Teks ini membincangkan tiga isu utama berkaitan sistem pendidikan di Malaysia. Pertama, ia menjelaskan manfaat peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM untuk menilai pencapaian pelajar dan memberi motivasi untuk berusaha lebih baik. Kedua, ia membincangkan Pentaksiran Bilik Darjah yang bersifat formatif untuk mengenalpasti kemajuan pelajar. Ketiga, teks ini menyentuh mengenai penerapan unsur Kem
Isu pertama ialah melibatkan peperiksaan awam seperti upsr
1. Isu pertama ialah melibatkan peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM. Tujuan
peperiaksaan adalah untuk menguji cara pelajar menampilkan bakat dan
menggunakan ilmu serta kebolehan mereka yang diperolehi. Ia mengajar pelajar
untuk sentiasa berhati-hati ketika menjawab soalan. Justeru, keputusan peperiksaan
bergantung pada diri pelajar. Jika seseorang pelajar itu belajar tanpa perhatian yang
cukup dan malas, ternyata pelajar ini akan mendapat keputusan kurang
memberansangkan. Peperiksaan akan memberi peluang kepada pelajar untuk menilai
dan membaiki diri sebagai persediaan ke dunia pekerjaan. Di samping itu,
peperiksaan juga dapat meningkatkan kedudukan pelajar yang lemah kerana dengan
adanya dorongan yang sempurna mereka akan bersemangat untuk mencuba lagi
sehingga berjaya. Seterusnya, peperiksaan mampu mengubah seseorang pelajar yang
tidak berakhlak kepada pelajar yang dikagumi dan berakhlak tinggi kerana melalui
peperiksaan kita akan dapat mempelajari pentingnya ilmu pengetahuan.
Isu kedua ialah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang merupakan pentaksiran
berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat
tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD lebih
bersifat formatif yang mengutamakan kemajuan setiap murid dan membantu guru
membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid. Dengan itu, pentaksiran
Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk
mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan murid. Pentaksiran ini berterusan,
maka guru perlu memberikan perhatian memastikan tahap penguasaan setiap murid.
Kadang kala guru menghadapi masalah apabila melibatkan murid yang ramai dalam
satu kelas. Hal ini kerana guru sukar mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam
satu tempoh masa yang pendek. Bagi mengatasi masalah seperti ini ketetapan
bilangan murid setiap kelas perlu ada. Ini akan memudahkan guru mengenali murid
dengan baik dan mengetahui tahap penguasaan murid tersebut dengan mudah.
Isu ketiga ialah penerapan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam
peperiksaan awam. Ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan
bertaraf antarabangsa. Unsur KBAT memerlukan murid melakukan suatu
maklumat, fakta atau idea yang diterima dengan memberikan makna yang
berlainan dan implikasi yang berbeza daripada kebiasaan. Murid mesti
memahami soalan dan seterusnya memanipulasinya untuk penyelesaian yang
baru. Penerapan unsur KBAT dalam peperiksaan ini telah dilaksanakan sejak
tahu 2011 lagi. Peratus penerapan ini meningkat setiap tahun. Murid yang lemah
sukar menguasai unsur KBAT. Maka kegagalan murid untuk mendapat gred A
dan kelulusan sudah menjadi satu masalah pada masa ini. Murid menghadapi
tekanan apabila menjawab soalan peperiksaan seperti UPSR, PT3 dan SPM.
Bukan itu sahaja malah guru juga merasakan tekanan kerana murid dan ibu bapa
menyalahkan guru. Mereka menganggap guru tidak tahu mengajar.
Jika saya