Kajian tindakan

6,660 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
6,660
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
356
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kajian tindakan

  1. 1. KPD 3026 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN II KUMPULAN B LAPORAN KAJIAN TINDAKANNAMA : DESMOND BAOK ANAK BUDANO MATRIK : D20091034633PENSYARAH : EN. OMAR HISHAM BIN MOHD BAHARIN 0
  2. 2. ISI KANDUNGAN Bil Perkara Muka surat 1. Penghargaan 2 2. Pengenalan Tajuk kajian Nama penyelidik 3 Nama sekolah Abstrak 3. Refleksi pengajaran lalu - kelemahan 4-5 4. Isu keprihatinan 5 5. Objektif kajian: Objektif am 6 Objektif khas 6. Metodologi kajian 7-9 7. Pelaksanaan kajian 10 - 18 8. Cadangan kajian seterusnya 19 9. Bibliografi 20 10 Lampiran 21 - 22 1
  3. 3. PENGHARGAAN Setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat ilahi kerana dengan keberkatannya sayaberjaya menyiapkan laporan kajian tindakan ini dengan jayanya dalam tempoh masayang telah ditetapkan. Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada pensyarah subjek KPD3026Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran IIEncik Omar Hisham bin Mohd Baharin di atas kesudiaan beliau membantu saya sertarakan- rakan yang lain sepanjang proses menyiapkan laporan kajian tindakan ini.Tanpabimbingan dan tunjuk ajar beliau, proses menyiapkan laporan kajian tindakan iniakanmengambil masa yang lama. Tidak dilupakan juga kepada pihak Universiti yang telahmenyediakan segala kemudahan dan fasiliti yang mencukupi dalam menjayakan kajiantindakan ini. Walaupun secara tidak langsung, rasa terima kasih juga saya ucapkan kepadaibu bapa di kampung yang telah membantu dari segi kewangan dan juga setiapdorongan yang mereka berikan kepada saya. Tanpa mereka, saya tidak dapat membelisegal peralatanyang diperlukan untuk menyiapkan tugasan pada kali ini.Pelbagai ilmubaru telah saya perolehi sepanjang menyempurnakan laporan kajian tindakanini.Tambahan pula, ianya juga sebagai persediaan untuk saya mengajar dengan lebihbaik pada masa akan datang dengan mengetahui setiap kelemahan saya sewaktupengajaran mikro ini. Tidak dilupakan juga kepada kawan-kawan di atas segala pertolongan dantunjuk ajar kalian selama ini.Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada anda semua. 2
  4. 4. PENGENALAN Pada semester ini, saya telah mengambil kursus KPD 3026 PengajaranTeknologi dan Penaksiran II yang berjumlah 6 jam nilai kredit. Kursus ini memerlukansaya untuk melakukan pengajaran mikro. Oleh itu, saya perlu mengkaji tentangkelemahan yang ada semasa saya melakukan pengajaran mikro tersebut terhadaprakan- rakan satu kursus di dalam kumpulan yang sama. Kelemahan yang ada padapengajaran mikro yang pertama itu perlu saya perbaiki bagi tujuan penambahbaikanuntuk pengajaran mikro kali kedua.TAJUK KAJIAN : Penggunaan kaedah perkaitan dan bahan bantú mengajar di dalam proses pengajaran bagi menarik minat dan seterusnya membangkitkan rasa ingin tahu pelajar dalam mata pelajaran sains pertanian.NAMA PENYELIDIK :Desmond Baok Anak BudaNAMA SEKOLAH : Universiti Pendidikan Sultan Idris. ABSTRAK. Kajian tindakan ini dijalankan ke atas pelajar semester 6 yang mengambiljurusan sains pertanian dan yang sedang mengikuti kursus KPD3026 Pengajaran,Teknologi dan Penaksiran II. Seramai 20 orang respondan terlibat di dalammelaksanakan proses kajian ini. Tujuan utama kajian tindakan ini dijalankan adalahbagi mengaplikasikan kaedah perkaitan dan bahan bantu mengajar di dalam prosespengajaran bagi menarik minat dan seterusnya membangkitkan rasa ingin tahu pelajardi dalam mata pelajaran sains pertanian. Kajian ini juga dijalankan bagi mengetahui respon dan tumpuan para pelajar didalam kelas semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Melaluirespondan para pelajar di dalam senarai semak yang telah diedarkan, maka kelemahanyang ada akan diperbaiki semasa proses pengajaran kali yang kedua. 3
  5. 5. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN LALUKelemahan. Berdasarkan analisis borang soal selidik yang telah saya edarkan semasamenjalankan mikro pengajaran, saya dapati bahawa saya lemah dalam menggunkanteknik yang menyeronokkan di dalam proses pengajaran. Hal ini menyebabkanpengajaran yang saya lakukan pada hari tersebut menjahdi tidak menarik dan tahapmotivasi para pelajar berada di paras yang rendah. Saya juga kurang menyelitkanunsur-unsur lawak di dalam pengajaran membuatkan para pelajar menjadi bosanmendengar dan memberi perhatian semasa saya tengah mengajar. Selain itu, pergerakan badan atau body language saya juga lemah pada ketikaitu.Ini kerana pergerakan saya hanya tertumpu di bahagian hadapan kelassahaja.Perkara seperti ini membuatkan saya seakan-akan tidak mengambil perhatianterhadap para pelajar yang duduk di bahagian belakang. Para pelajar yang tidak diberiperhatian sepenuhnya mudah hilang semangat untuk belajar dan perkara seperti iniboleh merencatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan yang seterusnya adalah saya lemah dalam membangkitkan rasaingin tahu pelajar di dalam kelas pada hari tersebut.Disebabkan perkara ini,penglibatan para pelajar kurang semasa saya tengah menjalankan proses mikropengajaran. Fokus sebenar pengajaran yang dijalankan pada hari tersebut juga tidaksepenuhnya sebaliknya saya lebih membiarkan para pelajar menjana idea sendiritanpa bimbingan dan galakan yang sepatutnya. Antara kelemahan lain yang terdapat pada sesi pengajaran mikro saya adalahpersediaan yang saya buat memang tidak memenuhi kriteria penilaian yang hendakdibuat. Di samping rasa gugup dan kurang yakin merencatkan sedikit suasanapengajaran pada hari tersebut.Kejelasan suara juga tidak begitumemuaskan.Walaupun tidak begitu menarik, pengajaran yang saya lakukan berjalandengan lancar dan tiada masalah yang tidak diingini berlaku. Selain Itu juga, saya terlupa untuk memberi tahu para pelajar tentang objektifpembelajaran pada hari tersebut dan sepatutnya saya perlu memberitahu objektif 4
  6. 6. tersebut kepada para pelajar agar para pelajar dapat gambaran yang lebih jelas lagiberkenaan tajuk yang akan disampaikan.2.0 ISU KEPRIHATINAN. Berdasarkan analisis borang soal selidik yang telah saya kaji, masalah utamasaya hanya tertumpu kepada elemen mewujudkan motivasi iaitu teknik yangmenyeronokkan dan membangkitkan rasa ingin tahu dalam kalangan pelajar.Hal inikerana, pada masa pengajaran mikro dijalankan saya tidak menggunakan teknik yangsesuai dengan suasana kelas pada ketika itu. Perkara seperti ini menyebabkan parapelajar susah untuk mengikuti perkembangan pengajaran yang saya lakukanseterusnya membawa kepada kegagalan dalam membangkitkan rasa ingin tahu parapelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Bagi menarik minat dan menambat hati para pelajar, saya haruslahmenggunakan teknik yang menyeronokkan dalam pengajaran di samping membantumembangkitkan rasa ingin tahu yang ada pada para pelajar. Terdapat pelbagai kaedahdan cara yang boleh diaplikasikan di dalam kelas sewaktu pengajaran dijalankan.Antaranya ialah menggunakan kaedah perkaitan dengan menggunakan contoh abstrakyang terdapat di sekeling para pelajar. Sebagai contoh, menggunakan benda yangsinonim dengan pelajar iaitu pen, buku, beg dan sebagainya. Dengan cara ini, pelajarmudah tertarik dengan pengajaran yang dilakukan di samping dapat menolongmembangkitkan rasa ingin tahu yang terdapat di dalam diri pelajar. Denganmenggunakan teknik pengajaran seperti ini, sudah semestinya apa yang hendakdisampaikan oleh guru dapat diterima dengan mudah oleh para pelajar. Selain itu,proses pengajaran juga berlangsung dengan lancar dan terkawal. Hal ini akan dapatmenarik fokus pelajar untuk memberi perhatian terhadap apa yang hendak sayasampaikan di dalam kelas. Tambahan pula, saya berharap dengan cara ini saya dapatmeningkatkan lagi kefahaman pelajar saya sehingga mereka mahir dalam tajuk ini. 5
  7. 7. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN. 3.1 OBJEKTIF AM - Meningkatkan peratusan lulus di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malayasia (SPM) bagi subjek Sains Pertanian sekolah di peringkat negeri. 3.2 OBJEKTIF KHAS - Meningkatkan prestasi pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran sains pertanian. - Meningkatkan rasa ingin tahu para pelajar semasa belajar mata pelajaran sains pertanian. - Membantu para pelajar untuk mendapat markah yang cemerlang di dalam peperiksaan akhir tahun. - Mengubah pandangan para pelajar agar mereka tidak merasakan lagi mata pelajaran sains pertanian adalah subjek yang membosankan. 6
  8. 8. 4.0 METODOLOGI KAJIAN 4.1 Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah melalui kaedah: 1. Pemerhatian 2. Eksperimen - Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah berdasarkan rekabentuk kajian Bassey (1998) dan Hand (2001) yang mana terdiri daripada lima peringkat. Peringkat pertama: - Mengenalpasti masalah dan merangkakan soalan kajian ( Define the problem and frame research questions). - Masalah perlu dikenalpasti terlebih dahulu dan soalan kajian hendaklah dirangkakan. Peringkat kedua: - mengumpul data dan membuat keputusan bagaimana kaedah pengajaran boleh diubah (collect data and decide how teaching could be changed). - pada peringkat ini melibatkan pengumpulan data dan tindak balas kepada data tersebut untuk mengenalpasti bagaimana perubahan pengajaran dapat memberikan kesan. Kejian terhadap subjek pendidikan seperti kaedah pengajaran yang terbaru mungkin dapat dibuat dalam mengenalpasti tindak balas. Peringkat ketiga: - laksanakan perubahan yang dipilih dalam pengajaran (Implement the selected changes to teaching). - perubahan yang dipilih semasa pengumpulan data, kajian dan refleksi akan dilaksanakan. 7
  9. 9. Peringkat keempat: - Memantau dan menilai perubahan yang dilakukan (monitor and evaluate the changes made) - Kajian tindakan boleh diterjemahkan dalam pelbagai maksud termasuk menyimpan nota mesyuarat, perbincangan-perbincangan staf, temuduga dan soalan kajiselidik. Peringkat kelima: - melihat semula kepada perubahan yang dibuat dan kemudian mengulang semula kitaran jika perlu ( Review and reflect upon the changes. Repeat cycle if necessary).4.2 SASARAN. - Kajian ini melibatkan 20 orang pelajar yang mengambil subjek KPD3026 kumpulan B yang terdiri daripada 18 orang pelajar Melayu dan 2 orang pelajar bangsa lain- lain.4.3 PENGUMPULAN DATA ATAU INSTRUMEN 4.3.1 Pemerhatian - Pengumpulan data adalah melalui kaedah pemerhatian melalui senarai semak iaitu senarai semak Para dan senarai semak Pos. Satu set instrumen kajian telah dibina, yang mengandungi 14 items dan dibahagikan kepada empat subskala bagi mengukur amalan pengajaran yang berkesan terhadap pengajaran guru pada hari tersebut. Borang senarai semak ini berbentuk skala Likert empat poin yang skala 1 kurang baik, skala 2 bermaksud sederhana, skala 3 bermaksud baik dan skala 4 adalah sangat baik. Para pelajar hanya perlu menanda pada kotak- kotak nombor yang 8
  10. 10. dipilih dan dipersetujui. Bagi menentukan kesahan dalaman dan kebolehpercayaan, ítem- ítem dalam subskala borang senarai semak ini akan dianalisis dengan terperinci. 4.3.2 Temubual melalui soalan. - Soalan: 1. Adakah teknik pengajaran yang saya guna menyeronokkan? 2. Adakah teknik yang saya gunakan dapat membantu membangkitkan rasa ingin tahu anda? 3. Apakah kelemahan yang kamu rasa semasa proses pengajaran saya berlangsung? 4. Adakah bahan bantu mengajar yang saya gunakan dapat membantu kamu memahami subtopik ini? 5. Pada pendapat anda, aspek manakah yang harus saya perbaiki di masa akan datang?4.4 BATASAN KAJIAN.- Batasan kajian hanya terhad pada set induksi sahaja 9
  11. 11. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN. 5.1 Tinjauan masalah. - Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat melalui tiga peringkat pemerhatian iaitu melalui borang senarai semak pra dan pos serta temubual. 5.1.1 Pemerhatian sebelum (senarai semak pra) Saya telah membuat pengajaran mikro dan semua pelajar saya telah membuat pemerhatian terhadap pengajaran mikro yang telah saya lakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Pemerhatian ini juga dibuat berdasarkan borang senarai semak yang telah saya berikan satu setiap orang. Semasa pengajaran dilakukan, saya dapati bahawa para pelajar mula menjadi bosan dan hilang tumpuan terhadap apa yang cuba saya sampaikan. Setelah menganalisis borang senarai semak, saya dapati bahawa teknik pengajaran yang saya gunakan di dalam kelas tidak menyeronokkan. 5.1.2 pemerhatian selepas (senarai semak pos) Setelah menjalankan pengajaran mikro kali kedua dan menganalisis borang senarai semak, saya dapati semua respon yang diberikan oleh para pelajar terhadap pengajaran yang saya lakukan sangat positif dan terdapat banyak peningkatan.Selain itu, saya juga turut merakam sesi pengajaran mikro kali kedua ini sebagai rujukan saya dalam membuat analisis pengajaran.Hal ini menunjukan bahawa teknik pengajaran yang saya gunakan mampu menarik perhatian pelajar dan mereka berasa seronok mengikuti perkembangan pengajaran yang saya lakukan.Di samping itu, saya juga telah berjaya memotivasikan para pelajar dengan meningkatkan rasa ingin tahu yang ada dalam diri mereka.Tambahan pula, dalam pengajaran kali ini saya mampu 10
  12. 12. mengawal keadaan kelas dan memberi arahan kepada pelajar agar mengangkat tangan jika hendak menjawab soalan yang saya kemukakan. 5.1.3 Temubual. Saya telah menemubual dua orang pelajar secara rawak dan hasil daripada temubual yang saya jalankan didapati bahawa teknik pengajaran yang saya gunakan sememangnya tidak menyeronokkan dan saya juga gagal dalam membangkitkan rasa ingin tahu yang ada dalam diri pelajar yang saya ajar.5.2 Analisis tinjauan masalah. 5.2.1 Analisis pemerhatian. Setelah menganalisis borang penilaian yang telah saya edarkan sebelum bermulanya pengajaran mikro, saya dapati kelemahan yang paling ketara yang saya lakukan adalah dari segi teknik pengajaran.Melalui analisis borang penilaian ini ternyata teknik pengajaran yang saya gunakan tidak menyeronokkan.Sebanyak 55% sahaja yang memberi penilaian positif manakala 45% memberi penilaian yang tidak memuaskan. 11
  13. 13. JUMLAH BILANGAN, PERATUSAN DAN PURATA PELAJAR UNTUKMENGETAHUI KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.Analisis borang senarai semak pra (mikro 1)Bil. Komponen Kemahiran Baik Baik Purata (bilangan) (%) Menarik Perhatian.1. Nada suara. 15 75 Penggunaan bahan bantu mengajar. 18 90 75% Pergerakan badan (body language). 12 602. Mewujudkan Motivasi. Membangkitkan rasa ingin tahu. 13 65 Teknik yang menyeronokkan. 11 55 63% Soalan yang berkaitan dengan topik 14 70 pembelajaran.3. Membuat Perkaitan. Perkaitan dengan pengetahuan yang sedia ada. 15 75 Perkaitan dengan isi pembelajaran baru. Perkaitan dengan minat dan pengalaman 17 85 77% murid. 14 704. Menstrukturkan Menyatakan satu siri soalan yang berkaitan. 15 75 Mengemukakan soalan yang berkaitan. 70% Menyatakan had tugasan. 14 70 13 65 12
  14. 14. Analisis borang senarai semak pos (mikro 2)Bil. Komponen Kemahiran Baik Baik Purata (bilangan) (%) Menarik Perhatian.1. Nada suara. 19 95 Penggunaan bahan bantu mengajar. 16 80 85% Pergerakan badan (body language). 16 802. Mewujudkan Motivasi. Membangkitkan rasa ingin tahu. 19 95 Teknik yang menyeronokkan. 19 95 97% Soalan yang berkaitan dengan topik 20 100 pembelajaran.3. Membuat Perkaitan. Perkaitan dengan pengetahuan yang sedia ada. 20 100 Perkaitan dengan isi pembelajaran baru. Perkaitan dengan minat dan pengalaman 20 100 100% murid. 20 1004. Menstrukturkan Menyatakan satu siri soalan yang berkaitan. 20 100 Mengemukakan soalan yang berkaitan. 88% Menyatakan had tugasan. 20 100 13 65 13
  15. 15. ANALISIS GRAF UNTUK BORANG SENARAI SEMAK PRA ( MIKRO 1) mikro pengajaran 1 80 70 60 50 40 30 20 10 0 menarik perhatian mewujudkan motivasi membuat perkaitan menstrukturkan 14
  16. 16. ANALISIS GRAF UNTUK BORANG SENARAI SEMAK POST ( MIKRO 2) mikro pengajaran 2 100 95 90 85 80 75 menarik perhatian mewujudkan membuat menstrukturkan motivasi perkaitan 15
  17. 17. 5.3 Tindakan Yang Dijalankan.1) Saya telah menggunakan kaedah perkaitan dalam memulakan sesi pengajaran pada kali ini. Sebelum masuk ke topik yang diajar, saya telah menyuruh pelajar mengeluarkan sebatang pen dan meminta mereka untuk memberikan jawapan apakah komponen yang membentuk sebatang pen tersebut menjadi lengkap.2) Saya telah menggunakan kad manila yang telah saya lukiskan carta pai mengenai topik yang akan diajar tetapi tidak menyatakan tajuk. Saya telah meminta para pelajar untuk meneka apakah tajuk yang mereka akan pelajari berdasarkan carta pai tersebut.5.4 Jadual Perlaksanaan Pengajaran Mikro.Jadual Perlaksanaan. BIL. AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN 1. Mengenalpasti masalah dan pengumpulan 3 MAC 2012 data awal. 2. Menulis kertas cadangan/ proposal. 8 MAC 2012 3. Merancang tindakan. 8 MAC 2012 4. Melaksanakan tindakan – aktiviti 1 14 MAC 2012 5. Membincangkan masalah yang timbul 14 MAC 2012 dalam tindakan 1. 6. Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 14 MAC 2012 7. Mengenalpasti masalah dan pengumpulan 16 MAC 2012 data awal. 8. Menulis proposal kajian tindakan 20 MAC 2012 9. Merancang tindakan. 24 MAC 2012 10. Melaksanakan tindakan – aktiviti 1 9 MEI 2012 11. Membincangkan masalah yang timbul 9 MEI 2012 16
  18. 18. dalam tindakan 1. 12. Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 9 MEI 2012 13. Membincangkan masalah yang timbul 10 MEI 2012 dalam tindakan 2. 14 Ujian untuk mengesan pencapaian murid. 10 MEI 2012 15 Refleksi kajian. 28 MEI 2012 16 Menulis laporan kajian. 29 MEI 2012 17 Pembentangan dapatan kajian. 30 MEI 20125.5 Kos Yang Diperlukan.Kos Kajian.BIL. JENIS BAHAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH KOS1. Buku catatan guru 1 RM2.00 RM2.002. Bahan bantu - - RM10.00 mengajar (BBM)3. Fotostat bahan dan - - RM13.00 laporan kajian tindakan JUMLAH RM25.00 17
  19. 19. 5.6 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian. Kajian tindakan ini telah dijalankan dalam masa 9 minggu kuliah. Kajian tindakan yang saya lakukan ini hanya tertumpu kepada set induksi untuk satu subtopik sahaja. Masa yang saya peruntukkan untuk menjalankan kajian ini hanyalah 5 minit sahaja memandangkan kemahiran pengajaran yang saya pilih adalah set induksi sahaja. Para pelajar telah membuat pemerhatian melalui borang senarai semak pos beberapa minggu selepas pemerhatian melalui borang senarai semak pra.Tujuan penggunaan senarai semak pra adalah untuk mengenalpasti di manakah kelemahan saya dan senarai semak pos pula adalah untuk melihat perubahan yang berlaku setelah saya menjalankan pengajaran untuk kali kedua. Selain itu, tujuan saya mengedarkan borang senarai semak ini adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah saya jalankan di dalam kelas.5.7 Refleksi Kajian. Berdasarkan jadual analisis bagi kaedah pemerhatian melalui borang senarai semak pra dan pos yang telah saya edarkan, saya mendapati bahawa terdapat peningkatan yang ketara dalam aspek mewujudkan motivasi. Tambahan pula, cara pengajaran yang saya gunakan telah meningkat peratusannya sebanyak 40%. Hal ini menunjukkan bahawa saya berhasil menggunakan teknik pengajaran yang menyeronokkan.Ternyata kaedah perkaitan yang saya gunakan semasa memulakan sesi pengajaran mampu menarik minat dan menambat hati para pelajar.Selain itu, bahan bantu mengajar yang saya gunakan juga telah membantu para pelajar dalam menjana idea seterusnya membawa kepada penglibatan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 18
  20. 20. 6.0 Cadangan Kajian Seterusnya. Hasil daripada dapatan dan pemerhatian semasa menjalankan kajian ini, beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut: 1. Menyatakan objektif pembelajaran, kandungan keseluruhan topik pembelajaran dan tugasan yang akan dijalankan pada sesi pengajaran dengan lebih jelas dan terperinci. 2. Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan suasana persekitaran sewaktu berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Membiasakan diri dengan menggunakan bahan bantu mengajar sebagai maklumat tambahan dan juga sebagai nota sokongan dalam menjalankan proses pengajaran. 4. Membiasakan diri menganggap pelajar sebagai kawan bagi memudahkan proses komunikasi berlaku dengan lancar dan seterusnya membawa kepada pengawalan kelas sepenuhnya oleh guru. 5. Menggunakan tutur kata yang standard bagi memudahkan para pelajar untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 19
  21. 21. 7.0 Bibliografi.1. Creative Thinking (2009). Diperoleh pada Mei, 28 2012 daripada http://gb5023researchaction.wordpress.com/2009/10/29/tugasan-kelas- model-kajian-tindakan/.2. Creative thinking (2008). Diperoleh pada Mei, 28 2012 daripada http://kajiantindakanpontian.blogspot.com/2008/10/contoh-laporan-kajian- tindakan.html. 20
  22. 22. 8.0 Lampiran.Borang senarai semak.Nama: Desmond Baok Anak BudaNombor matrik: D20091034633 BORANG PENILAIAN BIMBINGAN KEMAHIRAN SET INDUKSITahun: ……………………… Mata pelajaran: …………………………………..Tarikh: ……………………………….. Tandakan ( / ) dalam ruangan yang berkenaan. Baik ( 2 ), Lemah (1 )Bil Komponen kemahiran 1 2 1. Menarik perhatian Nada suara Penggunaan bahan bantu mengajar Pergerakan badan 2. Mewujudkan motivasi. Membangkitkan rasa ingin tahu Teknik menyeronokkan Soalan yang berkaitan dengan topik pembelajaran 3. Membuat perkaitan. Perkaitan dengan pengetahuan sedia ada Perkaitan dengan isi pembelajaran baharu Perkaitan dengan minat dan pengalaman murid 4. Menstrukturkan Menyatakan satu siri soalan yang berkaitan. Mengemukakan soalan yang berkaitan Menyatakan had tugasan yang dijalankan 21
  23. 23. Temubual bersama pelajar : Cikgu (Desmond): Adakah teknik pengajaran yang saya guna menyeronokkan? Pelajar (Afiq) : Pada pendapat saya, teknik pengajaran yang cikgu gunakan agak kurang menarik dan membosankan. Cikgu (Desmond): Adakah teknik yang saya gunakan dapat membantu membangkitkan rasa ingin tahu anda? Pelajar (Afiq) : Saya rasa tidak kerana teknik yang cikgu gunakan tidak memberi sebarang idea kepada saya untuk menyertai sesi pembelajaran. Cikgu (Desmond): Apakah kelemahan yang kamu rasa semasa proses pengajaran saya berlangsung? Pelajar (Afiq) : Cikgu tidak bergerak ke arah belakang kelas semasa mengajar. Selain itu, cikgu juga tidak memberi peluang kepada setiap orang untuk menjawab soalan cikgu dengan mengikut giliran Cikgu (Desmond) : Adakah bahan bantu mengajar yang saya gunakan dapat membantu kamu memahami subtopik ini? Pelajar (Afiq) : Saya rasa bahan bantú yang cikgu sediakan agak baik dan sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk mengikuti perkembangn pembelajaran. Cikgu (Desmond) : Pada pendapat anda, aspek manakah yang harus saya perbaiki di masa akan datang? Pelajar (Afiq) : Pada pendapat saya, cikgu haruslah menggunakan teknik yang lebih baik, banyakkan bergerak ke arah palajar dan memberi peluang kepada setiap pelajar untuk melibatkan diri di dalam pengajaran yang cikgu jalankan. 22

×