boleh dimotivasikan. Pihak sekolah juga boleh bekerjasama dengan pihak polis atau pihak penguatkuasa tempatan untuk mencegah masalah ini. Dengan bantuan pihak polis, pihak sekolah boleh bertindak terhadap pelajar-pelajar yang melepak atau merayau-rayau di luar sekolah pada waktu persekolahan.
  • 19. 19BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING 10.0 RUJUKAN Tan Kui Ngor (2006). Pengaruh Persekitaran Sekolah Terhadap Masalah Disiplin Pelajar dan Kaedah Pengurusan Disiplin. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana. Abdullah Sani Yahaya (2004). Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar.Penang : Rhythm Industries Sdn. Bhd. Nor Hasikin Ibrahim. (2003). Ponteng Sekolah Gejala Semasa : masalah dan penyelesaian, Jabatan Sosio Budaya Melayu Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Yusof Boon dan How Lee Chan (2007). Faktor-Faktor Mempengaruhi Pelajar Ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Johor. Tesis Ph.D Universiti Teknologi Malaysia : tidak diterbitkan. Ropiah Mohamed (2004). Faktor-Faktor Persekolahan Yang Mempengaruhi Masalah Ponteng Di Kalangan Pelajar, Satu Kajian Kes Terhadap Pelajar Tingkatan Empat Di Salah Sebuah Sekolah Di Daerah Muar, Johor. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Pendidikan.
  • 20. 20BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING 11.0 LAMPIRAN Bergambar bersama murid tahun 6 di SK Jelotong. Sesi temu bual sedang berlangsung bersama murid. Murid yang telah ditemu ramah.
  • 21. 21BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING Sesi temu ramah berlangsung Bersama Cikgu Suhaimi setelah habis temu bual Temu bual bersama Cikgu Samiah Gambar ahIi kumpulan kami.
  • 22. 22BBD 30202 – BIMBINGAN DAN KAUNSELING