SlideShare a Scribd company logo
1 of 73
UNTUK MENGENALPASTI SAMA ADA SUSUN ATUR MEJA DI
BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DAPAT MENINGKATKAN MINAT DAN
PEMBELAJARAN BERKUMPULAN MURID
MOHD AIDIL BIN OTHMAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian (PISMP)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
SEPTEMBER 2013
Pengesahan Penyelia
“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada
pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian (PISMP)”
Tandatangan :
Nama Penyelia :
Tarikh :
Halaman pengakuan
“Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama penulis :
Tarikh
Halaman dedikasi
Untuk ibu dan ayah tersayang
Penghargaan
Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis, Dr
Chan Siew Meng atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh
penyelidikan ini.
Kerjasama daripada pihak pensyarah pembimbing iaitu En Muharam Bin
Gaya amatlah dihargai
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
KANDUNGAN
Muka surat
ABSTRAK
ABSTRACT
PENGESAHAN PENYELIA
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGAHARGAAN
SENARAI LAMPIRAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
1.0 PENDAHALUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran
1.3 Refleksi nilai pendidikan
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Isu kajian
2.2 Tinjauan literatur berkaitan dengan isu kajian
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.0 KUMPULAN SASARAN
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
6.0 CARA PENGUMPULAN DATA
7.0 KEPUTUSAN KAJIAN
8.0 RUMUSAN
9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
SENARAI RUJUKAN
LAMPIRAN – LAMPIRAN
SENARAI JADUAL
Jadual Muka Surat
1. Jadual 4.1
2. Jadual 7.1
3. Jadual 7.2
4. Jadual 7.3
5. Jadual 7.4
6. Jadual 7.5
7. Jadual 7.6
SENARAI RAJAH
Rajah Muka surat
1. Rajah 5.1
2. Rajah 5.2
3. Rajah 5.3
4. Rajah 5.4
5. Rajah 7.1
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Muka surat
A. Soal selidik murid
B. Maklumat murid
C. Soal selidik guru
D. Borang pemerhatian murid 1 & 2
E. Lembaran kerja
F. Ringkasan prosedur pelaksanaan kajian
G. Senarai semak murid
H. Transkrip murid 1,2 & 3
UNTUK MENGENALPASTI SAMA ADA SUSUN ATUR MEJA DI
BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DAPAT MENINGKATKAN MINAT DAN
PEMBELAJARAN BERKUMPULAN MURID
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada susun atur meja di bengkel
kemahiran hidup dapat meningkatkan minat dan pembelajaran berkumpulan murid
oleh murid Tahun 4 Unggul di dalam bilik Kemahiran Hidup. Seramai 21 orang
murid Tahun 4 Unggul, Sekolah Kebangsaan Parit No 5, Johor dan seorang guru
dalam bidang Kemahiran Hidup terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah
dilaksanakan melalui pemerhatian, temubual dengan guru yang mengajar dan ujian
pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak berminat dengan pembelajaran semasa
berada di dalam bilik Kemahiran Hidup kerana tidak selesa, penglihatan mereka
tidak jelas dan pembelajaran berkumpulan kurang berbanding individu. Perancangan
tindakan difokuskan untuk mengenalpasti sama ada susun atur meja di bengkel
kemahiran hidup dapat meningkatkan minat dan pembelajaran berkumpulan murid.
Murid telah didedahkan kepada beberapa set susunan meja iaitu Set A, Set B dan Set
C serta kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 4 minggu. Keputusan
pemerhatian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid dalam minat dan
pembelajaran berkumpulan di dalam bilik Kemahiran Hidup. Dapatan soal selidik
pula menunjukkan pelajar lebih mengingati, memahami dan seronok belajar dengan
susun atur meja Set C yang lebih berkesan kepada murid dan guru.
TO IDENTIFY WHETHER THE TABLE LAYOUT LIFE SKILLS
WORKSHOP CAN IMPROVE STUDENT INTEREST AND LEARNING
GROUP
ABSTRACT
This study was conducted to determine whether the table layout in life skills
workshops to enhance students' interest and group learning by pupils in Year 4 Ideal
Life Skills room. A total of 21 pupils in Year 4 Superior, National School Ditch No.
5, Johor and a teacher in the area of Life Skills involved in this study. Initial survey
was conducted through observations, interviews with teachers and pre-test. The
survey findings show students are not interested in learning while in the Life Skills
room because of discomfort, their vision is not clear and group learning less than
individuals. Focused action plans to determine whether the table layout in life skills
workshops to enhance students' interest and group learning. Students were exposed
to some set of table arrangement of Set A, Set B and Set C, and the study was
completed in a period of 4 weeks. Results of observational studies have shown an
increase in student achievement and interest in group learning Life Skills room. The
findings of the questionnaire showed that more students remember, understand and
fun to learn to set the table layout C is more effective to students and teachers.
1.0 Pendahaluan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) telah digubal atas rasional
bahawa aktiviti pembelajaran dan pendidikan peringkat rendah merupakan
pendidikan asas yang melibatkan tiga kemahiran, iaitu membaca, menulis dan
mengira ( 3 M ) . Pendidikan peringkat rendah juga hendaklah menyeluruh dan
seimbang dari segi perkembangan intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani. KBSR
juga dirancangkan untuk memberi setiap murid peluang yang sama untuk mendapat
kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan-amalan yang diperlukan. Murid-
murid juga diberi peluang dan ruang bagi mengembangkan atau mempertajamkan
bakat, minat dan daya kreatif mereka.
1.1 Pengenalan
Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran yang terkandung di dalam
kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Ianya dirancang untuk
membolehkan murid-murid menggunakan pelbagai alat dan bahan melalui berbagai
kaedah dan teknik bagi menghasilkan sesuatu (projek) yang dirancangkan.
Pengalaman yang diperolehi menjadikan murid lebih berkeyakinan, celik teknologi
dan sentiasa bersedia seandainya keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu
untuk kehidupan tanpa bergantung kepada individu lain.P&P dalam kemahiran hidup
membolehkan murid-murid mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan. Mata
pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membina dan membentuk sebuah
masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan
perkembangan industri elektronik yang pesat berkembang di negara kita. Secara
tidak langsung akan menimbulkan keinginan dan minat murid terhadap teknologi
dalam kehidupan.
Falsafah Pendidikan Negara menjurus ke arah melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek . Insan yang
sedemikian akan menjadi seorang warganegara yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi
sumbangan terhadap kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan
negara.Sehubungan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah
dibentuk sebagai kesinambungan daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
dengan menitikberatkan pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, peningkatan
daya intelek, penguasaan kemahiran belajar, pemupukan dan penerapan nilai,
penguasaan dan penggunaan Bahasa Melayu serta kesepaduan pengalaman
pembelajaran .
Oleh itu, saya telah menjalankan satu kajian untuk membantu murid
meningkatkan minat dan pembelajaran berkumpulan di dalam bilik Kemahiran Hdup
iaitu susun atur meja demonstarasi. Susun atur meja merupakan asas dalam kajian ini
dengan penambahan meja demonstrasi guru yang membolehkan semua murid
melihat kaedah tunjuk cara dengan jelas. Susun atur yang sesuai dengan suasana
pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup akan meningkatkan minat murid dan
pembelajaran berkumpulan mereka. Ia juga membantu murid menguasai
pembelajaran terutamanya murid yang berprestasi rendah. Selain itu, penggunaan
meja demonstrasi guru juga akan meningkatkan keputusan peperiksaan murid dalam
matapelajaran Kemahiran Hidup.
1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran
Sewaktu menjalani praktikum saya yang lepas, saya telah mengenal pasti
pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah ini, seperti, masalah emosi
(5%), masalah akademik (25%), masalah sosial (10%) dan masalah salah laku (
60%). Jumlah murid yang ramai dalam satu kelas bercampur yang mempunyai tahap
kebolehan murid yang berbeza (lemah, sederhana dan cemerlang) sememangnya
memberi satu masalah yang besar kepada saya dalam memastikan segala isi
pengajaran yang disampaikan diterima oleh sejumlah murid yang ramai dalam satu
masa serentak. Ini kerana, saya tidak dapat memfokuskan pengajaran kepada setiap
peringkat kebolehan murid.
Justeru itu, saya telah memfokuskan masalah yang berlaku kepada murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup. Murid-murid
mengalami masalah untuk mengingati dan memahami konsep-konsep, teori-teori
mahupun setiap fungsi-fungsi komponen yang telah dijelaskan. Kegagalan murid-
murid untuk berbuat demikian menyebabkan mereka tidak dapat menguasai
sepenuhnya setiap sub topik yang mereka telah pelajari sekaligus murid-murid
menunjukkan reaksi bosan ketika pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Masalah
ini telah dikenal pasti ketika proses pengukuhan yang diberikan semasa di akhir
pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid tidak mencapai objektif pengajaran yang
diharapkan kerana terdapat sebilangan daripada mereka tidak dapat menjawab soalan
pada lembaran kerja dengan tepat. Tindakan ini menunjukkan mereka tidak faham
dan sekaligus memberikan kesan buruk kepada mereka kelak pada waktu
peperiksaan yang akan datang. Untuk mengenalpasti murid yang bermasalah, saya
akan berjumpa murid-murid tersebut untuk berbincang.
Pada minggu pertama saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran,
masalah pertama yang dapat saya kenal pasti ialah murid kelas ini mungkin
mempunyai kemahiran membaca dan menulis yang lemah. Buktinya, apabila saya
meminta mereka membaca maklumat di dalam buku teks secara beramai-ramai, tidak
semua murid membuka mulut untuk membaca. Kemudian, saya memanggil lima
orang murid secara rawak termasuk dua orang murid yang tidak membuka mulut
untuk membaca tadi. Saya meminta mereka membaca secara individu dan hasilnya
saya dapati tiga orang murid pertama boleh membaca tetapi dalam keadaan kurang
lancar manakala dua orang lagi lebih lemah daripada tiga orang yang pertama kerana
mereka membaca dengan mengeja perkataan secara kuat. Aktiviti ini saya ulang
beberapa kali untuk mengesan berapa orang murid yang boleh membaca dengan
lancar dan berapa orang murid menghadapi masalah kelancaran membaca.
Keseluruhannya, saya dapati hanya sekitar enam hingga lapan orang murid daripada
21 orang murid sahaja yang mempunyai kemahiran membaca yang lancar. Masalah
yang wujud ini secara tidak langsung memberi kesan kepada saya untuk merancang
aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan murid-murid kelas ini.
Selain itu, saya juga mendapati bahawa murid kelas ini juga mungkin
mempunyai masalah menulis jawapan pada lembaran kerja. Apabila saya
mengedarkan lembaran kerja bertulis kepada setiap murid, terdapat beberapa orang
murid mengambil masa yang lama untuk menulis jawapan. Pada peringkat awal, saya
menyangkakan murid-murid ini tidak menulis jawapan kerana mereka tidak tahu
jawapan yang betul. Namun, apabila saya membacakan soalan pada lembaran kerja
tersebut, murid-murid ini boleh menyatakan jawapan yang betul secara lisan. Lalu,
saya meminta mereka menulis jawapan yang disebutkan tadi di atas lembaran kerja
tetapi mereka meyoal saya semula seperti; “Cikgu, nak tulis kat mana?”, “Cikgu,
macam mana nak tulis?” dan “Cikgu, macam mana nak eja perkataan ni?”.
Berdasarkan pemerhatian dan sesi soal jawab yang dijalankan, saya dapati
murid-murid ini sebenarnya boleh menulis tetapi mereka kurang mahir membaca dan
mengeja perkataan. Oleh itu, mereka menghadapi masalah menulis jawapan pada
lembaran kerja. Malahan, saya juga dapati bahawa murid-murid ini tidak suka
membaca soalan. Oleh yang demikian, mereka tidak tahu apa kehendak soalan dan
kesan daripada masalah kelancaran membaca dan mengeja tersebut menyebabkan
mereka tidak dapat menulis jawapan yang mereka ketahui. Hal inilah yang
menyebabkan mereka mengambil masa yang lama untuk melengkapkan lembaran
kerja bertulis yang diberi.
Seterusnya, murid kelas ini juga mempunyai masalah dalam kawalan disiplin
diri. Mereka suka bermain, menganggu rakan disebelah, berbual, berdiri dan berjalan
ke tempat lain ketika proses pengajaran sedang berjalan. Walau bagaimanapun, tidak
semua murid yang berperangai demikian dan hal ini berlaku mungkin kerana saya
meletakkan hasil pembelajaran yang sedikit dalam satu-satu proses pengajaran. Oleh
itu, murid berprestasi tinggi dan sederhana boleh mencapai hasil pembelajaran
dengan mudah manakala murid berprestasi rendah pula memerlukan masa yang lama
untuk mencapai hasil pembelajaran dan memerlukan bimbingan yang lebih secara
individu. Apabila saya memberikan bimbingan yang lebih kepada murid berprestasi
rendah ini, saya dapati murid berprestasi tinggi dan sederhana yang telah menguasai
menyelesaikan tugasan menunjukkan reaksi muka bosan dan mula menimbulkan
masalah di dalam kelas dengan mengganggu murid lain.
Saya cuba mengatasi masalah ini dengan menggunakan khidmat murid
berprestasi tinggi dan sederhana ini sebagai rakan pembimbing kepada murid
berprestasi rendah. Hasilnya, keadaan kelas lebih terkawal dan murid-murid
menunjukkan reaksi positif iaitu menunjukkan minat untuk belajar. Akan tetapi,
pelaksanaan cara ini telah menyebabkan saya menggunakan masa yang panjang pada
fasa penstrukturan semula idea. Tambahan pula, majoriti daripada murid ini
mempunyai masalah menulis jawapan pada lembaran kerja, maka saya perlu
menjalankan sesi soal jawab secara lisan untuk mengenal pasti sama ada murid-
murid ini telah menguasai hasil pembelajaran atau tidak.
Melalui sesi temubual, saya akan cuba mengenalpasti dan mencari punca
kepada pembawaan masalah itu. Pada masa yang sama, saya juga menggunakan
kaedah pemerhatian. Saya akan membuat kajian tindakan berkaitan susunan meja di
dalam bengkel Kemahiran Hidup ke atas murid Sekolah Kebangsaan Parit No 5,
Muar, Johor iaitu sebuah sekolah di daerah Muar. Saya telah memilih darjah 4
Unggul yang seramai 21 orang sebagai sampel kajian saya. Isu yang hendak dikaji
ialah kebekersanan pengajaran dan pembelajaran jika susunan meja di bengkel
Kemahiran Hidup diubah. Pemerhatian di lakukan semasa kelas Kemahiran Hidup
berlangsung. Di dapati bahawa pelajar di dalam kelas tersebut tidak memberi
perhatian sepenuhnya terhadap mata pelajaran tersebut dan tidak dapat menguasai
objektif dengan baik. Setelah tamat waktu pembelajaran, kami telah bersemuka
dengan guru mata pelajaran tersebut dan bertanyakan tentang pencapaian akademik
Kemahiran Hidup bagi kelas berkenaan.
Selain itu, kami juga meminta rekod pencapaian seperti ujian bulanan
peperiksaan setengah tahun. Berdasarkan rekod yang di perolehi, didapati bahawa
pencapaian pelajaran Kemahiran Hidup kelas 4 Unggul amat tidak memuaskan. Oleh
itu, untuk menaikkan prestasi pelajar kami merangka satu pelan tindakan yang
bernama ‘Meja Demonstrasi’ supaya murid 4 Unggul meminati untuk belajar
matapelajaran Kemahiran Hidup iaitu dengan menarik minat pelajar untuk
menguasai kemahiran-kemahiran dalam elektrik, kayu, logam, pertanian, jahitan dan
perniagaan.
Selama lapan minggu berpratikum, saya cuba mempelbagaikan kaedah
pengajaran saya seperti menjalankan demontrasi, menunjukkan video, simulasi
lakonan dan sebagainya namun masih ada murid yang gagal memberi tumpuan
sepenuhnya semasa saya mengajar. Saya dapat mengesan murid kurang memberi
perhatian apabila saya melaksanakan aktiviti penilaian. Murid yang dipilih secara
rawak di bahagian hadapan bengkel dapat menjawab soalan penilaian tersebut tetapi
murid yang berada di bahagian belakang adalah sebaliknya. Jika perkara ini tidak
diperbetulkan, nescaya terdapat lebih ramai murid akan tercicir dalam subjek
Kemahiran Hidup ini. Kemerosotan pencapaian sekolah akan memberi impak yang
besar kepada sekolah walaupun ada sesetengah pihak berpendapat subjek Kemahiran
Hidup tidak penting kerana tidak dimasukkan di dalam Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR).
1.3 Refleksi nilai pendidikan
Perlukah saya mengulang semula apa yang telah saya ajar kepada mereka?
Adakah cara saya mengajar selama ini tidak membantu minat dan pembelajaran
berkumpulan murid tersebut terutama yang berada di bahagian belakang? Apakah
yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan peratus pencapaian mereka? Apabila
saya cuba membincangkan perkara ini dengan guru-guru sekolah, ada guru yang
berpendapat bahawa kedudukan murid tersebut banyak mempengaruhi pencapaian
mereka. Justeru itu, tindakan yang terbaik bagi saya ialah merombak dan membuat
satu pelan tindakan yang boleh diguna pakai dalam membantu murid mencapai
kecermelangan dalam subjek Kemahiran Hidup. Saya telah membuat keputusan akan
membuat satu kajian berkaitan kedudukan murid mempengaruhi keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran lalu memberi impak positif dalam pencapaian
keputusan peperiksaan mereka.
Justeru, isu ini saya kaji berlandaskan kepada nilai-nilai pendidikan yang
berhubung dengan proses pembelajaran berkumpulan seseorang murid seperti Teori
Pembelajaran Bruner. Sebagaimana yang sedia maklum, kaedah pembelajaran
Kemahiran Hidup adalah melalui pendekatan tunjuk cara di mana menguasai sesuatu
kemahiran adalah asas yang penting. Menurut Bruner (Noriati A. Rashid, 2009),
pembelajaran konsep melalui penemuan merujuk kepada bagaimana kita
membezakan dan mengkategorikan benda atau perkara yang mempunyai ciri-ciri
tertentu. Apabila murid dapat membuat pengkategorian dan membezakan sesuatu
perkara ia bererti murid dapat memahami konsep yang dipelajari. Malahan,
pembelajaran penemuan ini menyediakan ruang untuk murid membina pengetahuan
kerana ia melibatkan proses kognitif. Selain itu, proses inkuiri yang terdapat dalam
pembelajaran penemuan juga melibatkan situasi penyelesaian masalah yang akan
dilalui sendiri oleh murid. Apabila murid terlibat sendiri di dalam sesuatu proses
pembelajaran maka murid akan lebih memahami dan mengingati isi pembelajaran
tersebut. Kekeliruan wujud apabila murid tidak memahami maklumat yang ingin
disampaikan itu dengan sepenuhnya. Kemudian, apabila murid kurang
memahaminya dan murid membuat andaian sendiri maka akan berlakulah
kekeliruan.
Saya juga ingin berpegang kepada Teori Pembelajaran Konstruktivisme
(Noriati A. Rashid, 2009), yang memberi penekanan kepada bagaimana struktur
kognitif membina dan mengorganisasikan pengetahuan. Menurut Piaget yang
merupakan tokoh konstruktivisme yang terkenal dengan teori perkembangan kognitif
dan bagaimana manusia membina pengetahuan, proses pembinaan pengetahuan
berlaku mengikut peringkat. Ia bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam
struktur kognitif kemudian maklumat baru akan diserap masuk atau disesuaikan
dalam struktur kognitif melalui proses adaptasi. Melalui proses adaptasi iaitu
asimilasi dan akomodasi, maklumat dalam struktur kognitif akan sentiasa
diorganisasikan untuk disimpan dan digunakan apabila perlu. Oleh itu, penyusunan
meja yang mengikut tahap perkembangan murid dalam sesuatu matapelajaran
merupakan salah satu daripada teori yang diperkenalkan oleh Piaget.Apabila saya
berpegang kepada teori ini semasa menjalankan penyelidikan, saya dapat membantu
meningkatkan pemahaman serta kemahiran murid dalam pengajaran dan
pembelajaran Kemahiran Hidup.
Oleh yang demikian, saya melaksanakan penyelidikan ini berlandaskan kepada
Teori Pembelajaran Bruner dan Teori Pembelajaran Konstruktivisme. Saya percaya
bahawa nilai-nilai pendidikan tersebut dapat dijadikan rujukan penyelidikan untuk
saya menghasilkan satu intervensi yang boleh membantu murid meningkatkan minat
dan pembelajaran secara berkumpulan. Saya juga percaya bahawa penguasaan
kemahiran amat penting kepada murid bagi memudahkan proses pembelajaran murid
itu sendiri sama ada pada peringkat sekolah rendah atau pun di peringkat yang lebih
tinggi kelak.
2.0 Fokus kajian
Fokus kajian dilakukan adalah untuk mengenalpasti samaada susun atur meja di
dalam bilik Kemahiran Hidup dapat meningkatkan minat dan pembelajaran
berkumpulan murid. Fokus utama kajian ini ialah melihat minat dan pembelajaran
murid.
2.1 Isu kajian
Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana murid bagi kelas 4
Unggul mendapat keputusan ujian Kemahiran Hidup yang sederhana. Semua guru
Kemahiran Hidup boleh melaksanakan kajian ini kerana ianya sesuai untuk setiap
kelas tahap 2. Jika tidak, ini akan memberi impak yang negatif terhadap pelajar dan
sekolah itu sendiri. Apabila kajian ini dibuat secara rasionalnya dapat membantu
pihak sekolah dalam membendung masalah ini agar semua pihak terlibat agar sedar
betapa pentingnya peningkatan pencapaian murid menguasai Kemahiran Hidup.
Kajian melibatkan seramai 21 orang pelajar Tahun 4 Unggul di Sekolah Kebangsaan
Parit No 5, Jalan yusof, Semerah, Muar.
2.2 Kebolehpentadbiran kajian
Selepas sesi pengajaran berakhir, guru akan menyemak lembaran kerja yang
dilakukan oleh murid dan guru mengisi borang pemarkahan mengenai tahap
kefahaman murid-murid terhadap pengajaran dan peratusan murid yang dapat
menjawab dengan tepat. Guru di dalam bilik Kemahiran Hidup akan menyusun
semula meja dan kerusi supaya kedudukannya lebih teratur dan sistematik.
Penyusunan meja dan kerusi ini bertujuan untuk melihat perubahan murid.
Kedudukan meja bertujuan memberi keselesaan guru bergerak bebas di sekeliling
bengkel. Selain itu, murid akan merasakan dirinya sentiasa diberi perhatian apabila
guru sentiasa bergerak menuju kearahnya. Kesannya ialah murid tidak akan
bersembang, bermain-main dan mengantuk semasa guru mengajar di hadapan.
2.3 Kepentingan kajian
Sepanjang pengajaran saya yang lepas, banyak masalah salah laku dan
masalah pembelajaran yang diperhatikan melalui tindak tanduk murid-murid.
Diantaranya ialah kelas bising, murid suka bermain, murid cepat bosan,murid tidak
dapat menguasai sesuatu pembelajaran, murid tidak mencapai objektif pengajaran
dan murid-murid kurang berminat untuk belajar. Masalah yang paling katara ialah
mengenai murid-murid yang tidak dapat menguasai sesuatu pembelajaran atau tidak
faham dan akan mengakibatkan murid-murid cepat bosan dengan sesuatu pengajaran
yang disampaikan. Masalah ini di perhatikan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran subjek Kemahiran Hidup. Walaupun subjek ini dilihat lebih kepada
pengajaran melibatkan amali, namun begitu penyampaian teori-teori dan juga
konsep-konsep tidak diabaikan.
Penguasaan teori dan konsep tersebut menjadi kayu ukur untuk guru-guru
untuk menilai tahap kefahaman murid-murid tehadap sesuatu pengajaran yang telah
di sampaikan dan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap
kali soalan diajukan kepada murid-murid, mereka tidak dapat menjawabnya dengan
tepat dan memuaskan. Begitu juga ketika menjawab soalan pada lembaran kerja.
Lain pula semasa pembelajaran,murid-murid menunjukan reaksi bosan dan kurang
berminat kepada pengajaran yang disampaikan. Sehubungan dengan masalah
tersebut, saya berpendapat bahawa ia perlu diambil serius dan segera mengambil
langkah mengatasinya. Jika tidak diatasi, masalah ini akan berterusan sampai bila-
bila. Kesan tidak langsung daripada masalah tersebut ialah prestasi murid akan
merosot dari semasa ke semasa dan mengganggu tahap pencapaian semasa ujian dan
peperiksaan.
2.4 Kesahan kajian
Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen amat penting
bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan.
Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka
semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan
berkualiti. Menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual, pemerhatian dan
dokumen dalam usaha pengkaji untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat
atau data, penggunaan teknik triangulasi itu sendiri telah dapat memperkukuhkan
kesahan kajian. Penggunaan teknik triangulasi (soal selidik, temu bual dan
pemerhatian) yang digunakan secara serentak dalam sesuatu kajian hendaklah dibuat
dalam bentuk equivalent form (kriteria dan konstruk item yang sama dalam pelbagai
jenis instrumen).
Penggunaan teknik triangulasi seperti pungutan data-data yang diperoleh
melalui sumber dokumen bukan sahaja boleh menyokong dan menambahkan bukti
daripada pelbagai sumber lain, tetapi juga menolong mengesahkan maklumat yang
didapati daripada temu bual dan pemerhatian. Kesahan dalam kajian berbentuk
kualitatif (penggunaan temu bual, pemerhatian dan dokumen sebagai instrumentasi)
tidak hanya tertumpu kepada hasil kajian tetapi keseluruhan proses penyelidikan.
Tujuan membuat kesahan instrumen adalah bagi menjamin keesahan item-item
(instrumen) agar bersifat;
 Defensibility (dapat dipertahankan– hasil kajiannya tepat dan berguna)
 Accuracy (ketepatan–menjawab persoalan kajian)
 Appropriatetness (kesesuaian– relevan dengan tujuan kajian)
 Meaningfulness (bererti – memberi makna terhadap data melalui skor)
 Usefulness (kebolehgunaan – mampu membuat keputusan berhubung dengan
apa yang cuba dicari atau dihasilkan kerana keputusan dari penilaian tersebut
boleh menyediakan maklumat yang bermakna mengenai tajuk dan
pembolehubah yang hendak diukur untuk menginferenkan data kajian).
2.5 Kebolehgunaan kajian
Rasional utama kajian ini dijalankan adalah kerana Kemahiran Hidup
merupakan mata pelajaran yang paling penting. Ini adalah kerana Kemahiran Hidup
merupakan pembelajaran mengenai kemahiran yang boleh di aplikasikan oleh murid
dalam kehidupan harian mereka. Ia akan diaplikasikan apabila pelajar tamat alam
persekolahan. Sekiranya murid sudah menguasai kemahiran ini pada peringkat
pengajian maka dengan secara tidak langsung memudahkan pelajar tersebut untuk
mendapatkan pekerjaan memandangkan semua syarikat swasta mahupun kerajaan
memerlukan pekerja yang mahir dan mempunyai kemahiran yang tersendiri.
2.6 Kawalan kajian
Saya akan memfokuskan kajian kami kepada fokus murid semasa penerangan
guru dan tindakan murid di dalam kelas Kemahiran hidup agar murid faham
pengajaran dan pembelajaran guru. Ini kerana kebanyakan pelajar tidak dapat fokus
dalam kelas sekaligus menyebabkan murid berasa bosan untuk mempelajari
Kemahiran Hidup. Secara langsung akan memberi kesan pada markah peperiksaan
Kemahiran Hidup.
Walaupun saya dapat mengesan pelbagai masalah semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan, saya hanya akan fokuskan kajian saya terhadap
susunan meja murid semasa berada di dalam bengkel. Kedudukan meja sebelum ini
tidak ditentukan, mereka duduk mengikut kumpulan yang ditentukan oleh mereka
sendiri dan hanya duduk dalam kumpulan jantina yang sama saja. Kesannya, murid
yang lemah duduk di bahagian belakang tidak mendapat input yang diberikan oleh
guru sepenuhnya. Antara masalah-masalah yang dikenal pasti selepas pemerhatian
dibuat ialah murid di yang duduk di meja belakang tidak boleh fokus kerana jarak
yang agak jauh dengan guru. Murid di belakang tidak dapat melihat dengan jelas
langkah demontrasi guru apabila melibatkan kerja projek. Murid hanya duduk dalam
kumpulan jantina yang sama sahaja. Kesannya ialah kebolehan dalam menjalankan
amali tidak sama. Murid lelaki yang lebih mahir tidak membantu murid perempuan
yang kurang mahir. Contohnya dalam amali pertukangan, murid perempuan tidak
dibantu oleh murid lelaki memandangkan murid lelaki berada di dalam kumpulan
lain. Murid yang berada di kedudukan hadapan lebih aktif menjawab soalan
dibandingkan dengan murid yang berada di meja belakang. Murid yang mempunyai
tahap pencapaian yang rendah berasa mengantuk dan bosan semasa guru mengajar
kerana murid tersebut duduk di meja belakang dan menganggap guru tidak
mempedulikannya.
2.7 Kolaborasi kajian
Berdasarkan temubual saya dengan cikgu Kemahiran Hidup, terdapat dua
fenomena yang memberikan sumbangan kepada gred pencapaian pelajar yang
sederhana. Pertama, guru hanya mengajar untuk mereka lulus peperiksaan semata-
mata tetapi tidak dari aspek menanam minat pelajar untuk meminati Kemahiran
Hidup. Kedua, disebabkan susunan meja di dalam bengkel Kemahiran Hidup tidak
sesuai dan menyukarkan murid untuk memberikan fokus semasa guru sedang
mengajar di hadapan.
2.8 Releven kepada sekolah
Sekolah Kebangsaan Parit No 5 ini merupakan salah sebuah sekolah yang
terletak di Johor merupakan antara sekolah yang berada di luar bandar. Berdasarkan
rekod pencapaian mata pelajaran Kemahiran Hidup di salah sebuah kelas di sekolah
berkenaan, didapati bahawa tahap pencapaian mata pelajaran tersebut adalah
sederhana. Ramai murid yang gagal menguasai beberapa kemahiran dalam projek
kemahiran hidup. Mereka tidak menyedari kepentingan Kemhiran Hidup merupakan
mata pelajaran yang amat penting bukan sahaja di sekolah malah ia penting selepas
alam persekolahan dan ia perlu diaplikasikan di dalam setiap aspek termasuk semasa
di peringkat pengajian tinggi. Dengan menyusun semula meja bengkel Kemahiran
Hidup dengan kedudukan yang lebih baik. Saya berpendapat bahawa masalah
tersebut dapat diselesaikan. Keputusan pencapaian murid juga dapat ditingkatkan
dengan baik sekali.
2.9 Tinjauan literatur berkaitan isu kajian
Objektif kajian Mengikut pandangan Sharifah Alwiyah Alsagoff ,
tokoh Falsafah Pendidikan dan Pedadogi Bahasa Melayu, (1986) tiada suatu kaedah
penyusunan meja dan kerusi murid yang tetap. Hal ini bermakna tiada suatu susunan
fizikal sebuah bilik darjah yang khusus untuk seorang guru patuhi. Namun, seorang
guru perlu sentiasa peka dan memahami iklim bilik darjah kelas mereka bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan berjalan dengan
lancar.
Pengurusan fizikal bilik darjah yang kondusif dapat membawa kepada
interaksi iaitu penyampaian dan pemindahan ilmu yang baik, dapat menyesuaikan
aktiviti yang dijalankan dengan pembelajaran, menjimatkan masa pelaksanaan
aktiviti, serta dapat menyimpan bahan rujukan dan bahan bantu belajar dengan baik.
Perlu diingatkan bahawa seorang murid akan mencontohi sikap gurunya bak kata
pepatah guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Justeru, guru hendaklah
mengurus persekitaran bilik darjah dengan sebaiknya. Sikap ini akan menanam nilai
murni tersebut dalam diri murid-muridnya kelak.
Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), persekitaran fizikal bilik
darjah yang baik dapat meningkatkan kuasa pengajaran guru. Iklim bilik darjah yang
baik ini dapat menyumbang kepada pembelajaran yang berkesan, kawalan kelas yang
terjamin, perhubungan guru-murid yang aktif, dan menjamin keseronokan untuk
belajar. Beliau juga menekankan aspek pengurusan bilik darjah yang kondusif
melibatkan tugas seorang guru untuk menyusun organisasi kelas, menyusun tempat
duduk murid-murid dan menyusun alat-alat bantu mengajar. Oleh itu aspek-aspek
yang terlibat dalam penyediaan fizikal sebuah bilik darjah harus ditekankan.
Antaranya adalah seperti wujudnya guru, sekumpulan pelajar, dan kemudahan-
kemudahan seperti meja, kerusi, papan tulis, alat bantu mengajar, papan kenyataan,
dan sudut pembelajaran murid perlulah ditekankan.
Penyusunan meja murid secara berkumpulan seperti mana yang dinyatakan
oleh Kamarudin Hj. Husin dalam bukunya Asas Pendidikan 1, Terbitan Longman
Malaysia. Mengikut Gibb (1969) pula, pembelajaran berkumpulan bermaksud
penukaran maklumat, kepakaran, dan keperluan dalam kalangan ahli kumpulan.
Sumbangan daripada setiap ahli kumpulan adalah matlamat utama dalam
pembelajaran berkumpulan sejajar dengan pendapat Jim Murphy dalam bukunya
Teaching Practise Conversations. Beliau menyatakan bahawa salah satu kaedah
untuk mengekalkan tumpuan murid adalah dengan membahagikan murid kepada
pasangan dan kumpulan kecil.
Mengikut Kamarudin Hj Husin dalam bukunya KBSM dan Model-model
Pengajaran Bahasa, pembelajaran berkumpulan dalam kelas KBSR adalah
berdasarkan pencapaian, kebolehan (ability grouping), dan juga berdasarkan minat
dan tujuan sesuatu kumpulan itu didirikan. Bagi kumpulan yang meletakkan murid-
murid yang berpencapaian tinggi dalam akademik, pembelajaran secara kumpulan
dapat meningkatkan lagi kemahiran kognitif mereka kerana mereka telah didedahkan
dengan bahan pengajaran yang lebih mendalam dan tinggi. Sementara bagi kumpulan
yang mempunyai murid-murid yang berpencapaian rendah, bahan pengajaran mereka
akan disesuaikan oleh guru mengikut tahap kognitif mereka. Jadi, mereka dapat
membentuk konsep diri kerana tidak terjejas dengan pertandingan bersama murid-
murid yang lebih baik dalam bidang akademik. Oleh itu, meja dan kerusi murid
hendaklah disusun mengikut kumpulan-kumpulan kecil mengikut kesesuaian guru
setelah membuat penilaian terhadap prestasi dan kebolehan mereka.
Menurut buku ‘Asas Pendidikan 1 Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah’
menyatakan bahawa aspek psikososial iaitu persekitaran bilik darjah memainkan
peranan penting dalam memupuk minat murid supaya terus belajar. Jika kedudukan
bakul sampah berada di situ, besar kemungkinan akan terdapat sekumpulan murid
yang tidak selesa dengan bau dan keadaan sampah yang berlonggokan. Oleh itu,
sudah pastilah murid tersebut tidak dapat belajar dengan tekun. Justeru, kedudukan
bakul sampah perlu diubah ke bahagian belakang kelas. Mengikut Jim Murphy pula,
aspek kebersihan seperti penghiasan kelas dapat menyediakan keadaan pembelajaran
yang selesa kepada murid-murid di samping membudayakan mereka dengan amalan
kebersihan.
Sebagai kesimpulan, seorang guru sewajarnya mempertimbangkan faktor-faktor
pengurusan fizikal bilik darjah yang meliputi ruang kelas, prosedur dan rutin, aktiviti
dan sudut pembelajaran, serta pergerakan dan perjalanan bilik darjah tersebut.
3.0 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada susun atur meja di
bengkel Kemahiran Hidup dapat meningkatkan minat dan pembelajaran
berkumpulan murid. Selain daripada itu, kajian ini juga dilakukan bertujuan untuk:
 Meningkatkan pembelajaran secara berkumpulan murid di bengkel
Kemahiran hidup
 Meningkatkan minat murid untuk datang awal ke kelas Kemahiran Hidup
 Menggalakkan pembelajaran berkumpulan murid di dalam dan di luar kelas
Kemahiran Hidup.
3.1 Soalan Kajian
 Sejauh manakah susunan meja di dalam bilik Kemahiran Hidup dapat
meningkatkan minat murid-murid untuk subjek Kemahiran Hidup?
 Mengapakah murid-murid sukar untuk mengusai sesuatu tajuk berkaitan teori
dan konsep untuk subjek Kemahiran Hidup?
 Apakah punca murid-murid cepat bosan dan kurang berminat dengan topik-
topik berkaitan teori dan konsep untuk subjek Kemahiran Hidup?
 Tahukan murid-murid mengenai pentingnya mengusai sesuatu tajuk
pembelajaran secara berkumpulan?
4.0 Kumpulan sasaran
Kajian ini akan melibatkan seramai 21 orang pelajar Tahun 4 Unggul di Sekolah
Kebangsaan Parit No 5, Jalan yusof, Semerah, Muar.
Jadual 4.1 : kumpulan sasaran kajian
Kelas (Tahap 2)
Bilangan Murid 21 Orang
Murid Lelaki 12 Orang
Murid Perempuan 9 Orang
Jawatan Ketua = Ummair Yamani
Penolong = Al Nur Rozalinda
Pengawas sekolah = Amirul Asyraf
Pengawas pusat sumber = Nani
Prestasi Akademik Terdiri daripada 4 murid cemerlang
11 murid sederhana dan 6 murid
lemah
Umur 10 Tahun.
Kumpulan sasaran kajian saya terdiri daripada murid-murid kelas Tahun 4
Unggul. Kelas ini mempunyai 21 orang murid di mana lapan orang daripadanya ialah
murid perempuan dan selebihnya ialah murid lelaki. Saya memilih 100% orang
murid jumlah keseluruhan kelas tersebut sebagai kumpulan sasaran kajian.
Kumpulan sasaran ini dipilih berdasarkan kepada tahap pencapaian akademik hasil
daripada pelaksanaan ujian terkini bagi subjek Kemahiran Hidup sahaja. Semua
murid dalam kumpulan sasaran terdiri daripada bangsa Melayu dan berumur dalam
lingkungan 10 tahun. Taraf hidup keluarga kumpulan sasaran saya adalah sederhana
kerana ayah mereka kebanyakannya bekerja sebagai peladang kelapa sawit, peniaga
atau pekebun manakala ibu mereka tidak bekerja.
Semua responden ini merupakan murid-murid yang mendapat markah ujian
antara 40% hingga 70% iaitu di dalam gred B dan C. Berdasarkan kepada markah
ujian tersebut, tiga orang daripada sebelas orang responden mendapat gred B
manakala selebihnya mendapat gred C. Kesemua responden juga merupakan murid-
murid yang berprestasi sederhana di dalam kelas. Walau bagaimanapun, mereka ini
telah menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira dan itu juga
merupakan salah satu faktor mereka dipilih untuk menjadi kumpulan sasaran kajian.
Pun begitu, terdapat tiga orang responden daripada kumpulan sasaran menghadapi
masalah kelancaran membaca dan mengeja yang sekaligus mempunyai masalah
dalam kemahiran menulis. Namun, saya mengambil mereka menjadi responden
kajian juga kerana saya ingin melihat kesan intervensi ini terhadap murid yang
mempunyai masalah 3M.
Kemudian, seorang daripada murid lelaki kelas ini pula mempunyai daya
ingatan yang baik dan boleh mengulang semula ayat yang saya gunakan pada
pembelajaran lepas. Malahan, beliau juga sering menggunakan nada suara yang kuat
apabila bercakap di dalam kelas. Sikapnya itu, sudah diketahui oleh semua warga
sekolah ini. Sikap beliau tersebut telah menjadi pencetus jenaka bagi murid-murid
kelas ini. Walaupun sikapnya begitu, murid tersebut tetap berminat untuk belajar dan
boleh mencapai semua hasil pembelajaran yang saya tetapkan bagi setiap proses
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, terdapat tiga orang murid di dalam kelas ini
yang suka berangan di dalam kelas. Salah seorang daripada mereka tersebut
walaupun kelihatan seperti sedang berangan tetapi masih boleh menjawab soalan
saya dengan baik apabila disoal secara tiba-tiba. Hal ini berbeza dengan dua orang
murid yang lain itu.
5.0 Tindakan yang dijalankan
Kajian yang saya jalankan ini tertumpu kepada isu untuk meningkatkan minat
dan pembelajaran berkumpulan murid di dalam bilik Kemahiran Hidup. Penyelidikan
isu kajian ini telah dijalankan berpandukan kepada model penyelidikan tindakan Kurt
Lewin (1946), dalam (Rosinah Edinin, 2012), yang terdiri daripada empat langkah
dan dimulakan dengan langkah perancangan. Di dalam langkah ini, penyelidik
merancang pelan tindakan setelah mengenal pasti aspek amalan yang perlu ditambah
baik. Kemudian, penyelidik bergerak ke langkah tindakan atau implementasi di mana
pelaksanaan tindakan yang dirancang dilaksanakan. Seterusnya, penyelidik
mengumpul kesemua data berkaitan dengan tindakan yang telah dilaksanakan
tersebut dan diakhiri dengan proses penghasilan refleksi. Di dalam refleksi,
penyelidik perlu menilai pelaksanaan tindakan yang dijalankan dan diikuti dengan
proses mengenal pasti keberkesanan tindakan berdasarkan kepada data-data yang
telah dikumpulkan. Sekiranya perlu, lingkaran proses penyelidikan ini boleh diulang
semula.
5.1 Prosedur Tindakan
LANGKAH 1( mengumpul data murid)
Sebelum kajian dijalankan, saya telah mengumpul beberapa data penting
yang diperlukan untuk bahan kajian saya seperti markah ujian bulanan yang lepas,
buku latihan murid dan rekod prestasi murid. Saya akan mengedarkan soal selidik
kepada murid-murid mengenai minat dan pembelajaran berkumpulan murid untuk
sesuatu matapelajaran Kemahiran Hidup (rujuk lampiran A), maklumat murid (rujuk
lampiran B) dan soal selidik di kalangan guru-guru ( rujuk lampiran C).
Saya telah membahagikan murid kelas ini kepada beberapa kumpulan iaitu
kumpulan sasaran yang terdiri daripada 21 orang murid. Kumpulan terdiri daripada
empat meja kumpulan mengikut susun atur meja Set A. Sebelum memulakan kajian,
saya memberikan tugas kepada kumpulan iaitu latihan menyalin nota dan menjawab
soalan latihan. Ini bertujuan untuk melihat perbezaan tahap pencapaian murid setelah
saya mengajar kelas tersebut .
LANGKAH 2.(membuat pemerhatian terhadap pelajar)
Saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa
tehadap kelas yang di jadikan bahan kajian saya. Semasa pengajaran saya telah
memerhatikan murid-murid mengenai tahap tumpuan mereka terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran. Mengenalpasti murid yang bermasalah (tidak
menumpukan perhatian) dan mengisi borang pemerhatian murid (rujuk lampiran D).
Memberi soalan (lembaran kerja) berkaitan pembelajaran semasa langkah penilaian
pembelajaran. Mengenalpasti tahap keberkesanan murid semasa melihat tunjuk cara
guru. Mengenalpasti tahap pembelajaran secara berkumpulan murid di dalam bilik
Kemahiran Hidup.
Setiap murid dalam kumpulan mendapat satu saoalan lembaran kerja. Ini
bertujuan untuk menyediakan peluang yang lebih besar kepada setiap murid untuk
melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
proses pelaksanaan kajian bagi fasa penghafalan dilakukan secara berkumpulan
kerana saya ingin menerapkan pembelajaran secara berkumpulan dan tolong
menolong antara satu sama lain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik Kemahiran Hidup. Dengan cara ini, proses pembelajaran juga berlaku dengan
lebih cepat kerana murid bersaing antara satu sama lain.
Selepas sesi pengajaran berakhir, saya telah menyemak lembaran kerja yang
dilakukan oleh murid dan guru mengisi borang pemarkahan mengenai tahap
kefahaman murid-murid terhadap pengajaran dan peratusan murid yang dapat
menjawab dengan tepat.
LANGKAH 3.( melaksanakan kaedah)
Untuk menjalankan kajian ini, set susun atur meja perlu dihasilkan. Proses
menghasilkan set susun atur ini mudah kerana ia boleh dihasilkan sendiri secara
manual dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Setiap set susun atur terdiri daripada
meja kumpulan, meja demonstrasi dan meja guru seperti di lampiran E. Saya telah
susun atur yang kondusif dan selesa kerana ia mampu mengaktifkan otak atau minda
manusia yang melihatnya. Setiap set susun atur meja pula mempunyai kedudukan
meja demonstrasi yang berlainan. Kedudukan murid di dalam kumpulan juga diubah
bagi memastikan pembelajaran berkumpulan dapat berlaku dengan baik. Pada masa
yang sama, murid dapat melihat kaedah tunjuk cara yang dilakukan guru di meja
demonstrasi.
Sekali lagi sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan kepada murid-murid.
Pada sesi pengajaran kali ini,saya akan mengubah susunan meja di bilik Kemahiran
Hidup kepada Set A, Set B dan Set C. Saya telah mengaplikasikan kaedah ini secara
maksimum semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Semasa sesi
pengajaran, saya telah memerhatikan murid-murid mengenai tahap tumpuan mereka
tehadap proses pengajaran dan pembelajaran. Saya telah mengenalpasti bilangan
murid yang masih tidak memberi penumpuan dan mengisi borang pemerhatian murid
(rujuk lampiran D) serta memberi soalan (lembaran kerja) berkaitan pembelajaran
semasa langkah penilaian pembelajaran.
Langkah seterusnya dalam menjalankan kajian. Saya telah menyusun semula
meja dan kerusi supaya kedudukannya lebih teratur dan sistematik dengan
menggunakan susun atur Set B. Penyusunan meja dan kerusi ini bertujuan untuk
melihat perubahan murid. Kedudukan meja bertujuan memberi keselesaan guru
bergerak bebas di sekeliling bengkel. Selain itu, murid akan merasakan dirinya
sentiasa diberi perhatian apabila guru sentiasa bergerak menuju kearahnya. Kesannya
ialah murid tidak akan bersembang, bermain-main dan mengantuk semasa guru
mengajar di hadapan.
Setiap kumpulan diberi masa selama sepuluh minit untuk menyiapkan
lembaran kerja setelah saya selesai menerangkan mengenai tajuk pengajaran pada
hari itu tetapi terdapat murid yang lemah untuk mengingat maka saya memberi masa
tambahan selama lima minit kepada mereka yang gagal mengingat dalam tempoh
masa yang diberi. Ini adalah kerana saya mahukan semua responden boleh membuat
lembaran kerja dan belajar secara berkumpulan di meja kumpulan mereka. Saya
menggunakan borang soal selidik seperti di lampiran A untuk merekodkan dan
memastikan semua responden telah berjaya tahu perubahan yang berlaku setelah
susun atur meja bilik Kemahiran Hidup di ubah..
Untuk langkah kedua, pada sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya saya
telah mengubah kedudukan meja kepada Set C. Susun atur meja pada kali ni sama
dengan sebelumnya tetapi di tambah penggunaan meja demonstrasi untuk guru
sebagai tambahan kepada murid untuk lebih jelas melihat tunjuk cara oleh guru.
Ruang antara meja juga lebih selesa dan memudahkan murid dan guru untuk
bergerak melakukan kerja-kerja amali di dalam bilik Kemahiran Hidup.
Setelah memberikan lembaran kerja kepada murid saya telah mengambil
semula untuk di analisis bagi setiap set susun atur meja. Selepas membuat soalan
berdasarkan lembaran kerja, saya akan menguji tahap pembelajaran berkumpulan
murid dengan memberikan latihan dalam bentuk amali. Projek amali yang telah
dilaksanakan ialah amali reka bentuk menggunakan penyedut minuman. Setiap
kumpulan akan diminta untuk menghasilkan satu reka bentuk menggunakan
penyedut minuman yang telah diberikan kepada setiap kumpulan. Kriteria
pemarkahan ialah berdasarkan kreativiti projek, hiasan projek, ketahanan projek dan
kerjasama di dalam kumpulan. Amali ini dilakukan selama 50 minit dan setiap
kumpulan berjaya menyiapkannya. Semasa sesi amali ini saya telah dapat melihat
tahap pembelajaran berkumpulan bagi setiap kumpulan.
Langkah ini diteruskan dengan tindakan seterusnya di mana pada proses
pengajaran dan pembelajaran berikutnya, setiap murid dalam kumpulan diberi
lembaran kerja 2 (ujian) seperti di lampiran E. Kumpulan sasaran diberi masa
sepuluh hingga lima belas minit untuk menjawab lembaran kerja 2 yang mempunyai
dua set soalan secara individu. Setelah lima minit masa menjawab berlalu, dua orang
murid yang kelihatan mempunyai masalah untuk menjawab saya akan minta rakan
pada kumpulan mereka untuk membantu. Kemudian, kumpulan sasaran dan guru
membincangkan jawapan bersama. Jawapan kumpulan sasaran dianalisis
menggunakan borang soal selidik seperti di lampiran 1 kemudian perbandingan
dilakukan untuk melihat bilangan murid yang menjawab soalan dengan tepat dan
tidak tepat bagi setiap elemen yang diuji.
LANGKAH 4
Selepas selesai sesi kajian terhadap subjek (murid), saya telah mengumpul
semua data-data dan menyusun data-data tersebut dalam bentuk jadual yang senang
untuk di analisis. Saya akan memastikan segala data dan pembolehubah-
pembolehubah yang diperlukan mencukupi dan mengikut spesifikasi yang
diperlukan.
Prosedur pelaksanaan kajian ini diringkaskan seperti di lampiran F dan
gambar rajah di bawah merupakan ringkasan kepada keseluruhan proses pelaksanaan
kajian ini menggunakan model Kurt Lewin:
Sumber : Diadaptasi daripada (Rosinah, 2012)
Rajah 5.1. Kitaran Model Penyelidikan Tindakan Isu Kajian
(1)
Merancang Tindakan
1. Mengenal pasti Isu Kajian :
 Kesukaran murid memahami pengajaran dan pembelajaran semasa
berada di bilik Kemahiran Hidup.
 Murid kurang selesa dan tidak nampak dengan jelas guru di hadapan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
 Murid tidak minat terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup dan
pembelajaran berkumpulan.
 Murid kurang berminat untuk melakukan pembelajaran secara
berkumpulan.
2. Menjalankan tinjauan masalah menggunakan instrumen berikut:
• Pemerhatian
• Temu bual
• Soal selidik
(4)
Menulis Refleksi
 Kekuatan dan aspek
penambahbaikan tindakan
kajian dinilai.
(2)
Melaksanakan Tindakan
Intervensi
 Kaedah set susun atur meja
Set A, Set B dan Set C
(3)
Melakukan Pemerhatian
 Pemerhatian
 Soal selidik –lembaran kerja pertama
dan kedua serta ketiga
 Temu bual
Instrumen Kajian
Set A
Kabinetsimpanabarang
Rajah 5.2 : Kedudukan meja susun atur Set A
3
2
4
1
Meja Guru
Papan putih
Kabinetsimpanabarang
Rujukan :
1 = kumpulan lemah
2 = kumpulan sederhana
3 = kumpulan cemerlang
4 = kumpulan cemerlang
Rajah 5.3 : Kedudukan meja susun atur Set B
Set B
Rujukan :
1 = kumpulan lemah
2 = kumpulan sederhana
3 = kumpulan cemerlang
4 = kumpulan cemerlang
4
1
Meja Guru
3
2
Papan putih
Kabinetsimpanabarang
Kabinetsimpanabarang
Meja
Demontrasi
Set C
4
1
Meja Guru
3
2
Papan putih
Kabinetsimpanabarang
Kabinetsimpanabarang
Meja
Demontrasi
Meja
demontrasi
Rajah 5.4 : Kedudukan meja susun atur Set C
Rujukan :
1 = kumpulan lemah
2 = kumpulan sederhana
3 = kumpulan cemerlang
4 = kumpulan cemerlang
6.0 Cara pengumpulan data
Pengumpulan data dilakukan selepas implementasi kaedah kajian
dilaksanakan. Tiga jenis instrumen telah dipilih untuk mengumpulkan data kajian.
Data-data yang dikumpul berbentuk data kualitatif dan instrumen pengumpulan data
yang digunakan ialah pemerhatian menggunakan senarai semak dan nota lapangan,
analisis dokumen berdasarkan lembaran kerja pertama (latihan) dan lembaran kerja
kedua (ujian) yang dijalankan beserta dengan soal selidik dan temu bual yang
melibatkan kumpulan sasaran kajian. Bagi mengumpul segala maklumat dan data
yang diperlukan, saya telah menggunakan kaedah cara mengumpul data borang soal
selidik, temubual, dan pemerhatian yang telah diperolehi:-
i. Mengedarkan borang soal selidik mengenai keberkesanan pembelajaran
berkumpulan dan minat murid terhadap subjek Kemahiran Hidup.
ii. Membuat temubual bersama guru kemahiran Hidup mengenai minat dan
pembelajaran murid secara berkumpulan.
iii. Merekodkan markah ujian bulanan murid dalam subjek Kemahiran
Hidup.
iv. membuat pemerhatian mengenai penumpuan murid ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran.
v. Merekod markah untuk setiap lembaran kerja yang diberikan sebelum dan
selepas tindakan di jalankan kepada murid.
6.1 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum
kajian dijalankan murid kurang memberi respons kepada soalan yang diajukan.
Sebagaimana kebiasaannya, murid perempuan yang lebih bersedia dan menunjukkan
kesungguhan sebaliknya murid lelaki kurang bersungguh dan kurang mengambil
bahagian di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Reaksi atau
respon murid dicatatkan dalam nota lapangan oleh pengkaji. Selain itu, kaedah
pemerhatian menggunakan nota lapangan juga digunakan untuk mengumpul data
berkaitan dengan minat murid dalam menjawab soalan. Reaksi ini boleh wujud
dalam bentuk verbal dan juga bukan verbal. Contoh reaksi bentuk verbal adalah
seperti respon lisan dan nada suara manakala contoh reaksi bukan verbal ialah seperti
mimik muka dan posisi tubuh
.
6.2 Ujian Pengesanan
Ujian pengesanan diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan
sejauh mana minat dan pembelajaran berkumpulan mereka terhadap subjek
Kemahiran Hidup. Item Ujian pengesanan merupakan item lembaran kerja topik
yang telah di ajar oleh guru Kemahiran Hidup iaitu Tanaman Hiasan. Selepas saya
menyemak jawapan murid, saya tidak memulangkan kertas jawapan murid dan tidak
membincangkan jawapannya, sebaliknya saya telah memperkenalkan set susun atur
meja yang berlainan di dalam bilik Kemahiran Hidup dan 5 hari selepas itu saya
telah memberikan lembaran kerja menggunakan set soalan yang sama dengan Ujian
Pra. Selepas itu saya menukar semula susun atur meja di dalam bilik Kemahiran
Hidup dan memberikan soalan lembaran kerja kepada murid. Akhir sekali saya
menukar susun atur meja untuk Set yang terakhir dan memberikan lembaran kerja
kepada murid.
6.3 Soal selidik
Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid untuk
mendapatkan maklum balas murid berkenaan susun atur meja dan pembelajaran
berkumpulan murid semasa berada di dalam kelas Kemahiran Hidup. Saya juga telah
mengedarkan borang soal selidik kepada guru yang mengajar Kemahiran Hidup
untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai set susun atur meja yang saya
perkenalkan.
6.4 Temu Bual
Temu bual yang dijalankan ialah separa berstruktur maka soalan temu bual
telah disediakan terlebih dahulu sebelum temu bual dijalankan. Semasa temu bual
dijalankan, terdapat beberapa soalan ditambah mengikut keperluan. Ini kerana ada
masanya soalan yang disediakan terlebih awal tersebut kurang difahami oleh
kumpulan sasaran maka soalan tersebut perlu dipermudahkan agar murid yang di
temu bual boleh memberikan respon dengan lebih baik. Temu bual ini telah
dijalankan di dalam bilik darjah sewaktu murid rehat. Kaedah temu bual yang
digunakan ialah temu bual bersemuka dan instrumen temu bual dipilih kerana ia
mempunyai ciri kebolehtadbiran yang tinggi. Tambahan pula, soalan yang ditanya
ialah soalan terbuka maka jawapan yang diberikan murid tidak tertutup dan
mencapah.
Temu bual yang dijalankan ini direkodkan agar tiada maklumat yang
tertinggal atau tercicir. Hasil temu bual ditranskripkan, dianalisis dan
dipersembahkan dalam bentuk naratif. Sebanyak tiga orang murid daripada
kumpulan sasaran dipilih untuk menjalani proses temu bual ini. Tiga orang murid
berkenaan dipilih berdasarkan kepada prestasi penguasaan kemahiran setelah
menjalani proses kajian dan menjawab soalan lembaran kerja kedua (ujian). Daripada
keseluruhan murid di dalam kumpulan sasaran, seorang murid dipilih bagi mewakili
setiap tahap prestasi penguasaan kemahiran iaitu berprestasi rendah, sederhana dan
tinggi. Ia bertujuan untuk meningkatkan aspek kebolehpercayaan dan kesahan temu
bual yang dijalankan.
Daripada temu bual yang dijalankan, dua maklumat utama yang dikumpulkan
iaitu pertama berkaitan dengan minat murid terhadap matapelajaran Kemahiran
Hidup. Data diukur berdasarkan kefasihan atau kelancaran responden untuk
menyatakan semula formula jawapan bagi soalan yang akan ditanya kepada mereka.
Manakala maklumat yang kedua ialah berkaitan dengan keberkesanan pembelajaran
secara berkumpulan murid di dalam kumpulan mereka.
Data dianalisis daripada transkrip temu bual berdasarkan tema-tema yang
telah ditetapkan oleh pengkaji terlebih dahulu. Hal ini adalah kerana temu bual ini
dijalankan secara separa berstruktur, maka pengkaji sudah mengetahui apakah
maklumat yang diingini berdasarkan temu bual yang dijalankan. Oleh itu, pengkaji
hanya mencatatkan kod atau respon yang wujud dalam temu bual jika ada
berdasarkan tema-tema yang telah ditetapkan.
Secara keseluruhan, proses pelaksanaan kaedah pengumpulan data yang
dijalankan ini menekankan aspek triangulasi yang merujuk kepada penggunaan
beberapa kaedah atau instrumen semasa mengumpul data dengan tujuan untuk
meningkatkan kesahan data. Pada masa yang sama, ia juga bertujuan untuk
mengurangkan bias semasa data dikumpulkan. Oleh kerana itu, jenis triangulasi yang
saya gunakan ialah triangulasi data di mana data diperolehi daripada pelbagai sumber
berdasarkan kepada tiga instrumen pengumpulan data yang dijelaskan.
7.0 Keputusan/analisis data dan interpretasi
Data yang telah saya analisis ialah data daripada hasil pemerhatian kumpulan
sasaran, temubual beberapa tiga orang responden, ujian pengesanan tahap pencapaian
murid dan soal selidik murid serta beberapa orang guru matapelajaran lain.
7.1 Analisis pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian menggunakan senarai semak seperti di lampiran D,
ia menunjukkan bahawa pada peringkat awal, kumpulan sasaran kelihatan agak
terkejut dengan aktiviti susun atur meja yang dijalankan. Terdapat tiga orang murid
lelaki daripada kumpulan sasaran mula merungut dan menyatakan bahawa mereka
tidak boleh belajar secara berkumpulan. Mereka cuba memberikan respon negatif
seperti duduk bersandar sambil memeluk tubuh. Walau bagaimanapun, pengkaji
berjaya memotivasikan mereka dan mereka mula fokus dan melibatkan diri dengan
aktif apabila melihat rakan-rakan lain belajar secara berkumpulan bersama.
Apabila tempoh masa pengajaran dan pembelajaran tamat, murid diuji oleh
pengkaji secara individu. Nama murid yang berjaya menjawab kesemua elemen yang
ditetapkan ditanda pada senarai semak yang disediakan seperti di lampiran G. Secara
keseluruhannya, terdapat empat orang murid lelaki dari kumpulan sasaran yang sukar
menghafal dan mengambil masa yang panjang untuk menghafal. Walau
bagaimanapun, setelah diberi masa tambahan dan dibantu oleh rakan murid yang
lain, mereka berjaya menjawab elemen-elemen yang terdapat pada lembaran kerja.
Hasil daripada pemerhatian menggunakan senarai semak ia menunjukkan bahawa
semua murid di dalam kumpulan sasaran berjaya melepasi menjawab lembaran kerja
ini.
Pemerhatian kedua yang dijalankan adalah menggunakan nota lapangan
seperti di lampiran D1 dan D2. Pemerhatian beserta dengan nota lapangan ini
digunakan untuk melihat tahap atau peningkatan minat murid dan pembelajaran
berkumpulan murid untuk menjawab soalan lembaran kerja. Berdasarkan Abdul
Rahman Abdul Aziz (2000), minat murid dapat diukur melalui beberapa aspek
seperti posisi tubuh, gerak-geri badan, nada suara dan riak wajah. Berdasarkan
kepada pemerhatian menggunakan nota lapangan yang telah dijalankan, reaksi yang
telah ditunjukkan oleh kumpulan sasaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu
kumpulan sasaran berminat untuk menjawab soalan penyiasatan dan kumpulan
sasaran tidak berminat untuk menjawab soalan penyiasatan. Jadual di bawah
menyenaraikan reaksi-reaksi yang telah ditunjukkan oleh kumpulan sasaran.
Jadual 7.1: Reaksi kumpulan sasaran pada pemerhatian kali pertama
Reaksi berminat untuk menjawab
soalan penyiasatan
Reaksi tidak berminat untuk
menjawab soalan penyiasatan
Mengangguk-anggukkan kepala. Mengerutkan dahi.
Mengajukan soalan positif :
a) “Cikgu, dah siap, yang
sebelah ni kena jawab ek?”
b) “Cikgu, dah siap. Cikgu, saya
jawab soalan ni boleh
(merujuk kepada soalan set
ketiga)?”
Bermain pensel dan pemadam.
Responden mula menjawab soalan
lembaran kerja yang berikutnya
dengan cepat tanpa perlu disuruh.
Mengajukan soalan negatif :
a) “Cikgu, macam mana nak
jawab ni?”
b) “Cikgu, nak jawab macam
tadi ek?”
Responden bersungguh-sungguh
menjawab soalan.
Menulis jawapan dengan tekun.
Tersenyum-senyum sambil menulis
jawapan.
Bersungguh-sungguh untuk menulis
jawapan pada lembaran kerja.
Mereka juga berbincang antara satu
sama lain untuk membandingkan
jawapan.
Berdasarkan kepada pemerhatian pertama yang dilaksanakan, terdapat lapan
reaksi yang menunjukkan kumpulan sasaran berminat untuk menjawab soalan
penyiasatan dan tiga reaksi yang menunjukkan kumpulan sasaran tidak berminat
untuk menjawab soalan penyiasatan. Jadual di sebelah pula menyenaraikan reaksi
yang ditunjukkan oleh kumpulan sasaran pada pemerhatian kali kedua.
Jadual 7.2 : Reaksi kumpulan sasaran pada pemerhatian kali kedua
Reaksi berminat untuk menjawab soalan penyiasatan
Sebaik sahaja lembaran kerja diedarkan dan arahan diberikan,
kumpulan sasaran terus menjawab soalan tanpa mengurut.
Masing-masing kelihatan fokus membaca soalan dan mencari
jawapan.
Responden mempunyai masalah untuk menjawab soalan penyiasatan
tetapi mereka tidak berputus asa dan mencari cara lain untuk
menjawab soalan.
Memberikan tumpuan pada lembaran kerja masing-masing.
Ada yang tekun menulis jawapan pada lembaran kerja dan ada yang
berfikir sambil memegang kepala.
Semua ruang jawapan telah diisi oleh kumpulan sasaran.
Berdasarkan pemerhatian kali kedua tersebut, terdapat enam reaksi yang
menunjukkan kumpulan sasaran berminat untuk menjawab soalan penyiasatan. Bagi
pemerhatian kali kedua ini, tiada reaksi yang menunjukkan responden tidak berminat
untuk menjawab soalan penyiasatan.
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan
sasaran didapati murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan
oleh guru secara lisan. Mereka menjawab dengan suara yang lantang dan tidak lagi
menundukkan muka apabila guru menyoal. Murid berjaya mengesan dan
membetulkan kesalahan yang sengaja dibuat oleh guru untuk menguji kefahaman
dan ingatan pelajar. Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan
kerana semua murid telah tahu untuk belajar secara berkumpulan. Aktiviti tunjuk
cara oleh guru lebih mudah difahami dan diperhatikan oleh semua murid apabila
terdapatnya meja demonstarasi khas di dalam bilik Kemahiran Hidup. Pembelajaran
berkumpulan menjadi lebih seronok dan berkesan kepada semua tahap murid jika
murid itu sendiri faham pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan oleh guru.
Murid –murid telah kurang untuk melakukan kesalahan tingkah laku di dalam bilik
Kemahiran Hidup seperti berbual dengan kawan, membuat bising dan selalu ke
tandas. Murid yang lemah telah dapat bersaing dengan murid yang sederhana di
dalam kelas setelah pembelajaran berkumpulan di amalkan di dalam bilik Kemahiran
Hidup.
7.2 Analisis Ujian Pengesanan
Hasil daripada data analisis dokumen, jawapan kumpulan sasaran dianalisis
mengikut set susun atur meja di dalam bilik Kemahiran Hidup. Untuk lembaran kerja
latihan, set A, set B dan Set C sahaja yang dianalisis. Analisis data bagi lembaran
kerja latihan dan lembaran kerja ujian adalah seperti di lampiran J1 dan J2. Berikut
merupakan ringkasan analisis data yang difokuskan kepada dua elemen utama soalan
penyiasatan yang menjadi fokus kajian iaitu minat dan pembelajaran secara
berkumpulan murid. Perbandingan pencapaian pelajar dalam pengesanan adalah
seperti berikut :
Jadual 7.3 : Bilangan responden mengikut gred markah
Dapatan Ujian Pra, Set A, Set B dan Set C menunjukkan terdapat
peningkatan dari segi pencapaian murid. Walaupun masih terdapat murid yang gagal
tetapi tiada seorang pun murid yang mendapat sifar berbanding dengan Ujian Pra di
mana 5 orang murid telah mendapat sifar. Ujian pra ialah ujian sebelum berlakunya
Gred &
Kedudukan
meja
Bilangan Responden
Pra Set A Set B Set C
A
B
C
D
E
Tidak Hadir
0
2
10
4
2
3
1
12
3
3
1
1
3
15
2
1
0
0
4
17
0
0
0
0
sebarang tindakan kajian terhadap murid. Tujuan ujian ini ialah untuk melihat hasil
pembelajaran murid semasa guru mereka mengajar di dalam kelas. Murid kelas 4
Unggul ini merupakan kelas kedua dan kebanyakkan muridnya berada dalam
ketegori sederhana. Hasil ujian ini membolehkan saya untuk melihat perubahan
pencapaian murid setelah susun atur meja di dalam bilik Kemahiran Hidup ditukar.
Semasa lembaran kerja diberikan untuk kelas yang seterusnya, susun atur
meja telah ditukar kepada Set A. Hasilnya seorang responden mendapat gred markah
A dan dua belas orang responden mendapat gred B. Tiga orang mendapat gred C dan
gred D namun seorang responden telah gagal dalam ujian lembaran kerja dan
seorang responden tidak hadir semasa lembaran kerja diberikan.
Pada hari seterusnya sesi pengajaran dan pengajaran adalah sama namun
susun atur meja telah ditukar kepada Set B. Hasilnya tiga orang responden mendapat
gred markah A dan lima belas orang responden mendapat gred B. Dua orang
mendapat gred C dan seorang gred D. Namun pada kali ini tiada responden yang
tidak hadir semasa kelas Kemahiran Hidup bermula.
Susun atur meja Set C merupakan ujian lembaran kerja yang terakhir bagi
kajian saya. Hasilnya empat orang responden mendapat gred markah A dan tujuh
belas orang responden mendapat gred B. Hanya seorang responden mendapat gred C
semasa hasil daripada lembaran kerja. Namun pada kali ini tiada responden yang
tidak hadir semasa kelas Kemahiran Hidup bermula. Jadual 7.4 di bawah pula
menunjukkan perbandingan peratus jumlah gred markah bagi set soalan lembaran
kerja setiap susun atur meja yang telah dijalankan.
Jadual 7.4 : Perbandingan peratus jumlah gred markah bagi lembaran kerja
yang dilaksanakan.
Susun atur meja di
dalam Bilik
Kemahiran Hidup
Gred
markah
Jumlah peratusan markah gred (%)
Set A
A 5 %
B 60 %
C 15 %
D 15 %
E 5 %
Set B
A 14.3 %
B 71.4 %
C 9.5 %
D 4.8 %
E 0 %
Set C
A 19 %
B 81 %
C 0 %
D 0 %
E 0 %
Perbandingan dibuat dengan lebih jelas dalam bentuk peratus antara data set
soalan lembaran kerja dan set susun atur meja di dalam bilik Kemahiran Hidup. Gred
markah A bagi ujian pada lembaran kerja meningkat dari 5% set A kepada 14.3%
pada set B dan akhirnya menjadi 19% pada set C. Manakala bagi gred markah B pula
meningkat dari 60% pada set A kepada 71.4% pada set B dan akhirnya menjadi 81%
pada set C. Gred markah bagi C pula menurun dari 15% pada set A kepada 9.5%
pada set B dan 0% pada set C. Bagi gred markah D dari 15% pada set A kepada
4.8% pada set B dan 0% pada set C. Akhir sekali ialah gred markah E iaitu gagal
pada gred A dari 5% kepada 0% pada set B dan Set C. Perbandingan data tersebut
dijelaskan dengan lebih ringkas kepada bentuk graf seperti di dalam rajah di bawah.
Rajah 7.1: Graf jumlah gred markah (%) bagi soalan lembaran kerja untuk setiap
susun atur meja yang dilakukan.
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
Set a Set B Set C
Gred A
Gred B
Gred C
Gred D
Gred E
Set soalan :
Markah gred peratusan
lembaran kerja (%)
7.3 Analisis Soal Selidik
Murid telah memberikan respons positif manakala guru-guru telah
memberikan komen yang membina. Berikut adalah analisis soal selidik yang telah
dijawab oleh pelajar :-
Skala Likert : 1 - ya
2 - tidak
3 - tidak pasti
Beberapa contoh komen yang telah diberi oleh guru – guru pula adalah seperti
berikut:
Guru Pendidikan Seni :-
Satu pendekatan yang menarik dalam meningkatkan minat dan pembelajaran
berkumpulan murid kerana susun atur meja terancang dan sesuai untuk pembelajaran
secara berkumpulan.
Guru Bahasa Inggeris :
 Satu teknik susun atur meja yang kondusif.
 Penggunaan meja demonstrasi sesuai dan berkesan untuk pembelajaran.
 Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan berkesan.
Guru Sains
Susun atur meja ini dapat menambah ingatan dan minat murid di samping
dapat melihat secara menyeluruh dan mengetahui tahap pembelajaran berkumpulan
murid di dalam kelas 4 Unggul.
Jadual 7.5 : Bilangan analisis soal selidik terhadap responden
Skala Ya Tidak Tidak pasti
Item Bilangan murid
1. Adakah anda meminati mata pelajaran Kemahiran
Hidup?
2. Adakah anda meminati pembelajaran secara amali?
3. Adakah penggunaan BBM dapat menarik minat
anda dalam subjek ini?
4. Adakah susunan meja yang digunakan guru dapat
membantu anda untuk memahami isi pembelajaran?
5. Adakah jenis susunan meja set C yang dapat
membantu anda memahami sesuatu isi
pembelajaran?
6. Adakah anda mengetahui mengenai lembaran kerja?
7. Adakah anda selalu diberikan lembaran kerja semasa
sesi pembelajaran?
8. Adakah anda menghadapi masalah untuk
19
15
18
5
21
17
1
4
2
10
0
2
1
2
1
6
0
2
menyiapkan tugasan pada lembaran kerja?
9. Adakah penggunaan BBM oleh guru dapat
membantu anda menyelesaikan lembaran kerja
tersebut?
10. Adakah perasaan anda gembira sekiranya dapat
menjawab soalan pada lembaran kerja dengan cepat
dan betul?
11. Adakah anda menghadapi masalah untuk
menyiapkan tugasan pada lembaran kerja dalam
pembelajaran berkumpulan?
12. Adakah pengajaran secara berkumpulan oleh guru
dapat membantu anda menyelesaikan lembaran kerja
tersebut?
13. Adakah perasaan anda tidak selesa sekiranya dapat
duduk dalam susunan meja yang lama di dalam bilik
Kemahiran Hidup?
14. Adakah anda menghadapi masalah jika
pembelajaran berkumpulan tidak dilaksanakan di
dalam bilik Kemahiran Hidup?
10
20
5
21
12
20
21
21
10
1
10
0
0
0
0
0
1
0
6
0
7
1
0
0
7.4 Analisis data Temu Bual
Transkrip temu bual untuk ketiga-tiga murid yang dipilih daripada kumpulan
sasaran adalah seperti di lampiran H1 hingga H3. Berdasarkan kepada temu bual
yang telah dijalankan, antara reaksi yang telah ditunjukkan oleh tiga orang murid
yang ditemu bual adalah seperti menganggukkan kepala, tidak berpeluk tubuh,
bercakap dengan nada suara yang tinggi, tersenyum dan ketawa.
Berdasarkan kepada Abdul Rahman Abdul Aziz (2000), reaksi-reaksi yang
telah ditunjukkan oleh murid semasa ditemu bual tersebut merupakan ciri-ciri minat
yang boleh diukur. Selain daripada reaksi murid, jawapan murid semasa ditemu bual
juga menunjukkan bahawa murid sudah mempunyai peningkatan minat untuk
menjawab soalan berbentuk penyiasatan.
Berikut merupakan analisis data temu bual berdasarkan transkrip yang
dipecahkan kepada tiga tema iaitu murid suka akan kaedah set susun atur meja,
kaedah susun atur meja membantu meningkatkan minat murid terhadap
matapelajaran Kemahiran Hidup juga kaedah set susun atur meja dapat
meningkatkan pembelajaran berkumpulan murid.
Jadual 7.6 : Analisis data temu bual
Tema Respon verbal Kod Bilangan
Kaedah set C
susun atur
meja.
Suka. (S) = suka 3
Tidak suka. (TS) = tidak suka 0
kaedah susun
atur meja
membantu
meningkatkan
minat murid
terhadap
matapelajaran
Kemahiran
Hidup
Boleh menyatakan
minat dengan amat
baik.
(AB) = amat baik 1
Boleh menyatakan
minat dengan
sederhana baik.
(SB) = sederhana
baik
2
Tidak boleh
menyatakan minat.
(TB) = tidak boleh 0
kaedah set
susun atur
Berminat untuk
menjawab soalan
(B) = berminat 3
meja dapat
meningkatkan
pembelajaran
berkumpulan
murid
secara
berkumpulan
Kurang berminat
untuk menjawab
soalan secara
berumpulan.
(KB) = kurang
berminat
0
Tidak berminat
untuk menjawab
secara
berkumpulan
(TBM) = tidak
berminat
0
Merujuk kepada jadual 8.3 di atas, didapati bahawa ketiga-tiga responden yang
ditemu bual memberikan respon suka akan pengaplikasian kaedah set C susun atur
meja di bilik Kemahiran Hidup. Kemudian, seorang daripada responden yang ditemu
bual boleh menyatakan minat terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup manakala
dua orang yang lain menyatakan minat dengan sederhana baik. Seterusnya, ketiga-
tiga responden juga memberikan respon berminat untuk menjawab soalan secara
berkumpulan.
8.0 Rumusan/refleksi selepas dapatan
Pencapaian murid dalam Ujian Pra, Set A, Set B dan Set C menunjukkan
peningkatan yang agak ketara. Kebolehan murid untuk memahami pengajaran guru
dan pembelajaran secara berkumpulan meningkat setelah susun atur meja di dalam
bilik Kemahiran Hidup di ubah. 10 daripada 21 orang murid 4 Unggul mempunyai
tahap penguasaan yang rendah berbanding yang lain. Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa susun atur meja Set C banyak membantu pelajar meningkatkan
keyakinan diri, daya ingatan dan minat terhadap apa yang dipelajari disamping
menjadikan suasana P&P lebih ceria dan menyeronokkan dengan pembelajaran
secara berkumpulan. Masih terdapat murid yang gagal dalam set A dan Set B kerana
pada hari saya memperkenalkan susun atur meja ada seramai 10 orang murid tidak
hadir ke sekolah kerana hujan lebat. Selain daripada itu ada 4 orang murid 4 Unggul
yang kerap tidak hadir ke sekolah dan mereka yang tidak hadir inilah yang gagal
dalam Ujian Set B. Saya sepatutnya menerangkan dan mempastikan bahawa mereka
harus mengamalkan pembelajaran secara berkumpulan bukan hanya sekadar
mengarahkan mereka menyalin dari rakan-rakan. Saya juga sepatutnya harus lebih
bertegas terhadap segelintir murid lelaki yang agak malas dan bersikap sambil lewa.
Saya berasa tersentuh dan terharu apabila seorang murid 4 Gemilang menghantar
SMS meminta saya mengajar kelas mereka. Saya yakin bahawa susun atur Set C
dapat membantu murid meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek Kemahiran
Hidup. Analisis keputusan lembaran kerja tajuk Tanaman Hiasan 4 Unggul
menunjukkan peratus kelulusan murid adalah tinggi berbanding pada sebelum kajian
dijalankan.
9.0 Cadangan kajian seterusnya
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-
 Menggunakan susun atur meja Set C untuk pengajaran di dalam kelas.
 Menghias meja kumpulan dengan info berguna agar pembelajaran
berkumpulan menjadi lebih seronok
 Guru boleh menyediakan satu modul penggunaan meja demonstrasi untuk
memudahkan murid melihat tunjuk cara guru.
 Menjadikan susun atur meja dan suasana bilik Kemahiran Hidup lebih
kondusif untuk murid belajar secara berkumpulan.
Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang
positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar . Semoga
hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. Akhir kata :-
Prasarana
GURU KREATIF + PELAJAR DEDIKASI KEJAYAAN
BERERTI
Kondusif
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahim Abdul Rashid,( 1996 ), Panduan Latihan Mengajar, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asas Pendidikan 1 Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah. Kamarudin Hj. Husin &
Kamarul Azhar. Longman Malaysia Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 1994.
Ee Ah Meng, ( 1989 ) Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Edisi Kedua,
Petaling Jaya, Siri Pendidikan Fajar Bakti.
Hall,C. (2000). Growing safe schools-it takes a community! University of Akron.
Henley,M. (2006). Classroom Menagement: A proactive approach. New Jersey:
Pearson Prantice Hall.
Kamarudin Hj. Husin, ( 1994 ) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa (Edisi
Baru), Siri Pendidikan Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd.
Bhd.
KBSM dan Model-model Pengajaran Bahasa. Kamarudin Hj Husin. Vinlin Press Sdn
Bhd. Kuala Lumpur . 1989.
Lemlech, J.K. (1988). Classroom management: methods and techniques for
elementary and secondry teachers (2nd edition). New York:Longman Inc.
Levin,J.& Nolan,J.F. (2004). Principle of classroom management: a professional
decision-making model. USA:Allyn&Bacon.
Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid,( 1988 ) Alat Bantu Mengajar Dalam
Pengajaran Bahasa, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia
Snd. Bhd.
Musa Mohd Hisham, (1997). Penggunaan Bahan Bantu Belajar Dalam Bahasa
Melayu, dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 3 Mac 2010
Murid dan Alam Belajar untuk PPPRP4T. Chong Lean Keow. Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd.Selangor. 2008.
Ngui Kuen Sang (1981: 35 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor,
Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa,
Petaling Jaya. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Savage,T. V. (1999). Teaching Self-Control Through Management and Discipline.
Boston:Allyn and Bacon.
Teaching Practise Conversations, Plans, Action, and Performance. Jim Murphy.
Pearson Sdn.Bhd. Singapore. 2003.
Verderber, R. F., & Verderber, K. S. (2002). Communicate! (10th ed.). USA: Clark
Baxter.
Azmi Yahya Yaccob, Definisi Kurikulum. Dilayari pada 23 Febuari 2010
http://www.scribd.com/doc/262413754/definisi-kokurikulum
Azlan Md Nor, Tesis Bertajuk Pendidikan Era Globalisasi. Dilayari pada 03 mac
2010.http://web.uthm.edu.my/ps/thesis/education/azlan%203mohdMd.%20ali
.pdf
Rozelan Mohd, Pembelajaran Masteri. Dilayari pada 23 febuari 2010
http://www.scribd.com/doc/4148111/Pembelajaran-Masteri

More Related Content

What's hot

Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamProposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamabu_ayyub
 
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Norafsah Awang Kati
 
Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)
Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)
Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)Rafiza Diy
 
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolah
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolahPerancangan aktiviti pendidikan prasekolah
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolahawin awin
 
Isu Kualiti Guru
Isu Kualiti GuruIsu Kualiti Guru
Isu Kualiti GuruRain_Ain
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)mayangmul
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4FREE FILE DOWNLOAD
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2Zauhari Hussein
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaNorliza Ahmad
 
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakanPembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakanShahid Hosey
 
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamProposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamabu_ayyub
 
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanNur Ashikin Ismahun
 
Tugasan pbs
Tugasan pbsTugasan pbs
Tugasan pbsDee Dee
 

What's hot (20)

Kajian Tindakan
Kajian TindakanKajian Tindakan
Kajian Tindakan
 
6d pbs
6d pbs6d pbs
6d pbs
 
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamProposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
 
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
 
Tesis
Tesis Tesis
Tesis
 
Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)
Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)
Peta minda 1 & 2 (komponen pengajaran dan teori huraian bahasa)
 
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolah
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolahPerancangan aktiviti pendidikan prasekolah
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolah
 
Isu Kualiti Guru
Isu Kualiti GuruIsu Kualiti Guru
Isu Kualiti Guru
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4
 
Refleksi
RefleksiRefleksi
Refleksi
 
Thesis zamatun 1
Thesis zamatun 1Thesis zamatun 1
Thesis zamatun 1
 
Modul peralihan
Modul peralihanModul peralihan
Modul peralihan
 
Refleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum finalRefleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum final
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakanPembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
 
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamProposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
 
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
 
Tugasan pbs
Tugasan pbsTugasan pbs
Tugasan pbs
 

Similar to Laporan penyelidikan tindakan ( edit )

Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
Bab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan muridBab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan muridAsyikin4996
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmamirSKKT
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmikashafiqah
 
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013mas61
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualCma Usin
 
Perbentangan tesis valerie supang ray RESPON MURID TERHADAP PERLAKSANAAN AKTI...
Perbentangan tesis valerie supang ray RESPON MURID TERHADAP PERLAKSANAAN AKTI...Perbentangan tesis valerie supang ray RESPON MURID TERHADAP PERLAKSANAAN AKTI...
Perbentangan tesis valerie supang ray RESPON MURID TERHADAP PERLAKSANAAN AKTI...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdfMUHAMADAIZATBINMDYUS
 
K01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
K01947 20180426221902 k5 pengurusan muridK01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
K01947 20180426221902 k5 pengurusan muridJANGAN TENGOK
 
Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikCp Tan
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktModul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktVijaen Cool
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporanSH Loh
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)Norabza Abdullah
 
KUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.docKUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.docwanhafshah
 
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakanguest410d715
 
Fail meja-pk-kokurikulum1
Fail meja-pk-kokurikulum1Fail meja-pk-kokurikulum1
Fail meja-pk-kokurikulum1jaykoko
 

Similar to Laporan penyelidikan tindakan ( edit ) (20)

Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Bab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan muridBab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan murid
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
 
Roslin
RoslinRoslin
Roslin
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
 
Perbentangan tesis valerie supang ray RESPON MURID TERHADAP PERLAKSANAAN AKTI...
Perbentangan tesis valerie supang ray RESPON MURID TERHADAP PERLAKSANAAN AKTI...Perbentangan tesis valerie supang ray RESPON MURID TERHADAP PERLAKSANAAN AKTI...
Perbentangan tesis valerie supang ray RESPON MURID TERHADAP PERLAKSANAAN AKTI...
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
 
Kajian tinjauan bm
Kajian tinjauan bmKajian tinjauan bm
Kajian tinjauan bm
 
Propasal cuti semester
Propasal cuti semesterPropasal cuti semester
Propasal cuti semester
 
K01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
K01947 20180426221902 k5 pengurusan muridK01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
K01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
 
Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematik
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktModul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporan
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
 
KUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.docKUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.doc
 
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
 
Fail meja-pk-kokurikulum1
Fail meja-pk-kokurikulum1Fail meja-pk-kokurikulum1
Fail meja-pk-kokurikulum1
 

More from Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikPensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Pensil Dan Pemadam
 

More from Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

Laporan penyelidikan tindakan ( edit )

  • 1. UNTUK MENGENALPASTI SAMA ADA SUSUN ATUR MEJA DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DAPAT MENINGKATKAN MINAT DAN PEMBELAJARAN BERKUMPULAN MURID MOHD AIDIL BIN OTHMAN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian (PISMP) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN SEPTEMBER 2013
  • 2. Pengesahan Penyelia “Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian (PISMP)” Tandatangan : Nama Penyelia : Tarikh :
  • 3. Halaman pengakuan “Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya” Tandatangan : Nama penulis : Tarikh
  • 4. Halaman dedikasi Untuk ibu dan ayah tersayang
  • 5. Penghargaan Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis, Dr Chan Siew Meng atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan ini. Kerjasama daripada pihak pensyarah pembimbing iaitu En Muharam Bin Gaya amatlah dihargai Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
  • 6. KANDUNGAN Muka surat ABSTRAK ABSTRACT PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGAHARGAAN SENARAI LAMPIRAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH 1.0 PENDAHALUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran 1.3 Refleksi nilai pendidikan 2.0 FOKUS KAJIAN 2.1 Isu kajian 2.2 Tinjauan literatur berkaitan dengan isu kajian 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 4.0 KUMPULAN SASARAN 5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 6.0 CARA PENGUMPULAN DATA 7.0 KEPUTUSAN KAJIAN 8.0 RUMUSAN 9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA SENARAI RUJUKAN LAMPIRAN – LAMPIRAN
  • 7. SENARAI JADUAL Jadual Muka Surat 1. Jadual 4.1 2. Jadual 7.1 3. Jadual 7.2 4. Jadual 7.3 5. Jadual 7.4 6. Jadual 7.5 7. Jadual 7.6
  • 8. SENARAI RAJAH Rajah Muka surat 1. Rajah 5.1 2. Rajah 5.2 3. Rajah 5.3 4. Rajah 5.4 5. Rajah 7.1
  • 9. SENARAI LAMPIRAN Lampiran Muka surat A. Soal selidik murid B. Maklumat murid C. Soal selidik guru D. Borang pemerhatian murid 1 & 2 E. Lembaran kerja F. Ringkasan prosedur pelaksanaan kajian G. Senarai semak murid H. Transkrip murid 1,2 & 3
  • 10. UNTUK MENGENALPASTI SAMA ADA SUSUN ATUR MEJA DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DAPAT MENINGKATKAN MINAT DAN PEMBELAJARAN BERKUMPULAN MURID ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada susun atur meja di bengkel kemahiran hidup dapat meningkatkan minat dan pembelajaran berkumpulan murid oleh murid Tahun 4 Unggul di dalam bilik Kemahiran Hidup. Seramai 21 orang murid Tahun 4 Unggul, Sekolah Kebangsaan Parit No 5, Johor dan seorang guru dalam bidang Kemahiran Hidup terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian, temubual dengan guru yang mengajar dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak berminat dengan pembelajaran semasa berada di dalam bilik Kemahiran Hidup kerana tidak selesa, penglihatan mereka tidak jelas dan pembelajaran berkumpulan kurang berbanding individu. Perancangan tindakan difokuskan untuk mengenalpasti sama ada susun atur meja di bengkel kemahiran hidup dapat meningkatkan minat dan pembelajaran berkumpulan murid. Murid telah didedahkan kepada beberapa set susunan meja iaitu Set A, Set B dan Set C serta kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 4 minggu. Keputusan pemerhatian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid dalam minat dan pembelajaran berkumpulan di dalam bilik Kemahiran Hidup. Dapatan soal selidik pula menunjukkan pelajar lebih mengingati, memahami dan seronok belajar dengan susun atur meja Set C yang lebih berkesan kepada murid dan guru.
  • 11. TO IDENTIFY WHETHER THE TABLE LAYOUT LIFE SKILLS WORKSHOP CAN IMPROVE STUDENT INTEREST AND LEARNING GROUP ABSTRACT This study was conducted to determine whether the table layout in life skills workshops to enhance students' interest and group learning by pupils in Year 4 Ideal Life Skills room. A total of 21 pupils in Year 4 Superior, National School Ditch No. 5, Johor and a teacher in the area of Life Skills involved in this study. Initial survey was conducted through observations, interviews with teachers and pre-test. The survey findings show students are not interested in learning while in the Life Skills room because of discomfort, their vision is not clear and group learning less than individuals. Focused action plans to determine whether the table layout in life skills workshops to enhance students' interest and group learning. Students were exposed to some set of table arrangement of Set A, Set B and Set C, and the study was completed in a period of 4 weeks. Results of observational studies have shown an increase in student achievement and interest in group learning Life Skills room. The findings of the questionnaire showed that more students remember, understand and fun to learn to set the table layout C is more effective to students and teachers.
  • 12. 1.0 Pendahaluan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) telah digubal atas rasional bahawa aktiviti pembelajaran dan pendidikan peringkat rendah merupakan pendidikan asas yang melibatkan tiga kemahiran, iaitu membaca, menulis dan mengira ( 3 M ) . Pendidikan peringkat rendah juga hendaklah menyeluruh dan seimbang dari segi perkembangan intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani. KBSR juga dirancangkan untuk memberi setiap murid peluang yang sama untuk mendapat kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan-amalan yang diperlukan. Murid- murid juga diberi peluang dan ruang bagi mengembangkan atau mempertajamkan bakat, minat dan daya kreatif mereka. 1.1 Pengenalan Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran yang terkandung di dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Ianya dirancang untuk membolehkan murid-murid menggunakan pelbagai alat dan bahan melalui berbagai kaedah dan teknik bagi menghasilkan sesuatu (projek) yang dirancangkan. Pengalaman yang diperolehi menjadikan murid lebih berkeyakinan, celik teknologi dan sentiasa bersedia seandainya keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu untuk kehidupan tanpa bergantung kepada individu lain.P&P dalam kemahiran hidup membolehkan murid-murid mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan. Mata
  • 13. pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membina dan membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan industri elektronik yang pesat berkembang di negara kita. Secara tidak langsung akan menimbulkan keinginan dan minat murid terhadap teknologi dalam kehidupan. Falsafah Pendidikan Negara menjurus ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek . Insan yang sedemikian akan menjadi seorang warganegara yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi sumbangan terhadap kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.Sehubungan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dibentuk sebagai kesinambungan daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dengan menitikberatkan pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, peningkatan daya intelek, penguasaan kemahiran belajar, pemupukan dan penerapan nilai, penguasaan dan penggunaan Bahasa Melayu serta kesepaduan pengalaman pembelajaran . Oleh itu, saya telah menjalankan satu kajian untuk membantu murid meningkatkan minat dan pembelajaran berkumpulan di dalam bilik Kemahiran Hdup iaitu susun atur meja demonstarasi. Susun atur meja merupakan asas dalam kajian ini dengan penambahan meja demonstrasi guru yang membolehkan semua murid melihat kaedah tunjuk cara dengan jelas. Susun atur yang sesuai dengan suasana
  • 14. pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup akan meningkatkan minat murid dan pembelajaran berkumpulan mereka. Ia juga membantu murid menguasai pembelajaran terutamanya murid yang berprestasi rendah. Selain itu, penggunaan meja demonstrasi guru juga akan meningkatkan keputusan peperiksaan murid dalam matapelajaran Kemahiran Hidup. 1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran Sewaktu menjalani praktikum saya yang lepas, saya telah mengenal pasti pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah ini, seperti, masalah emosi (5%), masalah akademik (25%), masalah sosial (10%) dan masalah salah laku ( 60%). Jumlah murid yang ramai dalam satu kelas bercampur yang mempunyai tahap kebolehan murid yang berbeza (lemah, sederhana dan cemerlang) sememangnya memberi satu masalah yang besar kepada saya dalam memastikan segala isi pengajaran yang disampaikan diterima oleh sejumlah murid yang ramai dalam satu masa serentak. Ini kerana, saya tidak dapat memfokuskan pengajaran kepada setiap peringkat kebolehan murid. Justeru itu, saya telah memfokuskan masalah yang berlaku kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup. Murid-murid mengalami masalah untuk mengingati dan memahami konsep-konsep, teori-teori mahupun setiap fungsi-fungsi komponen yang telah dijelaskan. Kegagalan murid-
  • 15. murid untuk berbuat demikian menyebabkan mereka tidak dapat menguasai sepenuhnya setiap sub topik yang mereka telah pelajari sekaligus murid-murid menunjukkan reaksi bosan ketika pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Masalah ini telah dikenal pasti ketika proses pengukuhan yang diberikan semasa di akhir pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid tidak mencapai objektif pengajaran yang diharapkan kerana terdapat sebilangan daripada mereka tidak dapat menjawab soalan pada lembaran kerja dengan tepat. Tindakan ini menunjukkan mereka tidak faham dan sekaligus memberikan kesan buruk kepada mereka kelak pada waktu peperiksaan yang akan datang. Untuk mengenalpasti murid yang bermasalah, saya akan berjumpa murid-murid tersebut untuk berbincang. Pada minggu pertama saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, masalah pertama yang dapat saya kenal pasti ialah murid kelas ini mungkin mempunyai kemahiran membaca dan menulis yang lemah. Buktinya, apabila saya meminta mereka membaca maklumat di dalam buku teks secara beramai-ramai, tidak semua murid membuka mulut untuk membaca. Kemudian, saya memanggil lima orang murid secara rawak termasuk dua orang murid yang tidak membuka mulut untuk membaca tadi. Saya meminta mereka membaca secara individu dan hasilnya saya dapati tiga orang murid pertama boleh membaca tetapi dalam keadaan kurang lancar manakala dua orang lagi lebih lemah daripada tiga orang yang pertama kerana mereka membaca dengan mengeja perkataan secara kuat. Aktiviti ini saya ulang beberapa kali untuk mengesan berapa orang murid yang boleh membaca dengan lancar dan berapa orang murid menghadapi masalah kelancaran membaca.
  • 16. Keseluruhannya, saya dapati hanya sekitar enam hingga lapan orang murid daripada 21 orang murid sahaja yang mempunyai kemahiran membaca yang lancar. Masalah yang wujud ini secara tidak langsung memberi kesan kepada saya untuk merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan murid-murid kelas ini. Selain itu, saya juga mendapati bahawa murid kelas ini juga mungkin mempunyai masalah menulis jawapan pada lembaran kerja. Apabila saya mengedarkan lembaran kerja bertulis kepada setiap murid, terdapat beberapa orang murid mengambil masa yang lama untuk menulis jawapan. Pada peringkat awal, saya menyangkakan murid-murid ini tidak menulis jawapan kerana mereka tidak tahu jawapan yang betul. Namun, apabila saya membacakan soalan pada lembaran kerja tersebut, murid-murid ini boleh menyatakan jawapan yang betul secara lisan. Lalu, saya meminta mereka menulis jawapan yang disebutkan tadi di atas lembaran kerja tetapi mereka meyoal saya semula seperti; “Cikgu, nak tulis kat mana?”, “Cikgu, macam mana nak tulis?” dan “Cikgu, macam mana nak eja perkataan ni?”. Berdasarkan pemerhatian dan sesi soal jawab yang dijalankan, saya dapati murid-murid ini sebenarnya boleh menulis tetapi mereka kurang mahir membaca dan mengeja perkataan. Oleh itu, mereka menghadapi masalah menulis jawapan pada lembaran kerja. Malahan, saya juga dapati bahawa murid-murid ini tidak suka membaca soalan. Oleh yang demikian, mereka tidak tahu apa kehendak soalan dan kesan daripada masalah kelancaran membaca dan mengeja tersebut menyebabkan mereka tidak dapat menulis jawapan yang mereka ketahui. Hal inilah yang
  • 17. menyebabkan mereka mengambil masa yang lama untuk melengkapkan lembaran kerja bertulis yang diberi. Seterusnya, murid kelas ini juga mempunyai masalah dalam kawalan disiplin diri. Mereka suka bermain, menganggu rakan disebelah, berbual, berdiri dan berjalan ke tempat lain ketika proses pengajaran sedang berjalan. Walau bagaimanapun, tidak semua murid yang berperangai demikian dan hal ini berlaku mungkin kerana saya meletakkan hasil pembelajaran yang sedikit dalam satu-satu proses pengajaran. Oleh itu, murid berprestasi tinggi dan sederhana boleh mencapai hasil pembelajaran dengan mudah manakala murid berprestasi rendah pula memerlukan masa yang lama untuk mencapai hasil pembelajaran dan memerlukan bimbingan yang lebih secara individu. Apabila saya memberikan bimbingan yang lebih kepada murid berprestasi rendah ini, saya dapati murid berprestasi tinggi dan sederhana yang telah menguasai menyelesaikan tugasan menunjukkan reaksi muka bosan dan mula menimbulkan masalah di dalam kelas dengan mengganggu murid lain. Saya cuba mengatasi masalah ini dengan menggunakan khidmat murid berprestasi tinggi dan sederhana ini sebagai rakan pembimbing kepada murid berprestasi rendah. Hasilnya, keadaan kelas lebih terkawal dan murid-murid menunjukkan reaksi positif iaitu menunjukkan minat untuk belajar. Akan tetapi, pelaksanaan cara ini telah menyebabkan saya menggunakan masa yang panjang pada fasa penstrukturan semula idea. Tambahan pula, majoriti daripada murid ini mempunyai masalah menulis jawapan pada lembaran kerja, maka saya perlu
  • 18. menjalankan sesi soal jawab secara lisan untuk mengenal pasti sama ada murid- murid ini telah menguasai hasil pembelajaran atau tidak. Melalui sesi temubual, saya akan cuba mengenalpasti dan mencari punca kepada pembawaan masalah itu. Pada masa yang sama, saya juga menggunakan kaedah pemerhatian. Saya akan membuat kajian tindakan berkaitan susunan meja di dalam bengkel Kemahiran Hidup ke atas murid Sekolah Kebangsaan Parit No 5, Muar, Johor iaitu sebuah sekolah di daerah Muar. Saya telah memilih darjah 4 Unggul yang seramai 21 orang sebagai sampel kajian saya. Isu yang hendak dikaji ialah kebekersanan pengajaran dan pembelajaran jika susunan meja di bengkel Kemahiran Hidup diubah. Pemerhatian di lakukan semasa kelas Kemahiran Hidup berlangsung. Di dapati bahawa pelajar di dalam kelas tersebut tidak memberi perhatian sepenuhnya terhadap mata pelajaran tersebut dan tidak dapat menguasai objektif dengan baik. Setelah tamat waktu pembelajaran, kami telah bersemuka dengan guru mata pelajaran tersebut dan bertanyakan tentang pencapaian akademik Kemahiran Hidup bagi kelas berkenaan. Selain itu, kami juga meminta rekod pencapaian seperti ujian bulanan peperiksaan setengah tahun. Berdasarkan rekod yang di perolehi, didapati bahawa pencapaian pelajaran Kemahiran Hidup kelas 4 Unggul amat tidak memuaskan. Oleh itu, untuk menaikkan prestasi pelajar kami merangka satu pelan tindakan yang bernama ‘Meja Demonstrasi’ supaya murid 4 Unggul meminati untuk belajar matapelajaran Kemahiran Hidup iaitu dengan menarik minat pelajar untuk
  • 19. menguasai kemahiran-kemahiran dalam elektrik, kayu, logam, pertanian, jahitan dan perniagaan. Selama lapan minggu berpratikum, saya cuba mempelbagaikan kaedah pengajaran saya seperti menjalankan demontrasi, menunjukkan video, simulasi lakonan dan sebagainya namun masih ada murid yang gagal memberi tumpuan sepenuhnya semasa saya mengajar. Saya dapat mengesan murid kurang memberi perhatian apabila saya melaksanakan aktiviti penilaian. Murid yang dipilih secara rawak di bahagian hadapan bengkel dapat menjawab soalan penilaian tersebut tetapi murid yang berada di bahagian belakang adalah sebaliknya. Jika perkara ini tidak diperbetulkan, nescaya terdapat lebih ramai murid akan tercicir dalam subjek Kemahiran Hidup ini. Kemerosotan pencapaian sekolah akan memberi impak yang besar kepada sekolah walaupun ada sesetengah pihak berpendapat subjek Kemahiran Hidup tidak penting kerana tidak dimasukkan di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). 1.3 Refleksi nilai pendidikan Perlukah saya mengulang semula apa yang telah saya ajar kepada mereka? Adakah cara saya mengajar selama ini tidak membantu minat dan pembelajaran berkumpulan murid tersebut terutama yang berada di bahagian belakang? Apakah
  • 20. yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan peratus pencapaian mereka? Apabila saya cuba membincangkan perkara ini dengan guru-guru sekolah, ada guru yang berpendapat bahawa kedudukan murid tersebut banyak mempengaruhi pencapaian mereka. Justeru itu, tindakan yang terbaik bagi saya ialah merombak dan membuat satu pelan tindakan yang boleh diguna pakai dalam membantu murid mencapai kecermelangan dalam subjek Kemahiran Hidup. Saya telah membuat keputusan akan membuat satu kajian berkaitan kedudukan murid mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran lalu memberi impak positif dalam pencapaian keputusan peperiksaan mereka. Justeru, isu ini saya kaji berlandaskan kepada nilai-nilai pendidikan yang berhubung dengan proses pembelajaran berkumpulan seseorang murid seperti Teori Pembelajaran Bruner. Sebagaimana yang sedia maklum, kaedah pembelajaran Kemahiran Hidup adalah melalui pendekatan tunjuk cara di mana menguasai sesuatu kemahiran adalah asas yang penting. Menurut Bruner (Noriati A. Rashid, 2009), pembelajaran konsep melalui penemuan merujuk kepada bagaimana kita membezakan dan mengkategorikan benda atau perkara yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Apabila murid dapat membuat pengkategorian dan membezakan sesuatu perkara ia bererti murid dapat memahami konsep yang dipelajari. Malahan, pembelajaran penemuan ini menyediakan ruang untuk murid membina pengetahuan kerana ia melibatkan proses kognitif. Selain itu, proses inkuiri yang terdapat dalam pembelajaran penemuan juga melibatkan situasi penyelesaian masalah yang akan dilalui sendiri oleh murid. Apabila murid terlibat sendiri di dalam sesuatu proses
  • 21. pembelajaran maka murid akan lebih memahami dan mengingati isi pembelajaran tersebut. Kekeliruan wujud apabila murid tidak memahami maklumat yang ingin disampaikan itu dengan sepenuhnya. Kemudian, apabila murid kurang memahaminya dan murid membuat andaian sendiri maka akan berlakulah kekeliruan. Saya juga ingin berpegang kepada Teori Pembelajaran Konstruktivisme (Noriati A. Rashid, 2009), yang memberi penekanan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasikan pengetahuan. Menurut Piaget yang merupakan tokoh konstruktivisme yang terkenal dengan teori perkembangan kognitif dan bagaimana manusia membina pengetahuan, proses pembinaan pengetahuan berlaku mengikut peringkat. Ia bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif kemudian maklumat baru akan diserap masuk atau disesuaikan dalam struktur kognitif melalui proses adaptasi. Melalui proses adaptasi iaitu asimilasi dan akomodasi, maklumat dalam struktur kognitif akan sentiasa diorganisasikan untuk disimpan dan digunakan apabila perlu. Oleh itu, penyusunan meja yang mengikut tahap perkembangan murid dalam sesuatu matapelajaran merupakan salah satu daripada teori yang diperkenalkan oleh Piaget.Apabila saya berpegang kepada teori ini semasa menjalankan penyelidikan, saya dapat membantu meningkatkan pemahaman serta kemahiran murid dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup.
  • 22. Oleh yang demikian, saya melaksanakan penyelidikan ini berlandaskan kepada Teori Pembelajaran Bruner dan Teori Pembelajaran Konstruktivisme. Saya percaya bahawa nilai-nilai pendidikan tersebut dapat dijadikan rujukan penyelidikan untuk saya menghasilkan satu intervensi yang boleh membantu murid meningkatkan minat dan pembelajaran secara berkumpulan. Saya juga percaya bahawa penguasaan kemahiran amat penting kepada murid bagi memudahkan proses pembelajaran murid itu sendiri sama ada pada peringkat sekolah rendah atau pun di peringkat yang lebih tinggi kelak. 2.0 Fokus kajian Fokus kajian dilakukan adalah untuk mengenalpasti samaada susun atur meja di dalam bilik Kemahiran Hidup dapat meningkatkan minat dan pembelajaran berkumpulan murid. Fokus utama kajian ini ialah melihat minat dan pembelajaran murid. 2.1 Isu kajian Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana murid bagi kelas 4 Unggul mendapat keputusan ujian Kemahiran Hidup yang sederhana. Semua guru Kemahiran Hidup boleh melaksanakan kajian ini kerana ianya sesuai untuk setiap kelas tahap 2. Jika tidak, ini akan memberi impak yang negatif terhadap pelajar dan
  • 23. sekolah itu sendiri. Apabila kajian ini dibuat secara rasionalnya dapat membantu pihak sekolah dalam membendung masalah ini agar semua pihak terlibat agar sedar betapa pentingnya peningkatan pencapaian murid menguasai Kemahiran Hidup. Kajian melibatkan seramai 21 orang pelajar Tahun 4 Unggul di Sekolah Kebangsaan Parit No 5, Jalan yusof, Semerah, Muar. 2.2 Kebolehpentadbiran kajian Selepas sesi pengajaran berakhir, guru akan menyemak lembaran kerja yang dilakukan oleh murid dan guru mengisi borang pemarkahan mengenai tahap kefahaman murid-murid terhadap pengajaran dan peratusan murid yang dapat menjawab dengan tepat. Guru di dalam bilik Kemahiran Hidup akan menyusun semula meja dan kerusi supaya kedudukannya lebih teratur dan sistematik. Penyusunan meja dan kerusi ini bertujuan untuk melihat perubahan murid. Kedudukan meja bertujuan memberi keselesaan guru bergerak bebas di sekeliling bengkel. Selain itu, murid akan merasakan dirinya sentiasa diberi perhatian apabila guru sentiasa bergerak menuju kearahnya. Kesannya ialah murid tidak akan bersembang, bermain-main dan mengantuk semasa guru mengajar di hadapan.
  • 24. 2.3 Kepentingan kajian Sepanjang pengajaran saya yang lepas, banyak masalah salah laku dan masalah pembelajaran yang diperhatikan melalui tindak tanduk murid-murid. Diantaranya ialah kelas bising, murid suka bermain, murid cepat bosan,murid tidak dapat menguasai sesuatu pembelajaran, murid tidak mencapai objektif pengajaran dan murid-murid kurang berminat untuk belajar. Masalah yang paling katara ialah mengenai murid-murid yang tidak dapat menguasai sesuatu pembelajaran atau tidak faham dan akan mengakibatkan murid-murid cepat bosan dengan sesuatu pengajaran yang disampaikan. Masalah ini di perhatikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup. Walaupun subjek ini dilihat lebih kepada pengajaran melibatkan amali, namun begitu penyampaian teori-teori dan juga konsep-konsep tidak diabaikan. Penguasaan teori dan konsep tersebut menjadi kayu ukur untuk guru-guru untuk menilai tahap kefahaman murid-murid tehadap sesuatu pengajaran yang telah di sampaikan dan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap kali soalan diajukan kepada murid-murid, mereka tidak dapat menjawabnya dengan tepat dan memuaskan. Begitu juga ketika menjawab soalan pada lembaran kerja. Lain pula semasa pembelajaran,murid-murid menunjukan reaksi bosan dan kurang berminat kepada pengajaran yang disampaikan. Sehubungan dengan masalah tersebut, saya berpendapat bahawa ia perlu diambil serius dan segera mengambil langkah mengatasinya. Jika tidak diatasi, masalah ini akan berterusan sampai bila-
  • 25. bila. Kesan tidak langsung daripada masalah tersebut ialah prestasi murid akan merosot dari semasa ke semasa dan mengganggu tahap pencapaian semasa ujian dan peperiksaan. 2.4 Kesahan kajian Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti. Menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual, pemerhatian dan dokumen dalam usaha pengkaji untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat atau data, penggunaan teknik triangulasi itu sendiri telah dapat memperkukuhkan kesahan kajian. Penggunaan teknik triangulasi (soal selidik, temu bual dan pemerhatian) yang digunakan secara serentak dalam sesuatu kajian hendaklah dibuat dalam bentuk equivalent form (kriteria dan konstruk item yang sama dalam pelbagai jenis instrumen). Penggunaan teknik triangulasi seperti pungutan data-data yang diperoleh melalui sumber dokumen bukan sahaja boleh menyokong dan menambahkan bukti daripada pelbagai sumber lain, tetapi juga menolong mengesahkan maklumat yang didapati daripada temu bual dan pemerhatian. Kesahan dalam kajian berbentuk
  • 26. kualitatif (penggunaan temu bual, pemerhatian dan dokumen sebagai instrumentasi) tidak hanya tertumpu kepada hasil kajian tetapi keseluruhan proses penyelidikan. Tujuan membuat kesahan instrumen adalah bagi menjamin keesahan item-item (instrumen) agar bersifat;  Defensibility (dapat dipertahankan– hasil kajiannya tepat dan berguna)  Accuracy (ketepatan–menjawab persoalan kajian)  Appropriatetness (kesesuaian– relevan dengan tujuan kajian)  Meaningfulness (bererti – memberi makna terhadap data melalui skor)  Usefulness (kebolehgunaan – mampu membuat keputusan berhubung dengan apa yang cuba dicari atau dihasilkan kerana keputusan dari penilaian tersebut boleh menyediakan maklumat yang bermakna mengenai tajuk dan pembolehubah yang hendak diukur untuk menginferenkan data kajian). 2.5 Kebolehgunaan kajian Rasional utama kajian ini dijalankan adalah kerana Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran yang paling penting. Ini adalah kerana Kemahiran Hidup merupakan pembelajaran mengenai kemahiran yang boleh di aplikasikan oleh murid dalam kehidupan harian mereka. Ia akan diaplikasikan apabila pelajar tamat alam persekolahan. Sekiranya murid sudah menguasai kemahiran ini pada peringkat pengajian maka dengan secara tidak langsung memudahkan pelajar tersebut untuk mendapatkan pekerjaan memandangkan semua syarikat swasta mahupun kerajaan memerlukan pekerja yang mahir dan mempunyai kemahiran yang tersendiri.
  • 27. 2.6 Kawalan kajian Saya akan memfokuskan kajian kami kepada fokus murid semasa penerangan guru dan tindakan murid di dalam kelas Kemahiran hidup agar murid faham pengajaran dan pembelajaran guru. Ini kerana kebanyakan pelajar tidak dapat fokus dalam kelas sekaligus menyebabkan murid berasa bosan untuk mempelajari Kemahiran Hidup. Secara langsung akan memberi kesan pada markah peperiksaan Kemahiran Hidup. Walaupun saya dapat mengesan pelbagai masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, saya hanya akan fokuskan kajian saya terhadap susunan meja murid semasa berada di dalam bengkel. Kedudukan meja sebelum ini tidak ditentukan, mereka duduk mengikut kumpulan yang ditentukan oleh mereka sendiri dan hanya duduk dalam kumpulan jantina yang sama saja. Kesannya, murid yang lemah duduk di bahagian belakang tidak mendapat input yang diberikan oleh guru sepenuhnya. Antara masalah-masalah yang dikenal pasti selepas pemerhatian dibuat ialah murid di yang duduk di meja belakang tidak boleh fokus kerana jarak yang agak jauh dengan guru. Murid di belakang tidak dapat melihat dengan jelas langkah demontrasi guru apabila melibatkan kerja projek. Murid hanya duduk dalam kumpulan jantina yang sama sahaja. Kesannya ialah kebolehan dalam menjalankan amali tidak sama. Murid lelaki yang lebih mahir tidak membantu murid perempuan yang kurang mahir. Contohnya dalam amali pertukangan, murid perempuan tidak
  • 28. dibantu oleh murid lelaki memandangkan murid lelaki berada di dalam kumpulan lain. Murid yang berada di kedudukan hadapan lebih aktif menjawab soalan dibandingkan dengan murid yang berada di meja belakang. Murid yang mempunyai tahap pencapaian yang rendah berasa mengantuk dan bosan semasa guru mengajar kerana murid tersebut duduk di meja belakang dan menganggap guru tidak mempedulikannya. 2.7 Kolaborasi kajian Berdasarkan temubual saya dengan cikgu Kemahiran Hidup, terdapat dua fenomena yang memberikan sumbangan kepada gred pencapaian pelajar yang sederhana. Pertama, guru hanya mengajar untuk mereka lulus peperiksaan semata- mata tetapi tidak dari aspek menanam minat pelajar untuk meminati Kemahiran Hidup. Kedua, disebabkan susunan meja di dalam bengkel Kemahiran Hidup tidak sesuai dan menyukarkan murid untuk memberikan fokus semasa guru sedang mengajar di hadapan. 2.8 Releven kepada sekolah Sekolah Kebangsaan Parit No 5 ini merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di Johor merupakan antara sekolah yang berada di luar bandar. Berdasarkan rekod pencapaian mata pelajaran Kemahiran Hidup di salah sebuah kelas di sekolah
  • 29. berkenaan, didapati bahawa tahap pencapaian mata pelajaran tersebut adalah sederhana. Ramai murid yang gagal menguasai beberapa kemahiran dalam projek kemahiran hidup. Mereka tidak menyedari kepentingan Kemhiran Hidup merupakan mata pelajaran yang amat penting bukan sahaja di sekolah malah ia penting selepas alam persekolahan dan ia perlu diaplikasikan di dalam setiap aspek termasuk semasa di peringkat pengajian tinggi. Dengan menyusun semula meja bengkel Kemahiran Hidup dengan kedudukan yang lebih baik. Saya berpendapat bahawa masalah tersebut dapat diselesaikan. Keputusan pencapaian murid juga dapat ditingkatkan dengan baik sekali. 2.9 Tinjauan literatur berkaitan isu kajian Objektif kajian Mengikut pandangan Sharifah Alwiyah Alsagoff , tokoh Falsafah Pendidikan dan Pedadogi Bahasa Melayu, (1986) tiada suatu kaedah penyusunan meja dan kerusi murid yang tetap. Hal ini bermakna tiada suatu susunan fizikal sebuah bilik darjah yang khusus untuk seorang guru patuhi. Namun, seorang guru perlu sentiasa peka dan memahami iklim bilik darjah kelas mereka bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan berjalan dengan lancar. Pengurusan fizikal bilik darjah yang kondusif dapat membawa kepada interaksi iaitu penyampaian dan pemindahan ilmu yang baik, dapat menyesuaikan
  • 30. aktiviti yang dijalankan dengan pembelajaran, menjimatkan masa pelaksanaan aktiviti, serta dapat menyimpan bahan rujukan dan bahan bantu belajar dengan baik. Perlu diingatkan bahawa seorang murid akan mencontohi sikap gurunya bak kata pepatah guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Justeru, guru hendaklah mengurus persekitaran bilik darjah dengan sebaiknya. Sikap ini akan menanam nilai murni tersebut dalam diri murid-muridnya kelak. Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), persekitaran fizikal bilik darjah yang baik dapat meningkatkan kuasa pengajaran guru. Iklim bilik darjah yang baik ini dapat menyumbang kepada pembelajaran yang berkesan, kawalan kelas yang terjamin, perhubungan guru-murid yang aktif, dan menjamin keseronokan untuk belajar. Beliau juga menekankan aspek pengurusan bilik darjah yang kondusif melibatkan tugas seorang guru untuk menyusun organisasi kelas, menyusun tempat duduk murid-murid dan menyusun alat-alat bantu mengajar. Oleh itu aspek-aspek yang terlibat dalam penyediaan fizikal sebuah bilik darjah harus ditekankan. Antaranya adalah seperti wujudnya guru, sekumpulan pelajar, dan kemudahan- kemudahan seperti meja, kerusi, papan tulis, alat bantu mengajar, papan kenyataan, dan sudut pembelajaran murid perlulah ditekankan. Penyusunan meja murid secara berkumpulan seperti mana yang dinyatakan oleh Kamarudin Hj. Husin dalam bukunya Asas Pendidikan 1, Terbitan Longman Malaysia. Mengikut Gibb (1969) pula, pembelajaran berkumpulan bermaksud penukaran maklumat, kepakaran, dan keperluan dalam kalangan ahli kumpulan.
  • 31. Sumbangan daripada setiap ahli kumpulan adalah matlamat utama dalam pembelajaran berkumpulan sejajar dengan pendapat Jim Murphy dalam bukunya Teaching Practise Conversations. Beliau menyatakan bahawa salah satu kaedah untuk mengekalkan tumpuan murid adalah dengan membahagikan murid kepada pasangan dan kumpulan kecil. Mengikut Kamarudin Hj Husin dalam bukunya KBSM dan Model-model Pengajaran Bahasa, pembelajaran berkumpulan dalam kelas KBSR adalah berdasarkan pencapaian, kebolehan (ability grouping), dan juga berdasarkan minat dan tujuan sesuatu kumpulan itu didirikan. Bagi kumpulan yang meletakkan murid- murid yang berpencapaian tinggi dalam akademik, pembelajaran secara kumpulan dapat meningkatkan lagi kemahiran kognitif mereka kerana mereka telah didedahkan dengan bahan pengajaran yang lebih mendalam dan tinggi. Sementara bagi kumpulan yang mempunyai murid-murid yang berpencapaian rendah, bahan pengajaran mereka akan disesuaikan oleh guru mengikut tahap kognitif mereka. Jadi, mereka dapat membentuk konsep diri kerana tidak terjejas dengan pertandingan bersama murid- murid yang lebih baik dalam bidang akademik. Oleh itu, meja dan kerusi murid hendaklah disusun mengikut kumpulan-kumpulan kecil mengikut kesesuaian guru setelah membuat penilaian terhadap prestasi dan kebolehan mereka. Menurut buku ‘Asas Pendidikan 1 Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah’ menyatakan bahawa aspek psikososial iaitu persekitaran bilik darjah memainkan peranan penting dalam memupuk minat murid supaya terus belajar. Jika kedudukan
  • 32. bakul sampah berada di situ, besar kemungkinan akan terdapat sekumpulan murid yang tidak selesa dengan bau dan keadaan sampah yang berlonggokan. Oleh itu, sudah pastilah murid tersebut tidak dapat belajar dengan tekun. Justeru, kedudukan bakul sampah perlu diubah ke bahagian belakang kelas. Mengikut Jim Murphy pula, aspek kebersihan seperti penghiasan kelas dapat menyediakan keadaan pembelajaran yang selesa kepada murid-murid di samping membudayakan mereka dengan amalan kebersihan. Sebagai kesimpulan, seorang guru sewajarnya mempertimbangkan faktor-faktor pengurusan fizikal bilik darjah yang meliputi ruang kelas, prosedur dan rutin, aktiviti dan sudut pembelajaran, serta pergerakan dan perjalanan bilik darjah tersebut. 3.0 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada susun atur meja di bengkel Kemahiran Hidup dapat meningkatkan minat dan pembelajaran berkumpulan murid. Selain daripada itu, kajian ini juga dilakukan bertujuan untuk:  Meningkatkan pembelajaran secara berkumpulan murid di bengkel Kemahiran hidup  Meningkatkan minat murid untuk datang awal ke kelas Kemahiran Hidup  Menggalakkan pembelajaran berkumpulan murid di dalam dan di luar kelas Kemahiran Hidup.
  • 33. 3.1 Soalan Kajian  Sejauh manakah susunan meja di dalam bilik Kemahiran Hidup dapat meningkatkan minat murid-murid untuk subjek Kemahiran Hidup?  Mengapakah murid-murid sukar untuk mengusai sesuatu tajuk berkaitan teori dan konsep untuk subjek Kemahiran Hidup?  Apakah punca murid-murid cepat bosan dan kurang berminat dengan topik- topik berkaitan teori dan konsep untuk subjek Kemahiran Hidup?  Tahukan murid-murid mengenai pentingnya mengusai sesuatu tajuk pembelajaran secara berkumpulan? 4.0 Kumpulan sasaran Kajian ini akan melibatkan seramai 21 orang pelajar Tahun 4 Unggul di Sekolah Kebangsaan Parit No 5, Jalan yusof, Semerah, Muar. Jadual 4.1 : kumpulan sasaran kajian Kelas (Tahap 2) Bilangan Murid 21 Orang Murid Lelaki 12 Orang Murid Perempuan 9 Orang Jawatan Ketua = Ummair Yamani
  • 34. Penolong = Al Nur Rozalinda Pengawas sekolah = Amirul Asyraf Pengawas pusat sumber = Nani Prestasi Akademik Terdiri daripada 4 murid cemerlang 11 murid sederhana dan 6 murid lemah Umur 10 Tahun. Kumpulan sasaran kajian saya terdiri daripada murid-murid kelas Tahun 4 Unggul. Kelas ini mempunyai 21 orang murid di mana lapan orang daripadanya ialah murid perempuan dan selebihnya ialah murid lelaki. Saya memilih 100% orang murid jumlah keseluruhan kelas tersebut sebagai kumpulan sasaran kajian. Kumpulan sasaran ini dipilih berdasarkan kepada tahap pencapaian akademik hasil daripada pelaksanaan ujian terkini bagi subjek Kemahiran Hidup sahaja. Semua murid dalam kumpulan sasaran terdiri daripada bangsa Melayu dan berumur dalam lingkungan 10 tahun. Taraf hidup keluarga kumpulan sasaran saya adalah sederhana kerana ayah mereka kebanyakannya bekerja sebagai peladang kelapa sawit, peniaga atau pekebun manakala ibu mereka tidak bekerja. Semua responden ini merupakan murid-murid yang mendapat markah ujian antara 40% hingga 70% iaitu di dalam gred B dan C. Berdasarkan kepada markah ujian tersebut, tiga orang daripada sebelas orang responden mendapat gred B
  • 35. manakala selebihnya mendapat gred C. Kesemua responden juga merupakan murid- murid yang berprestasi sederhana di dalam kelas. Walau bagaimanapun, mereka ini telah menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira dan itu juga merupakan salah satu faktor mereka dipilih untuk menjadi kumpulan sasaran kajian. Pun begitu, terdapat tiga orang responden daripada kumpulan sasaran menghadapi masalah kelancaran membaca dan mengeja yang sekaligus mempunyai masalah dalam kemahiran menulis. Namun, saya mengambil mereka menjadi responden kajian juga kerana saya ingin melihat kesan intervensi ini terhadap murid yang mempunyai masalah 3M. Kemudian, seorang daripada murid lelaki kelas ini pula mempunyai daya ingatan yang baik dan boleh mengulang semula ayat yang saya gunakan pada pembelajaran lepas. Malahan, beliau juga sering menggunakan nada suara yang kuat apabila bercakap di dalam kelas. Sikapnya itu, sudah diketahui oleh semua warga sekolah ini. Sikap beliau tersebut telah menjadi pencetus jenaka bagi murid-murid kelas ini. Walaupun sikapnya begitu, murid tersebut tetap berminat untuk belajar dan boleh mencapai semua hasil pembelajaran yang saya tetapkan bagi setiap proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, terdapat tiga orang murid di dalam kelas ini yang suka berangan di dalam kelas. Salah seorang daripada mereka tersebut walaupun kelihatan seperti sedang berangan tetapi masih boleh menjawab soalan saya dengan baik apabila disoal secara tiba-tiba. Hal ini berbeza dengan dua orang murid yang lain itu.
  • 36. 5.0 Tindakan yang dijalankan Kajian yang saya jalankan ini tertumpu kepada isu untuk meningkatkan minat dan pembelajaran berkumpulan murid di dalam bilik Kemahiran Hidup. Penyelidikan isu kajian ini telah dijalankan berpandukan kepada model penyelidikan tindakan Kurt Lewin (1946), dalam (Rosinah Edinin, 2012), yang terdiri daripada empat langkah dan dimulakan dengan langkah perancangan. Di dalam langkah ini, penyelidik merancang pelan tindakan setelah mengenal pasti aspek amalan yang perlu ditambah baik. Kemudian, penyelidik bergerak ke langkah tindakan atau implementasi di mana pelaksanaan tindakan yang dirancang dilaksanakan. Seterusnya, penyelidik mengumpul kesemua data berkaitan dengan tindakan yang telah dilaksanakan tersebut dan diakhiri dengan proses penghasilan refleksi. Di dalam refleksi, penyelidik perlu menilai pelaksanaan tindakan yang dijalankan dan diikuti dengan proses mengenal pasti keberkesanan tindakan berdasarkan kepada data-data yang telah dikumpulkan. Sekiranya perlu, lingkaran proses penyelidikan ini boleh diulang semula.
  • 37. 5.1 Prosedur Tindakan LANGKAH 1( mengumpul data murid) Sebelum kajian dijalankan, saya telah mengumpul beberapa data penting yang diperlukan untuk bahan kajian saya seperti markah ujian bulanan yang lepas, buku latihan murid dan rekod prestasi murid. Saya akan mengedarkan soal selidik kepada murid-murid mengenai minat dan pembelajaran berkumpulan murid untuk sesuatu matapelajaran Kemahiran Hidup (rujuk lampiran A), maklumat murid (rujuk lampiran B) dan soal selidik di kalangan guru-guru ( rujuk lampiran C). Saya telah membahagikan murid kelas ini kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan sasaran yang terdiri daripada 21 orang murid. Kumpulan terdiri daripada empat meja kumpulan mengikut susun atur meja Set A. Sebelum memulakan kajian, saya memberikan tugas kepada kumpulan iaitu latihan menyalin nota dan menjawab soalan latihan. Ini bertujuan untuk melihat perbezaan tahap pencapaian murid setelah saya mengajar kelas tersebut . LANGKAH 2.(membuat pemerhatian terhadap pelajar) Saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa tehadap kelas yang di jadikan bahan kajian saya. Semasa pengajaran saya telah
  • 38. memerhatikan murid-murid mengenai tahap tumpuan mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Mengenalpasti murid yang bermasalah (tidak menumpukan perhatian) dan mengisi borang pemerhatian murid (rujuk lampiran D). Memberi soalan (lembaran kerja) berkaitan pembelajaran semasa langkah penilaian pembelajaran. Mengenalpasti tahap keberkesanan murid semasa melihat tunjuk cara guru. Mengenalpasti tahap pembelajaran secara berkumpulan murid di dalam bilik Kemahiran Hidup. Setiap murid dalam kumpulan mendapat satu saoalan lembaran kerja. Ini bertujuan untuk menyediakan peluang yang lebih besar kepada setiap murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, proses pelaksanaan kajian bagi fasa penghafalan dilakukan secara berkumpulan kerana saya ingin menerapkan pembelajaran secara berkumpulan dan tolong menolong antara satu sama lain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik Kemahiran Hidup. Dengan cara ini, proses pembelajaran juga berlaku dengan lebih cepat kerana murid bersaing antara satu sama lain. Selepas sesi pengajaran berakhir, saya telah menyemak lembaran kerja yang dilakukan oleh murid dan guru mengisi borang pemarkahan mengenai tahap kefahaman murid-murid terhadap pengajaran dan peratusan murid yang dapat menjawab dengan tepat.
  • 39. LANGKAH 3.( melaksanakan kaedah) Untuk menjalankan kajian ini, set susun atur meja perlu dihasilkan. Proses menghasilkan set susun atur ini mudah kerana ia boleh dihasilkan sendiri secara manual dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Setiap set susun atur terdiri daripada meja kumpulan, meja demonstrasi dan meja guru seperti di lampiran E. Saya telah susun atur yang kondusif dan selesa kerana ia mampu mengaktifkan otak atau minda manusia yang melihatnya. Setiap set susun atur meja pula mempunyai kedudukan meja demonstrasi yang berlainan. Kedudukan murid di dalam kumpulan juga diubah bagi memastikan pembelajaran berkumpulan dapat berlaku dengan baik. Pada masa yang sama, murid dapat melihat kaedah tunjuk cara yang dilakukan guru di meja demonstrasi. Sekali lagi sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan kepada murid-murid. Pada sesi pengajaran kali ini,saya akan mengubah susunan meja di bilik Kemahiran Hidup kepada Set A, Set B dan Set C. Saya telah mengaplikasikan kaedah ini secara maksimum semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Semasa sesi pengajaran, saya telah memerhatikan murid-murid mengenai tahap tumpuan mereka tehadap proses pengajaran dan pembelajaran. Saya telah mengenalpasti bilangan murid yang masih tidak memberi penumpuan dan mengisi borang pemerhatian murid (rujuk lampiran D) serta memberi soalan (lembaran kerja) berkaitan pembelajaran semasa langkah penilaian pembelajaran.
  • 40. Langkah seterusnya dalam menjalankan kajian. Saya telah menyusun semula meja dan kerusi supaya kedudukannya lebih teratur dan sistematik dengan menggunakan susun atur Set B. Penyusunan meja dan kerusi ini bertujuan untuk melihat perubahan murid. Kedudukan meja bertujuan memberi keselesaan guru bergerak bebas di sekeliling bengkel. Selain itu, murid akan merasakan dirinya sentiasa diberi perhatian apabila guru sentiasa bergerak menuju kearahnya. Kesannya ialah murid tidak akan bersembang, bermain-main dan mengantuk semasa guru mengajar di hadapan. Setiap kumpulan diberi masa selama sepuluh minit untuk menyiapkan lembaran kerja setelah saya selesai menerangkan mengenai tajuk pengajaran pada hari itu tetapi terdapat murid yang lemah untuk mengingat maka saya memberi masa tambahan selama lima minit kepada mereka yang gagal mengingat dalam tempoh masa yang diberi. Ini adalah kerana saya mahukan semua responden boleh membuat lembaran kerja dan belajar secara berkumpulan di meja kumpulan mereka. Saya menggunakan borang soal selidik seperti di lampiran A untuk merekodkan dan memastikan semua responden telah berjaya tahu perubahan yang berlaku setelah susun atur meja bilik Kemahiran Hidup di ubah.. Untuk langkah kedua, pada sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya saya telah mengubah kedudukan meja kepada Set C. Susun atur meja pada kali ni sama dengan sebelumnya tetapi di tambah penggunaan meja demonstrasi untuk guru sebagai tambahan kepada murid untuk lebih jelas melihat tunjuk cara oleh guru.
  • 41. Ruang antara meja juga lebih selesa dan memudahkan murid dan guru untuk bergerak melakukan kerja-kerja amali di dalam bilik Kemahiran Hidup. Setelah memberikan lembaran kerja kepada murid saya telah mengambil semula untuk di analisis bagi setiap set susun atur meja. Selepas membuat soalan berdasarkan lembaran kerja, saya akan menguji tahap pembelajaran berkumpulan murid dengan memberikan latihan dalam bentuk amali. Projek amali yang telah dilaksanakan ialah amali reka bentuk menggunakan penyedut minuman. Setiap kumpulan akan diminta untuk menghasilkan satu reka bentuk menggunakan penyedut minuman yang telah diberikan kepada setiap kumpulan. Kriteria pemarkahan ialah berdasarkan kreativiti projek, hiasan projek, ketahanan projek dan kerjasama di dalam kumpulan. Amali ini dilakukan selama 50 minit dan setiap kumpulan berjaya menyiapkannya. Semasa sesi amali ini saya telah dapat melihat tahap pembelajaran berkumpulan bagi setiap kumpulan. Langkah ini diteruskan dengan tindakan seterusnya di mana pada proses pengajaran dan pembelajaran berikutnya, setiap murid dalam kumpulan diberi lembaran kerja 2 (ujian) seperti di lampiran E. Kumpulan sasaran diberi masa sepuluh hingga lima belas minit untuk menjawab lembaran kerja 2 yang mempunyai dua set soalan secara individu. Setelah lima minit masa menjawab berlalu, dua orang murid yang kelihatan mempunyai masalah untuk menjawab saya akan minta rakan pada kumpulan mereka untuk membantu. Kemudian, kumpulan sasaran dan guru membincangkan jawapan bersama. Jawapan kumpulan sasaran dianalisis menggunakan borang soal selidik seperti di lampiran 1 kemudian perbandingan
  • 42. dilakukan untuk melihat bilangan murid yang menjawab soalan dengan tepat dan tidak tepat bagi setiap elemen yang diuji. LANGKAH 4 Selepas selesai sesi kajian terhadap subjek (murid), saya telah mengumpul semua data-data dan menyusun data-data tersebut dalam bentuk jadual yang senang untuk di analisis. Saya akan memastikan segala data dan pembolehubah- pembolehubah yang diperlukan mencukupi dan mengikut spesifikasi yang diperlukan. Prosedur pelaksanaan kajian ini diringkaskan seperti di lampiran F dan gambar rajah di bawah merupakan ringkasan kepada keseluruhan proses pelaksanaan kajian ini menggunakan model Kurt Lewin:
  • 43. Sumber : Diadaptasi daripada (Rosinah, 2012) Rajah 5.1. Kitaran Model Penyelidikan Tindakan Isu Kajian (1) Merancang Tindakan 1. Mengenal pasti Isu Kajian :  Kesukaran murid memahami pengajaran dan pembelajaran semasa berada di bilik Kemahiran Hidup.  Murid kurang selesa dan tidak nampak dengan jelas guru di hadapan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.  Murid tidak minat terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup dan pembelajaran berkumpulan.  Murid kurang berminat untuk melakukan pembelajaran secara berkumpulan. 2. Menjalankan tinjauan masalah menggunakan instrumen berikut: • Pemerhatian • Temu bual • Soal selidik (4) Menulis Refleksi  Kekuatan dan aspek penambahbaikan tindakan kajian dinilai. (2) Melaksanakan Tindakan Intervensi  Kaedah set susun atur meja Set A, Set B dan Set C (3) Melakukan Pemerhatian  Pemerhatian  Soal selidik –lembaran kerja pertama dan kedua serta ketiga  Temu bual
  • 44. Instrumen Kajian Set A Kabinetsimpanabarang Rajah 5.2 : Kedudukan meja susun atur Set A 3 2 4 1 Meja Guru Papan putih Kabinetsimpanabarang Rujukan : 1 = kumpulan lemah 2 = kumpulan sederhana 3 = kumpulan cemerlang 4 = kumpulan cemerlang
  • 45. Rajah 5.3 : Kedudukan meja susun atur Set B Set B Rujukan : 1 = kumpulan lemah 2 = kumpulan sederhana 3 = kumpulan cemerlang 4 = kumpulan cemerlang 4 1 Meja Guru 3 2 Papan putih Kabinetsimpanabarang Kabinetsimpanabarang Meja Demontrasi
  • 46. Set C 4 1 Meja Guru 3 2 Papan putih Kabinetsimpanabarang Kabinetsimpanabarang Meja Demontrasi Meja demontrasi Rajah 5.4 : Kedudukan meja susun atur Set C Rujukan : 1 = kumpulan lemah 2 = kumpulan sederhana 3 = kumpulan cemerlang 4 = kumpulan cemerlang
  • 47. 6.0 Cara pengumpulan data Pengumpulan data dilakukan selepas implementasi kaedah kajian dilaksanakan. Tiga jenis instrumen telah dipilih untuk mengumpulkan data kajian. Data-data yang dikumpul berbentuk data kualitatif dan instrumen pengumpulan data yang digunakan ialah pemerhatian menggunakan senarai semak dan nota lapangan, analisis dokumen berdasarkan lembaran kerja pertama (latihan) dan lembaran kerja kedua (ujian) yang dijalankan beserta dengan soal selidik dan temu bual yang melibatkan kumpulan sasaran kajian. Bagi mengumpul segala maklumat dan data yang diperlukan, saya telah menggunakan kaedah cara mengumpul data borang soal selidik, temubual, dan pemerhatian yang telah diperolehi:- i. Mengedarkan borang soal selidik mengenai keberkesanan pembelajaran berkumpulan dan minat murid terhadap subjek Kemahiran Hidup. ii. Membuat temubual bersama guru kemahiran Hidup mengenai minat dan pembelajaran murid secara berkumpulan. iii. Merekodkan markah ujian bulanan murid dalam subjek Kemahiran Hidup. iv. membuat pemerhatian mengenai penumpuan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. v. Merekod markah untuk setiap lembaran kerja yang diberikan sebelum dan selepas tindakan di jalankan kepada murid.
  • 48. 6.1 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan murid kurang memberi respons kepada soalan yang diajukan. Sebagaimana kebiasaannya, murid perempuan yang lebih bersedia dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya murid lelaki kurang bersungguh dan kurang mengambil bahagian di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Reaksi atau respon murid dicatatkan dalam nota lapangan oleh pengkaji. Selain itu, kaedah pemerhatian menggunakan nota lapangan juga digunakan untuk mengumpul data berkaitan dengan minat murid dalam menjawab soalan. Reaksi ini boleh wujud dalam bentuk verbal dan juga bukan verbal. Contoh reaksi bentuk verbal adalah seperti respon lisan dan nada suara manakala contoh reaksi bukan verbal ialah seperti mimik muka dan posisi tubuh . 6.2 Ujian Pengesanan Ujian pengesanan diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana minat dan pembelajaran berkumpulan mereka terhadap subjek Kemahiran Hidup. Item Ujian pengesanan merupakan item lembaran kerja topik yang telah di ajar oleh guru Kemahiran Hidup iaitu Tanaman Hiasan. Selepas saya
  • 49. menyemak jawapan murid, saya tidak memulangkan kertas jawapan murid dan tidak membincangkan jawapannya, sebaliknya saya telah memperkenalkan set susun atur meja yang berlainan di dalam bilik Kemahiran Hidup dan 5 hari selepas itu saya telah memberikan lembaran kerja menggunakan set soalan yang sama dengan Ujian Pra. Selepas itu saya menukar semula susun atur meja di dalam bilik Kemahiran Hidup dan memberikan soalan lembaran kerja kepada murid. Akhir sekali saya menukar susun atur meja untuk Set yang terakhir dan memberikan lembaran kerja kepada murid. 6.3 Soal selidik Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas murid berkenaan susun atur meja dan pembelajaran berkumpulan murid semasa berada di dalam kelas Kemahiran Hidup. Saya juga telah mengedarkan borang soal selidik kepada guru yang mengajar Kemahiran Hidup untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai set susun atur meja yang saya perkenalkan.
  • 50. 6.4 Temu Bual Temu bual yang dijalankan ialah separa berstruktur maka soalan temu bual telah disediakan terlebih dahulu sebelum temu bual dijalankan. Semasa temu bual dijalankan, terdapat beberapa soalan ditambah mengikut keperluan. Ini kerana ada masanya soalan yang disediakan terlebih awal tersebut kurang difahami oleh kumpulan sasaran maka soalan tersebut perlu dipermudahkan agar murid yang di temu bual boleh memberikan respon dengan lebih baik. Temu bual ini telah dijalankan di dalam bilik darjah sewaktu murid rehat. Kaedah temu bual yang digunakan ialah temu bual bersemuka dan instrumen temu bual dipilih kerana ia mempunyai ciri kebolehtadbiran yang tinggi. Tambahan pula, soalan yang ditanya ialah soalan terbuka maka jawapan yang diberikan murid tidak tertutup dan mencapah. Temu bual yang dijalankan ini direkodkan agar tiada maklumat yang tertinggal atau tercicir. Hasil temu bual ditranskripkan, dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk naratif. Sebanyak tiga orang murid daripada kumpulan sasaran dipilih untuk menjalani proses temu bual ini. Tiga orang murid berkenaan dipilih berdasarkan kepada prestasi penguasaan kemahiran setelah menjalani proses kajian dan menjawab soalan lembaran kerja kedua (ujian). Daripada keseluruhan murid di dalam kumpulan sasaran, seorang murid dipilih bagi mewakili setiap tahap prestasi penguasaan kemahiran iaitu berprestasi rendah, sederhana dan
  • 51. tinggi. Ia bertujuan untuk meningkatkan aspek kebolehpercayaan dan kesahan temu bual yang dijalankan. Daripada temu bual yang dijalankan, dua maklumat utama yang dikumpulkan iaitu pertama berkaitan dengan minat murid terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup. Data diukur berdasarkan kefasihan atau kelancaran responden untuk menyatakan semula formula jawapan bagi soalan yang akan ditanya kepada mereka. Manakala maklumat yang kedua ialah berkaitan dengan keberkesanan pembelajaran secara berkumpulan murid di dalam kumpulan mereka. Data dianalisis daripada transkrip temu bual berdasarkan tema-tema yang telah ditetapkan oleh pengkaji terlebih dahulu. Hal ini adalah kerana temu bual ini dijalankan secara separa berstruktur, maka pengkaji sudah mengetahui apakah maklumat yang diingini berdasarkan temu bual yang dijalankan. Oleh itu, pengkaji hanya mencatatkan kod atau respon yang wujud dalam temu bual jika ada berdasarkan tema-tema yang telah ditetapkan. Secara keseluruhan, proses pelaksanaan kaedah pengumpulan data yang dijalankan ini menekankan aspek triangulasi yang merujuk kepada penggunaan beberapa kaedah atau instrumen semasa mengumpul data dengan tujuan untuk meningkatkan kesahan data. Pada masa yang sama, ia juga bertujuan untuk
  • 52. mengurangkan bias semasa data dikumpulkan. Oleh kerana itu, jenis triangulasi yang saya gunakan ialah triangulasi data di mana data diperolehi daripada pelbagai sumber berdasarkan kepada tiga instrumen pengumpulan data yang dijelaskan. 7.0 Keputusan/analisis data dan interpretasi Data yang telah saya analisis ialah data daripada hasil pemerhatian kumpulan sasaran, temubual beberapa tiga orang responden, ujian pengesanan tahap pencapaian murid dan soal selidik murid serta beberapa orang guru matapelajaran lain. 7.1 Analisis pemerhatian Berdasarkan pemerhatian menggunakan senarai semak seperti di lampiran D, ia menunjukkan bahawa pada peringkat awal, kumpulan sasaran kelihatan agak terkejut dengan aktiviti susun atur meja yang dijalankan. Terdapat tiga orang murid lelaki daripada kumpulan sasaran mula merungut dan menyatakan bahawa mereka tidak boleh belajar secara berkumpulan. Mereka cuba memberikan respon negatif seperti duduk bersandar sambil memeluk tubuh. Walau bagaimanapun, pengkaji berjaya memotivasikan mereka dan mereka mula fokus dan melibatkan diri dengan aktif apabila melihat rakan-rakan lain belajar secara berkumpulan bersama.
  • 53. Apabila tempoh masa pengajaran dan pembelajaran tamat, murid diuji oleh pengkaji secara individu. Nama murid yang berjaya menjawab kesemua elemen yang ditetapkan ditanda pada senarai semak yang disediakan seperti di lampiran G. Secara keseluruhannya, terdapat empat orang murid lelaki dari kumpulan sasaran yang sukar menghafal dan mengambil masa yang panjang untuk menghafal. Walau bagaimanapun, setelah diberi masa tambahan dan dibantu oleh rakan murid yang lain, mereka berjaya menjawab elemen-elemen yang terdapat pada lembaran kerja. Hasil daripada pemerhatian menggunakan senarai semak ia menunjukkan bahawa semua murid di dalam kumpulan sasaran berjaya melepasi menjawab lembaran kerja ini. Pemerhatian kedua yang dijalankan adalah menggunakan nota lapangan seperti di lampiran D1 dan D2. Pemerhatian beserta dengan nota lapangan ini digunakan untuk melihat tahap atau peningkatan minat murid dan pembelajaran berkumpulan murid untuk menjawab soalan lembaran kerja. Berdasarkan Abdul Rahman Abdul Aziz (2000), minat murid dapat diukur melalui beberapa aspek seperti posisi tubuh, gerak-geri badan, nada suara dan riak wajah. Berdasarkan kepada pemerhatian menggunakan nota lapangan yang telah dijalankan, reaksi yang telah ditunjukkan oleh kumpulan sasaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu kumpulan sasaran berminat untuk menjawab soalan penyiasatan dan kumpulan sasaran tidak berminat untuk menjawab soalan penyiasatan. Jadual di bawah menyenaraikan reaksi-reaksi yang telah ditunjukkan oleh kumpulan sasaran.
  • 54. Jadual 7.1: Reaksi kumpulan sasaran pada pemerhatian kali pertama Reaksi berminat untuk menjawab soalan penyiasatan Reaksi tidak berminat untuk menjawab soalan penyiasatan Mengangguk-anggukkan kepala. Mengerutkan dahi. Mengajukan soalan positif : a) “Cikgu, dah siap, yang sebelah ni kena jawab ek?” b) “Cikgu, dah siap. Cikgu, saya jawab soalan ni boleh (merujuk kepada soalan set ketiga)?” Bermain pensel dan pemadam. Responden mula menjawab soalan lembaran kerja yang berikutnya dengan cepat tanpa perlu disuruh. Mengajukan soalan negatif : a) “Cikgu, macam mana nak jawab ni?” b) “Cikgu, nak jawab macam tadi ek?” Responden bersungguh-sungguh menjawab soalan. Menulis jawapan dengan tekun. Tersenyum-senyum sambil menulis jawapan.
  • 55. Bersungguh-sungguh untuk menulis jawapan pada lembaran kerja. Mereka juga berbincang antara satu sama lain untuk membandingkan jawapan. Berdasarkan kepada pemerhatian pertama yang dilaksanakan, terdapat lapan reaksi yang menunjukkan kumpulan sasaran berminat untuk menjawab soalan penyiasatan dan tiga reaksi yang menunjukkan kumpulan sasaran tidak berminat untuk menjawab soalan penyiasatan. Jadual di sebelah pula menyenaraikan reaksi yang ditunjukkan oleh kumpulan sasaran pada pemerhatian kali kedua.
  • 56. Jadual 7.2 : Reaksi kumpulan sasaran pada pemerhatian kali kedua Reaksi berminat untuk menjawab soalan penyiasatan Sebaik sahaja lembaran kerja diedarkan dan arahan diberikan, kumpulan sasaran terus menjawab soalan tanpa mengurut. Masing-masing kelihatan fokus membaca soalan dan mencari jawapan. Responden mempunyai masalah untuk menjawab soalan penyiasatan tetapi mereka tidak berputus asa dan mencari cara lain untuk menjawab soalan. Memberikan tumpuan pada lembaran kerja masing-masing. Ada yang tekun menulis jawapan pada lembaran kerja dan ada yang berfikir sambil memegang kepala. Semua ruang jawapan telah diisi oleh kumpulan sasaran. Berdasarkan pemerhatian kali kedua tersebut, terdapat enam reaksi yang menunjukkan kumpulan sasaran berminat untuk menjawab soalan penyiasatan. Bagi pemerhatian kali kedua ini, tiada reaksi yang menunjukkan responden tidak berminat untuk menjawab soalan penyiasatan.
  • 57. Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru secara lisan. Mereka menjawab dengan suara yang lantang dan tidak lagi menundukkan muka apabila guru menyoal. Murid berjaya mengesan dan membetulkan kesalahan yang sengaja dibuat oleh guru untuk menguji kefahaman dan ingatan pelajar. Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan kerana semua murid telah tahu untuk belajar secara berkumpulan. Aktiviti tunjuk cara oleh guru lebih mudah difahami dan diperhatikan oleh semua murid apabila terdapatnya meja demonstarasi khas di dalam bilik Kemahiran Hidup. Pembelajaran berkumpulan menjadi lebih seronok dan berkesan kepada semua tahap murid jika murid itu sendiri faham pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan oleh guru. Murid –murid telah kurang untuk melakukan kesalahan tingkah laku di dalam bilik Kemahiran Hidup seperti berbual dengan kawan, membuat bising dan selalu ke tandas. Murid yang lemah telah dapat bersaing dengan murid yang sederhana di dalam kelas setelah pembelajaran berkumpulan di amalkan di dalam bilik Kemahiran Hidup. 7.2 Analisis Ujian Pengesanan Hasil daripada data analisis dokumen, jawapan kumpulan sasaran dianalisis mengikut set susun atur meja di dalam bilik Kemahiran Hidup. Untuk lembaran kerja latihan, set A, set B dan Set C sahaja yang dianalisis. Analisis data bagi lembaran kerja latihan dan lembaran kerja ujian adalah seperti di lampiran J1 dan J2. Berikut
  • 58. merupakan ringkasan analisis data yang difokuskan kepada dua elemen utama soalan penyiasatan yang menjadi fokus kajian iaitu minat dan pembelajaran secara berkumpulan murid. Perbandingan pencapaian pelajar dalam pengesanan adalah seperti berikut : Jadual 7.3 : Bilangan responden mengikut gred markah Dapatan Ujian Pra, Set A, Set B dan Set C menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian murid. Walaupun masih terdapat murid yang gagal tetapi tiada seorang pun murid yang mendapat sifar berbanding dengan Ujian Pra di mana 5 orang murid telah mendapat sifar. Ujian pra ialah ujian sebelum berlakunya Gred & Kedudukan meja Bilangan Responden Pra Set A Set B Set C A B C D E Tidak Hadir 0 2 10 4 2 3 1 12 3 3 1 1 3 15 2 1 0 0 4 17 0 0 0 0
  • 59. sebarang tindakan kajian terhadap murid. Tujuan ujian ini ialah untuk melihat hasil pembelajaran murid semasa guru mereka mengajar di dalam kelas. Murid kelas 4 Unggul ini merupakan kelas kedua dan kebanyakkan muridnya berada dalam ketegori sederhana. Hasil ujian ini membolehkan saya untuk melihat perubahan pencapaian murid setelah susun atur meja di dalam bilik Kemahiran Hidup ditukar. Semasa lembaran kerja diberikan untuk kelas yang seterusnya, susun atur meja telah ditukar kepada Set A. Hasilnya seorang responden mendapat gred markah A dan dua belas orang responden mendapat gred B. Tiga orang mendapat gred C dan gred D namun seorang responden telah gagal dalam ujian lembaran kerja dan seorang responden tidak hadir semasa lembaran kerja diberikan. Pada hari seterusnya sesi pengajaran dan pengajaran adalah sama namun susun atur meja telah ditukar kepada Set B. Hasilnya tiga orang responden mendapat gred markah A dan lima belas orang responden mendapat gred B. Dua orang mendapat gred C dan seorang gred D. Namun pada kali ini tiada responden yang tidak hadir semasa kelas Kemahiran Hidup bermula. Susun atur meja Set C merupakan ujian lembaran kerja yang terakhir bagi kajian saya. Hasilnya empat orang responden mendapat gred markah A dan tujuh belas orang responden mendapat gred B. Hanya seorang responden mendapat gred C semasa hasil daripada lembaran kerja. Namun pada kali ini tiada responden yang tidak hadir semasa kelas Kemahiran Hidup bermula. Jadual 7.4 di bawah pula menunjukkan perbandingan peratus jumlah gred markah bagi set soalan lembaran kerja setiap susun atur meja yang telah dijalankan.
  • 60. Jadual 7.4 : Perbandingan peratus jumlah gred markah bagi lembaran kerja yang dilaksanakan. Susun atur meja di dalam Bilik Kemahiran Hidup Gred markah Jumlah peratusan markah gred (%) Set A A 5 % B 60 % C 15 % D 15 % E 5 % Set B A 14.3 % B 71.4 % C 9.5 % D 4.8 % E 0 % Set C A 19 % B 81 % C 0 % D 0 % E 0 %
  • 61. Perbandingan dibuat dengan lebih jelas dalam bentuk peratus antara data set soalan lembaran kerja dan set susun atur meja di dalam bilik Kemahiran Hidup. Gred markah A bagi ujian pada lembaran kerja meningkat dari 5% set A kepada 14.3% pada set B dan akhirnya menjadi 19% pada set C. Manakala bagi gred markah B pula meningkat dari 60% pada set A kepada 71.4% pada set B dan akhirnya menjadi 81% pada set C. Gred markah bagi C pula menurun dari 15% pada set A kepada 9.5% pada set B dan 0% pada set C. Bagi gred markah D dari 15% pada set A kepada 4.8% pada set B dan 0% pada set C. Akhir sekali ialah gred markah E iaitu gagal pada gred A dari 5% kepada 0% pada set B dan Set C. Perbandingan data tersebut dijelaskan dengan lebih ringkas kepada bentuk graf seperti di dalam rajah di bawah. Rajah 7.1: Graf jumlah gred markah (%) bagi soalan lembaran kerja untuk setiap susun atur meja yang dilakukan. 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 Set a Set B Set C Gred A Gred B Gred C Gred D Gred E Set soalan : Markah gred peratusan lembaran kerja (%)
  • 62. 7.3 Analisis Soal Selidik Murid telah memberikan respons positif manakala guru-guru telah memberikan komen yang membina. Berikut adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh pelajar :- Skala Likert : 1 - ya 2 - tidak 3 - tidak pasti Beberapa contoh komen yang telah diberi oleh guru – guru pula adalah seperti berikut: Guru Pendidikan Seni :- Satu pendekatan yang menarik dalam meningkatkan minat dan pembelajaran berkumpulan murid kerana susun atur meja terancang dan sesuai untuk pembelajaran secara berkumpulan. Guru Bahasa Inggeris :  Satu teknik susun atur meja yang kondusif.  Penggunaan meja demonstrasi sesuai dan berkesan untuk pembelajaran.  Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan berkesan.
  • 63. Guru Sains Susun atur meja ini dapat menambah ingatan dan minat murid di samping dapat melihat secara menyeluruh dan mengetahui tahap pembelajaran berkumpulan murid di dalam kelas 4 Unggul. Jadual 7.5 : Bilangan analisis soal selidik terhadap responden Skala Ya Tidak Tidak pasti Item Bilangan murid 1. Adakah anda meminati mata pelajaran Kemahiran Hidup? 2. Adakah anda meminati pembelajaran secara amali? 3. Adakah penggunaan BBM dapat menarik minat anda dalam subjek ini? 4. Adakah susunan meja yang digunakan guru dapat membantu anda untuk memahami isi pembelajaran? 5. Adakah jenis susunan meja set C yang dapat membantu anda memahami sesuatu isi pembelajaran? 6. Adakah anda mengetahui mengenai lembaran kerja? 7. Adakah anda selalu diberikan lembaran kerja semasa sesi pembelajaran? 8. Adakah anda menghadapi masalah untuk 19 15 18 5 21 17 1 4 2 10 0 2 1 2 1 6 0 2
  • 64. menyiapkan tugasan pada lembaran kerja? 9. Adakah penggunaan BBM oleh guru dapat membantu anda menyelesaikan lembaran kerja tersebut? 10. Adakah perasaan anda gembira sekiranya dapat menjawab soalan pada lembaran kerja dengan cepat dan betul? 11. Adakah anda menghadapi masalah untuk menyiapkan tugasan pada lembaran kerja dalam pembelajaran berkumpulan? 12. Adakah pengajaran secara berkumpulan oleh guru dapat membantu anda menyelesaikan lembaran kerja tersebut? 13. Adakah perasaan anda tidak selesa sekiranya dapat duduk dalam susunan meja yang lama di dalam bilik Kemahiran Hidup? 14. Adakah anda menghadapi masalah jika pembelajaran berkumpulan tidak dilaksanakan di dalam bilik Kemahiran Hidup? 10 20 5 21 12 20 21 21 10 1 10 0 0 0 0 0 1 0 6 0 7 1 0 0
  • 65. 7.4 Analisis data Temu Bual Transkrip temu bual untuk ketiga-tiga murid yang dipilih daripada kumpulan sasaran adalah seperti di lampiran H1 hingga H3. Berdasarkan kepada temu bual yang telah dijalankan, antara reaksi yang telah ditunjukkan oleh tiga orang murid yang ditemu bual adalah seperti menganggukkan kepala, tidak berpeluk tubuh, bercakap dengan nada suara yang tinggi, tersenyum dan ketawa. Berdasarkan kepada Abdul Rahman Abdul Aziz (2000), reaksi-reaksi yang telah ditunjukkan oleh murid semasa ditemu bual tersebut merupakan ciri-ciri minat yang boleh diukur. Selain daripada reaksi murid, jawapan murid semasa ditemu bual juga menunjukkan bahawa murid sudah mempunyai peningkatan minat untuk menjawab soalan berbentuk penyiasatan. Berikut merupakan analisis data temu bual berdasarkan transkrip yang dipecahkan kepada tiga tema iaitu murid suka akan kaedah set susun atur meja, kaedah susun atur meja membantu meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup juga kaedah set susun atur meja dapat meningkatkan pembelajaran berkumpulan murid.
  • 66. Jadual 7.6 : Analisis data temu bual Tema Respon verbal Kod Bilangan Kaedah set C susun atur meja. Suka. (S) = suka 3 Tidak suka. (TS) = tidak suka 0 kaedah susun atur meja membantu meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup Boleh menyatakan minat dengan amat baik. (AB) = amat baik 1 Boleh menyatakan minat dengan sederhana baik. (SB) = sederhana baik 2 Tidak boleh menyatakan minat. (TB) = tidak boleh 0 kaedah set susun atur Berminat untuk menjawab soalan (B) = berminat 3
  • 67. meja dapat meningkatkan pembelajaran berkumpulan murid secara berkumpulan Kurang berminat untuk menjawab soalan secara berumpulan. (KB) = kurang berminat 0 Tidak berminat untuk menjawab secara berkumpulan (TBM) = tidak berminat 0 Merujuk kepada jadual 8.3 di atas, didapati bahawa ketiga-tiga responden yang ditemu bual memberikan respon suka akan pengaplikasian kaedah set C susun atur meja di bilik Kemahiran Hidup. Kemudian, seorang daripada responden yang ditemu bual boleh menyatakan minat terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup manakala dua orang yang lain menyatakan minat dengan sederhana baik. Seterusnya, ketiga- tiga responden juga memberikan respon berminat untuk menjawab soalan secara berkumpulan.
  • 68. 8.0 Rumusan/refleksi selepas dapatan Pencapaian murid dalam Ujian Pra, Set A, Set B dan Set C menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Kebolehan murid untuk memahami pengajaran guru dan pembelajaran secara berkumpulan meningkat setelah susun atur meja di dalam bilik Kemahiran Hidup di ubah. 10 daripada 21 orang murid 4 Unggul mempunyai tahap penguasaan yang rendah berbanding yang lain. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa susun atur meja Set C banyak membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan minat terhadap apa yang dipelajari disamping menjadikan suasana P&P lebih ceria dan menyeronokkan dengan pembelajaran secara berkumpulan. Masih terdapat murid yang gagal dalam set A dan Set B kerana pada hari saya memperkenalkan susun atur meja ada seramai 10 orang murid tidak hadir ke sekolah kerana hujan lebat. Selain daripada itu ada 4 orang murid 4 Unggul yang kerap tidak hadir ke sekolah dan mereka yang tidak hadir inilah yang gagal dalam Ujian Set B. Saya sepatutnya menerangkan dan mempastikan bahawa mereka harus mengamalkan pembelajaran secara berkumpulan bukan hanya sekadar mengarahkan mereka menyalin dari rakan-rakan. Saya juga sepatutnya harus lebih bertegas terhadap segelintir murid lelaki yang agak malas dan bersikap sambil lewa. Saya berasa tersentuh dan terharu apabila seorang murid 4 Gemilang menghantar SMS meminta saya mengajar kelas mereka. Saya yakin bahawa susun atur Set C dapat membantu murid meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek Kemahiran Hidup. Analisis keputusan lembaran kerja tajuk Tanaman Hiasan 4 Unggul
  • 69. menunjukkan peratus kelulusan murid adalah tinggi berbanding pada sebelum kajian dijalankan. 9.0 Cadangan kajian seterusnya Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-  Menggunakan susun atur meja Set C untuk pengajaran di dalam kelas.  Menghias meja kumpulan dengan info berguna agar pembelajaran berkumpulan menjadi lebih seronok  Guru boleh menyediakan satu modul penggunaan meja demonstrasi untuk memudahkan murid melihat tunjuk cara guru.  Menjadikan susun atur meja dan suasana bilik Kemahiran Hidup lebih kondusif untuk murid belajar secara berkumpulan. Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar . Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. Akhir kata :-
  • 70. Prasarana GURU KREATIF + PELAJAR DEDIKASI KEJAYAAN BERERTI Kondusif
  • 71. BIBLIOGRAFI Abdul Rahim Abdul Rashid,( 1996 ), Panduan Latihan Mengajar, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Asas Pendidikan 1 Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah. Kamarudin Hj. Husin & Kamarul Azhar. Longman Malaysia Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 1994. Ee Ah Meng, ( 1989 ) Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Edisi Kedua, Petaling Jaya, Siri Pendidikan Fajar Bakti. Hall,C. (2000). Growing safe schools-it takes a community! University of Akron. Henley,M. (2006). Classroom Menagement: A proactive approach. New Jersey: Pearson Prantice Hall. Kamarudin Hj. Husin, ( 1994 ) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa (Edisi Baru), Siri Pendidikan Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd. Bhd. KBSM dan Model-model Pengajaran Bahasa. Kamarudin Hj Husin. Vinlin Press Sdn Bhd. Kuala Lumpur . 1989. Lemlech, J.K. (1988). Classroom management: methods and techniques for elementary and secondry teachers (2nd edition). New York:Longman Inc.
  • 72. Levin,J.& Nolan,J.F. (2004). Principle of classroom management: a professional decision-making model. USA:Allyn&Bacon. Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid,( 1988 ) Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd. Bhd. Musa Mohd Hisham, (1997). Penggunaan Bahan Bantu Belajar Dalam Bahasa Melayu, dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 3 Mac 2010 Murid dan Alam Belajar untuk PPPRP4T. Chong Lean Keow. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.Selangor. 2008. Ngui Kuen Sang (1981: 35 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Sdn. Bhd. Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, Petaling Jaya. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Savage,T. V. (1999). Teaching Self-Control Through Management and Discipline. Boston:Allyn and Bacon. Teaching Practise Conversations, Plans, Action, and Performance. Jim Murphy. Pearson Sdn.Bhd. Singapore. 2003.
  • 73. Verderber, R. F., & Verderber, K. S. (2002). Communicate! (10th ed.). USA: Clark Baxter. Azmi Yahya Yaccob, Definisi Kurikulum. Dilayari pada 23 Febuari 2010 http://www.scribd.com/doc/262413754/definisi-kokurikulum Azlan Md Nor, Tesis Bertajuk Pendidikan Era Globalisasi. Dilayari pada 03 mac 2010.http://web.uthm.edu.my/ps/thesis/education/azlan%203mohdMd.%20ali .pdf Rozelan Mohd, Pembelajaran Masteri. Dilayari pada 23 febuari 2010 http://www.scribd.com/doc/4148111/Pembelajaran-Masteri